SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI VERSI 2007 (GO DAN NGO)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Peringkat kebangsaan
1. PENYERTAAN
Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan beruniform di sekolah-
sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan yang berdaftar dengan
induknya sahaja. Sekolah bukan bantuan kerajaan atau swasta boleh
menyertai tetapi tidak boleh mewakili negeri/daerah jika dipilih menjadi
pemenang.
Hanya dua pasukan sahaja dibenarkan mewakili sesebuah sekolah untuk setiap
kategori iaitu :-
a) Kategori Lelaki
b) Kategori Perempuan
Platun-platun yang bertanding pada peringkat negeri dan kebangsaan boleh
dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa
sekolah tetapi mereka hendaklah daripada unit pakaian seragam yang sama.
Sekiranya berlaku perlanggaran status peserta, penyertaan pasukan tersebut
akan dibatalkan.
Pertandingan akan dijalankan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
2. PENDAFTARAN
Anggota pasukan dan Ketua Platun mestilah terdiri daripada pelajar-pelajar yang
sedang menuntut di sekolah (sehingga Tingkatan 6).
Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang
31 orang dan tidak melebihi 35 orang termasuk seorang Ketua Plantun dan anggota
simpanan.
Semua yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh
pelajar lelaki atau pelajar perempuan sahaja. (Plantun campuran lelaki dan perempuan
tidak dibenarkan)
Setiap peserta diminta membawa kad pengenalan / salinan sijil kelahiran yang
disahkan penetua untuk tujuan penyemakan status. Surat kebenaran penjaga pelajar
perlu juga disertakan bersama. Kegagalan memenuhi keperluan ini boleh
menyebabkan pendaftaran dibatalkan.
3. PAKAIAN
Pakaian anggata pasukan dan Ketua Platun hendaklah berpakaian rasmi pasukan
beruniform berkenaan sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat ketua-ketua kontijen.
Setiap anggota dan ketua plantun mestilah memakai pakaian asas yang telah
ditetapkan oleh badan induk, walaupun ada item yang tidak dinilai.
Semua aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mestilah dipakai
semasa pertandingan kawad kaki di jalankan.
Aksesori yang dinilai bagi pasukan agensi kerajaan ialah jambul, mafla dan sarung
tangan putih, manakala bagi pasukan agensi bukan kerajaan hanyalah sarung tangan
putih.
Penggantian anggota boleh di lakukan selepas pemeriksaan pakaian iaitu
sebelum masuk ke litar pertandingan bagi persembahan kawad. Pertukaran
hendaklah dilapor kepada Hakim Pakaian dan Ketua Hakim.
Anggota yang mengganti tidak perlu menjalani pemeriksaan pakaian tetapi
hendaklah memakai pakaian sepertimana yang dipakai oleh pasukannya semasa
pemeriksaan pakaian.
Anggota pengganti yang gagal mematuhi perkara 3.6 di atas akan dipenalti
sebaik sahaja masuk ke dalam litar di bawah perkara berkaitan item pakaian asas
atau aksesori yang tidak di tempatnya.
4. PADANG KAWAD
Keluasan litar pertandingan ialah 35m X 25m. (Rujuk pelan)
Kun-kun sempadan luar hendaklah bersaiz 16 inci dan sama warna. Sementara kun-
kun didalam litar hendaklah bersaiz 6 inci dengan kun E dan F berwarna hijau manakala
kun A,B,C dan D hendaklah sama warna (selain daripada hijau)
Sempadan luar litar hendaklah ditandakan dengan membina garis putih atau kuning.
Pemeriksaan dilakukan di luar litar.
5. JANGKA MASA PERSEMBAHAN
Jangkamasa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit.
Pemberian markah bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar pertandingan
dan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari
litar. Selepas 15 minit, persembahan tidak akan dinillai.
Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad ‘buka barisan’
sebelum melapor kepada Ketua Hakim. Persembahan terbahagi 2 iaitu kawad asas dan
kawad formasi.
Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dengan
didahului kawad asas.
