MODUL RUMUSAN by cKByps

VIEWS: 0 PAGES: 21

									                       MODUL PEMBELAJARAN KARANGAN BM STPM
                                        oleh
                                   NAWI BIN ISMAIL
                               SM TEKNIK TERENGGANU


1      Pendahuluan

        Karangan secara tidak langsung dapat memberikan gambaran tentang cara berfikir,
kematangan idea, dan penguasaan bahasa penulisnya. Dari aspek yang lain pula, tahap ilmu
pengetahuan, maklumat dan keupayaan penulis memanfaatkannya dapat diukur dalam
karangan. Meskipun begitu, pelajar yang dapat menghasilkan karangan sedemikian amat kecil
bilangannya, meskipun bakal menduduki STPM tidak lama lagi.

2      Disiplin Penulisan

Karangan yang dikehendaki pada peringkat STPM adalah seperti yang berikut:

2.1    Panjang karangan, antara 650 hingga 700 patah perkataan, iaitu

             1 pendahuluan       -       anggaran 70 hingga 80 patah perkataan
             6 isi               -       setiap isi, 80 hingga 90 patah perkataan
             1 kesimpulan        -       anggaran 70 hingga 80 patah perkataan

2.2    Tiada kesalahan ayat dan frasa.

2.3    Mematuhi format, khususnya bagi karangan berformat.


           Penilaian Kendiri 1

           Adakah anda menulis karangan seperti di atas? Jika “ya” bermakna anda telah
           berada di jalan yang betul, dan teruskanlah. Jika “tidak”, sila betulkan
           kesilapan anda. Keupayaan anda untuk membetulkan kesilapan itu akan
           menjanjikan kecemerlangan.


3      Penilaian Karangan

3.1    Karangan dinilai berdasarkan perkara yang berikut:

            Kerelevanan (R)     - 21 markah

             Markah R ialah jumlah markah (P), (I), dan (K)

              Pendahuluan (P)    - 03 markah
             Isi (I)             - 15 markah (@ 3 markah)
              Kesimpulan (K)     - 03 markah

            Pengolahan (P)      - 14 markah

            Kebahasaan (B)      - 15 markah

             JUMLAH              - 50 MARKAH



                                                                                         1
3.2     Markah akan ditolak sekiranya karangan kurang daripada 650 patah perkataan. Bagi
karangan yang lebih daripada 700 patah perkataan pula, bahagian yang lebih itu tidak akan
dibaca.

4      Sasaran Minimum Pelajar

Pelajar dicadangkan agar memperoleh markah minimum bagi karangan seperti yang berikut:


                  Bahagian                  Markah Penuh         Sasaran Minimum

      Pendahuluan (P)                             03                      02

      Isi (I)                                     15                      12

      Kesimpulan (K)                              03                      02

      Relevan (R) , iaitu P + I + K               21                      16

      Pengolahan (P)                              14                      09

      Kebahasaan (B)                              15                      07

      JUMLAH                                      50                      32



      Penilaian Kendiri 2

      i.   Berapakah markah karangan anda dalam peperiksaan yang terakhir?
      ii.  Adakah sasaran di atas tercapai? Jika tercapai, teruskan usaha anda untuk
           memperoleh markah yang lebih baik.
      iii. Jika belum tercapai, adakah anda tahu daerah kelemahan anda? Jika tahu,
           berusahalah untuk menangani masalah itu. Jika tidak, berbincanglah dengan
           guru untuk mengetahui kelemahan anda itu.


5      Kelemahan Pelajar

Antara kelemahan pelajar dalam karangan, termasuklah:

           Ketidakupayaan pelajar untuk memikirkan enam isi yang kukuh
           Mencampuradukkan isi dengan pendahuluan
           Kegagalan pelajar mempersembahkan isi dengan betul
           Kurangnya maklumat akibat kurang membaca
           Melakukan pelbagai kesalahan bahasa, khususnya dari segi
                - binaan ayat
                - binaan frasa
                - pemilihan kata
                - penggunaan penanda wacana
                - ejaan, dan
                - tanda baca




                                                                                         2
        Penilaian Kendiri 3

        Telitilah karangan anda. Sekiranya karangan anda mengandungi kesalahan di
        atas, usahlah diulanginya agar markah bahasa dalam karangan anda meningkat.


6        Langkah Penulisan

        Untuk menghasilkan karangan yang baik, pelajar hendaklah mengamalkan langkah
penulisan, seperti yang berikut.

Langkah 1        Membuat Perancangan                               (10 minit)
                  Menganalisis soalan – menentukan kehendak soalan
                  Menyenaraikan isi
                  Menyesuaikan isi – dapatkan enam isi yang kukuh

Langkah 2        Menulis Karangan                                        (70 minit)
                  Pendahuluan
                  Isi karangan
                  Kesimpulan

Langkah 3        Menyemak dan Membetulkan Kesalahan                      (10 minit)
                  Ayat
                  Pemilihan kata
                  Ejaan dan tanda baca
                  Aspek tatabahasa yang lain

        Dalam peperiksaan, anda dicadangkan agar menulis karangan dalam masa 90 minit.
Oleh hal yang demikian, anda perlu membiasakan diri untuk menulis karangan dalam tempoh
tersebut. Cadangan masa dalam kurungan di atas boleh dijadikan panduan.

6.1      Membuat Perancangan

       Amalan sesetengah pelajar yang tidak membuat perancangan dengan betul sebelum
menulis karangan memungkinkan karangan yang dihasilkan tidak menepati kehendak soalan.
Yang berikut ialah contoh membuat perancangan sebelum menulis karangan.


                                           SOALAN 1

        Usaha untuk menyuburkan tabiat membaca dalam kalangan kanak-kanak bagi
        meningkatkan budaya ilmu mesti dipergiat secara berterusan. Bincangkan
        langkah-langkah yang dapat diambil untuk menyemai minat membaca dalam
        kalangan mereka. (STPM 2002)



     Menganalisis Soalan

         Soalan di atas berkehendakkan langkah untuk menyemai minat membaca dalam
         kalangan kanak-kanak.

