SIM2209
E-PENTADBIRAN
MODUL
PENGAJARAN
Disusun Oleh:
MOHAMMAD SOFIAN BIN HASHIM
KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR
Bab 1
KONSEP
ORGANISASI MAYA
2
Pengenalan
Kewujudan teknologi rangkaian komputer dan telekomunikasi telah
membantu syarikat-syarikat mengkoordinasi keupayaan yang teragih
secara geografi kepada Organisasi Maya.
“Collaborative Application” seperti persidangan berasaskan komputer,
perkongsian pangkalan data, perkongsian aplikasi, pengurusan aliran
kerja, pengurusan projek dan persidangan video boleh digunakan unutk
menyokong penggunaan yang teragih bersama-sama.
Sistem kerjasama mewujudkan persekitaran kerja di mana individu dalam
oranisasi boleh berinteraksi, mengumpul kemahiran dan berkongsi
maklumat serta pengetahuan.
Definasi Organisasi Maya
Organisasi bermaksud “komponen-komponen yang bertugas (termasuklah
komponen manusia dan komponen-komponen lain seperti peralatan dan
perkakasan) bagi mencapai sesuatu matlamat.”
Maya bermaksud “ keadaan yang wujud tanpa persekitaran fizikal”
Pentadbiran bermaksud “menjalankan sesuatu urusan berasaskan kepada
tugas dan tanggungjawab”.
Elektronik bermaksud “menggunakan ICT bagi menggantikan kerja yang
dilakukan secara manual.”
Kolaborasi bermaksud “perkongsian dan kerjasama bagi mencapai
sesuatu objektif:
Organisasi Maya membolehkan manusia berhubung di antara satu sama
lain tanpa perlu hadir secara fizikal pada satu-satu lokasi dan di
hubungkan dengan menggunakan rangkaian komputer.
Organisasi maya juga bermaksud “rangkaian sementara yang terdiri dari
syarikat, pembekal, pelanggan dan pekerja yang dihubungkan oleh
teknologi maklumat dan komunikasi, dengan tujuan untuk menghasilkan
produk.”
Dua contoh perisian yang berkonsepkan organisasi maya adalah:
1. MS NetMeeting
2. Lotus Notes
Sebab-sebab Pembentukan Organisasi Maya
1) Dapat memudahkan urusan. (lebih mesra pengguna)
2) Memastikan semua urusan dapat ditakbir dengan lancar dan berkesan.
3) Memastikan semua urusan dapat dicapai dengan lebih cepat dan tepat.
4) Dapat memudahkan kawalan (control).
5) Dapat mempertingkatkan mutu (kualiti) dan produktiviti kerja.
Langkah-langkah Pembentukan Organisasi Maya
Perolehan peralatan
Pemasangan
Latihan
Penyelenggaraan
Promosi dan kempen kesedaran
3
Kepentingan Pentadbiran Elektronik kepada warga organisasi.
1) Mudah
2) Cepat
3) Menjimatkan kos
4) Menjimatkan sumber
5) Dapat tingkatkan kualiti dan produktiviti
Kelemahan Pentadbiran Elektronik
1) Keselamatan
2) Kesukaran untuk berkongsi
3) Lebih percaya kepada sistem manual
4) Takut hak mereka di ambil alih oleh ICT
5) Susah untuk mencuba sesuatu yang baru
Cara mengatasi kelemahan
1) Tingkatkan pengetahuan tentang keselamatan
2) Galakkan kepentingan perkongsian
3) Beri latihan
4) Kempen kesedaran
5) W ujudkan kepentingan kepada pembaharuan
Struktur Maya
Pasukan Maya Peranan pasukan maya adalah
(Virtual Team) perlu dan individu yang di pilih
adalah berdasarkan kepada
kemahiran yang dimilikinya.
Makmal Maya Peserta-peserta adalah terdiri
(virtual laboratory (collaboratories) daripada pakar-pakar yang
dipanggil untuk menyumbang
kepada satu projek dimana
Pejabat Maya .
k eranan n t a t at u di r er ukka
Pemahirapejerbentdipepunltukan n
(Virtual office) kepada individu yang dipanggil
untuk menjalankan
tanggungjawab pejabat jika perlu.
Kedai Maya Produk kedai berubah dengan
(Virtual shops) cepat dengan adanya pembekal
yang menjadi pusat membeli-
belah secara maya.
Organisasi Maya Keseluruhan organisasi adalah
(Virtual organization) maya.
Ciri–ciri Organisasi Maya
1)Organisasi maya adalah bersifat global
2)Perkongsian sumber dan kemahiran
3)Penggunaan ICT dalam sebarang urusniaga
4)Pakatan untuk mencapai matlamat bersama
4
5)Integrasi Menegak
1. Globalisasi
Untuk mencapai keuntungan yang maksima, sumber perlu diagihkan.
Organisasi sebagai ibu pejabat yang kecil yang beroperasi dengan unit
dalaman, pakatan yang terbina dan sub kontraktor yang berbeza.
Konsep organisasi maya tidak hanya tertumpu dalam kawasan sesebuah
negara sahaja, malah menurut Wold (1995) san Coates (1994), idea
organisasi maya patut terdiri daripada jabatan-jabatan yang berselerakan
di serata dunia.
2. Perkongsian (Collaboration)
Salah satu komponen penting yang perlu ada bagi sesebuah organisasi
maya adalah kerjasama di kalangan pekerja didalam organisasi terbabit
yang berselerakan sama ada didalam sesebuah negara ataupun di merata
tempat di dunia ini.
Dubuskas (1995) dan Craner (1995) menjelaskan bahawa organisasi
maya adalah satu pasukan maya.
Pasukan maya akan membentuk sesuatu organisasi, sebahagian dari
proses yang berterusan, dihasilkan dari penggunaan
Groupware.Perkongsian disini bermaksud sekumpulan manusia yang
bertanggungjawab dalam mencapai sesuatu matlamat dengan berkongsi
kemahiran dan sumber.
3. Pengunaan ICT
Tapscott (1996) dan Fisher (1993) menekankan bahawa ICT menjadi
mekanisme yang penting dalam penubuhan organisasi maya.
Coates (1994) menerangkan bahawa IT telah menukar hubungan
tradisional pengurusan dengan kerja kepada faktor masa dan ruang.
Tapscott (1996) juga menerangkan bahawa kombinasi jaringan syarikat,
individu dan organisasi akan membentuk satu perniagaan.
Fisher (1993) menerangkan bahawa pekerja organisasi maya akan berali
ke arah pakatan dan perkongsian untuk menghasilkan produk
Setalah itu pakatan itu akan dilupuskanIni membolehkan kos dapat
dikongsi, masa dapat dikurangkan dan proses rekabentuk serta
pengeluaran akan menjadi lebih efektif.
4. Pakatan Untuk Mencapai Matlamat Bersama
Goldman (1995) menerangkan bahawa organisasi maya adalah sebagai
kumpulan syarikat yang berpakat untuk mendapai matlamat tertentu dan
menghasilkan produk dengan sumber yang dikongsi bersama.
Organisasi maya sebagai pengagih proses perniagaan dimana sumber
dihimpun dan kemudian di lupuskan
5. Integrasi Menegak
Supaya dapat bertindak terhadap pasaran, organisasi maya perlu
bertindak terhadap permintaan pelanggan dan mengukuhkan hubungan.
Organisasi maya terdiri dari syarikat yang akan berhadapan dengan
pelanggan dan jaringan syarikat lain.