Isyarat akan dibunyikan:
a) pada minit ke 12 (sekali)
b) masa tamat (dua kali)
6. PERLAKSANAAN PERTANDINGAN
Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad pasukan unit beruniform
berkenaan yang telah ditetapkan.
Bilangan anggota:
a) Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 orang termasuk
Ketua Platun ketika bertanding. Platun yang bilangan anggotanya
kurang daripada 31 orang semasa memasuki litar atau semasa
pemeriksaan pakaian akan dibatalkan penyertaannya.
b) Jika anggota bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan
atas apa juga sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota
pasukan kurang daripada 31 orang maka penalti akan dikenakan.
c) Tiada sebarang penggantian anggota dibenarkan ketika
pertandingan kawad sedang berjalan walau apa pun sebabnya.
Pemeriksaan pakaian:
Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum
masuk ke litar mengikut giliran undian iaitu 15 minit sebelum masuk litar
pertandingan kawad.
7. BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD
Bahasa Hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman
pasukan masing-masing.
7.1 Kawad Asas
a) Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan
dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti
di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. Kadar berjalan ialah
128 -135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan
dikenakan penalti.
b) Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap
kehadapan kanan…pusing”.
c) Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka barisan….gerak”.
d) Luruskan barisan. Bahasa hukumannya “ ke kanan….. lurus”.
“Pandang…..depan”.
e) Melapor. Ketua Platun melapor kepada kepada Ketua Hakim.
Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam
kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika
melapor ialah “ Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan,
Pasukan (PKBM / Pengakap L1 / P1) siap untuk diuji, tuan ”.
f) Memulakan kawad statik dalam keadaan ‘buka barisan’. Platun
diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik berikut
mengikut urutan:
i) Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri,
kiri…..pusing.
ii) Bergerak ke kanan. Bahasa hukuman: “bergerak ke
kanan, belakang pusing.
iii) Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “menghadap
ke belakang, kanan……pusing”
iv) Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “ menghadap
ke hadapan, ke belakang pusing”.
g) Hukuman ‘tutup barisan’ diberi selepas kawad asas. Bahasa
hukumannya, “tutup barisan……….gerak”.
h) Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan di beri.
i) Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad
dinamik). Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri…..pusing”.
j) Berjalan dalam masa ‘ cepat jalan’ sebanyak satu pusingan dan
apabila membelok, beri hukuman “kiri belok”. (rujuk Pelan Litar
Pertandingan 2)
k) Hukuman “kiri langkah perlahan…..perlahan jalan” diberikan
setelah plantun melepasi kon D dan sebelum kon A.
l) Hukuman “kiri belok” diberikan di kon F (kon hijau) dalam
pusingan pertama dan apabila semua anggota platun selesai
membelok, hukuman “menghadap ke hadapan, kanan…pusing”
diberikan. Platun akan perlahan jalan dalam barisan melintang
melintasi para hakim.
m) Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun di kehendaki
melakukan pergerakan berikut mengikut urutan.
i) “buka barisan” (dalam perlahan jalan)
ii) “pandang….kanan” (dalam perlahan jalan)
iii) “pandang…depan” (dalam perlahan jalan)
iv) “tutup barisan” (dalam perlahan jalan)
n) Sebaik sahaja melintas garisan kon B dan kon C, hukuman “
bergerak ke kiri, kiri….pusing” diberikan.
o) Hukuman “tukar langkah cepat, cepat jalan” diberi setelah skuad
berada antara kon C dan kon D.
p) Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman “kiri belok”
diberikan dan kon E (kon hijau) hukuman “kiri belok” diberikan.
Selepas melintasi kon E, skuad dikehendaki melakukan
pergerakan kawad berikut mengikut urutan:
i) Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke
kanan…hormat
ii) Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke
hadapan….hormat”.
iii) Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar
langkah semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah,
tukar langkah, maju”.
iv) Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat
selaku terima sijil, hormat ke hadapan…..hormat”.
v) Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: Tukar langkah
perlahan, perlahan…jalan”.
vi) Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa
hukuman: “Bergerak ke kanan, belakang…….pusing”.
vii) Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: “Tukar
langkah cepat, cepat jalan”.
viii) Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri,
belakang….. pusing”.
ix) Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “Menghadap
ke belakang, kiri……pusing”.
x) Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Menghadap
ke hadapan, belakang……pusing”. (tiada hukuman henti
dan ke kanan lurus)
xi) Hentak kaki. Bahasa hukuman: “Hentak kaki”.
xii) Henti. Bahasa hukuman: “Skuad…..henti”.
xiii) Mara mengadap. Bahasa hukuman: “skuad akan mara
mengadap, dari tengah, cepat jalan”. (Ketua Platun akan
bersama-sama skuad ketika mara mengadap)
q) Tamat bahagian kawad asas (statik dan dinamik).
