TATABAHASA DEWAN by umo2jN

VIEWS: 225 PAGES: 21

									TATABAHASA DEWAN

SIRI 1:           VARIASI BAHASA DAN BAHASA BAKU

Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar
jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin
banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian
juga halnya dengan bahasa Melayu.          Dalam rangka Malaysia, di
Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek,
seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka,
dan Johor. Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang
wujud oleh sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan,
jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza.

Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli
bahasa. Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu, misalnya
bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mereka mempunyai gambaran
tentang satu kesatuan bahasa, yang walaupun mempunyai berbagai-bagai
kelainan, masih terdiri daripada satu keseluruhan. Daripada beberapa
variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa
tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat
umum bahasa tersebut. Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih
untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard
atau bahasa baku.

Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang
daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang.
Dengan tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan
ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak
variasi yang bersifat bahasa Melayu umum, yang dari segi sejarahnya
berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau. Variasi ini, yang sekarang
dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi yang digunakan dalam
sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti
dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa.

(Tajuk akan datang: Ragam Bahasa)
TATABAHASA DEWAN

SIRI 2:            RAGAM BAHASA

Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai variasi dan ragam.               Secara
umumya ia dapat dibahagikan kepada empat, iaitu:
  (i)   Ragam bahasa Melayu lisan;
  (ii)  Ragam bahasa Melayu tulisan;
  (iii) Bahasa-bahasa daerah; dan
  (iv) Laras-laras bahasa Melayu Moden.

Ragam Bahasa Melayu Lisan

Bahasa Melayu lisan ialah ragam bahasa yang digunakan ketika bercakap
sesama sendiri. Terdapat dua jenis ragam ini, iaitu jenis “cakap mulut”,
yang digunakan antara orang-orang Melayu, dan “bahasa pasar”, ragam
yang digunakan antara orang-orang Melayu dengan kaum atau bangsa lain
atau antara kaum-kaum dan bangsa lain.

Susunan gaya bahasa cakap mulut itu mudah, dengan ayat-ayat yang
ringkas dan perkataan-perkataan yang terpotong-potong atau tertinggal,
misalnya tak untuk tidak, nak untuk hendak, dah untuk sudah, kak untuk
kakak dan sebagainya. Kadang-kadang terdapat penggunaan perkataan
yang tidak pernah digunakan dalam bahasa surat, misalnya kok dan dek,
pulak dan jugak.

Bahasa pasar disebut juga “bahasa kacukan” kerana sememangnya satu
sifat ragam bahasa ini ialah sifat kacukannya. Dalam hal ini banyak
terdapat unsur bahasa-bahasa asing yang digunakan. Bahasa pasar ini
ialah bahasa yang terdiri daripada perkataan-perkataan bahasa Melayu
tetapi dengan jalan bahasa dan susuk ayat bahasa-bahasa lain, seperti
bahasa Cina, bahasa Tamil, dan sebagainya.

Contoh bahasa pasar:
      “Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti
      cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu
      cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa macam mahu kasi mandi itu
      budak. Lagi satu mesti ingat-ingat kasi itu budak makan dia punya
      emak punya susu saja, jangan susu lain. Itu emak punya susu dia
      punya makan yang lebih baik sekali, lagi lebih bersih dan senang
      boleh dapat, tidak kena belanja.”
                                  (Petikan daripada Pelita Bahasa Melayu)
Setengah-setengah daripada bentuk dan susunan ragam yang bukan
bahasa Melayu ini telah begitu sebati dalam penggunaannya sehingga
orang Melayu sendiri tidak sedar lagi akan keasingannya dan menyangka
bahawa betuk-bentuk itu ialah bentuk-bentuk bahasa Melayu tulen,
misalnya apa mahu, boleh bikin, kasi tahu, banyak mahal, sedikit masa,
jagan bilang sama dia, itu macam, saya punya adik, dan sebagainya.

