Embed
Email

Soalan 1

Document Sample
Soalan 1
Shared by: HC111124142629
Categories
Tags
Stats
views:
26
posted:
11/24/2011
language:
Malay
pages:
19
Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam mrazman.co.cc





TEMA 6 (INTELEKTUAL)



1. Huraikan sumbangan Al-Biruni dalam bidang astronomi.



Pendahuluan



 Nama penuh Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad Al-Biruni.

 Dilahirkan di Parsi dalam keluarga yang mementingkan pendidikan.

 Merupakan sarjana abad ke-4 yang pakar dalam astronomi, sejarah dan bahasa.

 Memberikan sumbangan yang sangat besar dalam bidang astronomi untuk kegunaan praktis

seharian.

 Karyanya yang terbesar : Sina‟at al-tanjim (seni astronomi)



Isi



1. Teori Alam Semesta

 Alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad.

 Menolak konsep graviti alam semesta.

 Planet bergerak dalam bentuk elips.



2. Kosmogeni

 Menulis kitab al-Tauhid yang membincangkan secara terperinci asal-usul alam semesta.

 Menolak pandangan alam semesta ini kekal.



3. Teori Geosentrik

 Menjelaskan teori tentang pergerakan matahari.

 Menuliskan kitab al-Tatbiq fi Tahqiq Haraqat al-Syam menerangkan tentang pergerakan bumi.



4. Kalendar dan kronologi

 Menerangkan tentang siang dan malam yang juga membuktikan panjang siang dalam setahun di

kutub.

 Mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hari.

 Menulis buku tentang tarikh.

 Menulis buku tentang terbitnya fajar.

 Qanun al-Masudi disusun sebagai pelengkap kepada semua teorinya.



5. Matahari

 Kajian tentang sifat fizikal matahari – menunjukkan bahawa matahari ialah jasad yang panas bagi

letusan solar.

 Gerakan tahunan – percaya kepada teori geosentrik yang menyatakan matahari bergerak

mengelilingi bumi.

 Panjang tahun solar adalah 365 hari, 5 jam, 49 minit.

 Kejadian fajar dan senja diterangkan dalam kitab al-Lam‟at. Fajar dan senja terjadi apabila

matahari berada 18 darjah di bawah ufuk.









1

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam mrazman.co.cc







Kesimpulan



 Huraian Al-Biruni memberi sumbangan kepada tamadun Islam dan dunia.

 Banyak huraian dan teorinya yang diakui kebenarannya oleh ahli-ahli astronomi moden.

 Huraiannya juga menerangkan manfaat pengetahuan astronomi yang sangat berguna dan sesuai menurut

Islam.









2

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam mrazman.co.cc









2. Bandingkan sumbangan Socrates dan Al-Kindi dalam bidang falsafah.



Pendahuluan



 Ahli falsafah Yunani seperti Socrates lahir disebabkan sistem demokrasi.

 Perkembangan falsafah skolastik Islam telah melahirkan ramai ahli falsafah termasuk al-Kindi.

 Socrates – dikenal sebagai Bapa Falsafah

 Al-Kindi – nama sebenar – Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq, merupakan orang yang pertama mendapat

gelaran filosof dalam Islam



Isi



1. Manusia dan ketuhanan

 Socrates : Menyentuh kehidupan manusia dan menanam nilai individualisme di jiwa masyarakat

Athens.

 Al-Kindi : Manusia bersifat dualisme. Kemerdekaan yang kekal hanya dapat dicapai dalam dunia

akal budi (keamanan dan ketaqwaan kepada Allah swt)



2. Pemikiran Kritikal

 Socrates : Ilmu pengetahuan dapat diperolehi melalui soal jawab (kaedah dialektik). Beliau

mengajar muda-mudi berfikir secara kritikal tentang diri mereka. Beliau tidak menerima sebarang

pandangan tanpa menyoal.

 Al-Kindi : untuk mencapai kemerdekaan dan kebebasan itu harus memperkembangkan kekuatan

akalnya dengan jalan ilmu ketuhanan (akidah) dan ilmu tentang alam semesta (syarak dan akhlak)



3. Kehidupan bernegara

 Socrates : mengajarkan konsep demokrasi dan peranan pemerintah dalam memelihara kebajikan

rakyat.

 Al-Kindi : menekankan konsep keadilan, hak individu serta penyertaan rakyat dalam memberi

pendapat.



4. Budaya intelektual

 Socrates : Mengasaskan cara berfikir kritikal dan kaedah dialektik.

 Al-Kindi : Menterjemah dan menghuraikan karya-karya klasik Yunani termasuklah falsafah

Socrates.



5. Karya

 Socrates : Tidak menulis ideanya tetapi dibukukan kemudian oleh pengikutnya.

 Al-Kindi : Kitab Falsafah Ula, Madkhalul Manthiq, Al-Manazhirul Falaqiyah, Al-Ghizda Wad Dawa

Al-Muhlik, An Nafsu Jauharun Basithun, Ilmu Akhlak.



Kesimpulan



 Masyarakat hari ini mengiktiraf sumbangan kedua-dua tokoh sebagai ahli falsafah ulung.

 Hasil pemikiran mereka menjadi sumber rujukan dan asas kepada perkembangan peradaban manusia

hari ini.

