fungsi - DOC

W
Shared by: QqK5Ho7
Categories
Tags
-
Stats
views:
134
posted:
11/25/2011
language:
Malay
pages:
33
Document Sample
scope of work template
							                                                MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                   SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN            Muka Surat: 1
                                                       KEMUDAHAN

                                           ELAUN DAN KEMUDAHAN

         Syarikat menyediakan beberapa kemudahan sampingan untuk petugas yang
         dibayar secara tunai dalam bentuk elaun, kemudahan, ganjaran-ganjaran seperti
         dinyatakan didalam syarat perkhidmatan dan perjanjian bersama.


  1.     Elaun Keraian Persendirian
         Elaun Keraian Persendirian dibayar kepada Eksekutif Gred A3 dan ke atas (kecuali
         Pengurus Projek) mengikut kadar berikut:-


                    Gred                                Kadar
                  Tertinggi
                                   Purata RM1,500 sebulan atau RM18,000 setahun
                      A
                     A1            Purata RM1,000 sebulan atau RM12,000 setahun

                     A2            Purata RM500 sebulan atau RM6,000 setahun

                     A3            Purata RM250 sebulan atau RM3,000 setahun


         1.1    Elaun ini dibayar berdasarkan resit sebenar perbelanjaan yang
                digunakan untuk meraikan orang yang berurusan dengan Syarikat,
                yuran tahunan kelab (2 kelab) dan yuran tahunan kad kredit (2 kad).
                Tuntutan dibuat menggunakan borang khas dan terlebih dahulu
                mendapat kelulusan Jabatan Sumber Manusia.

         1.2    Had tuntutan adalah tertakluk kepada jumlah peruntukan suku tahun
                semasa tuntutan dibuat.

    2. Perbelanjaan Keraian Projek

         Pengurusan projek diberi peruntukan perbelanjaan keraian di atas kadar RM250.00
         sebulan atau RM3,000.00 setahun.

         2.1    Istilah keraian ini bermaksud keraian kecil yang diberikan kepada
                orang-orang luar yang berurusan dengan Syarikat.

         2.2    Semua tuntutan hendaklah berasaskan perbelanjaan sebenar yang
                disokong dengan resit atau kenyataan bertulis pengurusan projek.

         2.3    Tuntutan hendaklah dikemukakan ke Pejabat Wilayah untuk
                kelulusan Pengurus Besar Wilayah. Bagi Bengkel dan Pusat Latihan
                tuntutan perlu dikemukakan ke Jabatan yang berkaitan di Ibu
                Pejabat.




No. Dokumen:              Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :          Muka Surat: 1 / 33
                                                MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                   SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN            Muka Surat: 2
                                                       KEMUDAHAN



  3.     Tuntutan Elaun Menghadiri Kursus
         Petugas yang menghadiri kursus samada anjuran Syarikat atau agensi luar yang
         diluluskan oleh Syarikat dibenarkan menuntut elaun perjalanan kenderaan, elaun
         sara hidup dan sewa hotel/elaun lojing jika penginapan tidak disediakan.

         3.1    Tuntutan ini hendaklah diasingkan dengan tuntutan kerana bertugas
                luar stesen. Ini bertujuan bagi memudahkan Unit Latihan, Ibu
                Pejabat membuat tuntutan balik daripada Tabung Pembangunan
                Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

         3.2    Tuntutan elaun menghadiri kursus hendaklah menggunakan „Borang
                Tuntutan Perjalanan K 005 dan dicop dengan perkataan „Tuntutan
                Elaun Menghadiri Kursus‟ di bahagian atasnya. Satu salinan Borang
                Tuntutan yang dibayar perlu dihantar ke Unit Latihan tidak lewat dari
                7 hari selepas tarikh kursus.

         3.3    Kadar tuntutan berdasarkan kepada kadar bertugas luar stesen.


    4. Elaun Perumahan

         Syarikat menyediakan kemudahan perumahan untuk petugas di projek. Kelas-
         kelas rumah untuk petugas dikategorikan mengikut jawatan iaitu seperti berikut:-

                Eksekutif                                              -   C
                Bergaji Bulan (Bukan Eksekutif)                        -   F/LA
                Operator Kanan/Petugas Bergaji Hari                    -   H/WQ

         4.1    Jika suami/isteri adalah petugas Syarikat, hanya sebuah rumah
                diperuntukan mengikut kelayakan yang lebih tinggi.

         4.2    Jika kemudahan      perumahan   tidak   disediakan,    Syarikat
                memperuntukan elaun perumahan mengikut kadar seperti berikut:-

                        Gaji Pokok                               Kadar
                          (RM)                                   (RM)
                    365   -   875                                 71.5
                    876       -    1385                             97.5
                   1386       -    1895                             130
                   1896 dan ke atas                                 143
                      PBH                                           32.5




No. Dokumen:              Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :          Muka Surat: 2 / 33
                                                   MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                      SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN       Muka Surat: 3
                                                          KEMUDAHAN



  5.     Elaun Kesukaran
         Elaun Kesukaran akan diperuntukan bilamana:-

               5.1   Kelas rumah yang disediakan kepada petugas lebih rendah dari kelas
                     rumah yang ditetapkan.

               5.2   Petugas menumpang di rumah yang telah diperuntukkan kepada
                     petugas lain.

               5.3   Petugas berkongsi bersama petugas lain untuk tinggal di rumah yang
                     diperuntukan kepadanya.

               5.4   Kadar bayaran Elaun Kesukaran ialah 50% daripada kadar Elaun
                     Perumahan.

               5.5   Tuntutan Elaun Perumahan dan Elaun Kesukaran hendaklah
                     dikemukakan kepada Jabatan Sumber Manusia, Ibu Pejabat dengan
                     menggunakan borang EK 1.

               5.6   Apabila kemudahan perumahan telah disediakan, Ketua Projek
                     hendaklah memajukan ke Jabatan Sumber Manusia, Ibu Pejabat
                     Borang EK II untuk memberhentikan elaun yang diberikan

               5.7   Petugas yang mendapat Elaun Perumahan dan kemudiannya
                     diperuntukan rumah yang lebih rendah dari kelas yang ditentukan
                     adalah berhak mendapat elaun kesukran. Dalam keadaan ini Ketua
                     Projek hendaklah mengemukakan borang EK II (pemberhentian
                     Elaun Perumahan) dan borang EK I (permohonan Elaun Kesukaran)
                     ke Jabatan Sumber Manusia.



  6.     Elaun Khas Chargeman
         Elaun ini diberi kepada Chargeman Elektrik yang ditugaskan untuk menjaga
         pepasangan elektrik di projek berdekatan dengan projek ianya bertugas.

               6.1   Chargeman Elektrik yang layak dipertimbangkan mendapat elaun ini.
                     Perlu mempunyai sekurang-kurangnya Sijil A4 atau “Medium
                     Pressure Only” .

               6.2   Kadar elaun ialah RM100/bulan dan dibayar melalui senarai gaji
                     (paysheet).

               6.3   Permohonan bagi elaun ini adalah dengan menggunakan borang
                     FL/CL1.




No. Dokumen:                 Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :     Muka Surat: 3 / 33
                                              MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                 SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN        Muka Surat: 4
                                                     KEMUDAHAN



  7.     Elaun Overhead (Talian Atas)
         Elaun Overhead dikhaskan kepada Chargeman Elektrik yang mempunyai Sijil A4
         atau tahap yang lebih tinggi di projek yang menggunakan janakuasa Syarikat.

          7.1   Elaun ini hanya diberi sekiranya kilang memerlukan Chargeman
                Elektrik untuk mengendalikan kerja-kerja pendawaian letrik di
                kawasan luar kilang seperti di perumahan petugas.

          7.2   Kadar elaun ialah sebanyak RM50.00 sebulan dibayar melalui senarai
                gaji (paysheet).

          7.3   Ketua Projek hendaklah memberi pengesahan perlaksanaan
                tanggungjawab pengendalian kerja-kerja pendawaian elektrik di
                kawasan luar kilang kepada Jabatan Sumber Manusia, Ibu Pejabat
                bagi membolehkan seseorang Chargeman mendapatkan elaun ini.
                Sekiranya tanggungjawab tersebut sudah diberhentikan, Ketua
                Projek hendaklah memaklumkan dengan segera Jabatan Sumber
                Manusia untuk memberhentikan elaun ini.

          7.4   Permohonan bagi elaun ini adalah dengan menggunakan borang
                FL/CL1.


  8.     Ganjaran Galakan Lulus Sijil Jurutera Stim

         Eksekutif Syarikat yang luluskan peperiksaan yang dikendalikan oleh Jabatan
         Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dan berjaya memperolehi Sijil Jurutera Stim
         Gred 2 diperuntukan ganjaran galakan sebanyak RM1,000.00 sementara Sijil
         Jurutera Stim Gred 1 diperuntukan ganjaran galakan RM2,000.00.

         9.1    Mereka yang telah lulus hendaklah memaklumkan Jabatan Sumber
                Manusia, Ibu Pejabat dengan menyertakan salinan sijil atau surat
                pengesahan lulus. Pembayaran dibuat di peringkat projek apabila
                diluluskan oleh Ibu Pejabat.

         9.2    Bayaran galakan ini diberi untuk sekali sahaja bagi setiap sijil
                mengikut gred yang ditetapkan.


  9.     Elaun Jurutunjuk

         Elaun ini dibayar kepada petugas yang diberi tanggungjawab sebagai tenaga
         pengajar sepenuh masa di Pusat Latihan Syarikat. Kadar elaun ialah RM120.00
         sebulan.




No. Dokumen:            Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :      Muka Surat: 4 / 33
                                               MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                  SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN         Muka Surat: 5
                                                      KEMUDAHAN



  10.    Elaun Harian Khas Tenaga Pengajar Dalaman (TPD)

         Elaun ini diperuntukan kepada petugas-petugas Syarikat yang berdaftar sebagai
         tenaga pengajar dalaman/pensyarah bagi kursus-kursus yang dianjurkan oleh
         Syarikat.

