Konflik Dan Tekanan

Document Sample
Konflik Dan Tekanan Powered By Docstoc
					                      Konflik Dan Tekanan
PENDAHULUAN

      Pengurusan sekolah pada masa kini amat kompleks kerana menghadapi
pelbagai   masalah    dan    konflik   dalam   kalangan   kakitangannya.     Dasar
Pembangunan Negara (DPN) seperti yang termaktub dalam Rangka Rancangan
Jangka Panjang Kedua (1991-2000, RRJP 2) menyenaraikan beberapa cabaran
yang meliputi aspek politik, sosial, kebudayaan, dan sikap masyarakat Malaysia.
Cabaran tersebut memberi implikasi yang besar ke arah membangunkan sistem
pendidikan bertaraf dunia.

      Cabaran utama yang dihadapi oleh sistem pendidikan kebangsaan kini
adalah untuk melahirkan warga negara yang berdaya tahan, dinamik, progresif,
berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing pada peringkat negara
dan   antarabangsa.   Pada     masa     yang   sama,   sistem   pendidikan    turut
menggariskan usaha bagi meningkatkan nilai-nilai akhlak mulia dan moral,
menanamkan sikap positif dan liberal serta mempunyai budaya penyayang
dalam kalangan warga Malaysia. Hasrat dan matlamat ini telah diterjemahkan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010).

      Konflik adalah masalah dalaman sebuah organisasi sekolah tidak kira di
mana lokasi mahupun jenis sekolah. Segelintir masyarakat menganggap konflik
merupakan satu pengalaman negatif, iaitu merujuk kepada situasi tegang antara
satu pihak dengan pihak yang lain. Misalnya, di sekolah wujud konflik antara
pihak pentadbiran dengan guru yang dijangka mampu mengugat produktiviti
sesebuah sekolah. Bagi mengatasi masalah yang kronik ini, pengetua atau
pentadbir sekolah perlu dan sentiasa berusaha mencari kaedah terbaik bagi
menyelesaikan konflik yang berlaku. Ini dibuktikan melalui hasil kajian oleh


                                                                               1
Thomas dan Schmidth (1972) yang mendapati bahawa seorang pengurus di
Amerika Syarikat telah menumpukan kira-kira dua puluh peratus daripada masa
kerjanya bagi menyelesaikan masalah konflik yang timbul. Di Malaysia pula,
dianggarkan lebih kurang satu setengah daripada lapan jam masa bekerja sehari
adalah ditumpukan bagi menghadapi konflik ( Jaafar, 1996).

      Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para profesional pendidikan
untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan
tersebut. Di samping usaha peningkatan dan pelaksanaan, guru-guru semakin
mula tertekan atau sekurang-kurangnya pernah merasa tertekan dengan
‘demand’ tinggi bebanan kerjaya pendidikan ini.

      Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang
sungguh mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya
peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan,
pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad
Bajunid, 1995). Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi dalam
pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru
menjadi lebih mencabar.

      Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan
guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan
kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi
kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan
pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan
juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha
mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap
kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya. (Dr.Sapora Sipon, 2007)

      Selain daripada itu, terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung
dengan kerjaya guru pada dewasa ini. Sesetengah ahli masyarakat mempunyai


                                                                          2
tanggapan bahawa kerja, beban dan tugas guru sekarang tidak mewujudkan
kerjaya guru yang menarik. Malah tidak menafikan ada yang melihat sekolah
sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan
ada kalanya tugas ini bukan satu yang terancang tetapi muncul dari situasi yang
tidak diduga (Abdul Shukor, 1996). Jika keadaan sedemikian dibiarkan
berterusan agak pasti suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah kini
akan menuju ke arah satu keadaan yang tidak terurus dan akan menghadapi
kegagalan untuk mencapai matlamat yang diidamkan.




DEFINISI

      Konflik merupakan suatu suasana yang melibatkan pertentangan antara
dua atau lebih pihak akibat daripada ketidaksamaan matlamat yang hendak
dicapai, ketidakselarasan aktiviti ke arah pencapaian matlamat, ketidakserupaan
personaliti dan kehendak, bertindak dalam cara menghalang atau memudaratkan
sesama sendiri, dan menunjukkan tanda-tanda permusuhan antara kedua-dua
pihak (Ishak Mat Shah, 2006).

      Robbins (1996) dalam "Organization Behavior" menjelaskan bahwa konflik
adalah suatu proses interaksi yang terjadi akibat adanya ketidaksesuaian antara
dua pendapat (sudut pandang) yang berpengaruh atas pihak-pihak yang terlibat
baik pengaruh positif maupun pengaruh negatif.

      Sedang menurut Luthans (1981), konflik adalah kondisi yang ditimbulkan
oleh adanya kekuatan yang saling bertentangan. Kekuatan-kekuatan ini
bersumber pada keinginan manusia. Istilah konflik sendiri diterjemahkan dalam
beberapa istilah iaitu perbedaan pendapat, persaingan dan permusuhan.

      Kyriacou & Sutcliffe, 1978a menyatakan bahawa tekanan guru boleh
ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah,

                                                                           3
kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja
mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru yang menghadapi tekanan
adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan
budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi
perlu mendidik manusia agar menjadi masyarakat yang berguna. Guru terpaksa
melakukan kerja lebih masa, perkeranian, menyediakan alat bantu mengajar,
menghadiri kursus atau bengkel sepanjang minggu sambil terpaksa melakukan
penyesuaian terhadap kaedah pengajaran yang baru.

       Tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa kepada
ketidakpuasan kepada kerja, sikap suka mengelak dan pengabaian kerja.
Tindakbalas    penyesuaian    tekanan    oleh   guru   merangkumi     tindakbalas
psikologikal (keletihan dan kemurungan), fisiologikal (sakit kepala, tekanan darah
tinggi) dan berkaitan sikap (pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup dan
masalah tidur).




