Kandungan Panduan Staf 2011 - SMK. ELOPURA
Document Sample


BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Setinta Pedoman, Segunung Harapan Pengetua 2
2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 3
3. Misi Kementerian Pelajaran Malaysia 4
4. Kurikulum Kebangsaan 4
5. NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia 5
6. Piagam Pelanggan Sekolah 6
7. Visi dan Misi Sekolah 6
8. Huraian Visi dan Misi Sekolah 7–8
9. Lencana Sekolah 9
10. Bendera Sekolah 10
11. Lagu SMK Elopura 11
12. Lagu Sekolah Bestari 12
13. Panduan Am Untuk Staf Sekolah 13 – 19
14. Takwim Sekolah 20 – 25
15. Kalender Persekolahan 26
16. Carta Organisasi 27 – 31
17. Struktur Organisasi Sekolah 32 – 48
18. Senarai Guru Kelas 49
19. Jadual Guru Bertugas Sesi Pagi 50 – 51
20. Jadual Guru Bertugas Sesi Petang 52 – 53
21. Tawaran Pakej Mata Pelajaran Setiap Tingkatan 54 – 56
22. Pelan Kedudukan Kelas 57 – 58
23. Laporan Eksekutif 59
24. Jadual Pembayaran Gaji 60
25. Catatan Rasmi 61 – 120
26. Staf Sekolah 121 – 124
27. Penetapan SKT 125 – 137
~1~
SETINTA PEDOMAN, SEGUNUNG HARAPAN
PENGETUA SMK ELOPURA
Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia buat semua staf SMK Elopura
yang saya kasihi. Jutaan terima kasih atas kalungan budi yang telah dicurahkan oleh semua staf
SMK Elopura. Semua cabaran dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
usaha memartabatkan kualiti pendidikan bagi membentuk modal insan yang seimbang akan sama-
sama kita tempuhi dengan penuh komitmen. Malah, kita akan berusaha menjayakannya dengan
azam ’muafakat membawa berkat’. Saya yakin pada tahun ini, SMK Elopura akan mengikut
landasan yang sama-sama kita dukung iaitu ”SMK Elopura, Sekolah Gemilang 2011”.
Justeru, Buku Panduan Staf 2011 (BPS 2011) ini mudah-mudahan akan menjadi titik tolak
untuk kita meneruskan kecemerlangan dalam meningkatkan kualiti organisasi. Saya amat
berharap agar BPS 2011 ini akan memberi pengetahuan dan pemahaman dalam kita mengharungi
semua tugas harian sebagai staf SMK Elopura sepanjang tahun ini. Penambahbaikan BPS 2011
akan dibuat agar terus relevan dengan kehendak semasa. Semoga dengan adanya BPS 2011 ini,
staf SMK Elopura akan melonjakkan kualiti perkhidmatan sebagai pemangkin kecemerlangan
dalam semua aspek yang telah dirancang.
Akhir kalam, sesungguhnya kitalah yang menjadi pencetus kegemilangan anak-anak didik
kita yang akan menjadi modal insan untuk kebaikan agama, bangsa dan negara. Marilah bersama-
sama merealisasikannya. Wassalam.
Sekian, terima kasih.
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bersatu hati amalan baik
Elok diamalkan setiap masa
”Sekolah Bestari, Pelajar Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA, DAN NEGARA”
HJH. KALSOM HJ. ABD. AZIZ
Pengetua
SMK Elopura, Sandakan, Sabah.
~2~
FASAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggung jawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
~3~
MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Membangunkan sistem pendidikan yang
berkualiti bertaraf dunia bagi
memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara
Malaysia.
KURIKULUM KEBANGSAAN
Kurikulum Kebangsaan adalah suatu program
pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan
seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk
menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang
diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
~4~
NKRA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
“ The Government is set to begin the transformation process in
strengthening the efficiency of its delivery system”
“ The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear
measures designed to ensure that the government is continuously
working to better serve the needs of Malaysians”
“ Our real work will begin as we make the transformation of
government services happen”
Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan,
kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk
meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
1. PRASEKOLAH
Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+ dan 5+)
kepada 87% menjelang 2012 serta meningkatkan kualiti pendidikan
prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi
lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.
2. LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)
Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi
selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.
3. SEKOLAH BERPRETASI TINGGI (SBT)
Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mempunyai etos,
karakter dan identiti tersendiri. Sekolah-sekolah ini akan melonjakkan
kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi.
4. TAWARAN BARU KEPADA PEMIMPIN SEKOLAH
Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai
Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran menarik
kepada PGB yang melepasi sasaran serta memandu PGB yang lemah.
~5~
PIAGAM PELANGGAN SMK ELOPURA
Sesungguhnya kami guru-guru dan kakitangan SMK Elopura berikrar dengan
penuh iltizam kami untuk melaksanakan tanggungjawab pendidikan dengan
jujur dan ikhlas berdasarkan 3 prinsip utama :
1. Sentiasa komited kepada kecemerlangan
2. Mengutamakan kepuasan pelanggan
3. Menjadi perintis dan pemimpin dalam pendidikan.
VISI SMK ELOPURA
SMK ELOPURA, SEKOLAH GEMILANG 2011
MISI SMK ELOPURA
SMK Elopura bertekad untuk mencapai kegemilangan melalui :
a. Pengurusan Pentadbiran yang Cekap dan Sistematik
b. Keprofesionalan Staf yang Bermaklumat dan
Berketrampilan
c. Kemenjadian Murid yang Seimbang dan Harmonis
d. Pembangunan Fizikal yang Selamat dan Kondusif
e. Penglibatan Komuniti yang Bersepadu dan Berterusan
~6~
Huraian Visi dan Misi Sekolah
VISI SMK ELOPURA HURAIAN VISI
SMK Elopura akan menjadi Sekolah Gemilang pada tahun 2011.
SMK ELOPURA, SEKOLAH GEMILANG
2011 Sekolah Gemilang
Sekolah yang mendapat peratus pencapaian 90 % - 100% menggunakan
isntrumen penarafan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).
MISI SEKOLAH HURAIAN MISI
1. Pengurusan Pentadbiran yang Cekap
cekap dan sistematik Pengurusan Pentadbiran yang berkebolehan melaksanakan tugas dengan
cepat dan sempurna.
Sistematik
Pengurusan Pentadbiran yang berasaskan atau menurut sistem (aturan)
2. Keprofesionalan Staf yang Bermaklumat
bermaklumat dan berketrampilan Kakitangan yang sentiasa peka untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam
bidang tugas masing-masing.
Kakitangan yang berkeupayaan mengaplikasikan teknologi maklumat dalam
tugas dan kehidupan.
Kakitangan yang mampu menyebarluaskan ilmu dan aplikasi IT kepada
murid-murid dan komuniti.
Berketrampilan
Kakitangan yang cekap dan cekatan dalam melaksanakan tugas dan boleh
menyelesaikan sebarang masalah.
Kakitangan yang mampu membuat penyesuaian, menerbitkan pembaharuan
dan mencapai kemajuan.
*cekatan – pantas bekerja
3. Kemenjadian Murid yang Seimbang dan Harmonis
seimbang dan harmonis Murid yang dapat meningkatkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi akademik, disiplin dan sahsiah.
Akademik
Murid mampu mengakses ilmu mengikut kadar kendiri secara terarah untuk
memperkembang potensi individu dalam mencapai kecemerlangan
akademik
Murid berinovasi, kreatif dan kritis.
Murid yang berilmu dalam IT dan berkeupayaan mengaplikasikannya dalam
pemelajaran.
Murid mampu untuk berkongsi kepakaran dan maklumat.
Disiplin
Murid yang patuh dan dapat menterjemah semua peraturan sekolah melalui
tingkah laku yang unggul
~7~
MISI SEKOLAH HURAIAN MISI
Sahsiah
Murid mengamalkan nilai-nilai murni dan agama dalam setiap aspek
kehidupan harian
Murid berupaya menjadi ‘role model’ kepada rakan sebaya
Murid berupaya menjadi pemimpin yang berkaliber dalam melaksanakan
tugas yang diamanahkan kepadanya.
