Prakata Standard Kurikulum Dunia Sains Teknologi yang telah dibangunkan tidak hanya menekankan penyepaduan antara pemerolehan pengetahu

Shared by: Z39A3r
Categories
Tags
-
Stats
views:
116
posted:
11/22/2011
language:
Malay
pages:
13
Document Sample
scope of work template
							                                                      Prakata
       Standard Kurikulum Dunia Sains & Teknologi yang telah dibangunkan tidak hanya menekankan penyepaduan antara
pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan pengamalan sikap saintifik dan nilai murni tetapi juga menekankan
kebolehan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam kehidupan harian. Adalah diharapkan pelaksanaan
kurikulum ini menjadi wahana untuk mencapai hasrat menghasilkan insan yang seimbang dan dapat menyumbang kepada
keharmonian dan kesejahteraan negara bagi menepati kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

      Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak mengambil inisiatif untuk menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan Dunia Sains &
Teknologi KSSR Tahun 1 sebagai panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bermula tahun 2011.
Rancangan Pelajaran Tahunan ini hanyalah sebagai panduan bagi memudahkan guru merancang P&P dengan lebih berkesan
sepanjang tahun. Guru-guru perlu menyesuaikan RPT mengikut takwim yang disediakan oleh sekolah masing-masing.

      Dunia Sains dan teknologi adalah di bawah Modul Teras Tema. Standard Dunia Sains & Teknologi terbahagi kepada 48
waktu (24 minggu) bagi Teras Sains dan 12 waktu(6 minggu) bagi Teras Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Di dalam standard
Sains mengandungi Elemen Merentas Kurikulum (EMK) iaitu Kreativiti dan Inovatif, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat &
Komunikasi yang diterapkan dalam standard bersesuaian dengan topik yang diajar. Elemen Merentas Kurikulum yang dicadangkan
boleh disesuaikan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru.

       Standard Teknologi Maklumat dan Komunikasi pula meliputi pengajaran dan pembelajaran berkaitan komputer dan perisian
yang perlu diajar oleh guru Sains itu sendiri. Rancangan Tahunan ini telah disusun dengan menggabungkan kedua-dua standard
yang telah disesuaikan dengan buku teks.

      Semoga dengan adanya Rancangan Pelajaran Tahunan ini akan dapat membantu merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan
Negara sejajar dengan Tranformasi Pendidikan Negara.
                                          RANCANGAN TAHUNAN

                            DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
                                                     TAHUN 1

                               ___________________________________________________




MINGGU         STANDARD KANDUNGAN                        STANDARD PEMBELAJARAN                        EMK

SAINS HAYAT
1. BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP

           1.1 Memahami ciri benda hidup dan   1.1.1 Mengenal pasti benda hidup dan benda         Teknologi
    1          benda bukan hidup.                    bukan hidup.                                 Maklumat &
                                                                                                  Komunikasi
                                               1.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
                                                     TMK, penulisan atau lisan.


           1.1 Memahami ciri benda hidup dan   1.1.2 Mengenal pasti ciri-ciri benda hidup         Teknologi
  2-3          benda bukan hidup.                    iaitu: perlukan air dan makanan,             Maklumat &
                                                     bernafas, bergerak, membesar dan             Komunikasi
                                                     membiak.

                                               1.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
                                                     TMK, penulisan atau lisan.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
           1.0 Menggunakan TMK secara          1.1   Mengenal pasti bahagian komputer (monitor,
    4          bertanggungjawab                      tetikus, papan kekunci, unit sistem).
               dan beretika.
                                                   1.2 Menghidupkan dan mematikan suis (turn
                                                       on, turn off), menghidupkan dan
                                                       mematikan komputer (turn on, turn off)
                                                       mengikut tatacara yang betul.

