PENDIDIKAN SENI VISUAL TAJUK HARMONI AHLI AHLI KUMPULAN DYG NURHIDAYAH ABG ADENAN NO IC 900201 13 5256 MERLINIE AHMAD NO IC 891124 12 576
Document Sample


PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAJUK : HARMONI
AHLI-AHLI KUMPULAN :
DYG.NURHIDAYAH
ABG.ADENAN
( NO.IC : 900201-13-5256 )
MERLINIE AHMAD
( NO. IC : 891124-12-5764 )
PENSYARAH : EN. OLIVER AJENG
• Harmoni merujuk kepada tindak
balas tampak di dalam alam dan karya
seni yang menyepadukan unsur-unsur
seni seperti garisan, warna, rupa,
bentuk, jalinan dan ruang.
• Harmoni wujud di alam sekeliling
apabila munculnya susunan atau
ulangan unsur-unsur seni mengikut cara
atau gaya yang tertentu.
• Tujuan menghasilkan kesan harmoni
adalah untuk menarik perhatian serta
mengurangkan kejanggalan pada
sesuatu gubahan, objek atau imej.
Harmoni tidak akan wujud sekiranya
terdapat ciri- ciri yang bercanggah.
• Harmoni dalam kraf tradisional,
misalnya bukan sahaja untuk menarik
perhatian manusia untuk
menggunakan benda tersebut, tetapi
juga untuk menimbulkan nilai-nilai
estetika.
• Aplikasi warna dari kumpulan yang sama
atau mempunyai hubung kait antara satu
sama lain juga dapat menimbulkan
gambaran harmoni dalam sesuatu gubahan,
umpamanya warna sejuk, warna panas,
gubahan warna sewarna, gubahan warna
harmoni dan campuran berbagai jenis warna
yang mempunyai hubung kait antara satu
sama lain.
• Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat
menimbulkan gambaran yang
sempurna, teratur, seragam dan selesa
pada pandangan.
• Unsur-unsur harmoni ini bukan
sahaja wujud dalam alam semula
jadi, malahan wujud dalam bahan
buatan manusia.
HARMONI DALAM ALAM SEMULA JADI
Harmoni pada Alam Tumbuh-tumbuhan
• Bentuk dan susunan daun pada tumbuh-tumbuhan
yang sejenis adalah sama dan harmoni.
Contohnya,bentuk daun bunga kertas adalah kecil
dan daun lalang adalah panjang.
• Warna-warna daun pada pokok lebih kurang sama.
Terdapat warna daun yang seakan-akan menjadi
ton. Contohnya, daun muda berwarna kuning muda,
hijau muda dan hijau tua kepada daun tua.
• Setiap daun dan batang pokok mempunyai jalinan.
Jalinannya sama dan tersusun dalam satu-satu
tumbuhan atau pokok.
• Susunan urat, daun dan ranting pada pokok adalah
teratur dan menimbulkan irama yang berharmoni.
Harmoni pada Alam Haiwan
• Bentuk setiap haiwan adalah harmoni kerana
berimbangan simetri. Contohnya, seekor kucing
berimbangan simetri kerana mempunyai dua pasang kaki,
satu kepala dan satu ekor, sepasang mata serta
sepasang telinga yang tersusun seimbang.
• Bagi setiap haiwan, warna bulu pada tubuh mereka
adalah harmoni. Contohnya, warna bulu pada seekor
kucing adalah coklat dan sedikit belang-belang coklat tua.
Manakala, haiwan seperti ayam jantan pula mempunyai
bulu yang cantik, iaitu hijau kehitam-hitaman.
• Jalinan pada susunan bulu-bulu adalah dalam satu arah
yang sama.
• Ada juga haiwan yang boleh menukarkan warna
badannya supaya harmoni dengan alam sekitar.
Contohnya, sumpah-sumpah akan bertukar hijau apabila
persekitarannya hijau dan akan bertukar coklat apabila
persekitarannya coklat.
HARMONI DALAM ALAM BUATAN
MANUSIA
• Harmoni pada benda buatan manusia biasanya
disesuaikan untuk kegunaan manusia. Contonya,
peralatan pada dapur seperti pinggan mangkuk dan
periuk belanga berbentuk bulat.
• Rumah dan kenderaan kebiasaannya berbentuk segi
empat. Kenderaan mempunyai harmoni kerana
berimbangan simetri. Unsur-unsur ini merupakan ciri-
ciri keselamatan kepada manusia.
• Alat perabot juga mempunyai bentuk yang harmoni
dan berimbangan simetri. Selain itu, satu set perabot
biasanya mempunyai warna yang sama. Ini adalah
untuk menimbulkan keharmonian dan keselesaan
pengguna.
HARMONI DALAM BARANGAN KRAF
• Barang-barang kraf tradisional seperti songket, batik,
labu sayong dan tikar mengkuang, dibentuk dengan
harmoni untuk menimbulkan keindahan dan sesuai
dengan kegunaannya.
• Tembikar mempunyai imbangan simetri. Corak-corak
pada kain batik sarung disusun secara ulangan untuk
menimbulkan harmoni.
• Corak-corak pada motif tenunan, kelarai dan tenunan
hampir serupa. Contohnya, jika pencipta
menggunakan motif bunga cengkih pada tenunannya,
maka keseluruhan corak pada sehelai kain songket
ialah corak bunga cengkih.
• Motif-motif pada ukiran tebukan adalah harmoni
kerana menggunakan unsur-unsur alam. Susunan
corak tumbuh-tumbuhan pada ukiran biasanya
mempunyai arah yang sama dapat mewujudkan
harmoni.
CONTOH-CONTOH GAMBAR
RAJAH MENGGUNAKAN WARNA
HARMONI
DALAM HASIL CATAN
DALAM
CORAK
DALAM
PEMANDANGAN
Dalam
gambar
animasi
RUJUKAN
• Buku Teks Lengkap Pendidikan Seni
Tingkatan 2, oleh Rozitah Tapah dan
Mazlan Osman terbitan Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
• Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4&5, oleh Zailani Yaacob dan
Azimah A. Samah terbitan Oxford Fajar.
SEKIAN, TERIMA KASIH
Get documents about "