BAB IV by UUzgpZav

VIEWS: 58 PAGES: 35

									                                            BAB II




                                  STRATEGI MENENDER




2.1    PENGENALAN




       Keputusan kontraktor untuk menyertai sesuatu tender bergantung kepada
matlamat sebenar yang telah ditetapkan oleh organisasi kontraktor tersebut. Secara tidak
langsung, harga tender yang ditawarkan oleh kontraktor dipengaruhi daripada keputusan
yang dibuat oleh ahli pengarah dalam organisasi berkenaan.


       Sekiranya kontraktor menyertai tender hanya sekadar untuk menguji keadaan
persaingan bagi kawasan baru, kemungkinan harga tender yang ditawarkan tidak begitu
kompetitif berbanding pesaing lain. Bab ini akan menjelaskan tentang jenis-jenis tender,
objektif serta proses menender setelah keputusan untuk menyertai tender dicapai.


       Jenis-jenis tender yang akan dibincangkan dalam bab ini ialah tender terbuka,
tender terpilih, tender perundingan dan tender pra-kelayakan. Setiap jenis tender ini
mempunyai kelebihan dan keburukan yang akan mempengaruhi penggunaannya.
Objektif menender mempunyai beberapa tujuan utama iaitu samada untuk mendapat
projek, untuk menguji persaingan bagi kawasan baru atau untuk mendapat pulangan
keuntungan yang maksimum. Sementara itu, bagi proses menender pula ianya
                                                                                       12

melibatkan beberapa peringkat yang dilakukan oleh kontraktor bagi menyediakan harga
tender. Peringkat tersebut bermula dari keputusan untuk menyertai tender sehinggalah
harga tender ditawarkan kepada klien.


       Sistem penerimaan tender bagi sesuatu projek pembinaan tidak hanya diberikan
kepada kontraktor yang menawarkan harga yang terendah, sebaliknya dianugerahkan
kepada kontraktor yang betul-betul berkaliber. Ini kerana, kesan daripada penerimaan
harga tender yang rendah juga akan menyebabkan kontraktor gagal untuk melaksanakan
projek pembinaan sebagaimana yang dikehendaki oleh klien. Oleh yang demikian, ia
akan menyebabkan kos pembinaan meningkat seterusnya merugikan klien dan
kontraktor. Oleh itu, pihak kontraktor perlu membentuk formula tersendiri dalam
strategi menender agar harga yang ditawarkan adalah munasabah dan memenuhi
objektif syarikat.




2.2    OBJEKTIF MENENDER




       Sesebuah firma kontraktor mungkin mempunyai lebih dari satu objektif dalam
menender. Menurut Aminah Fayek (1998), objektif firma kontraktor dalam menender
adalah dipengaruhi oleh faktor dalaman firma iaitu seperti keperluan firma untuk
mendapatkan kerja, kesesuaian dan kecukupan sumber pembangunan yang sedia ada.
Manakala, faktor luaran adalah didorong oleh magnitud persaingan, desakan keadaan
ekonomi semasa dan juga projek yang diperoleh untuk masa hadapan.


       Objektif firma kontraktor dalam menender adalah dipengaruhi juga oleh faktor
yang ada dalam projek yang ditawarkan seperti lokasi projek. Di samping itu juga,
dengan perlaksanaan projek yang lancar dapat memberikan gambaran terhadap prestasi
dan imej kontraktor berkenaan. Ini boleh dijadikan sandaran bagi mendapatkan projek
pada masa akan datang.
                                                                                     13

       Terdapat tiga objektif utama dalam menender seperti yang dinyatakan oleh
Aminah Fayek (1998) iaitu:-


       (a)       Untuk memenangi tender.


                 Dalam hal ini,kontraktor akan menawarkan harga tender pada kadar
       margin yang terlalu rendah untuk meningkatkan peluang memenangi projek.
       Selain daripada itu, kontraktor juga akan menetapkan kadar margin yang rendah
       dalam keadaan berikut:-


                    1. Bagi memenuhi pulangan yang diperuntukkan atau pulangan
                       balik modal.
                    2. Untuk menunjukkan harga tender yang dikemukakan adalah
                       kompetitif dan membina reputasi dengan klien dan perunding
                       rekabentuk.
                    3. Untuk memasuki pasaran baru atau untuk memenangi tender
                       sebagai nilai strategik.


       (b)       Sebagai ujian bagi kawasan baru dan dapat memberikan pengalaman
       kepada organisasi.


                 Kontraktor memasuki tender bertujuan untuk menguji kawasan atau
       pasaran baru. Hasil ujian tersebut digunakan untuk menyertai tender bagi projek
       yang akan datang. Ini dapat memberikan pengalaman baru kepada organisasi.
       Dalam hal ini, harga tender yang ditawarkan adalah pada margin yang sederhana
       sahaja.


       (c)       Memaksimumkan sumbangan projek untuk mencapai keuntungan.


                 Dalam hal ini, kontraktor mungkin mempunyai reputasi sebagai sebuah
       syarikat kontraktor yang berjaya dan rekod kerja yang sangat baik serta bersedia
                                                                                      14

        sebagai pesaing utama dalam aktiviti menender. Oleh itu, kontraktor akan
        menawarkan harga tender pada kadar margin yang tinggi. Sekiranya terpilih,
        unjuran keuntungan yang tinggi diperoleh bagi projek tersebut.




2.3     JENIS TENDER




        Kontraktor mesti mengetahui dan memahami dengan jelas jenis-jenis tender
yang akan digunakan untuk mendapatkan projek yang ingin ditender. Jenis-jenis tender
yang biasa diamalkan dalam industri pembinaan di Malaysia termasuklah tender
terbuka, tender terpilih, tender perundingan dan tender pra-kelayakan. Jenis tender yang
digunakan oleh klien untuk memilih kontraktor bergantung kepada beberapa faktor
termasuk saiz projek, masa yang diperuntukkan, lokasi projek, kemahiran yang
diperlukan dan lain-lain lagi (Hore, et. al, 1997).




2.3.1   Tender Terbuka




        Tender terbuka biasanya digunakan oleh kerajaan dan badan-badan berkanun
dalam memilih kontraktor yang sesuai untuk sesuatu projek. Penawaran dilakukan oleh
pihak klien dengan membuat iklan tawaran pada akhbar-akhbar tempatan untuk
menjemput kontraktor. Dalam iklan tawaran akan disebut tentang jenis projek yang
ditawarkan dan isu-isu penting tentang projek tersebut. Mana-mana kontraktor yang
berminat boleh mendapatkan dokumen tawaran daripada klien dan membuat tawaran
harga ke atas projek tersebut. Biasanya sejumlah wang perlu dibayar sebagai kos
dokumen tawaran dan akan dipulangkan selepas disahkan sebagai kontraktor yang bona
fide (Turner, 1983). Semua kontraktor yang menender akan menggunakan rangka dan
                                                                                       15

format yang sama seperti dokumen tawaran. Tawaran harga biasanya berdasarkan
anggaran kasar untuk menghabiskan sesuatu projek termasuk kos bahan binaan, upah
pekerja, keuntungan dan lain-lain lagi. Harga tender yang diserahkan itu merupakan
tawaran akhir dan muktamad daripada kontraktor tanpa perundingan dan aktiviti tawar-
menawar dengan pihak klien (Clough dan Sears, 1994).


