UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Peperiksaan Akhir
Sidang Akademik 1999/2000
Februari 2000
ATP201 – KAEDAH PENYELIDIKAN PERNIAGAAN
Jam: [ 3 jam ]
ARAHAN
Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi SEPULUH (10) muka surat yang
bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan.
Jawab SEMUA soalan. Jawapan untuk Bahagian A hendaklah ditandakan dalam borang
OMR dengan pensil 2B. PASTIKAN ANDA MENULIS ANGKA GILIRAN.
BAHAGIAN A
SOALAN 1
1. Bagi ukuran mana dari skala di bawah ini mod adalah merupakan ukuran
kecenderungan menengah yang sesuai?
(a) Ordinal.
(b) Nisbah.
(c) Selang.
(d) Nominal.
(e) Pecahan
2. Suatu alat pengukuran boleh memesong hasil penemuan dengan beberapa cara, yang
paling penting adalah:
(a) Penemuduga memesong jawapan yang direkod.
(b) Pensampelan yang kurang baik elemen dalam keseluruhan konsep.
(c) Bahaya orang kedua memesong jawapan.
(d) Tiada jawapan di atas.
(e) Semua di atas.
3. Mana satu dari yang berikut menjelaskan satu bentuk kesahan berasaskan kriteria?
(a) Kesahan Muka.
(b) Kesahan Selari (Concurrent).
(c) Kesahan Kandungan.
(d) Kesahan Konstruk.
(e) Kesahan Antara Muka
-2-
ATP201
4. Mana satu kenyataan berikut yang paling baik mengungkap perhubungan antara
kesahan dan kebolehpercayaan?
(a) Suatu pengukuran mungkin sah dan tiada kebolehpercayaan.
(b) Suatu pengukuran mungkin boleh dipercayai tetapi tidak sah.
(c) Ukuran yang boleh dipercayai adalah bebas dari ralat sistematik manakala
ukuran yang sah pula bebas dari ralat rawak.
(d) Dari kedua-dua ukuran di atas, yang lebih baik adalah kebolehpercayaan.
(e) Kedua-duanya sama penting.
5. Suatu pendekatan menggunakan skala tujuh titik dan adjektif (adjective) bipolar
adalah dikenali sebagai
(a) Skala Pembezaan Semantik.
(b) Scalogram Guttman.
(c) Skala Pertimbangan Perbandingan.
(d) Skala Jenis Likert.
(e) Skala Grafik
6. Senarai semua elemen populasi dari mana sampel diambil disebut
(a) Populasi.
(b) Elemen.
(c) Senarai parameter.
(d) Rangka sampel.
(e) Senarai sampel
7. Ralat respons adalah diakibatkan oleh?
(a) Responden tidak sedar mengenai fakta sebenar.
(b) Responden memalsukan jawapan secara sedar.
(c) Penemuduga mengisi jawapan yang silap.
(d) A dan B betul.
(e) Semua di atas.
8. Keperluan pengkodan adalah di mana set kategori mestilah:
(a) Saling habisan.
(b) Sesuai.
(c) Saling eksklusif.
(d) Didefinisikan sebagai dimensi tunggal.
(e) Semua di atas.
-3-
ATP201
9. Semua dari yang berikut adalah kaedah analisis data penerokaan KECUALI:
(a) Jadual kekerapan.
(b) Carta bar dan Carta Pai.
(c) Histogram.
(d) Tiada jawapan di atas.
(e) Jawapan (b) dan (c) sahaja.
10. Ujian satu hujung
(a) Tidak berarah.
(b) Tidak boleh digunakan dengan taburan normal.
(c) Boleh digunakan dengan Taburan Khi Kuasa Dua.
(d) Adalah berarah.
(e) Hanya boleh digunakan dalam ujian satu sampel sahaja.
11. Rekabentuk penyelidikan adalah:
(a) Pemerincian metodologi eksperimen.
(b) Memerincikan teknik pengumpulan data.
(c) Plan atau struktur penyelidikan yang dibentuk untuk menjawab soalan
penyelidikan.
(d) Penilaian kekangan kos dan masa.
(e) Semua di atas.
12. Mana satu dari yang berikut BUKAN dalam bentuk hipotesis?
(a) Kenaikan harga membawa kepada penurunan besar dalam permintaan.
(b) Kuasa ESP adalah lebih kuat di kalangan wanita berbanding lelaki.
