BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Latar belakang
Kelapa sawit (Elaeis guineensis) merupakan tanaman yang dominan di Malaysia
selain menjadi penyumbang utama minyak dan lemak untuk keperluan dunia. Pasaran
minyak dan lemak pada tahun 1999 masih didominasi oleh kacang soya dengan
mewakili 29% pengeluaran diikuti kelapa sawit dan isirong dengan 26% pengeluaran
yang berjumlah 22.8 juta tan (Rajah 1.1). Namun dengan usaha dan strategi semua
pihak, adalah diharapkan pengeluaran untuk minyak kelapa sawit dapat dipertingkatkan
seiring dengan permintaan. Di antara negara pengeluar utama minyak kelapa sawit ialah
Malaysia dan Indonesia manakala negara pengimport pula terdiri dari India, China,
Kesatuan Eropah dan Afrika (MPOPC, 2001).
Di Malaysia, dengan jumlah hujan sebanyak 2000-3000 mm setahun dan iklim
khatulistiwa dengan suhu purata 24˚ C - 27˚ C (DID, 2000) telah menjadikannya sesuai
untuk penanaman kelapa sawit. Tanaman ini telah menunjukkan pertumbuhan yang
sangat memberangsangkan dalam tempoh empat dekad ini untuk menjadi penyumbang
utama industri pertanian (Gurmit, 1996). Industri ini bermula pada tahun 1960-an
dengan kawasan penanaman seluas 55,000 hektar manakala pengeluaran hanya
sebanyak 92,700 tan setahun (Basir,1989). Jumlah ini terus meningkat sehingga jumlah
eksport produk berasaskan kelapa sawit pada tahun 1999 bernilai 20 juta tan (Rajah 1.2).
Keluasan penanaman juga telah bertambah daripada 55,000 hektar pada tahun 60-an
kepada 3.313 juta hektar pada tahun 1999 (Jadual 1.1). Adalah dianggarkan kira–kira
600,000 hektar telah ditanam sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Secara purata, seorang pekerja diperlukan bagi setiap 8.2 hektar ladang untuk
melakukan kerja seperti pembersihan ladang dan pemotongan pelepah. Seramai 104,600
orang pekerja samaada bergaji harian mahupun bulanan telah mendapat manfaat
daripada industri ini (Fuad et al., 1999).
Kerajaan telah menubuhkan beberapa agensi yang bertanggungjawab ke atas
perkara berkaitan tanaman ini. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA),
Kemahuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Kemajuan Terengganu Tengah
(KETENGAH) misalnya telah ditubuhkan untuk mengkordinasi pembukaan tanah-tanah
baru untuk tanaman ini. Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM)
pula berfungsi untuk memberi tumpuan yang lebih besar dalam usaha-usaha
pembangunan dan penyelidikan (R & D) seterusnya meningkatkan pengeluaran.
Malaysian Palm Oil Promotion Council (MPOPC) pula memainkan peranan yang
penting dalam usaha mempromosi dan memperkenalkan faedah dan penggunaan minyak
kelapa sawit di mata dunia (Lim, 1989).
Kelapa sawit dan
isirong
Kacang soya
21% Kacang tanah
26%
Bunga matahari
2%
3%
3% Minyak kelapa
11% Zaiton
5% 29%
Jagung
Lain-lain
Rajah 1.1 : Pengeluaran Lemak Dan Minyak Dunia
Sumber : Selepas (MPOB, 1999)
Jadual 1.1 : Keluasan Tanaman Kelapa Sawit Di Malaysia (hektar)
Tahun Semenanjung Sabah Sarawak Keseluruhan
Malaysia
1975 568,561 59,139 14,091 641,791
1977 691,706 73,303 16,805 781,814
1980 906,590 93,967 22,749 1,023,306
1983 1,099,694 128,248 25,098 1,253,040
1985 1,292,399 161,500 28,500 1,482,399
1988 1,556,540 213,124 36,259 1,805,923
1990 1,698,498 276,171 54,795 2,029,464
1993 1,831,776 387,122 87,027 2,305,925
1995 1,903,171 518,133 118,783 2,540,087
1997 1,959,377 758,587 175,125 2,893,089
1999 2,051,595 941,322 320,476 3,313,393
Sumber : MPOB (1999)
25,000
20,172
20,000
Jumlah eksport
15,000 13,702 14,718
10,000 8,425
5,020
5,000
2,455
0
1975 1980 1985 1990 1995 1999
Tahun
Rajah 1.2 : Eksport Tahunan Produk Minyak Sawit Malaysia
Sumber : Selepas (MPOB, 1999)
1.2 Masalah yang hendak dikaji
Hutan hujan tropika sememangnya terkenal dengan kepelbagaian spesis dan
sumber genetik yang sangat bernilai (Ghillean, 1994). Bagaimanapun, aktiviti pertanian
seperti penanaman kelapa sawit sering dikaitkan dengan isu kepupusan sumber alam.