Murid mengamalkan cara hidup yang harmonis dari segi jasmani, emosi,
rohani, dan intelek.
*Harmonis – selaras, seimbang, sepadan, bersesuaian.
4. Pembangunan Fizikal Yang Sekolah yang selamat dan kondusif dari segi:
Selamat dan Kondusif
Persekitaran
Persekitaran sekolah yang sentiasa bersih, ceria dan mampu menjana
minda.
Bangunan
Bangunan yang selamat dan berfungsi secara optimum
Peralatan
Peralatan yang lengkap, pelbagai, berteknologi terkini, dan berkeadaan baik
serta senang diakses oleh warga sekolah.
*Kondusif – selesa dari segala segi
5. Penglibatan Komuniti Yang Komuniti
Bersepadu dan Berterusan Ibu bapa dan penjaga, pemimpin masyarakat, agensi luar , dan individu/pihak
luar yang prihatin, komited, dan beriltizam dalam membina keunggulan
sekolah.
*Pemimpin masyarakat – ketua kampung, wakil rakyat, dll
*Agensi luar yang berkepentingan – Agensi kerajaan dan NGO.
*Bersepadu - berkaitan erat, tidak terpisah-pisah.
*Beriltizam – Keterlibatan yang bersungguh-sungguh dan
bertanggungjawab.
Renungan
Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan rawatan yang baik
tetapi masa yang hilang sekali ….. akan terus hilang.
Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang
jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan
berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)
~8~
Lencana Sekolah
Bil. Simbol / Warna Pengertian
1. Moto Sekolah PELAJARAN TEMAN SEJATI
Pelajaran amat penting kepada masa hadapan murid.
Berbekalkan ilmu dan kemahiran ICT, murid akan dapat
hidup berdikari dalam menghadapi cabaran dunia
global.
2. Lencana Berbentuk Perisai Sekolah sebagai tempat yang selamat, kondusif dan
menyeronokkan.
3. Obor Yang Digenggam Semangat dan cita-cita warga sekolah yang sentiasa
berkobar-kobar untuk mencapai Visi dan Misi SMK
Elopura.
4. Buku Yang Dijulang SMK Elopura sebagai sebuah organisasi yang
berpembelajaran.
5. Warna Biru Perpaduan dan keharmonian dalam kalangan warga
sekolah dan komuniti luar.
6. Warna Kuning Patuh kepada peraturan sekolah dan Rukun Negara.
7. Warna Putih Keluhuran budi dan sentiasa mengamalkan nilai murni.
8. Warna Merah Berani mencuba sesuatu yang positif serta mempunyai
ketahanan diri dalam menempuh segala cabaran.
~9~
Bendera Sekolah
WARNA MERAH
JALUR GEMILANG
WARNA KUNING
JALUR GEMILANG
Bil. Simbol / Warna Pengertian
01. Warna Merah Warga sekolah yang berani, kritis, kreatif, dan
inovatif dalam melaksanakan tugas dan
menyelesaikan sebarang masalah.
02. Warna Putih Mendidik jiwa yang luhur dan murni ke arah
kegemilangan.
03. Warna Kuning Memperkembang potensi warga Elopura untuk
melahirkan murid yang seimbang dan harmonis
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
04. Lencana Sekolah di tengah Visi dan Misi SMK Elopura menjadi matlamat
bendera utama yang perlu dicapai oleh warga sekolah.
