Embed
Email

HURAIAN RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Document Sample
HURAIAN RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Shared by: HC11112309267
Categories
Tags
Stats
views:
24
posted:
11/23/2011
language:
Malay
pages:
34
HURAIAN RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

TAHUN 4





Minggu 1 2 Waktu

Tunjang 1PJ Kecergasan

Tajuk Daya Tahan Kardiovaskular



Isi 1. Definisi – Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan jantung dan sistem

peredaran darah membekalkan oksigen kepada sel-sel

badan semasa melakukan aktiviti dalam tempoh masa yang lama

2. Mengira dan mengesan nadi sebelum dan selepas bersenam

3. Fartlek



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Mengesan dan mengira nadi

- meletakkan 2 jari di leher

- kira denyutan nadi selama 10 saat

- darab bilangan denyutan nadi dengan enam



2. Mengira kadar nadi selepas bersenam

- berlari setempat selama 3 minit

- kira denyutan nadi selama 10 saat



3. Fartlek

a) Bangkit tubi ( 30 saat )

- baring dan bengkokkan lutut

- kedua-dua belah tangan disilang di atas dada

- naik dan turunkan badan berulang-ulang seberapa banyak yang boleh.

 ( Meningkatkan kekuatan daya tahan otot abdomen serta paha )



b) Lompat jauh berdiri ( jarak lompatan bebas )

- berdiri di belakang garisan

- bengkokkan lutut berdiri di atas bebola kaki

- hayun tangan ke belakang

- lompat sejauh mungkin sambil menghayunkan tangan ke hadapan.

- Mendarat dengan kedua-dua belah kaki sambil membengkokkan lutut.

- ( Meningkatkan kekuatan otot kaki )



c) Jangkauan melunjur ( jarak jangkauan dalam sentimeter )

- duduk berlunjur

- lutut dibengkokkan sedikit

- luruskan tangan sambil menjangkau sejauh mungkin

- kekalkan kedudukan selama 3 saat

- ulang sebanyak 3 kali dan rekodkan jarak yang terbaik.

( Meningkatkan kelenturan bahagian belakang )



d) Tekan tubi ( ulangan dalam tempoh 30 saat )

- kedua-dua tapak tangan di lantai, tangan dibuka seluas bidang bahu

- kaki rapat diluruskan

- bagi murid perempuan, kedua-dua lutut di lantai

- turunkan badan sehingga siku bersudut 90%

- ulang sebanyak mungkin dengan badan senantiasa lurus

- ( senaman ini meningkatkan daya tahan otot lengan dan bahu)

e) lari ulang -alik ( tempoh dalam saat jarak dalam 10 meter )

- Cadangan : gelanggang takraw / badminton

- Bersedia di belakang garisan

- Lari sejauh 10 meter dan sentuh garisan

- Berpatah balik dan sentuh garisan permulaan

- Lakukan larian ulang - alik sebanyak 4 kali secara berterusan.

- Masa diambil setelah tamat larian.

- ( meningkatkan ketangkasan dan kelajuan )



f) berlari atau berjalan ( jarak dalam meter)

Cadangan : gelanggang permainan.

- berlari atau berjalan selama 10 minit.

- catatkan jarak setelah tamat aktiviti

- ( meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan daya tahan

otot kaki)







Minggu 2 1 Waktu

Tunjang 3PJ Kesukanan

Tajuk Keselamatan di tempat permainan

Isi 1. Definisi - Bahaya di tempat permainan termasuk penggunaan peralatan

permainan yang rosak , tingkah laku yang membahayakan dan

bahaya daripada orang yang tidak dikenali.

2. Mengetahui bahaya di tempat permainan

3. Cara menjaga keselamatan di tempat permainan

Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Menceritakan tentang pengalaman di tempat permainan.

2. Menyatakan peraturan yang perlu dipatuhi semasa berada di taman

permainan. Cth:

- mengikut giliran

- disiplin

- tidak merosakkan alatan permainan

- mendengar arahan

3. Senaraikan 5 tingkah laku yang berbahaya ( berdasarkan gambar sebuah

taman permainan).Cth:

- berebut-rebut

- bertolak-tolakan

- menyalahgunakan alatan

4. Main peranan secara kumpulan- lakonan aktiviti yang berbahaya dan

mengikut peraturan di taman permainan berdasarkan gambar.

Pengayaan : - Menyenaraikan 5 tingkah laku yang betul dan selamat di

taman permainan di dalam buku folio.

- Menulis karangan autobiografi bertajuk “ Aku Sebuah Taman

Permainan yang Selamat”

Minggu 2 1 Waktu

Tunjang 1PK Kesihatan Diri dan Keluarga

Tajuk Kesihatan Diri

Isi 1. Definisi – Murid memahami bahawa akan berlaku perubahan diri fizikal dalam

peringkat pertumbuhan dan perkembangan diri.

2. Membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri- akil baligh







Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Membanding dan membincangkan gambar seorang kanak-kanak dan

seorang remaja.

2. Menyatakan sebab-sebab berlaku perubahan.Cth:

- perubahan hormon

- perubahan usia

- perubahan fizikal

3. Menerangkan maksud akil baligh.Cth:

- cukup umur, permulaan peringkat dewasa

4. Menjawab soalan-soalan akil baligh secara lisan

- permulaan kematangan dari segi jasmani, rohani, mental, sosial, dan

seks.

5. Aktiviti kumpulan ( menyenaraikan perubahan fizikal semasa akil baligh )

- Badan lebih berpeluh kerana kelenjar peluh sangat aktif.

- Jerawat mula tumbuh di muka

- Bulu mula tumbuh di bahagian kekal dan kawasan genital

- Organ jantina menjadi lebih matang dan membesar

- Badan menjadi lebih tinggi dan berat

- Lelaki- suara menjadi lebih garau

- otot menjadi lebih kuat

- berlaku ihtilam ( terkeluar air mani sewaktu tidur)

- Perempuan - pertumbuhan payu dara

- punggung membesar

- kedatangan haid bermula

Pengayaan : Perbendaharaan kata ( mencari maksud)

- akil baligh

- matang

- suara garau

- kelenjar peluh

- haid

- ihtilam

- sistem endokrin

- merembes

- hormon

- larinks

- pelvis

Minggu 3 2 Waktu

Tunjang 1PJ Kecergasan

Tajuk Daya Tahan Otot



Isi 1. Kekuatan otot kaki

a) Ketingting dalam jarak 10 meter

b) Lompat 2 belah kaki sambil bergerak

c) Ketingting dan lompat ke pelbagai arah



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Kekuatan otot kaki

a) Ketingting dalam jarak 10 meter

- depa kedua- dua tangan

- bengkokkan sebelah kaki

- lompat dengan sebelah kaki

b) Lompat 2 belah kaki sambil bergerak

- berdiri tegak dan kaki rapat

- bengkokkan lutut dan lompat ke hadapan

c) Ketingting dan lompat ke pelbagai arah

- ke hadapan

- ke belakang

- ke sisi kanan

- ke sisi kiri

Permainan kecil : Police Centry







Minggu 4 1 Waktu

Tunjang 3PJ Kesukanan

Tajuk Keselamatan Alatan Permainan



Isi 1. Mengetahui cara menjaga peralatan sukan dengan selamat

2. Menjaga padang dan gelanggang



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Cara menjaga peralatan sukan dengan selamat

( di stor sukan / di padang permainan)

a) Mengenalpasti peralatan rosak, kotor, dan bercampur ( berselerak )

b) Membaikpulih serta menjaga peralatan sukan.Cth:

- mengepam bola yang kekurangan angin

- menyusun peralatan di tempat yang sesuai

- memastikan peralatan yang disusun mengikut jenis sukan

c) Menyenaraikan kesan-kesan menggunakan peralatan yang rosak. Cth:

- menyebabkan kecederaan

- mengotorkan kawasan

d) Menyenaraikan cadangan dan cara menjaga peralatan sukan.Cth:

- menyediakan jadual tugasan

- mencatatkan alatan yang dipinjam.

2. Menjaga padang dan gelanggang

a) Mengenalpasti keadaan gelanggang dan tindakan murid yang boleh

membawa bahaya. Cth:

- bergayut di palang gol, tiang gol berkarat, padang berlubang, bermain di

luar kawasan yang ditetapkan.

Minggu 4 1 Waktu

Tunjang 1PK Kesihatan Diri dan Keluarga

Tajuk Kesihatan Diri



Isi 1. Keperluan menjaga kesihatan tubuh badan dan anggota

2. Pengurusan diri yang sempurna

a) Mendapatkan pemeriksaan kesihatan

b) Penyalahgunaan ubat



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Keperluan menjaga kesihatan tubuh badan dan anggota

Contoh: pakaian dan badan yang bersih penting supaya tidak mudah

dijangkiti penyakit.

a) Melakonkan aktiviti kebersihan dan menamakan aktiviti tersebut.

