Embed
Email

Draf

Document Sample
Draf
Shared by: HC11111803130
Categories
Tags
Stats
views:
11
posted:
11/17/2011
language:
Malay
pages:
142
BAB I









PENGENALAN









1.0 Pengenalan









Sektor pembinaan merupakan satu daripada lapangan penting yang mampu

mempengaruhi pembangunan eknomi sesebuah negara kerana kemampuannya

mewujudkan banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang dan penglibatan

pelbagai menguntungkan pelbagai pihak dalam sistem urusniaga sepanjang proses

pembinaan. Pembinaan berkualiti serta menguntungkan semua pihak merupakan satu

daripada faktor penting dalam menjamin kemajuan sektor industri pembinaan.

Matlamat tersebut hanya boleh dicapai dengan adanya sistem pengurusan yang

efektif bagi semua elemen yang terlibat dalam sesebuah projek pembinaan.

Pengurusan bahan binaan merupakan satu daripada elemen penting yang perlu diberi

perhatian sepanjang projek pembinaan dijalankan kerana ia memiliki pengaruh besar

dalam mempengaruhi nilai keuntungan projek dan masa penyiapan sesebuah projek.









Oleh kerana bahan binaan merupakan satu elemen penting yang terlibat

secara langsung dalam proses rekabentuk, mendirikan serta membina struktur

bangunan yang dikehendaki maka penggunaannya yang tidak dirancang secara

menyeluruh akan membawa kepada hasil pembinaan yang kurang berkualiti dan

74



berkemungkinan mengakibatkan kegagalan kepada struktur bangunan. Amalan

pengurusan bahan binaan yang sistematik secara menyeluruh akan dapat

memaksimakan keuntungan sesebuah projek pembinaan dari segi masa, tenaga kerja

dan kos.









1.1 Kenyataan Masalah









Lazimnya dalam projek pembinaan kontraktor akan memberikan perhatian

dengan memastikan segala aktiviti pembinaan berjalan dengan pantas bagi arah

menyiapkan projek secepat mungkin tanpa berlaku sebarang kelewatan bagi

mendapatkan keuntungan. Namun begitu, dalam pada itu mereka lalai tentang

pembaziran bahan yang boleh terjadi disebabkan pengurusan projek yang kurang

mengambilkira faktor-faktor yang berpotensi mengakibatkan pembaziran bahan yang

seterusnya boleh mengurangkan keuntungan kontraktor. Masalah ini berlaku

disebabkan pihak kontraktor tidak mengetahui sejauhmana faktor-faktor yang

menyebabkan pembaziran bahan boleh mempengaruhi keuntungan yang diperolehi.

Lantaran itu, pihak kontraktor tidak dapat mengenalpasti dan mengamalkan langkah-

langkah yang benar-benar sesuai dalam mengelakkan masalah pembaziran bahan

berlaku pada kadar yang banyak.









1.2 Matlamat Dan Objektif Kajian









Matlamat kajian ini adalah untuk menentukan faktor-faktor pembaziran

bahan di tapak bina dan mengenalpasti langkah-langkah sesuai bagi menangani

masalah tersebut dengan berkesan. Oleh yang demikian, untuk mencapai matlamat

ini kajian telah dilakukan dengan menggariskan beberapa objektif seperti berikut:

75



i. Mengenalpasti faktor-faktor yang meyebabkan pembaziran bahan binaan di

tapak bina.

ii. Mengenalpasti langkah-langkah bagi mengatasi masalah pembaziran bahan di

tapak bina

iii. Menentukan “ranking” bagi faktor-faktor yang meyebabkan pembaziran

bahan binaan di tapak bina.

iv. Menentukan “ranking” bagi langkah-langkah mengatasi masalah pembaziran

bahan di tapak bina









1.3 Skop Kajian









Skop kajian ini adalah bertumpu kepada kontraktor – kontraktor dari kelas A,

B dan BX di sekitar Johor Bahru. Dimana kajian ini adalah untuk mengetahui

faktor-faktor yang menyebabkan pembaziran bahan di tapak bina dan seterusnya

mengenalpasti langkah-langkah bagi mengatasi masalah tersebut.









1.4 Kepentingan Kajian









Melalui kajian ini, berdasarkan kekerapan berlakunya faktor-faktor yang

menyebabkan pembaziran di tapak bina maka dapatlah diketahui sejauhmana

kebanyakan syarikat pembinaan di sekitar Johor Bahru menitikberatkan aspek

pengurusan dalam menangani masalah pembaziran bahan bagi sesebuah projek

pembinaan. Faktor-faktor utama yang menyebabkan masalah pembaziran bahan

yang dialami oleh kebanyakan syarikat pembinaan dapat dikenalpasti. Seterusnya,

ini membolehkan tindakan sewajarnya dirangka dan dijalankan bagi mengatasi

faktor-faktor penyebab kepada pembaziran bahan yang timbul. Ini bagi mencapai

76



kualiti pengurusan pembinaan di tapak bina yang bukan sahaja bermutu malah

menguntungkan pihak syarikat pembinaan.









1.5 Metodologi Kajian









Sepanjang projek ini beberapa kaedah telah digunakan dalam proses

mengumpul maklumat dan fakta bagi membantu kajian tentang masalah pembaziran

bahan di tapak bina. Di antara perkara yang dimasukkan dalam kajian ini ialah

kenyataan masalah, matlamat dan objektif kajian, skop kajian, kepentingan kajian,

kajian literatur, rekabentuk borang soal selidik, pengumpulan data, analisis data dan

akhir sekali kesimpulan serta cadangan akan dikemukakan. Rajah1.1 menunjukkan

carta alir bagi metodologi kajian ini.









1.6 Kesimpulan Dan Cadangan









Di akhir kajian ini didapati kontraktor sememangnya menyedari masalah

pembaziran ini dan mereka juga tahu tentang kaedah yang sepatutnya diambil bagi

mengatasi masalah tersebut. Sikap mereka yang sekadar berpuas hati dalam mencari

keuntungan seadanya menyebabkan mereka tidak berusaha meningkatkan

keuntungan lebih yang sebenarnya boleh dicapai dengan mengatasi masalah

pembaziran bahan. Oleh yang demikian, pihak kontraktor mestilah mengubah sikap

mereka dimana mereka harus cuba merangka agenda baru yang dapat memastikan

perlaksanaan langkah-langkah pembaziran bahan tanpa menyebabkan kelewatan

projek malahan dapat meningkatkan keuntungan ke tahap paling maksimum.

77









Tajuk Kajian







Kenyataan Masalah







Matlamat Dan Objektif Kajian







Skop Kajian







Kepentingan Kajian







Kajian Literatur







Rekabentuk Borang Soal Selidik







Pengumpulan Data







Analisa Data Dan Keputusan







Kesimpulan Dan Cadangan









Rajah 1.1 : Carta Alir Metodologi Kajian

78



1.7 Susunan Laporan









Laporan kajian ini disusun dan dibahagikan kepada 6 bab iaitu









1.7.1 Bab I : Pengenalan









Bab I ini adalah pengenalan kajian yang menerangkan kenyataan masalah

objektif, skop, kepentingan, metodologi dan susunan laporan kajian. Secara amnya,

ia mengemukakan idea asas kajian dan memberikan gambaran awal kandungan

keseluruhan.









1.7.2 Bab II : Kajian Literatur









Bab II ini mengandungi kajian literatur dimana di awal bab ia memberikan

pengenalan kepada pembaziran bahan. Bab ini seterusnya membincangkan dengan

lebih lanjut lagi tentang faktor-faktor yang menyebabkan pembaziran bahan di tapak

bina. Segala maklumat untuk bab ini diperolehi dari jurnal, kertas seminar dan buku-

buku rujukan.

79



1.7.3 Bab III : Kajian Literatur









Bab II ini turut mengandungi kajian literature dimana ia membincangkan

tentang langkah-langkah yang sesuai diambil oleh pihak kontraktor pembinaan bagi

mengatasi masalah pembaziran bahan di tapak bina. Segala maklumat untuk bab ini

diperolehi dari jurnal, kertas seminar dan buku-buku rujukan.









1.7.4 Bab IV : Metodologi Kajian









Bab ini menerangkan metodologi kajian yang telah digunakan dalam

perlaksanaan kajian ini dimana setiap kaedah kajian ini dihuraikan secara ringkas

dengan mengikut urutan perlaksanaannya. Kaedah pengumpulan data dan kaedah

analisis kajian turut dijelaskan dalam bahagian ini.









1.7.5 Bab V : Analisis Data









Bab ini menerangkan analisis kajian terhadap data-data yang telah diperolehi

daripada proses pengumpulan data. Data-data yang dianalisis telah disusun dan

dpersembahkan dalam bentuk jadual, carta pai dan graf bagi memudahkan

pemahaman pembaca.

80



1.7.6 Bab VI: Kesimpulan Dan Cadangan









Bab terakhir ini akan menyediakan satu rumusan keseluruhan berdasarkan

objektif yang ingin dicapai daripada kajian yang telah dijalankan.

81









BAB II









PEMBAZIRAN BAHAN









2.0 Pengenalan









Bahan binaan adalah salah satu daripada elemen penting yang mempunyai

pengaruh besar dalam memastikan sesebuah projek pembinaan siap dalam tempoh

masa yang telah ditentukan dengan hasil pembinaan yang menepati spesifikasi yang

telah ditetapkan. Ini turut disokong oleh Stukhart (1995), yang menyatakan jumlah

kos keseluruhan bahan adalah satu daripada elemen utama kos projek. Kepentingan

bahan binaan jelas terbukti dalam keadaan di mana kosnya adalah lebih 50%

daripada kos profil dalam industri pembinaan (Harris dan Mc Caffer, 1995).

Memandangkan bahan binaan yang digunakan dalam sesebuah projek terdiri

daripada pelbagai jenis bahan dalam kuantiti yang berbeza serta menelan belanja

yang agak tinggi maka elemen ini perlu dikendali dengan mengaplikasikan sistem

pengurusan bahan yang strategik dan sistematik.









Stukhart (1995) menyatakan bahawa pengurusan bahan yang berkesan di

tapak bina berperanan penting dalam memastikan kejayaan sesebuah projek

pembinaan. Sebenarnya proses ini bermula dari awal projek lagi iaitu dalam proses

perancangan projek sehinggalah sesebuah projek itu disiapkan. Keupayaan

82



menjimatkan kos bahan melalui pengurangan kadar pembaziran akan meningkatkan

keuntungan projek. Menurut Formoso et.al (2002), pembaziran bahan binaan telah

dikenalpasti sebagai masalah utama dalam industri pembinaan yang memberi kesan

signifikan terhadap keefisienan industri dan projek pembinaan. Ini ditambah pula

oleh Macozoma (2002) menyatakan bahawa sisa pembaziran dari industri pembinaan

mewakili 40% daripada keseluruhan keseluruhan sampah yang dibuang di

kebanyakan negara. Pembaziran bahan yang tidak terkawal akan membawa kepada

peningkatan dalam kos pembinaan yang akhirnya menyebabkan hasil keuntungan

dari projek berkurangan. Secara keseluruhannya, mana-mana jenis projek

pembinaan yang mengamalkan pengurusan bahan yang tidak cekap dan efisien akan

mengalami masalah pembaziran bahan (Wyatt, 1985).









2.1 Takrif Pembaziran Bahan Binaan









Menurut Wyatt (1978), pembaziran merupakan jumlah kehilangan bahan

binaan atau komponen yang disebabkan oleh pembaziran yang boleh dielakkan atau

sebaliknya. Manakala bahan pula ditakrifkan sebagai sesuatu benda yang digunakan

di dalam pengeluaran barang bagi perkhidmatan termasuklah bahan mentah,

komponen, proses kerja, barang siap pembalutan dan pembungkusan bahan,

membekal dan peralatan (Stukhart, 1995). Mawdesley et.al (1997) pula

mentakrifkan pembaziran bahan binaan sebagai kehilangan bahan melalui

pemotongan, kerosakan, kecurian, penggunaan bahan yang salah dan hilang.

Manakala menurut Chen et.al (2002) pula, pembaziran bahan membawa maksud sisa

pejal yang tidak mengandungi bahan kimia merbahaya yang terhasil ketika proses

pembinaan struktur termasuk pelbagai jenis bangunan samada bangunan kediaman

atau bukan kediaman dan juga jambatan serta jalan.

83



2.2 Kadar Pembaziran









Pembaziran bahan bukanlah suatu perkara yang boleh dielakkan sepenuhnya

tetapi kadar pembaziran yang terjana boleh dikurangkan. Lazimnya pembaziran

yang berlaku adalah berbeza dari satu projek ke satu projek lain (Soibelman, 1993;

Agopyan et.al, 1998; DHEC, 2001). Ini kerana kaedah dan penekanan terhadap

pengurusan bahan yang diadaptasikan di sesebuah tapak adalah berbeza dari sebuah

organisasi ke organisasi yang lain. John et.al (2002) mentakrifkan kadar pembaziran

bahan sebagai jumlah bahan binaan tambahan yang digunakan selain daripada

jumlah yang telah dirancang. Menurut Macozoma (2002), lebih kurang 15%

daripada bahan binaan yang dibeli akan mengalami pembaziran. Wren dan Bell

(2000) berpendapat bahawa pembaziran bahan terjana di setiap fasa projek

pembinaan. Di antara bahan yang dikategorikan sebagai memiliki peratus

pembaziran yang tinggi iaitu besi tetulang, konkrit siap, simen, pasir, mortar, bata

seramik dan blok seramik (Soibelman, 1993).









Oleh kerana syarikat pembinaan sedar serta menerima hakikat bahawa

pembaziran bahan pasti akan terjana hasil daripada proses pembinaan maka mereka

telah mengambil langkah menangani kadar pembaziran yang berlaku dengan

menambahkan kos pembaziran bahan yang telah dianggar di dalam harga tender

(Earnshaw, 1984). Lazimnya, seseorang juruukur bahan akan mengambilkira kadar

peratusan mewakili pembaziran bahan yang biasa dihadapi oleh syarikat

pembinaannya sebelum ditambah dengan harga kos bahan sebenar di dalam tender.

Manakala Harris dan Mc Caffer (1995) menyatakan bahawa proses anggaran ini

adalah berdasarkan pengalaman mereka mengendalikan aktiviti pembinaan yang

dilakukan oleh pekerja-pekerja syarikat tersebut. Proses anggaran tersebut dibuat

dengan mengambilkira pelbagai elemen seperti jenis tapak bina, jenis projek

pembinaan, jenis bahan-bahan binaan yang digunakan, pekerja dan kaedah

penyeliaan tapak yang diamalkan (Earnshaw, 1984).

84



Lazimnya syarikat pembinaan akan memperuntukkan 5% daripada

keuntungan mereka untuk menampung pembaziran bahan (Bereton dan Van Berkel,

2001). Tetapi menurut Soibelman (1993) dan Agopyan et.al (1998) pula selalunya

kadar pembaziran bahan yang sebenar melebihi nilai pembaziran yang telah siap

dianggarkan oleh syarikat pembinaan sebelum projek bermula. Oleh yang demikian

bagi mengatasi perkara sebegini, syarikat pembinaan mestilah mengetahui faktor-

faktor yang boleh membawa kepada masalah pembaziran bahan dan seterusnya

mengambil langkah mengatasinya. Ini kerana kadar pembaziran yang tidak terkawal

boleh mengakibatkan kos bahan binaan yang digunakan dalam projek lebih tinggi

dari kos yang telah dianggarkan dan ini akan membawa kerugian kepada kontraktor.









2.3 Jenis-Jenis Pembaziran









Secara amnya, pembaziran boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

pembaziran langsung dan pembaziran secara tidak langsung (Skoyles, 1976; Greeno,

1995; Formosso et.al, 1999).









2.3.1 Pembaziran Langsung









Menurut Greeno (1995), pembaziran langsung adalah pembaziran bahan

binaan yang terjadi disebabkan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki atau kecurian.

Fenomena ini terjadi disebabkan boleh pelbagai faktor dan ia merupakan kehilangan

dari segi kewangan dan sifat atau tingkatnya berlaku adalah berubah-ubah dari satu

kerja ke satu kerja. Kos pembaziran jenis ini lebih tinggi dari kos yang dibelanjakan

untuk mengelakkan pembaziran ini (Formosso et.al, 1999). Walaubagaimanapun

masalah ini mampu dielakkan dan boleh dikurangkan dengan mengamalkan

85



pengurusan bahan yang berstrategi iaitu menggunakan kaedah yang betul semasa

penyimpanan, pengendalian dan penggunaan bahan secara terancang serta

peningkatan ciri-ciri keselamatan ke atas stor penyimpanan bahan (Earnshaw, 1984).

Keupayaan mengurangkan pembaziran langsung ini bergantung kepada kecekapan

pihak pengurusan syarikat dalam mengenalpasti segala punca ke arah pembaziran

dan mengambil langkah-langkah mengelakkan sejak dari awal projek lagi.









2.3.2 Pembaziran Tidak Langsung









Pembaziran tidak langsung adalah pembaziran yang berlaku apabila bahan-

bahan binaan digunakan untuk kegunaan selain daripada kegunaan yang telah

digariskan untuknya (Greeno, 1995). Ia biasanya berlaku apabila pihak pemborong

melaksanakan sesuatu kehendak rekabentuk pelan binaan, spesifikasi atau senarai

bahan tetapi ukuran bahan-bahan binaan yang dibekalkan dan dikeluarkan di pasaran

tidak dapat menepati ukuran dan kehendak rekabentuk kerana pembekal memang

tidak mengeluarkan saiz itu. Masalah pembaziran yang tidak boleh dielakkan ini

berlaku pada bahan binaan seperti kayu-kayan dan tetulang keluli. Situasi yang

meyebabkan berlakunya masalah pembaziran yang tidak boleh dielakkan ini berlaku

apabila terjadinya cuaca yang tidak menentu seperti hujan lebat dan banjir yang

berlaku menyebabkan stor bahan di tapak bina yang pada ketika ia dibuat tanpa

mengambil kira tentang faktor-faktor bencana alam, turut dimasuki air dan

merosakkan bahan yang tersimpan di dalamnya atau masalah kehilangan terus

sesuatu bahan binaan. Pembaziran yang tidak boleh dielakkan memerlukan

penyesuaian dari pihak pemborong apabila membuat penawaran dan anggaran kerana

pembaziran ini berlaku dari faktor di luar kawalannya. Menurut Formosso et.al

(1999), kos yang dikeluarkan bagi mengurangkan berlakunya pembaziran tidak

langsung adalah melebihi keuntungan yang akan diterima dengan mengelakkan

berlakunya pembaziran ini.

86



2.4 Faktor-Faktor Pembaziran Bahan









Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan berlakunya

pembaziran bahan samada secara langsung atau tidak langsung. Menurut Skoyles

(1976), Soibelman (1993) dan Agopyan et.al (1998), masalah pembaziran yang

berlaku ini lazimnya disebabkan oleh kombinasi pelbagai faktor dan bukannya

disebabkan suatu faktor secara tersendiri. Pembaziran bahan binaan ini berlaku di

semua peringkat kerja pembinaan iaitu bermula dari fasa perancangan aktiviti

pembinaan bagi projek sehinggalah projek tersebut selesai disempurnakan. Di antara

yang menjadi faktor penyebab kepada pembaziran bahan adalah seperti berikut:









2.4.1 Pengurus Projek Yang Kurang Berpengalaman









Menurut Skoyles (1976), Soibelman (1993) dan Agopyan et.al (1998),

kelemahan dalam sistem pengurusan boleh menyebabkan masalah pembaziran bahan

di tapak bina. Stukhart (1995) menyatakan bahawa masalah pembaziran bahan ini

boleh berlaku disebabkan pengurusan bahan yang tidak sistematik oleh pengurus

projek yang tidak menyedari kepentingannya. Oleh yang demikian, adalah menjadi

tanggungjawab pengurus tapak untuk membahagikan tanggungjawab kepada

pengurus sumber mengikut setiap sumber ketika proses pengurusan bahan (Greeno,

1995). Sememangnya, kegagalan pengurus projek dalam menyusun atur organisasi

serta membuat pembahagian tugas yang betul mengikut kelayakan dan kebolehan

staf akan turut menyumbang kepada masalah dalam pengurusan bahan yang akhirnya

membawa kepada pembaziran bahan.









Selain itu menurut Stukhart (1995) pula, pengurus bahan yang tidak memiliki

ilmu pengetahuan lengkap dan kurang membuat kawalan terhadap pengurusan bahan

binaan akan menyebabkan masalah pembaziran bahan. Ini turut diakui oleh

87



Agopyan et.al (1998) dan Soibelman (1993) yang menyatakan bahawa kekurangan

ilmu pengetahuan merupakan punca utama berlakunya masalah pembaziran bahan.

Seseorang pengurus projek yang baru bekerja sememangnya tidak memiliki

sesetengah pengetahuan penting yang hanya boleh diperolehi dari pengalaman dan

ini menyebabkan mereka banyak melakukan kesilapan apabila diberi tanggungjawab

menguruskan projek yang besar serta kompleks yang melibatkan penglibatan

pelbagai pihak.









Di samping itu, Barton (1985) pula berpendapat bahawa kegagalan pengurus

projek menguruskan perjalanan projek dengan lancar bermula dari sistem koordinasi

yang teruk dan sistem perwakilan kuasa yang sikit akan menghasilkan keadaan

organisasi tapak yang tidak berstruktur. Keadaan seperti ini akan membawa pelbagai

masalah berhubung penempahan bahan yang tidak lengkap, pengendalian bahan

yang tidak sistematik dan sistem penyimpanan bahan yang tidak selamat serta

kawalan yang tidak menyeluruh. Ini seterusnya menyumbang kepada masalah

pembaziran bahan apabila bahan binaan banyak yang rosak akibat kaedah

penyimpanan yang tidak sesuai, bahan dibuang begitu sahaja kerana tersilap tempah,

kehilangan bahan dan pengulangan kerja pembinaan ke atas sesebuah bahagian

kerana tidak memenuhi spesifikasi yang telah digariskan.









2.4.2 Susun Atur Tapak Bina Yang Tidak Terancang









Menurut Tam et.al (2002), kegagalan dalam memberikan penekanan terhadap

langkah pengurangan pembaziran bahan di fasa membuat perancangan projek akan

menyebabkan bahan binaan yang digunakan lebih dari kuantiti yang dirancang. Ini

akan menimbulkan banyak masalah sepanjang proses pengurusan bahan dan

menyebabkan peratus pembaziran bahan meningkat (Soibelman, 1993; Agopyan

et.al, 1998). Selain itu, kegagalan dalam menghasilkan perancangan projek yang

efektif bermula apabila kontraktor tidak menjalankan penyiasatan tapak dengan

88



lengkap yang akhirnya mengakibatkan susunatur tapak yang dirangka tidak sesuai

dan kurang selamat. Menurut Chen et.al (2002), keadaan susunatur tapak pembinaan

yang kelihatan berselerak dalam keadaan tidak terancang akan menyebabkan

penjanaan pembaziran bahan binaan yang banyak. Ini turut disokong oleh Formoso

et.al (2002) yang menyatakan bahawa antara faktor utama yang menyebabkan

masalah pembaziran bahan adalah kegagalan dalam merancang pelan susunatur tapak

bina. Keadaan ini wujud apabila kontraktor tidak mengambilkira sebarang faktor

ketika membuat perancangan bagi yang menempatkan pelbagai kemudahan dalam

kawasan tapak bina. Keadaan tanah di tapak bina yang teruk turut merupakan antara

faktor penyebab terjadinya pembaziran bahan di tapak bina (Skoyles, 1976). Ini

ditambah pula oleh Shingo (1989) yang menyatakan bahawa keadaan susunatur

tapak yang tidak terancang menyebabkan wujudnya keadaan laluan tapak yang teruk

dan pengendalian bahan yang berlebihan di dalam tapak bina yang seterusnya

menyumbang kepada pembaziran bahan di tapak bina. Secara am, keadaan susunatur

tapak yang tidak terancang akan menimbulkan masalah lain yang boleh

menyumbang kepada masalah pembaziran di tapak bina.









2.4.3 Proses Penjadualan Bahan dan Pembelian Yang Tidak Terancang









Ekanayake dan Ofori (2000) menyatakan bahawa perancangan yang tidak

sempurna merupakan satu daripada faktor utama berlakunya pembaziran bahan. Ini

diakui oleh Shingo (1989) yang berpendapat bahawa kurangnya perancangan

terhadap penggunaan sumber akan mencetuskan pelbagai masalah seperti kecurian

dan kerosakan bahan yang boleh membawa kepada pembaziran bahan. Menurut

Wyatt (1985) dan Formoso et.al (2002), penjadualan bahan yang tidak terancang

akan menyumbang kepada peratusan pembaziran bahan yang tinggi. Ketiadaan

jadual bahan akan menyebabkan kontraktor tidak dapat membuat semakan dan

rujukan terhadap bahan yang dipesan dan diterima daripada kontraktor serta yang

disimpan di dalam stor. Chandles (1978) pula menambah bahawa waktu

89



penghantaran bahan yang dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada jadual

perancangan aktiviti projek yang digunakan untuk mengenalpasti aktiviti yang akan

menggunakan bahan tertentu akan menyebabkan bahan berada lebih lama di tapak

bina dan ini meningkatkan risiko bahan tersebut mengalami kecurian.









Menurut Armstrong (1980) pula, ketiadaan penjadualan bahan lebih-lebih

lagi yang memaparkan waktu penerimaan bahan akan menyebabkan kontraktor gagal

bersiap sedia dalam memperuntukkan tempat bagi meletakkan bahan yang sampai di

tapak bina dan ini seterusnya menyebabkan bahan yang dihantar itu disimpan tanpa

suatu perancangan sehingga mengakibatkan kerosakan pada bahan. Selain itu, waktu

penghantaran bahan ke tapak bina yang dirancang terlalu awal dari waktu

penggunaannya akan menyebabkan pembaziran bahan yang berpunca dari keadaan

stor yang terlalu padat (Clough, 1972; Chudley, 1993; EPD, 2002). Ini kerana

keadaan dalam stor yang terlalu padat akan menyebabkan bahan binaan disusun

secara bertindih dan tidak terancang sehingga mengakibatkan kerosakan pada bahan

dan kecurian bahan yang berkemungkinan besar gagal dikesan.









Penjadualan bahan yang kurang lengkap di mana ia tidak memasukkan

maklumat tentang pengagihan bahan bagi kegunaan di tapak bina bagi aktiviti-

aktiviti yang telah dirancang turut menyumbang kepada masalah pembaziran bahan

(Formoso et.al, 2002). Ketiadaan penjadualan bahan yang menunjukkan agihan

bahan untuk setiap aktiviti ketika di awal projek menyebabkan pekerja bertindak

mengeluarkan seberapa banyak bahan dari stor tanpa kawalan menyebabkan lebih

banyak bahan yang terdedah kepada pembaziran. Menurut Shingo (1989) kurangnya

perancangan terhadap aliran bahan akan membawa kepada pembaziran bahan. Ini

kerana masalah ini akan menyebabkan pihak pengurusan tapak gagal memantau

penggunaan bahan serta tidak dapat mengesan sebarang masalah berkaitan

kehilangan bahan. Ini turut disokong oleh Johnston (1981) yang berpendapat

bahawa kegagalan mentaksir keperluan kuantiti bahan binaan di lokasi penyimpanan

bahan di setiap sektor di kawasan tapak bina menyebabkan kebanjiran bahan di

lokasi tersebut yang membawa kepada pembaziran bahan. Penggunaan bahan yang

tidak terkawal tanpa suatu perancangan akhirnya menyebabkan kontraktor terpaksa

90



membeli lebih banyak bahan lagi bagi memenuhi kuantiti bahan yang kurang untuk

keperluan projek. Ini seterusnya menyebabkan peningkatan kos bahan dari yang

dirancang yang kemudiannya mengurangkan keuntungan kontraktor.









Di samping itu, Wyatt (1985), Tam et.al (2002) dan Macozoma (2002)

mengenalpasti bahawa amalan pembelian bahan binaan yang tidak bersistem

merupakan antara punca yang menyebabkan berlakunya pembaziran bahan di tapak

bina. Selain itu, menurut Formoso et.al, (2002), kesilapan yang dibuat ketika

membuat pembelian bahan merupakan antara penyebab utama terjadinya pembaziran

bahan. Ini turut disokong oleh Graham (1998) dan Poon dan Jaillon (2002) yang

menyatakan bahawa kesilapan yang dilakukan ketika proses penempahan bahan juga

merupakan satu daripada faktor terjadinya pembaziran bahan di tapak bina. Masalah

kurangnya maklumat di dalam perincian tempahan seperti ketiadaan anggaran harga,

tarikh penyerahan atau spesifikasi bahan binaan yang disenaraikan oleh kontraktor

boleh memberi kesempatan kepada pembekal untuk melakukan sebarang penipuan

dengan membekalkan bahan yang kurang bermutu di mana kontraktor akan gagal

mengesan tahap kualiti bahan tersebut kerana kepincangan maklumat tentang bahan

yang dipesan.









Selain itu, Stukhart (1995) berpendapat bahawa gaya penulisan yang teruk

dengan penggunaan ejaan yang silap akan turut menyebabkan berlakunya salah

faham ketika proses tempahan bahan binaan. Ini ditambah pula oleh Illingworth

(1994) yang menyatakan bahawa kesilapan dan kelalaian kontraktor dalam membuat

tempahan bahan binaan dengan memberi spesifikasi berlainan daripada yang

dikehendaki akan menyebabkan kontraktor tersebut menerima bahan binaan yang

salah. Sememangnya, perincian pesanan bahan yang tidak lengkap akan

menyebabkan pihak kontraktor gagal mengenalpasti samada bahan yang diterima

sesuai dengan apa yang mereka inginkan. Secara amnya, kaedah tempahan yang

tidak berperancangan dan berstrategi akan membawa kepada masalah kerosakan atau

kehilangan bahan yang membawa kepada pembaziran bahan.

91



Menurut Armstrong (1980) dan Wyatt (1985) pula, tempahan bahan yang

dibuat secara tidak berperancangan dan tanpa mengambilkira keadaan stor yang kecil

akan membawa kepada masalah kebanjiran bahan dimana bahan terpaksa dimuatkan

bersesak-sesak ke dalam stor dan ini akan menyebabkan lebih banyak bahan yang

rosak serta meningkatkan pembaziran bahan. Pembelian yang tidak berstrategi juga

akan turut menyebabkan kerosakan pada sesuatu bahan akibat disimpan terlalu lama

seperti simen. Menurut Canter (1993), Gavilan dan Bernold (1994), Craven et.al

(1994) dan Poon dan Jaillon (2002) pemesanan kuantiti bahan lebih dari yang

diperlukan akan turut menyebabkan pembaziran bahan. Ini kerana pembelian bahan

yang berlebihan akan mendorong kepada masalah kecurian bahan, pengendalian dan

penggunaan bahan yang cuai, penggunaan yang tidak efisien serta penjanaan sisa

bahan dalam bentuk lebihan dari bahan yang dipotong atau bahan yang tidak

digunakan langsung (Wren dan Bell, 2000). Menurut Wyatt (1985) dan CECP

(2001) masalah pembelian bahan lebih dari yang diperlukan ini berlaku disebabkan

tindakan kontraktor membuat anggaran kasar secara melulu. Masalah terlebih

anggar bahan binaan yang diperlukan merupakan masalah yang sering berlaku dalam

projek pembinaan (DHEC, 2001). Sememangnya, kepincangan dalam proses

penjadualan dan pembelian mampu menyebabkan timbulnya masalah lain sepanjang

projek pembinaan yang seterusnya mengakibatkan pembaziran bahan di tapak bina.









2.4.4 Pemilihan Pembekal Yang Tidak Sesuai









Menurut Bossink dan Brouwers (1996), pembekal bahan turut memainkan

peranan dalam menyumbang kepada pembaziran bahan di tapak bina dengan

menghantar bahan binaan tanpa bungkusan, masa penghantaran yang lama dan

tindakan pembekal enggan menerima tempahan bahan dalam kuantiti yang kecil.