3

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam mrazman.co.cc







3. Bandingkan sumbangan intelektual Islam semasa kerajaan Umaiyah dengan kerajaan Abbasiyah

dalam bidang intelektual.



Pendahuluan

 Kegiatan intelektual bergerak seiring dengan kemajuan pemikiran orang-orang Islam baik yang berada

dalam kerajaan Abbasiyah mahupun Kerajaan Abbasiyah.

 Banyak karya telah dihasilkan secara asli mahupun paduan antara ilmu Yunani klasik.



Isi



1. Kegiatan ilmiah

 Umaiyah : banyak buku-buku sains Yunani (astronomi, kimia, perubatan) diterjemahkan ke dalam

bahasa Arab. Mereka juga melakukan penulisan mereka sendiri.

 Abbasiyah : selain penterjemahan buku-buku klasik Yunani, mereka melakukan penulisan dalam

pelbagai bidang.



2. Pengajian agama

 Umaiyah : melakukan kajian terhadap hadis, tafsir al-Quran, ilmu usuluddin dan fekah. Tokoh-

tokohnya seperti Uzwah al-Zubair, Ibnu Shihab (hadis), Ibn Jarih (al-Quran), Hassan al-Basri dan

Wasa‟il bin Ata (usuluddin dan fekah)

 Abbasiyah : Muncul 4 imam fekah iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam

Ahmad. Mereka telah mengupas secara panjang lebar berkaitan dengan hal-hal fekah dan

persoalan-persoalan lain.



3. Falsafah

 Umaiyah : Kegiatan falsafah berkembang dan muncul banyak tokoh seperti Ibn Rushd dan Ibn

Arabi. Kajian-kajian mereka berkisar tentang ketuhanan, alam dan manusia.

 Abbasiyah : Tokoh-tokoh seperti al-Kindi, al-Farabi dan Ibn Sina, mengharmonikan falsafah-

falsafah klasik Yunani dengan falsafah Islam.



4. Astronomi

 Umaiyah : Tokoh-tokoh penting seperti Ibn Aflah, al-Zarqali dan Majriti. Mereka mendapat

sokongan pemerintah (al Makmun) dalam kaji bintang. Beberapa teori Yunani klasik telah disanggah

dan mengemukakan teori yang lebih tepat.

 Abbasiyah : Tokoh utama ialah Umar Khayyam. Kajiannya berkaitan dengan bidang kalendar,

astrologi dan banyak karyanya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.



5. Perubatan

 Umaiyah : Tokoh seperti Ibn al-Nafs merupakan seorang pakar bedah dan menulis buku “teknik

pembedahan”. Jabir bin Hayyam menulis banyak buku berkaitan ilmu perubatan dan sebanyak 80

bukunya diterjemahkan ke bahasa Latin.

 Abbasiyah : Antara tokohnya ialah al-Razi dengan buku seperti al-Hari dan al-Anzar. Karya-

karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.



6. Muzik

 Umaiyah : Tokoh-tokohnya seperti Ibn Firnas dan Ziryab. Mereka mendapat naungan dari para

khalifah untuk mengembangkan teori-teori muzik.

4

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam mrazman.co.cc





 Abbasiyah : Al-Kindi menulis beberapa teori muzik dalam Arab.



7. Bahasa

 Umaiyah : Khalil bin Ahmad merupakan ahli bahasa dan filologi Arab, sementara Siwabaih pula

pakar nahu Arab.

 Abbasiyah : Kajian bahasanya berkembang pesat dan membahagikan aliran Kuffah dan aliran

Basrah.



Kesimpulan



 Kegiatan intelektual Islam memberi kesan yang sangat besar kepada dunia Barat.









5

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam mrazman.co.cc







4. Jelaskan pengertian dan konsep ilmu menurut pandangan ahli falsafah Yunani dengan Islam.



Pendahuluan



 Pembahasan tentang konsep ilmu telah dikemukakan sejak sekian lama oleh tokoh-tokoh falsafah.

 Ahli falsafah Islam sedikit sebanyak dipengaruhi oleh ahli falsafah Yunani walaupun pada dasarnya

konsep pendidikan Islam mengutamakan wahyu.



Isi

1. Socrates

 Ilmu yang sebenar perlu bagi amalan yang baik.

 Pengetahuan dicapai melalui urutan soaljawab (dialektik)



2. Plato

 Suatu pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan.

 Menolak pancaindera sebagai ilmu. Pancaindera hanya membantu memberikan pendapat dan bukan

ilmu.



3. Aristotle

 Logika adalah pemikiran analitis yang menjadi dasar bagi ilmu pengetahuan.

 Logik bermaksud berfikir secara teratur, tepat dan berdasarkan hubungan sebab akibat.

 Mencapai kebenaran tentang sesuatu hal dengan membuat kesimpulan daripada kebenaran yang

umum.



4. Al-Jariz

 Ilmu suatu yang tidak sampai kepada kita sehingga kita menyerahkan diri kepadanya, tetapi bila

kita menyerahkan diri kepadanya, tidak semestinya ilmu itu akan datang secara automatik kepada

kita.



