26
BAB III
METODOLOGI
3.1 Metodologi Kajian
Secara ringkasnya, projek penyelidikan ini memberi tumpuan dalam
membangunkan satu aplikasi Sistem Maklumat Geografi yang mampu digunakan untuk
menjalankan kajian yang berkaitan dengan sistem perparitan dan sistem pembentungan
khususnya pada kawasan kajian. Selain itu, projek ini juga memberi perhatian dalam
pengumpulan data dalam merekabentuk satu pangkalan data yang mengandungi
maklumat mengenai sistem perparitan dan sistem pembentungan kawasan kajian.
Pangkalan data yang direkabentuk mempunyai ciri-ciri dari segi struktur data, keperluan
data dan model data yang dapat digunakan untuk memenuhi keperluan kajian analisis
dan kajian keperluan model SMG pada masa hadapan.
Kajian ini boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat dan pendekatan seperti
yang ditunjukkan pada rajah 3.1.
27
Penyataan Masalah
Kajian Teoritikal
Pemilihan Kawasan Kajian
Kajian Keperluan Data
Pengumpulan Data Rekabentuk Pangkalan Data
Pembangunan Aplikasi SMG
Manipulasi & Analisis Data
Rumusan Dan Cadangan Penilaian
Output
Rajah 3.1 : Metodologi kajian
28
3.2 Penyataan Masalah
Pembangunan sebarang projek SMG hendaklah dimulakan dengan kaedah
penyataan masalah. Senarai masalah tersebut diperlukan dalam memulakan penbentukan
sebuah pangkalan data. Soalan dan masalah yang disenaraikan akan membantu dalam
membuat keputusan dalam membawa kepada pendekatan kepada analisis. Kaedah ini
juga menentukan cara analisis yang digunakan dan bagaimana untuk menyampaikan
keputusannya.
Diantara masalah atau soalan dalam kajian ini adalah seperti :-
- Masalah sistem perparitan dan sistem pembentungan yang mungkin berlaku
pada kawasan kajian.
- Keberkesanan pengurusan sistem perparitan dan sistem pembentungan pada
kawasan kajian.
- Maklumat mengenai lurang pembentungan, paip pembetungan dan parit sedia
ada.
- Kedalaman optimum bagi lurang sistem pembentungan.
- Kecerunan rekabentuk bagi paip pembentungan dan parit yang telah dibina.
- Kedudukan titik pembuangan air larian yang terakhir dan lokasi loji rawatan
kumbahan.
- Jumlah penduduk yang menggunakan sistem perparitan dan sistem
pembentungan kawasan kajian.
- Kedudukan lurang pembentungan yang mempunyai kedalaman yang paling
dalam.
- Paip pembentungan yang mempunyai kecerunan yang paling landai.
Melalui masalah yang dikenalpasti, matlamat dan objektif kajian dapat ditetapkan
dengan mudah.
29
3.3 Kajian Teoritikal
Seperti mana yang telah ditetapkan dalam objektif kajian ini dimana untuk
mengaplikasikan pengetahuan, teori dan kaedah SMG dalam pembangunan suatu
maklumat pengurusan. Pengetahuan awal terhadap teori-teori dan konsep-konsep adalah
penting dalam mencapai objektif yang ditetapkan. Peringkat ini meninjau teori yang
berkaitan dengan konsep dan prinsip dalam rekabentuk pangkalan data dan konsep asas
SMG. Kajian ini boleh dikenali sebagai peringkat kajian literatur. Rujukan terhadap
penggunaan teknologi maklumat untuk pengurusan dalam kejuruteraan awam dibuat
untuk memahami potensi penggunaan teknologi ini untuk memanfaatkan pengurusan.
Daripada pelbagai teknologi seperti internet, rekabentuk bantuan komputer
(CAD), sistem penentuletakan sejagat dan sebagainya, SMG dan pangkalan data dipilih
untuk tumpuan kajian kerana teknologi ini mempunyai penggunaan yang luas dalam
pengurusan dan mampu dilakukan dengan komputer peribadi.