Kegagalan kontraktor dalam memilih pembekal yang sesuai juga akan menyumbang

kepada masalah pembaziran bahan di tapak bina. Tindakan pembekal bahan yang

menghantar bahan tanpa bungkusan yang sempurna menyebabkan bahan binaan

mudah mengalami kerosakan dan ini menyumbang kepada pembaziran bahan. Ini

92



turut disokong oleh Skoyles (1976) yang menyatakan bahawa pembungkusan bahan

binaan yang tidak sesuai turut menjadi penyebab kepada berlakunya pembaziran

bahan di tapak bina. Barritt (1984) dan Illingworth (1994) pula berpendapat bahawa

apabila bahan binaan yang dihantar dalam keadaan tidak dibungkus mengikut

spesifikasi yang telah ditetapkan akan mudah mengalami kerosakan ketika dalam

perjalanan dan ketika proses penurunan barang di tapak bina. Sikap pembekal yang

hanya menerima tempahan bahan binaan dalam kuantiti besar menyebabkan

kontraktor terpaksa memesan bahan binaan dalam kuantiti yang banyak lebih dari

yang diperlukan dalam satu-satu masa. Ini menyebabkan berlakunya kesesakan

bahan binaan di stor dan mengakibatkan bahan terdedah kepada risiko kerosakan

atau kehilangan akibat disimpan terlalu lama.









Selain itu menurut Stukhart (1995), komunikasi dan koordinasi yang serba

kekurangan akan menyukarkan proses menilai pembekal bahan. Kesilapan

kontraktor dalam membuat pemilihan pembekal berlaku apabila mereka tidak

membuat penilaian ke atas bahan binaan keluaran pembekal tersebut, kedudukan

kewangan pembekal, organisasi syarikat, perkhidmatan tambahan syarikat selain

menjual bahan binaan dan sebagainya (Peters, 1981). Kegagalan kontraktor dalam

memilih pembekal yang jujur menyebabkan kontraktor boleh tertipu apabila

pembekal menghantar bahan berkualiti rendah yang mudah mengalami kerosakan

dan tidak tahan lama yang akan menyebabkan pembaziran bahan berlaku dengan

lebih banyak lagi. Malahan kegagalan kontraktor menilai kemampuan pembekal

menghantar bahan yang dikehendaki akan menyebabkan kontraktor memilih

pembekal yang tidak sesuai yang akhirnya menjadi faktor penyebab berlakunya

pembaziran bahan di tapak bina.

93



2.4.5 Kaedah Pengendalian Bahan Yang Tidak Terancang









Menurut Wyatt (1985), kaedah pengendalian dan pengagihan bahan yang



tidak terancang merupakan satu daripada punca kepada pengawalan bahan yang



kurang efektif yang akhirnya membawa kepada pembaziran bahan. Ia merupakan



antara penyebab utama kepada berlakunya masalah pembaziran bahan di tapak bina



(Skoyles, 1976; Gavilan dan Bernford, 1994; Bossink dan Brouwers, 1998; EPD,



2002; Formoso et.al, 2002). Masalah kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan kaedah



pengendalian terbaik bagi sesuatu bahan di kalangan pekerja yang terlibat dalam



proses mengendalikan bahan binaan turut menjadi penyebab kepada kaedah



pengendalian yang tidak sistematik. Stukhart (1995) menyatakan bahawa masalah



pengendalian bahan banyak berlaku disebabkan kegagalan membuat perancangan



bagi penyimpanan bahan binaan yang sampai ke tapak bina. Ini kerana, ketiadaan



perancangan tentang tempat untuk menyimpan bahan binaan yang bakal sampai akan



menyebabkan bahan binaan yang tiba diletakkan di mana-mana sahaja oleh lori



penghantar dan selepas itu bahan-bahan tersebut terpaksa dipindahkan sekali lagi ke



lokasi yang telah dikenalpasti untuk tujuan penyimpanan. Ini mengakibatkan



pengendalian bahan yang berulang kali dan menyebabkan ia terdedah kepada risiko



kerosakan.









Selain itu, Oglesby et.al (1989) berpendapat bahawa kegagalan untuk



mengenalpasti dan menentukan erti sebenar pengendalian bahan binaan di tapak akan



menyebabkan penanganan dua kali. Ini kerana kegagalan untuk memahami dan



melihat kesan buruk pengendalian bahan berulang kali akan menyebabkan lebih

94



banyak pembaziran bahan berlaku akibat kerosakan yang terjadi. Proses



menurunkan bahan binaan dari lori yang tidak mengambilkira keadaan keselamatan



bahan semasa penghantaran juga menyebabkan pembaziran bahan (Canter, 1993;



Greeno, 1995; Nguyen et.al, 1999). Ini adalah kerana sebahagian bahan binaan yang



sifatnya mudah pecah akan rosak atau pecah sekiranya dikendalikan secara kasar dan



ini seterusnya menyebabkan kontraktor terpaksa membeli lebih banyak bahan lagi



bagi menggantikan bahan yang telah rosak. Menurut Johnston (1981), kebanyakan



bahan binaan mengalami kerosakan akibat dilonggokkan oleh lori penghantar bahan.



Tindakan lori penghantar menurunkan bahan dengan melonggokkan sahaja tanpa



menurunkannya menggunakan loji pengangkut menyebabkan banyak bahan binaan



saling berlaga dan pecah ketika dilonggokkan ke tanah sehingga tidak boleh



digunakan lagi kemudian seterusnya mengakibatkan masalah pembaziran bahan.



Tambahan pula menurut Wyatt (1985), perhatian yang kurang diberikan ketika



proses mengeluarkan bahan dan mengangkut bahan dari dalam stor akan



menyebabkan kerosakan pada bahan binaan.









Menurut Shingo (1989) pula penggunaan jentera yang tidak sesuai ketika



proses pengendalian serta keadaan jalan yang berlekuk-lekuk juga akan



menyebabkan pembaziran bahan di tapak bina. Formosso et.al (1999) turut



menyatakan bahawa penggunaan laluan jalan yang teruk bagi urusan pengangkutan



bahan binaan boleh juga menyebabkan pembaziran bahan. Ini terjadi disebabkan



kerosakan yang berlaku pada bahan binaan ketika proses mengangkutnya sehingga ia



terpaksa dibuang begitu sahaja. Di samping itu, peningkatan jumlah kerja yang



membabitkan pengendalian bahan di tapak bina akan turut menyebabkan pembaziran

95



bahan (Chandles, 1978; Formosso et al, 1999). Ini kerana pengendalian yang cuai



tanpa mengambilkira ciri-ciri keselamatan bahan yang dikendalikan akan



meningkatkan kuantiti bahan yang mengalami kerosakan. Ini turut disokong oleh



Barritt (1984) yang menyatakan bahawa pengendalian yang cuai bagi bata akan



mengakibatkan keretakan padanya yang boleh mengurangkan kekuatan bata



menyebabkan ia terpaksa dibuang kerana tidak boleh digunakan.









Selain itu Wyatt (1985) berpendapat bahawa peningkatan dalam kadar

pembaziran bahan boleh berlaku apabila jentera yang digunakan untuk mengangkat

bahan binaan dikendalikan oleh operator yang tidak terlatih di mana bahan binaan

tidak diangkut dengan kaedah yang betul sehingga menyebabkan kerosakan pada

bahan yang diangkut. Ini kerana mereka yang tidak terlatih ini tidak memiliki

pengetahuan berkenaan kaedah pengendalian yang sepatutnya untuk setiap bahan

binaan yang sifatnya dan kelemahan berbeza-beza. Maka, mereka ini juga boleh

menyebabkan kerosakan bahan apabila mereka melakukan kesilapan dengan

mengendalikan bahan binaan dengan kasar dan tidak menyusunnya dengan baik di

tapak sehingga dilanggar oleh jentera atau kenderaan yang digunakan di tapak bina.

Ini seterusnya mengakibatkan pembaziran bahan di tapak bina. Secara

keseluruhannya, kurangnya perhatian yang diberikan ketika proses pengendalian

bahan boleh menyebabkan berlakunya peningkatan dalam kadar pembaziran bahan.









2.4.6 Sistem Penyimpanan Bahan Yang Tidak Sempurna









Stukhart (1995) berpendapat bahawa kegagalan membuat perancangan bagi



penyimpanan bahan binaan akan mengakibatkan bahan mengalami kerosakan atau



hilang. Perkara ini turut diketengahkan oleh Skoyles (1976), Bossink dan Brouwers

96



(1998), Ekanayake dan Ofori (2000) yang menyatakan bahawa kepincangan dalam



sistem penyimpanan bahan merupakan antara punca utama yang membawa kepada



pembaziran bahan. Amalan penyimpanan bahan yang kurang sempurna serta tidak



terancang boleh menyebabkan bahan yang disimpan lebih mudah rosak. Perkara ini



turut disentuh oleh Stukhart (1995) dan Mohammed (1996) yang menyatakan



bahawa kegagalan kontraktor merancang tempat simpanan bahan akan menyebabkan



bahan binaan tersebut terpaksa diturunkan di mana-mana sebelum dipindahkan ke



tempat simpanan yang akan ditentukan kemudian sebelum digunakan dan ini akan



menyebabkan berlakunya penanganan dua kali yang akan meningkatkan peratusan



pembaziran bahan binaan tersebut. Selain itu, masalah berkaitan ruang penyimpanan



bahan binaan ini lazimnya timbul disebabkan kurangnya kebolehan untuk membuat



jangkaan dan perancangan yang tidak sempurna (Lock, 1977). Ini turut disokong



oleh Wyatt (1985) yang menyatakan lokasi stor penyimpanan bahan yang disediakan



secara terburu-buru tanpa mengambil kira sebarang faktor kerana lewat diberitahu



tentang penghantaran bahan akan turut menyumbang kepada masalah pembaziran



bahan.









Di samping itu, penempatan stor secara rawak tanpa mempertimbangkan



sebarang faktor akan menyebabkan kualiti bahan yang disimpan terjejas disebabkan



pengaruh dari luar seperti gegaran disebabkan jentera berat, bahan yang mendap



kerana ditempatkan di atas tanah yang lembut, bahan rosak disebabkan banjir kilat



atau dicuri. Ini turut diketengahkan oleh Wyatt (1985) yang berpendapat bahawa



stor pembinaan yang berhampiran dengan kawasan laluan jentera berat menyebabkan



ia bergegar dan boleh merosakkan bahan. Hal ini turut disokong oleh Low dan

97



Choong (2001) yang menyatakan bahawa keadaan bahan binaan yang terdedah



kepada cuaca dan pergerakan jentera akan meningkatkan risiko kerosakan bahan



binaan. Kegagalan kontraktor dalam menempatkan stor penyimpanan bahan dekat



dengan tapak bina akan menyebabkan bahan terpaksa diangkut pada jarak yang lebih



jauh maka ini meningkatkan kemungkinan berlakunya pembaziran bahan sepanjang



perjalanan samada ia rosak atau terjatuh ketika dalam perjalanan.









Chandles (1978), Earnshaw (1984), Barritt (1984), Illingworth (1994),



Graham dan Smithers (1996), Mohammed (1996) dan EPD (2002) menyatakan



bahawa kaedah penyimpanan bahan yang teruk akan meningkatkan penjanaan kadar



pembaziran bahan. Penyusunan bahan yang tidak berperancangan menyebabkan



bahan saling bertindih dan mengakibatkan kerosakan kepada bahan yang kurang



tahan lasak berbanding bahan binaan lain. Manakala menurut Greeno (1995)



penyusunan yang tidak berperancangan tanpa mengambilkira ciri-ciri bahan lebih-



lebih lagi bata yang disusun terlalu tinggi dan simen yang diletakkan di atas tanah



yang lembap akan meningkatkan pembaziran bahan apabila banyak bahan yang



rosak. Selain itu, tindakan kontraktor meletakkan bahan yang terlampau berat di atas



kawasan bertanah lembut akan menyebabkan bahan yang paling bawah tenggelam



dan mengalami kerosakan dan seterusnya meningkatkan peratusan pembaziran bahan



(Wyatt 1985; Tan Boon Tong, 1994). Perkara seperti ini terjadi disebabkan



ketiadaan suatu perancangan yang lengkap oleh kontraktor berhubung penempatan



bahan di dalam stor mengikut ruang dan keadaan stor.

98



Menurut Laney (1982), penyusunan barang di dalam stor yang dibuat tanpa

berstrategi dan berperancangan akan menyebabkan penanganan dua kali yang

membawa kepada pembaziran bahan. Stukhart (1995) menyatakan bahawa kaedah

penyimpanan yang tidak sesuai dengan jenis bahan yang disimpan seperti

kelembapan tinggi, ruang yang terlalu kecil, keadaan tanah dan pengudaraan juga

boleh menyebabkan berlakunya kerosakan terhadap bahan. Ini turut disokong oleh

GPDA (1998) yang menyatakan bahan seperti „plaster‟ dan „wallboard product‟

akan mengalami kerosakan apabila terdedah kepada kelembapan dan air. Ini kerana

setiap bahan memiliki kelebihan serta kelemahan tersendiri dan kegagalan kontraktor

mengetahuinya akan menyebabkan kontraktor gagal mengaplikasi kaedah

penyimpanan yang boleh menjamin kualiti bahan binaan. Selain itu, menurut

Earnshaw (1984), tindakan kontraktor yang tidak mengambil langkah serius dalam

menangani sebarang masalah kebakaran dan tidak melengkapkan stor bahan binaan

dengan pemadam api akan menyebabkan kerugian bahan yang banyak sekiranya

berlaku kebakaran. Secara amnya, kurangnya penumpuan kaedah penyimpanan

bahan akan merosakkan bahan binaan yang seterusnya menyumbangkan kepada

masalah pembaziran bahan.









2.4.7 Kurangnya Kawalan Terhadap Penggunaan Bahan Di Tapak Bina









Gavilan dan Bernold (1994) dan Craven et.al (1994) menyatakan bahawa

kawalan yang kurang sempurna terhadap bahan binaan turut menjadi punca

berlakunya pembaziran bahan di tapak bina. Kelemahan yang wujud dalam sistem

inventori bahan binaan boleh turut menyebabkan pembaziran bahan (Shingo, 1989;

Formoso et.al, 2002). Ini ditambah oleh Magad dan Amos (1989) yang menyatakan

bahawa rekod-rekod bahan yang tidak tepat adalah petanda pengurusan inventori

yang lemah. Tindakan tidak mengemaskini rekod penerimaan dan pengeluaran

bahan dari semasa ke semasa akan menyebabkan kontraktor tidak mengetahui

kuantiti sebenar di dalam simpanan dan ini dikhuatiri akan membawa kepada

masalah terlebih bahan dalam simpanan dari yang diperlukan. Wyatt (1985)

99



berpendapat bahawa kegagalan merekodkan dengan tepat jenis dan kuantiti bahan

yang rosak, pecah, tidak menepati spesifikasi yang dikehendaki di dalam nota

penghantaran barang dan rekod syarikat akan meningkatkan kadar pembaziran yang

lebih tinggi.

Selain itu, menurut Chen et.al (2002) masalah bahan binaan yang diambil

dari kawasan penyimpanan bahan tanpa kawalan efektif dan diletakkan dalam

organisasi yang kurang teratur berlaku dalam situasi projek besar atau ketika proses

pembinaan yang pantas. Menurut Wyatt (1985) pengurusan bahan yang tidak efektif

disebabkan pengurusan stor bahan yang teruk juga merupakan satu daripada punca

pembaziran bahan. Ini kerana ketiadaan kakitangan yang bertanggunggjawab

mengemas dan menyusun atur stor simpanan bahan binaan setiap kali ada bahan

dikeluarkan akan menyebabkan keadaan di stor berselerak. Selain itu, berdasarkan

Greeno (1995), seorang penjaga stor bertanggungjawab mengawal kuantiti bahan-

bahan yang digunakan, mengagihkan dan merekodkan segala penggunaan bahan.

Ketiadaan penjaga stor akan menyebabkan bahan yang disimpan tidak selamat

kerana ketiadaan sesiapapun yang bertanggungjawab menguruskan dan menjaga

keselamatan bahan serta mengawal keluar masuk bahan.









Di samping itu, menurut Chen et.al, (2002) ketiadaan kawalan yang cermat

terhadap bahan akan menyebabkan para pekerja bertindak cuai ketika mengendalikan

bahan binaan yang akhirnya menyebabkan banyak bahan yang masih boleh

digunakan terbuang begitu sahaja. Ini turut disokong oleh Hong Kong Polytechnic

and Hong Kong Construction Association (1993) yang menyatakan bahawa

kurangnya kawalan ke atas penggunaan bahan binaan oleh para kontraktor

merupakan antara punca pembaziran bahan di tapak bina. Selain itu, menurut

Chandles (1978), Barritt (1984) dan Poon dan Jaillon (2002) sikap pekerja

membiarkan lebihan dari jumlah bahan yang telah dibawa keluar dan digunakan

untuk sesuatu aktiviti di tapak bina tanpa dibawa balik ke stor akan meningkatkan

jumlah pembaziran bahan. Menurut CECP (2001) pula, lebihan bahan binaan

merupakan penyumbang utama kepada pembaziran dalam pembinaan. Tindakan

pihak kontraktor tidak memberikan keterangan tentang kerja penyelenggaraan bahan

kepada pekerja akan menyebabkan mereka bertindak demikian.

100







Manakala Chen et.al (2002) pula berpendapat bahawa tindakan pekerja

meletakkan bahan binaan yang digunakan untuk melakukan kerja di tapak bina

sesuka hati akhirnya mengakibatkan bahan binaan yang tidak digunakan bercampur

aduk dengan sampah sarap yang kemudiannya dibuang sebagai sampah. Sekiranya

perkara ini dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan, banyak bahan binaan

yang sebenarnya boleh digunakan akan terbuang begitu sahaja disebabkan keadaan

berselerak di sekitar tapak. Menurut Chandles (1978), keadaan tapak bina yang tidak

kemas akan menyumbang kepada pembaziran bahan. Ini kerana apabila bahan

binaan berselerak dalam kawasan yang penuh dengan sampah sarap maka sudah pasti

pekerja yang bertanggungjawab membersihkan kawasan itu tidak mempunyai masa

untuk melihat satu persatu bahan mana yang tidak digunakan lagi.









2.4.8 Kualiti Bahan Yang Rendah









Gavin dan Bernold (1994) dan Craven et.al (1994) berpendapat bahawa



kualiti bahan binaan yang rendah merupakan satu daripada punca pembaziran bahan



di tapak bina. Ini kerana bahan binaan yang berkualiti rendah lazimnya mudah



mengalami kerosakan dan ini seterusnya menyebabkan ia tidak dapat digunakan



dalam projek pembinaan. Greeno (1995) berpendapat bahawa penggunaan bahan



berkualiti rendah berbeza dari spesifikasi yang telah ditetapkan akan menyebabkan



bahagian yang telah dibina dengan menggunakan bahan tersebut terpaksa dirobohkan



apabila tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa. Kualiti bahan yang rendah boleh



juga disebabkan oleh tindakan kontraktor itu sendiri kerana tidak menyimpan bahan



binaan tersebut dengan kaedah yang betul sehingga menjejaskan mutu bahan.



Menurut Tan (1994), tindakan melonggokkan bahan binaan seperti aggregat dan

101



pasir di kawasan yang kotor dan saling berdekatan satu sama lain akan menyebabkan



kualiti bahan menjadi rendah malah ada yang tidak boleh digunakan kerana telah



bercampur aduk antara pasir dan batu.









Selain itu, masalah kualiti bahan yang rendah juga boleh wujud disebabkan

oleh kualiti kerja yang rendah disebabkan oleh pekerja yang lalai dalam melakukan

kerja mereka seperti dalam aktiviti membancuh konkrit. Ini turut diperkatakan oleh

Earnshaw (1984) yang berpendapat bahawa kecuaian atau sikap tidak peduli pekerja

menjadi punca kepada kerosakan kebanyakan bahan di tapak bina. Kelalaian atau

sikap pekerja itu sendiri yang menambah air yang banyak ke dalam campuran

konkrit untuk meningkatkan kebolehkerjaan konkrit bagi memudahkan kerja mereka

akan menghasilkan konkrit yang bermutu rendah dan apabila ia mengeras ia gagal

mencapai kekuatan yang dikehendaki. Menurut Wyatt (1985) sekiranya sesuatu

kerja yang disiapkan dengan mutu kerja yang rendah dan tidak mencapai tahap yang

dinyatakan di dalam spesifikasi maka pihak gunawan berhak mengarahkan kepada

pihak kontraktor untuk menyiapkan semula kerja tersebut. Yates dan Lockley (2002)

pula berpendapat bahawa penggunaan bahan yang tidak memenuhi spesifikasi yang

telah digariskan dan komponen pasang siap yang telah rosak ketika proses

pengendalian boleh menyebabkan berlakunya kegagalan kepada struktur yang dibina.

Masalah pengulangan dalam melakukan aktiviti yang sama dan ini akan membawa

kepada peningkatan pembaziran bahan.









2.4.9 Kesilapan Ketika Proses Pembinaan









Menurut Chen et.al (2002) dan Poon dan Jaillon (2002), salah satu punca

utama berlakunya pembaziran adalah disebabkan oleh tindakan pekerja yang tersilap

menggunakan bahan binaan atau cuai ketika menggunakannya. Ini turut diakui oleh

Graham dan Smithers (1996) danGraham (1998) yang berpendapat bahawa kesilapan

102



yang dilakukan pekerja ketika melakukan kerja-kerja pembinaan yang melibatkan

penggunaan bahan binaan juga menyebabkan pembaziran bahan. Macozoma (2002)

turut menambah bahawa kegagalan dalam mengesan kesilapan yang dilakukan ketika

melakukan kerja dalam projek pembinaan juga merupakan antara faktor yang

menyebabkan pembaziran bahan di tapak bina. Pengorekan yang dibuat melampaui

kedalaman yang dikehendaki akan menyebabkan lebih banyak konkrit pra-tuang

terpaksa digunakan dan ini meningkatkan lagi kadar pembaziran bahan (Illingworth,

1994; Greeno, 1995; CECP, 2001).





Kesilapan yang berlaku ini juga boleh disebabkan oleh kurangnya



pengalaman di kalangan kakitangan pembinaan dan ketiadaan pengawasan serta



pemantauan yang cekap ke atas aktiviti pembinaan yang sedang dijalankan. Menurut



Tam et.al (2002) masalah kesilapan yang dilakukan oleh pekerja dalam melakukan



pekerjaan boleh juga timbul disebabkan kurangnya penyeliaan oleh kontraktor utama



terhadap pekerja dan sub-kontraktor di tapak bina. Greeno (1995) menyatakan



bahawa pengawasan yang kurang terhadap pelatih yang sedang bekerja akan



menyebabkan lebih banyak pembaziran berlaku berbanding pelatih yang diawasi



sepenuhnya. Pembaziran bahan akan meningkat apabila sesuatu kerja itu dilakukan



oleh pekerja baru jika dibandingkan dengan pekerja lama yang sudah mahir atau



berpengalaman. Masalah kekurangan kemahiran yang boleh menyebabkan



pembaziran bahan ini bukan sahaja meliputi buruh binaan tetapi juga golongan



profesional yang terlibat dalam projek pembinaan seperti jurutera yang



bertanggungjawab menyediakan pelan rekabentuk bangunan. Ini ditambah pula oleh



Stukhart (1995) yang menyatakan bahawa kekurangan kemahiran di kalangan staf di



tapak bina dalam mengenalpasti bahan binaan yang diperlukan dan mentafsir lukisan



rekabentuk boleh menyebabkan berlakunya pembaziran bahan.

103



Hammarlund et.al (1998) menggariskan faktor kecuaian merupakan faktor

yang sering menjadi penyebab berlakunya kesilapan ketika pembinaan. Manakala

Yates dan Lockley (2002) menyatakan bahawa kecuaian pekerja ketika melakukan

aktiviti di tapak bina juga menjadi satu daripada penyebab kepada berlakunya

kegagalan pada struktur yang sedang dibina. Masalah ini seterusnya menyumbang

kepada pembaziran bahan apabila struktur tersebut terpaksa dibina semula dengan

menggunakan bahan binaan baru. Earnshaw (1984) memberikan contoh tentang

sikap tergesa-gesa pekerja yang bertindak memotong batu dengan „trowel‟ daripada

menggunakan peralatan yang lebih sesuai akhirnya menyebabkan bata tidak

terpotong kepada dua tetapi ia akan rosak dan terpaksa dibuang begitu sahaja. Sikap

sambil lewa ini timbul disebabkan pekerja gagal menyedari tentang implikasi

tindakan mereka terhadap masalah pembaziran bahan dan juga disebabkan mereka

yang tidak mengambil peduli tentang kepentingan dan langkah yang perlu diambil

bagi mengurangkan pembaziran bahan di tapak bina. Ini turut ditambah olehYates

dan Lockley (2002) yang menyatakan bahawa tindakan kakitangan yang lalai dan

tidak melakukan penyemakan yang sempurna ke atas pelan rekabentuk akan turut

menyumbang kepada kesilapan dalam pembinaan yang akhirnya menyebabkan

struktur terpaksa dibina semula.









Penggunaan bahan terpakai sebagai acuan untuk struktur konkrit dengan

berulang kali melebihi had yang telah ditetapkan tanpa penyelenggaraan dengan

dikenakan beban yang keterlaluan menyebabkan ia gagal menanggung beban dan

runtuh yang seterusnya meningkatkan pembaziran bahan apabila melibatkan

kerosakan pada bahan lain (Davies dan Tomasin, 1990). Kegagalan yang berlaku

akan menyebabkan kerosakan pada bahan binaan yang akhirnya tidak boleh

digunakan dan ini membawa kepada masalah pembaziran bahan. Selain itu, menurut

Formoso et.al (2002), pembaziran bahan seperti konkrit terjadi apabila konkrit yang

digunakan untuk pembinaan sesuatu struktur melebihi dari kuantiti yang telah

dianggarkan disebabkan penyediaan sistem acuan konkrit yang terlalu besar dari

yang sepatutnya. Di samping itu, pembinaan semula sesebuah struktur apabila ia

tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan akan turut menyumbang kepada

pembaziran bahan.

104







Menurut Love (2002) penggunaan kaedah bukan tradisional dalam

perlaksanaan projek pembinaan menyebabkan projek pembinaan lebih terdedah

kepada masalah pengulangan kerja berbanding penggunaan kaedah tradisional. Ini

kerana kesilapan, perubahan dan kecuaian lebih banyak berlaku apabila kaedah

bukan tradisional digunakan dalam perlaksanaan projek berbanding penggunaan

kaedah tradisional (Love, 2002). Dalam kaedah tradisional rekabentuk struktur yang

bakal dibina akan disiapkan dahulu sebelum klien mendapatkan kontraktor untuk

membina struktur tersebut. Maka, dalam proses ini perekabentuk ataupun kontraktor

dapat mengesan sebarang kesilapan pada pelan rekabentuk sebelum projek bermula.

Ini amat berbeza dengan kaedah bukan tradisional di mana kedua-dua proses mereka

bentuk akan bermula sekaligus. Menurut Hanna et.al (1999), dalam usaha

menyiapkan projek dalam masa yang singkat, kaedah bukan tradisional digunakan di

mana jadual untuk merekabentuk dan pembinaan dipadatkan dan pembinaan

lazimnya bermula sebelum pelan rekabentuk siap sepenuhnya. Dalam hal ini

sekiranya sebarang kesilapan dikenalpasti pada pelan rekabentuk setelah pelan siap

sepenuhnya maka ini akan menyebabkan struktur yang telah dibina terpaksa

diruntuhkan dan dibina semula yang kemudiannya menyebabkan pembaziran bahan.









Selain itu, menurut Hoedemaker et.al (1999), apabila masa merekabentuk dan

pembinaan telah dipadatkan, banyak aktiviti akan berjalan serentak dan ini

menyebabkan projek bertambah kompleks apabila aktiviti-aktiviti tersebut

dibahagikan kepada pakej-pakej berasingan yang akan dikendalikan oleh kontraktor

yang berasingan. Apabila aktiviti-aktiviti yang berjalan serentak melebihi had

tertentu kemungkinan masalah pengulangan kerja berlaku menjadi lebih besar

(Hoedemaker et.al, 1999). Ini ditambah pula oleh Love et.al (2000a) yang

berpendapat bahawa penglibatan banyak pihak disebabkan terlalu banyak aktiviti

yang berlangsung serentak akan mewujudkan rangkaian komunikasi dan koordinasi

yang kompleks dan ini seterusnya menyebabkan berlakunya lebih banyak kesilapan.

Kesilapan yang berlaku ini akan mengakibatkan pembaziran bahan di tapak bina.

105







2.4.10 Kecurian Bahan Di Tapak Bina









Gavilan dan Bernold (1994), Craven et.al (1994), Bossink dan Brouwers



(1996) dan Graham (1998) menyatakan bahawa kecurian juga merupakan satu



daripada punca pembaziran bahan binaan di tapak bina. Wyatt (1985), Chudley



(1993) dan Nguyen et.al (1999) turut menambah bahawa kepincangan kawalan



keselamatan tapak bina boleh menyebabkan kecurian bahan berlaku dengan mudah.



Sistem keselamatan yang terlalu longgar akan membawa kepada kecurian bahan



binaan dalam kuantiti yang banyak seperti simen, kayu dan besi tetulang yang



memang mahal harganya. Manakala Tan (1994) berpendapat bahawa bilangan



laluan keluar masuk yang banyak akan menyukarkan pengawasan keluar masuk



kenderaan dan ini memudahkan masalah kecurian bahan. Tindakan pengawal



keselamatan membiarkan kenderaan yang keluar dari tapak bina tanpa memeriksanya



boleh menyebabkan bahan yang dicuri mudah dibawa keluar.









Di samping itu, kegagalan kontraktor menyediakan sistem keselamatan yang

kukuh bagi stor penyimpanan akan menyebabkan bahan mudah dicuri (Illingworth,

1994; Mohammed, 1996). Lazimnya bahan yang dicuri ketika waktu bekerja di

tapak bina disembunyikan di suatu tempat dan kemudian dibawa keluar pada waktu

yang tidak dilihat orang. Bahan yang sering menjadi tumpuan ialah bahan yang

senang diangkut serta siap berbungkus seperti simen, jubin dan sebagainya. Menurut

Earnshaw (1984), kebanyakan kakitangan keselamatan di tapak bina mengakui

bahawa 10% daripada kerugian bahan adalah disebabkan kecurian yang berlaku pada

waktu malam. Ketiadaan sistem lampu yang menyinari kawasan tapak bina ataupun

anjing pengawal juga boleh menjadi punca berlakunya banyak kecurian pada waktu

malam. Selain itu, ketiadaan pagar yang kukuh di sekeliling tapak bina boleh

106



menyebabkan pencerobohan orang dari luar tapak bina terutamanya pada waktu

malam untuk mencuri barangan di tapak bina.









2.4.11 Lebihan Dari Bahan Binaan Yang Dipotong









Menurut (Chandles (1978), Wyatt (1985), Illingworth (1994), Gavilan dan

Bernold (1994) dan Craven et.al (1994), lebihan yang terhasil dari pemotongan ke

atas bahan binaan boleh menjadi satu daripada punca pembaziran bahan. Poon dan

Jaillon (2002) pula menyatakan bahawa masalah lebihan dari pemotongan bahan

menyumbang kepada penjanaan sisa bahan dalam kuantiti yang banyak. Masalah ini

terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor yang diabaikan oleh pihak yang terlibat

dalam kerja pembinaan. Menurut Formoso et.al (2002), pemotongan bahan seperti

tetulang keluli yang tidak efisien berlaku disebabkan lukisan perincian rekabentuk

struktur yang teruk. Selain itu, sikap pekerja yang sambil lewa memotong bahagian

bahan binaan yang dikehendaki bagi memenuhi ukuran yang perlu dipenuhi

mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan padahal saiz tersebut boleh didapati di

antara kayu berdekatan turut menyumbang kepada pembaziran bahan (Illingworth,

1994).









