MINIT MESYUARAT

Document Sample
MINIT MESYUARAT Powered By Docstoc
					                         MINIT MESYUARAT
      MAJLIS KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (MAKUM)
                        KALI KE-63 BIL 2/2009


                      Tarikh          :     6 Mac 2009 (Jumaat)
                      Masa            :     9.30 pagi
                      Tempat          :     Bilik Mesyuarat, Anjung UniMAP,
                                            Tingkat 26, Menara Tun Razak,
                                            Kuala Lumpur



Kehadiran :

Y. Bhg. Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin                                 - Pengerusi
Naib Canselor
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Encik Razli Ahmad
Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Prof. Madya Dr. Salmah Hj. Ayob
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Puan Mashitoh Abu
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Encik Mohd Izwan Izhar Haris
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Encik Noor Azrul Mohd Ariff
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Encik Mohd Rashid Abd Rahim
Universiti Malaya (UM)

Encik Zulkifli Che Hussin
Universiti Sains Malaysia (USM)

Puan Hazelina Ghazaly
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Encik Mohd Isnain Ali
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Prof. Madya Mohd Zahib Deraman
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Encik Jasrihanizan Badol
Universiti Utara Malaysia (UUM)

                                             1        Minit Mesyuarat MAKUM Kali Ke-62 Bil 2/2009
Cik Norliza Chek Hassan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Encik Nurfaizal Fariz Sahdan
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Encik Mohd Ismail Mohd Zin
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Encik Muhammad Khairul Azman Abdul Aziz
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Encik Ismail Ahmed
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Encik Badrul Hisham Darus
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Cik Suriaty Khalid
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Encik Ahmad Khirul Nizam Ali
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Encik Muhammad Shahrin Haron
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Encik Amir Ali
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Encik Sahar Sa’di Hashim
Universiti Darul Iman Malaysia (UDIM)

Encik Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Cik Shafinah Dzulkepli
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Puan Wan Andrina Osman
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Cik Nurul Ashikin Abdul Halim                                          - Setiausaha
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Encik Mohd Hakam Hassan                                                - Setiausaha
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)




                                             2   Minit Mesyuarat MAKUM Kali Ke-62 Bil 2/2009
Turut Hadir :

Encik Mohd Zein Md Sahid
Penolong Pengarah Kanan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN),
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPPKW)

Cik Jamaliah Azman
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN),
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPPKW)


Tidak Hadir (Dengan Maaf) :

Wakil dari Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Wakil dari Universiti Malaysia Pahang (UMP)



AGENDA:


1.0.   ALUAN PENGERUSI.

       1.1      Y. Bhg. Pengerusi terdahulu merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah
                kepada semua ahli MAKUM yang telah menghadiri Bengkel Perancangan
                Strategik MAKUM yang telah diadakan pada 4 dan 5 Mac 2009 di Anjung
                UniMAP, Menara Tun Razak, Kuala Lumpur.

       1.2      Y. Bhg. Pengerusi melahirkan harapan agar dengan permurnian Visi dan Misi
                MAKUM yang telah dihasilkan dan keperluan penghasilan nilai penunjuk Hasil
                Pembelajaran dan Kemahiran Insaniah (LOKI) dalam penghasilan Kertas
                Cadangan Pelaksanaan Aktiviti MAKUM seperti yang telah dilaksanakan
                dalam bengkel tersebut akan dapat dijadikan sebagai usaha untuk
                memartabatkan hala tuju dan meningkatkan nilai dan mutu aktiviti-aktiviti
                MAKUM.

       1.3      Y. Bhg. Pengerusi seterusnya mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan
                ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir pada
                mesyuarat kali ini.

