Embed
Email

RANCANGAN TAHUNAN

Document Sample
RANCANGAN TAHUNAN
Shared by: HC111123012313
Categories
Tags
Stats
views:
61
posted:
11/22/2011
language:
Malay
pages:
13
Prakata

Standard Kurikulum Dunia Sains & Teknologi yang telah dibangunkan tidak hanya menekankan penyepaduan antara

pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan pengamalan sikap saintifik dan nilai murni tetapi juga menekankan

kebolehan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam kehidupan harian. Adalah diharapkan pelaksanaan

kurikulum ini menjadi wahana untuk mencapai hasrat menghasilkan insan yang seimbang dan dapat menyumbang kepada

keharmonian dan kesejahteraan negara bagi menepati kehendak Falsafah Pendidikan Negara.



Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak mengambil inisiatif untuk menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan Dunia Sains &

Teknologi KSSR Tahun 1 sebagai panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bermula tahun 2011.

Rancangan Pelajaran Tahunan ini hanyalah sebagai panduan bagi memudahkan guru merancang P&P dengan lebih berkesan

sepanjang tahun. Guru-guru perlu menyesuaikan RPT mengikut takwim yang disediakan oleh sekolah masing-masing.



Dunia Sains dan teknologi adalah di bawah Modul Teras Tema. Standard Dunia Sains & Teknologi terbahagi kepada 48

waktu (24 minggu) bagi Teras Sains dan 12 waktu(6 minggu) bagi Teras Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Di dalam standard

Sains mengandungi Elemen Merentas Kurikulum (EMK) iaitu Kreativiti dan Inovatif, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat &

Komunikasi yang diterapkan dalam standard bersesuaian dengan topik yang diajar. Elemen Merentas Kurikulum yang dicadangkan

boleh disesuaikan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru.



Standard Teknologi Maklumat dan Komunikasi pula meliputi pengajaran dan pembelajaran berkaitan komputer dan perisian

yang perlu diajar oleh guru Sains itu sendiri. Rancangan Tahunan ini telah disusun dengan menggabungkan kedua-dua standard

yang telah disesuaikan dengan buku teks.



Semoga dengan adanya Rancangan Pelajaran Tahunan ini akan dapat membantu merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan

Negara sejajar dengan Tranformasi Pendidikan Negara.

RANCANGAN TAHUNAN



DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

TAHUN 1



___________________________________________________









MINGGU STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN EMK



SAINS HAYAT

1. BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP



1.1 Memahami ciri benda hidup dan 1.1.1 Mengenal pasti benda hidup dan benda Teknologi

1 benda bukan hidup. bukan hidup. Maklumat &

Komunikasi

1.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,

TMK, penulisan atau lisan.





1.1 Memahami ciri benda hidup dan 1.1.2 Mengenal pasti ciri-ciri benda hidup Teknologi

2-3 benda bukan hidup. iaitu: perlukan air dan makanan, Maklumat &

bernafas, bergerak, membesar dan Komunikasi

membiak.



1.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,

TMK, penulisan atau lisan.



TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

1.0 Menggunakan TMK secara 1.1 Mengenal pasti bahagian komputer (monitor,

4 bertanggungjawab tetikus, papan kekunci, unit sistem).

dan beretika.

1.2 Menghidupkan dan mematikan suis (turn

on, turn off), menghidupkan dan

mematikan komputer (turn on, turn off)

mengikut tatacara yang betul.



1.3 Mengenal pasti kedudukan kekunci abjad

dan nombor.



SAINS HAYAT

2. MANUSIA



2.1 Memahami bahagian dan fungsi 2.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia Teknologi

5 tubuh manusia. iaitu mata, telinga, hidung, mulut, lidah, Maklumat &

tangan dan kaki. Komunikasi



2.1.2 Menceritakan tentang fungsi dan

kepentingan bahagian-bahagian tubuh

manusia.



2.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,

TMK, penulisan atau lisan.



2.2 Menghargai bahagian tubuh kita. 2.2.1 Menghormati dan menerima keadaan diri

seseorang.



TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

1.0 Menggunakan TMK secara 1.4 Menyatakan fungsi kekunci enter, spacebar,

6 bertanggungjawab dan beretika. backspace dan delete.



1.5 Menggunakan tetikus untuk klik dan klik dua

kali.



1.6 Menunjukkan sikap yang positif semasa

menggunakan TMK.



1.7 Bekerjasama dengan rakan sekelas semasa

menggunakan komputer.

