JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN

Document Sample
JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN Powered By Docstoc
					     JAWATANKUASA
KESELAMATAN & KESIHATAN
                          1
PERATURAN KESELAMATAN & KESIHATAN
           PEKERJAAN 1996
   ( JAWATANKUASA KESELAMATAN &
            KESIHATAN )




                                2
                 JAWATANKUASA
           KESELAMATAN & KESIHATAN
                                    KETUA PENGARAH/
                                    PENGARAH URUSAN


                                         PENGERUSI


                                         SETIAUSAHA



           WAKIL PENGURUSAN                                           WAKIL.
                                                                     PEKERJA


WAKIL 1.       WAKIL 2.       WAKIL 3.                WAKIL 1.   WAKIL 2.      WAKIL 3.




                                                                                  3
 Bilakah Jawatankuasa Keselamatan
            Diperlukan ?
             SEKSYEN 30 (AKKP 1994):

  MENEKANKAN BAHAWA SEMUA ORGANISASI YANG


MEMPUNYAI EMPAT PULUH ORANG ATAU LEBIH YANG

DIAMBIL KERJA DI TEMPAT KERJA HARUS MENUBUHKAN

    JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN




                                                 4
            Kandungan Peraturan

PERATURAN INI MERANGKUMI :-

    • KEPERLUAN PERMULAAN

    • KEANGGOTAAN JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN

    • FUNGSI JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN

    • MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN

    • PERUNTUKAN MAKLUMAT & LATIHAN

    • PENALTI

                                                    5
        BAHAGIAN I - Permulaan

Seksyen ini mengandungi:


   • Tarikh penguatkuasaan [1 Januari 1997]

   • Definasi perkataan yang digunakan dalam peraturan ini

   • Menyatakan industri yang tertakluk kepada peraturan ini



                                                             6
                    Definasi Perkataan

PENGURUS YANG DIBERI KUASA   -       SESEORANG YANG DIBERI KUASA OLEH
                                     MAJIKAN UNTUK MENGURUS HAL-HAL
                                     KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PENGERUSI                    -       SESEORANG YANG DIPILIH & DILANTIK
                                     UNTUK MEMPENGERUSI JWATANKUASA
                                     KESELAMATAN

SETIAUSAHA                   -       SETIAUSAHA SUATU JKK


ANGGOTA                      -       SEMUA YANG DILANTIK ATAU DIPILIH
                                     UNTUK MENJADI ANGGOTA
                             KESELAMATAN & KESIHATAN OLEH
                             MAJIKAN DAN PEKERJA


                                                                  7
      Bahagian II - Keanggotaan
           Jawatankuasa
JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN HARUS
TERDIRI DARIPADA :


     • SEORANG PENGERUSI

     • SEORANG SETIAUSAHA

     • WAKIL-WAKIL PEKERJA

     • WAKIL-WAKIL MAJIKAN


                                             8
                   Wakil-wakil

PERATURAN INI MENYATAKAN BAHAWA :

• KURANG DARIPADA 100 PEKERJA - 2orang Wakil Majikan
                              - 2 orang Wakil Pekerja

• LEBIH DARIPADA 100 PEKERJA - 4 orang Wakil Majikan
                              - 4 orang Wakil Pekerja


                                                        9
           Pengerusi & Setiausaha
• PENGERUSI AKAN DILANTIK OLEH MAJIKAN

• PENGURUS YANG DIBERI KUASA - PENGERUSI JAWATANKUASA
      KESELAMATAN

• SETIAUSAHA - PEGAWAI KESELAMATAN & KESIHATAN

• PENGERUSI BOLEH MELANTIK SEORANG SETIAUSAHA SEKIRANYA
      TIADA PEGAWAI KESELAMATAN DALAM ORGANISASI
      TERSEBUT

• SETIAUSAHA BOLEH DILANTIK ATAU DIPILIH DARIPADA
       ANGGOTA JAWATANKUASA SEKIRANYA TIADA PEGAWAI
       KESELAMATAN & KESIHATAN DALAM SYARIKAT
                                                      10
                Wakil-wakil Pekerja

