Embed
Email

PENCAPAIAN PROGRAM KAMPUS SEJAHTERA: 2000-2002

Document Sample
PENCAPAIAN PROGRAM KAMPUS SEJAHTERA: 2000-2002
Shared by: HC111123103028
Categories
Tags
Stats
views:
18
posted:
11/23/2011
language:
Malay
pages:
81
PROGRAM KAMPUS SEJAHTERA: 2000-2002



PENCAPAIAN dan HARAPAN





OLEH



PROF. MADYA DR. MOHAMED IZHAM MOHAMED IBRAHIM

PENYELARAS

SEKRETARIAT KAMPUS SEJAHTERA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KORPORAT

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA









PENASIHAT



PROFESOR DATO‟ DZULKIFLI ABDUL RAZAK

NAIB CANSELOR

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA



DAN



PROF. MADYA DR. WAN AHMAD KAMIL WAN MAHMOOD

PENGARAH

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KORPORAT

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA









1

PENGHARGAAN



Sekretariat Kampus Sejahtera ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada semua individu tidak kira samada dari kelompok akademia, staf

pentadbiran, staf sokongan maupun pelajar-pelajar dan semua jabatan Universiti

Sains Malaysia yang telah secara langsung atau tidak langsung menyumbang

idea, tenaga serta kepakaran dalam aktiviti program Kampus Sejahtera.



Pihak Sekretariat turut ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli-ahli

kumpulan berikut:



PROGRAM LANSKAP & EKOSISTEM



AHLI KUMPULAN

Profesor Mashhor Mansor (P. P. Sains Kajihayat)

Encik Baharuddin Sulaiman (P. P. Sains Kajihayat)

Encik Hifni Baharuddin (P. P. Sains Kajihayat)

Encik Adenan Jaafar (P. P. Sains Kajihayat)

Encik Razak Lajis (Pusat Racun Negara)

Encik Saad Othman (P. P. Sains Farmasi)

Encik Norazam Shuib (P. P. Perumahan dan Perancangan)

Dr. Abdul Majid Ismail (P. P. Perumahan dan Perancangan)

Dr. Aldrin Abdullah (P. P. Perumahan dan Perancangan)

Encik Gunasilan (Jabatan Pembangunan)

Encik Aziz Che Jusoh (Jabatan Pembangunan)



PROGRAM PENYARINGAN PERUBATAN



AHLI KUMPULAN



PROGRAM PENGINAPAN DAN MAKANAN



AHLI KUMPULAN

Profesor Madya Othman Sulaiman (Pusat Pengajian Teknologi Industri)

Profesor Madya Noor Aziah Abd. Aziz (Pusat Pengajian Teknologi Industri)

Profesor Madya Noryati Ismail (Pusat Pengajian Teknologi Industri)

Dr. Sharifah Mariam Syed Hassan Aidid (Pusat Kesihatan)

Dr. Normala Wahid (Pusat Kesihatan)

Cik Faridah Omar (UPPP)

Dr. Sharifah Fairuz Syed Fadzil (PPPBP)

En. Ahmad Sofwan Nathan (Desa ….)









2

PROGRAM PROMOSI KESIHATAN DAN KECERGASAN



AHLI KUMPULAN

Dr. Ahmad Tajuddin Othman (Ilmu Pendidikan)

Profesor Madya Dr. Noryati …..(Teknologi Industri)

Profesor Madya Abas Hj Hussin (Sains Farmasi)



PROGRAM AKSIBILITI ORANG KURANG UPAYA



AHLI KUMPULAN

Dr. Tiun Ling Ta (Pengerusi)

Prof. Ahmad Yussof Hassan (Kejuruteraan)

Dr Angeline Cheah (Kemasyarakatan)

Dr. Sharifah Fairus (HBP)

Dr. Sharifah Mariam Tan Sri Datuk Syed Hassan Aidid (Kesihatan)

Dr. Aldrian Abdullah (HBP)

Dr. Zaidi Abdullah (HBP)

Dr. Noriah Muhamad (Kemasyarakatan)

En. Aziz Che Jusoh (J. Pembangunan)

En. Mohd Nizam Mohd Razak (J. Pembangunan)

Cik Lee Lay Wah (Pendidikan)

En. Ooi Hock Tiam. ( Kemanusiaan)

Puan Lim Kah Cheng (Peguam)



PROGRAM PELAN INDUK KAMPUS USM



AHLI KUMPULAN

Lee Lik Meng (Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan)

Lim Yoke Mui

Nurwati Badarulzaman

Nai Chun Wei

Yeong Siew Yan

Loh Tze Suh

Mak Khoy Ying







PROGRAM PENDIDIKAN BERKAITAN UBAT-UBATAN

AHLI KUMPULAN



PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

AHLI KUMPULAN

Amran Abd.Samad (Pusat komputer)

Azuddin Ab.Rahman (HUSM)

Maizurah Omar Dr (PTPM)







3

Mazlifendirizan Md Rejab (Pusat Komputer)

Mohd.Zulhamiros Muhammad Amir (PRN)

Mona Masood (PTPM)

Norazam Ariffin (Library)

Rahmat Awang Associate Prof, Dr (PRN)

Rosman Ahmad (PRN)

Rosni Abdullah Associate Prof,Dr (PPS komputer)

Sezali Darit (CPR)

Wan Zainal Azman Abdullah (PRN)

Zulham bin Hamadan (Pusat Komputer)









ASPEK KESELAMATAN PELAJAR



AHLI KUMPULAN

Dr. Aldrin Abdullah (Ketua projek, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan

Perancangan)

Encik Nor A’zam Shuib (Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan

Perancangan)

Dr. Mohd Fadzil Mohamad Idris (Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan

Perancangan)

En. Noor Rizan Khalid (Jabatan Keselamatan)









4

KANDUNGAN





BAHAGIAN 1: PROGRAM LANSKAP & EKOSISTEM (/)





BAHAGIAN 2: PROGRAM PENYARINGAN PERUBATAN





BAHAGIAN 3: PROGRAM PENGINAPAN DAN MAKANAN (/)





BAHAGIAN 4: PROGRAM PROMOSI KESIHATAN DAN

KECERGASAN



BAHAGIAN 5: PROGRAM AKSESIBILITI ORANG KURANG UPAYA (/)





BAHAGIAN 6: PROGRAM PELAN INDUK KAMPUS USM





BAHAGIAN 7: PROGRAM PENDIDIKAN BERKAITAN UBAT-

UBATAN



BAHAGIAN 8: PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT &

KOMUNIKASI



BAHAGIAN 9: ASPEK KESELAMATAN DAN SEKURITI (/)









5

PROGRAM KAMPUS SEJAHTERA







Idea penubuhan Kampus Sejahtera telah dicetuskan oleh Y. Bhg. Prof. Dato‟



Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Ini



telah disusuli dengan satu Bengkel Program Kampus Sejahtera Universiti Sains



Malaysia (USM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia di Hotel



Copthorne, Tanjung Bunga Pulau Pinang pada 10-13 Mei 2001.



Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk:



1. Memperjelaskan konsep dan falsafah Kampus Sejahtera kepada peserta



bengkel.



2. Menyediakan visi, misi dan pelan tindakan ke arah USM sebagai Kampus



Sejahtera



3. Mengenalpasti pengukur bagi memantau perlaksanaan pelan tindakan



dan impak projek-projek ke atas masyarakat atau warga kampus.



4. Menyediakan satu garis panduan kaedah pembelajaran dan perancangan



dalam melaksanakan program Kampus Sejahtera.









6

Peserta yang menghadiri bengkel adalah terdiri dari pensyarah dan kakitangan



yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu dan di antara isu-isu



yang telah dibincangkan adalah seperti berikut.



a. Kesejahteraan Pelajar



b. Kualiti makanan, air dan kebersihan kedai makanan.



c. Kualiti dan piawaian tempat tinggal



d. Kualiti Kemudahan rekreasi



e. Kualiti Ekosistem



f. Sekuriti dan Keselamatan







Profesor Madya (Dr) Mohamed Izham Mohamed Ibrahim

Penyelaras

Sekretariat Kampus Sejahtera

Universiti Sains Malaysia









7

PEMULIHARAAN BIODIVERSITI DAN GENETIK TUMBUHAN KE ARAH



PEMBENTUKAN PERSEKITARAN YANG BERSIH DAN KONDUSIF







Pendahuluan



Satu mesyuarat pembentukan Taman Lanskap Universiti (kemudiannya dikenali



sebagai Universiti Dalam Taman) telah diadakan di Pusat Pengajian Sains



Kajihayat yang telah dipengerusikan oleh Dekan Pusat Pengajian Sains



Kajihayat, Profesor Ahyaudin Ali pada hari Selasa 27 Februari 2001 bertempat di



Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Sains Kajihayat. Di antara agenda mesyuarat



tersebut ialah pengwujudan struktur pentadbiran, pembiayaan dan reka bentuk



taman universiti serta penyelenggaraan taman universiti.







Oleh kerana kedua-dua jawatankuasa ini mempunyai peranan yang bertindih,



satu mesyuarat lain telah diadakan yang dipengerusikan oleh Dekan Pusat



Pengajian Sains Kajihayat. Mesyuarat telah memutuskan bahawa jawatankuasa



Ekosistem haruslah digabungkan dengan jawatankuasa Universiti Dalam Taman.









8

Dengan itu jawatankuasa tersebut kini dikenali sebagai Jawatankuasa Universiti



Dalam Taman (Kampus Dalam Taman).







Jawatankuasa tersebut telah dipengerusikan oleh Profesor Mashhor Mansor



selaku Dekan Pusat Pengajian Sains Kajihayat dan ahli-ahli mempunyai



kepakaran dalam pelbagai disiplin. Disamping itu, zon-zon di dalam kampus



telahpun dikenalpasti untuk ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan (Lampiran



1). Walau bagaimanapun, penanaman tumbuhan bergantung kepada pelan



induk pembangunan kampus kerana dikhuatiri sekiranya penanaman dilakukan



pada kawasan tersebut ianya akan digunakan untuk tujuan lain di masa



hadapan.







Jawatankuasa Kampus Dalam Taman atau lebih dikenali sebagai Kumpulan



Ekosistem dalam Kampus Sejahtera mempunyai visi untuk membentuk taman



dalam universiti, di mana kampus USM akan ditanam dengan pelbagai flora



berdasarkan kepada lanskap universiti sedia ada. Misi kumpulan pula adalah



membentuk pemuliharaan genetik dan biodiversiti serta persekitaran yang



kondusif sementara matlamat kumpulan pula adalah untuk menyatukan semua



pakar dan kepakaran serta punca yang sedia ada melalui networking dalam dan



luar supaya matlamat pemuliharaan biodiversiti serta pembentukan polisi



tercapai.









9

Kesedaran masyarakat kampus terhadap kepentingan flora dan fauna serta



keseimbangan ekologi akan dipupuk kerana ia amat penting untuk kesejahteraan



masyarakat kampus. Kampus USM adalah satu-satunya peparu hijau yang



terdapat disekitar bandaraya Pulau Pinang. Flora yang akan ditanam



merupakan tumbuhan asal yang didapati di Malaysia. Ini merangkumi tumbuhan:



 Dipterokap,



 aroid,



 palma,



 halia dan rempah,



 herba dan ubat-ubatan,



 orkid,



 paku-pakis,



 tumbuhan nadir,



 tumbuhan sempena nama bandar,



 tumbuhan akuatik serta



 tumbuhan endemik dan jarang dijumpai.



Selain dari itu, tumbuhan yang disukai oleh burung juga akan ditanam untuk



menjadikan kampus sebagai santuari burung serta tempat penyelidikan flora dan



fauna yang terkemuka di Malaysia.







PROJEK: PENGECAMAN DAN PENAMAAN SPESIES TUMBUHAN KAMPUS

INDUK UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.









10

Rasional



Kampus Universiti Sains Malaysia merupakan antara kampus yang tercantik



kerana perletakannya di atas bukit yang berdekatan dengan laut serta



mempunyai lanskap yang menarik dari segi topografi, flora dan fauna. Walau



bagaimanapun, pembangunan yang berluasa dan tidak teratur disebabkan



perancangan yang kurang kemas telah menyebabkan kepupusan flora asal dan



fauna (terutamanya burung). Pemandangan kampus bertukar dari kawasan



hijau yang dipenuhi flora dengan pemandangan bangunan batu-bata tanpa



keseimbangan. Tumbuhan yang ditanam menggantikan tumbuhan asal pula



merupakan tumbuhan luar (bukan berasal dari Malaysia) dan tidak menarik minat



burung berhijrah ke kampus. Dengan itu wajah kampus telah berubah dan tidak



lagi mengambarkan sebuah kampus yang terletak di dalam kawasan tumbuhan



tropika.







Objektif



Pembangunan kampus yang tidak terancang telah menyebabkan kehilangan



banyak spesies tumbuhan penting yang terdapat dalam kampus. Tumbuhan ini



penting bukan sahaja sebagai mengawal keseimbangan suhu, penghasilan



oksigen dan kawasan teduhan tetapi ianya juga berperanan sebagai tempat



tinggal spesies burung dan haiwan lain. Kehilangan tumbuhan asal telah



menyebabkan penghijrahan keluar pelbagai spesies burung kampus ke kawasan



lain kerana sumber makanan yang semakin berkurangan.









