Embed
Email

Solat

Document Sample
Solat
Shared by: HC111123115944
Categories
Tags
Stats
views:
4
posted:
11/23/2011
language:
Malay
pages:
26
Waktu sembahyang fardu lima waktu iaitu Zuhur, Asar, Maghrib,

„Isya‟ dan Subuh telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW melalui

sabdanya yang bermaksud:

“Jibril telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau

bersembahyang Zuhur bersamaku ketika tergelincir matahari dan

„Asar ketika bayang-bayang sesuatu benda telah sama panjangnya

dengan sesuatu itu, dan Maghrib ketika terbenam matahari dan „Isya‟

ketika terbenam syafaq (iaitu cahaya merah) dan Subuh ketika terbit

fajar. Pada keesokan harinya, Jibril bersembahyang bersama saya

solat Zuhur ketika bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan

„Asar ketika bayang-bayang sesuatu berkedudukan dua kali

panjangnya dan Maghrib ketika orang berbuka puasa dan „Isya‟

ketika sepertiga malam dan Subuh ketika menguning cahaya pagi.

Kemudian Jibril berkata: Inilah waktu sembahyang Nabi-Nabi

sebelum engkau.Waktu sembahyang adalah di antara waktu ini.”

 Waktu Zuhur bermula dengan tergelincir

matahari (zawal), iaitu matahari condong

daripada tengah-tengah langit ke arah barat

dengan keadaan sesuatu benda mempunyai

sedikit bayang ketika matahari terpacak dan

matahari mula condong ke arah barat. Waktu

Zuhur berakhir apabila bayang sesuatu benda

menjadi sama panjang dengannya.







2. Waktu „Asar bermula dengan berakhirnya

waktu Zuhur, iaitu apabila bayang sesuatu

benda yang sama panjang dengan benda itu

mula bertambah dengan pertambahan yang

paling minimum. Ia berakhir dengan

terbenamnya matahari.

3. Waktu Maghrib, ia bermula dengan

terbenam matahari dan berterusan sehingga

hilang cahaya syafaq (cahaya merah)

dengan tidak kelihatan sedikitpun kesannya.

4. Waktu Isyak bermula dengan tamatnya

waktu Maghrib, iaitu hilang syafaq

ahmar (cahaya merah) dan berterusan

hingga munculnya fajar sadiq, iaitu

beberapa ketika sebelum naik fajar.



5. Waktu Subuh bermula dengan muncul fajar

sadiq dan berterusan hinggalah naik

matahari (syuruq). Fajar sadiq ialah cahaya

putih yang menyerlah mengikut garis lintang

ufuk.

Solat fardu atau sunat mestilah memenuhi 13

rukun, iaitu :

1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring

hinggakan sampai ke tahap rukuk tanpa keuzuran

bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian

dalam solat fardu. Dalam solat sunat, berdiri tegak

tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah

sunat.

2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram.

3. Takbiratul ihram. Cara takbir dilakukan ialah dengan

lafaz “Allahu Akbar”









Syarat-syarat?

4. Membaca Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap

raka„at semasa berdiri atau kedudukan lain sebagai

gantiannya dalam semua jenis sembahyang.

Syarat-syaratnya?









Cuba perhatikan kedudukan tangan lelaki dan perempuan.

Apakah perbezaannya?

 5. Rukuk serta tamakninah, iaitu tunduk dengan

kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh

sampai kepada kedua-dua lutut. Ini yang paling kurang

dan sebaik-baiknya tunduk hinggakan belakangnya

sama dengan tengkuk dan menegakkan dua betis dan

memegang lutut dengan tangan sambil jari-jari

mencengkamnya.









Tamakninah = diam seketika (sekadar membaca satu tasbih / 1-2 saat).

 6. I’tidal serta tamakninah, iaitu bangun daripada

rukuk dan kembali kepada keadaan berdiri atau

gantiannya beserta dengan tama‟ninah.

 7. Sujud dua kali dalam setiap raka„at. Maksud sujud

ialah sentuhan dahi orang yang solat ke tempat sujud.









Syarat-syarat sujud

8. Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk

dengan sama rata beserta tama‟ninah pada setiap

rakaat sama ada sembahyang secara berdiri atau tidak.