          Tujuan utama jenis tender ini dipraktikkan adalah untuk membolehkan klien
mendapatkan kontraktor yang dapat menawarkan harga yang paling minimum bagi
sesuatu projek tanpa menjejaskan mutu pembinaan. Walau bagaimanapun, harga yang
paling rendah tidak semestinya harga yang paling baik dari perspektif klien (Clough dan
Sears, 1994). Oleh sebab itu, dalam iklan tawaran terdapat syarat yang menyatakan
bahawa klien tidak terikat untuk memilih kontraktor yang meletakkan harga yang paling
rendah.


          Tender terbuka mempunyai beberapa kebaikan jika dibandingkan dengan jenis
tender yang lain. Tender terbuka membuka peluang kepada semua kontraktor yang
berminat untuk menender termasuk kontraktor yang baru berdaftar dan kurang
berpengalaman. Dengan itu, kontraktor yang baru boleh mendapat projek dan
menunjukkan keupayaan mereka (Hore, et. al, 1997). Kaedah ini lebih adil kerana tiada
pemilihan kontraktor pada peringkat awal; yakni tiada senarai kontraktor yang terpilih.
Tender terbuka memberi peluang kepada kontraktor untuk bertanding dan tiada pakatan
harga antara kontraktor berlaku (Milne, 1980). Oleh sebab persaingan yang tinggi,
kontraktor akan meletakkan harga yang paling rendah supaya boleh memenangi sesuatu
projek. Dengan itu, klien boleh mendapat satu harga yang paling rendah di antara harga-
harga yang diserahkan oleh kontraktor.


          Walau bagaimanapun, tender terbuka mempunyai beberapa keburukan yang
menjadikannya kurang dipraktikkan oleh syarikat-syarikat swasta. Sistem ini amat
membazirkan wang dan masa. Proses penyediaan tawaran ini mengambil masa yang
panjang bermula dari pengiklanan di akhbar-akhbar tempatan, penyediaan lukisan
sehingga ke pemilihan kontraktor. Oleh sebab itu, ia kurang sesuai untuk projek yang
                                                                                        16

perlu disiapkan dengan segera. Pembaziran masa dan kos berlaku kepada kontraktor
yang gagal mendapat tender. Tambahan pula, pemilihan kontraktor yang menawarkan
harga yang paling minimum adalah berisiko tinggi kerana kontraktor tersebut mungkin
akan mengurangkan kualiti kerja untuk mengelakkan kerugian (Ramus, 1981). Dengan
itu, tidak ada jaminan untuk mendapatkan hasil projek yang baik daripada tawaran
harga yang terendah sekali.




2.3.2   Tender Terpilih




        Tender jenis ini lebih terjamin kerana klien boleh mendapatkan kontraktor yang
lebih berkaliber dan berpengalaman dalam bidang kerja yang ditawarkan. Di bawah
sistem ini, satu senarai kontraktor yang berkemahiran dan sesuai untuk kerja tertentu
akan dikenal pasti dan hanya kontraktor-kontraktor ini sahaja yang akan dijemput untuk
menender. Biasanya bilangan kontraktor yang dipilih adalah kecil iaitu di antara lima
hingga lapan orang (Ramus,1981) bergantung kepada jenis kontrak. Pertandingan
menender hanya wujud di antara kontraktor-kontraktor ini sahaja.


        Tender terpilih memastikan hanya kontraktor yang berpengalaman dan
mempunyai kemahiran sahaja yang menender. Dengan itu, klien boleh mendapatkan
hasil kerja yang sempurna di samping mutu kerja yang baik. Kaedah ini juga dapat
mengurangkan risiko kegagalan dan mengurangkan kos untuk menyediakan tender
(Milne, 1980). Jenis tender ini sesuai untuk kerja-kerja khas yang memerlukan
kemahiran tertentu yang tiada pada kontraktor utama.


        Walau bagaimanapun, tender terpilih tidak membuka peluang kepada semua
kontraktor, jadi mungkin terdapat banyak lagi kontraktor yang berkemahiran tetapi tidak
dijemput untuk menender. Di samping itu, disebabkan kurangnya persaingan, klien
mungkin tidak mendapat harga yang paling rendah dan terdapat pakatan harga di
                                                                                         17

kalangan kontraktor-kontraktor yang terpilih. Perhatian lebih perlu diberi supaya
kontraktor yang dijemput untuk menender adalah benar-benar berkemahiran dan bukan
disebabkan oleh hubungan baik kontraktor dengan pemilik dan pihak klien.




2.3.3    Tender Perundingan




         Sebagai alternatif kepada kompetitif tender seperti tender terbuka dan tender
terpilih, klien juga boleh mendapatkan kontraktor melalui tender perundingan. Melalui
sistem ini, klien boleh berunding dengan satu atau sekumpulan kontraktor mengenai
projek yang akan dijalankan sebelum memilih kontraktor yang sesuai. Biasanya klien
akan menjemput kontraktor yang berkemahiran dan yang diketahui latarbelakangnya
seperti kontraktor antarabangsa atau firma ukur bahan yang terpilih untuk membuat
rangka perbelanjaan bagi projek yang dirancang. Bagi tender perundingan yang
menggunakan senarai kuantiti, kontraktor akan dipilih pada awal rekabentuk (Milne,
1980).


         Secara amnya, terdapat dua jenis tender perundingan iaitu satu tahap
perundingan dan dua tahap perundingan. Dalam tender satu tahap perundingan,
perundingan dijalankan antara juruukur bahan daripada kedua-dua belah pihak iaitu
klien dan pihak kontraktor. Juruukur bahan daripada kontraktor akan mengemukakan
harga untuk dokumen tender iaitu senarai harga dan kuantiti sebagai permulaan proses
perundingan. Kemudian, pihak klien akan meneliti harga-harga yang telah di letak dan
menandakan mana-mana bahagian yang diterima. Untuk bahagian-bahagian lain yang
tidak diterima pula, ia akan di bincang secara teliti oleh kedua-dua pihak sehingga
persetujuan tercapai. Segala keperluan dan perbelanjaan dibincangkan bersama sebelum
kontrak ditandatangani antara kedua-dua belah pihak. Pada keseluruhannya, tender
perundingan dibuat sebelum penyediaan lukisan kerja dan dokumen senarai bahan.
                                                                                        18

       Walau bagaimanapun, oleh sebab tiada pertandingan dalam menender, harga-
harga yang ditawarkan oleh kontraktor untuk tender jenis ini adalah lebih tinggi jika
dibandingkan dengan kompetitif tender (Ramus, 1981). Jadi, untuk memperoleh
kebaikan daripada kompetitif tender di samping kebaikan daripada tender perunding,
satu jenis tender yang melibatkan persaingan antara kontraktor pada awal proses
menender diikuti dengan perundingan dengan kontraktor terpilih telah dipraktikkan,
iaitu tender dua tahap perundingan. Pada tahap pertama, iaitu peringkat pertandingan,
kontraktor dijemput untuk bertanding dari segi masa penyiapan, harga tender dan
sumbangan terhadap rekabentuk. Untuk tahap kedua pula, mana-mana kontraktor yang
telah terpilih akan berbincang dengan lebih teliti dengan klien tentang harga-harga dan
syarat-syarat dalam kontrak seperti dalam tender satu tahap perundingan.


       Tender perundingan membolehkan kontraktor memberi nasihat yang sesuai
tentang rekabentuk, penggunaan bahan, cara pembinaan dan sebagainya semasa
peringkat rekabentuk. Biasanya, tender jenis ini hanya akan digunakan jika terdapat
sebab-sebab tertentu seperti perlu memilih kontraktor yang mempunyai kemahiran
dalam pengurusan, berupaya menghasilkan projek yang berkualiti tinggi atau berupaya
menghabiskan kerja dalam masa yang singkat (Milne, 1980). Jika tiada alasan atau
sebab yang munasabah, jenis tender yang lain seperti tender terbuka dan tender terpilih
adalah lebih sesuai kerana harga yang ditawarkan lebih rendah.