(c) Orang Amerika mempunyai tanggapan bahawa produk Jepun lebih baik dari
produk Korea.
(d) Jualan di Kuala Lumpur lebih tinggi berbanding di Kota Baru.
(e) Tiada satu pun dari di atas.
13. Mana satu kenyataan berikut adalah BENAR?
(a) Model adalah satu perwakilan dan bukan penjelasan.
(b) Model digunakan untuk kedua-dua deskriptif dan simulasi.
(c) Model dinamik mewakili evolusi sistem melalui peredaran masa.
(d) Semua di atas.
(e) Tiada satu pun dari di atas.
14. Mana satu dari yang berikut BUKAN sebahagian dari plan penyelidikan formal?
(a) Defini konsep dan konstruk utama.
(b) Spesifikasi teknik/metod penyelidikan.
(c) Arahan pengkodan dan penjadualan.
(d) Belanjawan masa dan kos.
(e) Kos dan faedah.
-4-
ATP201
15. Indeks terbaik untuk menjelaskan varians yang dikongsi antara pembolehubah adalah:
(a) r.
(b) r2.
(c) y = b0 + b1 x1.
(d) t.
(e) p
16. Berikut adalah beberapa garis panduan penulisan laporan penyelidikan baik KECUALI:
(a) Mengetahui kumpulan sasaran.
(b) Memerhati gaya penulisan.
(c) Ringkas dan jelas.
(d) Menggunakan pelbagai kaedah statistik untuk membuktikan kebenaran.
(e) Bahasa yang mudah di fahami.
17. Kebolehpercayaan ujian-ujian semula mengukur
(a) Ketahanan sesuatu ukuran.
(b) Kesahan dalam sesuatu tempoh masa.
(c) Kestabilan dalam sesuatu tempoh masa.
(d) Kekuatan piawaian sesuatu alat pengukuran.
(e) Kekuatan alat ukuran
18. Seorang pengurus pengeluaran ingin mengetahui produk yang manakah yang lebih baik
daripada dua jenis produk yang digunakan dalam proses pengecatan rumah? Oleh itu,
apakah teknik yang paling sesuai digunakan untuk kajian ini:
(a) Analisis varians.
(b) Regresi.
(c) Ujian T.
(d) Analisis faktor.
(e) Analisis Kelompok
19. Koefisien korelasi Pearson
(a) Antara nilai – 1 dan 1.
(b) Adalah negatif sekiranya pembolehubah mempunyai hubungan songsang.
(c) Menunjukkan tiada perhubungan jika nilainya menghampiri 0.
(d) Semua di atas.
(e) Tiada satu pun dari di atas.
-5-
ATP201
20. Pengitlakan merujuk kepada
(a) Hasil kajian yang boleh diaplikasikan kepada populasi dalam persekitaran yang
berbeza.
(b) Hasil kajian yang hanya boleh diapplikasikan untuk sampel kajian sahaja.
(c) Pensampelan senang.
(d) Penggunaan jadual nombor rawak.
(e) Membuat kesimpulan berasakan pengalaman.
21. Mana satu dari kenyataan TIDAK menggambarkan dengan betul bagaimana seseorang
pengurus menentukan sama ada penyelidikan diperlukan atau tidak?
(a) Penyelidikan mungkin tidak dapat dijalankan kerana kekangan masa.
(b) Keputusan utama sepatutnya hanya dibuat selepas penyelidikan dijalankan.
(c) Pengurus yang mempunyai pengetahuan yang cukup tidak perlu menjalankan
penyelidikan.
(d) Penyelidikan hanya patut dijalankan sekiranya ia memperbaiki kualiti keputusan
dan perbelanjaan juga setaraf dengan maklumat yang diperolehi.
(e) Semua kenyataan di atas adalah tepat.
22. Sama ada penyelidikan harus dijalankan atau tidak ditentukan oleh setiap yang berikut
KECUALI
(a) sikap pekerja terhadap topik penyelidikan.
(b) kekangan masa
(c) sifat keputusan yang perlu dibuat
(d) faedah penyelidikan berbanding kosnya
(e) tiada satu pun dari di atas terkecuali
23. Semua kenyataan berikut adalah benar KECUALI
(a) tiada satu rekabentuk penyelidikan yang terbaik untuk semua keadaan
(b) penyelidikan pengamatan mudah dibentuk dan dilaksanakan.