Kebaikan Organisasi Maya
5
1) Menambah kelebihan untuk berdaya saing
2) Lebih fleksible
3) Lebih responsive terhadap pasaran
4) Mempertingkatkan komunikasi dan kawalan dalaman
5) Mempertingkatkan perkhidmatan pelanggan
6) Kos yang rendah
Keburukan Organisasi Maya
1) Budaya kerja setempat
Dalam organisasi maya, bekerja merentasi budaya adalah merupakan
satu cabaran yang besar.
Adalah sukar bagi mana-mana pekerja bekerja bersama rakan yang
berlainan negara, bangsa, agama, dan sebagainya.
Ini adalah kerana setiap budaya mempunyai cara, bentuk, pemikiran,
dan pendekatan yang berbeza-beza.
2) Kos yang tinggi dalam sesuatu aspek
3) Kurang kepercayaan dan penghormatan
4) Undang-undang kurang diperketatkan
Salah Tanggap Terhadap Organisasi Maya
1. Syarikat berasaskan Internet
Organisasi yang menggunakan internet untuk menjual produk tidak
dianggap salah satu contoh organisasi maya kerana tiada
persepakatan dan perkongsian kerja di antara pekerja wujud.
Syarikat yang menjual barangan dan perkhidmatan di internet adalah
sebuah syarikat yang dikenali sebagai „teleshopping” atau “e-
marketing”
2. Persekitaran Transaksi Elektronik
Setiap organisasi yang berhubungan antara satu sama lain hanya
untuk pertukaran maklumat sahaja tetapi tidak melibatkan perkongsian
sumber tidak dianggap sebagai organisasi maya.
6
BAB 2
BEKERJA DALAM
PASUKAN MAYA
7
Pengenalan
Pasukan kerja maya secara global adalah salah satu komponen penting
dalam organisasi rangkain.
Rangkaian elektronik telah membangun dan membentuk organisasi baru
yang juga dikenasi sebagai “spider‟s web”.
Individu atau pasukan menyertai rangkaian bila mereka boleh menambah
nilai (added value) dan keluar dari rangkaian bila ia tidak diperlukan lagi.
Ramai meramal bahawa organisasi maya, pasukan maya, meja maya dan
pekerja maya akan terus membangun di masa akan datang.
Apa yang unik tentang konsep pasukan kerja maya adalah kerana
kewujudannya tidak mempunyai bentuk fizikal, dimana mereka hanya
wujud dalam bentuk elektronik atau digital.
CARA BEKERJA PASUKAN KERJA MAYA
Untuk memastikan pasukan maya dapat bekerja dengan lebih efektif,
tindakan yang perlu dilaksanakan adalah:
1. Bertindak secara kumpulan
2. Dapat menyelesaikan masalah
3. Kurangkan sikap membuat keputusan sendiri dan perlu
berbincang besama dalam menyelesaikan sesuatu masalah
4. Kenalpasti peranan dan identiti pasukan.
Kesemua tidakan diatas dapat dicapai memalui kemahiran tertentu, iaitu:
1. Kemahiran perkongsian (collaboration)
2. Kemahiran sosialisasi (sosialization)
3. Kemahiran komunikasi (communication)
Dalam kemahiran Perkongsian (collaboration), elemen yang perlu adalah:
i. Tindakan bersama
Secara keseluruhannya, kebanyakan pasukan maya
megambil tidakan bersama
Mamun begitu, terdapat masalah dalam menghasilkan
tugasan yang baik kerana tidak dapat menggunakan masa
sebaiknya, yang mana berlaku kesukaran untuk berbincang
sesuatu perkara serta terdapat kelalaian semasa
menggunakan internet.
ii. Proses perkongsian
Ukuran kejayaan proses perkongsian dinilai dari tahap
persetujuan bersama yang dicapai, tahap kepuasan yang
diperolehi serta sejauh mana integrasi yang berlaku semasa
melaksanakan tugas.
8
Dalam kemahiran sosialisasi (sosialization), elemen yang perlu ada
adalah:
i. Semangat berpasukan
ii. Norma berkumpulan
iii. Penglibatan
Dalam kemahiran kumunikasi (communication), elemen yang perlu ada
adalah:
i. Bahasa
ii. Teknologi
Cadangan bagi organisasi maya:
1. kemahiran komunikasi
2. pengagihan tugas
3. penggunaan teknologi
Teknologi komunikasi dan maklumat penting didalam membangunkan aplikasi
perkongsian. Contoh aplikasi perkongsian adalah:
1. persidangan video
2. perkongsian pangkalan data
3. pengurusan aliran kerja
4. perkongsian aplikasi
Terdapat empat kriteria yang perlu dibincangkan dalam kemahiran
perkongsian, iaitu:
1. tindakan bersama – perkongsian memerlukan pasukan maya untuk
bertindak bersama-sama bukan secara individu
2. proses perkongsian – ukuran kejayaan proses perkongsian dinilai dari
tahap persetujuan bersama yang dicapai, tahap kepuasan yang
diperolehi serta sejauh manakah integrasi berlaku semasa
melaksanakan tugas.
3. konflik – untuk menjadi kumpulan maya yang berjaya, ahli kumpulan
hendaklah mengelak dari berlakunya konflik dalam kumpulan dan bijak
mengatasinya sekiranya berlaku.
4. masa global – perbezaan masa di negara yang berbeza perlu
digunakan dengan efektif
9
BAB 3
KESIHATAN,
KESEJAHTERAAN DAN
KEBERKESANAN
ORGANISASI
10
Objektif:
Melihat implikasi ruang kerja maya terhadap kesejahteraan dan
keberkesanan organisasi
Bagaimana bentuk strategi organisasi yang boleh dilaksanakan bagi
memastikan perubahan kentuk kerja tidak akan mengganggu
kesejahteraan dan keberkesanan organisasi.
IMPLIKASI ICT TERHADAP BENTUK KERJA
Penggunaan ICT memberi kesan terhadap kesejahteraan dan
keberkesanan organisasi melalui tiga (3) aspek, iaitu:
1. Penggunaan teknologi menyebabkan tekanan kerja
Terdapat pendapat mengatakan bahawa penggunaan teknologi di
tempat kerja akan memberi tekanan kepada pekerja
Namun, berdasarkan kajian yang dibuat, penggunaan teknologi
TIDAK mempengaruhi tekanan kerja. Ini disebabkan oleh:
Teknologi hanya menstruktur semula sesuatu pekerjaan
Tekanan hanya berlaku apabila teknologi baru itu
dipraktikkan pada peringkat permulaan perlaksanaan dan
hanya berlaku pada para pekerja tertentu sahaja, tidak
kepada semua pekerja.
2. Pengurangan kemahiran
IT dikatakan juga akan memudahkan sesuatu kerja serta akan
mengurangkan kemahiran oleh para pekerja dalam melaksanakan
sesuatu tugas.
Hakikatnya, keadaan pengurangan sesuatu kemahiran (deskilling)
adalah berlaku secara serentak dengan penambahan kemahiran
(upskilling) bergantung kepada ciri-ciri pekerja tertentu.
Contoh: dengan adanya peralatan eloktronik di tempat kerja
3. Wujudnya kontrak psikologi baru diantara pekerja dan organisasi
Kontrak psikologi wujud dimana-mana tempat kerja
Ia adalah merupakan satu hubungan secara subjektif diantara para
pekerja dan majikan
Kontrak psikologi bukan lah wujud dalam bentuk perjanjian zahir
tetapi ia wujud dalam bentuk psikologi
Dari perspektif pekerja – pekerja mengharapkan kerja yang
dilakukan sentiasa dihargai oleh majikan
Pekerja juga mengharap setiap tugas akan mendapat ganjaran
yang berbaloi.