5. Imam al-Ghazali

 Dalam Misykat al-Anwar, kasyaf, musyahadah atau dhauq adalah pengalaman sufi yang terletak di

tahap teratas dalam kelompok itu.

 Ilmu yang dimaksudkan itu digelar martabat al-ruh al-nabawi kerana ilmu ini berkenaan wijdan

(intuisi), diikuti dengan ilmu yang bersumberkan akal, qias (analogi) dan istidlal (pentaakulan atau

penalaran) dan di bawah sekali ialah ilmu yang bersumberkan iman.

 Martabat kasyaf, musyahadah, dhauq atau intuisi dengan berdasarkan ayat-ayat al-Quran adalah

martabat nur atau hidayat atau makrifat.



6. Yusof al-Qaradawi

 Membahagikan ilmu kepada dua bahagian iaitu ilmu syariat dan ilmu yang berkaitan dengan

pengurusan pembangunan tamadun manusia.

 Ilmu syariat hanya bergurukan orang Islam yang dipercayai keilmuannya seperti perkara-perkara

yang berkaitan akidah, ibadah dan akhlak.



Kesimpulan

 Pengertian dan konsep pendidikan Yunani dan Islam mempunyai beberapa pendekatan yang berbeza dan

telah mempengaruhi tamadun manusia seterusnya.

6

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam mrazman.co.cc







5. Jelaskan perbezaan sumber ilmu menurut tamadun Islam dengan tamadun Barat.



Pendahuluan



 Ilmu adalah pengetahuan yang diperolehi melalui kaedah-kaedah dan syarat-syarat tertentu.

 Ilmu dikaitkan dengan alima dari bahasa Arab yang bermakna tahu.

 Ilmu sama erti dengan perkataan science dalam bahasa Inggeris. Istilah science berasal dari

perkataan Latin scio, scire yang bermaksud tahu.



Isi



1. Al-Quran

 Semua ilmu yang sebenar datang daripada Allah.

 Sumber-sumber itu wujud secara langsung melalui wahyu ataupun secara tidak langsung melalui

tanda-tanda alam

Empirikal

 Pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman pancaindera yang menjadi sumber pengetahuan

yang utama dan sebenar.

 Tokoh yang mendukung – Demokritos dari Yunani.

 Tokoh zaman moden – John Locke dan Aguste Comte



2. Akal

 Menurut Imam al-Ghazali, akal terbahagi kepada dua: aqli dan fikri.

 Beliau meletakkan akal di bawah martabat roh, tetapi masih menyanjung peranan akal.

 Menurut al-Ghazali, akal adalah „dacing kebenaran (Tuhan)‟ (mizan al-haq)

Rasionalisme

 Tokoh Aristotle : Menekankan bahawa akal fikiran adalah sumber utama untuk memperoleh

pengetahuan hakiki.

 Menurut beliau ilmu bertolak daripada usaha-usaha akal yang membawa kepada rumusan yang

bersifat deduktif.

 Aliran ini dikembangkan oleh Descartes, Spinoza dan Leibniz.



3. Alam

 Ibn Rusyd mengaitkan sumber ilmu dengan hukum dan peraturan alam nyata yang dicipta dan

dipelihara oleh Allah serta membezakan antara alam ghaib atau fungsinya.

 Ilmu Allah dan ilmu manusia tidak dapat dibezakan.

Pandangan Barat

 Menurut Plato : Alam bentuk kekal menjadi objek ilmu manakala ilmu yang unggul ialah bentuk

kebaikan.

 Kebaikan yang dimaksudkan disebut sebagai akhlak.



Kesimpulan



 Menurut sarjana Islam, manusia tidak mempunyai kemampuan untuk mencapai tahap pengetahuan

melebihi wahyu.

 Sumber berasaskan wahyu adalah mutlak kerana ia daripada ilham yang diberikan oleh Allah.

 Bagi sarjana Barat, ilmu hanya dibatasi oleh kemampuan akal dan fikiran manusia semata-mata

7

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam mrazman.co.cc







TEMA 6 –(INTELEKTUAL)



1. Bincangkan ciri-ciri ilmu perubatan tamadun India.



Pendahuluan



 Bidang perubatan telah lama wujud untuk menawar pelbagai jenis penyakit.

 Mereka mengetahui kaedah untuk menghasilkan ubat-ubatan dan peralatan untuk memudahkan rawatan.

 Dalam tamadun India, teks-teks asas ilmu perubatan telah wujud sejak abad 1Masihi.

 Beberapa aspek perubatan India mencapai perkembangan yang lebih tinggi daripada ilmu perubatan

Yunani.



Isi-isi Penting.



1. Sumber Ilmu Perubatan India

 Ilmu perubatan India mendapat pengaruh dari fenomena Yoga, pengalaman mistik dan ajaran

Buddhisme.

 Hubungan dengan doktor-doktor Hellenistik.

 Hubungan dengan orang Arab.



2. Doktrin Humor

 Menekankan keseimbangan tiga bendalir iaitu angin, duktus hempedu dan mucus.



3. Konsep Lima Angin

 Fungsi badan diselenggarakan oleh lima angin yang berperanan dalam pernafasan, penghadaman,

pengkumuhan, pembiakan dan peredaran darah.



4. Kepakaran saraf dan pembedahan

 Ahli-ahli perubatan India mempunyai pengetahuan tentang sistem saraf.