2.3.4 Tender Pra-kelayakan




       Tender pra-kelayakan adalah mirip kepada tender terbuka di mana klien juga
akan mendapatkan kontraktor yang sesuai melalui iklan di akhbar-akhbar tempatan dan
peluang juga dibuka kepada semua kontraktor-kontraktor yang berminat. Yang
membezakan ketiga-tiga jenis tender ini adalah kerana tender pra-kelayakan hanya
terbuka kepada semua kontraktor yang mempunyai kemahiran dan pengalaman tertentu
                                                                                     19

di samping mempunyai pusingan modal yang cukup dan rekod kerja yang baik. Oleh
itu, dokumen tender yang diserahkan oleh kontraktor kepada klien mesti menyatakan
maklumat kewangan dan pengurusan syarikat kontraktor supaya klien akan lebih
memahami latar belakang kontraktor yang menender.


       Dokumen tawaran tender pra-kelayakan adalah sama seperti tender terbuka di
mana dalam dokumen tersebut telah dinyatakan skop kerja, tarikh tawaran dan butir-
butir lain mengenai projek yang akan dijalankan. Dalam dokumen tersebut juga akan
dinyatakan bayaran tertentu yang perlu dibayar oleh kontraktor bagi menjamin semua
kontraktor yang memasuki tender adalah bona fide (Turner, 1983).


       Melalui tender ini, klien dapat mendaftarkan semua kontraktor-kontraktor baru
yang belum mendaftar. Latar belakang dan rekod-rekod kontraktor akan diteliti oleh
klien sebelum pemilihan kontraktor. Dengan itu, klien lebih terjamin untuk
mendapatkan kontraktor yang berkaliber dan dapat menyiapkan kerja dengan kos, masa
dan kualiti yang baik.




2.4    PENILAIAN TENDER




       Kontraktor perlu sedar bahawa tender yang telah diserahkan kepada klien akan
dinilai sebelum proses pemilihan diadakan. Penilaian tender biasanya adalah rumit
untuk tender terbuka kerana klien akan menilai setiap tender yang di serah dan membuat
pemilihan di antara semua kontraktor yang bertanding. Untuk tender perundingan pula,
pemilihan tidak wujud kerana segala keperluan dan harga projek dibincangkan bersama
di antara klien dan kontraktor.


       Biasanya, klien mempunyai kriteria-kriteria tertentu yang dipertimbangkan
untuk memutuskan kontraktor mana yang akan diberikan projek. Dengan itu, kontraktor
                                                                                       20

seharusnya tahu apakah faktor-faktor yang dititikberatkan oleh klien dalam pemilihan
kontraktor supaya boleh memenangi tender.




2.5    PROSES MENENDER




       Keputusan kontraktor untuk menyertai sesuatu tender bergantung kepada
matlamat sebenar yang telah ditetapkan oleh organisasi kontraktor tersebut. Secara tidak
langsung, harga tender yang ditawarkan oleh kontraktor dipengaruhi daripada keputusan
yang dibuat oleh ahli lembaga pengarah dalam organisasi berkenaan.
       Sekiranya kontraktor menyertai tender hanya sekadar untuk menguji keadaan
persaingan bagi kawasan baru, kemungkinan harga tender yang ditawarkan tidak begitu
kompetitif berbanding dengan pesaing lain. Bab ini akan menjelaskan tentang objektif
menender serta strategi menender setelah membuat keputusan untuk menyertai tender.


       Objektif menender mempunyai beberapa tujuan utama iaitu samada untuk
mendapatkan projek, untuk menguji persaingan bagi kawasan baru atau untuk
mendapatkan pulangan keuntungan yang maksimum. Sementara itu, bagi strategi
menender pula ianya melibatkan beberapa peringkat yang diamalkan oleh para
kontraktor bagi menyediakan harga tender. Peringkat tersebut bermula dari keputusan
untuk menyertai tender sehinggalah harga tender ditawarkan kepada klien.


       Sistem pemilihan tender bagi sesuatu projek pembinaan tidak hanya diberikan
kepada kontraktor yang menawarkan harga yang terendah, sebaliknya diserahkan
kepada kontraktor yang benar-benar berkemampuan. Ini kerana, kesan daripada
penerimaan harga tender yang rendah juga akan menyebabkan kontraktor gagal untuk
melaksanakan projek sebagaimana yang dikehendaki oleh kontrak.
                                                                                       21

        Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohamed Khaled Nordin menjelaskan
apabila pihak kerajaan menerima tender yang rendah menyebabkan ramai kontraktor
ingin menyertainya. Namun begitu, hasilnya adalah sebagaimana yang berlaku ke atas
projek Pularek di Tanjung Pengelih, Johor, di mana ia tidak memberikan keuntungan
mana-mana pihak malah merugikan pihak kerajaan dan menjejaskan kepentingan
awam.


        Kenyataan di atas memberi peringatan kepada pihak kontraktor agar tidak terlalu
ghairah dalam menawarkan harga tender yang rendah sebagai strategi mereka untuk
mendapatkan projek yang tawarkan. Oleh itu, pihak kontraktor perlu membentuk
formula tersendiri dalam strategi menender agar harga yang ditawarkan adalah
munasabah dan memenuhi objektif syarikat.




2.5.1   Penyediaan Anggaran Kos




        Menurut sejarah, dalam situasi persaingan tender, teknik meramalkan harga
tender banyak digunakan seperti dalam industri kejuruteraan pembuatan. Ia merupakan
suatu proses penting di mana kontraktor perlu mengira kos bagi semua input yang akan
digunakan dalam projek seperti kos buruh, bahan binaan, jentera, subkontrak dan kos
overhed. Jumlah kos tersebut akan ditambah suatu nilai peratusan yang meliputi
keuntungan dan risiko di peringkat terakhir sebelum harga tender dikemukakan.


        Proses bagi mendapatkan jumlah kos bagi suatu kerja atau item adalah disebut
sebagai anggaran kos dan harga yang ditawarkan kepada klien dikenali sebagai harga
tender. Penyediaan anggaran kos adalah suatu operasi teknikal dan berfakta. Anggaran
kos didefinisikan oleh CIOB sebagai proses teknikal dalam membuat jangkaan kos
pembinaan dan ia disediakan oleh juruukur bahan.
                                                                                     22

       Tender menerangkan suatu jumlah terhadap wang, masa dan lain-lain keadaan
yang diperlukan oleh penender dalam melaksanakan kerja (CIOB, 1983). Dalam proses
menender, kontraktor mestilah mengambil kira keadaan pasaran semasa bagi
mentafsirkan harga di pasaran. Sebagai contoh, CIOB mendefinisikan menender adalah
berasingan dan merupakan fungsi komersial yang berdasarkan kepada anggaran.
Manakala proses menukarkan daripada anggaran kos kepada tender disebut sebagai
adjudication.


       Anggaran kos adalah suatu proses yang subjektif dan ia memerlukan darjah
ketepatan yang tinggi. Anggaran kos mestilah mempunyai dua kriteria asas iaitu:


   1. Jumlah wang yang diperlukan dalam anggaran kos mestilah lebih tinggi dan
       mencukupi bagi menampung kos langsung terhadap kerja.


   2. Jumlah tender perlulah serendah mungkin untuk bersaing.


       Ashworth dan Skitmore (1990) melaporkan kebanyakan juruukur bahan begitu
yakin dengan kemampuan mereka dalam menyediakan anggaran yang konsisten dan
biasanya meliputi lima peratus tinggi atau rendah dan kos. Walau bagaimanapun,
penyelidikan menunjukkan angka tersebut mungkin adalah terlalu optimistik.


