PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN by Ww926MEw

VIEWS: 175 PAGES: 5

									Peperiksaan Perkhidmatan

Objektif Peperiksaan Perkhidmatan


Peperiksaan adalah satu cara mengukur keupayaan dan pengetahuan seseorang dalam bidang
tertentu. Peperiksaan untuk kakitangan Universiti Malaysia Terengganu diadakan untuk
membolehkan penilaian dibuat dengan tepat.
Tujuan Peperiksaan Perkhidmatan


1. Pengambilan ke Perkhidmatan

    Peperiksaan untuk tujuan pengambilan dalam perkhidmatan awam diadakan bagi memenuhi
    syarat dan keperluan khusus ke perkhidmatan awam tertentu seperti Perkhidmatan Tadbir
    dan Pembantu Tadbir (Operasi dan lain-lain).


2. Pengesahan Dalam Perkhidmatan

    Anggota perkhidmatan awam yang baru dilantik disyaratkan lulus peperiksaan perkhidmatan
    sebagai keperluan pengesahan dalam perkhidmatan.


3. Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

    Peperiksaan ini diadakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam bagi menggantikan kelulusan
    akademik untuk lantikan ke jawatan yang lebih tinggi grednya.


4. Mendapat Ganjaran / Elaun

    Peperiksaan ini diadakan bagi menguji tahap kecekapan seseorang pegawai bagi tujuan
    pemberian elaun tertentu. Misalnya Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip) boleh mengambil
    ujian kederasan menaip bagi mendapatkan 2 atau 4 pergerakan gaji.


   Syarat-Syarat


1. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang disyaratkan mengikut skim
    perkhidmatan dan Kumpulan Sokongan yang setaraf dengan Kumpulan B yang masih belum
    disahkan dalam perkhidmatan.




                                             1/5
2. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan yang
    setaraf dengan Kumpulan B yang dilantik kenaikan pangkat secara lantikan.
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) yang masih belum disahkan dalam
    perkhidmatan.
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) yang dilantik melalui kenaikan pangkat secara
    lantikan.
5. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) yang masih belum disahkan dalam perkhidmatan.
6. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) yang dilantik melalui kenaikan pangkat secara lantikan.
7. Pegawai-Pegawai dalam Kumpulan Sokongan yang dahulunya setaraf dengan Kumpulan C
    yang masih belum disahkan dalam perkhidmatan.
8. Pegawai-Pegawai dalam Kumpulan Sokongan yang dahulunya setaraf dengan Kumpulan C
    yang dilantik melalui Kenaikan pangkat secara lantikan.
9. Pembantu Tadbir Rendah yang masih belum disahkan dalam perkhidmatan.
10. Pembantu Tadbir Rendah yang dilantik melalui kenaikan pangkat secara lantikan.
11. Pegawai-pegawai dalam Kumpulan Sokongan yang dahulunya setaraf dengan Kumpulan D
    yang masih belum disahkan dalam perkhidmatan.
12. Pegawai-Pegawai dalam Kumpulan Sokongan yang setaraf dengan Kumpulan D yang
    dilantikan secara kenaikan pangkat secara lantikan.


   Kaedah Pelaksanaan


        Peperiksaan yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Malaysia (JPA)


         Format Peperiksaan:


         1. Bilangan soalan: 14 SOALAN (ESEI)
                Seksyen A - 7 soalan (Jawab 5)

                Seksyen B - 7 soalan (Jawab 5)

                Tempoh Masa :        3 JAM

                Calon-calon dikehendaki menjawab SEPULUH (10) soalan iaitu LIMA (5) soalan
                daripada setiap seksyen.




                                             2/5
   Calon-calon hanya dibenarkan merujuk kepada arahan-arahan, perintah-
   perintah dan pekeliling-pekeliling di atas sahaja.

2. Bilangan Soalan : 14 SOALAN JAWAB 10 (ESEI)

   Tempoh Masa : 3 JAM

   Calon-calon hanya dibenarkan merujuk kepada Perlembagaan dan Undang-undang
   di atas sahaja.