          10.1   Kursus mestilah yang diluluskan oleh Jawatan kuasa Latihan dengan
                 jangka masa kursus minima 7 jam.
          10.2   Kadar elaun ini adalah mengikut bidang kursus iaitu:-

                          Jenis Kursus                   Kadar elaun
                   Teknikal dan Operasi                    RM150.00

                   Pengurusan & Pentadbiran                RM100.00


          10.3   Tuntutan elaun ini hendaklah dengan menggunakan borang tuntutan
                 perjalanan beserta dokumen sokongan berkaitan.


  11.    Elaun Autocad
         Elaun ini dibayar kepada Juruteknik dan Pelukis Plan yang mengendalikan kerja-
         kerja menggunakan sistem Autocad secara sepenuh masa.

          11.1   Elaun ini tidak dibayar pada hari-hari dimana petugas bekerja diluar
                 stesen atau tidak menjalankan tugas mengendalikan sistem Autocad.

          11.2   Kadar elaun ini ialah RM150.00 sebulan untuk tahap 1 dan RM400.00
                 sebulan untuk tahap 2.

  12.    Elaun Ketua Stesen
         Elaun ini adalah diperuntukan kepada Petugas Bergaji Hari yang dilantik sebagai
         Ketua di sesuatu stesen.
         12.1    Stesen-stesen yang berkaitan ialah Bilik Minyak, Press,          Loji
                 Kernel/Nut, Marhshalling Yard/Sterilizer dan grading BTS.

         12.2    Kadar elaun ini adalah RM25.00 sebulan.

  13.    Elaun Dobi
         Elaun ini diperuntukan kepada petugas bergaji bulan berjawatan Pemandu yang
         diperlukan memakai pakaian seragam semasa menjalankan tugas harian atau
         terlibat urusan tugas di luar kilang seperti Pemandu Pajero/Trooper, Combi van
         dan Pemandu Bas.

          13.1   Kadar elaun ini ialah RM10.00 sebulan.




No. Dokumen:             Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :       Muka Surat: 5 / 33
                                               MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                  SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN              Muka Surat: 6
                                                      KEMUDAHAN



  14.    Ganjaran Galakan
         Petugas yang lulus dan memperolehi sijil kekompetenan dari Jabatan Keselamatan
         & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) atau Surhan Tenaga (ST) diberi ganjaran galakan
         sebanyak RM100.00.

          14.1. Bayaran boleh dibuat di peringkat projek setelah mendapat kelulusan
                dari Jabatan Sumber Manusia.

          14.2. Ganjaran galakan ini diberi hanya sekali sahaja untuk setiap bidang
                (kompetensi) kepada pekerja-pekerja yang berjawatan dan sijil-sijil
                seperti berikut:-

                                                           Sijil Perakuan Kebolehan
                  Bil      Jawatan
                                                         (Kompetensi) Yang Diperolehi
                 1.     Fit. Mekanik/Machinist         Sijil Injin Pembakaran Dalam Gred Dua
                                                       /Gred Satu
                 2.     Operator Stesen Bengkel        Gred Dua/Gred Satu.
                 3.     Chargeman Elektrik             Sijil BO ke atas.
                 4.     Fitter Elektrik                A3/A2/A1/AO dan A4
                 5.     Operator Stesen Elektrik       Sijil Wireman Fasa Tunggal/ Fasa Tiga/
                                                       Tanpa Sekatan
                 6.     Boiler House Chargeman
                                                       Sijil Injin Stim Dandang Gred Satu
                        dan Operator Stesen
                                                       dan Gred Dua.
                        Boiler

          14.3. Petugas boleh menuntut perbelanjaan-perbelanjaan bagi tuntutan
                tambang perjalanan, sara hidup dan lojing semasa menghadiri
                temuduga/peperiksaan yang dikendalikan oleh JKKP atau ST dengan
                syarat ianya lulus dalam peperiksaan temuduga berkenaan.


  15.    Elaun Khidmat
         Elaun ini diperuntukan kepada petugas Bergaji Hari bagi tiap-tiap hari bekerja
         penuh dihari kerja biasa.

          15.1   Elaun ini tidak dibayar pada hari cuti tahunan, cuti sakit, cuti
                 bersalin, cuti rehat, cuti kelepasan Am, bekerja pada hari cuti rehat,
                 bekerja pada hari kelepasan am, cuti tanpa gaji dan bekerja separuh
                 hari dengan ½ gaji.

          15.2   Kadar elaun ini berjumlah RM2.50 sehari




No. Dokumen:             Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :            Muka Surat: 6 / 33
                                               MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                  SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN          Muka Surat: 7
                                                      KEMUDAHAN




  16.    Elaun Giliran
         Elaun ini diperuntukan kepada petugas yang bekerja pada giliran kedua atau
         ketiga yang waktu kerja biasa gilirannya tamat selepas pukul 10.00 malam.

          16.1   Jika pengurusan Syarikat mengarahkan seseorang petugas bekerja
                 lebih awal dari waktu kerja gilirannya dan menamatkan kerja
                 sebelum jam 10.00 malam, beliau masih layak mendapat elaun ini
                 jika waktu kerja biasa bagi gilirannya tamat selepas jam 10.00
                 malam.

          16.2   Seseorang petugas yang waktu kerja biasa gilirannya tamat sebelum
                 jam 10.00 malam tidak layak elaun giliran walaupun beliau
                 menjalankan kerja lebih masa selepas waktu kerja biasa yang
                 keseluruhannya tamat selepas jam 10.00 malam.

          16.3   Kadar elaun ini ialah RM1.25 sehari.


  17.    Elaun Galakan Kedatangan

         Elaun ini dibayar kepada petugas bergaji hari yang hadir bekerja sepenuhnya pada
         satu-satu bulan. Hari Kerja Biasa bermakna hari dimana seseorang petugas
         sepatutnya hadir bekerja dan bukannya hari-hari Cuti Am, Cuti Tahunan dan Cuti
         Rehat Mingguan. Petugas tidak layak mendapat elaun ini bilamana ianya tidak
         hadir bekerja walaupun sehari pada hari kerja biasa dalam bulan berkenaan.

          17.1   Cuti Tahunan dan Cuti Sakit Bergaji adalah dikira sebagai hadir
                 bekerja bagi maksud kelayakan elaun ini. Bagaimanapun cuti tanpa
                 gaji dan Cuti Sakit tidak bergaji dikira tidak layak bagi mendapatkan
                 elaun ini.

          17.2   Cuti Am dan Cuti Rehad Mingguan tidak dikira sebagai hari bekerja
                 biasa bagi mengira kelayakan elaun ini sungguhpun Pengurus Projek
                 mungkin memerlukan kehadirannya.

          17.3   Petugas yang tidak hadir pada hari bekerja biasa tetapi hadir pada
                 hari Cuti Am dan Cuti Rehat Mingguan tidak layak mendapat elaun
                 ini, walaupun jumlah kehadirannya lebih daripada jumlah hari kerja
                 biasa pada bulan berkenaan.

          17.4   Kadar elaun ini sebanyak RM15.00 sebulan.




No. Dokumen:             Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :        Muka Surat: 7 / 33
                                                MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                   SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN         Muka Surat: 8
                                                       KEMUDAHAN



  18.    Elaun Bersalin
         Elaun Bersalin akan diperuntukan kepada petugas wanita bergaji hari bagi tempoh
         cuti bersalin tertakluk kepada 5 kali bersalin atau untuk bersalin yang pada ketika
         itu ianya mempunyai kurang dari 5 orang anak kandung yang masih hidup.

          18.1   Kelayakan elaun bersalin adalah tertakluk kepada petugas hadir
                 bekerja pada bila-bila masa dalam tempoh 4 bulan sebelum bersalin
                 dan telah bekerja tidak kurang daripada 90 hari dalam tempoh 9
                 bulan sebelum ia bersalin.

          18.2   Petugas wanita yang meletakan jawatan dan mengetahui bahawa ia
                 akan bersalin dalam tempoh 4 bulan lagi hendaklah memaklumkan
                 kepada Syarikat tentang kehamilannya sebelum meletakkan jawatan.
                 Kegagalan mematuhi keperluan ini menyebabkan hilang kelayakan
                 bagi mendapat elaun bersalin.

          18.3   Petugas wanita hendaklah memaklumkan kepada Syarikat tentang
                 kehamilannya, tarikh ia dijangka bersalin dan tarikh ianya akan
                 memulakan cuti bersalin.

          18.4   Bagi petugas wanita di Semenanjung kadar elaun bersalin adalah
                 berdasarkan gaji pokok sehari untuk tempoh 60 hari. Sementara bagi
                 petugas wanita di Sabah/Sarawak kadarnya ialah satu per enam (
                 1/6 ) daripada pendapatan dalam tempoh satu ( 1 ) tahun kalendar
                 sebelum bersalin. Jika ia telah bekerja 180 hari atau lebih sebelum
                 bersalin. Kadarnya ialah satu per enam ( 1/6 ) daripada pendapatan
                 dalam tempoh enam (6) bulan kalendar sebelum bersalin. Jika ia
                 hanya bekerja 90 hari dalam tempoh 6 bulan sebelum bersalin. Bagi
                 tujuan ini pendapatan bermaksud gaji pokok dan elaun khidmat.

  19.    Peruntukan Berbuka Puasa
         Bagi petugas di projek-projek yang terlibat di dalam kerja secara giliran
         (berbuka puasa dalam waktu kerja biasa) peruntukan berbuka puasa sebanyak
         RM4.00 seorang di Semenanjung Malaysia dan RM5.00 di Sabah dan Sarawak.
         Peruntukan adalah dalam bentuk penyediaan juadah berbuka puasa.

  20.    Elaun Motosikal Pemandu Kereta Rasmi Ketua Eksekutif
         Pemandu kereta rasmi Ketua Eksekutif ( Pengarah Eksekutif Kanan/Pengarah
         Eksekutif) diperuntukan Elaun Motosikal atas kadar RM60.00 sebulan.

  21.    Elaun Motosikal
         Elaun ini diperuntukan kepada petugas berjawatan Pemandu yang ditugaskan
         memandu kereta rasmi bagi Pengarah Eksekutif Kanan dan Pengarah Eksekutif
         atau pegawai-pegawai kanan yang ditentukan oleh Syarikat. Kadar elaun ini ialah
         RM60.00 sebulan.