3.4 Pemilihan Kawasan Kajian
Kawasan kajian yang dipilih untuk projek penyelidikan ini adalah sebuah
kawasan perumahan yang dilengkapi dengan infrastruktur yang sempurna termasuk
sistem perparitan dan sistem pembentungan. Kriteria pemilihan kawasan kajian ini pada
amnya adalah seperti berikut:-
a. Kawasan kajian dilengkapi dengan sistem perparitan dan sistem
pembentungan yang sempurna.
b. Keluasan kawasan kajian yang dipilih adalah sederhana sahaja
memandangkan tempoh masa kajian yang terhad.
c. Rekabentuk untuk sistem perparitan dan sistem pembentungan kawasan
kajian adalah tidak kompleks tetapi adalah memadai untuk mencapai objektif
kajian.
30
d. Data-data yang diperlukan dalam kawasan kajian dapat diperolehi dengan
mudah tanpa menghadapi kesulitan daripada pihak pemaju, jurutera
perunding dan kontraktor pembinaan.
e. Tinjauan ke tapak dapat dijalankan dengan tidak menghadapi masalah.
Kawasan kajian ini terletak di Pekan Changlun II, Mukim Temir, Daerah Kubang
Pasu, Kedah Darulaman. Pelan lokasi bagi kawasan kajian tersebut ditunjukkan dalam
rajah 3.2. Pemaju yang memajukan kawasan ini adalah PJ Plaza (M) Sdn. Bhd. Pihak
berkuasa tempatan yang meluluskan perancangan projek pembangunan ini adalah Majlis
Daerah Kubang Pasu. Selain itu, pihak jurutera perunding yang bertanggungjawab dalam
merekabentuk sistem infrastruktur termasuk sistem perparitan dan sistem pembentungan
adalah Perunding Timur (K) Sdn. Bhd. Pada amnya, kawasan ini mempunyai 122 buah
rumah kedai, 87 buah rumah kediaman jenis rumah teres dua tingkat dan sebuah
kompleks membeli-belah dua tingkat.
Rajah 3.2 : Pelan Lokasi kawasan kajian
31
3.5 Kajian Keperluan Data
Aturcara seterusnya adalah mengkaji data yang diperlukan untuk pembanguan
SMG. Data yang digunakan boleh berpunca dari pelbagai sumber. Contohnya pangkalan
data dalam organisasi, rekabentuk bantuan komputer (CAD), data rekabentuk
kejuruteraan, internet, data perniagaan, organisasi kerajaan dan sebagainya. Data yang
dipilih adalah bergantung kepada keperluan masing-masing serta peruntukan kewangan.
Projek ini bertumpu kepada pengurusan sistem perparitan dan sistem
pembentungan kawasan kajian. Data-data yang diperlukan dikategorikan dalam beberapa
aspek kajian termasuk parit, lurang pembentung, paip pembentung, kotak pembetung dan
pengumpul. Data fizikal tersebut adalah data yang berkaitan dengan kriteria rekabentuk
seperti jenis, bahan binaan, saiz, garis pusat, kecerunan, panjang, lebar, ketinggian,
kedalaman, aras dan sebagainya. Untuk memaparkan kawasan kajian dengan lebih
terperinci, peta kawasan kajian ini dalam bentuk format AutoCAD diperlukan.
Aspek kajian dan data yang diperlukan dalam kajian ini pada amnya ditunjukkan
dalam jadual 3.1.
Jadual 3.1 : Ringkasan aspek kajian keperluan data
Aspek kajian Jenis data yang diperlukan Sumber-sumber utama data
Parit Jenis, saiz, kecerunan, Tinjauan tapak, lukisan
tinggi aras. kejuruteraan.
Paip pembentung Jenis, bahan, garis pusat, Lukisan kejuruteraan.
panjang, kecerunan.
Lurang pembentung Kedalaman, saiz, bahan, Tinjauan tapak, pelan As-
bilangan. Built.
Kotak pembetung Saiz, jenis, panjang. Tinjauan tapak.
Pengumpul Saiz, bilangan, jenis, Tinjauan tapak, lukisan
bilangan, kedudukan kejuruteraan.
Maklumat tambahan Keadaan lot jiran, jenis Tinjauan tapak, pelan
bangunan. jurukur tanah.
32
3.6 Pengumpulan Data
Pengumpulan data merupakan aspek yang paling mahal dan memakan masa
dalam membina sesuatu kemudahan SMG. Pengalaman lepas menunjukkan bahawa
proses pengumpulan data merupakan 60% hingga 80% daripada jumlah kos operasi
SMG dari segi masa dan kewangan. Manakala peralatan yang digunakan hanya 10%
hingga 30% daripada jumlah kos yang terlibat (Mohd. Zulkifli Mohd. Yunus, 2002).
