brochure bengkel new by 25iTY5

VIEWS: 0 PAGES: 11

									 Bengkel
Penulisan
    Buku
         Universiti Malaysia Sabah




         16 – 18 Disember 2008
  Hotel Imperial, Kota Kinabalu
Penerbit UMS ataupun Unit Penerbitan
Universiti Malaysia Sabah ditubuhkan pada
1hb Mac 2001 dengan pentadbirannya di
bawah Jabatan Canselori. Di samping
menjalankan aktiviti penerbitan sendiri,
Penerbit UMS diberikan tanggungjawab
untuk mengawal mutu penerbitan semua
manuskrip yang diterbit. Perolehan dan
pemilihan manuskrip yang akan diterbit
diluluskan oleh Jawatankuasa Penerbitan
UMS yang dipengerusikan oleh YBhg Naib
Canselor UMS dan dianggotai semua dekan,
pengarah dan ketua unit di UMS.
                      MUKADIMAH
Sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan lagi mutu penerbitan, Unit Penerbitan
UMS bercadang untuk menganjurkan kursus penulisan bertajuk Bengkel Penulisan Buku
Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk semua warga UMS khususnya kepada tenaga
akademik, ahli-ahli MAPIM dan juga agensi-agensi kerajaan di Malaysia dan Brunei
Darussalam. Pendedahan dalam bengkel ini dapat memanfaatkan peserta bengkel dengan
cara-cara dan kaedah penulisan serta penyuntingan yang efektif untuk menghasilkan
manuskrip yang layak diterbitkan sebagai buku ilmiah yang berkualiti.


Sasaran Peserta Bengkel
Semua kakitangan akademik UMS, ahli-ahli MAPIM dan juga agensi-agensi kerajaan di
Malaysia dan Brunei Darussalam yang berminat untuk menghasilkan penulisan yang
bermutu untuk tujuan penerbitan buku ilmiah.


Jumlah Peserta
Jumlah peserta bagi bengkel ini adalah terhad untuk menjamin mutu interaksi dan
komunikasi penyampaian isi kandungan bengkel supaya lebih berkesan.


Yuran Penyertaan
Yuran penyertaan adalah RM350 seorang.


Pembayaran
 1. Pembayaran secara tunai, cek atau pesanan kerajaan (LO) atas nama Bendahari
    Universiti Malaysia Sabah.
 2. Sila kreditkan bayaran ke dalam akaun Maybank, no. akaun 5-10013-02241-3.
 3. Fakskan slip transaksi kepada Unit Penerbitan UMS di talian 088-320446/320126
    atau emelkan ke lindsy@ums.edu.my atau aeendeen@ums.edu.my sebagai bukti
    pembayaran.


Borang Pendaftaran
Borang     pendaftaran   boleh     dimuat    turun      dari       laman    web
www.ums.edu.my/penerbit/borang atau menghubungi Urus Setia di talian 088-320 000
samb. 1015/1104/1069/1463.


Tarikh Tutup
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Disember 2008 (Isnin).




                                           1
                 Penceramah


  Prof. Madya Dr Satapah Ahmad

Prof. Madya Dr. Satapah bin Ahmad merupakan Pengarah
Penerbit UTM sejak April 2008. Beliau pernah menjawat jawatan
Ketua Jabatan Kimia, Fakulti Sains (tahun 1991 – 1994) dan
bertugas sebagai Timbalan Dekan Fakulti Sains (tahun 1994 –
1997). Beliau juga merupakan pengerusi Panel Buku UTM dari
tahun 1994 sehingga kini. Beliau pernah menganggotai pelbagai
jawatankuasa di peringkat universiti dan antaranya ialah sebagai
Pengerusi Panel Penilai Anugerah Buku Karya Asli Hari
Penerbitan Universiti (tahun 1998 – 2002), AJK Pemilih dan AJK
Khas Penilaian Anugerah Penerbitan Naib Canselor dan AJK
Pemilih dan AJK Khas Penilaian Anugerah Tokoh Penerbitan
Universiti. Prof. Madya Dr. Satapah bin Ahmad telah menulis
enam buah buku yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa Pustaka dan
Penerbit UTM. Pada tahun 2003, beliau telah memenangi
Aungerah Editor Terbaik Anugerah Penerbitan.



