w huruf yg ke-23 abjad Rumi by tKP8HVF

VIEWS: 101 PAGES: 41

									w huruf yg ke-23 abjad Rumi.
W simbol kimia bagi tungsten.
wa I 1. dan (disebut dlm beberapa ungkapan Arab); wallahuaklam dan
      Allah Yang Lebih Mengetahui; 2. demi (disebut utk bersumpah);
      wallahi demi Allah.
wa II = pak (mak) ~ (a) pak (mak) tua (panggilan kpd ibu atau bapa
      saudara yg tertua); b) bp kekasih (lelaki atau perempuan); wak I.
waad Ar 1. janji: tiadalah kami kedua-dua ini mengubah ~ kami dan
      setia kami; melupakan ~ mengingkari janji; mengubahkan ~
      memungkiri janji; 2. sampai janjinya (ajalnya); datang ~ Allah
      atasnya sampai janjinya, mati;
      berwaad membuat (mengikat) perjanjian, berjanji: jikalau tuanku
      mahu anak patik itu, mahulah Duli Yang Dipertuan ~ dgn patik.
waadah  waadat.
waadat Ar perjanjian;
      berwaadat berjanji, membuat perjanjian: perjanjian atau ~ itu
      semacam bertentangan dgn asas keutuhan asal-usul raja itu.
waang Mn engkau: dah lama kami menunggu ~.
wabah  wabak.
wabak 1. sj penyakit menular, (berjangkit) yg merebak: ~ cacar; ~ taun;
      2. kejadian atau perbuatan buruk (spt penagihan dadah, perbuatan
      jenayah, dll) yg merebak ke merata tempat: ~ dadah perlu
      dibanteras; ~ kepincangan yg melanda koperasi;
      mewabak merebak dgn cepat: ruapan itu ~ hingga memenuhi
      setiap ruang tanah itu; bayangan hitam itu ~ ke hati Raid yg
      memaksanya mengasak terus;
      mewabakkan menyebabkan merebak, merebakkan: aku tahu
      jawaban itu akan ~ suasana tegang ke seluruh pelosok rumah
      kami.
wabakdahu Ar dan kemudian drpd itu, dan sesudah itu.
wacana 1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan,
      pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea
      secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg
      utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan
      (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur
      kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~
      sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak;
      mewacanakan menjadikan sesuatu sbg wacana: para ilmuan cuba
      berbincang dan membuat analisis terhadap tajuk-tajuk yg dipilih
      utk diwacanakan secara objektif.
wad bilik atau bahagian di sesebuah hospital yg menjadi tempat tinggal
      para pesakit, biasanya mereka yg mengalami penyakit yg sama,
      utk menjalani rawatan: ~ kecemasan; ~ ortopedik; ~ bersalin;
      mengewadkan memasukkan seseorang ke dlm wad: Selvamuthu
      telah diwadkan selama tiga minggu.
wadah 1. Jw bekas (tempat) utk mengisi atau diisi sesuatu; 2. alat, asas,
      medan, saluran (utk melakukan atau menyampaikan sesuatu):
      pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi ~ utk
      para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar
      pendapat; ada orang melihatnya berfungsi sbg ~ pengiklanan,
      medan propaganda, suatu saluran utk menyampaikan informasi,
      dan bermacam-macam lagi;
      berwadahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wadah:
      kita telah dapat mengemukakan penyelesaian agama dgn ~ ilmu
      pengetahuan, sains dan teknologi, di samping berdoa dan
      bertawakal kpd Allah;
      mewadahi menjadi wadah kpd (atau bagi): kebosanannya sudah
      lama ~ kekecewaan utk mendapatkan sebarang kerja.
wadai  wade.
wadar pegawai yg mengawal orang tahanan di penjara, pegawai penjara,
      pengawal orang tahanan di penjara.
wadas Jw lapisan tanah yg keras spt karang;  cadas.
wadat Jw tidak berkahwin, membujang.
wade (wadé) sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd
      tepung kacang dal putih, berbentuk bulat dan berlubang di
      tengahnya.
wadheh (wadhéh, wadhih) Ar → wadih.
wadi I Ar sungai yg tidak berair di padang pasir (berisi air apabila turun
      hujan), lembah.
wadi II sj air putih (pekat) yg keluar dr zakar atau faraj ketika badan
      penat bekerja.
wadih Ar sl jelas, terang dan nyata (bkn khabar dll), sahih: supaya
      boleh ~ dan selesai perkhabaran kita.
wadon Jw sl perempuan.
waduh sr utk menyatakan kehairanan (rasa sakit dsb), aduh.
waduk Jw 1. perut besar (tempat mencernakan makanan); 2. = ~ air sj
      kolam tempat mengumpul dan menyimpan air utk digunakan pd
      musim kering; 3. = ~ air sj tangki air yg tinggi.
wadung Jw beliung.
wafak Ar 1. waktu yg pasti (berlakunya sesuatu); 2. setuju dgn, menurut.
wafat Ar, bh meninggal dunia (digunakan utk nabi dan rasul): setelah
      Nabi ~, Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah;
      kewafatan kematian (nabi dan rasul): selepas ~ Rasulullah,
      sayidina Abu Bakar telah dilantik menjadi khalifah pertama.
wafel sj pankek yg tebal dan rangup, biasanya dimakan dgn madu dsb.
wafer sj biskut yg nipis, agak manis dan rapuh, biasanya dimakan dgn
      aiskrim.
wagon gerabak kereta api, gerbong.
wah sr utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll): ~, dahsyat
      sungguh!; ~, bukan main banyaknya wang masuk!
wahadah  wahdah.
wahadaniah  wahdaniah.
wahadat, wahadiah, wahadiat wahdah.
wahah kawasan yg agak subur di padang pasir (berair dan ada tumbuh-
      tumbuhan).
wahai sr kata utk menyatakan rasa sedih (menarik perhatian,
      memperingatkan, dll): ~, tidak ada pertolongan lagi, tidak ada
      harapan lagi!; ~ kawan, berhati-hatilah sedikit!
waham sangkaan atau alasan yg samar-samar (jauh drpd yakin), was-
      was: tiga kali saya mengangkat takbir barulah berasa betul bersih
      dan tidak ada syak dan ~;
      mewahamkan         1.    menduga,      menyangka-nyangka;        2.
      mencurigakan, meragu-ragukan, mengesyaki;
      kewahaman sesuatu yg diwahamkan (dicurigai): ilmu al-Yaqin itu
      tidak mengandungi sebarang keraguan, kesalahan, dan ~.
wahana saluran atau perantaraan (yg memungkinkan sesuatu dilakukan,
      disampaikan, atau dicapai): bahasa baku sajalah yg layak menjadi
      bahasa ilmu utk ~ pemikiran dan utk pengembangan budaya
      bangsa; lukisan     kartun   sering   digunakan    orang   sbg   ~
      propaganda; RTM seharusnya menjadi ~ komunikasi ilmu dan
      sekali gus ~ komunikasi budaya yg berkesan;
      berwahanakan menggunakan sesuatu (spt bahasa) sbg wahana:
      keperluan khusus yg ~ bahasa asing.
wahdah Ar keesaan (Tuhan).
wahdaniah Ar keesaan, ketunggalan.
wahi Ar  wahyu.
wahid Ar yg esa (sifat Tuhan), tunggal.
wahmi dianggap tidak wujud, agakan atau sangkaan belaka: sungguhpun
      pd zahirnya dia wujud tetapi ~ jua.
wahon wagon.
wahyu firman (kalam) Allah yg dibacakan kpd nabi dan rasul-Nya yg
      disampaikan sama ada melalui malaikat (Jibril) ataupun tanpa
      melaluinya:     Nabi     Muhammad        SAW    menerima    ~    utk
      mengembangkan agama Islam;
      mewahyukan menurunkan wahyu kpd, menyampaikan petunjuk
      (pengajaran dll) dgn wahyu: wahyu disampaikan kpd Nabi oleh
      Jibril,   dan   segala       apa   yg   diwahyukan   kepadanya   itu
      disampaikannya pula kpd sahabat-sahabatnya;
      pewahyuan proses menyampaikan wahyu: ~ dan penyebaran al-
      Quran.
wai I sr utk menyatakan rasa terkejut (hairan dsb).
wai II batang air, kali, sungai.
waiduri baiduri.
wailol Pl bodoh, bahlul.
waima, waimma Ar sama ada, walaupun: apa pun yg dibuat manusia, ~
      dgn perang meledakkan dunia dan isinya, manusia tidak akan
      berjaya membunuh kebenaran dan keutamaan.
wain minuman keras yg dihasilkan drpd peraman air anggur.
waisya sl kasta yg ketiga dlm agama Hindu (terdiri drpd golongan
      pedagang, petani, dan tukang).
waizuri raja muda;  wizurai.
waja 1. = besi ~ sj besi yg keras dan kuat, baja; hati ~ ki hati yg keras:
      semangat ~ ki semangat yg kuat; 2. (bkn semangat, cita-cita, dsb)
      kuat: Afifi berani dan punya cita-cita ~;
      berwaja menjadi teguh: keyakinan ~ di hatinya;
      kewajaan sifat atau keadaan waja, kekuatan: yg penting ialah ~
      semangat kaum tani dlm menghasilkan tuaian mereka.
