TEGASAN HABA by 2C07f3y3

VIEWS: 22 PAGES: 5

									     SISTEM KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN DI
                   INDUSTRI BATIK


Kehalusan seninya dan keindahan coraknya yang dihasilkan
melambangkan ketinggian nilai seni dan budaya masyarakat Malaysia.

Batik adalah seni halus yang terkenal di negeri Pantai Timur; Kelantan
dan Terengganu. Kehalusan dan keindahan seninya dapat menarik
minat penduduk tempatan maupun pelancong dari luar negara.

Kain batik bukan sahaja sesuai dijadikan pakaian harian malah boleh
dijadikan barangan hiasan dan sebagainya. Penggunaan kain batik
sebagai pakaian amat luas. Dari pakaian kasual hinggalah ke pakaian
formal, kain batik sesuai digayakan bila-bila masa, menarik dan selesa
mata memandang.

SISTEM KESELAMATAN            &    KESIHATAN       PEKERJAAN       DI
INDUSTRI BATIK

Namun, setiap luahan seni di atas sehelai kain putih merupakan
keperitan yang perlu dihadapi oleh pekerja-pekerja di perusahaan
batik.

Ini kerana menghasilkan corak batik memerlukan penelitian yang rapi
dan daya kreativiti yang tinggi. Sehelai kain batik dihasilkan melalui
beberapa peringkat. Mencanting dan mengecat, mematikan warna,
merebus, membilas, proses pengeringan, digosok, dilipat dan
dibungkus.

Seperti industri lain, industri batik juga berhadapan dengan masalah
sistem keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Tetapi isunya kurang
mendapat perhatian pihak majikan. Malang tidak berbau, ungkapan
yang sering diperkatakan bila berlaku sesuatu kemalangan.

Dalam apa jua sektor pekerjaan, pekerja terdedah kepada bahaya.
Antara industri yang masih kurang menekankan sistem keselamatan
dan kesihatan pekerjaan adalah industri batik. Ini bermakna pekerja
dan majikannya tidak terlepas daripada Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994.

Di Malaysia terdapat dua jenis pengusaha batik iaitu secara komersial
dan secara kecil-kecilan. Kebanyakan perusahaan ini dilakukan
secara kecil-kecilan.

Pengusaha kurang mementingkan keselamatan dan keselesaan
pekerja berbanding pengusaha yang melakukan secara komersial,
persekitaran kerjanya adalah teratur dan sistematik. Pengusaha batik
skala kecil biasanya menjalankan perusahaan di sekitar kawasan
rumah. Ini menyebabkan kawasan kerja menjadi tumpuan orang ramai

                                  1
terutamanya kanak-kanak. Kawasan kerja biasanya tidak dipagar dan
tiada sebarang kawalan bagi mengelak sebarang pencerobohan.

Dr Razlan Musa: “Kita boleh bahagikan hazad ataupun risiko-risiko
bahaya kesihatan ini kepada beberapa bahagian terutamanya hazad
fizikal dan mekanikal, hazad kimia, hazad biologikal dan hazad
ergonomik dan psikososial”.

FIZIKAL DAN MEKANIKAL

Masalah ini meliputi situasi persekitaran kerja dan tata amalan kerja
yang diamalkan. Persekitaran fizikal kilang batik dari segi susun atur
peralatan tidak sistematik seperti bekas-bekas mewarna, bahan-bahan
pewarna dan pemidang kayu tidak diletakkan dengan baik. Ini
mungkin dipengaruhi oleh suasana kerja yang kurang konsisten dan
hanya beroperasi secara kecil-kecilan. Oleh sebab itu, susun atur
peralatan tidak dipentingkan.

Bahan-bahan kimia yang masih digunakan tidak diletakkan dengan
selamat dan hanya ditempatkan di satu sudut kilang tanpa ada tanda-
tanda amaran. Di samping mendatangkan bahaya, tong bahan kimia
ini boleh mencacatkan pandangan persekitaran kawasan berkenaan.
Bahan-bahan pewarna yang digunakan tidak disimpan di dalam bekas
yang selamat. Bahan tersebut hanya diikat dan tidak dilabelkan
dengan sempurna.