Syarat-syaratnya ialah:

 Bangkit dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan

perkara lain.

 Jangan terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang

paling pendek.

 Dilakukan dengan tama‟ninah iaitu sekurang-kurangnya diam seketika

selepas pergerakan anggota dan sebaik-baiknya melebihi batasan itu.

9. Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh

salam. Ia dilakukan pada raka„at akhir setiap solat dan

perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahhud.



 Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru„, iaitu duduk dengan

dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha

diletakkan di atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta

mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekan jari

kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki

kanan itu menghala ke qiblat.

10. Membaca tasyahhud (syahadah) semasa duduk

kali terakhir, iaitu:









Syarat-syarat

11. Salawat ke atas Nabi Muhammad SAW selepas

tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa duduk kali

terakhir. Lafaz salawat hendaklah sekurang-kurangnya:









Seelok-elok lafaz salawat ialah salawat Al-Ibrahimiyyah:









Syarat-syarat?

12. Salam yang pertama yang bertujuan untuk keluar

daripada sembahyang dan dilakukan semasa duduk

kali terakhir.









13. Tertib di antara semua rukun solat tanpa

mendahulukan rukun yang sepatutnya dikemudiankan.

SUNAT

DALAM

SOLAT







Ab‟adh Hai‟ah



perkara yang perkara yang tidak sujud

dimestikan sujud sahwi sahwi jika meninggalkannya

pada akhir

sembahyang jika

meninggalkannya

Sunat Ab‘adh:

1. Tasyahhud awal, iaitu tasyahhud yang dibaca semasa duduk

selepas melakukan setiap dua raka„at dalam sembahyang Zuhur,

„Asar, Maghrib dan Isyak.

2. Salawat ke atas Nabi Muhammad saw selepas tasyahhud awal

tanpa disambung dengan salawat ke atas ahli keluarga Baginda

sallallahu „alayhi wasallam.

3. Salawat kepada ahli keluarga Nabi Muhammad saw selepas

tasyahhud akhir.

4. Duduk bagi mengerjakan setiap tiga perkara sunat ab„adh di

atas.

5. Bacaan qunut semasa i„tidal pada raka„at sembahyang Subuh,

pada raka„at akhir sembahyang witir ketika separuh kedua bulan

Ramadhan iaitu selepas malam kelima belas.

Sunat hai‟ah

Secara umumnya, sunat hai‟ah boleh diringkaskan kepada :

1. Mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram, mula hendak

ruku„ dan bangkit daripadanya, dan ketika bangun daripada

tasyahhud awal.

2. Meletakkan tangan kanan ke atas belakang tangan kiri di bawah

dada, di atas pusat sambil mengarahkan sedikit ke arah hati.

3. Melihat ke tempat sujud sambil menundukkan kepala sedikit.

4. Membaca doa iftitah secara senyap.

5. Membaca al-isti„azah secara perlahan selepas tawajjuh dan

sebelum Al-Fatihah.

6. Makmum hendaklah menyaringkan bacaansemasa sembahyang

Subuh, dua raka„at pertama sembahyang Maghrib dan „Isya‟,

Juma„at, dua hari raya, gerhana bulan, istisqa‟, tarawih, witir

ramadhan, dua raka„at selepas tawaf pada malam hari dan waktu

Subuh. Pada selain waktu-waktu tersebut hendaklah

memperlahankan suara.

7. Membaca “Amin” selepas Al-Fatihah sama ada oleh imam,

ma‟mum atau bersendirian.

8. Membaca surah atau paling kurang tiga ayat selepas bacaan Al-

Fatihah. Disunatkan kepada imam atau persendirian dan

ma‟mum yang tidak mendengar bacaan imam kecuali pada

raka„at ketiga dan keempat kepada selain masbuq dengan dua

raka„at pertama.

9. Bertakbir ketika melakukan perpindahan dari satu rukun ke

rukun yang lain.

10. Membaca “SamiAllahu liman hamidah” semasa mengangkat

kepala daripada ruku„.

11. Membaca tasbih ketika ruku` dan sujud sebanyak tiga kali.

12. Meletakkan kedua-dua tangan pada kedua-dua paha ketika

duduk tasyahhud.

13. Duduk iftirash dalam semua tempat dikehendaki duduk kepada

selain mereka yang masbuq dan yang lupa.

