ARAHAN PERKHIDMATAN by ug3b8giM

VIEWS: 88 PAGES: 37

									 ARAHAN PERKHIDMATAN


Kawalan Rahsia Kerajaan dan
   Keselamatan Pejabat
KAWALAN RAHSIA KERAJAAN

Memberi     perlindungan secukupnya
terhadap suratan dan maklumat rasmi
kerajaan dari:

• Dapat diketahui atau dilihat oleh
  orang-orang  yang    tidak berhak
  mengetahui atau melihat
• Kebocoran
• Kecurian
• Kebakaran
           MAKLUMAT RASMI
Pengetahuan mengenai perkara rasmi, walau
bagaimana sekali pun diperolehi termasuk:

•   Jenis atau kandungan apa-apa dokumen
    rasmi atau sebagainya.
•   Jenis kegunaan dan komposisi bahan-bahan.
•   Kaedah-kaedah, cara menghasilkan serta
    teknik-teknik     dan   proses  yang   akan
    digunakan untuk pengeluaran.
•   Proses saintifik terutama berkenaan dengan
    pembuatan senjata dan kelengkapan.
•   Butir-butir kegiatan rasmi yang diperolehi
    secara lisan.
           RAHSIA RASMI

Apa-apa suratan yang dinyatakan di dalam
jadual dan apa-apa maklumat dan bahan-
bahan berhubung dengannya dan termasuk
apa-apa suratan rasmi, maklumat dan
bahan-bahan lain sebagaimana yang boleh
dikelaskan RAHSIA BESAR, RAHSIA, SULIT
dan    TERHAD    mengikut   mana    yang
berkenaan oleh seorang Menteri, Menteri
Besar, Ketua Menteri atau mana-mana
Pegawai Awam yang dilantik mengikut
seksyen 2B.
            SEKSYEN 2B

“Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri
boleh melantik mana-mana Pegawai Awam
melalui    satu   perakuan    di   bawah
tandatangannya untuk mengelas apa-apa
suratan rasmi, maklumat rasmi atau bahan-
bahan sebagai RAHSIA BESAR, RAHSIA,
SULIT atau TERHAD mengikut mana yang
berkenaan”.
            DOKUMEN RASMI
Apa-apa jenis maklumat yang tercatat berkenaan
dengan perkara-perkara rasmi termasuk:-

1. Perkara yang bertulis, bertaip, bertulis
   trengkas, disalin, berstensil dan bercetak
   juga draf dan buangan perkara itu.
2. Fotograf, foto salinan, pelan cetak, negatif
   foto, filem, jalur suara dan rakaman.
3. Pelan, pelan lakar, lukisan, gambarajah, peta
   dan anika jenis carta.
4. Huruf cetak, huruf cetak atur, blok litografer,
   acuan, stensel, proses plat dan lain-lain yang
   digunakan       untuk     membuat     dokumen-
   dokumen rasmi.
          JENIS DOKUMEN RASMI
Terbahagi Kepada Dua:
1. Dokumen Terperingkat
   Dokumen     Rasmi   yang   mengandungi
   maklumat rasmi terperingkat dan ditanda
   dengan peringkat keselamatannya.
2. Dokumen Tidak Terperingkat
   Dokumen     Rasmi     yang    mengandungi
   maklumat rasmi tetapi tidak bertanda
   dengan peringkat keselamatan. Walaupun
   tidak terperingkat tetapi sebagai ‘Hak
   Kerajaan’ perlu diberi perlindungan.
PERINGKAT KESELAMATAN

Perkara-perkara   terperingkat,
hendaklah di peringkat seperti
berikut:

1.   Rahsia Besar
2.   Rahsia
3.   Sulit
4.   Terhad
                   RAHSIA BESAR
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan-bahan rasmi
yang jika didedah tanpa kebenaran akan menyebabkan
kerosakan yang amat besar kepada Malaysia.
Contoh:-
  (i)   Kertas-kertas Jemaah Menteri yang sangat penting
        mengenai dasar utama Kerajaan berkaitan perkara-
        perkara politik dan ekonomi;
 (ii)   Maklumat-maklumat yang sangat penting
        mengenai perancangan gerakan dan penempatan
        barisan peperangan angkatan tentera jika berlaku
        perang;
(iii)   Surat-menyurat dengan Kerajaan negara asing
        mengenai aspek perdagangan dan pertahanan yang
        amat penting;
(iv)    Maklumat lengkap berkenaan dengan pertubuhan-
        pertubuhan perisikan Malaysia dan kaedah-
        kaedahnya.
                       RAHSIA
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan-bahan rasmi
yang    jika  didedahkan    tanpa   kebenaran  akan
membahayakan      keselamatan   negara  menyebabkan
kerosakan besar kepada kepentingan atau martabat
Malaysia atau memberi keuntungan besar kepada
sesebuah kuasa asing.
Contoh:-
  (i)   Arahan-arahan penting untuk perwakilan-
        perwakilan Malaysia yang membuat perundingan
        dalam negara asing;
 (ii)   Maklumat-maklumat penting mengenai
        pemasangan- pemasangan tentera;
(iii)   Maklumat-maklumat penting mengenai pertubuhan-
        pertubuhan subversif dan kegiatan-kegiatannya;
(iv)    Surat-menyurat antara Jabatan mengenai perkara-
        perkara dasar yang penting.
                         SULIT
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan-bahan
rasmi yang jika didedah tanpa kebenaran walaupun
tidak membahayakan keselamatan negara tetapi
memudaratkan kepentingan atau martabat Malaysia
atau kegiatan Kerajaan atau orang perseorangan atau
akan menyebabkan keadaan memalukan atau kesusahan
kepada pentadbiran atau akan menguntungkan kuasa
asing.
Contoh:-
  (i)   Laporan-laporan perisikan biasa;
 (ii)   Dokumen-dokumen dan panduan-panduan
        teknik untuk kegunaan latihan tentera atau
        polis;
(iii)   Maklumat-maklumat yang mungkin
        membolehkan pendapatan faedah kewangan
        daripadanya jika didedahkan sebelum masa.
                 TERHAD

Dokumen rasmi, maklumat rasmi selain
daripada yang diperingkatkan RAHSIA BESAR,
RAHSIA atau SULIT tetapi perlu diberi tahap
perlindungan.
Contoh:-
  (i) Buku-buku Jabatan bagi maksud arahan;
 (ii) Perintah-perintah dan arahan-arahan
      biasa Jabatan;
(iii) Dokumen-dokumen mengenai bekalan
      barang-barang dan alat-alat kelengkapan
      biasa tentera dan polis.
     ANCAMAN KEPADA KESELAMATAN

Punca Ancaman

1. Subversif   :   kegiatan yang dijalankan oleh
                         pertubuhan/perseorangan
   tidak                 sampai kepada peperangan.
2. Espionaj    kegiatan memperolehi perkara
               :
                     terperingkat secara
   tersembunyi             bertujuan
   memudaratkan                  keselamatan dan
   kepentingan             negara.
3. Sabotaj     :   perbuatan bertujuan
                   menyebabkan kerosakan fizikal.
4. Kelemahan Manusia : suka menunjuk-nunjuk,
                          cuai mematuhi
               arahan,         tidak cermat
               bila       bercakap dan
                     ketagih
                     dadah/arak.

5. Pemasaran         : kerana hutang
                       kerana seks
                       rasuah
                       kelakuan
                       latarbelakang
Surat-Surat Atau Dokumen-Dokumen
Terperingkat Diancam Oleh

1. Penyuluh-penyuluh     rahsia        yang
   memperolehi   kebenaran   atau     tidak
   mempunyai kebenaran.

2. Individu-individu     subversif     yang
   memperolehi     kebenaran   atau   tidak
   mempunyai       kebenaran   dan     cuba
   membuat kerajaan dalam keadaan     serba
   salah.