PENGURUSAN KONFLIK DAN TEKANAN (STRESS)

PUNCA KONFLIK DALAM ORGANISASI SEKOLAH

       Menurut Ishak Mad Shah dalam bukunya Kepimpinan Dan Hubungan
Interpersonal Dalam Organisasi, punca-punca konflik adalah seperti yang
berikut:

Ketidakselarasan Motif

       Konflik boleh berlaku sekiranya terdapat dua atau lebih motif, tetapi hanya
satu sahaja motif yang boleh dipuaskan. Biasanya, motif yang tidak dipuaskan itu
boleh menganggu motif yang telah dipuaskan. Masalah ini berlaku akibat
daripada kekurangan maklumat atau komunikasi yang lemah antara bahagian


                                                                              4
atau guru-guru itu sendiri. Sebagai contoh, seorang guru berpengkhususan
Ekonomi akan mengalami konflik sekiranya dikehendaki mengajar mata
pelajaran Pendidikan Moral yang kurang diminatinya.

Pertentangan Nilai

       Seorang GPK Kokurikulum diminta bersama-sama guru sukan untuk
meningkatkan pencapaian sukan dan permainan dalam kejohanan peringkat
daerah. Sebagai GPK Kokurikulum, ia perlu memotivasikan guru-gurunya
supaya melakukan yang terbaik dalam sesi latihan murid. Dalam keadaan ini, ia
berhadapan dengan dua arahan yang boleh menimbulkan konflik iaitu
menambahkan masa sesi latihan sukan sehingga menyebabkan murid-murid
ponteng kelas, atau mencapai matlamat akademik seperti arahan oleh GPK (1)
Akademik, yang tidak mahukan murid keluar kelas semasa proses pengajaran
dan pembelajaran.

Kerja Yang Berulang-Ulang

       Konflik boleh berlaku disebabkan oleh kerja yang berulang-ulang, kerana
pekerjaan sebegini amat membosankan serta menyekat perkembangan dan
kemahiran pekerja dalam profesion mereka. Seorang guru yang sentiasa
ditugaskan sebagai pegawai kebersihan dewan setiap kali adanya aktiviti rasmi
peringkat sekolah, akan merasa bosan sehingga mewujudkan konflik bagi
dirinya.

Sumber Yang Terhad

       Persaingan untuk mendapatkan sumber yang terhad juga boleh
menimbulkan    konflik.   Sebagai   contoh,   guru-guru   akan   bersaing   untuk
mendapatkan kenaikan pangkat, anugerah perkhidmatan cemerlang (APC), atau
kemudahan-kemudahan lain yang disediakan oleh pihak sekolah. Walau



                                                                             5
bagaimana pun, peluang dan kemudahan yang terhad akan mewujudkan konflik
persaingan dalam kalangan guru-guru.

Pergantungan Tugas

      Pergantungan tugas merujuk kepada kes pencapaian prestasi seseorang
yang bergantung kepada prestasi ahli yang lain dalam sesuatu kelompok.
Kerjasama kumpulan diperlukan untuk mendapatkan hasil kerja yang efektif dan
berkualiti. Misalnya, salah seorang guru mata pelajaran telah dijadualkan untuk
menggubal soalan ujian bulanan. Guru yang ditugaskan untuk menaip dan
menguruskan ujian tersebut tidak boleh melaksanakan tugasannya, sekiranya
ahli kelompok yang pertama tidak melakukan tugasan menggubal soalan terlebih
dahulu. Akhirnya situasi ini sampai kepada pihak ketua panitia mata pelajaran,
dan juga pentadbir sekolah. Pergantungan tugas menyebabkan timbulnya
pengharapan antara satu sama lain dalam kalangan ahli kelompok. Keseluruhan
operasi kelompok akan terjejas sehingga menimbulkan masalah konflik.

Perbezaan Matlamat

      Perbezaan matlamat juga boleh menimbulkan konflik. Perbezaan tersebut
berlaku kerana latar belakang dan tahap pemikiran yang berbeza antara
pentadbir dengan pihak yang ditadbir. Contohnya, guru-guru berkonflik dengan
pengetuanya kerana matlamat mereka untuk bercuti dan berehat pada hari
sabtu, manakala pada masa yang sama matlamat pengetua ingin mengadakan
mesyuarat sekolah pada hari sabtu.

Perbezaan Peranan

      Ketidakjelasan tanggungjawab antara pekerja juga boleh mewujudkan
konflik, di mana pemusatan dan pembahagian kuasa antara pekerja kurang
seimbang. Seorang guru A berkonflik dengan guru B kerana guru A



                                                                           6
beranggapan bahawa tugas guru B jauh lebih ringan dan mudah berbanding
dengan tugasnya sedangkan mereka masing-masing mendapat gaji yang sama.




Perbezaan Personaliti

      Seorang kerani sekolah yang agak pendiam dan kurang mahir
berinteraksi dengan orang akan berkonflik dengan ketua jabatannya apabila ia
ditukarkan ke bahagian kaunter yang menghendakinya berkomunikasi dengan
orang ramai. Ataupun, seorang guru yang berpersonaliti agresif mudah
mencetuskan konflik dengan rakan guru yang berpersonaliti sama ketika mereka
ditugaskan dalam suatu aktiviti bersama-sama.

Diskriminasi

      Diskriminasi umur, jantina, agama, kaum dan senioriti boleh juga
menimbulkan konflik di tempat kerja. Contohnya, guru-guru baru akan
menghadapi konflik dan merasa tidak puas hati apabila ditugaskan atau diberi
tanggungjawab yang banyak berbanding guru senior.




STRESS DI KALANGAN GURU

      Stress, seperti yang diterangkan sebelum ini boleh berlaku kepada semua
guru, sama ada guru sekolah rendah, menengah atau peringkat pengajian tinggi.
Punca stress di kalangan guru boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu
punca profesional dan punca peribadi.

Punca profesional

1.    Persekitaran kerja



                                                                         7
      Persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya
stres di kalangan guru. Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak
selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru. Ditambah dengan
kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan sendiri dan pelajar
serta pelbagai isu pendidikan dalam negara.