                                                       Makluman       :               Semua


2.0.   PENGESAHAN MINIT MESYUARAT.

       Mesyuarat bersetuju meluluskan Minit Mesyuarat Majlis Kebudayaan Universiti-
       Universiti Malaysia (MAKUM) Kali Ke-62 Bil 1/2009 dengan pindaan berikut:

       ”Perkara 8.4 Hari Gamelan Sedunia” dipinda kepada ”Perkara 8.4 Festival Gamelan
       IPTA Malaysia”

                                                       Makluman       :               Semua

                                              3    Minit Mesyuarat MAKUM Kali Ke-62 Bil 2/2009
3.0.   PERKARA-PERKARA BERBANGKIT.

       3.1   Slot Khas untuk MAKUM

             Mesyuarat dimaklumkan bahawa permohonan untuk mendapatkan Slot Khas
             bagi MAKUM dalam pertandingan-pertandingan berbentuk kebudayaan dan
             kesenian peringkat kebangsaan anjuran Kementerian (KPKKW) dan Jabatan
             Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah dimaklumkan oleh
             Sekretariat kepada pihak JKKN dan perkara tersebut akan dibawa untuk
             pengetahuan dan persetujuan Y. Bhg. Dato’ Ketua Pengarah JKKN dan
             Kementerian.

                                                     Makluman       :               Semua


       3.2   Konsert DiRaja 2008

             i).     Mesyuarat dimaklumkan oleh Encik Muhammad Khairul Azman Abdul
                     Aziz dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) selaku tuan rumah
                     penganjuran konsert tersebut bahawa Y. Bhg. Dato’ Ketua Setiausaha,
                     Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) tidak bersetuju untuk
                     meneruskan pelaksanaan Konsert DiRaja ini atas faktor kewangan.

                                                     Makluman       :               Semua

             ii).    Mesyuarat bersetuju untuk meneruskan usaha untuk melaksanakan
                     Konsert DiRaja ini dan meminta pihak UiTM bagi meneruskan proses
                     perancangan dan kerja-kerja melaksanakan konsert tersebut.

                                                    Tindakan        : UiTM dan Sekretariat


       3.3   Baju Batik MAKUM

             Mesyuarat meminta sekretariat untuk menempah dan mengedarkan baju batik
             tambahan kepada ahli-ahli MAKUM terutamanya ahli baru yang masih belum
             mendapat Baju Batik MAKUM

                                                    Tindakan        :           Sekretariat


       3.4   Peruntukan Kewangan Daripada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan,
             Kesenian dan Warisan Malaysia (KPPKW)

             Mesyuarat dimaklumkan bahawa dalam satu perbincangan yang telah
             diadakan oleh Sekretariat dengan pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
             Negara (JKKN), Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan
             Warisan (KPKKW) telah bersetuju untuk memberikan peruntukan kepada
             empat buah program berikut :

                            Nama Program                                Anjuran
             i).     Pertandingan Kuda Kepang MAKUM.           -        USM
             ii).    Kursus Pengacara MAKUM                    -        UUM
             iii).   Pertandingan Zapin                        -        UPM
             iv).    Festival Nasyid MAKUM                     -        UniMAP
                                           4     Minit Mesyuarat MAKUM Kali Ke-62 Bil 2/2009
      dan masih lagi dalam proses mempertimbangkan tiga buah lagi program
      MAKUM untuk diberikan peruntukan. Program-program tersebut adalah:

                     Nama Program                                 Anjuran
      i).     Pertandingan Lagu Asli MAKUM               -        UNIMAS
      ii).    Pertandingan Teater MAKUM                  -        UUM
      iii).   Pertandingan Lagu Keroncong MAKUM          -        UKM

                                              Makluman        :               Semua


3.5   Rancangan Realiti Akademi MAKUM

      i).     Mesyuarat dimaklumkan bahawa satu mesyuarat bagi perancangan
              dan pelaksanaan Rancangan Realiti MAKUM ini telah diadakan 3 Mac
              2009 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selaku
              pengerusi pelaksana rancangan dan melibatkan wakil-wakil dari
              UniMAP, USIM, UUM dan UPM. Dalam mesyuarat MAKUM kali ini,
              draf awal kertas cadangan bagi rancangan tersebut telah dibawa untuk
              makluman awal ahli mesyuarat.

      ii).    Mesyuarat bersetuju untuk menggunakan cadangan konsep program -
              ”IPT TO COMMUNITY” dengan melibatkan gabungan ketiga-tiga
              konsep program yang telah dicadangkan oleh Jawatankuasa
              Pelaksanan.