Ini ditambah pula oleh Graham dan Smither (1996) yang menyatakan bahawa

kecuaian di peringkat rekabentuk boleh mengakibatkan lebihan bahan terjana dari

pemotongan bahan bina. Manakala Chandles (1978), Wyatt (1985) dan Perth (2001)

menyatakan bahawa pembaziran bahan boleh juga disebabkan oleh pelan rekabentuk

yang memaparkan spesifikasi dan dimensi bahan yang tidak dikeluarkan oleh

pembekal. Masalah ini timbul disebabkan ketiadaan pengetahuan tentang saiz piawai

bagi sesebuah bahan binaan yang dikeluarkan di pasaran yang membawa kepada

masalah pembaziran bahan (Ekanayake dan Ofori, 2000). Dengan ini, apabila bahan

yang sampai ke tapak bina tidak menepati spesifikasi yang digariskan di dalam pelan

rekabentuk maka bahan tersebut terpaksa dipotong atau diubahsuai bagi memenuhi

107



spesifikasi yang dikehendaki. Maka lebihan dari bahan yang dipotong akan dibuang

begitu sahaja dan ini menyumbang kepada pembaziran bahan. Masalah ini agak

sukar dielakkan bagi bahan binaan dari kilang yang memiliki saiz yang seragam

seperti besi tetulang, kayu, kepingan seramik dan bata. Kajian Gavilan dan Bernford

(1994) di Amerika Syarikat yang telah menganalisa tiga proses pembinaan iaitu

„masonry foundation, timber frames and sheetrock drywalls‟ di empat tapak

pembinan mendapati punca utama pembaziran bahan adalah akibat daripada lebihan

pemotongan yang dibuat terhadap kayu, bata dan „sheetrock panels‟.









2.4.12 Kemalangan Di Tapak Bina Yang Menyebabkan Kerosakan Bahan









Menurut Gavilan dan Bernold (1994), Craven et.al (1994), Graham dan

Smithers (1996) dan Graham (1998), kemalangan di tapak bina turut menjadi punca

berlakunya pembaziran bahan di tapak bina. Ini kerana kemalangan yang terjadi ini

boleh menyebabkan kerosakan pada bahan binaan (Laney, 1982). Kemalangan yang

berlaku ini lazimnya disebabkan oleh tindakan pekerja yang mengabaikan prosidur

kerja yang telah diberikan ataupun mereka tidak memiliki pengetahuan tentang

kaedah kerja yang selamat. Sawacha et.al (1999) menyatakan bahawa penyeliaan

yang kurang terhadap kaedah yang digunakan oleh pekerja dalam melaksanakan

tugas mereka di tapak bina turut menjadi penyebab kepada berlakunya kemalangan.

Pengendalian jentera pengangkut bahan binaan di dalam stor oleh pekerja yang tidak

mahir boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di dalam stor sehingga

mengakibatkan kerosakan pada bahan. Prosidur penyusunan bahan yang tidak

sistematik boleh menyebabkan bahan-bahan yang disusun jatuh sehingga

mengakibatkan kemalangan (Armstrong, 1980; Davies dan Tomasin, 1990). Ini

seterusnya menyebabkan kerosakan pada bahan yang terbabit menyebabkan ia

terpaksa dibuang dan bahan baru terpaksa dibeli.

108



Menurut Laney (1982), kemalangan yang berlaku ini adalah disebabkan oleh

kecuaian pekerja, kekurangan latihan pekerja, ketiadaan disiplin yang ketat terhadap

pekerja yang beroperasi di tapak bina dan masalah komunikasi di tapak bina.

Kemalangan yang berlaku ini turut disebabkan oleh keadaan tidak selamat yang

wujud disebabkan keadaan tempat kerja, jentera, bahan dan peralatan pertukangan

yang tidak menepati piawaian keselamatan. Kegagalan pihak pengurusan

menyediakan tempat kerja yang selamat serta tidak menyediakan peralatan

keselamatan yang bersesuaian kepada pekerja boleh menyebabkan berlakunya

kemalangan. Menurut Abdelhamid et.al (2000) tindakan pekerja yang mengamalkan

cara kerja yang tidak selamat disebabkan oleh ketiadaan pengalaman serta

pengetahuan tentang cara kerja yang betul boleh menyebabkan berlakunya

kemalangan. Secara amnya, kecuaian dan kesilapan pekerja dalam melakukan kerja

pembinaan yang melibatkan penggunaan bahan binaan bukan sahaja boleh

meyebabkan kecederaan pada diri pekerja tetapi menyebabkan kerosakan bahan

binaan.









2.4.13 Perubahan Dalam Rekabentuk Ketika Pembinaan









Graham dan Smithers (1996) mengenalpasti masalah perubahan dalam

rekabentuk ketika pembinaan sebagai satu daripada punca berlakunya pembaziran

bahan di tapak bina. Manakala Ekanayake dan Ofori (2000) menyatakan bahawa

satu daripada faktor paling signifikan kepada masalah pembaziran bahan adalah

perubahan pada pelan rekabentuk yang dilakukan ketika projek sedang berjalan.

Berdasarkan kajian yang dibuat pada tahun 2001 oleh Jabatan Kejuruteraan Awam

dan Struktur di Hong Kong Polytechnic University, di antara punca berlakunya

masalah ini adalah disebabkan oleh permintaan klien yang meminta rekabentuk yang

telah siap diubah semula ketika pembinaan sedang berjalan, kurangnya maklumat

perincian rekabentuk dan rekabentuk yang kompleks. Poon & Jaillon (2001)

berpendapat bahawa tindakan klien yang meminta rekabentuk yang telah siap diubah

109



semula merupakan faktor utama berlakunya perubahan rekabentuk di akhir waktu.

Perubahan pada proses rekabentuk ketika proses pembinaan sedang berjalan

sememangnya akan menghasilkan kuantiti sisa pembaziran yang banyak (Poon &

Jaillon, 2001). Ini kerana perubahan pada rekabentuk akan menyebabkan sesetengah

daripada struktur yang telah dibina separuh siap terpaksa diruntuhkan semula dan

dibina semula. Ini bukan sahaja meningkatkan kos pembinaan bagi sesebuah projek

tetapi turut menyebabkan pembaziran bahan berlaku dengan banyaknya.

110









BAB III









KAEDAH MENGATASI MASALAH PEMBAZIRAN BAHAN









3.0 Pengenalan







Sememangnya telah diketahui, pembaziran bahan akan membawa kepada

peningkatan kos projek yang seterusnya mengurangkan keuntungan kontraktor. Ini

kerana menurut BRE (1981), pembelian bahan baru bagi menggantikan bahan binaan

yang terbazir, pembinaan semula dan urusan berhubung sisa pembaziran akan

menyebabkan kerugian yang besar kepada kontraktor. Pengurangan kadar

pembaziran bahan di tapak bina akan dapat meningkatkan keefisienan projek dan

keuntungan kontraktor (GPDA, 1998). Bossink dan Brouwers (1996), Poon dan

Jaillon (2002) dan Macozoma (2002) turut berpendapat bahawa pengurangan

pembaziran bahan juga dapat mengurangkan kos pembelian bahan dan kos pelupusan

lebihan sisa bahan binaan yang terjana di tapak bina.









Oleh yang demikian, banyak kajian telah dilakukan dan pelbagai langkah

telah dicadangkan bagi menangani masalah tersebut dalam usaha mengurangkan

pembaziran bahan. Menurut Gavilan dan Bernold (1994), Snook et.al (1995) dan

EPD (2002), kaedah terbaik dalam menguruskan bahan binaan yang terbazir adalah

dengan tidak menghasilkannya terlebih dahulu. Formoso et.al (1999) pula

111



berpendapat bahawa pembaziran bahan yang berlaku di tapak bina dapat

dikurangkan dengan mengamalkan prosidur pencegahan pembaziran bahan yang

mudah. Namun begitu, masalah ini hanya akan dapat ditangani dengan berkesan

apabila pihak-pihak yang terlibat dalam projek pembinaan memberikan kerjasama

sepenuhnya dengan bertindak memainkan peranan masing-masing dengan efektif.

Ini turut disokong oleh Formoso et.al (2002) yang menyatakan masalah pembaziran

bahan akan dapat diatasi dengan penglibatan pihak pengurusan tapak dan juga pihak-

pihak yang terlibat dalam proses sebelum pembinaan bermula seperti dalam proses

rekabentuk, pembekalan bahan dan perancangan tapak









3.1 Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Pembaziran Bahan









Macozoma (2002) berpandangan bahawa pembinaan adalah suatu bentuk

perniagaan dan oleh itu adalah menjadi suatu kelebihan kepada kontraktor sekiranya

mereka mengamalkan langkah-langkah menguruskan pembaziran bahan di tapak

bina yang dapat meningkatkan keuntungan mereka. Pengaplikasian langkah-langkah

pengurangan pembaziran bahan yang efektif akan dapat meminimakan kadar

pembaziran bahan yang berlaku di tapak bina (Chamberlin, 2002). Di antara langkah

yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pembaziran bahan di tapak bina adalah

seperti berikut:









3.1.1 Menjadikan Pengurangan Pembaziran Bahan Sebagai Satu Daripada

Objektif Dalam Projek Pembinaan









Menurut Ekanayake dan Ofori (2000) dan Poon dan Jaillon (2002), antara

112



langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan pembaziran bahan di tapak bina

adalah dengan menjadikan pengurangan pembaziran sebagai satu daripada objektif

projek. Dengan cara ini, isu tersebut akan mendapat perhatian semua pihak dan

dengan itu pihak pengurusan projek akan berusaha lebih bagi mencapai objektif

tersebut. Ini turut disokong oleh Mocozoma (2002) yang berpendapat bahawa di

antara strategi yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pembaziran adalah

dengan memastikan aktiviti di tapak pembinaan mengutamakan langkah

mengelakkan dan menguruskan pembaziran bahan yang terjadi. Kajian perlu

dijalankan bagi mencari teknik pembinaan, teknologi dan rekabentuk yang mampu

menghasilkan pembaziran bahan yang kurang (WRB, 1993). Ini kerana kajian yang

dijalankan akan membantu pihak pengurusan projek mengambil langkah-langkah

yang berkesan dalam memastikan pencapaian matlamat pengurangan pembaziran

bahan. Graham (1998) menambah bahawa langkah mengurangkan pembaziran

bahan perlu diimplementasi di semua peringkat pengurusan di dalam organisasi

projek pembinaan. Ini kerana dengan cara ini, setiap pihak akan terlibat dalam usaha

mengurangkan penjanaan pembaziran bahan di tapak bina.









Selain itu menurut Sansom (1959) dan BRANZ et.al (2001), usaha perlu

diambil bagi menyedarkan penyelia tapak, kakitangan tapak bina dan para pekerja

tentang kepentingan mengurangkan pembaziran bahan dan meyakinkan mereka

tentang peranan mereka dalam merealisasikan matlamat tersebut. Ini disokong oleh

Graham (1998) yang menyatakan bahawa sistem pengurangan pembaziran bahan

yang diwujudkan perlu menggariskan dengan jelas tentang peranan klien, jurutera

rekabentuk, pengurus projek, perunding, kontraktor dan pembekal dalam

mengurangkan pembaziran bahan. Dengan cara ini, setiap pihak dapat memahami

dengan jelas tentang tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan bagi

menjayakan objektif tersebut. Menurut O‟Brien (1998) perkara ini boleh dilakukan

oleh pihak pengurusan dimana mereka mestilah mengadakan mesyuarat dengan

kontraktor, sub-kontraktor dan pekerja-pekerja untuk memberitahu mereka tentang

kepentingan pengurangan pembaziran bahan dan kaedah menggunasemula sisa

bahan. Sememangnya, pembabitan setiap pihak yang bertindak memainkan peranan

sepenuhnya akan dapat membantu usaha mengurangkan pembaziran.

113



Di samping itu, Graham (1998), John et.al (2002) dan Chen et.al (2002) pula

berpendapat bahawa langkah menyebarkan pengetahuan amat perlu kepada para

pekerja kerana kaedah ini dapat mengurangkan pembaziran bahan. Ini turut

disokong oleh Poon dan Jaillon (2002) yang menyatakan bahawa promosi dan latihan

tentang pengurusan sisa bahan binaan kepada pekerja amat penting dalam usaha

mengurangkan sisa bahan yang terhasil. Menurut O‟Brien (1998), strategi

pengurangan sisa pembaziran bahan di tapak perlu diletakkan di kawasan

penyimpanan bahan. Dengan cara ini, semua pihak dapat sentiasa diingatkan dan

diberikan pengetahuan tentang kaedah mengurangkan pembaziran. Chen et.al (2002)

pula mencadangkan bahawa penjanaan pembaziran bahan oleh pekerja dapat diatasi

sekiranya pekerja tersebut diberi motivasi agar lebih peka dan bertanggungjawab

dalam melakukan kerja mereka. Dengan adanya kesedaran di kalangan pekerja

tentang kepentingan mengurangkan pembaziran, mereka akan bersikap lebih teliti

apabila mengendalikan bahan binaan ketika melakukan kerja di tapak bina bagi

mengelakkan merosakkan.









3.1.2 Memilih Pembekal Bahan Yang Berkelayakan









Menurut Wyatt (1985), pembaziran bahan sebenarnya turut melibatkan

pengeluar bahan. Oleh yang demikian, adalah amat penting sesebuah syarikat

memberikan perhatian serius dan mengambilkira pelbagai faktor ketika proses

pemilihan pembekal bahan binaan bagi sesebuah projek pembinaan. Lam et.al

(1994) dan Stukhart (1995) menyatakan bahawa firma pembinaan sepatutnya

menyimpan rekod tentang senarai dan maklumat penting berkaitan pembekal-

pembekal utama bahan-bahan binaan yang dapat diterima dari segi mutu

perkhidmatannya. Langkah ini dapat menjamin bahan-bahan binaan yang dibeli

adalah bermutu seperti yang dikehendaki oleh syarikat pembinaan. Maklumat ini

juga dapat menyelamatkan kontraktor pembinaan dari tersalah memilih pembekal

yang tidak jujur atau rendah mutu perkhidmatannya di mana dari segi pembekalan

114



bahan yang tidak memenuhi spesifikasi yang dikehendaki serta tidak bermutu

rendah.









Lam et.al (1994) turut menambah bahawa pihak syarikat pembinaan perlu

sentiasa membuat catitan tentang hasil kerja pembekal setelah seseorang pembekal

menyempurnakan kerja atau kontrak yang telah ditandatangani dengan syarikat

tersebut. Kaedah ini dapat membantu pihak syarikat membuat penilaian terhadap

perkhidmatan pembekal dan seterusnya dapat membantu syarikat ini dalam membuat

keputusan bagi pemilihan pembekal yang mampu menyediakan bahan binaan yang

berkualiti serta memenuhi spesifikasi bahan yang digariskan untuk sesuatu projek

pada masa hadapan. Berdasarkan CECP (2001), kontraktor perlu memilih pembekal

yang menjamin bahawa bahan-bahan yang tiba di tapak bina adalah 100% dalam

keadaan boleh digunakan serta sanggup mengambil kembali lebihan bahan binaan

yang tertinggal di tapak bina selepas digunakan selebihnya. Pemilihan kontraktor

yang bersedia menyediakan perkhidmatan terbaik ini amat penting dalam usaha

mengurangkan pembaziran bahan yang berlaku.









3.1.3 Menyediakan Susun Atur Tapak Bina Yang Terancang









Menurut Chandles (1978), tapak bina yang terancang akan dapat

mengurangkan pembaziran dan menghapuskan pergerakan bahan binaan yang tidak

perlu. Pernyataan ini turut disokong oleh GPDA (1998) yang menyatakan keadaan

tempat kerja perlu dirancang dengan sempurna bagi mengelakkan pembaziran yang

terjadi akibat pengendalian, pemasangan dan tumpahan yang teruk. Ini adalah

kerana keadaan tapak yang tidak terancang akan menyebabkan pergerakan yang

banyak dari satu tempat ke tempat yang lain dan ini mengakibatkan bahan binaan

yang dibawa terdedah kepada bahaya kerosakan atau tercicir di pertengahan jalan.

Ini seterusnya membawa kepada peningkatan pembaziran bahan akibat kerosakan

yang berlaku kepada bahan ketika proses pengangkutan dan pengendalian.

115



Mohammed (1996) menyatakan bahawa lawatan ke tapak bina boleh memberikan

gambaran sebenar tentang jalan utama yang terdekat, keadaan muka bumi tapak bina

serta memberikan maklumat berkaitan dengan penyusunan tapak.









Stukhart (1995) menyatakan bahawa pengetahuan tentang bahan binaan

yang diperlukan dan jangka masa penghantaran amat perlu bagi menyediakan pelan

susunatur tapak yang sesuai. Mohammed (1996) turut menambah bahawa maklumat

tentang bahan-bahan binaan utama yang akan digunakan perlu diketahui bagi

membolehkan pengagihan keluasan yang secukupnya bagi tujuan penyimpanan

bahan binaan. Sebenarnya maklumat ini akan memudahkan perancangan susunatur

bahan di dalam stor bagi mengelakkan kesesakan bahan di dalam stor sehingga

mengakibatkan ada bahan lain terpaksa disimpan di luar stor akibat ruang yang

terhad. Tinjauan perlu dibuat untuk menentukan jenis dan kuantiti setiap bahan yang

hendak disimpan, aktiviti kerja pembinaan yang akan dijalankan dan kaedah yang

akan digunakan untuk mengangkut bahan binaan kerana setiap elemen tersebut akan

mempengaruhi pelan susunatur tapak yang bakal disediakan (Barritt, 1985).

Langkah ini perlu bagi menyediakan kawasan penyimpanan yang sesuai dengan sifat

bahan binaan tersebut agar kualitinya terpelihara dan tidak mengalami kerosakan.









Selain itu menurut Mohammed (1996) antara langkah yang boleh diambil

bagi mengatasi pembaziran bahan di tapak bina adalah dengan menyelesaikan

masalah laluan keluar dan masuk kenderaan pada peringkat awal lagi. Ini kerana

menurut Mahjoubi (2001) langkah yang diambil dalam merancang laluan yang

digunakan untuk membawa masuk dan keluar di dalam tapak bina mempunyai kesan

signifikan terhadap strategi pengurusan bahan yang efektif. Berdasarkan Ferguson

dan Mitchell (1986), penyediaan jalan-jalan masuk sementara ke tapak bina akan

dapat mengurangkan risiko kecurian yang boleh berlaku seandainya bahan binaan

seperti bata dilonggokkan di jalan-jalan utama disebabkan ketiadaan jalan masuk ke

tapak. Selain terdedah kepada risiko kecurian, bahan binaan yang ditinggalkan akan

terdedah kepada bahaya kerosakan atau terjejas kualitinya akibat hujan atau gegaran

disebabkan jentera yang melalui jalan tersebut. Kesemua masalah ini seterusnya

akan menyumbang kepada peningkatan pembaziran bahan di tapak bina. Menurut

116



Chandles (1978), jalan di dalam tapak bina mestilah dirancang bagi membolehkan

kenderaan mengangkut bahan sampai ke lokasi stor. Ini kerana ketiadaan jalan di

dalam tapak bina akan menyebabkan kenderaan pengangkut bahan menurunkannya

di luar tapak dan ini menyebabkan kontraktor terpaksa menjalankan pengendalian

dua kali ke atas bahan.









Di samping itu, Mohammed (1996) turut berpendapat bahawa jalan

sementara perlu disediakan dengan kelebaran yang mencukupi bagi membolehkan

kenderaan yang panjang melaluinya dan mempunyai keupayaan menggalas beban

kenderaan yang berat. Ini akan dapat mengelakkan treler atau lori penghantar bahan

binaan berat dari tersangkut di pertengahan jalan dan tidak dapat melalui jalan

tersebut kerana keadaan jalan yang bertanah lembut. Ini seterusnya menyebabkan

bahan terpaksa diturunkan di pertengahan jalan dan dipindahkan sedikit demi sedikit

dengan menggunakan kenderaan lain. Ini ditambah pula oleh Chandles (1978) yang

menyatakan bahawa keadaan jalan yang teruk perlu diperbaiki agar menjadi rata bagi

mengelakkan bahan binaan rosak akibat berlaga sesama sendiri ketika melalui jalan

yang kasar dan berlubang. Menurut Johnston (1981) pula, penyediaan jalan keluar

yang berasingan akan dapat mengelakkan kenderaan penghantar bahan daripada

terpaksa „reverse‟ atau bergerak di antara bahan-bahan binaan yang telah diturunkan

di tempat penyimpanan bahan. Ini bertujuan untuk melindungi bahan binaan tersebut

dari pecah atau mengalami kerosakan akibat dilanggar oleh lori tersebut.









Satu pelan tapak yang menunjukkan jalan sementara, tempat simpanan bahan

dan loji, penempatan sementara dan lain-lain yang diperlukan semasa pembinaan

perlu ditampal pada dinding pejabat tapak (Mohammed, 1996). Ini bertujuan bagi

memudahkan pemandu lori penghantar bahan merujuk peta tersebut ketika

menghantar barang dan yang seterusnya dapat mengelakkan penurunan bahan di

tempat yang salah. „Brochures‟ boleh disertakan kepada pemandu kenderaan

penghantar bahan di pintu masuk tapak bina bagi mengelakkan mereka tersesat di

dalam kawasan tapak bina serta mengelakkan bahan dari diturunkan di tempat yang

salah. Selain itu, menurut O‟Brien (1998) dan BRANZ et.al (2001), kawasan yang

diperuntukkan untuk kerja pemotongan bahan, kitar semula bahan dan aktiviti

117



pengurusan sisa bahan perlu diletakkan papan tanda dengan jelas. Susunatur tapak

yang terancang bukan sahaja dapat membantu mengurangkan pembaziran bahan

malahan meningkatkan keefisienan perjalanan projek di tapak.









3.1.4 Proses Penjadualan Dan Pembelian Bahan Yang Terancang









Berdasarkan Fishbein (1998) dan Poon dan Jaillon (2002), penjadualan

penghantaran bahan yang efisien adalah merupakan antara strategi yang boleh

diambil bagi mengatasi masalah pembaziran bahan dalam projek pembinaan. Ini

kerana menurut Johnston (1981), jadual bahan amat berguna untuk tujuan

pengurusan tapak di mana ia bukan sahaja menunjukkan kuantiti bahan yang

digunakan untuk setiap aktiviti pembinaan malahan turut memberi petunjuk bagi

pengagihan bahan di setiap kawasan penyimpanan bahan bila bahan binaan tiba di

tapak. Selain itu, Chandles (1978) turut menambah bahawa jadual bahan yang ada

boleh digunakan untuk tujuan pengagihan dan peruntukan kawasan penstoran bahan.

Segala maklumat yang terdapat dari jadual bahan boleh membantu pihak kontraktor

membuat keputusan dengan lebih tepat lagi bagi urusan pembelian, pengagihan dan

penyimpanan bahan binaan yang terancang sehingga mampu mengelakkan

pembaziran bahan yang terjadi.









Menurut Stukhart (1995), waktu penghantaran dan waktu pemasangan bahan

binaan yang tertera di dalam jadual bahan mestilah dalam keadaan teratur bagi

memudahkan penggunaan ruang penyimpanan bahan digunakan secara efisien.

Wren dan Bell (2000) pula menambah bahawa perancangan bagi penghantaran bahan

ke tapak perlu dibuat bagi mengelakkan kerosakan bahan dan pembaziran bahan

yang sebenarnya boleh dielakkan. Ini bagi mengelakkan kekeliruan tentang waktu

penghantaran bahan di kalangan kakitangan tapak yang seterusnya boleh

menimbulkan masalah penyimpanan bahan di stor nanti. Chandles (1978)

menyatakan bahawa penjadualan bagi proses penerimaan bahan boleh

118



dipersembahkan dalam bentuk jadual yang siap dicetak dari komputer yang

menunjukkan jenis bahan, kuantitinya, waktu ia diperlukan dan kuantiti bagi setiap

penghantaran bahan secara berfasa. Tambahan pula, sebarang perubahan berkaitan

masa penerimaan boleh dimasukkan dalam komputer bagi menghasilkan penjadualan

baru bagi penerimaan bahan (Chandles, 1978). Dengan cara ini, maklumat berkaitan

jadual bahan yang terdapat di dalam komputer akan sentiasa dapat dikemaskini dan

dijadikan rujukan pada bila-bila masa saja.









Di samping itu, GPDA (1998) turut menambah bahawa adalah amat penting

untuk merancang kapasiti penghantaran bahan yang optimum berdasarkan saiz

projek, ruang stor yang ada dan kadar di mana bahan-bahan tersebut akan digunakan.

Perancangan yang tidak mengambil faktor-faktor tersebut akan menimbulkan

pelbagai masalah lebih-lebih lagi apabila berlakunya penghantaran bahan binaan

yang terlalu awal yang boleh menyebabkan wujudnya masalah berkaitan bahan itu

sendiri. Selain itu, menurut Chandles (1978), bahan binaan yang terlalu lama

disimpan akan terdedah kepada risiko kecurian. Penjadualan bahan yang tidak

lengkap akan menimbulkan pelbagai masalah apabila kakitangan tapak tidak

mempunyai maklumat tentang waktu dan kuantiti penghantaran bahan yang

sebenarnya. Selain itu, menurut Lam et.al (1994), bahan binaan yang dihantar ke

tapak bina perlu diperiksa oleh penyelia tapak atau penjaga stor untuk menentukan

samada bahan yang dihantar memenuhi tempahan pembelian dan spesifikasi.

Berdasarkan CECP (2001), penjadualan bahan yang tepat akan menghasilkan

pembaziran bahan yang kurang.









Selain itu, menurut Macozoma (2002) langkah mengelakkan penjanaan

pembaziran bahan boleh dipraktikkan ketika proses pembelian bahan binaan. Ini

ditambah pula oleh Graham (1998) yang menyatakan pembelian bahan perlu dikawal

bagi mengelakkan dari masalah terlebih tempahan dari yang diperlukan. Ini turut

disokong oleh Fishbein (1998) yang menyatakan bahawa pembelian dan penempahan

bahan yang effisien akan mengurangkan pembaziran bahan yang terjadi. Manakala

menurut Stukhart (1995) pula kakitangan yang bertanggungjawab menguruskan

pembelian bahan perlu memiliki pengetahuan tentang proses pembelian secara

119



menyeluruh. Ini bertujuan bagi mengelakkan berlakunya kesilapan dalam pembelian

bahan yang berpunca dari tindakan kakitangan yang ditugaskan menguruskan

pembelian bahan.









Menurut O‟Brien (1998), Nguyen et.al (1999), DH (2000), DHEC (2001) dan

Chamberlin (2002) anggaran tepat perlu dibuat sebelum melakukan pembelian bahan

binaan bagi mengurangkan pembaziran bahan yang berlaku. CRB (1993) turut sama

berpendapat bahawa bahan-bahan binaan yang dibeli mestilah dalam dimensi dan

kuantiti yang cukup untuk memenuhi keperluan projek. Pembelian bahan dalam

dimensi yang perlu untuk projek akan dapat mengelakkan pembaziran yang terjadi

disebabkan lebihan bahan dari pemotongan bahan bagi memenuhi saiz yang

diperlukan untuk sesuatu aktiviti. Ini turut disokong oleh Chandles (1978),

BEPNSBDC (2000) dan BRANZ et.al (2001) yang berpendapat bahawa bahan

binaan yang dibeli mestilah yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran

bahan. Langkah ini dapat mengelakkan kesesakan bahan di dalam stor dan

mengelakkan pekerja mengeluarkan bahan dengan terlalu banyak dari stor tanpa

suatu kawalan bagi perlaksanaan sesebuah aktiviti yang seterusnya menjana kepada

pembaziran bahan di tapak bina.









Menurut Lam et.al (1994), dokumen-dokumen pembelian perlu mengandungi

maklumat yang memberikan penerangan secukupnya tentang bahan yang ditempah

dengan jelas seperti nama dan alamat pembekal, penerangan bahan yang akan

dihantar, kuantiti bahan, jaminan, pengesahan tentang kualiti bahan termasuk

pengesahan terhadap sumber, tarikh, masa dan tempat penghantaran dan pengesahan

terhadap maklumat. GPDA (1998) turut berpendapat pembeli bahan perlu

menyatakan dengan tepat tentang kualiti bahan binaan yang dikehendaki, waktu

penghantaran dan kaedah penghantaran bahan kepada pembekal. Ini turut disokong

oleh Nguyen et.al (1999) yang berpendapat bahawa maklumat terperinci tentang

bahan binaan yang diperlukan perlu disertakan dengan lengkap ketika proses

membuat tempahan bahan. Ini kerana maklumat yang tidak lengkap boleh

menyebabkan pembekal mengambil kesempatan menghantar bahan yang berkualiti

rendah, tidak menepati spesifikasi dan tanpa pembungkusan yang sempurna serta

120



dengan kaedah penghantaran yang kurang sesuai yang seterusnya menyebabkan

banyak bahan yang rosak pada ketika ia sampai ke tapak bina. Ini menyebabkan

kontraktor terpaksa menanggung kerugian akibat pembaziran bahan yang banyak

kerana kerosakan yang menyebabkan ia tidak boleh digunakan lagi.









Menurut Johnston (1981), suatu mesyuarat perlu diatur dengan pembekal dan

pengeluar bahan bagi membincangkan tentang butir-butir khusus pengeluaran,

kaedah penghantaran bahan dan mendapatkan kepastian tentang prosedur pemesanan

bahan binaan. Manakala Wyatt (1985) pula berpendapat bahawa pembekal perlu

diberikan penerangan tentang spesifikasi dan kuantiti bahan yang diperlukan, jadual

penghantaran bahan, kaedah pengendalian bahan yang diinginkan, alamat tapak dan

nama pihak yang perlu dihubungi di pejabat tapak. Hal ini turut diketengahkan oleh

Chamberlin (2001) yang menyatakan bahawa pembekal perlu diminta agar

menghantar bahan binaan yang ditempah itu dihantar dalam bungkusan yang benar-

benar boleh melindungi bahan tersebut dari mengalami kerosakan sebelum ia

digunakan. Langkah ini perlu bagi memastikan pembekal menghantar bahan yang

memenuhi kehendak kontraktor dari segi spesifikasi dan kualiti. Manakala Stukhart

(1995) berpendapat bahawa pembekal bahan perlu dimaklumkan tentang waktu

bekerja di tapak dan waktu di mana stor boleh menerima bahan binaan yang dihantar.

Ini bagi mengelakkan penghantaran bahan ke tapak tanpa penyeliaan sesiapa kerana

ini akan mendedahkan bahan tersebut kepada risiko kecurian. Pembelian bahan yang

mengikut prosedur yang sentiasa dikaji dan diperbaiki akan dapat mengelakkan

pembaziran bahan akibat pembelian bahan yang salah atau terlalu banyak.









3.1.5 Pengendalian Bahan Yang Berkesan









Barritt (1988) dan GPDA (1998) menyatakan bahawa perhatian teliti terhadap

aktiviti pengendalian bahan binaan akan dapat mengurangkan kadar pembaziran

bahan. Ini kerana pengendalian bahan yang dibuat secara sambil lewa tanpa

121



memberikan sebarang perhatian proses mengangkat dan meletakkannya akan

menyebabkan bahan binaan yang dikendalikan pecah atau bengkok akibat

pengendalian yang kasar. Ini seterusnya menyebabkan bahan tersebut tidak dapat

digunakan lagi dan terpaksa dibuang begitu sahaja yang seterusnya menyumbang

kepada peningkatan kadar pembaziran bahan yang berlaku. Menurut WRB (1993),

Chamberlin (2001) dan Poon dan Jaillon (2002) pengendalian bahan yang sempurna

akan berupaya mengelakkan kerosakan ke atas bahan-bahan binaan.