 Pembedahan bermula sejak zaman Gupta.

 Melakukan pembedahan katarak, patah tulang dan caesarean.

 Melakukan pembedahan untuk membetulkan kecacatan hidung, telinga dan bibir.



5. Sumber Ubat-ubatan

 Ubat-ubatan diambil daripada produk haiwan, tumbuh-tumbuhan dan bahan mineral.

 Kitab Susrata menyenaraikan 760 jenis tumbuhan yang menjadi bahan ubat.

 Tumbuh-tumbuhan di bahagikan mengikut kegunaan sama ada penawar, racun atau ubat.







Kesimpulan



 Tamadun India telah memberikan sumbangan yang besar ke arah kemajuan bidang perubatan.

 Pelbagai kaedah, bahan dan peralatan yang ditemui dikembangkan dan masih digunakan hingga ke

hari ini.









8

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam mrazman.co.cc







2. Bandingkan sumbangan Socrates dan Al-Kindi dalam bidang falsafah.



Pendahuluan



Ahli falsafah Yunani seperti Socrates lahir disebabkan sistem demokrasi.

Perkembangan falsafah skolastik Islam telah melahirkan ramai ahli falsafah termasuk al-Kindi.

Socrates – dikenal sebagai Bapa Falsafah

Al-Kindi – nama sebenar – Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq, merupakan orang yang pertama mendapat

gelaran filosof dalam Islam



Isi-isi penting

1. Manusia dan ketuhanan

 Socrates : Menyentuh kehidupan manusia dan menanam nilai individualisme di jiwa masyarakat

Athens.

 Al-Kindi : Manusia bersifat dualisme. Kemerdekaan yang kekal hanya dapat dicapai dalam dunia

akal budi (keamanan dan ketaqwaan kepada Allah swt)



2. Pemikiran Kritikal

 Socrates : Ilmu pengetahuan dapat diperolehi melalui soal jawab (kaedah dialektik). Beliau

mengajar muda-mudi berfikir secara kritikal tentang diri mereka. Beliau tidak menerima sebarang

pandangan tanpa menyoal.

 Al-Kindi : untuk mencapai kemerdekaan dan kebebasan itu harus memperkembangkan kekuatan

akalnya dengan jalan ilmu ketuhanan (akidah) dan ilmu tentang alam semesta (syarak dan akhlak)



3. Kehidupan bernegara

 Socrates : mengajarkan konsep demokrasi dan peranan pemerintah dalam memelihara kebajikan

rakyat.

 Al-Kindi : menekankan konsep keadilan, hak individu serta penyertaan rakyat dalam memberi

pendapat.



4. Budaya intelektual

 Socrates : Mengasaskan cara berfikir kritikal dan kaedah dialektik.

 Al-Kindi : Menterjemah dan menghuraikan karya-karya klasik Yunani termasuklah falsafah

Socrates.



5. Karya

 Socrates : Tidak menulis ideanya tetapi dibukukan kemudian oleh pengikutnya.

 Al-Kindi : Kitab Falsafah Ula, Madkhalul Manthiq, Al-Manazhirul Falaqiyah, Al-Ghizda Wad Dawa

Al-Muhlik, An Nafsu Jauharun Basithun, Ilmu Akhlak.



Kesimpulan



 Masyarakat hari ini mengiktiraf sumbangan kedua-dua tokoh sebagai ahli falsafah ulung.

 Hasil pemikiran mereka menjadi sumber rujukan dan asas kepada perkembangan peradaban manusia

hari ini.







9

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam mrazman.co.cc







3. Jelaskan perbezaan sumber ilmu menurut tamadun Islam dengan tamadun Barat.



Pendahuluan



 Ilmu adalah pengetahuan yang diperolehi melalui kaedah-kaedah dan syarat-syarat tertentu.

 Ilmu dikaitkan dengan alima dari bahasa Arab yang bermakna tahu.

 Ilmu sama erti dengan perkataan science dalam bahasa Inggeris. Istilah science berasal dari

perkataan Latin scio, scire yang bermaksud tahu.



Isi-isi Penting



1. Al-Quran

 Semua ilmu yang sebenar datang daripada Allah.

 Sumber-sumber itu wujud secara langsung melalui wahyu ataupun secara tidak langsung melalui

tanda-tanda alam.

Empirikal

 Pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman pancaindera yang menjadi sumber pengetahuan

yang utama dan sebenar.

 Tokoh yang mendukung – Demokritos dari Yunani.

 Tokoh zaman moden – John Locke dan Aguste Comte



2. Akal

 Menurut Imam al-Ghazali, akal terbahagi kepada dua: aqli dan fikri.

 Beliau meletakkan akal di bawah martabat roh, tetapi masih menyanjung peranan akal.

 Menurut al-Ghazali, akal adalah „dacing kebenaran (Tuhan)‟ (mizan al-haq)

Rasionalisme

 Tokoh Aristotle : Menekankan bahawa akal fikiran adalah sumber utama untuk memperoleh

pengetahuan hakiki.

 Menurut beliau ilmu bertolak daripada usaha-usaha akal yang membawa kepada rumusan yang

bersifat deduktif.

 Aliran ini dikembangkan oleh Descartes, Spinoza dan Leibniz.