- mandi, gosok gigi, sikat rambut, berpakaian kemas

b) Mencadangkan cara mengamalkan kebersihan diri yang betul

-cara menggosok gigi dan memilih berus gigi yang sesuai.



2. Pengurusan diri yang sempurna

a) Mendapatkan pemeriksaan kesihatan. Cth:

- menerangkan kepentingan mendapatkan rawatan secara berkala

- cth: rawatan gigi 3 bulan sekali

b) Penyalahgunaan ubat

- menerangkan kesan penyalahgunaan ubat

cth: menyebabkan maut



3. Menyanyikan lagu “ Mandi Pagi” mengikut rentak lagu “ Trek Tek-Tek” atau

“ Rasa Sayang Eh”





Minggu 5 1 Waktu

Tunjang 2PJ Kemahiran

Tajuk Permainan Hoki



Isi 1. Sejarah dan latar belakang

2. Cara menghantar bola

a) menolak

b) memukul



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Sejarah dan latar belakang

a) Penerangan mengenai sejarah dan latar belakang hoki

- Berasal dari Greek tahun 2,000 SM

- Tahun 1365 diperkenalkan di England .

- Tahun 1892 diperkenalkan di Malaysia oleh tentera Inggeris

- Tahun 1904 perlawanan pertama telah diadakan di antara Selangor

dan Singapura

- Antara jaguh hoki di negara Malaysia ialah Minarwan Nawawi,

S. Kuhan, dan Chua Boon Huat.

2. Kemahiran menghantar bola

a) Menolak

i. Genggaman (grip)

- Genggaman kayu seperti yang ditunjukkan untuk mengelecek bola.

- Jarak antara tangan boleh dibuat mengikut kesesuaian.

ii. Kedudukan badan dan bola

- Badan bongkok dan lutut bengkok sedikit, kaki langkah

- Bahu kiri menuju ke sasaran

- Mata sentiasa melihat bola

- Berat badan pada kaki kanan

- Bola di hadapan badan, di luar bahu dan berdekatan kaki kiri

iii. Kedudukan kayu

- Permukaan kayu menyentuh bola

iv. Cara melakukan kemahiran

- gerakkan kedua-dua lengan tangan dengan pantas dan kuat, tolak

bola dengan tangan kanan dan tarik kayu dengan tangan kiri pada

masa yang sama.

- ketika menolak bola, berat badan pada kaki kanan dipindah ke kiri

dan pastikan ada ikut lajak.

b) Memukul

i. Genggaman (grip)

- tangan kiri di atas kayu dan tangan kanan rapat dengan tangan

kiri.

ii. Kedudukan badan dan bola

- bahu kiri menghadap ke arah sasaran

- siku bengkok sedikit

- posisi bola di hadapan badan

iii. Kedudukan kayu

- hayun kayu ke belakang

iv. Cara melakukan kemahiran

- pindah berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri.

- kedua-dua siku diluruskan semasa memukul bola .

- mata pandang bola

- ikut lajak

c) Permainan kecil

- Bahagikan kepada beberapa kumpulan dan adakan

pertandingan bersyarat ( kemahiran baru yang diajar)

cth: A lawan B dan C lawan D





Minggu 6 1 Waktu

Tunjang 1PJ Kecergasan

Tajuk Daya Tahan Kardiovaskular



Isi 1. Definisi - Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan jantung dan sistem

peredaran darah membekalkan oksigen kepada sel-sel

badan semasa melakukan aktiviti dalam tempoh masa yang lama



2. Senamrobik



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Senamrobik

- berjalan pantas

- berjoging

- berlari

- berenang

- mengayuh sampan

- merentas desa

- menaiki tangga

- berbasikal

- bersenam skip

 boleh menyusun kegiatan mengikut latihan fartlek

Minggu 6 1 Waktu

Tunjang 1PK Kesihatan Diri dan Keluarga

Tajuk Kesihatan Diri



Isi 1. Pengurusan Diri – Kebersihan pakaian



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Pengurusan Diri- Kebersihan pakaian

a) Menyenaraikan ciri-ciri kebersihan yang terdapat di dalam gambar yang

disediakan.

Cth: cantik, kemas, menarik

b) Soal jawab mengenai ciri-ciri pakaian bersih yang seharusnya diamalkan

oleh murid sekolah

Cth: - kasut- hendaklah putih dan bersih

- uniform sekolah- digosok dan bersih,

- stoking- tidak berbau busuk

c) Menyatakan kesan-kesan memakai pakaian yang kotor dan lembab

Cth: - i. Mudah dijangkiti penyakit kulit ( kudis buta, kurap, panau)

ii. Penampilan diri yang tidak menarik.

iii. Kesan sosial ( akan dijauhi oleh rakan-rakan)

d) Aktiviti kumpulan – melakonkan watak seorang ayah yang menasihati

anaknya tentang pentingnya menjaga kebersihan pakaian.

*Pengayaan: Meminta murid mencari maklumat mengenai petua-petua

rawatan tradisional berkaitan penyakit kulit.

Cth: Kurap, panau, bisul, gatal-gatal kulit, dan kudis buta.





Minggu 7 2 Waktu

Tunjang 2PJ Kemahiran

Tajuk Permainan - Hoki



Isi 1. Menerima dan mengawal bola

2. Mengelecek bebas



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Menerima dan mengawal bola

a) Dari hadapan

i. Genggaman

- Genggam kayu secara hendak mengelecek

- Genggam kayu tegak dengan tangan kiri sedikit ke hadapan dari

kepala kayu.

- Kayu hoki dicondongkan dan permukaannya mengadap bola.

ii. Kedudukan badan dan bola

- Berdiri kangkang dengan selesa

- Badan mengadap bola yang datang dan di belakang kayu

- Mata sentiasa perhatikan bola sehingga ia sentuh kayu.

- Kedua-dua lutut dibengkokkan sedikit.

iii. Kedudukan kayu

- Kayu hoki dicondongkan dan permukaannya menghadap bola.

iv. Cara melakukan kemahiran

- Bergerak supaya badan dan kayu selari dengan arah datang bola.

- Apabila bola terkena kayu, tolak kayu ke hadapan dan tahan bola

di sudut siku kayu di atas padang.

- Tahan bola di hadapan badan dan sedia untuk membuat hantaran

atau melepaskan bola bagi rakan.

- Pastikan bola tidak terkena kaki.

- Jika bola ditahan dekat kaki kanan, berat badan ke kaki kanan

- Jika bola ditahan dekat kaki kiri, berat badan ke kaki kiri

- Apabila bola melalui sebelah kiri badan, kilas kayu dengan cepat

- Tahan bola dan kawal bola di hadapan badan dengan cepat.



2. Mengelecek bebas

Tujuan: untuk mara ke hadapan dengan cepat apabila pemain tidak dikawal.

a)Genggaman (grip)

- Tangan kiri di bahagian atas kayu dan tangan kanan

di pertengahan ( tujuan: kawalan bola lebih berkesan)

- Bola digerakkan dengan beberapa pukulan „kecil‟

- Pastikan bola tidak dipukul terlalu jauh sehingga

menyebabkan bola tidak dapat dikawal.

- Galakkan pemain memandang ke hadapan.

- Posisi bola di hadapan badan selari dengan bahu kanan.

- Bola sentiasa menyentuh kayu di bahagian muka rata.

- Genggaman tangan kanan longgar supaya bebas bergerak.

- Bola di hadapan badan tetapi hendaklah dikawal dengan baik.

3. Permainan kecil : Pertandingan antara kumpulan-

Membawa bola hoki mengelilingi skital

( menerima dan mengawal/ mengelecek bebas )



Minggu 8 1 Waktu

Tunjang 1PJ Kecergasan

Tajuk Kelenturan



Isi 1. Definisi - Kemampuan kita menggerakkan anggota tubuh pada semua

pergerakan yang mungkin tanpa berasa pedih atau sakit

2. Pergerakan bebas

3. Pergerakan kreatif



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Pergerakan bebas

- bertemakan suasana di tepi pantai

- cth: berenang, bermain bola, mencangkung,dan berguling

2. Pergerakan kreatif

a. bergerak seperti singa laut

b. menyusur seperti ular

c. berjalan seperti beruang

d. terbang seperti burung

e. bergayut seperti kera

f. merangkak seperti penyu



3. Permainan kecil

- melakukan pergerakan di sesuatu tempat mengikut kumpulan

cth : di zoo, di pasar, semasa ribut taufan dan semasa perang

Minggu 8 1 Waktu

Tunjang 1PK Kesihatan Diri dan Keluarga

Tajuk Kesihatan diri



Isi 1. Sistem pencernaan-

Definisi : Proses di mana makanan dihancurkan menjadi cecair dan

diserapkan ke dalam darah



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Sistem pencernaan

a) Menerangkan tentang bagaimana proses pencernaan berlaku melalui

mulut hingga ke dubur.

b) Menunjukkan gambar rajah yang berkaitan dengan organ-organ yang

terlibat dalam sistem pencernaan.