11

Antara objektif projek ini ialah:



1. Penamaan dan penandaan flora yang terdapat di dalam kampus induk.



2. Mengenalpasti flora yang sesuai untuk ditanam di dalam kampus sebagai



tumbuhan luaran (outdoor) dan dalaman (indoor) berdasarkan ekosistem



dan topografi yang ada.



3. Mengenalpasti tumbuhan yang diminati oleh burung untuk menjadikan



kampus sebagai santuari burung.



4. Menghasilkan buku tentang flora yang terdapat di kampus induk.



5. Pengkomputeran flora kampus USM.







Metodologi



Keseluruhan tumbuhan kampus yang ada pada masa kini akan dicamkan dan



dinamakan secara saintifik dan setiap tumbuhan yang ada akan ditandakan



kedudukannya di dalam kampus. Gambar untuk setiap tumbuhan akan diambil



untuk dibukukan serta kegunaan tumbuhan akan dicatitkan. Selain dari itu,



herbarium juga akan disediakan untuk setiap tumbuhan sebagai rujukan pelajar,



pelawat dan tujuan penyelidikan. Data mengenai tumbuhan tersebut akan



dibukukan dan akan dimasukkan kepengkalan data komputer.









Keputusan



Data awal telah menunjukkan kepelbagaian spesies flora yang terdapat dalam



kampus. Ini merangkumi tumbuhan asal dan juga tumbuhan yang diperkenalkan



dari luar (sila lihat Jadual 1)







12

Perbincangan



Terdapat pelbagai spesies tumbuhan di kampus induk Universiti Sains Malaysia.



Sebilangan dari tumbuhan merupakan tumbuhan asal manakala sebahagian



pula telah diperkenalkan terutama spesies dari luar negeri (sila lihat Jadual 2).







Taburan tumbuhan yang ditanam didapati tidak teratur dan semakin



berkurangan. Ini disebabkan oleh pembinaan bangunan baru. Ciri-ciri tumbuhan



yang ditanam pula tidak sesuai dengan lanskap sesuatu kawasan misalnya



Tabubuiea sp. ditanam dengan banyaknya di kawasan padang dihadapan pasar



pelajar. Spesies tumbuhan ini berkayu rapuh dan mudah dijangkiti oleh



Loranthus sp., sejenis tumbuhan parasit yang banyak didapati di kampus induk.



Satu kajian awal tentang populasi Loranthus dengan perumah sedang dijalankan



untuk mengenalpasti penyerebakan parasit tersebut di dalam kampus. Hasil dari



kajian ini akan dapat membantu mengenalpasti tumbuhan yang mudah dijangkiti



oleh parasit. Dengan itu memudahkan proses pemilihan tumbuhan yang tidak



boleh dijangkiti parasit tersebut untuk ditanam di dalam kampus.







Data dan gambar yang dihasilkan dari setiap spesies sedang diproses untuk



menghasilkan sebuah buku asas mengenai kepelbagaian flora dan kegunaannya



di kampus USM dan diharap buku potrait bergambar akan dihasilkan dalam



sedikit masa lagi.









13

Kesimpulan



Bagi mewujudkan kampus dalam taman, spesies-spesies tumbuhan hutan perlu



diperkenalkan atau ditanam di dalam kampus induk misalnya famili pokok



Dipterokap ( Shorea spp., Hopea spp.). Selain dari itu, kampus juga harus



bertindak sebagai pemuliharaan ex-situ untuk tumbuhan. Selain dari



mengekalkan sumber genetik, penanaman tumbuhan juga boleh mewujudkan



keseimbangan ekologi di mana faktor-faktor persekitaran misalnya suhu,



kelembapan, cahaya dan oksigen dapat dikekalkan untuk kesejahteraan



masyarakat kampus. Ini boleh dicapai dengan mewujudkan taman-taman di



dalam kampus dan menghijaukan kampus dengan pelbagai flora. Di antara



tumbuhan yang boleh ditanam untuk tujuan tersebut adalah seperti berikut:



1. Tumbuhan endemik dan jarang ditemui (sedang menghadapi bahaya



kepupusan) termasuk tumbuhan akuatik.



2. Taman-taman misalnya herba, rempah dan ubatan, keladi (aroid),



palma, orkid dan paku-pakis.



3. Tumbuhan berdasarkan nama bandar atau pekan di Malaysia.



4. Tumbuhan ekonomi di Malaysia misalnya getah, kelapa sawit, koko,



kelapa dan lain-lain.



5. Tanaman buah-buahan dan buah nadir, dan



6. Spesies-spesies tumbuhan hutan termasuk balak (Dipterokap).







Saranan dan Harapan









14

Untuk menjayakan projek tersebut, kerjasama dikalangan penyelidik dan jabatan



sangatlah diperlukan kerana perancangan yang sempurna bukan sahaja dapat



mempercepatkan penanaman tumbuhan bahkan proses mengenalpasti tapak



untuk tujuan tersebut dapat diatasi dengan segera. Ini dapat mencegah



daripada tapak tersebut dibangunkan untuk tujuan lain di masa hadapan.



Kerjasama sepenuhnya juga diperlukan dari Jabatan Pembangunan terutamanya



dalam menentukan spesies-spesies tumbuhan yang dibawa dari luar (negeri)



kerana ini akan memudahkan penamaan spesies kerana banyak dari kalangan



spesies dari luar sukar dinamakan disebabkan buku rujukan yang terhad.







Kumpulan ini merancang untuk menjalankan projek kedua iaitu mengadakan



Taman Aroid USM selepas tamat projek yang pertama. Antara objektif projek ini



ialah mengumpul dan menyimpan koleksi herbarium aroid sebagai sumber



rujukan.









15

Senarai Jadual







Jadual 1: Spesis Flora Kampus Induk Universiti Sains Malaysia.







Famili Spesis



Anacardiaceae Spondias cytherea

Mangifera indica



Annonaceae Polyalthia longifolia



Apocynaceae Cerbera manghas (C. odollam)

Nerium oleander

Kopsia fruticosa

Plumeria obtusa

Stenolobium



Bignoniaceae Spathodea campanulata

Tabebuia chrysantha (yellow)

Tabebuia pallida

Tabebuia rosea

Jacaranda filicifolia





16

Jacaranda ovalifolia

Pajanelia longifolia



Bombacaceae Durio zibethinus



Combretaceae Terminalia catappa



Crypteroniaceae Cryptorenia paniculata



Ebenaceae Diospyros philippinensis



Elaeocarpaceae Muntigia calabura



Euphorbiaceae Hevea brasiliensis

Macaranga triloba

Macaranga constricta

Mallotus paniculatus

Mallotus floribundus

Mallotus peltatus



Gnetaceae Gnetum gnemon



Guttiferae Mesua ferrea



Lauraceae Cinnamomum iners





Leguminosae Acacia auriculiformis

Acacia mangium

Adenanthera pavonina

Andira surinamensis

Bauhinia blakeana

Caesalpinia ferrea

Caesalpinia pulcherima

Cassia fistula

Cassia simea

Clitorea

Caesalpinia pulcherrima

Delonix regia

Enterolobium saman

Erythrina indica (glauca)

Leucaena laucocephala (Petai Belalang)

Milletia altopurpurea

Parkia javanica

Peltophorum pterocarpum (yellow flame)

Pithecellobium clypearia







17

Pongamia pinnata

Pterocarpus indicus

Saraca thaipingensis

Sindora echinocalyx

Spathodea campanulata



Loganiaceae Fragrea fragrans





Lythraceae Lagerstroemia speciosa

Lagerstroemia ludunii



Magnoliaceae Michelia champaca



Meliaceae Melia indica

Melia excelsa



Moraceae Artocarpus dadah

Artocarpus elasticus

Artocarpus integrifolia

Artocarpus polyphema

Ficus elastica

Ficus benjamina

Ficus dammaropsis

Ficus vasculosa

Ficus pubilimba

Ficus rumphii

Ficus aurantiaca

Ficus rubiginosa

Ficus superba





Myrtaceae Callistemon vimineum

Cassia biflora

Eugenia grandis

E. cinerea





Oxalidaceae Averrhoa carambola

Averrhoa bilimbi



Palmae Cocos nucifera



Rhamnaceae Grevillea robusta



Rosaceae Prunus polystacha







18

Rubiaceae Gardenia carinata

Gardenia jasminoides

Kopsia arborea

Morinda citrifolia

Morinda elliptica

Mussaendra philippica var. aurorae

Randia

Thunbergia offinis



Rutaceae Melia indica



Sapindaceae Nephelium lappaceum



Sapotaceae Ganua sp.

Manilkara zapota

Mimusops elengi

Parinari corymbosa



Simaroubaceae Eurycoma longifolia



Sterculiaceae Sterculia foetida



Tiliaceae Grewia paniculata





Verbenaceae Duranta repens

Petrea valubilis

Tectona grandis

Vitex pubescens

Vitex coriacea

Vitex negundo



Zingiberaceae Alpinia pupurata

Heliconia humilis

Zingiber spectabile









19

Jadual 2: TUMBUHAN YANG DIPERKENALKAN (Introduced species)





Abies cephalonia

Abies alba

Araucaria araucana

Araucaria excelsa

Araucaria heterophylla

Araucaria angustifolia

Araucaria bidwillii

Calistris columellami

Casuarina aquisetifolia

Cedrus sp.

Chamaecyparis lawsaniana

Cryptomeria

Cunninghamin lanceolata

Dacydium

Pinus merkusii

Podocarpus imbricatus

Podocarpus polystachyus





POKOK BUAH-BUAHAN



Bombacaceae Durio zibethinus



Caricaceae Carica papaya



Leguminosae Tamarindus indica



Moraceae Artocarpus heterophyllus

Artocarpus altilis (Sukun)



Musaceae Musa sapientum



Myrtaceae Psidium guajava



Palmae Cocos nucifera

Elaeis guineensis



Sapindaceae Nephelium lappaceum





20

Sapotaceae Achras zapota









AKSESIBILITI ORANG KURANG UPAYA







Latarbelakang.



Kumpulan ini ditubuhkan atas kesedaran bahawa persekitaran kampus induk



USM tidak begitu mesra bagi warga orang kurang upaya (OKU) berdikari.



Keadaan persekitaran yang berbukit bukau ditambah dengan perancangan yang



tidak mengambilkira keperluan OKU menyebabkan warga USM yang kurang



upaya terpaksa menghadapi pelbagai masalah dan cabaran bagi menjalankan



aktiviti harian mereka masing-masing.







Keahlian kumpulan ini terdiri daripada mereka yang dapat dan ingin memberi



sumbangan dan khidmat bakti kepada OKU. Setiap ahli mempunyai kepakaran









21

tersendiri dan amat berguna dalam usaha membentuk persekitaran yang mesra



kepada OKU dalam kampus USM.







Misi



Misi kumpulan ini adalah untuk memberi bantuan dari segala aspek kehidupan di



kampus supaya warga OKU berkeupayaan menyesuaikan diri, berintegrasi



dengan masyarakat kampus dan mencapai kesejahteraan hidup secara



keseluruhan.







Objektif



Objektif kumpulan ini adalah:







i) berkerjasama dengan jabatan pembangunan untuk menyediakan



kemudahan fizikal dan persekitaran yang sesuai kepada OKU supaya



mereka dapat berdikari,



ii) berkerjasama dengan pihak keselamatan agar kemudahan yang



disediakan khas untuk OKU tidak disalahgunakan,



iii) mengadakan jaringan dengan perbagai jabatan samada jabatan



pentadbiran atau akademik berhubung kebajikan dan kesejahteraan



warga OKU dalam kampus.



iv) memberi sokongan dari segi fizikal, emosi, mental dan sosial kepada



OKU









22

v) menjalankan kempen kesedaran agar warga kampus peka dan prihatin



kepada golongan OKU.







Panduan Tugas



Kumpulan ini akan:







i) mengendalikan masalah berkaitan dengan aksesibiliti, pembelajaran



dan kemudahan bagi OKU dalam kampus;



ii) memastikan pelajar OKU diberi tempat tinggal yang bersesuaian di



kampus;



iii) berhubung dengan jabatan pembangunan berkaitan dengan



pengangkutan yang diperlukan sebagai pengangkutan bagi OKU;



iv) menjalankan program kesedaran dari masa ke semasa di kalangan



masyarakat kampus tentang hak dan keperluan OKU sebagai warga



kampus.







Elemen yang Diberi Perhatian



Antara elemen atau aspek yang perlu diberi penekanan kepada OKU ialah:



1. Penginapan



2. Pembelajaran



3. Pemakanan



4. Sukan



5. Sosialisasi









23

6. Kesihatan



7. Perhubungan dan Komunikasi



8. Kerohanian



9. Bank Data dan Maklumat



10. Unit Sokongan OKU







Program dan Projek



Program pertama kumpulan ini adalah mengadakan kempen kesedaran melalui



Bengkel Teknikal Aksesibiliti OKU dalam Kampus pada 2 dan 3 Jan. 2002.



Bengkel ini berbentuk “Top Down” melibatkan semua ketua jabatan pusat



pengajian, pusat-pusat, jabatan dan juga bahagian pentadbiran di kampus induk



dan juga kampus kejuruteraan. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Y.B Dato‟ Seri



Ong Ka Thing, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.







Objektif bengkel yang diadakan ini adalah memupuk kesedaran di kalangan



ketua jabatan tentang halangan yang terpaksa ditempuhi oleh OKU kerana



persekitaran kampus yang tidak begitu mesra. Setiap peserta bengkel



berpeluang merasai bagaimana perasaan OKU yang menggunakan kerusi roda



dan yang menggunakan tongkat untuk bergerak. Perserta kemudiannya



dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dibekalkan dengan kerusi roda,



tongkat, penutup mata dan juga tongkat ketiak. Peserta dikehendaki melalui



simulasi dengan menggunakan peralatan yang biasa digunakan oleh OKU.



