Hikmah Perkahwinan

Shared by: nuhman10
Categories
Tags
-
Stats
views:
24
posted:
11/21/2011
language:
Malay
pages:
18
Document Sample
scope of work template
							PANDUAN KELUARGA


HAKIKAT PERKAHWINAN

   A. Tujuan Perkahwinan

     Perkahwinan merupakan sifat atau tabiat manusia yang
cenderung
     untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah
menjadikan
     hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana
ianya
     akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dgn
     kebaikan dan bantu membantu untuk mendidik keturunan.
     Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat
mengembangkan
     keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana
perkahwinan yang
     harmoni dan sesuai munurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk
     berehat jasmani maupun rohani. Perkahwinan merupakan
peristiwa bersejarah di mana ianya tak mudah dilupakan bagi orang-
orang beriman.
     IJAB - penyerahan tanggungjawab dari wali calon isteri kepada
     calon suami.
     QABUL- tanggungjawab dari calon suami atas penyerahan itu.
     Kalimah ini pendek namun mengandungi makna yang
mendalam.

   B. Walimatul Urus

     Perkahwinan merupakan ibadah. Islam mengatur tatacara nikah
     dan walimah dalam bentuk yang sangat sederhana. Hikmah
walimah
     sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW ialah:
     1. Bertujuan untuk melaksanakan ibadah
     2. Menghindari daripada perbuatan membazir
     3. Mengundang fakir miskin

   C. Hikmah Perkahwinan
       Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi
pelabuhan
     yang aman, kukuh bagi setiap ahli keluarga. Membincangkan
semua
     hal, baik gembira maupun kesulitan yang dihadapi. Rasa aman
dan
     perlindungan yang dirasakan oleh anak dalam keluarga akan
memberi
     kepadanya kepercayaam pada diri sendiri dalam menghadapi
berbagai
     persoalan hidupnya. Ibubapa adalah orang pertama diharapkan
dapat
     memberikan bantuan dan petunjuk dalam menyelesaikan
masalah anak.
     Seorang ibu adalah lambang kasih sayang, ketenangan dan
juga

       ketenteraman.

       Firman Allah SWT yang bermaksud:
       " Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita(isteri)
         oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau
atas
        sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah
        menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri
yang
        soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika
        suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah
        telah memelihara mereka..."

        (An-Nisa':34)

        Rasulullah SAW menghuraikan makna ayat di atas bahawa,
lelaki
      yang paling baik akhlaknya adalah lelaki yang paling sayang
pada
      isterinya. Baginda sendiri membantu isterinya dalam
rumahtangga.
      Wanita yang paling baik aialah wanita yang menyenangkan hati
      suaminya apabila suaminya memandangnya. Taat bila disuruh
dan
      pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya
di
      kala suami tiada di rumah.

      Perkahwinan yang disyariatkan Islam. selain daripada sebagai
      keperluan fizikal, ia juga bertujuan supaya manusia mempunyai
      keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia
dan
    akhirat. Perkahwinan adalah tugas menunaikan amanah Allah,
maka
    baik suami maupun isteri, niat yang pertama adalah
melaksanakan
    tanggungjawab kepada Allah.


     D. Nikah dengan Wanita Hamil yang Berzina

      1. Dilarang lelaki mengahwini wanita hamil yang sah keturunan
        kandungannya.

    2. a. Dihalalkan lelaki mengahwini wanita hamil dengan sebab-
        sebab perzinaan.
      b. Menurut Mazhab Hanafi, perkahwinan itu sah tetapi belum
        boleh bersama selagi kandungan belum lahir kecuali
        kandungan itu adalah dari lelaki itu sendiri.
      c. Menurut Mazhab Hambali, perempuan yang berzina, baik
hamil
        atau tidak, tidak boleh dikahwini oleh lelaki yang tahu
        keadaannya itu.

        Perempuan hamil yang sah keturunan kandungannya tidak
boleh
    dikahwini lelaki lain misalnya perempuan yang bercerai atau
hamil
    kerana persetubuhan syubhat (lelaki yang bersetubuh dengan
wanita
    yang disangka isterinya, kemudian ternyata bukan isterinya).
   E. Mengetahui Masa subur isteri

      Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid.
     Masanya berbeza. Perbezaan masa bergantung kepada
keadaan badan
     seseorang. Daripada haid yang pertama hingga haid yang
berikutnya
     dapat kita bahagikan kepada 4 tahap:
     a. masa haid
     b. masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari
kotoran
       tapi sel wanita belum dapat dibuahi untuk menjadi benih.
     c. masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel
benih,
       yang akan mengberhentikan kedatangan haid.
     d. masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam
rahim
       mulai membersihkan kerana tiada pembuahan dan menanti
datang
       haid yang baru.

      Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi
      minggu ke III adalah minggu subur.
      Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang
wanita,
      haruslah mengetahui masa kedatangan haid pada setiap bulan,
utk
      menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang haid sebelum
datang
      haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih
28 hari
      30 hari ataupun 32 hari. Menurut pendapat pakar kelamin, sel
telur lelaki     dapat hidup    2 X 24 jam sebelum 'masa subur' dan
2 X 24 jam               sesudah 'masa subur. Maksudnya 2 hari
sebelum dan selepas 'masa
      subur',masih      boleh menjadi benih bila bersetubuh pada
masa itu.
      Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkan
      kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan
pada masa
    tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun
               2 hari + 2 hari + 2 hari - jumlah hari subur.
    Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari
    ke 18 sebelum datang haid yang baru.

     hari  1       7         14        21 28
     tahap   -- haid -- -tak subur- -- SUBUR -- -tak subur-


  F. Teori membentuk bayi lelaki atau perempuan
     Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib
    yang terkandung dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang
mermaksud,

     " Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada
       yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."

      Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang
     hamil. Siapakah yang mentukan jantina janin itu, sedang bentuk
     dan rupa benih adalah sama dan serupa.

     Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut
dengan
     pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki
dan
     perempuan.
     Kesimpulannya:
         "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam
rahim
     dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah.
Kekadang
     letaknya di sebelah kana, kekadanh di sebelah kiri. Bila sel
     telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki
     dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi
     perempuan."

    Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir),
pendapat
    ini diadakan percubaan oelh doktor-doktor Arab dan Inggeris.
       Hasilnya dalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal.
Itu
    disebabkan kerana ketidakmampuan pihak wanita dalam
melakukan
    secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.

       Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut :-
       Caranya :
       1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel
       kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.

    2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan
sempurna.
            Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring
            sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya
            letak air mani jatuh miring.

       3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika
          ingin anak perempuan miring ke kiri.

       Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu
yang
     diingini, namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia.
Semua
     nya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar.
     Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari
     Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya " Al
Azmatus
     Zaujiyah wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak
     mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali.
     Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan
apalagi
     bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai
     penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi
yang
     akan lahir kelak, insyaallah lelaki.

       Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung
     kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.

     G. Amalan suami semasa isteri mengandung
      Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri
      mengandung :
      a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
      b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak
yang ada
         dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang
         terkandung dalam Al-Quran tersebut.
      c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis
dll.
      d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
      e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
      f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
      g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan
dengan
         isteri
      h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang
         memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.
      i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang
mengandung
         dan keselamatan anak dalam kandungan.
      j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi
akhlak
         anak yang akan lahir nanti.
      k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci
pada
         isteri.
      l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf,
Surah
         An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.


   H. Adab suami ketika isteri sedang mengandung
       Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar
bertang-
     gungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif
     pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami
yang
      disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan
      terhadap isteri yang sedang mengandung :
      a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang terhadap
isteri,
        sebagai teman hidup yang paling dekat.
      b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta
        hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
      c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku
        dengan isteri sebelum masuk tidur.
      d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
      e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa
        berikut,
         " La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin "
        maksudnya
         " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci.
           Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan

          orang yang zalim. "
      f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri
dan
       anak dalam kandungan selamat.


   I. Dorongan Suami semasa isteri bersalin
        Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya
      walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat
dalam
      proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap
      isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar
tetap
      tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan
berdoa
      dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri
akan
      menjadi tenang dan mudah bersalin.
      Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita.
Dari
      segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh
badannya
      bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih
daripada
     keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan
pembuangan
     kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami
perubahan emosi
     Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat
menimbul
     kan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan
     membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang
baik
     akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi
di
     waktu malam.
     Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap
     isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak
     adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri
dapat
     merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan
tanggung-
     jawab yang berat itu.


      J. Mengapa bayi lahir menjadi kenan
        Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati
        ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama
ibu
       adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak
yang
     dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan.
     Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin
     disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kiman,
pendedahan
     kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah,
arak
     dan sebagainya.
       Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan
bayi
     yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian
     ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll.
     Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila
    bayi dilahirkan normal.
    Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan
menjauhi
    kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika
    suami ister melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan
    kebaikan dan begitu sebaliknya.


   K. Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak
      1. Menanam uri
        Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang
        kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli
baru,
        seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil
        uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan diderma
        kan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi
        memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-
hormon
        ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan.
        Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong
sampah
        tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam
kandungan
        Uri amat penting kepada bayi.
        Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan
baik.
        Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam,
Adab
        ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.

    2. Mengazan dan mengqamatkan anak
       Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik.
      Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan
diqamatkan
      di telinga kiri.
      Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang
      perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam
Rohani.

     3. Mendoakan anak
        Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi
manusia
       berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya.
Doa
       Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta
pertolo
       -ngan kepada Allah.
       Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang
yang
       berdoa:-
       a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan
bahawa
         Allah SWT itu dekat.
       b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat
perhatian
         sepenuhnya daripada Allah SWT.
       c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang
berdoa
         terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
       d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan
keimanan

          kepada Allah SWT.
        e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-
Nya

       maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu
pengetahuan
       agar tidak tersesat dan berputus asa.

        Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar
anak-
        anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu :
        a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128

        b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38

        c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan :
74
         d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40

         e) Doa ketika memberi nama anak

      4. Panduan menamakan anak
         Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan
nama
        kepada anak merupakan cermin keperibadian dan kefahaman
orang
        tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan
hati dan
        harapan orang yang memberikannya.

         Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan
nama.
       - Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka
         memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari
lahirnya
         ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda
         hingga sampai perlaksanaan aqiqah. - Siapa yang berhak,
ayah atau
         ibu. Sebenarnya ianya boleh
         dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama.
         Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama diberikan
pada
         ayah, kerana adalam Al-Quran menjelaskan supaya anak
dinasab
         kan kepada ayah bukan ibu.

         Pemilihan nama yang utama
         - Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana

          nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat.
          Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:
          " Namakan denagn nama para nabi, dan nama yang paling
Allah
           suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama
yang
           paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang
paling
         buruk ialah Harb dan Murrah. "
                            (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi)

     - Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang
mengabdikan
       selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan
       lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu

       Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW
melarang
       umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut.

     - Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya.
       Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan
manakala
       sebahagian lagi melarang.

      - Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk
yang akan
        menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima
oleh
        fitrah manusia.

      - Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah
dalam Al-
        Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim

        menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu
nama
        nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa
nama
        -nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak.

     - Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang
mempunyai cita
       cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak.

       Memberi gelaran kepada anak
       - Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada
bayi
        semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun
        begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang
        boleh memalukannya.

     5. Penyembelihan aqiqah
         Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan
untuk
       mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing
bagi anak
       lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara
tersebut
       sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari.
         Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya
       adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan
anak
       dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya
pada
       hari qiamat.

        Hikmah aqiqah.
        a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi
kekuatan
           oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah
           anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan
           mengabdikan dirinya kepada Allah.
        b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan
anak
           yang baru lahir.
        c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan
syafaat
           kepada orang tua mereka kelak.
        d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh
           aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.
        e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan
seperti
           pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.
        f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam
           keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin
untuk
           menikmatinya dan ini lebih terpuji.
      g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai
dengan
         yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.
      h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh
         beberapa orang dengan seekor kambing.
      i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga
yang
         menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.
      j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah
SAW
         bersabda, "Sembelihlah atas namanya. Ertinya diniatkan
atas
         nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.
      k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
      l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama
         terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya
disedekahkan.
         Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri
         sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.
      m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan
         bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil

          untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.
        n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya
belum
         melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya
         melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah
untuk
          dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.
        o. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu

        melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut
ditimbang
        dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.

    6. Mengkhatankan anak
        Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk
membersihkan
      anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang
harus
       dibersihkan.

       - Hukum berkhatan
         Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain,
         berkhatan hukumnya wajib.

       - Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW
         Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau
         khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada
usia
        7 tahun. Ada riwayat mengatakan Raulullah dilahirkan sudah
        berkhatan dan ajau juga riwayat mengatakan baginda
dikhatan
        oleh Malaikat Jibrail.

      - Hikmah dan kelebihan berkhatan
        a. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan
merupakan
           syariat Islam perlu dikerjakan.
        b. Menyempurnakan tuntutan syara' yang sesuai dengan
sunnah
           Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah
           kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.
        c. Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam
dan
           bukan Islam.
        d. Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan
           pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang
syahwat
        e. Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari
           dihinggapi penyakit kelamin.
        f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat
           oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni,
           setiap yang disuruh pasti mengandungi makna yang
mendalam

     7. Mendidik moral anak
         Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan
ibubapa
       Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi
beberapa
      pokok ajaran Luqman, antaranya :
      a. Pendidikan supaya bersyukur
      b. Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah
      c. Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua
      d. Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik
         dan sebaliknya.
      e. Pendidikan tentang soalt
      f. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar
      g. Pendidikan supaya bersabar
      h. Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh
      i. Pendidikan kesederhanaan


   L. Erti anak bagi orang tua
       Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak.
     Namun disebalik kebahagiaan ini tersimpan tanggungjawab
yang

     amat berat yang harus dipikul.

      Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:
    1. Anak sebagai rahmat Allah SWT
    2. Anak sebagai amanat Allah SWT
    3. Anak sebagai harta yang tergadai
    4. Anak sebagai penguji keimanan
    5. Anak sebagai alat untuk beramal
    6. Anak sebagai saham di akhirat
    7. Anak sebagai sumber kebahagiaan
    8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
    9. Anak sebagai penyambung cita-cita
    10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan

catatan:
tulisan ini dipetik daripada email yang dikirimkan diegroups kancil
oleh Sdr. Saiful Zairi
Balik

						
Related docs
Other docs by nuhman10
GA2010-1100061
Views: 503  |  Downloads: 4
GA2010-1100060
Views: 127  |  Downloads: 0
GA2010-1100059
Views: 81  |  Downloads: 0
GA2010-1100058
Views: 95  |  Downloads: 0
GA2010-1100057
Views: 50  |  Downloads: 0
GA2010-1100056
Views: 54  |  Downloads: 0
GA2010-1100052
Views: 57  |  Downloads: 0
GA2010-1100055
Views: 47  |  Downloads: 0
GA2010-1100054
Views: 46  |  Downloads: 0
GA2010-1100053
Views: 75  |  Downloads: 0