Embed
Email

PENGENALAN

Document Sample
PENGENALAN
Shared by: HC1111172192
Categories
Tags
Stats
views:
117
posted:
11/17/2011
language:
Malay
pages:
12
EUTANASIA DARI PERSPEKTIF SAINS, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG



1.1 EUTHANASIA



Perkataan “euthanasia” berasal daripada bahasa Greek. Eu bermaksud

„baik‟ dan thanatos bermaksud „kematian‟. Satu maksud telah diberikan untuk

mendefinisikan perkataan ini iaitu “Sengaja menamatkan riwayat hidup

seseorang dengan jelas dan nyata atas permintaan si mati tersebut”



Oleh itu, istilah euthanasia biasanya menyifakan tindakan membunuh

dengan niat atau sengaja oleh seseorang yang melakukan pembunuhan. Walau

bagaimanapun, sesetenahpihak mendefinisikan euthanasia melalui dua istilah

iaitu Voluntary (Sukarela) dan Involuntary (Bukan sukarela. (1)



Euthanasia sebenarny mempunyai banyak maksud mengikut moral, etika

dan juga agama. Menurut kamus Dwibahasa Oxford, euthanasia bermakud

“Kematian (mencabut nyawa) dengan cara lembut kerana kasihan, terutama

untuk menamatkan seksa (penderitaan) seseorang”. (2)



Terdapat beberapa istiah yang berhubung kita dengan euthanasia atau

yang mempunyai maksud yag tidak jelas. Jadi adalah penting untuk

membezakan istilah-istilah berikut bagi mendefinisikan euthanasia sesuai

dengan keadaan sebenar.





1. Euthanasia Pasif (Passive Euthanasia)



-Membiarkan sseorng itu dengn mengubah bentuk sokongan dan membiarkan

mati dalam keadaan semulajadi, contohnya:

i. Menanggalkan peralatan sokongan idup seperti memberhentian

respirator

(alat bantuan pernafasan)

ii Memberhentikan prosedur perubatan atau berhenti memberi ubat

dan air

iii Membenarkan seseorang pesakit itu terdehidrat, enderit atau mati

kelaparan.

iv Tidak membekalkan CPR (Cardio-pulmonary resuscitation) dan

membiarkan jantung berhenti dan mati secara semulajadi.



Bentuk euthanasia yang paling biasa adalah dengan memberi pesakit

morfin dalam dos yang tinggi untuk mengawal kesakitan, walaupun kemungkinan

ubat penahan sakit itu akan menindas respirasi dan menyebabkan kematian

yang lebih awal daripada yang sepatutnya.



2. Euthanasia aktif









1

-Melibatkan pembunuhan seseorang melalui tindakan secara langsung, sebagai

menunaikan permintaan daripada orang yang dibunuh tersebut.



Suatu contoh pembunuhan rahmat dlam tahun 1998, yang mana

melibatkan seorang pesakit ALS (penyakit Lou Gehng) oleh Dr. Jack Kevorkian,

seorang doctor dari Michgan



Pesakitnya begitu takut terhadap kemudaratan penyakit tersebut yang

boleh menyebabkan kematian yang mengerikan. Oleh it pesakit tersebut

meminta agar nyawanya ditamatkan dengan carayang tidak menyakitkan.



Dr. Kevorkian kemudian menyuntik suhu badan yag dibawah kawalan

kepada pesakit lalu menyebabkan kematiannya. Dalam perbicaraan yang

berlangsung pada tahun 1990 para juri telah mensabitkan kesalahan dengan

pembunuhan ke-2





3. Pembunuhan yang dibantu oleh seseorang doctor (Physician Assisted

Suicide)



Seseorang yang menjelaskan pengetahuan mengenai euthanasia

memberikan seseorang individu bimbingan dan cara untuk membunuh dengan

jelas. Bimbingan dan cara untuk membunuh seseorag dengan niat yang jelas ini

akan membantu mereka yang terlibat memahami tuju euthanasia. Seseorang

doctor akan membantu seseorang untk membunuh diri dipanggil “Physician

assisted suicide”.