~ 10 ~
Elopura penyuluh yang budiman
Tabur bakti pada ibu pertiwi
Budi luhur membakar bagai dian
Memancarkan sinar kegemilangan
Semerbaklah namamu Elopura
Kami sanjung jasamu tiap masa
Tanpa pendidikan kami dahaga
Kami perlukan demi bangsa negara
CHO : Demi nama yang kami bangga
Segala janji akan kami kota
SMK Elopura
Tekad kami mengejar cita-cita
Elopura penyuluh yang budiman
Tabur bakti pada ibu petiwi
Budi luhur membakar bagai dian
Memancarkan sinar kegemilangan
~ 11 ~
LAGU SEKOLAH BESTARI
Bermula di sini Together we are here
Hadapi cabaran dunia Holding hands we face the world
Sehati sekata We share the laughs and tears
Untuk jadi insan berjaya Doing our best to be the best
Suasana harmoni Let's learn in harmony
Menghormati menyayangi Caring, loving we all shall be
Menggapai cita bintang kejora We'll try our best to be the shining star
Demi masa hadapan The future in our hands
Amal nilai murni Be strong, be kind, be fair
Dengan cara tersendiri Together we chart our way
Didik jiwa minda We use our hearts and minds
Berteraskan ICT
We learn through ICT
Sekolah Bestari
Smart School you're in our hearts
Namamu sentiasa di hati
Keranamu Malaysia We promise we'll make you proud
Sebangsa For the love of Malaysia
Bersama kita kecapi One nation,
Malaysiaku tercinta Together we stand as one
La la, la la, la la, Together we stand as one
Du du, du du, du du, La la, la la, la la,
Du du, du du, du du,
Menggapai cita bintang kejora
Demi masa hadapan We'll try our best to be the shining star
Smart School you're the best
Amal nilai murni
Dengan cara tersendiri Be strong, be kind, be fair
Didik jiwa minda Together we chart our way
Berteraskan ICT We use our hearts and minds
We learn through ICT
Sekolah Bestari
Namamu sentiasa di hati
Smart School you're in our hearts
Keranamu Malaysia
We promise we'll make you proud
Sebangsa
For the love of Malaysia
Bersama kita kecapi
Malaysia negara jaya One nation,
Together we stand as one
Together we are here as one
~ 12 ~
PANDUAN AM UNTUK STAF SMK ELOPURA
1. Arahan Am
1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru dan staf sokongan adalah tertakluk kepada segala arahan yang
terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dan staf sokongan dikehendaki
membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.
1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan
dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.
1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu
profesion yang mulia.
1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang.
1.5 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan.
1.6 Semua guru dan staf sokongan hendaklah meletakkan kepentingan murid, sekolah dan komuniti
lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.
1.7 Semua guru dan staf sokongan bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid dan
menjaga harta benda sekolah.
1.8 Semua guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan
dinamik serta cekap menjalankan tugas.
2. Kehadiran Rasmi
2.1 Guru dan staf sokongan mesti berada di dalam kawasan sekolah seperti ketetapan berikut :
2.1.1 Guru Sesi Pagi :
(a) Isnin hingga Khamis : 6.30 pagi hingga 12.30 tengah hari [6 jam]
(b) Jumaat : 6.30 pagi hingga 11.15 pagi [4 jam 45 minit]
2.1.2 Guru Sesi Petang :
(a) Isnin hingga Khamis : 12.00 tengahari hingga 6.00 petang [6 jam]
(b) Jumaat : 1.15 petang hingga 6.00 petang [4 jam 45 minit]
2.1.3 Staf sokongan
(a) mesti berada di tempat bertugas masing-masing 5 minit sebelum waktu bertugas rasmi.
(b) mesti mematuhi peruntukan jumlah jam bekerja mengikut PKPA iaitu 9 jam sehari (termasuk
rehat tengah hari 1 jam)
i. 7.30 am – 4.30 pm ii. 8.00 am – 5.00 pm
2.2 Guru-guru / staf sokongan mesti menghadiri Sejenak Bersama pada hari yang ditetapkan mengikut
masa berikut;
a) Guru Sesi Pagi (Selasa & Khamis) : 6.30 - 6.45 pagi (Palm Square)
b) Guru Sesi Petang (Selasa & Khamis) : 12.00 - 12.15 tgh (Palm Square)
c) Staf sokongan (Rabu ) : 12.00 – 12.30 (Palm Square)
2.3 Guru-guru dan staf sokongan mesti hadir 5 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan dalam
semua urusan rasmi sekolah (kurikulum, kokurikulum, program, mesyuarat, dan aktiviti sekolah).
