Embed
Email

Assalamualaikum,

Document Sample
Assalamualaikum,
Shared by: HC11112500185
Categories
Tags
Stats
views:
3
posted:
11/24/2011
language:
Malay
pages:
6
Pasukan Guru PASAK 100

( Penggerak Amalan Strategi Aaas Kualiti )

Ja batan Pelajaran Perak, 2010





1. TAJUK :



Pasukan Guru PASAK 100 ( Penggerak Amalan Strategi Asas Kualiti )

Jabatan Pelajaran Perak. 2010.





2. LATARBELAKANG :



Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Negeri Perak, Bil. 3/2009 telah meluluskan Kertas Cadangan

Fokus Kecemerlangan Akademik Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Perak 2010. Lima strategi

utama bagi meningkatkan kecemerlangan akademik 2010 ialah (i) Memperkasakan kepimpinan

instruksional dan membina kepimpinan transformasional dalam kalangan pemimpin di

JPN/PPD/Sekolah, (ii) Membangun dan meningkatkan kualiti guru, (iii) Membudayakan Head

Count di JPN/PPD/Sekolah, (iv) Melaksanakan pemantauan dan penyeliaan secara bersepadu di

semua peringkat; dan (v) Memantapkan pelaksanaan program kecemerlangan akademik.



YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa guru berkualiti

merupakan satu keperluan mendesak dalam melahirkan pelajar cemerlang. Kita perlu berusaha

untuk melahirkan lebih ramai guru yang berkualiti bagi membangunkan pendidikan negara.

Tanpa guru berkualiti, tahap penghasilan pelajar pasti akan tetap di takuk lama. Tidak guna

mempunyai fizikal sekolah yang gah sekiranya diisi oleh guru-guru tanpa kualiti.



Peranan guru amat penting bagi membangunkan pendidikan yang berkualiti. Pendidikan yang

berkualiti hanya dapat dihasilkan daripada guru-guru yang berkualiti. Guru berkualiti sangat

penting bagi mendidik modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif, berkemahiran menyelesaikan

masalah dan seterusnya melahir pelajar yang cemerlang dari segi akademik.



Berdasarkan Standard Guru Malaysia (SGM) Kementerian Pelajaran Malaysia, ciri-ciri guru yang

berkualiti ialah guru-guru yang menguasai standard kompetensi professional dari segi amalan

nilai profesionalisme, pengetahuan & kefahaman; dan kemahiran pengajaran & pembelajaran

(P&P).



Sehubungan dengan itu, Sektor Pengurusan Akademik telah merancang untuk melaksanakan

Pasukan Guru PASAK ( Penggerak Amalan Strategi Asas Kualiti ) bagi membantu membangun

dan meningkatkan kualiti guru Negeri Perak dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi

peperiksaan awam Negeri Perak 2010.





4. MATLAMAT :



Untuk membangun dan meningkatkan kualiti guru di Negeri Perak dan seterusnya dapat

meningkatkan prestasi Peperiksaan Awam 2010.





5. OBJEKTIF :



5.1 Membentuk Pasukan Guru PASAK 100 ( Penggerak Amalan Strategi Asas Kualiti )

di Peringkat Negeri Perak sebagai moderator bagi membantu dan membimbing

peningkatan kualiti guru di negeri Perak.



5.2 Melahirkan guru-guru yang berkualiti dari segi amalan nilai profesionalisme, pengetahuan

& kemahiran; dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran (P&P).



Sektor Pengurusan Akademik, 1

Jabatan Pelajaran Perak

Pasukan Guru PASAK 100

( Penggerak Amalan Strategi Aaas Kualiti )

Ja batan Pelajaran Perak, 2010

5.3 Meningkatkan prestasi dari segi kualiti dan kuantiti bagi Bahasa Inggeris UPSR,

Peperiksaan PMR dan Bahasa Melayu SPM 2010.







6. PEMBENTUKAN PASUKAN GURU PASAK 100

( Penggerak Amalan Strategi Asas Kualiti )



Pasukan Guru PASAK adalah merupakan guru-guru terpilih daripada daripada kalangan guru

cemerlang, jurulatih utama dan guru-guru yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam mata

pelajaran masing-masing di sekolah-sekolah.