   Prof. Madya Issham Ismail

Prof. Madya Issham Ismail telah berkhidmat di UTM sejak tahun
1988 dan beliau kini merupakan pensyarah di Fakulti
Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli. Beliau telah
menghasilkan dua buku karya asli dan lima buah karya terjemahan
selain menyunting lebih daripada 20 buah buku dan menulis lebih
daripada 100 artikel untuk tujuan seminar, jurnal dan
ensiklopedia. Beliau pernah dianugerahkan Anugerah Buku Karya
Asli sebanyak dua kali atas hasil penulisan beliau.




                                 2
  En. Khalid Mazlan

En. Khalid Mazlan telah berkhidmat di UTM sejak tahun 1974 dan
kini beliau merupakan Ketua Pegawai Penerbitan Penerbit UTM.
Beliau bergiat aktif dan terlibat dalam pelbagai jawatankuasa
penerbitan. Antaranya ialah sebagai Pengerusi Jawatankuasa
Mesyuarat Peringkat Pegawai Pemasaran MAPIM dari tahun 2007
sehingga kini, Setiausaha Persidangan Penterjemahan Antarabangsa
(tahun 1994), Setiausaha Persidangan Penerbitan Ilmiah (tahun
2007), Setiausaha Projek Ensiklopedia Sains dan Teknologi Dewan
Bahasa dan Pustaka-UTM dan Setiausaha Jawatankuasa Pemasaran
Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).




  En. Mohd. Zubil Bahak

En. Mohd. Zubil Bahak merupakan pensyarah di Fakulti
Kejuruteraan Mekanikal dan beliau telah bertugas di UTM sejak
tahun 1989. Beliau pernah menganggotai pelbagai jawatankuasa di
peringkat universiti dan antaranya ialah sebagai AJK Penerbitan
Universiti (tahun 1994 – 2000), Panel Penilai Anugerah Tokoh
Penerbitan Universiti dan Panel Penggubal Istilah Bidang
Kejuruteraan Mekanikal Dewan Bahasa dan Pustaka. En. Mohd.
Zubil Bahak telah menghasilkan sebuah buku karya asli dan lima
buah buku karya terjemahan. Di samping itu, beliau juga mempunyai
pengalaman menyunting lebih daripada 40 judul karya asli dan lima
buah buku karya terjemahan. Pada tahun 2000, beliau telah
memenangi Anugerah Karya KENCANA Dewan Bahasa dan
Pustaka dan Anugerah Editor Terbaik Universiti pada tahun 2005.




                                  3
    OBJEKTIF KURSUS

 Mendedahkan para peserta kepada teknik-
  teknik penulisan dan penyuntingan yang
  efektif dalam menghasilkan buku ilmiah
  yang bermutu.

 Memberi pemahaman kepada para peserta
  tentang penyampaian idea dan hujah dalam
  penulisan dan penyuntingan.

 Meningkatkan kecekapan profesional dan
  minat para peserta dalam menghasilkan
  lebih banyak bahan-bahan penerbitan yang
  bermutu.

 Membangunkan struktur dan organisasi
  penerbitan supaya mantap, cekap, pantas
  dan berkualiti agar proses penerbitan buku
  dapat berjalan dengan lancar dan efisyen.

 Mempelbagaikan dan memperkayakan siri
  atau genre buku-buku terbitan penerbit-
  penerbit universiti.

 Membantu       meningkatkan     kedudukan
  penerbit-penerbit universiti dari segi
  penghasilan terbitan ilmiah yang berkualiti
  dan bernilai antarabangsa.


                     4
              Atur Cara
        Bengkel Penulisan Buku


16 Disember 2008
(Selasa)



Masa                 Aktiviti                       Penceramah/Fasilitator
8.00 – 8.30 a.m.     Pendaftaran                    Urus setia

8.30 – 9.30 a.m.     Penerbit: Peranan & Aktiviti   P.M. Dr Satapah bin Ahmad

9.30 – 10.00 a.m.    Mengudap

10.00 – 11.00 a.m.   Pengenalan kepada Penulisan    P.M. Issham bin Ismail

11.00 – 12.00 p.m.   Teknik Penulisan I:            P.M. Issham bin Ismail
                       Penyediaan Bahan/Maklumat

12.00 – 1.30 p.m.    Makan tengahari/Solat Zohor

1.30 – 2.30 p.m.     Teknik Penulisan II:           P.M. Issham bin Ismail
                       Perancangan & Pembinaan
                       Penulisan