3. Alam

 Ibn Rusyd mengaitkan sumber ilmu dengan hukum dan peraturan alam nyata yang dicipta dan

dipelihara oleh Allah serta membezakan antara alam ghaib atau fungsinya.

 Ilmu Allah dan ilmu manusia tidak dapat dibezakan.

Pandangan Barat

 Menurut Plato : Alam bentuk kekal menjadi objek ilmu manakala ilmu yang unggul ialah bentuk

kebaikan.

 Kebaikan yang dimaksudkan disebut sebagai akhlak.



Kesimpulan



 Menurut sarjana Islam, manusia tidak mempunyai kemampuan untuk mencapai tahap pengetahuan

melebihi wahyu.

 Sumber berasaskan wahyu adalah mutlak kerana ia daripada ilham yang diberikan oleh Allah.

 Bagi sarjana Barat, ilmu hanya dibatasi oleh kemampuan akal dan fikiran manusia semata-mata.

10

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam mrazman.co.cc







4. Huraikan perkembangan ilmu matematik di China



Pendahuluan



 Tamadun China telah memberi sumbangan besar dalam perkembangan intelektual termasuklah

bidang matematik.

 Ramai tokoh matematik telah dilahirkan.

 Ilmu matematik China berkembang lebih pesat berbanding dengan Eropah.



Isi-isi Penting



1. Penulisan kitab-kitab matematik

 Chou Pei Suan King dan Chiu Chang Suan Shu.

 Membincangkan tentang kalendar dan masa bayang-bayang.

 Cara-cara mengukur keluasan tanah.

 Mengira peratus dan kadar bijirin.

 Mencari sisi segiempat tepat.

 Mencari isipadu.

 Panduan taksiran cukai.



2. Kaedah pengiraan

 Menggunakan lidi buluh

 Mengenal angka positif dan negatif

 Mengenal angka sifar dan sistem perpuluhan



3. Aljabar

 Tokohnya Chin Chiu Shao – kitabnya Shu-Shu Chiu-Chang.

 Membicarakan tentang persamaan berangka tinggi, persamaan tak tentu dan penggunaan aljabar

dalan trignometri.



4. Siri matematik, pilih atur dan gabungan

 Segi tiga pascal dihuraikan oleh Chia Hsien dan Chu Shih-Chieh

 Kitab yang ditulis Ssu Yuan Yu Chieu dan Suan Hsueh Chi Meng.

 Perkembangan ini melampaui pencapaian matematik tamadun Eropah.



5. Aljabar Tinggi

 Diteruskan oleh Chu Shi Kie.

 Menulis kitab : Introduction to Mathematical Studies dan The Precious Mirror of Four Elements.



Kesimpulan



 Perkembangan ilmu matematik mengalami kemalapan selepas Chu Shi Kie

 Beberapa kaedah matematik tamadun China masih digunakan hingga ke hari ini.









11

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam mrazman.co.cc









5. Bincangkan sumbangan tamadun china dalam pekbagai bidang ilmu seperti falsafah, astronomi,

matematik,perubatan dan undang- undang yang menjadi asas kepada perkembangan

peradaban manusia.







Pendahuluan



-latar belakang perkembangan tamadun china.

-ulas beberapa konsep ilmu menurut pendangan tokoh seperti plato, confusius dan imam ghazali.



Isi



(A) Falsafah.



-Confusius berusaha mengukuhkan semula feudalisma, menekankan dalam masyarakat, manusia

harus bertindak dalam masyarakat kerana tidak dapat hidup berseorangan , pemerintah mesti

menunjukkan budi perkerti demi menghasilkan kerajaan yang aman dan makmur.



-Taoisme mengkritik keganasan dengan sekeras- kerasnya pemerintah yang baik adalah mereka

yang memerintah dengan undang- undang dan peraturan yang mudah dan disenangi rakyat ,

masyarakat yang diidamkan adalah masyarakat yang mudah dan primitif.



-Moaisme menekankan cinta sejagat dan menolak fahaman ketenteraan, masyarakat harus

menumpukan perhatian kepada kebajikan masyarakat dan bukan kepada individu seperti raja atau

keluarga.



-Legalisme menekankan kepentingan undang2 sebagai satu2nya cara untuk kecekapan dalam

kerajaan dan ketertiban dalam masyarakat, tidak percaya tentang kasih sayang dan belas kasihan,

sebaliknya kuasa harus dikekalkan dan di perlihara dalam apa jua keadaan.



(B) Astonomi.



-Astrnomi ditekankan dan dianggap sebagai ilmu sains negara- mempunyai pengaruh tamadun

Babylon semasa pemerintahan maharaja you.

-Terdapat dua jenis kalender: lunar untuk upacara2 keagamaan.

suria untuk menetapkan musim.



-Kajian tentang langit merangkumi gejala gerhana, planet dan letupan bintang.



-Kajian tentang bintik2 matahari, kajian tentang nova dan supernova.



-Kurun keempat sm ahli astronomi shih shen, kan te, dan wu hsien telah menyusun katalog langit

secara terperinci – digabungkan oleh chen cho dalam peta bintang pada kurun 14 masihi.