     Menyenaraikan Isi – senaraikan apa-apa sahaja isi yang difikirkan betul. Contohnya:



                                                                                            3
        i.          Mengadakan Kempen
        ii.         Program Nilam di sekolah
        iii.        Ibu bapa mengadakan perpustakaan mini
        iv.         Perpustakaan sekolah dilengkapi dengan alam penyaman udara
        v.          Ibu bapa perlu membawa anak-anak ke kedai buku
        vi.         Kerajaan menambahkan perpustakaan / perkhidmatan perpustakaan bergerak
        vii.        Ibu bapa perlu mengajar anak-anak membaca
        viii.       Ibu bapa sendiri membaca

   Menyesuaikan Isi – sesuaikan isi di atas agar menjadi enam isi yang kukuh, kemudian
    susun isi tersebut dan tulis maklumat sokongan yang bersesuaian

        i.          Ibu bapa perlu menyediakan bahan bacaan di rumah – adakan sudut bacaan
                    atau perpustakaan mini
        ii.         Ibu bapa hendaklah menjadi suri teladan – bapa borek, anak rintik
        iii.        Ibu bapa harus membawa anak-anak ke kedai buku, tempat pameran buku,
                    perpustakaan – didik dari awal – melentur buluh biarlah dari rebungnya
        iv.         Sekolah hendaklah menyediakan perpustakaan yang lengkap – buku, perabot,
                    alat penyaman udara
        v.          Kerajaan seharusnya mengadakan Kempen Membaca – ceramah, peraduan, dll
        vi.         Kerajaan perlu menambahkan perpustakaan dan perkhidmatan perpustakaan
                    bergerak di luar bandar

        Apakah perbezaan antara Langkah 2 dengan Langkah 3? Dalam Langkah 2, pelajar
boleh menyenaraikan apa-apa sahaja isi yang terlintas dalam fikiran. Ertinya, idea tersebut tidak
mungkin tersusun. Oleh sebab itu, perlunya Langkah 3 untuk menyesuaikan isi dan menyusun isi
tersebut agar keenam-enam isi yang akan dipersembahkan itu kukuh dan tidak bertindan antara
satu sama lain.

        Dalam contoh di atas, terdapat tiga pihak yang perlu memainkan peranan untuk
melaksanakan langkah bagi menyemai minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Siapakah
pihak yang dimaksudkan itu?


                             PANDUAN MEMIKIRKAN ISI KARANGAN

       Bagi soalan yang berkehendakkan LANGKAH, CADANGAN, dan USAHA,
       fikirkanlah pihak yang seharusnya melaksanakan langkah tersebut, iaitu:

                   IBU BAPA
                   PIHAK SEKOLAH
                   KERAJAAN, DLL

       Fikirkanlah langkah yang perlu dilakukan oleh pihak yang berkenaan.


        Penguasaan pelajar terhadap soalan karangan amat penting. Kesilapan pelajar
memahami soalan memungkinkan karangan yang dihasilkan terpesong atau menyeleweng.
Yakinlah bahawa walaupun terdapat berbagai-bagai bentuk soalan karangan, namun secara
umumnya soalan karangan berkisar pada aspek yang berikut.




                                                                                               4
      Aspek                                         Contoh Soalan

Punca                 1. Huraikan punca berlakunya kejadian tanah runtuh di negara ini.
                      2. Jelaskan faktor Malaysia menjadi destinasi pelancong asing.
Faktor                3. Kemukakan sebab golongan belia kurang berminat untuk menyertai
                         pertubuhan sukarela.
Sebab                 4. Pada pandangan anda, mengapakah kejadian banjir kilat di tempat
                         tinggal anda berlaku?


Kesan                 5. Bincangkan kesan kejadian tanah runtuh kepada rakyat dan negara.
                      6. Jelaskan faedah perkembangan industri pelancongan kepada rakyat
Faedah                   dan negara.
                      7. Huraikan kepentingan penyertaan orang ramai dalam pertubuhan
Kepentingan              sukarela.


Peranan               8. Pada pendapat anda, bagaimanakah pihak-pihak tertentu memainkan
                          peranan untuk menangani kejadian banjir kilat di tempat tinggal anda?
Langkah               9. Kemukakan langkah untuk menangani kejadian tanah runtuh di negara
                          kita berulang.
Usaha                 10. Jelaskan usaha yang wajar dilakukan untuk memajukan industri
                          pelancongan di Malaysia.
Cadangan              11. Pada pandangan anda, bagaimanakah minat orang ramai yang kurang
                          terhadap pertubuhan sukarela dapat ditingkatkan?


        Sila baca soalan di atas dengan teliti sekali lagi dan senaraikanlah isi penting bagi soalan
tersebut. Anda boleh berbincang dengan rakan-rakan anda untuk memperoleh isi yang kukuh.
Dapatkah pelajar memperoleh isi yang betul bagi setiap soalan tersebut?

         Telitilah perbezaan isi bagi tiga tajuk mengenai pelancongan di bawah ini.


                                          Pelancongan

Jelaskan  faktor   Malaysia       Jelaskan           faedah         Jelaskan usaha yang wajar
menjadi destinasi pelancong       perkembangan      industri        dilakukan untuk memajukan
asing.                            pelancongan kepada rakyat         industri pelancongan di
                                  dan negara.                       Malaysia

   banyak terdapat tempat           menyediakan       peluang        mengenal pasti tempat
    yang menarik / bersejarah         pekerjaan kepada rakyat           pelancongan yang baharu
   rakyat Malaysia berbilang        menambahkan                      menyediakan kemudahan
    kaum                              infrastruktur/memajukan           ke destinasi pelancongan
   keamanan      negara    ini       kawasan tertentu                  yang ada
    terjamin                         membantu perkembangan            meningkatkan kempen /
   kerajaan     dan    badan         barangan kraf                     promosi
    swasta        mengadakan         menambahkan                      meningkatkan        usaha
    promosi untuk menarik             pendapatan negara                 untuk         mengekalkan
    pelancong asing                  menaikkan imej negara             keamanan negara
   rakyat Malaysia peramah           pada kaca mata orang             menambahkan barangan
    dan bernilai murni                asing                             kraf / seni warisan



                                                                                                  5
       Walaupun perkara umumnya adalah mengenai pelancongan, namun fokusnya adalah
berbeza. Oleh sebab itu, isi karangan bagi setiap soalan di atas, berlainan. Jika ada yang hampir
sama pun, pendekatan atau cara persembahan isi tersebut tidak mungkin sama. Pemahaman
yang kukuh tentang perkara ini penting untuk mengelakkan pelajar daripada menulis karangan
yang terpesong atau menyeleweng. Jika keadaan ini berlaku, pelajar akan mendapat markah
yang minimum sahaja.


       Penilaian Kendiri 4

       Baca dua soalan yang berikut dengan teliti dan buatlah perancangan isi bagi
       kedua-dua soalan tersebut seperti dalam contoh di atas.

       1.     Telefon bimbit kini semakin digemari oleh masyarakat tanpa mengira
       golongan. Jelaskan sebab alat ini menjadi pilihan ramai dan kesan yang akan
       timbul daripada penggunaannya. (STPM 2008)

       2. Penglibatan remaja dalam pelbagai kegiatan jenayah pada hari ini dikatakan
       berpunca daripada kegagalan ibu bapa melaksanakan tanggungjawab
       sewajarnya. Sejauh manakah pandangan ini dianggap benar?