                             Model Teori Stress




 Tindak Balas Terhadap Stres Berubah Mengikut Jangka Masa Penyebab Stres




                                                                         8
                         Model Stres Cooper (1988)




              Model Tindak Balas Sindrom Penyesuaian Umum

2.    Perubahan

      Perubahan peningkatan populasi dalam masyarakat, peningkatan taraf
hidup dan jenayah yang memberikan impak negatif dalam tingkah laku pelajar
menyebabkan seseorang guru itu harus melakukan perubahan dalam kehidupan
profesional dan peribadinya. Perubahan boleh menyebabkan terganggunya
sistem keseimbangan dalam diri seseorang individu itu. Contohnya, banyak
perubahan telah berlaku dalam mobiliti masyarakat Amerika Syarikat pada hari
ini. Antaranya, penambahan golongan etnik dalam pendidikan. Pelajar dari
golongan etnik ini kerang fasih atau tidak tahu langsung berbahasa Inggeris.



                                                                        9
Oleh itu, hal ini memberikan tekanan kepada guru Bahasa Inggeris untuk
memenuhi kurikulum pendidikan.

Punca peribadi

1.    Kesihatan

      Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan atau berlaku
kematian dalam kalangan keluarga.

2.    Perhubungan

      Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada hari ini, misalnya
peningkatan kadar jenayah, guru memerlukan sokongan dan hubungan yang
baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Apabila berlaku perselisihan faham
maka ini boleh menyebabkan stress terhadap guru tersebut.

3.    Kewangan

      Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang lain membataskan
aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru.

4.    Taraf hidup

      Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan
memberikan taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Di samping itu,
memiliki rumah sendiri juga sukar terutamanya bagi guru yang baru mengajar.

5.    Aktiviti riadah

      Gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah
bersama keluarga (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).




                                                                          10
PENYELESAIAN KONFLIK DAN TEKANAN (STRESS)

KONFLIK INTERPERSONAL

      Sesuatu konflik memerlukan penyelesaian supaya boleh mendatangkan
kesan yang positif kepada individu dan organisasi sekolah. Thomas Kihlman
(Riggio, 2000) telah mencadangkan lima gaya atau kaedah penyelesaian konflik
interpersonal iaitu, pengelakan, akomodasi, persaingan, bertolak ansur atau
berkompromi, dan gaya kolaborasi.




Pengelakkan

      Menurut kaedah ini kedua-dua pihak mengetahui bahawa peluang
masing-masing untuk menang adalah tipis, sehingga menyebabkan mereka
sama-sama mengeluarkan diri dari konflik baik secara psikologi atau fizikal.
Melarikan diri dari aspek psikologi bermaksud pihak yang berkonflik melupakan
sengketa dan perbezaan yang berlaku sehingga konflik tersebut hilang dengan
sendirinya. Melarikan diri dari aspek fizikal pula ialah di mana pihak yang
berkonflik akan memohon pertukaran ke sekolah lain atau pertukaran sesi
pengajaran ke sebelah petang. Kaedah pengelakkan ini sesuai sekiranya tahap
konflik itu adalah rendah, dan kedua-dua pihak pasrah dengan situasi yang ada
dan sama-sama berkomitmen menyelesaikan perbalahan.

Akomodasi

      Kaedah ini berkesan sekiranya penyelesaian kepada konflik adalah lebih
menguntungkan, berbanding dengan risiko yang diperolehi sekiranya konflik
tersebut berpanjangan. Mengikut kaedah ini, satu pihak akan mengalah dengan



                                                                         11
sukarela dan menurut sahaja apa yang dikehendaki oleh pihak yang lain sebagai
jalan keluar kepada suasana konflik yang berpanjangan. Kaedah ini sesuai
diamalkan apabila suatu pihak berasa bersalah, atau merasakan peluang untuk
menang adalah tipis. Oleh itu, mereka akan berusaha menyesuaikan diri dengan
konflik, dan biasanya pihak yang menang akan membalas jasa atau memberi
ganjaran kepada pihak yang kalah.

Persaingan

       Pendekatan persaingan akan wujud apabila pihak-pihak yang berkonflik
ingin membuktikan tahap kecekapan dan kebenaran diri masing-masing, di mana
mereka merasakan dari segi etika dan keprofesionalan mereka adalah di pihak
yang benar. Misalnya, seorang penolong kanan akademik yang baru akan
menggunakan kuasa dan bertindak keras terhadap guru kanan mata
pelajarannya, seperti memaksa mereka menyiapkan tugasan panitia dalam
waktu yang singkat. Dengan kata lain, pihak atasan tersebut mungkin merasakan
kaki tangan bawahan tadi melawan arahannya, maka dengan kuasa yang ada
padanya keputusan secara autokrasi telah wujud. Ini telah menimbulkan
masalah konflik.

Berkompromi

       Pendekatan ini berkesan sekiranya kedua-dua pihak yang berkonflik
adalah berpengaruh dan memiliki kekuatan dan karisma yang tersendiri. Kaedah
kompromi digunakan apabila kedua pihak merasakan faedah yang diperolehi
tidak setimpal dengan risiko berkonflik. Oleh itu, mereka akan menyelesaikan
konflik dengan membahagikan sumber yang ada secara sama rata dan kedua-
kua pihak dalam situasi ‘win-win situation’.

Kolaborasi




                                                                         12
      Pihak yang berkonflik akan menggunakan kaedah kolaborasi apabila
masing-masing menganggap bahawa sesuatu konflik itu adalah bersifat
semulajadi dan dapat diselesaikan melalui kepuasan setiap pihak yang terlibat
tanpa mengorbankan matlamat masing-masing. Cara ini mendorong semua
pihak yang terlibat turut serta dalam proses penyelesaian masalah. Mereka akan
berunding bersama, berusaha menyelesaikan perbezaan, bertukar-tukar idea
dan mengenal pasti pilihan-pilihan yang terbaik. Antara garis panduan untuk
melakukan kolaborasi ialah :

(a)   Menumpu kepada isu konflik yang sebenar dan bukannya kepada siapa
      yang bersalah

(b)   Tidak membuat undian bagi mendapatkan keputusan majoriti ahli-ahli

(c)   Mengenal pasti kekukuhan fakta untuk membuat penyelesaian, dan tidak
      terpengaruh dengan spekulasi semata-mata

(d)   Memahami bahawa konflik functional yang diurus dengan baik boleh
      mendatangkan kesan yang positif

(e)   Mengelak dari membuat keputusan untuk kepentingan diri sendiri, tetapi
      berusaha memenuhi keperluan kumpulan secara bersama




MENGENDALIKAN STRESS DI KALANGAN GURU

      Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:

1.    Kenal pasti reaksi emosional

      Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh
menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru



                                                                           13
perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut
telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua
itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru
tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya
telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa
yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua
itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan
memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.