Cth: mulut, esofogus, hati perut, usus,kolon dan dubur

c) Menentukan fungsi organ-organ yang terlibat dalam sistem pencernaan.

Mulut - Dengan bantuan gigi dan air liur ,makanan dikunyah dan

menjadi lembut.

Esofogus - Makanan yang telah dikunyah bergerak melalui saluran

ini ke perut.

Perut - Makanan dicernakan menjadi bahan yang lebih halus.

Hati - Membantu proses pencernaan dengan menghasilkan

enzim dan lelehan hempedu.

Usus - Makanan menjadi seperti sup pekat dan nutrien makanan

diserapkan ke darah.

Kolon - Sisa makanan dihantar ke kolon menjadi tinja

Dubur - Tinja dikeluarkan melalui saluran ini

Pengayaan: Melabelkan bahagian-bahagian organ yang terlibat dalam

sistem pencernaan daripada gambar rajah yang diberikan.





Minggu 9 2 Waktu

Tunjang 1PJ Kecergasan

Tajuk Koordinasi



Isi 1. Definisi - Kebolehan menggunakan deria dan anggota badan untuk

melakukan pergerakan dengan lancar dan sempurna.

2 Golek dan tangkap bola berpasangan.

3 Lambung dan pukul bola kecil

4 Golek dan kawal gelung rotan.

Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Golek dan tangkap bola berpasangan

a) berpasangan dalam kedudukan berhadapan

b) seorang menggolek bola kepada pasangannya dan pasangannya

menangkap bola.

 Aktiviti ini dilakukan berulang kali

2. Lambung dan pukul bola kecil

a) Seorang murid memukul bola dan rakan-rakannya cuba menyambut

bola. ( Aktiviti dalam kumpulan )

3. Golek dan kawal gelung rotan

a) Murid menggolek gelung serta mengawal secara bebas.

 ( Aktiviti secara individu)

4. Permainan kecil: Pertandingan dalam kumpulan

Aktiviti : - menggolek dan tangkap

- lambung dan pukul bola. Murid yang sama memungut bola.

- golek dan mengawal gelung rotan

Minggu 10 1 Waktu

Tunjang 3PJ Kemahiran

Tajuk Gimnastik Artistik



Isi 1. Pendaratan



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Pendaratan

a) Lompatan ke hadapan dari peti lombol dan mendarat dengan dua

belah kaki

i. Berdiri di atas peti lombol. Rapatkan kaki.

ii. Pandang ke hadapan dan lompat

(hayun tangan semasa di udara)

iii. Mendarat dengan dua belah kaki

(lutut dibengkokkan sedikit ketika mendarat)

b) Lompatan ke sisi dari peti lombol dan mendarat dengan dua belah

kaki

i. Berdiri di atas peti lombol dan rapatkan kaki.

ii. Pandang ke hadapan dan lompat ke sisi

(hayun tangan ke hadapan semasa di udara)

iii. Mendarat dengan dua belah kaki

(lutut dibengkokkan sedikit ketika mendarat)

Arahan keselamatan: - Mendarat di atas rumput atau tilam

- Bengkokkan lutut sedikit semasa mendarat

untuk mengelakkan kecedaraan

- Pandang ke hadapan semasa melompat

supaya tidak jatuh

- Penyokong bersedia untuk membantu







Minggu 10 1 Waktu

Tunjang 3PK Kesihatan diri dan keluarga

Tajuk Perasaan



Isi 1. Definisi – Naluri dalaman seseorang individu.

2 Memahami perasaan

- mengenalpasti pelbagai perasaan



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Memahami perasaan

a) Mengenalpasti pelbagai perasaan

i. Menyatakan perasaan ketika menyambut „Hari Ibu‟

ii. Menyatakan tindakan yang wajar dilakukan semasa „Hari Ibu‟

cth: kad ucapan, memberi hadiah, mengadakan majlis jamuan

iii. Menerangkan beberapa contoh perasaan apabila menghadapi situasi

tertentu. Cth: marah, suka,sedih,mendapat kejayaan,dan cemas.

iv. Membuat mimik muka mengikut perasaan yang ditentukan oleh guru

v. Menyanyikan lagu “Bila Rasa Gembira”

Minggu 11 2 Waktu

Tunjang 1PJ Kemahiran

Tajuk Permainan

- Bola Sepak



Isi 1. Sejarah dan latar belakang

2 . Kemahiran menendang

a) Tendangan leret

b) Tendangan tinggi

c) Tendangan volley



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Sejarah dan latar belakang

a) Berasal dari Rome pada abad ke-9

b) Diperkenalkan oleh tentera British di Malaysia pada abad ke –19

c) Pada tahun 1927 Persatuan Bola Sepak Malaysia ditubuhkan.

d) Antara jaguh bola sepak yang terkenal ialah Allahyarham

Mokhtar Dahari dan Ghani Minhat



2. Kemahiran Menendang

a) Tendangan leret

i. Tendangan bola dengan bahagian kekura kaki

ii. Tendang di tengah-tengah belakang bola

b) Tendangan tinggi

i. Tendang bola dengan bahagian kekura kaki

ii. Tendang di bahagian bawah kaki.

c) Tendangan Volley

i. Menendang bola yang masih di udara



3. Permainan kecil

a) Pertandingan permainan kecil dengan menggunakan hanya kemahiran

menendang.







Minggu 12 1 Waktu

Tunjang 1PJ Kecergasan

Tajuk Kekuatan



Isi 1. Definisi – Mampu melakukan aktiviti yang lebih mencabar dan lasak.

2. Tolak beban berpasangan.

3. Golek bola segar dalam kumpulan





Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Tolak beban berpasangan

- Murid berpasangan. Seorang daripadanya berdiri tegak tanpa bergerak

dan pasangannya cuba menolak. ( dilakukan secara berulang kali)



2. Golek bola segar dalam kumpulan

- Murid membentuk bulatan dalam kumpulan.

- Bola segar dihantar mengikut bulatan sama ada lawan atau ikut

jam.(berulang kali)



3. Permainan kecil ( dalam kumpulan )

Aktiviti : meleret bola segar ke sempadan.

Minggu 12 1 Waktu

Tunjang 1PK Kesihatan diri dan keluarga

Tajuk Perasaan



Isi 1. Definisi - Naluri dalaman seseorang individu.

2. Memahami perasaan

a) Mengenalpasti pelbagai perasaan (penyelesaian masalah)



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Mengenalpasti pelbagai perasaan.

a) Menunjukkan beberapa keping gambar yang berkaitan dengan tajuk.

b) Menamakan perasaan yang dilihat di dalam gambar yang

ditunjukkan.

c) Mencari gambar-gambar yang menunjukkan pelbagai jenis perasaan di

dalam akhbar.

d) Menerangkan keperluan mengawal perasaan.Cth: Ketika sedih

menghadapi sesuatu kecelakaan.

e) Mengenalpasti keburukan akibat mengikut perasaan

(kaedah sumbangsaran)

Cth: Marah boleh membawa kepada pergaduhan

f) Cara-cara menyelesaikan masalah

- bertawakal

- berdoa

- bersabar dan bersyukur

- bertemu kaunselor

- meluahkan perasaan dengan rakan sebaya serta ibu bapa







Minggu 13 2 Waktu

Tunjang 2PJ Kemahiran

Tajuk Permainan bola sepak



Isi 1. Menahan bola

a) Bahagian kaki

b) Bahagian dada

c) Bahagian paha

2. Menggelecek

3. Menanduk

a) dekat

b) jauh

4. Melontar



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Menahan bola

a) Bahagian kaki

- angkat kaki sedikit untuk menahan bola

b) Bahagian dada

- condongkan badan ke belakang ketika menahan bola

c) Bahagian paha

-angkat paha ketika menahan bola



2. Menggelecek

a) Gunakan bahagian dalam kaki, luar kaki dan kekura kaki untuk mengawal

bola.

b) Pastikan bola dalam kawalan kaki semasa membawa bola.

3. Menanduk

a) Tandukan dekat

-Gerakkan kepala ke bola, tegangkan leher dan menanduk bola dengan

bahagian dahi.

- Pandang bola semasa menanduk

b) Tandukan jauh

-Condongkan badan sambil memerhati bola

-Gerakkan badan ke hadapan, menanduk bola dengan bahagian dahi.

-Pandang bola semasa menanduk.



