2.0 ORGANISASI DAN PENGURUSAN SEKOLAH
2.1 MELAPORKAN MAKLUMAT
Organisasi Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari dinaungi oleh En. Azizan B. Abd
Hamid (Guru Besar) dan dibantu oleh Pn.Jamaliah Bt. Osman (Guru Penolong Kanan 1), En.
Mohd Sokri B. Abd Rahman (Guru Penolong Kanan HEM), En. Teh Kok Wah (Guru Penolong
Kanan Ko-kurikulum), Pn Shantimathy A/P Shanmugam (Guru GKM Kemanusiaan), Pn Lee
Seok Keow (Guru GKM Sains), En. Mogan A/L Govindasamy (Guru GKM Tek & Vok), Pn.
Jamilah Bt. Karim Khan (Guru GKM Bahasa) dan En. Hasbullah Hj. Harun (Guru Ketua
Pembantu Tadbir) serta disokong oleh guru-guru dan staf sokongan. Ia merupakan suatu usaha
untuk menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari sebagai institusi pendidikan yang
bakal melahirkan generasi yang berketrampilan dan cemerlang.
Perlaksanaan kurikulum yang berkesan memerlukan penglibatan dan penyertaan
sepenuhnya daripada pelbagai pihak iaitu kementerian, negeri, daerah, bahagian, sekolah,
universiti, maktab dan masyarakat. Dalam perlaksanaan kurikulum, beberapa jawatankuasa telah
diwujudkan pada peringkat Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah, Bahagian dan Sekolah.
Pengurusan kurikulum yang baik merupakan tunggak KBSM. Oleh hal yang demikian
pengurusan kurikulum yang baik seharusnya memiliki ciri-ciri seperti berikut:-
1. Memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat pendidikan.
2. Memahami, mentafsir dan mengoperasikan kurikulum ke dalam bentuk aktiviti dalam
dan luar bilik darjah.
3. Memahami mata pelajaran pengkhususan.
4. Mengetahui secara umum kandungan kurikulum semua mata pelajaran.
5. Menyedari kepentingan penilaian dan mengetahui cara mengendali penilaian.
6. Mengetahui kebolehan dan pengalaman guru-guru tentang mata pelajaran dan aspek
yang berkaitan.
7. Mengetahui keperluan Alat Bantu Mengajar serta peralatan dan bahan untuk mata
pelajaran tertentu dan cara menggunakannya.
8. Mengetahui kemudahan-kemudahan yang ada dan berusaha meningkatkan
kemudahan yang sedia ada.
9. Mengetahui kebolehan yang ada di sekolahnya serta latar belakang, pengalaman dan
keluarga mereka.
10. Berupaya mengadakan latihan dalaman untuk meningkatkan profesionalisme guru
dan kakitangan sekolah.
11. Mengetahui pendekatan dan strategi pengajaran terkini dan berupaya
menyampaikannya kepada guru-guru.
12. Berupaya menimbulkan sikap yang positif dalam kalangan guru dan mewujudkan
perkhidmatan penyayang dan semangat kekitaan.
13. Mempunyai gaya pengurusan dan kepimpinan terbuka.
14. Berupaya mewujudkan rasa sepunya dalam kalangan komuniti sekolah dan bekerja
sebagai satu pasukan.
Kejayaan KBSM juga bergantung kepada sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa
serta masyarakat. Ibu bapa perlu peka terhadap keperluan anak-anak mereka dan
menyediakannya untuk membolehkan anak berkenaan mencapai perkembangan diri yang
menyeluruh dengan lebih berkesan. Oleh itu, pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan
Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau Bahagian dan Sekolah perlu menganjurkan program
yang sesuai untuk menerangkan kepada ibu bapa dan masyarakat tentang perlaksanaan KBSM di
sekolah.