No. Dokumen:              Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :       Muka Surat: 8 / 33
                                                 MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                   SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN           Muka Surat: 9
                                                       KEMUDAHAN



  22.    Bayaran Gantian Senggaraan Motosikal
         Operator Rumah Pam dan Operator yang mengendalikan effluent yang
         menggunakan motosikal sendiri bagi tujuan berulang alik dari kilang ke rumah
         pam diperuntukan bayaran gantian senggaraan motosikal setiap bulan
         berdasarkan jarak perjalanan seperti berikut:-

                                                          Kadar Sebulan (RM)
                     Jarak Sehala Antara
                                                         Jalan       Jalan Tidak
                    Rumah Pam Ke Kilang
                                                        Berturap      Berturap
                  Kurang dari 2 km                         20             25
                  2 km    - Kurang 5 km                    25             35
                  5 km    - Kurang 8 km                    30             45
                  8 km dan lebih                           35             55

          22.1   Kelayakan tuntutan diberi sekiranya projek tidak menyediakan
                 kenderaan untuk operator berkenaan.

  23.    Elaun Menghadiri Temuduga/Peperiksaan
         Petugas yang menghadiri temuduga/peperiksaan yang dikendalikan oleh Syarikat
         bagi sesuatu jawatan atau untuk kenaikan pangkat dibenarkan menuntut elaun
         menghadiri temuduga/peperiksaan.

          23.1   Tuntutan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan                  borang
                 tuntutan perjalanan bagi mendapat elaun-elaun berikut: -
                 23.1.1    Tuntutan perjalanan jika menggunakan kenderaan sendiri
                           atau tambang perjalanan pergi-balik mengikut kadar
                           kenderaan awam.
                 23.1.2    Elaun sara hidup/harian bagi hari-hari yang berkaitan.
                 23.1.3    Sewa hotel/ elaun lojing tanpa resit.
                 23.1.4    Petugas yang menghadiri peperiksaan yang dikendalikan
                           oleh agensi luar bagi mendapatkan sijil kompentensi yang
                           diperakui dan diperlukan dalam perkhidmatannya dengan
                           Syarikat juga dibenarkan menuntut elaun-elaun yang
                           diperuntukan di atas. Sijil-sijil kompetensi yang diperakui
                           adalah:-
                           i.     Sijil   Injin Pembakaran Dalam
                           ii.    Sijil   Chargeman Elektrik
                           iii.   Sijil   Wireman
                           iv.    Sijil   Injin dandang setim

                 23.1.5    Bagi setiap jenis peperiksaan yang dikendalikan oleh agensi
                           luar, tuntutan hanya dibenarkan sekali sahaja iaitu
                           bilamana petugas lulus dan layak memperolehi kompetensi
                           yang berkaitan. Hanya petugas yang berada dalam jawatan
                           yang berkaitan dengan bidang yang memerlukan sijil
                           kompetensi layak menuntut elaun ini.




No. Dokumen:              Tarikh di edarkan :            Tarikh Pindaan :       Muka Surat: 9 / 33
                                               MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                  SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN          Muka Surat: 10
                                                      KEMUDAHAN



  24.    Elaun Bagi Petugas Yang Bertugas Di Sabah/Sarawak

         24.1   Elaun Penempatan Khas
                Elaun ini dibayar kepada semua petugas Semenanjung yang bertugas di
                Sabah/Sarawak. Jika suami/isteri adalah petugas Syarikat seorang
                sahaja yang layak menuntut Elaun Penempatan Khas berdasarkan yang
                mana lebih tinggi kelayakannya.

                Kadar elaun adalah seperti berikut:-

                       Lingkungan Gaji (RM)              Kadar Sebulan (RM)
                                                       Keluarga       Bujang
                         Kurang dari 390                 106            179
                        390 -         459                132            204
                        460 -         609                158            230
                        610 -         729                183            258
                        730 -         869                209            281
                        870 -        1129                234            306
                       1130 -        1229                260            332
                       1230 -        1349                285            357
                       1350 -        1469                311            383
                       1470 -        1614                336            408
                       1615 -        2049                362            434
                       2050 -        2704                396            468
                       2705 -        3109                438            510
                       3110 -        3634                481            553
                       3635 -        4059                523            595
                        4060 dan ke atas                 566            638


         24.2   Elaun Wilayah
                Elaun ini diperuntukan kepada:-
                i.     Petugas Bergaji Bulan Semenanjung (suami/isteri) yang tidak
                       layak mendapat Elaun Penempatan Khas.
                ii.    Petugas Bergaji Bulan yang berasal dari Sabah atau Sarawak.
                iii.   Kadar elaun adalah seperti berikut:-

                                Lingkungan                Kadar Berasaskan Gaji Yang
                                 Gaji (RM)                      Diterima ( % )
                             Kurang dari 390                        21.25
                          390    -         609                      19.25
                          610    -        1049                        17
                         1050    -        2049                       14.5
                         2050    -        5224                      12.75
                              5225 dan ke atas                      10.25




No. Dokumen:             Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :         Muka Surat: 10 / 33
                                               MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                  SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN       Muka Surat: 11
                                                      KEMUDAHAN



          24.3   Elaun Gangguan
                 Elaun ini dibayar kepada petugas Semenanjung yang bertukar/berpindah
                 tempat bertugas ke Sabah/Sarawak.
                 24.3.1 Kadar elaun ini adalah separuh dari gaji pokok semasa
                        berpindah ke Sabah/Sarawak dan separuh lagi semasa
                        berpindah balik ke Semenanjung.
                 24.3.2 Petugas Bergaji Hari yang berasal dari Semenanjung dan
                        bertukar/berpindah tempat bertugas atau dilantik ke jawatan
                        Bergaji Bulan di Sabah/Sarawak boleh dibayar elaun ini
                        berasaskan kiraan seperti berikut:-
                        (Gaji Pokok + Elaun Khidmat) x 26 x 0.5
                 24.3.3 Tuntutan elaun ini hendaklah dikemukakan semasa membuat
                        tuntutan perpindahan.
                 24.3.4 Suami/isteri yang berasal dari Semenanjung dan bertukar ke
                        Sabah/ Sarawak layak menuntut elaun ini secara berasingan

          24.4   Kemudahan Tambang Percuma
                 Petugas yang berkhidmat di Sabah/Sarawak akan menikmati kemudahan
                 tambang percuma pergi/balik untuk pulang ke Semenanjung Malaysia
                 bersama keluarga mengikut kaedah berikut:
                 24.4.1 Genap setiap 24 bulan berkhidmat di Sabah/Sarawak.
                 24.4.2 Sekiranya suami isteri adalah petugas Syarikat, hanya seorang
                        sahaja dikira layak memperolehi kemudahan ini.
                 24.4.3 Sekiranya isteri adalah petugas Syarikat dan suami adalah
                        petugas Syarikat Felda yang lain, maka isteri tidak layak
                        memperolehi kemudahan ini dari Syarikat sekiranya
                        perpindahannya adalah bagi tujuan mengikut suami. Isteri
                        hendaklah menggunakan peruntukan dari Syarikat di mana
                        suaminya bekerja.
                 24.4.4 Sekiranya isteri adalah petugas Syarikat dan suami bukan
                        petugas mana-mana Syarikat Felda, kemudahan ini
                        diperuntukan kepada isteri dan anak-anaknya sahaja.
                 24.4.5 Sekiranya isteri berasal dari Sabah/Sarawak dan adalah
                        petugas Syarikat, sementara suami berasal dari Semenanjung
                        juga merupakan petugas Syarikat, hanya isteri dan anak-anak
                        yang layak mendapat kemudahan ini sekiranya kedua-dua
                        mereka bertugas di Semenanjung.
                 24.4.6 Tambang destinasi penerbangan yang ditanggung oleh Syarikat
                        adalah untuk laluan dari lapangan terbang yang hampir dengan
                        projek ke pintu masuk di Semenanjung atau mana-mana
                        destinasi mengikut alamat tetapnya.
                 24.4.7 Bagi `Keluarga Petugas‟ yang tidak ikut serta ke
                        Sabah/Sarawak kerana bersekolah di Semenanjung adalah
                        layak menikmati kemudahan-kemudahan ini.




No. Dokumen:             Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :      Muka Surat: 11 / 33
                                               MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                  SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN             Muka Surat: 12
                                                      KEMUDAHAN

                 24.4.8 Petugas yang berasal dari Sabah yang berkhidmat di
                        Semenanjung/Sarawak atau petugas yang berasal dari
                        Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung/Sabah juga layak
                        menikmati kemudahan ini mengikut peraturan yang sama.

          24.5   Kemudahan Tambang Percuma Bagi Kes Kecemasan
                 Petugas atau isterinya diberi kemudahan tambang percuma pergi/balik ke
                 Semenanjung atau pergi/balik ke Sabah/Sarawak bilamana terdapat kes-
                 kes kecemasan samada sakit tenat atau kematian di kalangan anggota
                 keluarga terdekat.
                 24.5.1 Anggota keluarga terdekat bermaksud isteri utama/suami,
                        anak-anak yang tidak ikut sama berpindah, ibu bapa dan
                        mertua.
                 24.5.2 Kemudahan tambang penerbangan percuma ini diperuntukan
                        kepada salah seorang suami/isteri (satu tiket penerbangan
                        pergi/balik) tanpa   menjejaskan    peruntukan    tambang
                        penerbangan percuma sekeluarga.
                 24.5.3 Kemudahan ini juga boleh diberi kepada anak-anak petugas
                        yang tidak ikut sama berpindah ke Sabah/Sarawak/
                        Semenanjung untuk melawat ibu bapa mereka yang sakit tenat
                        di Sabah/Sarawak/Semenanjung tertakluk kepada anak
                        tersebut tidak pernah menggunakan kemudahan penerbangan
                        bagi maksud berpindah mengikut ibu bapa mereka.


  25.    Tuntutan Perpindahan
         Syarikat melaksanakan dasar pertukaran petugas melibatkan antara jabatan
         atau ke projek bagi tujuan keperluan perkhidmatannya atau sebagai
         pendedahan tugas.

          25.1   Kelayakan
                 25.1.1 Petugas yang berpindah/bertukar layak menuntut elaun dan
                        bayaran mengikut kadar dan syarat yang ditetapkan seperti berikut
                        :-
                        i.     Berpindah/bertukar stesen di Semenanjung.
                        ii. Berpindah/bertukar dari Semenanjung ke Sabah atau
                            Sarawak dan sebaliknya.