                                                   1.3 Mengenal pasti kedudukan kekunci abjad
                                                       dan nombor.

SAINS HAYAT
2. MANUSIA

             2.1 Memahami bahagian dan fungsi      2.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia        Teknologi
    5            tubuh manusia.                          iaitu mata, telinga, hidung, mulut, lidah,   Maklumat &
                                                         tangan dan kaki.                             Komunikasi

                                                   2.1.2 Menceritakan tentang fungsi dan
                                                         kepentingan bahagian-bahagian tubuh
                                                         manusia.

                                                   2.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
                                                         TMK, penulisan atau lisan.

             2.2 Menghargai bahagian tubuh kita.   2.2.1 Menghormati dan menerima keadaan diri
                                                         seseorang.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
             1.0 Menggunakan TMK secara            1.4 Menyatakan fungsi kekunci enter, spacebar,
    6            bertanggungjawab dan beretika.        backspace dan delete.

                                                   1.5 Menggunakan tetikus untuk klik dan klik dua
                                                       kali.

                                                   1.6 Menunjukkan sikap yang positif semasa
                                                       menggunakan TMK.

                                                   1.7 Bekerjasama dengan rakan sekelas semasa
                                                       menggunakan komputer.
SAINS HAYAT
3. HAIWAN

            3.1 Menganalisis haiwan dan         3.1.1 Mengenal pasti haiwan yang terdapat di           Teknologi
    7           bahagian tubuh haiwan.                sekeliling seperti kucing, ikan, burung, ular,   Maklumat &
                                                      katak, lipas, siput dan rama-rama.               Komunikasi


            3.2 Menghargai pelbagai haiwan di   3.2.1 Mengajuk bunyi pelbagai haiwan yang
                sekeliling kita.                      pernah mereka dengar.

                                                3.2.2 Menunjukkan cara pelbagai haiwan
                                                      bergerak secara simulasi.

                                                3.2.3 Menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan
                                                      dengan cara tidak menganiaya haiwan.


            3.1 Menganalisis haiwan dan         3.1.2 Mengenal pasti bahagian-bahagian tubuh           Teknologi
  8-9           bahagian tubuh haiwan.                haiwan iaitu mata, mulut, telinga,               Maklumat &
                                                      paruh, sayap, kaki, ekor, sirip, sisik, bulu,    Komunikasi
                                                      tanduk, sesungut dan cangkerang.

                                                3.1.3 Membanding dan membezakan bahagian
                                                      tubuh satu haiwan dengan bahagian tubuh
                                                      haiwan-haiwan yang lain.

                                                3.1.4 Mengitlak bahawa ada haiwan yang
                                                      mempunyai ciri yang sama dan berbeza.

                                                3.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
                                                      TMK, penulisan atau lisan.
SAINS HAYAT
4. TUMBUHAN

              4.1 Menganalisis tumbuhan dan      4.1.1 Mengenal pasti tumbuhan yang terdapat di       Teknologi
   10             bahagian tumbuhan.                   sekeliling seperti rumput, paku-pakis, pokok   Maklumat &
                                                       mangga, pokok kelapa, pokok bunga raya,        Komunikasi
                                                       pokok nanas, pokok keembong, pokok
                                                       bunga ros, pokok orkid dan pokok pisang.

                                                 4.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
                                                       TMK, penulisan atau lisan.

              4.3 Menghargai pelbagai tumbuhan   4.3.1 Meramalkan secara lisan keadaan di muka
                  di sekeliling kita.                  bumi jika hanya terdapat satu jenis tumbuhan
                                                       sahaja.


              4.1 Menganalisis tumbuhan dan      4.1.2 Mengenal pasti bahagian-bahagian               Teknologi
   11             bahagian tumbuhan.                   tumbuhan iaitu pucuk, daun, bunga,             Maklumat &
                                                       buah, dahan, batang dan akar dengan            Komunikasi
                                                       memerhati tumbuhan sebenar.

                                                 4.1.3 Membanding dan membezakan bahagian
                                                       satu tumbuhan dengan tumbuhan-
                                                       tumbuhan yang lain melalui penyiasatan.

                                                 4.1.4 Mengitlak bahawa ada tumbuhan yang
                                                       mempunyai ciri yang sama dan ada
                                                       ciri yang berbeza.