Mereka dikehendaki menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kampus









24

induk seperti menggunakan dewan kuliah, tandas, bank dan lain-lain



perkhidmatan menggunakan kerusi roda atau tongkat.







Mereka kemudiannya diminta mengemukakan komen dan cadangan untuk



memperbaiki kemudahan yang sediada bagi kemudahan OKU dan mewujudkan



satu persekitaran kampus yang lebih mesra kepada OKU.







Bengkel ini secara umumnya, telah berjaya memupuk kesedaran tentang



keperluan OKU di kalangan peserta. Hasil daripada bengkel ini beberapa



cadangan telah dikemukakan bagi menwujudkan persekitaran kampus yang



lebih mesra kepada OKU. Kebanyakan cadangan dan rumusan yang



dikemukakan oleh peserta bengkel adalah berkaitan dengan kemudahan fizikal



dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Universiti. Resolusi bengkel ini



pada asasnya dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu:







(a) Fizikal



 Semua tangga harus disediakan dengan “railing” bagi memudahkan



pergerakan OKU dan “railing” tersebut seharusnya bebas daripada



sebarang halangan.



 Semua kaki-lima harus bebas daripada sebarang halangan seperti kasut,



kerusi atau apajua halangan



 Pejabat am asrama ataupun pusat pengajian harus diletakkan ditingkat



bawah bagi memudahkan aksesibiliti OKU.









25

 Kawasan penting seperti Dewan Budaya, DTSP, Canselori dan Pusat



Kesihatan harus mempunyai akses seperti ramp yang mencukupi bagi



membolehkan golongan OKU menikmati kemudahan perkhidmatan yang



disediakan.



 Lif dilengkapi dengan huruf bril dan panduan suara bagi membantu



mereka yang cacat penglihatan



 Kaunter layanan yang sesuai (mengikut ukuran ketinggian) bagi mereka



yang berkerusi roda harus disediakan



 Tandas khas dengan kemudahan mengikut spefikasi seperti jenis lantai



dan kepala paip yang sesuai untuk OKU harus diadakan di bangunan



utama.



 Tempat letak kenderaan OKU diadakan di bangunan penting



 Semua peralatan seperti switch seharusnya boleh dicapai oleh meraka



yang menggunakan kerusi roda



 Ruang di perkhidmatan kaunter yang luas bagi membolehkan pergerakan



kerusi roda diadakan.



 Menutup longkang-longkang yang terdedah kerana ia membahayakan



kepada semua warga kampus.







(b) Perkhidmatan

 Mengadakan “one stop” centre untuk semua jenis urusan (pendaftaran



dan pembayaran yuran) yang melibatkan OKU. Keutamaan semasa



pendaftaran harus diberikan kepada OKU.









26

 Satu bank data diwujudkan bagi memudahkan perancangan dan



penyelarasan perkhidmatan kepada OKU.



 Mengadakan pegawai yang terlatih untuk menangani masalah yang



dihadapi oleh OKU. Sekurang-kurangnya seorang penterjemah



bahasa isyarat disediakan di institusi pengajian tinggi.



 Pegawai bertugas yang terlatih berorentasikan keperluan OKU dan



mempunyai cara kerja yang teratur.



 Pihak keselamatan mengambil tindakan terhadap mereka yang



menyalahgunakan kemudahan yang disediakan untuk OKU dan juga



mereka yang sengaja meletakkan halangan di kawasan laluan OKU.



 Semua perancangan fizikal dan pembinaan bangunan baru dalam



kampus harus mengambil kira keperluan OKU.



 Bantuan tertentu dicadangkan diberi kepada kakitangan OKU sebagai



imbuhan khas.







(c) Sosial

 OKU digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti riadah dan sukan.



Kemudahan bersukan harus mengambil kira keperluan OKU.



 Tidak wujud perasingan antara pelajar OKU dengan pelajar lain dalam



apa jua aspek.







Aktiviti dan Tindakan



Hasil daripada bengkel ini tindakan telah diambil untuk mengimplementasi



beberapa cadangan/rumusan yang dikemukakan. Dengan kerjasama jabatan





27

pembangunan (khasnya En. Aziz Che Jusoh) beberapa kawasan telah dibuat



pengubahsuaian dan dilengkapi dengan kemudahan asas untuk kegunaan OKU.







(a) Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK)



Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan telahpun dilengkapi dengan beberapa



kemudahan asas bagi kegunaan OKU. Tandas OKU bagi wanita dan lelaki telah



disediakan di bangunan baru PPSK. Ramp dan laluan OKU juga telah sediakan



bagi menghubungi Dewan Kuliah A,B dan C dengan bangunan baru PPSK.



Kemudahan ini membolehkan pelajar OKU menggunakan kemudahan tersebut



tanpa banyak masalah. Antara Dewan Kuliah yang boleh digunakan oleh OKU



adalah DK A, B dan C, SK 1, SK102 dan SK103. Bagi DK A, satu laluan



mengikut pintu belakang telah diadakan bagi membolehkan pelajar OKU



menggunakan dewan tersebut.







Pengubahsuaian bangunan PPSK adalah selaras dengan kepentingan



bangunan ini kepada warga kampus dan juga orang awam. Selain daripada



berfungsi sebagai dewan kuliah dan juga bilik tutorial, kompleks dewan kuliah



PPSK sering ditempah oleh orang awam sebagai tempat persidangan dan juga



untuk mengendalikan seminar. Pengubahsuaian bangunan tersebut secara tak



langsung dapat menunjukkan kesungguhan USM dalam usaha menwujudkan



persekitaran kampus yang sejahtera dan mesra kepada OKU.









28

(b) Pusat Pengajian Jarak Jauh



Pada masa sekarang Pusat Pengajian Jarak Jauh telah pun dilengkapi dengan



ramp dan juga tandas sesuai bagi pelajar serta staf OKU di pusat tersebut. Pada



masa sekarang terdapat seorang pelajar ijazah tinggi yang dikategorikan sebagai



OKU dan menggunakan kerusi roda sepenuh masa. Oleh itu, dengan adanya



kemudahan tersebut ia dapat membantu pelajar OKU bergerak dengan lebih



lancar dan berdikari. Bagaimanapun, hanya tingkat bawah sahaja yang boleh



diakses oleh OKU dan di tingkat bawah juga masih lagi terdapat beberapa



halangan seperti kerusi dan kasut yang diletakkan sepanjang laluan ke tandas



OKU. Halangan tersebut seharusnya dikeluarkan kerana ia boleh menghalang



pergerakan OKU dengan lancar.







(c) Pusat Pengajian Seni



Pusat Pengajian Seni telah mengalami pengubahsuaian yang amat pesat. Dalam



pengubahsuai tersebut beberapa kemudahan untuk OKU seperti tandas dan



ramp serta laluan yang sempurana telah dirancang dan masih dalam pembinaan.



Apabila siap nanti Pusat Pengajian Seni akan mempunyai kemudahan laluan



OKU yang agak sempurna walaupun OKU masih belum berupaya menikmati



kemudahan di tingkat pertama kerana tidak mempunyai kemudahan yang



diperlukan.









29

(d) Perpustakaan dan DTSP



Bangunan perpustakaan dan DTSP juga telah diubahsuai dengan mengambil



kira kepentingan kawasan tersebut. Kawasan ini dirasakan dapat memenuhi



keperluan asas dalam usaha mewujudkan persekitaran yang mesra kepada OKU



dengan mengambil kira elemen seperti pembelajaran, pemakanan dan



sosialisasi. Selain perpustakaan dan DTSP, kawasan ini juga mempunyai



deretan dewan kuliah dan juga sebuah kafeteria yang boleh diakses oleh OKU.







Pada masa sekarang kawasan ini dilengkapi dengan dua tandas OKU, ramp,



tempat letak kereta OKU dan juga laluan bagi kemudahan OKU. Bagaimanapun,



disebabkan sifat semulajadi muka bumi dan kecerunan, laluan pintas daripada



perpustakaan ke DTSP tidak dapat diadakan. Oleh itu OKU yang ingin



menggunakan kemudahan di DTSP dan perpustakaan pada masa yang sama,



terpaksa menggunakan satu laluan yang agak jauh.







(e) Dewan Budaya



Kawasan ini merupakan kawasan tumpuan aktiviti pelajar kerana terdapat



pelbagai kemudahan seperti pejabat Majlis Perwakilan Pelajar, Pusat Farmasi,



Bank Simpanan Nasional, kantin, kedai komputer selain daripada Dewan Budaya



sendiri. Oleh itu semua kemudahan di sini seharusnya dilengkapi dengan ramp



dan laluan bagi kemudahan OKU. Setakat ini beberapa ramp telah disediakan



tetapi tidak semua kemudahan tersebut boleh diakses oleh OKU kerana









30

kedudukannya di bahagian cerun dan terpaksa menggunakan tangga yang agak



curam. Tandas untuk OKU masih belum lagi dibina di kawasan ini.







(f) Penginapan



Pada masa sekarang usaha sedang diadakan untuk menjalankan kerja-kerja



pengubahsuaian Desa Aman Damai. Pelan pengubahsuaian telahpun



dikemukan oleh Dr. Sharifah Fairus. Sebagai permulaan pengubahsuaian akan



melibatkan dua blok, satu untuk menempatkan pelajar OKU perempuan dan satu



lagi untuk pelajar OKU lelaki. Bagaimanapun, ini tidak bererti blok tersebut



hanya akan menempatkan pelajar OKU sahaja. Hal ini kerana pengasingan



pelajar OKU dengan pelajar lain tidak dibenarkan walaupun apa juga alasan.



Oleh itu blok tersebut juga akan menempatkan pelajar biasa selain pelajar OKU.



Langkah ini dengan sendirinya akan menggalakkan proses pergaulan dan



interaksi antara pelajar OKU dan juga pelajar normal di samping saling bantu



membantu antara satu sama lain. Menurut En. Aziz (Timbalan Pengarah



Pembangunan) kerja-kerja pengubahsuaian akan dimulakan semasa cuti



pertengahan semester nanti. Pada masa sekarang tandas OKU dan laluan asas



untuk OKU di blok K05 telah disediakan tetapi masih lagi belum lengkap



sepenuhnya.







Program-program lain



Penyelaras Kampus Sejahtera dengan kerjasama Kumpulan Sokongan



OKU telah mengadakan satu kajian soal selidik di kalangan pihak







31

pengurusan pusat pengajian meninjau kesediaan pihak pusat



pengajian menerima pelajar OKU. Tambahan daripada itu, kajian ini



juga telah mendapatkan peratusan pelajar OKU dan jenis OKU yang



pernah atau sedang belajar di pusat pengajian tersebut. Selain itu,



kajian ini juga telah mendapatkan cadangan berkaitan prasarana yang



perlu dibangunkan. Hasil kajian tersebut boleh dirujuk dalam Jadual



1.







Selain daripada itu, pihak Kumpulan Sokongan OKU telah mengadakan



satu bengkel “Simulasi Teknikal Kesedaran Persekitaran Orang Kurang



Upaya” khusus kepada pelajar. Seramai 50 orang peserta yang terdiri



daripada pemimpin pelajar USM telah menghadiri bengkel tersebut



yang telah diadakan pada 21 Disember, 2003 di Dewan Persidangan



Universiti. Antara objektif bengkel ini ialah untuk memupuk kesedaran



di kalangan pelajar tentang pentingnya persekitaran bagi orang



kurang upaya.







Cabaran dan Kekangan



Bentuk muka bumi USM yang bercerun dan tidak rata merupakan cabaran



utama dan agak sukar diatasi. Bagaimanapun, usaha sebaik mungkin akan



dilakukan bagi mewujudkan persekitaran yang mesra kepada OKU khasnya dan



warga kampus secara keseluruhan selaras dengan wawasan mewujudkan



kampus sejahtera di USM. Usaha tidak seharusnya diberikan kepada kampus





32

induk sahaja tetapi juga harus meliputi kampus kejuruteraan di Nibong Tebal dan



juga kampus kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan.







Pejabat am pusat pengajian dan desa juga kebanyakannya ditempatkan di



tingkat atas dan menyukarkan pelajar OKU berurusan dengan pihak pentadbiran.



Oleh itu “one stop center” harus diadakan bagi mengendalikan segala urusan



pentadbiran yang melibatkan OKU. Selain pejabat pentadbiran, kebanyakan



pusat komputer pusat pengajian juga tidak mempunyai akses kepada OKU



kerana terletak di tingkat atas. Sebagai contoh, bilik komputer Pusat Pengajian



Sains Kemasyarakatan terletak di tingkat 3 dan langsung tidak boleh diakses



oleh pelajar OKU.







Selain bentuk muka bumi, kesedaran tentang hak dan keperluan OKU di



kalangan warga kampus masih lagi rendah. Laluan antara bilik pensyarah



sentiasa dipenuhi pelbagai halangan seperti kasut, kerusi dan perabot pejabat



lama yang menyukarkan lagi pergerakan OKU untuk menghubungi pensyarah



masing-masing. Kemudahan yang di khaskan kepada OKU pula sering



disalahgunakan samada oleh para pelajar ataupun kakitangan kampus sendiri.



