Minggu 3 Kaedah Peny Masalah by 572yhG

VIEWS: 0 PAGES: 23

									Kaedah Penyelesaian Masalah               TA 1013 – Pengaturcaraan Awalan (Java)


                              KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

Objektif:
 Menerangkan enam fasa yang terdapat di dalam Kitar Hayat
   Pembangunan Aturcara.
   Menerangkan                  secara   ringkas           kaedah                  menyelesai      masalah
   menggunakan pendekatan pengaturcaraan berorentasikan objek.
   Membina algoritma dan penghalusan algoritma.
   Membincangkan kaedah membina carta alir sebagai alat
   untuk menyelesaikan masalah.

Kenapa Mempelajari Pengaturcaraan?
       Aktiviti           penyelesaian    masalah                yang              kreatif   dan
       menarik.

                                                                                                         1
Kaedah Penyelesaian Masalah              TA 1013 – Pengaturcaraan Awalan (Java)


       Pengaturcara akan mendapat satu kepuasan sekiranya aturcara
       yang telah dibangunkan berhasil.
       Pengaturcara mesti mengetahui dan menggunakan kaedah
       penyelesaian masalah.


Kaedah Penyelesaian Masalah.
       Pembangunan suatu aturcara melibatkan aktiviti
       penyelesaian masalah.
       Pengaturcara yang baik perlu mengetahui dan
       menggunakan kaedah penyelesaian masalah yang
       sesuai                 serta   meningkatkan                     kemampuan
       menyelesaikan masalah.


                                                                                   2
Kaedah Penyelesaian Masalah                 TA 1013 – Pengaturcaraan Awalan (Java)




Kitar Hayat Pembangunan Aturcara (KHPA)

       Kaedah penyelesaian masalah yang akan diterangkan ialah Kitar
       Hayat                  Pembangunan       Aturcara                 (KHPA)      atau   Program
       Development Life Cycle.
       KHPA ialah rangka kerja bagi setiap langkah yang diperlukan
       untuk membangunkan aturcara komputer.
       Rangka kerja ini adalah sebagai panduan kepada pengaturcara
       disepanjang pembangunan aturcara.
       Terdapat enam fasa dalam KHPA iaitu :
               1. Memahami masalah
               2. Menganalisa masalah
               3. Merekabentuk penyelesaian
                                                                                                  3
Kaedah Penyelesaian Masalah                 TA 1013 – Pengaturcaraan Awalan (Java)


               4. Implementasi
               5. Pengujian
               6. Penyelenggaraan


                                            Memahami
                                             masalah

                       Penyelenggaraan                                       Menganalisa
                                                                              masalah




                              Pengujian                                     Merekabentuk
                                                                            penyelesaian

                                          Implementasi


                                                                                           4
Kaedah Penyelesaian Masalah    TA 1013 – Pengaturcaraan Awalan (Java)


       Pembangunan aturcara ialah suatu proses yang berterusan.
       Jika diperhatikan pada gambarajah, fasa penyelenggaraan akan
       menunjuk semula ke fasa memahami masalah.
       Keadaan ini berlaku apabila ralat dalam aturcara ditemui. Maka
       aturcara perlu diubah dan pengaturcara perlu memahami semula
       masalah yang ingin diselesaikan.
       Kebiasaannya perkara ini berlaku kerana pengaturcara gagal
       menghasilkan aturcara yang baik atau tidak cuba untuk
       memahami masalah dengan lebih jelas ketika di awal KHPA.

Memahami Masalah
  Dalam fasa ini pengaturcara mestilah betul-betul memahami
       kehendak masalah.

                                                                        5
Kaedah Penyelesaian Masalah            TA 1013 – Pengaturcaraan Awalan (Java)


       Untuk memahami dan menjelaskan lagi masalah yang hendak
       diselesaikan, soalan-soalan yang berkemungkinan perlu ditanya.
       Antara soalan yang boleh dikemukakan ialah
         (i)         apa yang diperlukan untuk menyelesaikannya,
         (ii)        apakah hasil akhir,
         (iii)       bagaimana bentuk hasil akhir,
         (iv)        apakah kekangan yang wujud,
         (v)         apakah keadaan tertentu yang perlu dipertimbangkan.