       Proses yang dibuat bagi penyediaan anggaran kos sebagai asas tender setelah
pihak pengurusan membuat keputusan untuk menyertai tender adalah seperti berikut:


   1. Program bagi kerja anggaran kos


       Penyediaan anggaran kos juga melibatkan program dan jadual bertujuan
       memantau kemajuan. Ia penting untuk menunjukkan bahawa tempoh
       menyediakan anggaran kos adalah terhad disebabkan wujudnya tarikh tutup
       tender.
                                                                                  23

2. Pengumpulan dan pengiraan untuk maklumat kos


   Aktiviti utama adalah pengumpulan dan pengiraan maklumat kos diperlukan
   untuk menyediakan anggaran kos. Kajian ke atas projek perlu dibuat bagi
   mengenal pasti kerja-kerja yang berkaitan dengan kontrak kerja. Dua aktiviti ini
   adalah selari dan saling berkaitan antara satu sama lain. Maklumat kos
   diperlukan adalah:-


    i).    Buruh


           Pengiraan dibuat untuk mendapatkan kadar harga bagi setiap kategori di
           mana diberikan dalam unit perjam. Unit perjam ini merangkumi semua
           upah dan bayaran, kos statutori yang dikenakan, elaun cuti dan masa
           kerja yang tidak produktif contohnya buruh terpaksa menunggu
           disebabkan ketidakcukupan bahan binaan di tapak bina.




    ii).   Jentera


           Jentera dikira berasaskan unit harian atau mingguan dan perlu
           mengambil kira kos pengurusan terhadap jentera. Pengiraan kadar harga
           perlu dikemukakan di peringkat awal dalam proses penyediaan anggaran
           kos.




   iii).   Bahan


           Kos bahan binaan adalah bergantung kepada sebut harga yang
           dikemukakan oleh pembekal. Penyediaan kos bahan memerlukan
           maklumat seperti jumlah kuantiti, spesifikasi, tarikh penghantaran, terma
           dan syarat bergantung kepada sebut harga yang diterima. Maklumat
                                                                                     24

           tersebut perlu dibuat semakan melalui senarai kuantiti, spesifikasi dan
           maklumat yang berkaitan dalam menyediakan senarai bahan yang
           diperlukan.




   iv).    Subkontraktor


           Dalam penyediaan maklumat kos subkontraktor, jurukur bahan perlu
           menyediakan senarai dan skop kerja di tawarkan kepada subkontraktor
           untuk dihargakan.




3. Kajian terhadap projek


   Kajian terhadap projek yang ditender dilaksanakan mengikut turutan aktiviti
   seperti berikut:


     i).   Mengkaji dan memahami lukisan tender
           Ia bertujuan untuk memberikan gambaran jelas terhadap skop kerja


    ii).   Melawat tapak bersama dengan wakil klien


           (a) Semasa melawat tapak, catatan yang perlu dibuat adalah:-
           (b) Gambaran tapak
           (c) Kedudukan kemudahan sedia ada
           (d) Gambaran keadaan tanah
           (e) Buruh sedia ada
           (f) Laluan masuk ke tapak
           (g) Topografi
           (h) Gambaran kemudahan sedia ada untuk pembuangan
           (i) Kerja meroboh atau sementara yang akan terlibat
                                                                                 25

iii).   Penyediaan kaedah kerja bagi menentukan kaedah pembinaan yang akan
        dilaksanakan


        Kaedah kerja menerangkan bagaimana kerja akan dilaksanakan dengan
        terperinci termasuk jenis buruh dan jentera diperlukan dan program pra-
        tender. Dalam kaedah kerja ia perlu diberikan alternatif terhadap teknik
        pembinaan dan alternatif turutan, perbezaan harga dan alternatif pelan
        tapak.




iv).    Penyediaan anggaran kos


        Aktiviti ini akan menentukan kos yang ditanggung oleh kontraktor bagi
        melaksanakan kerja sebagaimana yang dikehendaki dalam dokumen
        tender. Anggaran kos mi akan disemak dan diselaraskan oleh pengurus
        kanan setelah mengadakan perbincangan untuk menentukan harga
        tender. Bagi menentukan kadar kos langsung ia melibatkan kesesuaian
        dan kecukupan sumber seperti buruh, jentera dan bahan pada setiap item
        kerja, pemilihan output atau kadar penggunaan bagi setiap sumber. Di
        samping itu, masa juga diambil kira dalam menentukan kadar kos
        langsung. Kaedah bagi kadar kos langsung berdasarkan kepada output
        yang dikenali sebagai kadar anggaran seunit. Contohnya seperti kadar
        meter padu bagi kerja konkrit. Sementara itu pengiraan yang melibatkan
        kos langsung dengan penggunaan masa disebut sebagai anggaran
        operasi. Kedua-dua kaedah anggaran mi akan digunakan sebagai kadar
        harga untuk dimasukkan ke dalam senarai kuantiti atau ringkasan harga
        tender dan pengiraan. Kaedah lain seperti ‘spot’ atau ‘gash’ anggaran
        berdasarkan kos langsung tetapi tanpa pengiraan kerana ia berdasarkan
        kepada pengalaman atau kadar harga yang serupa dengan kerja yang
        telah dilaksanakan bagi kerja kontrak lalu.
                                                                             26

v).    Overhed tapak bina


       (a) Anggaran kos bagi overhed tapak bina berdasarkan kepada
       (b) keperluan seperti:-
       (c) Bilangan staf di tapak
       (d) Kerja pembersihan di tapak
       (e) Kemudahan pengangkutan di tapak
       (f) Jentera mekanikal yang tidak dimasukkan dalam item kadar harga
       (g) Peranca
       (h) Kemudahan tempat tinggal di tapak
       (i) Jentera kecil yang diperlukan
       (j) Peruntukan untuk keselamatan, kebajikan dan perubatan
       (k) Kerja pembersihan selepas penyiapan kerja dan penyerahan tapak
       (l) Liabiliti kecacatan
       (m) Kenderaan yang digunakan untuk pegawai tapak
       (n) Kerja lebih masa
       (o) Risiko




vi).   Laporan anggaran kos


       Penyiapan laporan anggaran kos disediakan untuk dibuat
       pertimbangan oleh pengurus kanan yang mengandungi:-
       (a) Ringkasan projek
       (b) Penerangan kaedah pembinaan
       (c) Catatan sebarang risiko yang tidak diamalkan sebelum ini dan tidak
          dinyatakan di dalam dokumen tender
       (d) Sebarang masalah yang dijangka
       (e) Penilaian terhadap proses rekabentuk yang diluluskan oleh pihak
          berkuasa tempatan dan implikasi kewangan
                                                                                      27

                 (f) Catatan bagi sebarang andaian yang dibuat dalam penyediaan
                    anggaran kos
                 (g) Penilaian ke atas keuntungan projek
                 (h) Sebarang maklumat yang tepat terhadap pasaran semasa dan
                    persekitaran industri.


          Kos kerja yang termasuk dalam anggaran kos memerlukan senarai kos terperinci
iaitu:-
                 (a) Kos buruh kontraktor utama
                 (b) Kos jentera yang dimasukkan dalam kadar harga dan kerja awalan
                 (c) Kos bahan binaan
                 (d) Subkontraktor di bawah organisasi kontraktor utama
                 (e) Jumlah kos bagi subkontraktor dinamakan
                 (f) Jumlah kos bagi pembekal dinamakan
                 (g) Peruntukan sementara dan kadar hari
                 (h) Kontigensi kos
                 (i) Amaun termasuk untuk layanan kontraktor domestik dan kontraktor
                    dinamakan
                 (j) Amaun termasuk untuk diskaun bahan binaan dan subkontrak.




