borang iklan by 1140J2m

VIEWS: 90 PAGES: 2

									                      SMK LAMBOR KIRI,
                      32900 LAMBOR KANAN, PERAK.
                      NO.TELEFON/FAX: 05-3761187 / 05-376408                   AEA 8006

______________________________________________________________________________

”KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG”
                                                           Ruj. Tuan :
                                                           Ruj. Kami : Bil( )05/02/056
                                                           Tarikh     : 10 Mac 2010
                                                                      24 Rabiul Awal 1431
________________________________
________________________________
________________________________
________________________________

Tuan/Puan,

TAWARAN RUANGAN IKLAN DALAM MAJALAH SEKOLAH (PERMATA XI) 2010
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2.      Sukacita dimaklumkan, bahawa SMK Lambor Kiri akan menerbitkan Majalah Permata
edisi ke XI. Sehubungan dengan itu, pihak kami menawarkan ruang iklan di dalam majalah
tersebut. Pihak tuan dipelawa untuk membeli ruangan iklan tersebut sebagai tanda sokongan
terhadap usaha penerbitan majalah ini.

3.     Keterangan tawaran iklan adalah seperti yang tertera dalam surat lampiran. Sila
hantarkan butir-butir yang akan tuan iklankan seperti:
                3.1     Nama Syarikat / Institusi
                3.2     Logo Syarikat / Institusi
                3.3     Produk Syarikat / Institusi
                3.4     Keterangan lain yang ingin diiklankan
4.     Semua pembayaran hendaklah dalam bentuk cek atau wang tunai atas nama
”PENGETUA SMK LAMBOR KIRI”. Keterangan lanjut sila lawati : http://www.smklk.net
Sebarang pertanyaan sila hubungi : En Musa b. Jamaludin PK HEM SMKLK.

5.     Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan dalam perkara ini amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

”BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA”


__________________
(ZAHIDI BIN YUSUF PPT)
Pengetua,
SMK Lambor Kiri,
32900 Lambor Kanan,
Perak.

s.k.      1. Fail
                                                                                  Lampiran




_______________________________
_______________________________
_______________________________                      Telefon   :
____________________________________________________________________________
                                                     Ruj. Tuan :
                                                     Ruj. Kami :
                                                     Tarikh    :

Pengetua,
SMK Lambor Kiri,
32900 Lambor Kanan,
Perak Darul Ridzuan.
(u.p. Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan Majalah Permata Ke XI 2010)

Tuan,
TAWARAN MEMBELI RUANGAN IKLAN DALAM MAJALAH PERMATA XI 2010

Merujuka kepada surat tuan berhubung perkara di atas, pihak kami bersetuju untuk membeli
ruang iklan yang ditawarkan untuk diterbitkan dalam majalah PERMATA XI 2010 seperti butiran
berikut:


                        RUANG IKLAN                   HARGA           PILIHAN (TANDAKAN)

       ¼ muka surat                               RM 50.00
       ½ muka surat                               RM 100.00
       1 muka surat                               RM 150.00
       1 muka surat (kulit belakang / dalam)      RM 200.00
       1 muka surat (kulit belakang / luar)       RM 250.00
       1 muka surat (kulit depan / dalam)         RM 250.00

2.     Bersama-sama ini disertakan bayaran pembelian ruang iklan untuk Majalah PERMATA XI
2010 berjumlah RM ________________ (Ringgit Malaysia:________________________
_______________________________________________).

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,


______________________________
(                                       )

* Semua cek hendaklah atas nama PENGETUA SMK LAMBOR KIRI.

								
To top