   Menganalisis Soalan


                Kehendak Soalan 1                           Kehendak Soalan 2




   Menyenaraikan Isi


                     Soalan 1                                     Soalan 2




   Menyesuaikan Isi


                     Soalan 1                                     Soalan 2




                                                                                               6
         Anda sudah pun memperoleh enam isi bagi setiap soalan di atas. Adakah keenam-enam
isi tersebut kukuh? Berbincanglah dengan rakan atau dengan guru anda untuk mendapatkan
pengesahannya.

Langkah 2 : Menulis Karangan

       Bagaimanakah pendahuluan karangan yang baik?


                               PENDAHULUAN KARANGAN

          Menyatakan gambaran umum tentang isu atau fokus soalan.
          Tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan.
          Pendahuluan tidak harus terlalu panjang atau terlalu pendek.
          Panjang pendahuluan, lebih kurang 80 patah perkataan.


Lihat Soalan 1 pada halaman 3 tentang membaca. Isi bagi soalan tersebut telah disenaraikan
dan disesuaikan pada halaman 4. Perhatikanlah contoh pendahuluan bagi karangan tersebut.

Pendahuluan Contoh


      Tabiat gemar membaca amat penting, terutama dalam era kesejagatan kini. Hal ini
      demikian kerana pelbagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sains,
      sejarah, bahasa, agama, dan isu semasa terdapat dalam bahan sedemikian.
      Melalui amalan ini juga, pembaca bukan sahaja dapat mengetahui perkara yang
      berlaku di sekeliling mereka, malah menyedari peristiwa di dunia luar.
      Memandangkan tabiat membaca amat penting, usaha untuk meningkatkan amalan
      tersebut dalam kalangan rakyat perlu dilakukan, terutama dalam kalangan anak-
      anak. Hal ini sesuai dengan peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari
      rebungnya.


        Pendahuluan di atas dikatakan baik kerana penulisnya ingin menulis karangan tentang
langkah untuk meningkatkan amalan membaca dalam kalangan kanak-kanak. Isi tentang langkah
tidak dimasukkan dalam pendahuluan di atas. Pendahuluan tersebut juga tidak meleret-leret dan
meyakinkan pembaca. Peribahasa yang dimasukkan pada bahagian akhir juga sesuai.
Penulisnya juga tidak melakukan kesalahan bahasa. Pendahuluan yang sedemikian layak
mendapat markah penuh, 3. Dapatkah anda berbuat demikian?


        Dalam ruangan Penilaian Kendiri 4 (halaman 6), terdapat soalan mengenai telefon
bimbit dan jenayah remaja. Sila baca pendahuluan karangan tentang telefon bimbit yang ditulis
oleh Pelajar X dan Pelajar Y yang berikut.
                                           Pelajar X


      Suatu masa dahulu, golongan yang mempunyai telefon bimbit dianggap golongan
      yang berada. Namun begitu, pada hari ini dapat dilihat bahawa penggunaan
      telefon bimbit semakin meningkat dan digunakan oleh masyarakat tanpa mengira
      golongan. Kanak-kanak yang berusia 7 tahun pun sudah memiliki telefon bimbit.
      Keadaan ini didorong oleh kebanjiran pelbagai model telefon bimbit dan
      jenamanya yang terdapat di pasaran. Penggunaannya juga hasil daripada era
      globalisasi, iaitu dunia tanpa sempadan yang melanda dunia pada hari ini.


                                                                                           7
                                         Pelajar Y


      Kemajuan sains dan teknologi berkembang dengan pesatnya dari semasa ke
      semasa. Situasi ini membantu          penciptaan pelbagai kemudahan moden,
      termasuklah telefon bimbit. Kalau dahulu, telefon bimbit hanya digunakan oleh
      golongan yang berada, namun kini, alat komunikasi tersebut digunakan secara
      meluas di seluruh negara, tidak terkecuali di Malaysia. Antara jenama telefon
      bimbit yang terkenal di negara ini, termasuklah Nokia, Sony Ericson, dan Maxis.
      Selain digunakan oleh orang dewasa untuk berkomunikasi, alat tersebut juga
      begitu popular dalam kalangan remaja. Minat orang ramai yang begitu meningkat
      terhadap telefon bimbit berpunca daripada berbagai-bagai faktor.



        Jika dibandingkan antara pendahuluan Pelajar X dengan Pelajar Y, pendahuluan
siapakah yang lebih baik? Mengapakah anda berpendapat demikian? Setelah memahami kriteria
pendahuluan yang baik, anda dikehendaki menulis pendahuluan karangan tentang jenayah
remaja. Lihat soalan 2 dalam ruangan Penilaian Kendiri 4, halaman 6.

        Sekiranya pelajar buntu, idea yang berikut boleh digunakan untuk menulis pendahuluan
tersebut dengan lengkap.



          Kadar jenayah kian meningkat
          Jenayah turut melibatkan remaja, selain orang dewasa
          Jangan lupa untuk menyatakan contoh jenayah yang melibatkan remaja.
          Jenayah berpunca daripada faktor ibu bapa dan faktor-faktor lain.



        Dalam peperiksaan STPM, terdapat tiga soalan berformat yang pernah dikemukakan,
iaitu ceramah, laporan, dan memorandum. Dapatkah anda menulis pendahuluan karangan
berformat? Sila baca contoh yang berikut dengan teliti untuk memahaminya dan seterusnya
mematuhinya.



                                    Soalan (Ceramah)
      Andaikan anda pegawai kanan di Kementerian Pelajaran dan diminta untuk
      menyampaikan ceramah kepada ibu bapa dalam satu majlis di sekolah. Tajuk
      ceramah anda ialah “peranan ibu bapa dalam melahirkan masyarakat penyayang.”
      Sediakan teks ceramah anda itu.




                                                                                          8
Pendahuluan Contoh


     Assalamualikum dan salam sejahtera. Yang dihormati pengerusi majlis, Yang
     Berusaha En. Razak bin Abdullah, Pengetua SMK Kampung Tanjung, guru-guru,
     ibu bapa dan hadirin sekalian. Pada pagi ini, saya akan memperkatakan “peranan
     ibu bapa dalam melahirkan masyarakat penyayang.”