2.5.2     Keputusan Untuk Menender




          Dalam proses menender, kontraktor biasanya akan berhadapan dengan banyak
masalah yang memerlukan pengambilan keputusan yang cepat lagi tepat untuk
menjamin kelancaran perniagaan syarikat. Biasanya, sekumpulan pekerja yang dikenali
sebagai pihak pengurusan akan dilantik untuk memimpin syarikat dan banyak
keputusan penting berkaitan dengan syarikat juga diputuskan oleh golongan ini. Oleh
sebab kegagalan atau kejayaan sesebuah syarikat amat bergantung kepada keputusan
                                                                                     28

yang diambil oleh golongan ini, adalah penting bagi golongan ini mengetahui cara
untuk membuat keputusan yang strategik. Sebagai contoh, golongan ini seharusnya
mahir dalam menentukan sama ada ingin menender sesuatu projek yang ditawarkan atau
tidak.




2.5.2.1 Membuat Keputusan oleh Pihak Pengurusan




         Fungsi utama pihak pengurusan dalam sesebuah syarikat kontraktor adalah
untuk membuat keputusan yang penting dan berkaitan dengan arah perjalanan syarikat
yang biasanya tidak dapat dilakukan oleh pekerja lain. Dalam aktiviti menender,
biasanya pihak pengurusan syarikat kontraktor perlu mengambil keputusan terhadap dua
perkara penting iaitu membuat keputusan menender dan menentukan markup projek.




         Kebanyakan kontraktor yang bertanding dapat menganggar kos untuk
menyiapkan sesuatu projek dengan tepat. Oleh sebab anggaran kos buruh, bahan dan
lain-lain kos langsung dan tak langsung mereka agak sama, hasil anggaran kos juga
agak sama. Keupayaan pihak pengurusan juga merupakan salah satu faktor penting
yang menentukan kejayaan sesebuah syarikat kontraktor untuk membuat keputusan
yang tepat pada masa yang strategik (Park, 1979). Sama juga seperti aktiviti menender,
kejayaan sesebuah syarikat kontraktor memenangi tender juga bergantung kepada
keputusan oleh pihak pengurusan. Pengambilan keputusan atau penilaian yang salah
oleh pihak pengurusan boleh menyebabkan kegagalan dalam proses menender.


         Bagi membolehkan pihak pengurusan membuat keputusan terhadap sesuatu
perkara, tentu terdapat beberapa alternatif untuk dipilih olehnya. Sebagai contoh,
sebelum mengambil keputusan untuk menender sesuatu projek, pihak pengurusan
mempunyai dua alternatif sama ada menender dan tidak menender. Sebelum
                                                                                        29

menentukan markup projek, pihak pengurusan mempunyai banyak alternatif markup
yang boleh dipilih.


       Langkah pertama dalam membuat keputusan yang strategik ialah menentukan
objektif syarikat. Objektif syarikat kontraktor biasanya adalah untuk memperoleh
keuntungan daripada projek yang ditender. Langkah seterusnya pula ialah menentukan
pendekatan-pendekatan yang boleh membantu mencapai objektif syarikat iaitu dengan
menender pada markup yang minimum terhadap banyak projek atau menender dengan
markup yang cukup tinggi untuk bilangan projek yang kurang. Selepas itu pihak
pengurusan harus mengkaji setiap alternatif dan memilih satu pendekatan yang
berupaya membantu mencapai objektif syarikat. Biasanya, projek yang ditender dengan
markup yang terlalu rendah atau terlalu tinggi tidak semestinya dipilih oleh klien. Jadi,
penyelesaiannya ialah jalan tengah di antara kedua-dua langkah tersebut, iaitu menender
dengan markup yang optimum dan keputusan markup inilah yang perlu
dipertimbangkan dengan terperinci oleh pihak pengurusan supaya objektif syarikat
tercapai.


       Memandangkan keputusan yang diambil oleh pihak atasan adalah amat penting
dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah syarikat, pihak pengurusan
haruslah dilengkapi dengan teknik-teknik membuat keputusan di samping
kebijaksanaan, pengalaman dan intuisi yang sedia ada pada diri mereka.
                                                                                     30

2.5.3   Teknik Membuat Keputusan




        Terdapat beberapa teknik membuat keputusan yang dapat membantu pihak
pengurusan dalam membuat keputusan yang tepat. Teknik-teknik ini adalah berguna
sebagai tambahan kepada kemahiran dan pengalaman yang sedia ada pada pihak
pengurusan. Di antara teknik membuat keputusan yang berguna kepada pengurusan
pembinaan adalah statistik, teori kebarangkalian dan kajian operasi (Park, 1979).




2.5.3.1 Statistik




        Statistik adalah berkaitan dengan pengumpulan, penyusunan, analisis,
persembahan dan interpretasi data. Statistik amat berguna terutama jika terdapat banyak
data yang perlu ditapis sebelum data sebenar digunakan untuk membuat keputusan.
Pengetahuan dalam statistik membantu pihak pengurusan dalam merancang dan
menguruskan aktiviti syarikat. Walaupun pihak pengurusan sudah dilengkapi dengan
latar-belakang dan pengalaman yang kukuh dalam membuat keputusan tetapi
kekurangan pengetahuan dalam statistik boleh menjadikan keputusan yang dibuat
kurang efektif.




2.5.3.2 Teori Kebarangkalian




        Teori kebarangkalian pula adalah berkaitan dengan cara untuk menentukan
kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa. Teknik pengambilan keputusan ini
bergantung kepada teori dan pengalaman. Pengalaman lepas dan teori seperti teori
                                                                                      31

matematik merupakan panduan yang paling berguna semasa membuat keputusan untuk
masa depan. Pihak pengurusan tidak berupaya untuk mengetahui perkara yang akan
berlaku pada masa depan, sebagai contoh harga yang ditender oleh kontraktor-
kontraktor lain, tetapi menerusi teori kebarangkalian, pihak pengurusan boleh membuat
keputusan yang lebih strategik dan meningkatkan kebarangkalian untuk memenangi
tender.




2.5.3.3 Kajian Operasi




          Kajian operasi mengaplikasikan cara penyelidikan (cara saintifik) dalam kaedah
membuat keputusan supaya keputusan yang diambil lebih efisien dan efektif. Model
matematik biasanya digunakan untuk menguji dan merancang keputusan yang perlu
diambil supaya dapat mengurangkan risiko membuat keputusan yang salah. Sebagai
contoh dalam kompetitif tender, markup yang diletakkan oleh kontraktor-kontraktor lain
di anggar dan kemudian markup syarikat yang lebih strategik ditentukan berdasarkan
kepada anggaran tersebut.