2.4 Staf sokongan mesti memastikan bilik/ tempat bertugas ada petugas jika keluar berehat/makan.
Sistem giliran boleh dilaksanakan.
2.5 Setiap hari persekolahan/ hari bekerja/kerja lebih masa, guru/staf sokongan mesti mendaftar masuk
dan mendaftar keluar dari sekolah.
2.6 Guru dan staf sokongan yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat atau pulang awal
hendaklah memberikan kenyataan atau sebab-sebab yang wajar lebih awal kepada
Pengetua/Penolong Kanan 1 /Penolong Kanan Petang.
2.7 Guru yang tidak dapat hadir disebabkan menghadiri kursus/taklimat/bengkel/cuti rehat
khas/membawa pasukan dan lain-lain perlu mengatur jual-beli jadual waktu atau mengisi borang
Rancangan Kerja Kelas Ketika Ketiadaan Guru dan memaklumkan kepada Penolong Kanan 1/
Penolong Kanan Petang.
~ 13 ~
2.8 Guru perlu menyediakan latihan/aktiviti untuk kelas yang ditinggalkan dan menyerahkan lembaran
kerja kepada Penolong Kanan 1/ Penolong Kanan Petang untuk diedarkan kepada guru yang
menggantikan kelas tersebut.
2.9 Semua urusan peribadi guru dan staf sokongan hendaklah dibuat di luar waktu sekolah / bekerja
kecuali dalam keadaan kecemasan tetapi perlu memaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan
1/Penolong Kanan Petang mengikut peraturan yang ditetapkan.
3. Guru Bertugas Mingguan
3.1 Hendaklah datang sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dan pulang sekurang-kurangnya 10 minit
setelah sekolah berakhir.
3.2 Mengendalikan perhimpunan mingguan bersama Lembaga Pengawas/MAPTEE agar berjalan lancar.
3.3 Memantau dan memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, ceria, dan selamat.
3.4 Bekerjasama dengan Lembaga Pengawas dalam mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar
seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan.
3.5 Mengawasi disiplin murid pada masa balik di kawasan menunggu kenderaan.
3.6 Mengurus rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital / ke rumah.
3.7 Merekodkan nama dan bilangan murid yang mendapatkan surat kebenaran ke hospital dan surat
kebenaran pulang awal.
3.8 Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
3.9 Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah pada minggu berkenaan.
3.10 Melengkapkan Buku Laporan Bertugas Mingguan dan membuat pelaporan pada perhimpunan
minggu berikutnya.
3.11 Mengendalikan Program Sesamamu bersama murid dan memastikan Buku Laporan Sesamamu
dilengkapkan oleh murid yang bertugas.
Sesi Pagi (Ting. 4, 5, & 6) Sesi Petang (Ting. 1 & 2) Sesi Petang (Ting. 3)
6.30 am Doa 12.10 pm Doa 11.00 am Doa
6.35 am Taklimat Guru 12.15 pm Taklimat Guru 11.05 am Taklimat Guru
6.40 am Perkongsian Pelajar 12.20 pm Perkongsian Pelajar 11.10 am Perkongsian Pljr
6.45 am Bersurai 12.25 pm Bersurai 11.15 am Bersurai
3.12 Bertugas mengendalikan Program Sejenak Bersama pada minggu berikutnya. Pembahagian masa
adalah seperti berikut;
Sesi Pagi Sesi Petang
6.30 am Doa & Perkongsian Guru Bertugas 12.00 pm Doa & Perkongsian Guru Bertugas
6.35 am Pengumuman Guru 12.05 pm Pengumuman Guru
6.40 am Pengumuman Pentadbir 12.10 pm Pengumuman Pentadbir
6.45 am Bersurai 12.15 pm Bersurai
3.13 Melengkapkan Buku Laporan Program sejenak Bersama.
4. Keluar Dari Kawasan Sekolah Pada Waktu Bertugas
4.1 Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah pada waktu bertugas
kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan/Pejabat
Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua/Penolong
Kanan/Penolong Kanan Petang.