Pasukan guru PASAK adalah sebagai MODERATOR bagi membantu membangun dan

meningkatkan kualiti guru melalui aktiviti-aktiviti perbincangan professional dan perkongsian

pintar pelbagai sumber, kepakaran dan khidmat bimbingan dalam kumpulan yang dilaksanakan

secara terancang, formal dan berkala. Pasukan guru PASAK/Moderator akan dilatih oleh

Jabatan Pelajaran Perak bagi memberikan perkhidmatan bimbingan dan kepakaran meningkatkan

kualiti guru dan strategi berkesan untuk meningkatkan prestasi pelajar di dalam akademik.



Guru PASAK/Moderator yang dilantik akan memainkan peranan utama untuk menggerakkan guru

dalam kumpulan masing-masing melalui aktiviti yang berteraskan perkongsian dan perbincangan

sehingga akhirnya berlaku perubahan dalam pelbagai aspek termasuk motivasi, sikap dan

amalan pedagogi. Melalui aktiviti kumpulan ini juga diharap berlakunya perkongsian dalam

merancang pengurusan dan pelaksanaan aktiviti P&P, pertukaran bahan P&P, soalan

peperiksaan/latihtubi, kepakaran teknik menjawab soalan dan melahirkan guru-guru yang kritis,

kreatif dan inovatif.







7. SASARAN PELAKSANAAN 2010 :



7.1 Bagi tahun 2010, berdasarkan peruntukan kewangan & penjimatan perbelanjaan, JPN

Perak hanya memfokuskan kepada guru mata pelajaran berikut bagi membantu

meningkatkan prestasi peperiksaan awam 2010 :



7.1.1 UPSR : Bahasa Inggeris.



7.1.2 PMR : Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.



7.1.3 SPM : Bahasa Melayu.





7.2 Bilangan guru Pasukan PASAK 100, 2010 :



 Seorang guru PASAK 100 bagi setiap mata pelajaran di peringkat daerah.

 Jumlah guru PASAK 100 di peringkat daerah = 5 orang ( 5 mata pelajaran)

 Jumlah guru PASAK 100 di peringkat negeri = 50 orang, seperti berikut :



UPSR : 1 mp x 10 daerah = 10 orang.

PMR : 3 mp x 10 daerah = 30 orang.

SPM : 1 mp x 10 daerah = 10 orang.

JUMLAH = 50 ORANG.





Sektor Pengurusan Akademik, 2

Jabatan Pelajaran Perak

Pasukan Guru PASAK 100

( Penggerak Amalan Strategi Aaas Kualiti )

Ja batan Pelajaran Perak, 2010

7.3 Bilangan guru yang akan terlibat dalam ”Perkongsian Pintar” dan ”Percambahan

Fikiran” di setiap daerah mengikut kumpulan mata pelajaran seperti berikut :



7.3.1 UPSR : 1 mp x 10 orang = 10 orang.

7.3.2 PMR : 3 mp x 10 orang = 30 orang.

7.3.3 SPM : 1 mp x 10 orang = 10 orang.

JUMLAH = 50 ORANG.



7.4 Jumlah keseluruhan guru yang terlibat di daerah dan negeri Perak :

7.4.1 Guru Pasukan PASAK 100 = 50 orang

7.4.2 Guru yang dibimbing/dilatih di peringkat daerah = 500 orang

JUMLAH = 550 ORANG.





8. KAEDAH PELAKSANAAN :



8.1 Di peringkat Negeri :



8.1.1 Membentuk Pasukan Guru PASAK 100 seramai 50 orang seperti berikut :

8.1.1.1 UPSR : 1 mp x 10 daerah = 10 orang.

8.1.1.2 PMR : 3 mp x 10 daerah = 30 orang.

8.1.1.3 SPM : 1 mp x 10 daerah = 10 orang.

JUMLAH = 50 ORANG.



8.1.2 Mengadakan Latihan Moderator untuk Pasukan Guru PASAK 100, Penyelaras

PASAK 100 Daerah dan Penyelaras Mata Pelajaran Negeri.





8.2 Di peringkat Daerah :



8.2.1 Bengkel/Latihan Peningkatan Profesional Guru di peringkat daerah :

 Dilaksanakan secara on-site sekurang-kurangnya empat kali setahun di

waktu petang ( 2.30 – 5.00 petang )

 Tempat : BTPN/PPD/PKG/Sekolah

 Pengisian : Perbincangan Profesional dan Perkongsian Pintar.