Proses penanaman ini kebanyakannya melibatkan kegiatan penerokaan dan penebangan
hutan untuk ditukarkan kepada ladang-ladang. Henson (1999) menyatakan kesan utama
aktiviti ini ialah kehilangan sumber biodiversiti di mana kawasan semulajadi yang kaya
dengan flora dan fauna ditebang dan digantikan dengan tanaman kelapa sawit. Di
samping itu, bekalan air juga akan terganggu memandangkan hutan merupakan sumber
air bersih yang utama untuk kawasan tadahan air.
Masalah hakisan tanah juga perlu diambil perhatian dan ditangani oleh pelbagai
pihak. Pembinaan teres dan cerun akan menyebabkan hakisan dan meningkatkan
kuantiti penghasilan sedimen. Kelodak yang terhasil ini akan dibawa bersama oleh air
larian permukaan dan seterusnya dimendapkan di dasar sungai. Proses ini turut
membawa bersama bahan-bahan lain seperti nutrien, enapan, bahan terlarut dan
sebagainya.
Selain daripada air, cahaya matahari dan karbon dioksida , tumbuhan juga
memerlukan nutrien bukan organik dalam jumlah yang kecil untuk membantu
pertumbuhannya (Daniel dan Edward, 1995). Adalah dianggarkan jumlah keperluan
baja nitrogen untuk kelapa sawit di Malaysia berdasarkan keluasan adalah 130,000 tan
setahun (Zin et al, 1989). Baja organik atau bukan organik ini seterusnya akan
mengakibatkan masalah pencemaran seperti penyerapan nitrat ke dalam air bumi dan
eutropikasi ke atas kolam tadahan. Penggunaan pestisid dan herbisid pula akan
menyebabkan ianya berkumpul di dalam tanah dan seterusnya menjadi toksik (Miller,
1996) di samping pengekalannya di dalam makanan, tanah dan air (Fuad et al., 1999)
akan mendatangkan mudarat kepada manusia.
1.3 Kepentingan kajian
Pada masa ini, tidak terdapat banyak kajian untuk mengenalpasti ciri-ciri
hidrologi di kawasan tadahan pertanian khususnya kelapa sawit. Tambahan pula, ia
melibatkan kawasan penanaman yang luas dan ini dijangka akan bertambah dari tahun
ke tahun.
Kajian ini dianggap penting sebagai asas untuk mengenalpasti dan seterusnya
memperbaiki kualiti air yang dihasilkan dari tadahan agar mematuhi piawaian yang
telah ditetapkan. Kesan bahan cemar ini boleh mendatangkan mudarat kepada manusia
selain mengancam hidupan akuatik. Kemasukan bahan pencemar dapat dikawal
sekiranya puncanya diketahui dan ini seterusnya akan mengurangkan kos rawatan.
Selain itu, kajian ini akan membantu pembuat dasar dalam merancang dasar dan
mengatur strategi pengurusan yang cemerlang. Peruntukan undang-undang dan
penguatkuasaan yang lebih ketat diharap mampu menangani masalah penghasilan bahan
pencemar. Strategi lain yang boleh dirancang ialah menyediakan garis panduan kepada
pihak yang terlibat agar dapat menguruskan sumber dengan lebih berkesan lagi.
1.4 Objektif kajian
Untuk membolehkan kajian ini mencapai matlamatnya, dua objektif telah
ditetapkan iaitu:
i) Menentukan beban nutrien dan pencemar dari tadahan kelapa sawit
semasa kejadian ribut.
ii) Membandingkan beban sebenar nutrien dari tadahan kelapa sawit dengan
beban rekabentuk.
1.5 Skop kajian
Kajian ini dijalankan dengan prosedur berikut:
i) Membuat rujukan dalam bidang yang berkaitan
ii) Melakukan penyiasatan tapak dan menentukan ciri fizikal tadahan ,
bentuk muka bumi dan jenis tanah.
iii) Mengenalpasti punca-punca nutrien yang terhasil semasa ribut hujan.
iv) Menyukat kadar luahan (Q) semasa ribut hujan yang berbeza.
v) Mengambil sampel air untuk setiap nilai kadar luahan (Q) semasa ribut
hujan dan aliran dasar.
vi) Membuat analisa di makmal terhadap parameter BOD, COD, DO, SS,
PO4, SO4, NO3-N, NH3-N, K, Ca, Mg dan Fe.
vii) Menentukan beban sebenar, Min Kepekatan Peristiwa (EMC) dan beban
rekabentuk.