3. Bilangan soalan : 40 (Aneka Pilihan)

   Tempoh Masa : 1 jam

   Calon-calon hanya dibenarkan merujuk kepada arahan-arahan, perintah-
   perintah dan pekeliling-pekeliling di atas sahaja.

4. Bilangan soalan : 40 (Aneka Pilihan)

   Tempoh Masa : 1 jam

   Calon-calon hanya dibenarkan merujuk kepada Arahan Perkhidmatan, Arahan
   Keselamatan dan Pekeliling-pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Yang
   Berkenaan semasa peperiksaan.

   Peperiksaan yang dijalankan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT)


   Format Peperiksaan:


5. Peperiksaan berbentuk esei dan struktur – masa 1½ – 3 jam.
   Calon-calon tidak dibenarkan merujuk kepada sebarang bahan rujukan.


6. Peperiksaan objektif/ aneka pilihan – masa 45 minit – 1 jam.
   Calon-calon tidak dibenarkan merujuk kepada sebarang bahan rujukan.


7. Peperiksaan amali – masa 2 – 3 jam.
   Calon-calon tidak dibenarkan merujuk kepada sebarang bahan rujukan.


8. Peperiksaan menaip – masa 10 minit (18 p.s.m)




                                   3/5
Calon-calon adalah dikehendaki menaip dengan kederasan 18 p.s.m daripada rencana yang
diberi dengan tidak membuat kesalahan melebihi 4%. (Jawatan Pembantu Tadbir
Kewangan, Pembantu Akauntan dan Pembantu Perpustakaan)


PEPERIKSAAN YANG DIKENDALIKAN OLEH UMT DAN JPA

Peperiksaan Pengesahan Perkhidmatan

Peperiksaan ini dikendalikan bersama oleh JPA dan UMT untuk kumpulan-kumpulan berikut: -

1. Pengurusan dan Profesional dan kumpulan sokongan Gred 27 ke atas yang setaraf
   dengan kumpulan B

2. Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi)

3. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)

4. Pegawai Khidmat Pelanggan

5. Pembantu Tadbir (Kewangan)

6. Kumpulan Sokongan l iaitu kumpulan sokongan lain yang setaraf kumpulan C

7. Pembantu Tadbir Rendah (jurutaip)

8. Kumpulan Sokongan ll yang setaraf dengan Kumpulan D

Peperiksaan Kelayakan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

Peperiksaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan bagi kakitangan yang tidak mempunyai

kelayakan akademik untuk jawatan-jawatan tertentu. dikendalikan oleh UMT dengan kerjasama

Jabatan Perkhidmatan Awam. Peperiksaan berkenaan ialah:

1. Peperiksaan khas memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Gred N41

2. Peperiksaan khas memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

3. Peperiksaan khas untuk memasuki Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/
   Operasi) Gred N17

4. Peperiksaan khas untuk memasuki Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiusahaan)
   Gred N17

5. Peperiksaan khas untuk memasuki gred gaji N11, N3, U11, dan A11



                                           4/5
6. Peperiksaan khas untuk memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi
   Maklumat F29.


Peperiksaan Untuk Ganjaran / Elaun (JPA) dan Jabatan Akauntan Negara

1. Ujian trengkas bagi Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) gred N17/ N22 (JPA)

2. Peperiksaan kederasan menaip (untuk hadiah kenaikan) bagi Pembantu Tadbir Rendah
   (Jurutaip) (JPA)

3. Peperiksaan bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS) Pembantu Tadbir (P/O) (JPA)

4. Peperiksaan bagi Bayaran Insentif Tugas Pembantu Tadbir Kewangan (BITK) (Jabatan
   Akauntan Negara) dan Universiti – Universiti.

   Modul Peperiksaan Perkhidmatan


     Peperiksaan Awam Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
     Peperiksaan Jabatan Universiti Malaysia Terengganu (UMT)


   Borang-Borang


     Peperiksaan Awam Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
       http://www.interactive.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon


     Peperiksaan Jabatan Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
       http://sistem.umt.edu.my/myportal




                                           5/5

								
To top