Bagi mengatasi masalah ini, lambang OKU telah dibina di sekitar kemudahan



yang dikhaskan kepada OKU. Bagaimanapun, usaha ini tidak akan berjaya



sekiranya kerjasama daripada pihak keselamatan untuk menguatkuasakan



peraturan tidak diperoleh. Kepekaan kakitangan sokongan terutama kakitangan



“front line” terhadap keperluan dan cara berinteraksi dengan OKU masih lagi









33

rendah. Oleh itu perkara ini harus diatasi sekiranya wawasan menjadikan



persekitaran kampus yang mesra kepada OKU ingin dicapai.







Dalam usaha memupuk kesedaran di kalangan warga kampus, kumpulan



pelaksana kemudahan OKU dalam kampus sedang berusaha untuk



mengadakan satu bengkel simulasi di kalangan pemimpin pelajar. Di samping



itu, kerjasama dengan pejabat Pengurusan Sumber Manusia untuk mengadakan



latihan kepada kakitangan terutamanya mereka yang berada di “front line”



tentang cara membantu dan berinteraksi dengan OKU. Untuk mencapai



matlamat ini kumpulan ini sedang berusaha mewujudkan satu modul latihan



yang bertajuk “Sehari Bersama OKU.” Modul ini akan merangkumi cara-cara



membantu dan berinteraksi dengan OKU dari kumpulan cacat penglihatan,



pendengaran dan juga yang cacat anggota. Adalah diharapkan dengan adanya



latihan ini warga kampus akan lebih peka dan prihatin dengan hak dan keperluan



OKU. Dengan cara ini, golongan tersebut tidak akan rasa terasing dan terpinggir



daripada arus pembangunan kampus yang kita sayangi.







“Persekitaran yang Mesra Kepada OKU adalah Persekitaran Yang Mesra

Untuk Semua”









People With Disability









34

The World Programme of Action concerning Disabled Person

recognized that disabled do not form a homogenous group. In 1980,

the World Health Organisation (WHO) adopted an international

classification of “impairment”, “disability” and “handicap” (UN6)



An impairment is any loss or abnormality of psychological,

physiological or anatomical structure or function. It can be temporary

or permanent. This includes the existence or occurrence of an

anomaly, defect or loss in a limb, organ tissue or other structure of the

body, including the system of mental function (UN, 8)



A disability is any restriction or lack of ability (resulting from an

impairment ) to perform an activity within the range considered

normal for human being. A disability may be temporary or permanent,

reversible or irreversible, and progressive or regressive (UN, 8)



A handicap results from an impairment or disability and limits or

prevents the fullfilment of a function, that is considered normal for a

human being. A handicap is therefore seen in the relationship

between disabled persons and their environment. Cultural, physical or

social barriers to mobility within the built environment are handicaps

(UN, 6)









SOAL SELIDIK TENTANG KESEDIAAN PENGAMBILAN PELAJAR KURANG

UPAYA (OKU) & KEPERLUAN INFRASTRUKTUR DI PUSAT PENGAJIAN



Kadar respons (pada 21 Ogos) = 21/25 Pusat Pengajian



Arahan: Sila jawab semua bahagian dengan mengisi ruang kosong

atau menanda () pada petak yang sesuai.



1. Pusat Pengajian (PP): ___________________ Keputusan



2. Pernahkah PP menerima  Pernah 42.9% (9)

pelajar OKU pada masa  Tidak pernah 52.4% (11)





35

yang lalu?



3. Jika ya, apakah keadaan  Tangan 14.3%

(jenis) kurang upaya  Kaki 33.3%

pelajar-pelajar tersebut?

(boleh tanda lebih  Penglihatan 14.3%

daripada satu petak)  Pendengaran 9.5%

 Lain-lain (sila 4.8%

nyatakan):

_____________

_____________

_____________



4. Adakah antara pelajar-  Ada 19.0% (4)

pelajar di PP pada  Tiada 81.0% (17)

masa sekarang yang

dikategorikan sebagai

OKU?



5. Jika ada, berapa ramai? _____ pelajar dalam 9.5% (2)

Tahun 1 4.8% (1)

_____ pelajar dalam 4.8% (2)

Tahun 2

4.8% (1)

_____ pelajar dalam

Tahun 3

_____ pelajar dalam

Tahun 4



6. Adakah PP boleh  Ya, boleh menerima 81.0% (17)

menerima pelajar OKU?  Tidak boleh 19.0% (4)



7. Jika PP boleh menerima ______ pelajar bagi setiap Mean=3

pelajar OKU, berapakah tahun pengajian Med=3

jumlah maksimum

pelajar yang boleh Mode=5

diterima masuk pada Range=0-10

satu-satu tahun

pengajian?



8. Jika PP boleh menerima  Tangan 47.6%

pelajar OKU, apakah  Kaki 81.0%

jenis OKU yang boleh





36

diterima masuk? (boleh  Penglihatan 9.5%

tanda lebih dari satu)  Pendengaran 14.3%

 Lain-lain (sila 4.8%

nyatakan):

_____________

_____________

_____________



9. Adakah profesion  Ya 71.4% (15)

(seperti perubatan,  Tidak 14.3% (3)

peguam, farmasi,

arkitek) tuan

membenarkan ahlinya

terdiri daripada OKU?



10. Jika dibenarkan, apakah  Tangan 47.6% (10)

jenis OKU yang  Kaki 76.2% (16)

dibenarkan?

 Penglihatan 14.3% (3)

(boleh tanda lebih dari

satu petak)  Pendengaran 19.0% (4)

 Lain-lain (sila 90.5% (19)

nyatakan):

_____________

_____________

_____________



11. Jika PP boleh menerima  Ya 75.2% (16)

pelajar OKU, adakah PP  Tidak perlu 23.8% (5)

memerlukan kemudahan

tambahan dan/atau

penambahbaikan?



12. Jika ya (Q11), Senarai bahagian atau

senaraikan kemudahan kemudahan mengikut

dan/atau keutamaan:

penambahbaikan yang 1.____________________

diperlukan. 2.____________________

3.____________________



13. Berapakah anggaran RM __________

perbelanjaan bagi





37

semua kemudahan

dan/atau

penambahbaikan

tersebut?



14. Apakah kemudahan 1. _________________ 38.1% (ada)

bagi OKU yang sudah 2. _________________ 47.6%

sedia ada di PP? (tiada)

3. _________________

*bukan

4. _________________

semua

kemudahan



15. Jika ada, adakah  Ya 28.6% (6)

kemudahan tersebut 9.5% (2)

boleh digunakan oleh  Tidak

OKU tanpa bantuan?



16. Jika PP boleh menerima  2002 14.3% (3)

pelajar OKU, pada  2003 14.3% (3)

pendapat staf PP

bilakah pihak Universiti  2004 9.5% (2)

boleh mengumumkan  2005 23.8% (5)

secara meluas

kesediaannya

mengambil pelajar

OKU?



Perhatian: Jumlah peratus tidak bersamaan 100% disebabkan soalan-

soalan yang tidak dijawab.









BIL PUSAT PENGAJIAN SENARAI KEMUDAHAN

DAN/ATAU PENAMBAHBAIKAN

YANG DIPERLUKAN





1. Pusat Pengajian Ilmu 1. Pastikan semua laluan dari

Kemanusiaan dewan kuliah ke tempat-

tempat lain boleh dilalui

dengan selamat.

2. Kemudahan pembelajaran





38

dan perkhidmatan-

perkhidmatan lain seperti

kaunter, tandas dan lain-lain.





2. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan 1. Laluan khas.

2. Lif / elevator / tangga.

3. Koridor yang lebih luas.

4. Tandas.

5. Bilik kuliah.

6. Bilik tutorial.

7. Makmal pengajaran (studio).





3. Pusat Pengajian Sains 1. Kemudahan laluan ke dewan

Kemasyarakatan kuliah, bilik tutorial, makmal

komputer, pejabat am dan

tandas awam.





4. Pusat Pengajian Sains Matematik 1. -





5. Pusat Pengajian Sains Farmasi 1. Perubahan struktur makmal.

2. Bantuan kenderaan pelajar.

3. Pembantu khas.





4. Kemudahan bilik air.

5. Ram dan tangga.





6. Pusat Pengajian Sains Pergigian 1. Kemudahan OKU sudah

sediada.





7. Pusat Pengajian Teknologi Industri 1. Tandas.

2. Koridor.

3. Meja dan bangku makmal.







39

4. Lif.

5. Intercom.

6. Tangga.

7. CCTV dan Projector dalam

makmal.

8. Laluan ke bangunan.





8. Institut Pengajian Siswazah 1. Tandas.

2. Lif.

3. Ram.





9. Pusat Pengajian Sains Kimia 1. –





10. Pusat Pengajian Seni 1. Ram untuk kerusi roda.





11. Pusat Pengajian Sains Kesihatan 1. –





12. Pusat Pengajian Kejuruteraan 1. –

Mekanik



13. Pusat Pengajian Kejuruteraan 1. Lif.

Awam 2. Laluan di semua bahagian.

3. Tandas.

4. Makmal.

5. Bilik Sumber.

6. Tempat letak kereta.





14. Pusat Pengajian Kejuruteraan 1. Ram (untuk masuk ke bilik,

Bahan & Sumber Mineral makmal dan sebagainya).

2. Lif penumpang.









40

15. Pusat Pengajian Pendidikan Jarak 1. Tandas.

Jauh 2. Tempat letak kenderaan / kereta

/ motor.

3. Ram.





16. Pusat Pengajian Komunikasi 1. Ram.

2. Railing.





17. Pusat Pengajian Kejuruteraan 1. Ram (tambahan).

Elektrik dan Elektronik 2. Tandas (tambahan).

3. Parking.





18. Pusat Pengajian Pengurusan 1. Rams.

2. Elevators.

3. Covered Pathways.

4. Disable friendly hallway / lecture

theatres / tutorial room / counters

/ sport facilities / parking /

canteen.

5. Tandas khas.

6. Sistem “Braille”

7. Special audio visual.

8. Special fire escape.





9. Sign language instructor.

10. Special buses.









41

ASPEK KESELAMATAN PELAJAR









Kampus Sejahtera adalah suatu program yang berperanan meningkatkan kualiti

persekitaran dan memperkembangkan sumber-sumber yang sediada supaya

masyarakat (khasnya pelajar) dapat membantu antara satu sama lain dalam

mencapai potensi terbaik mereka. Kampus Sejahtera adalah kesedaran terhadap

kesejahteraan sebagai suatu usaha berteraskan ilmu dan akan sentiasa







42

diperelokkan. Mana-mana kampus mampu menjadi Kampus Sejahtera jika ia

mempunyai komitmen terhadap kesejahteraan.





Seperti yang telah dinyatakan, salah satu matlamat di dalam projek “Kampus

Sejahtera” ialah untuk meningkatkan kualiti fizikal, sosial serta persekitaran

pembelajaran kampus USM dan antara bidang yang perlu difokuskan ialah

„sekuriti dan keselamatan‟. Matlamat ini dapat dicapai dengan usaha

pembentukan Kampus USM bebas dari “jenayah” (crime) atau “ketakutan

terhadap jenayah” (fear of crime).





Menurut Oxford Advanced Learner‟s Dictionary (Crowther, 1995), jenayah



ditakrifkan sebagai aktiviti yang menyalahi undang-undang atau perbuatan yang



boleh didakwa mengikut undang-undang. Ketakutan terhadap jenayah pula



merupakan suatu unsur ketakutan yang mungkin, tetapi tidak semestinya



disebabkan oleh pengalaman menjadi mangsa jenayah.





Pengenalan



Menurut Cohen & Felson (1979), persekitaran kampus yang luas dan pelbagai



mempunyai banyak ciri yang boleh menarik minat penjenayah. Projek telah



menunjukkan bahawa risiko menjadi mangsa serta ketakutan terhadap jenayah



boleh memberi impak yang negatif kepada kualiti kehidupan dalam kampus



(Fisher & Nasar, 1992; Swisher, 1989). Matlamat asas projek “Kampus



Sejahtera” ialah untuk meningkatkan kualiti fizikal, sosial serta persekitaran



pembelajaran kampus USM. Oleh itu, adalah penting bagi Kampus USM bebas



dari jenayah (crime) dan ketakutan terhadap jenayah (fear of crime). Selari



dengan konsep “Kampus Sejahtera”, projek ini bertujuan untuk mengenal pasti









43

isu-isu keselamatan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar. Adalah menjadi matlamat



projek ini untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat bagi



pelajar-pelajar USM.





Objektif Projek



Objektif projek ini ialah untuk:



 Mengenal pasti jenis kes jenayah yang dialami oleh pelajar-pelajar di



dalam Kampus Induk USM.



 Membandingkan rekod kejadian kes jenayah yang dialami oleh pelajar-



pelajar dengan rekod laporan kes jenayah yang direkodkan di Jabatan



Keselamatan.



 Mengenal pasti lokasi (hot spots) di mana berlakunya kejadian jenayah.



 Mengenal pasti pendapat pelajar mengenai keselamatan kampus USM.



Metodologi



Projek ini mempunyai dua bahagian iaitu:



(i) Bahagian pertama merekodkan Indeks Jenayah, iaitu insiden-insiden jenayah



yang dilaporkan kepada pihak Jabatan Keselamatan dalam tempoh satu tahun.