SAINS HAYAT

3. HAIWAN



3.1 Menganalisis haiwan dan 3.1.1 Mengenal pasti haiwan yang terdapat di Teknologi

7 bahagian tubuh haiwan. sekeliling seperti kucing, ikan, burung, ular, Maklumat &

katak, lipas, siput dan rama-rama. Komunikasi





3.2 Menghargai pelbagai haiwan di 3.2.1 Mengajuk bunyi pelbagai haiwan yang

sekeliling kita. pernah mereka dengar.



3.2.2 Menunjukkan cara pelbagai haiwan

bergerak secara simulasi.



3.2.3 Menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan

dengan cara tidak menganiaya haiwan.





3.1 Menganalisis haiwan dan 3.1.2 Mengenal pasti bahagian-bahagian tubuh Teknologi

8-9 bahagian tubuh haiwan. haiwan iaitu mata, mulut, telinga, Maklumat &

paruh, sayap, kaki, ekor, sirip, sisik, bulu, Komunikasi

tanduk, sesungut dan cangkerang.



3.1.3 Membanding dan membezakan bahagian

tubuh satu haiwan dengan bahagian tubuh

haiwan-haiwan yang lain.



3.1.4 Mengitlak bahawa ada haiwan yang

mempunyai ciri yang sama dan berbeza.



3.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,

TMK, penulisan atau lisan.

SAINS HAYAT

4. TUMBUHAN



4.1 Menganalisis tumbuhan dan 4.1.1 Mengenal pasti tumbuhan yang terdapat di Teknologi

10 bahagian tumbuhan. sekeliling seperti rumput, paku-pakis, pokok Maklumat &

mangga, pokok kelapa, pokok bunga raya, Komunikasi

pokok nanas, pokok keembong, pokok

bunga ros, pokok orkid dan pokok pisang.



4.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,

TMK, penulisan atau lisan.



4.3 Menghargai pelbagai tumbuhan 4.3.1 Meramalkan secara lisan keadaan di muka

di sekeliling kita. bumi jika hanya terdapat satu jenis tumbuhan

sahaja.





4.1 Menganalisis tumbuhan dan 4.1.2 Mengenal pasti bahagian-bahagian Teknologi

11 bahagian tumbuhan. tumbuhan iaitu pucuk, daun, bunga, Maklumat &

buah, dahan, batang dan akar dengan Komunikasi

memerhati tumbuhan sebenar.



4.1.3 Membanding dan membezakan bahagian

satu tumbuhan dengan tumbuhan-

tumbuhan yang lain melalui penyiasatan.



4.1.4 Mengitlak bahawa ada tumbuhan yang

mempunyai ciri yang sama dan ada

ciri yang berbeza.





4.2 Mencipta produk daripada 4.2.1 Mereka bentuk produk seperti penanda Kreativiti dan

12 - 13 bahagian bahagian tumbuhan. buku, potpuri, kolaj dan kraftangan Inovatif

seperti tikar, topi, penyapu, bakul, ketupat

dengan menggunakan bahagian-bahagian Keusahawanan

tumbuhan.



4.2.2 Menceritakan tentang hasil ciptaan secara

lisan.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

2.0 Memilih dan mengaplikasikan 2.1 Membuka dan menyimpan fail grafik,

14 sumber TMK yang bersesuaian. dokumen pemprosesan perkataan dan/

atau perisian persembahan (Paint, MS

Word atau MS PowerPoint).



2.2 Menaip teks menggunakan pelbagai saiz

dan fon dalam satu halaman dengan

menggunakan pemprosesan perkataan

(MS Word).



2.6 Mencetak dokumen.





4.0 Menggunakan TMK untuk 4.1 Menyampaikan idea menggunakan

mendapatkan dan berkongsi pemprosesan perkataan (MS Word)) dan

maklumat. perisian persembahan (MS PowerPoint).





5.0 Menggunakan TMK untuk 5.1 Menggunakan perisian aplikasi dan TMK yang

penyelesaian masalah dan bersesuaian (MS Word, MS PowerPoint, Paint)

membuat keputusan. untuk menghasilkan tugasan yang diberi.





7.0 Menggunakan TMK untuk 7.1 Menggunakan perisian grafik (Paint),

mengemukakan idea dan pemprosesan perkataan (MS Word) atau

maklumat secara kreatif dan perisian persembahan (MS Powerpoint) secara

inovatif. kreatif (memanipulasi teks, imej dan bunyi)

untuk menyampaikan idea atau konsep sedia

ada.