wajah 1. air muka, muka paras, roman muka: ~ ibunya di rumah mula
      terbayang; ~nya sungguh-sungguh menyenangkan; 2. keadaan
      luaran (spt pemandangan dll), rupa atau keadaan (sesuatu)
      sebagaimana yg dapat dilihat: ~ kampung itu sudah berubah
      sekarang; sekiranya itu dapat memberikan nafas serta ~ baru, ia
      pasti menggembirakan;
      berwajah 1. mempunyai (menampakkan) wajah; ~ sedih (suka,
      lesu, dsb); 2. mempunyai atau menampakkan wajah (rupa atau
      keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur
      pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej
      sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru;
      berwajahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah:
      masyarakat gempar apabila menjumpai ikan yg ~ manusia;
      mewajahi memberikan keadaan atau rupa luaran kpd: begitulah
      sastera hipermodenisme yg akan ~ sastera dunia.
wajan Jw kuali tempat menggoreng, bajan.
wajar 1. memang begitu (tidak dibuat-buat, ditambah-tambah, dll); nasi
      ~ nasi biasa (nasi putih, tidak bersantan, dll); 2. sebagaimana yg
      sepatutnya (bersesuaian, kena pd tempatnya, dsb), dapat diterima
      atau dipertahankan sbg munasabah, seharusnya, semestinya,
      sepatutnya: kaum wanita harus mendapat tempat yg ~ dlm
      masyarakat; tuntutan rakyat yg ~ utk keperluan hidup;
      sewajar; ~ dgn sama halnya dgn, selaras dgn, setimbal dgn, sesuai
      dgn;
      sewajarnya 1.     memang begitu halnya (keadaannya dll),
      sebenarnya (demikian), sememangnya: sbg seorang yg dilahirkan
      di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati
     dgn perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan; 2. memang
     begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu:
     pertengkaran antara puak pembangkang dgn puak kerajaan yg
     berlaku dlm parlimen itu sudah ~; 3. dgn begitu sahaja, tidak
     dibuat-buat (dipaksa-paksa), dgn sendirinya: jangan dihalang
     fikiran kanak-kanak yg tumbuh dgn ~; 4. sesuai dgn yg
     seharusnya, sebagaimana mestinya, sebagaimana patut: kandungan
     Quran itu harus difahami dgn ~;
     mewajarkan menjadikan dapat diterima atau dianggap sbg
     sepatutnya      atau      seharusnya       demikian,          menjadikan
     (memperlihatkan dsb) wajar: filem ini tidak berusaha utk ~
     kekuasaan kolonial bangsa kulit putih; saya tidak nampak
     sebarang alasan atau hujah yg kuat yg dapat ~ kita bertindak
     menghapuskan tulisan Jawi;
     kewajaran     perihal     wajar:   perbincangan        di     atas     telah
     menunjukkan ~ pendirian ini; apakah ada ~ atau tidak utk
     bertindak sedemikian?
wajib Ar 1. hukum suruhan (dlm Islam) yg apabila dilaksanakan
     mendapat     pahala     dan   apabila   ditinggalkan        berdosa,    mis
     sembahyang lima waktu dan menunaikan zakat: ada lima rukun
     Islam yg ~ ditunaikan oleh tiap-tiap orang Islam; 2. tidak boleh
     tidak (diamalkan, dilakukan, dsb), mesti, perlu: orang tua ~
     memberikan asuhan yg cukup kpd anak mereka; 3. sudah
     seharusnya (sepantasnya, sepatutnya): kita ~ mengucapkan syukur
     dan berterima kasih kpd orang yg telah menolong kita;
     ~ belajar kemestian menuntut ilmu (belajar); ~ pajak Id orang yg
     wajib membayar cukai;
     sewajibnya semestinya, sewajarnya, seharusnya: ~lah mereka
     bersatu padu dan bekerjasama utk mencapai kemajuan;
      berwajib bertanggungjawab mengelolakan atau mengurus sesuatu
      (bkn orang, institusi, dll yg): bantahan itu sudah disampaikan kpd
      yg ~; bidang ini juga melibatkan DBP, pihak-pihak yg ~, dan
      orang ramai dlm menentukan taraf bahasa Melayu di negara ini;
      mewajibkan 1. menjadikan wajib (dilakukan, diamalkan, dll),
      menjadikan kemestian, memestikan, mengharuskan: Islamkah
      engkau kalau engkau tidak mengikut syarat dan undang yg
      diwajibkan ke atas seorang Islam? 2. menyerahkan tugas (kerja
      dll) kpd, memestikan sesuatu kpd: kerajaan ~ suntikan cacar;
      kewajiban, kewajipan 1. sesuatu yg diwajibkan, kemestian,
      keharusan: ia setia kpd suaminya, dan suaminya itu pun tidak
      melupakan ~nya; 2. tugas (tanggungjawab) yg harus dilakukan
      atas perintah: kami datang ini kerana ~, bukan untuk mengugut;
      berkewajiban,        berkewajipan      mempunyai        kewajiban
      (tanggungjawab), bertanggungjawab: suamilah yg ~ mencari sara
      hidup.
wajik sj penganan yg dibuat drpd beras pulut (gula, santan), nasi manis,
      pulut kacau;
      ~ takik wajik yg dibuat keras (supaya tahan lama); potong ~
      potongan (kuih dll) yg berbentuk empat persegi menyerong.
wak I panggilan kpd bapa atau ibu saudara yg tua (atau orang yg boleh
      dianggap bapa);  wa II.
wak II bunyi spt bunyi itik dll.
wak III sl; Seri W~ Raja sl gelaran utk pembesar (kerajaan Melaka).
wakaf I Ar 1. sesuatu yg diberikan utk kegunaan orang ramai (sbg
      derma), sesuatu yg diberikan atau diuntukkan bagi keperluan dsb
      yg berkaitan dgn agama Islam; sumur (telaga) ~ sumur (telaga) yg
      dibuat utk orang ramai; tanah ~ tanah yg diuntukkan bagi
      keperluan agama (utk perkuburan, mendirikan masjid, dll); 2.
      badan (institusi) yg dibentuk yg ada kaitan dgn agama Islam;
      berwakaf memberikan sesuatu (tanah, harta, dll) utk keperluan
      (kegunaan) umum atau keagamaan;
      mewakafkan memberikan (tanah, harta, dll) utk kegunaan orang
      ramai, memberikan sesuatu utk hal atau keperluan yg berkaitan
      dgn agama: pokok manggis itu diwakafkan kpd sesiapa yg tidak
      mempunyai pokok manggis dlm paraknya;
      pewakaf orang yg mewakafkan sesuatu: ~ berkuasa menentukan
      orang yg bertanggungjawab sbg pentadbir harta wakafnya.
wakaf II Ar tempat berhenti sebentar (membaca dll), jeda.
wakalah Ar perwakilan.
wakil 1. orang yg diberi kuasa menggantikan atau bertindak bagi pihak
      orang lain, pengganti, sulih: ia dihantar sbg ~ ayahnya utk
      menyelesaikan hutang-piutang itu; 2. orang yg dilantik sbg utusan
      atau utk bertindak dsb bagi pihak (kerajaan, persatuan sekerja,
      rakyat, dll), utusan: beliau dihantar sbg ~ Malaysia ke
      persidangan B.B; 3. orang (syarikat dll) yg menjalankan urusan
      perniagaan dsb utk orang atau pihak lain, ejen: syarikat itu telah
      dilantik sbg ~ General Motors di negeri ini; 4. Id jawatan yg
      kedua tingginya (di bawah jawatan yg disebutkan berikutnya),
      naib, penolong, timbalan: ~ kedua; ~ presiden;
      ~ dagang orang yg dilantik utk mengurus perdagangan; ~ mutlak
      wakil yg diberi kuasa (hak dll) yg penuh; ~ nikah orang yg
      menjadi wakil pengantin dlm pernikahan; ~ (pejabat) pos pejabat
      pos kecil (yg biasanya menjadi wakil urusan pos di kampung-
      kampung dan tidak mempunyai bangunan yg khas); ~ rakyat
      seseorang yg telah dipilih dlm pilihan raya utk menjadi wakil
      penduduk di kawasan pilihan rayanya (dlm parlimen dsb), ahli
parlimen, ahli majlis undangan negeri; ~ tetap orang dll yg
dilantik menjadi wakil utk waktu yg berpanjangan; ~ tunggal
wakil perdagangan yg satu-satunya (tidak ada wakil yg lain);
berwakil mempunyai (memakai) wakil, melantik (memberi kuasa
dsb kpd) seseorang utk berlaku sbg wakil: masalahnya, dia sendiri
tidak hadir dan tidak pula ~;
berwakilkan menggunakan (melantik dll) sbg wakil: pelabur-
pelabur yg ~ pejabat pos akan menerima surat akuan penerimaan
dr Ibu Pejabat ASNB;
mewakili menjadi wakil kpd, bertindak sbg wakil atau pengganti
kpd atau bagi pihak (seseorang dll), menyulihi: peguam yg telah
disahkan oleh mahkamah tertinggi boleh hadir di mana-mana
mahkamah utk ~ orang;
mewakilkan 1. memberi kuasa kpd seseorang utk menjadi wakil,
menunjuk (melantik) seseorang lain utk mewakili: semua ahli
mesti hadir sendiri, tidak boleh ~ orang lain; 2. menyerahkan kpd
orang   yg    dipercayai   utk   diurus   dsb,    mempercayakan
(mengamanahkan) kpd: perahu besar itu tinggal di pangkalan
Saleh, diwakilkannya kpd orang di situ;
perwakilan 1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-
mewakili: soal ~ pelajar utk duduk bersama dlm parlimen telah
dibincangkan dlm mesyuarat itu; 2. beberapa orang utusan
(pemerintah dll), perutusan: menteri itu telah mengetuai satu ~
seramai lima orang utk menghadiri persidangan Pembangunan
Ekonomi Asia Tenggara; 3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat
wakil-wakil: dewan (majlis) ~ rakyat; 4. wakil (pejabat yg
mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta: ia berhak mendapat
perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi duta-duta
     atau ~ negerinya di negeri itu; 5. wakil (pejabat yg mewakili)
     perdagangan: majalah ini dapat dibeli melalui ~nya.