(ii) Bahagian kedua merupakan sebuah projek soalselidik ke atas pelajar-pelajar



USM. Bahagian ini merangkumi: maklumat peribadi, pengalaman menjadi



mangsa, ketakutan terhadap jenayah & pendapat mengenai keselamatan



persekitaran kampus USM. Soal Selidik (survey) telah dijalankan menggunakan



teknik persampelan berstrata berdasarkan pusat pengajian. Sebanyak 1114



pelajar (10% sampel) telah menjadi responden bagi projek ini.





44

Skop & limitasi projek



Projek ini dijalankan di kampus induk USM. Projek adalah tertumpu kepada



insiden-insiden jenayah di mana mangsanya adalah pelajar-pelajar (personal



crime) atau hartabenda mereka (property crime). Insiden-insiden yang diambil



kira hanyalah dalam julat jangka masa projek, iaitu setahun, bermula 31 hb Julai



2000 sehingga 1 hb Ogos 2001. Ia tidak melibatkan kes yang dilaporkan oleh



staf ataupun pelawat. Ia juga tidak melibatkan laporan yang dibuat oleh pelajar



apabila melihat harta universiti dicuri atau dirosakkan.









Keputusan



Bahagian 1: Analisis kes yang dilaporkan kepada pihak Jabatan

Keselamatan USM





Bilangan kes yang dilaporkan dan profil mangsa:

Terdapat sebanyak 55 kes yang dilaporkan dalam tempoh masa projek.



Berdasarkan laporan yang dibuat, seramai 31 (56%) orang adalah pelajar lelaki



dan 24 (44%) orang pelajar perempuan. Daripada 55 kes tersebut, seramai 33



orang (60%) adalah pelajar Melayu, 12 orang (22%) adalah pelajar India, 7 orang



(13%) adalah pelajar Cina dan pelajar warga asing adalah seramai 3 orang (5%).



Profil umur mangsa tidak menunjukkan sebarang tren perbezaan pemangsaan



(victimisation) yang ketara. Di samping itu, analisis frekuensi juga tidak









45

menunjukkan perbezaan ketara antara profil mangsa berdasarkan pusat



pengajian dan tahun pengajian.







Jenis kes yang dilaporkan:

Daripada jumlah keseluruhan 55 kes yang dilaporkan, 39 kes (72%) melibatkan



kehilangan harta benda (Jadual 1). Ini meliputi kehilangan dompet / bag iaitu



sebanyak 16 kes (29%), kehilangan telefon bimbit / barang peribadi 13 kes



(24%), kehilangan duit / kad ATM / buku akaun 6 kes (11%) dan kehilangan



kenderaan 4 kes (8%). Pencerobohan masuk ke asrama juga sering dilaporkan



dalam tempoh projek iaitu sebanyak 9 kes (16%) dalam tempoh setahun.









Jadual 1: Jenis kes yang dilaporkan kepada Jabatan Keselamatan

Kes Bilangan %

Hilang (dompet/beg) 16 29

Hilang (telefon bimbit/barang peribadi) 13 24

Hilang (duit/kad ATM/buku akaun) 6 11

Hilang (motosikal) 3 6

Hilang (basikal) 1 2

Ceroboh masuk ke asrama perempuan 9 16

Peras ugut 4 8

Ragging 3 6

Jumlah 55 100

Sumber: Jabatan Keselamatan USM, 2001









46

Lokasi kejadian kes:

Lokasi kejadian kes menunjukkan bahawa hampir separuh (49%) daripada kes



yang dilaporkan dalam tempoh projek berlaku di desasiswa (Jadual 2). Ini



kebanyakannya meliputi kes kehilangan barang peribadi (seperti wang, dompet,



beg, dan telefon bimbit) dan juga kes pencerobohan ke asrama perempuan.



Lokasi kedua tertinggi adalah perpustakaan 13% (kesemua kes melibatkan



kehilangan barangan peribadi) dan ketiga adalah di kawasan meletak kenderaan



iaitu sebanyak 11% (melibatkan kes-kes kecurian kenderaan).



Jadual 2: Lokasi kejadian kes

Kes Bilangan %

Desasiswa 27 49

Perpustakaan 7 13

Tempat letak kenderaan 6 11

Kafetaria Desasiswa 3 6

Makmal Sains Komputer 2 4

Masjid al-Malik Khalid 2 4

Padang Minden 2 4

DTSP 1 2

Klinik Universiti 1 2

Melalui telefon (peras ugut) 1 2

Pondok telefon 1 2

Pusat Pengajian 1 2

Tidak pasti 1 2

Jumlah 55 100

Sumber: Jabatan Keselamatan USM, 2001







Masa kejadian:

Seperti yang dipaparkan pada Jadual 3, kebanyakkan kes dilaporkan berlaku



pada waktu siang. Sebanyak 35% kes berlaku di antara pukul 6.01 pagi dan 12



tengahari manakala hanya 18% dilaporkan berlaku di antara 12.01 tengah



malam dan 6 pagi.









47

Jadual 3: Masa kejadian

Kes Bilangan %

12.01 tengah malam - 6 pagi 9 18

6.01 pagi - 12 tengahari 18 35

12.01 tengahari - 6 ptg 13 26

6.01 ptg - 12 tengah malam 11 22

Jumlah 51 100

Sumber: Jabatan Keselamatan USM, 2001

Nota: Sebanyak 4 mangsa tidak dapat menganggarkan masa kejadian.





Bahagian 2: Analisis borang soal selidik





Profil responden:

Daripada jumlah keseluruhan 1114 pelajar yang menjadi responden borang soal



selidik, sebanyak 764 (69%) adalah pelajar perempuan dan 348 (31%) adalah



pelajar lelaki. Peratusan ini adalah hampir sama dengan peratusan populasi



pelajar pra-ijazah yang berdaftar semasa tempoh projek iaitu sebanyak 12,712



orang pelajar (sessi 2001/2002 - 68% lelaki, 32% perempuan).







Berdasarkan pembahagian mengikut kaum, sebanyak 675 (61%) responden



adalah berbangsa Melayu, 298 (27%) berbangsa Cina, 104 (9%) berbangsa



India dan 32 (3%) berbangsa lain. Hampir kesemua responden yang terlibat



adalah pelajar pra-siswazah (98%).







Sampel projek mendapati 238 (25%) adalah pelajar tahun 1, 315 (33%) adalah



pelajar tahun 2, 391 (41%) adalah pelajar tahun 3 dan selebihnya tahun 4 atau 5



(1%). Daripada hasil projek, di dapati bahawa seramai 1032 (93%) responden







48

belum berkahwin, 69 (6%) sudah berkahwin manakala 8 (1%) adalah



janda/duda.







Analisis projek juga mendapati bahawa seramai 679 (61%) responden menetap



di dalam kampus manakala bakinya (39%) tinggal di luar kampus. Analisa mod



pengangkutan utama pelajar menunjukkan sebanyak 40% responden berjalan



kaki sebagai mod pengangkutan utama di dalam kampus manakala 29% menaiki



bas yang disediakan oleh USM. Bilangan yang menunggang motosikal adalah



sebanyak 20%, menaiki kereta (9%) dan lain-lain (2%). Daripada kesemua



pelajar yang menjadi responden, 843 (76%) tiada mempelajari sebarang ilmu



kemahiran melindungi diri, 8% mempelajari silat, 7% mempelajari taekwando dan



8% mempelajari seni-seni lain.









Perbandingan kes yang dilaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan projek

Soal Selidik:

Merujuk kepada Jadual 4, kehilangan barangan peribadi merupakan kes yang



tertinggi dilaporkan kepada Jabatan Keselamatan (66%) dan projek Soal Selidik



(54%). Kes kedua tertinggi yang dilaporkan oleh reponden-responden di dalam



projek Soal Selidik adalah vandalisme harta peribadi (15%) manakala



pencerobohan ke asrama perempuan merupakan kes kedua tertinggi dilaporkan



kepada pihak Jabatan Keselamatan (16%). Bilangan kes kehilangan kenderaan



hampir sama jumlahnya di dalam kedua-dua laporan. Pada kebiasaannya bagi









49

kes sebegini, mangsa selalunya akan membuat laporan kepada pihak Jabatan



Keselamatan dan juga pihak polis untuk tuntutan insurans.









Jadual 4: Kes yang dilaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Soal

Selidik

Jenis Kes Bilangan kes Bilangan kes

(Jabatan Keselamatan) (Soal Selidik)

Kehilangan barangan peribadi 35 (66%) 211 (54%)

Vandalisma harta peribadi - 58 (15%)

Kehilangan kenderaan 4 (7%) 5 (1%)

Kehilangan alat kenderaan - 27 (7%)

Gangguan seksual (wanita) - 43 (11%)

Ceroboh masuk asrama 9 (16%) -

Ragging 3 (6%) 37 (9%)

perempuan

Samun/ragut - 3 (1%)

Peras ugut 4 (7%) 9 (2%)

Rogol - 1 (0.3%)

Jumlah 55 (100%) 394 (100%)

Ratio perbandingan kedua Ratio 1:1 Ratio 7:1

Kadar per 1000 pelajar 4.3 per 1000 pelajar 354 per 1000

jenayah

pelajar atau (3.5

Sumber: Projek Lapangan, 2001 per 10 pelajar)

Sumber: Jabatan Keselamatan USM, 2001







3.8 per 10 pelajar



Perbandingan 55 kes yang dilaporkan kepada pihak Jabatan Keselamatan dalam



tempoh projek dan 394 kes melalui projek Soal Selidik menunjukkan



pertambahan sebanyak 7 kali ganda. Jika jumlah keseluruhan pelajar pra



siswazah (12712) yang berdaftar bagi sesi 2000/2001 dikira sebagai populasi,



maka jumlah kes yang direkod oleh Jabatan Keselamatan melibatkan 4 kes per



1000 pelajar. Ini merupakan satu kadar yang rendah. Kadar ini akan menjadi



lebih kecil jika pelajar ijazah lanjutan diambil kira.





50

Walaubagaimanapun, projek Soal Selidik menunjukkan perspektif yang jauh



berbeza. Sebanyak 394 kes telah dilaporkan oleh 1114 orang responden dan



kadarnya adalah 3.5 bagi setiap 10 pelajar. Daripada analisis yang dijalankan,



didapati bahawa 78% responden tidak melaporkan kejadian tersebut kepada



pihak Jabatan Keselamatan manakala hampir kesemua (94%) tidak melaporkan



kepada pihak polis.







Merujuk kepada Jadual 5, di antara perkara utama yang dikenal pasti sebagai



sebab untuk tidak melapor insiden kepada pihak Jabatan Keselamatan adalah



“tiada tindakan atau tangkapan dapat dibuat” (22%), “menganggap perkara



tersebut sebagai remeh” (17%) dan “anggaran kerugian yang sedikit” (12%). Di



antara sebab-sebab lain yang diberikan adalah “malu”, “dapat mengawal



keadaan”, “kecuaian sendiri” ,”sibuk” serta menggangap prosedur tersebut



“menyusahkan”.









Jadual 5: Sebab tidak melapor kepada Jabatan Keselamatan

Kes Bilangan %

Pasti tiada tindakan/ pesalah tidak dapat ditangkap 25 22.5

Remeh 19 17.1

Kerugian tak banyak 13 11.7

Malu 9 8.1

Dapat dikawal 9 8.1

Kecuaian sendiri 8 7.2

Sibuk 7 6.3

Prosedur yang menyusahkan 5 4.5

Takut/ telah diugut 5 4.5





51

Tidak cukup bukti 4 3.6

Menjejaskan individu terbabit 2 1.8

Jenayah dilakukan oleh pengawal keselamatan 2 1.8

Tidak tahu insiden boleh dilaporkan 1 .9

Pesalah dapat ditangkap 1 .9

Kehilangan dijumpai semula 1 .9

Jumlah 111 100.0



Sumber: Projek Lapangan, 2001

N=148; Nilai Hilang = 37



Lokasi kejadian kes (projek Soal Selidik):

Jadual 6 menunjukkan lokasi kejadian kes yang dilaporkan oleh

responden.



Jadual 6: Lokasi kejadian kes



Lokasi Kejadian Bilangan %

Desasiswa 82 55.4

Perpustakaan 1 & 2 12 8.1

Tempat letak kenderaan 9 6.1

Masjid Al Malik Khalid 7 4.7

Pintu masuk Sg. Dua 5 3.4

Pusat Pengajian 5 3.4

Kompleks/ gelanggang kemudahan sukan 5 3.4

Kafeteria 4 2.7

Tasik USM 4 2.7

Dewan Kuliah & Bilik Tutorial 2 1.4

Tapak Konvo/ Pasar Pelajar 2 1.4

Tandas (Kompleks Dewan Kuliah & Dewan 2 1.4

Budaya)

Dalam bas USM 2 1.4

Kedai Mahasiswa, Kedai Koperatif, Dewan 2 1.4

Budaya

Lain-lain 5 3.5

Jumlah 148 100.0

Sumber: Projek Lapangan, 2001

N=148



Lebih daripada separuh (55.4%) kes kejadian berlaku di desasiswa dan ini



banyak melibatkan kehilangan harta peribadi. Lokasi kedua tertinggi ialah di



Perpustakaan I dan II (8.1%) dan semua kes melibatkan kehilangan harta







52

peribadi sama ada di loker perpustakaan atau di bahagian dalam perpustakaan.



Kes-kes kehilangan kenderaan atau alat kenderaan berlaku di tempat-tempat



meletak kenderaan (6.1%) manakala sebilangan responden (4.7%) kehilangan



harta peribadi seperti beg dan kasut di Masjid Al Malik Khalid.