Masyarakat pada amnya bertanggungjawab terhadap perkembangan sekolah secara
menyeluruh dari segi peningkatan prestasi dan tingkah laku serta akhlak pelajar di samping
menyemai sikap budaya penyayang. Mereka seharusnya berganding bahu dengan pihak sekolah
untuk menyelesaikan masalah-masalah pelajar seperti masalah disiplin, penyalahgunaan dadah,
ponteng dan tidak mematuhi undang-undang sekolah. Mereka juga berperanan peranan untuk
menyalurkan idea-idea dalam menjayakan program sekolah serta memberi sumbangan melalui
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Dalam pengurusan kurikulum, aspek penyeliaan adalah antara agenda yang perlu
dititikberatkan. Penyeliaan pada dasarnya bermaksud mengawas dan memberi bimbingan untuk
memastikan sesuatu kurikulum itu dilaksanakan seperti mana yang dihasratkan. Penyeliaan perlu
dilakukan terhadap perlaksanaan kurikulum seberapa kerap yang boleh untuk mengesan
kemajuannya. Bagi memastikan kejayaan kurikulum, penyelia perlulah prihatin terhadap input,
proses dan output. Input meliputi sumber fizikal, manakala prosesnya pula meliputi proses
pengajaran dan pembelajaran (p&p), penilaian, pengurusan dan budaya sekolah. Output pula
meliputi penguasaan kemahiran dan pemerolehan pengetahuan serta sikap dan amalan nilai
murni oleh seluruh anggota sekolah.
Penyeliaan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, antaranya ialah secara pemerhatian,
perbincangan dengan guru dan penyemakan buku persediaan, penggunaan bahan dan kerja
murid. Kaedah pemerhatian dan perbincangan boleh dilakukan dengan menggunakan instrumen
khas seperti senarai semak dan soal selidik ataupun secara spontan tanpa menggunakan sebarang
instrumen. Walau apa cara atau kaedah penyeliaan yang digunakan, ia hendaklah bersesuaian
dengan keadaan dan masa.
Pengurus kurikulum perlu berbincang dengan guru yang diselia sebaik sahaja penyeliaan
dijalankan. Sebarang kebaikan yang terdapat pada guru tersebut, sama ada daripada aspek proses
pengajaran dan pembelajaran mahupun pengendalian bilik darjah perlu dikongsi bersama dengan
guru lain. Bagi guru yang menghadapi masalah melaksanakan kurikulum tersebut, penyelia perlu
membimbing beliau untuk sama-sama mengatasi masalah yang dihadapi. Segala hasil penyeliaan
perlu direkodkan untuk rujukan pada masa akan datang.
2.2 STRUKTUR ORGANISASI INDUK SEKOLAH KEB. TMN MOUNT AUSTIN
GURU BESAR
GPK PENTADBIRAN GPK HAL EHWAL MURID
Akademik Unit BimBingan & Kaunseling
Peperiksaan Lembaga Pengawas Sekolah
Pentadbiran Lembaga Displin
Kurikulum Skim Pinjaman Buku Teks
Pusat Sumber Sekolah Rancangan Makanan
Kakitangan Bukan Sokongan Tambahan
Pebdaftaran Sekolah Kebajikan Anak-anak Yatim
Pemulihan Khas Kantin Sekolah
Program Transisi Pra Sekolah