waktu 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan
     datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk
     bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg
     tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3.
     saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah
     ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu;
     jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika:
     pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan
     utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~
     lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll,
     suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~
     malam;
     W~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan
     sbg asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; ~ pejabat
     waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau
     pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang;
     ~ perdana waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg
     paling ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan
     biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; ~ puncak waktu
     lalu lintas yg paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yg paling
     tinggi, dll; ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara
     dibandingkan dgn waktu di tempat lain; ~ utama waktu perdana;
     habis ~ kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg
     tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal;
     sewaktu dlm waktu yg sama, pd masa (ketika), semasa: nelayan
     itu telah dirompak ~ menangkap ikan;
      sewaktu-waktu bila-bila sahaja, sebarang waktu: ~ kami dapat
      ditangkap;
      berwaktu mempunyai waktu yg tertentu, memakai waktu;
      sembahyang diberi ~, janji diberi berketika prb sesuatu pekerjaan
      hendaklah ditetapkan waktunya supaya selamat dan sempurna.
wakwak sj kera, ungka, wawa.
walabi sj marsupial drpd famili Macropodidae, yg serupa dgn kanggaru
      tetapi saiz tubuhnya lebih kecil, mempunyai kaki belakang yg
      besar dan ekor yg panjang.
walad Ar anak (laki-laki).
walah  kewalahan.
walak Mn ark; mewalakkan menaruh, meletakkan;
      terwalak terletak.
walakin Ar 1. meskipun, walaupun, sungguhpun: kehendak yg suci itu
      diperkenankan oleh kepala kantor itu, ~ dgn hati berat; 2. akan
      tetapi, namun (demikian).
walang I = ~ hati = berhati ~ bersusah (bersedih) hati, dukacita, gelisah,
      khuatir;
      berwalang; ~ hati walang hati.
walang II Jw sj belalang; ~ sangit sj serangga, cenangau, pianggang.
walaru sj kanggaru besar yg terdapat di kawasan berbatu-batan di
      Australia, Marcopus robustus.
walau 1. dan sekiranya, dan jika: ~ ke laut sekalipun, adinda akan ikut
      juga; 2. = walaupun biar(pun), kendati(pun), meski(pun): ~ sudah
      lewat tengah malam, ia akan pergi juga memanggil doktor; lau I.
waledan Jw gaji (kenaikan atau tambahan gaji) yg belum dibayar.
waleh (waléh) Jw tidak berselindung lagi, berterus terang, mengaku.
walet (walét) Jw sj burung layang-layang.
walhal 1. padahal, sedangkan, dlm pd itu: sehingga hari itu, zakat harta
      dikenakan pd petani sahaja ~ yg wajib mengeluarkannya
      bukanlah petani sahaja; 2. meskipun, sungguhpun: belum puas
      lagi Ani melihat gambar yg tertera di muka itu, ~ sudah sekian
      kali dia melihatnya.
walhasil 1. dan hasilnya, kesudahannya, kesimpulannya: maka
      panjanglah borak dan bual kedua-dua orang perempuan itu, ~
      apabila perempuan berjumpa sama-sama perempuan macam-
      macamlah jadi; 2. sebenarnya, pd hakikatnya: pd namanya saja
      mereka itu Islam, ~ pd amalannya mereka menyimpang drpd
      ajaran Islam.
wali I 1. orang (bapa, datuk, abang, bapa saudara, sepupu laki-laki) yg
      boleh menikahkan pengantin perempuan: Cik Rabiah masih
      mempunyai ~ ikrabnya yg kuat, iaitu bapanya sendiri; 2. orang yg
      diberi kuasa (dlm Islam) utk mengurus anak yatim dan hartanya
      sehingga ia dewasa; 3. = ~ Allah = waliullah orang yg dipilih oleh
      Allah SWT utk mendapat pertolongan-Nya dgn dirapatkannya pd
      kehadiran-Nya: saya ini bukannya keramat atau ~ Allah; 4. orang
      yg memerintah sesebuah daerah (negeri dll);
      ~ akrab, ~ ikrab a) orang yg layak menjadi wali yg sangat rapat
      hubungannya dgn pengantin perempuan (iaitu ayah, abang yg
      sulung, atau ayah saudara; b) ayah atau ibu kpd anak yatim yg
      layak mengurus harta si anak sehingga ia dewasa; ~ kota Id datuk
      bandar; ~ negara Id ketua negara bahagian (pd zaman penjajahan
      Belanda dan zaman Republik Indonesia Serikat); ~ negeri Id a)
      ketua negeri; b) Gabenor Jeneral; ~ rumah mamak yg berkuasa
      dlm rumah adat, tungganai;
      berwalikan mempunyai seseorang sbg wali;
      mewalikan bertindak sbg wali, menjadi wali utk;
      memperwalikan menjadikan seseorang (sbg) wali, menunjuk
      seseorang sbg wali;
      kewalian darjat sbg seorang wali: sesiapa yg menafikan ~nya
      dituduh jahil;
      perwalian 1. perihal wali; 2. pengasuhan anak yatim serta
      penjagaan hartanya; 3. pengasuh negara yg belum boleh berkuasa
      sendiri.
wali II sl sj kain kuning yg disampaikan di bahu pegawai istana yg
      membawa alat kerajaan.
wali III = pisau ~ sj pisau kecil utk mengukir (kayu dll).
walid bp ayah, bapa: perkahwinan kita mendapat restu ~, dan telah
      berlangsung dua puluh tahun genap.
wali hakim orang yg bukan waris (mis raja, kadi, dll) yg boleh
      menikahkan pengantin perempuan jikalau ketiadaan walinya (spt
      bapanya, datuknya, abangnya, dll);
      berwalihakimkan menggunakan seseorang sbg wali hakim:
      pernikahannya ~ kadi daerah.
walikukun Jw sj tumbuhan (pokok), Actinophora buurmani.
walimah  walimat.
walimana sl sj burung yg besar utk kenaikan (kenderaan); wilmana.
walimat  walimatulurus.
walimatulurus Ar kenduri perkahwinan.
waliullah wali Allah;  wali I.
wallah, wallahi Ar 1. demi Allah (waktu bersumpah): ~, saya tidak
      bermain-main; 2. sr utk menyatakan terperanjat (kehairanan dll),
      ya Allah.
wallahuaklam Ar 1. dan Allah jua yg lebih mengetahui; 2. sr utk
      menyatakan keraguan (tidak mengetahui), entah; ~ bissawab dan
      Allah sahaja yg mengetahui sebenarnya.
walkie-talkie sj alat komunikasi kecil mudah alih yg membolehkan dua
      pihak atau lebih berkomunikasi secara langsung, biasanya pd jarak
      yg dekat.
walmana  walimana.
walnat 1. sj pokok drpd genus Juglans yg mempunyai daun yg wangi,
      biasanya ditanam utk menghasilkan kacang yg boleh dimakan dan
      kayu yg boleh dibuat perabot dsb: kayu ~; 2. kacang berwarna
      perang dan berkedut-kedut, yg boleh dimakan begitu sahaja,
      dijeruk atau dibakar utk dicampurkan ke dlm aiskrim, biskut, kek
      dan beraneka jenis pencuci mulut.
walrus sj mamalia laut (spt anjing laut), biasanya di laut utara, yg diburu
      utk mendapatkan kulitnya.
waltz 1. sj tarian Barat yg dua orang penarinya menari (biasanya sambil
      berpimpin tangan) dgn langkah tertentu mengikut rentak
      muziknya; 2. muzik utk tarian ini.
waluku Jk bajak, luku, tenggala.
wam; ~ panas ruam atau guam (yg timbul kerana panas).