Persekitaran fizikal kilang batik biasanya agak panas. Suhunya antara
35oC hingga 38oC. Suhu panas ini diperlukan untuk menghasilkan
batik yang baik. Selain itu, suhu panas ini juga disebabkan oleh reka
bentuk kilang itu sendiri. Biasanya kilang batik dibuat secara terbuka.
Dinding dibuat menggunakan papan. Tingkap pula menggunakan
jarring-jaring besi dan beratapkan zink. Ini bagi memastikan batik yang
dihasilkan lebih bermutu dan pengeringannya adalah sempurna.
Selain itu, suhu panas kilang batik mungkin juga disebabkan oleh
haba dari dapur yang digunakan untuk mencairkan campuran canting.
Campuran canting dihasilkan daripada lilin, rosin dan minyak masak.

Campuran ini sentiasa dipanaskan untuk mengelakkan daripada beku
sepanjang proses mencanting. Alat mencanting yang diperbuat dari
tembaga turut menyumbangkan haba. Ini kerana tembaga yang
digunakan dapat mengekalkan haba agar campuran canting sentiasa
cair sepanjang proses melukis motif pada kain. Pekerja di industri
batik canting cenderung menggunakan tisu dan kain perca untuk
menyapu lebihan campuran canting tersebut.

Tisu dan kain perca ini juga diperlukan untuk mengalaskan tangan dari
haba yang panas. Selain itu, terdapat sesetengah pekerja yang
mengamalkan tabiat meniup campuran tersebut untuk mengurangkan
rasa panas. Cara ini boleh mendatangkan bahaya kepada pekerja itu
sendiri seperti melecur. Persekitaran yang panas juga berlaku ketika
proses merebus. Ketika proses ini dilakukan, pekerja lebih terdedah
                                  2
kepada bahaya terkena percikan air panas maupun kawah atau periuk
itu sendiri. Proses merebus dilakukan untuk menanggalkan kesan lilin.
Sebelum direbus, kain batik akan direndam di dalam sodium silicate
selama 8 hingga 12 jam. Proses ini bertujuan untuk mematikan warna.
Pada masa ini, pekerja perlu berhati-hati kerana mereka mungkin
mengalami alahan. Seterusnya kain akan dibilas dan dijemur.

Dalam masalah fizikal dan mekanikal ini, pencahayaan juga tidak
kurang penting. Ini kerana ketika proses melukis dan mewarna batik
canting, cahaya yang terang diperlukan. Cahaya ini dapat memberikan
pekerja konsentrasi ketika mencanting dan memastikan mata mereka
berada dalam keadaan yang baik.

ERGONOMIK

Ergonomik adalah penyesuaian persekitaran kerja manusia. Masalah
ini timbul daripada cara seseorang itu bekerja. Misalnya dalam proses
mencanting dan mewarna, pekerja terpaksa berdiri terlalu lama untuk
satu-satu jangkamasa. Terdapat juga pekerja terpaksa berjengket dan
membongkokkan badan. Sekiranya cara bekerja ini dipraktikkan dalam
masa yang agak lama, seseorang pekerja mungkin akan menghadapi
beberapa masalah.

Kak As (Pekerja): “Lenguh-lenguh betis…tu ada jugalah…lenguh-
lenguh betis tu biasalah…sakit pinggang tiada tak lagi…sebabnya
kitanya tegak ini tidak ada apalah…biasa….tapi kalau dok
begini…mungkin      juga…..tapi     betis    memang      lenguh-
lenguh….biasalah”.

Dr. Razlan Musa: “Masalah ergonomik yang berkaitan dengan industri
batik ini adalah kebanyakan pekerja dan majoriti dari seharian yang
mereka bekerja itu terpaksa berdiri dengan lama. Lebih kurang…tak
silap saya lebih kurang 4 ke 5 jam dalam sehari. Masalah-masalah
yang berkaitan dengan berdiri yang terlalu lama…dengan kesihatan
adalah satu adalah berdiri terlalu lama ini boleh menyebabkan risiko
keguguran          terutamanya          pada        orang         yang
mengandunglah….keguguran. Dan yang keduanya ialah masalah
sakit belakang bila you berdiri terlalu lama, of course sakit belakang
ataupun embargo biasanya. Dan yang ketiganya yang dikaitkan
dengan berdiri terlalu lama terutama pada ibu mengandung adalah
memburukkan lagi keadaan urat yang timbul ataupun vena varicose”.