Selain itu, Wren dan Bell (2000) turut menyatakan bahawa di antara aspek

penting dalam proses mengurangkan pembaziran bahan yang terjana adalah dengan

memberikan perhatian kepada pengendalian bahan. Pengetahuan ini akan membuat

pekerja yang terlibat dalam proses pengendalian memahami dan mengetahui serta

sedar akan kesan tindakan mereka terhadap kualiti bahan binaan dan faktor ini akan

mendorong mereka berusaha mengaplikasi kaedah pengendalian yang terbaik.

Pemahaman tentang prinsip pengendalian ini penting bagi pekerja supaya mereka

dapat menggunapakai kaedah pengendalian yang sesuai mengikut jenis bahan binaan

yang diuruskan. Dalam hal ini Lam et.al (1994) turut berpendapat bahawa kesemua

bahan binaan yang dihantar perlu dikendalikan dengan kaedah yang sesuai bagi

mengurangkan kerosakan pada bahan.









Sebenarnya sebelum sesuatu bahan binaan yang sampai dikendalikan,

kontraktor perlu membuat perancangan bagi mengendalikan bahan tersebut dengan

cara terbaik tanpa menjejaskan kualiti bahan. Pernyataan ini disokong oleh Johnston

(1981) yang menyatakan bahawa sebelum menurunkan bahan binaan dari sesebuah

kenderaan penghantar, jenis bahan binaan yang dibawa perlu dipertimbangkan bagi

menentukan kaedah terbaik untuk mengendalikannya bagi mengelakkan kerosakan

bahan akibat pengendalian yang cuai. Menurut Sansom (1959) pula, proses

menurunkan bahan binaan perlu dirancang terlebih dahulu bagi mengelakkan

penanganan dua kali dan seterusnya mengurangkan bahan pecah atau hilang. Ini

kerana penanganan dua kali boleh menyebabkan jumlah kerosakan bahan menjadi

lebih banyak akibat pengendalian yang berulang kali dan ini meningkatkan kadar

pembaziran bahan. Graham (1998) turut menyatakan bahawa tindakan menyediakan

122



sistem pengangkutan yang sesuai bagi bahan binaan akan dapat mengurangkan

pembaziran bahan yang berlaku.









Pergerakan bahan ke stor atau ke tempat kerja perlu dirancang bagi tujuan

meminimakan jarak di antaranya dan bilangan kali bahan tersebut dikendalikan

(GPDA, 1998). Ini adalah kerana semakin jauh jarak antara tempat kerja dengan stor

maka besar lagi kemungkinan bahan binaan mengalami kerosakan atau hilang akibat

terjatuh ketika proses pengangkutan melalui jalan di dalam tapak bina. Menurut

Harpal Singh (1981), bahan binaan mestilah dilonggok berhampiran tempat kerja

bagi mengurangkan pengendalian. Selain itu, pengendalian bahan yang minima

boleh diwujudkan dengan membina stor berhampiran dengan tempat pembinaan

(Chandles, 1978). Secara tidak langsung, masalah pengendalian dapat dielakkan dan

bahan binaan terselamat dari menghadapi kemungkinan mengalami kerosakan atau

tercicir ketika proses pengangkutan bahan tersebut. Namun begitu, pengendalian

bahan yang berkesan akan dapat diwujudkan dengan adanya perancangan berkaitan

pengendaliannya dari awal lagi dan bukannya apabila bahan tiba di tapak bina.









3.1.6 Menyediakan Sistem Penyimpanan Bahan Yang Selamat Dan Sesuai









Menurut Fishbein (1998), BRANZ et.al (2001) dan Poon dan Jaillon (2002)

penyimpanan bahan binaan yang efisien merupakan adalah antara strategi bagi

mengelakkan berlakunya pembaziran bahan. Ini turut disokong oleh Johnston (1981)

dan Barritt (1988) yang menyatakan bahawa perhatian yang teliti ke atas

penyimpanan bahan binaan akan dapat mengurangkan masalah pembaziran bahan.

Ini kerana penyimpanan bahan yang teruk akan menyebabkan bahan bukan sahaja

terjejas kualitinya tetapi boleh mengalami kerosakan serius akibat pertindihan bahan

di dalam stor akibat susunan bahan yang tidak mengambilkira sifat dan kelemahan

bahan. Mohammed (1996) turut berpendapat bahawa bahan perlu disimpan dengan

sempurna supaya tidak hilang atau rosak. Ini kerana kerosakan yang berlaku akan

123



menjejaskan kualiti bahan sehingga terpaksa dibuang dan ini menyebabkan bahan

terbazir begitu sahaja. Menurut WRB (1993), O‟Brien (1998), BEPNSDPC (2000)

dan Chamberlin (2002), penyimpanan bahan binaan yang sempurna akan dapat

mengurangkan kuantiti pembaziran bahan yang terjana.









Wren dan Bell (2000) menyatakan bahawa penyediaan kawasan

penyimpanan bahan yang sesuai adalah antara aspek penting dalam proses

mengurangkan pembaziran bahan. Menurut Ekanayake dan Ofori (2000) pula,

kemudahan penyimpanan bahan binaan yang sempurna akan dapat mengurangkan

kadar pembaziran bahan yang terjana. Bagi menyediakan kemudahan yang

sempurna maka kontraktor perlulah terlebih dahulu membuat perancangan bagi

penyediaan kawasan penyimpanan bahan. Lock (1996) turut berpendapat bahawa

keperluan ruang penyimpanan bahan perlu dimasukkan dalam perancangan

peruntukan sumber-sumber projek. Pengurus tapak perlu merancang bagi

memperuntukkan kawasan penyimpanan bahan yang sesuai bagi menjamin

keselamatan dan perlindungan bahan binaan (GPDA, 1998). Ini kerana sesetengah

bahan binaan tidak dapat bertahan lebih lama pada suhu biasa atau mudah pecah jika

tidak disimpan dengan baik. Oleh yang demikian, kemudahan penyimpanan bahan

ini amat perlu bagi memastikan bahan yang disimpan terpelihara dari segi kualitinya

dan kuantitinya.









Kegagalan dalam membuat perancangan awal bagi proses penempatan

kawasan penyimpanan bahan akan menyebabkan berlakunya pembaziran bahan yang

sebenarnya boleh dielakkan (Wyatt, 1985). Ini kerana keputusan yang dibuat pada

saat akhir apabila bahan telah simpan ke tapak bina akan memaksa kontraktor

membuat keputusan menentukan kawasan penyimpanan dengan tergesa-gesa tanpa

mengambilkira kesesuaian penempatan kawasan stor dan kesesuaiannya kepada

bahan yang disimpan. Kegagalan memilih kawasan penyimpanan tanpa suatu

perancangan akan mengakibatkan kawasan penyimpanan bahan terletak jauh dari

tapak pembinaan atau kedudukannya yang terpencil. Akhirnya bahan binaan yang

disimpan mungkin mengalami kerosakan atau tercicir akibat terjatuh ketika proses

pengangkutan dari stor ke tempat kerja memandangkan jarak yang jauh antara kedua-

124



dua tempat dan pengendalian bahan ataupun menghadapi risiko dicuri kerana

kedudukan stor yang tersorok. Bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku,

pemilihan kawasan penyimpanan bahan binaan perlu dibuat dengan

mempertimbangkan keadaan tapak bina, kontur tapak dan laluan masuk (Johnston,

1981).









Selain itu, menurut Chandles (1978) dan Mohammed (1996) bahan binaan

perlu disimpan sedekat mungkin dengan kawasan di mana ia akan digunapakai. Ini

bertujuan mengurangkan pembaziran bahan yang terjadi disebabkan pengendalian

dan pengangkutan yang terlalu banyak (Chandles, 1978). Ini kerana semakin jauh

jarak yang perlu dilalui ke tempat kerja maka semakin tinggi kemungkinan untuk

berlakunya pembaziran bahan disebabkan tercicir atau rosak akibat terjatuh ketika

dalam perjalanan. Chandles (1978) turut berpendapat bahawa stor mestilah didirikan

di kawasan di mana bahan binaan mudah dibawa masuk dengan selamat dan

seeloknya ia mestilah berdekatan dengan jalan masuk. Kedudukan stor bahan yang

berdekatan dengan jalan dapat memudahkan kenderaan penghantar bahan binaan

menemui stor dengan mudah dan dapat mengelakkan kenderaan melalui jalan di

tapak bina yang tidak begitu rata yang boleh mengakibatkan kerosakan pada bahan

yang diangkut.









Dalam usaha memastikan keselamatan bahan pihak pengurusan mestilah

melaksanakan langkah keselamatan di stor bahan. Setiap stor bahan yang

ditempatkan di tapak bina mestilah dirancang terlebih dahulu dengan mengambilkira

segala perkara yang boleh menjamin keselamatan stor nanti. Ini kerana menurut

Stukhart 1995), pelan gudang penyimpanan bahan yang tidak mengambilkira

sebarang aspek keselamatan adalah dianggap tidak lengkap. Manakala menurut

Harpal Singh (1981) pula, bahan binaan mestilah disimpan di kawasan selamat yang

dikawal bagi mengelakkan kecurian dan kerosakan bahan oleh penceroboh. Banton

(1985) berpendapat bahawa bahan binaan mestilah disimpan di tengah-tengah

kawasan tapak bina dengan menyediakan perlindungan secukupnya kepada bahan

yang simpan. Burch (1985) pula menyatakan bahawa setiap usaha perlu diambil bagi

menempatkan bahan binaan yang mahal serta mudah pecah di dalam kawasan

125



pembinaan yang telah dipagar. Ini turut disokong oleh Stukhart (1995) bahan binaan

yang berisiko tinggi untuk mengalami kecurian perlu dikenalpasti dan disimpan di

kawasan yang terkawal. Dengan cara ini, kehilangan bahan binaan yang mahal akan

dapat dielakkan dan ini seterusnya dapat mengelakkan pembaziran bahan. Ini

ditambah oleh Lock (1996) yang berpendapat bahawa tindakan mengunci stor di luar

waktu bekerja akan menjamin keselamatan bahan binaan yang disimpan. Menurut

Stukhart (1995) pula, hanya kakitangan yang diberi kebenaran sahaja boleh

memasuki stor dan kawasan di mana bahan binaan berisiko tinggi disimpan. Dengan

cara ini, pengeluaran bahan binaan dari stor dapat dikawal dan sebarang kehilangan

bahan dapat dikesan serta-merta.









Sebenarnya perancangan kawasan penempatan bahan sahaja tidak memadai

malahan kontraktor seharusnya perlu juga merancang bagi memperuntukkan ruang

penyimpanan yang cukup bagi bahan binaan. Menurut Mohammed (1996) bahawa

tempat simpanan mestilah bersesuaian dengan bahan yang hendak disimpan dan

kemampuan menyediakan penyimpanan yang sempurna akan mengurangkan kos

pembaziran bahan. Banton (1985) menyatakan bahawa ruang stor yang besar adalah

penting bagi memudahkan penyimpanan bahan binaan yang dibeli dan dihantar

dalam bentuk pukal serta membolehkan pergerakan maksimum yang fleksibel di

dalam kawasan stor. Ini turut disokong oleh Stukhart (1995) yang menyatakan

bahawa gudang penyimpanan bahan perlu dirancang dengan menyediakan ruang

secukupnya untuk pergerakan loji pengangkat bahan di dalam gudang itu dan juga

untuk penyimpanan bahan binaan. Penyediaan ruang yang secukupnya untuk loji

pengangkat bahan amat penting bagi mengelakkan loji terlanggar bahan-bahan

binaan yang disusun di tepi laluan loji. Kerosakan yang berlaku pada bahan

disebabkan pelanggaran akan menyebabkan bahan tersebut tidak digunakan dan ini

menyumbang kepada peningkatan dalam kadar pembaziran bahan.









Di samping itu, CECP (2001) berpendapat bahawa kontraktor perlu

menghasilkan prosidur bagi penyimpanan bahan-bahan binaan bagi meminimakan

kerosakan yang berlaku pada bahan binaan. Pihak pengurusan perlulah terlebih

dahulu mengkaji dan mengetahui tentang kaedah penyimpanan terbaik bagi setiap

126



bahan sebelum menggunapakainya dalam sistem penyimpanan bahan agar kualiti

bahan terpelihara. Ini kerana kesilapan dalam kaedah penyimpanan bahan akan

menyebabkan bahan mengalami kerosakan. Menurut Wyatt (1985) dan Lam et.al

(1994) pula pihak pengurusan tapak mestilah mangaplikasi kaedah penyimpanan

yang sesuai dengan ciri-ciri bahan-bahan yang disimpan. Ini turut disokong oleh

Lock (1996) yang menyatakan bahawa bahan-bahan binaan yang mudah rosak

disebabkan kesan mekanikal, haba, sejuk atau suasana lembap perlu dilindungi

dengan cara yang sesuai. Oleh yang demikian O‟Brien (1998) berpendapat bahawa

secara amnya bahan binaan mestilah disimpan di kawasan yang kering dan selamat.

Chandles (1978) pula menambah bahawa stor mestilah didirikan di atas aras tanah

yang kukuh dengan dinding yang kuat dan atap yang sempurna serta tidak boleh

dimasuki air. Manakala Mohammed (1996) pula menyatakan bahawa keadaan tapak

penyimpanan yang teguh amat perlu untuk menghalang bahan-bahan seperti bata,

batu baur, atap dan kayu dari terbenam ke dalam tanah dan lenyap.









Selain itu, menurut Johnston (1981) bahan-bahan binaan perlu disusun secara

terancang bagi memudahkan penyusunan bahan binaan yang akan tiba selepas itu.

Wyatt (1985) turut berpendapat bahawa penyimpanan bahan dalam bentuk yang

kemas, disusun dengan teratur akan meminimakan pembaziran bahan. Ini kerana

ketiadaan suatu corak penyusunan yang telah dirancang akan menyebabkan bahan

disusun secara berselerak sehingga stor menjadi sesak dan kucar-kacir. Keadaan ini

akan menyebabkan bahan bertindih sesama sendiri atau terjatuh menimpa bahan lain

ketika proses mengeluarkannya dari stor sehingga mengakibatkan kerosakan pada

bahan yang lebih lemah. Menurut GPDA (1998) dan O‟Brien (1998), bahan binaan

mestilah disusun mengikut saranan yang diberikan oleh pengeluar bahan. Ini adalah

kerana bagi memastikan kualiti bahan sentiasa terpelihara dan tidak mengalami

kerosakan.









Menurut Banton (1985), bahan yang mudah terbakar perlu disimpan secara

berasingan di kawasan yang dilindungi dari bahaya kebakaran dan jauh dari bahan

mudah terbakar. Langkah ini amat penting kerana tindakan meletakkan bahan

seperti ini bersama bahan-bahan lain di dalam stor biasa akan menyebabkan bahan-

127



bahan lain turut terbakar sekiranya berlaku kebakaran. Ketiadaan langkah

keselamatan yang diambil di kawasan tempat simpanan bahan mudah terbakar boleh

menyebabkan berlakunya kebakaran disebabkan sikap pekerja yang sambil lewa

yang mungkin membakar sampah berhampiran tersebut. Selain itu, Chandles (1978)

berpendapat bahawa bahan yang disimpan berhampiran jalan mestilah diletakkan

jauh sedikit dari tepi jalan bagi mengelakkan ia terjatuh atau tertumpah di atas jalan.

Ini kerana tumpahan bahan di atas jalan sudah tentu tidak dapat diambil kembali lagi

kerana ia telah dicemari atau dirosakkan oleh kenderaan yang lalu diatasnya. Bahan

yang tertumpah ini seterusnya terpaksa dibuang dan ini menyumbang kepada

pembaziran bahan.









Semua bahan binaan yang disimpan perlu ditandakan dan dilabel agar mudah

dikenalpasti dan disusun dengan mengambilkira waktu penggunaannya dan

kemudahan jalan masuk bagi penemuannya (Lam et.al, 1994). Menurut O‟Brien

(1998), bekas penyimpanan bahan binaan yang kecil seperti paku, skru dan

sebagainya perlu dilabel. Ini kerana ketiadaan bekas bahan yang berlabel akan

menyebabkan lebihan bahan diletakkan di mana-mana sahaja sehingga bahan

tersebut hilang atau tercicir yang kemudiannya menyumbang kepada pembaziran

bahan di tapak bina. Akhir sekali, menurut O‟Brien (1998), kawasan penyimpanan

bahan perlu dikemas sentiasa bagi mengurangkan pembaziran bahan. Ini adalah

kerana keadaan berselerak di tempat penyimpanan bahan akan menyebabkan

kakitangan stor gagal mengenalpasti tarikh luput sesetengah bahan-bahan binaan

yang tidak tahan lama dan akhirnya apabila bahan tersebut dibiarkan begitu sahaja ia

akan rosak dan seterusnya menyumbang kepada pembaziran bahan.









3.1.7 Penggunaan Bahan Yang Ada Secara Maksimum Dan Terkawal









Menurut Chen et.al (2002), sistem kawalan terhadap bahan pembinaan perlu

diwujudkan dengan tujuan menyediakan suatu kaedah efektif kepada pengurus

128



projek untuk menguruskan bahan binaan di tapak dan memberikan motivasi kepada

pekerja untuk mengurangkan pembaziran bahan ke tahap paling minimum. Ini turut

disokong oleh Johnston (1981) dan Poon dan Jaillon (2002) yang menyatakan

bahawa kawalan bahan yang effisien di tapak bina akan dapat mengurangkan kadar

pembaziran bahan yang terjana. Ini kerana kewujudan sistem kawalan yang baik

akan membolehkan pengeluaran dan penggunaan bahan binaan dapat dipantau agar

mengikut seperti yang telah dirancang dan ini dapat mendorong pekerja tapak

menggunakan bahan yang diperuntukkan dengan sebaik mungkin tanpa

menyebabkan kerosakan pada bahan.









Di samping itu, menurut Stukhart (1995), bagi meningkatkan keefisienan

urusan inventori, bahan binaan siap berbungkus yang sampai ke tapak bina serta

mempunyai bar kod di atasnya tidak perlu dibuka bagi memudahkan ia dikenalpasti.

Ini bagi mengelakkan pengeluaran bahan yang silap dari stor untuk sesuatu aktiviti

yang boleh mengakibatkan bahan tersebut rosak atau tercicir kerana pengendalian

berulang kali dari stor ke tapak dan kemudian dikembalikan ke stor bila didapati ia

bukan bahan yang dikehendaki. Manakala pengagihan bahan binaan mestilah diselia

dengan ketat kerana kebanyakan bahan binaan hilang atau terbazir akibat kecuaian

(Johnston, 1981). Menurut Kini (1999), tindakan menyusun atur kuantiti bahan

binaan yang bakal dikeluarkan bagi proses pembinaan akan dapat mengurangkan

pembaziran bahan. Ini kerana pengeluaran bahan binaan yang terlalu banyak akan

menyebabkan peningkatan pembaziran bahan apabila lebihan bahan yang tidak

digunakan dibuang begitu sahaja (Barritt, 1988). Selain itu, menurut Lam et.al

(1994), penjaga stor dan juruukur bahan perlu menjalankan mengemaskini rekod stok

secara berkala bagi memantau pembaziran, kerosakan dan „breakages‟ dan

menghantar laporan kepada pengurus projek bagi tindakan selanjutnya. Hal ini turut

diketengahkan oleh Lock (199) yang menyatakan bahawa rekod-rekod stok mestilah

dikemaskinikan setiap kali ada bahan binaan baru dibawa masuk ke dalam stor.

Lock (1996) turut menambah bahawa tindakan menghadkan kebenaran untuk

memasuki stor bahan kepada orang lain selain daripada penjaga stor dan

pembantunya akan dapat meminima kemungkinan pengeluaran bahan tidak teratur

dan tidak direkod.

129



Selain itu, Chandles (1978) berpendapat bahawa pengawalan yang optimum

terhadap pembaziran bahan di tapak bina boleh dilakukan dengan memastikan semua

bahan yang ada digunakan sepenuhnya. Ini kerana dengan adanya usaha ke arah

memastikan penggunaan semua bahan yang ada dengan semaksimum mungkin maka

lebih banyak bahan yang telah rosak atau lebihan dari pemotongan akan digunakan

untuk kegunaan lain. Ini akan mengelakkan pembaziran yang terjadi disebabkan

pembuangan bahan-bahan tersebut. Ini turut disokong oleh EPD (2002) dan CECP

(2001) yang menyatakan bahawa bahan binaan seharusnya digunakan sepenuhnya

bagi mengelakkan pembaziran. Manakala menurut Fishbein (1998), O‟Brien (1998)

dan Macozoma (2002), penggunaan semula bahan binaan secara maksimum

merupakan antara kaedah bagi mengelakkan pembaziran bahan di tapak bina.









Di antara langkah yang boleh dilaksanakan bagi memastikan penggunaan

bahan secara optimum adalah dengan mengarahkan pihak pekerja menggunakan

semula lebihan bahan binaan yang ada ketika projek pembinaan dan tidak

menggunakan bahan binaan dengan terlalu banyak (O‟Brien, 1998). Selain itu,

menurut EPD (2002) lebihan bahan binaan yang tertinggal setelah digunakan untuk

melakukan sesuatu aktiviti perlu dipulangkan kembali ke stor. Dengan cara ini

lebihan bahan tersebut akan terselamat dari dibuang sebagai sampah seandainya

ditinggalkan kawasan tapak bina dan dapat digunakan untuk kegunaan lain. Lock

(1996) menambah bahawa lebihan bahan binaan yang dipulangkan ke stor setelah

digunakan untuk sesuatu aktiviti kerja perlu direkodkan. Ini dilakukan bagi

mengetahui kuantiti bahan sebenar yang terdapat di dalam stor. Dengan cara ini

lebihan bahan tersebut akan terselamat dari dibuang sebagai sampah seandainya

ditinggalkan kawasan tapak bina dan dapat digunakan untuk kegunaan lain. Selain

itu, lebihan bahan yang tertinggal setelah digunakan perlu dibawa ke tempat kerja

yang baru untuk digunakan dalam aktiviti pembinaan seterusnya yang memerlukan

penggunaan bahan tersebut (Chandles, 1978; Johnston, 1981; O‟Brien, 1998; CECP,

2001; SI, 2002). Mocozoma (2002) dan Tam et.al (2002) pula berpendapat bahawa

penyediaan kemudahan penyimpanan bagi bahan binaan yang terbazir akan dapat

memastikan lebihan bahan berada dalam keadaan baik serta boleh digunakan.

Dengan cara ini, tidak akan ada bahan yang terbuang begitu sahaja sehingga

menyumbang kepada pembaziran bahan.

130



Selain itu, menurut DHEC (2001) dan Tam et.al (2002), langkah

menggunasemula dan mengkitarsemula bahan binaan yang terjana merupakan

strategi jangka panjang bagi mengurangkan sisa bahan yang terjana. Ini ditambah

pula oleh Chen et.al (2002) yang berpendapat bahawa kaedah yang digunakan untuk

menguruskan dan mengawal pembaziran bahan yang terhasil mempengaruhi kuantiti

pembaziran bahan yang terhasil. Ini kerana seandainya lebihan bahan yang tertinggal

selepas penyiapan sesuatu aktiviti tidak disimpan dengan baik akhirnya akan

mengalami kerosakan juga yang seterusnya menyumbang kepada pembaziran bahan.

Menurut Graham (1998), DHEC (2001) dan Tam et.al (2002), pengasingan bahan

binaan daripada bahan binaan yang terbazir penting bagi membolehkan bahan-bahan

binaan digunasemula atau dikitarsemula. Poon dan Jaillon (2002) pula berpendapat

bahawa kemudahan bagi mengasingkan bahan binaan yang terbazir perlu disediakan

di tapak bina bagi mengasingkan bahan binaan yang tercampur.









Di samping itu, O‟Brien (1998) menyarankan bahawa lebihan bahan

merbahaya mestilah dilabel dan disimpan dalam keadaan selamat serta dengan

kaedah penyimpanan yang sesuai. Dengan cara ini, lebihan bahan yang disimpan itu

tidak akan rosak atau mencemarkan bahan binaan lain. Bahan binaan yang telah

dibeli dan tidak memenuhi garis panduan bagi pengawalan kualiti boleh digunakan

bagi kerja-kerja pembinaan lain yang boleh menerimapakai bahan binaan yang

memiliki bahan tersebut. Bahan binaan yang telah pecah atau lebihan dari

pemotongan perlu digunakan untuk kegunaan lain dalam pembinaan (EPD, 2002;

CECP, 2001). Ini turut disokong oleh BEPNSBDC (2000) yang menyatakan bahawa

konkrit yang telah dibancuh melebihi dari yang diperlukan maka lebihannya perlu

dituang dalam acuan blok konkrit dan kemudian digunakan untuk kegunaan lain di

tapak bina. Menurut BRANZ et.al (2001), antara langkah mengatasi pembaziran

bahan adalah menggunakan bahan dalam pembinaan seperti acuan konkrit berulang

kali. Matlamat ini boleh dicapai dengan menggunakan acuan keluli yang tahan lama

berbanding acuan kayu yang hanya boleh digunakan beberapa kali sahaja.

131



3.1.8 Pemberian Ganjaran Kepada Pekerja Yang Mengurangkan Kadar

Pembaziran Bahan









Menurut O‟Brien (1998) dan Graham (1998), pihak pengurusan boleh

bertindak menyediakan insentif kepada kumpulan pekerja bagi menggalakkan usaha

mengurangkan pembaziran bahan di kalangan pekerja. Chen et.al (2002) pula

berpendapat bahawa tindakan memberi ganjaran kepada pekerja-pekerja yang

mengamalkan cara kerja yang betul dan memulangkan lebihan bahan yang tertinggal

untuk dikitar semula dalam mengurangkan kuantiti pembaziran bahan yang terhasil

akan dapat meningkatkan semangat dan keazaman pekerja untuk mengurangkan

pembaziran bahan yang terjadi. Sememangnya langkah memberikan ganjaran ini

adalah suatu bentuk motivasi kepada pekerja untuk terus mengekalkan prestasi kerja

yang berkualiti dan merupakan satu daripada cara untuk menggalakkan pekerja lain

untuk turut mengurangkan pembaziran bahan melalui kerja yang berkualiti. Ini turut

disokong oleh Warren (1989) menyatakan berdasarkan teori motivasi Maslow, selain

daripada keperluan keselamatan dan kesihatan para pekerja turut memerlukan

ganjaran berbentuk kewangan dan emosional untuk mengamalkan displin diri dalam

mengendalikan bahan-bahan binaan.









Oleh yang demikian, syarikat pembinaan mestilah mewujudkan sebuah polisi

untuk menentukan cara syarikat tersebut berkongsi keuntungan dengan pekerja yang

mengurangkan pembaziran bahan (Chen et.al, 2002). Dengan adanya garis panduan

bagi pemberian ganjaran ini, syarikat dapat memberikan ganjaran setimpal dengan

usaha pekerja dan ini akan meningkatkan keyakinan pekerja terhadap skim ini.

Menurut Chen et.al (2002), dalam skim pemberian ganjaran ini setiap kumpulan

pekerja yang ditugaskan melakukan sesuatu aktiviti pembinaan mempunyai ketua

kumpulan yang bertanggungjawab mengeluarkan kesemua bahan binaan yang

diperlukan oleh kumpulannya dari penjaga stor yang akan merekod kuantiti bahan

yang dikeluarkan dan baki bahan yang dipulangkan oleh setiap kumpulan setelah

menyiapkan kerja pembinaan yang telah dijadualkan. Setelah projek siap, pengurus

projek akan mengira jumlah bahan binaan yang telah dijimatkan oleh setiap

kumpulan dengan membandingkannya dengan anggaran jumlah bahan yang dijangka

132



digunakan untuk sesuatu kerja (Chen et.al, 2002). Kaedah ini bukan sahaja dapat

memberikan keuntungan kepada syaikat tetapi juga menggalakkan pekerja untuk

terus meningkatkan usaha mereka dalam mengelakkan pembaziran bahan ketika

mereka melakukan kerja memandangkan cara ini merupakan satu daripada jalan

untuk menambah pendapatan mereka.









3.1.9 Mengamalkan Kaedah Penghantaran “Just In Time”









Menurut Low dan Mok (1999, Wren dan Bell (2000), BRANZ et.al (2001)

dan Poon dan Jaillon (2002) perlaksanaan kaedah “Just In Time” yang diamalkan

dalam penghantaran bahan ke tapak akan dapat mengurangkan pembaziran bahan

yang berlaku kerana ia dapat mengelakkan berlakunya kerosakan bahan akibat

penyimpanan bahan yang tidak sesuai. Ini ditambah pula oleh Lim dan Low (1992)

yang berpendapat bahawa, penggunaan konsep ini dalam sistem pengurusan akan

membolehkan bahan-bahan binaan dihantar ke tapak pada hari ia akan digunakan

atau sehari sebelum ia digunakan. Ini akan dapat mengelakkan bahan binaan dari

berada terlalu lama di tapak bina kerana ia terdedah kepada risiko kecurian atau

boleh mengalami kerosakan ketika berada dalam simpanan akibat pertindihan antara

bahan binaan lain dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Ini turut disokong

oleh Low dan Choong (2001) yang menyatakan bahawa penggunaan kaedah ini akan

dapat mengatasi masalah penanganan dua kali dan risiko kerosakan ke atas

komponen-komponen bahan binaan.









GPDA (1998) berpendapat bahawa penggunaan kaedah ini ketika

penghantaran di mana penghantaran dibuat terus ke tempat kerja boleh menjadi

penyelesaian terbaik bagi keadaan ruang tapak kecil serta mempunyai ruang

penyimpanan yang premium. Risiko kerosakan boleh dikurangkan dengan

melaksanakan proses “off-loading” dan pemasangan terus pada masa yang sama. Ini

disokong oleh CECP (2001) yang berpendapat bahawa, kaedah ini akan dapat

133



mengelakkan kerosakan dan kecurian dari berlaku pada bahan. Ini kerana dalam

konsep ini bahan binaan akan dipesan dan ditentukan waktu penghantarannya pada

waktu kerja yang memerlukan penggunaannya dan sebaik sahaja ia sampai ia terus

dibawa ke tempat kerja dan dipasang terus.









3.1.10 Penggunaan Bahan Binaan Pasang Siap Dari Kilang









CECP (2001), Poon dan Jaillon (2002) dan Tam et.al (2002) berpendapat

bahawa projek pembinaan yang berasaskan penggunaan komponen pasang siap dari

kilang dapat mengelakkan pembaziran bahan di tapak bina. Ini turut disokong oleh

Prochiner et.al (2001) yang menyatakan bahawa penggunaan komponen pasang siap

dari kilang bukan sahaja dapat mengelakkan terjananya sisa bahan binaan akibat

pemotongan bahan di tapak tetapi lebih ekonomik, terjamin kualiti pembinaannya

dan memastikan projek pembinaan siap dengan cepat. Formoso et.al (2002) turut

memberi pandangan yang sama dengan menyatakan bahawa penggunaan

„preassembled‟ tetulang keluli dalam projek pembinaan dapat mengurangkan

pembaziran bahan yang terjadi dengan mengoptimakan pemotongan tetulang. Shen

et.al (2002) menyatakan bahawa penggunaan „prefabricated‟ dapat mengurangkan

pembaziran konkrit dengan efektif. Manakala daripada Syen & Tam (2002),

menurut salah seorang yang ditemubual memberi respon bahawa penggunaan

komponen akan siap dari kilang dapat mengurangkan pembaziran yang berlaku.









Menurut Christine Loh (1999), DH (2000) dan SI (2002) pula, komponen

siap dari kilang menghasilkan pembaziran bahan lebih rendah berbanding bahan

binaan yang dihasilkan di tapak bina. Penggunaan bahan pasang siap dari kilang

akan dapat mengelakkan kerja pembuatan di tapak oleh pekerja yang boleh menjana

pembaziran bahan akibat kerosakan pada bahan yang dikerjakan ketika proses

pembuatan bahan. Dengan penggunaan komponen siap terus dari kilang seperti

konkrit siap akan mengelakkan berlakunya pembaziran bahan yang terjadi akibat

134



pembuangan batu atau simen yang tercemar ketika proses penyimpanan bahan dan

bahan yang tercicir ketika proses pengendalian dan membancuh konkrit. Selain itu

penggunaan bahan pasang siap dari kilang akan memastikan penggunaan bahan yang

lebih efisien berbanding operasi di tapak bina ketika proses menghasilkan sesebuah

komponen akan membuang atau membakar lebihan bahan yang terjana dari

pembuatan komponen tersebut.