(Tajuk akan datang: Ragam Bahasa Melayu Tulisan (Bahasa Surat)
TATABAHASA DEWAN

SIRI 3:     Ragam Bahasa Melayu Tulisan (Bahasa Surat)

Ragam bahasa Melayu tulisan ialah variasi bahasa Melayu yang digunakan
dalam konteks tulisan. Susunan variasi ini lebih lengkap, tersusun, tinggi,
dan halus sifatnya, dengan beberapa perkataan dan frasa yang jarang-
jarang digunakan dalam bahasa Melayu lisan. Demikian juga beberapa
bunyi dilafazkan berbeza sedikit daripada variasi lisan, misalnya bunyi r.
Variasi bertulis ini menggunakan juga sistem imbuhan yang lengkap dan
sempurna, dan jarang-jarang perkataan dipotong-potong seperti yang
berlaku bagi variasi bahasa Melayu lisan. Datang dari mana? Dan Anda
tinggal di mana? tidak pernah mejadi Datang mana? Dan Tinggal mana?,
misalnya.

Bahasa Melayu jenis bahasa surat ini digunakan hanya dalam konteks
menulis dan dalam situasi-situasi formal. Jika bentuk ini dibawa dalam
perbualan biasa, kesannya agak janggal dan akan menjadi bahan tertawa.
Mengikut Za’ba, “jika ia orang Melayu dihitungkan dia mengada-ngada dan
jika ia bukan orang Melayu maka dihitungkan dia orang yang tidak biasa
bercampur dengan orang-orang Melayu”.

Bahasa-Bahasa Daerah

Yang dikatakan bahasa-bahasa daerah atau loghat atau dialek ialah jenis
bahasa yang digunakan dalam percakapan di sesuatu daerah atau bahagian
negeri yang mempunyai pelat sebutan yang khas bagi daerah itu yang
berbeza pula daripada sebutan-sebutan umum yang digunakan di negara
ini. Antara ciri-ciri yang menjadikan satu bahasa daerah berbeza daripada
yang lain termasuklah kepelatan bunyi sebutan, gaya lagu sewaktu
menuturkannya, dan perbezaan dari segi perkataan dan ungkapan-
ungkapan tertentu.

(Tajuk akan datang: Laras Bahasa Melayu Moden)
TATABAHASA DEWAN

SIRI 4:     Laras Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu dapat memperkatakan apa sahaja bidang ilmu dan kegiatan
selaras dengan kemajuan dunia masa kini. Pada peringkat universiti
hampir semua bidang ilmu diajarkan dalam bahasa Melayu, daripada bidang
sastera, ekonomi, undang-undang, dan pertanian hingga kepada bidang
kejuruteraan, fizik, perubatan, dan psikologi. Demikian juga dalam konteks
mata pelajaran di sekolah-sekolah dan institusi-institusi lain; semuanya
dapat diperkatakan dalam bahasa Melayu.

Dalam bidang perhubungan sehari-hari, bahasa Melayu digunakan dengan
luasnya untuk memperkatakan apa sahaja hal dan keadaan yang perlu
diperkatakan, daripada yang sebiasa-biasanya kepada yang tinggi-tinggi
dan rumit sifatnya. Bahasa Melayu luas juga digunakan sebagai bahasa
surat-menyurat rasmi, dalam perbincangan di Parlimen, dan sedang
diusahakan untuk digunakan dengan luasnya di mahkamah-mahkamah dan
sektor swasta.

Kesimpulannya, bahasa Melayu pada masa ini ialah satu bahasa yang
berpotensi tinggi, yang benar-benar menjadi alat perhubungan penutur-
penuturnya, alat untuk menyampaikan buah fikiran dan perasaan. Dalam
menjalankan tugas-tugas ini, bahasa Melayu telah banyak mengalami
perubahan, membuat penyesuaian dari segi bentuk dan gaya, selaras
dengan perkara yang diperkatakan dan suasana tatkala memperkatakan
benda atau hal-hal tertentu.     Perkataan-perkataan yang digunakan
berbeza, bergantung pada benda yang diperkatakan, sama ada tentang
proses fizik, penyakit tertentu, falsafah, seni bina atau perlawanan
badminton.