Kes Kejadian yang paling ditakuti:

Jenayah seksual (63%) dan kecurian harta benda (28.6%) merupakan dua kes



kejadian yang paling ditakuti (Jadual 7). Walaubagaimanapun, kebanyakan



pelajar lebih bimbang mengenai jenayah seksual berbanding kecurian harta



benda walaupun kes kecurian harta benda lebih banyak berlaku berbanding kes



jenayah seksual. Ini mungkin disebabkan oleh implikasi kes jenayah seksual



yang lebih buruk (seperti rogol) berbanding kehilangan harta benda.









Jadual 7: Kes Kejadian yang paling ditakuti

Jenis kes %

Bilangan

Jenayah seksual (rogol/liwat/gangguan seksual) 567 63.0%

Kecurian harta benda 257 28.6%

Dipukul/dicederakan 19 2.1%

Peras ugut 15 1.7%

Lain-lain 42 4.6%

Jumlah 900 (100.0%)

Sumber: Projek Lapangan, 2001

N=1114









Lokasi di dalam kampus yang dirasakan paling tidak selamat:

Merujuk kepada Jadual 8, sebanyak 303 (34.4%) daripada responden



berpendapat bahawa tasik USM adalah lokasi yang paling tidak selamat dan









53

diikuti oleh desasiswa & persekitarannya (15.6%). Lokasi ketiga paling tidak



selamat adalah di pusat-pusat pengajian.





Jadual 8: Lokasi paling tidak selamat

Lokasi Bilangan kes %

Tasik USM 303 34.4

Desasiswa & Persekitarannya 137 15.6

Pusat-pusat Pengajian 98 11.1

Sekitar Tapak Pembinaan 58 6.6

Laluan/jalan yang sunyi & terlindung 51 5.8

Tapak Konvo / Pasar Pelajar / DTSP 43 5.0

Muzium USM 35 4.0

Dewan Budaya 34 3.9

Sekitar Perpustakaan 1 & 2 27 3.1

Sekitar Bangunan HEP 26 3.0

Padang / Kompleks / Gelanggang Sukan 16 1.8

Kompleks Dewan Kuliah 13 1.5

Lain-lain 40 4.2

Jumlah 881 100.0

Sumber: Projek Lapangan, 2001

N=1114





Hampir kesemua responden menyatakan masa yang ditakuti adalah pada malam



hari (93%) dan sebab utama ditakuti adalah kerana gelap & sunyi (52%).



Responden berpendapat bahawa beberapa lokasi utama yang perlu ditingkatkan



pencahayaanya adalah tasik USM (29%), pusat-pusat pengajian (12%), tapak



konvo (11%) dan persekitaran desasiswa (9%). Kawasan-kawasan ini mungkin



merupakan laluan utama pelajar pada waktu malam.









Cadangan lokasi CCTV







54

Responden berpendapat, lokasi-lokasi utama CCTV haruslah ditempatkan di



tasik USM (20%), dewan kuliah & perpustakaan (18%) serta persekitaran



desasiswa (17%). Ini adalah kerana “kawasan tersebut sunyi & gelap” (27%) dan



untuk “memudahkan pemerhatian laluan utama pelajar” (25%).





Pendapat responden mengenai kawalan keselamatan



Hasil projek mendapati bahawa pelajar tidak berpuas hati dengan kawalan



keselamatan yang diberi oleh Jabatan Keselamatan. Seramai 166 (17%)



daripada responden “sangat tidak berpuas hati” dengan kawalan keselamatan



yang diberikan oleh Jabatan Keselamatan manakala 553 (56%) “kurang berpuas



hati”. Bilangan yang “berpuas hati” adalah seramai 249 (25%) dan hanya 13



(1%) yang berasa “sangat berpuas hati”.





Cadangan responden untuk meningkatkan tahap keselamatan



Merujuk kepada Jadual 9, sebanyak 51% responden berpendapat bahawa tahap



keselamatan boleh ditingkatkan jika bilangan rondaan ditambah dan tahap



pencahayaan diperbaiki (16.7%). Sebanyak 12% pula berpendapat bahawa



peraturan memasuki/keluar kampus bagi pelajar, orang awam dan pekerja



binaan haruslah diketatkan. Cadangan-cadangan lain adalah seperti



mengadakan kempen kesedaran (6.5%) menubuhkan unit kawalan di desasiswa



(5.7%) dan menggunakan CCTV dan penggera keselamatan (3.6%).









Jadual 9: Cadangan responden untuk meningkatkan tahap keselamatan

Cadangan Bilangan %

Tingkatkan bilangan & rondaan pengawal keselamatan 370 51.0







55

Tambah bilangan lampu jalan dan bangunan 121 16.7

Ketatkan peraturan keluar/masuk kampus & desasiswa 87 12.0

Adakan kempen tingkatkan kesedaran jenayah 37 6.5

Tubuhkan unit kawalan di desasiswa 39 5.7

Gunakan CCTV dan penggera keselamatan 26 3.6

Lain-lain 51 8.0

Jumlah 725 100.0

Sumber: Projek Lapangan, 2001

N=1114





Kesimpulan



Analisa projek mendapati bahawa bilangan insiden yang dilaporkan kepada



Jabatan Keselamatan adalah jauh lebih rendah berbanding projek Soal Selidik



(Victimisation Survey). Antara sebab-sebab utama mereka tidak melapor insiden-



insiden tersebut adalah kerana berpendapat bahawa tiada tindakan akan diambil



serta menganggap perkara tersebut sebagai remeh. Hal ini bukanlah perkara



baru kerana banyak projek telah mendapati keputusan yang sama (Aldrin, 1999;



British Crime Survey, 1996).







Kecurian harta benda peribadi seperti telefon bimbit dan dompet merupakan



insiden utama yang dihadapi oleh para pelajar dan ianya banyak berlaku di



desasiswa dan di perpustakaan. Lokasi-lokasi yang dirasakan paling tidak



selamat adalah seperti di tasik USM, desasiswa & persekitarannya, pusat-pusat



pengajian. Responden berpendapat bahawa pencahayaan di tasik USM, pusat-



pusat pengajian, tapak konvo dan persekitaran desasiswa perlu ditingkatkan



kerana ianya gelap dan sunyi. Kemungkinan besar bahawa kawasan-kawasan



ini merupakan laluan utama pelajar pada waktu malam. Lokasi-lokasi yang sama



juga dicadangkan agar diletakan CCTV.





56

Kebanyakan responden tidak berpuas hati dengan bilangan rondaan yang



dijalankan oleh pihak Jabatan Keselamatan dan mereka berpendapat bahawa



rondaan ini harus dipertingkatkan untuk menjamin keselamatan. Disamping itu,



tahap pencahayaan juga harus diperbaiki.







Saranan



 Pihak Universiti harus merancang dan melaksanakan laluan-laluan



pejalan kaki yang sesuai untuk digunakan oleh para pelajar pada waktu



malam (designated routes). Tahap pencahayaan di laluan-laluan tersebut



serta kawasan-kawasan utama yang sering digunakan oleh para pelajar



pada waktu malam haruslah dipertingkatkan. (Satu projek harus dibuat



untuk mengenal pasti laluan-laluan utama yang digunakan dan jika boleh,



designated routes haruslah merupakan laluan sedia ada yang sering



digunakan oleh pelajar-pelajar).



 Meningkatkan perasaan selamat pelajar-pelajar. Ini mungkin dapat



ditingkatkan melalui perancangan yang lebih menyeluruh oleh Jabatan



Keselamatan dgn kerjasama pihak lain (isu resources – CCTV dsb).



 Mengadakan kempen kesedaran kepada para pelajar mengenai:



 Risiko mereka menjadi mangsa jenayah peribadi & harta benda.



 Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakan diri dari



menjadi mangsa.









57

 Menggalakkan pelajar melapor kepada Jabatan Keselamatan jika



menjadi mangsa.







Kepentingan Hasil Projek





Melalui projek Kampus Sejahtera dari aspek Keselamatan Pelajar-pelajar dalam



Kampus Induk USM kita dapat meningkatkan tahap keselamatan dan



kesejahteraan pelajar-pelajar dalam kampus. Kita tidak seharusnya hanya



bergantung berdasarkan laporan dari Jabatan Keselamatan induk USM kerana



kemungkinan mangsa-mangsa jenayah dalam kampus tidak melaporkan kes-kes



yang tertentu. Oleh yang demikian melalui projek ini bukan sahaja dapat



mengetahui kes-kes jenayah yang serius berlaku dalam kampus malah lokasi-



lokasi yang tidak selamat dalam kampus induk. Melalui data-data soal selidik



yang dijalankan di kalangan pelajar-pelajar dalam kampus induk USM



pembentukan alternatif bagi meningkatkan tahap keselamatan dalam kampus



USM dapat disarankan kepada pihak yang Jabatan Keselamatan USM dan



pihak-pihak yang tertentu.









58

PROGRAM KUALITI PENGINAPAN DAN MAKANAN









Projek 1:



Tahap Kualiti Makanan di Kafetaria USM









59

ABSTRAK

Projek mikrobiologi dilakukan terhadap 9 buah kafetaria di USM. Kafetaria

tersebut dikategori kepada tempat penyediaan makanan dalam kampus dan

tempat penyediaan makanan di luar kampus. Status kebersihan kafetaria dilihat

daripada jenis dan jumlah mikrob yang didapati dalam makanan, peralatan dan

pengendali makanan bagi kedua-dua kategori. Analisis mikrobiologi yang

dijalankan adalah hitungan bilangan sel hidup (TPC), penentuan yis dan kulat, S.

aureus, Salmonella spp., Vibrio spp., E.coli dan koliform dilakukan terhadap

kesemua sampel makanan yang dikaji. Ujian swab dilakukan hanya untuk TPC

ke atas peralatan seperti sudu, pinggan, meja, papan pemotong, gelas dan

tangan pengendali makanan.

Nilai TPC yang melebihi piawaian didapati pada tangan pengendali

makanan gelas, sudu, pinggan dan meja pada semua kategori kafetaria (kecuali

kafetaria Cahaya). Bagi sudu hanya Dewan Budaya dan Mawar Merah

mempunyai kiraan TPC yang kurang dari piawaian Peraturan Makanan, 10 5

CFU/mL. Bilangan sel hidup yang kurang daripada 10 4 CFU/mL didapati pada

pinggan(Canselori) dan meja (Kembara dan Mawar Merah).

Kiraan TPC yang tinggi melebihi Peraturan Makanan 1985 ( > 106

CFU/mL). didapati untuk nasi putih, daging, ayam dan sayur goreng pada

hampir kesemua kafetaria. Semua jenis makanan daripada kedua-dua kategori

mempunyai kiraan koliform melebihi 102 CFU/mL Semua jenis makanan

menunjukkan nilai tinggi yis dan kulat di semua kafetaria kecuali bagi nasi putih

di Canselori (2.60x10-1).

Salmonella spp hanya terdapat pada nasi, ayam dan daging daripada

kedua-dua kategori kafeteria. Vibrio spp dikesan pada semua jenis makanan

pada hampir semua kafetaria. S. aureus didapati tinggi pada sampel ayam, ikan

dan sayur daripada semua kafetaria. E. coli tidak dapat dikesan pada semua

jenis makanan yang dikaji.

Kesimpulannya, didapati bahawa punca utama kandungan mikrobial yang

tinggi pada peralatan dan makanan adalah disebabkan oleh amalan kebersihan

diri yang rendah di kalangan pengendali makanan, sikap pengendali makanan







60

yang kurang peka terhadap keselamatan makanan, kontaminasi bersilang

semasa penyediaan penyajian makanan pada suhu tidak sesuai dan kaedah

pencucian makanan dan peralatan yang tidak mengikut peraturan.





OBJEKTIF

Objektif projek ini ialah untuk mengkaji tahap kebersihan makanan yang dijual

di kafetaria kampus USM dan mengenalpasti punca-punca masalah

kebersihan tersebut. Jumlah mikroorganisma yang didapati didalam makanan

yang telah siap dimasak, di tempat penyediaan makanan, pada peralatan

dan pengendali makanan dijadikan sebagi indikator kuantitatif untuk menilai

tahap kebersihan. Daripada jenis bakteria yang didapati, kita dapat

mengenalpasti punca pencemaran bakteria di dalam makanan dan

mengambil tindakan untuk mengatasinya.





RASIONAL PROJEK

Projek ini mempunyai beberapa rasional seperti berikut:

(i) Merupakan kaedah untuk mengenalpasti punca-punca masalah

dan tindakan menambahbaikkan sistem pengendalian makanan.

(ii) Mempertingkatkan tahap kebersihan premis makanan.

(iii) Menjamin keselamatan makanan yang disediakan.

(iv) Mengatasi masalah keracunan makanan.

(v) Menggunakan kewujudan organisma sebagai indikator untuk

menilai tahap kebersihan di premis makanan.





PENGENALAN

Terdapat peningkatan peratusan pengguna terhadap sikap suka makan

diluar rumah. Pakar WHO/FAO terhadap keselamatan makanan menyatakan

bahawa penyakit akibat pencemaran makanan merupakan masalah utama

didunia. Masalah utama adalah disebabkan oleh pemanasan dan pendinginan

makanan yang tidak mencukupi dan penyediaan makanan terlalu lama sebelum

penyajian. Kejadian penyakit bawaan makanan adalah akibat daripada





61

pengendalian makanan ditempat penyediaan makanan yang tidak mengikut

peraturan kebersihan. Kakitangan dikafeteria dilapurkan tidak mencuci tangan

dan berpakaian yang bersih ketika mengendalikan makanan. Pengetahuan dari

segi penyediaan makanan yang bersih kepada pengendali makanan adalah satu

kaedah untuk mengatasi masalah berlakunya keracunan makanan.