  Misalnya :

 Anda dikehendaki mengira purata markah projek bagi kursus
 TA1013.



                                                                                6
Kaedah Penyelesaian Masalah   TA 1013 – Pengaturcaraan Awalan (Java)


Soalan yang berkemungkinan :
   Bagaimanakah hendak mengira purata markah?
   Berapakah bilangan pelajar?
   Berapakah markah yang diperolehi oleh setiap pelajar?


 Apakah soalan lain yang mungkin boleh dikemukakan untuk
       menjelaskan lagi masalah di atas?


 Setelah masalah tersebut difahami dengan jelas, langkah
       berikutnya ialah menganalisa masalah.




                                                                       7
Kaedah Penyelesaian Masalah                TA 1013 – Pengaturcaraan Awalan (Java)


Menganalisa Masalah
       Dalam fasa menganalisa masalah, tiga perkara utama perlu
       dikenalpasti iaitu:


         (i)       Input bagi aturcara.
         (ii) Pemprosesan              iaitu      langkah               untuk
                   menukarkan         input      kepada                output
                   (termasuk      syarat       atau           kekangan
                   yang       perlu   dipertimbangkan                       dan
                   formula-formula yang terlibat)
         (iii) Output yang perlu dikeluarkan.




                                                                                    8
Kaedah Penyelesaian Masalah            TA 1013 – Pengaturcaraan Awalan (Java)



      INPUT                          PEMPROSESAN                                     OUTPUT
Markah projek bagi                                                              purata markah
setiap pelajar.               Baca markah setiap pelajar                        projek bagi kursus
                                                                                TA1013.
                              Kira jumlah markah semua
                              pelajar.
                              Formula: jumlah markah =
                              jumlah markah + markah
                              Syarat:
                              - Markah mesti nombor yang
                              berada dalam julat 0 hingga 100
                              - Pengguna perlu mengenalpasti
                              data yang terakhir.
                              Kira purata markah
                              Formula: Purata = jumlah
                              markah semua pelajar/bilangan
                              pelajar
                              Cetak purata markah pelajar


                                                                                                 9
Kaedah Penyelesaian Masalah    TA 1013 – Pengaturcaraan Awalan (Java)


Merekabentuk Penyelesaian

       Di dalam fasa ini pengaturcara perlu merancang bagaimana
       untuk mengimplimentasikan aturcara.
       Iaitu pengaturcara merangka struktur bagi mengatasi masalah
       yang dihadapi.
       Bagi pengaturcaraan berorentasikan objek, pengaturcara perlu
       membayangkan komponen-komponen aturcara sebagai objek
       yang menyerupai objek dalam kehidupan yang sebenar.
       Kemudian objek boleh dimanupulasikan untuk mencapai sesuatu
       tujuan atau hasil.
       Jadi, pengaturcara mesti menentukan
       (i) kelas yang diperlukan, (ii) apakah data yang akan digunakan
       dan (iii) bagaimana objek tersebut berkelakuan.
                                                                         11
  Kaedah Penyelesaian Masalah                 TA 1013 – Pengaturcaraan Awalan (Java)



                                            Rekabentuk Kelas
          Apakah subtugas yang akan dilakukan oleh objek?
          Apakah maklumat yang diperlukan?
          Apakah tindakan yang akan digunakan?
          Apakah antaramuka yang akan dipersembahkan?
          Apakah maklumat yang akan disembunyikan?

                                                                Rekabentuk Kelakuan (method)

       Rekabentuk Data                                Apakah tugas yang akan dilakukan oleh
                                                      kelakuan?
Apakah jenis pembolehubah
                                                      Apakah maklumat yang diperlukan?
segera yang diperlukan?                               Apakah algoritma yang akan digunakan?
Adakah ia “private” atau                              Apakah maklumat yang akan dihasilkan?
“public”?

