KEMUDAHAN AHLI MAJLIS
Document Sample


KEMUDAHAN AHLI MAJLIS
1. Ahli Majlis baru akan diberi peralatan-peralatan seperti berikut semasa
dilantik :
a) Teg Nama
b) Cop Getah Ahli Majlis
c) Lencana Kereta Majlis
d) Akta Kerajaan Tempatan 1976
e) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
f) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976
g) Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Seberang Perai
h) Perintah Tetap Majlis Perbandaran Seberang Perai
Peralatan-peralatan tersebut hendaklah dikembalikan kepada Majlis
selepas tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ahli Majlis dan tidak
akan disambung semula.
2. 'Brief Case'
Majlis boleh memberi subsidi tidak melebihi RM 150.00 untuk pembelian
se unit 'brief case' bagi pelantikan pertama. Resit asal hendaklah
dikemukakan kepada Bahagian Pentadbiran Am, Jabatan Khidmat
Pengurusan di Tingkat 8, Wisma UMNO, Butterworth untuk proses
bayaran balik. Tuntutan ini hanya boleh dibuat semula selepas tiga
tahun dari tahun tuntutan bagi Ahli Majlis yang dilantik semula.
3. 'Lounge Suit'
Majlis akan membekalkan sepasang 'lounge suit' kepada Ahli Majlis
yang pertama dilantik. Kemudahan ini hanya boleh diberi semula
selepas 3 tahun bagi Ahli Majlis yang dilantik semula.
4. Pas Percuma Kolam Renang Awam Seberang Jaya
Pas masuk percuma ke Kolam Renang Awam Seberang Jaya akan
diberi kepada Ahli Majlis termasuk ahli keluarganya. Permohonan untuk
ahli keluarga hendaklah disertakan salinan kad pengenalan dan surat
beranak. Dua keping gambar diperlukan bagi setiap pas semasa
membuat permohonan. Pas ini perlu dibaharui pada setiap tahun.
1
5. Pas Meletak Kereta Percuma
Pas meletak kereta percuma di kawasan MPSP akan diberi pada awal
tahun selepas mendapat nombor pendaftaran kereta Ahli Majlis.
Selepas mendapat semua nombor pendaftaran kereta Ahli Majlis, Majlis
akan mengemukakan permohonan pas meletak kereta percuma di
kawasan Pulau kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
Pada 30 April 2001, Majlis dalam mesyuarat Majlis Penuh telah
meluluskan pemberian pas meletak percuma kepada bekas Ahli Majlis
dengan syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
i) Berkhidmat dengan Majlis sebagai Ahli Majlis selama dua ( 2 )
tahun berturut-turut.
ii) Ahli Majlis yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ahli Majlis
di mana tempoh perkhidmatan itu kurang daripada dua (2 )
tahun berturut-turut akan diberi pas meletak kereta percuma
selama satu ( 1 ) tahun lagi.
iii) Tinggal ( Bermastautin ) atau bekerja di Negeri Pulau Pinang.
iv) Hanya satu kenderaan diberikan kemudahan dan kenderaan itu
mesti dimiliki dan didaftarkan atas nama bekas Ahli Majlis
sendiri. Bagi yang memiliki lebih daripada satu kenderaan,
maka pilihan perlu dibuat yang mana satu kenderaan sahaja
akan diberi pas meletak kereta percuma.
v) Kelayakan selama hayat bekas Ahli Majlis sahaja dan kelayakan
ini tidak akan disambung kepada waris mereka apabila mereka
meninggal dunia.
vi) Pas meletak kereta percuma ini akan diperbaharui dari tahun ke
tahun. Pemegang pas ini perlu mematuhi syarat-syarat yang
digariskan untuk melayakkan pembaharuan ke atas pas meletak
kereta percuma.
vii) Pemohon perlu datang sendiri atau menghantar wakil semasa
membuat permohonan dan semasa mengambil pas. Borang
permohonan hendaklah disertakan salinan geran kenderaan untuk
membuktikan pemilikan kenderaan tersebut didaftarkan atas nama
pemohon.
viii) Pemberian kemudahan khas ini berkuat kuasa mulai Januari
2001. Perkiraan tahun kelayakan bekas Ahli Majlis ialah dari
tahun perkhidmatan sebagai Ahli Majlis mulai tahun 1994.