(c) satu kekurangan kaedah pengamatan adalah kerana tidak dapat merekod sikap
dan pendapat responden
(d) terdapat berbagai cara untuk mengutip data
24. Kenyatan mana dari yang berikut adalah TIDAK benar mengenai penyelidikan
tinjauan?
(a) mengumpul maklumat dari individu menggunakan borang soal selidik
(b) mengumpul data primer
(c) mempunyai potensi tertinggi dalam menyelidik hubungan sebab-musabab.
(d) boleh dijalankan menggunakan mel, temuduga peribadi dan telefon
-6-
ATP201
25. Empat rekabentuk penyelidikan yang boleh digunakan dalam penyelidikan perihalan dan
sebab-musabab adalah:
(a) kumpulan fokus, tinjauan, kajian perintis dan eksperimen
(b) kumpulan fokus, tinjauan, eksperimen dan pengamatan
(c) kajian data sekunder, tinjauan, eksperimen dan pengamatan.
(d) data sekunder, kumpulan fokus, tinjauan dan eksperimen
26. Semua dari yang berikut adalah tahap dalam proses penyelidikan KECUALI
(a) perancangan sampel
(b) definisi masalah
(c) perancangan rekabentuk penyelidikan
(d) menjalankan tinjauan melalui telefon.
(e) membentuk kesimpulan dan menyediakan laporan
27. Apa sahaja prosedur yang menggunakan bilangan kecil item atau orang untuk membuat
kesimpulan mengenai kumpulan yang lebih besar yang dikenali sebagai populasi di
sebut
(a) statistik
(b) pensampelan.
(c) tinjauan
(d) teori kebarangkalian
(e) parameter
28. Persoalan yang mana satu dari yang berikut TIDAK akan dijawab oleh plan
pensampelan?
(a) Kenapa sampel itu dipilih?
(b) Siapa yang perlu disampel?
(c) Berapa besar samepl yang diperlukan?
(d) Bagaimankah unit sampel akan dipilih?
(e) Kesemua persoalan di atas boleh dijawab oleh plan pensampelan
29. Jika kita ingin penjelasan mengenai sifat sesuatu masalah, kita akan menjalankan
penyelidikan _________________.
(a) penjelasan
(b) penerokaan.
(c) perihalan
(d) sebab-musabab
(e) korelasi
-7-
ATP201
30. Bila ralat tinjauan di bahagikan kepada dua sumber utama, pembahagian yang digunakan
adalah:
(a) ralat rawak pensampelan dan ralat pemilihan sampel
(b) ralat rawak pensampelan dan ralat pentadbiran
(c) ralat rawak pensampelan dan ralat sistematik.
(d) ralat pemilihan sampel dan bias respons
(e) bias respons dan ralat bukan respons
31. Penyelidikan perniagaan adalah suatu alat (tool) yang menyediakan maklumat yang
diperlukan untuk membuat keputusan perniagaan yang baik.
(a) Benar (b) Palsu
32. Kedua-dua penyelidikan asas dan gunaan adalah sistematik dan objektif, tetapi hanya
penyelidikan asas yang menggunakan kaedah saintifik untuk menjawab soalan/dilema
yang di hadapi.
(a) Benar (b) Palsu
33. Proses induktif adalah proses membuat kesimpulan berasaskan premis yang diketahui
atau sesuatu yang diketahui memang benar.
(a) Benar (b) Palsu
34. Hipotesis adalah suatu proposisi yang boleh diuji secara empirik.
(a) Benar (b) Palsu
35. Dalam pengumpulan data, pra-ujian bermaksud satu sampel kecil data dikumpulkan
untuk menguji analisis statistik yang akan digunakan dalam penyelidikan.
(a) Benar (b) Palsu
36. “A problem well defined is a problem half solved”, adalah satu perumpamaan lama yang
tidak selalunya benar dalam era teknologi maklumat dan komputer.
(a) Benar (b) Palsu
37. Pembolehubah bersandar akan mempengaruhi perubahan dalam pembolehubah tak
bersandar.
(a) Benar (b) Palsu
38. Objektif penyelidikan akan menyatakan maklumat yang diperlukan untuk membuat
sesuatu keputusan.
(a) Benar (b) Palsu
-8-
ATP201
39. Kumpulan fokus pekerja dalam sesuatu syarikat mestilah dikendalikan oleh penyelia
mereka.