          Membuat keputusan yang strategik dan betul membolehkan sesebuah syarikat
kontraktor bertindak mengikut keadaan persekitaran dan bukan sebaliknya. Dengan
menggunakan teknik-teknik membuat keputusan tertentu, pihak pengurusan dalam
sesebuah syarikat kontraktor dapat mengenal pasti dan menganalisis projek-projek yang
ditawarkan dengan cepat dan tepat dan seterusnya boleh membuat keputusan sama ada
untuk menender atau tidak. Daripada projek-projek yang ditawarkan, pihak pengurusan
dapat memilih projek-projek yang menawarkan keuntungan yang tinggi. Pihak
pengurusan juga berupaya menentukan markup untuk projek tertentu berdasarkan
kepada kajian-kajian yang dibuat terhadap kontraktor-kontraktor lain yang bertanding.
Dengan itu, kebarangkalian untuk memenangi tender akan meningkat.
                                                                                      32

2.5.4   Faktor Yang Dipertimbangkan Oleh Kontraktor Sebelum Mengambil
        Keputusan Untuk Menender




        Salah satu keputusan penting yang perlu dibuat oleh sesebuah syarikat
kontraktor adalah sama ada memasuki tender atau tidak. Keputusan ini adalah penting
kerana ia berkaitan dengan faktor kewangan syarikat. Jika kontraktor tidak memasuki
tender, ini menyebabkan kehilangan kesempatan untuk mencari keuntungan. Jika
kontraktor memasuki tender pula, kos langsung dan tidak langsung yang terlibat dalam
proses menender perlu dikenal pasti dan ini termasuk deposit dokumen tender dan masa
untuk membuat taksiran harga.


        Menurut Ansoff (1955), terdapat lima tindakan yang mungkin diambil oleh
kontraktor apabila ditawarkan satu projek iaitu menolak, menerima secara sementara,
tambah ke dalam senarai menunggu, keluarkan satu projek daripada senarai menunggu
dan gantikan dengan projek baru tersebut atau menerima. Akan tetapi, menurut
Skitmore (1989), masa yang diperuntukkan untuk menender adalah singkat jadi
tindakan tambah ke senarai menunggu jarang diamalkan dan yang biasa dipraktikkan
ialah menerima atau menolak.


        Keputusan sama ada menender atau tidak bergantung kepada beberapa faktor
yang bersangkutan dengan keadaan perniagaan kontraktor pada masa kini dan hadapan.
Antara faktor-faktor penting yang mempengaruhi keputusan menender adalah seperti
berikut:-


        1.     Keperluan kerja.
        2.     Bilangan pesaing.
        3.     Pengalaman kerja.
        4.     Beban kerja sementara.
        5.     Identiti klien.
        6.     Keadaan kontrak.
                                                                                    33

       7.     Jenis projek.
       8.     Keuntungan untuk projek lepas yang hampir sama.
       9.     Saiz projek.
       10.    Jenis tender.


       Wa1aupun terdapat banyak faktor yang boleh dipertimbangkan oleh kontraktor
dalam mengambil keputusan menender, kebanyakan kontraktor lebih bergantung
kepada pengalaman, kajian pasaran dan intuisi dalam membuat keputusan sama ada
turut serta dalam pertandingan menender (Shash, 1993).




2.5.4.1 Keperluan kerja




       Keperluan kerja kontraktor ditentukan daripada keadaan ekonomi syarikat sama
ada dalam keadaan puncak iaitu berkembang pesat, stabil atau sebaliknya. Jika ekonomi
syarikat kurang memuaskan, kontraktor akan menender supaya mendapat keuntungan
dan jika sebaliknya, kontraktor mungkin hanya akan menumpu kepada projek yang
bersaiz besar atau projek yang lebih menguntungkan.




2.5.4.2 Bilangan Pesaing




       Pesaing merupakan kontraktor lain yang turut bertanding dalam kompetitif
tender. Bilangan kontraktor yang menender dalam sesuatu projek merupakan faktor
penting yang mempengaruhi keputusan untuk menender. Ini adalah kerana semakin
banyak kontraktor yang bertanding, semakin kurang peluang untuk memenangi tender.
Sekiranya kurang kebarangkalian untuk memenangi tender, kontraktor biasanya tidak
                                                                                     34

akan menender kerana penyediaan tender yang serius memerlukan modal dan masa
untuk mendapat harga tender.




2.5.4.3 Pengalaman Kerja




       Biasanya, kontraktor akan menender projek yang agak serupa (dari segi saiz,
jenis dan lain-lain) dengan projek yang pernah dilaksanakan. Ini adalah kerana
kontraktor mempunyai pengalaman yang cukup untuk mengendalikan projek. Di
samping itu, melalui pengalaman kerja yang ada, risiko kerja dapat dijangka dan
seterusnya pulangan yang boleh didapati juga dapat dianggarkan.




2.5.4.4 Beban Kerja Semasa




       Beban kerja semasa juga merupakan faktor penting yang perlu dipertimbangkan
oleh kontraktor dalam menender. Menurut teori ekonomi, keadaan efisien bagi sesebuah
firma adalah dapat beroperasi di bawah kapasiti beban kerja semasa. Sekiranya
kontraktor mempunyai banyak projek yang perlu diselesaikan pada masa projek
ditawarkan, kontraktor tidak akan membuat keputusan untuk menender kerana tidak
cukup sumber (kewangan, peralatan, pekerja dan lain-lain) untuk menampung projek
baru. Sebaliknya, jika projek yang sedang dijalankan hampir siap, kontraktor akan
menender. Jika kontraktor menanggung beban kerja yang lebih daripada keupayaan, hal
ini akan menyebabkan kesukaran dan mengurangkan daya saing.
                                                                                    35

2.5.4.5 Saiz dan Kerumitan Kerja




       Saiz projek dan kerumitan kerja juga merupakan faktor penting yang
mempengaruhi keputusan untuk menender. Oleh sebab saiz projek yang besar
memerlukan masa, sumber dan pusingan modal yang banyak, kontraktor akan
menimbang dengan teliti keadaan ekonomi syarikat serta sumber-sumber yang ada
dalam syarikat sebelum mengambil keputusan untuk menender.


       Bagi faktor kerumitan kerja pula, kontraktor biasanya tidak akan memasuki
tender untuk projek yang terlalu kompleks dari segi rekabentuk ataupun pembinaan
kerana risikonya adalah tinggi.




2.6    FAKTOR PEMILIHAN KONTRAKTOR OLEH KLIEN




       Setelah menerima tender daripada kontraktor-kontraktor, klien atau satu
kumpulan profesional yang dilantik oleh klien akan memulakan proses pemilihan
kontraktor. Memilih kontraktor ialah satu proses mencari dan mendapatkan satu
kontraktor sahaja antara beberapa kontraktor yang dapat memenuhi kehendak klien
terhadap projek (Kamaruddin Md. Ali, 1993). Secara amnya, objektif klien ialah
mendapatkan kontraktor yang dapat melaksanakan projek dengan lancar pada harga
yang rendah (Smith, 1995). Jadi untuk mencapai objektif ini, klien atau kumpulan
profesional yang mewakili klien mempunyai beberapa garis panduan sebagai kriteria
asas untuk membantu dalam pemilihan kontraktor. Berikut merupakan beberapa kriteria
dalam membuat pemilihan kontraktor:-


       1.      Nilai projek dan tempoh siap.
       2.      Sumber dan keupayaan kewangan.
                                                                                       36

        3.     Rekod kerja dan pengalaman lepas.
        4.     Beban kerja semasa.
        5.     Hubungan klien dengan kontraktor.
        6.     Keberkesanan keselamatan.




2.6.1   Nilai Projek Dan Tempoh Siap




        Nilai projek dan tempoh penyiapan merupakan faktor terpenting yang
dipertimbangkan oleh pihak klien semasa memilih kontraktor. Klien tidak terpikat untuk
memilih kontraktor yang menawarkan harga yang terendah dalam proses menender
tetapi lebih cenderung memilih kontraktor yang menawarkan harga yang berpatutan dan
bernilai. Selain itu, klien juga sangat menitikberatkan tempoh penyiapan projek yang
dicadangkan oleh kontraktor semasa menender. Ini adalah kerana tempoh penyiapan
kerja yang singkat akan menjimatkan kos pembinaan. Oleh itu, tempoh penyiapan
merupakan kriteria penting yang dipertandingkan antara kontraktor dalam aktiviti
menender.