             Hadirin yang dihormati,
             Usaha untuk melahirkan masyarakat penyayang sering diperkatakan oleh
     pemimpin negara kita. Hal ini demikian kerana masyarakat yang mengamalkan
     nilai kasih sayang dapat hidup dalam suasana yang harmoni, aman, dan
     sejahtera. Di negara yang mempunyai masyarakat majmuk, seperti Malaysia, nilai
     tersebut amat penting, khususnya untuk mengukuhkan semangat perpaduan.
     Menyedari hakikat ini, usaha untuk melahirkan masyarakat penyayang hendaklah
     dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, ibu bapa hendaklah memainkan peranan
     penting dalam merealisasikan masyarakat penyayang di bumi bertuah ini.




                                   Soalan (Laporan)
     Selaku pegawai di Kementerian Dalam Negeri, anda telah menjalankan satu kajian
     tentang kejadian jenayah yang melibatkan remaja di negara ini. Berdasarkan hasil
     kajian tersebut, anda dikehendaki menyediakan satu laporan tentang punca
     penglibatan remaja dalam kancah jenayah. Dalam laporan itu, kemukakan juga
     cadangan anda untuk mengatasi penglibatan remaja dalam jenayah. Sediakan
     laporan anda itu.



Pendahuluan Contoh


                             Punca Jenayah Remaja dan
                         Langkah-langkah untuk Mengatasinya

     1.   Pendahuluan

             Berita tentang jenayah sering diperkatakan oleh pelbagai pihak. Gejala
     yang dahulunya berlaku di bandar-bandar besar, kini mulai menular ke kawasan
     luar bandar. Kegiatan jenayah bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi juga
     golongan remaja. Oleh sebab itu, kini, kes peras ugut, ragut, pergaduhan,
     pencabulan, bahkan pembunuhan turut dikaitkan dengan remaja. Peningkatan kes
     jenayah dalam kalangan remaja berpunca daripada berbagai-bagai faktor. Baru-
     baru ini, saya sebagai pegawai di Kementerian Dalam Negeri diminta untuk
     menyediakan laporan tentang punca penglibatan remaja dalam jenayah dan
     cadangan untuk mengatasinya.




                                                                                        9
                                  Soalan (Memorandum)
          Kini, stesen televisyen cenderung mengadakan rancangan hiburan yang
       bersifat realiti untuk menarik minat penonton. Rancangan sedemikian
       menimbulkan kesan negatif kepada penonton, terutamanya golongan remaja.
          Sebagai pengerusi sebuah persatuan kebudayaan dan kesenian yang
       berpengaruh, anda diminta menghantar satu memorandum kepada Menteri
       Tenaga, Air, dan Komunikasi. Dalam memorandum tersebut, anda menyatakan
       kekesalan tentang kesan negatif yang timbul daripada rancangan tersebut dan
       mengemukakan usul untuk menangani kesan negatif itu. Tulis memorandum
       tersebut selengkapnya.
                                                                      (STPM 2006)



         Format memorandum agak asing bagi pelajar kerana format ini tidak dikemukakan
dalam peperiksaan SPM. Walaupun format ini ada sedikit persamaannya dengan format laporan,
namun pendekatan persembahannya, berbeza. Sila baca contoh yang berikut dengan teliti.



                                         Memorandum

Kepada   : YB Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi
Daripada : Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan Kesenian
           Daerah Pekan

                         Memorandum tentang Rancangan Hiburan
                      Bersifat Realiti yang Disiarkan melalui Televisyen

1. Pendahuluan

      Dunia hiburan semakin berkembang di negara ini. Kini, rancangan hiburan yang bersifat
realiti, misalnya Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor, dan lain-lain telah diperkenalkan oleh
televisyen tempatan. Rancangan Akademi Fantasia khususnya, bukan sahaja diminati oleh anak
muda tetapi juga oleh orang dewasa. Meskipun rancangan tersebut mendatangkan kepuasan
kepada mereka, namun kesan negatifnya akan mejejaskan masa depan orang ramai, khususnya
golongan remaja. Menyedari hal itu, Persatuan Seni Warisan Daerah Pekan menghantar
memorandum ini untuk mengemukakan kesan negatif rancangan tersebut dan juga usul untuk
menangani kesan yang dimaksudkan.

2. Pernyataan Masalah

2.1   Pembaziran Masa

     Kewujudan rancangan hiburan yang bersifat realiti mengakibatkan banyak masa seseorang
terbuang, lebih-lebih lagi bagi rancangan yang tempoh siarannya         panjang. Situasi ini
menjejaskan kelancaran aktiviti harian mereka yang berkenaan. Bagi sesetengah pelajar pula,
mereka sanggup menangguhkan tugasan yang diberikan oleh guru semata-mata untuk berada di
hadapan televisyen bagi mengikuti perkembangan rancangan hiburan yang bersifat realiti
kegemaran mereka. Segelintir mereka, sanggup ponteng kelas tuisyen bagi tujuan tersebut.
Sekiranya amalan ini berterusan, prestasi mereka dalam akademik akan terjejas, sekali gus
menggagalkan usaha kita untuk mendidik generasi muda agar menghargai masa.




                                                                                               10
2.2 Pembaziran Wang

    Penentuan pemenang melalui undian secara khidmat pesanan ringkas (sms) pula, misalnya
dalam rancangan Akademi Fantasia ternyata membazirkan wang orang ramai. ... (jelaskan isi
kedua)...

2.2   Pengaruh Negatif

      Selain itu, cara berpakaian, pergaulan ataupun perlakuan artis yang kadangkala
bertentangan dengan nilai ketimuran, ternyata mempengaruhi tingkah laku golongan remaja. ...
(jelaskan isi ketiga)...


3. Usul

3.1 Mengehadkan Rancangan

     Bagi menangani kesan negatif rancangan hiburan yang bersifat realiti, bilangan rancangan
tersebut hendaklah dikurangkan. Selain itu, tempoh siarannya juga perlulah dipendekkan. Hal ini
demikian kerana ...(jelaskan isi keempat)...

3.2 Menghentikan Undian Sms

     Sistem undian yang terbukti membazirkan wang orang ramai hendaklah dihentikan. Pihak
yang berkenaan hendaklah mencari alternatif lain, misalnya dengan menggunakan borang
undian bagi tujuan tersebut. ...(jelaskan isi kelima)...

3.3 Menyediakan Garis Panduan

    Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menetapkan garis panduan, khususnya tentang
perkara yang berkaitan dengan akhlak dan moral artis. ...(jelaskan isi keenam)...

