Embed
Email

NAMA :

Document Sample
NAMA :
Shared by: HC111201175510
Categories
Tags
Stats
views:
6
posted:
12/1/2011
language:
Malay
pages:
9
1









NAMA : TINGKATAN:







1103/2



SULIT

1103/1

Bahasa

Melayu

Kertas 2

SEKOLAH IZZUDDIN SHAH

MEI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2005

2005



TINGKATAN LIMA





BAHASA MELAYU

KERTAS 2

DUA JAM TIGA PULUH MINIT





________________________________________________________________________



JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU



ARAHAN :





1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan .

3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c) dan Soalan 2 (d) berdasarkan

teks Komponen

Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.









DISEDIAKAN OLEH:………………………… DISEMAK OLEH:………………

(CIK ZAIHASRA BT MD. NASIR) (PN. HJH. NORHAYATI BT OSMAN

2









Soalan 1 : Rumusan



[30 markah]



Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan

tentang usaha-usaha menghalang kegiatan lumba motosikal dan sebab-

sebab remaja terlibat dalam gejala ini. Panjang rumusan hendaklah tidak

melebihi 120 patah perkataan.



Ketika kerajaan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk

mengatasi peningkatan kadar kemalangan jalan raya khususnya yang

membabitkan nahas maut, gejala lumba haram terus berleluasa dan

kelmarin kita dikejutkan pula dengan tindakan melampau pelumba haram

yang sanggup menggunakan kekerasan terhadap pihak yang cuba

menghalang aktiviti yang negative mereka itu terhadap orang yang

menegurnya. Sememangnya, gejala lumba haram begitu berleluasa di

banyak tempat terutama di bandar besar di sebalik pelbagai tindakan tegas

yang diambil oleh pihak polis. Mereka seolah-olah tidak takut dengan

undang-undang dan tidak pernah serik walaupun media sering

memaparkan betapa bahayanya aksi mereka. Pelbagai usaha telah

dijalankan, namun ibarat menuang air ke daun keladi. Selagi bernyawa,

mereka tidak pernah serik.



Ada di antara pelumba haram ini yang pernah dihumban ke dalam

penjara atau mengalami kemalangan, kembali beraksi setelah dibebaskan

atau pulih daripada kecederaan, kecuali mereka yang mengalami

kecacatan kekal. Pelbagai usaha sudah dimabil untuk mengatasi masalah

berkenaan, termasuk menggantung lesen kepada mereka yang terlibat. Jika

kesalahan berulang, mereka dipenjarakan. Mungkin satu cara yang lebih

berkesan bagi mengelak kegiatan itu ialah dengan merampas dan melelong

motosikal atau kereta pelumba haram yang ditahan, selain mengharamkan

langsung mereka yang terbabit daripada menunggang atau memandu

kenderaan seumur hidup. Sekali gus mereka disenarai hitam daripada

mendapat lessen memandu.



Tindakan ini mungkin dianggap keterlaluan dan bertentangan dengan

hak asasi seseorang, tetapi dengan cara itu saja dapat mengajar mereka, di

samping mengelak lebih ramai pengguna jalan raya menjadi mangsa.

Sebenarnya, aktiviti lumba haram yang masih berterusan walaupun tindakan

tegas sudah diambil, menunjukkan langkah penguatkuasaan oleh pihak polis

masih belum mantap. Jika dulu kekuarangan anggota dijadikan alasan, kini

dengan arahan terbaru Ketua Polis Negara, bahawa semua 82,000 anggota

polis biasa boleh melaksanakan tugas menyaman pesalah trafik, tidak ada

sebab lagi penguatkuasaan tidak dapat dijalankan. Selian itu, disiplin di

3





kalangan anggota polis sendiri ditingkatkan supaya mereka tidak mudah

terpengaruh dengan sogokan yang boleh menggagalkan operasi mereka.



Sesungguhnya, pihak polis akan terus memantau jalan raya yang sering

menjadi tempat berlumba. Tindakan polis kini ialah mendakwa mereka yang

menonton perlumbaan tersebut. Cara ini sahaja dapat menakutkan orang

ramai yang suka menonton perlumbaan haram, yang biasanya dijalankan

pada malam minggu. Sebenarnya, kita tidak tahu, apakah yang ditakutkan

oleh golongan remaja? Mereka telah terlihat rakan mereka yang mati

dilanggar lori, telah menyaksikan ada yang patah kaki, tetapi mereka tidak

pernah serik.



(Diubahsuaikan daripada rencana pengarang, Tindakan Lebih Tegas untuk

Atasi

Lumba Haram, Berita Harian, 31 Januari 2004)





Soalan 2 : Pemahaman



Soalan 2 (a) Petikan Umum



Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut

dengan menggunakan ayat sendiri.



(i) Berikan maksud rangkai kata terpengaruh dengan sogokan seperti

terdapat dalam petikan.

[2 markah]



(ii) Nyatakan sikap negatif pelumba motorsikal haram.

[3

markah]



(iii) Jika rakan anda terlibat dalam perlumbaan motorsikal, apakah

yang akan anda lakukan?