SAINS FIZIKAL

5. MATA UNTUK MELIHAT



5.1 Mengaplikasikan pengetahuan 5.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia Teknologi

15 tentang pelbagai warna. yang berkaitan dengan deria Maklumat &

penglihatan. Komunikasi



5.1.2 Mengenal pasti warna iaitu hitam, putih,

biru, merah, hijau, kuning, ungu, dan jingga.



5.1.3 Menaakul kepentingan warna dalam

kehidupan secara lisan.



5.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,

TMK, penulisan atau lisan.





5.2 Mengaplikasikan pengetahuan 5.2.1 Mengenal pasti pelbagai bentuk asas iaitu Teknologi

16 tentang pelbagai bentuk. segi empat tepat, segi empat sama, segi Maklumat &

tiga dan bulatan yang terdapat pada objek Komunikasi

di persekitaran murid.



5.2.2 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,

TMK, penulisan atau lisan.





5.3 Menganalisis pengetahuan 5.3.1 Mengenal pasti pelbagai saiz iaitu besar, Teknologi

17 tentang pelbagai saiz. kecil, panjang, pendek, tinggi, rendah. Maklumat &

Komunikasi

5.3.2 Menyusun objek mengikut urutan saiz.



5.3.3 Menaakul secara lisan kepentingan saiz

dalam kehidupan.



5.3.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,

TMK, penulisan atau lisan.

5.4 Memahami ciri objek berdasarkan 5.4.1 Mengelaskan objek mengikut ciri yang dipilih Kreativiti &

18 warna, saiz dan bentuk. sama ada warna, saiz atau bentuk. Inovatif



5.4.2 Menggabungkan objek yang mempunyai

ciri yang sama.



5.4.3 Menggabungkan objek yang mempunyai

ciri yang berbeza.



5.4.4 Menceritakan tentang ciptaan secara lisan.



TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

2.0 Memilih dan mengaplikasikan 2.3 Menggunakan pemprosesan perkataan

19 sumber TMK yang bersesuaian. (MS Word) untuk menghasilkan teks

berserta imej dalam satu halaman.



2.4 Menggunakan perisian grafik (Paint) untuk

membuat gambar dengan menggunakan

bentuk asas dan kotak warna (color

box).





5.0 Menggunakan TMK untuk 5.1 Menggunakan perisian aplikasi dan sumber

penyelesaian masalah dan TMK yang bersesuaian (MS Word, MS

membuat keputusan. PowerPoint, Paint) untuk menghasilkan tugasan

yang diberi.





7.0 Menggunakan TMK untuk 7.1 Mengukuhkan perisian grafik (Paint),

meningkatkan produktiviti dan pemprosesan perkataan (MS Word) atau

pembelajaran. perisian persembahan (MS PowerPoint) secara

kreatif (memanipulasi teks, imej dan bunyi)

untuk menyampaikan idea atau konsep sedia

ada.

SAINS FIZIKAL

6. HIDUNG UNTUK MENGHIDU



6.1 Mengaplikasi pengetahuan 6.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia Teknologi

20 tentang pelbagai bau. yang berkaitan dengan deria bau. Maklumat &

Komunikasi

6.1.2 Mengelaskan benda-benda yang berbau

dan tidak berbau berdasarkan penyiasatan.



6.1.3 Menaakul tentang kepentingan bau secara

lisan.



6.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,

TMK, penulisan atau lisan.





6.2 Menghargai deria bau. 6.2.1 Menaakul kepentingan deria bau secara lisan.



TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

2.0 Memilih dan mengaplikasikan 2.5 Menggunakan perisian persembahan

21 sumber TMK yang bersesuaian. (MS PowerPoint) untuk menghasilkan dua

slaid persembahan yang mengandungi

teks dan imej.



2.7 Merekodkan suara dengan menggunakan

perisian sedia ada.





3.0 Menggunakan TMK untuk mencari, 3.1 Mengenalpasti lokasi dan mencapai maklumat

mengumpul, memproses dan yang disimpan.

menggunakan maklumat.





4.0 Menggunakan TMK untuk 4.2 Berkongsi idea menggunakan perkakasan lain

mendapatkan dan berkongsi seperti kamera digital dan CD-ROM.

maklumat.

6.0 Menggunakan TMK untuk 6.1 Mengukuhkan persembahan multimedia (MS

meningkatkan produktiviti dan PowerPoint) secara sedia ada seperti

pembelajaran. masukkan fail audio.