Dari persektif majikan – majikan akan mengharap pekerja akan
melakukan tugas dengan baik dan sentiasa meningkatkan prestasi
Majikan juga mengharap pekerja akan setia (loyal)
Apabila belaku perubahan dalam aspek kontrak psikologi dimana
keadaan diatas tidak lagi belaku akibat perubahan dalam suasana
kerja akibat penggunaan ICT, ia akan memberi kesan yang
11
NEGATIF terhadap kesihatan, kesejahteraan dan keberkesanan
organisasi melalui tiga factor berikut:
1. emosi – emosi pekerja akan terjejas
2. kehilangan sikap untuk membuat kerja secara
sukarela
3. wujud sikap tidak ikhlas dalam melaksana sesuatu
tugas.
KESAN FAKTOR PSIKOLOGI TERHADAP KESEJAHTERAAN DAN
KEBERKESANAN ORGANISASI
kontrak psikologi yang baru adalah bertentangan dengan konsep psikologi
tradisional yang lebih menekankan sikap sukarela dalam melaksanakan
sesuatu tugas
kontrak psikologi baru diantara pekerja dan organisasi dimana kontrak
psikologi tradisional telah wujud dimana komitmen adalah berdasarkan
kepercayaan diantra majikan dan pekerja.
Kepercayaan terhadap majikan iaitu pekerja diberi gaji dan kebajikan
pekerja diambil berat.
Ini akan mewujudkan kesetiaan pekerja kepada majikan dan pekerja
berusaha untuk menaikkan nama syarikat.
Dengan pembangunan ICT, ia boleh menjejaskan kontrak psikologi
tradisional ini.
PERUBAHAN ORGANISASI DALAM RUANG KERJA MAYA
Terdapat beberapa kesan teknologi maklumat keatas kesejahteraan dan
keberkesanan organisasi.
Strategi organisasi bagi menghadapi perubahan ini adalah dengan:
i. Melakukan perbahan strategi
ii. Membangunkan semula struktur kerja yang baru.
Ini adalah penting bagi memastikan organisasi tersebut mempunyai ciri-ciri
dalam membuat keputusan dengan cepat dan pantas, lebih fleksible dan
lebih responsive
Teknologi komunikasi dapat merealisasikan ciri-ciri yang diimpikan itu
melalui perubahan organisasi yang boleh dilakukan iaitu:
- telecommuting (bekerja dari rumah)
Telecommuting adalah takrifan ruang kerja maya yang melibatkan bekerja
sehari atau dua dalam seminggu dari rumah atau pejabat satelit.
KEBAIKAN
Penggantian kepada kos perjalanan dan kos ruang pejabat. Dengan ini
dapat mengurangkan kos menyedia dan mengawal selia tempat kerja. Ia
membolehkan majikan dapat menjimatkan kos kelengkapan,
pengenggaraan, dan lain-lain
12
Dapat mengambil pekerja yang berkebolehan tetapi tidak dapat bekerja
pada jadual waktu biasa
Meningkatkan fleksibiliti organisasi
Merapatkan hubungan kekeluargaan di samping tidak mengabaikan kerja
KEBURUKAN
Pekerja yang “workaholic”
Sukar untuk menetukan piawaian buruh
Pekerja sukar unutk mendapatkan perlindungan
Computer Mediated Cooperative Work (CMCW)
Kewujudan CMCW yang direalisasikan dengan penggunaan groupware
telah membuka visi baru kepada organisasi.
Groupware adalah teknologi komputer yang membantu lebih dari dua
orang pekerja untuk sama-sama menyiapkan sesuatu projek. Ia
menyediakan mekanisme di mana setiap kerja oleh individu yang berbeza
dapat dikoordinasikan dengan baik untuk mengelakkan tindanan kerja.
Selain dari itu teknologi ini digunakan untuk berkomunikasi, bekerjasama,
koordinasi, penyelesaian masalah, bersaing dan negotiate.
Kelebihan groupware:
Komunikasi yang lebih efektif
Memudahkan pelaksanaan telecommutingSebagai satu media komunikasi
yang baru seperti anonymous interchanges or structured
interaction.Membantu dalam membuat keputusan berkumpulan
Dapat menghimpunkan pelbagai media
Menjimatkan kos perjalananMenjimatkan kos dan masa untuk
mengkoordinasi kumpulan kerja
Teknologi groupware di kategori kepada dua:
Pengguna yang bekerja bersama pada masa yang sama
(realtime/synchronous groupware) atau bekerja bersama pada masa yang
berlainan (asynchronous groupware).
Contoh : Chat, DSS (Decision Support System), Whiteboard Sharing dan
Video conferencing.
Pengguna yang bekerja bersama pada tempat yang sama
(collocated/face-to-face) atau bekerja pada tempat yang berlainan (non
collocated/distance).
Contoh : Newsgroup, email dan mailing list.
Same time Different time
"synchronous" "asynchronous"
Same Place voting, shared computers
13
"colocated" presentation support
Different Place videophones, email, workflow
"distance" chat
Contoh aplikasi groupware:
1. Asynchronous groupware
Newsgroup and mailing lists – membolehkan perbincangan sesuatu
perkara dilaksanakan melalui penghantaran mesej secara berkumpulan.
Email – membolehkan penghantaran mesej beserta dokumen yang
berkaitan dilaksanakan.
Mailing list – satu kumpulan perbincangan dengan menghantar mesej
kepada senarai mel.
Workflow system – menggerakkan dan mengawasi dokumen yang
dikeluarkan oleh kumpulan. Contoh : Laporan perbelanjaan organisasi :
pekerja akan menghantar laporan perbelanjaan kepada pengurus untuk
disahkan; pengurus menerima dokumen dan mengesahkannya secara
elektronik dan menghantar dokumen tersebut kepada bahagian kewangan
untuk dibuat pembayaranHiperteks – sistem untuk menghubungkan
dokumen teks di antara satu sama lain, sebagai contoh dokumen web .
Apabila ramai penulis dan dokumen dihubungkan ianya menjadi sistem
kerja berkumpulan.Sistem penulisan berkumpulan (collaborative writing
systems) – menyediakan kedua-dua kemudahan sama ada sokongan
secara rea-time atau non realtime. Word processor menyediakan
asynchronous support dengan membolehkan suntingan penulisan dan
membenarkan pengguna menjejaki perubahan dan melakukan anotasi
terhadap dokumen.
Kalendar berkumpulan (group calendars) – membenarkan penjadualan,
pengurusan projek dan koordinasi di antara peserta
2. Synchronous or Realtime groupware
Shared whiteboards – membenarkan dua atau ramai pengguna melihat
dan melukis atau menulis di atas „whiteboard‟ walaupun di lokasi yang
berbeza. Sebagai contoh collaborative graphic design, publishing, or
engineering applications.
Video communications – sistem membenarkan komunikasi dua hala atau
banyak hala dengan live video, terutamanya sistem telefon dengan
tambahan komponen visual.
Chat systems – membenarkan ramai pengguna menulis mesej pada masa
nyata di ruang awam.
Decision support systems – direka untuk memudahkan kumpulan
membuat keputusan. Ianya menyediakan peralatan seperti brainstorming,
critiquing ideas, putting weights and probabilities on events and
alternatives, and voting. Ianya direka khusus untuk kemudahan mesyuarat
14
Pembelajaran atau latihan berterusan
Pekerja yang bekerja di ruang maya memerlukan latihan yang berterusan.