14. Membaca salawat Ibrahimiyyah selepas tasyahhud akhir.

15. Berdoa dan ta„awwuz iaitu meminta perlindungan kepada Allah

selepas tasyahhud akhir.

16. Memberikan salam kedua selepas salam fardhu yang pertama.

17. Khusyu„, iaitu menghadirkan hati semasa mengerjakan

sembahyang dan memberi perhatian kepada setiap patah perkataan

yang diucapkan.

Semoga anda memperoleh manfaat dari

tayangan slaid ini.





Terima kasih.

Syarat-syarat salam yang pertama ialah:

 Setiap kalimah hendaklah disambung dengan yang lainnya.

 Diucapkan salam dengan keadaan tubuh badan menghadap qiblat

dengan dadanya.

 Ucapan itu hendaklah diiringi dengan niat untuk keluar daripada

solat, tidak bertujuan untuk pemberitahuan semata-mata.

 Ucapan itu hendaklah dilakukan semasa berkeadaan duduk.

 Ucapan dilakukan dalam bahasa Arab kecuali mereka yang tidak

sempat belajar.

 Ucapan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri jika tiada

sebarang halangan.









<<<

Syarat-syarat sujud ialah:

 Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika

melakukannya.

 Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-

dua tangan (tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua

kaki dengan serentak.

 Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat

melebihi bahagian yang paling atas (kepala) sekadar yang

termampu.

 Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung

dengannya yang bergerak dengan pergerakannya.

 Tidak diniatkan selain daripada sujud solat.

 Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang

sederhana sekadar memberi kesan pada kain jika terdapat di

bawahnya.

 Tama‟ninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih.







<<<

Syarat-syarat takbir ialah :

 Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri.

 Melafazkan takbir dengan keadaan menghadap ke arah qiblat.

 Takbir diucapkan dalam bahasa Arab kecuali tidak mampu

berbuat demikian dan tidak sempat belajar, maka boleh dengan

terjemahannya tetapi mesti dipelajari.

 Semua huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri sendiri.

 Ucapan itu hendaklah terkemudian daripada ucapan imam.

 Semasa melafazkan takbir hendaklah disertai dengan niat.









<<<

Syarat-syarat bacaan Surah al-Fatihah adalah:

 Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.

 Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul,meneliti tempat

keluar (makhraj) huruf yang betul dan dinyatakan dengan segala

sabdunya.

 Janganlah terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah

maknanya.

 Bacaan itu hendaklah dalam bahasa Arab.

 Bacaan itu hendaklah dalam keadaan berdiri.

 Semua ayat hendaklah dibaca dengan sempurna dalam setiap

raka„at kecuali ma‟mum masbuq dan jika imam membaca terlalu

cepat.







<<<

Syarat-syarat tasyahhud adalah seperti berikut:

 Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.

 Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam yang lama

atau zikir lain.

 Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika

berlaku keuzuran.

 Bacaan itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika tidak

mampu.

 Semasa membacanya hendaklah menitikberatkan tempat keluar

huruf (makhraj) dan segala shaddahnya (baris sabdu).

 Pembacaannya hendaklah secara tertib dari segi kalimah-

kalimahnya.







<<<

Syarat bacaan salawat ialah:



 Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.

 Hendaklah dengan lafaz “Muhammad” . Boleh juga dengan lafaz

“Rasulullah” atau “An-Nabiy” .

 Hendaklah dengan bahasa Arab kecuali tidak mampu.

 Bacaan itu hendaklah tertib dari segi sighahnya dan dibaca

selepas tasyahhud.









<<<


Related docs
Other docs by HC111123115944
a:pencen
Views: 2  |  Downloads: 0
Content Standard 12
Views: 4  |  Downloads: 0
The School District of New Richmond
Views: 5  |  Downloads: 0
D RE 03 01 D RE 03 02 and D RE 03 03
Views: 1  |  Downloads: 0
Sunday School Lesson Plan
Views: 5  |  Downloads: 0
Medical Nutrition Therapy Part 1
Views: 6  |  Downloads: 0
REGULAR MEETING
Views: 2  |  Downloads: 0
Elected Members
Views: 23  |  Downloads: 0
Moses' Sin And Lessons To Be Learned
Views: 0  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!