-Orang china mencipta sfera bingkai , gnoman dan sfera gegeleng serta berjaya melukis gris

sejak zaman dinasti han yang diperkenalkan oleh chong heng.

12

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam mrazman.co.cc









C) Matematik.

-Mereka menggunakan system perpuluhan sejak abad ke-3



-Penggunaan angka sifar sesuatu yg baru dalam matematik china – dikenali pada 1247 m



-Perkembangan algebra kurun ke13 m serta pada kurun ke 14 menguasai siri matematik pilh atur

dan gabungan , siri matematik likenali sebagai segi tiga pascal – oleh chia hsein pada 1100m.







(D) Perubatan

-Keseimbangan antara Yang ( kuasa aktif) dan Ying (kuasa pasif) amat penting untuk menandakan

seseorang itu sihat .



-Manusia sbg mikro kosmos yg mempunyai 2 sistem peredaran angin dan peredaran air.



-Kaedah akupuntur di perkenalkan sejak 600 sm



-Idea tentang peredaran darah muncil pada abad satu masihi – zaman han

3 cara digunakan oleh org china utk merawat penyakit ialah material medical moksibusi dan

akupuntur.



-Li shih chin ahli fama kologi china menghasilkan tentang cara2 diagnosis penyakit campak

stigmologi, ubat jingsing dan artemisia. Bukunya farmakopoie bersistem .



(E) Undang2

-Un2 awal ialah fajing ( canon law).terbahagi kepada 6 bhg;- pencurian, jenayah, penahanan ,

penagkapan un2 pelbagai dan am.

-Zaman dinasti Tang- kod Tang –mengandungi 502 artikal yg terbahagi pada 12 bahagian .-Zaman

dinasti ching – king code –menerima segala intipati ming code- dinasti ching juga mengamakan

hukuman cekik sampai mati dan pemancangan.

-Un2 tradisional china meliputi 2 jenis hukuman kolektif iaitu organisasi baaja dan tanggungjawab

kolektif.

-Masyarakat china juga mengamalkan un2 tidak fomal- customary law( un2 kebiasaan)

-Un2 dinasti chin mula disusun dalam bentk yg jelas mulai 1740 m.



Kesimpulan

-Merupakan 5 bidang ilmu yg penting di china

-Tamadun china telah banyak memberi sumbangan dalam perkembangan ilmu kepada peradaban

manusia.









13

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam mrazman.co.cc





6. Huraikan perkembangan serta sumbangan aliran pemikiran humanisme, sekularisme,

individualisme dan rasionalisme kepada peradaban manusia.







Pengenalan



-tamadun barat mula melalui saat permodenan dalam abad ke 18.namun asas-asas permodenan telah

wujud diantara abad ke 14 hingga 17



-ramai yang mendakwa tempoh ini merupakan tempoh peralihan diantara zaman gelap kepada zaman

moden (renaissance)yang bermaksud zaman kelahiran semula.



-kelahiran aliran pemikiran baru ini bermula di itali pada pertengahan kurun ke 14 hingga

pertengahan kurun ke 16.



-kemudiannya berkembang ke negara-negara lain di sekitar banjaran Alps dan seterusnya ke

seluruh Eropah.







Isi



HUMANISME



-golongan humanis mementingkan hal ehwal orang ramai dan kebahagiaan hidup didunia.



-menitikberatkan sifat manusia dari sudut manusia itu sendiri.



-fahaman ini membawa perubahan besar dalam aspek ekonomi.contohnya ;pertumbuhan Bandar-

bandar baru seperti Florence,Geneo,Milan yang bebas dari ikatan mana-mana pembesar feudal.



-Hak asasi diri turut menjadi salah satu fahaman humanisme yang membawa perkembangan dalam

sains,muzik dsb



INDIVIDUALISME



-mula melihat diri mereka sebagai individu



-ini mendorong manusia berusaha melakukan sesuatu untuk memperbaiki taraf hidup individu tanpa

sekatan.



-setiap individu sedar akan potensi dan bakat yang ada dalam diri sendiri dan cuba

mempamerkannya untuk meningkatkan taraf hidupnya.



-ciri-ciri kapitalisme membolehkan seseorang individu mengumpul dan mengaut kekayaan untuk

mengatasi kemampuan dikalangan kumpulan sendiri.



-Contohnya;Leonardo da vinci(saintis,arkitek,pengukir dan pelukis) yang terkenal dengan karya

Mona Lisa dan The Last Supper.

14

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam mrazman.co.cc







SEKULARISME



-ideology yang mengasingkan usaha duniawi dengan ajaran agama dan kawalan gereja.



-manusia tidak lagi mementingkan keagamaan tetapi menggunakan cara-cara saintifik,objektif dan

akal budi untuk menentukan sesuatu.



-zaman ini menonjolkan keupayaan seseorang mengumpul kekayaan tanpa had.



-lahirlah sifit-sifat manusia yang optimis dan bersemangat untuk hidup



-kesedaran mengejar ilmu menjadikan institusi Pendidikan berkembang pesat contohnya terbinanya

Universiti Oxford.



-Lahir pakar dalam bidang masing-masing seperti matematik.sains,undang-undang dan perubatan.







RASIONALISME

-menekankan keperluan memahami dunia sebagai sesuatu yang rasional.