(a) Benar (b) Palsu
40. Dalam menjalankan kajian kes, kita mestilah memperolehi kebenaran pihak yang sejarah
mereka ingin kita kaji.
(a) Benar (b) Palsu
41. Internet mempunyai kesan yang tidak bererti terhadap bagaimana penyelidikan
perniagaan di jalankan.
(a) Benar (b) Palsu
42. Data dan maklumat adalah istilah yang boleh ditukar-ganti penggunaannya.
(a) Benar (b) Palsu
43. Keterampilan dan kelakuan penemuduga boleh mempengaruhi jawapan yang diberikan
oleh responden.
(a) Benar (b) Palsu
44. Penyelidik boleh menjangka untuk mendapat kadar pulangan (response rate) 100% bagi
kebanyakan penyelidikan tinjauan.
(a) Benar (b) Palsu
45. Responden lebih cenderung untuk memberikan maklumat peribadi dan sulit jika
penyelidkan dijalankan melalui tinjauan mel.
(a) Benar (b) Palsu
46. Eksperimen lapangan adalah eksperimen yang dijalankan dalam makmal di mana
penyelidik mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap persekitaran (setting)
penyelidikan.
(a) Benar (b) Palsu
47. Jenis skala yang digunakan dalam penyelidikan perniagaan akan mempengaruhi bentuk
analisis statistik yang boleh digunakan.
(a) Benar (b) Palsu
48. Skala selang adalah unik kerana ia mempunyai nilai 0 yang mutlak dan beza antara
jawapan yang sama.
(a) Benar (b) Palsu
-9-
ATP201
49. Pensampelan “snowball” adalah di mana responden pertama dipilih secara rawak
manakala responden seterusnya diperolehi dari maklumat yang diberikan oleh responden
pertama tadi dan seterusnya.
(a) Benar (b) Palsu
50. Pengiraan median bukan satu bentuk analisis perihalan (descriptive).
(a) Benar (b) Palsu
[40 markah]
BAHAGIAN B
SOALAN 2
Berikut adalah dua senario A dan B. Untuk setiap senario, nyatakan bagaimana penyelidik
harus menjalankan penyelidikan dengan menentukan setiap dari yang berikut dengan
memberikan sebab:
(a) Tujuan Penyelidikan.
(b) Sejauh mana campurtangan (kuasa) penyelidik.
(c) Persekitaran kajian.
(d) Dimensi Masa.
(e) Unit analisis.
Senario A
Seorang penyelidik Encik Ibrahim Panjang, ingin menjalankan suatu projek penyelidikan yang
akan membolehkan beliau untuk menentukan perhubungan antara ciri-ciri personaliti tertentu
dan juga kecenderungan (tendencies) mengambil risiko di kalangan pelabur saham.
a. Kajian Deskriptif kerana penyelidik hanya ingin mengkaji perhubungan antara ciri-
ciri personaliti dan juga kecenderungan mengambil risiko di kalangan pelabur.
b. Kajian ex-post facto kerana penyelidik hanya akan melaporkan ciri-ciri personaliti
dan juga kecenderungan mengambil risiko setiap ciri personaliti itu tanpa
memanipulasi mana-mana pembolehubah.
c. Kajian Lapangan kerana penyelidikan akan dijalankan dalam persekitaran sebenar
iaitu bursa saham dengan mengukur ciri-ciri personaliti dan tahap pemgambilan risiko
setiap pelabur yang terpilih.
- 10 -
ATP201
d. Kajian Cross-sectional kerana ukuran/data mengenai ciri-ciri personaliti pelabur dan
tahap pengambilan risiko mereka akan hanya di ukur sekali sahaja pada satu tempoh
masa tertentu.
e. Individu kerana penyelidik akan hanya ingin mengukur ciri-ciri personaliti dan tahap
pengambilan risiko setiap pelabur individu dan bukannya sebagai satu kumpulan atau
secara agregat.
Senario B
Penjualan komputer ACER dan COMPAQ seorang pekedai, Encik Lim Goh Poh, mengalami
penurunan yang teruk. Lim Goh Poh memutuskan untuk menguji dua pendekatan jualan. Dia
membahagikan 12 orang jurujualnya kepada 2 kumpulan. Dia melatih satu kumpulan dengan
menggunakan pendekatan “jualan keras” (hard sell) dan satu kumpulan lagi dengan pendekatan
“jualan lembut” (soft sell), supaya dia dapat memastikan pendekatan mana yang lebih effektif
meningkatkan jualan komputernya.
a. Kajian sebab-musabab kerana penyelidik ingin memastikan (kenapa or why)
pendekatan yang mana satu sama ada “hard sell” atau “soft sell” akan membolehkan En.
