ELAUN LEBIH MASA

Shared by: FzRRi8
Categories
Tags
-
Stats
views:
105
posted:
11/18/2011
language:
Malay
pages:
16
Document Sample
scope of work template
							       ELAUN LEBIH
          MASA


  Unit Emolumen
Jabatan Bendahari
BILA BAYARAN BOLEH DIBAYAR
   Apabila seseorang pegawai
    dikehendaki bekerja lebih daripada
    masa bekerja biasa yang disyaratkan
    baginya, atau dipanggil bertugas
    dalam masa kecemasan maka ia
    boleh diberi bayaran lebih masa
    mengikut kadar-kadar yang
    ditetapkan dan jenis tugas yang
    dijalankan.
                             (Perintah Am Bab G)
            TAKRIF KERJA
   KERJA SIANG
    • Sebarang giliran bertugas tambahan
      yang dikerjakan di antara jam 6 pagi
      hingga 10 malam
   KERJA MALAM
    • Sebarang giliran bertugas tambahan
      yang dikerjakan di antara jam 10
      malam hingga 6 pagi

                                 (Perintah Am Bab G)
   KERJA KECEMASAN
    • Sebarang tugas yang diisytiharkan oleh
      Ketua Jabatan sebagai tugas kecemasan
      yang memerlukan tenaga pekerja yang
      lebih daripada biasa




                                (Perintah Am Bab G)
TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA
   Semua anggota dalam Kumpulan
    Sokongan layak dibayar Elaun Lebih
    Masa.
   Corak kerja lebih masa meliputi
    semua jenis tugas seperti
    perkhidmatan kaunter,
    pemerosesan, penyeliaan dan
    pengawasan.

                      (Pek Perkhidmatan Bil 9 Tahun 1991)
          SYARAT BAYARAN
   Pembayaran Elaun Lebih Masa hanya
    boleh dipertimbangkan sekiranya kerja
    yang dimaksudkan memenuhi salah satu
    daripada syarat-syarat berikut:
    • Kerja-kerja kecemasan
    • Kerja mustahak yang tidak boleh ditangguhkan
      kepada hari berikutnya oleh sebab
      penangguhan itu boleh memudaratkan
      perkhidmatan
    • Kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh
      anggota melebihi daripada bidang tugas
      biasanya; dan
    • Kerja-kerja yang perlu diteruskan di dalam
      jangkaan masa yang terhad.
                            (Pek Perkhidmatan Bil 9 Tahun 1991)
         KADAR BAYARAN
   Bayaran sejam bagi seseorang staf
    adalah diperolehi dengan membahagi
    gaji tahunannya dengan faktor 313 x
    8.
   Kadar-kadar bayaran bagi kerja-
    kerja adalah dikira dengan mendarab
    bayaran sejam dengan gandaan
    bayaran.
   (Gaji Pokok x 12) / (313 x 8) x k x
    jam
                            (Perintah Am Bab G)
  KADAR GANDAAN BAYARAN
      HARI          K              MASA
Hari Bekerja Biasa 1 1/8   6 pagi – 10 malam
                   1 1/4   10 malam – 6 pagi
Hari Rehat Biasa   1 1/4   6 pagi – 10 malam
                   1 1/2   10 malam – 6 pagi
 Hari Kelepasan    1 3/4   6 pagi – 10 malam
                    2      10 malam – 6 pagi
                              (Perintah Am Bab G)
      PERATURAN BAYARAN
   Tuntutan ELM hendaklah dibuat dengan
    menggunakan Borang Tuntutan Elaun
    Lebih Masa dan diluluskan oleh Ketua
    Pusat Tanggungjawab.
   Pusat Tanggungjawab menghantar Borang
    Tuntutan kepada Unit Emolumen untuk
    tindakan bayaran.
   Bagi tuntutan melebihi 1/3 daripada gaji
    pokok staf, Ketua PTJ perlu memberi
    penjelasan kepada Naib Canselor.
   Semua tuntutan ELM adalah tertakluk
    kepada Perintah Am Bab G dan pindaan-
    pindaan berkaitannya.
            PERATURAN BLM
   Kerja-kerja lebih masa, sama ada ia dijalankan di
    dalam kawasan Ibu Pejabat atau di luar kawasan
    Ibu Pejabat boleh dibayar BLM kepada seseorang
    pegawai yang berkelayakan
   Seseorang pegawai yang layak menuntut BLM
    dan diarah menjalankan kerja-kerja lebih masa di
    luar kawasan Ibu Pejabat layak menuntut BLM
    dan juga elaun-elaun bertugas rasmi di luar
    pejabat (seperti Elaun Makan, Elaun Harian dsb)
   Bagi seseorang pegawai selain Pemandu, masa
    dalam perjalanan boleh dikira sebagai kerja lebih
    masa jika tempoh bertugas di luar waktu pejabat
    itu kurang 24 jam. Jika tempoh tersebut melebihi
    24 jam maka seseorang pegawai tersebut adalah
    tidak layak dibayar BLM bagi masa perjalanan
    tersebut.
                               (Surat Pek JPA (S)63/31(SV12)
        SYARAT MELEBIHI 1/3
   Setiap tuntutan yang melebihi 1/3 gaji bulanan
    hendaklah disahkan oleh Ketua Pusat
    Tanggungjawab.
   Ketua PTJ hendaklah membuat perakuan bahawa
    setiap kakitangan di dalam kumpulan yang sama
    telah diberi peluang untuk menjalankan tugas
    yang memerlukan tuntutan 1/3 gaji bulanan atau
    lebih.
   Ketua PTJ adalah diminta memastikan bahawa
    kerja-kerja lebihmasa sangat diperlukan dan
    tidak dapat dielakkan sebelum kebenaran diberi
    untuk menjalankan kerja itu.