4. Penutup

     Rancangan hiburan yang bersifat realiti banyak mendatangkan kesan negatif kepada orang
ramai, terutama golongan remaja. Pembaziran masa dan wang bukan sekadar merugikan
mereka, tetapi turut menjejaskan usaha untuk melahirkan remaja yang bijak merancang.
Persatuan ini tidak menuntut agar rancangan yang sedemikian dihentikan tetapi mengemukakan
beberapa usul yang difikirkan wajar dilaksanakan untuk kebaikan semua. Sekiranya usul di atas
dilaksanakan, persatuan ini yakin bahawa kesan negatif yang dimaksudkan itu akan
berkurangan. Semoga matlamat negara untuk melahirkan remaja yang berwawasan akan
menjadi kenyataan.

                  tt
.........................................                         30 Mei 2009
Abdul Rahim bin Abdullah
Pengerusi
Persatuan Kebudayaan dan Kesenian
Daerah Pekan.




                                                                                            11
6.2     Persembahan Isi

        Keberkesanan persembahan isi amat penting dalam menentukan mutu sesebuah
karangan. Oleh sebab aspek ini tidak dikuasai dengan baik, terdapat pelajar yang menulis
karangan tentang “kesan” walaupun soalan berkehendakkan “punca”. Kelemahan ini dapat
diatasi sekiranya pelajar dapat membuat persembahan isi berdasarkan Borang Rangka
Persembahan Isi Karangan (BRPIK) yang berikut.

                     BORANG RANGKA PERSEMBAHAN ISI KARANGAN

          ISI                                           HURAIAN

         APA                 BAGAIMANA                 MENGAPA               LANJUTANNYA

Langkah                  - Mengadakan forum,      Meningkatkan             Kempen yang
Kerajaan -               wawancara melalui        kesedaran orang          berkesan dapat
mengadakan Kempen        televisyen - jemput      ramai – generasi         mengurangkan
Cintailah Alam Sekitar   tokoh alam sekitar       muda tentang             pencemaran alam
                         - Mengadakan             kepentingan menjaga      sekitar.
                         peraduan - esei,         alam sekitar
                         cerpen, lukis poster -
                         tema alam sekitar

Cadangan                 - Beritahu anak-anak     - Didikan awal penting
Ibu bapa perlu           tentang kebaikan dan     melentur buluh biarlah
mendidik anak-anak       keburukan                dari rebung                        X
tentang faedah           pembaziran               - Buat pemerhatian -
berjimat cermat.         - Kaitkan dengan         puji / tegur anak-anak
                         agama – cerita           - tanam kesedaran

Punca jenayah juvana                              - Banyak urusan –        - Rakan – tempat
Ibu bapa terlalu sibuk                            terlalu mengejar         mengadu
                                                  kebendaan – tiada        - Ada rakan yang
                                   X              masa untuk bersama       merosakkan anak-
                                                  dengan anak-anak         anak - terjebak dalam
                                                  - Anak-anak berasa       jenayah juvana
                                                  tidak diperlukan –
                                                  keluar rumah

Faktor belia tak minat                            - Berhadapan dengan      - Belia memilih bidang
pertanian                                         pelbagai risiko –        lain
Pendapatan tidak                   X              cuaca, serangan          - Bidang pertanian
menentu                                           serangga, penyakit       kurang sambutan
                                                  - Lambat
                                                  mendatangkan hasil

Kesan kemasukan                                   - Ada yang datang        - Kesejahteraan hidup
pekerja asing                                     secara haram tidak       penduduk tempatan
Kadar jenayah                                     mendapat pekerjaan       terjejas
meningkat – kecurian,              X              - Segelintir daripada    - Timbul konflik
rompakan,                                         mereka pernah            dengan pendatang
pembunuhan                                        menjadi penjenayah       - Boleh menjejaskan
                                                  di negara asal           kestabilan politik
                                                                           negara ini



                                                                                              12
                                          Pelajar X


            Antara langkah-langkah untuk melahirkan rakyat yang bersemangat
      patriotisme, ialah dengan menganjurkan kempen semangat patriotisme. Kempen-
      kempen ini haruslah menyediakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan semangat
      patriotisme, tayangan filem dan lain-lain aktiviti. Hal ini semangat patriotisme
      dapat diwujudkan dalam diri masyarakat pada hari ini. Kanak-kanak juga akan
      melahirkan semangat patriotisme dalam diri mereka. Kanak-kanak ini yang akan
      membangunkan negara pada masa yang akan datang.


         Isi yang hendak diketengahkan adalah sesuai, iaitu mengadakan Kempen Semangat
Patriotisme. Walaupun begitu, huraiannya tidak tepat kerana Pelajar X tidak menjelaskan cara
(bagaimana) dan sebab (mengapa) kempen itu perlu diadakan. Contoh filem tidak dikemukakan
untuk mengukuhkan isi tersebut. Selain itu, aspek bahasanya amat lemah. Bagaimana pula
dengan contoh persembahan yang berikut.

                                   Contoh Persembahan


           Untuk melahirkan rakyat yang bersemangat patriotik, pihak kerajaan
      hendaklah mengadakan Kempen Patriotisme. Sehubungan dengan itu, media
      elektronik, terutama televisyen wajar dimanfaatkan untuk menghebahkan perkara
      ini kepada orang ramai. Aktiviti lain, misalnya ceramah, forum, dan wawancara
      tentang semangat patriotik boleh diadakan. Tayangan filem yang berkaitan dengan
      semangat tersebut, seperti filem Bukit Kepong, Leftenan Adnan, dan lain-lain perlu
      ditambah. Pertandingan melukis poster, menulis esei, dan menghasilkan karya
      kreatif yang bertemakan semangat kebangsaan perlu diperluas kepada semua
      pihak. Aktiviti yang sedemikian dipercayai dapat meningkatkan kesedaran orang
      ramai tentang kepentingan patriotisme dalam diri setiap rakyat di negara ini..


        Huraian isi di atas, mantap, jelas, bermaklumat, dan bebas daripada kesalahan bahasa.
Selain memiliki maklumat yang mencukupi, penulisnya dapat mematuhi kaedah yang diajarkan.
Perkara yang diperkatakan dalam perenggan di atas mematuhi kehendak dalam BRPIK di atas.


      Isinya apa?             Mengadakan Kempen Semangat Patriotisme

      Siapa yang              Pihak kerajaan
      melaksanakannya?

      Bagaimana     kempen     Mengadakan ceramah, forum, dan wawancara
      dijalankan?              Mengadakan tayangan gambar
                               Mengadakan pertandingan

      Mengapakah kempen       Untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang
      diadakan?               kepentingan semangat patriotisme.

      Contoh?                 Filem Bukit Kepong dan Leftenan Adnan.




                                                                                           13
       Yang berikut dikemukakan dua petikan persembahan isi karangan tentang faktor
Malaysia menjadi tumpuan pelancong asing. Petikan manakah yang lebih mematuhi cara
persembahan seperti yang dicadangkan di atas?