4. Melontar

a) Perhatikan kedudukan penerima dan lontar bola

b) Bersedia di belakang garisan tepi

c) Melontar bola dengan kedua-dua belah tangan melalui atas kepala



4. Permainan kecil ( Aktiviti kumpulan )

Aktiviti : Menggunakan kemahiran yang baru diajar





Minggu 14 1 Waktu

Tunjang 1PJ Kecergasan

Tajuk Ketangkasan



Isi 1. Lari Zig Zag

2. Lari Ulang Alik- berperingkat



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Lari Zig Zag

a) Meletakkan skital ( penanda) dalam bentuk zig zag

b) Berlari mengikut skital dalam bentuk zig zag ( berulang kali )



2. Lari Ulang Alik- berperingkat

a) Skital diletakkan dalam jarak berlainan

b) Murid akan berlari mengikut jarak yang ditetapkan

c) Jarak berubah dari dekat hinggalah ke jarak 10 meter.



3. Permainan kecil ( Aktiviti kumpulan )

a) Lari menuju skital dalam masa yang ditetapkan

b) Lari berganti-ganti



Minggu 14 1 Waktu

Tunjang 1PK Kesihatan diri dan keluarga

Tajuk Kekeluargaan



Isi 1. Gejala sosial

a) Peranan keluarga dalam menangani masalah gejala sosial



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Gejala sosial

a) Peranan keluarga dalam menangani masalah gejala sosial

i. Menerangkan beberapa contoh gejala sosial

- Cth: lari dari rumah, penderaan, budaya lepak, ponteng sekolah

ii. Menyatakan punca-punca masalah gejala sosial

- Cth: pengaruh rakan sebaya, media massa, kurang pendidikan

agama dan kasih sayang keluarga.

iii.Cara menangani masalah gejala sosial

- Cth : pendidikan agama/moral, kasih sayang keluarga, peraturan

disiplin dan kawalan ibu bapa.

iv. Membaca sajak 4 baris . Tajuk „ Kasih Sayang „

kemudian murid mendeklamasikan sajak.

Contoh Sajak:

Tanpamu kami lesu

Tanpamu kami tiada

Tanpamu siapalah kami

Jika tiada kasih dan sayang







Minggu 15 2 Waktu

Tunjang 1PJ Kecergasan

Tajuk Konsep Kecergasan

Isi 1. Definisi – Melakukan kegiatan secara menyeluruh yang melibatkan daya

tahan,kordiovaskular, daya tahan otot, kelenturan, komposisi tubuh

badan dan kekuatan otot.

2. Kecergasan berasaskan kesihatan

3. Kecergasan berasaskan perlakuan motor





Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Kecergasan berasaskan kesihatan

a) Membuat perbandingan sebelum dan selepas melakukan aktiviti

b) Membandingkan denyutan nadi dengan membuat kiraan sebelum dan

selepas aktiviti.

- Jumlah denyutan yang banyak biasanya merupakan pelajar yang

cergas.

c) Menyenaraikan aktiviti atau pergerakan yang membawa kepada

kecergasan.

2. Kecergasan berasaskan perlakuan motor

a) Koordinasi - lambung,lompat, tepuk dan sambut bola kecil

b) Imbangan - dirian skala depan

Cara - berdiri tegak, tangan dilurus ke atas.

- langkah ke hadapan sambil melentik ke belakang

- tangan bergerak ke belakang dan ke bawah di sisi badan

- pergerakan tangan diteruskan sehingga kedudukan ke

depan dan satu kaki dinaikkan ke belakang pada masa yang

sama

c) Masa tindak balas – permainan belalang dan belatuk

d) Kepantasan – lari pecut 40 meter

e) Ketangkasan – lari zig zag antara kon- jarak 10 meter

f) Kuasa – baling bola lisut / soft ball secara statik

Permainan kecil – „Captain Ball‟ – pertandingan antara kumpulan

Cara:-bentuk dan cara permainan seperti bola jaring

-tiang gol digantikan dengan salah seorang pemain

Minggu 16 1 Waktu

Tunjang 3PJ Kesukanan

Tajuk Pengurusan diri

Isi 1. Amalan pemakanan untuk tenaga



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Amalan pemakanan untuk tenaga

a) Menyatakan jenis makanan yang dimakan sewaktu sarapan

Cth: nasi lemak, roti canai dan kuih

b) Menyatakan kepentingan bersarapan pagi

Cth : memberikan tenaga untuk memulakan sesuatu aktiviti

c) Menyenaraikan makanan yang dijual di kantin.

d) Membuat carta aliran/ jadual untuk mengisi ruang-ruang mengikut

makanan seimbang.

Cth: karbohidrat, vitamin, protein, lemak, pelawas

e) Menyatakan kepentingan makanan seimbang – kaedah sumbangsaran

Cth: memberi dan mengekalkan tenaga

f) Menyenaraikan kesan kekurangan tenaga pada tubuh badan.

Cth : - badan menjadi lesu

- sukar memberikan tumpuan pada pelajaran

Pengayaan : Murid membuat buku skrap „ Makanan-Makanan Yang

Memberi Tenaga‟







Minggu 16 1 Waktu

Tunjang 1PK Kesihatan diri dan keluarga

Tajuk Kekeluargaan



Isi 1. Gejala sosial

a) Peranan keluarga dalam menangani masalah gejala sosial



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Gejala sosial

a) Peranan keluarga dalam menangani masalah gejala sosial

i. Bersoaljawab mengenai pengalaman yang biasa dialami sama ada

daripada pembacaan atau menonton cerita tentang gejala sosial

- Cth: lari dari rumah, penderaan, budaya lepak, ponteng sekolah

ii. Menonton video yang berkaitan dengan gejala sosial

- Cth: Kisah Benar, Gerak Khas

iii. Memberi pendapat mengenai cerita yang ditonton.

iv. Menyatakan kesan gejala sosial kepada keluarga dan masyarakat.

Cth: memalukan keluarga,menimbulkan ketakutan kepada orang

ramai.

Pengayaan : Membuat buku skrap berkaitan kes-kes gejala sosial .

Minggu 17 2 Waktu

Tunjang 2PJ Kemahiran

Tajuk Olahraga - Balapan



Isi 1. Teknik asas permulaan

2. Teknik asas larian

3. Teknik asas penamat



Kemahiran /

Butir Mengajar 1 Teknik asas permulaan

a) Ke garisan

i. 2 belah tangan di belakang garis mula

ii. Jarak antara kedua-dua belah tangan lebih luas dari bidang bahu.

iii. Badan dalam keadaan rileks

b) Sedia

i. Badan digerakkan ke atas dan condong ke hadapan

ii. Kedua-dua belah tangan menyokong berat badan

iii. Kedua-dua belah kaki menekan kuat ke atas blok mula

c) Berlepas

i. Hujung kaki menolak blok mula dan meluru ke hadapan

ii. Secara beransur-ansur badan ditegakkan

iii. Ayunkan kedua-dua belah tangan



2. Teknik asas larian

a) Semasa berlari badan condong sedikit ke hadapan

b) Hujung kaki menolak permukaan balapan dengan kuat

c) Kedua-dua belah tangan bengkok dan berhayun sepanjang masa berlari.

d) Pandang ke hadapan



3. Teknik asas penamat

a) Berlari terus melintasi garisan penamat

b) Gerakkan bahagian torso ke hadapan apabila sampai ke garisan

penamat.

4. Permainan kecil : lari pecut 40 meter.







Minggu 18 1 Waktu

Tunjang 3PJ Kesukanan

Tajuk Pengurusan diri

Isi 1. Amalan pemakanan untuk tenaga



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Amalan pemakanan untuk tenaga

a) Menyenaraikan jenis-jenis makanan seimbang

Cth: karbohidrat- nasi , protein – ikan bilis

b) Menyatakan kepentingan makanan seimbang

Cth : untuk tumbesaran, untuk tenaga

c) Menklasifikasikan jenis makanan untuk menghasilkan tenaga.

d) Membuat jadual/ carta aliran zat makanan

Minggu 18 1 Waktu

Tunjang 2PK Gaya Hidup Sihat

Tajuk Pemakanan



Isi 1. Kumpulan makanan dan fungsinya.



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Kumpulan makanan dan fungsinya.

a) Menimaginasikan keadaan di pasar ketika membeli keperluan untuk

makan tengah hari.

b) Menyenaraikan menu makanan tengah hari

c) Menentukan menu yang mempunyai unsur makanan yang seimbang.

d) Menyenaraikan keperluan makanan seimbang

e) Mengenalpasti contoh-contoh kumpulan makanan

f) Mencari maklumat mengenai perbezaan fungsi makanan mengikut

kumpulan di pusat sumber.

