KERTAS KERJA
IKATAN UKHUWAH MAHASISWA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM
PERINGKAT ZON UTARA
1.0 Pendahuluan
Program Ikatan Ukhuwah Mahasiswa Bersama Anak-anak Yatim (IUMBAY)
dilaksanakan bersempena Ekspo Konvokesyen 2000 dan Hari Terbuka ke-29 USM yang
diadakan pada 28 hingga 30 Julai 2000. Program ini adalah kesinambungan daripada
Program Mesra Bersama Anak-anak Yatim (PMBAY) yang diadakan pada tahun lepas.
Program IUMBAY ini akan diadakan pada 28 Julai hingga 30 Julai 2000 bertempat di
kampus induk, Universiti Sains Malaysia. Pada tahun ini, para peserta program ini akan
diambil dari negeri-negeri di Zon Utara Semenanjung Malaysia iaitu Perlis, Kedah dan
Pulau Pinang.
Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang program IUMBAY ini seperti sesi
latihan dalam kumpulan (LDK), kenali USM, ceramah motivasi dan lain-lain lagi.
Aktiviti-aktiviti ini dijalankan untuk mendedahkan para peserta kepada corak kehidupan
di USM. Secara tidak langsung juga, para peserta akan dilatih untuk meningkatkan
kemampuan diri masing-masing.
2.0 Objektif
Tujuan program Ikatan Ukhuwah Mahasiswa Bersama Anak-anak Yatim ini adalah
seperti berikut :-
i. Mengeratkan ikatan silaturahim antara golongan mahasiswa dan anak-anak yatim.
ii. Memberi peluang kepada para peserta program ini mengenali USM secara lebih
dekat dan mengetahui corak kehidupan di USM.
iii. Menyuntik semangat dan kesedaran untuk mencapai kejayaan dan seterusnya
melangkah ke menara gading dalam kalangan para peserta program.
3.0 Penganjur
Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) dengan kerjasama
Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sains Malaysia.
4.0 Tarikh
28 Julai hingga 30 Julai 2000.
5.0 Lokasi
Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia.
6.0 Sasaran
150 orang peserta terdiri daripada para pelajar tingkatan 2.
7.0 Jawatankuasa
7.1 Pengerusi
Hairol Anuar bin Hj. Mak Din
Pengarah,
Ekspo Konvokesyen 2000 dan Hari Terbuka Ke -29 USM.
7.2 Penasihat
Mohd. Syahbudin bin Hashim
Timbalan Pengarah II,
Ekspo Konvokesyen 2000 dan Hari Terbuka Ke-29 USM.
Izwandy bin Idris
Pengerusi Bahagian Persembahan dan Pertunjukan,
Ekspo Konvokesyen 2000 dan Hari Terbuka Ke -29 USM.
7.3 Sekretariat
Pengarah : Muhamad Ruzaimi bin Azizan
Timbalan Pengarah : Noramalina binti Abdullah
Setiausaha : Khairunniza binti Mohd. Sarkawi
Bendahari : Mohd Dian bin Nais
8.0 Tentatif program
Bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan, pelbagai aktiviti telah dirancang
untuk memberi manfaat kepada para peserta. Aktiviti-aktiviti ini telah dirancang dengan
sebegitu rupa supaya peserta dapat menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin
daripada program ini, di samping meningkatkan disiplin dalam diri mereka (sila rujuk
lampiran 1 untuk tentatif program IUMBAY).
9.0 Kewangan
Sebanyak RM 7000 diperlukan untuk menjayakan program ini. Peruntukan bagi
program ini datangnya dari pelbagai sumber kewangan (sila rujuk lampiran 2 bahagian
'Pendapatan').
Peruntukan sebanyak RM 7000 ini digunakan untuk menjalankan setiap aktiviti
dalam program ini. Selain itu, wang ini juga digunakan untuk pembayaran makan dan
minum peserta sepanjang 3 hari dan 2 malam mereka menginap di USM (sila rujuk
lampiran 2 bahagian 'Perbelanjaan').
10.0 Penutup
Semoga program Ikatan Ukhuwah Mahasiswa Bersama Anak-anak Yatim ini
akan dapat merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan. Akhir kata, jawatankuasa
IUMBAY mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi
sumbangan, bantuan dan sokongan untuk menjayakan program ini. Diharapkan agar
program ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.
Disediakan oleh,
(Muhamad Ruzaimi bin Azizan)
Pengarah,
Ikatan Ukhwah Mahasiswa Bersama Anak-anak Yatim,
Peringkat Zon Utara.
Lampiran 1
TENTATIF PROGRAM
28 Julai 2000
3.00 p.m - Ketibaan para peserta
- Penyerahan peserta kepada abang & kakak angkat masing-masing
4.15 p.m - Minum petang
- Solat Asar
5.15 p.m - Sesi bersama abang & kakak angkat
6.35 p.m - Persediaan diri
- Makan malam
- Solat Maghrib
- Solat Isyak
9.15 p.m - Latihan dalam Kumpulan 1
11.00 p.m - Minum malam
29 Julai 2000
5.00 a.m - Persediaan diri
6.00 a.m - Solat Subuh
-Tazkirah pagi
7.30 a.m - Riadah pagi
8.15 a.m - Sarapan pagi & rehat
9.45 a.m - Latihan dalam kumpulan 2
11.30 a.m - Majlis perasmian
12.45 p.m - Makan tengahari
- Solat Zohor
2.15 p.m - Ceramah 1
4.00 p.m - Minum petang
- Solat Asar
5.15 p.m - Lawatan ke Bilik Pameran & Tapak Pesta
6.45 p.m - Persediaan diri
- Solat Maghrib
- Solat Isyak
9.15 p.m - Ceramah 2
10.45 p.m - ‘Suatu kejayaan’
11.45 p.m - Peserta pulang ke tempat penginapan masing-masing
30 Julai 2000
5.00 a.m - Persediaan diri
6.00 a.m - Solat Subuh
- Tazkirah
7.15 a.m - Sarapan pagi
8.00 a.m - Mencari Harta Karun
9.45 a.m - Rehat & berkemas untuk pulang
11.00 a.m - Majlis penutup
12.15 p.m - Majlis perpisahan
- Makan tengah hari
- Solat Zohor
3.00 p.m - Peserta pulang ke negeri masing-masing
Lampiran 2
BELANJAWAN
1.0 Pendapatan
Syarikat-syarikat swasta RM 6000.00
Majlis Agama Islam negeri-negeri RM 1000.00
__________
JUMLAH PENDAPATAN RM 7000.00
2.0 Perbelanjaan
2.1 Teknikal & fizikal RM 390.00
2.2 Jamuan RM 4000.00
2.3 Cenderahati RM 1260.00
2.4 Publisiti RM 100.00
2.5 Pengisian RM 450.00
2.6 Pengangkutan & penginapan RM 500.00
2.7 Spekulasi RM 300.00
__________
JUMLAH PERBELANJAAN RM 7000.00
KERTAS KERJA
IKATAN UKHUWAH MAHASISWA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM
PERINGKAT ZON UTARA
SEMPENA
EKSPO KONVOKESYEN 2000
DAN
HARI TERBUKA KE-29USM
PADA
28 HINGGA 30 JULAI 2000
TEMPAT
KAMPUS INDUK, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG
TEMA KONVO
“PENYELIDIKAN BERKUALITI PEMANGKIN PEMBANGUNAN NEGARA”