• Langkah Pertama - PEKERJA HARUS MELANTIK WAKIL-WAKIL MEREKA


• Langkah Kedua - SATU SISTEM PENGUNDIAN HARUS DIADAKAN JIKA
        BILANGAN CALON MELEBIHI KEKOSONGAN


• MAJIKAN BOLEH MELANTIK JUMLAH AHLI YANG DIPERLU UNTUK
       BERADA DALAM JAWATANKUASA

• AHLI-AHLI JAWATANKUASA HARUS DIBENARKAN UNTUK
       MENJALANKAN TUGAS BERKAITAN DENGAN KESELAMATAN
       SEMASA WAKTU KERJA YANG BIASA
                                                          11
           Wakil-wakil Pekerja


• WAKIL-WAKIL HARUS TERDIRI DARIPADA SEMUA
     BAHAGIAN YANG TERDAPAT DI TEMPAT
     KERJA


• JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN
      HARUS MENANGANI KEPENTINGAN SEMUA
      BAHAGIAN DI TEMPAT KERJA


                                             12
      Kekosongan Ahli Jawatankuasa

      SEKIRANYA TERDAPAT KEKOSONGAN DI KALANGAN AHLI


            JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN,


        KEKOSONGAN JAWATAN TERSEBUT HARUS DIPENUHI


     OLEH SEORANG YANG DILANTIK DENGAN CARA YANG SAMA


SEPERTI AHLI YANG SEBELUMNYA ( SEPERTI YANG DINYATA DALAM AKTA).


                                                            13
      Pemberhentian Ahli Jawatankuasa
AHLI JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN BOLEH DIBERHERTIKAN
SEKIRANYA AHLI TERSEBUT:


       • GAGAL MENGHADIRI MESYUARAT TIGA KALI BERTURUT-TURUT
        TANPA KEBENARAN DARIPADA PENGERUSI

       • DIDAPATI ATAU DIUMUMKAN SEBAGAI SEORANG YANG KURANG WARAS

       • MENJADI BANKRAP

       • TIDAK LAGI BEKERJA DI TEMPAT KERJA

       • TELAH DIDAKWA ATAU DIJATUHKAN HUKUMAN DI MAHKAMAH

       • TIDAK BERUPAYA MELAKSANAKAN KEWAJIPAN SEBAGAI SEORANG AHLI

                                                                  14
        Bahagian III - Fungsi Jawatankuasa
           Keselamatan & Kesihatan

JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN DI TEMPAT KERJA HARUS :

 • MENGEMBANGKAN PERATURAN & SISTEM KESELAMATAN &
 KESIHATAN

 • MENGKAJI SEMULA KECEKAPAN PROGRAM KESELAMATAN &
 KESIHATAN

 • MENJALANKAN PENYELIDIKAN ATAS CORAK KEMALANGAN, KEJADIAN
  BERBAHAYA & PENYAKIT PEKERJAAN

 • MELAPORKAN AMALAN YANG TIDAK SELAMAT & TIDAK SIHAT DI
 TEMPAT KERJA

 • MENGKAJI SEMULA DASAR KESELAMATAN & KESIHATAN

                                                           15
         Pemeriksaan Tempat Kerja

JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN SEHARUSNYA :


• MEMERIKSA TEMPAT KERJA SEKURANG-KURANGNYA SEKALI SETIAP
      TIGA BULAN

• MEMPUNYAI RANCANGAN TINDAKAN PEMBETULAN

• PERIKSA KECEKAPAN TINDAKAN PEMBETULAN

• MELAPOR & MEREKOD PERBUATAN DAN KEADAAN TIDAK SELAMAT

• MEMBERI CADANGAN KEPADA MAJIKAN MENGENAI PENDEKATAN
      PEMBETULAN YANG PATUT DIAMBIL


                                                       16
             Siasatan Kemalangan

• MEMERIKSA SEMUA KEMALANGAN SERTA-MERTA SELEPAS
KEJADIANNYA


• PEGAWAI KESELAMATAN HARUS MENULIS LAPORAN TENTANG
HASIL SIASATANNYA DAN MEMBERI SATU SALINAN KEPADA
PENGERUSI JAWATANKUASA


• SEMASA KETIADAAN PEGAWAI KESELAMATAN, MAJIKAN ATAU
PENGURUS YANG DIBERI KUASA HARUS MEMBERITAHU
JAWATANKUASA TENTANG SEBARANG KEMALANGAN YANG TELAH
BERLAKU.