-wan akhiran asing 1. orang yg ahli (atau pelaku) dlm sesuatu bidang
      pekerjaan    atau   tugas,   mis     angkasawan,    sejarawan     dan
      pustakawan; 2. orang yg memiliki sesuatu sifat atau kepunyaan,
      mis hartawan, ilmuwan, jutawan dan dermawan.
wan 1. gelaran utk suatu bangsawan Melayu: W~ Andak; W~ Empuk;
      W~ Malini; 2. Pr panggilan utk ibu saudara; 3. Ph, NS panggilan
      utk nenek perempuan; 4. Kd panggilan utk datuk lelaki.
wanara (Sanskrit) sl kera.
wandu Jw banci, pondan.
wang I 1. alat pertukaran yg mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui
      sah, duit: satuan ~ negeri kita ini ialah ringgit dan sen; 2. ki gaji,
      harta, kekayaan, pendapatan, upah; ~ buta wang yg diberikan kpd
orang yg tidak bekerja selama menanti pencen, gaji buta; 3. sl duit
yg bernilai satu pertiga tali: pd masa itu di Melaka, segala jenis
makanan pun mahallah, telur ayam tiga buah dua ~, dan ayam
seekor satu rupiah;
tiga ~ setali; ~ adat Id wang utk perbicaraan di mahkamah; ~
bandar wang yg dipertaruhkan dlm perjudian; ~ belanja a) wang
utk kegunaan hari-hari; b) ark gaji; ~ cengkeram (muka,
pendahuluan) wang yg dibayar dahulu utk menandakan setuju
membeli (menyewa) sesuatu barang, panjar; ~ duduk (sidang) Id
wang upah utk anggota dewan dll ketika menghadiri persidangan;
~ duka (sungkawa) Id wang yg diberikan kpd ahli waris yg
meninggal semasa mengerjakan tugasnya; ~ hangat (Eko) wang yg
beredar (dr negeri ke negeri) kerana kadar bunga yg rendah; ~
hantaran wang yg dihantarkan oleh pihak pengantin lelaki kpd
pihak pengantin perempuan (dlm perkahwinan); ~ jaga-jaga
(cadangan) wang persediaan utk digunakan apabila diperlukan; ~
jantan Id wang yg dibawa utk digunakan apabila diperlukan; ~
jalan wang utk bekal dlm perjalanan; ~ jasa a) wang yg diberikan
sbg pembalas jasa; b) bunga wang, faedah; ~ kancing sj wang utk
jaminan; ~ karun a) wang yg terjumlah dlm harta karun; b) wang
yg diperoleh secara haram; ~ kecil (pecah-receh) duit yg rendah
nilaiannya (sen dll); ~ keras wang yg tetap nilaiannya (dlm
pertukaran antarabangsa); ~ kertas wang yg berupa kertas; ~
kontan Id wang tunai; ~ kopi (jerih, sirih, teh) wang yg diberi sbg
hadiah (kerana mengerjakan sesuatu); ~ kuliah Id wang
perbelanjaan belajar di sekolah tinggi; ~ kunci (tiap) wang yg
dibayar kpd tuan rumah yg disewa rumahnya; ~ lembur Id wang
upah kerana kerja lebih masa; ~ logam (emas, perak, dll); ~ luar
wang (pendapatan) yg diterima hasil membuat kerja luar; ~ mahar
(wang) mas kahwin; ~ makan wang bayaran makan (semasa
menjalankan tugas); ~ meja Id wang pembayaran perbicaraan di
mahkamah; ~ panas a) (Eko) wang yg dipindahkan dr sebuah
negara ke sebuah negara yg lain, atau dr satu jenis pelaburan yg
lain, utk mendapatkan kadar pulangan yg terbaik; b) Id wang
pinjaman dgn bunga yg banyak; c) Id wang yg berlebih-lebih (dlm
peredaran); d) Id wang yg senang dapat dan senang habisnya; ~
pangkal wang yg harus dibayar dahulu ketika mula-mula masuk
persatuan dll (bayaran masuk); ~ perlindungan wang yg dibayar
oleh seseorang kpd kongsi gelap atau samseng agar harta benda,
perniagaan atau nyawanya dsb tidak diganggu atau diancam oleh
kongsi gelap atau samseng; ~ pertaruhan wang yg dibayar sbg
tanda sanggup menerima sesuatu tawaran (menjadi ahli dll); ~
plastik ki kad kredit; ~ poket bp = ~ saku wang yg dibawa utk
digunakan apabila diperlukan; ~ pokok wang yg menjadi modal
dlm perniagaan; ~ pos kepingan kertas yg mempunyai nilai
tertentu yg boleh ditunaikan, yg dijual kpd pelanggan oleh pejabat
pos dgn mengenakan komisen; ~ ringgit a) sl sj mata wang drpd
perak; b) satuan mata wang Malaysia; c) segala macam kekayaan;
~ sagu hati a) wang yg diberikan sbg membalas jasa; b) wang yg
diberikan kpd ahli waris anggota (polis, tentera, dll) yg meninggal
semasa bertugas; ~ sekolah wang bayaran sekolah; ~ sembah Jk
wang yg diberikan oleh pihak laki-laki kpd bakal mentua sesudah
pinangan diterima; ~ syiling duit kecil yg dibuat drpd logam; ~
simpanan wang yg disimpan utk masa depan; ~ sogok (sorok,
suap) wang yg diberikan utk menyogok (menyuap); ~ songsongan
wang berlebih yg dikembalikan selepas membayar (sesuatu): ~
sumbangan wang yg diberikan sebagai hadiah (sumbangan); ~
tambang wang utk membayar sewa atau tambang (kenaikan); ~
      tegur (penegur) Jk wang yg diberikan kpd isteri utk memulakan
      pergaulan sbg suami isteri; ~ tengahan Id setengah rupiah, suku
      (50 sen); ~ terjun Id wang tambahan utk ahli pasukan payung
      terjun; ~ tinta wang upah kpd orang yg membuatkan surat
      (menandatangani surat keterangan dll); ~ tunai wang yg boleh
      digunakan pd bila-bila masa;
      ada ~ abang saya, tak ada ~ abang paya (payah) = ada ~ abang
      sayang, tak ada ~ abang melayang prb orang yg disukai semasa ia
      kaya (berharta) sahaja; setali tiga ~ prb sama sahaja keadaannya
      (halnya);
      wang-wangan mata wang tiruan, wang palsu;
      berwang 1. mempunyai wang: dia tidak ~, satu sen pun tidak ada;
      2. ki kaya, berharta;
      mengewangi memberi modal kpd, membelanjai, membiayai;
      mengewangkan menukarkan kiriman wang dll dgn wang;
      kewangan perihal wang (keadaan atau urusan wang), segala
      sesuatu yg berkaitan dgn wang; Kementerian K~ kementerian yg
      menguruskan wang negara; kesukaran ~ kesukaran (kekurangan)
      wang dll;
      perwangan keadaan dan pengurusan wang.
wang II Kd; ~-wing berjalan mundar-mandir tanpa tujuan.
wang III sl; ~ hati sedih (pilu) hati.
wang IV singkatan bagi awang.
wangi I 1. sangat sedap baunya, harum; air (minyak) ~ air (minyak) yg
      harum baunya; serai ~ serai yg harum baunya; 2. ki terkenal,
      harum: namanya menjadi ~ di seluruh negeri;
      berwangi-wangian memakai wangi-wangian: si isteri juga
      digalakkan ~ ketika suami berada di rumah;
      mewangi berbau harum, semerbak harum: sbg batik Lasam, makin
      dibasuh makin ~ baunya;
      mewangikan menjadikan wangi, mengharumkan: teh ini dibubuh
      sehiris limau nipis yg bertikam cengkih, bukan utk menghiasnya
      tetapi utk ~nya;
      wangian bau (minyak) wangi: lebih semerbak drpd ~ kasturi;
      wangi-wangian segala sesuatu yg harum, bau-bauan yg harum;
      kewangian perihal wangi, bau wangi, keharuman;
      pewangi sesuatu yg mewangikan (menjadikan berbau wangi),
      pengharum: di Mesir, upacara keagamaan, terutama kematian
      mestilah dilengkapi dgn penggunaan ~;
wangi II; akar ~ = rumput ~ sj tumbuhan (rumput), naga setu, narwastu,
      Vetiveria zizanioides.
wangkang sj jong yg kecil, perahu besar.
wangsa (Sanskrit) bangsa, keluarga (raja, keturunan raja); muda ~ muda
      bangsawan; ~ Shailendra keluarga raja-raja Shailendra.
wani Jw berani.
wanita bh orang perempuan, lwn lelaki: fikirannya tertumpu kpd ~-~
      genit sahaja; kaum ~ kaum ibu, kaum puteri;
      kewanitaan perihal wanita, sifat-sifat wanita, keputerian: Rohaya
      mempunyai sifat ~ yg cukup lemah-lembut serta paras yg cantik;
      pewanitaan (Bio) 1. perkembangan ciri-ciri kewanitaan; 2.
      pencetusan atau perkembangan ciri-ciri seks sekunder wanita pd
      lelaki.
wanti-wanti Jw berulang kali (melarang, memesan, dll), bersungguh-
      sungguh.
wap gas yg terjadi drpd air (cecair) yg dipanaskan;
      berwap mengeluarkan wap: menghirup teh yg ~;
      mengewap menjadi wap, meruap: air dlm belanga sedang ~;
      mengewapi mengasapi dgn wap, mengukus;
      mengewapkan 1. memanaskan (memasukkan) dgn wap air panas,
      mengukus: segala pakaian orang itu hendaklah direbus atau
      diwapkan supaya mati segala hama; 2. menjadikan berwap,
      mengeluarkan wap: ~ sesuatu bererti menukarkan bentuknya drpd
      cecair menjadi gas;
      pengewapan proses mengewap (mengewapi, mengewapkan).