SAINS FIZIKAL

7. LIDAH UNTUK MERASA



7.1 Mengaplikasi pengetahuan 7.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia Teknologi

22 tentang pelbagai rasa. yang berkaitan dengan deria rasa. Maklumat &

Komunikasi

7.1.2 Mengelas pelbagai bahan makanan

berdasarkan rasa manis, masin, pahit, dan

masam dengan menjalankan penyiasatan.



7.1.3 Menaakul tentang kepentingan rasa secara

lisan.



7.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,

TMK, penulisan atau lisan.





7.2 Menghargai deria rasa. 7.2.1 Menaakul kepentingan deria rasa dengan

tidak mengambil makanan yang terlalu masin,

manis, pahit atau masam yang memudaratkan

kesihatan.



SAINS FIZIKAL

8. KULIT UNTUK MENYENTUH DAN MERASA



8.1 Menganalisis ciri fizikal bahan. 8.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang Teknologi

23 berkaitan dengan deria sentuh. Maklumat &

Komunikasi

8.1.2 Membezakan ciri bahan iaitu panas, sejuk,

kasar, halus, keras dan lembut melalui

penyiasatan.



8.1.3 Mengelaskan bahan mengikut ciri bahan.

8.1.4 Menaakul kepentingan ciri bahan dalam

kehidupan.



8.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,

TMK, penulisan atau lisan.



TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

3.0 Menggunakan TMK untuk mencari, 3.2 Menggunakan pelayar untuk melayari

24 mengumpul, memproses dan Internet.

menggunakan maklumat.

3.3 Mencari imej menggunakan enjin carian.



3.4 Menyimpan imej daripada laman web.



3.5 Menunjukkan dan menerangkan

bagaimana mencapai imej yang disimpan.



SAINS FIZIKAL

9. TELINGA UNTUK MENDENGAR



9.1 Memahami pelbagai bunyi dan 9.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia Teknologi

25 kepentingannya. yang berkaitan dengan deria pendengaran. Maklumat &

Komunikasi

9.1.2 Mengenal pasti pelbagai bunyi yang

diperdengarkan.



9.1.3 Memberi contoh kepentingan bunyi

dalam kehidupan.



9.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,

TMK, penulisan atau lisan.

SAINS FIZIKAL

10. MENGGUNAKAN SEMUA DERIA



10.1 Mengaplikasi pengetahuan 10.1.1 Mengelaskan objek mengikut ciri dengan Teknologi

26 tentang Deria. menggunakan deria. Maklumat &

Komunikasi

10.1.2 Menggunakan deria untuk mengenal pasti

objek melalui penyiasatan.



10.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui

lakaran, TMK, penulisan atau lisan.





10.2 Menghargai organ deria 10.2.1 Memerihalkan kepentingan menjaga

kurniaan Tuhan. keselamatan diri termasuk organ

deria



SAINS BAHAN

11. TIMBUL DAN TENGGELAM



11.1 Mengaplikasikan konsep timbul 11.1.1 Mengenal pasti objek yang timbul dan objek Kreativiti &

27 - 28 dan tenggelam. yang tenggelam melalui penyiasatan. Inovatif



11.1.2 Mengubah suai objek yang tenggelam

supaya timbul dan objek yang timbul

supaya tenggelam.



11.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,

TMK, penulisan atau lisan



TEKNOLOGI & KEHIDUPAN LESTARI

12. REKA BENTUK



12.1 Mencipta binaan daripada 12.1.1 Mengenal pasti bentuk asas bongkah iaitu Kreativiti &

29 - 30 bentuk asas bongkah. kiub, kuboid, piramid, prisma, kon, silinder Inovatif

dan sfera.

12.1.2 Mereka bentuk objek atau struktur

menggunakan bentuk asas dan bentuk

asas bongkah.



12.1.3 Menaakul kepentingan kepelbagaian

bentuk bongkah secara lisan.



12.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,

TMK, penulisan atau lisan.


Related docs
Other docs by HC111123012313
Course
Views: 1  |  Downloads: 0
Chapter 11
Views: 0  |  Downloads: 0
Presentaci�n de PowerPoint
Views: 0  |  Downloads: 0
2006AnnualMeeting
Views: 0  |  Downloads: 0
NORTH ATLANTIC UNIVERSITY UNION
Views: 15  |  Downloads: 0
Background
Views: 1  |  Downloads: 0
Programaci�n
Views: 3  |  Downloads: 0
Slide 1
Views: 0  |  Downloads: 0
Nov 13 Neurobiology of Stress and Anxiety
Views: 0  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!