4.2 Guru dan staf sokongan dikehendaki mengisi Buku Rekod Keluar (Rasmi atau Tidak Rasmi) dan
mendapatkan tandatangan Pengetua/Guru Penolong Kanan/Penolong Kanan Petang sebelum keluar
dan selepas balik.
4.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta mendapatkan guru ganti dengan jual beli jadual waktu
atau meninggalkan kerja bertulis untuk murid melalui Guru Penolong Kanan 1 / Penolong Kanan
Petang.
4.4 Guru yang diberi tugas-tugas berbentuk pentadbiran, kurikulum, HEM, dan kokurikulum mesti
melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
~ 14 ~
4.5 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi
ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain, guru / staf sokongan hendaklah mengambil tindakan
sendiri. Guru/staf sokongan yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru/staf lain
melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain
atas persetujuan sesama sendiri, maka ia mesti sampai ke pengetahuan Pengetua.
5. Perjawatan
5.1 Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan
Pembantu Tadbir atau Pengetua.
5.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Ketua
Panitia, Ketua Bidang atau Penolong Kanan.
5.3 Semua guru perlu mengajar mengikut Sukatan Pelajaran dan menyelesaikannya berdasarkan
Rancangan Tahunan dan SKT yang ditetapkan pada awal tahun.
6. Buku Rekod Mengajar
6.1 Semua guru perlu menyediakan dan menyimpan rancangan mengajar dalam bentuk yang
dimaklumkan oleh Pentadbir dari semasa ke semasa bagi memudahkan penyemakan dan
pemantauan setiap minggu.
6.2 Guru-guru perlu menyediakan satu fail dokumen mengajar untuk menyimpan semua dokumen yang
berkaitan dengan proses pengajaran dan penilaian. Fail ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada
masa-masa yang ditentukan untuk disemak dan ditandatangai oleh Pengetua/Guru Penolong
Kanan/Ketua Bidang.
6.3 Rancangan Mengajar perlu diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta
apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
7. Jadual Waktu
7.1 Guru tingkatan/kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam
kelas masing-masing.
7.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran
7.3 Guru masa pertama perlu masuk kelas 5 minit lebih awal untuk proses membersihkan kelas.
7.4 Guru mesti bersama murid mengikut masa yang tercatat dalam jadual waktu atau jadual waktu ganti.
7.5 Guru tidak dibenarkan meninggalkan murid dalam kelas tanpa penyeliaan.
8. Kehadiran Kursus/Bengkel/Mesyuarat/Taklimat/Latihan
8.1 Guru-guru wajib menghadiri mana-mana kursus/bengkel/mesyuarat/taklimat/latihan dan lain-lain yang
dianjurkan oleh Sekolah/Jabatan/Kementerian pada tarikh yang ditetapkan.
8.2 Jika ada kecemasan yang menyebabkan ketidakhadiran, guru perlu memaklumkan lebih awal
kepada pihak pentadbir dan pihak yang menganjurkan kursus tersebut.
8.3 Guru perlu hadir ke sekolah sebaik sahaja kursus/bengkel/mesyuarat/taklimat/latihan tersebut tamat.
8.4 Guru perlu memberi Laporan Eksekutif dalam tempoh 3 hari selepas berkursus kepada Penolong
Kanan yang berkaitan.
9. Cuti
9.1 Prosedur Pemohonan Cuti
9.1.1 Semua cuti (kecuali cuti sakit) perlu dipohon tiga hari lebih awal daripada Pengetua dengan
memohon melalui aplikasi SPS e-cuti atau mengisi borang yang disediakan di pejabat.
9.1.2 Surat kebenaran bercuti perlu difailkan dalam fail peribadi dan dimaklumkan kepada Penolong Kanan
1/Penolong Kanan Petang untuk dibuat jadual kelas ganti.
9.1.3 Cuti sakit yang diambil perlu dimaklumkan seawal mungkin kepada Penolong Kanan 1/Penolong
Kanan Petang supaya guru ganti disediakan untuk kelas yang ditinggalkan.