2
6. Elaun Bulanan
Ahli Majlis akan dibayar elaun bulanan tetap sebanyak RM 600.00 dan
elaun mesyuarat sebanyak RM 50.00 bagi sekali mesyuarat. Walau
bagaimanapun, jumlah maksimum elaun tersebut termasuk tuntutan
elaun perbatuan tidak boleh melebihi RM 1,000.00. ( Keputusan Majlis
Mesyuarat Kerajaan pada 24 September 1997 ). Elaun mesyuarat
hanya boleh dituntut untuk mesyuarat-mesyuarat rasmi. ( Majlis
perjumpaan, pelancaran, taklimat atau kempen gotong-royong adalah
bukan mesyuarat rasmi ).
7. Elaun Perjalanan
Elaun perjalanan atas urusan rasmi boleh dituntut mengikut peraturan
dan kadar seperti mana dipakai bagi pegawai Perkhidmatan Awam
Tingkatan Tertinggi 'G' (M2). Takrif urusan rasmi ialah tugas yang
dijalankan atas anjuran / jemputan Kerajaan Persekutuan, Negeri atau
Majlis.
Kelayakan elaun adalah seperti berikut :
Elaun Makan RM 60.00 Setiap 24 jam daripada masa
bertolak dari Ibu Pejabat dan
masa balik sampai Ibu Pejabat
Elaun Harian RM 30.00 Tempoh melebihi 8 jam tetapi
kurang daripada 24 jam
Elaun makan tidak layak dituntut jika kemudahan makan
disediakan oleh Kerajaan, Penganjur atau Pengangkut. Sekiranya
sebahagian daripada kemudahan makan disediakan, Ahli Majlis
hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu
tertakluk kepada kadar-kadar seperti berikut:
(a) Sarapan pagi - 20% daripada Elaun Makan
(b) Makan tengah hari - 40% daripada Elaun Makan
(c) Makan malam - 40% daripada Elaun Makan
Sewa Hotel RM 180.00 Disokong dengan resit asal
atau
Elaun Lojing RM 60.00 Tanpa resit
3
Elaun Perbatuan Kenderaan
SYARAT-SYARAT BAYARAN
1.1 Jumlah tuntutan elaun termasuk elaun tetap, elaun
mesyuarat dan elaun perjalanan tidak boleh melebihi
RM1,000.00 sebulan [ Keputusan MMK ], iaitu Majlis
hanya membayar baki peruntukan daripada elaun tetap dan
elaun mesyuarat untuk membayar elaun perjalanan ( elaun
makan / harian, sewa hotel dan elaun batuan ).
1.2 Ahli Majlis hendaklah memohon kelulusan menjalankan
tugas rasmi dengan kenderaan sendiri sebelum boleh
menuntut elaun batuan. ( Contoh Borang Permohonan
dikepilkan )
1.3 Ahli Majlis yang menghadiri aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
oleh Majlis, Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri di
mana tempat itu boleh dihubungi terus oleh kapal terbang
atau kereta api dan jarak tempat itu melebihi 240 KM,
hendaklah menggunakan perkhidmatan kapal terbang atau
kereta api. Mereka boleh menuntut tambang gantian, jika
menggunakan kenderaan sendiri. Walau bagaimanapun,
mereka boleh memohon kelulusan daripada Yang Dipertua
terlebih dahulu untuk menggunakan kenderaan sendiri bagi
tujuan tersebut dan bayaran elaun batuan boleh dibuat jika
permohonan tersebut diluluskan. Jumlah tuntutan elaun
masih berdasarkan syarat-syarat seperti 1.1 di atas.
Penyertaan aktiviti-aktiviti tersebut mesti diluluskan oleh
Yang Dipertua.
1.4 Tuntutan elaun perjalanan hendaklah menggunakan Borang
MPSP 61A. ( Borang dikepilkan )
1.5 Kehadiran / penyertaan dalam kempen gotong-royong tidak
boleh dibayar elaun perbatuan.