Mikroorganisma didapati dalam air, udara, dan pada pengendali makanan.

Kandungan mikroorganisma dalam makanan boleh dikurangkan semasa

pengendalian, pemprosesan dan penyajian makanan jika setiap prosedur

dilakukan dengan baik dan bersih. Setiap proses dalam penghasilan makanan

bermula daripada bahan mentah sehinggalah kepada makanan yang siap.

Pengawasan perlu diawasi untuk mengelakkan mikroorganisma daripada

mencemari dan merosakkan makanan.

Sesetengah mikroorganisma dalam makanan boleh mengeluarkan toksin

yang sangat berbahaya pada manusia jika makanan tersebut dimakan. Kejadian

keracunan makanan boleh meragut nyawa manusia jika dalam keadaan yang

kritikal. Kejadian ini boleh berlaku di mana sahaja dan melibatkan pelbagai jenis

makanan.

Kafetaria USM merupakan salah satu tempat untuk warga USM

mendapatkan makanan selamat dan berkhasiat. Sebahagian daripada makanan

yang dijual di kafetaria disediakan di luar kampus dan setelah dimasak akan

dibawa ke dalam kampus untuk dijual. Tujuan projek ini adalah untuk melihat

tahap kebersihan kafetaria dan makanan yang disediakan di dalam dan di luar

kampus dengan menilai tahap mikroorganisma yang didapati.

Dalam projek ini 9 buah kafetaria di USM dipilih. Kafetaria tersebut

dikategori kepada tempat penyediaan makanan dalam kampus dan tempat

penyediaan makanan di luar kampus. Status kebersihan kafetaria dilihat

daripada jenis dan jumlah mikrob yang didapati dalam makanan, peralatan dan

pengendali makanan bagi kedua-dua kategori.









62

METODOLOGI

Sembilan buah kafeteria di USM dipilih secara rawak dalam projek ini.

Kafeteria yang dikaji dibahagikan kepada 2 kategori. Kategori pertama

merupakan kafeteria di mana makanan dimasak di dalam kampus dan terdiri

daripada kafeteria Cahaya, Gemilang, Harapan, Aman dan Kembara. Kategori

kedua ialah kafeteria yang memasak makanan di luar kampus dan dibawa

masuk ke kampus. Kategori ini terdiri daripada kafeteria Bakti, Canselori, Mawar

Merah dan Dewan Budaya.



Enam jenis makanan telah dipilih untuk projek terdiri dari nasi putih, ayam

goreng, daging, telur goreng, sayur goreng dan kari ikan. Analisis mikrobiologi

seperti hitungan plat agar (TPC), yis dan kulat, Salmonella spp., Vibrio spp., E.

coli dan S. aureus dilakukan kepada makanan terpilih dan Swab Test pula

dilakukan hanya untuk TPC ke atas peralatan berkaitan dengan penyediaan

makanan dan pengendali makanan. Peralatan termasuk gelas, sudu, pinggan,

papan pemotong, permukaan meja dan tangan pengendali makanan.





(a.) Kaedah persampelan

Beg plastik jenis zip-lock disterilkan dahulu selama 20 minit dengan

menggunakan lampu UV untuk mencegah kontaminasi oleh mikroorganisma.

Sampel-sampel makanan diambil semasa dihidangkan dan dimasukkan secara

aseptik ke dalam beg plastik yang telah disterilkan dengan menggunakan sarung

tangan yang steril. Sampel makanan kemudiannya dimasukkan kedalam kotak

polistirena yang berisi ais dan dibawa terus ke makmal untuk dianalisis.





(b) Kaedah analisis mikrobiologi





i) Swab Test – Peralatan dan Pengendali Makanan

5 ml larutan nutrient broth dimasukkan ke dalam botol-botol universal dan

diautoklaf pada 121˚C selama 15 minit. Kapas swab yang telah disteril





63

dicelupkan dalam nutrient broth dan kapas tersebut diswabkan pada permukaan

sampel (peralatan) sebanyak 3 kali dengan luas 50 cm2.





Selepas lima kawasan peralatan dikesat, bahagian putik kapas

dimasukkan ke dalam tabung uji yang berisi 5 ml larutan dan bahagian atas putik

kapas dipatahkan dan dibiarkan dalam tabung uji, ditutup dan dibawa balik ke

-1

makmal. Seterusnya pencairan bersiri dilakukan pada 10 sehingga pencairan

10ˉ5. 1 ml daripada setiap pencairan dimasukkan ke dalam piring petri secara

duplikat. Agar hitungan plat yang telah disteril dituangkan ke dalam piring petri

yang telah dilabelkan. Larutan agar dicampurkan dengan teliti dan rata dengan

memutarkan piring petri mengikut bentuk angka 8. Agar dibiarkan menjadi pejal

dan piring-piring petri diterbalikkan untuk dieramkan pada suhu 37˚C selama 24-

48 jam dalam inkubator. Setiap pencairan bagi semua sampel yang dilakukan

adalah menggunakan pencair fosfat butterfields.





ii) Hitungan Plat Agar

1 ml dari setiap pencairan sampel dipipetkan ke dalam piring petri secara

duplikat. Kemudian agar (Plate count agar) dituangkan ke dalam piring petri dan

diputarkan mengikut angka 8 seterusnya piring-piring petri diterbalikkan dan

dieramkan pada 37C selama 24-48 jam didalam inkubator.





iii) Yis dan kulat

1 ml dari setiap pencairan sampel dipipetkan ke dalam piring petri

secara duplikat. Kemudian Potato Dextrose Agar (PDA) dituangkan dan

dicampurkan dengan rata. Agar dibiarkan pejal dan piring petri diterbalikkan

dan dieramkan pada 37C selama 24-48 jam didalam incubator.





iv) Salmonella spp. Dan Vibrio spp.

Pengenalpastian Salmonella spp. dan Vibrio spp. dilakukan dengan

menggunakan Easy Stamp SAL (Komed Co.,Ltd) dan Easy Stamp VRO (Komed

Co.,Ltd). Dimana kaedah ini merupakan satu kaedah pengesanan pantas





64

bakteria patogenik. 1 ml dari setiap pencairan dipipetkan keatas plat media

secara aseptic (duplikat). Kemudian plat media diinkubatkan pada 37C selama

24 jam. Kehadiran Salmonella spp ditunjukkan oleh koloni berwarna merah

manakala Vibrio spp pula ditunjukkan oleh koloni kuning atau hijau.







v) E.coli dan Koliform

E.coli dan koliform ditentukan dengan menggunakan petrifilem 3M. 1 ml

dari setiap pencairan sampel dipipetkan keatas petrifilem seterusnya

diinkubatkan pada 37C selama 48 jam. Kehadiran E.coli ditunjukkan oleh koloni

berwarna biru kemerahan dengan atau tanpa gelembung gas, manakala

kehadiran koliform ditunjukkan oleh koloni biru dengan atau gelembung gas.





vi) S. aureus

1 ml sampel dari setiap pencairan dipipetkan ke dalam piring petri,

kemudian agar Baird-Parker yang ditambah dengan egg-yolk dituangkan dan

dicampurkan dengan rata. Agar dibiarkan pejal dan piring petri diterbalikkan

seterusnya dieram pada 37C selama 24-48jam.









vii) Pengiraan koloni

Pengira koloni digunakan untuk penghitungan koloni bakteria yang

dikulturkan. Plat-plat yang mana koloninya tersebar dengan seragam, bebas dari

koloni bercantum „spreader‟ dan mengandungi bilangan koloni antara 30 hingga

300 (countable plate) dipilih. Bilangan purata koloni dari plat-plat yang dipilih

yang telah dibuat secara duplikat dikira.









65

KEPUTUSAN



Jadual 1: Keputusan TPC untuk Pengendali dan Peralatan

Jenis Jenis premis Bilangan Mikroorganisma ( CFU/ml)

Mikroorganisma

Tangan Gelas Sudu Pinggan Meja Papan

pemotong

Masak Dalam

8.91 x 103 4.57 x103 3.16 x 106 3.09 x104 2.19 x 104 3.80 x104

Cahaya

3.16 x 106 1.15 x107 1.35 x 105 8.91 x103 4.36 x105 3.63 x106

Gemilang

Hitungan Plat

3.55 x 106 1.55 x103 3.55 x106 3.31 x 103 2.88 x106 3.31 x106

Harapan

Agar 4.17 x 105 1.86 x107 2.08 x 106 1.91 x104 2.24 x105 2.34 x106

Aman

2.45 x 106 5.50 x102 3.98 x 105 2.04 x104 3.24 x103 2.34x103

Kembara



Masak Luar

2.45x104 3.24 x104 1.99 x105 3.47 x103 1.45 x105 1.66 x106

Bakti

1.51 x 104 2.40 x106 2.63 x106 4.26 x102 1.04 x106 8.51 x105

Canselori

1.55 x104 2.14 x102 2.14 x102 2.18 x102 7.58 x103 2.04 x106

Mawar Merah

3.47 x102 2.51 x106 7.94 x103 1.55 x104 3.63 x105 2.69 x106

Dewan Budaya









66

Jadual II: Keputusan TPC untuk sampel makanan

Jenis Jenis premis Bilangan Mikroorganisma ( CFU/ml)

Mikroorganisma

Nasi Putih Ayam Daging Telur Kari Ikan Sayur

Goreng Goreng

Masak Dalam

4.67x104 7.08x104 3.09x104 5.62x104 8.13x104 1.62x105

Cahaya

3.02x104 6.61x105 2.75x104 8.32x104 9.77x103 3.16x104

Gemilang

3.72x104 3.55x105 2.45x105 2.45x105 2.75x106 5.37x104

Harapan

Hitungan Plat 2.34x106 3.31x105 2.82x105 1.12x105 1.58x105 3.16x105

Aman

3.23x105 3.72x105 2.24x105 2.82x105 4.47x106 2.69x106

Agar Kembara



Masak Luar

TNTC TNTC TNTC 6.31x106 8.13x106 6.31x105

Bakti

4.37x106 TNTC TNTC 5.01x106 3.24x106 8.13x106

Canselori

6.76x104 6.76x104 1.58x105 8.13x105 5.01x106 6.46x104

Mawar Merah

2.04x107 1.78x107 1.35x107 6.46x105 6.31x106 5.62x106

Dewan Budaya



TNTC-Too Numerous To Count









67

Jadual III: Keputusan kiraan koliform dalam sampel makanan







Jenis Jenis premis Bilangan Mikroorganisma CFU/ml

Mikroorganisma

Nasi Putih Ayam Daging Telur Kari Ikan Sayur

Goreng Goreng

Masak Dalam

1.20x105 7.60x104 1.07x105 7.80x104 1.15x105 8.71x104

Cahaya

7.89x104 6.30x103 9.01x103 1.35x103 3.63x103 1.32x104

Gemilang

8.30x104 1.30x104 3.89x104 9.55x104 8.91x104 7.58x104

Harapan

koliform 7.10x104 1.40x104 4.10x104 3.63x104 6.45x104 3.89x104

Aman

5.80x104 1.10x104 3.90x104 5.88x104 7.76x104 2.75x104

Kembara

Masak Luar

8.30x104 7.10x104 1.40x105 6.61x104 7.41x104 ND

Bakti

3.90x104 1.20x104 1.15x104 1.17x105 ND 7.60x103

Canselori

1.80x103 1.80x103 1.45x104 1.00x105 7.41x104 ND

Mawar Merah

8.30x104 7.20x104 2.45x105 5.70x105 8.32x104 ND

Dewan Budaya



ND- not detected









68

Jadual IV: Keputusan Salmonella dalam makanan







Jenis Jenis premis Bilangan Mikroorganisma( CFU/ml)

Mikroorganisma

Nasi Putih Ayam Daging TelurGoreng Kari Ikan SayurGoreng



Masak Dalam

Cahaya 1.34x102 4.50x101 9.10x101 3.63x103 3.63x103 4.07x103

Gemilang ND ND ND ND 1.88x103 ND

Harapan 4.50x101 1.34x101 ND ND ND ND

Aman ND ND 1.34x101 ND ND ND

Kembara 4.50x101 4.50x101 4.50x101 ND ND ND



Salmonella spp

Masak Luar

Bakti 2.29x102 2.34x102 ND ND ND ND

Canselori ND 9.1x101 ND ND ND ND

Mawar Merah ND ND 4.50x101 ND ND ND

Dewan Budaya ND ND 4.50x101 ND ND ND







ND- not detected ;TNTC- too numerous to count;









69

Jadual V: Keputusan Vibrio spp. dan S. aureus dalam makanan



Jenis Jenis premis Bilangan Mikroorganisma ( CFU/ml)

Mikroorganisma

Nasi Putih Ayam Daging Telur Kari Ikan Sayur

Goreng Goreng

Masak Dalam

3.63x102 1.00x103 4.07x102 1.78x103 1.78x103 1.78x103

Cahaya

4.50x101 ND 4.50x101 2.24x103 ND 4.46x102

Gemilang

4.50x101 6.16x101 ND 8.71x103 1.78x103 8.51x103

Harapan

Vibrio spp. 2.75x102 8.13x102 2.75x102 1.78x103 ND 2.29x103

Aman

4.50x101 4.50x101 9.10x101 9.12x102 ND ND

Kembara

Masak Luar

3.63x102 1.05x103 1.82x103 1.35x103 4.57x102 5.88x103

Bakti

ND 8.71x102 8.71x102 9.12x102 1.35x104 ND

Canselori

ND ND ND ND ND ND

Mawar Merah

1 1

ND 4.50x10 4.50x10 ND ND ND

Dewan Budaya

Masak Dalam

Cahaya 4.07 3.63 3.63 2.75x101 6.31x101 9.12

Gemilang ND 1.35 2.75 1.82x101 9.55x101 5.88x101

Harapan ND 2.75 2.29 2.75x101 1.32x102 8.71x101

S.aureus Aman 2.29 5.49 2.29 ND 1.05x102 5.88x101

Kembara 2.29 2.29 1.82 ND 2.29x101 4.47



Masak Luar

Bakti 4.07 1.50x101 1.45x101 9.12 2.75x102 8.71x101

Canselori 4.07 1.55x101 2.39x101 1.35x101 3.63x101 3.63x101

Mawar Merah ND 4.07 ND 3.16x101 5.88x101 5.49x101



70

Dewan Budaya ND 1.26x101 1.45x101 1.82x101 2.75x101 2.29x101

ND- not detected









71

72

PERBINCANGAN





Jadual I menunjukan keputusan pengiraan TPC ke atas sampel-sampel

peralatan dan pengendali makanan yang dikaji. Tangan pengendali makanan,

kategori masak di dalam mempunyai nilai TPC melebihi daripada piawaian

Peraturan Makanan 1985 (kecuali kafetaria Cahaya) daripada yang masak di

luar. Keputusan nilai TPC yang tinggi menunjukkan bahawa pengendali

makanan tidak mematuhi peraturan kebersihan diri seperti tidak mencuci tangan

dengan cara yang betul atau mempunyai kuku yang panjang.