Kebolehan yang perlu ditekankan adalah kemahiran asas seperti aritmetik,
literasi, kemahiran teknikal berkaitan dengan kerja, kemahiran integratif
yang menggunakan maklumat kompleks, interaksi sosial dan literasi
komputeR.
Latihan yang menerapkan kepada self-esteem membawa kepada kerja
yang lebih positif.
Produktiviti juga bertambah dengan bertambahnya kemahiran pekerja.
15
BAB 4
LATIHAN JARAK JAUH
DALAM RUANG KERJA
MAYA
16
DEFINASI
“merupakan kategori latihan yang berasaskan teknologi di mana tenaga
pengajar dan peserta adalah berjauhan antara satu sama lain dan merupakan
satu bentuk penggantian terhadap pembelajaran secara dalam kelas atau
bersemuka.”
Pembelajaran Jarak Jauh (Distance Learning)
Satu kaedah untuk memperolehi kelayakan profesional dan akademik
tanpa perlu hadir di tempat kuliah.
Latihan yang berasaskan teknologi. Pengajaran berlaku dimana pengajar
dan pelajar berada ditempat fizikal yang berjauhan dan merupakan
penggantian terhadap pembelajaran di dalam kelas.
Samada secara synchronous ataupun asynchronous.
Boleh melibatkan koresponden, video atau penyiaran satelit, atau e-
pembelajaran.
Biasanya digunapakai oleh institusi pendidikan tinggi.
Kenapa pekerja perlu kepada latihan:
1. Untuk memastikan mereka dapat bergerak maju seiring dengan
perkembangan teknologi dan keperluan pekerja.
2. Bagi memastikan setiap pekerja mempunyai tahap kepakaran yang tinggi.
3. Untuk memastikan pertukaran tenaga kerja dalam tahap yang minimum.
Konsep ini amat bersesuaian dengan syarikat yang mempunyai ciri-ciri
berikut:
Ramai pekerja yang memerlukan latihan.
Tenaga kerja syarikat yang bertebaran di merata tempat.
Kenapa pembelajaran jarak jauh amat diperlukan:
Membolehkan lebih ramai tenaga kerja mendapat latihan dengan kos yang
berpatutan.
Dapat menggunakan perkhidmatan tenaga pengajar yang tertentu
walaupun dari lokasi yang berlainan.
Membolehkan sesuatu kursus dapat dilaksanakan pada tempat yang
bersesuaian dengan syarikat.
Menambah nilai terhadap pengalaman pembelajaran.
Kelebihan pembelajaran jarak jauh:
Membolehkan tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran tertentu dapat
diperolehi untuk pembelajaran walaupun berjauhan.
Mengurangkan masalah kedudukan geografi melalui konsep maya.
Membolehkan lebih banyak pekerja dilatih.
Membolehkan masa sesuatu pembelajaran itu dipanjangkan.
Majikan dapat menjimatkan kos – kos pengangkutan dapat dikurangkan di
samping bahan pembelajaran kursus boleh di guna semula
Membolehkan sesuatu kursus dapat dipelajari pada tempat yang
bersesuaian
17
Proses pembelajaran adalah menarik – dengan adanya elemen
interaktiviti
Kepentingan latihan kepada pekerja maya:
1. supaya seiring dengan perkembangan dan keperluan kerja
2. memastikan setiap pekerja mempunyai tahap kepakaran yang tinggi
3. mengurangkan kos pertukaran tenaga kerja
Kemahiran yang diperlukan:
Semangat untuk mengajar dan menyampaikan pengajaran.
Berpengetahuan dalam kursus yang akan disampaikan.
Mempunyai pelan perancangan pengajaran yang baik.
Cabaran-cabaran yang perlu ditempuhi dalam pembelajaran
jarak jauh:
Penyediaan kursus yang benar-benar efektif. Kriterianya:
– Tahap interaktiviti yang tinggi dengan tenaga pengajar
– Tenaga pengajar perlu menggalakkan pelajar aktif dalam pembelajaran
– Perkakasan yang digunakan perlulah baik dan senang digunakan
– Dapat memastikan jumlah peserta kursus yang terbaik dalam proses
pembelajaran
– Memastikan penumpuan peserta terhadap pembelajaran jarak jauh
adalah baik
Salah satu kaedah untuk meningkatkan daya penumpuan bagi mengikuti
pembelajaran jarak jauh adalah dengan membahagikan kandungan kursus
keapda sesi-sesi tertentu. Contoh sesi yang boleh dilaksanakan adalah:
1. tenaga pengajar menyampaikan bahan pengajaran
2. penggunaan grafik, video dan audio bagi menggambarkan
sesuatu konsep
3. pelajar menyempurnakan latihan secara individu atau
berkumpulan
4. perbincangan sesama peserta kursus
5. tenaga pengajar memberikan pandangan bagi perbincangan
yang dilaksanakan
Cabaran dalam pembelajaran jarak jauh:
18
1. penyediaan kursus yang efektif
2. memastikan penumpuan peserta terhadap pembelajaran jarak jauh
adalah baik
3. kesukaran didalam menyesuaikan sesuatu bidang bagi dimuatkan
dalam pembelajaran jarak jauh
4. memerlukan kos tambahan bagi keperlaun perkakasan
Pembelajaran Elektronik (E-Learning)
Sebarang bentuk pembelajaran yang menggunapakai talian (LAN, WAN
atau internet) untuk menghantar, berinteraksi atau mengendali.
Ini termasuklah pengagihan pembelajaran, pembelajaran jarak jauh,
pengagihan CBT melaui talian, dan WBT.
Boleh didalam bentuk synchronous, asynchronous, pimpinan pengendali
atau melalui komputer atau gabungan.
Teknologi bagi latihan pekerja dalam ruang kerja maya
Latihan berasaskan persidangan video
Contoh aplikasi:
i. CU-SEE MEE
ii. Mbone
Menggunakan elemen video bagi latihan
Membentuk interaksi secara masa nyata (real time) diantara peserta
Membolehkan latihan diadakan dimana-mana
Ianya menyedia satu persekitaran dimana perbincangan dapat diadakan
secara masa nyata
Perkara yang perlu ditempuhi adalah kos telekomunikasi yang tinggi
Latihan berasaskan persidangan audiographic teleconferencing melalui
rangkain
Internet base training (IBT)
- Real time:
Bentuk perlaksanaan:
- kursus berasaskan teks digabungkan dengan IRC
- masalah:
- lambat dalam pross penghantaran
- Asynchronous
- Kenapa dipilih:
Lebih fleksible
Kursus yang berteraskan konsep html dan www
Diantara criteria:
- gabungan teks, grafik, audio dan video
- kandungan boleh diubah dengan kerap
- medium yang dinamik
- tidak bergantung kepada mesin dan juga mesra pengguna
LAN dan server base training
19
- kelebihan:
Fleksible
Dinamik
Contoh penggunaan di IBM
Mbone
- sesuai sebagai media pembelajaran secara jarak jauh
- penting bagi proses penghantaran bahan bagi pembelajaran
- contoh penggunaan: - penyiaran persidangan atau peristiwa
CDRom
- kelebihan:
capaian keatas rangkaian tidak diperlukan
elemen video dan grafik boleh digabungkan
pereka bentuk kurusus “coursework developer” berkuasa
penuh dalam mengawal kandungan coursework tersebut
- keburukan:
kandungan makluamt yang static
- contoh penggunaan: latihan berasaskan automotif
Training Knowledge
Knowledge requirement
No employee can work well without adequate job knowledge; in some
cases it can be acquierd in informal ways by experience in the job but
usually it is imparted mre quickly and accurately by formal training. Job
analtsis will show shat knowledge is required, for example under the
following headings:
a)Purpose
b)Background information
c)Legal requirements
d)Quality standards
e)Materials of work
f)Tool and equipment
g)Technical
h)Personal cantacts
i)procedures
Computer-bases Training (CBT)
This is training based on computer software packages.