Peringatan :
1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, kecuali
hukuman Ketua Platun sahaja.(contoh: anggota menyebut kiraan
masa; kiri, kanan, kiri)
2. Ketua Platun hendaklah memberi arahan kepada secara static dan
mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan kawad asas di tengah-
tengah antara kun A dan B. Ketua Platun yang bergerak bersama
platun semasa kawad dinamik akan dipenalti. Penalti juga diberi
jika ia berada di luar litar sepanjang persembahan kawad asas
dijalankan ataupun dengan sengaja berdiri berhampiran kun A
atau B. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke
litar pertandingan dan mara mengadap bersama platunnya.
3. Semasa membuat persembahan kawad asas atau formasi, pasukan
tidak dibenarkan membawa alatan.
7.2 Pergerakan Membentuk Formasi
a. Sebaik sahaja tamat ‘mara mengadap’, platun akan
mempersembahkan pergerakan membentuk formasi mengikut kretiviti
masing-masing. Kon akan dikeluarkan oleh petugas sebaik sahaja
Kawad Dinamik selesai.
b. Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi
seperti hentak kaki, ‘up’ atau ‘pass’ bagi mengendalikan platun
tersebut kecuali isyarat pertama semasa memulakan kawad formasi.
c. Unsur suara (slogan) hendaklah dibuat setelah tamat formasi
keempat (ketika platun berbaris bertiga-tiga mengadap hadapan
sebelum melapor).
d. Ketua Platun boleh masuk menyertai kawad formasi. Ketua Platun
yang tidak menyertai kawad formasi tidak akan diberi keutamaan
untuk dipilih sebagai ketua platun terbaik.
e. Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sebanyak 4 jenis
formasi yang berlainan. Formasi yang diulang akan dikira satu
formasi.
f. Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dalam keadaan 3
barisan mengadap ke hadapan iaitu mengadap ke bahagian hadapan
litar sepertimana kedudukan asal ketika hendak memulakan kawad
formasi. Perbuatan ke kanan lurus tidak diwajibkan.
NOTA: Pergerakan jatuhan domino dibenarkan selagi ia adalah pergerakan
kawad.
7.3 Melapor Keluar
Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar kawad. Bahasa melapor
keluar ialah “Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan. (Pasukan PKBM /
Pengakap L1 / P1) telah selesai diuji. Mohon kebenaran menjalankan tugas
seterusnya, tuan”.
8. PENALTI
Berikut adalah jenis kesalahan dan jumlah markah penalti yang akan
dikenakan.
Semasa Kawad Asas
Bil Jenis Kesalahan Markah Maksimum
Penalti Ditolak
1 Pergerakan cepat jalan tidak 128-135 seminit 10 sekali
2 Anggota jatuh (pengsan / pitam) 5 3 kali
3 Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali
4 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali
5 Keluar kawasan kawad (setiap pergerakan) 5 5 kali
6 Terlanggar kun 3 5 kali
7 Tidak mengikut urutan 5 5 kali
8 Pergerakan yang bukan ditetapkan 5 5 kali
Semasa Kawad Formasi
Bil Jenis Kesalahan Markah Maksimum
Penalti Ditolak
1 Gerakan bukan kawad 5 5 kali
2 Keluar kawasan kawad (setiap pergerakan) 5 5kali
3 Mengeluarkan arahan / isyarat 5 5 kali
4 Perlakuan / aksi kurang sopan 5 5 kali
5 Menggunakan peralatan tambahan 5 5 kali
6 Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali
7 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali
Ketua Platun
Bil Jenis Kesalahan Markah Maksimum
Penalti Ditolak
1 Bergerak bersama pasukan 15 sekali
2 Memberi hukuman kawad di luar litar 10 Sekali
3 Terkeluar dari pertandingan (pengsan / pitam) 10 sekali
4 Melapor di luar litar kawad 5 2 kali
5 Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali
6 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali
7 Tidak mengikut urutan 5 5 kali
8 Bukan Bahasa Hukuman yang ditetapkan 5 5 kali
Pemberian penalti akan diselaraskan selepas tamat persembahan
kawad pasukan berkenaan misalnya kesalahan luar litar di sebelah kiri
litar mungkin hanya dilihat oleh hakim berdekatan tetapi tidak dilihat
oleh hakim di kanan litar.