Aktiviti pengayaan: Menghasilkan menu yang mempunyai makanan

seimbang









Minggu 19 2 Waktu

Tunjang 2PJ Kemahiran

Tajuk Olahraga – Balapan



Isi 1. Lari berganti-ganti

a) Menghantar dan menerima baton



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. . Lari berganti-ganti

a) Menghantar dan menerima baton

- Murid berpasangan

- Kedudukan murid sebaris sambil murid A menghantar baton kepada

murid B

- Pembawa baton hendaklah memberi isyarat „up‟ kepada penerima

- Letakkan baton ke dalam tangan penerima

- Penerima baton terus berlari pantas tanpa menoleh ke belakang

- Apabila menerima isyarat, hulurkan tangan lurus ke belakang

- Genggam baton sebaik sahaja menerimanya

Aktiviti cadangan:

i. berpasangan secara statik

ii. berpasangan lari pecut jarak 20 meter

iii. berpasangan lari anak jarak 20 meter



Permainan kecil : Lari berganti-ganti

Minggu 20 1 Waktu

Tunjang 1PJ Kecergasan

Tajuk Kelenturan



Isi 1. Jalan Ketam

2. Rangkak Kucing





Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Jalan Ketam

a) Kedudukan murid baring terlentang

b) Naikkan badan sambil kedua tangan menyokong belakang

c) Angkat punggung ke atas separas pinggang

d) Satu lutut dibengkok

e) Apabila tangan bergerak kaki juga mengikut perlakuan yang sama

Aspek keselamatan:Pasangan membantu menyokong belakang rakannya.

2. Rangkak Kucing

a) Murid dalam kedudukan merangkak

b Murid merangkak ke hadapan seperti kucing

Permainan kecil : Permainan Datuk Harimau dalam perlakuan rangkak kucing.







Minggu 20 1 Waktu

Tunjang 2PK Gaya Hidup Sihat

Tajuk Pemakanan



Isi 1. Kumpulan makanan dan fungsinya.



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Kumpulan makanan dan fungsinya.

a) Menyesuaikan jenis makanan dan kumpulannya .

b) Menerangkan secara ringkas fungsi kumpulan makanan tersebut.

c) Mengadakan kuiz yang berkaitan dengan fungsi kumpulan makanan.

Aktiviti pengayaan : i. Melukis gambar jenis-jenis makanan yang terdapat di

dalam kumpulan makanan tertentu.

ii. Menampal gambar jenis-jenis makanan yang terdapat di

dalam kumpulan makanan tertentu di dalam buku skrap.





Minggu 21 2 Waktu

Tunjang 2PJ Kemahiran

Tajuk Olahraga



Isi 1. Padang

a) lompat jauh



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Padang

a) lompat jauh

i. Lari landas

- Meningkatkan kelajuan lari landas secara berperingkat hingga

sebelum melonjak.

- Jarak langkah yang tepat

- Langkah-langkah yang terakhir : lutut tinggi, lari berentak dan

badan tegak

ii. Lonjakan

- Hayun paha kaki bebas dengan cepat kepada kedudukan mendatar dan

kekalkan posisi seketika

- Melonjak ke depan dan ke atas

- Lonjakan yang aktif

- Badan tegak

- Hayunan tangan dengan kuat ke depan dan ke atas.

iii. Penerbangan ( Gaya Gantung )

- Naikkan paha kaki bebas dengan pantas pada kedudukan mendatar

semasa lonjakan, kemudian kaki direndahkan.

- Tangan dihayun ke atas dan ke belakang, lentikkan badan

iv. Pendaratan

- Tarik tangan dan condongkan badan ke depan

- Luruskan kaki ke depan untuk mendarat, dengan tumit kaki.

- Ketika mendarat, bengkokkan lutut sedikit

- Selepas mendarat hayun badan ke depan/ ke tepi

Cadangan :

Peringkat permulaan

a) Murid berlari bebas melompat landasan

b) Murid berlari laju dan rakannya menanda kedudukan paling laju untuk

membuat lonjakan.

c) Mengira langkah dari tempat lonjakan ke tempat permulaan.







Minggu 22 1 Waktu

Tunjang 1PJ Kecergasan

Tajuk Kekuatan



Isi 1. Definisi – mampu melakukan aktiviti yang lebih mencabar dan lasak.

2. Tolak beban berpasangan.

3. Golek bola segar dalam kumpulan



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Tolak beban berpasangan

- Murid berpasangan. Seorang daripadanya berdiri tegak tanpa bergerak

dan pasangannya cuba menolak. ( dilakukan secara berulang kali)

2. Golek bola segar dalam kumpulan

- Murid membentuk bulatan dalam kumpulan.

- Bola segar dihantar mengikut bulatan sama ada lawan atau ikut

jam.(berulang kali)

Permainan kecil ( dalam kumpulan )

Aktiviti : Meleret bola segar ke sempadan.

Minggu 22 1 Waktu

Tunjang 2PK Gaya Hidup Sihat

Tajuk Penyalahgunaan Bahan

Isi 1. Bahaya

a) alkohol

b) dadah

c) gam



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Bahaya Penyalahgunaan Bahan

a) Pamerkan carta-carta atau poster berkenaan dadah

b) Menyenaraikan keburukan penyalahgunaan dadah

cth : membawa maut, meningkatkan kadar jenayah

c) Memberi contoh-contoh lain yang berkaitan dengan penyalahgunaan

bahan. Cth : gam, alkohol, ectassy

d) Membuat persembahan dikir barat “ Jauhi Dadah Sayangi Diri”



Jauhi Dadah Sayangi Diri

Agar Hidup Lebih Sempurna

Salahguna dadah patut dihindari

Agar masa depan lebih bahagia

(Ulang semula)



Salahguna dadah patut dihindari

Agar masa depan lebih bahagia

Gigih usaha sentiasa berdikari

Pasti mencapai ke puncak jaya

(Ulang rangkap pertama)



Gigih usaha sentiasa berdikari

Pasti mencapai ke puncak jaya

Salahguna dadah merosak diri

Menempuh hidup pasti tidak bermaya.

( Ulang rangkap pertama )





Minggu 23 2 Waktu

Tunjang 1PJ Kecergasan

Tajuk Masa Tindak balas



Isi 1. Baling Pundi Kacang

2. Belalang dan Belatuk

3. Sebut Nombor





Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Baling Pundi Kacang

a) Baling secara berpasangan

b) Dimulakan dengan jarak dekat

c) Lambung ,tepuk tangan dan sambut (dilakukan secara berulang)

2. Permainan Belalang dan Belatuk

a) Bentuk 2 kumpulan iaitu kumpulan Belalang dan Belatuk

b) Apabila salah satu nama kumpulan tersebut disebut,kumpulan tersebut

akan lari dan akan cuba ditangkap oleh kumpulan yang satu lagi.

3. Sebut Nombor

a) Setiap murid diberi nombor yang berlainan

b) Apabila nombornya dipanggil, murid itu mengikut arahan guru.

Permainan kecil:

a) Pukul lalat

b) Belalang dan belatuk

c) Harimau dan kambing





Minggu 24 1 Waktu

Tunjang 3PJ Kemahiran

Tajuk Gimnastik Artistik



Isi 1. Pendaratan



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Pendaratan

a) Lompatan dari dua tingkat peti lombol, pusing 180 darjah dan mendarat

dengan dua belah kaki

i. Berdiri di atas dua tingkat peti lombol

ii. Pandang ke hadapan dan lompat dari peti lombol sambil memusingkan

badan 180 darjah semasa di udara

iii. Hayun tangan ke hadapan semasa membuat pusingan

iv. Tegak dan tegangkan badan semasa memusing

v. Bengkokkan lutut sedikit ketika mendarat.

vi. Menghadap peti lombol semasa mendarat

Arahan keselamatan: - Mendarat di atas rumput atau tilam

- Bengkokkan lutut sedikit semasa mendarat untuk

mengelakkan kecedaraan

- Pandang ke hadapan semasa melompat supaya tidak

jatuh

- Penyokong bersedia untuk membantu







Minggu 24 1 Waktu

Tunjang 1PK Gaya Hidup Sihat

Tajuk Penyalahgunaan Bahan

Isi 1. Cara menghindari diri daripada;

a) Alkohol

b) Dadah

c) Gam



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Cara menghindari diri daripada penyalahgunaan bahan

a) Menyediakan buku folio (secara kumpulan)

i) Membentuk kumpulan

ii) Mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk :

1. alkohol 2. dadah 3. gam

( medan maklumat : akhbar/ majalah/ risalah/pusat sumber)

iii) Menyenaraikan isi kandungan yang perlu dilengkapkan dalam buku folio

murid:

-tajuk

-nama ahli kumpulan

-kata alu-aluan

-definisi

-kesan penyalahgunaan

-cara menghindari

-gambar-gambar

-keratan akhbar/majalah

-penutup

b) Mempamerkan hasil folio







Minggu 25 2 Waktu

Tunjang 2PJ Kemahiran

Tajuk Permainan bola jaring



Isi 1. Sejarah dan latar belakang

2. Hantaran

a) Hantaran aras bahu

b) Hantaran aras dada

c) Hantaran atas

d) Hantaran bawah



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Sejarah dan latar belakang

- Diperkenalkan oleh Dr. James Naismith di Amerika Syarikat pada tahun

1891

- Diperkenalkan di Malaysia selepas perang dunia ke-2 oleh orang Inggeris.