Most CBT programs are “menu driven”, meaning that the user selects from
various oprtions that appear on a visual display unit about how the training
is to proceed.
20
Typically, packages contain numerous self-check exercises and provide
for continuous interaction bwtween user and program.
If the user makes a mistake, the program automatically scrolls back to the
relevant part of the preceding text. “Adaptive testing” packages enable
trainees to predetermine the depth of the materials they wish to cover.
For instance, one user might require only a brief overview of a certain
subject, while someone else may need extensive and detailed coverage
and so would select the option providing this level of depth.
Training is thus directly linked to individual training needs.
The advatages of CBT are that trainees usually find it interesting as well
as instructional, and taht users can work thought a package at their own
pace.
However, much time may be lost as users become familiar with the
proclivities of a particular package, and self-displine is necessary to
complete all the exercise from beginning to end.
Interactive Video
These are videos of simulated inerpersonal communication situations in
which actors portray various characters in workplace scenes.
The background ot a situations is mapped out, developing to aclimax at
which the video stops, leaving the viewer to pretend that he or she is one
of the characters in the film, and having to provide the next step. For
instance, the video might show a production operative just about to lose
his or her temper and then, just at the crucial moment, invite viewers to
say hoy they would resolve the problem.
The action may, of course, be slowed down or frozen to highlight critical
events.
21
BAB 5
ALIRAN KERJA
22
Objektif:
•Menakrifkan proses perniagaan dan hubungannya dengan aliran kerja.
•Kategori aliran kerja.
•Hubungan aliran kerja dengan groupware
Definasi Aliran Kerja
Satu konsep yang menekan kepada penghasilan kerja yang mempunyai
ciri-siri seperti pelaksana (people), proses dan tempat (space) yang
terlibat,penghantaran (router) yang berdasarkan kepada peraturan (rules)
tertentu.
Definasi Sistem Aliran Kerja
Satu sistem yang membolehkan pengurus merancang, melaksana dan
mengawas tugas yang dilakukan oleh pekerja samada secara berurutan
atau selari dengan berkesan berbantukan sistem komputer.
Ciri-ciri Sistem Aliran Kerja terhadap persekitaran kerja.
1.Mempunyai Pemproses yang melibatkan set aktiviti tertentu.
2.Mempunyai pelaksana yang dilakukan secara berurutan atau selari.
3.Mempunyai kawalan yang berasaskan kepada peraturan tertentu.
4.Mempunyai matlamat atau objektif yang tertentu yang ingin dicapai.
Proses Perniagaan
- Kebanyakan kita mengaitkan proses perniagaan dengan operasi biasa di
bank atau syarikat insurans; di mana berlakunya proses pinjaman di bank dan
aktiviti memproses tuntutan di syarikat insurans.
- Contoh operasi di atas membolehkan kita memahami bahawa proses
perniagaan adalah merupakan satu proses yang melibatkan aktiviti-aktiviti
yang berurutan; yang dilaksanakan oleh individu berasingan.Aktiviti-aktiviti ini
biasanya berulang-ulang dan mengikut langkah-langkah (pattern) yang telah
ditentukan/juga dikenali sebagai Model Proses.
- Jenis proses perniagaan ini dilaksanakan dengan berkesan di syarikat
pengeluaran (manufacturing) seperti syarikat pengeluaran kereta terutama
dibahagian pemasangan dan syarikat pengeluaran komputer peribadi.
Proses Perniagaan sebagai Sumber Syarikat
Sebuah syarikat boleh dianggap lebih kepada sumber maklumat yang
penting sebagaimana pentingnya sumber tanah, modal dan buruh.
Maklumat yang terlibat termasuklah sebarang maklumat yang diperlukan
bagi mencapai matlamat organisasi.
Syarikat yang dikatakan bermaklumat akan lebih berdaya saing dan dapat
mencapai matlamat dengan lebih berkesan.
23
Pengurusan Aliran Kerja, Business Process Reingeneering dan
Groupware
BPR – satu teknik pengurusan yang bertujuan untuk meningkatkan
produktiviti san responsive dengan mengubah struktur organisasi dan
pembahagian sumber dalam proses perniagaan
Kenapa perlu ada BPR? – persaingan, teknologi, ekonomi dan globalisasi
Pengurusan aliran kerja – perlaksanann dan penggunaan teknologi yang
bertujuan membantu proses perniagaan
Sistem groupware – sistem yang membantu pekerja atau kumpulan kerja
melaksanakan tugas mereka
BPR
BPR menumpu kepada perancangan dan ini dapat membantu organisasi
menguruskan masa
BPR akan membantu menjelaskan proses perniagaan dan akan
menentukan keperluan automasi aliran kerja
Pengurusan aliran kerja pula akan membantu keperluan teknologi yang
diperlukan oleh BPR
WFMS (sistem pengurusan aliran kerja) pula bertujuan
membantu/menyokong proses kerja pekerja (individua) dan struktur kerja.
Syarikat Maya (Virtual Enterprise)
Contoh perniagaan secara tradisional:
- Aktiviti proses perniagaan dilaksanakan didalam syarikat sahaja.
- Sebarang permintaan luaran akan diuruskan oleh pegawai yang berkenaa
- Pegawai tersebut akan melaksanakan proses tertentu yang berkaitan
dengan permintaan itu.
- Bagi sebarang pertanyaan tentang status permintaan itu, operator pusat
akan membuat “query” terhadap sistem apliaksi yang bersesuain.
- Setelah itu, tindakan akan dilaksanakan sehinggalah sesuatu proses itu
selesai.
- Apabila tindakan dilaksanakan, keputusan akan dimaklumkan kepada
pihak yang membuat permintaan.
- Proses ini akan berakhir sehinggalah produk yang dihasilkan siap untuk
penghantaran/pemasaran.
- Proses ini akan kembali bermula seperti biasa dan akan berulang-ulang.
- Dengan perkembangan dan pembangunan terknologi komputer dan
telekomunikasi yang semakin pesat, syarikat boleh mengubah proses
perniagaan tradisional ke dalam bentuk yang lebih pantas dan mudah.
- Pengguna kini boleh memilih mana-mana syarikat yang mereka suka
untuk berurusan.
- Untuk menyokong interaksi antara pengguna dan pengedar, proses
perniagan pengguna dan pengedar perlu beriteraksi dengan proses
perniagaan syarikat tanpa ada campurtangan manusia (human
intervention).
- Interaksi dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada perkara ayng
kompleks antara syarikat kepada keadaan dimana unit organisasi yang
berbeza digandingkan bersama dengan berlakunya perkongsian
maklumat dan proses perniagaan dan mereka beroperasi seakan sebuah
organisasi yang bergantungan (syarikat maya).
24
- Pengguna tidak lagi perlu membuat panggilan telefon atau membuat
tempahan melalui pesanan pos.
- Dengan itu, mana-mana individu boleh melayari laman web yang
berkenaan dan memilih aplikasi yang berkenaan.
- Organisasi maya terdiri dari gabungan beberapa organisasi yang
bertanggungjawab dalam menyempurnakan sesuatu kerja,
- Contoh proses yang menggambarkan kerjasama di antara beberapa
organisasi – Proses perniagaan bagi pengeluaran PC.