Lim Goh Poh untuk menjual lebih banyak komputer.
b. Eksperimen kerana En. Lim (penyelidik) akan memanipulasi pendekatan jualan (jualan
keras lawan jualan lembut).
c. Kajian Eksperimen Lapangan kerana kajian dilakukan dalam keadaan sebenar iaitu di
tempat penjualan komputer di lakukan dan bukannya makmal tetapi penyelidik akan
memanipulasi pendekatan jualan (jualan keras lawan jualan lembut).
d. Kajian Longitudinal kerana ukuran (jumlah jualan komputer) akan di ambil bagi 2
tempoh masa yang berlainan, pertama sebelum pendekatan baru diperkenalkan, kedua
selepas latihan pendekatan baru di perkenalkan.
e. Kumpulan kerana penyelidik ingin melihat kesan pendekatan jualan pada jumlah jualan
komputer, dia akan mengukur jumlah jualan kereta kumpulan “jualan keras” dan
kumpulan “jualan lembut” dan peningkatan ini akan di aggregatkan.
[20 markah]
SOALAN 3
Kementerian Pelancungan ingin membuat ramalan mengenai bilangan pelancung yang akan
melawat Malaysia pada tahun 2000. Mereka telah mengenalpasti 4 faktor yang boleh
mempengaruhi bilangan ketibaan pelancung. Faktor yang dikenalpasti adalah PRICE (Harga
yang dikenakan), PROMOTE (Perbelanjaan untuk promosi dalam ribu ringgit), RATE (Kadar
pertukaran) dan TEMP (Min suhu pada sesuatu minggu). Data lampau telah di analisis
menggunakan perisian SPSS dan output adalah seperti di bawah:
- 11 -
ATP201
* * * * M U L T I P L E R E G R E S S I O N * * * *
Listwise Deletion of Missing Data
Equation Number 1
Dependent Variable.. TOURISTS BILANGAN PELANCUNG YANG TIBA (DALAM RIBU)
Block Number 1. Method: Enter PRICE PROMOTE RATE TEMP
Variable(s) Entered on Step Number
1.. TEMP MIN SUHU PADA SESUATU MINGGU (DALAM 0C)
2.. RATE KADAR PERTUKARAN
3.. PRICE HARGA YANG DIKENAKAN
4.. PROMOTE PERBELANJAAN UNTUK PROMOSI (DALAM RIBU RINGGIT)
Multiple R .98703
R Square .97423
Adjusted R Square .95951
Standard Error .21060
Analysis of Variance
DF Sum of Squares Mean Square
Regression 4 11.73870 2.93468
Residual 7 .31046 .04435
F = 66.16804 Signif F = .0000
------------------ Variables in the Equation ------------------
Variable B SE B Beta T Sig T
PRICE -.170851 .043016 -.615248 -3.972 .0054
PROMOTE .242553 .162832 .258911 1.490 .1799
RATE 3.546983 3.035765 .091918 1.168 .2809
TEMP .227316 .118947 .175505 1.911 .0976
(Constant) 5.918755 3.892175 1.521 .1721
Durbin-Watson Test = 2.32723
- 12 -
ATP201
Anda dikehendaki:
(a) Dari output komputer di atas, bentukkan persamaan regresi berganda yang bersesuaian.
TOURISTS = 5.92 – 0.17 (PRICE) + 0.24 (PROMOTE) + 3.55 (RATE)
+ 0.23 (TEMP)
(b) Berapa peratuskah variasi dalam bilangan pelancung yang tiba yang dapat dijelaskan
oleh keempat-empat pembolehubah yang dikaji. Jelaskan jawapan anda.
R2 = 0.974. Maka dapat di simpulkan bahawa 97.4% variasi dalam Bilangan
ketibaan pelancung dapat dijelaskan oleh keempat-empat pembolehubah tak bersandar
di atas. Hanya 2.6% variasi sahaja yang tidak dapat di jelaskan.