Semua tuntutan hendaklah disertakan dengan surat kelulusan / arahan
daripada Yang Dipertua atau Setiausaha Perbandaran.
4
8. Rawatan Perubatan
Rawatan percuma, tidak termasuk ahli keluarga, mengikut peraturan dan
kadar yang ditetapkan bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan
Profesional M2. Kemudahan rawatan perubatan hendaklah diperoleh dari
Hospital Kerajaan atau Hospital Universiti sahaja ( Keputusan Jemaah
Menteri dan Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan pada tahun 1977 )
Ahli Majlis hendaklah mendapat surat akaun daripada Bahagian
Pentadbiran Am, Jabatan Khidmat Pengurusan terlebih dahulu sebelum
pergi ke hospital.
Permohonan sedang dikemukakan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk
pertimbangan sama ada kemudahan klinik panel yang sedang dinikmati
oleh anggota Majlis dipanjangkan kepada Ahli Majlis.
9. Penggunaan Lorong Keutamaan Feri
Pihak Penang Port Sdn Bhd telah bersetuju untuk memberi
pertimbangan Laluan Keutamaan kepada Ahli Majlis Majlis Perbandaran
Seberang Perai bagi menyeberang dengan feri semasa menjalankan
tugas-tugas rasmi apabila terdapat kesesakan di Pangkalan Feri. Ahli
Majlis hendaklah memperkenalkan diri kepada Pegawai Penang Port
Sdn Bhd yang bertugas apabila hendaklah menggunakan kemudahan
tersebut. Bersama-sama ini dikepilkan salinan surat Penang Port Sdn
Bhd untuk tujuan tersebut.
10. Notis Tender
Notis tender boleh diperoleh melalui laman web MPSP. Mulai tahun
2003, salinan notis tender tidak akan dihantar kepada Ahli Majlis.
5
11. Pembelian Komputer Notebook Terpakai
Majlis pada 26 Februari 2002 telah meluluskan satu dasar di mana
Ahli Majlis yang tamat tempoh perkhidmatan dengan Majlis boleh
membeli notebook yang telah dibekalkan kepada beliau dengan harga
yang istimewa seperti berikut :
Harga Istimewa
Usia Notebook
( % daripada harga pembelian )
< 6 bulan
6 bulan - 1 tahun 70%
1 tahun - 1 ½ tahun 50%
1 ½ tahun - 2 tahun 30%
2 tahun - 2 ½ tahun 20%
2 ½ tahun - 3 tahun 10%
> 3 tahun RM 200
Pada 31 Mac 2003 Majlis telah lulus untuk mengurangkan harga
tawaran lagi berdasarkan tempoh perkhidmatan berturut-turut seperti
berikut:
Harga Tawaran
Tempoh Perkhidmatan ( % dikurangkan daripada
harga istimewa )
< 1 tahun -
1 tahun 20%
> 1 tahun - 2 tahun 30%
> 2 tahun - 3 tahun 40%
> 3 tahun 50%
6
GARIS PANDUAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN PROJEK
JAWATANKUASA MAJLIS TAHUN 2003
1. Tujuan
1.1 Majlis telah memperuntukkan sejumlah RM1,700,000 dalam
belanjawan tahun 2002 untuk projek-projek Jawatankuasa
Majlis. Panduan-panduan berikut akan digunakan dalam
memohon, menimbang dan melaksanakan projek-projek
yang berkaitan dengan peruntukan berkenaan.
2. Kategori Projek
2.1 Peruntukan berjumlah RM50,000 diadakan kepada setiap Ahli
Majlis untuk mencadangkan program-program yang
termasuk di bawah aktiviti Majlis sahaja. Program / aktiviti
yang dibenarkan adalah seperti berikut :-
(i) Kerja-kerja kecil pembersihan dan pembaikan.
(ii) Projek-projek kecil infrastruktur dan pengindahan.
(iii) Lain-lain projek yang diluluskan oleh Yang
Dipertua.
3. Syarat Kelulusan
3.1 Aktiviti yang dicadangkan untuk dilaksanakan hendaklah
memberi faedah kepada penduduk di kawasan berkenaan.