                        iii. Berpindah rumah antara kawasan               perumahan    yang
                             berlainan di stesen yang sama.

                        iv. Berpindah rumah dalam kawasan perumahan yang sama.

                 25.1.2 Seseorang petugas tidak layak membuat tuntutan bagi elaun dan
                        bayaran berkait dengan perpindahan/pertukarannya jika :-
                         i.     Pertukaran atas asas suka sama suka.
                         ii.    Pertukaran atas permohonan sendiri, kecuali mereka
                                yang telah bertugas 5 tahun atau lebih di satu-satu
                                stesen.



No. Dokumen:             Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :           Muka Surat: 12 / 33
                                                MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                  SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN                 Muka Surat: 13
                                                      KEMUDAHAN




                        iii.   Pertukaran isteri/suami (petugas Syarikat atau petugas
                               Syarikat    Kumpulan    Felda)   untuk   menyesuaikan
                               kedudukan tempat kerjanya kerana perpindahan
                               suami/isterinya.

         25.2   Elaun Perpindahan
                Elaun perpindahan adalah sebagai imbuhan kepada petugas yang
                berpindah/ bertukar bagi membuat persiapan untuk berpindah/bertukar
                seperti mengemas dan membungkus barang-barang, mengurus
                persekolahan anak-anak dan lain-lain perbelanjaan yang perlu
                ditanggungnya.

                25.2.1 Kadar pemberian elaun perpindahan adalah seperti berikut :-


                     Kumpulan                 Semenanjung Malaysia          Sabah & Sarawak
                      Petugas                   Bujang    Berkeluarga       Bujang Berkeluarga
                 Eksekutif
                 Gred A2 Ke atas                 320              640            350          700
                 Gred A3 & A4                    260              520            285          570
                 Gred A5                         200              400            220          440
                 Gred B1 & B2                    160              320            175          350

                   Bukan Eksekutif               110              220            120          240



                25.2.2 Kelayakan elaun perpindahan bagi seseorang petugas adalah
                       tertakluk kepada jarak tempat ianya berpindah/bertukar iaitu
                       seperti berikut :-

                                Jarak Stesen Lama                   Kadar
                               Dengan Stesen Baru            PemberianPerpindahan
                                  16km dan Ke atas                        100%
                                  Kurang dari 16km                         50%


                25.2.3 Bagi petugas yang berkeluarga, sekiranya keluarga petugas
                       tidak turut serta semasa berpindah/bertukar, petugas
                       berkenaan hanya layak dibayar kadar untuk bujang sahaja.
                       Jika keluarga petugas itu mengikut kemudian, pemberian elaun
                       perpindahan yang bakinya lagi boleh dibayar mengikut kadar
                       petugas berkeluarga.

                25.2.4 Sekiranya suami/isteri adalah petugas Syarikat dan sama-sama
                       berpindah/bertukar, hanya suami yang layak menuntut
                       pemberian elaun perpindahan pada kadar berkeluarga.

                25.2.5 Petugas Semenanjung yang bertukar ke Sabah/Sarawak atau
                       sebaliknya adalah layak menuntut kadar Sabah/Sarawak.



No. Dokumen:            Tarikh di edarkan :            Tarikh Pindaan :                Muka Surat: 13 / 33
                                                MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                   SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN           Muka Surat: 14
                                                       KEMUDAHAN



          25.3   Perbelanjaan Pengangkutan Barang
                 Bagi tujuan pengangkutan barangan, petugas dikehendakki sebolehnya
                 menggunakan kenderaan Syarikat atau kenderaan Syarikat Kumpulan
                 Felda.

                 25.3.1 Sekiranya kenderaan seperti yang tersebut di perenggan 3 (a)
                        di atas tidak diperolehi, kenderaan luar bolehlah disewa dengan
                        syarat     mendapat      pengesahan     bertulis    dari  Ketua
                        Jabatan/Projek. Sebolehnya bayaran sewaan hendaklah
                        diuruskan oleh Jabatan/Projek berkenaan.
                 25.3.2 Seseorang petugas dibenarkan memohon perbelanjaan
                        pengangkutan barang-barangnya (sekiranya kenderaan tidak
                        disediakan) dengan syarat tuntutan tersebut disokong dengan
                        resit dan mendapat pengesahan bertulis daripada Ketua
                        Jabatan/Projek.
                 25.3.3 Seseorang petugas yang bertukar dari Semenanjung ke
                        Sabah/Sarawak atau sebaliknya layak memohon bayaran
                        perbelanjaan pengangkutan melalui kapal laut dengan syarat
                        tuntutan tersebut disokong dengan resit dan tidak melebihi
                        had-had muatan yang ditetapkan seperti berikut :-
                         i.       240 kaki padu bagi petugas yang berkeluarga dan 120
                                  kaki padu bagi petugas yang bujang.
                         ii.      Sebagai tambahan, seseorang petugas juga layak
                                  menuntut perbelanjaan pengangkutan barang melalui
                                  kapal laut sebanyak 65 kaki padu seorang bagi diri dan
                                  isteri/suami, 25 kaki padu bagi setiap orang anak dan
                                  seorang orang gaji.


                 25.3.4 Seseorang petugas dibenarkan menuntut perbelanjaan
                        mengangkut salah satu kenderaan miliknya samada motokar
                        atau motosikal apabila bertukar dari Semenanjung ke
                        Sabah/Sarawak atau sebaliknya.

         25.4    Tambang Perjalanan
                 Untuk tujuan perpindahan/pertukaran seseorang petugas dan keluarganya
                 semasa berpindah/bertukar adalah dibenarkan menuntut tambang
                 perjalanan seperti berikut :-
                 25.4.1 Jika menggunakan kereta sendiri dan bilangan ahli keluarga
                        yang berpindah tidak melebihi 4 orang termasuk dirinya
                        sendiri, petugas boleh menuntut elaun perjalanan dengan
                        kenderaan mengikut kadar yang layak baginya iaitu:-

                                                             (Sen/ KM)
                                  Kumpulan
                                                        Kereta      Motosikal
                                   Jawatan
                              Eksekutif                   50                 15
                              Bukan Eksekutif             40                 15



No. Dokumen:              Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :          Muka Surat: 14 / 33
                                                  MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                    SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN                   Muka Surat: 15
                                                        KEMUDAHAN




                25.4.2 Jika menggunakan kereta sendiri dan bilangan ahli keluarga
                       yang berpindah melebihi dari 4 orang termasuk dirinya sendiri,
                       ahli keluarga yang ke 5 dan seterusnya boleh menuntut
                       tambang perjalanan pada kadar 15 sen sekilometer seorang.

                25.4.3 Bagi petugas yang tidak menggunakan kenderaan sendiri,
                       tuntutan tambang perjalanan boleh dibuat pada kadar 15 sen
                       sekilometer seorang, bagi diri dan keluarganya.


         25.5   Elaun Gantian Makan Dan Bayaran Sewa Hotel/Elaun Loging

                Petugas yang berpindah/bertukar adalah layak menuntut bayaran elaun
                gantian makan dan bayaran sewa hotel/elaun loging tanpa        resit
                berasaskan peruntukan berikut :-

                                                                                      Kelayakan Untuk
                  Jarak Stesen Lama                   Kelayakan Elaun
                                                                                       Dibayar Sewa
                 Dengan Stesen Baru                    Gantian Makan
                                                                                     Hotel/Elaun Loging
                 16 km dan ke atas            3 hari (termasuk hari berpindah)              3 hari

                 Kurang dari 16 km            2 hari (termasuk hari berpindah)              2 hari


                25.5.1 Kadar elaun gantian makan dan had maksimum bayaran sewa
                       hotel/elaun loging yang boleh dituntut adalah seperti berikut :-

                                                Elaun Gantian       Bayaran Maksimum       Elaun Loging
                   Kumpulan Petugas                 Makan              Sewa Hotel          Tanpa Resit
                   Eksekutif
                   A2                             RM75.00          Sebenar (bilik biasa)      RM50.00
                   A3                             RM60.00              RM160.00               RM40.00
                   A4 Ke bawah                    RM40.00              RM120.00               RM40.00
                   Bukan Eksekutif
                   RM800 Ke atas                  RM35.00                 RM100.00            RM40.00
                   Bawah RM800.00                 RM25.00                 RM 80.00            RM30.00

                25.5.2 Jika keluarga seseorang petugas itu berjumlah lebih daripada
                       dua orang, petugas dibenarkan menyewa bilik hotel tambahan
                       terhad kepada dua orang sebilik dan disokong dengan resit
                       mengikut bayaran sewa hotel yang dibenarkan baginya.
                       Namun demikian jumlah bilik hendaklah tidak melebihi
                       daripada tiga (3) bilik semuanya. Senarai nama tanggungan
                       hendaklah dilampirkan.

                25.5.3 Seseorang petugas layak menuntut bayaran perkhidmatan dan
                       cukai perkhidmatan yang terwajib ke atas sewa hotel sebagai
                       tambahan kepada maksimum kelayakannya dengan syarat
                       bayaran tersebut ada tercatit di dalam bil sewa hotel
                       berkenaan.


No. Dokumen:            Tarikh di edarkan :                 Tarikh Pindaan :               Muka Surat: 15 / 33
                                              MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                 SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN       Muka Surat: 16
                                                     KEMUDAHAN

                25.5.4 Elaun gantian makan yang layak dibayar kepada tiap-tiap ahli
                       keluarga (tidak termasuk orang gaji) adalah sebanyak 50%
                       daripada kadar yang dibenarkan bagi petugas itu sendiri.

                25.5.5 Jika petugas menuntut elaun loging tanpa resit, petugas
                       tersebut boleh mendapat kadar penuh, sementara setiap ahli
                       keluarganya (termasuk seorang orang gaji) boleh mendapat
                       25% dari elaun loging yang layak baginya.

                25.5.6 Jika isteri seseorang petugas itu adalah petugas Syarikat dan
                       turut sama berpindah, kelayakan tuntutan elaun gantian makan
                       dan elaun loging tanpa resit atau bayaran sewa hotel adalah
                       pada kadar penuh.