9.1.4 Cuti sakit perlu disusuli dengan surat dari hospital kerajaan (3 hari) atau klinik swasta (maksimum 2
hari) kepada Penolong Kanan 1/Penolong Kanan Petang untuk difailkan.
~ 15 ~
9.2 Cuti Rehat
9.2.1 Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP)0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993,
guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh
dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk
menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.
9.3 Cuti Rehat Khas
9.3.1 Cuti Sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalender.
9.3.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi
dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat bagi pegawai
yang layak.
9.4 Cuti Sakit
9.4.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah
disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
9.4.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.
9.4.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke
Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.
9.5 Cuti Bersalin
9.5.1 Tempoh cuti bersalin dari 60 hari telah ditambah kepada 90 hari bermula dari anak dilahirkan
termasuk cuti penggal persekolahan dan cuti am
9.5.2 Guru Wanita yang bersalin layak mendapat kemudahan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang
tempoh perkhidmatannya
9.5.3 Guru Wanita layak menggunakan cuti tanpa gaji untuk menyusukan anak .
9.5.4 Jika guru wanita ingin mengambil cuti bersalin tambahan (melebihi 300 hari), guru wanita perlu
mematuhi PKPA
9.6 Cuti Isteri Bersalin
9.6.1 Guru lelaki yang isterinya bersalin layak mendapat kemudahan cuti isteri bersalin sebanyak 7 hari
bermula dari hari anak dilahirkan termasuk cuti penggal persekolahan dan cuti am (Sabtu, Ahad, dan
cuti umum).
9.7 Cuti Keluar Negeri
9.7.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari Jabatan. Sila isikan
borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.
9.8 Cuti Tanpa Gaji
9.8.1 Mengikut Perintah Am Bab C, Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang
mustahak.
9.8.2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan mengajar boleh diberi selepas habis semua cuti
rehatnya.
9.8.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi
180 hari.
9.8.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.
9.8.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah
Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Borang permohonan hendaklah dihantar di Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh
mula bercuti.
10. Pakaian
10.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.
10.2 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah/di luar
sekolah.
10.3 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
10.4 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.
10.5 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
~ 16 ~
10.6 Guru perempuan – seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah
tanpa tumit.
10.7 Guru lelaki – seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan,
baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
10.8 Pakaian pada hari Jumaat bagi guru lelaki Islam digalakkan memakai baju Melayu lengkap.
10.9 Pakaian seragam staf digunakan pada acara rasmi sekolah dengan arahan Pengetua.
10.10 Kakitangan awam dikehendaki dan digalakkan memakai Pakaian Batik pada setiap hari Khamis dan
Pakaian Unit Beruniform pada setiap hari Rabu.
11. Perhubungan Sesama Guru
11.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan
dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
11.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman /pendapat/kepercayaan
kepada guru, murid atau staf sokongan sekolah yang lain.
11.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial,
sosioekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
12. Bilik Guru
12.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru, termasuk
keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
12.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini dianggap sebagai ‘non
teaching period’ dan bukan ‘free period’. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan masa tersebut di
bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
12.3 Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru secara beramai-ramai.
12.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang
sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.
12.5 Konsep 5R dan 5S perlu dijadikan amalan harian.
13. Keselamatan Harta Benda Sekolah
13.1 Semua staf dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda
sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja
hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.
13.2 Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan terdapat peraturan-peraturan mengenai
penggunaan alat-alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel, bilik komputer dan lain-lain.
13.3 Buku Pengesanan hendaklah digunakan apabila berlakunya pergerakan peralatan.
14. Kebersihan
14.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid hendaklah
disediakan oleh guru kelas. Alatan kebersihan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan
dengan selamat.
14.2 Guru Kanan / Ketua Panitia dan guru-guru lain yang menggunakan bilik khas/tempat khas (bilik
komputer, makmal, bengkel, bilik kaunseling dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga
kebersihan bilik tersebut.
14.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid.