                                           Petikan A


          Malaysia menjadi tumpuan pelancong asing kerana di negara ini banyak terdapat
      tempat yang menarik untuk dilawati. Di Malaysia, terdapat pantai yang indah untuk
      pelancong beristirahat. Selain itu, di sini juga terdapat pulau-pulau peranginan, tanah
      tinggi, dan hutan lipur yang menarik untuk dikunjungi. Keistimewaan tersebut tidak
      terdapat di tempat mereka. Oleh sebab itu, mereka memilih Malaysia untuk
      dikunjungi dan seterusnya menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi. Mereka datang
      ke sini untuk bersiar-siar sambil menikmati udara pantai yang nyaman dengan
      suasananya yang menarik. Mereka mendapat kepuasan dan mendapat pengalaman
      yang tidak ternilai setelah mengunjungi Malaysia. Oleh itu, kerajaan hendaklah
      menjaga destinasi tersebut dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada
      pengunjung, terutama pelancong asing.


                                           Petikan B


         Keistimewaan alam semula jadi di Malaysia menjadi daya penarik pelancong
      asing ke negara ini. Pulau-pulau di Malaysia, misalnya Pulau Sipadan, Pulau
      Redang, dan Pulau Tioman mengandungi terumbu karang yang menarik. Di sini,
      pelancong boleh menyelam skuba, memancing, dan bersantai di pantai. Malaysia
      juga memiliki Taman Negara, iaitu antara hutan hujan tropika yang tertua di dunia.
      Hutan tersebut menjadi santuari kepada beratus-ratus spesies burung, kupu-kupu,
      serangga, dan ikan. Di sini juga terdapat pokok tualang, pokok meranti, dan pokok
      gaharu, iaitu sumber penghasilan air wangi. Selain dapat memerhatikan hidupan liar
      dan burung, pelancong boleh melawat perkampungan orang asli.



Bagaimana pula dengan persembahan yang berikut?


            Pihak kerajaan hendaklah mengadakan Kempen Berjimat Cermat. Aktiviti forum
      dan ceramah tentang kepentingan berjimat cermat boleh disiarkan menerusi
      televisyen untuk tontonan orang ramai. Tokoh-tokoh ekonomi seharusnya dijemput
      untuk menjayakan aktiviti tersebut. Pihak kerajaan atau badan-badan ekonomi juga
      boleh menganjurkan pertandingan pidato, peraduan menulis esei, cerpen, atau puisi
      yang bertemakan amalan berjimat cermat. Langkah ini penting untuk menyedarkan
      orang ramai tentang faedah mengamalkan nilai berjimat cermat. Sekiranya usaha ini
      dapat dilaksanakan dengan teratur, tidak mustahil masyarakat yang berjimat cermat
      dapat dilahirkan di negara ini.
                                                                    (83 patah perkataan)



Kesimpulan Karangan

Kesimpulan yang baik akan diberikan 3 markah. Antara perkara yang perlu diberikan
pertimbangan semasa menulis kesimpulan adalah seperti yang berikut.


                                                                                                14
            Menyimpulkan perkara yang ditulis dan memberikan pandangan
            Masukkan peribahasa, cogan kata, statistik, pendapat tokoh yang berwibawa yang
             berkaitan
            Bebas daripada kesalahan bahasa



                                          KESIMPULAN

                 SENTUH ISU SOALAN  ULAS ISI  BERIKAN PANDANGAN



Lihatlah contoh kesimpulan karangan tentang kepentingan penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah.


            Kesimpulannya, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat membantu
        pembentukan jati diri mereka. Melalui aktiviti tertentu, pengetahuan dan pengalaman
        pelajar akan bertambah. Selain itu, generasi muda yang berdisiplin dan
        bertanggungjawab dapat dilahirkan. Nilai-nilai tersebut amat penting untuk
        melahirkan modal insan yang dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat
        dan negara pada masa akan datang. Oleh sebab itu, Menteri Pelajaran Malaysia,
        Dato’ Hishamudin Tun Hussein pernah menyatakan bahawa penglibatan murid
        dalam aktiviti kokurikulum amat penting untuk melahirkan insan yang seimbang dari
        segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek, bertepatan dengan matlamat Falsafah
        Pendidikan Kebangsaan.



6.3     KESALAHAN STRUKTUR YANG MEMUSNAHKAN HARAPAN

Untuk memperoleh markah yang tinggi, elakkanlah kesalahan bahasa yang berikut.

6.3.1   AYAT

i.      Tidak Menepati Struktur Ayat Pasif

        a.   Tindakan yang mereka laksanakan tidak menguntungkan rakyat.
        b.   Penerapan nilai-nilai murni yang telah kerajaan uar-uarkan sewajarnya disokong.
        c.   Peralatan canggih itu kami telah gunakan sejak beberapa tahun yang lalu.
        d.   Mereka yang terpilih telah pun Zainal hubungi petang semalam.
        e.   Tajuk ucapan yang akan diperkatakan oleh saya nanti amat menarik.

ii.     Ayat Tergantung

        a. Bagi menangani jenayah remaja hendaklah menguatkuasakan undang-undang.
        b. Mereka yang didapati bersalah kerana melakukan pelbagai kesalahan.
        c. Kepada golongan remaja yang gigih mengejar kejayaan perlu diberikan sokongan.
        d. Untuk menghadapi cabaran alaf baharu seharusnya melengkapkan diri dengan ilmu
           pengetahuan.
        e. Pada era globalisasi ini harus menitikberatkan tahap ilmu pengetahuan masing-
           masing.

iii.    Tidak Menepati Binaan Ayat Aktif Transitif dan Ayat Aktif TakTransitif


                                                                                               15
        a.   Pemimpin itu telah memperkatakan tentang isu kegawatan ekonomi dunia kini.
        b.   Hukuman terhadapnya dijatuhkan berdasarkan kepada bukti pihak polis.
        c.   Pendatang asing mulai memasuki ke negara ini sejak zaman penjajah lagi.
        d.   Program itu adalah untuk meningkatkan lagi prestasi ahli sukan negara.
        e.   Pihak berkuasa akan menyalahi kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang-
             undang.
        f.   Pasukan tentera itu digeruni musuh kerana mereka bersenjatakan dengan senjata
             moden.

iv.     Maksud Ayat Kabur

        a. Tanpa telefon bimbit, jika kita ditimpa kemalangan pastinya pada waktu itu kita perlu
           mencari pondok telefon atau terpaksa pergi ke hospital untuk menyelamatkan nyawa
           mangsa kemalangan tersebut.
        b. Pengguna boleh mendapatkan maklumat daripada Persatuan Pengguna yang
           banyak membantu pengguna yang menghadapi masalah, terutama aduan dan
           pendapat.
        c. Penggunaan telefon bimbit juga pastinya akan menyusahkan jika seseorang itu tidak
           menggunakan alat tersebut.