 Mengikut kumpulan mata pelajaran : 10 orang setiap kumpulan/mata

pelajaran.

 Dilaksanakan serentak di semua daerah pada tarikh yang akan ditetapkan

oleh urus setia.

 Dibimbing oleh seorang moderator dari kalangan Pasukan Guru PASAK untuk

membina, membangun dan menggerakkan anggota kumpulan ke arah

perbincangan profesional dan perkongsian pintar kecemerlangan.





9. PEMILIHAN GURU DI PERINGKAT DAERAH :



Guru yang dipilih adalah mengikut kumpulan mata pelajaran. Satu kumpulan 10 orang bagi

setiap mata pelajaran. Guru yang dipilih terdiri daripada guru-guru yang positif untuk

meningkatkan kecemerlangan diri, pelajar dan sekolah.









Sektor Pengurusan Akademik, 3

Jabatan Pelajaran Perak

Pasukan Guru PASAK 100

( Penggerak Amalan Strategi Aaas Kualiti )

Ja batan Pelajaran Perak, 2010

10. LATIHAN PASUKAN GURU PASAK 100 / MODERATOR :



Latihan khas melatih Pasukan Guru PASAK 100 / Moderator bagi mengetuai Kumpulan

Bengkel/Latihan Peningkatan Profesional Guru di peringkat daerah. Pasukan Guru PASAK 100

/Moderator akan diberi latihan teknik mengawal dan menghidupkan perbincangan. Semua

peserta perlu dirangsang dan digalakkan mengambil bahagian terutama dalam mengemukakan

idea bernas bagi menghasilkan penyelesaian terbaik kepada isu yang dibincangkan. Mereka juga

akan dibimbing dalam aspek pengurusan masa dan penyediaan laporan berkualiti.





11. PEMILIHAN BAHAN PERBINCANGAN :



Anggota kumpulan mengenalpasti isu/masalah masing-masing berdasarkan tema perbincangan

yang dimaklumkan oleh moderator masing-masing. Pilihan isu dibuat berdasarkan keutamaan

isu dari isu-isu yang dikemukakan oleh anggota kumpulan dan moderator. Moderator perlu

membuat persediaan yang lebih rapi untuk menghidupkan suasana perbincangan berkaitan

topik/isu yang dipilih.





12. TEMA PERBINCANGAN :



Di antara cadangan tema adalah seperti berikut:



12.1 Prestasi pencapaian matapelajaran melebihi 85%. Antara perkara-perkara yang boleh

dibincangkan di bawah tema ini ialah;

 Head Count

 Teknik Menjawab Soalan

 Topik Sukar Difahami

 Topik Popular

 Teknik Pengendalian Latih tubi

 Menangani dan Mengendali Pelajar Lemah, Sederhana dan Cemerlang

 Pengetahuan Konten (Content Knowledge)



12.2 Pedagogi Guru

 Pengintegrasian ICT dalam P&P

 Pelbagai Kaedah Pembelajaran di Bilik Darjah

 P&P Berkesan & Berkualiti



12.3 Membina motivasi dan pembentukan sikap guru.









Sektor Pengurusan Akademik, 4

Jabatan Pelajaran Perak

Pasukan Guru PASAK 100

( Penggerak Amalan Strategi Aaas Kualiti )

Ja batan Pelajaran Perak, 2010

13. PELAN TINDAKAN :





Bil Perkara Tarikh Tindakan





1. Pembentangan dalam Mesyuarat JK Kurikulum Negeri 12 – 13.1.2010 KSPA/ KPP Matematik

Perak, Bil. 1/2010



2. Taklimat Pelaksanaan kepada pegawai akademik JPN & 25.1.2020 Urus Setia

PPD semasa Mesyuarat Pengurusan Akademik JPN/PPD,

Bil. 1/2020



3. Pemilihan Pasukan Guru PASAK 100. 18.1.2010 KPP/KB/PP/Penyelia

( 5 mp x 10 daerah = 50 orang )