Kalau kita membaca sesuatu petikan dan bertemu dengan perkataan-
perkataan seperti separuh masa pertama, jaringan gol kedua, dan
tendangan yang kuat, maka jelas perkara yang diperkatakan itu ialah sukan,
khasnya bola sepak. Dan jika terdapat perkataan-perkataan seperti saham,
indeks perusahaan, dan pelabur, maka jelas bahasa ini merupakan bahasa
Melayu yang sedang menghuraikan satu aspek bidang ekonomi, iaitu
pasaran saham.

(Tajuk akan datang: Morfologi)
TATABAHASA DEWAN

SIRI 5:     MORFOLOGI

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk
bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang
bermakna.     Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada
berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan
dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam
golongan yang sama. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji
struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem.
Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau
yang menjalankan tugas nahu.        Perkataan ialah bentuk bahasa yang
terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri
sendiri dalam ayat.

Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih.
Perkataan ajar, misalnya, terdiri daripada satu morfem, tetapi perkataan
mengajar pula mengandungi dua morfem, iaitu meng- dan ajar. Ada
perkataan yang mengandungi lebih daripada dua morfem.

Morfem boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah morfem
yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem
yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan
sekolah dan laut ialah morfem-morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam
bersekolah dan –an dalam lautan ialah morfem-morfem terikat, oleh
sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.

Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah
proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu.
Dalam kebanyakan bahasa proses pembetukan perkataan melibatkan
pengimbuhan.

(Tajuk akan datang: Imbuhan)
TATABAHASA DEWAN

SIRI 6:    IMBUHAN

Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada
bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.
Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut:
      awalan,
      akhiran,
      sisipan, dan
      apitan.


 Bentuk                                             Contoh
                    Pengertian
Imbuhan
Awalan     Imbuhan yang ditambah pada ber-          berjalan
           bahagian hadapan kata dasar ter-         terambil

Akhiran    Imbuhan yang ditambahkan -an             lautan
           pada bahagian belakang kata -kan         panjangkan
           dasar

Sisipan    Imbuhan yang diselitkan di -em-          g + em + uruh
           antara  unsur-unsur   kata               (kata dasar guruh)
           dasar

Apitan     Imbuhan yang ditambahkan ke-...-an       kedudukan
           serentak pada hadapan dan pe-...-an      pedalaman
           pada belakang kata dasar

Catatan:
Penjelasan lebih lanjut berhubung imbuhan ini akan dihuraikan dalam bab
Kata Kerja, insya Allah.

(Tajuk akan datang: PERKATAAN )
TATABAHASA DEWAN

SIRI 7:       PERKATAAN

Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang
terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa.
Perkataan dapat dijeniskan sebagai berikut:
      kata   tunggal,
      kata   terbitan,
      kata   majmuk, dan
      kata   ganda.

Kata Tunggal

Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk
kata dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata
dasar yang lain. Contohnya:
      itu
      bakal

Kata tunggal terbahagi kepada dua jenis. Jenis pertama, kata tunggal yang
merupakan unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat.
Misalnya:
      (i)   Itu?
      (ii)  Bakal!
      (iii) Saya.

Jenis kedua ialah kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri
tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk
melaksanakan tugas nahunya. Sebagai contoh, bentuk-bentuk condong
dalam contoh-contoh yang berikut ialah kata tugas:
      (i)   di mana?
      (ii)  untuk siapa?
      (iii) ke Johor

Kata akronim tergolong juga ke dalam kata tunggal. Kata akronim ialah
perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan
beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Contohnya:
      (i)  MARA        -     Majlis Amanah Rakyat
      (ii) pawagam     -     panggung wayang gambar
Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang
mendapat atau menerima imbuhan, baik awalan, sisipan, akhiran atau
apitan. Misalnya:
      mendukung (men + dukung)
      dipukul     (di + pukul)
      makanan     (makan + an)
      biarkan     (biar + kan)
      mengakui (meng + aku + i)
      pertunjukan (per + tunjuk + an)
      gemuruh     (g + em + uruh)

Kata Majmuk

Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau
lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna
tertentu. Misalnya:
      air mata
      meja makan
      kerani kanan
      bedahari kehormat
      sudut tepat

Kata Ganda

Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau
mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara
keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan
atau tanpa imbuhan. Misalnya:
     kanak-kanak
     lelaki
     bertubi-tubi
     membohong-bohongi
     memperkecil-kecil

(Tajuk akan datang: PEMBENTUKAN KATA)
TATABAHASA DEWAN

SIRI 8:       PEMBENTUKAN KATA (a. Kata Tunggal)

Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada
bentuk bersifat tunggal, ada yang dibentuk hasil proses pengimbuhan,
pemajmukan, dan penggandaan.