                                              Makluman        :               Semua

      iii).   Mesyuarat memohon kepada jawatankuasa pelaksana Rancangan
              Realiti Akademik MAKUM untuk memperkemaskan dan memurnikan
              lagi kertas cadangan program untuk dibentangkan dalam mesyuarat
              yang akan datang.

                                             Tindakan         :                 UKM

      iv).    Mesyuarat mencadangkan agar Kertas Cadangan bagi pelaksanaan
              Rancangan Realiti ini turut dikemukakan kepada Kementerian
              Pengajian Tinggi (KPT) bagi tujuan memohon peruntukan kewangan
              selepas dikemaskinikan dan dimurnikan.

                                              Tindakan        : Sekretariat Dan UKM


3.6   Peruntukan Kewangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
      (KPT)

      Mesyuarat dimaklumkan bahawa Sekretariat kini dalam proses untuk
      mengemukakan permohonan peruntukan kewangan daripada KPT.

                                              Makluman        :               Semua




                                    5      Minit Mesyuarat MAKUM Kali Ke-62 Bil 2/2009
       3.7     Segmen Rancangan Spektrum U.

               Mesyuarat dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Penerangan tidak
               bercadang untuk meneruskan lagi Rancangan Spektrum U.

                                                       Makluman         :             Semua


       3.8     Festival Gamelan IPTA Malaysia

               i).    Mesyuarat dimaklumkan mengenai pembetulan kepada nama program
                      Hari Gamelan Sedunia yang dinyatakan dalam Minit Mesyuarat
                      MAKUM Kali Ke-62 Bil 2/2009 sebenarnya adalah program Festival
                      Gamelan IPTA Malaysia. Tarikh perlaksanaan bagi festival ini adalah
                      pada 14 hingga 17 Ogos 2009.

                                                       Makluman         :             Semua

               ii).   Pengerusi meminta agar UDM selaku Pengerusi pelaksana festival
                      tersebut untuk mengaturkan satu pertemuan dan perbincangan
                      dengan Menteri Besar Terengganu dan Naib Canselor UDM
                      berkenaan penganjuran dan peruntukan bagi festival tersebut.

                                                      Tindakan          :               UDM


       3.9     Wakil Tetap Universiti-Universiti ke Sekretariat MAKUM

               Mesyuarat dimaklumkan bahawa Sekretariat telah menghantar                surat
               berkenaan wakil tetap ke Mesyuarat MAKUM ke semua universiti.

                                                       Makluman         :             Semua


4.0.   LAPORAN KEWANGAN

       Mesyuarat dimaklumkan bahawa

       i).     Status Kewangan Semasa bagi Sekretariat MAKUM sehingga tarikh
               31 Disember 2008 dengan jumlah baki wang yang ada di dalam Akaun
               Amanah Sekretariat MAKUM adalah berjumlah RM 125, 228.87 (Ringgit
               Malaysia : Satu Ratus Dua Puluh Lima Ribu, Dua Ratus Dua Puluh Lapan dan
               Lapan Puluh Tujuh Sen Sahaja).

       ii).    Akaun Amanah Sekretariat MAKUM masih lagi dalam proses dikemaskini.

       iii).   Sekretariat telah menghantar surat makluman berkenaan pembayaran Yuran
               Tahunan MAKUM kepada semua universiti anggota MAKUM.

                                                       Makluman         :             Semua




                                             6     Minit Mesyuarat MAKUM Kali Ke-62 Bil 2/2009
5.0   PEMBENTANGAN KERTAS KERJA AKTIVITI MAKUM

      5.1   Festival Seni Budaya MAKUM (FESKUM) 2009

            i).     Mesyuarat mengambil maklum mengenai pembentangan Kertas
                    Cadangan perlaksanaan festival tersebut. Pelaksanaan festival ini
                    dicadangkan adalah bertujuan sebagai satu pendekatan alternatif
                    kepada aktiviti-aktiviti dan program-program MAKUM yang telah
                    dirancangkan sepanjang tahun 2009. Aktiviti-aktiviti dan program-
                    program utama anjuran MAKUM yang telah dikenalpasti akan
                    digabungkan dan dilaksanakan secara serentak pada tarikh yang akan
                    diputuskan nanti.