2. Hantaran

a) Hantaran aras bahu

i. Bawa bola ke belakang bahu

ii. Baling bola ke arah kawan

b) Hantaran aras dada

i. Bawa bola ke dada

ii. Tolak bola ke hadapan

iii. Luruskan kedua-dua belah tangan

c) Hantaran atas

i. Bawa bola ke belakang kepala

ii. Hantar bola ke sasaran

d) Hantaran bawah

i. Bawa bola ke paras pinggang

ii. Hantar bola ke paras pinggang kawan

Permainan kecil : Bola Captain







Minggu 26 1 Waktu

Tunjang 1PJ Kecergasan

Tajuk Ketangkasan



Isi 1. Lari Zig Zag

2. Lari Ulang Alik- berperingkat



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Lari Zig Zag

a) Meletakkan skital ( penanda) dalam bentuk zig zag

b) Berlari mengikut skital dalam bentuk zig zag ( berulang kali )

2. Lari Ulang Alik- berperingkat

a) Skital diletakkan dalam jarak berlainan

b) Murid akan berlari mengikut jarak yang ditetapkan

c) Jarak berubah dari dekat hinggalah ke jarak 10 meter.



3. Permainan kecil ( Aktiviti kumpulan )

a) Lari menuju skital dalam masa yang ditetapkan

b) Lari berganti-ganti







Minggu 26 1 Waktu

Tunjang 3PK Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

Tajuk Keselamatan rumah

Isi 1. Bahaya dan langkah-langkah keselamatan di rumah



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Bahaya dan langkah-langkah keselamatan di rumah

a) Menyenaraikan jenis-jenis alatan yang dianggap berbahaya di rumah

cth: pisau, gas, ubat-ubatan

b) Menentukan punca-punca yang menyebabkan bahaya

cth : alatan yang berselerakdiletakkan di tempat yang tidak sesuai

c) Menyarankan langkah-langkah keselamatan ( sumbangsaran )

cth: -melabel jenis ubat

-meletakkan di tempat yang sesuai

Pengayaan : Menyenaraikan pelbagai jenis alatan di rumah dan

menentukan kesesuaian tempat barangan tersebut diletakkan.

Cth: Jenis alatan - pisau, senduk,garfu , saterika, lampu,

botol, sikat, sabun,jarum, gunting, kunci.

Tempat - di dapur, atas almari, di dalam laci







Minggu 27 2 Waktu

Tunjang 2PJ Kemahiran

Tajuk Permainan bola jaring

Isi 1. Kemahiran menerima

a) Dari hadapan

b) Dari sisi

c) Dari bawah

d) Dari atas



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Kemahiran menerima

b) Dari hadapan

i. hulurkan tangan dengan jari yang direnggangkan

ii.sambut bola sambil membawa bola ke dada

b) Dari sisi

i. kilas badan

ii. sambut bola di paras pinggang

c) Dari bawah

i. hulurkan tangan dan sambut bola di paras pinggang

d) Dari atas

i. lompat sambil menyambut bola di atas kepala

Permainan kecil

Perlumbaan 4 Penjuru

a) Bentuk 4 pasukan dan berbaris dalam empat penjuru

b) Seorang pemain akan berdiri di hadapan barisan menghadap pasukan

masing-masing

c) Apabila isyarat diberikan dia akan menghantar bola kepada pemain

nombor satu dalam barisannya dan pemain itu akan menghantar balik

kepadanya.

d) Aktiviti ini berterusan sehingga kepada pemain terakhir.

e) Apabila pemain terakhir menerima bola,dia akan berlari dan mengambil

tempat pemain yang memulakan aktiviti tadi dan bersedia untuk menerima

hantaran.

f) Pasukan yang pertama habis akan duduk menandakan mereka telah

memenangi permainan ini.



Minggu 28 1 Waktu

Tunjang 3PJ Kesukanan

Tajuk Isu-isu dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Isi 1. Pengambilan ubat-ubatan

2. Kesan dan nilai



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Menerangkan contoh ubat-ubatan yang dilarang digunakan oleh atlet

Cth: steroid, dadah, ubat batuk

2. Menyatakan kesan ubat –ubatan yang dilarang ke atas atlet

Cth: kesan jangka panjang-merosakkan buah pinggang, saraf dan otot

3.Menyenaraikan nilai-nilai negatif pengambilan ubat-ubatan

Cth: hilang keyakinan diri, maruah, terlibat dalam rasuah,hilang minat.

Pengayaan : Menghasilkan sebuah poster bertajuk “Badan Sihat Otak

Cergas”





Minggu 28 1 Waktu

Tunjang 3PK Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

Tajuk Keselamatan di sekolah

Isi 1. Bahaya dan langkah-langkah keselamatan di sekolah



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Bahaya dan langkah-langkah keselamatan di sekolah

a) Mencatatkan tempat-tempat yang berbahaya di kawasan sekolah

Cth: pagar,gelanggang, tangga, tandas, kantin, stor, taman permainan

b) Mencadangkan langkah-langkah baik pulih yang perlu bagi menjaga

keselamatan sekolah.

Cth : - menyapu cat untuk mengelakkan karat

- membaiki peralatan yang rosak untuk mengelakkan kecederaan

c) Memberi tugasan – Menyediakan peraturan untuk menjaga keselamatan

stor sukan.

Cth: i. Mengisi borang semasa mengambil dan memulang peralatan.

ii. Hanya murid bertugas sahaja yang dibenarkan masuk

iii. Mengira jumlah peralatan semasa mengambil dan memulang

alatan.

Minggu 29 2 Waktu

Tunjang 2PJ Kemahiran

Tajuk Bola Baling

Isi 1. Sejarah dan Latar Belakang

2. Hantaran

a) Aras bahu

b) Aras dada

c) Arah atas

d) Aras bawah

e) Hantaran lantun kedua-dua belah tangan



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Sejarah dan Latar Belakang

a) Berasal dari Eropah dan dikenali sebagai Torball

b) Tahun 1976 diperkenalkan di Malaysia oleh En. Lim Hock Han

c) Tahun 1987 mula dipertandingkan di MSSM



2. Hantaran

a) Aras bahu

i. Bawa bola ke belakang bahu

ii. Baling bola ke hadapan

b) Aras dada

i. Bawa bola ke dada

ii.Tolak bola ke hadapan

iii.Luruskan kedua-dua belah tangan

c) Arah atas

i. Bawa bola ke belakang kepala

ii.Hantar bola ke sasaran

d) Aras bawah

i. Bawa bola ke paras pinggang

ii. Hantar bola ke paras pinggang kawan dengan sebelah tangan

e) Hantaran lantun kedua-dua belah tangan

i. Bawa bola ke dada

ii. Tolak bola ke bawah dengan kedua-dua belah tangan.

Permainan kecil : Main monyet-monyet

a) Bentuk beberapa kumpulan dan bentuk bulatan

b) Dua atau tiga orang ahli kumpulan akan diletakkan di tengah-tengah

c) Pemain yang berada di dalam bulatan akan cuba merebut bola yang

dihantar oleh pemain yang membentuk bulatan.

d) Sekiranya bola yang dibaling oleh pemain yang membentuk bulatan

dapat dipintas oleh salah seorang pemain di dalam bulatan maka dia

akan menggantikan tempat pemain yang memintas bola tersebut dan

berada dalam bulatan tersebut.







Minggu 30 1 Waktu

Tunjang 1PJ Kecergasan

Tajuk Kepantasan

Isi 1. Lari pecut 30 meter

a) Teknik semasa larian

b) Teknik penamat yang betul

Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Lari pecut 30 meter

a) Teknik semasa larian

i. Badan condong sedikit ke hadapan

ii. Hujung kaki menolak permukaan balapan dengan kuat

iii. Kedua-dua belah tangan bengkok dan dihayun semasa berlari.

iv. Pandang ke hadapan

b) Teknik penamat yang betul

i. Berlari terus melintasi garisan penamat

ii. Gerakkan bahagian torso ke hadapan apabila sampai ke garisan

penamat.

Permainan kecil :

a) Lari berganti-ganti dalam kumpulan jarak 30 meter dengan

menggunakan teknik lari pecut.







Minggu 30 1 Waktu

Tunjang 3PK Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

Tajuk Penyakit Berjangkit

Isi 1. Jenis penyakit

2. Cara merebak



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Jenis-penyakit

a) Menyenaraikan jenis-jenis penyakit berjangkit

Cth : Tibi (batuk kering), taun, denggi, selesema

b) Menunjukkan gambar-gambar yang menunjukkan penyakit-penyakit

tersebut.