4. Euthanasia bukan sukarela (Involuntary Euthanasia)



Istilah ini digunakan untuk menerangkan pembunuhan seseorang yang

tidak meminta bantuan dengan jelas dan nyata dalam kematiannya. Kes ini

selalu berlaku kepada pesakit yang berada dalam keadaan koma (Persistent

Vegetative State) yang mungkin tidak akan pulih.



Terdapat juga beberapa istilah lain yang digunakan dalam mendefinisikan

euthanasia oleh DR. Brian Pollard‟s melalui artikelnya. “Euthanasia menerusi

aman web Southern Cross Biothics Institute



Menurut Dr. Brian Pollard‟s, euthanasia ialah sengaja membunuh dengan

tindakan atau mengabaikan kebebasan hidup sseorang untuk kebaikan.Kata

kunci disini adalah „dengan niat‟ maka jika kematian adalah bukan dengan niat,

ia adalah bukan tindakan euthanasia.



Dr. Brain menggunakan beberapa istilah untuk mentakrifkan euthanasia

iaitu, Voluntary Euthanasia, Non-voluntary Euthanasia, Involuntary Euthanasia







2

by action dan Euthanasia by Omission. Keempat-empat istilah ini adalah untuk

memberikan definisi Eutanasia yang tepat dan sebarang yang berhubung kait

dengannya.



Menurut beliau lagi, apa yang dikatakan BUKAN euthanasia: „Seseuatu

kematian itu bukan euthanasia kecuali kematia itu diseabkan oleh pembunuhan

dengan niat atau sengaja. Terdapat jga sesetengah tindakan perubatan yang

selalunya dilael sebagai „euthanasia pasif‟ sebenarnya bukan bentu euthanasia,

sehingga ia dilakukan dengan niat atau sengaja mecabut nyawa seseorang.



Tindakan ini termasuklah memberikan rawatan permulaan yang tidak

akan meberikan kebaikan kepada pesakit. Seperti penarikan baik sebarang

rawatan yang tidak memberi sebarang kesan, rawata adalah sangat

membebankan pesakit atau tidak dikehendaki dan kaedah memberi ubat

penahan sakit dalam dos yang tinggi yag mungkin membahayakan pesakit

walaupun ia termasuk kaedah euthanasia. Semua ini adlah seahagian daripada

praktik perubatan yang baik dan disokong oleh undang-undang apabila ia

digunakan dengan sewajarnya. (1)





1.2 SEJARAH EUTHANASIA



Sejarah Euthanasia bermula kira-kira 400 B.C melalui Sumpah

Hippokratik oleh ahli perubatan Greek,Hippocrates (bapa perubatan) “Saya tidak

akan memberi ubat yang menyebabkan kematian kepada ssiapa pun jika diminta

mahupun dicadangan”.Engish Common Law Abad ke-14-20 (Petikan ini adalah

daripada Mahkamah Agong Amerika berkuatkuasa dalam tahun 1997 di

Washington V. Glucksberg dan pendapat ini ditulis oleh ketua Haim Rehnaquist)

“Lebih spesifik, melebihi 700 tahun, undang-undang Umum Anglo Amerika tidak

membenarkan kedua-dua bunuh diri dan pembunuhan diri dengan bantuan”.



182-Badan Berkuasa Undang-undang Amerika dengan nyata dan jelas

mengharamkan pembunuhan diri dengan bantuan. (Petikan adalah daripada

Mahkamah Agung Amerika berkuatkuasa pada tahun 1997, Washington V.

Gluckberg-Pendapat ini ditulis oleh Ketua Hakim Rehnquuist).



Badan berkuasa undang-undang Amerika awal-awal dengan nyata dan

jelas mengharamkan pembunuhan diri dengan bantuan dilakukan. Ia digubal di

New York pada 10 Disember 1828. Banyak Negara yang menjadikan New York

sebagai contoh. Di antara tahun 1857 dan 1865 satu Suruhanjaya New York

yang diketuai oleh Dudley Field telah merangka satu kod jenayah yang

mencegah pembunuhan diri dengan bantuan terutamanya membekalkan kepada

individu tertentu dengan sebarang peralatan yang boleh menyebabkan kematian

atau dadah yang beracun, sedangkan mengetahui individu itu berniat untuk

membunuh diri dengan menggunakan peralatan atau dadah tersebut.