- Memesan barangan “motherboard” dari pengeluar kepada pengedar
motherboard. Ini akan melibatkan proses pemesanan, permintaan bil dan
proses pembayaran.
Model Proses
Menakfirkan:
Langkah-langkah yang terdapat dalam sesuatu proses perniagaan.
Langkah-langkah yang perlu diambil
Tindakan yang perlu dilaksanakan
Menerangkan struktur proses perniagaan dalam dunia sebenar.
Boleh dilaksanakan melalui penggunaan komputer atau tanpa
menggunakannya.
Bagi yang dilaksanakan dengan menggunakan komputer sepenuhnya,
ianya dikenali sebagai model aliran kerja.
Model Proses dan Proses Aliran Kerja
REAL WORLD KOMPUTER
Model proses proses aliran kerja
Proses proses
Model Aliran Kerja:
- Terdiri dari sebahagian model proses kerja yang besar atau mewakili
keseluruhan model proses tersebut.
-Elemen/dimensi dalam model aliran kerja ini adalah proses yang
bersesuaian, bentuk organisasi itu serta kemudahan ICT.
- Kategori aliran kerja adalah Perkongsian Aliran Kerja, Pengeluaran Aliran
Kerja, Aliran Kerja Sementara dan Aliran Kerja Pentadbiran.
25
Kategori Proses Aliran Kerja
Tinggi
Kolaboratif Pengeluaran
Nilai
Perniagaan
Ad-Hoc Pentadbiran
Rendah
Rendah Tinggi
Kekerapan
1. Aliran kerja perkongsian
- ciri-cirinya – nilai perniagaan yang tinggi dan kadar pengulangan
adalah rendah
- contohnya dalam menghasilkan dokumentasi teknikal unutk
produk perisian
2. Aliran kerja pengeluaran
- ciri-cirinya – nilai perniagaan yang tinggi dan kadar pengulangan
yang tinggi
- contohnya dalam proses pinjaman di bank
3. Aliran kerja sementara
- ciri-cirinya – nilai perniagaan yang rendah dan kadar
pengulangan yang rendah
- contohnya pada penghantaran memo oleh pengarah kepada
ahli jabatan
4. Aliran kerja pentadbiran
- ciri-cirinya – nilai perniagaan yang rendah dan kadar
pengulangan yang tinggi
- contohnya dalam penyediaan akuan perbelanjaan
Persekitaran Maya VS Persekitaran Fizikal
26
Tempat kerja (workplace) boleh menjadi maya sekiranya salah satu aspek
berikut dilaksanakan:
i. Kebebasan ruang (space)
- siapa pun tidak perlu tahu dimana workplace dan kerja
dilaksanakan
ii. Kebebasan masa (time)
- siapa pun tidak perlu tahu bila kerja dilaksanakan di workplace
iii. Kebebasan aktor (manusia, mesin dan komputer)
-siapa pun tidak perlu tahu siapa yang melaksanakan tugas di
workplace
iv. Kebebasan perlaksanaan
- siapa pun tidak perlu tahu bagaimana dan sebagainya sesuatu
tugas itu dilakukan di workplace
dari perspektif aliran kerja, proses perniagaan boleh dibahagikan
kepada tiga bahagian:
i. pengasingan aktiviti perniagaan yang boleh diurus dan
dilaksanakan secara automasi
ii. penyelarasan aktiviti
iii. proses aktiviti di tempat kerja
tenaga kerja persekitaran fizikan adalah tempat dimana kerja
dilaksanakan
jenis dan bentuk proses kerja adalah berbeza bagi setiap jabatan dan
organisasi
walaupun beigtu, terdapat cirri-ciri umum bagaimana kerja dilaksakan:
akses kepada “:butiran kerja /work item
- butiran kerja dalah untuk kerja yang membantu pencapaian
matlamat
- contoh butiran kerja adalah “pemprosesan maklumat dan
pengeluaran bunga/manufacturing goods
Pekerja
memainkan peranan penting/utama salam perlaksanaankerja
pekerja disini terdiri dari satu unit atau lebih tenaga manusia, mesin dan
kos
bagi perspektif aliran kerja – manusia, mesin dan kos sama-sama
menyumbang kepada perlaksanaan sesuatu kerja.
Akses kepada peralatan dan aplikasi/tools and application
proses kerja akan berjalan apabila butiran kerja bekerja
contoh peralatan dan aplikasi adalah “text processing software atau media
kumunikasi
27
Akses kepada “know-how”/pengetahuan
pengetahuan/know-how manusia perlu unutk melaksanakan sesuatu
tugas
contoh – pekerja manusia memasukkan data dalam komputer
Akses kepada “business object”
contoh business object adalah sebarang dokumen atau produk
28
BAB 6
PERUNDINGAN MAYA
29
Pengenalan – Perundingan Maya
Adalah merupakan salah satu elemen penting dalam perhubungan di
dalam persekitaran maya.
Salah satu medium yang boleh diguna pakai adalah persidangan video.
Kini, persidangan video semakin popular.
Walaupun ia tidak dapat menggantikan individu sepenuhnya, tetapi dalam
banyak keadaan, ia boleh membantu dalam mempertingkatkan proses
komunikasi dan mengurangkan masa perjalanan dan juga kos.
Definasi:
“Membolehkan individu yang bekerja dalam kumpulan untuk berkomunikasi
antara satu sama lain walaupun berada berjauhan.”
Persidangan video
Adalah merupakan satu bentuk perbincangan masa nyata yang
membolehkan setiap peserta kursus berbincang antara satu sama lain seperti
yang berlaku didalam ruang kerja tradisional.
Kegunaan Persidangan Video
1. komunikasi personel
2. perkongsian kerja
3. pendidikan
4. pembentangan
Penggunaan video melalui desk top komponon yang diperlukan
kamera
speaker
video boand
network card
Terdapat pelbagai sotfware boleh diguna pakai untuk menyokong
persidangan video
LAN
Muticast bacbone (Mbone) dan internet
JANET and superJanet
Kelebihan persidangan video:
1. Melihat/mendengar pekerja yang bekerjasama dalam menyempurnakan
sesuatu kerja walaupun berjauhan antara satu sama lain.
2. Dapat mempertingkatkan sistem komunikasi
3. Dapat mengurangkan masa pengangkutan dan kos
4. membolehkan pembelajaran dapat dilakukan pada masa yang
bersesuaian
5. penggunaan elemen video untuk latihan
30
Kelemahan persidangan video
1. kos tinggi termasuk kos latihan, kos pemasangan dan kos
penyelenggaraan.
2. tidak semua urusan dapat dilaksanakan menggunakan persidangan
video
Jenis Persidangan Video:
1. Banyak ke banyak
-juga dikenali dengan multi-point communication
-Menyedia aplikasi audio dan video antara lebih dari satu tapak/site.
-Dengan multi-point system ini, hanya satu site sahaja boleh dilihat
pada satu-satu masa.
2. Satu ke banyak
-Penyiaran audio dan video secara penuh dari site utama,manakala
site lain hanya boleh menghantar audio.
3. Satu ke satu
- juga dikenali sebagai point to point communications.
- biasanya melibatkan penyiaran penuh audio dan video.
Secara fizikalnya, persidangan video biasa di kendalikan di:
i) Desktop video conferencing/persidangan video komputer riba
- biasanya, kamera kecil terletak di atas PC dan workstation monitor.
-Video sebenar akan ditayang dalam bentuk “window” yang kecil, dan
berlaku perkongsian aplikasi seperti perkongsian whiteboard.
ii) Studio-based system.
