Docstoc

Pergerakan Lokomotor

Document Sample
Pergerakan Lokomotor Powered By Docstoc
					PERGERAKAN

Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan
atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang
menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari
disebut bergerak dan beredar. Manakala pergerakan yang tidak mengubah kedudukan
disebut bergerak tanpa beredar pula dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor.
Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan
pada sendi buka-tutup dan pusing putar.


Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan
seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar.
Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam
tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.


Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya
menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik,
pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat
memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.
Pergerakan secara kreatif dapat dilakukan dengan menyerapkan empat aspek
pergerakan, iaitu :
1. Ruang
Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ia terbahagi kepada
dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi
individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am ialah
kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Ruang diri
dan ruang am meliputi bahagian kawasan seperti :
a) aras - tinggi, sederhana, rendah
b) arah - hadapan, belakang sisi, atas, bawah
c) aliran - awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig-zag
d) ekstensi - mengecil, membesar


2. Masa
Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-
lambat dan serta-merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang
yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.
a) Serta-merta - Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat,
tegas, spontan dan dinamik.
b) Kawal-lambat - Pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal.
Lakuannya lambat, licin, beralun dan berayun, boleh dirasakan sebagai sesuatu yang
tidak perlu cepat atau tergesa-gesa.
3. Beban
Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang.
Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayan
otot semasa melakukan pergerakan.
a) Halus-ringan - Lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan
kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat.


b) Berat-kuat - Lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. Memerlukan
tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.


4. Aliran
Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan
dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran terikat.



2.0 MATLAMAT
Memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak.
Mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan
elemen-elemen pergerakan ( ruang, masa, kuasa ).
Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak.




3.0 OBJEKTIF


Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan.
Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik.
Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang,
masa, beban dan aliran.
Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan.
Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan.
Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan.
Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
4.0 Jenis-jenis pergerakan yang ada dalam pergerakan kreatif

       4.1 Pergerakan lokomotor

       Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh

badan berubah kedudukan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan lokomotor

menyokong perilaku pergerakan yang dirancang dan berkaitan dengan gerakan atau

aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat

arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam

gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan

lokomotor juga merupakan dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut

pergerakan. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat, melompat

ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.

       4.2 Pergerakan bukan lokomotor

       Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan

atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik dan ia lebih tertumpu

kepada pergerakan bahagian tubuh badan terutama pada sendi buka-tutup dan pusing

putar. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan

bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Oleh yang demikian pergerakan bukan

lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku

pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti

tangan, enjet-enjet semut, berlari setempat, tepuk amai-amai, menaik setempat,

mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi.

       4.3 Manipulasi Alatan

       Manupulasi alatan ialah aktiviti yang mana mempergunakan alatan dengan cara

yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran ini memerlukan penggunaan

angota badan untuk mengawal, megawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran

manipulasi alatan merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada

peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alatan dapat meningkatkan kordinasi

angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.

       Manipulasi alatan mestilah melibatkan objek seperti pundi kacang, melanton bola

sambil berjalan, berjalan sambil mengimbang bola di kaki, skipping sambil berlari,
menggerakkan reben dan memusingkan gelung dengan tangan. Ketiga-tiga elemen ini

dapat diaplikasikan di dalam pergerakan kreatif. Ini kerana di dalam pergerakan kreatif

ia memerlukan ketiga-tiga pergerakan tersebut untuk melakukan dan menghasilkan suatu

pergerakan yang kreatif. Sebagai contoh, guru melakukan suatu aktiviti kepada kanak-

kanak yang mana aktiviti itu dapat merangsang kanak-kanak menggunakan keseluruhan

tubuh badan mereka untuk bergerak. Antaranya ialah dengan cara memberi mereka

mendengar alunan muzik. Apabila mereka mendengar muzik, minda mereka akan

terangsang dan keghairahan mereka untuk melakukan pergerakan akan timbul tambahan

pula mereka diberi kebebasan oleh guru dalam berkreativiti. Oleh sebab itu, mereka

akan menggunakan ketiga-tiga elemen tersebut untuk melakukan pergerakan seperti

menari, bertepuk tangan, berlari, berjalan dan lain-lain pergerakan lagi. Kesemua

pergerakan inilah yang dipanggil pergerakan kreatif.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:370
posted:11/19/2011
language:Malay
pages:4