Kawasan yang dipilih untuk kajian ini adalah Pekan Changlun II, Mukim Temin,
Daerah Kubang Pasu, Kedah. Pemilihan kawasan tersebut adalah disebabkan
keluasannya yang sederhana dan terdapatnya sistem perparitan dan sistem pembentungan
yang boleh mencapai maklamat kajian ini.
Oleh yang demikian, sumber-sumber utama data yang diperlukan mesti
diperolehi terutamanya dalam lukisan kejuruteraan daripada pihak jurutera perunding
yang bertanggungjawab untuk merekabentuk sistem perparitan dan sistem pembentungan
Pekan Changlun II ini. Maklumat-maklumat merangkumi parit, paip pembentung, lurang
pembentung, kotak pembetung, pengumpul dan sebagainya dapat dikumpulkan daripada
lukisan kejuruteraan yang berkenaan.
Selain daripada itu, tinjauan tapak dijalankan untuk mendapatkan maklumat-
maklumat tambahan yang tidak wujud di dalam lukisan kejuruteraan tersebut. Tambahan
pula sebarang perubahan pembinaan dapat diperhatikan dan dikenalpasti jika keadaan
sebenar di tapak berlainan dengan apa yang ditunjukkan dalam lukisan. Perkara seperti
ini adalah biasa dan selalu berlaku dalam industri pembinaan yang mungkin disebabkan
oleh keadaan tapak yang luar biasa dan tidak dapat dikesan awal semasa proses
merekabentuk. Oleh sebab itu, lukisan-lukisan as-built yang disediakan oleh pihak
kontraktor untuk menunjukkan keadaan pembinaan yang sebenar perlu juga
dikumpulkan. Tujuan lukisan-lukisan ini adalah untuk menyemak dan membuat
perbandingan tambahan dengan rekabentuk asal pihak jurutera perunding. Maklumat-
maklumat tambahan yang perlu juga dikumpul adalah seperti laporan rekabentuk
jurutera, pelan daripada pihak jurukur tanah, katalog bahan binaan, perincian-perincian
seperti parit, paip pembentung dan lurang pembentung dalam format AutoCAD dan
sebagainya.
33
Keberkesanan pada pangkalan data yang direkabentuk untuk mencapai objektif
kajian dan sama ada pangkalan data ini boleh digunakan untuk tujuan analisis pada masa
hadapan adalah bergantung kepada data-data yang dikumpulkan. Data-data yang
mencukupi dan berguna akan mengujudkan pangkalan data yang dapat bertindak secara
berkesan apabila analisis data dijalankan kelak. Selain daripada itu, kejituan data-data
yang dikumpul juga mempengaruhi keputusan analisis dan tidak mendatangkan
kekeliruan kepada pengguna yang menggunakan pangkalan data tersebut.
3.7 Rekabentuk Pangkalan Data
Setelah mengenalpasti keperluan data dan data-data primer telah dikumpulkan,
peringkat ini adalah untuk merekabentuk sistem maklumat pangkalan data berdasarkan
kepada objektif kajian yang ditetapkan awal dan mengikuti prinsip-prinsipnya.
Pangkalan data direkabentuk berdasarkan data yang diperlukan untuk kajian.
Model data hubungan dipilih untuk rekabentuk untuk memudahkan penyimpanan dan
pencarian data disamping dapat melakukan pelbagai fungsi pertanyaan. Kerja
memasukkan data hanya boleh dilakukan setelah pangkalan data direkabentuk.
Dalam langkah merekabentuk pangkalan data, proses permodelan perlu
dijalankan. Permodelan data adalah proses membentuk persembahan pangkalan data
kepada pengguna. Tugas ini adalah penting dalam membentuk aplikasi pangkalan data
yang berkesan. Jika model data dibentuk kurang sesuai dengan keperluan pandangan
pengguna, mereka akan berasa pangkalan data tersebut sukar digunakan. Oleh itu,
permodelan data adalah asas pembangunan pangkalan data dan aplikasi SMG.
Langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan data atribut yang diperlukan.