            ii).    Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa sekiranya festival ini
                    dilaksanakan kelak, program-program lain yang berbentuk bengkel
                    dan lain masih boleh dilaksanakan di peringkat zon-zon oleh universiti-
                    universiti yang terbabit.

            iii).   Wakil daripada JKKN, KPKKW memaklumkan bahawa pelaksanaan
                    festival ini dilihat sebagai satu langkah yang baik dalam melaksanakan
                    aktiviti seni dan budaya di universiti dan akan mendapat sokongan
                    penuh daripada JKKN, KPPKW. Sebagai langkah awal, pihak JKKN,
                    KPKKW amat menggalakan dan menyokong MAKUM untuk
                    mengadakan satu bengkel khas mengenai festival ini.

                                                      Makluman       :               Semua

            iv).    Mesyuarat mencadangkan agar diadakan satu bengkel khas bagi
                    membuat perbincangan, perancangan dan memperkemaskan lagi
                    kaedah pelaksanaan Festival Seni Budaya MAKUM (FESKUM) 2009
                    pada 10 hingga 12 April 2009 bertempat di Langkawi. Untuk bengkel
                    ini, sekretariat juga dicadangkan untuk menjemput wakil dari JKKN,
                    KPKKW dan KPT untuk hadir bersama dalam bengkel tersebut.

                                                    Tindakan         :Sekretariat dan USIM


      5.2   Kursus Kepimpinan Budaya dan Seni MAKUM 2009

            i).     Mesyuarat mengambil maklum mengenai pembentangan Kertas
                    Cadangan perlaksanaan kursus tersebut yang dijadualkan akan
                    diadakan pada 10 hingga 13 Mei 2009 bertempat di Kem Bina Negara,
                    Balik Pulau, Pulau Pinang oleh Universiti Utara Malaysia (UUM).

                                                      Makluman       :               Semua

            ii).    Mesyuarat memohon kepada pengajur untuk memasukan sedikit slot
                    yang berkaitan dengan kesenian dan kebudayaan dalam tentatif
                    kursus tersebut.

                                                     Tindakan        :                 UUM




                                           7      Minit Mesyuarat MAKUM Kali Ke-62 Bil 2/2009
              iii).   Mesyuarat mencadangkan agar yuran penyertaan bagi kursus ini
                      diselaraskan kepada RM 600.00

              iii).   Mesyuarat bersetuju untuk memberikan sumbangan dari Sekretariat
                      MAKUM sebanyak RM 1,000.00 bagi penganjuran program kursus ini.

                                                     Makluman        :               Semua


       5.3    Bengkel Tarian RampaianAsli

              i).     Mesyuarat mengambil maklum mengenai pembentangan Kertas
                      Cadangan perlaksanaan Bengkel Tarian Rampaian Asli pada 9 hingga
                      11 Mei 2009 bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM).

              ii).    Mesyuarat bersetuju untuk memberikan sumbangan daripada
                      Sekretariat MAKUM sebanyak RM 1,000.00 bagi penganjuran program
                      bengkel ini.

                                                     Makluman        :               Semua

       5.4    Pertandingan Kuda Kepang

              i).     Mesyuarat     mengambil     maklum       mengenai     pembentangan
                      perlaksanaan Pertandingan Kuda Kepang yang akan diadakan pada
                      20 hingga 22 Mac 2009 di Universiti Sains Malaysia (USM).

              ii).    Mesyuarat dimaklumkan bahawa 13 buah universiti akan mengambil
                      bahagian dalam pertandingan ini.

                                                     Makluman        :               Semua


6.0.   Penangguhan Mesyuarat

       Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.



Disediakan oleh:

Setiausaha
Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM)

Tarikh : 9 Mac 2009




                                            8     Minit Mesyuarat MAKUM Kali Ke-62 Bil 2/2009

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:357
posted:11/23/2011
language:Malay
pages:8