IKLAN JAWATAN KOSONG UMT (TAHUN 2010)
JAWATAN KOSONG
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan
untuk memohon jawatan-jawatan kosong seperti berikut :-
Jawatan Gred Jumlah Kekosongan
Pegawai Laut A41 1
Pegawai Penyelidik Q48/Q51/Q53 2
Pegawai Pergigian U41 2
Pegawai Sains C41 1
Pegawai Keselamatan KP41 1
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27 1
Penolong Pegawai Sains C27 1
Pembantu Akauntan W17 1
Pembantu Pergigian U17 3
Pengawal Keselamatan KP11 2
1. Taraf Jawatan
Semua jawatan akan dilantik secara TETAP. Walau bagaimanapun, UMT berhak melantik mana-
mana jawatan secara Kontrak/Sementara/ Sambilan.
2. Umur
Pemohon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan. Pegawai yang
sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.
3. Cara Memohon
i) Pemohon yang pernah membuat permohonan melalui iklan-iklan yang lalu dinasihatkan untuk
mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.
ii) Borang permohonan boleh didapati dan dimuat turun dari laman web rasmi UMT iaitu
http://www.umt.edu.my.
iii) Setiap pemohon perlu menghantar dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan benar:-
(a) Kad Pengenalan/Pasport;
(b) Sijil-sijil Akademik (UPSR/PMR/SPM/STPM/Sijil/Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D)
termasuk transkrip penuh peperiksaan;
(c) Surat pengiktirafan JPA (sekiranya memiliki ijazah dari luar negara atau institusi
pengajian swasta);
(d) Sijil-sijil Ko-Kurikulum;
(e) Salinan Rekod Perkhidmatan yang telah dikemaskini (Bagi Penjawat Awam);
(f) Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini (Bagi Penjawat Awam);
(g) Testimonial/Pengesahan Kerja daripada Majikan (Bagi Pekerja Swasta); dan
(h) Salinan slip gaji terakhir.
iv) Hanya pemohon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga akhir.
Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas
tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
1/2
IKLAN JAWATAN KOSONG UMT (TAHUN 2010)
v) Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat dan
kemukakan semua dokumen tersebut kepada:-
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
ARAS 1, BANGUNAN CANSELERI DAN PENTADBIRAN
21030 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
(u.p. SEKSYEN PERJAWATAN)
vi) Sila hubungi kami menerusi email perjawatan@umt.edu.my atau talian 09-668
4470/4183/4554 untuk sebarang pertanyaan.
vii) Pihak kami berhak untuk menolak sebarang permohonan yang tidak lengkap tanpa perlu
memberikan makluman kepada pemohon.
viii) Tarikh tutup permohonan adalah 25 Julai 2010 (Ahad).
2/2