Bagi gelas dan sudu kesemua kafetaria mempunyai kiraan TPC lebih

tinggi daripada piawaian 105 CFU/ml kecuali kafetaria Cahaya, Harapan,

Kembara, Bakti, Mawar Merah dan Dewan Budaya. mempunyai TPC lebih tinggi

daripada piawaian 106 CFU/ml. Untuk pinggan, hanya Canselori dan Mawar

Merah mempunyai nilai TPC 10 -10 CFU/ml, melebihi piawaian Peraturan Makanan

1985 kecuali kafetaria Kembara mempunyai kiraan TPC yang rendah.

Penggunaan papan pemotong yang sama untuk setiap pemotongan bahan

merupakan punca peningkatan kiraan TPC. Terdapat sisa-sisa bahan mentah

yang dipotong terlekat selepas pencucian dan ini merupakan punca kontaminasi

bersilang. Kafetaria yang menyimpan peralatan di dalam almari, dapat

mengurangkan kadar kontaminasi disebabkan oleh udara, habuk dan serangga

perosak. Pengunaan agen pencuci yang tidak sesuai dan air bilasan yang tidak

bersih merupakan salah satu faktor yang menyebabkan bilangan TPC yang

tinggi di dalam peralatan.

Kiraan TPC (jadual II) untuk nasi putih didapati melebihi Peraturan

Makanan 1985 (>105 CFU/mL) di kafetaria masak di luar (Kembara, Bakti,

Canselori dan Dewan Budaya) kecuali Aman yang masak di dalam. Semua

sampel makanan mempunyai TPC melebihi Peraturan Makanan 1985 (>10 6





73

CFU/ml). TPC yang tinggi daripada Peraturan Makanan 1985 berkemungkinan

disebabkan makanan disediakan lebih awal dan dibiarkan lama pada suhu bilik.

Keadaan ini menyebabkan peningkatan pembiakan mikroorganisma. Selain

daripada itu, makanan mungkin tidak dimasak secukupnya dan apabila dibiarkan

pada suhu bilik, mikroorganisma akan membiak semula.

Kesemua jenis makanan yang dikaji mempunyai kiraan koliform yang

tinggi (jadual III). Mengikut Peraturan Makanan 1985 untuk daging dan ikan,

kiraan koliform tidak boleh melebihi 5x103 CFU/ml. Kiraan yang tinggi

menunjukkan keadaan penyediaan dan sanitasi yang kurang memuaskan,

pencemaran bersilang atau suhu penstoran yang tidak sesuai. Kewujudan

koliform dalam makanan terproses mungkin disebabkan sanitasi yang kurang

memuaskan. dan Dewan Budaya). Hanya sayur goreng daripada Bakti, Mawar

Merah dan Dewan Budaya telah dikesan dengan koliform. Pada semua sampel

makanan yang dikaji E. coli tidak dapat dikesan.



Yis dan kulat didapati tinggi (>10-1 koloni) dalam semua jenis makanan

dari semua kafetaria. Jumlah yang tinggi menunjukkan keadaan amalan sanitasi

oleh pengendali makanan yang kurang memuaskan. Pencemaran bersilang dan

suhu di mana makanan dihidangkan mungkin tidak sesuai dan mengakibatkan

kepada peningkatan jumlah organisma ini di dalam makanan. Masalah ini dapat

dikurangkan dengan mencuci dan mensanitasikan peralatan penyediaan

makanan dengan menggunakan kaedah yang betul serta air yang bersih.

Salmonella spp. dikesan pada sampel nasi, ayam dan daging dari semua

kafetaria kecuali di kafetaria Cahaya, Harapan, Kembara dan Bakti.

Mikroorganisma Salmonella spp. sepatutnya tidak terdapat di dalam makanan.

Kontaminasi mikrob ini menunjukkan pencemaran daripada haiwan kepada

makanan telah dimasak kemungkinan melalui tangan, peralatan dan

persekitaran. Dalam makanan terproses mikroorganisma ini disebabkan

kontaminasi bersilang di antara pengendali atau peralatan dengan makanan.

Makanan mungkin tidak diproses secukupnya untuk memusnahkan

mikroorganisma. Cara penyimpanan makanan yang tidak sempurna boleh

meningkatkan pembiakan mikroorganisma terutama dalam makanan berprotein.





74

Daripada jadual V, Vibrio spp. didapati pada sampel nasi putih, ayam,

daging, kari ikan, telur goreng dan sayur pada hampir semua kafetaria masak di

dalam. Makanan berkemungkinan tercemar dengan najis dan organisma ini

semasa penyediaan terutama melalui jangkitan melalui pengendali makanan dan

persekitaran tidak bersih atau bila bahan makanan dicuci dengan air tercemar.

Jangkitan juga boleh berlaku melalui makanan laut yang tidak dimasak dengan

baik. Vibrio spp. membiak dengan pantas pada 20-30ºC.

S. aureus dikesan pada hampir semua jenis makanan pada takat rendah.

Organisma ini tidak sepatutnya dikesan dalam sampel makanan.

Mikroorganisma ini terdapat pada kulit manusia, hidung dan tekak manusia Mod

utama jangkitan makanan oleh S.aureus adalah daripada pengendali makanan.

Kewujudan bakteria berkemungkinan disebabkan melalui sentuhan dengan

makanan yang telah dimasak dan dibiarkan pada suhu bilik untuk beberapa jam.

Pada suhu bilik berlaku pergandaan mikrob dan penghasilan enterotoksin

mungkin dihasilkan. Teknik pencucian tangan yang betul, penggunaan peralatan

dan penyediaan makanan yang bersih menghalang pemindahan bakteria ini ke

makanan.





KESIMPULAN

Daripada projek yang dijalankan terdapat beberapa perkara yang boleh

dibuat kesimpulan. Antaranya adalah:

i. Kurang kebersihan diri di kalangan pengendali makanan contohnya

mencuci tangan dengan cara yang betul, memakai apron dan topi yang

bersih. Ini dikesan dengan wujudnya S. aureus dalam makanan

ii Penyimpanan barang makanan di tempat yang kurang sesuai.

iii Makanan tidak dimasak dengan mencukupi dan disaji pada suhu yang

tidak sesuai menyebabkan pembiakan bakteria semasa holding–time.

iv Pencemaran bersilang berlaku semasa makanan diangkut dari luar

kedalam kampus dengan pengangkutan dan peralatan untuk menyimpan

makanan yang kurang sesuai.









75

v. Makanan tidak diletak didalam bekas yang sesuai dari segi pengawalan

suhu.

vi Tempat penyimpanan peralatan untuk makanan yang tidak sesuai.

vii Tempat penyediaan, pencucian dan peralatan untuk penyediaan makanan

yang tidak sesuai, contohnya di tepi parit dan longkang





MASALAH

Di sesetengah kafeteria, kurang mendapat kerjasama di kalangan pengendali

makanan.





SARANAN

1. Keperluan utama untuk memperbaiki infrastruktur kafeteria yang sedia

ada supaya lebih sesuai dan dapat membantu mencapai objektif Kampus

Sejahtera.



2. Memberi penerangan berkaitan dengan keselamatan makanan kepada

semua pihak desasiswa.

3. Menggunakan keputusan projek sebagai salah satu kaedah untuk

memantau tahap kebersihan makanan di kafeteria.

4. Pengawasan berterusan dari segi penyediaan makanan, penstoran, dan

peralatan dari pihak desasiswa.

5. Pemprosesan makanan di kafeteria hanya dilakukan dalam kampus untuk

memudahkan aktiviti pemantauan.

6. Mengadakan ceramah berkaitan dengan kebersihan makanan dari masa

ke semasa kepada pengusaha kafeteria.

7. Keputusan projek dimaklumkan kepada pihak Jawatankuasa

Penguatkuasaan Perlaksanaan Kafeteria dan Premis Perniagaan untuk

melaporkan tahap kebersihan premis makanan berkenaan supaya

tindakan selanjutnya boleh diambil(Apendik I).









76

KEPENTINGAN HASIL PROJEK

Daripada projek yang dijalankan, diperhatikan keputusan analisis

mikrobiologi bagi semua analisis untuk peralatan dan sampel makanan adalah

kurang memuaskan. Beberapa saranan telah dicadangkan bagi mengatasi

masalah tersebut. Antara kepentingan hasil projek yang diperolehi adalah

diadakan langkah pemantauan yang seterusnya. Pemantauan boleh dilakukan

untuk mengenalpasti tahap kebersihan di setiap kafetaria pada masa yang akan

datang. Melalui kaedah ini, ia dapat mempertingkatkan tahap kebersihan

peralatan dan kualiti makanan di semua kafetaria.









77

APENDIKS I



Untuk tindakan Jawatankuasa Penguatkuasaan Pelaksanaan Kafetaria dan

Premis Perniagaan berdasarkan pengiraan mikrobiologi makanan di

kafetaria



Masalah dan punca Tindakan

masalah

a) Kurang kebersihan diri  mesti sentiasa memakai apron dan penutup





78

di kalangan kepala

pengendali makanan  Membasuh tangan sebelum mengendali

makanan yang telah dimasak

 Tidak merokok, mengendalikan wang

pembayaran atau memegang kain pencuci jika

sedang mengendalikan makanan yang telah

dimasak

 Tangan perlu dibasuh dengan baik selepas

keluar dari tandas

 Kuku mesti dipastikan sentiasa pendek

 Memakai sarung tangan pakai-buang jika

perlu

b) Penyimpanan  Bekas simpanan makanan yang telah dimasak

makanan di tempat perlulah sesuai seperti plastik penyimpanan

yang sesuai makanan yang tahan suhu tinggi dan talam

penghidang makanan.

 Telur yang belum dimasak tidak dibenarkan

diletakkan berdekatan dengan makanan yang

telah dimasak.

c) Makanan tidak  Masak pada suhu yang tinggi dan untuk masa

dimasak dengan yang singkat.

mencukupi dan ini  Makanan telah dimasak awal,perlu disimpan

menyebabkan bukan pada suhu pembiakan bakteria(suhu

pembiakan bakteria bilik).

semasa dihidangkan

d) Pencemaran silang  Pengendali yang mengendalikan wang, kain

pencucian meja dan peralatan perlu mencuci

tangan dengan sempurna sebelum

mengendalikan makanan yang telah dimasak.

 Sudu pencedok makanan tidak dibenarkan

jatuh ke dalam makanan yang telah dimasak.

 Tempat untuk menyimpan peralatan yang

telah bersih hendaklah disimpan di tempat

e) Makanan diletakkan  Makanan yang telah dihidangkan perlu ditukar

dalam bekas yang dengan makanan yang masih panas selepas

sesuai dari segi pendedahan lebih daripada tiga jam

pengawalan suhu  Papan pemotong hendaklah dibersihkan

setiap kali untuk bahan makanan yang

berlainan.

f) Tempat pencucian dan  Pembasuhan peralatan untuk menghidang

penyediaan makanan dan penyediaan makanan tidak dibenarkan

yang tidak sesuai dilakukan berhampiran atau di tepi longkang.

 Peralatan yang telah dibersihkan hendaklah

disimpan di tempat yang bersih, kering dan

kemas.







79

80

Projek 2:







Tahap Mikronutrien dalam Makanan









81


Related docs
Other docs by HC111123103028
Current
Views: 6  |  Downloads: 0
Lessons from Geese
Views: 3  |  Downloads: 0
T4 - SMK Raja Perempuan, Ipoh
Views: 12  |  Downloads: 0
45168
Views: 2  |  Downloads: 0
Madisonville Community College
Views: 8  |  Downloads: 0
Matches
Views: 4  |  Downloads: 0
Chapter 12
Views: 0  |  Downloads: 0
rrinstructions
Views: 1  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!