- sebuah studio akan dilengkapi dengan peralatan untuk persidangan
video.
- Kelengkapan yang ada termasuklah satu atau lebih kamera,
mikrofion, satu atau lebih monitor, dan juga lain-peralatan seperti kamera
overhead.
- Biasa dikendalikan untuk perjumpaan yang formal.
Bentuk Penghantaran persidangan video:
ISDN (Integrated Services Digital Network)
IP
Penyiaran secara internet
Penghantaran isyarat audio dan video mestilah secara masa nyata. Oleh itu,
ia memerlukan:
alur lebar (bandwidth)
Compression
Contoh kegunaan persidangan video:
1.Pendidikan
2.Presentations
3.Perkongsian kerja antara penyelidik
4.Berkomunikasi
31
Faktor yang menyebabkan persidangan video amat sesuai
bagi organisasi maya adalah:
PC serta stesen kerja sudah pun mempunyai komponen persidangan
video yang sedia terpasang.
Dapat menjimatkan masa perjalanan dan kewangan
Secara khususnya, elemen yang boleh digunakan untuk
perudingan maya adalah:
1.Ucapan lisan
2.Imej
3.Teks
4.Teks dan imej
5.Ucapan lisan dan video
32
BAB 7
TELEWORK DAN
TEAM-TELEWORK
33
Pengenalan
Definasi:
“Pengendalian kerja yang kebiasaannya dilakukan di rumah atau tempat
yang berubah-ubah sebagai ganti kerja di pejabat dalam tempoh sehari atau
tujuh hari seminggu.”
Jumlah pekerja yang terlibat dengan telework dijangkakan akan
bertambah di masa depan memandangkan peningkatan yang ketara
dalam pendapatan individu dan juga pendapatan isi keluarga.
Keadaan ini juga di dorong dengan meningkatnya kesedaran tentang
“autonomy” dan “empowerment” di tempat kerja, operasi perniagaan ke
arah “flatter”, pengurusan yang lebih kepada konsep “decentralization” dan
perkembangan yang pesat dalam teknologi maklumat membolehkan
kebanyakan profesional (pekerja) menumpu tugas di rumah berbanding di
pejabat.
Faedah-faedah telework dapat di kongsi bersama oleh individu, keluarga
dan juga sosial.
Faedah-faedah ini diperoleh disebabkan keadaan yang fleksibel yang
membolehkan pekerja telework semakin bertambah.
Konflik Dalam Keluarga
Konflik ini wujud bila individu perlu melakukan dua tugas pada satu-satu
masa iaitu sebagai pekerja dan suami/isteri.
Peranan sebagai pekerja dan suami/isteri menyebabkan masa semakin
singkat, tenaga dan komitmen juga akan terjejas.
Bentuk gangguan.
1.Kehidupan keluarga diganggu kerja
- bekerja sehingga tidak dapat menghadiri majlis untuk anak di
sekolah
2.Kerja diganggu oleh keluarga
- anak sakit, tidak dapat bekerja
Pandangan Pertama: Telework membantu Ibubapa seimbangkan kerja-
keluarga
-Peluang untuk bekerja di rumah boleh membantu keluarga unutk memenuhi
permintaan “dual income”.
-Polisi syarikat yang memudahkan urusan telework juga membolehkan
individu seimbangkan antara kerja dan keluarga.
Bagaimana telework mengurangkan konflik keluarga.
1.Menambah waktu bekerja dan fleksibility lokasi tugas
2.Menambah kawalan terhadap kelajuan/pace dan jadual kerja
3.Mengurangkan masa “commuting” sebaliknya meluangkan masa yang lebih
untuk keluarga.
4.Membolehkan ibubapa mengurus hal kecemasan keluarga; contohnya
seperti anak sakit dan sebagainya.
5.Meningkatkan kepuasan ke atas penjagaan anak
34
Kelebihan:
1.Lebih fleksible – tugas lebih fleksible
2.Kawalan – kerja dan tanggungjaaba keluarga
3.Masa – lebih masa dengan famili
4.Penjagaan anak
5.Hubungan kekeluargaan di rumah.
Pandangan 2 : Telework meningkatkan konflik keluarga
Antara alasan di sebabkan oleh:
1.Meningkatkan jumlah aktiviti
2.Kelebihan kepada telework;bukan kepada keluarga
3.Memaksima produktiviti, mengurangkan aktiviti keluarga
4.Stress
1.Bebanan peranan
2.Workaholism
3.Meningkatkan gangguan
4.Kesan yang negatif terhadap hubungan kekeluargaan
5.Penjagaan anak
Kebanyakan responden percaya yang telework dapat menjadikan kerja
mereka lebih cekap dan dapat meningkatkan produktiviti, dapat
mengurangkan stress, lebih kawalan terhadap jadual kerja dan juga lokasi
serta lebih masa terhadap keluarga.
Telework juga dapat memberi lebih kebebasan dan flexibility terhadap
kerja.
TEAM-TELEWORK
Team-telework tidak fokus hanya kepada electronic homeworking dan
telecommuting sahaja, tetapi lebih menjurus kepada penggunaan telematics
(multimedia terminal, groupware dan broadband network)
Penggunaan telematics adalah perlu bagi menyokong pekerja bermaklumat
yang berselerakan di merata tempat.
Anjakan yang berlaku telah meningkatkan perlaksaan dan penerimaan
telework sebagai satu bentuk kerja.
EVOLUSI TEAM-TELEWORK
Konsep awal telah diperkenalkan oleh Wiener (1950) dan Forster (1928).
Walau bagaimanapun, konsep ini menjadi terkenal pada awal 1970an bila
berlakuknya krisis minyak.
Keadaan ini menyebabkan pekerja diberi peluang untuk bekerja di rumah
dengan menggunakan kemudahan komputer dan alat telekomunikasi yang
dihubungkan dengan ibu pejabat.
Sejak tahun 1980an, telah banyak organisasi menjadi lebih kompleks yang
menjurus kepada perlaksanaan telework.
Keadaan ini juga telah menyebabkan munculnya konsep “mobile-working”.
35
Walau bagaimanapun pembangunan team-telework agak perlahan kerana
terdapat pandangan yang menyatakan bahawa kerja adalah untuk individu
berbanding kumpulan dan tempat kerja perlu mempunyai tempat yang ada
bentuk fizikal supaya semua aktiviti boleh dilakukan di tempat tersebut.
Team – telework sebaliknya mempunyai keadaan yang di bentuk di luar
kebiasaan manusia.
Dalam keadaan sebenar, dengan perubahan dan pembangunan eskonomi
yang semakin canggih telah membawa kepada satu keperluan kepada
pekerja; bekerja di dalam satu kumpulan.
Pandangan ke dua pula menyatakan bahawa tempat kerja (workplace)
bukan sahaja merujuk kepada persekitaran fizikal di mana kerja dilakukan
di situ, tetapi yang lebih utama, merujuk kepada persekitaran sosial di
mana individu memperolehi inspirasi, penghargaan dan promosi atau
mendapa kawan, musuh dan komunikasi.
Kejayaan telework mesti/perlu mempunyai dua keadaan, iaitu, sesuatu
kerja itu dilakukan oleh pasukan dan tempat kerja seperti persekitaran
sosial tempat kerja fizikal.
Dengan itu muncullah konsep “team-telework” yang fokus kepada
persepakatan ahli kumpulan yang bekerja untuk matlamat besama dengan
menggunakan kemudahan telematics.
Pekerja Bermaklumat dalam konteks Ekonomi Bermaklumat.