Data atribut yang dimaksudkan adalah semua maklumat mengenai rekabentuk sistem
perparitan dan sistem pembentungan dalam kawasan kajian tersebut. Data tersebut perlu
mengandungi maklumat seperti saiz dan kecerunan parit, bilangan dan saiz lurang, saiz,
panjang dan kecerunan paip pembentung dan lokasi lurang pembentung. Selain itu, aras
tanah dalam kawasan kajian perlu juga diperolehi sebagai maklumat tambahan dalam
34
menunjukkan perbezaan ketinggian aras antara jalan dengan dasar lurang atau parit.
Semua data ini hendaklah disimpan dalam pangkalan data sama ada dalam bentuk
spreadsheets, carta dan format teks yang boleh diguna bersama dengan perisian ArcView.
3.8 Pembangunan Aplikasi SMG
Keperluan peralatan kajian yang digunakan untuk mengendalikan data ruang
adalah perisian AutoCAD dan ArcView. Selain itu, perisian ArcView juga digunakan
dalam mengendalikan data atribut dan membina pangkalan data. ArcView merupakan
perisian komputer yang dapat membawa penyelesaian kepada analisis SMG dan
pemaparan peta. ArcView adalah hasil produk Environmental Systems Research Institute
(ESRI) yang merupakan pakar perisian komputer mengenai Sistem Maklumat Geografi
(SMG). ArcView merupakan program SMG yang paling popular dan mempunyai lebih
lima ratus ribu pengguna di dunia ( http://www.esri.com ).
ArcView dapat menghasilkan peta yang berkemampuan dengan menggunakan
data yang datang dari pelbagai sumber. ArcView merangkumi alat dan data yang boleh
digunapakai secara serta-merta untuk tujuan penganalisaan. Perisian ini membolehkan
pengguna menjalankan kerja analisis bersama-sama dengan peta, jadual dari pangkalan
data dan carta di dalam satu aplikasi kerja.
Semua data ruang yang terkumpul dalam kajian ini mesti dalam format AutoCAD
(.dwg) supaya data tersebut dapat diubahsuai dengan lebih mudah. Sebagai contoh
lukisan pelan susunatur kawasan kajian yang diperolehi daripada pihak jurukur
hendaklah dalam format .dwg. Lukisan tersebut perlu termasuk pemecahan lot-lot dan
menunjukkan segala butiran yang terdapat pada kawasan kajian seperti jalan raya,
nombor lot bersebelahan dan sebagainya yang berfungsi sebagai maklumat tambahan.
Tujuannya adalah untuk menerangkan situasi atau ciri pada kawasan kajian. Skala untuk
setiap data dalam lukisan seharusnya sama untuk membolehkan proses penindihan data
dijalankan bagi tujuan analisis. Semua data dalam format .dwg hendaklah ditukar kepada
35
format .dxf. Tujuan penukaran ini adalah disebabkan format .dxf merupakan format data
yang boleh ditaksir oleh perisian komputer ArcView.
3.9 Manipulasi Dan Analisis Data
Pemilihan cara menjalankan analisis diperlukan sebelum proses manipulasi dan
analisis data diteruskan. Pemilihannya adalah berdasarkan kepada penyataan masalah
yang dikemukakan dan bergantung kepada bagaimana penggunaan terhadap keputusan
daripada analisis. Sebagai contoh dalam kajian ini, kalau hanya maklumat am seperti
lokasi titik pembuangan terakhir yang dikehendaki, pengguna hanya melihat kepada peta
yang dihasilkan sahaja. Tetapi jika maklumat seperti nilai kadar alir maksimum yang
boleh ditanggung oleh parit tertentu yang dikehendaki, pengukuran dan rekabentuk yang
lebih jitu perlu disediakan.
Selepas cara menganalisa dipilih, data yang dikumpulkan hendak diproses supaya
dapat mencapai kehendak yang ditetapkan pada awal. Analisis yang dijalankan adalah
bergantung kepada keperluan masing-masing. Sebagai contoh, jika kajian dijalankan
untuk mendapat lokasi sesuatu benda, koordinat geografi seperti latitud dan longitud
ataupun alamat perlu ditetapkan. Bagi analisis yang dijalankan untuk menetapkan
kuantiti, contohnya, bilangan jenis parit atau paip pembentung yang digunakan dalam
sesuatu kawasan kediaman, jadual klasifikasi yang mewakili data perlu disediakan.
Manakala bagi kajian yang memerlukan maklumat mengenai butiran yang wujud di
dalam peta, langkah yang perlu dijalankan adalah mengukur keluasan kawasan kajian
atau menggabungkan beberapa lapisan maklumat yang berbeza.