E – MIS KWAM/ Murid Miskin
PPSMI Skim Baucer Tuisyen (SBT)
SBT Keselamatan
KIA 2M Kebajikan murid
Pengisytiharan Harta Guru/Staf Doktor Muda
PROTIM/ Pasca UPSR RMUP
SMM
GPK KOKURIKULUM
Kokurikulum
Sukan
Persatuan
Unit Beruniform
Permainan Dalam & Luar
Pertandingan
Keceriaan
Lawatan
Majlis/Perayaan
Peristiwa
Fotografi
GURU BIMBINGAN
GURU-GURU
MURID
2.2.1 JAWATANKUASA PENTADBIRAN SEK. KEB. TMN MOUNT AUSTIN
2.2.2
GURU BESAR
EN. TANG WAI HONG
GPK PENTADBIRAN GPK HAL EHWAL MURID GPK KO- KURIKULUM
PN. ROHAYA PN. CHUAH CHAI LAN PN. OI GEOK NGO
PENYELARAS
(GURU BIMBINGAN)
PN. HAYATI BT. ABDULLAH
GURU-GURU
PEMBANTU TADBIR
2.2.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 2008
PENGERUSI
EN. TANG WAI HONG
NAIB PENGERUSI
PN. ROHAYA BINTI WAGIMAN
SETIAUSAHA
PN. HAIRANI BINTI YUSOF
JURU AUDIT DALAMAN
PN. HAYATI BINTI ABDULLAH
AHLI JAWATANKUASA
PN. NORAIDAH ABD HAMID
PN. SARAH DAVID
PN. TONG SUNG CHIUN
CIK BAVANEE A/P GOPAL
PN. HAYATI BT. ABDULLAH
CIK ASMA HANIM BT. SHUIB
PN. HASHIMAH BT. MAT DAUD
PN. SITI AISHAH BT. IBRAHIM
CIK SITI SUHAINI BT. CHE RAHIM
EN. SARAVANAN
JAWATANKUASA PROGRAM PPSMI SMK TAMAN MOUNT AUSTIN 2008
PENYELARAS
PN SITI SUHAINI
SETIAUSAHA
PN NURULHUDA BT AHMAD
AJK
PN CHUAH CHAI LAN
PN SHAHRIZA BT AZIZ
PN HASIMAH BT MAT DAUD
PN ER SIEW LEE
PN TONG SUNG CHIUN
EN TANG WAI HONG
PN SARAH DAVID
JAWATANKUASA PENGURUSAN STOK/INVENTORI/PELUPUSAN SMK TAMAN
MOUNT AUSTIN TAHUN 2008
PENGERUSI
PN ROHAYA WAGIMAN
SETIAUSAHA
CIK SUHAINI BT CHE RAHIM
AJK
PN HAYATI BT ABDULLAH
PN SALMIYAH BT ALI
PN MASTURA BT RAFIK
JAWATANKUASA PROGRAM KEUTUHAN INSTITUSI PENDIDIKAN SMK TAMAN
MOUNT AUSTIN TAHUN 2008
PENGERUSI
EN TANG WAI HONG
SETIAUSAHA
CIK BAVANEE A/P GOPAL
AJK
EN ROSLI (YDP PIBG)
EN ZAKARIA (NYDP PIBG)
SEMUA KETUA PANITIA
MATAPELAJARAN
JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SMK TAMAN MOUNT AUSTIN
TAHUN 2008
PENGERUSI
PN NURULHUDA BT AHMAD
(MEDIA/PERPUSTAKAAN)
SETIAUSAHA
CIK SUHAINI BT CHE RAHIM (MUZIK)
EN SARAVANAN (AUDIO)
PN HAYATI BT ABDULLAH (KOMPUTER)
PN TONG SUNG CHIUN (PUSAT AKSES)
JAWATANKUASA PROGRAM MOTIVASI UPSRSMK TAMAN
MOUNT AUSTIN TAHUN 2008
PENGERUSI
PN ROHAYA BT WAGIMAN
SETIAUSAHA
PN NORAIDAH BT ABD HAMID
AJK
PN CHUAH CHAI LAN (BAHASA INGGERIS)
PN NURULHUDA BT AHMAD
PN SARAH DAVID (SAINS)
PN HASIMAH BT MAT DAUD
PN TONG SUNG CHIUN (MATEMATIK)
PN ER SIEW LEE
PN HAYATI BT ABDULLAH (BAHASA MELAYU)
2.2.4 JAWATANKUASA KURIKULUM 2007
PENGERUSI
EN. TANG WAI HONG
NAIB PENGERUSI
PN. ROHAYA BT. WAGIMAN
SETIAUSAHA
PN. SALMIYAH BT ALI
P. SUMBER J/KUASA INDUK J/KUASA KEWANGAN
SEKOLAH/MEDIA KURIKULUM PN. HAIRANI BT YUSOF
PN. NURULHUDA BT AHMAD KETUA PANITIA
PENYELARAS ICT DAN J/KUASA PEPERIKSAAN PROGRAM MOTIVASI
GURU DATA & HEADCOUNT PN. NORAIDAH BT.