Bentuk Kata            Jenis/Keterangan                   Contoh
Bentuk Kata (i)        Satu suku kata        yu, ru, am, cat, wang, bah,
Tunggal                   amat terhad        tin, bin, lap, sen, roh, jong,
                          antaranya pinjaman dan, stor, pruf, dril, gred,
                          daripada bahasa-   skel, brek, krim, trak, draf,
                          bahasa asing       dram.
               (ii)    Dua suku kata         aku, uda, apa, itu, ela, esa,
                          banyak dalam bahasairi, ubi, ibu, aib, air, aur,
                          Melayu             ais, adik, emas, ubat, alas,
                                             ikan, izin, orang, usang,
                                             ulat, ekor, undi, abdi,
                                             ambil, embun, dua, jua,
                                             jauh, liar, jala, beta, kapal,
                                             jarum, lampu, janji,
                                             bangsal, sunting.
               (iii)   Tiga suku kata        cuaca, tiada, biawak,
                          agak kecil         siamang, usia, semua,
                          pola-pola susunan  deria, tempua, keruan,
                          konsonan-vokalnya  sekian, mengkuang,
                          agak banyak        bankuet, utara, aroma,
                          banyak daripadanya ijazah, angkasa, menteri,
                          kata pinjaman      ilmiah, akaun, belalang,
                                             tempurung, belanja,
                                             sempurna, kelongsong.
               (iv)    Empat suku kata dan biduanda, sederhana,
                       lebih                 laksamana, sentiasa,
                          kebanyakannya kata bidadari, salasilah,
                          pinjaman           sentimeter, singgahsana,
                                             mesyuarat, universiti,
                                             kosmopolitan,
                                             maharajalela.
Selain kata-kata seperti di
atas, kata akronim juga
tergolong ke dalam jenis kata
tunggal.

Akronim ialah kata singkatan       Bernama – (Berita Nasional
yang terbentuk dengan              Malaysia)
                                   Gapena – (Gabungan Penulis
menggabungkan huruf awal           Nasional)
suku kata atau gabungan            Mara – (Majlis Amanah Rakyat)
kombinasi huruf awal dan suku      ubahsuai – (ubah sesuai)
kata daripada satu rangkai         kugiran – (kumpulan gitar
kata, dan ditulis serta            rancak)
dilafazkan sebagai kata yang
wajar.
Kata akronim boleh ditulis
dengan tiga cara:

(i) Akronim yang terbentuk         TH – (Tabung Haji)
      daripada gabungan            ABIM – (Angkatan Belia
      beberapa huruf awal          Islam Malaysia)
      rangkai kata yang
      disingkatkan,
      keseluruhannya ditulis
      dengan huruf besar, jika
      kata nama khas.
(ii) Akronim yang terbentuk        tabika – (taman bimbingan
      daripada gabungan huruf      kanak-kanak)
                                   ubahsuai – (ubah sesuai)
      awal dan / atau suku kata    kugiran - (kumpulan gitar
      ditulis dengan huruf kecil   rancak)
      keseluruhannya, jika bukan   purata - (pukul rata)
      kata nama khas.
(iii) Jika akronim yang            Bernama – (Berita Nasional
      terbentuk daripada           Malaysia)
                                   Gapena – (Gabungan Penulis
      gabungan huruf awal dan /    Nasional)
      atau suku kata itu menjadi   Mara – (Majlis Amanah Rakyat)
      kata nama khas, kata itu     Pernas – (Perbadanan Nasional)
      ditulis bermula dengan       Intan – (Institut Tadbiran Awam
      huruf besar.                 Negara)
                                   Petronas - (Petroleum Nasional)
                                   Proton - (Perusahaan Automobil
                                   Nasional)
(Tajuk akan datang: PEMBENTUKAN KATA (b. Kata Terbitan))
TATABAHASA DEWAN