Menurut Poon et.al (1996), pembaziran bahan di tapak bina boleh

dikurangkan dengan menggunakan teknologi moden dalam pembinaan bangunan

seperti konkrit pratuang, acuan keluli, peranca keluli dan sebagainya. Ini turut

disokong oleh Chen et.al (2002) yang menyatakan teknologi „prefabrication‟ hampir

tidak menjanakan sebarang pembaziran bahan kerana tidak perlu menggunakan

rebar, acuan daripada kayu dan konkrit in situ di tapak bina. O‟Brien (1998)

penggunaan acuan konkrit daripada besi dan aluminium akan dapat mengurangkan

kadar pembaziran bahan binaan yang berlaku. Ini kerana bahan-bahan binaan yang

digunakan untuk kerja pembinaan sementara seperti peranca dan acuan keluli akan

lebih tahan lama dan boleh digunakan lebih lama berbanding acuan dan peranca yang

diperbuat dari kayu. Ini seterusnya akan mengurangkan pembaziran bahan yang

terjadi hasil dari pembuangan bahan-bahan yang diperbuat daripada kayu. Secara

keseluruhannya, penggunaan komponen pasang siap dari kilang bukan sahaja dapat

mengurangkan pembaziran bahan yang terjana di tapak bina tetapi turut

mempercepatkan penyiapan projek pembinaan.









3.1.11 Perbincangan Teliti Di Antara Klien Dengan Kontraktor Ketika

Perlaksanaan Proses Rekabentuk









Poon dan Jaillon (2002) berpendapat bahawa perubahan pada rekabentuk di

akhir waktu sepatutnya dielakkan bagi mengelakkan pembaziran bahan berlaku.

Menurut Chandles (1978) dan Ekanayake & Ofori (2000), kerjasama erat di antara

135



jurutera rekabentuk dan kontraktor ketika proses rekabentuk bangunan akan dapat

membantu mengelakkan pembaziran. Perkongsian idea di antara kedua pihak akan

membantu menghasilkan suatu hasil rekabentuk efisien yang mampu mengurangkan

pembaziran bahan. Hubungan dua hala di antara kedua-dua pihak akan membantu

kontraktor memahami dengan lebih tepat kriteria bahan binaan yang akan digunakan

dalam projek pembinaan. Bukan itu sahaja, malahan menurut Poon dan Jaillon

(2002), jaringan komunikasi yang berkesan perlu diwujudkan di antara arkitek,

jurutera, kontraktor, klien dan pemaju bagi mengelakkan proses rekabentuk secara

linear. Ini bagi membolehkan semua pihak terlibat dapat memberikan cadangan dan

pandangan ketika proses rekabentuk dan ini secara tidak langsung dapat

mengurangkan kemungkinan berlakunya perubahan rekabentuk ketika pembinaan

sedang dilakukan. Menurut Poon & Jaillon (2001), masalah perubahan pada

rekabentuk disebabkan oleh permintaan klien boleh dielakkan dengan menumpukan

perhatian terhadap masalah tersebut dan menyediakan perincian rekabentuk dan

spesifikasi yang terperinci di awal peringkat lagi.









3.1.12 Pemilihan Kakitangan Dan Buruh Projek Pembinaan Yang

Berkemahiran









Menurut Ekanayake dan Ofori (2000), pemilihan pekerja yang berkelayakan

untuk melakukan kerja-kerja di tapak bina akan dapat membantu mengurangkan

kadar penjanaan sisa pembaziran bahan. Ini kerana pekerja yang terlatih serta

berpengetahuan dalam bidang kerja mereka akan kurang melakukan kesalahan ketika

melakukan aktiviti di tapak bina yang boleh mengakibatkan kerosakan pada bahan

berbanding pekerja yang tidak terlatih. Selain itu Stukhart (1995) berpendapat

bahawa kakitangan yang bertanggungjawab mengetuai segala perkara berkaitan

pengurusan bahan binaan mestilah mempunyai pengetahuan tentang proses yang

dilalui bahan di tapak bina dan memiliki kemahiran komunikasi yang baik serta

mampu bekerja secara efektif. Di samping itu, prinsip-prinsip asas penurunan bahan,

penyimpanan, pengendalian dan penggunaan bahan perlu ditekankan kepada semua

136



kakitangan di tapak bina (Chandles, 1978). Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan

berlakunya penanganan dua kali, penggunaan bahan secara tidak terkawal dan

penyimpanan bahan yang tidak sesuai sehingga mengakibatkan kerosakan bahan

yang membawa kepada pembaziran bahan.









Selain itu, Chen et.al (2002) berpendapat bahawa kemahiran merupakan

antara faktor utama yang mempengaruhi kuantiti pembaziran bahan yang dihasilkan

oleh pekerja. Perkara ini turut disentuh oleh GPDA (1998) yang menyatakan bahawa

pekerja di tapak bina dan syarikat-syarikat sub- kontraktor seharusnya memiliki

kelayakan yang sepatutnya untukmelakukan kerja-kerja pemasangan ketika

pembinaan. Menurut Stukhart (1995) pula mereka yang menggunakan bahan binaan

bagi melakukan kerja pembinaan mestilah terdiri dari pekerja yang terlatih dan

berpengetahuan. Ini kerana pekerja yang berpengetahuan sememangnya akan

mengetahui tentang kaedah terbaik dan betul untuk melakukan kerja mereka tanpa

menyebabkan kerosakan pada bahan yang digunakan atau mengelakkan berlakunya

kesilapan dalam pembinaan yang boleh membawa kepada pengulangan kerja.

Seharusnya para pekerja memahami cirri-ciri dan kelemahan bahan-bahan binaan

yang dikerjakan sebelum memulakan sesuatu kerja (Tan Boon Tong, 1994). Ini

kerana ketiadaan pengetahuan dalam diri pekerja akan menyebabkan mereka tidak

mengetahui tentang perkara yang boleh menyebabkan kerosakan padanya. Secara

tidak sengaja tindakan mereka yang mengendalikan sesebuah bahan binaan secara

kasar atau sambil lewa mungkin akan menyebabkan kerosakan pada bahan sehingga

tidak dapat digunakan lagi. Perkara ini boleh berlaku apabila pekerja bertindak

membancuh konkrit di mana tindakan mereka yang sengaja menambahkan air dalam

campuran konkrit supaya senang dikerjakan secara tidak sengaja akan menyebabkan

kekuatan konkrit jatuh atau konkrit mengalami lelehan kerana terlampau banyak air.

Ini seterusnya menyebabkan struktur konkrit yang telah mengeras terpaksa

dipecahkan kerana gagal mencapai kekuatan yang dikehendaki dan ini membawa

kepada pengulangan kerja yang mengakibatkan pembaziran bahan.









Di samping itu, pengetahuan yang ada dalam diri pekerja tidak mencukupi

tanpa mereka mampu melakukan kerja pembinaan dengan cekap dan betul. Ini

137



kerana pekerja yang tidak berkemahiran akan banyak melakukan kesilapan ketika

melakukan pekerjaan seperti pemotongan bata atau besi tetulang, membancuh

konkrit dan sebagainya yang boleh mengakibatkan kerosakan pada bahan sehingga

terpaksa dibuang begitu sahaja dan ini seterusnya menyumbang kepada peningkatan

kadar pembaziran bahan. Menurut Johnston (1981) pula, penggunaan pemandu

terlatih ketika kerja mengangkut bahan binaan menggunakan „forklift‟ dapat

mengurangkan pembaziran bahan dan kerosakan bahan yang berlaku. Ini kerana

pemandu yang tidak terlatih tidak mempunyai pengetahuan tentang kaedah terbaik

dalam mengendalikan sesebuah bahan yang diangkut dan kurang mahir

mengendalikan jentera tersebut. Ini seterusnya menyebabkan pemandu

mengendalikan bahan yang diangkut secara kasar sehingga menyebabkan kerosakan

pada bahan yang akhirnya menyumbang kepada pembaziran bahan. Secara

keseluruhannya, pengetahuan dan kemahiran dalam diri pekerja amat penting bagi

mengelakkan terjananya pembaziran bahan ketika proses pembinaan sedang

berlangsung.

138









BAB IV









METODOLOGI KAJIAN









4.0 Pengenalan









Bahagian ini akan membincangkan kaedah kajian yang digunakan dalam

menjalankan kajian ini bagi mencapai objektif-objektif kajian yang telah digariskan.

Metodologi kajian perlu dimulai dengan memahami sepenuhnya objektif kajian yang

telah dicadangkan dan seterusnya membuat kajian literatur bagi mendapatkan

maklumat tentang pembaziran bahan ini dari kajian terdahulu. Kajian literatur ini

boleh diperolehi dengan merujuk jurnal, kertas seminar, buku, internet, media cetak

dan media massa. Ini diikuti dengan proses pengumpulan data primer yang perlu

diaplikasikan mengikut kesesuaian dan keberkesanannya dalam mencapai maklumat

yang diperlukan. Ini kerana terdapat pelbagai cara bagi memperolehi data ini samada

melalui kajian kes, borang soal selidik, temubual dan sebagainya. Setelah data

dikumpulkan ia perlu dianalisa bagi membuat kesimpulan dan cadangan di akhir

kajian.









4.1 Metodologi Kajian

139









Kajian yang dilakukan melalui tahap-tahap berikut:

i. Mengenalpasti Matlamat dan Objektif Kajian

ii. Kajian Literatur

iii. Pengumpulan Data

iv. Analisis Data

a) Soal selidik

b) Temubual

v. Contoh Pengiraan

vi. Kesimpulan dan Cadangan









4.1.1 Mengenalpasti Matlamat dan Objektif Kajian









Pengurusan bahan adalah satu daripada faktor penting yang mempengaruhi

masa dan kos penyiapan projek. Pengurusan bahan yang tidak sistematik bukan

sahaja akan membawa kepada masalah kelewatan penyiapan projek tetapi juga

meningkatkan kos projek disebabkan masalah pembaziran bahan yang berlaku. Oleh

yang demikian, adalah amat penting bagi para kontraktor mengenalpasti faktor-faktor

utama yang menyumbang kepada masalah pembaziran bahan agar mereka boleh

mengambil langkah strategik bagi menangani masalah tersebut.









4.1.2 Kajian Literatur









Kajian literatur ini sebenarnya turut dikenali sebagai data sekunder iaitu

data yang diperolehi terlebih dahulu sebelum kajian dibuat. Kajian literatur ini

140



adalah langkah pertama dalam menjalankan kajian ini dimana ia merupakan proses

mengumpulkan maklumat dengan merujuk hasil kerja terdahulu yang berkaitan

dengan tajuk kajian yang dilakukan. Langkah ini diambil bagi meningkatkan

pemahaman yang lebih ke atas tajuk yang dikaji. Ini dilakukan untuk mengenalpasti

faktor-faktor yang menyebabkan pembaziran bahan di tapak bina serta langkah-

langkah yang perlu diamalkan bagi mengatasi masalah tersebut.









Maklumat untuk kajian literatur ini diperolehi ini dengan merujuk kepada

jurnal, kertas pembentangan seminar, buku-buku rujukan dan juga dengan melayari

internet yang membincangkan perihal berkaitan pembaziran bahan di tapak bina.

Bahagian pertama dalam kajian literatur ini memberikan pengenalan tentang

pembaziran bahan, kadar pembaziran, jenis-jenis pembaziran bahan dan akhir sekali

memberi penekanan lebih kepada faktor-faktor yang menjadi penyumbang kepada

berlakunya pembaziran bahan di tapak bina. Manakala bahagian kedua pula

menyentuh tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah

pembaziran bahan di tapak bina. Berdasarkan kajian literatur inilah borang soal

selidik disediakan bagi tujuan pengumpulan data primer.









4.1.3 Pengumpulan Data









Proses pengumpulan data primer yang juga dikenali sebagai data utama

merupakan peringkat penting dalam memastikan pencapaian objektif kajian yang

sedang dijalankan. Kaedah pertama yang digunakan adalah mendapatkan respon

kontraktor daripada borang soal selidik yang diedarkan. Kaedah ini digunakan

untuk tujuan pengumpulan data kerana kaedah ini adalah lebih praktikal, mudah dan

pendapat daripada pihak responden dapat dikenalpasti dengan lebih jelas. Kaedah

kedua yang digunakan adalah temubual dengan beberapa orang kakitangan

professional yang lazimnya menjalankan kerja di tapak bina.

4.1.3.1 Kaedah Soal Selidik

141









Proses pengumpulan data bermula dengan penyediaan borang soal-selidik

yang disediakan selepas kajian literatur selesai dijalankan bagi mendapatkan

maklumbalas dari kontraktor. Borang soal-selidik yang disediakan telah dihantar

sendiri ke setiap syarikat kontraktor kelas A, B dan BX yang terlibat dalam

projek pembinaan di sekitar daerah Johor Bahru. Kajian soal selidik ini dibuat untuk

membuat „ranking‟ bagi faktor-faktor yang menyebabkan pembaziran bahan berlaku

di tapak bina dan juga membuat „ranking‟ bagi langkah-langkah yang boleh diambil

bagi mengatasi masalah tersebut.









Borang selidik ini telah dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu bahagian A, B

dan C. Bahagian A ini menyentuh maklumat am berhubung syarikat kontraktor

diikuti oleh bahagian B pula berkaitan objektif ketiga yang mengandungi soalan

tentang faktor-faktor pembaziran bahan. Akhir sekali, bahagian C pula merujuk

kepada objektif keempat yang meminta pandangan dari kontraktor bagi mengatasi

masalah pembaziran bahan ini. Senarai soalan yang dikemukakan kepada syarikat-

syarikat ini boleh dilihat dalam borang soal selidik pada lampiran A. Butir-butir

soalan di setiap bahagian yang terdapat dalam borang soal selidik adalah seperti

berikut:









a) Bahagian A





Bahagian ini dalam borang soal selidik merupakan pengenalan kepada pihak

responden untuk melihat kepada iaitu nama syarikat, alamat syarikat, tahun

penubuhan syarikat, kelas pendaftaran kontraktor dengan Pusat Khidmat Kontraktor,

kaedah pembinaan yang diamalkan.









b) Bahagian B

142







Soalan di bahagian B bertanyakan kontraktor tentang tahap kekerapan berlakunya

faktor-faktor yang telah disenaraikan yang membawa kepada pembaziran bahan di

tapak bina mereka. Jawapan skel likert diletakkan dan diberikan mata nilai dalam

bentuk ; Tiada =1, Sedikit = 2, Sederhana = 3, Banyak= 4, Sangat Banyak = 5.

Soalan ini digunakan untuk membuat „ranking‟ bagi faktor-faktor yang membawa

kepada pembaziran bahan dan melalui ini dapatlah diketahui faktor yang paling

banyak berlaku di tapak bina.









c) Bahagian C





Soalan di bahagian C meninjau cadangan atau pandangan kontraktor tentang

tahap keberkesanan langkah-langkah mengatasi pembaziran bahan yang telah

disenaraikan di dalam borang soal selidik. Jawapan skel likert diletakkan dan

diberikan mata nilai dalam bentuk ; Tidak Berkesan =1, Kurang Berkesan = 2,

Sederhana Berkesan = 3, Berkesan = 4, Sangat Berkesan = 5. Soalan ini digunakan

untuk membuat „ranking‟ bagi keberkesanan langkah-langkah bagi mengatasi

masalah pembaziran bahan di tapak bina dan melalui ini dapatlah diketahui langkah

terbaik bagi menangani masalah tersebut.









4.1.3.2 Temubual









Temubual dilakukan bagi mendapatkan fakta-fakta yang sukar diperolehi

melalui borang soal selidik. Sebenarnya proses temubual ini penting bagi

membolehkan kita mendapatkan kepastian dan maklumat terperinci tentang faktor-

faktor yang dianalisa berdasarkan maklumbalas yang diperolehi dari borang soal

selidik. Maklumat ini diperolehi melalui interaksi secara langsung dengan responden

yang terdiri dari kakitangan professional yang terlibat dalam projek pembinaan dan

sering berada di tapak bina bagi tujuan memantau serta mengawasi perkembangan

perjalanan projek. Di antara fungsi temubual yang dijalankan adalah seperti berikut:

143



i. Untuk mengumpul maklumat tentang punca berlakunya faktor-faktor yang

membawa kepada pembaziran bahan di tapak bina.

ii. Untuk mendapatkan pandangan dan komen golongan profesional tentang

langkah-langkah mengatasi pembaziran bahan di tapak bina yang telah siap

dibuat “ranking”.









4.1.4 Analisis Data









Langkah menganalisa data perlu dilakukan bagi menyusun, menyelidik dan

menganalisis maklumat dan data-data yang dikehendaki. Langkah ini amat penting

kerana akan mempengaruhi kesimpulan dan cadangan yang dibuat ke atas kajian ini.

Kaedah Indeks Purata telah digunakan untuk menganalisa data dari semua bahagian.









4.1.4.1 Kaedah Indeks Purata









Kaedah Indeks Purata telah digunakan bagi menganalisa data di bahagian B

dan Bahagian D dalam borang soal selidik. Data yang diperolehi dari bahagian B

dianalisa dengan menggunakan kaedah ini untuk menentukan darjah kekerapan bagi

13 faktor yang berpotensi menjadi faktor penyebab kepada masalah pembaziran

bahan di tapak bina. Manakala data yang diperolehi dari bahagian C turut dianalisa

menggunakan kaedah ini bagi menentukan darjah keberkesanan bagi 12 langkah

yang dilihat sebagai mampu mengatasi masalah pembaziran bahan di tapak bina.

Data-data yang diperolehi dari responden telah dianalisa seperti berikut.

i. Setiap responden telah diberikan kod ID bagi memudahkan proses

menganalisis data.

ii. Skala markah yang diberikan oleh responden untuk setiap faktor atau

cadangan akan dikira dan direkodkan.

144



iii. Di bahagian B, perkadaran permarkahan terhadap kekerapan berlakunya

setiap faktor yang disenaraikan di tapak bina adalah berdasarkan kepada

pengkelasan seperti berikut:





1. Tiada = 1

2. Sedikit = 2

3. Sederhana = 3

4. Banyak = 4

5. Sangat Banyak= 5





iv. Di bahagian C pula, perkadaran permarkahan terhadap tahap keberkesanan

setiap cadangan yang disenaraikan dalam mengatasi masalah pembaziran

bahan di tapak bina adalah berdasarkan kepada pengkelasan seperti berikut:





1. Tidak berkesan = 1

2. Kurang Berkesan = 2

3. Sederhana Berkesan = 3

4. Berkesan = 4

5. Sangat Berkesan = 5





v. Klasifikasi bagi nilai indeks purata adalah berdasarkan kepada Abdul Majid

dan Mc Caffer (1997) seperti di bawah:





1 = „sangat kurang penting‟ 0.00 ≤indeks purata<1.50

2 = „kurang penting‟ 1.50≤ indeks purata<2.50

3 = „sederhana penting‟ 2.50≤ indeks purata<3.50

4 = „penting‟ 3.50≤ indeks purata <4.50

5 = „sangat penting‟ 4.50 ≤indeks purata<5.00





vi. Jumlah skor oleh semua kontraktor bagi setiap faktor atau cadangan akan

direkodkan dan dibahagikan dengan jumlah kontraktor (51) untuk

memperolehi nilai purata bagi setiap „option‟. Persamaan yang digunakan

bagi menentukan indeks purata adalah seperti berikut:

145



Indeks Purata = aiXi

Xi





Dimana, ai = pemarkahan pada i

Xi= Pembolehubah kepada kekerapan responden

I = 1,2,3,4 dan 5





vii. Setiap faktor atau cadangan disusun mengikut nilai purata markah yang

diperolehi bermula dari nilai tertinggi kepada yang terendah.









4.1.5 Contoh Pengiraan









Kaedah pengiraan bagi mendapatkan nilai indeks purata adalah seperti di

bawah. Contoh dibawah menunjukkan pengiraan diberikan bagi mencari nilai indeks

purata bagi masalah perubahan pada rekabentuk ketika pembinaan





Jadual 4.1 : Respons Kontraktor Tentang Kadar Kekerapan Berlakunya Masalah

Perubahan Dalam Rekabentuk Ketika Pembinaan

Kadar Kekerapan Bilangan Kontraktor

Sangat Banyak 5

Banyak 9

Sederhana 19

Sedikit 15

Tiada 3

Jumlah 51

146



Nilai Indeks Purata = aiXi

Xi

Dimana, ai = pemarkahan pada i

Xi= Pembolehubah kepada kekerapan responden

I =1,2,3,4 dan 5





= 5 (5) + 4 (9) + 3 (19) + 2(15) + 1(3) / 51

= 151 / 51

= 2.96









4.1.6 Kesimpulan Dan Cadangan









Hasil analisis data yang diperolehi kemudiannya akan digunakan untuk

membuat kesimpulan dan membentangkan cadangan. Kesimpulan ini akan

merangkumi objektif kajian yang telah digariskan pada peringkat awal kajian ini.

147









BAB V









ANALISA DATA









5.0 Pengenalan







Bab ini menerangkan tentang data yang akan dianalisa bagi mencapai

beberapa objektif kajian yang telah digariskan. Analisa yang dilakukan ini adalah

berdasarkan kepada maklumbalas dari borang soal selidik yang diajukan kepada

kontraktor.









5.1 Keterangan Borang Soal Selidik









Sebanyak 70 borang soal selidik telah diajukan kepada pihak kontraktor di

sekitar daerah Johor Bahru. Dari jumlah borang soal selidik yang diagihkan

sebanyak 51 borang telah mendapat maklumbalas. Ini menunjukkan 73% telah

bertindakbalas berdasarkan soal selidik ini. Hampir kesemua borang selidik telah

diisi oleh jurutera yang bertugas di tapak bina.

5.1.1 Latarbelakang Responden









Dari respon kaji selidik yang dijalankan menunjukkan sebilangan besar

responden adalah terdiri dari kontraktor dari kelas A iaitu sebanyak 62.8%. Diikuti

oleh kontraktor kelas B sebanyak 19.6% dan akhir sekali kontraktor kelas BX

sebanyak 17.6%.





Jadual 5.1 : Responden Mengikut Kelas Kontraktor

Kelas Kontraktor Bilangan Responden Peratus (%)

A 32 62.8

B 10 19.6

C 9 17.6

Jumlah 51 100









70

62.8

Peratus Bil. Kontraktor (%)









60



50



40



30

19.6 17.6

20



10



0

Kelas Kontraktor



Kelas A Kelas B Kelas BX







Rajah 5.1 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Mengikut Kelas

Kontraktor iaitu Kelas A, B dan BX.

134



5.1.2 Kaedah Pembinaan Yang Diamalkan Oleh Responden









Daripada borang soal selidik di bahagian didapati kontraktor mengamalkan

kaedah reka dan bina atau kaedah tradisional dalam melaksanakan projek pembinaan.

Dari carta pai dibawa didapati hampir 90% kontraktor mengamalkan kaedah reka dan

bina manakala hanya 10% yang menggunakan kaedah tradisional dalam pembinaan.





Jadual 5.2 : Kaedah Pembinaan Yang Diamalkan Oleh Responden

Kaedah Pembinaan Bilangan Responden Peratus (%)

Reka dan Bina 46 90

Tradisional 5 10

Jumlah 51 100









10%









90%



Kaedah Reka Dan Bina Kaedah Tradisional









Rajah 5.2 : Carta Pai Menunjukkan Konsep Pembinaan Yang Diamalkan Oleh

Responden

135



5.2 Faktor –Faktor Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

5.2.1 Perubahan Dalam Rekabentuk Ketika Pembinaan









Analisa yang dijalankan terhadap respons kontraktor tentang tahap kekerapan

berlakunya masalah perubahan dalam rekabentuk ketika pembinaan yang menjadi

antara faktor penyebab kepada pembaziran bahan telah dipermudahkan dalam bentuk

jadual dan histogram sepertidi bawah. Daripada histogram di bawah dapat dilihat

peratus tertinggi iaitu sebanyak 47.1% kontraktor menyatakan masalah ini berlaku

pada tahap kekerapan yang sederhana. 70.6% daripada jumlah kontraktor memilih

salah satu pilihan jawapan antara 3 tahap kekerapan ini iaitu sederhana, banyak atau

sangat banyak. Nilai indeks purata yang diperolehi adalah 2.96 yang terletak dalam

skala yang mewakili kadar kekerapan sederhana. Secara keseluruhannya, dapat

disimpulkan masalah ini berlaku pada tahap kekerapan sederhana berdasarkan nilai

indeks purata yang diperolehi dan jumlah kontraktor terbanyak yang menyatakan

masalah ini berlaku pada kadar kekerapan sederhana.









Menurut kebanyakan responden, punca utama masalah ini berlaku adalah

disebabkan oleh permintaan klien yang ingin membuat perubahan pada rekabentuk

yang telah disiapkan ketika projek pembinaan sedang berlangsung. Dalam kajian ini

hampir 90% kontraktor yang melaksanakan projek pembinaan dengan pihak kerajaan

menggunakan kaedah reka dan bina. Salah seorang responden yang ditemuramah

menambah bahawa masalah perubahan pada rekabentuk ketika pembinaan masih lagi

berlaku walaupun kaedah reka dan bina telah pun diamalkan. Menurutnya situasi ini

wujud kerana klien dari pihak kerajaan yang kebanyakannya tidak memiliki

pengetahuan berkaitan kaedah pembinaan gagal mendapat gambaran sebenar dari

lukisan arkitek yang dihasilkan berdasarkan penerangannya dan ketika struktur yang

dirancang telah dibina separuh jalan barulah klien menyedari ia tidak seperti yang

diinginkan dan seterusnya meminta perubahan dibuat. Menurut Ekanayake dan

Ofori (2000) perubahan pada rekabentuk yang dilakukan ketika projek sedang

berjalan merupakan satu daripada faktor paling signifikan kepada masalah

pembaziran bahan.

136



Jadual 5.3 : Kekerapan Berlakunya Masalah Perubahan Dalam Rekabentuk

Ketika Pembinaan Yang Menyebabkan Pembaziran Bahan Di TapakBina

Tahap Kekerapan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Banyak 5 9.8

Banyak 7 13.7

Sederhana 24 47.1

Sedikit 11 21.6

Tiada 4 7.8

Jumlah 51 100









50 47.1

45

Peratus Bil. Kontraktor (%)









40

35

30

25 21.6

20

13.7

15

9.8

10 7.8

5

0

Tahap Kekerapan

Tiada Sedikit Sederhana Banyak Sangat Banyak







Rajah 5.3 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Kekerapan Berlakunya Masalah Perubahan Dalam Rekabentuk Ketika

Pembinaan Yang Menyebabkan Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

137



5.2.2 Kurangnya Kawalan Terhadap Penggunaan Bahan Di Tapak Bina









Berdasarkan analisis yang dibuat didapati, peratus tertinggi sebanyak 43.1%

kontraktor menyatakan kekerapan masalah ini berlaku adalah pada tahap sederhana.

Secara keseluruhannya, 68.5% daripada jumlah kontraktor memilih salah satu pilihan

jawapan antara 3 tahap kekerapan ini iaitu sederhana, banyak dan sangat banyak.

Berdasarkan analisis yang dibuat didapati nilai indeks purata yang diperolehi adalah

2.88 yang terletak dalam skala yang mewakili kadar kekerapan sederhana. Daripada

nilai indeks purata yang diperolehi dan majoriti respons kontraktor maka

disimpulkan bahawa masalah kurangnya kawalan terhadap penggunaan bahan di

tapak bina ini berlaku pada kadar kekerapan sederhana. Kebanyakan responden yang

ditemubual menyatakan bahawa antara punca utama masalah ini berlaku adalah

disebabkan oleh ketiadaan kakitangan tetap yang ditugaskan untuk menguruskan stor

dan ini menyebabkan sistem inventori bahan binaan yang menyentuh tentang keluar

masuk bahan binaan tidak dikemaskini secara berkala.









Selain itu, salah seorang responden yang ditemubual menyatakan bahawa

ketiadaan kakitangan ini juga menyebabkan bahan binaan dikeluarkan sesuka hati

oleh pekerja tanpa direkodkan terlebih dahulu dan hal ini mendedahkan bahan

binaan di stor mengalami kecurian akibat kawalan yang longgar. Menurut Shingo

(1989) dan Formoso et.al (2002) kelemahan yang wujud dalam sistem inventori

bahan binaan ini boleh menyebabkan pembaziran bahan. Selain itu, seorang

responden menyatakan bahawa kurangnya pengawalan di tapak bina menyebabkan

pekerja bertindak meninggalkan lebihan bahan di tempat kerja tanpa dibawa balik ke

stor. Ini turut dinyatakan oleh Chen et.al (2002) yang berpendapat bahawa tindakan

pekerja meletakkan bahan binaan yang digunakan untuk melakukan kerja di tapak

bina sesuka hati akhirnya mengakibatkan bahan binaan yang tidak digunakan

bercampur aduk dengan sampah sarap yang kemudiannya dibuang sebagai sampah.

Secara keseluruhannya didapati masalah ini berlaku disebabkan kepincangan yang

wujud dalam perancangan yang dibuat bagi penggunaan bahan binaan dan

penyeliaan yang kurang ketika perlaksanaan kerja pembinaan oleh pekerja di tapak

bina.

138



Jadual 5.4 : Kekerapan Berlakunya Masalah Kurangnya Kawalan Terhadap

Penggunaan Bahan Di Tapak Bina Yang Menyebabkan Pembaziran

Bahan Di Tapak Bina

Kadar Kekerapan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Banyak 4 7.8

Banyak 9 17.6

Sederhana 22 43.1

Sedikit 9 17.6

Tiada 7 13.7

Jumlah 51 100









50

43.1

Peratus Bil. Kontraktor (%)









45

40

35

30

25

20 17.6 17.6

13.7

15

10 7.8

5

0

Tahap Kekerapan



Tiada Sedikit Sederhana Banyak Sangat Banyak







Rajah 5.4 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Kekerapan Berlakunya Masalah Kurangnya Kawalan Terhadap

Penggunaan Bahan Di Tapak Bina Yang Menyebabkan Pembaziran

Bahan Di Tapak Bina

139



5.2.3 Sistem Penyimpanan Bahan Yang Tidak Sempurna









Daripada histogram di bawah dapat dilihat peratus tertinggi sebanyak 39.2%

kontraktor menyatakan kekerapan masalah ini berlaku adalah pada kadar sederhana.

Sebanyak 64.6% kontraktor memilih salah satu daripada 3 jawapan berikut iaitu

sederhana, banyak atau sangat banyak. Berdasarkan analisis yang dibuat didapati

nilai indeks purata yang diperolehi adalah 2.80 yang terletak dalam skala yang

mewakili kadar kekerapan sederhana. Daripada nilai indeks purata yang diperolehi

dan majoriti respons kontraktor maka disimpulkan bahawa kaedah pengendalian

bahan yang tidak sistematik ini berlaku pada kadar kekerapan sederhana.

Kebanyakan responden yang ditemubual menyatakan masalah ini adalah perkara

yang lazimnya berlaku di tapak bina dan sememangnya ia banyak mengakibatkan

pembaziran bahan yang banyak. Pendapat ini disokong oleh Skoyles (1976),

Bossink dan Brouwers (1998), Ekanayake dan Ofori (2000) yang berpendapat

bahawa kepincangan dalam sistem penyimpanan bahan merupakan antara punca

utama yang membawa kepada pembaziran bahan.