Langkah seterusnya adalah menghubungkan data ruang dan data atribut yang
disimpan dalam pangkalan data. Data-data tersebut kemudian dieksport kepada ArcView
untuk analisis seterusnya. Rujukan alamat individu perlu tepat supaya SMG dapat
menghubungkan pangkalan data yang disimpan.
36
3.10 Rumusan Dan Cadangan
Langkah terakhir kajian ini adalah meneliti kepada keputusan daripada analisis.
Rumusan dan cadangan perlu disediakan berdasarkan keputusan yang didapati. Hasil
keputusan tersebut boleh dipamirkan dalam bentuk peta, diplotkan dalam kertas sebagai
peta kertas dan bergabung bersama spreadsheet seperti jadual atau carta. Ini kerana SMG
yang menekankan penghasilan peta membolehkan keputusan dipamirkan dalam format
yang paling sesuai dengan keperluan masing-masing. Kemudian penilaian dijalankan
terhadap keputusan daripada analisis SMG. Jika keputusan tersebut didapati tidak
memuaskan, prosedur kajian perlu diulang terutamanya bermula dari proses rekabentuk
pangkalan data yang merupakan punca masalah analisis.
Keupayaan SMG pada asasnya adalah dapat menjanakan pelbagai jenis pelan
tema berdasarkan data atribut yang dikumpul. Syarat utama penjanaan pelan ini adalah
data atribut dapat dihubungkan dengan tepat kepada data ruang melalui perisian
ArcView. Hasil keputusan yang baik merupakan output bagi kajian ini.
3.11 Ringkasan Bab
Secara ringkasnya, projek penyelidikan ini memberikan tumpuan dalam
membangunkan satu apliksi SMG yang mampu digunakan untuk menjalankan kajian
yang berkaitan dengan sistem perparitan dan sistem pembentungan pada kawasan kajian.
Kajian ini dibahagikan kepada beberapa peringkat dan pendekatan seperti penyataan
masalah, kajian teoritikal, pemilihan kawasan kajian, kajian keperluan data,
pengumpulan data, rekabentuk pangkalan data, pembangunan aplikasi SMG, manipulasi
dan analisis SMG serta menyediakan rumusan dan cadangan.
Penyataan masalah akan membantu dalam membuat keputusan kepada
pendekatan analisis. Pengetahuan awal terhadap teori dan konsep adalah penting dalam
mencapai objektif yang ditetapkan. Kawasan kajian yang dipilih untuk projek ini adalah
sebuah kawasan perumahan yang dilengkapi dengan infrastruktur yang sempurna
termasuk sistem perparitan dan sistem pembentungan.
37
Data yang digunakan boleh berpunca dari pelbagai punca seperti pangkalan data
dalam organisasi, rekabentuk bantuan komputer (CAD), data rekabentuk kejuruteraan,
internet, data perniagaan, organisasi kerajaan dan sebagainya. Data yang dipilih adalah
bergantung kepada keperluan masing-masing dan peruntukan kewangan. Pengumpulan
data merupakan aspek yang paling mahal dan memakan masa dalam membina sesuatu
kemudahan SMG. Keberkesanan pada pangkalan data yang direkabentuk untuk
mencapai objektif kajian dan sama ada pangkalan data ini boleh digunakan untuk tujuan
analisis pada masa hadapan bergantung kepada data-data yang dikumpul. Pangkalan data
direka bentuk berdasarkan data yang diperlukan untuk kajian. Dalam langkah mereka
bentuk pangkalan data, proses pemodelan dijalankan iaitu proses membentuk
persembahan pangkalan data kepada pengguna.
Keperluan peralatan kajian yang digunakan untuk mengendalikan data ruang
adalah perisian AutoCAD dan ArcView. Pemilihan cara menjalankan analisis diperlukan
sebelum proses manipulasi dan analisis data diteruskan. Selepas cara menganalisa
dipilih, data yang dikumpulkan hendak diproses supaya dapat mencapai kehendak yang
ditetapkan. Langkah terakhir kajian ini adalah meneliti kepada keputusan daripada
analisis. Rumusan dan cadangan perlu disediakan berdasarkan keputusan yang didapati.
Hasil keputusan yang baik merupakan output bagi kajian ini.