2.    Komitmen sosial

      Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada
orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.

3.    Kehidupan fizikal

      Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu,
seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress
terutamanya menjelang peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di
sekolah. Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh
membantu guru menangani stress.

4.    Intelek

      Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek
yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru
menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

      Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak
baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani
stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah
tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan


                                                                           14
hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah
serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa
dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari
bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar
tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard
yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar
tidak lagi mengganggunya.




PENYELESAIAN KONFLIK OLEH KETUA JABATAN (PENGETUA/GURU
BESAR)

       Ketua jabatan yang kurang menitikberatkan kemahiran penyelesaian
konflik dalam organisasinya akan mendedahkan pekerjanya kepada tekanan
kerja yang melampau. Pemimpin organisasi sekolah perlu mempunyai
kemahiran penyelesaian konflik supaya konflik di tempat kerja boleh dibendung
dan mendatangkan kesan positif. Tekanan atau stress di tempat kerja yang
gagal diuruskan dengan baik akan mendatangkan kesan kepada :

Prestasi Pekerja

       Guru atau kaki tangan bukan guru yang menghadapi tekanan melampau
tidak dapat mengekalkan prestasi kerjanya sama ada dari segi kualiti atau
kuantiti pada tahap yang tertinggi. Peranan guru di sekolah sebagai pengajar,
fasilitator, pembimbing, jurulatih, kaunselor, pengurus dan sebagainya akan
terjejas.




                                                                         15
Perkhidmatan Pelanggan

       Guru yang tertekan dalam melaksanakan tugasannya tidak dapat
memberikan perkhidmatan yang baik dan memuaskan. Oleh itu, proses
pengajaran dan pembelajaran, pengurusan kelab sukan dan permainan, dan
aktiviti-aktiviti yang lain turut terjejas.

Keselamatan Pekerja

       Guru yang terlalu tertekan dalam pekerjaan lebih kerap melakukan
kesilapan semasa bekerja. Situasi ini boleh membahayakan guru yang terbabit.
Situasi-situasi merbahaya boleh berlaku semasa melaksanakan ujikaji di
makmal, atau semasa melaksanakan latihan kecergasan di padang sukan

Kesihatan Pekerja

       Terlalu tertekan juga boleh menjejaskan kesihatan para guru. Stress boleh
meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung yang boleh
mengakibatkan masalah gastro-intestinal seperti ulser. Ini boleh mendorong
kepada kemerosotan pencapaian sekolah secara keseluruhan.

Ponteng Kerja Dan Melambatkan Kerja

       Tekanan yang keterlaluan juga boleh merangsang guru-guru cenderung
kepada tingkah laku ponteng kerja atau melambat-lambatkan kerja secara kerap.
Permohonan sijil cuti sakit (guru MC), atau cuti rehat khas akan berlaku secara
kerap. Fenomena seperti ini akan menyebabkan prestasi akademik sekolah akan
merosot.




MEWUJUDKAN SISTEM SOSIAL SEKOLAH YANG KONDUSIF




                                                                            16
         Sistem sosial merupakan sesuatu sistem interaksi dan aktiviti manusia
dalam masyarakat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam
bilik darjah bergantung kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dengan
pelajar-pelajarnya. Sehubungan ini, bilik darjah merupakan satu sistem sosial
yang mana interaksi berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan
berlandaskan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran.

01.      IKLIM BILIK DARJAH

         Iklim bilik darjah yang dikatakan baik mengandungi empat ciri utama
seperti berikut;

      a) Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan
         pelajar-pelajarnya.

      b) Kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah
         yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.

      c) Perasaan kekitaan yang timbul di antara pelajar-pelajar dengan guru-guru
         sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.

      d) Kewujudan satu keadaan yang setiap pelajar melibatkan diri dalam
         kegiatan   keilmuan    dalam    setiap   kesempatan,     termasuk    usaha
         menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.

         Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan
menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara pelajar dengan pelajar;
pelajar dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam
bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan yang mesra dan
sempurna.




                                                                                 17
        Iklim bilik darjah yang terbuka seperti ini merupakan iklim bilik darjah yang
kondusif, dan iklim positif ini akan dapat membantu sekolah mencapai
aspirasinya, seperti membentuk pelajar dengan sikap dedikasi, berinisiatif, rela
bekerjasama, ramah dan mesra, spontan dan kreatif, serta lebih tinggi
motivasinya.

        Ringkasnya, iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik
darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur
susunannya.     Keadaan     ini   akan   memberi   kesan    cita   rasa,   semangat,
kesejahteraan, dan bahagia kepada pelajar-pelajar yang menggunakannya untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Iklim bilik darjah yang kondusif ini
akan meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran-pembelajaran.




02.     AMALAN HIDUP ISLAM DALAM PEMBELAJARAN DAN PEKERJAAN

      Iklim yang berkaitan dengan pengamalan cara hidup Islam di kalangan
warga sekolah merupakan ciri iklim sesebuah sekolah yang kondusif. Budaya
hidup beragama ini membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar. Sejarah
membuktikan bahawa kejayaan sebuah sekolah seperti Kolej Islam Sultan Alam
Shah (KISAS) banyak dibantu oleh budaya hidup beragama. Menurut Penolong
Pengetua KISAS, En.Razali Mohd. Salleh dalam Utusan Malaysia pada 26 Ogos
1997, disiplin beragama yang tinggi di samping rajin mengamalkan sembahyang
berjemaah dan amalan-amalan sunat seperti sembahyang sunat hajat, tahajjud,
berzikir, berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis serta amalan tazkirah
yang menjadi amalan sebahagian besar pelajar merupakan faktor penting
kecemerlangan pelajar kolej ini.