         25.6   Perpindahan Rumah Ke Kawasan Perumahan Yang Berlainan Di Stesen
                Yang Sama.

                25.6.1 Seseorang petugas yang dikehendaki berpindah rumah di stesen
                       yang sama atas arahan Syarikat atau kerana keadaan-keadaan di
                       luar kawalannya dengan perentah Syarikat adalah dibenarkan
                       memohon bayaran atau elaun dengan syarat-syarat seperti
                       berikut:-

                       i.   Perpindahan itu adalah dari atau ke rumah Syarikat atau
                            rumah yang disewakan oleh Syarikat di kawasan
                            perumahan yang berlainan, di stesen yang sama.

                       ii. Perpindahan itu adalah dari atau ke rumah persendirian
                           yang sewanya dibayar oleh Syarikat secara pembayaran
                           balik sewa dan melibatkan pertukaran kawasan perumahan
                           yang berlainan.

                       iii. Perpindahan itu adalah dari atau ke rumah petugas
                            sementara atau rumah yang disewa sendiri diluar stesen di
                            atas kelulusan Syarikat dan melibatkan kawasan
                            perumahan yang berlainan.

                       iv. Perpindahan itu adalah dari rumah petugas sementara atau
                           rumah yang disewa oleh Syarikat diluar stesen ke rumah
                           Syarikat atau rumah sementara di dalam stesen dan
                           melibatkan kawasan perumahan yang berlainan.

                25.6.2 Petugas yang berpindah melibatkan kawasan perumahan yang
                       berlainan di stesen yang sama adalah dibenarkan menuntut
                       bayaran dan elaun pada kadar berikut :-

                       i.   Elaun Perpindahan:
                            Kadar yang layak ialah 50% dari kadar elaun perpindahan
                            seperti yang diperuntukan di para 5 (b) di atas.




No. Dokumen:            Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :      Muka Surat: 16 / 33
                                               MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                  SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN                   Muka Surat: 17
                                                      KEMUDAHAN




                        ii. Elaun Gantian Makan:
                             Kadar yang boleh dituntut oleh petugas bagi diri dan
                             keluarganya hanya untuk satu hari sahaja.

                        iii. Perbelanjaan Pengangkutan Barang:
                             Perbelanjaan    pengangkutan             adalah      seperti     yang
                             diperuntukan di para 6 di atas.


         25.7    Perpindahan Rumah Di Kawasan Perumahan Yang Sama

                 25.7.1 Perpindahan dari atau ke rumah dalam kawasan perumahan
                        yang sama hanya boleh dibuat setelah diarahkan oleh Syarikat.

                 25.7.2 Petugas yang berpindah rumah di kawasan perumahan yang
                        sama adalah dibenarkan menuntut elaun perpindahan sahaja
                        pada kadar 25% dari kadar elaun perpindahan yang layak
                        baginya seperti peruntukan di para 5 (b) di atas.


         25.8    Sakit Semasa Berpindah
                 Jika seseorang petugas dan tanggungannya jatuh sakit semasa berpindah
                 perbelanjaan rawatan perubatan adalah ditanggung oleh Syarikat. Jika
                 rawatan diperolehi dari klinik yang bukan Klinik Panel Syarikat, tuntutan
                 perbelanjaan rawatan mestilah disokong dengan resit.


         25.9    Belanja Pelbagai
                 Seseorang petugas yang           berpindah/bertukar      layak     dibayar    belanja
                 pelbagai seperti berikut :-

                 25.9.1 Bayaran cukai lapangan terbang yang disokong dengan resit.

                 25.9.2 Bayaran tempat letak kereta, bayaran tol dan bayaran feri yang
                        disokong dengan resit.

                 25.9.3 Bayaran telefon, telegram dan bayaran pos bagi urusan resmi.


         25.10   Pendahuluan Elaun Perpindahan

                 25.10.1 Petugas yang berpindah/bertukar boleh diberi pendahuluan
                         elaun perpindahan sebagai bantuan awal bagi persiapan
                         perpindahan/pertukaran mereka.     Pendahuluan ini adalah
                         untuk kes-kes tertentu sahaja dan atas budi bicara Syarikat
                         bilamana difikirkan wajar.




No. Dokumen:             Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :                 Muka Surat: 17 / 33
                                               MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                  SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN            Muka Surat: 18
                                                      KEMUDAHAN




                 25.10.2 Bagi tujuan kutipan kembali pendahuluan yang diberikan
                         peraturan-peraturan berikut hendaklah dipatuhi:-
                        i. Projek lama hendaklah melengkapkan borang penyata
                           pendahuluan Elaun Perpindahan/Pertukaran petugas (contoh
                           borang seperti di lampiran) dan hantarkan kepada projek
                           baru serta satu salinannya dihantar ke Jabatan Sumber
                           Manusia, Ibu Pejabat.


                        ii. Kod kira-kira semasa memberi pendahuluan oleh projek
                            lama adalah seperti berikut:-

                                                   Kod               Kod        Jumlah
                                 Perkara
                                                Organisasi          Akaun        (RM)
                              Debit              010 000           1309 000       XXX
                              Kredit             010 000           2009 000       XXX
                              Debit              PJK 000           2009 000       XXX
                              Kredit              PJK 000          1101 000      XXX


                        iii. Projek baru hendaklah membuat kutipan kembali
                             pendahuluan yang diberikan daripada petugas berkenaan
                             dengan menggunakan kod-kod seperti berikut:-

                                                  Kod                           Jumlah
                                Perkara                          Kod Akaun
                                               Organisasi                        (RM)
                                  Debit          010 840           5020 003      XXX
                                  Kredit         010 000           1309   000    XXX
                                  Kredit         010 000           2009   000    XXX
                                  Debit          PJK 000           2009   000    XXX
                                  Kredit         PJK 000           1101   000    XXX


         25.11   Pertukaran Sementara
                 Petugas yang ditukar secara sementara tidak dibenarkan membuat
                 sebarang tuntutan perjalanan pertukaran dari atau tempat pertukaran
                 sementara [bilamana tempoh pertukaran itu tidak melebihi tiga (3) bulan].




No. Dokumen:             Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :           Muka Surat: 18 / 33
                                              MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                 SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN            Muka Surat: 19
                                                     KEMUDAHAN




  26.    Tuntutan Perjalanan

         26.1   Elaun Menjalankan Tugas Di Luar Stesen
                Petugas yang dikehendaki bertugas di luar daripada tempat bertugas biasa
                di dalam negeri adalah berhak menerima semua perbelanjaan semasa
                bertugas berdasarkan kadar-kadar seperti yang telah diluluskan.

         26.2   Elaun Sarahidup

                26.2.1 Seseorang petugas yang menjalankan tugas rasmi di luar
                       stesen bagi tempoh dua puluh empat (24) jam atau lebih,
                       layak menuntut elaun sarahidup mengikut kadar seperti
                       berikut:-


                                                                         Kadar
                             Kumpulan Jawatan
                                                                         (RM)
                           Eksekutif
                           Gred A2 ke atas                               75.00
                           Gred A3                                       60.00
                           Gred A4 dan ke bawah                          40.00
                           Bukan Eksekutif
                           RM800.00 dan ke atas                          35.00
                           Kurang dari RM800.00                          25.00



                26.2.2 Seseorang petugas tidak layak menuntut elaun sarahidup jika
                       kemudahan makan seluruhnya disediakan oleh Syarikat atau
                       Penganjur sewaktu bertugas rasmi di luar stesen.


                26.2.3 Jika seseorang petugas yang bertugas rasmi di luar          stesen
                       disediakan sarapan pagi atau makan tengahari atau           makan
                       malam, potongan yang dikenakan keatas tuntutan              elaun
                       sarahidup atau elaun harian mana yang berkenaan             adalah
                       berdasarkan kadar berikut:-


                                                            Kadar Potongan Atas Nisbah
                           Makan Yang Disediakan
                                                              Elaun Sarahidup/Harian
                        Sarapan pagi                                       20%
                        Makan tengahari                                    40%
                        Makan malam                                        40%




No. Dokumen:            Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :           Muka Surat: 19 / 33
                                              MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                 SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN               Muka Surat: 20
                                                     KEMUDAHAN



         26.3   Elaun Harian
                Seseorang petugas yang bertugas di luar stesen bagi tempoh melebihi
                lapan (8) jam tetapi kurang dari dua puluh empat (24) jam adalah layak
                menuntut elaun harian seperti berikut :-

                        Kumpulan Jawatan                     Kadar (RM)
                       Eksekutif
                       Gred A2 keatas                             37.50
                       Gred A3                                    30.00
                       Gred A4 dan kebawah                        20.00
                       Bukan Eksekutif
                       RM800.00 dan keatas                        17.50
                       Kurang dari RM800.00                       12.50


         26.4   Bayaran Sewa Hotel

                26.4.1 Seseorang petugas layak menuntut bayaran sewa hotel yang
                       disokong dengan resit mengikut kadar berikut :-


                                                               Kadar Kelayakan
                              Kumpulan Jawatan
                                                                 Maksimum
                           Eksekutif
                           Gred A2 keatas                   Sebenar (bilik biasa)
                           Gred A3 & A4                         RM160.00
                           Gred A5 dan kebawah                  RM120.00

                           Bukan Eksekutif
                           RM800.00 dan keatas                     RM100.00
                           Kurang dari RM800.00                    RM 80.00

                26.4.2 Seseorang petugas layak menuntut bayaran perkhidmatan dan
                       cukai perkhidmatan yang terwajib ke atas sewa hotel sebagai
                       tambahan kepada maksimum kelayakannya dengan syarat
                       bayaran tersebut ada tercatat di dalam bil sewa hotel
                       berkenaan.


                26.4.3 Seorang petugas yang disediakan tempat tinggal percuma oleh
                       Syarikat atau Penganjur tidak dibenarkan menuntut bayaran
                       sewa hotel atau elaun lojing.




