RANCANGAN PELAJARAN BAHASA MELAYU KOMSAS
Genre : Puisi Tradisional (Seloka)
Kelas : Tingkatan 4 Sains 1
Masa : 80 minit
Tajuk : Seloka Pak Kaduk
Bidang : Estetika dan Interpersonal
Objektif : Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat:
i. Menjelaskan maksud seloka Pak Kaduk
ii. Menghuraikan perwatakan Pak Kaduk
iii. Memberikan makna rangkai kata
iv. Membina ayat penyata yang gramatis berdasarkan kosa kata yang
diberi.
v. Menjawab 3 soalan pemahaman dengan lengkap.
FU : 2.0, 2.1, 2.2, Aras 3(i).
FS : 10.0, 10.1, 10.2, 10.4, Aras 1(i), (ii)
Sistem Bahasa : Ayat Penyata, diksi,
Kosa kata: bayu berpuput, menongkah pasang, menongkah surut,
Kematian angin, tergadai, mudik, nyaris.
Pengisian Kurikulum:
: a) Ilmu : Kesusasteraan Melayu
b) Nilai Murni : kerjasama
c) Kemahiran Bernilai Tambah: KBKK, Konstruktuvisme, KP.
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KOMSAS SELOKA PAK KADUK
LANGKAH AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN
SET INDUKSI Guru menunjukkan gambar yang berkaitan Menampalkan
(5 minit) dengan watak Pak Kaduk gambar di papan
Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang putih
gambar. Lampiran
Guru mengaitkan aktiviti dengan pelajaran pada
hari ini
Langkah 1 Membaca seloka Pak Kaduk Seni kata seloka
5 minit Guru membaca seloka diiringi paluan kompang (Lampiran 1 )
(rakaman bunyi kompang) dipancarkan
Pelajar lain diminta membacakan seloka tersebut melalui LCD
dengan nada, gaya dan intonasi yang betul
Langkah 2 Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang
10 minit maksud seloka
Guru membuat pengukuhan tentang maksud
seloka dengan tepat
Langkah 3 Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan 1.Kad Tugasan
10 minit Guru mengedarkan kad tugasan dan kad (Lampiran 2)
lembaran jawapan kepada setiap kumpulan .bentuk edaran
dan melalui LCD
Kumpulan 1 - membincangkan maksud rangkai 2.Kad Lembaran
kata jawapan pelajar
Kumpulan 2 - menghuraikan 3 perwatakan Pak dalam bentuk
Kaduk transperansi
Kumpulan 3 -membina 5 ayat penyata daripada (Lampiran 3)
perkataan yang diberi
Kumpulan 4 - menghuraikan 5 pengajaran
daripada seloka
Langkah 4 Pembentangan Hasil Perbincangan Kumpulan Penggunaan OHP
30 minit Guru meminta setiap ketua kumpulan untuk
melaporkan hasil perbincangan kumpulan
Ketua setiap kumpulan melaporkan menerusi
transperansi yang dibekalkan oleh guru.
Guru membuat penilaian dan pengukuhan
Langkah 5 Penilaian Lampiran 4
15 minit Guru mengemukakan 3 soalan penilaian LCD
berdasarkan seloka
Pelajar menjawab soalan-soalan tersebut
Penutup Guru menjemput 5 orang pelajar untuk sama-
5 minit sama mennyanyikan seloka Pak Kaduk
Seorang pelajar diminta untuk menggayakan
Watak Pak Kaduk dengan memakai kostum yang
sesuai dengan perwatakan Pak Kaduk.
Pelajar-pelajar lain dijemput menyanyi beramai-
ramai
Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada
hari ini.
Tugasan/Kerja Rumah Lampiran 5
Guru menayangkan tugasan-tugasan pengayaan
sebagai kerja rumah mengikut kumpulan untuk
disiapkan oleh setiap ahli kumpulan.
Lampiran
PERWATAKAN PAK KADUK
PAK
KADUK
PENGAJARAN
BINA AYAT PENYATA DARIPADA PERKATAAN YANG DIBERI
PERKATAAN AYAT PENYATA
berpuput
mudik
nyaris
bertandang
tergadai
BERIKAN MAKSUD RANGKAI KATA
RANGKAI KATA MAKSUD
bayu berpuput
menongkah pasang
menongkah surut
kematian angin
bertandang duduk
SOALAN PENILAIAN
ARAHAN: Jawab semua soalan berikut:
1. Mengapakah Pak Kaduk bernasib malang? (3 markah)
2. Andaikan anda Pak Kaduk, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk
mengatasi nasib malang itu? (3 markah)
3. Huraikan mesej yang terdapat dalam seloka di atas. (3 markah)
PENGAYAAN
ARAHAN: Anda bebas menentukan perwatakan Pak Kaduk mengikut cita rasa anda
sendiri.
1. Setiap ahli Kumpulan 1 dikehendaki mencipta 3 rangkap pantun berdasarkan
Seloka Pak Kaduk.
2. Setiap ahli Kumpulan 2 dikehendaki mencipta 3 rangkap syair berdasarkan Seloka
Pak Kaduk.
3. Setiap ahli Kumpulan 3 dikehendaki mencipta 12 baris seloka berdasarkan Seloka
Pak Kaduk.
4. Setiap ahli Kumpulan 4 dikehendaki mencipta 12 baris gurindam berbentuk bebas
berdasarkan Seloka Pak Kaduk.