                                                                                 18
    Walaupun    amalan    keagamaan      ini   sukar   diukur   kesannya   kepada
keberkesanan sekolah, namun amalan seperti ini dapat membersihkan jiwa.
Menurut Imam Al-Ghazali (1962), sebelum belajar seseorang pelajar itu mestilah
membersihkan jiwanya daripada kecenderungan yang buruk dan perangai yang
jelek. Ini kerana ilmu itu tempatnya di hati. Seandainya seseorang pelajar
mempunyai perangai yang buruk, mungkin berkeupayaan untuk memperoleh
ilmu, tetapi ia tidak berfaedah baginya. Oleh yang demikian, amalan-amalan ini
perlu dijadikan amalan yang berterusan dan bukan hanya apabila hampir dengan
sesuatu peperiksaan sahaja.

    Dengan mengamalkan cara hidup Islam dalam proses pembelajaran dan
pekerjaan, pelajar dan guru-guru tersebut telah menjadikan insentif iman sebagai
faktor utama. Menurut Sayyid Sabiq (t.t), iman ertinya membenarkan,
mempercayai dan meyakini sesuatu perkara tanpa syak dan ragu-ragu.
Membenar dan merasa yakin tanpa sebarang keraguan ditumpukan kepada
enam perkara iaitu kepada Allah, para malaikat, nabi dan rasul, kitab-kitab Allah,
hari akhirat serta takdir Allah sama ada baik atau buruk. Dengan kepercayaan
yang teguh terhadap enam perkara utama ini, maka seseorang itu akan
menunaikan amanah mereka dengan yang terbaik kerana mereka sentiasa
sedar dan yakin bahawa kehidupan di dunia adalah sementara dan sekiranya
mereka tidak menunaikan amanah tersebut mereka akan menerima balasan di
akhirat nanti. Kesan faktor ini kepada pelajar ialah mereka menjadi pelajar yang
sentiasa bersemangat dan bermotivasi untuk menuntut ilmu. Kesannya kepada
guru ialah mereka akan sentiasa bersungguh-sungguh dalam pekerjaan mereka.
Keadaan ini akan menjadikan suasana pembelajaran akan sentiasa bermotivasi.

    Selain itu, perkataan iman juga dikaitkan dengan rasa aman dan tenteram di
dalam hati dengan maksud aman daripada kegelisahan dan keresahan hati.
Dengan memiliki jiwa yang sentiasa tenang akan membantu setiap pelajar
ataupun guru-guru dapat menyelesaikan segala cabaran hidup dengan lebih


                                                                              19
lancar dan ini akan membantu menjadikan suasana pembelajaran tidak diganggu
oleh faktor-faktor luaran yang tidak sepatutnya berlaku. Keadaan ini akan
menjadikan suasana pembelajaran sentiasa bermotivasi dan bersemangat.




03.     PENGAMALAN SIFAT MURAQABAH

      Walaupun pengamalan sifat muraqabah, iaitu merasakan Allah sentiasa
memerhatikan setiap tindakan yang dilakukan ini hampir sama dengan ciri
pertama, iaitu pelaksanaan amalan hidup Islam dalam setiap aspek. Namun
begitu, ciri ini lebih menjuruskan kepada usaha pembentukan disiplin dalaman di
kalangan warga sekolah berbanding ciri pertama yang lebih kepada amalan yang
dapat dilihat proses ia berlaku.

      Sifat muraqabah ini membawa maksud wujudnya satu perasaan di dalam
jiwa setiap warga sekolah bahawa Allah sentiasa memerhatikan setiap apa yang
mereka lakukan. Sekiranya guru besar atau pengetua, guru dan kakitangan
sokongan mengamalkan sikap ini, sudah tentu mereka akan melaksanakan
setiap amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin walaupun tidak
diperhatikan oleh orang lain. Ini kerana mereka sedar bahawa setiap apa yang
dilakukan tersebut sentiasa mendapat pengawasan daripada Allah dan akan
mendapat balasan pada setiap perbuatan yang mereka lakukan.

      Dengan pengamalan sifat sebegini dapat membantu mengurangkan
masalah guru yang terlalu banyak membuang masa berbual kosong, membaca
bahan picisan dan tidak masuk kelas. Guru sekolah sedar bahawa masa tujuh
hingga lapan jam di sekolah adalah waktu bekerja (kecuali waktu rehat) dan
mereka beramanah untuk melakukan kerja yang terbaik dalam tempoh tersebut
kerana perlakuan mereka diperhatikan Allah. Sementara itu, pengamalan sifat ini
di kalangan pelajar akan menjadikan mereka sentiasa terdorong untuk


                                                                           20
meningkatkan ilmu pengetahuan dan melaksanakan akhlak mulia ke tahap yang
tertinggi. Ini kerana mereka sedar bahawa mereka beramanah dengan ibu bapa
mereka dan Allah yang sentiasa memerhatikan sama ada mereka melaksanakan
amanah tersebut atau tidak.

      Sekiranya setiap warga sekolah daripada pengetua, guru, kakitangan
sokongan sehingga kepada pelajar-pelajar menghayati nilai-nilai akhlak ini, pasti
suasana    sekolah   lebih    tenang   kerana   setiap   individu   menyedari   dan
melaksanakan tugas-tugas masing-masing tanpa perlu diarah atau dipaksa.
Kewujudan suasana kawalan dalaman dalam diri setiap warga sekolah akan
mengurangkan masalah disiplin sama ada di pihak pelajar mahupun guru.
Keadaan ini akan menjadikan mereka sentiasa bersemangat dan bermotivasi
untuk belajar dan berkerja.