                                 (Memo Bendahari 18/11/83)
         BLM BAGI PENGAWAL
            KESELAMATAN
   Tuntutan BLM layak apabila diarah oleh
    Ketua PTJ menjalankan kerja lebih masa.
   Tuntutan hendaklah TIDAK melebihi 1/3
    daripada sebulan gaji.
   BLM yang melebihi had bayaran ini hanya
    boleh diluluskan apabila telah memenuhi
    syarat-syarat yang ditetapkan.
   Ketua PTJ adalah bertanggungjawab
    menentukan bahawa BLM hanya dibayar
    bagi kerja-kerja lebihmasa yang perlu dan
    mustahak sahaja.
                       (Surat Pek Perkhidmatan 8/1989)
    ELM BAGI PEMANDU KHAS
   Pemandu Khas kepada Pegawai
    Tingkatan Tertinggi C dan ke atas
    dibenarkan menuntut ELM sekiranya
    diarah menjalankan tugas-tugas di
    luar waktu bekerja biasa.
   Tuntutan disahkan oleh pegawainya.
   Tuntutan melebihi 1/3 daripada gaji
    bulanan hendaklah disahkan oleh
    pegawainya.
                     (Surat Pek Perkhidmatan 3/1990)
            PERUNTUKAN
          ELAUN LEBIH MASA
   Perintah Am Bab G
   Perintah Am 40, Bab C
   Surat Pekeliling Perkhidmatan 2/1968
   Surat Pekeliling Perkhidmatan 16/1975
   Pekeliling Perkhidmatan 2/1977
   Surat Pekeliling Perkhidmatan 21/1977
   Surat Pekeliling Perkhidmatan 24/1977
   Surat Pekeliling Perkhidmatan 25/1977
   Surat Pek. Perkhidmatan 1/1980
   Surat JPA 256/9/23 Bhg 1/Klt 2(36) (1.4.1986)
   Surat JPA 256/9/23 Bhg 1/Klt 2(36) (1.10.1986)
   Surat Pekeliling Perkhidmatan 8/1989
   Surat Pekeliling Perkhidmatan 3/1990
   Pekeliling Perkhidmatan 9/1991
   Surat JPA (S)63/31(SV12) (15.11.2001)
ADA SOALAN
TERIMA KASIH

						
Related docs
Other docs by FzRRi8
OTEC REVOCADAS
Views: 299  |  Downloads: 0
Slide 1
Views: 0  |  Downloads: 0
James Brooks Timeline2
Views: 6  |  Downloads: 0
II Congreso
Views: 59  |  Downloads: 0
In M
Views: 6  |  Downloads: 0
PROIECT
Views: 62  |  Downloads: 0
PERLANTIKAN
Views: 76  |  Downloads: 0
Tully
Views: 3  |  Downloads: 0