PN. HARYATI BT. PN. ER SIEW LEE ABD HAMID
ABDULLAH
PENYELARAS PPSMI BANGUNAN & J/KUASA PENGURUSAN
PN. SARAH DABID SELENGGARA SEK. STOK
EN. SARAVANAN PN. SITI SUHAINI
J/KUASA INSTITUSI PEPERIKSAAN AWAM
PENDIDIKAN (UPSR)
CIK BAVANEE A/P GOPAL PN. SARAH DAVID
2.2.5 JAWATANKUASA PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN 2007
PENGERUSI
EN. TANG WAI HONG
NAIB PENGERUSI
PN. ROHAYA BT. WAGIMAN
SETIAUSAHA Ι SETIAUSAHA II
PN. ER SIEW LEE PN. SARAH DAVID
PANITIA
B. MELAYU B. INGGERIS MATEMATIK SAINS
PN NORAIDAH PN. SARAH PN. TONG SUNG CIK BAVANEE
ABD HAMID DAVID CHIUN A/P GOPAL
PEND. ISLAM K. HIDUP PJK SENI
PN. SALMIYAH ALI PN. HAYATI EN. PN. SITI AISHAH
ABDULLAH SARAVANAN IBRAHIM
PEMULIHAN PEND. MORAL K.TEMPATAN
PN. SHAHRIZA AZIZ PN. HASHIMAH MAT CIK ASMA
DAUD HANIM
MUZIK PRA SEKOLAH
CIK SITI SUHAINI CIK MARIAN SUDIN
2.2.12 CARTA ORGANISASI HAL-EHWAL MURID
2008
PHOTOSTAT
2.2.13 CARTA ORGANISASI PANITIA
MATA PELAJARAN SEK. KEB MOUNT AUSTIN 2008
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI
PENYELARAS
SETIAUSAHA
AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA
PROGRAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 2009
1. PROGRAM : Masakan dan Jahitan
2. BIDANG : Kurikulum
3. KEADAAN SEKARANG : 3.1 Pelajar kurang pengetahuan am dalam memasak
dan jahitan.
3.2 Pelajar tidak dapat membina idea / buah fikiran
dalam rekaan dan hiasan.
4. KEADAAN DIHARAPKAN : 4.1 Menambah pengetahuan pelajar dalam
pengetahuan jahitan asas dan masakan.
4.2 Memberi idea kepada pelajar dalam cara
memasak dan menjahit.
5. PENJANAAN STRATEGI : 5.1 Guru-guru opsyen Kemahiran Hidup yang bijak
menjana idea pelajar-pelajar.
5.2 Kemudahan sedia ada seperti media cetak dan
elektronik untuk mendapatkan maklumat.
6. PEMBINAAN STRATEGI/ : 6.1 Mengadakan mesyuarat guru-guru KHB.
PELAKSANAAN 6.2 Melaksanakan program.
6.3 Penilaian.
7. MATLAMAT : 7.1 Memberikan peluang kepada pelajar untuk
melahirkan idea dan mengaplikasikan
kemahiran dalam jahitan dan memasak.
8. OBJEKTIF : 8.1 Melatih pelajar berfikir secara kreatif.
8.2 Membina keyakinan diri untuk bercakap di
khalayak ramai.
8.3 Meningkatkan penguasaan berbahasa yang
betul.
9. SASARAN : Pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 3.
10. KOS PERBELANJAAN : Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu.
11. SUMBER KEWANGAN : Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu.
12. JANGKA MASA : Januari hingga Oktober.
13. PLAN KONTIGENSI : 13.1 Menyediakan tajuk perbincangan mengikut
bilanganpelajar.
13.2 Membuat undian tajuk dan penetapan tarikh.
13.3 Bicara ilmiah.
13.4 Membuat rumusan.
14. PENILAIAN : 14.1 Penilaian dan pemantauan dijalankan oleh
Guru Besar dan guru penolang kanan.
15.INDIKATOR PENCAPAIAN : 15.1 Berdasarkan gaya kreativiti, hiasan dan
kecantikan.
15.2 Penilaian guru.
15.3 Buku PLBS.
2.4 PERANAN, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI SETIAP KOMPONEN
TUGAS-TUGAS GURU BESAR
1. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran pengurusan dan iktisas sekolah.
2. Setiausaha Jemaah Lembaga Pengelola/ Lembaga Pengurus Sekolah.
3. Bertanggungjawab terhadap polisi dan objektif sekolah mengikut Polisi Kementerian
Pendidikan dan Objektif Pendidikan Negara.