• PENGERUSI HARUS MENGADAKAN MESYUARAT SECEPAT YANG
                                                       17
MUNGKIN UNTUK MEMBINCANGKAN LAPORAN
          Siasatan Kemalangan

DALAM MESYUARAT YANG DIPANGGIL OLEH PENGERUSI,
 JAWATANKUASA HARUS MEMBINCANGKAN :-

     • SEBAB KEMALANGAN

     • MEMBERI CADANGAN KEPADA MAJIKAN

     • MENGAMBIL LANGKAH UNTUK MENCEGAH KEJADIAN
           SEMULA

     • TINDAKAN SUSULAN ATAS LANGKAH PEMBETULAN


                                                  18
              Tindakan Atas Cadangan

• PEGAWAI KESELAMATAN ATAU PENGERUSI JAWATANKUASA
  HARUS MEMBERI SATU SALINAN SENARAI CADANGAN
  KEPADA MAJIKAN / PENGURUS YANG DIBERI KUASA

• MAJIKAN HARUS MEMBINCANGKAN LAPORAN YANG DITERIMA
 BERSAMA DENGAN PENGERUSI / PEGAWAI KESELAMATAN.

• PEGAWAI KESELAMATAN / PENGERUSI JAWATANKUASA HARUS
 MEREKOD KEPUTUSAN YANG DIBUAT

• TINDAKAN YANG BERPATUTAN BAGI SETIAP KEPUTUSAN YANG
 DIBUAT OLEH MAJIKAN HARUS DIAMBIL UNTUK MEMASTIKAN
 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA

• LAPORAN TERSEBUT HARUS DISIMPAN OLEH MAJIKAN BAGI
 TEMPOH 7 TAHUN DI TEMPAT KERJA
                                                        19
      Perkara untuk Dipertimbangkan

JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN HARUS
PERTIMBANGKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT SEMASA
MELAKSANAKAN FUNGSINYA :-

      • LAPORAN YANG DISERAH OLEH PEGAWAI KESELAMATAN

      • LAPORAN AUDIT KESELAMATAN OLEH JURU AUDIT

      • MAKLUMAT / FAKTA YANG DIBERI OLEH PEGAWAI
            KESELAMATAN

      • LAPORAN OLEH AGENSI KERAJAAN

      • PERKARA-PERKARA BERKAITAN DENGAN KESELAMATAN &
             KESIHATAN DI TEMPAT KERJA

                                                         20
                  Siasatan Aduan

• MAJIKAN HARUS KEKALKAN SATU SISTEM KOMUNIKASI
 UNTUK MELAPORKAN SEMUA ISU KESELAMATAN &
KESIHATAN DI TEMPAT KERJA

• MAJIKAN HARUS MENGAMBIL TINDAKAN SERTA-MERTA
SELEPAS MENERIMA ADUAN

• PEKERJA BOLEH MERUJUK ADUAN KEPADA
JAWATANKUASA KESELAMATAN SEKIRANYA MAJIKAN TIDAK
BERUPAYA MENGAMBIL TINDAKAN



                                                   21
         Aduan & Jawatankuasa

APABILA ADUAN DIRUJUK KEPADA JAWATANKUASA ,
JAWATANKUASA HARUS :-


      • SIASAT PERKARA TERSEBUT


      • SEDIAKAN SATU LAPORAN


      • MEMBUAT CADANGAN UNTUK MENGHAPUSKAN ATAU
       MENGURANGKAN RISIKO


                                              22
                 Aduan & Majikan

• SEBAIK SAHAJA MENERIMA LAPORAN, MAJIKAN MESTI
        MENGIMPLEMENTASI SETIAP CADANGAN


• SEKIRANYA MAJIKAN TIDAK BERUPAYA MENGIMPLEMENTASIKAN
        MANA-MANA CADANGAN, MAJIKAN HARUS MEMBERI SEBAB-
        SEBABNYA KEPADA JAWATANKUASA KESELAMATAN &
        KESIHATAN


• SEKIRANYA JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN TIDAK
        SETUJU DENGAN SEBAB-SEBAB YANG DIBERI OLEH MAJIKAN,
        JAWATANKUASA BOLEH MEMINTA KETUA PENGARAH
        UNTUK MENJALANKAN SIASATAN.