              4.2 Mencipta produk daripada       4.2.1 Mereka bentuk produk seperti penanda           Kreativiti dan
12 - 13           bahagian bahagian tumbuhan.          buku, potpuri, kolaj dan kraftangan            Inovatif
                                                       seperti tikar, topi, penyapu, bakul, ketupat
                                                       dengan menggunakan bahagian-bahagian           Keusahawanan
                                                       tumbuhan.

                                                 4.2.2 Menceritakan tentang hasil ciptaan secara
                                                       lisan.
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
       2.0 Memilih dan mengaplikasikan    2.1 Membuka dan menyimpan fail grafik,
  14       sumber TMK yang bersesuaian.       dokumen pemprosesan perkataan dan/
                                              atau perisian persembahan (Paint, MS
                                              Word atau MS PowerPoint).

                                          2.2 Menaip teks menggunakan pelbagai saiz
                                              dan fon dalam satu halaman dengan
                                              menggunakan pemprosesan perkataan
                                              (MS Word).

                                          2.6 Mencetak dokumen.


       4.0 Menggunakan TMK untuk          4.1 Menyampaikan idea menggunakan
           mendapatkan dan berkongsi          pemprosesan perkataan (MS Word)) dan
           maklumat.                          perisian persembahan (MS PowerPoint).


       5.0 Menggunakan TMK untuk          5.1 Menggunakan perisian aplikasi dan TMK yang
           penyelesaian masalah dan           bersesuaian (MS Word, MS PowerPoint, Paint)
           membuat keputusan.                 untuk menghasilkan tugasan yang diberi.


       7.0 Menggunakan TMK untuk          7.1 Menggunakan perisian grafik (Paint),
           mengemukakan idea dan              pemprosesan perkataan (MS Word) atau
           maklumat secara kreatif dan        perisian persembahan (MS Powerpoint) secara
           inovatif.                          kreatif (memanipulasi teks, imej dan bunyi)
                                              untuk menyampaikan idea atau konsep sedia
                                              ada.
SAINS FIZIKAL
5. MATA UNTUK MELIHAT

            5.1 Mengaplikasikan pengetahuan   5.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia           Teknologi
   15           tentang pelbagai warna.             yang berkaitan dengan deria                     Maklumat &
                                                    penglihatan.                                    Komunikasi

                                              5.1.2 Mengenal pasti warna iaitu hitam, putih,
                                                    biru, merah, hijau, kuning, ungu, dan jingga.

                                              5.1.3 Menaakul kepentingan warna dalam
                                                    kehidupan secara lisan.

                                              5.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
                                                    TMK, penulisan atau lisan.


            5.2 Mengaplikasikan pengetahuan   5.2.1 Mengenal pasti pelbagai bentuk asas iaitu       Teknologi
   16           tentang pelbagai bentuk.            segi empat tepat, segi empat sama, segi         Maklumat &
                                                    tiga dan bulatan yang terdapat pada objek       Komunikasi
                                                    di persekitaran murid.

                                              5.2.2 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
                                                    TMK, penulisan atau lisan.


            5.3 Menganalisis pengetahuan      5.3.1 Mengenal pasti pelbagai saiz iaitu besar,       Teknologi
   17           tentang pelbagai saiz.              kecil, panjang, pendek, tinggi, rendah.         Maklumat &
                                                                                                    Komunikasi
                                              5.3.2 Menyusun objek mengikut urutan saiz.

                                              5.3.3 Menaakul secara lisan kepentingan saiz
                                                    dalam kehidupan.

                                              5.3.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
                                                    TMK, penulisan atau lisan.
       5.4 Memahami ciri objek berdasarkan   5.4.1 Mengelaskan objek mengikut ciri yang dipilih   Kreativiti &
  18       warna, saiz dan bentuk.                 sama ada warna, saiz atau bentuk.              Inovatif

                                             5.4.2 Menggabungkan objek yang mempunyai
                                                   ciri yang sama.

                                             5.4.3 Menggabungkan objek yang mempunyai
                                                   ciri yang berbeza.

                                             5.4.4 Menceritakan tentang ciptaan secara lisan.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
       2.0 Memilih dan mengaplikasikan       2.3 Menggunakan pemprosesan perkataan
  19       sumber TMK yang bersesuaian.          (MS Word) untuk menghasilkan teks
                                                 berserta imej dalam satu halaman.