3

Amerika abad ke-20(Petikan ini adalah daripada Mahkamah Agung Amerika

berkuatkuasa dalam tahun 1997 di Washington V. Glucksberg dan pendapat ini

ditulis oleh Ketua Hakim Rehnquist)



Bagaimanapun dengan asas yang mendalam, Amerika menghalang

pembunuhan diri dengan bantuan seseorang doktor setelah beberapa tahun

menyelidik dan mengesahkannya.Kerana kemajuan dalam bidang perubatan dan

teknologi, Amerika pada hari ini mula membenarkan kematian di sebarang istitusi

perubatan berbanding dengan di rumah yang diakiakan oleh penyakit kronik.

1920-Buku” Permitting the Destructin of life not worthy of life” telah diterbitkan



Pengarang buku ini adalah Alfred Hoche, M.D, seorang professor

psikiatrik di Universiti of Freiburg dan Karl Binding, juga merupakan seorang

professor udang-undang daripada Universiti of Lepzig, membantah pesakit yang

menerima bantuan kematian dengan alasan mereka sepatutnya diletakkan

dibawah keadaan pengawalan yang sangat cermat lebih daripada seorang

psikiatrik. Buku ini membantu memberi sokongan euthanasia. Buku ini membant

memberi sokongan euthanasia Involuntary kepada Nazi German.



1935-Persatuan Euthanasia England dibentuk untuk memperkenalkan

euthanasia



1939-Laman web Nazi German “The History place”



Pada Oktober 1939 huru hara dari letusan Perang Hitler telah tersebar

luaa berikutan arahan melakukan pembunuhan rahmat (mercy killing) kepada

mereka yang sakit dan tidak berkeupayaan. Kod “Aktion T4” ialah program

Euthanasia Nazi untuk menghapuskan “kehidupan yang tidak sepatutnya” yang

pada mulanya penumpuan diberikan kepada bayi baru dilahirkan dan kanak-

kanak.



Bidan dan doktor perlu untuk mendaftar kaak-kanak yang berumur 3

tahun ke atas yang menunjukkan simpton. Kaedah ini termasuklah pengedaran

satu borang soal selidik daripada Kementerian Kesihatan Reich.



Program Euthanasia Nazi berkembang dengan cepat termasuk program

untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya. Pada Oktober 1939,

Hitler telah memerintahkan supaya mereka yang didapati menghidap sesuatu

penyakit yang tidak boleh diubati setelah menjalani diagnosis terhadap tahap

penyakit tersebut haruslah diberikan mercy killing.



1995-Kawasan utara Australia meluluskan, satu draf undang-undang euthanasia



Ini memberian kesan dalam tahun 1996 dan pada tahun 1997 yang mana

Parlimen Australia telah menolak draf ini.









4

1998-Oregon, Amerika meluluskan pembunuhan diri dengan bantuan



2000-The Netherlands melluskan euthanasia



2002-Belgium meluluskan euthanasia





1.3 Negara-negara yang meluluskan dan melaksanakan euthanasia



Dalam tahun 1935, The Euthanasia Society of England telah ditubuhkan

untuk menyokong euthanasia. Dalam bulan Oktober 1939, Hitler mengarahkan

mercy killing secara besar-besaran untuk mereka yang sakit dan kurang upaya.

Kood itu dinamakan “Aktion T 4”. Ia bertujuan untuk melenyapkan life unworthy

of life dan ia difokuskan terhadap golongan bayi yang baru lahir dan kanak-

kanak. Bidan-bidan dan para doctor ketika itu diarahkan agar mendaftarkan

kanak-kanak sehingga yang berumur 3 tahun yang menunjukkan simptom-

simpton terencat akal, ketidaksempurnaan fizikal dan lain-lain simpton yang

terdapat dalam soal selidik dari kementerian Kesihatan Reich.Program

euthanasia Nazi itu berkembang dengan cepat terhadap golongan kanak-kanak

yang lebih tua dan golongan yang dewasa yang kurang upaya. Dekri Hitler

menyatakan: “The authority of certain physicians to be designated by name in

such manner that persons who, according to human judgment, are incurable can,

upon a most careful diagnosis of their condition of sickness, be accorded a

mercy death”.