04.     KOMUNIKASI TERBUKA DALAM PERGAULAN

      Sikap pengetua atau guru besar yang mengamalkan corak komunikasi
secara terbuka kepada seluruh warga sekolah dan ibu bapa juga dapat
mewujudkan ciri iklim sekolah yang kondusif. Sikap sebegini amat penting
diamalkan kerana peranan pentadbir cukup penting dalam menentukan
keberkesanan sekolah. Selain itu, berdasarkan profil pengetua/guru besar
berkesan menurut model Malaysia (Institut Aminuddin Baki 1998), kesimpulan
daripada dapatan kajian yang dibuat di sekolah-sekolah di Malaysia menyatakan
bahawa antara ciri penting pengetua berkesan ialah pengetua atau guru besar
yang mengamalkan cara berkomunikasi yang cekap dalam pelbagai hala dan
cara. Sekiranya pengetua tidak mengamalkan konsep terbuka, ini akan
menyukarkan pengetua untuk mendapat maklum balas yang diperlukan untuk


                                                                                21
mengemas      kini   perancangan   yang     sedang   dibuat   bagi   meningkatkan
keberkesanan sekolah.

      Menurut Ahmad (1991), ketua hendaklah menunjukkan kemampuan
bekerjasama dalam mengurus organisasinya menuju matlamat yang dicita-
citakan. Hal ini tidak akan tercapai melainkan wujudnya jalinan yang erat antara
pemimpin dengan pihak yang dipimpin tanpa adanya garis pemisah antara satu
sama lain. Apa yang lebih penting lagi ialah seseorang pengetua/guru besar itu
mampu bertindak sebagai model terbaik kepada guru dan pelajar. Sekiranya
pengetua/guru besar gagal memainkan peranan ini, maka agak sukar segala
perubahan dapat dilakukan di sekolah kerana tanpa contoh teladan yang terbaik
akan menyebabkan guru dan pelajar kurang menghormati pengetua/guru besar.
Keadaan ini boleh menyebabkan guru dan pelajar tidak bersungguh-sungguh
melaksanakan arahan dan perancangan pengetua/guru besar.

      Keterbukaan komunikasi oleh pengetua/guru besar ini akan menghilangkan
rasa ketidakpuasaan hati di kalangan guru atau pelajar. Keadaan ini sangat
membantu peningkatan motivasi kepada guru untuk melaksanakan tugasan
pada tahap yang terbaik dan pelajar pula akan belajar dengan bersungguh-
sungguh.




05.     KOMITMEN GURU TERHADAP SEKOLAH

        Komitmen guru yang tinggi terhadap sekolah adalah antara ciri terpenting
iklim sesebuah yang kondusif. Menurut Rahimah (1998), guru merupakan faktor
paling penting dan menjadi tunjang kepada sekolah kerana guru merupakan
juruteknik yang bertanggungjawab          terhadap   core business    of   schools,
khususnya pembelajaran anak didiknya melalui pengajaran dan bimbingan.
Seseorang guru yang baik ialah guru yang memiliki tahap disiplin kendiri yang


                                                                               22
tinggi dan sifat ingin melakukan kebaikan kepada orang lain. Guru-guru yang
bersifat sebegini akan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi untuk
meningkatkan pencapaian akademik dan pembentukan akhlak pelajarnya. Oleh
yang demikian, antara tindakan yang perlu dilakukan oleh guru adalah;

      a)     dengan mengadakan perancangan awal untuk menyesuaikan isi
             pengajaran dan penilaian dengan kebolehan pelajar,

      b)     sentiasa memberi panduan kepada para pelajar tentang tindakan
             yang perlu dilakukan untuk mendapat pencapaian yang baik,

      c)     memberi bantuan kepada pelajar yang memerlukannya terutama
             dalam soal pengajaran dan pembelajaran,

      d)     memastikan rancangan pengajarannya sentiasa menarik, serta

      e)     mencabar      kemahiran   pelajar-pelajar   terutamanya    kemahiran
             berfikir.

      Guru-guru     juga   perlu   memberi   penekanan     kepada      pelaksanaan
pengajaran berasaskan kemahiran berfikir kritis. Sekiranya keadaan seumpama
ini tidak berlaku, ini akan menyebabkan pelajar-pelajar yang dihasilkan oleh
sekolah tersebut hanya pandai menghafal dan kurang mempunyai kekuatan
pemikiran dalam menyelesaikan masalah. Pelajar-pelajar seumpama ini sudah
tentu sukar untuk bersaing dengan pelajar-pelajar dari sekolah aliran lain kerana
situasi pendidikan sekarang ini lebih menjuruskan kepada kekuatan pemikiran
pelajar dan bukan hanya bergantung kepada guru semata-mata. Semua ini
dapat dilaksanakan sekiranya guru-guru tersebut mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang mendalam dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Untuk
menguasai kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran ini, para guru
seharusnya mempunyai latihan dalam bidang perguruan.



                                                                               23
        Selain latihan daripada aspek pengajaran dan pembelajaran, pihak
sekolah boleh memberi penekanan kepada guru-guru supaya dapat melakukan
kajian dan penyelidikan secara sendirian ataupun berkumpulan. Penekanan
kepada penyelidikan boleh mengurangkan kekerapan pelaksanaan program
latihan kepada guru-guru kerana setiap permasalahan yang berlaku boleh
ditangani dengan penyelidikan dalaman sekolah itu sendiri. Selain itu,
penyelidikan juga dapat membantu sekolah membuat perancangan ke arah
kecemerlangan pada masa hadapan. Sekurang-kurangnya penyelidikan boleh
dijalankan untuk memastikan kekuatan sekolah yang sedia ada, mengenal pasti
kelemahan dalam pelbagai aspek yang perlu diperbaiki, mengenal pasti
kekangan yang mungkin boleh menghalang pelaksanaan sesuatu program dan
merancang bentuk-bentuk program penambahbaikan yang berkesan. Dengan
pendedahan      kepada   guru-guru   tentang   budaya    penyelidikan,   segala
permasalahan yang berlaku di sekolah dapat diatasi oleh penyelidikan dalaman
sekolah tanpa perlu bergantung kepada pihak lain.

      Komitmen guru yang tinggi dan ditambah pula dengan kemahiran perguruan
akan    mewujudkan    suasana   pembelajaran   yang     sentiasa   bersemangat.
Penyelidikan yang dijalankan pula akan menghasilkan idea-idea baru untuk
menjadikan sesi pengajaran pembelajaran lebih menarik minat pelajar.