[4 markah]





Soalan 2 (b) Petikan Cerpen



Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-

soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.



Fuad sarungkan sepatu dan kemudian memandang sayu ke wajah

mak. Muka tua itu bertambah banyak kedutnya. Rambut di kepala pun tak

ada lagi yang hitam. Semuanya putih. Kini pelbagai macam perasaan

berbaur di hati Fuad. Fuad kesal dengan kebodohan mak. Orang-orang lurus

macam maklah yang selalu menjadi mangsa.

4









Fuad mengeluh lagi. “Tak apalah mak,” kata Fuad. “Biar saya jumpa

Datuk Sukar dulu.”



“Tapi janganlah cari gaduh Fuad,” rayu mak. “Datuk Sukar orang besar

Fuad, orang kaya, orang ada pengaruh. Suaranya laku. Nanti kita juga yang

susah.”



“Saya bukannya nak cari gaduh mak,” balas Fuad sambil memandang

resah ke dalam kegelapan di luar rumah. “Tapi saya juga tidak suka orang

buat sesuka hati pada akita. Kita bukan tunggul mak.”



“Mak tak mau kau bertegang leher kerana Datuk Sukar, Fuad.” Suara

mak penuh harapan. “Dia tu…dia tu…ah Fuad, ingatlah sikit pada Junainah,

Fuad.”



[Dipetik daripada Sebutir Pasir di Kaki,

Karya Norhisaham Mustafa dalam antologi Kerusi]



(i) Mengapakah Fuad berasa kesal dengan tindakan ibunya?

[3 markah]



(ii) Fuad sanggup kehilangan pekerjaan dan hubungan baiknya

dengan Datuk Sukar disebabkan pendiriannya. Setujukah anda

dengan tindakannya itu? [3 markah]



(iii) Apakah pengajaran yang diperoleh daripada watak Fuad dalam

karya ini?

[3 markah]

Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik



Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan

yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.



Maka kata Saidah seraya dengan sukacitanya, “Benarlah seperti

bicara tuan hamba ini.” Pada sangkanya, matilah Sabor itu pada hari ini,

tetapi akan kuasa Allah taala tiadalah diketahuinya.



Hatta, maka Jibor pun mengeluarkan suatu kopiah buatan Rom, terlalu

baik rupanya lagi ajaib: halus seperti roma cucuk telinga rasanya tatkala

dipegang, demikianlah halusnya. Adalah harganya seribu dinar. Lalu

dibawanya kepada Sabor akan hendak menyukakan hati Sabor. Maka

kopiah itu pun diberikannya disuruh pakai kepada Sabor akan hendak

menyukakan hati Sabor. Maka kopiah itu pun dipakai oleh Sabor. Maka

Sabor hendak mengatakan hal Saidah itu kepada saudaranya Jibor, (maka

ia pun sangat malu rasanya).

5





Maka Jibor pun segera pergi pada suatu tempat sunyi. Maka

disuruhnya panggil empat orang sipahi seraya diberinya seratus dinar pada

seorang, katanya, “Apabila waktu Maghrib sekarang, segala orang pergi

sembahyang ke dalam masjid, tatkala itu barang siapa memakai kopiah

kaulihat buatan Rom, maka kamu penggal lehernya. Tatkala ia pergi

sembahyang, orang bertandakan kopiah itu.”



Maka kata sipahi, “Baiklah, tuan hamba,” serta dengan takzimnya.



Setelah sudah ia bersetia itu, maka Jibor pun kembalilah ke rumahnya

lalu ia tidur. Maka hari pun malamlah. Maka Jibor pun terkejut daripada

tidurnya lalu ia keluar pergi ke masjid mengambil air sembahyang. Setelah

sudah lalu ia masuk ke masjid.



[Dipetik daripada prosa klasik Sabor, dalam

antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka]



(i) Apakah yang dimaksudkan dengan setelah sudah ia bersetia

dalam petikan di atas?

[2 markah]



(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan Jibor sekiranya Sabor

memberitahu tentang perbuatan Saidah terhadapnya?





[3

markah]



(iii) Huraikan perwatakan Jibor berdasarkan petikan tersebut.

[3 markah]









Soalan 2 (d) Petikan Puisi



Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang

berikut dengan menggunakan ayat sendiri.

6









PEMBELI MASA SUDAH



Penyair ialah pengunjung pasar kisah

peraih pengalaman

dan pembeli masa sudah.

Kerana aku penyair kupenuhi hidupku

dengan kembara dan deria

yang kian memberat di pundakku.

Kulalui lorong-lorong hari sepiku

dari gelisah ke payah

dari sedih ke perih.



Di pasar yang dihingari kisah ini

aku dipanggil peraih cerewet

pemilih yang sukar membuat pilihan

pembeli yang keliru dengan tawaran.

Kerana aku pemilih ruwet

aku harus hati-hati;

pilihan menonjolkan mutu

dan mutu memantulkan peribadi.



Aku pembeli masalah orang

menyusunnya menjadi kata-kata

dan menjualnya kepada pemikir.