Dalam konteks ekonomi bermaklumat, sumber strategik yang
bermaklumat adalah penting untuk proses pengeluaran yang efektif dalam
menghasilkan barangan dan perkhidmatan dalam semua sektor ekonomi.
Dengan itu, ekonomi memerlukan jumlah pekerja yang ramai bagi
mencipta, memanipulasi dan menjana maklumat.
Pembangunan dalam ICT juga memerlukan para pekerja yang
bermaklumat.
Pembangunan dan perkembangan ICT dalam ekonomi global juga banyak
mempengaruhi keadaan.
Elemen penting dalam ekonomi bermaklumat adalah komoditi dan sumber
yang bermaklumat.Terma “pekerja bermaklumat” dan “pekerja
berpengetahuan digunapakai dalam ertikata yang sama.Dalam konteks
organisasi maya, pekerja bermaklumat adalah mereka yang
bertanggungjawab dalam bidang pengeluaran, pemprosesan dan
pengedaran maklumat.
Pekerja-pekerja ini didapati di semua sektor ekonomi.
Team-telework dan bentuk geografi yang berubah-ubah untuk pekerja
bermaklumat.
Team-telewrok fokus kepada penggunaan telematics yang baru untuk
membantu peker-pekerja bekerja bersama untuk kerja yang saman atau
kerja yang berkaitan.
Telework menekankan kerja yang besar dan perlu dibuat oleh kumpulan
yang bersosialisasi seperti persekitaran fizikal.
Perlaksaaan team-telework boleh di lihat dalam beberapa situasi:
Salah satu perlaksanaan kerja dalam team-telework adalah dalam bentuk
“sequential participation” atau penglibatan yang berurutan oleh pekerja
bermaklumat unutk tugas yang sama atau berkaitan.
36
Apabila sesuatu tugas di serahkan kepada kumpulan, seorang ahli akan
mula dahulu di tempat yang sesuai.
Kemudian, selepas ahli pertama tadi selesai tugasnya, kerja tadi akan di
serahkan pula kepada ahli yang kedua dan seterusnya sehinggalah kerja
tersebut selesai.
Bentuk perlaksanaan team-telework yang kedua adalah dalam bentuk
penglibatan bersama dimana semua ahli bersama dalam menyiapkan
sesuatu tugas yang merentasi ruang angkasa dan masa.
Dalam keadaan ini, semua pekerja perlu kepada sokongan dari medium
komunikasi multi media, incorporating voice, data picture and graphic, dan
berkongsi whiteboard di mana semua ahli boleh melihat, memberi komen
dan membua tperubahan.
Ahli tidak perlu tahu di mana ahli lain berada, yang penting mereka dapat
berhubung antara satu sama lain.
Team – telework amat berkesan dalam senario projek multi lokasi bernilai
tinggi ( contoh dalam pasukan pembangunan produk terbaru)
Sebagai contoh; dalam projek pembuatan kereta di Jepun.
Satu pasukan telework telah ditubuhkan bagi kolaborasi antara staf R & D
di Jepun, Eropah dan Amerika Utara.
Dengan adanya telework, syarikat dapat memberi kepuasan yang lebih
kepada para pengguna terutama perkhidmatan lepas jualan yang
mendapat bayak faedah dari konsep ini.
Dengan ini, team-telework dapat menjimatkan kos dan juga masa.
Team-telework tidak hanya dapat menjiamtkan kos, tetapi yang. lebih
penting dapat memberi ruang untuk pekerja bekerja bersama merentasi
ruang dan masa.
Team-Telework dan persekitaran Kini dalam Ekonomi Bermaklumat.
Team-telework mudah berkembang dengan adanya perkembangan ICT
dan konsep baru perniagaan seperti globalisasi.
Perlaksanaan team-telework boleh membantu pekerja bermaklumat dalam
bentuk persekitaran kerja kini.
Perubahan persekitran berlaku dimana penggunaan meja, telefon dan
mesin taip telah ditukar dengan penggunaan komputer dan teknologi
telokomunikasi canggih.
Persekitaran team-telework akan menyebabkan berlakunya perubahan
yang ketara dalam persekitran kerja amnya dan skop kerja semulajadi
khasnya.
Oleh itu, pejabat konvensional tidak lagi sesuai.
Pengenalan team-telework juga memerlukan masa nyata; komunikasi
multi media, text, video dan lain-lain fungsi yang boleh berintegrasi
dengan semua ahli dalam pasukan.
Halangan utama dalam perlaksanaan team-telework adalah komunikasi
antara manusia dalam konsep maya dimana tidak ada non-verbal
komunikasi berlaku.
KAJIAN KES ORGANISASI MAYA
KES 1
Syarikat Kejuruteraan - John Brown
37
Atribut yang dilaksanakan:
1.Penggunaan ICT
2.Globalisasi
3.Perkongsian (Collaboration)
Kelebihan perlaksanaan:
1. Sesuatu projek dapat dilaksanakan tanpa adanya batasan geografi dan
secara berkongsi sumber.
2. Cawangan syarikat dapat memperolehi kepakaran dan menerima kontrak.
3. Dapat menjimatkan kos.
4. Mempertingkatkan komunikasi
Keburukan Perlaksanaan:
1. Pelaburan yang besar
KES 2
Syarikat pengeluaran Makanan - Rank Hovis
Atribut yang dilaksanakan:
1.Penggunaan ICT
2.Globalisasi
3.Perkongsian (Collaboration)
Kelebihan perlaksanaan:
1. Dari aspek masa
2. Perhubungan dengan pelanggan
Keburukan perlaksanaan:
1. Mengawal aliran maklumat
KES 3
Agensi Berita - Reuters Holdings
Atribut yang dilaksanakan:
1.Pakatan (Alliance)
2.Penggunaan ICT
3.Integrasi Menegak
4.Globalisasi
5.Perkongsian (Collaboration)
Kelebihan Perlaksanaan:
1. Menyatukan kepakaran
2. Berkongsi sumber
Keburukan Perlaksanaan:
38
1. Halangan budaya
2. Kawalan yang ketat
3. Terlalu mahal
KES 4
Agensi Pereka Grafik – Sonicon Ltd.
Atribut yang dilaksanakan:
1.Penggunaan ICT
2.Perkongsian (Collaboration)
3.Pakatan (Alliance)
4.Globalisasi
5.Integrasi Menegak
Kelebihan Perlaksanaan:
1. Masa
2. Kos
Keburukan perlaksanaan:
1. Kepercayaan yang tinggi
2. Teknologi yang kerap berubah
KES 5
Agensi Perisian – Triange Company Services
Atribut yang dilaksanakan:
1.Penggunaan ICT
2.Perkongsian (Collaboration)
3.Globalisasi
4.Integrasi Menegak
Kelebihan perlaksanaan:
1. Perkongsian maklumat
2. Memperbaiki perkidmatan pelanggan
3. Kos yang rendah
Keburukan perlaksanaan:
1. Vo bersifat “Keterbukaan” (Openness)
KESIMPULAN – Kebaikan Organisasi Maya
1. Menambah kebolehan untuk berdaya saing
2. Lebih Fleksibel
3. Lebih “responsive” terhadap pasaran4. Mempertingkatkan komunikasi
dan kawalan dalaman
5. Mempertingkatkan perkhidmatan pelanggan
6. Kos yang rendah
39
KESIMPULAN – Keburukan Organisasi Maya
1. Budaya kerja setempat
2. Kos yang tinggi dalam sesuatu aspek
3. Kepercayaan dan penghormatan
4. Undang-undang
40