06.     GURU BEKERJASAMA MENYELESAIKAN MASALAH

      Selain pengetua, semua guru perlu bekerjasama memberi perhatian kepada
perkembangan pelajar supaya mereka dapat mengikuti sepenuhnya matlamat
kurikulum di sekolah. Beberapa kajian yang berkaitan mendapati pengetua di
sekolah yang berkesan sentiasa memantau perkembangan pelajar-pelajarnya
(Weber 1971; Venezky & Winfield 1979; Edmonds 1979). Ada pandangan yang
menyatakan bahawa guru juga patut memainkan peranan ini. Menurut Rahimah


                                                                            24
(1992), guru yang produktif itu ialah guru yang berkesan dalam pengajarannya
dan mampu membimbing perkembangan muridnya.

      Untuk mewujudkan suasana perbincangan yang mesra, pihak sekolah perlu
menganjurkan aktiviti yang berbentuk pembinaan kumpulan supaya setiap
individu di dalam sekolah tersebut mempunyai ikatan kekitaan dan ini
menghilangkan perasaan individualistik. Apabila wujudnya ikatan ini, semua
pihak akan bertanggungjawab apabila menghadapi satu-satu masalah dan ini
menghalang sikap saling menyalahi antara satu sama lain. Sikap bekerjasama
akan mewujudkan suasana kerja yang menyeronokkan dan secara tidak
langsung akan menimbulkan keyakinan dan kepuasan kerja. Keadaaan ini akan
menjadikan guru-guru sentiasa bersemangat untuk memberikan komitmen yang
terbaik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya membantu
meningkatkan motivasi pembelajaran.




07.     SUASANA DAN PERSEKITARAN SEKOLAH

      Hasil kajian tentang ciri ini telah menyamai kajian yang telah dilakukan
sebelum ini. Antaranya ialah kajian Shahril (1997) yang mendapati iklim sekolah
yang kondusif terhasil apabila suasana sekolah aman, cantik, selamat dan cukup
ruang untuk belajar. Bangunan sekolah dijaga dengan baik dan kondusif untuk
pengajaran dan pembelajaran.

      Faktor bersih, cantik, selamat dan cukup ruang belajar amat penting kerana
ia mempengaruhi psikologi dan emosi warga sekolah sama ada guru-guru,
pelajar atau kakitangan sokongan. Oleh yang demikian, untuk memastikan tahap
kebersihan, kecantikan dan keceriaan kawasan sekolah dapat dikekalkan pihak
sekolah boleh mengadakan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas dan
juga taman-taman yang telah ditentukan persatuan-persatuan yang menjaganya.


                                                                            25
Seterusnya, kelas ataupun persatuan yang dapat mengekalkan kebersihan dan
keceriaan tersebut diberi pengiktirafan semasa perhimpunan.

      Dengan aktiviti sebegini, pihak sekolah bukan sahaja berjaya mengekalkan
tahap keceriaan kawasan tersebut, bahkan berjaya mewujudkan semangat
kerjasama dan tolong menolong di kalangan warga sekolah. Suasana sekolah
sebegini akan memaparkan suasana kekeluargaan dan secara tidak langsung
akan membantu keseronokan belajar dan bekerja. Ini dapat membantu pelajar
memperoleh pencapaian yang cemerlang dan guru-guru serta kakitangan lain
akan turut merasa keseronokan dan kepuasan bekerja di sekolah seperti ini.




08.     SIKAP PELAJAR

      Kajian keciciran (KPM 1973) melihat sikap pelajar terhadap guru sebagai
suatu yang mendorong mereka belajar dan mencapai kejayaan. Memandangkan
keberkesanan sekolah dinilai antaranya berdasarkan kepada pencapaian dan
akhlak pelajar, maka pembentukan sikap pelajar perlu diutamakan oleh
pentadbiran sekolah. Pelajar-pelajar perlu dilatih supaya sentiasa berakhlak
mulia, menghormati guru dan sedia memberi bantuan kepada guru apabila
diminta, sentiasa berbincang dengan guru apabila menghadapi kesukaran dalam
pelajaran, menjaga kebersihan diri, menjaga bilik darjah dan kawasan
persekitaran sekolah, kurang menghadapi masalah disiplin di dalam atau luar
kawasan sekolah.

      Pelajar tidak seharusnya menghina dan bersikap meninggi diri, sebaliknya
hendaklah meyakini dan menghormati gurunya. Pelajar hendaklah merendah diri
di hadapan guru dan menurut apa yang disuruh oleh gurunya dengan
mengetepikan pandangannya sendiri kerana kesilapan guru kadangkala
berfaedah kepadanya. Dalam persoalan mengajukan pertanyaan, pelajar


                                                                             26
hendaklah meminta dan memperoleh kebenaran daripada guru terlebih dahulu.
Penekanan sifat ini penting untuk memastikan setiap ilmu yang diperoleh
diberkati oleh Allah.

    Sikap    pelajar    sebegini   lebih   mudah   dibentuk   sekiranya   guru-guru
menunjukkan model yang terbaik untuk diikuti oleh pelajar. Oleh yang demikian,
tugas seseorang guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan, bahkan
bertanggungjawab untuk membentuk peribadi yang cemerlang di kalangan
pelajar. Dengan sikap pelajar yang berakhlak mulia, maka guru tidak perlu
mengambil tindakan yang keras untuk menyedarkan pelajar tentang kesalahan
yang mereka lakukan, sebaliknya sekadar menegur sahaja. Sikap pelajar yang
baik juga ialah mereka bukan sahaja menumpukan sepenuh perhatian kepada
akademik semata-mata, sebaliknya juga perlu aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Penyertaan dalam bidang kokurikulum ini secara tidak langsung dapat memupuk
amalan nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia di kalangan pelajar. Walaupun
mereka aktif, tetapi pencapaian mereka adalah seimbang ataupun lebih baik
daripada pelajar-pelajar yang tidak aktif dan markah mereka juga seimbang
dalam setiap mata pelajaran. Selain itu, pelajar-pelajar sekolah menengah
agama juga harus diorientasikan menjadi pelajar yang bertakwa kepada Allah,
bermotivasi, ada wawasan diri, jelas matlamat, gigih berusaha meneroka dan
membudayakan ilmu dan kemahiran, berbudaya saing yang tinggi serta sanggup
memberi sumbangan kepada masyarakat.