Jawapan
PERWATAKAN PAK KADUK
Bertindak suka
terburu-buru membazir
PAK
panas KADUK Bernasib
baran malang
bodoh
suka sombong
berjudi
Kita hendaklah bersabar apabila menghadapai sesuatu masalah.
Contohnya, Pak Kaduk hendaklah bersabar terhadap isterinya
yang menegur perbuatan bodohnya.
Kita seharusnya berfikir dahulu sebelum melakukan perbuatan
yang memudaratkan diri. Contohnya, Pak Kaduk mesti berfikir
dahulu sebelum bersetuju menukarkan ayamnya dengan ayam
yang menyebabkan kampungnya tergadai.
PENGAJARAN
Kita wajar mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan
yang membazir. Contohnya, Pak Kaduk tidak wajar membuang
nasi yang sepatutnya dijadikan makanan keluarganya.
Kita hendaklah menjauhkan diri daripada tabiat suka berjudi.
Contohnya, Pak Kaduk, dalam keadaan miskin sepatutnya tidak
berjudi dengan mempertaruhkan ayamnya dengan ayam raja.
Kita hendaklah memanfaatkan masa yang terluang dengan betul.
Contohnya, Pak Kaduk tidak seharusnya membuang masa luangnya
dengan melakukan pekerjaan yang sia-sia bersabung ayam dan suka
bertandang ke rumah orang.
BINA AYAT PENYATA DARIPADA PERKATAAN YANG DIBERI
PERKATAAN AYAT PENYATA
berpuput Angin yang berpuput lembut menyebabkan saya mengantuk.
mudik Faizah mudik ke hulu untuk menziarahi datuknya yang sakit.
nyaris Ali nyaris maut akibat dilanggar kereta jirannya.
bertandang Pak Abu bertandang ke rumah besannya.
tergadai Maruah Yazid tergadai apabila dia ditangkap polis kerana mencuri.
BERIKAN MAKSUD RANGKAI KATA
RANGKAI KATA MAKSUD
bayu berpuput Angin berhembus/bertiup
menongkah pasang Melawan arus air yang sedang pasang
menongkah surut Melawan arus air yang sedang surut
kematian angin Angin berhenti bertiup/berhembus
bertandang duduk Menumpang tinggal di rumah orang lain
SOALAN PENILAIAN
ARAHAN: Jawab semua soalan berikut:
1. Mengapakah Pak Kaduk bernasib malang? (3 markah)
Ayam Pak Kaduk menang sabung tetapi kampungnya tergadai. (1 markah)
Ketika Pak Kaduk mudik, air surut dan ketika Pak Kaduk menghilir sungai,
air pun pasang. (1 markah)
Semasa Pak Kaduk belayar, angin berhenti bertiup dan ketika Pak Kaduk
melabuhkan sauh, angin bertiup semula. (1 markah)
2. Andaikan anda Pak Kaduk, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk
mengubah nasib malang itu? (3 markah)
Sekiranya saya Pak Kaduk, tindakan saya ialah:
saya akan berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak melakukan sesuatu perkara.
(1 markah)
saya akan belajar ilmu pelayaran supaya saya dapat tahu arah tiupan angin.
(1 markah)
saya tidak akan berjudi atau menyabung ayam. (1 markah)
saya akan meminta nasihat atau pandangan orang lain sebelum melakukan sesuatu
perkara. (1 markah)
saya akan mengamalkan sikap berjimat cermat. (1 markah)
3. Huraikan mesej yang terdapat dalam seloka di atas. (3 markah)
Kita hendaklah bersabar apabila menghadapai sesuatu masalah.
Contohnya, Pak Kaduk hendaklah bersabar terhadap isterinya yang menegur
perbuatan bodohnya. (1 markah)
Kita seharusnya berfikir dahulu sebelum melakukan perbuatan yang
memudaratkan diri. Contohnya, Pak Kaduk mesti berfikir dahulu sebelum
bersetuju menukarkan ayamnya dengan ayam yang menyebabkan
kampungnya tergadai. (1 markah)
Kita wajar mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang membazir.
Contohnya, Pak Kaduk tidak wajar membuang nasi yang sepatutnya
dijadikan makanan keluarganya. (1 markah)
Kita hendaklah menjauhkan diri daripada tabiat suka berjudi. Contohnya,
Pak Kaduk, dalam keadaan miskin sepatutnya tidak berjudi dengan
mempertaruhkan ayamnya dengan ayam raja. (1 markah)
Kita hendaklah memanfaatkan masa yang terluang dengan betul. Contohnya,
Pak Kaduk tidak seharusnya membuang masa luangnya dengan melakukan
pekerjaan yang sia-sia bersabung ayam dan suka bertandang ke rumah orang.
(1 markah)
PENGAYAAN
ARAHAN:
1. Setiap ahli Kumpulan 1 dikehendaki mencipta 3 rangkap pantun berdasarkan Seloka
Pak Kaduk.
2. Setiap ahli Kumpulan 2 dikehendaki mencipta 3 rangkap syair berdasarkan Seloka
Pak Kaduk.
3. Setiap ahli Kumpulan 3 dikehendaki mencipta 12 baris seloka lain berdasarkan
Seloka Pak Kaduk.
4. Setiap ahli Kumpulan 4 dikehendaki mencipta 12 baris gurindam berbentuk bebas
berdasarkan Seloka Pak Kaduk.