Salah seorang responden ditemubual menyatakan bahawa masalah ini berlaku

disebabkan oleh pihak pengurusan tapak yang gagal merancang dan mengamalkan

kaedah penyimpanan yang sesuai bagi bahan binaan menyebabkan bahan yang

disimpan mengalami kerosakan. Ini turut dinyatakan oleh Stukhart (1995) dan

Mohammed (1996) menyatakan bahawa kegagalan kontraktor merancang tempat

simpanan bahan akan menyebabkan bahan binaan tersebut terpaksa diturunkan di

mana-mana sebelum dipindahkan ke tempat simpanan yang akan ditentukan

kemudian sebelum digunakan dan ini akan menyebabkan berlakunya penanganan

dua kali yang akan meningkatkan peratusan pembaziran bahan binaan tersebut.

Chandles (1978), Earnshaw (1984), Barritt (1984), Illingworth (1994), Mohammed

(1996), EPD (2002) dan Tam et.al (2002) menyatakan bahawa kaedah penyimpanan

bahan yang teruk akan meningkatkan penjanaan kadar pembaziran bahan.

140



Jadual 5.5 : Kekerapan Berlakunya Masalah Sistem Penyimpanan Bahan Tidak

Sempurna Yang Menyebabkan Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

Kadar Kekerapan Bila Peratus Bil. Kontraktor (%)

ngan

Kontraktor

Sangat Banyak 4 7.8

Banyak 9 17.6

Sederhana 20 39.2

Sedikit 10 19.6

Tiada 8 15.7

Jumlah 51 100









45

39.2

Peratus Bil. Kontraktor (%)









40

35

30

25

19.6

20 17.6

15.7

15

10 7.8

5

0

Tahap Kekerapan



Tiada Sedikit Sederhana Banyak Sangat Banyak







Rajah 5.5 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Kekerapan Berlakunya Masalah Sistem Penyimpanan Bahan Tidak

Sempurna Yang Menyebabkan Pembaziran Bahan Di Tapak

Bina

141









5.2.4 Kecurian Bahan Di Tapak Bina









Hasil analisis mendapati, 41.2% kontraktor yang mewakili peratus tertinggi

menyatakan masalah ini berlaku pada kadar kekerapan yang sederhana. Secara

keseluruhannya, lebih daripada separuh bilangan kontraktor yang memberi respons

iaitu sebanyak 64.7% memilih salah satu tahap kekerapan yang berikut iaitu

sederhana, banyak atau sangat banyak. Nilai indeks purata yang diperolehi ialah

2.78 yang menunjukkan masalah ini berlaku pada tahap kekerapan sederhana.

Berdasarkan nilai indeks purata yang diperolehi dan majoriti respons kontraktor

maka dapat disimpulkan masalah kecurian bahan berlaku pada tahap kekerapan

sederhana. Kebanyakan responden menyatakan antara punca berlakunya masalah

pembaziran bahan di tapak bina adalah disebabkan masalah kecurian bahan yang

berlaku akibat kurangnya langkah keselamatan yang diambil dalam menjaga

keselamatan bahan binaan yang disimpan oleh pihak pengurusan tapak. Ini turut

dinyatakan oleh Wyatt (1985) dan Chudley (1993) yang berpendapat bahawa

kepincangan kawalan keselamatan tapak bina boleh menyebabkan kecurian bahan

berlaku dengan mudah.









Selain itu, menurut salah seorang responden, antara punca berlakunya

masalah ini adalah disebabkan oleh keadaan tapak yang terlalu besar menyebabkan

kontraktor tidak memasang pengadang di sekeliling tapak dan juga disebabkan oleh

tindakan mencuri bahan oleh buruh dari tapak bina bersebelahan untuk digunakan di

tapak tersebut. Ini turut ditambah oleh Illingworth (1994) dan Mohammed (1996),

yang menyatakan bahawa kegagalan kontraktor menyediakan sistem keselamatan

yang kukuh bagi stor penyimpanan akan menyebabkan bahan mudah dicuri.

Kebanyakan responden berpendapat bahawa ketiadaan penyelia stor yang ditugaskan

unttuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan bahan di stor sepanjang

masa menyebabkan pihak pengurusan tapak gagal memastikan keselamatan bahan

binaan yang di simpan terjamin. Secara keseluruhannya, berdasarkan temubual yang

142



dibuat dan hasil analisis didapati masalah kecurian bahan ini biasa berlaku di

kebanyakan tapak bina.





Jadual 5.6 : Kekerapan Berlakunya Masalah Kecurian Bahan Yang Menyebabkan

Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

Kadar Kekerapan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Banyak 2 3.9

Banyak 10 19.6

Sederhana 21 41.2

Sedikit 11 21.6

Tiada 7 13.7

Jumlah 51 100









45 41.2

Peratus Bil. Kontraktor (%)









40

35

30

25 21.6

19.6

20

13.7

15

10

3.9

5

0

Tahap Kekerapan



Tiada Sedikit Sederhana Banyak Sangat Banyak







Rajah 5.6 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Kekerapan Berlakunya Masalah Kecurian Bahan Yang Menyebabkan

Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

143









5.2.5 Lebihan Dari Bahan Binaan Yang Dipotong









Berdasarkan analisis yang dibuat, 45.1% kontraktor yang mewakili peratus

tertinggi menyatakan masalah ini berlaku pada kadar yang sederhana. Secara

keseluruhannya, lebih daripada separuh bilangan kontraktor yang memberi respons

iaitu sebanyak 64.7% memilih salah satu tahap kekerapan yang berikut iaitu antara

banyak atau sederhana. Manakala nilai indeks purata yang diperolehi adalah 2.71.

Berdasarkan nilai indeks purata yang diperolehi dan majoriti respons kontraktor

maka disimpulkan bahawa masalah lebihan dari bahan binaan yang dipotong berlaku

pada kadar kekerapan yang sederhana. Menurut kebanyakan responden yang

ditemuramah, masalah ini perkara yang lazim berlaku di tapak bina dan ia

menyumbang kepada kuantiti pembaziran bahan yang banyak. Ini disokong oleh

Poon dan Jaillon (2002) yang menyatakan bahawa masalah lebihan yang terhasil dari

pemotongan bahan sememangnya menyumbang kepada penjanaan sisa bahan dalam

kuantiti yang banyak di tapak bina. Chandles (1978), Wyatt (1985), Illingworth

(1994), Gavilan dan Bernold (1994) dan Craven et.al (1994) turut menyatakan

bahawa lebihan dari bahan binaan yang dipotong boleh menjadi satu daripada punca

pembaziran bahan di tapak bina.









Responden yang ditemubual menyatakan bahawa, masalah ini lazimnya

disebabkan oleh sikap pekerja yang tidak peduli tentang usaha bagi mengelakkan

pembaziran bahan yang terjana akibat lebihan dari pemotongan bahan binaan kerana

mereka lebih cenderung menyiapkan kerja secepat mungkin. Perkara ini turut

disentuh oleh Illingworth (1994) yang menyatakan bahawa sikap pekerja yang

sambil lewa memotong bahagian bahan binaan yang dikehendaki bagi memenuhi

ukuran yang perlu dipenuhi mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan padahal saiz

tersebut boleh didapati di antara kayu berdekatan turut menyumbang kepada

pembaziran bahan. Menurut seorang responden lain, masalah ini juga terjadi

disebabkan kesilapan yang dilakukan oleh pekerja disebabkan ketiadaan kemahiran

144



atau kecuaian ketika melakukan kerja. Hal ini turut diketengahkan oleh Chen et.al

(2002) yang menyatakan bahawa pembaziran bahan boleh terjadi disebabkan oleh

kecuaian atau kemahiran pekerja yang kurang.

Jadual 5.7 : Kekerapan Berlakunya Masalah Lebihan Dari Bahan Binaan Yang

Dipotong Yang Menyebabkan Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

Tahap Kekerapan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Banyak 0 0

Banyak 10 19.6

Sederhana 23 45.1

Sedikit 11 21.6

Tiada 7 13.7

Jumlah 51 100









50 45.1

Peratus Bil. Kontraktor (%)









45

40

35

30

25 21.6

19.6

20

13.7

15

10

5 0

0

Tahap Kekerapan



Tiada Sedikit Sederhana Banyak Sangat Banyak







Rajah 5.7 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Kekerapan Berlakunya Masalah Lebihan Dari Bahan Binaan Yang

Dipotong Yang Menyebabkan Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

145









5.2.6 Penjadualan Dan Pembelian Bahan Yang Tidak Terancang









Hasil analisis mendapati, 49.0% kontraktor yang mewakili peratus tertinggi

menyatakan masalah ini berlaku pada tahap kekerapan yang sederhana. Secara

keseluruhannya, lebih daripada separuh bilangan kontraktor iaitu sebanyak 66.7%

memilih salah satu tahap kekerapan yang berikut iaitu sederhana, banyak atau sangat

banyak. Berdasarkan nilai indeks purata yang diperolehi iaitu sebanyak 2.71 yang

terletak dalam skala yang mewakili kadar kekerapan sedikit dan majoriti respons

kontraktor maka disimpulkan masalah proses penjadualan dan pembelian bahan yang

tidak terancang berlaku pada kadar kekerapan sederhana. Sememangnya,

penjadualan bahan yang tidak terancang akan menyumbang kepada peratusan

pembaziran bahan yang tinggi (Formoso et.al, 2002).









Menurut salah seorang responden, ketiadaan rancangan dan jadual yang

menunjukkan pengagihan kuantiti bahan bagi setiap aktiviti kerja di tapak bina turut

menyebabkan pengeluaran bahan berlebihan dari stor untuk perlaksanaan sesebuah

aktiviti pembinaan sehingga bahan tersebut mengalami pembaziran apabila

lebihannya tidak dibawa balik ke stor. Pernyataan ini disokong oleh Formoso et.al,

(2002) yang berpendapat bahawa penjadualan bahan yang kurang dari segi

pengagihan bahan bagi kegunaan di tapak bina bagi aktiviti-aktiviti yang telah

dirancang turut menyumbang kepada masalah pembaziran bahan. Selain itu,

masalah ini turut berlaku disebabkan kurangnya perancangan terhadap aliran bahan

akan membawa kepada pembaziran bahan Shingo (1989). Selain itu, menurut

seorang responden lain pula tindakan kontraktor membeli bahan dengan kuantiti

banyak lebih dari yang diperlukan dengan tujuan mengelakkan masalah kekurangan

bahan ketika perlaksanaan aktiviti pembinaan turut menyebabkan pembaziran bahan.

Pernyataan ini disokong oleh Canter (1993), Gavilan dan Bernold (1994), Craven

et.al (1994) dan Poon & Jaillon (2002) yang berpendapat bahawa pemesanan kuantiti

bahan secara berlebihan akan menyebabkan pembaziran bahan.

146









Jadual 5.8 : Kekerapan Berlakunya Masalah Proses Penjadualan Bahan dan

Pembelian Yang Tidak Terancang Yang Menyebabkan Pembaziran

Bahan Di Tapak Bina

Tahap Kekerapan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Banyak 3 5.9

Banyak 6 11.8

Sederhana 25 49.0

Sedikit 7 13.7

Tiada 10 19.6

Jumlah 51 100









60

Peratus Bil. Kontraktor (%)









49

50



40



30

19.6

20

13.7 11.8

10 5.9



0

Tahap Kekerapan



Tiada Sedikit Sederhana Banyak Sangat Banyak







Rajah 5.8 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Kekerapan Berlakunya Masalah Proses Penjadualan Bahan dan

Pembelian Yang Tidak Terancang Yang Menyebabkan Pembaziran

Bahan Di Tapak Bina

147









5.2.7 Kaedah Pengendalian Bahan Yang Tidak Terancang









Histogram di bawah menunjukkan sebanyak 41.2% kontraktor yang

mewakili peratus tertinggi cenderung menyatakan masalah ini berlaku dengan kadar

kekerapan sederhana. Secara keseluruhannya, sebanyak 62.7% kontraktor memilih

salah satu tahap kekerapan yang berikut iaitu sederhana, banyak atau sangat banyak.

Nilai indeks purata yang diperolehi adalah 2.71 yang terletak dalam skala yang

mewakili kadar kekerapan sederhana. Berdasarkan nilai indeks purata yang

diperolehi dan majoriti respons kontraktor maka disimpulkan bahawa kaedah

pengendalian bahan yang tidak sistematik ini berlaku pada kadar kekerapan

sederhana. Menurut kebanyakan responden, antara punca utama masalah ini berlaku

adalah disebabkan oleh tindakan kakitangan di tapak bina yang kurang membuat

perancangan teratur bagi penempatan bahan yang sampai di tapak bina. Ini disokong

oleh Stukhart (1995) yang menyatakan bahawa kegagalan membuat perancangan

bagi penyimpanan bahan yang sampai ke tapak bina adalah punca kepada masalah

ini.









Menurut salah seorang responden, masalah ini turut berlaku disebabkan sikap

pekerja yang cenderung menyiapkan kerja dengan cepat dan tidak peduli tentang

tindakan mereka yang boleh menyebabkan penjanaan pembaziran bahan ketika

bahan digunakan banyak berlaku. Hal ini turut disokong oleh Wyatt (1985) yang

menyatakan bahawa perhatian yang kurang diberikan ketika proses mengeluarkan

bahan dan mengangkutnya dari dalam stor akan menyebabkan kerosakan pada bahan

binaan. Kebanyakan responden berpendapat masalah ini timbul disebabkan

kurangnya penyeliaan ketika perlaksanaan kerja di tapak bina. Ini disentuh oleh Tam

et.al (2002) yang menyatakan bahawa masalah kesilapan yang dilakukan oleh

pekerja dalam melakukan pekerjaan boleh juga timbul disebabkan kurangnya

penyeliaan oleh kontraktor utama terhadap pekerja dan sub-kontraktor di tapak bina.

148



Secara amnya, masalah pengendalian bahan yang tidak terancang ini berlaku

disebabkan kurangnya penyeliaan ke atas kaedah kerja yang diamalkan oleh buruh di

tapak bina dan juga kerana kurangnya ilmu serta inisiatif pekerja dalam

mengamalkan kaedah pengendalian bahan yang benar-benar sempurna.

Jadual 5.9 : Kekerapan Berlakunya Masalah Kaedah Pengendalian Bahan Tidak

Sempurna Yang Menyebabkan Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

Kadar Kekerapan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Banyak 2 3.9

Banyak 9 17.6

Sederhana 21 41.2

Sedikit 9 17.6

Tiada 11 21.6

Jumlah 51 100









45 41.2

Peratus Bil. Kontraktor (%)









40

35

30

25 21.6

20 17.6 17.6

15

10

3.9

5

0

Tahap Kekerapan



Tiada Sedikit Sederhana Banyak Sangat Banyak







Rajah 5.9 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Kekerapan Berlakunya Masalah Kaedah Pengendalian Bahan Tidak

SempurnaYang Menyebabkan Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

149









5.2.8 Pengurus Projek Yang Kurang Berpengalaman









Histogram di bawah ini dengan jelas menunjukkan peratus tertinggi iaitu

sebanyak 47.1% kontraktor menyatakan kekerapan masalah ini berlaku adalah pada

tahap sederhana. Daripada analisis didapati, walaupun kontraktor yang terlibat

dalam kajian ini adalah dari kelas kontraktor A, B dan BX tetapi sebanyak 64.8%

daripada jumlah kontraktor telah memilih salah satu daripada 3 tahap kekerapan

berikut iaitu sederhana, banyak dan sangat banyak. Nilai indeks purata yang

diperolehi adalah 2.69 yang terletak dalam skala yang mewakili kadar kekerapan

sederhana. Kesimpulannya berdasarkan nilai indeks purata yang diperolehi dan

majoriti pilihan kontraktor maka telah disimpulkan bahawa masalah ini berlaku

dengan kadar kekerapan sederhana. Menurut salah seorang responden, kebanyakan

pengurus projek sekarang ini memiliki pengalaman mengurus projek selama 5 tahun

padahal sepatutnya seorang pengurus projek yang benar-benar berkelayakan adalah

terdiri dari orang yang memiliki pengalaman lebih dari 15 tahun. Beliau turut

menambah masalah ini timbul disebabkan kontraktor gemar memilih pengurus

projek dengan kelayakan minimum kerana mahu membayar gaji yang rendah.









Selain itu, menurut salah seorang responden, pengurus projek yang kurang

berpengalaman lazimnya lebih mementingkan ke arah penyiapan projek dengan

cepat dan kurang mengawal penggunaan bahan malahan mereka seboleh-bolehnya

berusaha mengelakkan masalah kekurangan bahan binaan yang boleh menjejaskan

perkembangan aktiviti di tapak bina. Ini turut dinyatakan oleh Stukhart (1995) yang

berpendapat bahawa pengurus bahan yang tidak memiliki ilmu pengetahuan lengkap

dan kurang membuat kawalan terhadap pengurusan bahan binaan akan menyebabkan

masalah pembaziran bahan. Selain itu, menurut responden lain yang ditemubual,

masalah pengurus projek yang kurang berpengalaman seterusnya akan menyebabkan

wujudnya pelbagai kelemahan dalam sistem pengurusan akibat kesilapan dan

150



kelalaian pengurus yang akhirnya membawa kepada pembaziran bahan di tapak bina

yang menyatakan. Kenyataan ini disokong oleh Skoyles (1976), Soibelman (1993)

dan Agopyan et.al (1998) kegagalan dalam mewujudkan sistem pengurusan ini akan

membawa kepada pembaziran bahan di tapak bina.

Jadual 5.10 : Respons Kontraktor Tentang Tahap Kekerapan Berlakunya Masalah

Pengurus Projek Kurang Berpengalaman Yang Menyebabkan

Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

Tahap Kekerapan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Banyak 1 2.0

Banyak 8 15.7

Sederhana 24 47.1

Sedikit 10 19.6

Tiada 8 15.7

Jumlah 51 100









50 47.1

Peratus Bil. Kontraktor (%)









45

40

35

30

25

19.6

20 15.7 15.7

15

10

5 2

0

Tahap Kekerapan



Tiada Sedikit Sederhana Banyak Sangat Banyak







Rajah 5.10 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Kekerapan Berlakunya Masalah Pengurus Projek Kurang

Berpengalaman Yang Menyebabkan Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

151









5.2.9 Kesilapan Dalam Pembinaan









Analisis yang dijalankan mendapati, 49.0% kontraktor yang mewakili peratus

tertinggi menyatakan masalah ini sedikit sekali berlaku. Secara keseluruhannya, lebih

daripada separuh bilangan kontraktor yang memberi respons iaitu sebanyak 68.6%

memilih salah satu tahap kekerapan yang berikut iaitu sederhana, banyak atau sangat

banyak. Manakala nilai indeks purata yang diperolehi adalah 2.63 yang menunjukkan

masalah kesilapan dalam pembinaan yang menyumbang kepada pembaziran bahan

berlaku pada tahap kekerapan sederhana. Kebanyakan respondenmenyatakan

bahawa masalah ini berlaku disebabkan keadaan dimana kebanyakan buruh di tapak

bina adalah buruh asing yang tidakberpengalaman dalam melakukan kerja-kerja

pembinaan dan mereka banyak melakukan kesilapan tanpa disedari disebabkan tiada

pengetahuan serta tentang kaedah kerja yang betul dan juga kerana kecuaian ketika

melakukan kerja disebabkan ingin cepat siap. Pendapat ini turut disokong oleh Chen

et.al (2002) yang menyatakan bahawa salah satu punca utama berlakunya

pembaziran adalah disebabkan oleh tindakan pekerja yang tersilap menggunakan

bahan binaan atau cuai ketika menggunakannya.









Selain itu, salah seorang responden turut menambah bahawa masalah

kurangnya pengawasan teliti dan berpanjangan oleh jurutera atau sub- kontraktor

ke atas kerja yang dilakukan oleh pekerja di tapak bukan sahaja mengakibatkan

kesilapan ketika pembinaan tetapi juga membawa kepada kerosakan bahan akibat

kecuaian dalam kerja pembinaan. Pendapat ini dikemukakan oleh Tam et.al (2002)

yang berpendapat bahawa masalah kesilapan pekerja dalam melakukan pekerjaan

boleh juga timbul disebabkan kurangnya penyeliaan oleh kontraktor utama terhadap

pekerja dan sub-kon di tapak bina. Selain itu, Tam et.al (2002) turut



menyatakan

152



bahawa kesedaran yang kurang di kalangan pekerja tentang kepentingan



mengurangkan pembaziran bahan merupakan perkara yang biasa berlaku di tapak



bina dan perkara ini sememangnya menyebabkan pembaziran bahan yang banyak.



Kesimpulannya, masalah kesilapan dalam pembinaan berlaku disebabkan kurangnya



penyeliaan menyeluruh ke atas semua aktiviti pembinaan yang melibatkan



penggunaan bahan binaan.



Jadual 5.11 : Kekerapan Berlakunya Masalah Kesilapan Dalam Pembinaan Yang

Menyebabkan Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

Kadar Kekerapan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Banyak 0 0

Banyak 10 19.6

Sederhana 25 49.0

Sedikit 9 17.6

Tiada 9 17.6

Jumlah 51 100









60

Peratus Bil. Kontraktor (%)









49

50



40



30

19.6

20 17.6 17.6



10

0

0

Tahap Kekerapan



Tiada Sedikit Sederhana Banyak Sangat Banyak







Rajah 5.11: Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

153



Kekerapan Berlakunya Masalah Kesilapan Dalam Pembinaan Yang

Menyebabkan Pembaziran Bahan Di Tapak Bina









5.2.10 Susun Atur Tapak Bina Yang Tidak Terancang









Berdasarkan analisis yang dibuat, 43.1% kontraktor yang mewakili peratus

tertinggi menyatakan masalah ini sedikit sekali berlaku. Secara keseluruhannya,

lebih daripada separuh bilangan kontraktor yang memberi respons iaitu sebanyak

60.7% memilih salah satu tahap kekerapan yang berikut iaitu antara sedikit

atau tiada. Nilai indeks purata yang diperolehi adalah 2.61 yang menunjukkan

masalah ini berlaku pada kadar kekerapan sedikit. Secara keseluruhannya,

berdasarkan majoriti respons kontraktor dan nilai indeks purata yang diperolehi

maka dapat disimpulkan masalah ini berlaku pada kadar kekerapan sedikit. Salah

seorang responden yang ditemubual menyatakan masalah susunatur tapak bina yang

tidak terancang sememangnya mampu menjadi penyebab timbulnya pelbagai

masalah yang boleh mengakibatkan pembaziran bahan di tapak bina. Formoso et.al

(2002) menyatakan bahawa kegagalan dalam merancang pelan susunatur tapak bina

adalah antara faktor utama berlakunya masalah pembaziran bahan di tapak bina.









Kebanyakan responden yang ditemuramah menyatakan bahawa kegagalan

mendapatkan gambaran keadaan sebenar tapak bina di wal perancangan

menyebabkan kontraktor gagal menghasilkan susun atur tapak bina yang benar

terancang serta mengelakkan berlakunya pembaziran bahan. Ini kerana menurut

Chen et.al (2002), keadaan susunatur tapak pembinaan yang kelihatan berselerak

dalam keadaan tidak terancang akan menyebabkan penjanaan pembaziran bahan

binaan yang banyak. Menurut responden lain pula, di antara cirri-ciri keadaan tapak

bina yang tidak terancang adalah keadaan jalan di dalam tapak yang tidak rata, jarak

154



di antara stor bahan dengan tempat pembinaan agak jauh dan kedudukan stor yang

terlindung dari pemerhatian pengawal keselamatan. Perkara ini turut disentuh oleh

Shingo (1989) yang menyatakan bahawa keadaan susunatur tapak yang tidak

terancang akan menyebabkan wujudnya keadaan laluan tapak yang teruk dan

pengendalian bahan yang berlebihan di dalam tapak bina yang seterusnya

menyumbang kepada pembaziran bahan di tapak bina.









Jadual 5.12 : Kekerapan Berlakunya Masalah Susun Atur Tapak Tidak Terancang

Yang Menyebabkan Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

Kadar Kekerapan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Banyak 0 0

Banyak 9 17.6

Sederhana 22 43.1

Sedikit 11 21.6

Tiada 9 17.6

Jumlah 51 100









50

43.1

Peratus Bil. Kontraktor (%)









45

40

35

30

25 21.6

20 17.6 17.6

15

10

5 0

0

Tahap Kekerapan



Tiada Sedikit Sederhana Banyak Sangat Banyak







Rajah 5.12: Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

155



Kekerapan Berlakunya Masalah Susun Atur Tapak Tidak Terancang

Yang Menyebabkan Pembaziran Bahan Di Tapak Bina









5.2.11 Kualiti Bahan Yang Rendah









Daripada histogram di bawah dapat dilihat peratus tertinggi yang mewakili

39.2% kontraktor menyatakan kekerapan masalah ini berlaku adalah secara

sederhana. Sebanyak 54.9% kontraktor memilih salah satu jawapan di antara 3 tahap

kekerapan iaitu banyak dan sederhana. Nilai indeks purata yang diperolehi adalah

2.53 yang terletak dalam skala yang mewakili kadar kekerapan sederhana. Maka

secara keseluruhannya telah disimpulkan masalah kualiti kerja rendah ini berlaku

pada tahap kekerapan sederhana dan kesimpulan ini dibuat berdasarkan peratus nilai

purata yang diperolehi dan jumlah kontraktor terbanyak yang menyatakan masalah

ini berlaku pada kadar kekerapan sederhana.









Menurut salah seorang responden tindakan kontraktor yang sengaja membeli

bahan berkualiti rendah bagi meningkatkan keuntungan menyebabkan struktur yang

dibina gagal mencapai kekuatan yang dikehendaki dan akhirnya terpaksa

diruntuhkan apabila pihak berkuasa tidak meluluskannya dan kemudian dibina

semula. Perkara ini ada dinyatakan oleh Greeno (1995) yang berpendapat bahawa

penggunaan bahan berkualiti rendah berbeza dari spesifikasi yang telah ditetapkan

akan menyebabkan bahagian yang telah dibina dengan menggunakan bahan tersebut

terpaksa dirobohkan apabila tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa. Responden

yang ditemubual turut berpendapat bahawa kaedah pengendalian dan penggunaan

komponen pasang siap yang tidak betul mampu menjejaskan kualiti bahan tersebut

sehingga mengakibatkan ia rosak sehingga ia terpaksa dibuang begitu sahaja.

Pendapat ini turut disokong oleh Yates dan Lockley (2002) yang berpendapat

156



bahawa penggunaan bahan yang tidak memenuhi spesifikasi yang telah digariskan

dan komponen pasang siap yang telah rosak ketika proses pengendalian boleh

menyebabkan berlakunya kegagalan kepada struktur yang dibina. Secara

keseluruhannya, kualiti bahan boleh terjejas disebabkan aplikasi kaedah

pengendalian dan penyimpanan bahan yang tidak sesuai dengan sifat bahan tersebut

ketika ia baru sampai di tapak bina dan terpaksa disimpan terlebih dahulu.









Jadual 5.13 : Kekerapan Berlakunya Masalah Kualiti Bahan Rendah Yang

Menyebabkan Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

Kadar kekerapan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Banyak 0 0

Banyak 7 15.7

Sederhana 20 39.2

Sedikit 14 27.5

Tiada 9 17.6

Jumlah 51 100









45

39.2

40

Peratus Bil. Kontraktor (%)









35

30 27.5



25

20 17.6

15.7

15

10

5

0

0

Tahap Kekerapan

Tiada Sedikit Sederhana Banyak Sangat Banyak

157



Rajah 5.13 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Kekerapan Berlakunya Masalah Kualiti Bahan Yang Rendah Yang

Menyebabkan Pembaziran Bahan Di Tapak Bina









5.2.12 Pemilihan Pembekal Yang Tidak Sesuai









Berdasarkan analisis yang dibuat, didapati sebanyak 78.4% kontraktor yang

merupakan peratus tertinggi menyatakan kekerapan masalah ini berlaku dengan

sedikit sahaja. Secara keseluruhannya, 96% daripada jumlah kontraktor memilih

satu pilihan jawapan antara 2 tahap kekerapan iaitu sedikit atau tiada. Nilai indeks

purata yang diperolehi adalah 1.86 yang terletak dalam skala mewakili kadar

kekerapan sedikit. Berdasarkan nilai indeks purata yang diperolehi dan majoriti

respons kontraktor maka dapat disimpulkan bahawa masalah pemilihan pembekal

yang tidak sesuai yang menyumbang kepada pembaziran bahan di tapak bina berlaku

pada kadar yang sedikit sahaja.









Menurut salah seorang responden masalah ini kurang berlaku kerana bilangan

syarikat pembekal bahan binaan yang agak banyak di kawasan Johor Bahru

menyebabkan kebanyakan syarikat bersaing dalam memberikan perkhidmatan

terbaik maka secara tidak langsung, persaingan ini telah menyebabkan kebanyakan

syarikat ini mampu menyediakan bahan binaan yang menepati spesifikasi, mutu dan

dihantar tepat pada masa yang diperlukan. Seorang responden lain turut menambah

bahawa jaringan komunikasi syarikat kontraktor yang agak meluas ini membolehkan

mereka mengenalpasti pembekal yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik.

Ini turut disokong oleh Stukhart (1995) yang menyatakan bahawa komunikasi dan

koordinasi yang serba kekurangan akan menyukarkan proses menilai pembekal

bahan.

158









Jadual 5.14 : Kekerapan Berlakunya Masalah Pemliihan Pembekal Yang Tidak

Sesuai Yang Menyebabkan Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

Tahap Kekerapan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Banyak 0 0

Banyak 0 0

Sederhana 2 3.9

Sedikit 40 78.4

Tiada 9 17.6

Jumlah 51 100









90

78.4

80

Peratus Bil. Kontraktor (%)









70

60

50

40

30

17.6

20

10 3.9

0 0

0

Tahap Kekerapan



Tiada Sedikit Sederhana Banyak Sangat Banyak

159



Rajah 5.14 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Kekerapan Berlakunya Masalah Pemilihan Pembekal Yang Tidak Sesuai

Yang Menyebabkan Pembaziran Bahan Di Tapak Bina









5.2.12 Kemalangan Di Tapak Bina Yang Menyebabkan Kerosakan Bahan









Daripada histogram di bawah dapat dilihat peratus tertinggi iaitu 58.8%

kontraktor yang jatuh pada tahap kekerapan menyatakan masalah ini berlaku dengan

sedikit sahaja. Secara keseluruhannya, hampir 96.1% kontraktor memilih salah satu

jawapan di antara 2 tahap kekerapan iaitu sedikit dan tiada. Berdasarkan analisis

yang dijalankan didapati nilai indeks purata adalah 1.71 yang berada dalam skala

yang mewakili kadar kekerapan sedikit. Secara keseluruhannya boleh disimpulkan

kadar kekerapan berlakunya kemalangan tapak bina yang boleh menyebabkan

pembaziran bahan di tapak bina berlaku dengan kadar yang sedikit. Menurut salah

seorang responden yang ditemubual, kebanyakan kemalangan di tapak bina jarang

sekali melibatkan kerosakan pada bahan dan lazimnya yang terlibat adalah pekerja

sahaja dengan kecederaan ringan.