Di Oregon (U.S state of Oregon), Netherlands dan Belgium sahajalah di

mana euthanasia dilaksanakan secara sah disisi undang-undang.

Bagaimanapun, hanya di Netherlands euthanasia dipraktikkan secara terbuka.

Oregon membenarkan „assisted suicide‟ bermula tahun 1998. (4) Manakala,

Netherlands dan Belgium membenarkan kedua-dua „assisted suicide‟ dan

euthanasia. Walaupun euthanasia telah lama dilaksanakan di Netherlands,

semuanya adalah tidak sah dari segi teknikal sehinggalah bil Review of cases of

termination of life on request and assistance with suicide diluluskan pada bulan

April 2001. Undang-undang Belgium pula diluluskan pada 16 Mei 2002.



Di Holland pula, mereka agak kritikal dengan sistem mereka sendiri.

Mereka masih memperbaiki dan mencuba walaupun secara umumnya mereka

berpendapat bahawa euthanasia menghormati hak seseorang manusi dan ia

adalah sebahagian daripada kaedah perubatan yang baik.



Dalam bulan Jun 1995 pula, Australia‟s Northern Territory telah

meluluskan satu bil euthanasia iaitu Rights of the Terminally III Act. (5) Ia

dipraktikkan bermula tahun 1996 tetapi bil berkenaan dibatalkan oleh Parlimen

Australia dalam tahun 1997









5

Dalam tahun 1997 juga ,Colombia‟s supreme Court mengarahkan agar

penalti untuk euthanasia dikeluarkan. (6) Bagaimanapun, arahan berkenaan

tidak dilaksanakan sehinggalah panduan-panduan, masih dalam bentuk draf,

diluluskan oleh Colombian Congress.





4.0 Euthanasia Dari Pelbagai Perspektif



1. Agama



A) Islam



Dalam Islam euthanasia atau membunuh diri tidak dibenarkan sama

sekali. Ini adalah kerana manusia tidak mencipta dirinya sendiri, maka tubuh kita

bukanlah hak milik mutlak kita sendiri. Didapati pandangan agama Islam ini

sama seperti pandangan agama Kristian. Allah adalah pemilik dan pemberi

kehidupan kepada manusia, maka dialah yang berhak memberi atau mengambil

nyawa manusia. Membunuh diri dianggap sebagai satu jenayah dalam Islam dan

ia adalah satu dosa besar. Beberapa bukti yang menyokong kenyataan diatas

yang dipetik dari Al-Quran dan telah diterjemahkan: “Janganlah membunuh (atau

merosakkan) diri kamu sendiri,seseungguhnya Allah telahpun maha belas

kasihan keatas kamu”.Sabda Rasullullah SAW pula yang

bermaksud:”Barangsiapa yang membunuh diri menggunakan alatan logam, akan

hiduplah dia di dalam neraka selama-lamanya.Barangsiapa yang meminum

racun untuk membunuh diri, akan meneguk racun neraka selama-lamanya di

dalam neraka. Barangsiapa yang membunuh diri dengan terjun dari gunung,

nescaya dia akan sentiasa terjun ke dalam neraka buat selama-lamanya”.



Seseorang yang telah membuat ikrar sedang ia dalam keadaan waras

bahawa dia tidak mahu di pasangkan alat „life supporting system‟ kalau dia

berada dalam keadaan nazak (terminal ill) hukumnya adalah harus. Ini adalah

kerana dia sanggup bersabar dan lebih rela mati dlam keadaan tabie kerana

berkeyakinan bahawa apabila sampai ajal seseorang itu maka dia pasti mati.



Perkara ini dibenarkan kerana menurut pandangan majoriti ulamak Islam

hukum berubat itu tidaklah wajib walaupun Islam sangat menggalakkannya. Ini

berpandukan sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari yang

menceritakan tentang seorang hamba perempuan yang sakit dan meminta nabi

SAW supaya mendoakannya



Lalu Nabi SAW bersabda: “ Jika engkau mahu bersabar, maka ganjaran

untukmu adalah syurga ataupun engkau mahu aku doakan kepada Allah supaya

kamu disembuhkan” Maka jawab perempuan tersebut, “kalau begitu aku lebih

suka bersabar”.