3.2 Peruntukan khas ini boleh digunakan untuk projek-projek
tersebut di atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
(i) Peruntukan ini tidak boleh digunakan untuk
kepentingan seseorang individu , kelab atau
persatuan yang bermotifkan komersial atau se
sebuah badan politik atau untuk sesuatu kaum
sahaja.
(ii) Peruntukan hendaklah dibelanjakan dalam tahun
semasa dan tidak boleh di bawa ke tahun hadapan.
(iii) Peruntukan yang diluluskan untuk satu-satu aktiviti
tidak boleh digunakan untuk aktiviti lain.
7
(iv) Peruntukan ini tidak boleh digunakan untuk
penyelenggaraan bangunan - bangunan keagamaan
dan yang berkaitan dengannya.
4. Kaedah Pelaksanaan Projek
4.1 Pengarah Pentadbiran dan Sumber Manusia adalah
Pegawai yang akan mengendalikan permohonan daripada
setiap Ahli Majlis.
4.2 Senarai projek yang dikemukakan selepas 31 Oktober 2003
tidak akan dilayan.
4.3 Projek-projek yang telah diluluskan boleh dilaksanakan
secara gotong royong atau melalui kaedah perolehan biasa.
Sekiranya projek dilaksanakan secara gotong royong
perbelanjaan yang dibenarkan adalah jamuan ringan,
pembekalan seperti topi dan pakaian (hanya baju T sahaja)
dan alat-alat gotong royong.
4.4 Sesuatu projek hanya boleh dimulakan selepas kelulusan
Yang Dipertua.
5. Saluran Peruntukan
5.1 Ahli-Ahli Majlis akan mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang
hendak dilaksanakan dan mengemukakan senarai aktiviti
tersebut kepada Pengarah Pentadbiran dan Sumber
Manusia.
5.2 Yang Dipertua akan menimbang dan meluluskan senarai
aktiviti yang dikemukakan oleh setiap Ahli Majlis.
5.3 Aktiviti yang diluluskan akan dimaklumkan oleh Pengarah
Pentadbiran dan Sumber Manusia kepada Jabatan-Jabatan
Teknikal Majlis atau Jawatankuasa Program Bersih dan Indah
untuk pelaksanaan.
5.4 Se salinan senarai aktiviti yang diluluskan akan dikemukakan
kepada Ahli Majlis yang berkaitan. Semua proses sebut harga
dan pelaksanaan projek akan diuruskan oleh Jabatan /
Jawatankuasa yang dilantik sahaja.
8
6. Prosedur Kewangan
6.1 Kesemua projek yang diluluskan hendaklah dilaksanakan
mengikut peraturan dan prosedur kewangan yang ditetapkan
oleh Majlis dan Arahan-Arahan Perbendaharaan yang
berkenaan.
6.2 Sebarang pembelian atau pelaksanaan projek-projek kecil
hendaklah didahului dengan pengeluaran Pesanan Kerajaan
atau Inden Kerja mengikut mana yang berkenaan.
6.3 Perintah Tetap Majlis mengenai dengan had nilai perolehan
hendaklah dipatuhi sepenuhnya berhubung dengan tatacara
dan peraturan dalam pengurusan perolehan Kerajaan.
9
LAWATAN KE LUAR NEGERI OLEH AHLI MAJLIS
Syarat-syarat :
1. Mesti membawa manfaat kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan.
Contoh-contoh lawatan yang boleh diberi keutamaan ialah :
1.1 Lawatan balas di bawah program bandar berkembar;
1.2 Lawatan misi perdagangan yang bertujuan untuk merintis
jalan ke arah mewujudkan peluang-peluang perniagaan
dan menarik pelaburan daripada bandar / negara yang
dilawati;
1.3 Bertujuan untuk „menjual‟ tempat-tempat pelancongan di
negara ini kepada pelancong-pelancong luar negeri.
2. Lawatan ke luar negeri hanya boleh dilakukan dengan kelulusan Pihak
Berkuasa Negeri.