Jadual 5.15 : Kekerapan Berlakunya Masalah Kemalangan Di Tapak Bina Yang

Menyebabkan Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

Kadar Kekerapan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Banyak 1 2

Banyak 0 0

Sederhana 1 2

Sedikit 30 58.8

Tiada 19 37.3

Jumlah 51 100

160









70

Peratus Bil. Kontraktor (%) 58.8

60



50



40 37.3



30



20



10

2 2

0

0

Tahap Kekerapan

Tiada Sedikit Sederhana Banyak Sangat Banyak







Rajah 5.15 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Kekerapan Berlakunya Masalah Yang Kemalangan Di Tapak Bina

Menyebabkan Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

161









5.2.17 Pembaziran Bahan Di Tapak Bina Secara Keseluruhan









Jadual 5.16: Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

Keterangan Indeks Kedudukan

Perubahan Dalam Rekabentuk Ketika Pembinaan 2.96 1

Kurang Kawalan Terhadap Penggunaan Bahan Di Tapak 2.88 2

Bina

Sistem Penyimpanan Bahan Yang Tidak Sempurna 2.80 3

Kecurian Bahan Di Tapak Bina 2.78 4

Lebihan dari Bahan Binaan Yang Dipotong 2.71 5

Penjadualan Dan Pembelian Bahan Yang Tidak 2.71 5

Terancang

Kaedah Pengendalian Bahan Yang Tidak Terancang 2.71 5

Pengurus Projek Yang Kurang Berpengalaman 2.69 6

Kesilapan Ketika Pembinaan 2.63 7

Susun Atur Tapak Bina Yang Tidak Terancang 2.61 8

Kualiti Bahan Yang Rendah 2.53 9

Pemilihan Pembekal Yang Tidak Sesuai 1.86 10

Kemalangan Di Tapak Bina Yang Menyebabkan 1.71 11

Kerosakan Bahan









Daripada soal selidik yang telah dibuat dan dianalisa, berdasarkan peratus

indeks purata didapati faktor rekabentuk tidak effisien menduduki tangga tertinggi

mendahului faktor-faktor lain. Kebanyakan responden yang ditemubual menyatakan

masalah ini banyak berlaku dalam projek yang melibatkan jabatan kerajaan sebagai

pihak klien dimana mereka sering membuat perubahan pada pelan rekabentuk ketika

projek pembinaan telah bermula. Perkara ini berlaku disebabkan pada permulaannya

mereka tidak mendapat gambaran sebenar dengan melihat lukisan arkitek dan apabila

mereka melihat struktur yang sudah separuh jalan dibina barulah mereka merasakan

162



ia tidak menepati kehendak mereka menyebabkan perubahan terpaksa dibuat agar

selaras dengan permintaan klien. Ekanayake dan Ofori (2000) menyatakan

perubahan pada pelan rekabentuk yang dilakukan ketika projek sedang berjalan

merupakan satu daripada faktor paling signifikan kepada masalah pembaziran bahan.









Faktor yang menduduki tangga kedua tertinggi adalah masalah kurangnya

kawalan terhadap penggunaan bahan di tapak bina. Salah seorang responden yang

ditemubual berpendapat masalah ini berlaku disebabkan ketiadaan perancangan dan

pengawasan yang sempurna ke atas penggunaan bahan binaan di tapak bina. Hal ini

turut disentuh oleh Hong Kong Polytechnic and Hong Kong Construction

Association (1993) yang menyatakan bahawa kurangnya kawalan ke atas

penggunaan bahan binaan oleh para kontraktor merupakan antara punca pembaziran

bahan di tapak bina. Faktor yang menduduki tangga ketiga tertinggi adalah masalah

sistem penyimpanan bahan yang tidak sempurna. Responden yang ditemubual

berpendapat bahawa perancangan yang tidak menyeluruh tentang kaedah

penyimpanan sesuai bagi bahan binaan yang dibeli menyebabkan bahan yang

disimpan mengalami kerosakan. Ini turut diketengahkan oleh Stukhart (1995) yang

berpendapat bahawa kegagalan membuat perancangan bagi penyimpanan bahan

binaan akan mengakibatkan bahan mengalami kerosakan atau hilang.









Manakala faktor yang menduduki tangga keempat tertinggi ialah masalah

kecurian bahan di tapak bina. Menurut salah seorang responden masalah ini berlaku

disebabkan oleh kebanyakan kontraktor jarang mengambil langkah keselamatan

melindungi tapak dengan memasang papan pengadang di sekeliling tapak bagi

mengelakkan dari dimasuki pencuri. Ini turut dinyatakanWyatt (1985) dan Chudley

(1993) turut menambah bahawa kepincangan kawalan keselamatan tapak bina boleh

menyebabkan kecurian bahan berlaku dengan mudah. Manakala terdapat 3 faktor

yang menduduki tangga kelima tertinggi iaitu masalah lebihan bahan binaan yang

dipotong, proses penjadualan dan pembelian bahan yang tidak terancang dan kaedah

pengendalian bahan yang tidak terancang.

163



Di tempat keenam pula adalah masalah pengurus projek yang kurang

berpengalaman. Salah seorang responden yang ditemuramah menyatakan masalah

disebabkan pengurus projek timbul apabila berlaku keadaan dimana setiap kali

pengurus projek menguruskan projek pembinaan, sesebuah projek itu akan

mempunyai masalah yang berlainan dengan yang sebelumnya disebabkan faktor

geografi kawasan pembinaan dan rekabentuk bangunan yang diinginkan oleh klien

dan oleh sebab itu perkara ini tidak boleh dielakkan melainkan pengurus projek itu

berpengalaman luas dalam mengendalikan pelbagai projek sebelum ini. Manakala

faktor yang jatuh di tempat ketujuh adalah masalah kesilapan dalam pembinaan dan

di tempat kelapan adalah masalah kualiti bahan yang rendah. Menurut Tam et.al

(2002) masalah kesilapan pekerja dalam melakukan pekerjaan boleh juga timbul

disebabkan kurangnya penyeliaan oleh kontraktor utama terhadap pekerja dan sub-

kon di tapak bina.









Akhir sekali terdapat 2 faktor yang hanya berlaku pada kadar yang sedikit

iaitu bemula dari tempat kesembilan yang diduduki oleh masalah pemilihan

pembekal yang tidak sesuai dan di tangga terakhir ialah masalah kemalangan di

tapak bina yang menyebabkan kerosakan bahan. Menurut salah seorang responden,

masalah pemilihan pembekal yang tidak sesuai kurang berlaku kerana kebanyakan

pembekal bahan di sekitar Johor memang berupaya membekalkan bahan binaan yang

berkualiti selaras dengan permintaan kontraktor. Selain itu, beliau turut menyatakan

masalah kemalangan yang mengakibatkan kerosakan bahan sangat jarang berlaku.

Secara keseluruhanya berdasarkan kajian ini, didapati kesemua faktor pembaziran

bahan yang dikenapasti berlaku di tapak bina ini adalah saling berkait dimana

kewujudan sebuah faktor pembaziran akan menjadi penyebab kepada kewujudan

faktor yang lain.

164









5.3 Strategi Bagi Mengatasi Masalah Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

5.3.1 Menjadikan Pengurangan Pembaziran Bahan Sebagai Satu Daripada

Objektif Dalam Projek Pembinaan









Berdasarkan analisis yang dibuat, 58.8 % kontraktor yang mewakili peratus

tertinggi menyatakan kaedah ini sangat berkesan. Secara keseluruhannya, kesemua

kontraktor memilih salah satu tahap keberkesanan yang berikut iaitu antara berkesan

atau sangat berkesan. Nilai indeks purata yang diperolehi adalah 4.41 yang terletak

dalam skala yang menunjukkan langkah ini berkesan. Berdasarkan nilai indeks

purata yang diperolehi dan majoriti respons kontraktor maka dapat disimpulkan

langkah menjadikan pengurangan pembaziran bahan di tapak bina sebagai satu

daripada objektif dalam projek pembinaan merupakan kaedah yang berkesan dalam

mengurangkan masalah pembaziran bahan di tapak bina. Ekanayake dan Ofori

(2000) dan Poon dan Jaillon (2002) langkah menjadikan pengurangan pembaziran

sebagai satu daripada objektif projek boleh diaplikasikan sebagai usaha untuk

mengurangkan pembaziran bahan di tapak bina.









Kesemua responden yang ditemubual mengakui sememangnya langkah

menjadikan pengurangan pembaziran bahan sebagai salah satu daripada objektif

projek berkesan dalam mengatasi pembaziran bahan di tapak bina dan langkah ini

akan menjadi lebih efektif dengan adanya pengawasan ke atas aktiviti di tapak bina

oleh jurutera tapak dan juruukur bahan sepanjang masa. Ekanayake danOfori (2000)

dan Poon dan Jaillon (2002) menyatakan bahawa langkah menjadikan pengurangan

pembaziran sebagai satu daripada objektif projek dapat mengurangkan pembaziran

bahan di tapak bina. Selain itu, menurut salah seorang responden sememangnya

langkah tersebut sememangnya berkesan dalam mengatasi masalah pembaziran

bahan kerana dengan adanya objektif projek yang menekankan isu itu maka sudah

pasti akan ada usaha dan strategi yang dibentangkan oleh pihak pengurusan projek

bagi mencapai objektif tersebut.

165









Jadual 5.17 : Tahap Keberkesanan Langkah Menjadikan Pengurangan Pembaziran

Bahan Sebagai Satu Daripada Objektif Dalam Projek Pembinaan Bagi

Mengatasi Masalah Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

Tahap Keberkesanan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Berkesan 21 41.2

Berkesan 30 58.8

Sederhana Berkesan 0 0

KurangBerkesan 0 0

Tiada Kesan 0 0

Jumlah 51 100









70

Peratus Bil. Kontraktor (%)









58.8

60



50

41.2

40

30



20



10

0 0 0

0

Tahap Keberkesanan



Tidak Berkesan Kurang Berkesan Sederhana Berkesan

Berkesan Sangat Berkesan







Rajah 5.16: Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Keberkesanan Langkah Menjadikan Pengurangan Pembaziran Bahan

Sebagai Satu Daripada Objektif Dalam Projek Pembinaan Dalam Usaha

Mengatasi Masalah Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

166









5.3.2 Memilih Pembekal Bahan Yang Berkelayakan









Hasil analisis mendapati, 41.2% kontraktor yang menyatakan kaedah ini

agak sederhana berkesan bagi mengatasi masalah pembaziran bahan di tapak bina.

Secara keseluruhannya, lebih daripada separuh bilangan kontraktor yang memberi

respons iaitu sebanyak 72.6% memilih salah satu tahap kekerapan yang berikut iaitu

antara 3 iaitu sederhana berkesan, berkesan atau sangat berkesan. Berdasarkan

analisis yang dijalankan diperolehi nilai indeks purata sebanyak 3.04 yang terletak

dalam skala yang mewakili kadar keberkesanan iaitu sederhana berkesan. Secara

keseluruhannya, berdasarkan nilai indeks purata dan majoriti respons kontraktor

maka telah dapat disimpulkan bahawa langkah memilih pembekal yang berkelayakan

agak sederhana berkesan dalam mengatasi masalah pembaziran bahan di tapak bina.









Menurut salah seorang responden yang ditemubual, langkah ini

sememangnya dilihat sebagai sederhana berkesan dalam menangani masalah

pembaziran bahan di tapak bina kerana kontraktor menghadapi masalah dalam

memilih pembekal yang membekal bahan berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Ini kerana walaupunmemang terdapat ramai pembekal yang sanggup membekal

bahan yang berkualiti tetapi dengan penjualan secara tunai dan bukannya pembelian

secara kredit dimana pembeli membayar dalam tempoh waktu tertentu.

Memandangkan kesemua kontraktor ini membeli bahan dalam kuantiti yang banyak

secara kredit merekaterpaksa membayar harga yang lebih tinggi bagi bahan yang

sama berbandingjika mereka membelinya dengan tunai. Menurut beliau lagi,

masalah ini boleh diatasi oleh kontraktor sekiranya sistem pembankan sanggup

memberikan pinjaman kepada kontraktor untuk membuat pembelian bahan secara

tunai daripada pembekal.

167









Jadual 5.18: Tahap Keberkesanan Langkah Memilih Pembekal Bahan Yang

Berkelayakan Bagi Mengatasi Masalah pembaziran Bahan Di

Tapak Bina

Tahap Keberkesanan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Berkesan 2 3.9

Berkesan 14 27.5

Sederhana Berkesan 21 41.2

Kurang Berkesan 12 23.5

Tiada Kesan 2 3.9

Jumlah 51 100









45 41.2

40

Peratus Bil. Kontraktor (%)









35

30 27.5

23.5

25

20

15

10

3.9 3.9

5

0

Tahap Keberkesanan



Tidak Berkesan Kurang Berkesan Sederhana Berkesan

Berkesan Sangat Berkesan







Rajah 5.17 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Keberkesanan Langkah Memilih Pembekal Bahan Yang Berkelayakan

Dalam Usaha Mengatasi Masalah Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

168









5.3.3 Menyediakan Susun Atur Tapak Bina Yang Terancang









Hasil analisis mendapati, 45.1% kontraktor memberi respons bahawa kaedah

ini berkesan dalam mengatasi masalah pembaziran bahan di tapak bina. Lebih

daripada separuh bilangan kontraktor yang memberi respons iaitu sebanyak 95.9%

memilih salah satu tahap kekerapan yang berikut iaitu sederhana berkesan, berkesan

atau sangat berkesan. Nilai indeks purata yang didapati adalah 3.96 dan ia terletak

dalam skala yang menunjukkan langkah ini berkesan. Keseluruhannya berdasarkan

nilai indeks purata yang diperolehi dan majoriti respons kontraktor maka dapat

disimpulkan kaedah ini agak berkesan dalam mengatasi masalah pembaziran bahan

di tapak bina. Menurut salah seorang responden yang ditemubual, langkah

menyediakan susunatur tapak yang terancang memang berkesan dalam mengatasi

masalah pembaziran bahan di tapak bina kerana dengan penyediaan stor bahan yang

berdekatan dengan kawasan pembinaan dapat mengurangkan jarak helaan dari stor

ke tempat kerja.









Menurut responden lain pula, semua kemudahan di atas susunatur tapak perlu

ditandakan dengan jelas bagi membolehkan penghantaran bahan ke lokasi yang betul

Mohammed (1996) menyatakan bahawa pelan tapak yang menunjukkan jalan

sementara, tempat simpanan bahan dan loji, penempatan sementara dan lain-lain

yang diperlukan semasa pembinaan perlu ditampal pada dinding pejabat tapak.

Menurut Barritt (1985), tinjauan perlu dibuat untuk menentukan jenis dan kuantiti

setiap bahan yang hendak disimpan, aktiviti kerja pembinaan yang akan dijalankan

dan kaedah yang akan digunakan untuk mengangkut bahan binaan kerana setiap

elemen tersebut akan mempengaruhi pelan susunatur tapak yang bakal disediakan.

Secara keseluruhannya GPDA (1998) menyatakan bahawa keadaan tempat kerja

perlu dirancang dengan sempurna bagi mengelakkan pembaziran yang terjadi akibat

pengendalian, pemasangan dan tumpahan yang teruk.

169









Jadual 5.19 : Tahap Keberkesanan Langkah Menyediakan Susun Atur Tapak Bina

Yang Terancang Bagi Mengatasi Masalah Pembaziran Bahan Di Tapak

Bina

Tahap Keberkesanan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Berkesan 14 27.3

Berkesan 23 45.1

Sederhana Berkesan 12 23.5

Kurang Berkesan 2 3.9

Tiada Kesan 0 0

Jumlah 51 100









50

45.1

45

Peratus Bil. Kontraktor (%)









40

35

30 25.5

23.5

25

20

15

10

3.9

5

0

0

Tahap Keberkesanan



Tidak Berkesan Kurang Berkesan Sederhana Berkesan

Berkesan Sangat Berkesan









Rajah 5.18 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Keberkesanan Langkah Menyediakan Susunatur Tapak Bina Yang

Terancang Dalam Usaha Mengatasi Masalah Pembaziran Bahan Di

170



Tapak Bina





5.3.4 Proses Penjadualan Dan Pembelian Bahan Yang Terancang









Hasil analisis mendapati, 43.1% kontraktor yang menyatakan kaedah ini

berkesan bagi mengatasi masalah pembaziran bahan di tapak bina. Secara

keseluruhannya, lebih daripada separuh bilangan kontraktor yang memberi respons

iaitu sebanyak 96% memilih salah satu tahap kekerapan yang berikut iaitu sederhana

berkesan, berkesan atau sangat berkesan. Nilai indeks purata yang diperolehi adalah

3.98 yang menunjukkan kaedah ini dilihat sebagai berkesan dalam menangani

masalah pembaziran bahan di tapak bina. Secara keseluruhannya, boleh disimpulkan

bahawa langkah ini berkesan jika diaplikasi bagi mengatasi masalah pembaziran

bahan di tapak bina. Ini berdasarkan nilai indeks purata yang diperolehi dan majoriti

respons kontraktor yang menyatakan langkah ini berkesan. Ini turut diakui oleh

Fishbein (1998) dan Poon dan Jaillon (2002) yang menyatakan bahawa penjadualan

penghantaran bahan yang effisien merupakan antara strategi yang boleh diambil bagi

mengatasi masalah pembaziran bahan dalam projek pembinaan. Menurut Fishbein

(1998) pembelian dan penempahan bahan yang effisien akan dapat mengurangkan

pembaziran bahan yang terjadi.









Menurut salah seorang responden, penjadualan bahan yang lengkap sangat

penting kerana ia menjadi rujukan kepada kontraktor bagi membuat tempahan bahan

dan mengetahui tentang waktu penerimaan bahan. Tambah beliau lagi, tindakan

kontraktor mengemaskini maklumat di dalam jadual ini dari semasa ke semasa

tentang maklumat penghantaran bahan akan menjadikan penggunaan jadual ini

mampu mengatasi masalah pembaziran bahan. Pendapat ini turut disokong oleh

Stukhart (1995), waktu penghantaran dan waktu pemasangan bahan binaan yang

tertera di dalam jadual bahan mestilah dalam keadaan teratur bagi memudahkan

penggunaan ruang penyimpanan bahan digunakan secara effisien. Kebanyakan

responden yang ditemubual menyatakan bahawa anggaran tepat yang dibuat ketika

proses membeli bahan binaan dapat mengelakkan berlakunya pembaziran bahan di

tapak bina. Ini turut disokong oleh O‟Brien (1998), Chamberlin (2002) dan DH

171



(2000) turut menambah bahawa anggaran tepat perlu dibuat sebelum melakukan

pembelian bahan binaan bagi mengurangkan pembaziran bahan yang berlaku.

Jadual 5.20: Tahap Keberkesanan Langkah Menyediakan Proses Penjadualan Dan

Pembelian Bahan Yang Terancang Bagi Mengatasi Masalah pembaziran

Bahan Di Tapak Bina

Tahap Keberkesanan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Berkesan 15 29.4

Berkesan 22 43.1

Sederhana Berkesan 12 23.5

Kurang Berkesan 2 3.9

Tiada Kesan 0 0

Jumlah 51 100









50

45 43.1

Peratus Bil. Kontraktor (%)









40

35

29.4

30

23.5

25

20

15

10

3.9

5

0

0

Tahap Keberkesanan



Tidak Berkesan Kurang Berkesan Sederhana Berkesan

Berkesan Sangat Berkesan







Rajah 5.19 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Keberkesanan Langkah Menyediakan Proses Penjadualan Dan

Pembelian Bahan Yang Terancang Dalam Usaha Mengatasi Masalah

Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

172









5.3.5 Pengendalian Bahan Yang Berkesan









Hasil analisis mendapati, peratus tertinggi iaitu sebanyak 43.1% mewakili

kontraktor yang menyatakan kaedah ini berkesan bagi mengatasi masalah

pembaziran bahan di tapak bina. Secara keseluruhannya, lebih daripada separuh

bilangan kontraktor yang memberi respons iaitu sebanyak 94.1% memilih salah satu

tahap kekerapan yang berikut iaitu antara 3 iaitu sederhana berkesan, berkesan atau

sangat berkesan. Analisis yang dibuat telah memperolehi nilai indeks purata iaitu

sebanyak 3.98 yang menunjukkan kaedah ini dilihat sebagai berkesan dalam

menangani masalah pembaziran bahan di tapak bina. Secara keseluruhannya,

berdasarkan nilai indeks purata yang diperolehi dan majoriti maklumbalas kontraktor

maka dapat disimpulkan bahawa kaedah ini berkesan jika diaplikasi bagi mengatasi

masalah pembaziran bahan di tapak bina. Menurut Wren dan Bell (2000), di antara

aspek penting dalam proses mengurangkan pembaziran bahan yang terjana adalah

dengan memberikan perhatian kepada pengendalian bahan.









Menurut salah seorang responden, sememangnya kaedah pengendalian yang

betul berkesan dalam mengatasi pembaziran bahan di tapak bina dan ini dapat

dicapai dengan adanya pengawasan sepanjang masa yang sempurna ketika aktiviti

pembinaan di tapak bina sedang berjalan. Ini kerana pengawasan yang berterusan

lebih-lebih ketika proses pengendalian bahan akan dapat memastikan para pekerja

mengikut kaedah kerja yang betul. Ini turut disokong oleh Barritt (1988) dan GPDA

(1998) menyatakanbahawa perhatian teliti terhadap aktiviti pengendalian bahan

binaan akan dapat mengurangkan kadar pembaziran bahan. Terdapat juga responden

yang mencadangkan bahawa keprihatinan dan langkah yang diambil oleh badan

kerajaan seperti CIDB dalam mewujudkan prosedur pengendalian bahan sebagai

panduan bagi kontraktor yang terlibat dalam projek pembinaan adalah sangat penting

dan mampu mengatasi masalah pembaziran bahan di tapak bina. Ini kerana menurut

WRB (1993), Chamberlin (2001) dan Poon dan Jaillon (2002) pengendalian bahan

yang sempurna akan berupaya mengelakkan kerosakan ke atas bahan-bahan binaan.

173









Jadual 5.21 : Tahap Keberkesanan Langkah Mengaplikasikan Kaedah Pengendalian

Bahan Yang Berkesan Bagi Mengatasi Masalah Pembaziran Bahan Di

Tapak Bina

Tahap Keberkesanan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Berkesan 16 31.4

Berkesan 22 43.1

Sederhana Berkesan 10 19.6

Kurang Berkesan 2 3.9

Tiada Kesan 1 2.0

Jumlah 51 100









50

45 43.1

Peratus Bil. Kontraktor (%)









40

35 31.4

30

25

19.6

20

15

10

3.9

5 2

0

Tahap Keberkesanan



Tidak Berkesan Kurang Berkesan Sederhana Berkesan

Berkesan Sangat Berkesan







Rajah 5.20 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Keberkesanan Langkah Mengaplikasikan Kaedah Pengendalian

Bahan Yang Berkesan Dalam Usaha Mengatasi Masalah

Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

174









5.3.6 Menyediakan Sistem Penyimpanan Bahan Yang Selamat dan Sesuai









Hasil analisis mendapati, 54.9% kontraktor yang menyatakan kaedah ini

sangat berkesan bagi mengatasi masalah pembaziran bahan di tapak bina. Secara

keseluruhannya, 94.3% kontraktor memilih salah satu tahap kekerapan yang berikut

iaitu antara sederhana berkesaan, berkesan atau sangat berkesan. Berdasarkan nilai

indeks purata yang diperolehi iaitu 4.00 dan majoriti respons kontraktor maka dapat

disimpulkan langkah ini berkesan dalam mengatasi masalah pembaziran di tapak

bina. Ini turut disokong oleh WRB (1993), O‟Brien (1998), Ekanayake dan Ofori

(2000) dan Chamberlin (2002) yang menyatakan bahawa penyimpanan bahan binaan

yang sempurna akan dapat mengurangkan kuantiti pembaziran bahan yang terjana.

Wren dan Bell (2000) dan Mohammed (1996) juga berpendapat bahawa penyediaan

kawasan penyimpanan bahan yang sesuai adalah antara aspek penting dalam proses

mengurangkan pembaziran bahan.









Menurut salah seorang responden dalam usaha mewujudkan sistem

penyimpanan yang selamat dan sesuai kontraktor seharusnya perlu membuat tinjauan

di tapak bina pada awal projek lagi ketika proses merancang susunatur tapak bagi

memilih lokasi stor yang mudah diawasi serta berdekatan dengan kawasan projek

pembinaan. Ini turut disokong oleh GPDA (1998) yang berpendapat bahawa

pengurus tapak perlu merancang bagi memperuntukkan kawasan penyimpanan bahan

yang sesuai bagi menjamin keselamatan dan perlindungan bahan binaan (GPDA,

1998). Ini ditambah oleh Lock (1996) yang menyatakan bahawa keperluan ruang

penyimpanan bahan perlu dimasukkan dalam perancangan peruntukan sumber-

sumber projek. Kegagalan dalam membuat perancangan awal bagi proses

penempatan kawasan penyimpanan bahan akan menyebabkan berlakunya

pembaziran bahan yang sebenarnya boleh dielakkan (Wyatt, 1985).

175









Jadual 5.22 : Tahap Keberkesanan Langkah Menyediakan Sistem Penyimpanan

Bahan Yang Selamat dan Sesuai Bagi Mengatasi Masalah Pembaziran

Bahan Di Tapak Bina

Tahap Keberkesanan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Berkesan 13 25.5

Berkesan 28 54.9

Sederhana Berkesan 7 13.9

Kurang Berkesan 3 5.9

Tiada Kesan 0 0

Jumlah 51 100









60 54.9

Peratus Bil. Kontraktor (%)









50



40



30 25.5



20

13.9



10 5.9

0

0

Tahap Keberkesanan



Tidak Berkesan Kurang Berkesan Sederhana Berkesan

Berkesan Sangat Berkesan







Rajah 5.21 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Keberkesanan Langkah Menyediakan Sistem Penyimpanan

Bahan Yang Selamat dan Sesuai Dalam Usaha Mengatasi Masalah

Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

176









5.3.7 Mengamalkan Kaedah Penghantaran “Just In Time”









Hasil analisis mendapati, peratus tertinggi iaitu sebanyak 45.1%mewakili

kontraktor yang menyatakan kaedah ini berkesan bagi mengatasi masalah

pembaziran bahan di tapak bina. Secara keseluruhannya, lebih daripada separuh

bilangan kontraktor yang memberi respons iaitu sebanyak 92.1% memilih salah satu

tahap kekerapan yang berikut iaitu antara 3 iaitu sederhana berkesan, berkesan atau

sangat berkesan. Nilai indeks purata yang diperolehi adalah 3.80 yang menunjukkan

kaedah ini dilihat sebagai berkesan dalam menangani masalah pembaziran bahan di

tapak bina. Secara keseluruhannya, berdasarkan nilai indeks purata yang diperolehi

dan majoritI maklumbalas kontraktor maka dapat disimpulkan bahawa kaedah ini

berkesan jika diaplikasi bagi mengatasi masalah pembaziran bahan di tapak bina.

Menurut Low dan Mok (1999, Wren dan Bell (2000), dan Poon dan Jaillon (2002)

perlaksanaan kaedah “Just In Time” yang diamalkan dalam penghantaran bahan ke

tapak akan dapat mengurangkan pembaziran bahan yang berlaku.









Menurut salah seorang responden, sememangnya kaedah ini berkesan dalam

mengatasi masalah pembaziran bahan disebabkan proses penyimpanan dan

pengendalian 2 kali dapat dielakkan kerana bahan binaan yang sampai ke tapak bina

terus diangkat keluar dari kenderaan pengangkut dan terus digunakan. Ini turut

disokong oleh Low dan Choong (2001) yang menyatakan bahawa penggunaan

kaedah ini akan dapat mengatasi masalah penanganan dua kali dan risiko kerosakan

ke atas komponen-komponen bahan binaan. Salah seorang responden yang

ditemubuakl menyatakan, tidak ramai kontraktor yang sanggup mengamalkan konsep

“Just In Time”disebabkan sikap mereka sendiri yang tidak ingin membuat perubahan

kerana telah biasa dengan kaedah lama dimana bahan dipesan awal dan disimpan

terlebih dahulu sebelum digunakan. Beliau turut menambah bahawa ketiadaan unit

penyelidikan dan pembangunan dalam setiap syarikat kontraktor ini sepertimana

yang diamalkan oleh syarikat kontraktor Jepun merupakan antara faktor utama

177



kontraktor Malaysia tidak menyedari kepentingan kaedah “Just In Time” dalam

mengurangkan pembaziran bahan di tapak bina.





Jadual 5.23 : Tahap Keberkesanan Langkah Mengaplikasikan Kaedah Penghantaran

“Just In Time” Bagi Mengatasi Masalah Pembaziran Bahan Di Tapak

Bina

Tahap Keberkesanan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Berkesan 12 23.5

Berkesan 23 45.1

Sederhana Berkesan 12 23.5

Kurang Berkesan 2 3.9

Tiada Kesan 2 3.9

Jumlah 51 100









50

45.1

45

Peratus Bil. Kontraktor (%)









40

35

30

23.5 23.5

25

20

15

10

3.9 3.9

5

0

Tahap Keberkesanan



Tidak Berkesan Kurang Berkesan Sederhana Berkesan

Berkesan Sangat Berkesan







Rajah 5.22 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Keberkesanan Langkah Mengaplikasikan Kaedah Penghantaran

“Just In Time” Dalam Usaha Mengatasi Masalah Pembaziran Bahan Di

178



Tapak Bina









5.3.8 Penggunaan Bahan Yang Ada Secara Maksimum Dan Terkawal









Hasil analisis mendapati, peratus tertinggi iaitu sebanyak 45.1% mewakili

kontraktor yang menyatakan kaedah ini berkesan bagi mengatasi masalah

pembaziran bahan di tapak bina. Secara keseluruhannya, semua kontraktor memberi

respons dengan memilih salah satu tahap kekerapan yang berikut iaitu sederhana

berkesan, berkesan atau sangat berkesan. Analisis yang dibuat telah memperolehi

nilai indeks purata iaitu sebanyak 4.04 yang menunjukkan langkah ini dilihat sebagai

sangat berkesan dalam menangani masalah pembaziran bahan di tapak bina. Secara

keseluruhannya, berdasarkan nilai indeks purata yang diperolehi dan majoriti

maklumbalas kontraktor maka dapat disimpulkan langkah ini sangat berkesan dalam

mengatasi masalah pembaziran bahan di tapak bina. Johnston (1981) dan Poon dan

Jaillon (2002) yang menyatakan bahawa kawalan bahan yang effisien di tapak bina

akan dapat mengurangkan kadar pembaziran bahan yang terjana.









Menurut kebanyakan responden yang ditemubual, kawalan bahan yang

efektif akan dapat diwujudkan dengan adanya seorang penyelia stor yang berada di

stor sepanjang masa yang bertanggungjawab mengawasi serta merekodkan keluar

masuk bahan binaan. Ini turut dinyatakan oleh Lam et.al (1994) yang berpendapat

bahawa penjaga stor dan juruukur bahan perlu menjalankan mengemaskini rekod

stok secara berkala bagi memantau pembaziran, kerosakan dan „breakages‟ dan

menghantar laporan kepada pengurus projek bagi tindakan selanjutnya. Terdapat

juga responden yang menyatakan bahawa kawalan bahan yang efektif boleh

diwujudkan dengan kakitangan di tapak bina bertindak memastikan para pekerja

memulangkan kembali lebihan bahan yang telah digunakan ke stor. Hal ini turut

disokong oleh EPD (2002) yang berpendapat bahawa lebihan bahan binaan yang

tertinggal setelah digunakan untuk melakukan sesuatu aktiviti perlu dipulangkan

kembali ke stor. Ini turut ditambah oleh Chandles(1978), Johnston (1981), O‟Brien

(1998) dan CECP (2001) menyatakan bahawa lebihan bahan yang tertinggal setelah

179



digunakan perlu dibawa ke tempat kerja yang baru untuk digunakan dalam aktiviti

pembinaan seterusnya yang memerlukan penggunaan bahan tersebut





Jadual 5.24 : Tahap Keberkesanan Langkah Memastikan Penggunaan Bahan Yang

Ada Secara Maksimum Dan Terkawal Bagi Mengatasi Masalah

Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

Tahap Keberkesanan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Berkesan 15 29.4

Berkesan 23 45.1

Sederhana Berkesan 13 25.5

Kurang Berkesan 0 0

Tiada Kesan 0 0

Jumlah 51 100









50

45.1

45

Peratus Bil. Kontraktor (%)









40

35

29.4

30 25.5

25

20

15

10

5

0 0

0

Tahap Keberkesanan



Tidak Berkesan Kurang Berkesan Sederhana Berkesan

Berkesan Sangat Berkesan







Rajah 5.23 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Keberkesanan Langkah Memastikan Penggunaan Bahan Yang

Ada Secara Maksimum Dan Terkawal Dalam Usaha Mengatasi Masalah

180



Pembaziran Bahan Di Tapak Bina









5.3.9 Pemilihan Kakitangan Dan Buruh Projek Pembinaan Yang Berkemahiran







Hasil analisis mendapati, peratus tertinggi iaitu sebanyak 47.1% mewakili

kontraktor yang menyatakan kaedah ini berkesan bagi mengatasi masalah

pembaziran bahan di tapak bina. Secara keseluruhannya, lebih daripada separuh

bilangan kontraktor yang memberi respons iaitu sebanyak 98.1% memilih salah satu

tahap kekerapan yang berikut iaitu antara 3 iaitu sederhana berkesan, berkesan atau

sangat berkesan. Nilai indeks purata yang diperolehi adalah yang 4.04 menunjukkan

langkah ini dilihat sebagai berkesan dalam menangani masalah pembaziran bahan di

tapak bina. Secara keseluruhannya, berdasarkan nilai indeks purata yang diperolehi

dan majoriti maklumbalas kontraktor maka dapat disimpulkan bahawa langkah ini

berkesan jika diaplikasi bagi mengatasi masalah pembaziran bahan di tapak bina.