SIRI 9:    PEMBENTUKAN KATA (b. Kata Terbitan)


Bentuk Kata        Jenis/Keterangan                   Contoh
Bentuk Kata Kata terbitan dihasilkan
Terbitan    melalui proses pengimbuhan.
            Berdasarkan kedudukannya
            pada kata dasar, imbuhan
            dapat dibahagikan kepada
            empat jenis:
             (i) awalan, yang hadir
                   sebelum kata dasar;
             (ii) akhiran, yang hadir
                   sesudah kata dasar;
             (iii) apitan, yang hadir
                   secara mengapit kata
                   dasar, iaitu dua
                   bahagian imbuhan hadir
                   serentak di awal dan
                   akhir kata dasar;
             (iv) sisipan, yang hadir di
                   celahan kata dasar.
            1. Kata terbitan berawalan
                       awalan kata nama     pe- (pelari, perakus)
                                            pem- (pembawa, pembuat)
                                            pen- (pendatang, pendua)
                                            peng- (penggali, penggubal)
                                            penge- (pengebom,
                                            pengetin)
                                            pel- (pelajar)
                                            per- (perasap, perbara)
                                            pe- (pesara, pesakit)
                                            ke- (ketua, kelipat)
                                            juru- (juruukur, juruwang)
                                            maha- (mahasiswa,
                                            mahaguru)
                                            tata- (tatabuku, tatabahasa)
                                            pra- (prasejarah, prakata)
                              sub- (subkelas, subsistem)
                              supra- (suprakelas,
                              supranasional)
                              eka- (ekabahasa, ekawarna)
                              dwi- (dwibahasa, dwifungsi)
         awalan kata kerja    me- (melawan, merasa)
                              mem- (membawa,
                              membilang)
                              men- (mendaki, mendakwa)
                              meng- (menggali,
                              menggiling)
                              menge- (mengecat,
                              mengekod)
                              memper- (memperisteri,
                              memperhamba)
                              ber- (berjalan, berganti)
                              be- (beraja, berasa)
                              bel- (belajar, belunjur)
                              ter- (terjebak, terbentuk)
                              di- (diatur, ditimbang)
                              diper- (diperisteri,
                              dipercepat)
         awalan kata adjektif ter- (terbesar, terputih)
                              te- (teruncing, terendah)
                              se- (secantik, secerah)
2. Kata terbitan berakhiran
         akhiran kata nama    -an (pakaian, jahitan)
                              -wan (sasterawan,
                              angkasawan)
                              -man (budiman, seniman)
                              -wati (seniwati)
                              -isme (nasionalisme,
                              sosialisme)
                              -in (hadirin, muslimin)
                              -at (hadirat, muslimat)
                              -ah (sultanah, ustazah)
         akhiran kata kerja   -kan (buatkan, gunakan)
                              -i (turuti, duduki)
3. Kata terbitan berapitan
         apitan kata nama     pe-...-an (pelaksanaan,
                              perasaan)
                    pem-...-an (pembuatan,
                    pembinaan)
                    pen-...-an (pentakrifan,
                    pendapatan)
                    peng-...-an (penggunaan,
                    pengguguran)
                    penge-...-an (pengehadan,
                    pengesahan)
                    per-...-an (persalinan,
                    perkuburan)
                    pel-...-an (pelajaran)
                    ke-...-an (kelainan,
                    kelebihan)
apitan kata kerja   me-...-kan (memainkan,
                    melukakan)
                    men-...-kan (mendermakan,
                    mentakrifkan)
                    mem-...-kan
                    (membaharukan,
                    membaikkan)
                    meng-...-kan
                    (menggunakan,
                    menggandakan)
                    menge-...-kan
                    (mengepinkan,
                    mengecamkan)
                    ber-...-kan (beralaskan,
                    berlaukkan)
                    di-...-kan (dibiarkan,
                    digunakan)
                    me-...-i (melalui, memasuki)
                    men-...-i (mencurigai,
                    mendendami)
                    mem-...-i (membaharui,
                    membohongi)
                    meng-...-i (menganggotai,
                    menggauli)
                    di-...-i (didekati, dimulai)
                    diper-...-kan
                    (diperdengarkan,
                    diperlihatkan)
                                            diper-...-i (diperingati)
                                            memper-...-kan
                                            (memperdengarkan,
                                            memperjuangkan)
                                            memper-...-i
                                            (memperingati)
                                            ke-...-an (kehausan,
                                            kepanasan)
                     apitan kata adjektif   ke-...-an (keinggerisan,
                                            kearaban)
            4. Kata terbitan bersisipan
                     sisipan kata nama     -el- (kelengkeng, telunjuk,
                                           kelabut)
                                           -er- (keruping, seruling,
                                           serabut)
                     sisipan kata adjektif -el- (kelebak, selerak,
                                           gelembung)
                                           -er- (serabut, gerigi)
                                           -em- (gemilang, semerbak,
                                           gemerlap)
                                           -in- (sinambung)