3. Sesuatu lawatan ke luar negeri hendaklah dirancang dengan rapi dan
peruntukan untuk tujuan ini hendaklah dimasukkan dalam Anggaran
Belanjawan Tahunan. Pihak Berkuasa Tempatan yang tidak mempunyai
peruntukan untuk tujuan lawatan ke luar negeri dalam Anggaran
Belanjawan Tahunan tidak digalakkan membuat lawatan dalam tahun
berkenaan.
4. Lawatan hendaklah dibuat ke negara-negara yang pengalamannya boleh
digunakan bagi membaiki keadaan Pihak Berkuasa Tempatan
berkenaan. Seboleh-bolehnya keutamaan diberi kepada negara-negara
ASEAN, terutamanya yang telah dikenal pasti banyak mempunyai ciri-ciri
positif berhubung dengan pentadbiran dan pengurusan Kerajaan
Tempatan.
5. Se sebuah Pihak Berkuasa Tempatan hanya boleh membuat lawatan
sekali sahaja dalam masa 3 tahun.
6. Hanya Ahli Majlis-Ahli Majlis yang telah berkhidmat selama 3 tahun
dan kakitangan-kakitangan yang berkaitan sahaja yang layak menyertai
lawatan yang dirancang. Orang yang sama hendaklah dielakkan
daripada diberikan peluang yang berulang kali menyertai lawatan.
Jumlah peserta dalam lawatan mesti pada jumlah yang minimum dan
terhad kepada mereka yang berkaitan dengan bidang tugas tujuan
lawatan sahaja.
10
7. Dua atau lebih Pihakberkuasa Tempatan boleh di gabungkan dalam
sesuatu lawatan ke luar negeri.
8. Lawatan ke luar negeri seboleh-bolehnya adalah untuk tujuan
mempelajari bidang-bidang seperti berikut :
8.1 Perancangan bandar - merangkumi program pengindahan,
lanskap seni taman dan rekreasi;
8.2 Pengendalian projek-projek pelancongan;
8.3 Perbandingan sistem pengurusan Pihak Berkuasa
Tempatan;
8.4 Pengurusan dan pelupusan sisa-sisa pepejal dan
pembetungan; dan
8.5 Projek Perumahan.
9. Laporan terperinci mengenai hasil lawatan berkenaan hendaklah
disediakan dan dikemukakan kepada Pihakberkuasa Negeri dalam
tempoh satu (1) bulan selepas daripada lawatan berkenaan, satu
salinan laporan hendaklah juga dihantar kepada Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk makluman.
10. Syarat-syarat tersebut di atas tidak terpakai terhadap lawatan-lawatan
atas arahan Kerajaan Negeri atau Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan ataupun apabila dikehendaki menghadiri mesyuarat
atau seminar anjuran pertubuhan-pertubuhan antarabangsa di mana
Pihakberkuasa Tempatan berkenaan menjadi ahlinya.
11
ABSTRAK DARIPADA
PERINTAH TETAP 1996
PENGELUARAN SIARAN AKHBAR OLEH AHLI MAJLIS
Ahli Majlis tidak boleh membuat kenyataan akhbar melainkan dengan
kebenaran Yang Dipertua seperti yang diperuntukkan di bawah Perintah
Tetap 1996 Majlis Perbandaran Seberang Perai Perkara 43 yang
berbunyi seperti berikut :
“43 Kenyataan Akhbar
(1) Untuk mengelakkan duplikasi atau kekeliruan yang
mungkin berlaku, semua kenyataan akhbar yang
berkaitan dengan hal-hal Malis hendaklah dibuat
oleh Yang Dipertua.
(2) Ahli Majlis yang ingin membuat sebarang siaran
akhbar mengenai hal-hal Majlis hendaklah
memaklumkan kepada Yang Dipertua sebelum
berbuat demikian.”
AM
46. Ahli Majlis Tidak Boleh Mengundi Jika Terlibat ( S. 34 AKT )
Jika seseorang Ahli Majlis ada mempunyai kepentingan wang secara
langsung atau secara tidak langsung dalam sesuatu kontrak atau
kontrak yang dicadangkan atau perkara lain yang mana menjadi perkara
pertimbangan, ia hendaklah memberitahu dan menarik diri daripada
mesyuarat itu dan tidak boleh mengundi.
