MODUL GEOGRAFI
TINGKATAN 1
MODUL GEOGRAFI TINGKATAN 1
UNIT 10: PENGARUH CUACA DAN IKLIM
TERHADAP KEGIATAN MANUSIA
Objektif:
Memahami keadaan iklim di kawasan-
kawasan zon iklim tertentu
Memahami cara hidup manusia di kawasan
zon iklim tersebut
Zon-zon Iklim Dunia
Bumi boleh dibahagikan kepada 3 zon iklim iaitu zon panas,
zon sederhana dan zon sejuk
Zon panas, yang berhampiran dengan garisan khatulistiwa
menerima pancaran matahari sepanjang tahun
Kawasan-kawasan di zon sederhana mengalami kejadian 4
musim
Zon sejuk yang terletak jauh dari khatulistiwa mempunyai
musim sejuk yang panjang dan amat sejuk, musim panasnya
singkat dan sederhana sejuk.
Pengaruh Cuaca dan Iklim Terhadap
Kegiatan Ekonomi
Malaysia Gurun Thar Kawasan Siberia Sejuk Greenland
Khatulistiwa Gurun Panas Sederhana Tundra(Artik)
(Iklim Siberia)
Panas dan Panas dan kering Musim panas pendek Musim panas
lembab sepanjang tahun dan sederhana panas pendek dan
sepanjang tahun Min suhu tahunan Musim sejuk panjang sederhana sejuk
Min suhu tahunan 26.3 ºC hingga dan sejuk Musim sejuk
27 ºC 41 ºC Min suhu tahunan - panjang dan
Julat suhu Julat suhu harian 15.8 ºC terlampau sejuk
tahunan kecil 1 dan tahunan Julat suhu tahunan Min suhu tahunan -
ºC hingga 3 ºC tinggi iaitu 23 ºC besar iaitu 65 ºC 8.3 ºC
Hujan tahunan Hujan tahunan Hujan tahunan 130 Julat suhu tahunan
2600 mm kurang daripada mm besar iaitu 27 ºC
Hujan turun 250 mm Hujan maksimum Hujan tahunan 225
dalam bentuk Tiada litupan pada musim panas mm
perolakan awan dalam bentuk hujan Hujan maksimum
Kelembapan perolakan pada musim panas
udara tinggi Kerpasan dalam Salji turun pada
Litupan awan bentuk salji pada musim sejuk
tebal musim sejuk Ribut salji dan
angina kencang
pada musim sejuk
Kegiatan Ekonomi Utama (Cara Hidup)
Malaysia Gurun Thar Kawasan Siberia Sejuk Greenland
Khatulistiwa Gurun Panas Sederhana Tundra(Artik)
(Iklim Siberia)
Kegiatan pertanian Aktiviti pertanian Kegiatan Kegiatan
dijalankan sepanjang dilakukan pembalakan pertanian tidak
tahunan semasa musim djalankan di hutan dapat dijalankan
Tiupan Angin monsun, bulan konifer kerana
Monsun Timur Laut jun hingga Kegiatan menjerat permukaan bumi
menyebabkan aktiviti September binatang pada dilitupi ais
penangkapan ikan di Penduduk musim sejuk Kegiatan
pantai timur nomad Pertanian campur memburu
Semenanjung berpindah- dijalankan di binatang
Malaysia terganggu randah mencari kawasan yang lebih dijalankan pada
Menggalakkan rumput untuk panas musim sejuk
pertumbuhan hutan binatang Perlombongan gas Orang Eksimo
hujan tropika dan ternakannya. asli, petroleum dan hidup secara
kegiatan batu permata berpindah- randah
pembalakan mengikut
Iklim khatulistiwa perubahan musim
menggalakkan
industri pelancongan
Peta Minda
PENGARUH CUACA DAN IKLIM TERHADAP KEGIATAN EKONOMI
Gurun Panas Siberia Tundra Khatulistiwa
*Gurun Thar *Siberia *Greenland *Malaysia
Ciri-ciri Iklim
Panas dan kering Sejuk dan kering Sejuk dan kering Panas dan lembap
sepanjang tahun sepanjang tahun sepanjang tahun sepanjang tahun
Kegiatan Ekonomi Utama (Cara hidup)
*Penternakan *Pembalakan *Perikanan *Pertanian
*Pertanian *Perikanan *Penternakan *Perikanan
Terhad *Pertanian *Memburu *Pelancongan
*Perlombongan Binatang *Pembalakan
*Memburu
Binatang
UNIT 11 : PENGARUH MANUSIA TERHADAP
CUACA DAN IKLIM
Objektif :
Memahami kesan kegiatan manusia
terhadap cuaca dan iklim
Merumuskan kesan kegiatan manusia
terhadap cuaca dan iklim
11.1 Kesan Rumah Hijau
1. Antara faktor-faktor yang menyebabkan kesan rumah hijau ialah:
(a) Penebangan Dan Pembakaran Hutan menyebabkan pertambahan
karbon dioksida dan mengurangkan oksigen.
(b) Pembakaran Bahan Api Fosil oleh kenderaan bermotor dan kilang.
(c) Perlepasan Gas Metana akibat reputan bahan organik daripada
aktiviti pertanian, penternakan dan pelupusan sampah.
(d) Gas Klorofluorokarbon (CFC) dilepaskan melalui penggunaan
bahan aerosol.
(e) Pembakaran Sampah Sarap secara terbuka.
(f) Ujian senjata nuklear melepaskan bahan radioaktif. (Rajah 11.1)
2. Kesan rumah hijau menyebabkan antaranya :
(a) Pencairan ais dan glasier di kawasan kutub.