    Dengan memiliki sikap yang positif sudah tentu akan memudahkan tugas
guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru tidak lagi
perlu membuang masa untuk mengawal disiplin pelajar. Kesannya, guru dapat
memberikan pengajaran dengan berkesan dan pelajar-pelajar akan sentiasa
bersemangat untuk menimba ilmu.




                                                                               27
KESIMPULAN

      Untuk menjadikan sesebuah sekolah itu berkesan dan mempunyai sistem
sosial yang kondusif, peranan seluruh warga sekolah adalah sangat diperlukan
untuk mengamalkan budaya hidup Islam sebagai ciri terpenting. Ia kerana untuk
memastikan keberkesanan sekolah, maka semua pihak perlu melaksanakan
amanah dengan penuh disiplin dan bukan hanya mencari kesalahan orang lain
sahaja.

      Peranan pemimpin sekolah berada di kedudukan kedua terpenting
selepas kedudukan peranan semua warga sekolah. Menurut Wan Liz Ozman
(1996), ketua sesebuah organisasi memainkan peranan yang besar dalam
mencorak suasana kerja, motivasi, kelicinan dan keberkesanan organisasi
tersebut. Seseorang pemimpin yang tidak mempunyai wawasan yang jelas
mengenai objektif dan arah tujuan organisasinya sudah tentu tidak akan dapat
mengemudikan organisasi tersebut ke arah matlamat yang tepat. Maju atau
mundurnya sesebuah organisasi itu bergantung kuat kepada kualiti dan gaya
kepimpinan pemimpin yang memegang tanggungjawab tersebut. Penerimaan
ahli organisasi kepada pemimpin akan menentukan kecemerlangan organisasi
tersebut.

      Selain daripada peranan yang perlu dimainkan oleh pemimpin, pengikut
yang terdiri di kalangan guru dan kakitangan sokongan mempunyai pengaruh
yang besar dalam menentukan kejayaan organisasi tersebut. Sekiranya ahli
organisasi   sering   membawa   diri   masing-masing,   tidak   wujud   budaya
bekerjasama, saling mencurigai dan menyalahkan antara satu sama lain sudah
tentu akan mewujudkan suasana yang penuh prejudis, tidak mempercayai
seterusnya akan menghalang keberkesanan sesebuah organisasi itu.

      Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran
atau pengurusan adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap


                                                                           28
proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan lancar untuk menyempurnakan
kehidupan manusia. Proses pengurusan sangat penting tidak kira sama ada
organisasi itu besar ataupun kecil dan formal atau tidak formal. Bagi mengurus
sesebuah   organisasi,   seseorang   pemimpin   perlu   tahu   dan   memahami
bagaimana hendak mentadbir organisasi yang diterajuinya.




PENUTUP

      Dalam konteks pendidikan, pentadbiran yang baik amat dihargai oleh
sesuatu masyarakat atau komuniti. Jabatan Pelajaran dan sekolah tidak
terkecuali daripada matlamat untuk mewujudkan pentadbiran yang sihat.
Pentadbir sekolah seharusnya mengetahui pendekatan atau teori-teori yang
mampu memajukan organisasinya. Hal ini demikian kerana sekiranya pentadbir
sekolah dapat menguruskan organisasinya dengan baik dan lancar, ia akan
dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu menikmati
kehidupan yang lebih selesa serta sempurna. Hal ini selaras dengan peranan
pendidikan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya masyarakat
(Mohd. Salleh Lebar, 2000).

      Situasi dunia yang penuh dengan pelbagai cabaran kesan daripada
globalisasi telah menuntut satu tranformasi dalam sistem pendidikan Malaysia
khasnya dalam aspek perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.
Cabaran negara Malaysia waktu ini adalah untuk membangunkan ekonomi
berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan
negara lain. Ini menuntut negara Malaysia membangunkan sumber tenaga
manusia yang berketerampilan tinggi dalam pelbagai bidang dan berdaya saing.
Sejak tahun 2004, sistem pendidikan Malaysia diterajui oleh dua kementerian
iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab dalam
pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat primer


                                                                          29
dan sekunder iaitu di peringkat sekolah yang meliputi pendidikan prasekolah,
pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepasan menengah;
dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bertanggungjawab ke atas
pendidikan peringkat tertiari iaitu pada peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Dalam menentukan hala
tuju sistem pendidikan, KPM telah menggubal misi pendidikan sebagai fokus
yang ingin dicapai dalam mengangkat martabat Malaysia dalam dunia global
(Jamil Ahmad, 2005).




BIBLIOGRAFI




1. Jamil Ahmad dan Norlia Goolamally, 2005. Pentadbiran dan Pengurusan
      Sistem Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti. UKM : Bangi.

2. Abdullah Nasih Ulwan. 1989. Pendidikan anak-anak dalam Islam. Jilid 1.
      Singapura: Pustaka Nasional.

3. Mohd. Salleh Lebar (2000). Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan Di
      Malaysia. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.



                                                                              30
4. Abdur Rahman an-Nahlawi. 1995. Pendidikan Islam di rumah, sekolah dan
      masyarakat. Jakarta: Penerbit Gema Insani.

5. Mok Soon Sang (2009). Teks Komprehensif PTK. Puchong : Penerbitan
      Multimedia Sdn. Bhd.

6. Rahimah Haji Ahmad. 1998. Ucap Utama (III) Profesionalisma guru dan
      sekolah berkesan. Prosiding Seminar Pendidikan Guru Untuk Sekolah
      Berkesan 23.

7. Sufein Hussin (1996). Pendidikan Di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah.
      Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8. Venezky , R.L & Winfield, L.F. 1979. Schools that succeed beyond
      expectations in teaching reading. Newark: University of Delaware.




                                                                          31

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:447
posted:11/26/2011
language:Malay
pages:31