9. PENGHAKIMAN
a. Pada peringkat kebangsaan Hakim terdiri daripada hakim-hakim
berkelayakan yang dipilih dan dilantik oleh Kementerian Palajaran.
Seramai 16 orang hakim akan dilantik bagi setiap kategori dan
dipecahkan seperti berikut:
i. Seorang Ketua Hakim
ii. Seorang Penolong Ketua Hakim
iii. Empat orang hakim pakaian
iv. Lapan orang hakim kawad (2 orang setiap sisi litar)
v. Empat orng hakim Ketua Plantun (termasuk Ketua dan
Penolong Ketua Hakim)
Nota : Seorang Ketua Hakim boleh berperanan menerima palaporan mula
dan tamat pertandingan daripada Ketua Platun, menyelaras permakahan dan
penalti sahaja. Dalam keadaan ini seorang lagi hakim hendaklah dilantik
sebagai hakim Ketua Platun bagi menggantikannya.
b. Pengiraan markah tertinggi dan terendah (oleh Hakim Kawad
pasukan) bagi setiap pasukan tidak diambilkira.
c. Ketua Hakim hendaklah daripada kalangan Pegawai
Kementerian Pelajaran iaitu Pegawai Pasukan GO bertauliah
bagi kategori GO dan Pegawai Pasukan NGO bertauliah bagi
kategori NGO, manakala hakim-hakim yang lain boleh terdiri
daripada Pegawai-Pegawai Kementerian Pelajaran sahaja atau
gabungan badan induk dan Pegawai Kementerian Pelajaran.
d. Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan
yang bertanding maka markah kawad asas akan diambil kira.
Sekiranya masih sama, markah kawad formasi akan diambil kira.
Sekiranya masih sama juga, markah Ketua Platun akan diambil kira.
e. Keputusan hakim adalah muktamad.
f. Permakahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut :
i. Pakaian 10%
ii. Kawad statik dan dinamik 50%
iii. Kawad Formasi 30% dan
iv. Ketua Platun 10%
Jumlah keseluruhan 100%
g. Permakahan Ketua Platun diadili oleh hakim khas yang dilantik. Ketua
Hakim boleh menghakimi Ketua Platun atau beliau boleh bertindak
hanya sebagai penyelaras permakahan. Borang markah Ketua Platun
juga berasingan dengan markah pasukan. Ketua Platun yang
mendapat markah tertinggi akan dipilih sebagai Ketua Platun terbaik.
Walau bagaimanapun Ketua Platun yang tidak bersama-sama
dengan pasukannya melakukan pergerakan formasi TIDAK
LAYAK dipilih sebagai Ketua Platun terbaik.
h. Jika terdapat persamaan markah, markah kawad (bahasa hukuman
dan pergerakan kawad) hendaklah diambilkira.
Nota : Markah Ketua Platun terdiri daripada markah kawad dan markah pakaian.
10. BANTAHAN
Pasukan yang bertanding boleh mengemukakan bantahan
secara rasmi melalui pengurusan pasukan masing-masing.
Bantahan yang diterima hanyalah dalam aspek-aspek teknikal.