6

Tambahan pula alat „life supporting system‟ yang dipasangkan itu adalah

satu ikhtiar rawatan digunakan untuk meneruskan fungsi organ di tubuh tetapi

tidak memberi kesan apa-apa pada keadaan sakit yang dideritai. (17)





B) Kristian



Agama Kristian menyatakan bahawa nyawa adalah pemberian tuhan dan

setiap individu adalah khalifah di muka bumi-Nya. Tuhan meminjamkan sesuatu

jasad itu kepada manusia dan kemudiannya ditiupkan roh ke dalam jasadnya itu,

lalu bermulalah penghidupannya, maka hanya tuhan yang berhak menamatkan

atau mengambilnya semula nyawa. Pada pandangan agama Kristian euthanasia

adalah seperti membunuh diri, sesiapa yang membunuh diri itu dianggap telah

melakukan dosa.



C) Agnostik, Atheises, Humanist, Sekularis, Ben Kristian, Dan Liberal

Kristian Di Amerika Utara



Agama-agama ini masing-masing bersetuju bahawa setiap orang

mempunyai hak ke atas kehidupannya sendiri, Sesiapa yang mempunya

kehidupan yang tidak berkualiti atau tidak bermakna berhak membuat keputusan

untuk menamatkan kehidupannya dan berhak mendapat bantuan sekiranya

perlu. Dalam keadaan seseorang yang mengalami kesakitan yang amat sangat

sehingga menjadi beban yang tidak tertahan olehnya maka kematian boleh

mewujudkan penyelesaian terbaik baginya.





2) Aspek-aspek etika euthanasia



Sebahagian daripada pesakit “terminal ill” yang rata-ratanya berkeadaan

tenat berada dalam kesakitan teruk ataupun menjalani kehidupan yang sangat

menyedihkan. Mereka memilih untuk menamatkan riwayat mereka dari terus

hidup sebegitu. Adakah sesebuah Negara itu berhak untuk menolak permintaan

mereka ini?



Seseorang individu yang berada dalam keadaan nazak tidak boleh

membunuh diri kesan daripada keadaan fizikal dan mental mereka. Haruskah

mereka diberi pilihan untuk membunh diri? Mana-mana penganut agama, tidak

mengira Islam, Kristian atau sebagainya merasakan perbuatan ini (membunuh

diri) adalah salah disisi agama dan dimurkai Tuhan. Tetapi bagi golongan yang

tidak ada pegangan agama (Atheis), mereka menganggap membunuh diri

adalah salah satu sara bagi melepaskan diri dari kesalitan atau kesusahan

hidup. Adakah pendapat-pendapat mereka ini akan diguna pakai?



Jika euthanasia dibolehkan sesetengah daripada pesakit mungkin akan

disuruh atau dipengaruhi oleh keluarga untuk melakukannya. Keadaan seperti ini







7

perlu diberi perhatian kerana untuk memastikan keputusan seseorang pesakit itu

adalah pilihannya sendiri tanpa ada pengaruh lain. Ada sesetengah orang yang

merasakan campur tangan daripada pihak lain ke atas keputusan pesakit adalah

sangat serius sehingga merasakan euthanasia patut dimansuhkan.





3) Pandangan dari sudut perubatan



A) American Medical Association (AMA)



Ia merupakan sebuah pertubuhan yang menyokong penuh pengguguran

bayi dalam kandungan. Oleh itu adalah sesuatu yang ganjil apabila pertubuhan

ini menentang euthanasia. AMA telah mengambilalih isu yang kontroversi ini dan

menyatakan bahawa semua pesakit haruslah mendapat peluang menerima

suatu yang sebaik mungkin dan tidak langsung melakukan euthanasia. Bagi

AMA, doktor yang dianggap sebagai penyelamat nyawa tidak patut dalam masa

yang sama „mengambil nyawa‟ seseorang, ini akan menjstuhksn kredibiliti para

doctor dan menimbulkan rasa ketakpercayaan pesakit terhadapnya.