3. Kebocoran.

4. Kealpaan.
SEKSYEN 17A – Pembelaan Sedia Ada
              Kepada Pegawai Awam


Mana-mana orang yang dituduh dengan
apa-apa kesalahan di bawah Akta ini
tidaklah boleh disabitkan jika dia
membuktikan yang dia melakukan mana-
mana perkara itu dalam menjalankan
tugas rasminya atau dengan kuasa
sepatutnya.
SEKSYEN 8 (2) (Baru) - Penalti


Jika seseorang menerima atau memberi
sesuatu Rahsia Rasmi dan bersalah
dengan akta ini, maka kesalahannya
boleh dihukum dengan penjara selama
tempoh tidak kurang daripada satu tahun
tetapi tidak lebih dari tujuh tahun.
             KEGIATAN PENGITIPAN
Dengan Cara:
1.   Menyamar diri sebagai penjawat awam.
2.   Memasuki pejabat (menceroboh) bagi tujuan
     mencuri, menyalin atau mengambil gambar.
3.   Memintas, mencuri atau menyalin dokumen
     terperingkat semasa dalam perjalanan pos atau
     pembawa.
4.   Memeras, mendesak atau memujuk orang-orang
     yang dibenarkan ekses kepada maklumat-
     maklumat terperingkat untuk mendapatkannya.
5.   Mencuri dengan percakapan telefon atau
     menggunakan alat-alat pandang dengar dan
     rakaman untuk mendapat maklumat-maklumat
     terperingkat.
     KECUAIAN DAN KELALAIAN YANG KERAP
                  BERLAKU
1.   Bercakap mengenai perkara terperingkat
     melalui telefon.
2.   Bercakap mengenai perkara terperingkat di
     tempat-tempat awam.
3.   Menyampaikan maklumat terperingkat kepada
     sahabat handai atau saudara mara.
4.   Mengurus perkara terperingkat dengan cara
     yang tidak dibenarkan seperti gagal mematuhi
     peraturan menerima, memproses, menyimpan
     dan menghantar dokumen terperingkat.
5.   Menyimpan perkara-perkara terperingkat di
     tempat yang tidak sesuai.
6.  Gagal mengunci peti-peti keselamatan yang
    mengandungi perkara-perkara terperingkat
    apabila meninggalkan pejabat.
7. Memusnahkan                buangan-buangan
    terperingkat dengan cara yang tidak
    dibenarkan atau cuai mengendalikannya
8. Membenarkan orang yang tidak dibenarkan
    ekses       mengurus       perkara-perkara
    terperingkat
9. Mendedahkan perkara-perkara terperingkat
    kepada orang-orang yang tidak dibenarkan
    (contoh: tidak menutup fail terperingkat
    bila ada tamu)
10. Kecuaian pengawal-pengawal keselamatan
    menjalankan kewajipan mereka
            KAWALAN
KESELAMATAN PERIBADI

1.   Undang-Undang
     * Akta Rahsia Rasmi 1972
     * Akuan Penjawat Awam/Aku Janji
     * Langkah berjaga-jaga

2.   Tapisan Keselamatan
     * Tapisan Keselamatan Kasar
     * Tapisan Keselamatan Halus
3.   Pendidikan
     * Kursus

4.   Prinsip ‘Perlu Mengetahui’
     * Langkah berjaga-jaga
     * Pengasingan tempat
               KAWALAN

KESELAMATAN DOKUMEN

1.   Pengurusan Dokumen Terperingkat
     * Pendaftaran Rahsia
     * Pendaftaran Kecil Rahsia

2.   Peringkat Keselamatan
     * Rahsia Besar
     * Rahsia
     * Sulit
     * Terhad
3.   Tanda-Tanda Keselamatan
     * Berjilid Kekal
     * Berjilid Tidak Kekal
     * Lukisan, tekapan, foto, negatif dll
     * Warna Kulit Fail
4.   Penyimpanan
     * Tempat menyimpan
     * Tidak boleh dibawa pulang
5.   Penghantaran
     * Borang jadual
     * Sistem satu lapis dan dua lapis
        sampul surat
     * Beg berkunci
     * Utusan Selamat
6.   Pelepasan Perkara Terperingkat
     * Kenegaraan lain
        – tidak dibenarkan tanpa izin
     * Kepada orang awam
     * Siaran akhbar – tidak dibenarkan