Selain itu, terdapat juga responden yang mennyatakan bahawa kerja yang

benar-benar berkualiti boleh dicapai dengan adanya pihak CIDB menggariskan

prosedur kerja yang dapat mengelakkan penjanaan pembaziran bahan bagi setiap

aktiviti kerja di tapak pembinaan dan menguatkuasakan pengamalannya di kalangan

kontraktor pembinaan. Manakala menurut salah seorang responden pula, kualiti

kerja pembinaan boleh ditingkatkan dengan kontraktor mengambil pekerja yang

berpengalaman dan berkemahiran bagi mengurangkan pembaziran bahan disebabkan

kesilapan yang dilakukan oleh mereka dalam pembinaan. Ini kerana menurut Chen

et.al (2002), kemahiran merupakan antara faktor utama yang mempengaruhi kuantiti

pembaziran bahan yang dihasilkan oleh pekerja. Stukhart (1995) menyatakan

bahawa mereka yang menggunakan bahan binaan bagi melakukan kerja pembinaan

mestilah terdiri dari pekerja yang terlatih dan berpengetahuan. Ini turut disokong

oleh Ekanayake dan Ofori (2000) yang menyatakan bahawa pemilihan pekerja yang

berkelayakan untuk melakukan kerja-kerja di tapak bina akan dapat membantu

mengurangkan kadar penjanaan sisa pembaziran bahan.

181









Jadual 5.25 : Tahap Keberkesanan Langkah Memilih Kakitangan Dan Buruh Projek

Pembinaan Yang Berkemahiran Bagi Mengatasi Masalah Pembaziran

Bahan Di Tapak Bina

Tahap Bila Peratus Bil. Kontraktor

Keberkesanan ngan (%)

Kontraktor

Sangat Berkesan 15 29.4

Berkesan 24 47.1

Sederhana Berkesan 11 21.6

Kurang Berkesan 1 2.0

Tiada Kesan 0 0

Jumlah 51 100









50 47.1

45

Peratus Bil. Kontraktor (%)









40

35

29.4

30

25 21.6

20

15

10

5 2

0

0

Tahap Keberkesanan



Tidak Berkesan Kurang Berkesan Sederhana Berkesan

Berkesan Sangat Berkesan







Rajah 5.24 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Keberkesanan Langkah Langkah Memilih Kakitangan Dan Buruh

182



Projek Pembinaan Yang Berkemahiran Dalam Usaha Mengatasi

Masalah Pembaziran Bahan Di Tapak Bina









5.3.10 Ganjaran Untuk Pekerja Yang Mengurangkan Pembaziran Bahan









Berdasarkan histogram, peratus tertinggi iaitu sebanyak 49.0% mewakili

kontraktor yang menyatakan kaedah ini agak sederhana berkesan jika digunakan

untuk mengatasi masalah pembaziran bahan di tapak bina. Secara keseluruhannya,

lebih daripada separuh bilangan kontraktor yang memberi respons iaitu sebanyak

76.4% memilih salah satu tahap kekerapan yang berikut iaitu antara 3 iaitu

sederhana berkesan, berkesan atau sangat berkesan. Nilai indeks purata yang

diperolehi adalah 3.06 yang menunjukkan kaedah ini sederhana berkesan dalam

menangani masalah pembaziran bahan di tapak bina. Secara keseluruhannya,

berdasarkan nilai indeks purata yang diperolehi dan majoriti maklumbalas kontraktor

maka dapat disimpulkan bahawa kaedah ini sederhana berkesan jika diaplikasi bagi

mengatasi masalah pembaziran bahan di tapak bina. Menurut Chen et.al (2002)

tindakan memberi ganjaran kepada pekerja-pekerja yang mengamalkan cara kerja

yang betul dan memulangkan lebihan bahan yang tertinggal untuk dikitar semula

dalam mengurangkan kuantiti pembaziran bahan yang terhasil akan dapat

meningkatkan semangat dan keazaman pekerja untuk mengurangkan pembaziran

bahan yang terjadi.









Kebanyakan responden sememangnya berpendapat kaedah ini boleh

membantu mengatasi masalah pembaziran bahan namun ia sukar diaplikasikan di

Malaysia disebabkan budaya kerja di sini masih lagi belum ke sampai ke tahap di

mana majikan menghargai para pekerjanya. Lagipun, kontraktor di sini lebih

cenderung mendapatkan keuntungan dan tidak mengambilkira tentang sebarang

inisiatif dalam menguruskan tenaga kerja. Salah seorang responden yang ditemubual

menyatakan bahawa perkara ini terjadi kerana kontraktor di Malaysia masih belum

lagi boleh menerimapakai konsep seperti memberikan insentif kepada pekerja atas

usaha tambahan mereka kerana mereka lebih senang dan yakin dengan cara lama

183



dimana pekerja mendapat upah atas kuantiti kerja yang mampu disiapkan dalam

tempoh masa yang telah ditetapkan.









Jadual 5.26 : Tahap Keberkesanan Langkah Memberikan Ganjaran Kepada Pekerja

Yang Dapat Mengurangkan Pembaziran Bahan Bagi Mengatasi

Masalah Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

Tahap Keberkesanan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Berkesan 4 7.8

Berkesan 10 19.6

Sederhana Berkesan 25 49.0

Kurang Berkesan 9 17.6

Tiada Kesan 3 5.9

Jumlah 51 100









60

49

Peratus Bil. Kontraktor (%)









50



40



30

19.6

20 17.6



7.8

10 5.9



0

Tahap Keberkesanan



Tidak Berkesan Kurang Berkesan Sederhana Berkesan

Berkesan Sangat Berkesan







Rajah 5.25 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Keberkesanan Langkah Memberikan Ganjaran Kepada Pekerja

184



Yang Mengurangkan Pembaziran Bahan Dalam Usaha Mengatasi

Masalah Pembaziran Bahan Di Tapak Bina









5.3.11 Penggunaan Bahan Binaan Siap Dari Kilang (Prefabricated)









Berdasarkan histogram, peratus tertinggi iaitu sebanyak 45.1% mewakili

kontraktor yang menyatakan kaedah ini agak sederhana berkesan jika digunakan

untuk mengatasi masalah pembaziran bahan di tapak bina. Secara keseluruhannya,

lebih daripada separuh bilangan kontraktor yang memberi respons iaitu sebanyak

88.2 % memilih salah satu tahap kekerapan yang berikut iaitu antara 3 iaitu

sederhana berkesan, berkesan atau sangat berkesan. Nilai indeks purata yang

diperolehi adalah 3.84 yang menunjukkan kaedah ini berkesan dalam menangani

masalah pembaziran bahan di tapak bina. S ecara keseluruhannya, berdasarkan nilai

indeks purata yang diperolehi dan majoriti maklumbalas kontraktor maka dapat

disimpulkan bahawa kaedah ini berkesan jika diaplikasi bagi mengatasi masalah

pembaziran bahan di tapak bina. Prochiner et.al (2001), CECP (2001), Poon dan

Jaillon (2002) dan Tam et.al (2002) berpendapat bahawa projek pembinaan yang

berasaskan penggunaan komponen pasang siap dari kilang dapat mengelakkan

pembaziran bahan di tapak bina.









Menurut salah seorang responden, penggunaan komponen pasang siap

sememangnya dapat mengelakkan pembaziran bahan namun tapi masalahnya

komponen pasang siap di Malaysia masih lagi belum terjamin kualitinya dari kilang

dari segi ketepatan saiz yang dikeluarkan seperti mana yang dihasilkan di Jepun yang

seterusnya menyebabkan komponen tersebut menghadapi masalah tidak boleh

dipasang akibat sedikit perubahan pada komponen tersebut. Selain itu, ini ditambah

pula oleh seorang responden yang berpendapat bahawa penggunaan komponen

pasang siap dalam pembinaan menyebabkan bangunan tidak boleh diubahsuai kerana

ia akan mengurangkan kekuatan komponen padahal adalah menjadi kebiasaan di

Malaysia klien gemar mengubahsuai bangunan setelah ia siap. Secara

keseluruhannya, penggunaan komponen pasang siap dapat mengatasi masalah

185



pembaziran bahan di tapak bina sekiranya komponen-komponen tersebut

dikendalikan dengan kaedah pengendalian yang sesuai danselamat.









Jadual 5.27:Tahap Keberkesanan Langkah Mengamalkan Penggunaan Bahan Binaan

Siap Dari Kilang Bagi Mengatasi Masalah Pembaziran Bahan Di Tapak

Bina

Tahap Keberkesanan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Berkesan 13 25.5

Berkesan 2 45.1

Sederhana Berkesan 9 17.6

Kurang Berkesan 6 11.8

Tiada Kesan 0 0

Jumlah 51 100









50

45.1

45

Peratus Bil. Kontraktor (%)









40

35

30 25.5

25

20 17.6

15 11.8

10

5

0

0

Tahap Keberkesanan



Tidak Berkesan Kurang Berkesan Sederhana Berkesan

Berkesan Sangat Berkesan







Rajah 5.26 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Keberkesanan Langkah Mengamalkan Penggunaan Bahan Binaan

186



Siap Dari Kilang Dalam Usaha Mengatasi Masalah Pembaziran









5.3.12 Perbincangan Teliti Di Antara Klien Dengan Kontraktor Ketika

Perlaksanaan Proses Rekabentuk









Hasil analisis mendapati, peratus tertinggi iaitu sebanyak 47.1% mewakili

kontraktor yang menyatakan kaedah ini berkesan bagi mengatasi masalah

pembaziran bahan di tapak bina. Secara keseluruhannya, lebih daripada separuh

bilangan kontraktor yang memberi respons iaitu sebanyak 98.1% memilih salah satu

tahap kekerapan yang berikut iaitu antara 3 iaitu sederhana berkesan, berkesan atau

sangat berkesan. Nilai indeks purata yang diperolehi adalah yang 4.39 menunjukkan

langkah ini dilihat sebagai berkesan dalam menangani masalah pembaziran bahan di

tapak bina. Secara keseluruhannya, berdasarkan nilai indeks purata yang diperolehi

dan majoriti maklumbalas kontraktor maka dapat disimpulkan bahawa langkah ini

berkesan jika diaplikasi bagi mengatasi masalah pembaziran bahan di tapak bina.

Kebanyakan responden berpendapat masalah perubahan dalam rekabentuk ketika

pembinaan dapat diatasi sekiranya klien dan kontraktor mempunyai hubungan 2 hala

yang benar-benar efektif sebelum projek bermula lebih-lebih lagi ketika proses

rekabentuk. Ini turut disokong oleh Chandles (1978) dan Ekanayake & Ofori (2000)

yang menyatakan bahawa kerjasama erat di antara jurutera rekabentuk dan

kontraktor ketika proses rekabentuk bangunan akan dapat membantu mengelakkan

pembaziran.





Jadual 5.28 : Tahap Keberkesanan Langkah Mengadakan Perbincangan Teliti Di

Antara Klien Dengan Kontraktor Ketika Perlaksanaan Proses

Rekabentuk Bagi Mengatasi Masalah Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

Tahap Keberkesanan Bilangan Kontraktor Peratus Bil. Kontraktor (%)

Sangat Berkesan 21 41.2

Berkesan 30 58.8

Sederhana Berkesan 1 2.0

187



Kurang Berkesan 0 0

Tiada Kesan 0 0

Jumlah 51 100





70

58.8

Peratus Bil. Kontraktor (%)





60



50

39.2

40



30



20



10

0 0 2

0

Tahap Keberkesanan



Tidak Berkesan Kurang Berkesan Sederhana Berkesan

Berkesan Sangat Berkesan







Rajah 5.27 : Peratus Bilangan Kontraktor Yang Memberi Respons Tentang Tahap

Keberkesanan Langkah Mengadakan Perbincangan Teliti Di Antara

Klien Dengan Kontraktor Ketika Perlaksanaan Proses Rekabentuk

Dalam Usaha Mengatasi Masalah Pembaziran Di Tapak Bina

188









5.3.13 Langkah Mengatasi Pembaziran Bahan Secara Keseluruhannya









Jadual 5.29 : Langkah-Langkah Bagi Mengatasi Masalah Pembaziran Bahan Di

Tapak Bina

Langkah-langkah Mengatasi Masalah Pembaziran Indeks Kedudukan

Bahan Di Tapak Bina Purata

Menjadikan Pengurangan Pembaziran Bahan Sebagai 4.41 1

Satu Daripada Objektif Dalam Projek Pembinaan

Mengadakan Perbincangan Teliti Di Antara Klien 4.39 2

Dengan Kontraktor Ketika Proses Perlaksanaan Proses

Rekabentuk

Pemilihan Kakitangan Dan Buruh Pembinaan Yang 4.04 3

Berkemahiran

Penggunaan Bahan Yang Ada Secara Maksimum Dan 4.04 3

Terkawal

Menyediakan Sistem Penyimpanan Bahan Yang selamat 4.00 4

dan Sesuai

Penjadualan Dan Pembelian Bahan Yang Terancang 3.98 5

Kaedah Pengendalian Bahan Yang Berkesan 3.98 5

Menyediakan Susun Atur Tapak Bina Yang Terancang 3.96 6

Penggunaan Bahan Binaan Siap Dari Kilang 3.84 7

(Prefabricated)

Mengamalkan Kaedah Penghantaran “Just In Time” 3.80 8

Ganjaran Untuk Pekerja Yang Mengurangkan 3.06 9

Pembaziran Bahan

Memilih Pembekal Bahan Yang Berkelayakan 3.04 10

189



Daripada analisis, didapati semua langkah yang disenaraikan dilihat sebagai

berkesan dalam mengatasi masalah pembaziran bahan di tapak bina. Setelah disusun

mengikut nilai indeks purata, didapati langkah menjadikan pengurangan pembaziran

bahan sebagai satu daripada objektif dalam projek pembinaan menduduki tangga

teratas dengan diikuti mengadakan perbincangan teliti di antara klien dengan

kontraktor ketika perlaksanaan proses rekabentuk di tangga kedua. Menurut

Ekanayake dan Ofori (2000) dan Poon dan Jaillon (2002), langkah menjadikan

pengurangan pembaziran sebagai satu daripada objektif projek sememangnya dapat

mengurangkan pembaziran bahan di tapak bina. Menurut salah seorang responden,

masalah perubahan pada rekabentuk struktur boleh dielakkan dengan adanya pihak

klien benar-benar memastikan kontraktor faham sepenuhnya tentang kehendak

mereka dengan memberikan penerangan yang lengkap dan terperinci. Hal ini turut

disarankan oleh Ekanayake dan Ofori (2000) yang berpendapat bahawa kerjasama

erat di antara jurutera rekabentuk dan kontraktor ketika proses rekabentuk bangunan

akan dapat membantu mengelakkan pembaziran.









Manakala terdapat 2 langkah yang menduduki tangga ketiga iaitu pemilihan

kakitangan dan buruh projek pembinaan yang berkemahiran dan langkah memastikan

penggunaan bahan yang ada secara maksimum dan terkawal. Menurut Ekanayake

dan Ofori (2000), pemilihan pekerja yang berkelayakan untuk melakukan kerja-kerja

di tapak bina akan dapat membantu mengurangkan kadar penjanaan sisa pembaziran

bahan. Fishbein (1998), O‟Brien (1998) dan Macozoma (2002) menyatakan bahawa

penggunaan semula bahan binaan secara maksimum merupakan antara kaedah bagi

mengelakkan pembaziran bahan di tapak bina. Ini ditambah pula oleh Johnston

(1981) dan Poon dan Jaillon (2002) yang berpendapat bahawa kawalan bahan yang

effisien di tapak bina akan dapat mengurangkan kadar pembaziran bahan yang

terjana. Menurut salah seorang responden, ini boleh dicapai dengan jurutera tapak

memaksimakan pengawasan dan pemerhatian terhadap aktiviti pembinaan yang

sedang dijalankan di tapak bina. Ini turut disokong oleh Mocozoma (2002), yang

berpendapat bahawa penjanaan pembaziran bahan dapat dielakkan dengan

memberikan perhatian terhadap operasi di tapak bina.

190



Di tangga keempat ialah langkah menyediakan sistem penyimpanan yang

selamat dan sesuai dan tempat kelima pula ditempati oleh 2 langkah lagi iaitu

langkah mewujudkan sistem penjadualan dan pembelian bahan yang terancang dan

langkah menyediakan sistem pengendalian bahan yang berkesan. Menurut WRB

(1993), O‟Brien (1998) dan Chamberlin (2002), penyimpanan bahan binaan yang

sempurna akan dapat mengurangkan kuantiti pembaziran bahan yang terjana.

Menurut salah seorang responden, kakitangan yang bertanggungjawab membuat

perancangan bagi pembelian bahan mestilah mengambilkira keadaan di tapak dalam

proses pembelian bahan bagi mengelakkan masalah penempatan bahan disebabkan

kawasan tapak yang terlalu kecil atau kecurian bahan disebabkan ketiadaan kawalan

keselamatan di kawasan tapak bina. Ini turut disokong oleh GPDA (1998) yang

menambah bahawa adalah amat penting untuk merancang kapasiti penghantaran

bahan yang optimum berdasarkan saiz projek, ruang stor yang ada dan kadar di mana

bahan-bahan tersebut akan digunakan. Menurut salah seorang responden kaedah

pengendalian yang betul memang berkesan dalam mengatasi pembaziran bahan di

tapak bina dan ini dapat dicapai dengan adanya pengawasan sepanjang masa yang

sempurna ketika aktiviti pembinaan di tapak bina sedang berjalan. Ini turut diakui

oleh Wren dan Bell (2000) yang menyatakan bahawa di antara aspek penting dalam

proses mengurangkan pembaziran bahan yang terjana adalah dengan memberikan

perhatian kepada pengendalian bahan.









Di tempat keenam pula ialah langkah menyediakan susun atur tapak yang

terancang dengan diikuti oleh langkah menggunakan bahan binaan siap dari kilang

untuk projek pembinaan di tempat ketujuh. Menurut salah seorang responden yang

ditemubual, langkah menyediakan susun atur tapak yang terancang memang

berkesan dalam mengatasi masalah pembaziran bahan di tapak bina kerana dengan

penyediaan stor bahan yang berdekatan dengan kawasan pembinaan dapat

mengurangkan jarak helaan dari stor ke tempat kerja yang seterusnya mengurangkan

risiko bahan rosak atau hilang akibat jatuh ketika diangkut. Kebanyakan responden

mengakui langkah menggunakan komponen pasang siap sememangnya dapat

mengatasi masalah pembaziran bahan tetapi kaedah ini tidak berapa diminati oleh

kontraktor kerana harganya yang jauh lebih mahal dari bahan binaan biasa. Namun

begitu, kebanyakan responden ini mengakui kemampuan teknologi ini dalam

191



mengatasi masalah pembaziran bahan di tapak bina yang dapat mengurangkan

masalah lebihan yang terhasil dari pemotongaan bahan. Ini turut disokong oleh

Prochiner et.al (2001) yang menyatakan bahawa penggunaan komponen pasang siap

dari kilang bukan sahaja dapat mengelakkan terjananya sisa bahan binaan akibat

pemotongan bahan di tapak tetapi lebih ekonomik, terjamin kualiti pembinaannya

dan memastikan projek pembinaan siap dengan cepat.









Tangga kelapan pula diduduki oleh langkah mengaplikasi kaedah

penghantaran “Just In Time”. Menurut Low dan Choong (2001) penggunaan kaedah

“Just In Time” akan dapat mengatasi masalah penanganan dua kali dan risiko

kerosakan ke atas komponen-komponen bahan binaan. Langkah memberikan

ganjaran kepada pekerja yang mengurangkan pembaziran bahan dan memilih

pembekal yang sesuai menduduki tangga kesembilan dan diakhiri dengan langkah

memilih pembekal bahan yang berkelayakan di tempat kesepuluh. Bagi kedua-dua

langkah ini kebanyakan kontraktor menyatakan tahap keberkesanan kaedah ini

adalah sederhana berkesan. Kesimpulannya, berdasarkan analisis yang dibuat

didapati pihak kontraktor memiliki pengetahuan tentang langkah-langkah yang

sesuai diambil bagi mengatasi masalah pembaziran bahan di tapak bina. Oleh yang

demikian, seharusnya pihak kontraktor menggunapakai ilmu yang ada ini untuk

diaplikasikan dalam pengurusan projek pembinaan mereka.

192









BAB VI









KESIMPULAN DAN CADANGAN









6.0 Pengenalan









Bab ini akan membicarakan tentang kesimpulan kajian dan cadangan bagi

kajian seterusnya. Secara am, bab ini merupakan bahagian terakhir dalam kajian ini

dimana ia dibuat setelah selesai membuat kajian ke atas sumber-sumber bertulis

berkenaan tajuk kajian ini dan kemudian menganalisis serta menghuraikan

maklumat-maklumat yang dperolehi daripada borang soal selidik dan temuramah. Di

dalam bab ini hasil kajian yang diperolehi daripada analisis yang dibuat ke atas

borang soal selidik dan temubual yang dijalankan akan dirumuskan dan dinilai

semula dengan merujuk kepada objektif-objektif kajian. Di samping itu, limitasi

kajian dan masalah-masalah yang dihadapi sepanjang perlaksanaan kajian ini turut

akan dijelaskan secara ringkas. Seterusnya, cadangan untuk kajian yang akan datang

dalam bidang kajian yang berkaitan juga akan dibentangkan

6.1 Kesimpulan Bagi Objektif-Objektif Kajian









Di akhir kajian ini dapat disimpulkan kesemua objektif yang hendak dicapai

telah berjaya diperolehi . Berdasarkan kajian literatur dan keputusan yang

diperolehi, setiap penemuan bagi objektif yang digariskan telah diringkaskan seperti

di bawah.









6.1.1 Objektif 1: Mengkaji Faktor-faktor Yang Menyebabkan Pembaziran

Bahan Binaan Di Tapak Bina









Objektif yang pertama adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang



menyebabkan pembaziran bahan binaan di tapak bina. Kajian literatur yang



dilakukan telah menunjukkan bahawa sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang



menyebabkan pembaziran bahan di tapak bina. Di antara faktor yang dikenalpasti



menjadi penyebab utama berlakunya pembaziran bahan adalah masalah perubahan



dalam rekabentuk ketika pembinaan, sistem penyimpanan bahan yang tidak



sempurna, pengurus projek yang kurang berpengalaman, proses penjadualan bahan



dan pembelian bahan yang tidak terancang, kaedah pengendalian bahan yang tidak



sempurna, kualiti bahan yang rendah, kesilapan ketika pembinaan, kecurian bahan di



tapak bina, pemilihan pembekal yang tidak sesuai, lebihan dari bahan binaan yang



dipotong dan kemalangan di tapak bina yang menyebabkan kerosakan pada bahan



binaan. Kesimpulannya, didapati masalah pembaziran ini berpunca dari kombinasi



pelbagai faktor dan bukan sesebuah faktor sahaja.

2









6.1.2 Objektif 2: Mengkaji Langkah-Langkah Bagi Mengatasi Masalah

Pembaziran Bahan Di Tapak Bina









Objektif yang kedua adalah untuk mengenalpasti langkah-langkah



yang boleh diambil oleh kontraktor bagi mengatasi masalah pembaziran bahan



binaan di tapak bina. Kajian literatur yang dilakukan menunjukkan bahawa



sebenarnya terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini



di tapak bina. Di antara langkah-langkah penting yang boleh diambil ialah dengan



mengadakan perbincangan teliti di antara klien dengan kontraktor ketika



perlaksanaan proses rekabentuk, menjadikan pengurangan pembaziran bahan sebagai



satu daripada objektif projek, penyediaan susun atur tapak bina yang terancang,



penjadualan dan pembelian bahan yang terancang, pengendalian bahan yang



berkesan, mempraktikkan sistem penyimpanan bahan yang selamat dan sesuai,



penggunaan bahan yang ada secara maksimum dan terkawal, mengamalkan kaedah



penghantaran “Just In Time” dan penggunaan bahan siap dari kilang, memilih



pembekal yang berkelayakan, dan pemberian ganjaran kepada pekerja yang



mengurangkan pembaziran bahan di tapak bina. Kesimpulannya, kontraktor



mempunyai banyak peluang untuk mengatasi masalah pembaziran hanya dengan



memperbaiki kualiti kerja di sepanjang proses pembinaan dan ini hanya boleh

3



dicapai dengan adanya perancangan yang teratur serta kerjasama daripada semua



pihak yang terlibat dalam industri pembinaan.









6.1.3 Objektif 3: Membuat “Ranking” Bagi Faktor- Faktor Pembaziran

Bahan Yang Berlaku Di Tapak Bina









Objektif yang ketiga adalah untuk membuat “ranking” bagi faktor-



faktor pembaziran bahan di tapak bina berdasarkan analisa yang dibuat dari



maklumbalas kontraktor melalui borang soal selidik yang diedarkan. Secara



keseluruhannya, hampir kesemua faktor penyebab kepada pembaziran bahan di tapak



bina yang disenaraikan didapati berlaku pada kadar kekerapan sederhana banyak di



dalam projek pembinaan kecuali 2 faktor yang berlaku pada kadar yang sedikit



sahaja iaitu pemilihan pembekal yang tidak sesuai dan kemalangan di tapak bina



yang melibatkan kerosakan bahan binaan. Jadual 6.1 menunjukkan“Ranking” bagi



faktor-faktor pembaziran bahan di tapak bina,







Jadual 6.1 : “Ranking” Bagi Faktor-Faktor Pembaziran Bahan Di Tapak



Bina,



Kedudukan Faktor-Faktor Pembaziran Bahan Di Tapak Bina

1 Perubahan Dalam Rekabentuk Ketika Pembinaan

2 Kurang Kawalan Terhadap Penggunaan Bahan Di Tapak Bina

3 Sistem Penyimpanan Bahan Yang Tidak Sempurna

4



4 Kecurian Bahan Di Tapak Bina

5 Lebihan dari Bahan Binaan Yang Dipotong

5 Penjadualan Dan Pembelian Bahan Yang Tidak Terancang

5 Kaedah Pengendalian Bahan Yang Tidak Terancang

6 Pengurus Projek Yang Kurang Berpengalaman

7 Kesilapan Ketika Pembinaan

8 Kualiti Bahan Yang Rendah

9 Pemilihan Pembekal Yang Tidak Sesuai

10 Kemalangan Di Tapak Bina Yang Menyebabkan Kerosakan Bahan









6.1.4 Objektif 4: Membuat Ranking Bagi Langkah-Langkah Bagi Mengatasi

Masalah Pembaziran Bahan Yang Berlaku Di Tapak Bina









Dari kajian yang dijalankan, didapati kesemua langkah yang



disenaraikan



berkesan kecuali 2 langkah yang dilihat sebagai sederhana berkesan yang



menduduki 2 tangga terakhir iaitu langkah memberikan ganjaran kepada pekerja



yang mengurangkan pembaziran bahan dan yang terakhir ialah langkah memilih



pembekal yang berkelayakan. “Ranking” yang dibuat menunjukkan langkah



menjadikan pengurangan pembaziran bahan sebagai satu daripada objektif dalam



projek pembinaan menduduki tangga teratas. Jadual 6.2 di bawah menunjukkan



turutan bagi langkah-langkah bagi mengatasi masalah pembaziran bahan di tapak



bina.

5



Jadual 6.2 : “Ranking” Bagi Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Untuk



Mengatasi Masalah Pembaziran Bahan Di Tapak Bina



Kedudukan Langkah-Langkah Bagi Mengatasi Masalah Pembaziran Bahan

1 Menjadikan Pengurangan Pembaziran Bahan Sebagai Satu Daripada

Objektif Dalam Projek Pembinaan

2 Perbincangan Teliti Di Antara Klien Dengan Kontraktor Ketika Prose

Perlaksanaan Proses Rekabentuk

3 Pemilihan Kakitangan Dan Buruh Pembinaan Yang Berkemahiran

3 Penggunaan Bahan Yang Ada Secara Maksimum Dan Terkawal

4 Menyediakan Sistem Penyimpanan Bahan Yang Selamat Dan Sesuai

5 Proses Penjadualan Dan Pembelian Bahan Yang Terancang

5 Pengendalian Bahan Yang Berkesan

6 Menyediakan Susun Atur Tapak Bina Yang Terancang

7 Penggunaan Bahan Binaan Siap Dari Kilang (Prefabricated)

8 Mengamalkan Kaedah Penghantaran “Just In Time”

9 Ganjaran Untuk Pekerja Yang Mengurangkan Pembaziran Bahan

10 Memilih Pembekal Bahan Yang Berkelayakan









6.2 Cadangan Bagi Kajian Pada Masa Akan Datang









Berdasarkan kepada rumusan yang diperolehi, berikut adalah cadangan bagi



kajian yang akan datang adalah seperti berikut:







 Kajian boleh dibuat tentang langkah yang boleh diambil oleh pihak

kontraktor bagi mengawal pembaziran bahan apabila berhadapan dengan sub-

kontraktor dan para pekerja di tapak bina.

6



 Kajian juga boleh dibuat tentang peranan yang perlu dimainkan oleh setiap

pihak yang terlibat dalam projek pembinaan dalam mengatasi masalah

pembaziran bahan di tapak bina.

 Kajian juga boleh dibuat tentang bentuk pembaziran yang berlaku bagi setiap

bahan binaan di tapak bina dan kaedah mengatasinya dengan mengenalpasti

kaedah pengendalian serta penyimpanan yang sesuai bagi setiap bahan

tersebut.









6.3 Kesimpulan









Secara keseluruhannya, objektif-objektif kajian yang digariskan telah tercapai

samada menerusi hasil kajian literatur, borang soal selidik dan temubual. Pada

asasnya, walaupun kontraktor menyedari masalah pembaziran bahan di tapak bina

tetapi mereka lebih memfokuskan perhatian ke arah menyiapkan kerja dengan lebih

cepat dan ingin mengelakkan masalah kekurangan bahan di tapak bina yang boleh

mengakibatkan aktiviti pembinaan tergendala sehingga menyebabkan kelewatan

penyiapan projek. Kesimpulannya, walaupun kontraktor di syarikat pembinaan

mengetahui langkah-langkah bagi mengatasi masalah pembaziran namun mereka

masih lagi belum bersedia menggunapakai sesetengah kaedah yang dilihat sebagai

teknologi baru. Oleh yang demikian, pihak kontraktor mestilah mengubah sikap

merekad dimana mereka harus cuba merangka agenda baru yang dapat memastikan

perlaksanaan langkah-langkah ini tanpa menyebabkan kelewatan projek malahan

dapat menguntungkan kontraktor.

7


Related docs
Other docs by HC11111803130
Mortgage Banker and Mortgage Broker
Views: 66  |  Downloads: 0
809615 dec
Views: 1  |  Downloads: 0
Grape_Licensees
Views: 10  |  Downloads: 0
Part 2 Chapter 10
Views: 0  |  Downloads: 0
1993 Specifications
Views: 0  |  Downloads: 0
Sheet2
Views: 62  |  Downloads: 0
PSIKODIAGNOSTIKA (II) (Observasi)
Views: 101  |  Downloads: 1
99 9012
Views: 0  |  Downloads: 0
????1
Views: 86  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!