2.30 – 3.30 p.m.     Ilustrasi dalam Penulisan      En. Mohd. Zabil bin Bahak
                        Ilmiah

3.30 – 4.00 p.m.     Mengudap

4.00 – 5.00 p.m.     Pemilihan Judul Buku           Akan ditentukan kelak




                                        5
17 Disember 2008
(Rabu)

Masa                 Aktiviti                      Penceramah/Fasilitator
8.30 – 9.30 a.m.     Penyediaan Manuskrip I:       P.M. Dr Satapah bin Ahmad
                       Pemilihan Bentuk
                       Penyampaian

9.30 – 10.30 a.m.    Hak Cipta                     P.M. Dr Satapah bin Ahmad

10.30 – 11.00 a.m.   Mengudap

11.00 – 12.00 p.m.   Penulisan Rujukan/Bibliografi Akan ditentukan kelak

12.00 – 1.30 p.m.    Makan tengahari/Solat Zohor

1.30 – 3.30 p.m.     Indeks & Penulisan Blurb        En. Khalid bin Mazlan

3.30 – 4.00 p.m.     Mengudap

4.00 – 5.00 p.m.     Penyediaan Manuskrip II:        En. Mohd. Zabil bin Bahak
                       Penyuntingan Kendiri



18 Disember 2008
(Khamis)

Masa                 Aktiviti                      Penceramah/Fasilitator
8.30 – 10.30 a.m.    Merintis Penulisan I & II:    P.M. Dr Satapah bin Ahmad
                                                     & semua fasilitator

10.30 – 11.00 a.m.   Mengudap

11.00 – 12.30 p.m.   Pembentangan                  P.M. Dr Satapah bin Ahmad
                                                     & semua fasilitator

12.30 p.m.           Majlis Penutup & Makan
                        Tengahari bersama-sama
                       Naib Canselor UMS




                                              6
Cadangan Hotel Penginapan


           Imperial International Hotel
      Ground Floor, Block D Warisan Square,
          Jalan Tun Fuad Stephens 88000,
           Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
      Tel: 6088-522 888 Faks: 6088-522 999
  (Urus Setia mencadangkan para peserta
  menginap di hotel ini untuk mendapatkan kadar
  istimewa. Sila nyatakan Unit Penerbitan UMS
  semasa mebuat tempahan hotel atau berurusan
  terus dengan Urus Setia Bengkel)


      Promenade Hotel Kota Kinabalu
  No. 4, Lorong Api-Api 3, Api-Api Centre,
   88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
  Tel: 6088-265 555 Faks: 6088-246 666


          D’Borneo Hotel Sabah
     Lot 6, Blok L, Kompleks Sinsuran,
   88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
   Tel: 6088-266999 Faks: 6088-269131


             Hotel de Leeton
        Lot 45 – 46, Blok E, Asia City
   88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
   Tel: 6088-252222 Faks: 6088-267999




                           7
Jawatankuasa Penganjur



                 Penaung
  Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Ampon
                Naib Canselor UMS


                 Pengerusi
      Prof. Dr. Mohd. Sarim Hj. Mustajab
             Ketua Unit Penerbitan
                 (samb. 1138)

                 Urus Setia

                Setiausaha
               Pn Sharon Tan
             Penolong Pendaftar
                (samb. 1358)

                 Bendahari
            Cik Lindsy L. Majawat
            Pegawai Penerbitan
               (samb. 1069)

            Ahli Jawatankuasa
               Pn Ainun Jamil
             Pegawai Penerbitan
                (samb. 1463)

           Cik Fatimah Abdurasyid
              Pembantu Tadbir
                (samb. 1015)

         Cik Noorhafizah Ahamadin
              Pembantu Tadbir
                (samb. 1462)

               Pengangkutan
              En Anicius J. Adeh
              Pembantu Tadbir
                (samb. 1104)




                              8
                  Unit Penerbitan
             Universiti Malaysia Sabah
               Aras 5, Blok Selatan,
                Bangunan Canselori
                Beg Berkunci 2073
      88999 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
  Tel: 6088-320 000 samb. 1069/1015/1104/1463
            Faks: 6088-320 446/320 126
e-mel: lindsy@ums.edu.my/aeendeen@ums.edu.my

								
To top