6.3.2   KESALAHAN LAIN

i.      Bentuk Lewah

        kos perbelanjaan                                        khalayak ramai
        destinasi yang dituju                                   saling bantu-membantu
        saling kasih-mengasihi                                  ramai murid-murid
        semua pegawai-pegawai                                   setiap peserta-peserta

ii.     Tidak Mematuhi Hukun D – M

        lain-lain faktor                                        plastik beg
        mini marathon                                           Mah Kedai Jahit
        polis inspektor                                         Razak Kedai Gunting

iii.    Penggunaan Kata Sendi Nama

        selain daripada itu                                     demi untuk
        sejak dari                                              di era pembangunan

iv.     Kesalahan Penanda Wacana

        Hal ini kerana                                          Hal ini demikian
        Ini untuk                                               Justeru itu




                                                                                             16
6.4     MENILAI PENGUASAAN AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

Kelemahan dalam aspek bahasa menyebabkan pelajar tidak memperoleh markah yang tinggi
dalam karangan. Antara kelemahan yang dimaksudkan, termasuklah kegagalan menguasai ayat
aktif dan ayat pasif. Baca ringkasan ayat aktif yang berikut dengan teliti. Sila rujuk buku atau nota
tentang ayat pasif sekiranya pelajar memerlukan penjelasan yang lebih lanjut.



                             TRANSITIF                    Contoh ayat – boleh dipasifkan.
                                                          1. Abang membersihkan ruang tamu.
                     boleh dipasifkan                    2. Kakak menghidangi tetamu nasi.
                     ada objek sebagai penyambut         3. Raja menganugerahinya pingat.


  AYAT
  AKTIF

                                                          TAK BERPELENGKAP

                           TAK TRANSITIF                     Keterangan boleh digugurkan
                                                             Cth: Adik merangkak di atas lantai.
                     tidak boleh dipasifkan
                     tiada objek sebagai                 BERPELENGKAP
                      penyambut
                     ada keterangan                         Keterangan tak boleh digugurkan
                                                             Cth: Penyakitnya beransur pulih.


Catatan:


             Ayat                     Ayat Aktif Tak Transitif           Ayat Aktif Tak Transitif
        Aktif Transitif                 Tak Berpelengkap                     Berpelengkap

Dia memenangi peraduan itu.        Adik menangis di dalam bilik.      Mereka tinggal di pedalaman.

(memenangi = kk aktif transitif)   (menangis = kk tak tr tak b)       (tinggal = kk tak tr b)
(peraduan itu = objek)             (di dalam bilik = keterangan)      (di pedalaman = keterangan)

Selepas kk aktif transitif mesti   Keterangan dalam ayat di atas      Keterangan dalam ayat di atas
objek. Ayat tersebut salah         boleh digugurkan. Ertinya,         tidak boleh digugurkan. Ayat
sekiranya dimasukkan kata          ayat tersebut masih betul          tersebut tidak gramatis tanpa
sendi nama.                        tanpa keterangan.                  keterangan.

Dia    memenangi          dalam    Adik menangis. ( / )               Mereka tinggal. ( X )
peraduan itu. ( X)




                                                                                                    17
LATIHAN 1

Tandakan ( / ) bagi ayat yang betul dan ( X ) bagi yang salah. Bagi yang salah, dapatkah anda
menyatakan sebab kesalahan dan membetulkan kesalahan tersebut?


     BIL                                    AYAT                                  ( / )atau (X)

      1    Mereka memasuki negara ini pada akad ke-16.
      2    Mereka masuk ke negara ini pada abad ke-16.
      3    Mereka memasuki ke negara ini pada abad ke-16.
      4    Peserta itu mengatasi terhadap lawannya dengan mudah.
      5    Tindakan itu diambil berdasarkan pada maklumat polis.
      6    Razali menasihati kepada anaknya supaya belajar.
      7    Penceramah itu menjelaskan tentang masalah pekerjaan.
      8    Mereka telah menganggotai dalam pertubuhan itu.
      9    Mereka telah menjadi anggota dalam pertubuhan itu.
     10    Mereka telah menjadi anggota kepada pertubuhan itu.




                                                       1. Bungkusan itu diposkan petang tadi.
              IMBUHAN KATA KERJA PASIF                 2. Pokok itu terlanggar oleh lori panjang.
              (di-, ter-...oleh, ber-..., ke-...-an)      Penjenayah itu tertembak di kepalanya.
                                                       3. Pakaian di atas meja itu belum bergosok.
                                                       4. Anak burung itu kesejukan di atas pokok.


 AYAT         KATA GANTI NAMA DIRI (KGD)               1. Bilik itu KGD 1 sewa.
 PASIF        KGD1: saya, aku, ku-, kami, kita         2. Bilik itu KGD 2 sewa.
              KGD2: kamu, engkau, awak,
              kau-                                     3. Bilik itu disewa oleh KGD 3.
              KGD3: dia, beliau, mereka, -nya


              KATA BANTU “kena”                        1. Pencuri itu kena tangkap oleh polis.
                                                       2. Haiwan ganas itu kena tembak.




     Latihan yang berikut adalah untuk menguji penguasaan anda tentang ayat pasif. Sila
     baca soalan yang berikut dengan teliti dan tandakan ( / ) bagi binaan ayat pasif yang
     betul dan ( X ) bagi yang salah.




                                                                                                  18
LATIHAN 1


     BIL                                 AYAT                             ( / )atau (X)

      1    Rahsia itu terbongkar oleh pihak polis.
      2    Salimah tersenyum di ruang tamu rumahnya.
      3    Harimau itu tertembak di bahagian belakangnya.
      4    Pemain itu terjatuh ketika berlari di padang.
      5    Sebahagian daripada bilik itu belum bercat.
      6    Anak kambing datuk kesejukan di bawah pokok.
      7    Mereka kegemparan apabila terdengar letupan.
      8    Kena halau penagih dadah itu oleh penduduk kampung.
      9    Mangsa kemalangan itu telah diselamatkan.
     10    Dia tergamak untuk mengkhianati sahabat baiknya.



LATIHAN 2


     BIL                                 AYAT                             ( / )atau (X)

      1    Perkara itu kami akan bawa ke tengah.
      2    Isu kegawatan ekonomi sudah pun mereka bincangkan.
      3    Kerenah remaja, kita perlu tangani bersama-sama.
      4    Masa depan mereka sukar untuk kami ramalkan.
      5    Bangunan itu akan kusewakan kepada orang ramai.
      6    Borang permohonan itu akan dihantar kemudian.
      7    Akan kukotakan segala janjiku terhadap ibu bapaku
      8    Mereka akan kami undang ke majlis perasmian itu nanti.
      9    Sudah lama tawaran untuk ke luar negara mereka terima.
     10    Tidak mungkin kertas kerja itu dapat beliau siapkan esok.