(Tajuk akan datang: PEMBENTUKAN KATA (c. Kata Majmuk))
TATABAHASA DEWAN

SIRI 10:   PEMBENTUKAN KATA (c. Kata Majmuk)


Bentuk Kata         Jenis/Keterangan                    Contoh
Bentuk Kata Berdasarkan jenisnya, ia
Majmuk      dipisahkan kepada tiga
            kelompok:
            (iv) terdiri daripada             gambar rajah
                 rangkaian kata bebas         biru laut
                                              tengah hari
                                              kuning langsat
                                              Perdana Menteri
                                              Duta Besar
                                              Naib Canselor
                                              Ketua Setiausaha Negara
              (v) berbentuk istilah khusus    model linear
                                              garis pusat
                                              pita suara
                                              kertas kerja
                                              batu kapur
              (vi) mendukung maksud           kaki ayam
                   kiasan (simpulan bahasa)   buah hati
                                              bulan madu
                                              tumbuk rusuk
                                              makan angin
              1. Bentuk yang telah mantap:
                    mantap sebagai satu       antarabangsa
                    perkataan yang utuh;      beritahu
                    dieja sebagai satu        bumiputera
                    perkataan                 jawatankuasa
                                              kakitangan
                                              kerjasama
                                              setiausaha
                                              sukarela
                                              suruhanjaya
                                              tandatangan
                                              tanggungjawab
                                              warganegara
                               pesuruhjaya
Terdapat sejumlah perkataan
dalam golongan kata tertentu
yang secara lazim dieja
bercantum:
      kata nama                peribadi
                               peribahasa
                               hulubalang
                               dinihari
                               perikemanusiaan
      kata adjektif            sukacita
                               dukacita
      kata sendi nama          kepada
                               daripada
      kata hubung              apabila
                               manakala
                               padahal
                               darihal
                               barangkali
                               kadangkala
                               apakala
                               walhal
      kata tanya               bagaimana
2. Penggandaan kata majmuk
      melibatkan               alat-alat tulis
      penggandaan unsur        balai-balai raya
      pertama sahaja           suku-suku kata
                               jirim-jirim organik
                               Naib-Naib Canselor
                               Ketua-Ketua Menteri
Satu kecualian:                pesuruhjaya-pesuruhjaya
      yang melibatkan          warganegara-warganegara
      bentuk yang telah        tandatangan-tandatangan
      mantap;                  jawatankuasa-jawatankuasa
      penggandaannya           setiausaha-setiausaha
      melibatkan
      keseluruhan unsur
3. Pengimbuhan kata majmuk
(i) apabila kata majmuk        campur aduk  bercampur aduk
                   menerima imbuhan yang      litar selari  berlitar selari
                   merupakan awalan atau      ambil alih  mengambil alih
                                              temu bual  ditemu bual
                   akhiran sahaja, ejaannya
                                              daya serap  daya serapan
                   tetap terpisah
              (ii) apabila kata majmuk        campur aduk  mencampuradukkan
                                              daya serap  kedayaserapan
                   menerima imbuhan yang
                                              garis pusat  menggarispusatkan
                   merupakan apitan,          satu padu  menyatupadukan
                   ejaannya menjadi           urus niaga  diurusniagakan
                   bercantum

Peringatan: Kata majmuk tidak menggunakan sempang (-), kecuali ketika
penggandaan pada kata ganda.