                                             2.4 Menggunakan perisian grafik (Paint) untuk
                                                 membuat gambar dengan menggunakan
                                                 bentuk asas dan kotak warna (color
                                                 box).


       5.0 Menggunakan TMK untuk             5.1 Menggunakan perisian aplikasi dan sumber
           penyelesaian masalah dan              TMK yang bersesuaian (MS Word, MS
           membuat keputusan.                    PowerPoint, Paint) untuk menghasilkan tugasan
                                                 yang diberi.


       7.0 Menggunakan TMK untuk             7.1 Mengukuhkan perisian grafik (Paint),
           meningkatkan produktiviti dan         pemprosesan perkataan (MS Word) atau
           pembelajaran.                         perisian persembahan (MS PowerPoint) secara
                                                 kreatif (memanipulasi teks, imej dan bunyi)
                                                 untuk menyampaikan idea atau konsep sedia
                                                 ada.
SAINS FIZIKAL
6. HIDUNG UNTUK MENGHIDU

           6.1 Mengaplikasi pengetahuan       6.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia          Teknologi
   20          tentang pelbagai bau.                yang berkaitan dengan deria bau.               Maklumat &
                                                                                                   Komunikasi
                                              6.1.2 Mengelaskan benda-benda yang berbau
                                                    dan tidak berbau berdasarkan penyiasatan.

                                              6.1.3 Menaakul tentang kepentingan bau secara
                                                    lisan.

                                              6.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
                                                    TMK, penulisan atau lisan.


           6.2 Menghargai deria bau.          6.2.1 Menaakul kepentingan deria bau secara lisan.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
           2.0 Memilih dan mengaplikasikan    2.5 Menggunakan perisian persembahan
   21          sumber TMK yang bersesuaian.       (MS PowerPoint) untuk menghasilkan dua
                                                   slaid persembahan yang mengandungi
                                                   teks dan imej.

                                              2.7 Merekodkan suara dengan menggunakan
                                                  perisian sedia ada.


           3.0 Menggunakan TMK untuk mencari, 3.1 Mengenalpasti lokasi dan mencapai maklumat
               mengumpul, memproses dan           yang disimpan.
               menggunakan maklumat.


           4.0 Menggunakan TMK untuk          4.2 Berkongsi idea menggunakan perkakasan lain
               mendapatkan dan berkongsi          seperti kamera digital dan CD-ROM.
               maklumat.
            6.0 Menggunakan TMK untuk              6.1 Mengukuhkan persembahan multimedia (MS
                meningkatkan produktiviti dan          PowerPoint) secara sedia ada seperti
                pembelajaran.                          masukkan fail audio.

SAINS FIZIKAL
7. LIDAH UNTUK MERASA

            7.1 Mengaplikasi pengetahuan           7.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia         Teknologi
   22           tentang pelbagai rasa.                   yang berkaitan dengan deria rasa.             Maklumat &
                                                                                                       Komunikasi
                                                   7.1.2 Mengelas pelbagai bahan makanan
                                                         berdasarkan rasa manis, masin, pahit, dan
                                                         masam dengan menjalankan penyiasatan.

                                                   7.1.3 Menaakul tentang kepentingan rasa secara
                                                         lisan.

                                                   7.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
                                                         TMK, penulisan atau lisan.


            7.2 Menghargai deria rasa.             7.2.1 Menaakul kepentingan deria rasa dengan
                                                         tidak mengambil makanan yang terlalu masin,
                                                         manis, pahit atau masam yang memudaratkan
                                                         kesihatan.