WAP akronim bagi Wireless Application Protocol (Protokol Aplikasi
      Tanpa Wayar, iaitu suatu sistem yg membolehkan pengguna
      mengakses internet dgn menggunakan telefon bimbit).
war Kl berasa dahaga kerana makan kacang (kuih dll).
wara; wara-wara pemberitahuan, pengumuman, pengisytiharan.
warak I Ar taat dan patuh kpd Allah, tidak melanggar larangan agama;
      kewarakan sifat warak: agar kehidupan setiap manusia terisi dgn
      kebijaksanaan, semangat wira dan ~ mestilah dipupuk.
warak II badan.
warakatulikhlas Ar surat yg dikirimkan dgn tulus ikhlas (dlm surat-
      menyurat cara lama).
waran 1. surat kuasa yg dikeluarkan oleh majistret, biasanya kpd
      pegawai polis utk membolehkannya menangkap seseorang atau
      menggeledah (merampas) harta, dll: ~ telah dikeluarkan utk
      menangkapnya; 2. surat kebenaran yg membolehkan sesuatu
      pembayaran atau penerimaan wang dibuat;
      ~ geledah perintah bertulis yg dikeluarkan oleh pihak berkuasa
      kpd polis atau pihak berkuasa lain utk menggeledah sesuatu
      tempat bagi mencari barang curi, dadah, dokumen dsb; ~ pencen
      surat yg membolehkan bayaran pencen dibuat; ~ tangkap surat
      kuasa yg dikeluarkan oleh mahkamah kpd pihak polis utk
      menangkap seseorang kerana tidak hadir di mahkamah dsb.
warangan sl racun tikus dll: ~ kuning; ~ merah; ~ putih.
warangka Jw bahagian sarung keris yg di atas, sampir.
waranti jaminan secara bertulis yg diberikan oleh syarikat kpd pembeli
      utk membaiki atau menukarkan sesuatu barang yg dibeli jika
      barang itu rosak atau tidak berfungsi dlm tempoh masa tertentu.
waras 1. sihat, sembuh (jasmani): dia tidak hendak masuk bekerja
      kerana kurang ~ rasa badannya; 2. sihat rohani (mental, ingatan);
      kurang (tidak) ~ akalnya (ingatannya, otaknya, fikirannya) bp
      gila; fikiran yg ~ fikiran yg sihat dan sempurna (dapat berfikir dgn
      baik); 3. berdasarkan taakulan (bkn pertimbangan, keputusan dsb),
      menurut pertimbangan atau fikiran yg wajar, rasional: keputusan
      itu dibuat mengikut pertimbangan yg saksama dan ~;
      mewaraskan mewajarkan tindakan, emosi dsb dgn memberikan
      penjelasan, fakta dsb yg logik atau dapat diterima akal,
      merasionalkan: sambil menghirup kopi, dia mencari-cari alasan
      bagi ~ tindakannya tidak pulang ke kampung selama itu; dia
      hanya diminta ~ fakta atau pandangan yg dikemukakan dlm
      rencananya;
      kewarasan perihal waras, keadaan sihat (tubuh), keupayaan
      berfikir (bkn otak atau fikiran);
      ketidakwarasan perihal atau keadaan tidak waras (tubuh, otak).
warasa Ar pewarisan.
warawiri I Jw; kembang ~ bunga raya.
warawiri II Jw 1. bp berjalan ke sana ke mari dgn tiada tujuan, mundar-
      mandir; 2. tidak tetap (pendirian dll).
warden 1. orang yg bertanggungjawab menjaga seseorang atau sesuatu;
      2. pegawai kerajaan yg bertanggungjawab dlm penguatkuasaan
      undang-undang atau peraturan tertentu: permit sementara itu
      hendaklah dikemukakan kpd polis, para pegawai JPJ atau ~ lalu
      lintas apabila dikehendaki berbuat demikian.
wardi ark perintah;  ordi.
warga 1. ahli (suatu keluarga, syarikat, dll), anggota; ~ dalam kerabat
      raja yg tinggal dlm istana; ~ dunia orang yg bukan rakyat sesuatu
      negara; ~ jagat ark warga dunia; ~ kota penduduk kota; ~ tua bh
      orang tua: Hari W~ Tua Sedunia disambut pd 1 Oktober; 2. ark
      tingkatan masyarakat dlm agama Hindu, kasta;
      kewargaan keanggotaan.
warganegara rakyat sesebuah negara (yg terdiri drpd penduduk asli
      tempatan ataupun orang asing yg telah diterima menjadi rakyat
      mengikut undang-undang): ~ Malaysia;
      mewarganegarakan menjadikan warganegara;
      kewarganegaraan perihal warganegara, kerakyatan sesebuah
      negara: tidak seorang pun boleh dilucuti ~nya secara sewenang-
      wenang;
      pewarganegaraan perihal mewarganegarakan.
wari Mn; berwari sl maka (tersebutlah);  berwari.
warid I Ar menurut yg dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW (berdoa,
      sembahyang, dll).
warid II urat nadi.
waringin Jw beringin.
waris I Ar 1. orang atau pihak yg berhak menerima pusaka orang yg
      telah meninggal: apabila seseorang mati meninggalkan harta,
      maka harta itu mestilah diturunkan kpd ~nya; ahli ~ orang yg
      menjadi waris; 2. penjaga atau wali (kanak-kanak): apakah
      hukumnya jika penjaga atau ~ kanak-kanak yg berumur tujuh
      hingga sepuluh tahun mengabaikan ajaran sembahyang kpd
kanak-kanak tersebut? 3. = warisan harta pusaka, harta
peninggalan: anak cucu akan menerima ~ ayah bondanya;
~ ahli waris yg sebenarnya (anak dll); ~ kuat (yg karib) waris yg
hampir sekali (anak, cucu, dll); ~ negeri sl waris yg bakal
menggantikan sultan; ~ sah orang yg berhak menjadi waris
menurut hukum (adat, agama, dll);
berwaris meninggalkan waris, ada warisnya: bagi orang mati yg
tidak ~, urusan harta peninggalannya terserah kpd pemerintah;
mewarisi 1. menerima harta pusaka drpd, mempusakai: dia telah
~ tanah getah ibunya; 2. menurut dan membawa perangai (rupa,
sifat, dll) orang tua dll, mengikut jejak orang dll yg sebelumnya
(dlm pekerjaan dll): Martinah ~ muka ibunya; Semaun ~ sifat-sifat
Pak Kasa; ayah seorang lelaki yg ~ zamannya; 3. ki menerima
apa yg ditinggalkan: pegawai-pegawai tinggi Melayu yg sudah
memang biasa di kelab itu sejak zaman lampau, berasa diri
mereka ~ sisa-sisa nikmat menjadi tuan yg ditinggalkan oleh
pegawai kolonial;
mewariskan 1. meninggalkan harta pusaka kpd, memberikan
pusaka atau peninggalan kpd: aku akan ~ hasil-hasil seni ini kpd
rakyatku; 2. menjadikan seseorang sbg waris; 3. ark mewarisi;
warisan 1. harta peninggalan, harta pusaka: Mimi pergi ke
Bandung utk suatu urusan ~; 2. sesuatu yg diwarisi, sesuatu yg
turun-temurun, peninggalan: kata jongos merupakan kata ~
kolonial;
kewarisan mendapat warisan;
perwarisan hal yg berkaitan dgn berwaris: undang-undang ~; hak
~;
      pewarisan perihal mewarisi (mewariskan): penyelidikan tentang
      asal-usul dan ~ segala gagasan bahasa merupakan bidang
      sejarah linguistik;
      pewaris orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~
      kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul
      sbg ~ jawatan Perdana Menteri.
waris II Jk = warisan selalu bernasib baik (dlm perniagaan dll),
      beruntung, mujur.
warita ark sl berita, cerita, khabar, warta;  urit.
warkah, warkat Ar 1. surat: senang sungguh hatinya menerima ~ itu; 2.
      kandungan (isi) surat.
warna 1. kesan yg didapati oleh mata drpd cahaya yg dipantulkan oleh
      benda-benda (dgn gelombang yg berbeza-beza) yg dilihatnya,
      rona: ~ merah; ~ hijau: ~ cempaka; ~ tua; ~ muda; 2. bermacam-
      macam, berbagai-bagai (dlm kata majmuk): ~ sari; 3. ragam atau
      corak (keadaan atau sifat sesuatu): pekerjaan saya banyak
      memerlukan pengetahuan tentang bentuk dan ~ negara lain; 4.
      ark kasta atau golongan (dlm masyarakat): masyarakat Hindu
      mempunyai empat ~;
      ~ biji remia Kd warna ungu; ~ dasar (utama) warna iaitu merah,
      biru dan kuning, yg menjadi dasar utk memperoleh warna lain; ~
      karat warna coklat gelap dgn campuran warna merah atau
      kekuningan; ~ primer warna dasar (utama); ~ sekunder warna yg
      terhasil drpd dua warna primer;
      berwarna 1. mempunyai warna (spt merah, hijau, dll), ada
      warnanya: kain tabir ~ biru tua; bangsa (kulit) ~ bangsa yg
      kulitnya hitam (coklat dll), bukan bangsa kulit putih; 2. menarik,
      istimewa, berlainan drpd sesuatu yg biasa: pelbagai kaum
      mempunyai cara hidup, kepercayaan, dan sifat semula jadi sendiri
      dan ini menjadikan suasana di sini lebih ~ dan unik;
      berwarna-warna = berwarna-warni.
      mewarnai 1. = mewarnakan memberikan berwarna (bercorak),
      menyapu dgn warna: kanak-kanak hendaklah disuruh mencuba ~
      lukisan mereka; 2. ki meragamkan, mencorakkan, memberikan
      corak (yg tertentu) kpd: kedua-dua ciri inilah yg ~ sesuatu
      budaya;
      pewarnaan perihal atau proses mewarnakan (mewarnai): mulakan
      dgn ~ pipi;
      pewarna bahan utk mewarnakan (mewarnai).
warna bunyi ark, Id fonem.
warna nada Id warna suara.
warna sari 1. berjenis-jenis bunga, bermacam-macam; 2. kumpulan
      bermacam-macam karangan yg penting-penting (indah dll),
      antologi, bunga rampai.