12
Dasar Pengambilan Kerja Semula Bagi Pesara-pesara
Untuk Jawatan Bertaraf Kontrak
di Majlis Perbandaran Seberang Perai
Dasar pengambilan kerja semula bagi pesara-pesara untuk jawatan yang
bertaraf kontrak adalah seperti berikut:
a. Jawatan itu dianggap kritikal dan patut diisikan dengan segera.
b. Jawatan itu memerlukan kepakaran / kemahiran yang sukar didapati.
c. Permohonan daripada idividu tidak akan dilalayi oleh Majls. Ia hanya
akan diberi pertimbangan sekiranya ada permohonan daripada Jabatan
berkenaan untuk keperluan yang mendesak sahaja.
d. Prestasi pesara adalah tinggi.
e. Tahap kesihatan pesara adalah memuaskan.
f. Budibicara Yang Dipertua untuk meluluskan sesuatu permohonan.
Syarat-syarat pelantikan :
i. Pesara-pesara yang telah bersara atas sebab mencapai umur wajib
pada umur 56 tahun dan bukan atas pilihan sendiri atau bersara wajib
pada umur 55 tahun;
ii. Pesara-pesara hendaklah disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan
Kerajaan dan boleh menjalankan kerja dengan memuaskan;
iii. Jawatan yang diisi adalah jawatan yang dipegang sebelum bersara;
iv. Jawatan itu buka jawatan kenaikan pangkat;
v. Tempoh pelantikan kontrak dihadkan selama satu (1) tahun sahaja
mengikut keperluan Jabatan; dan
vi. Gaji yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada gaji yang akhir
diterima oleh mereka. Jika matagaji teresebut berada di peringkat P2
atau P3, maka ia hendaklah diselaraskan kepada matagaji yang
tertinggi yang berhampiran di peringkat P1.
Disahkan oleh Majlis Penuh Ke-330 ( 10/2001 )
Pada 31 Oktober 2001
13
BAYARAN ELAUN WARDEN LALU LINTAS SEKOLAH
1 Syarat-syarat Permohonan
Kelulusan permohonan akan diberi pertimbangan berdasarkan syarat-
syarat berikut :
1.1 Permohonan hendaklah dibuat oleh sekolah berkenaan dan
diperakukan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
1.2 Pelantikan warden lalu lintas hendaklah terdiri daripada
kakitangan sekolah berkenaan. Pencalon dikehendaki mengikuti
latihan dan taklimat yang diberi oleh Cawangan Trafik, Ibu
Pejabat Polis Daerah.
1.3 Lalu lintas di depan pintu besar sekolah adalah sibuk dan tidak
ada kemudahan lampu isyarat pejalan kaki, lintasan garis kuning
atau jejantas.
2 Bekalan Peralatan
Majlis akan membekalkan peralatan seperti berikut :
1. 1 helai “wear house coat” berwarna putih
2. 1 helai “peak cap” berwarna putih
3. 1 pasang “white cotton glove”
4. 1 papan tanda “Berhenti”
3 Latihan
Latihan yang diberi oleh polis merangkumi aspek-aspek penugasan
pengawal lalu lintas sekolah seperti berikut :
1. Road Traffic ( School Crossing Patrol ) Rule 1963
2. Tatacara mengawal lalu lintas
3. Tatacara meniup wisel
4. Peralatan dan pakaian yang sesuai dan lengkap
5. Memberi isyarat tangan
6. Keselamatan jalan raya murid sekolah, pengguna jalan
raya yang lain dan diri sendiri
7. Kuasa dan tanggungjawab pengawal lalu lintas sekolah
8. Tatacara mengambil tindakan terhadap pesalah lalu lintas
9. Papan tanda lalu lintas dan perabot jalan yang
diperlukan.