Menurut Dr. Carlos F. Gomez, MD, PHD seorang professor perubatan di

University Of Virginia School Og Medicine, ia adalah sesuatu mengejutkan

apabila AMA begitu kuat membangkang isu euthanasia. Beliau juga merasakan

isu ini tidak bersesuaian pada masa sekarang dimana bidang perubatan semakin

maju dan berkembang. Ia menyatakan untuk melakukan euthanasia kini adalah

sesuatu yang tidak masuk akal.



Dr. Gomez juga berpendapat bahawa seseorang doktor itu mesti cuba

sedaya upaya mencari jalan untuk merawati pesakitnya dengan memberi ubat

tahan sakit atau rawatan alternative yang lain. Mereka juga harus memberi

sokongan dan dorongan kepada pesakit-pesakit tenat dan tiada harapan untuk

hidup supaya menguatkan semangat mereka.



AMA juga memerhatikan bahawa doktor-doktor di Netherland akan

memilih untuk menjalankan euthanasia kepada pesakit apabila segala rawatan

yang mereka telah jalankan ke atas pesakit tersebut tidak berkesan. AMA tidak

mahu kes seumpama ini juga turut berlaku di Amerika.



Di Holland pula, apabila seseorang doktor itu merasakan yang mereka

boleh menamatkan riwayat pesakit mereka, maka akan tiada undang-undang

atau peraturan yang boleh melindungi pesakit-pesakit ini dan orang awam

secara keseluruhan.







4) Perundangan









8

Kes-Kes



1) Cruzan V. Director, Missouri Department Of Health



Selama 7 tahun, Nancy Cruzan terbaring koma di Missouri Hospital

dengan keadaan “persistent vegetative state” dan bergantung hidup hanya

menerusi bantuan tiub. Mahkamah Agung mengarahkan negeri Missouri

menafikan permintaan yang dibuat oleh ibu bapa Cruzan untuk mencabut

sambungan tiub untuk membenarkan anak perempuan mereka mati. Alasannya

kerana undang-undang Missouri mengkehendaki bukti-bukti yang menyatakan

pesakit koma tersebut mempunyai hasrat dan dapat menyatakan hasratnya

untuk tidak menyambung rawatan bagi kesinambungan hidupnya. Cruzan ,

sewaktu masih sedar, gagal menyatakan hasratnya sebagaimana yag

dikehendaki dan diperuntukkan oleh undang-undang. Hasil kes ini menunjukkan

mahkamah mengiktiraf hak kebebasan seseorang individu.



KAREN ANN QUINLAN





Pada 15 April 1975, K.A Quinlan 21 tahun, seorang yang sihat sepenuhnya dan

bersemangat untuk menghadiri perjumpaan sosial dengan kawan-kawannya.

Pada sebelah petangnya mungkin disebabkan oleh bencana akibat reaksi

dadah, dia tidak sedarkan diri dan berhenti bernafas selama “two fifteen minit”.

Dia dimasukkan ke Hospital New Jersey, dimana selepas beberapa kaedah

kecemasan gagal untuk meyedarkannya, dia akhirnya diberi alat pernafasan

melalui tiub. Para pakar menyatakan da berada sebagai “chronic persistent

vegetative state”. Keadaannya bukan dianggap sebagai “kematian otak”, kerana

dia mampu memberi tindakbalas yang positif kepada beberapa fungsi otak

seperti tindakbalas minima kepada stimulasi luaran dengan menggunakan

cahaya dan bunyi.



Pandangan para doktor menyatakan untuk kembali sembuh amatlah sukar,

tetapi perlu diberi rawatan dan alat bantuan pernafasan kerana keadaannya tidak

capai ke tahap mati otak. Bapanya seorang kristian mazhab katolik telah

memohon kepada mahkamah untuk mengiktiraf haknya sebagai penjaga kepada

pesakit tersebut dan memohon alat bantuan penafasan dicabut untuk

memudahkan anaknya mati dengan tenang.