No. Dokumen:            Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :              Muka Surat: 20 / 33
                                              MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                 SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN             Muka Surat: 21
                                                     KEMUDAHAN



         26.5   Elaun Lojing Tanpa Resit
                Seseorang petugas yang tidak menginap di hotel layak menuntut elaun
                lojing tanpa resit seperti berikut :-


                        Kumpulan Jawatan                   Kadar (RM)


                       Eksekutif
                       Gred A2 dan ke atas                     50.00
                       Gred A3 dan ke bawah                    40.00
                       Bukan Eksekutif
                       RM800.00 dan ke atas                    40.00
                       Kurang dari M800.00                     30.00



         26.6   Elaun Perjalanan Kenderaan

                26.6.1 Seseorang petugas yang menggunakan kenderaan sendiri bagi
                       menjalankan tugas rasminya di dalam negeri layak menuntut
                       elaun perjalanan kenderaan mengikut kadar seperti berikut :-


                                                              (Sen/ KM)
                           Kumpulan Jawatan
                                                        Kereta        Motosikal
                            Eksekutif                      50              15
                            Bukan Eksekutif                40              15


                26.6.2 Seseorang    petugas   adalah   dikehendaki   menggunakan
                       perkhidmatan kapal terbang bagi menjalankan tugas rasminya
                       di tempat yang boleh dihubungi terus oleh kapal terbang dan
                       dengan itu tidak layak menuntut elaun perjalanan kenderaan
                       melainkan di dalam keadaan seperti berikut:-

                       (1) Jika jarak diantara kedua-dua tempat adalah kurang
                           daripada 240km;
                       (2) Apabila seseorang petugas dikehendaki juga menjalankan
                           tugas rasminya di beberapa tempat di sepanjang
                           perjalanan;
                       (3) Apabila didapati mustahak dan terpaksa bagi seseorang
                           petugas berkenderaan sendiri;
                       (4) Apabila seseorang petugas perlu atau terpaksa membawa
                           petugas lain sebagai penumpangnya yang juga
                           menjalankan tugas rasmi.




No. Dokumen:            Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :            Muka Surat: 21 / 33
                                                 MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                    SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN             Muka Surat: 22
                                                        KEMUDAHAN



                26.6.3 Tuntutan perjalanan kenderaan hanya akan dibayar jika:-
                       (1)        Perjalanan tersebut ialah untuk tugas Syarikat.
                       (2)        Tuntutan itu dibuat ke atas kenderaan yang dipunyai
                                  atau disimpan oleh petugas yang membuat tuntutan.
                                  Adalah tidak dibenarkan jika dua (2) orang atau lebih
                                  petugas membuat tuntutan menggunakan kenderaan
                                  yang sama dalam satu-satu bulan (kecuali hak miliknya
                                  telah dipindahkan dari satu petugas kepada petugas
                                  yang lain dalam tempoh satu [1] bulan).
                       (3)        Petugas yang tidak mempunyai kenderaan sendiri dan
                                  dikehendaki membuat perjalanan dengan teksi atau bas
                                  untuk menjalankan tugas rasmi boleh membuat
                                  tuntutan ke atas perbelanjaan sebenarnya mengikut
                                  kadar tambang bagi seorang.
                       (4)        Syarikat tidak akan membayar denda yang dikenakan
                                  ke atas petugas yang melakukan kesalahan trafik dalam
                                  masa     bertugas    dan    Syarikat    tidak    akan
                                  bertanggungjawab terhadap kerosakan, kehilangan
                                  kenderaan atau susutan nilai akibat dari menjalankan
                                  tugas tersebut.

                26.6.4 Bagi petugas yang disediakan kereta rasmi pejabat, Syarikat
                       menanggung perbelanjaan petrol seperti berikut :-


                                     Gred                  Had Ditanggung Syarikat
                                                                    ( RM )
                            SM1                         700 sebulan @ 8400 setahun
                            SM2                         600 sebulan @ 7200 setahun
                            SM3                         500 sebulan @ 6000 setahun
                            A1 Ke bawah                 400 sebulan @ 4800 setahun


                       Amaun ini tidak termasuk perbelanjaan petrol untuk tugas rasmi di
                       luar stesen.


         26.7   Pelbagai

                26.7.1 Seseorang petugas sama ada bertugas di luar stesen layak
                       menuntut belanja pelbagai seperti berikut:-

                       (1)        Tambang pengangkutan awam tempatan untuk tugas-
                                  tugas rasmi.
                       (2)        Bayaran dobi yang disokong dengan resit apabila
                                  petugas bertugas dan terpaksa menginap di luar
                                  stesyen tidak kurang daripada tempoh tiga (3) malam.




No. Dokumen:               Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :            Muka Surat: 22 / 33
                                              MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                 SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN       Muka Surat: 23
                                                     KEMUDAHAN



                       (3)     Bayaran cukai lapangan terbang yang disokong dengan
                               resit.
                       (4)     Bayaran “Excess Baggage” untuk barang-barang
                               rasmi yang disokong dengan resit.
                       (5)     Bayaran tempat letak kereta, bayaran tol dan bayaran
                               feri yang disokong dengan resit.


                26.7.2 Semua tuntutan kerana menjalankan tugas rasmi di luar stesen
                       dikira bermula dari dan berakhir di stesen tempat kerja biasa
                       seseorang petugas atau dari kediamannya jika jarak perjalanan
                       sebenar kurang dari jarak    yang ditetapkan. Tuntutan dari
                       kediaman juga dibenarkan bagi perjalanan dari dan ke lapangan
                       terbang untuk menjalankan tugas rasmi.


                26.7.3 Tuntutan bagi sesuatu bulan hendaklah dikemukakan untuk
                       pembayaran di bulan berikutnya tertakluk kepada tidak lewat
                       dari 3 bulan dari tarikh perjalanan itu dilakukan.


         26.8   Kemudahan Perjalanan Dengan Kapalterbang
                Seseorang petugas adalah digalakkan menggunakan perkhidmatan
                kapalterbang untuk menjalankan tugas rasminya bagi tujuan menjimatkan
                masa dalam perjalanan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

                26.8.1 Seseorang petugas hendaklah menggunakan kemudahan
                       penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) kecuali atas
                       sebab-sebab rasmi beliau dikehendaki sampai ketempat yang
                       dituju pada hari dimana MAS tidak membuat penerbangan
                       ketempat tersebut atau MAS telah memperakui tidak ada
                       kekosongan di dalam penerbangan MAS atau mana-mana
                       penerbangan yang diuruskan oleh MAS.
                26.8.2 Perjalanan udara hendaklah melalui laluan perjalanan yang paling
                       dekat dan menggunakan kemudahan tambang murah yang
                       disediakan oleh MAS.
                26.8.3 Semua petugas jika menaiki kapalterbang dalam menjalankan
                       tugas-tugas hendaklah menggunakan Kelas „Ekonomi‟, kecuali
                       Ketua Eksekutif/Pengarah Eksekutif ke atas untuk Kelas
                       „Business‟.


         26.9   Tuntutan Bagi Menghadiri Temuduga Dan Peperiksaan
                26.9.1 Temuduga dan/atau Peperiksaan Dalaman
                26.9.2 Petugas yang menghadiri temuduga dalaman atau peperiksaan
                       yang dianjurkan oleh Syarikat boleh menuntut tambang/
                       perjalanan kenderaan, elaun sarahidup dan bayaran sewa hotel
                       atau elaun lojing (sekiranya hotel tidak disediakan), menurut
                       kadar tuntutan menjalankan tugas rasmi.



No. Dokumen:            Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :      Muka Surat: 23 / 33
                                                MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                   SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN                Muka Surat: 24
                                                       KEMUDAHAN



                 26.9.3 Sekiranya pengangkutan tidak disediakan, asas tuntutan adalah
                        berdasarkan prinsip “car-pool” yang diaturkan oleh pengurusan
                        Wilayah atau Projek.
                 26.9.4 Peperiksaan Luar
                 26.9.5 Sekiranya peperiksaan dianjurkan oleh agensi luar yang diperakui
                        oleh Syarikat dan tertakluk kepada kebenaran Syarikat seperti
                        peperiksaan yang dikendalikan oleh Jabatan Keselamatan dan
                        Kesihatan Pekerjaan, Tenaga Nasional Berhad atau agensi-agensi
                        yang diluluskan oleh Syarikat, tuntutan tambang perjalanan
                        kenderaan, elaun sarahidup dan bayaran sewa hotel atau elaun
                        lojing tanpa resit boleh dituntut terhad kepada sekali sahaja
                        bagi setiap jenis peperiksaan. Petugas hanya boleh membuat
                        tuntutan    setelah    lulus    dalam  peperiksaan-peperiksaan
                        berkenaan.
                 26.9.6 Semua tuntutan yang dikemukakan mesti disokong dengan
                        perakuan lulus dari agensi berkenaan.
                 26.9.7 Bagi Petugas Bergaji Bulan tuntutan adalah meliputi tambang
                        Perjalanan kenderaan, elaun sara hidup dan bayaran sewa hotel
                        atau elaun lojing tanpa resit. Bagi Petugas Bergaji Hari
                        tuntutan terhad kepada tambang teksi pergi balik untuk
                        seorang sahaja.


         26.10   Tuntutan Perjalanan Dan Tambang Rawatan Perubatan
                 26.10.1 Pemberian kemudahan ini adalah untuk Petugas Bergaji Bulan
                         dan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:-
                           i.    Kenderaan kilang tidak dapat              digunakan      untuk
                                 menghantar petugas ke klinik.
                          ii.    Rawatan    yang diperlukan tergulung dalam rawatan
                                 kecemasan.
                         iii.    Time-slip dari klinik disertakan sebagai pengesahan.
                         iv.     Jika menggunakan kenderaan sendiri atau menumpang
                                 hanya seorang petugas sahaja boleh membuat tuntutan
                                 berasaskan prinsip „car-pool‟.
                          v.     Jika menggunakan perkhidmatan bas, tiket perjalanan
                                 hendaklah disertakan.
                         vi.     Kemudahan ini juga diperluaskan kepada salah seorang
                                 daripada ibu atau bapa yang mengiringi anak mereka
                                 untuk mendapatkan rawatan kecemasan, dengan syarat
                                 anak tersebut berumur kurang dari 12 tahun.
                         vii.    Kadar tuntutan perjalanan dan tambang rawatan adalah
                                 RM0.15/km di Semenanjung dan RM0.19/km di
                                 Sabah/Sarawak.