                                                              23
       Aduan & Ketua Pengarah

DATA-DATA BERIKUT MESTI DISERAHKAN KEPADA KETUA
PENGARAH SEKIRANYA ADUAN TELAH DIRUJUK KEPADA
BELIAU:


     • LAPORAN SIASATAN / PEMERIKSAAN


     • CADANGAN JAWATANKUASA KEPADA MAJIKAN


     • DOKUMEN ATAU BUKTI YANG LAIN BERKAITAN
           DENGAN ADUAN


                                                24
           Bantuan Jawatankuasa

JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN HARUS
MEMBANTU MAJIKAN DALAM SEBARANG PERTANDINGAN
BERKAITAN DENGAN KESELAMATAN & KESIHATAN SEPERTI:


 • KEMPEN KESELAMATAN

 • PERTANDINGAN POSTER

 • ANUGERAH KESELAMATAN & KESIHATAN

 • PAMERAN PERINGKAT NEGERI, DSBG.

                                                    25
   Peraturan Keselamatan & Kesihatan

• MAJIKAN HARUS BERUNDING DENGAN JAWATANKUASA
       KESELAMATAN & KESELAMATAN UNTUK MENYEDIA &
       MEMPROMOSI PERATURAN KESELAMATAN

• PERATURAN BOLEH DIUBAH OLEH JAWATANKUASA SEKIRANYA
      MENDAPAT KEBENARAN MAJIKAN

• MAJIKAN HARUS MEMBERI SATU SALINAN PERATURAN KEPADA
       SETIAP PEKERJA

• PEGAWAI KESELAMATAN HARUS DIBERI SALINAN PERATURAN
      SEKIRANYA DIPERLUKAN


                                                       26
             Jawatankuasa Kecil


JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN BOLEH MENUBUHKAN

 SATU JAWATANKUASA KECIL UNTUK MEMBANTU JAWATANKUASA

               MENJALANKAN FUNGSINYA.




                                                  27
   Bahagian IV - Mesyuarat Jawatankuasa
        Keselamatan & Kesihatan

                 Kekerapan Mesyuarat

• JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN HARUS MENGADAKAN
       MESYUARAT SEKERAP YANG PERLU, BERGANTUNG KEPADA
       RISIKONYA

• MESTI MENGADAKAN TIDAK KURANG DARIPADA SATU MESYUARAT
        DALAM TEMPOH MASA 3 BULAN

• AHLI JAWATANKUASA HARUS DIBERI MASA YANG MENCUKUPI / NOTIS
        MESYUARAT YANG TERDAHULU BERSAMA DENGAN AGENDA - 1
        MINGGU                                            28
             Kekerapan Mesyuarat

MESYUARAT SERTA-MERTA BOLEH DIPANGGIL SEKIRANYA
BERLAKU:

      • KEMALANGAN MELIBATKAN KEHILANGAN NYAWA


      • KECEDERAAN BADAN YANG SERIUS


      • KEMALANGAN HAMPIR KENA (NEAR MISS)


      • KEJADIAN BERBAHAYA

                                                  29
            Kemudahan Mesyuarat


SEORANG MAJIKAN DI TEMPAT KERJA HARUS :-

• MENYEDIAKAN TEMPAT YANG BERSESUAIAN UNTUK
      MENGADAKAN MESYUARAT KESELAMATAN &
      KESIHATAN

•MEMBENARKAN SETIAP AHLI JAWATANKUASA
     MENGHADIRI MESYUARAT SEMASA WAKTU
     BEKERJA



                                              30
             Mesyuarat Permulaan
• MESYUARAT PERMULAAN JAWATANKUASA KESELAMATAN HARUS DIATUR
 OLEH MAJIKAN


• SEORANG MAJIKAN BOLEH MELANTIK PENGURUS YANG DIBERI KUASA
OLEHNYA UNTUK MEMPENGERUSI MESYUARAT SEMASA KETIADAANNYA


• PERKARA BERIKUT BOLEH DIBERITAHU DALAM MESYUARAT :-

       • DASAR KESELAMATAN & KESIHATAN

       • RANCANGAN & CADANGAN YANG HENDAK DILAKSANAKAN

       • PERSEKITARAN KERJA YANG SELAMAT

                                                         31
                   Kehadiran

• KUORUM - TIDAK KURANG DARIPADA 50% AHLI SELAIN
      DARIPADA PENGERUSI & SETIAUSAHA

• JAWATANKUASA KESELAMATAN BOLEH MENJEMPUT SESIAPA
       YANG TERLIBAT ATAU MEMPUNYAI PENGETAHUAN
       TENTANG KEMALANGAN UNTUK HADIR DALAM
       MESYUARAT