4. Perancang semua bidang tugas dan gerak kerja di sekolah.
5. Ketua penilai perancang dan hasil-hasil usaha kakitangan dan pelajar di sekolah.
6. Ketua bimbingan kepada semua anggota kakitangan, guru dan bukan guru.
7. Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
8. Pengerusi Lembaga Tatatertib Kakitangan Sekolah.
9. Pengerusi lembaga tatatertib pelajar sekolah.
10. Pengerusi Jawatankuasa Ko-kurikulum Sekolah.
11. Bertanggungjawab terhadap kewangan dan akaun sekolah.
12. Pendaftar Persatuan/Kelab yang wujud dan diluluskan oleh sekolah.
13. Ketua Pegawai Perhubung di antara sekolah dengan orang ramai, jabatan-jabatan Kerajaan
antara anggota kakitangan. Antara kakitangan dan pelajar dan di antara mana-mana
kumpulan dalam bidang semua kuasa sekolah.
14. Ketua protokol bagi semua acara sekolah.
15. Bertanggungjawab atas peraturan keselamatan * harta-nyawa sekolah.
16. Penyelaras semua surat-menyurat antara sekolah-sekolah dan pihak luar.
17. ‟Ex-Officio‟ Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru Sekolah.
18. Mewakili sekolah secara rasmi.
19. Bertanggugjawab terhadap pembangunan fizikal sekolah, ketenteraman, keselamatan dan
lain-lain.
20. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri
dan Kementerian Pendidikan dari semasa ke semasa.
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN I.
1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaannya.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam dal kurikulum, pentadbiran, hubungn
masyarakat dan keselamatan.
4. Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sekolah-sekolah yang mempunyai sidang petang.
5. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
6. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN II (HAL EHWAL MURID).
1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Penolong Kanan I.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam Hal-Hal Pendidikan Jasmani, Ko-Kurikulum,
Displin dan Kaunseling, Keselamatan dan Kebajikan Murid, Buku Teks, Biasiswa dan
Bantuan Kewangan, Penerbitan dan Percetakan, Perayaan Sekolah, Koperasi Sekolah, Kantin
Sekolah dan Pengawasan Asrama (jika ada).
4. Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sekolah-sekolah yang mempunyai sidang petang.
5. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
6. Menganggota jawatankuasa seperti yang diarah oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
7. Merancang kegiatan-kegiatan ko-kurikulum untuk murid-murid semasa cuti-cuti sekolah.
8. Melaksanakan arahan-arahan lain dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar
dari semasa ke semasa.
SENARAI TUGAS GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM.
1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Guru Penolong Kanan I
dan II.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam semua aspek Pengurusan Ko-kurikulum
termasuk sidang petang.
4. Menyelia dan menilai aktiviti ko-kurikulum di sekolah.
5. Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk
sidang petang.
6. Menganggotai jawatan-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari semasa ke
semasa.
7. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari
semasa ke semasa.
SENARAI TUGAS GURU PENYELIA PETANG.
1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Guru Penolong Kanan I
dan II serta Guru Penolong Kanan KoKurikulum.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam mentadbir semua aspek pengurusan sekolah
bagi sidang petang.
4. Membantu mengeratkan hubungan di antara guru-guru sidang pagi dan petang
5. Membantu guru besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran
6. Membantu guru besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah
7. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa seperti yang diarahkan seperti yang diarah oleh
Guru Besar dari semasa ke semasa.
8. Menjalankan arahan-arahan dan tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke
semasa.
SENARAI TUGAS PEMBANTU AM RENDAH
1. Menjalankan tugas selama 8 am sehari. Waktu bertugas ialah
7.00 pagi – 3.00 petang/ 11.00 pagi - 7.00 petang (Isnin- Jumat)
7.00 pagi – 3.00 petang/ 11.00 pagi - 3.45 petang (sabtu)
2. Membuka dan menutup pejabat Am dan pejabat Pengetua setiap hari serta menyapu lantai
dan mengemas bilik-bilik tersebut pada pukul 7.00 pagi dan 6.30 petang .