Syarat-syarat pertandingan tamat
Lampiran II
KAWAD FORMASI
KADET AGENSI KERAJAAN (GO) DAN AGENSI BUKAN KERAJAAN (NGO)
FORMASI
Formasi ialah pembentukan rupa bentuk yang dilakukan oleh peserta kawad apabila
mereka keluar dan masuk atau membuat pecahan dari rupa bentuk asal. Pergerakan
ini handaklah disulam dengan pergerakan hayunan tangan / kaki / muka / jari
ataupun suara atau kedua-duanya sekali.
Terbahagi kepada 3 unsur:
1. UNSUR GERAK
2. UNSUR PENGHAYATAN
3. UNSUR SUARA
Unsur gerak terkandung di dalamnya iaitu :
1. Kekayaan Gerak Formasi
Penilaian hendaklah dilakukan khusus kepada gerakan-gerakan keluar dan
masuk atau pecahan dan cantuman dan membentuk bunga-bunga tertentu.
2. Keseragaman Gerak Formasi
Penilaian hendaklah secara keseluruhan, dilihat kepada gerakan tangan,
kaki, muka, jari dan sebagainya.
3. Keindahan Gerak
Keindahan gerak terkandung di dalamnya perkara-perkara seperti berikut :
a) Gerakan dalam Unsur Kawad
Hendaklah seratus peratus kawad.
b) Keseimbangan Gerak Formasi
Penggunaan ruang keseluruhannya seimbang dan tidak tertumpu
kepada satu-satu bahagian sahaja. Tidak terkeluar dari sempadan yang
telah ditetapkan.
c) Kesatuan Gerakan
Kesatuan ialah suatu keadaan yang sama diwujudkan untuk
mencantumkan formasi-formasi yang berbeza-beza itu sebagai contoh
di dalam formasi satu-satu terdapat cambahan ‘jalan perlahan’ maka di
setiap formasi terdapat cambahan ‘jalan perlahan’. Walaupun dalam
masa yang sekejap, ini dikatakan kesatuan pergerakan. Cambahan
‘jalan perlahan’ merupakan tindakan untuk menyatukan. Unsur suara
boleh digunakan untuk melahirkan kesatuan.
d) Kepelbagaian Gerakan
Kepelbagaian ialah suatu keadaan yang berbeza-beza. Gerakan ini
boleh saja berbentuk gerakan berdiri, berjalan atau pergerakan kawad
yang lain. Asalkan pergerakan tersebut tidak terkeluar terus dari
pergerakan kawad.
e) Gerakan Penutup
Hendaklah diakhiri dengan gerakan yang berunsur kawad.
UNSUR PENGHAYATAN
Terkandung di dalamnya
a) Unik / kreatif
Penilaian hendaklah dilihat secara khusus mengikut formasi-formasi. Jika
formasinya sesuatu yang baru serta unik boleh diberi lebih markah.
b) Keserasian
Setiap gerakan dan suara hendaklah menggambarkan ahli menghayati
gerakan Formasi dan menggambarkan kewibawaan dan latihan yang
mendalam.
c) Kemantapan
Penilaian adalah kepada hentakan dan ahli tidak menyebut sebarang nombor
dan tiada arahan Ketua Platun.
d) Kesopanan
Peserta formasi tidak membelakangkan hakim, tidak mengangkatkan kaki
kepada Ketua Hakim dan tidak mengeluarkan bahasa yang kesat / lucah atau
kedengaran seperti lucah.
UNSUR SUARA
Suara adalah bunyi yang dikeluarkan oleh ahli bagi memantapkan gerakan-gerakan
formasi. Bukan untuk menggambarkan kelemahan formasi dan dapat menarik
perhatian penonton. Slogan tertentu boleh digunakan bagi menghasilkan
kepelbagaian unsur bunyi / suara.
1. Slogan yang betul
Slogan yang berkaitan dengan pasukan atau slogan yang meninggikan
semangat dan mengeratkan kerjasama.
2. Tepat
Slogan handaklah tepat dengan pergerakan atau merupakan sokongan kepada
pergerakan.
3. Padu
Suara atau slogan hendaklah kuat dan serentak.
Kesannya adalah formasi menjadi ceria / bersemangat / kreatif dengan
tergabungnya UNSUR GERAK, UNSUR SUARA, UNSUR PENGHAYATAN