• JAWATANKUASA BOLEH MENJEMPUT ORANG LAIN
       MENGHADIRI MESYUARAT UNTUK MEMBINCANG
       SEBARANG HAL YANG BERKAITAN DENGAN
       KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

                                                     32
      Perkara Untuk Dibincangkan


     HANYA PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN

    KESELAMATAN & KESIHATAN DI TEMPAT KERJA

          HARUS DIBINCANGKAN SEMASA

MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN.




                                                  33
               Minit Mesyuarat

• MINIT MESYUARAT HARUS DIHANTAR KEPADA SEMUA AHLI &
        MAJIKAN DALAM TEMPOH MASA 2 MINGGU SELEPAS
        MESYUARAT DIADAKAN

• MAJIKAN HARUS MENYIMPAN MINIT MESYUARAT UNTUK TEMPOH
       MINIMUM 7 TAHUN BAGI TUJUAN PEMERIKSAAN OLEH
       PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN

• SATU SALINAN MINIT MESYUARAT MESTI TERSEDIA PADA SETIAP
        MASA APABILA DIPERLUKAN OLEH PEGAWAI KESELAMATAN &
        KESIHATAN PEKERJAAN




                                                        34
    Bahagian V - Peruntukan Maklumat &
                   Latihan

• MAJIKAN MESTI MEMASTIKAN AHLI JAWATANKUASA
       KESELAMATAN MEMPUNYAI PEMAHAMAN &
       PENGETAHUAN ASAS MENGENAI AKTA


• ADALAH TANGGUNGJAWAB MAJKAN UNTUK MENYEDIAKAN
      LATIHAN YANG BERSESUAIAN DENGAN AHLI
      JAWATANKUASA UNTUK MEMBOLEHKAN MEREKA
      MENJALANKAN KEWAJIPAN DENGAN CEKAP


                                                  35
                         Maklumat
MAJIKAN HARUS MENYEDIAKAN DOKUMEN & MAKLUMAT BERIKUT
KEPADA AHLI JAWATANKUASA :

      • AKTA & PERATURAN SUBSIDIARI YANG LAIN

      • TATAAMALAN INDUSTRI & GARIS PANDUAN UNTUK
             MENGHAPUSKAN RISIKO

      • MAKLUMAT MENGENAI RANCANGAN KESELAMATAN DAN
            IMPLEMENTASINYA

      • MAKLUMAT TEKNIKAL MENGENAI KESELAMATAN & BAHAYA
            KESIHATAN

      • PROSEDUR PENGOPERASIAN & SISTEM KERJA YANG SELAMAT

      • MAKLUMAT LAIN YANG DIARAHKAN OLEH KETUA PENGARAH
            DARI SEMASA KE SEMASA
                                                             36
                       Maklumat
MAJIKAN TIDAK HARUS MENYEDIAKAN MAKLUMAT YANG BERIKUT
KEPADA AHLI JAWATANKUASA:-

      • MAKLUMAT BERKAITAN DENGAN KESELAMATAN/SEKURITI
            NASIONAL

      • MAKLUMAT YANG TIDAK BOLEH DIDEDAHKAN TANPA
            MELANGGAR PERATURAN

      • MAKLUMAT BERKAITAN INDIVIDU TERTENTU

      • MAKLUMAT YANG MELIBATKAN PERKARA SELAIN DARIPADA
            KESIHATAN, KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN DI TEMPAT
            KERJA

      • MAKLUMAT BERKAITAN DENGAN PROSIDING UNDANG-UNDANG

                                                             37
          Bahagian VI - Penalti

SESEORANG YANG MELANGGAR & DIDAPATI BERSALAH
KERANA TIDAK MEMATUHI MANA-MANA PERATURAN
AKAN:


     • DIDENDA RM 5,000.00, ATAU

     • DIPENJARA BAGI TEMPOH TIDAK MELEBIHI 6 BULAN,
            ATAU

     • KEDUA-DUANYA SEKALI



                                                   38

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:131
posted:11/24/2011
language:Malay
pages:39