2.6.2   Sumber dan Keupayaan Kewangan




        Klien biasanya akan memilih kontraktor berdasarkan kepada sumber yang ada
pada kontraktor iaitu sumber fizikal, sumber manusia dan kewangan. Sumber fizikal
termasuk pejabat, kilang, loji dan sebagainya manakala sumber manusia merangkumi
jumlah buruh, tukang dan kakitangan penyeliaan yang diambil bekerja. Sumber
kewangan yang mencukupi dapat menampung nilai perbelanjaan sepanjang projek
dijalankan. Ini penting kerana, sumber kewangan yang tidak mencukupi memberi kesan
                                                                                     37

kepada perjalanan projek seperti projek tertangguh atau terbengkalai. Ketiga-tiga
sumber ini adalah penting untuk memastikan kontraktor dapat menggerakkan projek
dengan lancar.




2.6.3   Rekod Kerja dan Pengalaman Lepas




        Adalah penting bagi pihak klien merujuk kepada rekod kerja kontraktor sebelum
pemilihan dilakukan. Melalui rekod kerja kontraktor, klien boleh mengetahui sikap dan
cara pengendalian kerja oleh kontraktor. Dengan itu, boleh ditentukan sama ada
kontraktor yang dipilih sesuai dan layak bagi tugas yang akan dilaksanakan.


        Sekiranya projek yang bakal dilaksanakan memerlukan kemahiran dan
pengalaman tertentu, maka adalah penting untuk mengetahui pengalaman kerja
kontraktor supaya kontraktor yang dipilih mampu melaksanakan kerja berpandukan
pengalaman lepasnya dalam mengendalikan projek yang serupa.




2.6.4   Hubungan Kontraktor dengan Klien




        Hubungan yang baik di antara klien dan kontraktor biasanya berlaku melalui
projek yang pernah diuruskan bersama. Sekiranya kontraktor menunjukkan prestasi
yang baik dalam projek yang pernah dilaksanakan kepada klien, kemungkinan besar
klien akan memilih kontraktor tersebut untuk projek yang akan datang kerana klien
berasa lebih terjamin kerana prestasi lepas kontraktor adalah baik.
                                                                                       38

2.7    MARKUP




       Sekiranya kontraktor menyertai tender bona fide, beliau mestilah membuat
keputusan untuk menentukan aras markup bagi harga tender. Tender bona fide adalah
harga tender yang ditawarkan oleh kontraktor kepada klien tanpa wujudnya sebarang
prejudis. Proses ini dilakukan oleh pihak pengurusan yang dikenali sebagai
adjudication. Dalam menentukan aras markup pelbagai pendekatan digunakan, sama
ada menggunakan data yang lalu, model statistik dan model berasaskan teknik
ekonometrik. Salah satu kaedah kaedah menentukan aras markup adalah dengan proses
(human decision making process) mengadakan keputusan pendekatan perbincangan
bagi membuat ramalan (A1-Tabtabai dan Diekman, 1992)


       Moselhi (1993) menegaskan bahawa pertimbangan untuk markup merupakan
satu masalah dalam membuat keputusan. Ia adalah sukar untuk di analisis dan kaedah
penyelesaian secara mekanisma perlu dibentuk. Untuk mengenal pasti faktor yang
berkaitan untuk dijadikan asas yang rasional dalam membuat keputusan adalah sukar
dan mengambil masa yang lama. Analisa terhadap kekuatan secara individu dibuat bagi
melihat kesan hasil daripada keputusan yang dicapai. Dalam praktis biasa, kontraktor
kebiasaannya membuat keputusan menender hasil daripada gerak hati mereka yang
dicapai daripada pengalaman, perasaan dan jangkaan.


       Selain itu, teknik lain untuk mencapai markup adalah menggunakan kaedah
rangkaian neutral secara berkomputer dikenali sebagai DBID (Databid Intergrated
System). Park dan Chaplin (1979) menjelaskan bahawa dalam persaingan terdapat
berbagai perbezaan pendekatan teoritikal yang dicadangkan, diuji dengan keputusan
yang dicapai.


       Terdapat juga strategi menender yang digunakan oleh kontraktor memberikan
kesan yang efektif dalam persaingan tender. Namun begitu, strategi menender yang
digunakan hanya sesuai untuk persaingan tender pada keadaan dan jenis yang tertentu
                                                                                      39

sahaja. Oleh itu, bagi tujuan proses menender adalah perlu membuat tinjauan seperti
berikut:-


             i.   Faktor yang diambil kira oleh kontraktor semasa proses menender,
            ii.   Maklumat yang diberikan pertimbangan dalam proses menender di
                  lakukan


       Menurut Eastham (1987) melalui kajian terdapat 90 faktor yang mempengaruhi
harga tender. Antara sebahagian faktor-faktor tersebut yang memberikan kesan
mendalam kepada aras menender ialah:-


             i.   Permintaan terhadap subkontrak,
            ii.   Jenis dan saiz kerja,
        iii.      Pesaing,
            iv.   Klien dan juru perunding,
            v.    Permintaan terhadap buruh.


       Namun begitu, menurut Shash (1990) pula mengkaji bahawa faktor yang
memberikan kesan terhadap keadaan menender adalah menurut turutan adalah:-


             i.   Darjah kesukaran kerja,
            ii.   Risiko,
        iii.      Beban kerja,
            iv.   Kontraktor memerlukan kerja,
            v.    Syarat kontrak
            vi.   Jangkaan kos bagi denda kelewatan kerja yang dikenakan,
        vii.      Identiti klien,
       viii.      Keuntungan lalu bagi projek serupa.


       Sementara itu, Teo (1989) menjelaskan bahawa faktor hubungan dengan klien,
keadaan pasaran semasa dan politik perlu dipertimbangkan semasa di peringkat
                                                                                      40

adjudication. Dalam kajian tersebut, beliau telah menggariskan beberapa faktor yang
memberikan kesan dalam menender seperti berikut:-


          i.   Ketepatan anggaran kos oleh kontraktor,
         ii.   Mendapat sokongan klien hasil kejayaan projek yang lepas,
        iii.   Liabiliti kontrak,
        iv.    Jenis kerja
         v.    Hubungan dengan juru perunding,
        vi.    Hubungan dengan klien,
       vii.    Beban kerja di bawah komitmen kontraktor,
       viii.   Kompleksiti kerja,
        ix.    Saiz kerja,
         x.    Pindaan terhadap borang kontrak setara bagi projek pembinaan




2.8    STRATEGI MENENDER SECARA TEORI




       Menurut Derek & Martin Skitmore (1992), strategi menender merupakan
formula atau kaedah yang berupaya untuk menentukan nilai markup yang dapat
memberikan pulangan keuntungan yang dikehendaki. Strategi menender juga
merupakan suatu penggunaan kaedah statistik untuk membentuk model yang dapat
menganalisis semua kriteria-kriteria dan perlakuan pesaing semasa menender. Model
tersebut kemudiannya boleh digunakan sebagai asas dalam menentukan harga tender.


       Konsep yang paling asas dalam strategi menender adalah untuk menentukan
nilai harga tender yang membolehkan kebarangkalian untuk kontraktor memenangi
tender adalah tinggi iaitu menjadi penender yang meletakkan harga terendah tetapi
masih boleh mendapat keuntungan daripada harga tender tersebut. Strategi menender
juga merangkumi penggunaan pengalaman menender yang lepas untuk meramal corak
                                                                                   41

menender kontraktor lain dan seterusnya mengaplikasikannya semasa menender projek
(Clough, 1994).