                                        Rekabentuk Algoritma
                                Apakah maklumat yang diperlukan?
                                Apakah tindakan atau struktur kawalan
                                yang akan digunakan?
                                                                                               12
Kaedah Penyelesaian Masalah          TA 1013 – Pengaturcaraan Awalan (Java)




         Kelas
         Markah : mengira purata markah pelajar


         Data (pembolehubah)
              (i) Markah setiap pelajar berjenis titik perpuluhan
             (ii) Bilangan pelajar berjenis integer
             (iii) Jumlah markah berjenis titik perpuluhan
          (iv) Purata markah berjenis titik perpuluhan


         Kelakuan
         Purata Markah – mengira dan mengembalikan nilai purata markah
         pelajar.
         .                                                                    13
Kaedah Penyelesaian Masalah   TA 1013 – Pengaturcaraan Awalan (Java)


Bagi setiap objek perlu ada kelas (class). Setiap kelas dikenalpasti
sifat atau data-data dan tugas/kelakuannya (method) yang
diperlukan. Tugas dalam suatu kelas pula perlu dipecahkan kepada
sub-subtugas. Dan setiap subtugas ini akan menghasilkan satu
kelakuan (method). Dalam rekabentuk kelakuan akan melibatkan
pembinaan algoritma.

Algoritma

Algoritma ialah satu jujukan arahan yang yang terhingga dan disusun
mengikut susunan logik tertentu di mana ia diperlukan menghasilkan
penyelesaian bagi masalah. Setiap algoritma mesti mempunyai cirri-
ciri keperluan berikut:

   i. Mempunyai input.
   ii. Menghasilkan sekurang-kurangnya satu output.
   iii. Jelas atau tidak meragukan. Maksud jelas di sini ialah setiap
        arahan hanya akan melaksanakan satu tugas sahaja. Ini
        bertujuan bagi memudahkan pengaturcara menterjemahkan
                                                                       14
Kaedah Penyelesaian Masalah      TA 1013 – Pengaturcaraan Awalan (Java)


           setiap     langkah    dalam     algoritma    kepada     bahasa
           pengaturcaraan.
   iv.     Bersifat umum iaitu algoritma ini mesti berkebolehan menerima
           satu set input yang dimasukkan.
   v.      Ketepatan iaitu menyelesaikan masalah sebagaimana
           dikehendaki.
   vi.     Mesti ada penamatnya.
   vii.    Kecekapan iaitu setiap algoritma mestilah cekap dari segi ruang
           memori dan juga penggunaan masa.

Contoh penyelesaian masalah di atas, algoritma bagi masalah
tersebut ialah:

   i. Membaca data.
   ii. Melaksanakan pengiraan.
   iii. Memaparkan hasil.

Ketiga-tiga langkah ini boleh dikembangkan lagi dan proses ini
dikenali sebagai Penjernihan Algoritma (Algorithm refinement).
                                                                          15
Kaedah Penyelesaian Masalah        TA 1013 – Pengaturcaraan Awalan (Java)




                              Penjernihan Algoritma

Masalah utama
  Mengira purata markah projek bagi kursus TA1013.

Sub-sub masalah
  Penjernihan Pertama
   Istiharkan pembolehubah.
   Baca data : markah projek setiap pelajar
   Pengiraan : kira jumlah markah semua pelajar, tentukan
           jumlah bilangan pelajar, kira purata markah.
   Cetak :     purata markah projek yang telah dihasilkan.

    Penjernihan Kedua
     Istiharkan pembolehubah jumlah pelajar kepada 0, jumlah
     markah kepada 0.

       Selagi belum tamat
                                                                            16
Kaedah Penyelesaian Masalah      TA 1013 – Pengaturcaraan Awalan (Java)


             Baca markah projek pelajar
             Kira jumlah pelajar = jumlah pelajar + 1
             Kira jumlah markah = jumlah markah + markah

       Setelah tamat baca data
         Buat pengujian, jika jumlah pelajar tidak sama dengan 0
             Kira purata markah = jumlah markah / jumlah pelajar
         Jika tidak, cetak ralat.