No. Dokumen:              Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :               Muka Surat: 24 / 33
                                                   MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                      SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN                    Muka Surat: 25
                                                          KEMUDAHAN




         26.11   Tuntutan Bagi Menyelaras, Mengurus atau Mengambil Bahagian Dalam
                 Aktiviti Sukan
                 Kegiatan sukan yang dianjurkan oleh Syarikat adalah      bertujuan
                 melahirkan semangat kekitaan disamping memberi kesempatan kepada
                 petugas berinteraksi dan merapatkan hubungan. Dengan itu Syarikat
                 memberi kemudahan-kemudahan tertentu bagi membolehkan aktiviti ini
                 berjalan lancar. Diantara kemudahan yang diberi adalah:-


                      Peranan                           Perkara                       Kemudahan

                  Penyelaras pasukan           Tuntutan perjalanan              Menurut kadar bertugas
                                               kenderaan,                       rasmi di luar stesen.
                                               elaun sarahidup/harian,
                                               sewa hotel / elaun lojing


                  Pengurus pasukan,            Tuntutan perjalanan              Menurut kadar bertugas
                  Pengadil dan                 kenderaan                        rasmi di luar stesen.
                  Pemain.
                                               Bantuan Makan:
                                                  Makan Pagi                    RM5.00
                                                  Makan Tengahari               RM7.50
                                                  Makan Malam                   RM7.50
                                                   Hotel/ lojing                Disediakan.

                                               Status pekerjaan                 Diberi pelepasan bekerja
                                                                                dengan gaji penuh tanpa
                                                                                elaun khidmat dan tanpa
                                                                                menjejaskan elaun
                                                                                kedatangan.

                                               Cuti Rehat/Am dalam              Tidak berhak kepada cuti
                                               tempoh bersukan                  gantian.



         26.12   Kelulusan Bayaran
                 Kelulusan bayaran bagi tuntutan di peringkat projek hendaklah mengikut
                 kaedah berikut :
                 26.12.1 Butir-butir tuntutan perlu „Diperiksa‟                     oleh   Kerani      dan
                         „Disemak‟ oleh Penolong Pengurus.
                 26.12.2 Ruangan „Ketua Bahagian‟ dan ruangan „Diluluskan‟ untuk
                         pembayaran dikhaskan kepada Pengurus Projek.
                 26.12.3 Tuntutan perjalanan petugas Eksekutif di projek hendaklah
                         dimajukan kepada Pejabat Wilayah untuk Diperiksa, Disemak
                         dan Diluluskan bagi pembayaran.
                 26.12.4 Salinan borang tuntutan perlu difailkan dengan teratur bagi
                         tujuan pemeriksaan dan semakan.

No. Dokumen:             Tarikh di edarkan :                 Tarikh Pindaan :                 Muka Surat: 25 / 33
                                                MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                  SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN              Muka Surat: 26
                                                      KEMUDAHAN



         26.13   Kawalan Pergerakan Petugas Yang Menjalankan Tugas Di Luar Stesen
                 26.13.1 Terdapat petugas-petugas di projek yang menjalankan tugas di
                         luar stesen samada menggunakan kenderaan sendiri atau
                         kenderaan Syarikat terutama bagi urusan pengambilan
                         alatganti dan perjumpaan dengan pihak-pihak yang berkaitan
                         dengan projek. Aktiviti-aktiviti seperti ini didapati semakin
                         rumit untuk dikawal dan di beberapa projek telah berlaku kes-
                         kes yang tidak diingini seperti penyelewengan dan penipuan
                         tuntutan perjalanan.
                 26.13.2 Adalah menjadi tanggungjawab bersama pihak pengurusan dan
                         petugas membendung perkara-perkara tersebut daripada terus
                         berlaku. Sebagai langkah mengatasinya dan bagi memudahkan
                         pengawalan pergerakan petugas, berikut adalah perkara-perkara
                         yang perlu diikuti dan dilaksanakan di peringkat projek iaitu:-
                          i)    Penggunaan Kad Perakam Waktu
                                (1)      Semua petugas termasuk Pengurus Projek yang
                                         hendak keluar masuk kawasan projek samada
                                         untuk datang dan balik bertugas atau keluar
                                         menjalankan tugas di luar stesen diingatkan supaya
                                         merakamkan waktu keluar masuk tersebut pada
                                         kad perakam waktunya.
                                (2)      Bagi petugas yang balik dari bertugas di luar stesen
                                         pada waktu luar pejabat/malam dan tidak dapat
                                         merakamkannya pada          kad perakam waktu,
                                         pengesahan Ketua Projek mestilah diperolehi pada
                                         keesokan harinya.

                          ii) Kebenaran Pengurusan
                                Pengurusan projek terutama Pengurus dan Penolong
                                Pengurus diminta meneliti dan mempastikan aktiviti-aktiviti
                                yang dijalankan oleh petugas semasa keluar menjalankan
                                tugas di luar stesen mendapat kebenaran terlebih dahulu.

                          iii) Penetapan Jangkamasa Dan Jarak Perjalanan
                                Disamping menentukan jarak di antara projek dan destinasi
                                yang hendak dituju, Pengurus Projek juga diminta
                                menetapkan jangkamasa yang munasabah yang harus
                                diambil oleh petugas untuk menjalankan tugas di luar stesen.
                                Penetapan jangkamasa ini perlu dibuat bagi memudahkan
                                Pengurusan projek mengawal pergerakan petugas.

                          iv) Pengambilan Alatganti
                                Sekiranya timbul keperluan segera bagi sesuatu alat ganti,
                                hanya petugas yang berkaitan dengan pentadbiran setor
                                sahaja yang dibenarkan mengambilnya di tempat pembekal.
                                Petugas yang tidak berkaitan tidak dibenarkan keluar bagi
                                tujuan-tujuan yang dikira di luar bidang tugas mereka kecuali



No. Dokumen:             Tarikh di edarkan :             Tarikh Pindaan :           Muka Surat: 26 / 33
                                              MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                 SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN                   Muka Surat: 27
                                                     KEMUDAHAN

                               atas sebab yang        munasabah          dan   dengan     kebenaran
                               Pengurusan projek.

                         v) Perancangan Perjalanan
                               Ketua Projek hendaklah merancang dan mengawal perjalanan
                               tugas di luar stesen oleh petugasnya untuk mengelakkan
                               berlakunya lebih daripada seorang petugas menjalankan
                               tugas yang sama atau ke tempat yang sama yang mana
                               difikirkan tidak wajar berlaku.

                26.13.3 Perlaksanaan perkara-perkara di atas bukan sahaja untuk
                        mengesahkan tuntutan perjalanan yang dibuat oleh petugas
                        tetapi juga sebagai bukti kepada pihak Perkeso atau Insuran
                        sekiranya terjadi kes-kes kemalangan di luar stesen atau di luar
                        waktu bertugas.


  27.    Kadar Elaun dan Bayaran Kepada Petugas Syarikat Kerana Bertugas di
         Luar Negeri

         27.1   Pendahuluan
                Petugas yang dikehendaki bertugas di luar stesen di luar negeri bagi
                tempoh tidak melebihi 3 bulan layak menuntut elaun dan bayaran
                berdasarkan kepada kadar-kadar yang telah ditetapkan.

         27.2   Elaun Sarahidup/Elaun Harian
                27.2.1 Kadar elaun sarahidup (USD/hari*) yang boleh dituntut bagi tiap-
                       tiap kali bermalam di luar negeri seperti berikut :-


                                                         Kadar Mengikut Kategori Negara
                                      Gaji                Kos                Kos              Kos
                                                       Sarahidup          Sarahidup        Sarahidup
                                                         Tinggi           Sederhana         Rendah
                      RM10,000 ke atas                  USD80.00          USD70.00         USD60.00
                      RM2,500 bawah RM10,000            USD70.00          USD60.00         USD50.00
                      Bawah RM2,500                     USD60.00          USD50.00         USD40.00


                      Catatan: * Pada kadar pertukaran RM3.80/USD dan akan disesuaikan
                                apabila kadar ini berubah (naik/turun sebanyak 5%)

                27.2.2 Kadar elaun harian adalah separuh daripada elaun sarahidup
                27.2.3 Kategori negara-negara mengikut kos sarahidup adalah seperti di
                       lampiran .

                27.2.4 Elaun sarahidup boleh dituntut jika seseorang petugas itu
                       meninggalkan tempat dimana ianya menjalankan tugas rasmi
                       pada jam 6.00 petang atau selepasnya (mengikut waktu negara
                       berkenaan).




No. Dokumen:            Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :                  Muka Surat: 27 / 33
                                              MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                 SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN               Muka Surat: 28
                                                     KEMUDAHAN

                27.2.5 Seseorang petugas yang meninggalkan tempat yang di mana
                       ianya menjalankan tugas rasmi pada jam 1.00 tengahari atau
                       selepasnya tetapi sebelum jam 6.00 petang (mengikut waktu
                       negara berkenaan) pada hari ketibaan hanya layak menuntut
                       elaun harian iaitu separuh dari elaun sarahidup.

                27.2.6 Seseorang petugas yang sedang dalam perjalanan tetapi
                       dikehendaki menunggu penerbangan di sesuatu tempat di luar
                       negeri yang tempohnya melebihi dari 6 jam adalah layak
                       menuntut elaun harian.

                27.2.7 Seseorang petugas yang melakukan perjalanan penerbangan
                       melebihi dua belas (12) jam terus menerus untuk menuju
                       matlamatnya dibenarkan singgah bermalam untuk satu malam
                       sahaja di sesuatu tempat dalam perjalanan itu, iaitu sekali
                       semasa perjalanan pergi dan sekali dalam perjalanan pulang,
                       dengan syarat bahawa jalan yang ditempoh itu merupakan
                       perjalanan yang diperakui singkat sekali.     Bagi tempoh
                       persinggahan tersebut layak menuntut elaun sarahidup atau
                       elaun harian dan bayaran sewa hotel.

                27.2.8 Seseorang petugas yang perlu singgah bermalam semasa dalam
                       perjalanan disebabkan oleh ketiadaan kapalterbang atau
                       kemudahan pengangkutan yang lain dan juga perbelanjaan
                       bermalam itu tidak diimbuhi oleh mana-mana Syarikat
                       penerbangan adalah layak juga menuntut elaun sarahidup atau
                       elaun harian dan bayaran sewa hotel.