SAINS FIZIKAL
8. KULIT UNTUK MENYENTUH DAN MERASA

            8.1 Menganalisis ciri fizikal bahan.   8.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang    Teknologi
   23                                                    berkaitan dengan deria sentuh.                Maklumat &
                                                                                                       Komunikasi
                                                   8.1.2 Membezakan ciri bahan iaitu panas, sejuk,
                                                         kasar, halus, keras dan lembut melalui
                                                         penyiasatan.

                                                   8.1.3 Mengelaskan bahan mengikut ciri bahan.
                                               8.1.4 Menaakul kepentingan ciri bahan dalam
                                                     kehidupan.

                                               8.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
                                                     TMK, penulisan atau lisan.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
           3.0 Menggunakan TMK untuk mencari, 3.2 Menggunakan pelayar untuk melayari
   24          mengumpul, memproses dan           Internet.
               menggunakan maklumat.
                                              3.3 Mencari imej menggunakan enjin carian.

                                               3.4 Menyimpan imej daripada laman web.

                                               3.5 Menunjukkan dan menerangkan
                                                   bagaimana mencapai imej yang disimpan.

SAINS FIZIKAL
9. TELINGA UNTUK MENDENGAR

           9.1 Memahami pelbagai bunyi dan     9.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia      Teknologi
   25          kepentingannya.                       yang berkaitan dengan deria pendengaran.   Maklumat &
                                                                                                Komunikasi
                                               9.1.2 Mengenal pasti pelbagai bunyi yang
                                                     diperdengarkan.

                                               9.1.3 Memberi contoh kepentingan bunyi
                                                     dalam kehidupan.

                                               9.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
                                                     TMK, penulisan atau lisan.
SAINS FIZIKAL
10. MENGGUNAKAN SEMUA DERIA

            10.1 Mengaplikasi pengetahuan        10.1.1 Mengelaskan objek mengikut ciri dengan         Teknologi
   26            tentang Deria.                         menggunakan deria.                             Maklumat &
                                                                                                       Komunikasi
                                                 10.1.2 Menggunakan deria untuk mengenal pasti
                                                        objek melalui penyiasatan.

                                                 10.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui
                                                        lakaran, TMK, penulisan atau lisan.


            10.2 Menghargai organ deria          10.2.1 Memerihalkan kepentingan menjaga
                 kurniaan Tuhan.                        keselamatan diri termasuk organ
                                                        deria

SAINS BAHAN
11. TIMBUL DAN TENGGELAM

            11.1 Mengaplikasikan konsep timbul   11.1.1 Mengenal pasti objek yang timbul dan objek     Kreativiti &
27 - 28          dan tenggelam.                         yang tenggelam melalui penyiasatan.            Inovatif

                                                 11.1.2 Mengubah suai objek yang tenggelam
                                                        supaya timbul dan objek yang timbul
                                                        supaya tenggelam.

                                                 11.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
                                                        TMK, penulisan atau lisan

TEKNOLOGI & KEHIDUPAN LESTARI
12. REKA BENTUK

            12.1 Mencipta binaan daripada        12.1.1 Mengenal pasti bentuk asas bongkah iaitu       Kreativiti &
29 - 30          bentuk asas bongkah.                   kiub, kuboid, piramid, prisma, kon, silinder   Inovatif
                                                        dan sfera.
12.1.2 Mereka bentuk objek atau struktur
       menggunakan bentuk asas dan bentuk
       asas bongkah.

12.1.3 Menaakul kepentingan kepelbagaian
       bentuk bongkah secara lisan.

12.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
       TMK, penulisan atau lisan.

						
Related docs
Other docs by Z39A3r
Unit Two
Views: 0  |  Downloads: 0
Population Distribution and Abundance
Views: 1  |  Downloads: 0
Plan1
Views: 25  |  Downloads: 0
Hoja1
Views: 465  |  Downloads: 1
Course
Views: 7  |  Downloads: 0
CONSEJO REGIONAL
Views: 381  |  Downloads: 0
Cap - DOC
Views: 19  |  Downloads: 0
VR651HF VCR Remote
Views: 17  |  Downloads: 0