4 Latihan untuk 50 Pasukan Guru PASAK 100 / Moderator 4.2.2010 Urus Setia

dan pegawai JPN, Bil. 1/2010



5 Pemilihan anggota kumpulan dan penetapan tempat 8.2.2010 Setiausaha

aktiviti. mata pelajaran



6. Bengkel Aktiviti Guru PASAK 100 Peringkat Bengkel 1 Urus Setia

Daerah ( Bengkel 1 & Bengkel 2 ) : 25.2.2010 dan pegawai JPN

(sebelum Peperiksaan Pertengahan Tahun )

Bengkel 2

25.3.2010





7. Laporan & Post-Mortem prestasi pencapaian mata Dua minggu Urus Setia

pelajaran setiap anggota kumpulan berdasaran Prestasi selepas & Setiausaha mata

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010. Peperiksaan PPT pelajaran



8. Latihan untuk 50 Pasukan Guru PASAK/Moderator dan 29.6.2010 Urus Setia

pegawai JPN, Bil. 2/2010.





9. Bengkel Aktiviti Guru PASAK 100 Peringkat Bengkel 3 Urus Setia

Daerah (Bengkel 3 & Bengkel 4 ) : 6.7.2010 dan pegawai JPN



Bengkel 4

10.8.2010



10. Laporan & Post-Mortem prestasi pencapaian mata Dua minggu Urus Setia

pelajaran setiap anggota kumpulan berdasaran Prestasi selepas & Setiausaha mata

Peperiksaan Percubaan 2010. Peperiksaan pelajaran

Percubaan



11. Laporan prestasi pencapaian setiap kumpulan & setiap 2 minggu Setiausaha

anggota kumpulan dalam PPT dan PP UPSR, PMR dan selepas mata pelajaran

SPM. peperiksaan







Sektor Pengurusan Akademik, 5

Jabatan Pelajaran Perak

Pasukan Guru PASAK 100

( Penggerak Amalan Strategi Aaas Kualiti )

Ja batan Pelajaran Perak, 2010

14. PELANTIKAN GURU PELAPOR / PENCATAT :



Sebelum aktiviti dilaksanakan, seorang pencatat dipilih di kalangan anggota kumpulan. Pencatat

kemudiannya boleh digilirkan mengikut keputusan kumpulan bagi aktiviti perbincangan yang

selanjutnya. Semua penyelesaian yang bersesuaian perlu dicatat dengan jelas untuk tujuan

dikongsi bersama oleh semua pihak yang berkepentingan. Pencatat yang dilantik perlu

menyediakan laporan lengkap mengikut format yang telah ditetapkan dan mengemukakannya

kepada moderator masing-masing pada atau sebelum perbincangan selanjutnya. Seterusnya

moderator akan mengemukakan laporan kepada setiausaha mata pelajaran (PP/Penyelia) dalam

tempoh seminggu selepas perjumpaan. Setiausaha mata pelajaran akan memberi laporan kepada

penyelaras.





15. HASIL DAPATAN/BAHAN PERBINCANGAN :



Hasil Bengkel/Perbincangan yang berkualiti tinggi akan disunting dan dimurni oleh panel khas

yang dianggotai oleh Pasukan Guru PASAK 100, sebelum dimuatnaik ke Laman Web JPN Perak.





16. PENUTUP :



Guru yang berkualiti sangat penting bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan di negeri

Perak. Justeru itu, kita perlu membantu untuk meningkatkan kualiti dan profesionalisme guru.

Program ini dapat menyediakan ruang dan peluang perkongsian ilmu, perkongsian bahan,

perkongsian kepakaran dan membuka minda kecemerlangan dalam kalangan guru

berpengalaman, guru cemerlang dan guru-guru yang telah menunjukkan peningkatan prestasi

mata pelajaran. Diharapkan ianya dapat melahirkan guru-guru yang berkualiti dan seterusnya

dapat membangunkan pendidikan modal insan yang berkekualiti serta meningkatkan prestasi

peperiksaan awam di negeri Perak pada tahun 2010.









Sektor Pengurusan Akademik, 6

Jabatan Pelajaran Perak


Related docs
Other docs by HC11112500185
Faiss Middle School
Views: 0  |  Downloads: 0
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Views: 4  |  Downloads: 0
Sheet1
Views: 1  |  Downloads: 0
DR J A BARTON AND PARTNERS
Views: 0  |  Downloads: 0
Presentation File
Views: 1  |  Downloads: 0
PowerPoint Presentation
Views: 0  |  Downloads: 0
(105 ILCS 5/10 20
Views: 6  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!