       Cetak purata markah.

Mempersembahkan Algoritma.

Terdapat 2 cara mempersembahkan algoritma yang biasa
digunakan:

   i. Kod pseudo
   ii. Carta alir.

                                                                          17
Kaedah Penyelesaian Masalah   TA 1013 – Pengaturcaraan Awalan (Java)


                              Kod pseudo

Ia bersifat semiformal iaitu boleh menggunakan sebarang bahasa
yang boleh difahami oleh pengaturcara dengan mudah, bahasa yang
sering kali digunakan ialah bahasa Inggeris. Kod pseudo
menggunakan perkataan yang mudah dan senang difahami. Setiap
kod pseudo mesti dimulai dengan perkataan mula (begin) dan
diakhiri dengan tamat (end).

Contoh kod pseudo:


 Begin
 Input the numbers
 Add the numbers
 Calculate the average
 Print the average
 end

                                                                       18
Kaedah Penyelesaian Masalah        TA 1013 – Pengaturcaraan Awalan (Java)




Carta alir.

Carta alir adalah kaedah memperesembahkan algoritma dengan
menggunakan grafik atau jujukan simbol-simbol tertentu. Simbol-
simbol asas yang terlibat dalam merekabentuk carta alir ialah:

Simbol                        Maksud
                              Proses – menunjukan perlaksanaan
                              arahan selain daripada membaca
                              input, mencetak output atau
                              pemilihan.


                              Aliran arahan digunakan untuk
                              menunjukkan arahan berikutnya.

                                                                            19
Kaedah Penyelesaian Masalah        TA 1013 – Pengaturcaraan Awalan (Java)


                              Pengujian – meminta pengguna
                              membuat keputusan/pilihan



                              Penghubung/penyambung digunakan
                              jika gambarajah tidak muat dalam
                              satu muka surat.

                              Simbol untuk mula dan tamat bagi
                              suatu algoritma.




                                                                            20
Kaedah Penyelesaian Masalah                  TA 1013 – Pengaturcaraan Awalan (Java)


Contoh Carta alir :
                                            Mula



                              Istiharkan:
                              Jumlah markah = 0
                              Jumlah pelajar = 0
                              Terus proses = “ya”




                                                    Selagi terus proses =
                                                    “ya”




                                                    Baca
                                                    Markah projek



                                           Kira jumlah pelajar = jumlah pelajar + 1
                                           Kira jumlah markah = jumlah markah + 1



                                                    Baca
                                                    Teruskan proses                   A




                                                                                          21
Kaedah Penyelesaian Masalah                      TA 1013 – Pengaturcaraan Awalan (Java)



                               A



                                                  ya
                     Jika jumlah pelajar                        Kira purata = jumlah markah / jumlah
                     != 0                                       pelajar


             tidak

                     Cetak pelajar tidak wujud                     Cetak purata




                              Tamat




Implementasi

Dalam fasa ini pengaturcara perlu mengkaji dan memilih bahasa
pengaturcaraan yang sesuai digunakan dalam menyelesaikan
masalah tersebut.   Setelah satu bahasa dipilih, proses yang
                                                                                                       22
Kaedah Penyelesaian Masalah   TA 1013 – Pengaturcaraan Awalan (Java)


berikutnya ialah menukarkan algoritma ke kod-kod bahasa
pengaturcaraan. Setelah siap proses pembinaan kod ini, aturcara
tersebut perlu dilaksanakan.


Pengujian

Proses pengujian melibatkan penggunaan data sahih dan data palsu.
Ini bertujuan untuk memastikan aturcara yang telah dibangunkan
tidak mempunyai sebarang kesalahan.


Dokumentasi.

Setelah aturcara siap diuji, dokumentasi bagi aturcara tersebut perlu
dibangunkan. Ini bertujuan untuk memudahkan pengaturcara itu
sendiri atau orang lain menggunakan atau mengubah suai aturcara
tersebut.

                                                                       23

								
To top