Mahkamah Agung New Jersey memutuskan:-



i. Quinlan mempunyai hak sulit mengikut pelembagaan yang

membenarkan dia membuat keputusan terhadap rawatan ke atas

dirinya sendiri

ii. Bapanya diberi hak sebagai penjaga yang berkelayakan yang

memberikannya hak untuk membuat keputusan bagi pihak Quinlan

(anaknya)







9

iii. Makamah mencadangkan pada waktu akan datang, keputusan

hendaklah dibuat melalui pelbagai komiti-komiti etika yang terdiri

daripada ahli fizik, pekerja sosial, peguam, agamawan ataupun

pengamal moral. Komiti-komiti tersebut akan melakukan “screen out”

bagi membantu menyelesaikan masalah tanpa campurtangan pihak

kehakiman. Mahkamah tersebut mencatatkan jika prosidur ini berjalan

ulasan kehakiman tidak perlu dilakukan kerana ia bukan sahaja boleh

dianggap sebagai pencerobohan sukarela kepada bidang (profesion)

perubatan, tetapi oleh kerana kompetensi ia mungkin sukar untuk

digunakan. Quinlan kemudian dicabutkan alat bantuan pernafasan

tetapi dia mampu hidup lagi sehingga 10 tahun berikutnya iaitu pada

11 Jun 1985 tanpa tanda-tanda untuk sembuh.



Superintendent of Belchertown V. Saikewicz.



Dalam kes ini, isu samada kemoterapi secara undang-undangnya boleh

dijalankan ke atas Joseph Saikewicz, seorang pesakit mental yang tidak

kompeten yang mengidap penyakit leukemia terencat akal semenjak kecil,

berusia 67 tahun sewatu rawatan (diagnosis), tetapi mempuyai I.Q seperti budak

berusia 2 tahun. Dia tidak faham tujuan rawatan atau kesan sampingannya,

dimana boleh menyebabkan kesakitan malah mungkin membawa maut. Tetapi

jika dinafikan komoterapi dia boleh mati untuk tempoh seminggu atau sebulan

tanpa mengalami kesan khas atau tidak selesa. Mahkamah dalam kes ini

bersetuju dengan Quinlan, komiti-komiti etika memainkan peranan penting dalam

menasihati hakim-hakim tentang keputusan menyambung hidup pesakit-pesakit

yang tidak kompeten. Tetapi mahkamah Massachusetts melawan dengan

tajamnya cadangan mahkamah Tinggi New Jersey bahawa kosultansi dan

penghormatan kepada profesion perubatan boleh mengambil alih penyelidikan

kehakiman menolak ulasan kehakiman New Jersey sebagai pencerobohan

sukarela/percuma (Gratuitous Encroachment) kepada kepakaran perubatan.

Pandangan seolah-olah bercorak imperialistik refleksi bukanlah bertujuan untuk

menolak pandangan perubatan sebagai pemutus untuk mengawal piawai undag-

undang dalam membuat keputusan. Piawai Mahkamah Massachusets memilih

adalah penghakiman gantian (subtituted judgement) yang mana memerlukan

timbalan pembuat keputusan untuk membuat keputusan dimana akan dibuat

oleh orang yang tidak kompeten, jika orang itu kompeten pun perlu diambil kira

tentang ketidak kompetensinya masa kini dan akan datang oleh seseorang

individu itu. Secara praktikal, piawai “penghakiman gantian” hampir mustahil

untuk dilaksanakan, dimana tidak seorang pun pembuat keputusan yang boleh

mencapai piawai seperti yang dikehendaki. Dalam kes Re storar mempunyai

persamaan dengan kes Saikewicz.



6) Pendapat Orang Ramai Terhadap Eutahanasia.



Ada beberapa negara didunia ini membenarkan perlaksanaan euthanasia

dan ada yang masih dalam peringkat percubaan untuk membenarkan euthanasia







10

dilaksanaan di negara mereka. Antara negara yang hebat membincangkan isu

euthanasia ini ialah Amerika Syarikat, Australia, Britain dan Neherland.