BIOLOGIKAL

Masalah biologikal merupakan masalah yang mungkin dihadapi oleh
pekerja secara tidak langsung. Ini kerana perusahaan batik biasanya
dilakukan di sekitar kawasan kediaman. Pengusaha tidak menyedari
bahawa keselamatan dan kesihatan pekerja mereka berada dalam
bahaya. Suasana tempat kerja yang agak berselerak dan tidak teratur
ditambah pula dengan kawasan air yang bertakung. Ini boleh
menyebabkan kawasan tersebut menjadi kawasan pembiakan nyamuk
                                  3
serta pekerja mungkin terdedah pada serangan binatang berbisa
seperti ular, kala jengking dan sebagainya.

PSIKOSOSIAL

Masalah psikososial juga mungkin dihadapi oleh pekerja di dalam
industri ini. Dr. Razlan Musa: “Industri batik ini kebanyakannya bekerja
adalah secara monotonous iaitu setiap hari mengulangi kerja rutin
yang sama. Oleh itu mungkin terdapatnya masalah gangguan emosi”.

Masalah ini mungkin wujud di dalam pembuatan batik kerana terdapat
pengkhususan-pengkhususan bidang kerja.

BAHAN KIMIA

Masalah yang agak besar di dalam industri ini ialah masalah
mengendalikan bahan kimia. Bahan kimia yang digunakan adalah
seperti dye, iaitu bahan mewarna, soda caustic, sodium silicate, gam
arabik dan soda bicarbonate.

Bahan kimia seperti sodium silicate boleh menyebabkan kulit menjadi
merah dan gatal-gatal. Kesan alahan ini bergantung pada kadar
kuantiti yang digunakan.

Masalah yang dibincangkan sebenarnya tidaklah serumit seperti yang
disangkakan. Ini kerana sekiranya majikan dan pekerja prihatin dan
menitikberatkan aspek keselamatan dan kesihatan, masalah-masalah
tersebut dengan mudah diatasi.

Dari segi pentadbiran, majikan boleh menubuhkan jawatankuasa
keselamatan dan kesihatan pekerjaan sekiranya kilang itu mempunyai
lebih 40 orang pekerja. Selain itu, majikan juga boleh melantik seorang
pegawai keselamatan dan kesihatan yang terlatih untuk membantu
dan menasihat majikan dalam mengendalikan keselamatan dan
kesihatan pekerja. Majikan juga perlu memberikan pendedahan
kepada pekerja-pekerjanya tentang cara kerja yang betul iaitu
mengendalikan mesin dan penggunaan bahan kimia yang selamat.

Majikan juga boleh mendapatkan maklumat dan nasihat dari Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang berhampiran dan
juga Kementerian Kesihatan untuk membantu melaksanakan
tanggungjawab dengan berkesan.

Alat perlindungan diri yang efektif dan sesuai perlu disediakan oleh
majikan. Misalnya apron, sarung tangan, boot dan sebagainya.
Walaupun tiada laporan kemalangan dari perusahaan batik, ia tidak
bermakna sistem keselamatan dan kesihatan di industri ini berada
pada tahap yang memuaskan. Pekerja juga dapat membantu
meningkatkan sistem keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Misalnya, mematuhi segala arahan dan peraturan yang telah
digariskan oleh majikan dan berhati-hati dalam mengendalikan
                                   4
peralatan dan    bahan-bahan     kimia   supaya   kemalangan    dapat
dielakkan.

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu diberi perhatian, tidak kira
dalam apa jua sektor pekerjaan. Ini selaras dengan tujuan utama
penubuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 iaitu:

1.   Memupuk sikap prihatan terhadap keselamatan dan kesihatan.
2.   Mewujudkan organisasi dan langkah keselamatan yang
     berkesan melalui skim-skim pengaturan kendiri yang disesuaikan
     dengan industri.
3.   Melalui gabungan pengaruh-pengaruh dan tekanan di banyak
     peringkat melalui pelbagai cara.

Apa yang telah digariskan ini, mampu untuk menjamin keselamatan
dan kesihatan pekerja ketika menjalankan kewajipan mereka




                                  5

								
To top