                27.2.9 Seseorang petugas tidak layak menuntut elaun sarahidup atau
                       elaun harian jika kemudahan makan disediakan oleh Syarikat
                       atau Penganjur.


         27.3   Bayaran Sewa Hotel / Elaun Lojing

                27.3.1 Seseorang petugas yang terpaksa bermalam ketika menjalankan
                       tugas rasmi di luar negeri layak menuntut bayaran sewa hotel
                       sebenar seperti berikut :-


                                     Gred Gaji            Taraf Hotel & Jenis Bilik

                                 Gred SM 1                Hotel 5 bintang (Bilik Biasa)
                                 SM2 & SM3                Hotel 4 bintang (Bilik Biasa)
                                 A1 Ke bawah              Hotel 3 bintang (Bilik Biasa)


                27.3.2 Bayaran perkhidmatan, cukai dan lain-lain bayaran yang
                       diwajibkan ke atas sewa hotel boleh dituntut dan dikira sebagai
                       sebahagian dari kadar bayaran sewa hotel berkenaan.




No. Dokumen:            Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :              Muka Surat: 28 / 33
                                               MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                  SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN                   Muka Surat: 29
                                                      KEMUDAHAN



                27.3.3 Seseorang petugas layak menuntut elaun lojing jika tidak menuntut
                       bayaran sewa hotel atau tidak dapat menduduki kediaman yang
                       disediakan oleh Syarikat atau Penganjur mengikut kadar berikut:-

                                    Kumpulan Petugas                      Elaun Lojing

                                   Eksekutif                                 RM100
                                   Bukan Eksekutif                           RM 70


                27.3.4 Seseorang petugas tidak layak menuntut bayaran sewa hotel
                       atau elaun lojing sekiranya tempat tinggal disediakan oleh
                       Syarikat atau Penganjur.



         27.4   Belanja Pelbagai
                Seseorang petugas layak menuntut belanja pelbagai seperti berikut:-

                27.4.1 Tambang pengangkutan awam tempatan untuk tugas-tugas
                       rasmi jika kenderaan tidak disediakan oleh Syarikat atau
                       Penganjur.
                27.4.2 Bayaran telefon, telegram dan bayaran pos atas urusan rasmi.
                27.4.3 Belanja dobi yang disokong dengan resit.
                27.4.4 Tuntutan bagi bayaran “tip” “gratuities” atau “porterage”
                       mengikut bayaran sebenar yang disokong dengan resit atau
                       dengan membuat perakuan mengenainya.
                27.4.5 Bayaran cukai lapangan terbang yang disokong dengan resit.
                27.4.6 Bayaran “Excess Baggage” untuk barang-barang rasmi yang
                       disokong dengan resit.


         27.5   Elaun Pakaian Panas
                27.5.1 Seseorang petugas (tidak termasuk petugas yang berkhidmat di
                       luar negeri yang tertakluk kepada arahan yang berasingan)
                       adalah layak menuntut Elaun Pakaian Panas sebanyak
                       RM1,000.00 (Ringgit: Satu Ribu Sahaja) apabila dikehendaki
                       bertugas di luar negeri dalam kawasan beriklim sederhana sekali
                       di dalam tempoh 3 tahun.
                27.5.2 Elaun ini hendaklah dituntut sebelum pergi ke luar negeri atau
                       selewat-lewatnya satu (1) bulan selepas petugas itu pulang dari
                       luar negeri.     Kelulusan elaun pakaian panas ini hendaklah
                       dicatitkan di dalam fail peribadi petugas tersebut.




No. Dokumen:            Tarikh di edarkan :            Tarikh Pindaan :                  Muka Surat: 29 / 33
                                              MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                 SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN                   Muka Surat: 30
                                                     KEMUDAHAN




         27.6   Perbelanjaan Perubatan
                Seseorang petugas yang jatuh sakit semasa bertugas rasmi di luar negeri
                dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan perubatan adalah layak
                menuntut belanja perubatan tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-
                27.6.1 Amaun perbelanjaan perubatan hendaklah munasabah dan
                       seboleh-bolehnya    menggunakan     perkhidmatan kesihatan
                       kerajaan yang ada di negara berkenaan.
                27.6.2 Perbelanjaan perubatan          berkenaan         hanya   bagi      rawatan
                       perubatan biasa sahaja.
                27.6.3 Elaun sarahidup tidak boleh dituntut bagi tempoh rawatan wad di
                       mana-mana hospital.
                27.6.4 Bayaran-bayaran Hospital adalah ditanggung oleh Syarikat dan
                       petugas hanya dikenakan bayaran wad menurut kadar yang
                       ditetapkan bagi di dalam negeri kecuali kecederaan yang berlaku
                       semasa menjalankan tugas rasmi yang mana bayarannya adalah
                       ditanggung sepenuhnya oleh Syarikat.
                27.6.5 Di negara yang mewajibkan pengambilan insuran perubatan bagi
                        mendapat rawatan di Hospital, bayaran premium perubatan
                        adalah ditanggung oleh Syarikat.


         27.7   Kemudahan Perjalanan Dengan Kapalterbang
                Seseorang petugas adalah digalakkan menggunakan perkhidmatan
                kapalterbang untuk menjalankan tugas rasminya bagi tujuan menjimatkan
                masa dalam perjalanan tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut :-
                27.7.1 Hendaklah menggunakan kemudahan penerbangan Sistem
                       Penerbangan Malaysia (MAS) kecuali, atas sebab-sebab rasmi beliau
                       dikehendaki sampai ditempat yang dituju pada hari di mana MAS
                       tidak membuat penerbangan ketempat tersebut atau MAS telah
                       memperakui tidak ada kekosongan di dalam penerbangannya atau
                       mana-mana penerbangan yang diuruskan oleh MAS.
                27.7.2 Perjalanan udara hendaklah melalui laluan perjalanan yang paling
                       dekat dan menggunakan kemudahan tambang murah yang
                       disediakan oleh MAS.
                27.7.3 Hendaklah menggunakan kelas “Ekonomi” kecuali Ketua
                       Eksekutif/Pengarah Eksekutif ke atas boleh menggunakan kelas
                       “Business”.




No. Dokumen:            Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :                  Muka Surat: 30 / 33
                                              MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                 SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN       Muka Surat: 31
                                                     KEMUDAHAN




         27.8   Pendahuluan Tuntutan Perjalanan
                Seseorang petugas yang dikehendaki bertugas di luar negeri adalah layak
                memohon pendahuluan bagi tujuan bayaran sewa hotel dan elaun
                sarahidup.
                27.8.1 Jika seseorang petugas yang telah diberi pendahuluan, beliau
                       hendaklah membayar balik pendahuluan itu melalui tuntutan
                       perjalanan yang mana tuntutan tersebut hendaklah dikemukakan
                       kepada Ketua Jabatan tidak lewat daripada 10 haribulan di bulan
                       berikutnya.    Sekiranya beliau itu gagal membayar balik
                       pendahuluan menurut tempoh yang ditetapkan, Ketua Jabatan
                       hendaklah mengarahkan potongan dibuat melalui gaji petugas
                       berkenaan pada bulan berikutnya.
                27.8.2 Seseorang petugas tidak layak diberi sebarang pendahuluan
                        sekiranya beliau belum menjelaskan sepenuhnya sebarang
                        pendahuluan berkaitan dengan tuntutan perjalanan yang telah
                        diberikan kepadanya terdahulu.




No. Dokumen:            Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :      Muka Surat: 31 / 33
                                                    MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                       SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN             Muka Surat: 32
                                                           KEMUDAHAN



                                                                                          Lampiran


                            KUMPULAN NEGARA MENGIKUT TARAF KOS




                KOS RENDAH                        KOS SEDERHANA                  KOS TINGGI


               Bangladesh           Afghanistan              Nauru             Algeria
               Fiji                 Argentina                New Zealand       Australia
               Laos                 Bolivia                  Nigeria           Austria
               N. Korea             Brazil                   Norway            Bahrain
               Nepal                Bulgaria                 Pakistan          Belgium
               Myanmar              Brunei                   Peru              Canada
               Samoa                Czehoslovakia            Philippines       Cyprus
                                    Chile                    Poland            Dubai
                                    China                    Portugal          Egypt
                                    Cambodia                 Romania           France
                                    Dahomey                  Sudan             Finland
                                    Denmark                  Sychelles         Germany
                                    Ethiopia                 Sweden            Iran
                                    Guiena                   Spain             Iraq
                                    Guyana                   Sri Langka        Ireland
                                    Ghana                    Singapore         Italy
                                    Greece                   South Africa      Japan
                                    Hong Kong                S. Korea          Jordan
                                    Hungary                  Thailand          Kuwait
                                    India                    Trinidad          Lebanon
                                    Indonesia                Tobago            Libya
                                    Jamaica                  Taiwan            Luxembourg
                                    Kenya                    Tunisia           Netherland
                                    Maldives                 Tanzania          Qatar
                                    Malta                    Uganda            Saudi Arabia
                                    Mali                     SSR               Switzerland
                                    Maurities                Vietnam           Turkey
                                    Mexico                                     UAE
                                    Morocco                                    UK
                                                                               USA
                                                                               Zambia


               Kategori negara-negara kos tinggi, sederhana dan rendah ditentukan oleh
               Pengarah Urusan Kumpulan.




No. Dokumen:                Tarikh di edarkan :             Tarikh Pindaan :            Muka Surat: 32 / 33
                                             MANUAL PENTADBIRAN
        FELDA PALM INDUSTRIES                SUMBER MANUSIA – ELAUN DAN      Muka Surat: 33
                                                    KEMUDAHAN




No. Dokumen:           Tarikh di edarkan :           Tarikh Pindaan :     Muka Surat: 33 / 33

						
Related docs
Other docs by QqK5Ho7
????????????????????? - DOC 3
Views: 29  |  Downloads: 0
Leeswijzer
Views: 99  |  Downloads: 0
Borang KSD-1
Views: 33  |  Downloads: 0
CURSO: 5� B�SICO
Views: 305  |  Downloads: 0
Sheet1
Views: 5  |  Downloads: 0
Senate District, District 1
Views: 3  |  Downloads: 0
Twister 4 (LOE) - Richmond Publishing
Views: 189  |  Downloads: 0