Di Amerika Syarikat sebanyak 57% euthanasia dilakukan kerana

perasaan belas kasihan terhadap individu yang telibat (CNN / US TODAY edisi

Jun 1997). Bancian awal yang diambil oleh Gallup Poll adalah pada bulan May

1966 yang mana sebanyak 75% menyokong tindakan euthanasia dibuat. Tiga

tempat utama di Amerika Syarikat tidak menunjukkan sokongan terhadap

euthanasia iaitu Washington, California dan Oregon. (37) Sebanyak 46%

sokongan diperolehi di Washington pada than 1991. Pada tahun 192, California

mencatatkan 46% sokongan pihak awam terhadap perlaksanaan euthanasia. Di

Oregon, peratusan orang ramai terhadap euthanasia adalah 51% pada tahun

1994 dan angka ini meningkat menjadi 60% pada tahun 1997.



Pada tahun 1962, menurut bancian yang dibuat di Australia, hanya 47%

menerima euthanasia secara sukarela, 39% menentang dan 14% tidak

mempunyai keputusan mengenainya. Pada tahun 1995, bancian dijalankan

selepas Northern Territory membenarkan euthanasia secara sukarela pada 25

Mei 1995. Bancian ini dilakukan oleh Roy Morgan Research Centre

menunjukkan sokongan yang tinggi penduduk Australia terhadap euthanasia

pasif dan aktif. (38) Kajian pada tahun 1995 diterbitkan oleh The Bulletin pada 28

Jun 1995, datang daripada temubual bersemuka dengan 1,158 orang berumur

14 tahun ke atas. Responden yang menyokong euthanasia secara sukarela

menyatakan komen seperti, kita mempunyai hak untuk membuat apa saja ke

atas hidup mengikut kehendak kita, hidup yang berkualiti adalah sangat penting

serta hanya akan menerima euthanasia apabila mendapat kaunseling daripada

pakar psikologi. Manakala responden yang menentang pula memberikan komen

seperti, doktor tidak sepatutnya diberikan kuasa mutlak, akan timbul masalah jika

euthanasia dibenarkan kerana risiko penyalahgunaannya pasti ada, serta

menyatakan euthanasia seperti membunuh diri dan tidak akan menerimanya



Melalui tinjauan yang dilakukan oleh British Social Attitude, terdapat 7

justifikasi yang menggambarkan tentang euthanasia, diberikan untk mengetahui

pendapat umum mengenainya. (39) Hanya 5% yang ditemubual akan

menentang salah satu kategori tersebut dan majoriti mungkin menerima

euthanasia dalam kes-kes tertentu sahaja. Kumpulan yang menentang

euthanasia merupakan golongan yang lebih berumur dan alim beragama,

manakala kumpulan yang menerima pula terdiri daripada golongan muda yang

berfikiran lebih terbuka.Justifikasi tersebut adalah seperti berikut: dalam tempoh

satu hari, 13% menyokong euthanasia dan menjelang seminggu, sebanyak 35%

menyokong tindakan euthanasia.



Satu tinjauan ke atas golongan tua mengenai pendapat mereka terhadap

perlaksanaan euthanasia, telah dijalankan oleh seorang doktor perubaan

bernama J.H Seger pada tahun 1987 di Netherland. (40) Menurut tinjauannya,

50-60% responden khuatir nyawa mereka akan mengambil bertentangan dengan







11

kehendak mereka, 47% responden yang tinggal di rumah sendiri dan 93%

responden yang tinggal di rumah sakit persendirian menentang eutansia aktif

serta 66% responden yang tinggal di rumah sendiri dan 95% yang tinggal di

rumah sakit persedirian menentag kerajaan membenarkan euthanasia disahkan

dari segi undang-undang.









12


Related docs
Other docs by HC1111172192
Genre
Views: 51  |  Downloads: 0
Nr: MWRE113699800
Views: 2  |  Downloads: 0
PROGRESS REPORT
Views: 0  |  Downloads: 0
Brake Bleeding Lab
Views: 2  |  Downloads: 0
Reader-Beitrag:
Views: 2  |  Downloads: 0
ANALISIS JABATAN
Views: 105  |  Downloads: 0
percapita_brasil
Views: 0  |  Downloads: 0
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
Views: 45  |  Downloads: 0
Decision of the Century
Views: 0  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!