        Pada peringkat awal, penyelidikan terhadap strategi menender telah
diperkenalkan oleh Friedman pada tahun 1956 berdasarkan pendekatan kebarangkalian.
Kemudian, dalam tahun-tahun berikutnya, banyak model-model strategi menender lain
telah diperkenalkan oleh penyelidik lain seperti Skitmore dan Patchell (1990),
Hillebrandt (1974) dan Gates (1976). Gates menggunakan pendekatan yang sama
dengan Friedman iaitu pendekatan kebarangkalian manakala Hillebrandt, Skitmore dan
Patchell pula masing-masing menggunakan pendekatan ekonometrik dan regresi.
Model-model strategi menender ini akan diterangkan dalam bahagian seterusnya dengan
model Freidman dan Gates lebih dititikberatkan kerana kedua-dua model ini lebih
terkenal dan diterima oleh kebanyakan penyelidik lain.




2.8.1   Model Friedman




        Model strategi menender yang diperkenalkan oleh Friedman adalah
berpandukan kepada pendekatan kebarangkalian. Menurut Friedman (1967), isu
terpenting dalam strategi menender yang berjaya adalah menentukan kebarangkalian
menjadi penender yang menawarkan harga terendah di antara pesaing, iaitu menjadi
penender terendah. Dalam model ini dianggap juga penender terendah akan memenangi
tender. Model Friedman menerangkan kesan markup dan bilangan pesaing terhadap
kebarangkalian untuk menjadi penender terendah serta keuntungan yang boleh didapati.
                                                                                                      42

2.8.1.1 Menender Dengan Hanya Satu Pesaing




                    Menender dengan hanya satu pesaing memberi kelebihan kepada kontraktor
untuk memenangi tender kerana kebarangkalian untuk memenangi tender adalah tinggi.
Bagaimanapun, sekiranya perkara ini diambil mudah, kemungkinan kekalahan akan
menimpa kerana pihak klien akan memilih kontraktor yang benar-benar layak
melaksanakan projek. Untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi, satu kaedah statistik
digunakan untuk meningkatkan kebarangkalian kontraktor memenangi tender.


                    Rajah 2.1 di bawah menunjukkan kesan harga tender terhadap kemungkinan
menjadi penender terendah dalam persaingan terhadap satu kontraktor dan rajah 2.2 di
sebelah pula menunjukkan peratus jangkaan keuntungan terhadap peratus anggaran kos
atau peratus markup.




                            100


                             80
   Kebarangkalian Menjadi
   Penender Terendah (%)




                             60


                             40


                             20




                                   100      105    110     115    120     125
                                         Menender Pada Peratus Daripada
                                               Anggaran Kos (%)


Rajah 2.1                         harga tender terhadap kemungkinan menjadi penender terendah dalam
persaingan terhadap satu kontraktor (Park, 1979)
                                                                                                          43

                                  7

                                  6



      Jangkaan keuntungan (%)
                                  5

                                  4

                                  3

                                  2

                                  1

                                  0
                                      100      105    110     115    120     125
                                            Menender Pada Peratus Daripada
                                                    Anggaran Kos


Rajah 2.2                             Kesan markup terhadap jangkaan keuntungan


                          Hasil daripada analisis Rajah 2.1 dan 2.2 di atas, beberapa kemungkinan dan
alternatif dapat dihasilkan iaitu:-


                                1. Kontraktor akan menjadi penender terendah dan mendapat projek dengan
                                   menender pada harga kos tetapi tidak mendapat sebarang keuntungan.


                                2. Jika kontraktor menender 5% lebih daripada kos, 80% kemungkinan
                                   menjadi penender terendah dan mendapat projek. Keuntungan purata untuk
                                   setiap tender atau dikenali sebagai jangkaan keuntungan adalah 80%
                                   daripada 5% iaitu 4%.


                                3. Dengan menender pada 10% lebih daripada kos, kontraktor boleh
                                   menjangka bahawa 60% kemungkinan mendapat projek yang ditender
                                   manakala jangkaan keuntungan adalah 60% daripada 10% iaitu 6%.
                                                                                    44

       4. Dengan menender pada 12.5% atas anggaran kos akan mendapat
             kebarangkalian 50% berjaya daripada projek yang ditender dengan jangkaan
             keuntungan 6.25%.


       5. Dengan menender pada 15% atas kos, kontraktor boleh mendapat 40%
             projek yang ditender dan jangkaan keuntungan purata setiap projek adalah
             6%.


       6. Dengan markup 20% atas anggaran kos, kebarangkalian kontraktor untuk
             mendapat tender ialah 20% dengan jangkaan keuntungan purata adalah 4%.


       7. Kontraktor yang menender 25% lebih daripada harga kos tidak akan
             mendapat sebarang projek dan sudah pasti tiada keuntungan diperoleh.


       Melalui gabungan antara markup, jangkaan keuntungan dan kebarangkalian
menjadi penender terendah, menender pada 12.5% daripada anggaran kos adalah
markup yang paling baik kerana ia memberi jangkaan keuntungan yang paling tinggi
iaitu 6.25%. ‘markup’ ini dikenali sebagai ‘optimum markup’.




2.9    RUMUSAN




       Dalam industri pembinaan, terdapat pelbagai jenis tender yang boleh digunakan
oleh klien untuk mendapatkan kontraktor. Jenis-jenis tender yang telah dibincang
merangkumi tender terbuka, tender perundingan, tender terpilih dan tender pra-
kelayakan.


       Klien boleh mengemukakan pelawaan tender terhadap semua kontraktor melalui
tender terbuka atau hanya mengemukakan pelawaan terhadap segelintir kontraktor yang
                                                                                       45

terpilih melalui tender terpilih. Perundingan secara terperinci antara klien dengan
kontraktor sebelum bermulanya peringkat rekabentuk dan segala keperluan
dibincangkan dalam tender perundingan. Tender pra-kelayakan pula dilaksanakan untuk
mendapatkan kontraktor yang mempunyai kemahiran tertentu sahaja.


       Tender yang didapati daripada tender terbuka akan dinilai oleh klien dan
seterusnya pemilihan dibuat. Memandangkan terdapat banyak kontraktor yang
menender tetapi hanya satu kontraktor sahaja yang akan dipilih, kontraktor seharusnya
mempunyai strategi menender tertentu untuk memenangi tender.


       Bagi kontraktor yang benar-benar untuk memenangi tender dengan mendapat
keuntungan yang dikehendaki bukan merupakan suatu yang mudah. Ia perlu membuat
kajian bagi mempertimbangkan faktor-faktor yang menentukan aras markup yang sesuai
untuk ditambah dengan anggaran kos yang telah disediakan. Terdapat tiga faktor utama
dalam mempertimbangkan aras markup iaitu keadaan geografi, keupayaan syarikat dan
faktor ke atas projek. Walau bagaimanapun, penyelidik menggariskan sebelas faktor
mengikut kesesuaian data dan jenis projek yang telah diperoleh.


       Selain dan itu, terdapat beberapa model strategi menender yang telah
diperkenalkan oleh penyelidik sejak tahun 1956 lagi. Walau bagaimanpun, model
strategi menender tersebut yang tidak mengambil kira faktor-faktor kuantitatif bagi
mendapatkan optimum markup. Oleh itu, penyelidik cuba mempertingkatkan lagi
pendekatan model regresi yang telah diperkenalkan oleh Skitmore dan Patchell (1990)
berdasarkan data yang telah diperoleh daripada jadual harga tender dan profil syarikat.
Di samping itu penulis akan mengambil kira faktor-faktor kuantitatif dan kuantitatif
yang akan diterangkan dalam bab seterusnya.

								
To top