Pelajar yang menguasai ayat pasif tidak menghadapi masalah untuk menjawab semua soalan di
atas. Bagi yang masih ragu-ragu, berbincanglah dengan rakan atau guru untuk mengatasi
kelemahan anda. Pelajar yang menguasai ayat pasif, bukan sahaja dapat mengelakkan
kesalahan membina ayat pasif dalam karangan, rumusan dan alih bentuk teks, tetapi dapat pula
menjawab soalan analisis kesalahan bahasa dan soalan objektif (Kertas 1) dengan baik.




                                                                                          19
7        MENILAI KARANGAN


K1 Minat orang ramai terhadap seni permainan tradisional, kini, kurang menggalakkan. Perkara
ini perlu diatasi untuk mengelakkan lenyapnya seni permainan tradisional di negara ini. Huraikan
langkah-langkah yang perlu diambil untuk mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan
generasi muda di negara ini.



    Pada zaman moden ini, pelbagai permainan terbaru wujud. Permainan zaman ini direka dari
barangan elektronik yang ringan dan mudah dibawa, contohnya permainan “game boy” dan
sebagainya. //Hal ini demikian masyarakat kini leka dengan arus pemodenan dan permainan
tradisional pula dilupakan. Hal ini berlanjutan sehinggakan //remaja tidak mengetahui apa itu
permainan tradisional. Permainan tradisional adalah permainan yang dimainkan oleh orang-
orang terdahulu. //Selain itu untuk mengeratkan hubungan antara penduduk masyarakat
terdahulu.                                                                                P=2


    //Antara   langkah-langkah   untuk   mempopularkan   permainan    tradisional,   termasuklah
memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka. //Hal ini kerana untuk
memastikan generasi muda akan datang tahu apa itu permainan tradisional. Ibu bapa boleh
menunjuk ajar cara bermain permainan tersebut. Contohnya, cara bermain wau ataupun gasing
dan banyak lagi. Ibu bapa juga boleh menunjukkan gambar-gambar permainan tradisional. Selain
itu, ibu bapa juga boleh membeli alat permainan tradisional di kedai. Bagi ibu bapa yang kurang
mampu, mereka boleh menunjukkan cara membuatnya. Dengan ini, hasrat kerjaan untuk
memartabatkan permainan tradisional akan tercapai.                                      IS = 3


    Selain itu juga //ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka ke tempat pertandingan
permainan tradisional, contohnya sepak takraw dan sebagainya. //Ini juga dapat melahirkan
minat apabila dia melihat permainan berkenaan contohnya permainan congkak. Bagi ibu bapa
yang mempunyai bakat bermain permainan tradisional, //mereka boleh menyertai pertandingan
tersebut, contohnya sempena hari keluarga dan sebagainya. //Ini kerana anak mereka timbul
keinginannya untuk bermain.                                                               IS = 2


    Seterusnya, pihak sekolah hendaklah menjadikan permainan tradisional salah satu kegiatan
sukan di sekolah. //Contohnya, mewujudkan kelab atau persatuan. //Dalam kelab tersebut,
hendaklah melantik seseorang yang mahir dalam permainan tradisional ini. Ia memastikan
pelajar dapat mempelajari permainan tradisional ini dengan lebih mendalam. Pihak sekolah juga
boleh mengadakan pertandingan peringkat sekolah. Bagi sekolah yang berjaya, sekolah
berkenaan terus mewakili daerah untuk ke peringkat seterusnya. //Ini dapat menghidupkan
kembali permainan tradisional untuk generasi yang akan datang.                            IS = 2


                                                                                             20
   Pihak kerajaan hendaklah menyediakan pusat kemahiran untuk melatih golongan muda. Ini
adalah untuk menarik minat golongan muda. Selain dapat mengajar cara-cara bermain
permainan tradisional, ia juga dapat memberikan peluang pekerjaan kepada tenaga yang
mengajar. //Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Dengan melaksanakan langkah ini
sudah tentu hasrat untuk mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan generasi muda
di negara ini akan tercapai.                                                                   IS = 2


   //Seterusnya mengadakan kempen juga salah satu langkah untuk mempopularkan permainan
tradisional. Dengan teknologi moden sekarang, //kerajaan boleh menyebarkan dengan
menggunakan media massa. Contohnya, media elektronik, media cetak dan sebagainya. //Ini
untuk memberitahu kempen yang ingin diadakan. Selain itu, pihak yang menganjurkan kempen
ini juga boleh memanggil tokok-tokoh terkemuka, contohnya ahli sasterawan negara, A. Samad
Said. Di samping itu, wawancara turut diadakan bagi //memeriahkan lagi sambutan. Hal ini
demikian kerana untuk //menambahkan lagi pengetahuan kepada masyarakat tentang permainan
tradisional ini. //Selain itu juga, dapat menimbulkan minat dalam kalangan remaja.             IS = 2


   //Selain itu juga menganjurkan pertandingan permainan tradisional. Antara permainannya,
termasuklah sepak raga, gasing, congkak, dan sebagainya. Semua permainan tradisional ini
//boleh dimainkan oleh semua peringkat umur. Selain itu, //kita juga boleh mengadakan
perlawanan    peringkat,       iaitu   bermula    dengan    peringkat   kampung   sehingga   peringkat
antarabangsa. Ini juga dapat menarik minat pelancong untuk mengunjungi Malaysia. Artis
terkemuka juga boleh dijemput bagi //memeriahkan lagi pertandingan. Atris juga hendaklah
terlibat dalam pertandingan ini. //Hal ini demikian dapat menarik minat untuk melihat artis
kegemaran mereka akan menyertainya. //Justeru itu, ini dapat menyerapkan minat kepada
masyarakat tentang permainan tradisional ini.                                                 IS = 2


   Kesimpulannya, semua pihak hendaklah saling bekerjasama bagi mempopularkan permainan
tradisional dalam kalangan generasi muda di negara ini agar permainan tradisional dapat
dikekalkan dan tidak ditelan arus pemodenan. Pihak kerajaan perlu mendapat sokongan.            K=1
        MARKAH             P           =     02
                           I           =     13
                           K           =     0
         (P+I+K)           R           =     16
                           P           =     08
                           B           =     03        (// = 25)
                JUMLAH                 =     27 / 50



                                                                                                   21

								
To top