(c) Ramalkan paras bilangan ketibaan pelancung sekiranya diberikan:
PRICE = 38
PROMOTE = 12
RATE = 0.54
TEMP = 15.5
TOURISTS = 5.92 – 0.17 (38) + 0.24 (12) + 3.55 (0.54) + 0.23 (15.5)
= 7.83 (jawapan mungkin berbeza ikut angka perpuluhan)
= 7,830 orang pelancung
(d) Pada aras keertian 0.05, adakah keseluruhan pembolehubah tak bersandar menyebabkan
(contributing) variasi pada pembolehubah bersandar?
H0: Keempat-empat pembolehubah tidak dapat menjelaskan variasi dalam bilangan
ketibaan pelancung
H1: Keempat-empat pembolehubah dapat menjelaskan variasi dalam bilangan
ketibaan pelancung
Oleh kerana Signif of F = 0.0000 0.05 Terima H0Tiada sumbangan bererti
RATE 0.2809 p > 0.05 Terima H0 Tiada sumbangan bererti
TEMP 0.0976 p > 0.05 Terima H0 Tiada sumbangan bererti
Hanya pembolehubah PRICE sahaja yang mempunyai sumbangan bererti terhadap
penjelasan variasi dalam bilangan ketibaan pelancung.
(f) Terangkan fungsi statistik Durbin-Watson.
Fungsi statistik D-W adalah ukuran auto korelasi untuk menentukan sama ada ralat
terjadi secara rawak atau tidak. Secara amnya jika nilai D-W antara julat 1.5 – 2.5
maka ralat terjadi secara rawak dan kita tidak perlu membuat apa-apa pembetulan. Nilai
D-W dari output komputer adalah 2.33 maka kita dapat simpulkan bahawa ralat
terjadi secara rawak. Penyelidik tidak perlu mengkaji pola ralat dan menentukan
apakah transformasi yang boleh di lakukan untuk mengurangakan kesan auto korelasi
ini.
[20 markah]
SOALAN 4
Dengan memberikan contoh yang bersesuaian, terangkan konsep berikut:
(a) Langkah-langkah dalam pengujian hipotesis
1. Nyatakan hipotesis Nul
H0: = 30
H1: 30
2. Pilih ujian statistik
Ujian Z =
3. Pilih aras keyakinan yang di kehendaki
= 0.05
4. Kira nilai perbezaan
Contoh:
-
x -
z
s
n
5. Dapatkan nilai kritikal ujian dari jadual
= 0.05 dari Jadual z = 1.96
6. Buat keputusan sama ada Terima/Tolak
Jika nilai kiraan lebih besar dari nilai jadual maka Tolak H0
- 14 -
ATP201
b. Analisis Regresi
Analisis regresi melibatkan satu pembolehubah bersandar (Y) dan satu pembolehubah
tak bersandar (X).
Persamaan Y = a + bX +
Contoh: Jualan = 20 + 0.8(Iklan)
Manakala analisis regresi berganda pula melibatkan satu pembolehubah bersandar (Y)
dan lebih dari satu pembolehubah tak bersandar (X)
Persamaan Y = a + b1X1 + b2X2 + b3X3 + ….. + bnXn
Contoh: Jualan = 20 + 0.8(Iklan) – 0.5(Harga)
(b) Kenapa Pensampelan Penting?
1. Lebih effisien
2. Lebih cepat
3. Lebih murah
4. Bila perlu pemusnahan ujian ujian
(c) Lintasan Susastera
Lintasan susastera melibatkan pengenalpastian secara sistematik, mencari dan menganalisis
dokumen yang mengandungi maklumat berkaitan dengan masalah penyelidikan
1. Kenalpasti apa yang sudahpun dilakukan
2. Membantu kita merancang apa yang perlu dilakukan
3. Memberikan rasional dan justifikasi untuk penyelidikan seterusnya
4. Menonjolkan strategi penyelidikan dan prosedur spesifik serta kaedah
pengukuran yang berkesan untuk mengukur masalah yang ingin di kaji
5. Membantu penyelidik mengelakkan kesilapan dan membina pada kekuatan
penyelidikan lampau
6. Membantu mentafsir data dan hasil penyelidikan
(d) Apakah ciri-ciri pengukuran yang baik?
Kesahan
Kandungan
Berkaitan-kriteria
Konstruk
Kebolehpercayaan
Kestabilan
Equivalence
Konsistensi dalaman
Practicality
Ekonomi
Kesenangan
Kebolehtafsiran