(b) Kenaikan aras laut.
(c) Pinggir laut yang rendah ditenggelami air.
(d) Hasil tanaman musnah.
11.2 Pulau Haba
Pulau Haba merujuk kepada suhu di pusat bandar
yang tinggi berbandingkan dengan suhu di pinggir
bandar.
Antara faktor yang menyebabkan pulau haba ialah :
(a) Bangunan konkrit dibina rapat-rapat
menyukarkan pergerakan udara.
(b) Bangunan bercermin memantulkan haba.
(c) Permukaan berturap
(d) Kekurangan tumbuh-tumbuhan hujau
(e) Pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan dan
kilang.
11.3 Jerebu
Jerebu ialah zarah-zarah halus, debu, asap dan unsur-unsur gas dan
pepejal yang terapung di atmosfera.
Jerebu berlaku disebabkan oleh :
(a) Pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan bermotor dan kilang
(b) Pembakaran hutan oleh petani pindah
(c) Pembakaran jerami padi selepas musim menuai
(d) Pembakaran sampah sarap secara terbuka
(e) Penggunaan barangan klorofluorokarbon (CFC) seperti peti
sejuk dan aerosol
(f) Letusan gunung berapi mengeluarkan gas berasid, habuk dan
debu.
Kejadian jerebu menyebabkan jarak penglihatan menjadi terhad serta
memberi kesan kepada kesihatan manusia seperti sakit mata, radang
paru-paru dan masalah pernafasan
11.4 Penipisan Lapisan Ozon
Lapisan ozon adalah suatu lapisan gas yang terbentuk di sekeliling bumi.
Lapisan ini terbentuk di atmosfera kira-kira 20 hingga 26 km dari permukaan
bumi
Lapisan ini bertindak sebagai penapis sinar ultraungu cahaya matahari
sebelum sampai ke bumi
Antara faktor yang menyebabkan penipisan lapisan ozon ialah :
(a) Pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan bermotor dan kilang
(b) Ujian senjata nuklear menghasil bahan radio aktif
(c) Kapal terbang supersonic yang mengeluarkan wap air dan nitrogen yang
banyak
(d) Penggunaan klorofluorokarbon (CFC) dalam penyemburan racun
serangga, peti sejuk dan alat pendingin udara.
(e) Baja nitrogen yang digunakan secara meluas dalam aktiviti pertanian
Sinar ultraungu yang berlebihan akan menyebabkan kejadian antaranya :
(a) Meningkatkan suhu dunia
(b) Penyakit barah kulit dan kerosakan urat saraf
(c) Kerosakan sel dan mikrorganisma pada binatang dan tumbuhan
(d) Merosakkan tanaman dan hasil tanaman
11.5 Hujan Asid
Hujan asid terjadi akibat udara yang tercemar berpunca daripada gas sulfur
dioksida, karbon dioksida dan nitrogen dioksida bergabung dengan wap air
di udara. (Rajah 11.2)
Kejadian hujan asid berpunca daripada udara yang tercemar antaranya :
(a) Pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan bermotor dan kilang
(b) Pembakaran sampah sarap secara terbuka
(c) Pembakaran hutan oleh petani pindah
(d) Pembebasan gas klorofluorokarbon (CFC) di dalam peti sejuk
dan aerosol
(e) Letusan gunung berapi mengeluarkan gas berasid, habuk dan
debu
(f) Ujian senjata nuklear menambah bahan radioaktif
Hujan asid memberi kesan kepada manusia dan alam sekitar antaranya :
(a) Manusia mudah mendapat penyakit seperti sakit kulit dan sakit dada
(b) Tanih tidak subur, kandungan asid dalam tanih meningkat
(c) Hasil tanaman dan tumbuhan musnah
(d) Kandungan asid dalam tasik dan kolam terjejas
(f) Cat bangunan cepat luntur dan besi mudah berkarat
11.6 Kemarau
Kemarau merujuk kepada kadar sejatan melebihi kadar
kerpasan untuk satu jangka masa yang panjang atau
tempoh cuaca kering yang berpanjangan dengan terdapat
sedikit hujan atau tiada langsung hujan
Kemarau biasanya menyebabkan suhu yang lebih tinggi
daripada suhu biasa
Perubahan iklim semula jadi seperti fenomena El Nino
menyebabkan kemarau
Kejadian kemarau juga disebabkan oleh penebangan
hutan tanpa kawalan secara tidak langsung akan
menjejaskan kawasan tadahan air
Kemarau panjang akan menjejaskan bekalan sumber air,
berlakunya kebuluran, tumbuhan-tumbuhan dan hidupan
liar juga mungkin akan mati
KEGIATAN MANUSIA
Pembalakan Pertanian Perindustrian
*Pembalakan *Pembukaan ladang *Pembakaran bahan api
*Pembakaran hutan *Pertanian pindah fosil
*Pembakaran hutan *Pelepasan gas Oksida,
asap, debu dan habuk
Pengangkutan Pembandaran
*Penebangan hutan untuk *Penebangan hutan untuk
pembinaan lebuh raya pembinaan bandar baru
*Pembakaran bahan api fosil *Penyerapan haba oleh
*Pelepasan gas karbon bangunan konkrit
monoksida, debu dan habuk *Pencemaran udara, pelepasan
gas oksida, habuk dan debu
Kesan Terhadap Cuaca dan Iklim
Pulau haba Hujan Asid Kesan rumah Penipisan
hijau lapisan ozon
Jerebu Peningkatan suhu Kemarau
TAMAT