-dunia boleh dianalisa dan diubah melalui tindakan manusia



-individu harus bebas bertindak dan bersikap rasional



-alam semulajadi harus dikuasai dan tunduk kepada tujuan manusia.



-menggunakan kaedah teknikal seperti rasional dan saintifik



-mengubah sikap manusia daripada bergantung kepada kepercayaan lama kepada permerhatian

serta percubaan diri

-menolak kepercayaan ahli teologi

-mulakan zaman kewarasan‟Age of reason‟

-terdapat penemuan sains seperti hokum gravity oleh Issac Newton









KESIMPULAN

-secara jelas, kita dapat melihat penyebaran aliran humanisme,individualisme,sekularisme dan

rasionalisme mempengaruhi peradaban manusia.



-ini menyebabkan manusia mula sedar tentang perubahan dalam hidup dan membawa permodenan.



-semua aliran ini saling berkaitan dan menyebabkan setiap perubahan bersifat menyeluruh dan

berkesan









15

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam mrazman.co.cc





7. Sejauh manakah kemunculan pelbagai aliran pemikiran baru seperti

humanisme,individulisme,sekularisme dan nasionalisme mempengaruhi perkembangan

intelektualisme dan pemodenan tamadun barat.



Pengenalan



-Renaissance merupakan gerakan pembaharuan atau kelahiran semula ilmu pengetahuan di

eropah.gerakan ini berlaku disebabkan keinginan masyarakat eropah untuk menghidupkan kembali

kegimalangan mereka pada zaman silam.kesedaran ini muncul ekoran pertembungan masyarakat

barat denga orang-orangg islam sewaktu perang salib.ilmu pengetahuan orang islam yang

kebanyakannya berasal daripada tamadun Rom dan Yunani telah menarik perhatian orang-orang

Eropah.mereka mulai meminati ilmu pengetahuan dan mula mencai dan mengkaji semula karya-karya

Yunani dan Rom kuno.



-Penaklukan Konstantinople oleh orang Turki Uthmaniah pada tahun 1453 M bertanggungjawab

menghidupkan semula pengetahuan dan kesusasteraan Yunani dan Rom kerana ramai sarjana telah

melarikan diri bersama dengan manuskrip yang berharga ke Eropah.



-Gerakan Renaissance yang bermula di kota-kota perdagangan Itali ini kemudiannya telah tersebar

ke seluruh Eropah melalui aktiviti perdagangan dan percetakan.Antara aliran-aliran pemikiran

penting yang muncul pada zaman tersebut iala humanisme,individualisme,sekularisme, dan

nasionalisme.Aliran-aliran pemikiran ini telah menyediakan suatu anjakan paradigma dalam tamadun

Eropah menuju ke zaman moden.



Isi



A) Kemunculan Aliran-aliran Pemikiran Baru di Eropah



1. Humanisme :

ialah kajian terhadap manusia yang tertumpu kepada aktiviti kemakmuran manusia dalam dunia

ini.Fahaman ini mengkaji tentang manusia,idea-idea asas dan kesenian klasik.Fahaman ini

menekankan peranan akal fikiran,budi pekerti,keitelektualan dan kehendak manusia sendiri dalam

usaha menyelesaikan sebarang masalah di dunia Pengajaran sains dan perkara-perkara praktikal

yang penting untuk kehidupan seseorang individu telah diberi penekanan dalam Pendidikan .Aliran

ini juga mementingkan hal-ehwal kehidupan manusia di dunia tanpa dibatasi oleh kehendak tuhan.

Perkembangan humanisme telah menyebabkan perkembangan kesusasteraan yang pesat di

Eropah.Mereka telah meniru karya-karya Yunani dan Rom kuno dan menulisnya dalam bahasa

tempatan yang lebih mudah difahami.Beberapa tokoh aliran ini yang terkenal telah muncul dengan

karya-karya masung-masing seperti Desiderius Erasmus,Nicolo Machiavelli,Thomas More,Francesco

Petrach,Dante Alighieri dan Lorenzo Valla.

Francesco Petratch (1304-1374) merupakan Bapa Humanisme,beliau telah mengkaji karya-karya

Yunani dan Rom purba dan mendapati masyarakat Yunani dan Rom lebih mengutamakan kehidupan di

dinia daripada kehidupan akhirat.Beliau juga mendapati mereka lebih tertarik kepada soal

percintaan,keindahan alam dan masalah hidup seharian.Karya beliau‟The Swan Book‟ merupakan

karya puisi mengenai percintaan.Dante Alighieri dengan karyanya “The Divine

Comedy”mempersendakan syurga dan neraka dalam karyanya.Desiderius Erasmus dalam bukunya

“Praise Of Folly” telah mengkritik penyelewengan golongan gereja,ahli falsafah,dan pedagang yang

hidup mewah dan memandang rendah kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.Manakala

16

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam mrazman.co.cc





Thomas More dalam karyanya “Utopia” mengkritik kuasa mutlak raja dengan merujuk kepada

negara England.Beliau juga berpendapat feudalisme harus dihapuskan dan supaya kerajaan

mempunyai lebih banyak kuasa berbanding dengan gereja.