14.4 Amalan 5R hendaklah menjadi keutamaan
15. Surat-menyurat
15.1 Semua surat rasmi yang menggunakan ‘letter head’ sekolah perlu ditandatangani oleh Pengetua.
15.2 Surat-surat rasmi untuk orang/pihak luar perlu melalui Pengetua.
~ 17 ~
16. Surat yang diterima
16.1 Guru-guru yang diberi tanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap surat rasmi yang diterima
oleh pihak sekolah perlu bertindak segera dan melaporkannya kepada Pengetua sekiranya tindakan
telah diambil.
16.2 Surat itu perlu disimpan dalam fail pejabat.
16.3 Jika surat itu ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui atau salinan kepada Pengetua, surat
itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan.
17. Pergi Ke Jabatan Pendidikan /Pejabat Pendidikan Daerah
17.1 Guru-guru yang hendak ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan
peribadi perlu mendapat surat kebenaran daripada Pengetua.
18. Pelawat
18.1 Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan Petang
terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual
kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.
19. Pembelian Bekalan dan Perkhidmatan
19.1 Guru yang hendak membeli bekalan dan perkhidmatan mesti memohon kebenaran dengan
mengemukakan borang Permintaan untuk Pembelian Bekalan dan Perkhidmatan/kerja yang
boleh diperoleh di pejabat.
19.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia/Ketua Bidang/Penolong Kanan
sebelum diluluskan oleh Pengetua.
19.3 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok
dengan kemas.
20. Perhimpunan Sekolah
20.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan.
20.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.
20.3 Guru akan bersama-sama murid menyanyikan Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Lagu Sekolah
dan Lagu Jiwa dan Minda.
21. Mesyuarat dan Kursus Dalaman
21.1 Kehadiran guru ke mesyuarat guru, mesyuarat kurikulum, mesyuarat bidang, mesyuarat panitia,
mesyuarat disiplin dan semua mesyuarat unit sekolah adalah wajib.
21.2 Guru perlu datang ke mesyuarat tepat pada masanya dan dilarang meninggalkan mesyuarat sebelum
mesyuarat selesai.
21.3 Semua staf perlu hadir dalam kursus dalaman yang dianjurkan oleh sekolah dan unit masing-masing
22. Acara Atau Majlis Sekolah
22.1 Semua guru diwajibkan hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah dengan berpakaian
rasmi.
23. Keahlian Kelab Kebajikan Staf, PIBG & ALUMNI
23.1 Semua staf menjadi ahli Kelab Kebajikan Staf dan PIBG sekolah.
23.2 Staf boleh dilantik menjadi ahli dan AJK ALUMNI tertakluk kepada perlembagaan ALUMNI
23.3 Jumlah yuran kelab/PIBG/ALUMNI tertakluk kepada keputusan mesyuarat.
~ 18 ~
24. Penggunaan Alat-alatan
24.1 Penggunaan alat-alatan hendaklah betul serta mengikut peraturan.
24.2 Mesti mendapat kebenaran daripada ketua-ketua unit atau penjaga stok.
24.3 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera
serta berkeadaan baik.
24.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta. Kehilangan peralatan perlulah diganti oleh si
peminjam.
25. Telefon
25.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah menggunakan
telefon awam atas urusan peribadi.
25.2 Semua penggunaan telefon sekolah secara rasmi perlu dicatat dalam buku log penggunaan telefon
sekolah.
26. Kunci
26.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat.
26.2 Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, dia mestilah mendapat kebenaran
dari Pengetua. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya.
26.3 Semua kunci perlu diserah ke pejabat pada hari terakhir setiap sesi persekolahan.
27. Arahan dan Pekeliling
27.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan
dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
27.2 Setiap arahan dan pekeliling, tindakan perlu diambil segera.
28. ARAHAN-ARAHAN LAIN SEPERTI YANG DIARAHKAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN
PENDIDIKAN, JABATAN PENDIDIKAN, PPD DAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH.
PRINSIP ETIKA KERJA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati
berdasarkan prinsip-prinsip berikut;
Niat yang betul
Perlakuan yang baik
Penggerak ke arah kebaikan
Memperkotakan apa yang dikata
Disiplin dan beradab
Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi
~ 19 ~
Related docs
Other docs by vu0HD60
Get documents about "