10. Membuat laporan polis da memberi maklum balas
4. Kadar Bayaran Elaun
1. Satu sesi pagi atau petang : RM 100.00 sebulan
2. Kedua sesi pagi dan petang : RM 200.00 sebulan
14
Kemudahan Klinik Panel Bagi Kakitangan
Majlis Perbandaran Seberang Perai
1. Syarat Kemudahan Rawatan
1.1 Kemudahan ini adalah untuk kakitangan Majlis yang bertaraf tetap
dan kontrak sahaja serta isteri (isteri-isteri) atau suami yang sah dan
anak-anak di bawah 18 tahun.
1.2 Istilah `anak‟ adalah termasuk anak-anak tiri dan anak-anak angkat
di bawah tanggungan pegawai yang diiktiraf mengikut undang-
undang.
1.3 Kemudahan ini adalah untuk sepanjang tempoh perkhidmatan
dengan Majlis sahaja.
1.4 Rawatan yang ditanggung oleh Majlis hanya untuk rawatan biasa,
ubat, suntikan biasa dan bayaran rundingan sahaja.
1.5 Rawatan pakar, imunisasi, pergigian, pemeriksaan ibu
mengandung, haemodialysis serta rawatan khusus yang lain
adalah tidak termasuk dalam kemudahan ini. Jika kakitangan
yang terlibat mendapatkan rawatan ini di klinik panel Majlis, beliau
hendaklah menjelaskan sendiri kos rawatan yang berkenaan.
1.6 Tiada had bilangan rawatan. Walau bagaimanapun ianya tertakluk
kepada had perbelanjaan yang telah ditetapkan. Perbezaan
jumlah kos rawatan dan had perbelanjaan akan dibayar oleh
kakitangan melalui potongan gaji atau lain-lain kaedah yang
sesuai.
1.7 Pelaksanaan kemudahan ini tidak menjejaskan kemudahan rawatan
sedia ada di klinik / hospital kerajaan. Kakitangan Majlis mempunyai
pilihan sama ada mendapatkan rawatan di klinik/hospital kerajaan
atau klinik panel Majlis.
1.8 Kemudahan ini merupakan kemudahan tambahan kepada
kakitangan Majlis bagi mendapatkan rawatan biasa.
1.9 Pengurusan Majlis berhak menahan kemudahan ini kepada mana-
mana kakitangan atas sebab-sebab yang difikirkan wajar.
2. Kategori Dan Had Perbelanjaan
2.1 Kakitangan Majlis akan dikelaskan kepada dua kategori seperti di
sebelah. Bagi setiap kategori akan melayakkan kepada had
perbelanjaan yang telah ditetapkan seperti sebelah:
15
Had
Kategori Status Perbelanjaan
Setahun
A - Bujang RM 200.00
- Duda/Janda tanpa anak
- Suami & Isteri kakitangan Majlis
B - Suami atau Isteri kakitangan Majlis RM 500.00
- Duda/janda dengan anak
2.2 Had perbelanjaan setahun yang dinyatakan di atas adalah
merangkumi juga bagi keluarga yang suami dan isteri merupakan
kakitangan Majlis.
3. Kad Kemudahan Rawatan
3.1 Semua kakitangan yang layak akan diberikan kad ini sebagai
pengenalan bagi mendapatkan rawatan di klinik panel.
3.2 Kad ini mempunyai maklumat asas kakitangan dan tanggungan
yang layak.
3.3 Kad ini hendaklah ditunjukkan kepada klinik panel bagi setiap kali
mendapatkan rawatan. Kegagalan berbuat demikian, kakitangan
yang berkenaan mungkin dikehendaki membayar kos rawatan.
3.4 Kad ini mempunyai tempoh sah yang akan ditentukan oleh Pengarah
Khidmat Pengurusan.
3.5 Kad ini diberi percuma.
3.6 Bayaran perkhidmatan sebanyak RM5.00 akan dikenakan bagi
penggantian kad disebabkan kerosakan akibat kecuaian dan
kehilangan.
3.7 Bayaran perkhidmatan tidak dikenakan bagi pembaharuan kad
akibat tamat tempoh sah dan pindaan maklumat di atas kad.
(Contohnya menambah bilangan anak).
3.8 Kad ini hendaklah dikembalikan apabila tamat perkhidmatan
dengan Majlis atau apabila diminta berbuat demikian.
16
Get documents about "