Aku juga kadang-kadang pembeli

masalah dan masa sudah sendiri.

Tidak seperti ikan dan sayuran,

masa sudahku lebih mahal

sesudah senja dan murah

di sebelah pagi.



T.Alias Taib

Antologi, Anak Laut.



(i) Apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan kata-kata “Aku

pembeli masalah orang’?

[2 markah]



(ii) Berdasarkan sajak di atas, simpulkan sifat-sifat yang seharusnya ada

pada seseorang penyajak.

[4 markah]



(iii) Huraikan tema sajak ini. [3

markah]

7





Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa



[30 markah]



Jawab semua soalan.



(a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan

maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan

imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas.



(i) sekiranya

(ii) tatkala

(iii) semoga

(iv) manakala

(v) sementara

(vi) andai kata

[6 markah]



(b) Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud

asalnya.



(i) Ayah telah berjaya menangkap seekor rusa jantan sewaktu

memburu di hutan.



(ii) Adik telah memetik buah rambutan di belakang rumah untuk diberi

kepada pak cik yang datang dari Singapura.



(iii) Kakak terpaksa menyapu halaman rumah kami setiap hari kerana

banyak daun yang gugur pada musim panas ini.



[6 markah]



(b) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat dua kesalahan penggunaan

kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan

itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah

struktur dan maksud asalnya.



(i) Dia belajar dari pengalaman dan kini telah berjaya menjadi eksklusif

di sebuah syarikat swasta.



(ii) Semua orang melawan kadar baru tol kerana begitu

membebankan orang ramai, selain dari itu jalan raya tersebut

merupakan jalan lama yang dinaik taraf dengan menambah lebih

banyak lorong.

8





(iii) Pelajar telah diingatkan oleh Menteri Pelajaran agar jangan

bergantung kepada kerajaan untuk menyediakan segala

kemudahan pelajaran kerana pihak-pihak individu juga

menyediakan kemudahan yang sama.



[6 markah]

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan

imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan –kesalahan tersebut dan

betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah stuktur

dan maksud asalnya.



(i) Kos perakaunan ialah konsep kos yang selalu digunakan oleh

akauntan bagi menghitungkan untung rugi dalam sesuatu

urusniaga.



(ii) Kebanyakan pemain bola sepak professional mengalami tekanan

apabila pasukan mereka kalah dalam sesuatu berlawanan.



(iii) Air sungai yang mengalir di kawasan kampong kami telah tercemar

kerana beberapa kilang yang beroperasi terbuang sisa kilang ke

sungai untuk menjimatkan kos operasi mereka.



[6 markah]



(d) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga

peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.



Setiap malam ibi akan membuat kuih untuk sarapan kami keesokan pagi.

Ketika sedang mengadun kuih, ibu kehabisan gula. Oleh sebab abahku

belum balik dari surau ibu menyuruhku ke kedai. Kebetulan aku ingin ke

rumah Afiq kerana tertinggal buku latihan di rumahnya. Aku keluar untuk

dua tujuan sekali gus, bagus juga kerana aku tidak membuang masa. Aku

memang selalu ke rumah Afiq. Begitu juga Afiq sering dating ke rumah

aku. Kami berkawan rapat sejak kecil sehinggalah kami bersekolah

rendah dan menengah. Banyak perkara yang kami lakukan bersama,

sama ada belajar ataupun bermain. Hubungan kami begitu erat dan

keluarga kami juga akrab. Namun begitu Afiq telah kematian bapa sejak

berumur tujuh tahun. Ibunya menyara mereka adik-beradik seramai enam

orang. Ibunya bekerja sebagai operator pengeluaran kilang. Untuk

menambah pendapatannya dia membuat kuih untuk dihantar ke sekolah

atau kilang tempat dia bekerja. Memang berat tanggungjawab ibunya

tetapi semuanya dilakukan demi anak-anak. Saya sedih melihat

kesukaran hidup kelaurga Afiq tetapi Afiq sekeluarga tentulah

The lebih sedih tetapi mereka tabah mengharungi hidup.



[6 markah]

Soalan 4: Novel

9









[15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu

daripada novel yang berikut:



(i) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf



(ii) Julia karya Abu Hassan Morad



1. Secara umumnya, ada beberapa kritikan sosial yang cuba

disampaikan oleh pengarang dalam sesebuah novel. Jelaskan

kritikan sosial yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

[7 markah]

2. Apakah peristiwa yang benar-benar memberikan kesan kepada

anda berdasarkan

novel yang anda kaji? Jelaskan.

[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT


Other docs by HC111201175510
seminar
Views: 1  |  Downloads: 0
Test de Billat
Views: 2  |  Downloads: 0
curnock cook
Views: 0  |  Downloads: 0
564
Views: 2  |  Downloads: 0
Rotations and Rotational Symmetry
Views: 1  |  Downloads: 0
SCIENCE
Views: 36  |  Downloads: 0
Sheet1
Views: 11  |  Downloads: 0
Communication
Views: 6  |  Downloads: 0
Rolnictwo w Polsce czynniki rozwoju
Views: 11  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!