warna-warni 1. berbagai-bagai warna(nya) (spt biru berserta merah dan
      warna-warna lain): bangunan yg dihiasi bendera ~; 2. berbagai-
      bagai ragam atau corak, aneka ragam: ~ dlm puisi Malaysia
      mutakhir;
      berwarna-warni 1. mempunyai warna yg berbagai-bagai,
      bermacam-macam warnanya, beraneka warna: hulu keris itu
      dihiasi dgn permata yg ~; 2. mempunyai atau menunjukkan ragam
      atau corak yg berbagai-bagai, beraneka ragam: tiga belas esei dlm
      terbitan ini membicarakan tiga belas bidang budaya yg ~ dan
      beragam;
      mewarna-warnikan menjadikan berwarna-warni.
warna warta bermacam-macam berita (khabar).
warta berita, khabar: tidak pernah kami dengar ~ bahawa manusia
      menjadi binatang; juru~ jurukhabar, wartawan;
      ~ berita berbagai-bagai berita; ~ harian surat khabar yg
      diterbitkan setiap hari; ~ kerajaan risalah yg diterbitkan oleh
      kerajaan utk menyiarkan undang-undang (pelantikan dll) yg telah
      disahkan oleh kerajaan; ~ sepekan Id majalah yg dikeluarkan
      seminggu sekali;
      ~ dibawa pikat dan langau sl perkhabaran yg belum sah, khabar
      angin;
      mewartakan memaklumkan, memberitahukan, mengkhabarkan:
      pemberita kita di Melaka ~ bahawa pemilihan johan bagi negeri
      itu telah selesai;
      terwarta telah diwartakan: teks ~;
      pewartaan perihal mewartakan, pemberitaan, pengkhabaran,
      pemberitahuan;
      pewarta orang yg memberitakan, pemberita.
wartawan orang yg menulis berita atau rencana utk surat khabar atau
      majalah; ~ bebas wartawan yg bebas menulis utk sebarang akhbar
      (majalah);
      kewartawanan yg berkaitan dgn bidang tugas (kegiatan dll)
      wartawan, segala yg berkaitan dgn hal penerbitan dan penulisan
      surat khabar atau majalah: saya memilih jurusan ~ ; serentak dgn
      perkembangan pesat media elektronik, timbul pula tuntutan
      supaya wartawan generasi sekarang tidak semata-mata terlatih
      dlm bidang komunikasi biasa tetapi perlu juga dilatih dlm disiplin
      ~ penyiaran.
wartawati ark wartawan wanita.
wartel (wartél) Id akronim bagi warung telekomunikasi (iaitu tempat yg
      menyediakan khidmat telefon).
waru sj tumbuhan (pokok kecil), baru-baru, baru laut, buah keras laut,
      Thespesia populnea.
warun (Sanskrit) sl sj dewa laut.
warung kedai kecil tempat menjual makanan dan minuman, lepau: ~
      makan; ~ kopi;
      berwarung mempunyai (berniaga) di warung, berlepau.
wasak Ar kemampuan yg terbawa oleh unta (lebih kurang 180 kati atau
      109 kilogram).
wasangka = syak ~ syak dan sangka, curiga, kecurigaan, kebimbangan
      hati, khuatir (bimbang, ragu-ragu), sangsi: tegur sapa orang
      dijawabnya dgn tulus dgn tiada menaruh syak ~ sedikit jua;
      berwasangka menaruh syak wasangka: janganlah kita begitu
      mudah ~ terhadap orang lain.
wasap wap yg terbebas drpd cecair mudah meruap yg kelihatan spt asap,
      biasanya beracun dan kuat baunya;
      mewasapi mengenakan atau menyemburkan wasap pd sesuatu
      tempat dsb utk membasmi hama, serangga dsb: pihak berkuasa
      tempatan telah ~ kawasan perumahan itu utk mencegah
      pembiakan nyamuk Aedes;
      pewasapan perihal (proses, perbuatan dsb) mewasapi: ~ ini akan
      membasmi segala serangga perosak yg mungkin terdapat bahan
      tumbuhan itu;
      pewasap bahan atau alat yg digunakan utk mewasapi: kaedah ini
      juga melibatkan pendedahan kpd bahan kimia spt asap dan bahan
      ~.
wasi Ar orang yg dilantik utk menunaikan wasiat.
wasiat I kehendak yg penghabisan yg disampaikan oleh orang yg hampir
      meninggal (bkn harta benda dll), pesan yg terakhir: aku telah
      satukan kamu semua dgn seberapa daya yg boleh spt ~ ibu engkau
      itu; surat ~ surat yg menyatakan kehendak orang yg meninggal;
      berwasiat membuat wasiat, berpesan: dia ~ kalau dia mati segala
      hartanya diberikan kpd isteri dan ibunya; Khalifah Abu bakar
      telah ~ kpd Usamah dan tenteranya;
      mewasiatkan memberi wasiat, menentukan orang sbg waris,
      mewariskan: maksud hamba yg kedua ialah hendak ~ sekalian
      harta;
      pewasiat orang yg membuat (meninggalkan) wasiat.
wasiat II 1. pusaka; keris ~ keris pusaka; 2. yg bertuah, yg dapat
      membuat sesuatu yg ganjil dll, yg aneh, yg ghaib: tongkat ~.
wasiat III Id; Kitab W~ Baru (Lama) Kitab Perjanjian Baru (Lama) dlm
      agama Kristian.
wasilah, wasilat Ar ikatan, perhubungan, pertalian: apa yg jelas dan
      nyata ialah ilmu yg dituntut oleh manusia hanyalah sbg ~ dan
      jalan utk mengenal Allah.
wasir singkatan bagi bawasir.
wasit Ar 1. sl orang tengah (dlm perniagaan dll), pengantara; 2. orang yg
      meleraikan (orang berkelahi dll), pelerai, pendamai; 3. pengadil
      (dlm pertandingan bola sepak dll).
wasitah Ar 1. wasit perempuan; 2. pengantara (dlm perkahwinan),
      telangkai; 3. orang perempuan yg boleh berhubung dgn orang
      halus; ilmu ~ ilmu pengetahuan yg boleh menghubungkan diri
      seseorang dgn roh.
waskita ark awas, berjaga-jaga, waspada.
waslah Ar tanda dlm tulisan Arab yg menunjukkan penyambungan yg
      menghilangkan bunyi huruf alif (hamzah), penghubungan,
      perangkaian.
waspada = berwaspada tidak cuai, berawas-awas, berhati-hati, berjaga-
      jaga, beringat-ingat: dia selalu ~ dan berhati-hati benar;
      kewaspadaan perihal atau keadaan waspada: ~ tentera kita
      diperhebat lagi.
wassalam Ar 1. selamatlah, sejahteralah; 2. hormat dan takzim drpd
      (biasanya pd penutup surat).
waswas I 1. (perasaan) sangsi: dia mahu suaminya hidup di sisinya
      tanpa bimbang dan ragu-ragu, tanpa syak dan ~; 2. (perasaan)
      curiga, kecurigaan: drpd perjumpaan itu hilanglah ~ aku
      kepadanya; seorang babu yg tidak pernah aku lihat yg berwajah
      samseng mengerling aku dgn ~ dr pintu; 3. khuatir: janganlah
      Datuk berasa ~ terhadap perkataan hamba;
      mewaswaskan menyebabkan berasa waswas: saya ingat tidak ada
      apa-apa lagi yg boleh ~ hati;
      kewaswasan rasa (keadaan) waswas: dlm dirinya ada ~ tentang
      kesahan sembahyangnya;
waswas II Ar sangkaan buruk yg merunsingkan hati (fikiran dll), godaan
      batin.
wat rumah berhala Buddha, kuil, tokong: mereka bersoal jawab dgn
      salah seorang sami di ~ tersebut.
watak 1. sifat (seseorang) yg zahir dan batin (merangkumi budi pekerti
      dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb):
      kesopanan dan ketenangan mereka menggambarkan ~ orang yg
      berpendidikan; 2. tokoh atau pelaku dlm karya sastera atau seni
      (spt novel, cerpen dan drama, dsb): penulis itu memberikan
      personaliti kpd tiap-tiap ~nya;
      berwatak mempunyai watak, berbudi pekerti, berkeperibadian:
      dia sendiri memang sudah ~ seniman;
      berwatakkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg watak:
      nama Parameswara tidak pernah disebut dlm Sejarah Melayu,
      tetapi yg disebut ialah Raja Iskandar Syah yg tentunya ~ Islam;
      memperwatakkan membentuk watak (seseorang pelaku dlm
      cerita), menggambarkan (memaparkan dsb) watak: ketaralah
      bahawa kejadian-kejadian dlm drama "Tamu di Bukit Kenny"
      tertumpu kpd fikiran, kelakuan, dan tindakan Si Pegawai yg
      diperwatakkan sbg manusia yg agak baik;
      perwatakan 1. watak (seseorang) keseluruhannya, keseluruhan
      watak: ~ Panji Semirang pd keseluruhannya tidak lari drpd sifat
      asasinya sbg seorang perempuan; 2. pembentukan watak,
      penggambaran (pemaparan dsb) watak.
watan Ar tanah air, tanah tumpah darah: rela berkorban utk berbakti kpd
      ~;
      kewatanan semangat utk membela nasib bangsa dan negara:
      faham kebangsaan Melayu berdasarkan ~, rasa kemanusiaan, dan
      persaudaraan.
watang Jw, sl batang (pohon kayu).
wataniah Ar perihal tanah air, yg berkaitan dgn tanah air; tentera ~
      tentera sukarela.
watas Jw batas, perenggan, sempadan: sebatang sungai mengalir dekat
      ~ kebun itu;
      berwatas, berwatasan berbatasan, berperenggan, bersempadan:
      di sebelah utara Tanah Arab, ~ dgn daerah Kerajaan Rom;
      mewatasi membatasi, menyempadani;
      perwatasan perbatasan.