7.   Pemusnahan
     * Minta kebenaran pemula
     * Catatan dalam Buku Daftar
     * Rujuk pihak tertentu
     * Mengikut prosedur tertentu
           TANDA KESELAMATAN

1.   Dokumen Kekal Berjilid Huruf Cerai
     Atau Cop Huruf Besar tidak kurang
     daripada 7mm

     •   sebelah luar kulit hadapan   dan
         belakang
     •   di muka tajuk
     •   di   muka    surat pertama   dan
         penghabisan
     •   penjuru kiri sebelah atas    dan
         penjuru kanan
2.   Dokumen Tidak Kekal Berjilid
     Dicop, ditaip atau ditulis dengan
     huruf besar di penjuru kiri sebelah
     atas dan penjuru kanan sebelah
     bawah

3.   Lukisan, Tekapan, Negatif Foto dan
     Gambar Foto ditanda di sebelah
     belakang
               KAWALAN

KESELAMATAN FIZIKAL

1.   Kawasan Terperingkat
     •   Mewartakan
     •   Pagar, Lampu Keselamatan
     •   Pintu Keluar Masuk
     •   Papan Kenyataan
     •   Sistem Pas Keselamatan
                KAWALAN

KESELAMATAN FIZIKAL

2.   Keselamatan Bangunan
     •   cadangan pembinaan/ubahsuai
     •   menghadkan jalan keluar masuk
     •   mengadakan kaunter
     •   tingkap/pintu kukuh dan kunci
     •   alat kalis bunyi
     •   tempat khas untuk pelawat
     •   pengawal keselamatan
              KAWALAN

KESELAMATAN FIZIKAL

3.   Pas Masuk

     •   pas keselamatan
     •   kad pengenalan jabatan
     •   kad pelantikan
               KEHILANGAN

Hendaklah:

1.   Cari dengan segera
2.   Laporkan kepada Ketua Jabatan
3.   Laporkan kepada Pegawai Keselamatan
     Kerajaan dalam masa 24 jam. Sertakan:

     • taksiran bahaya dari segi keselamatan
     • pandangan Ketua Jabatan
     • Syor Ketua Jabatan
              KEHILANGAN

     Pegawai Keselamatan:

     • Taksiran risiko dari segi
       keselamatan
     • Tindakan menyelamat dan
       pembetulan

4.   Laporkan kepada Polis jika terdapat
     salah laku atau jenayah
         PETI KESELAMATAN

Jenis-Jenis Peti Keselamatan

1.   Bilik Kebal atau bilik kebal yang
     diubahsuai
2.   Peti Besi
3.   Kabinet Keluli
4.   Almari Keluli
5.   Peti yang dibuat bagi tujuan khas
6.   Peti atau beg berkunci
PENGHANTARAN DOKUMEN TERPERINGKAT
1.   Jabatan yang menghantar dokumen
     terperingkat hendaklah mendapatkan
     satu resit akuan terima. Borang Jadual
     LG.
2.   Semak Borang Jadual
     – pastikan resit diterima semula.
3.   Hantar melalui peti atau beg berkunci.
4.   Hantar melalui sistem dua lapis sampul
     surat.
5.   Hantar melalui Utusan Selamat.
6.   Hantar melalui A.R. Berdaftar.
7.   Keluar negeri – melalui Pendaftaran
     Rahsia, Kementerian Luar Negeri.
 WARNA KULIT FAIL TERPERINGKAT
1.   RAHSIA   - Warna Kuning berpalang
     BESAR      Merah di sebelah luar
                    kulit hadapan dan
                    belakang
2.   RAHSIA   - Warna Merah Jambu
                berpalang merah
                di sebelah luar kulit
                hadapan dan belakang
3.   SULIT    - Warna Hijau
4.   TERHAD - Warna Putih
           SEKSYEN 2C


Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri
atau     Pegawai      Awam      yang
dipertanggungkan boleh pada bila-bila
masa    mengelas    semula    apa-apa
suratan yang dinyatakan dalam jadual
dan di luar jadual. Suratan, bahan
atau maklumat tersebut terhenti
menjadi Rahsia Rasmi.
  SEKIAN,
TERIMA KASIH

								
To top