(Tajuk akan datang: PEMBENTUKAN KATA (d. Kata Ganda))
TATABAHASA DEWAN

SIRI 11:   PEMBENTUKAN KATA (d. Kata Ganda)


Bentuk Kata          Jenis/Keterangan                     Contoh
Bentuk Kata Terdapat tiga jenis
Ganda       penggandaan:
              1.     Penggandaan penuh
                   menggandakan
                   keseluruhan kata dasar
                   sama ada kata dasar itu
                   mengandungi imbuhan
                   ataupun tidak
                   penggandaan penuh yang       pulau-pulau
                   terjadi pada kata dasar      buku-buku
                   yang tidak ada imbuhan       cantik-cantik
                   menggandakan seluruh         minum-minum
                   kata dasar                   mata-mata
                   kata nama yang               pemimpin-pemimpin
                   mengandungi imbuhan          pelatih-pelatih
                   juga boleh digandakan        persatuan-persatuan
                   sepenuhnya, iaitu            kehendak-kehendak
                   termasuk imbuhan sekali
              2. Penggandaan separa
                   menggandakan
                   sebahagian kata dasar
                   sahaja
                   kata dasar boleh
                   merupakan kata tunggal
                   ataupun kata terbitan
                   penggandaan boleh
                   berlaku di hadapan atau
                   di belakang kata dasar
              Penggandaan separa yang           laki  lalaki  lelaki
              berlaku pada kata dasar tunggal   jari  jajari  jejari
              lazimnya melibatkan               siku  sisiku  sesiku
              pengulangan suku kata             rambut  rarambut  rerambut
              pertamanya, dan letak             langit  lalangit  lelangit
              gandaannya pada bahagian
              hadapan kata dasar. Vokal
dalam bentuk gandaan itu
mengalami proses pelemahan
menjadikannya vokal e pepet.
Penggandaan separa yang              di belakang kata dasar:
berlaku pada kata dasar yang                berlari-lari
berimbuhan hanya                            mencari-cari
menggandakan kata dasar                     berturut-turut
utama dan tidak melibatkan                  terdiri-diri
imbuhannya sekali.                          sepandai-pandai
      berlaku terhadap               di hadapan kata dasar:
      golongan kata kerja dan               kasih-mengasihi
      kata adjektif                         cinta-mencintai
      boleh terletak di                     kejar-mengejar
      belakang atau di hadapan              tolong-menolong
      kata dasar untuk kata                 bantu-membantu
      kerja tertentu
3. Penggandaan berentak
       menggandakan kata
       dasar mengikut rentak
       bunyi tertentu dalam
       kata dasar itu
       seluruh kata dasar
       digandakan
       bunyi-bunyi tertentu
       diulang atau diubah
Penggandaan berentak boleh
dibahagikan kepada tiga
jenis:
(i) penggandaan berentak     sayur-mayur
    pengulangan vokal        kuih-muih
    (penggandaan yang                selok-belok
    mempunyai ciri-ciri              lauk-pauk
    persamaan pada bunyi-bunyi
    vokal tertentu, iaitu terdapat
                                     gotong-royong
    ciri-ciri keharmonian vokal)     cerai-berai
(ii) penggandaan berentak            gunung-ganang
     pengulangan konsonan            bukit-bukau
    (penggandaan yang mempuyai       mandi-manda
    ciri-ciri persamaan pada         batu-batan
    bunyi-bunyi konsonan
    tertentu)
                                     bolak-balik
(iii) penggandaan berentak           anak-pinak
      bebas (penggandaan yang        saudara-mara
                tidak mengandungi ciri-ciri   lintang-pukang
                persamaan pada bunyi vokal    titik-bengik
                atau konsonan)


Peringatan: Kata ganda menggunakan sempang (-), berbeza dengan kata
majmuk yang tidak menggunakannya.

(Tajuk akan datang: GOLONGAN KATA)

								
To top