watek Jw watak.
watermantel IB, bp sj senapang mesin besar yg larasnya berselongsong
      yg diisi dgn air.
waterpas IB, 1. bp sj alat utk menentukan rata tidaknya (permukaan dll);
      2. rata (permukaan dll).
waterpruf bp tidak masuk air, kalis air, kedap air: jam tangannya ~.
wates  watas.
wati ark 1. sl alam, angkasa, langit (dlm kata majmuk); 2. bentuk yg
      menyatakan perempuan (spt yg digunakan dlm perkataan
      peragawati dan seniwati).
watikah surat dsb yg menjadi bukti sesuatu pengiktirafan (kuasa, hak,
      dsb) yg diberikan kpd seseorang: pengisytiharan itu telah
      dibacakan oleh Menteri Besar Perak sebaik-baik sahaja beliau
      menerima ~ drpd Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
watt (Fiz) unit ukuran kuasa elektrik.
wattan jumlah kuasa elektrik yg diukur dlm nilai watt.
watt-jam unit kerja atau tenaga yg bersamaan dgn 1 watt kuasa elektrik
      yg digunakan selama 1 jam.
wau I layang-layang yg dibuat drpd kertas dan buluh: ~ bulan; ~ kapal;
      ~ kemetek;
      bagai ~ putus teraju prb putus harapan dan berserah kpd nasib;
      laksana ~ melawan angin prb membuat pekerjaan yg tidak
      mungkin terkerjakan.
wau II 1. huruf ke-26 abjad Arab (mempunyai nilai enam); 2. huruf ke-
      30 abjad Jawi; tahun ~ tahun yg ketujuh dlm satu windu: pd tahun
      Hijrah seribu seratus sebelas, tahun ~.
wau III sr utk melahirkan rasa kagum, terkejut, atau seronok: ~,
      besarnya ikan ini!
wawa, wawak wakwak.
wawancara soal jawab antara wartawan dsb dgn orang yg terkemuka dll
      utk mendapatkan keterangan (pandangan dsb) utk disiarkan, temu
      ramah, temu bual, interviu;
     berwawancara bersoal jawab antara wartawan dgn orang yg
     terkemuka dll, bertemu ramah, bertemu bual;
     mewawancara,      mewawancarai        mengadakan     (melakukan)
     wawancara, menemuramah, menemu bual, menginterviu: dr siang
     tadi sampai petang ini rajin sekali doktor Robert Winata
     memeriksa    sambil   mewawancarai     diriku;   sebuah    akhbar
     mingguan telah ~ beberapa orang pemuda bukan Melayu;
     pewawancara orang (wartawan dsb) yg mewawancara, penemu
     ramah, penemu bual, penginterviu.
wawansabda ark wawancara;
     berwawansabda      berhubung:   memungkinkan       insan   ~ dgn
     pencipta-Nya.
wawas; mewawaskan menghasilkan wawasan: jika mahu membentuk
     masyarakat Malaysia yg bertaraf maju spt yg diwawaskan,
     sembilan cabaran hendaklah diatasi;
     wawasan 1. fahaman atau tanggapan bkn sesuatu hal, pandangan,
     konsepsi: pola penceritaannya lebih kelihatan spt main-main,
     iaitu tidak didukung oleh kematangan ~; 2. pandangan jauh
     (terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan) bagi
     mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara, visi:
     W~ 2020; kita mestilah proaktif dan ada ~ jika ingin berjaya dgn
     cemerlang;
     berwawasan mempunyai pandangan jauh tentang kemajuan atau
     perkembangan masa depan sesuatu: agama Islam berjaya
     membentuk tamadun yg harmoni, merdeka dan ~ tinggi;
     sememangnya dia seorang pemimpin yg ~.
wayang 1. patung dll yg dibuat drpd kulit dll utk mempertunjukkan
     sesuatu cerita: kita adalah ~ di tangan dalang; 2. pertunjukan
     pentas (sandiwara, bangsawan, dll); anak ~ orang yg berlakon dlm
      pertunjukan pentas (sbg profesion); 3. = ~ gambar = ~ gelap
      pertunjukan gambar hidup yg berupa cerita dsb (yg ditayangkan pd
      layar putih): budak-budak di situ dapat menonton ~ gambar di
      sebuah panggung tempatan;
      panggung ~ tempat wayang gambar dipertunjukkan (ditayangkan);
      ~ bangsawan sj pertunjukan pentas (sandiwara dan nyanyi-
      nyanyian); ~ Cina = ~ potehi sj permainan pentas orang Cina; ~
      golek = ~ kelitik = ~ kerucil = ~ patung = ~ tongkol wayang yg
      dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll); ~ kulit = ~ purwa
      wayang drpd patung-patung yg diperbuat drpd kulit; ~ orang sj
      sandiwara Jawa dgn tarian yg diiringi oleh gamelan (melakonkan
      cerita-cerita yg berasal drpd kitab Mahabharata); ~ suluh Id
      wayang kulit yg dimainkan dlm bahasa Indonesia;
      mewayangkan memainkan wayang, menjadikan lakonan wayang,
      melakonkan, mendalangkan.
wayar dawai, kawat: ~ elektrik; ~ telefon.
wayarles (wayarlés) 1. tidak melalui kawat tetapi melalui gelombang
      elektrik di udara (utk menghantar berita); 2. alat yg digunakan utk
      menghantar atau menerima berita dll tanpa melalui kawat.
wayu sl angin, bayu.
wayuh Jw beristeri lebih drpd seorang.
wazir sl menteri, perdana menteri.
we (wé)  weh.
Weda (wéda) kitab suci agama Hindu (dlm bahasa Sanskrit).
Wedam (wédam)  Weda.
wedana Jw ketua daerah;
      kewedanaan pejabat (tempat kediaman atau daerah) wedana.
wedani Jw sj tumbuhan (pokok memanjat), Quisqualis indica.
wede (wédé) IB, bp wakil, paltu.
weduk Jk kebal;
      kewedukan ilmu kekebalan.
wegah Jw rasa tidak suka melakukan apa-apa, enggan, malas, segan.
weh (wéh) sr utk menarik perhatian orang: adinda ~, dengar kekanda
      bermadah; awak nak minum juga ~?.
weharima (wéharima) (Sumbawa) ark gotong-royong.
wejang Jw; diwejang diberi nasihat (tunjuk ajar dll);
      wejangan 1. ajaran, nasihat, tunjuk ajar: demikianlah ~ ayah yg
      tidak pernah kulupakan; 2. pidato yg bertujuan utk menyampaikan
      pengajaran: setiap orang ingin melihat pemimpinnya, menyentuh
      pemimpinnya, mendengarkan ~nya.
weker (wéker) IB jam utk menjagakan, jam gerak, beker.
welahar ark tasik kecil.
welas Jw belas, kasihan; ~ asih belas kasihan.
welasan (Palembang) tambahan (tiap sepuluh ditambah satu), imbuh.
weling Jw pesan, wasiat.
welirang Jw belerang.
Weltanschauung (wéltanschauung) (Jerman) pandangan menyeluruh,
      terutama bagi seseorang individu terhadap kehidupan manusia dan
      alam sejagat.
wenang Jw wewenang;
      berwenang mempunyai hak (utk berbuat sesuatu): ketua regu itu
      ~ utk menuntut ketaatan anggota regu;
      sewenang-wenang, bersewenang-wenang 1. (membuat sesuatu)
      dgn sekehendak hati sahaja, dgn semahu-mahunya: kita tidak
      boleh membiarkan kaum bapa ~ sahaja bertindak terhadap kaum
      ibu; 2. bermaharajalela (melakukan sesuatu), kejam, zalim:
      tawanan mereka telah disakiti dgn cara yg kejam dan ~; 3.
      melakukan sesuatu tidak dgn teliti (dgn sembarangan sahaja, tidak
      dgn usul periksa): kata nasional yg digunakan dgn ~ itu sangatlah
      mengelirukan;
      kesewenang-wenangan perbuatan sewenang-wenang, kezaliman;
      kewenangan hak dan kekuasaan utk berbuat sesuatu.
werak (wérak), werek (wérek) Jw, bp orang yg mencari-cari buruh
      kontrak (biasanya dgn menggunakan tipu helah).
Wesak (wésak); Hari W~ hari perayaan keagamaan yg dirayakan oleh
      penganut agama Buddha pd bulan Mei setiap tahun.
wesel (wésel) I IB 1. = pos ~ surat utk mengirim wang kpd seseorang
      (syarikat dsb) yg dikeluarkan oleh pejabat pos; 2. surat ~ surat yg
      membolehkan seseorang mengambil wang yg dikirimkan (di
      pejabat pos).
wesel (wésel) II IB alat utk mengalihkan rel kereta api di persimpangan
      (persambungan) rel; salah ~ bp salah faham, salah pengertian,
      keliru.
weskot (wéskot) ark sj baju dalam yg tidak berlengan, labuhnya hingga
      ke pinggang, berbutang depan, dan dipakai di bawah kot atau
      jaket, rompi.
wet (wét) I IB undang-undang, hukum.
wet (wét) II Kl; mengewet membengkokkan (benda yg keras dan
      panjang).
wetan (wétan) Jw timur.
wewangian ark wangi-wangian.
wewenang Jw hak dan kekuasaan (utk berbuat sesuatu): eh, kalau aku
      punya ~, aku juga ingin punya duit banyak-banyak.