2. Cara merebak

a) Menerangkan cara-cara penyakit merebak;

i. udara

ii. air

iii. sentuhan

iv. serangga (nyamuk, lalat)

b) Menyesuaikan jenis penyakit dengan punca penyakit







Minggu 31 2 Waktu

Tunjang 2PJ Kemahiran

Tajuk Permainan bola baling

Isi 1. Menerima dan menyambut

a) Dari hadapan

b) Dari atas

c) Dari sisi

d) Dari bawah

2. Mengawal bola

a) Dengan tangan

b) Dengan kaki ( penjaga gol )



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Menerima dan menyambut

a) Dari hadapan

i. Hulurkan tangan dengan jari yang direnggang

ii. Sambut dan bawa bola ke dada

b) Dari atas

i. Lompat sambil menyambut bola di atas kepala dengan kedua-dua

belah tangan

c) Dari sisi

i. Kilaskan badan

ii. Sambut bola di paras pinggang

d) Dari bawah

i. Rendahkan badan

ii. Sambut bola di paras bawah pinggang

3. Mengawal bola

a) Dengan tangan

i. Tangkap bola dengan kedua-dua belah tangan sambil membawa

bola ke dada.

b) Dengan kaki ( penjaga gol )

i. Gunakan kaki untuk menahan bola

Permainan kecil

Mini bola baling ( tiga lawan tiga )

a) Untuk membuat jaringan pemain membaling bola ke arah skital pihak lawan .

b) Gol dikira sekiranya bola mengenai skital.







Minggu 32 1 Waktu

Tunjang 1PJ Kecergasan

Tajuk Kepantasan

Isi 1. Lari pecut di lengkungan balapan



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Lari pecut di lengkungan balapan

a) Lakukan larian bebas – seperti burung layang-layang

b) Larian seperti burung layang-layang dan membelok mengikut susunan

skital

c) Berlari dilengkungan dengan cara condongkan badan ke arah kiri.

* Teknik ini ialah latihan untuk larian di sekolah untuk lari pecut di lengkungan

balapan.

Permainan kecil : Lari zig zag dalam kumpulan







Minggu 32 1 Waktu

Tunjang 3PK Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

Tajuk Keselamatan

Isi 1. Orang yang tidak dikenali



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Orang yang tidak dikenali

a) Menceritakan tentang kisah penculikan kanak-kanak

b) Menyatakan punca-punca penculikan

cth: kecuaian, wang, dendam, kurang siuman

c) Menerangkan tentang orang yang menjadi mangsa penculikan.

Cth: kanak-kanak , wanita atau gadis

d) Membincangkan langkah-langkah menghindari penculikan

cth: i. jauhi orang yang tidak dikenali

ii. berjalan dalam kumpulan

iii. elakkan memakai barang kemas

e) Melakonkan situasi penculikan (aktiviti kumpulan)

Minggu 33 2 Waktu

Tunjang 2PJ Kemahiran

Tajuk Gimnastik

Isi 1. Gimnastik Irama

a) Imbangan

b) „ Schottische‟

c) Lompat kucing



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Gimnastik Irama

a) Imbangan skala ke depan

i. Berdiri tegak, tangan diluruskan ke atas

ii. Langkah ke hadapan sambil melentik ke belakang

iii. Tangan bergerak ke belakang dan ke bawah di sisi badan

iv. Pergerakan tangan diteruskan sehingga kedudukan ke depan dan

satu kaki dinaikkan ke belakang pada masa yang sama.

b) ‘ Schottische’

i. Berdiri tegak, rapatkan kaki

ii. Tangan di sisi dan pandang hadapan

iii. Berjalan tiga langkah ( kanan, kiri, kanan )

iv. Hayun tangan dan hujung kaki dilunjurkan

v. Ketingting dengan kaki kanan yang lurus dan kaki kiri dibengkokkan

ke hadapan.

vi. Mendarat dengan kaki kanan

vii. Turunkan kaki kiri dan berdiri tegak.

c) Lompat kucing

i. Berdiri tegak

ii. Melangkah dengan kaki kanan

iii. Bengkokkan kaki kanan dan melonjak dengan kaki yang sama.

Hayun kaki kiri ke hadapan.

iv. Apabila kaki kiri mula jatuh, hayun kaki kanan ke hadapan

v Mendarat di atas kaki kiri

vi. Lunjurkan kaki kanan







Minggu 34 1 Waktu

Tunjang 3PJ Kesukanan

Tajuk Keselamatan

Isi 1. Keselamatan semasa beraktiviti

a) Alatan permainan

b) Padang dan Gelanggang

Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Keselamatan semasa beraktiviti

a) Menunjukkan gambar kemalangan dalam aktiviti bersukan

b) Mengumpulkan peralatan yang rosak secara kumpulan

c) Mengambil contoh peralatan yang rosak dan akibatnya

d) Menyenaraikan peralatan dan tempat berbahaya yang terdapat di

gelanggang dan padang sekolah.

Pengayaan : Menyediakan papan tanda sementara bagi mengelakkan

kemalangan semasa melakukan aktiviti.

Cth : awas besi berkarat, awas kawasan berlubang atau awas

palang reput.

Minggu 34 1 Waktu

Tunjang 3PK Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

Tajuk Keselamatan

Isi 1. Keselamatan di tempat permainan

a) Bahaya dan langkah-langkah keselamatan



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Keselamatan di tempat permainan

a) Bahaya dan langkah-langkah keselamatan

i. Melawat ke tempat /padang permainan

ii. Menunjukkan papan kenyataan/pemberitahuan tentang keselamatan di

tempat tersebut.

iii. Bersoal jawab berkaitan tentang punca tempat-tempat tersebut

dianggap berbahaya.

iv. Menyenaraikan langkah-langkah yang perlu dalam mengekalkan

keselamatan tempat tersebut.

v. Bergotong-royong membersih atau membaik pulih tempat/ padang

permainan.

Cth: membuang ranting-ranting,membuat peraturan tambahan,

memastikan tiada kaca atau paku berkarat di kawasan tersebut.







Minggu 35 2 Waktu

Tunjang 2PJ Kemahiran

Tajuk Gimnastik

Isi 1. Gimnastik Berirama

a) Teknik alatan ( bola )

b) Rangkaian Pergerakan

Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Gimnastik Berirama

a) Teknik alatan ( bola )

i. Melantun bola

- Berdiri tegak

- Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan lurus ke hadapan

- Bengkokkan lutut dan lantun bola dengan kedua belah tangan

- Kawal bola dengan tangan dan berdiri atas bebola kaki serta lantun

bola semula.

- Sambut bola dengan kedua belah tangan dan berdiri tegak

ii. Menghayun bola

- Luruskan kedua belah tangan. Imbang bola di atas tangan kanan

- Hayun tangan kanan ke belakang

- Hayun tangan kanan ke hadapan dan pindah bola ke tangan kiri

- Hayun tangan kiri ke belakang

- Hayun tangan kiri ke hadapan dan berhenti

iii. Melambung dan menyambut bola

- Imbang bola di atas sebelah tangan

- Bengkokkan kaki dan hayunkan tangan ke belakang

- Hayun tangan ke hadapan ,lambung bola ke atas dari hujung jari

tangan.

- Berdiri di atas sebelah kaki

- Sambut bola dengan tangan yang sama. Ikut lajak bola,

bengkokkan kaki.

b) Rangkaian Pergerakan

- Lakukan gerakan berikut dalam kiraan empat

- Chaine

- Schottische

- Pirovette





Minggu 36 1 Waktu

Tunjang 1PJ Kecergasan

Tajuk Imbangan

Isi 1. Imbangan dekam

2. Imbangan sekala



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Imbangan dekam

a) mula dari kedudukan dekam

b) kedua-dua siku rapat dengan lutut dan cuba imbangkan badan

- sokongan di atas dua belah tangan

- rapatkan lutut pada siku dan imbangkan badan

- kedudukan kepala menghadap ke depan.

2. Imbangan sekala

a) Berdiri tegak, tangan diluruskan ke atas

b) Langkah ke hadapan sambil melentik ke belakang

c) Tangan bergerak ke belakang di bawah sisi badan

d) Pergerakan tangan diteruskan sehingga kedudukan ke depan dan satu

kaki dinaikkan ke belakang pada masa yang sama.

Permainan kecil:

1. Menjalankan pertandingan imbangan dekam iaitu murid yang lama dapat

mengimbangkan badan dikira sebagai pemenang.

2. Lawan sentuh lutut.(berpasangan)

a) Kedua-dua murid akan menghadap antara satu sama lain dalam keadaan

mencangkung.

b) Murid tersebut akan cuba menyentuh lutut pasangannya dan

pasangannya akan cuba mengelak sentuhan tersebut.

c) Murid yang berjaya menyentuh lutut lawannya terlebih dahulu akan dikira

sebagai pemenang.







