SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR BAHRU
LAPORAN
KARNIVAL
PENDIDIKAN
PENCEGAHAN
JENAYAH DAN “MY
TALENT”
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI
JOHOR TAHUN 2011
15 NOVEMBER 2011
PK01 – Pengurusan Panitia
SEKOLAH SENI JOHOR BAHRU
JALAN ABDUL SAMAD
80100 JOHOR BAHRU
JOHOR
1. Nama Program : Karnival pencegahan jenayah dan “My Talent”
Sekolah-Sekolah Negeri Johor Tahun 2011
2. Anjuran : Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian
3. Kelolaan : Pejabat Pelajaran Daerah Pontian
Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Pontian
4. Tarikh : 15 November 2011
5. Hari : Selasa
6.. Tempat : Dewan Jubli Intan, Pontian
Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian
7. Pengenalan
Karnival Pendidikan Pencegahan Jenayah dan “My Talent” ini merupakan
sebuah program yang dianjurkan khas untuk pelajar-pelajar pasca-
peperiksaan PMR dan UPSR. Anjuran bersama jabatan Pelajaran Negeri
Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian ini juga bertujuan untuk
menyemarakkan lagi semangat cintakan Negara dan memupuk kesedaran
dikalangan pelajar mengenai bahayanya jenayah.
8. Objektif
8.1 Mencungkil dan mengembangkan bakat pelajar dalam kesenian dan
kebudayaan melalui seni suara
8.2 Memupuk semangat cintakan negara
8.3 Membina sahsiah dan ketrampilan personaliti dan jati diri pelajar
8.4 Memberi pengalaman kepada pelajar dengan mengadakan
persembahan pada peringkat yabg lebih tinggi (Negeri)
8.5 Memupuk kesedaran betapa jenayah itu akan membawa kepada
kerugian
8.6 Memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar Sekolah Seni untuk
lebih mengenali dunia luar berbanding hanya di dalam sekolah sahaja
PK01 – Pengurusan Panitia
9. Sasaran :
9.1 Seramai 2 orang pelajar tingkatan 3 Sekolah Seni Malaysia Johor
Bahru iaitu Nurul Farahin bt Mustaffa dan Muhammad Zakwan
Hafizie b Zakaria yang juga mewakili daerah Johor Bahru dalam
pertandingan nyanyian lagu patriotic “My Talent”
9.2 Seorang Guru Pengiring Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru iaitu Cik
Farah Idayu bt Mohd Fadzil
10. Butiran aktiviti
10.1 Pendaftaran peserta seawal jam 7.30 pagi
10.2 Demonstrasi anjing Pengesan Dadah (K9)
10.3 Ceramah Polis Diraja Malaysia
10.4 Pameran Keselamatan PDRM (Dadah, Ragut, Jenayah, Kerjaya,
Kemalangan)
10.5 Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Sekolah Menengah “My
Talent” – Nurul Farahin yang bertanding bagi kategori Perempuan
Sekolah Menengah telah mendapat tempat ke-2 dan menerima
trofi, sijil dan wang tunai sebanyak RM 70.00 manakala
Muhammad Zakwan Hafizie hanya mendapat tempat saguhati dan
menerima trofi, sijil dan wang tunai sebanyak RM 20.00.
10.6 Pertandingan Mewarna Sekolah Menengah
10.7 Pertandingan Mencipta Pantun Sekolah Menengah bertemakan Anti
Jenayah
10.8 Demonstrasi Ragut dan Cegah Jenayah
PK01 – Pengurusan Panitia
11. Penilaian Program :
11.1 Kekuatan Program :
i. Pelajar dapat mendedahkan diri dengan aktiviti-aktiviti dan program
luar yang dianjurkan oleh pihak lain selain daripada aktiviti sekolah
ii. Pelajar dapat mengenali potensi diri masing-masing dan berusaha
untuk melakukan yang lebih baik dimasa akan datang
iii. Program ini telah menaikkan taraf kesenian dengan menjadikan ia
sebagai salah satu tarikan program
. 11.2. Kelemahan Program :
i. Susunatur acara majlis yang agak kelam kabut
ii. Pengacara Majlis yang kurang berpengalaman
11.3. Cadangan Penambahbaikan :
i. Pemilihan peserta yang agak terperinci diperlukan untuk mendapat
hasil yang baik
PK01 – Pengurusan Panitia
12. Dokumentasi Bergambar :
PK01 – Pengurusan Panitia
Disediakan : Disemak: Disahkan:
……………….. ……………….. ……………
Farah Idayu En. Ahmad Nazri b Nordin En. Abdul Jabar
Guru Pengiring Ketua Bidang Penolong Kanan Seni
Seni Muzik