2. Individualisme

merupakan satu lagi aliran pemikiran yang mempengaruhi pemikiran masyarakat

Eropah.Individualisme bererti usaha –usaha individu dalam melakukan sesuatu untuk membaiki

taraf hidup diri serta masyarakatnya tanpa sekatan atau dikawal oleh sesiapa.Hasil daripada

pemikiran ini masyarakat eropah lebih mementingkan aspek-aspek yang berkaitan dengan manusia

dan seterusnya memajukan potensi dan kemanpuannya.Keturunan seseorang individu tidak lagi

menjadi ukuran untuk mencapai kemajuan kerana ia bergantung kepada hasrat dan keinginan

seseorang individu itu. Konsep ini penting untuk memajukan potensi diri seseorang individu kerana

sebelum adanya aliran pemikiran tersebut ,kedudukan seorang individu dalam masyarakat Eropah

ditentukan melalui kelahirannya atau keahliannya dalam kesatuan atau monarki .Oleh itu, peranan

golongan bawahan terbatas kepada kegiatan terhad seperti pertanian sahaja.Aliran individualisme

telah membawa kepada perkembangan system ekonomi kapitalis ,kesenian dan aktiviti penjelajahan

dan penerokaan di Eropah .



3. Sekularisme

ialah fahaman falsafah yang memisahkan urusan –urusan keduniaan dari urusan –urusan agama

,memusatkanperhatian semata –mata kepada masalah keduniaan dan meninggalkan peranan agama

dan tuhan daripada segala urusan kehidupan manusia.Konsep ini membawa kepada pembentukan

masyarakat yang lebih rasional ,materialistic ,dan utilitarian .Aliran ini merupakan satu gerakan

pembebasan untuk menentang ketiadakadilan yang dilakukan oleh pihak gereja dan golongan

bangsawan feudal.Sarjana –sarjana tidak mempunyai kebebasan kerana dikongkong oleh konsep –

konsep salah yang dijadikan pegangan oleh pihak gereja .Aliran sekularisme ini telah melahirkan

tokoh –tokoh sains terkenal seperti Galileo galilet,Nicolaus Copernicus dan lain –lain yang

menpunyai pendapat yang bertentangan dengan pihak gereja.Sumbangan tokoh –tokoh tersebut

amat besar dalam perkembangan ilmu sains moden. Misalnya ,Copernicus mengemukakan teori

bahawa bumi dan planet lain mengelilingi matahari. Teori ini turut disokong oleh Galileo Galilei dan

ahli –ahli sains yang lain kerana terbukti kebenarannya .Akibatnya Galileo telah dibicarakan di

Gereja Katolik dan dijatuhi hukuman bunuh.



4. Nasionalisme

atau semangat cintakan negara lahir daripada falsafah politik Niccolao Machiavelli .Aliran ini turut

menekankan bahawa manusia didunia terbahagi kepada pelbagai bangsa dan dengan membentuk

negara sendiri,kuasa pemerintahannya adalah di tangan rakyat dan rakyatnya setia kepada negara

bangsa itu .Aliran ini membawa kepada lahirnya negara-negara bangsa dieropah seperti di

England,Perancis Sepanyol dan Jerman serta kemajuan dalam bidang sosial dan ekonomi.Kelahiran

negara –negara bangsa tersebut membawa kepada kestabilan politik dan kemajuan ekonomi

dieropah .Raja –raja mengalakkan kegiatan ekonomi kapitalisme untuk mengaut keuntungan .Ini

menyebabkan orang-orang eropah berlumba –lumba menjelajah dunia baru untuk mencari kekayaan .



5. Rasionalisme

merupakan fahaman yang lahir dari Revolusi Sains pada abad ke-15m.Fahaman ini menekankan

keperluan memahami dunia sebagai sesuatu yang rasional iaitu mempercayai bahawa ia boleh

17

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam mrazman.co.cc





dianalisa dan diubah melalui tindakan manusia. Rasionalisme merupakan satu kaedah teknikal yang

digerakan oleh tujuan untuk mencari cara yang paling efektif untuk menemui sesuatu matlamat

yang khusus. Ini dianggap rasionalisme teknikal dan kajian dilakukan mengikut kaedah-kaedah yang

rasional dan saintifik. Fahaman ini telah membawa perubahan yang besar dalam bidang penyelidikan

dan telah banyak melahirkan penemuan-penemuan baru.Golongan Rasionalisme berpendapat bahawa

manusia yang harus menentukan masa depan mereka daripada diikat oleh pengaruh agama.







Kesimpulan



Apa saja yang berkaitan









18

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam mrazman.co.cc









19


Related docs
Other docs by HC111124142629
UNIT OF PRICE ANALYSIS - BASIC CONCEPTION
Views: 2  |  Downloads: 0
CGR-AVANCE PM A JUNIO30 DE 2007
Views: 5  |  Downloads: 0
FINAL NOVEL PROJECTS
Views: 0  |  Downloads: 0
100
Views: 1  |  Downloads: 0
Firmenpreisvereinbarung
Views: 0  |  Downloads: 0
DEAR PIPPA,
Views: 0  |  Downloads: 0
Special Offer2011
Views: 0  |  Downloads: 0
Contratos 2010
Views: 9  |  Downloads: 0
On TIME�s All-Time 100 Movies List
Views: 2  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!