WHO kep World Health Organisation (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).
wibawa = kewibawaan 1. kekuasaan, hak, atau keupayaan yg
      membolehkan seseorang dll menguasai atau mengarah orang lain
      atau menerbitkan pengaruh yg kuat: kewibawaannya sbg
      pemimpin persatuan itu dipertikaikan; memang benar pemimpin
      yg dikurniai daya penarik dan ~ utk menggerakkan rakyat itu
      seorang diktator; ~nya terpelihara dan dia akan menguasai terus
      masyarakatnya; 2. sifat atau keistimewaan sesuatu, spt sesebuah
      institusi     atau        terbitan   yg   menjadikannya     dapat
      dipertanggungjawabkan atau dijadikan pegangan: ~ Dewan
      Bahasa dan Pustaka sbg badan pembinaan dan pengembangan
      bahasa;
      berwibawa        =        berkewibawaan    mempunyai       wibawa
      (kewibawaan): penggunaan kata ini akan diterima orang akhirnya
      jika kamus tersebut ~; utk menjadi media massa yg ~, maka gaya,
      isi, dan pendekatannya harus ditumpukan pd manusia dan
      permasalahannya yg sebenar; pemimpin juga harus cekap
      berfikir, cekap berpidato, mempunyai karisma tertentu, ~ tinggi,
      serta sentiasa bercakap positif.
widara bidara.
widuri Jw sj tumbuhan (pokok renek), Caloptropis gigantea.
wig sj rambut palsu berkeriting berwarna putih, yg dipakai oleh hakim
      dsb semasa perbicaraan di mahkamah.
wih  weh.
wijaya (Sanskrit) sl kemenangan, menang; ~ mala (mulia, kesuma) sl sj
      bunga sakti yg dipercayai boleh menghidupkan orang mati.
wijen (wijén) Jw bijan.
wijil Jw jalan keluar, pintu.
wikalat Ar jawatan (sbg) wakil, perwakilan.
wiket (wikét) (dlm permainan kriket) tiga kayu pancang yg dipacak dgn
      dua anak pancang melintang di atasnya, yg ditujui oleh bola yg
      dibaling oleh pihak lawan, dan yg dihadang oleh pemukul.
wiku sl pendeta yg bertapa.
wila; orang ~ suku bangsa orang asli di Kedah.
wiladah Ar; mandi ~ a) mandi yg diwajibkan bagi ibu yg baru bersalin
      (dlm agama Islam); b) upacara mandi bagi perempuan hamil (7
      bulan), mandi lenggang perut, mandi tian.
wilangon Jw, sl asyik berahi, dendam berahi.
wilangun Jw, sl wilangon.
wilayah Ar jajahan, daerah, kawasan, negeri, provinsi: ~ Jawa Barat; ~-
      ~ Afrika Tengah; hak ~ Id hak utk menguasai tanah dll (tetapi
      tidak memiliki);
      kewilayahan sifat yg mementingkan wilayah atau daerah sendiri.
wilayat Ar wilayah.
wilis Jw, sl biru kehijau-hijauan, hijau tua, ratna ~ sl permata yg hijau.
wilmana (Sanskrit) sl kereta, kenderaan.
windu jangka waktu yg lamanya lapan tahun, daur kecil;
      berwindu-windu beberapa windu (lamanya).
wineka (winéka) ark sangat hati-hati (terhadap sesuatu).
wingit Jw suci dan keramat, muhtasyam;
      kewingitan keadaan wingit, kekeramatan: malam terus bening,
      disepuh ~ yg turun bersama rintik-rintik pawitera dr puncak
      wisesa.
wira sl pahlawan, lelaki;
      kewiraan sifat-sifat sbg seorang wira: ternyata bahawa ~
      Benjamin tidak sama dgn ~ Ratu Bongsu.
wirama irama.
wirang Jw aib, malu; membalas lara ~ membalas dendam kerana diberi
      malu.
wiraswasta orang yg bijak dan berkebolehan dlm mengusahakan aktiviti
      perniagaan atau perdagangan secara profesional, spt mengenal
      pasti, menentukan keluaran baru, dsb: usahawan Melayu bukan
      sbg kapitalis yg berwatak binatang ekonomi, tetapi sbg ~ Muslim
      yg terikat dgn norma dan etika agamanya.
wirawan sl gagah berani, gagah perkasa: kenapakah kamu menanyakan
      yg serupa itu, wahai anak muda yg ~?
wirawati perempuan yg gagah berani (gagah perkasa): Florence kini
      muncul sbg ~ olahraga Amerika Syarikat bagi era 1988.
wirid Ar 1. petikan drpd Quran yg ditentukan utk dibaca (dipelajari dll);
      2. zikir yg dibaca selepas sembahyang;
      berwirid membaca wirid, berzikir: lepas sembahyang, mereka ~
      membilang tasbih.
wirit; wiritan bp amalan, kelaziman, kebiasaan.
wiron  wiru.
wiru Jw lipatan (pd kain dll);
      berwiru-wiru berlipat-lipatan (kain dll).
wisata (ber)darmawisata.
wisatawan orang yg berdarmawisata, pelancong.
wisel (wisél) sj alat berupa tiub kecil dsb yg mengeluarkan bunyi siulan
      yg nyaring apabila ditiup: sebaik-baik ~ berbunyi mengisyaratkan
      kereta api itu akan bertolak, Ramlan dgn segera turun mencium
      tangan ibu bapanya.
wisesa (wisésa) ark kekuasaan yg tertinggi.
wiski minuman keras yg diperbuat drpd bijian, spt barli, oat, rai, dll.
wisma 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat,
      kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin.
wit Kl, Pr; mengewit mengarahkan (perahu dll) ke tempat yg dituju.
witir Ar ganjil (bilangan); sembahyang ~ sembahyang sunat yg bilangan
      rakaatnya ganjil dan dikerjakan antara selepas sembahyang isyak
      dgn waktu subuh.
wiyata Jw ark pengajaran: ~ praja jawatan urusan pengajaran di
      Yokyakarta.
wizurai sl naib raja, gabenor jeneral; waizuri.
woksyop bp bengkel.
wolanda ark Belanda.
wolfram sj logam yg tahan dibakar, tungsten.
wong Jw orang.
wongweng (wongwéng) Pl mundar-mandir, ulang-alik, bolak-balik.
wortel IB sj lobak merah.
worawari Jw bunga raya.
writ (Udg) perintah atau proses yg dikeluarkan oleh mahkamah atau
      pegawai kehakiman meminta mana-mana orang melakukan atau
      tidak melakukan sesuatu, dan yg mengandungi arahan tentang apa
      yg patut dibuat; ~ habeas corpus writ yg boleh membebaskan
      seseorang drpd tahanan yg tidak sah; ~ pilihan raya writ yg
      dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yg mengandungi
      arahan menghendaki pegawai pengurus sesuatu bahagian pilihan
      raya mengambil langkah bagi mengadakan suatu pilihan raya
      mengikut cara yg ditetapkan oleh undang-undang.
WTO kep World Trade Organization (Pertubuhan Perdagangan Dunia,
      iaitu pertubuhan antarabangsa yg menggalakkan dan mengawal
      selia perdagangan antara negara-negara anggotanya).
wuduk I 1. Ar perbuatan menyucikan diri dgn air (sebelum beribadah,
      spt bersembahyang): sudahkah engkau mengambil ~?; 2. air
      sembahyang; ada ~ ada air sembahyang atau berada dlm keadaan
      yg membolehkan seseorang beribadah, spt bersembahyang,
      membaca al-Quran, dll;
      berwuduk menyucikan diri (sebelum sembahyang), mengambil
      air sembahyang: tidak sah ~ kalau tidak disertakan niat; tawaduk
      II.
wuduk II Jw; nasi ~ nasi yg dimasak dgn santan dan bumbu; uduk II.
wujud 1. ada (sesuatu), sedia ada; 2. sesuatu yg ada bentuknya (dapat
      dilihat, dipegang, dll); 3. benda yg nyata (bukan roh dll), rupa dll
      yg dapat dilihat;
      berwujud 1. memang ada (boleh dipandang, dipegang, dll),
      berupa benda yg nyata; 2. konkrit, maujud, nyata;
      mewujudkan 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll),
      mengadakan:     kadang-kadang      amanah     diwujudkan      melalui
      perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan
      (cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg
      nyata;
      terwujud sudah diwujudkan (dilaksanakan): ada suatu waktu
      ketika alam belum lagi ~;
      kewujudan perihal wujud (sesuatu), adanya (sesuatu);
      perwujudan 1. bentuk atau rupa (yg benar-benar dapat dilihat
      dll); 2. sesuatu yg berwujud (kelihatan dlm mimpi dll); 3. sesuatu
      yg konkrit (maujud, nyata); 4. pelaksanaan (cita-cita dll);
      pewujudan perbuatan atau proses mewujudkan.
wul; ~ kaca serat kaca yg dipintal halus spt kapas; ~ kapas kapas yg
      diolah menjadi putih dan bersih (biasanya digunakan utk tujuan
      perubatan); ~ keluli gumpalan serat keluli yg halus (biasanya
      digunakan utk menggilap).
wuquf Ar berhenti: ~ di Arafah berhenti (hadir) seketika di Arafah pada
      9 Zulhijah antara ketika gelincir matahari hingga ketika terbit fajar
      hari kesepuluh (salah satu rukun haji).
wusyu seni mempertahankan diri orang Cina.
wuwungan Jw bumbungan.

								
To top