Minggu 36 1 Waktu

Tunjang 3PK Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

Tajuk Penyakit berjangkit

Isi 1. Cara mencegah



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Cara mencegah

a) Menerangkan tentang pentingnya menjaga kebersihan diri, pakaian dan

persekitaran

b) Menyatakan kesan tidak menjaga kebersihan

Cth: Tempat air bertakung menyebabkan pembiakan nyamuk

c) Langkah-langkah pencegahan

Cth: - Menanam tin-tin kosong, tayar buruk

- Menutup makanan dengan tudung saji

- Membasuh tangan sebelum makan

Minggu 37 2 Waktu

Tunjang 2PJ Gimnastik

Tajuk Gimnastik Artistik

Isi 1. Dirian statik



Kemahiran /

Butir Mengajar

1. Dirian statik

a) Posisi badan dan kaki

i. Badan tegak dan buka dada

ii. Lengan ke depan

iii. Lengan ke sisi

iv. Bengkokkan lutut hingga 90 darjah

b) Duduk dan silang

i. kaki lurus dan kangkang

ii. melutut dan tangan lurus ke atas

iii. melutut sebelah

iv. posisi V dengan sokongan tangan di belakang

v. berbaring dan angkat kaki

vi. sokong depan/ belakang/sisi

vii. dirian bahu, kaki lurus ke atas

c) Lengan,tangan,jari

i. Gerakkan lurus ke depan/ belakang/ sisi/ atas

ii. Jari buka/ tutup

d) Posisi kaki

i. Luruskan jari kaki ke depan/ke belakang

Permainan kecil

Murid melakukan beberapa gerakan secara rangkaian





Minggu 38 1 Waktu

Tunjang 1PJ Kecergasan

Tajuk Imbangan

Isi 1. Imbangan dekam

2. Imbangan sekala



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Imbangan dekam

a) Mula dari kedudukan dekam

b) Kedua-dua siku rapat dengan lutut dan cuba imbangkan badan

- sokongan di atas dua belah tangan

- rapatkan lutut pada siku dan imbangkan badan

- kedudukan kepala menghadap ke depan.

2. Imbangan sekala

a) Berdiri tegak, tangan diluruskan ke atas

b) Langkah ke hadapan sambil melentik ke belakang

c) Tangan bergerak ke belakang di bawah sisi badan

d) Pergerakan tangan diteruskan sehingga kedudukan ke depan dan satu

kaki dinaikkan ke belakang pada masa yang sama.

Permainan kecil:

1. Menjalankan pertandingan imbangan dekam iaitu murid yang lama dapat

mengimbangkan badan dikira sebagai pemenang.

Minggu 38 1 Waktu

Tunjang 3PK Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

Tajuk Keselamatan

Isi 1. Keselamatan di jalan raya

a) Tanda keselamatan di jalan raya



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Keselamatan di jalan raya

a) Tanda keselamatan di jalan raya

i. Menunjukkan beberapa contoh papan tanda keselamatan yang terdapat

di jalan raya.

Cth: -kanak-kanak melintas,awas,berhenti

ii. Menyenarai dan melukis beberapa papan tanda keselamatan di jalan

raya (berpandukan gambar yang dipamerkan).

iii. Bersoal jawab tentang maksud tanda-tanda yang terdapat pada papan

tanda tersebut.

iv. Mengadakan kuiz mengenai papan tanda keselamatan jalan raya.







Minggu 39 2 Waktu

Tunjang 2PJ Kemahiran

Tajuk Rekreasi

Isi 1. Kraf perkhemahan

a) alatan / bahan

b) bentuk



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Kraf perkhemahan

a) Alatan / bahan

i. Menyenaraikan alatan-alatan penting untuk berkhemah

cth: beg galas, kompas, lampu suluh, pisau/parang, makanan

ii. Menjelaskan kepentingan/kegunaan peralatan tersebut

kompas – untuk menentukan arah mata angin/kiblat

pisau/parang – untuk mencantas dan memotong kayu

b) Bentuk

i. Bersoaljawab mengenai bentuk-bentuk peralatan yang dibawa.

Cth: ringan, tidak berbahaya, mudah dibawa, peralatan serbaguna

ii. Perbincangan mengenai kebaikan rekreasi

Cth: mengisi masa lapang, membentuk disiplin diri, menambah ilmu

Pengetahuan.

iii. Membentangkan hasil kerja



Minggu 40 1 Waktu

Tunjang 3PJ Kesukanan

Tajuk Etika

Isi 1. Semangat kesukanan

a) Kesungguhan dan disiplin diri



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Semangat kesukanan

a) Kesungguhan dan disiplin diri

i. Tayangan video tentang Kecemerlangan Atlit Malaysia dalam Sukan

Sea

ii. Menyenaraikan sikap-sikap positif yang terdapat pada para atlet

negara

contoh: disiplin diri, yakin diri, berusaha, bersemangat, patriotik

iii. Membandingkan sikap-sikap tersebut yang ada dalam pasukan

sekolah.

iv. Mengemukan pandangan dan cadangan untuk membaiki sikap

pemain terhadap semangat kesukanan

v. Menyanyikan lagu „ Fikirkan Boleh‟



Jika kau fikirkan kau boleh

Kau pasti boleh melakukan

Jika kau fikirkan ragu-ragu

Usahamu tidak menentu



Jika kau fikirkan kekalahan

Kau hampiri kegagalan

Jika kau fikirkan kemenangan

Kau hampiri kejayaan



Tabah apa kau usahakan

Sabar dalam pemikiran

Bertindak ikut kemampuan

Fikirkan boleh, kau boleh…kau boleh







Minggu 40 1 Waktu

Tunjang 3PK Kebersihan dan keselamatan persekitaran

Tajuk Pertolongan Cemas

Isi 1. Definisi

2. Rawatan awal – kecederaan ringan



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Definisi pertolongan cemas

- pertolongan sementara yang diberi kepada mangsa ketika berlaku

kemalangan bagi mengelakkan mangsa daripada menjadi lebih parah

2. Rawatan awal – kecederaan ringan

a) Menyenaraikan jenis-jenis kecederaan ringan

cth: luka,melecet, terseliuh, kejang otot

b) Mengemukan pandangan/cadangan mengenai langkah-langkah untuk

bertindak.

Cth: luka – bersihkan tempat luka dan memberhentikan pendarahan

c) Membimbing cara-cara mengikat anduh.







Minggu 41 2 Waktu

Tunjang 2PJ Kemahiran

Tajuk Rekreasi

Isi 1. Kraf perkhemahan

a) alatan / bahan

b) bentuk



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Kraf perkhemahan

a) alatan / bahan

i. menunjukkan contoh alatan kraf perkhemahan

cth: senduk kayu, penyangkut baju, tempat letak kasut dan para-para

ii. menyenaraikan contoh-contoh alatan kraf perkhemahan

iii. membimbing cara-cara membuat penyangkut baju

b) bentuk

i. Perbincangan mengenai bentuk yang sesuia untuk membuat kraf

perkhemahan

cth: serbaguna, tanpa menggunakan banyak peralatan, penggunaan

bahan semula jadi, murah.







Minggu 42 1 Waktu

Tunjang 3PJ Kesukanan

Tajuk Etika

Isi 1. Semangat kesukanan

a) Kesungguhan dan disiplin diri



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Semangat kesukanan

a) Kesungguhan dan disiplin diri

i. Menyediakan buku skrap tentang Kecemerlangan Atlit Malaysia

dalam Sukan Sea.

- Membentuk kumpulan

-. Menyenaraikan maklumat yang perlu dimasukkan dalam buku

skrap.

Cth: - Tajuk

- Nama ahli kumpulan

- Kata alu-aluan

- Berita dan gambar Atlit Malaysia dalam Sukan Sea

- Penutup

- Menghantar dan mempamerkan hasil kerja.







Minggu 42 1 Waktu

Tunjang 3PK Kebersihan dan keselamatan persekitaran

Tajuk Pertolongan Cemas

Isi 1. Perkhidmatan Kesihatan

a) Unit Kesihatan Sekolah



Kemahiran /

Butir Mengajar 1. Perkhidmatan Kesihatan

a) Unit Kesihatan Sekolah

i. Membuat lawatan ke kantin, ke bilik kesihatan, ke tempat pembuangan

sampah.

ii. Mencatat keadaan tempat-tempat yang dilawati

iii. Mengaitkan pengalaman lawatan tersebut dengan aspek kesihatan

iv. Membuat laporan serta cadangan .

v. Membentangkan hasil laporan serta cadangan

Pengayaan : Mencari maklumat mengenai peranan unit kesihatan sekolah.


Related docs
Other docs by HC11112309267
dsemail
Views: 1  |  Downloads: 0
PowerPoint Presentation
Views: 0  |  Downloads: 0
Greek Mythology Webquest
Views: 13  |  Downloads: 0
Monday
Views: 2  |  Downloads: 0
PowerPoint Presentation
Views: 0  |  Downloads: 0
webquest
Views: 1  |  Downloads: 0
Sheet1
Views: 0  |  Downloads: 0
Curriculum vitae
Views: 5  |  Downloads: 0
NHS Speech
Views: 0  |  Downloads: 0
November 2007 Newsletter
Views: 7  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!