3. Menghantar surat-surat melalui pos atau dengan tangan dan membantu kerani merekodkan
surat-surat tersebut ke dalam Buku Sirat Keluar/ ”Despatch Book” .
4. Mentukan semua jenis buku rekod, Register, Fail, borang, kotak-kotak kapur dan lain-lain di
dalam kedua-dua pejabat dan pengetua sentiasa kemas sepanjang masa.
5. Mencatat kedatangan harian semua darjah di buku kedatangan dan diserahkan kepada guru
bertugas untuk kiraan peratus.
6. Mendapatkan butir-butir murid daripada guru darjah untuk penyata bulanan dan sebagainya
yang di perlukan
7. Memanggil murid, guru atau pekerja apabila diminta berbuat demikian oleh pengetua.
SENARAI TUGAS PEKERJA AM
1. Menepati masa bekerja yang telah ditetapkan 6.30 pagi hingga 1.30 petang.
2. Menandatangani kedatangan pekerja pada setiap hari pada waktu datang dan balik.
3. Menjaga kebersihan kawasan sekolah, parit dan tandas.
4. Menjaga stok-stok alatan Tukang sapu dan Tukang kebun sentiasa lengkap dan cukup seperti
mana sepatutnya ada.
5. Mengamalkan penjimatan dalam menggunakan bahan-bahan pencuci dan sebagainya.
6. Menggantikan/ menjalankan tugas jaga mengikut giliran bertugas.
7. Melaporkan kepada Guru Besar berkenaan/ Guru Besar dengan serta-merta atas perkara-
perkara sangat mustahak untuk tindakan selanjutnya seperti kerosakan tandas, paip bocor dan
lain-lain
8. Menanam, menjaga dan menjamin kesuburan pokok-pokok dan lain-lain tanaman semasa
cuti sekolah.
9. mengisi buku „Laporan Harian Pekerja Am‟
10. Mengosongkan semua tong sampah.
11. Menjaga dan menjamin keselamatan bangunan dan segala harta benda sekolah daripada
kerosakan/ kehilangan.
12. Melaksanakan tugas-tugas lain sebagaimana yang di arahkan oleh Guru Besar.
SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAGA.
1. Menjalankan tugas dari jam 10 malam hingga 6 pagi.
2. Menjaga keselamatan sekolah dan semua harta benda sekolah.
3. Mengawal kawasan sekolah daripada dimasuki oleh orang luar, binatang-binatang ternakan
dan juga binatang liar.
4. Membuat sekurang-kurangnya 3 kali rondaan dalam satu malam.
5. Mengunci bilik-blik pejabat, semua bilik-bilik lain dan semua gate sekolah.
6. Melaporkan semua kejadian denga segera kepada Guru Besar, pihak polis atau bomba
mengikut situasi yang sesuai.
7. Menyediakan laporan tugasan harian dalam buku „Laporan Jaga Bertugas‟. Laporan
hendaklah menyatakan: orang keluar/ masuk. Sekiranya orang luar, tentukan perkara-perkara
berikut dicatatkan:
I. Nama
II. No. Kad Pengenalan
III. Alamat Rumah
IV. Tujuan
V. Keadaan Bangunan
VI. Sebarang Aktiviti
8. Dilarang membawa ahli keluarga atau teman semasa bertugas.
9. Menjalankan tugastugas lain sebagaimana yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke
semasa.
SENARAI TUGAS GURU KELAS.
1. Mencatat nama murid-murid selengkapnya dengan jadual kedatangan kelasnya tiap-tiap
bulan. Menanda kedatangan harian persekolahan bagi setiap murid mengikut arahan dan
membuat jumlah dan rumusan selengkapnya.
2. Menyediakan rancangan pelajaran masing-masing serta merekodkan pengajarannya.
3. Menyediakan jadual waktu bagi darjahnya.
4. Memeriksa buku-buku rampaian murid dengan sempurna.
5. Menjalankan ujian bulan/menyediakan keputusan ujian.
6. Memberi markah ujian bulanan/peperiksaan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh
sekolah.
7. Bertanggungjawab terhadap kelasnya dalam semua hal.
8. Memberi pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna/mengikut kursus-kursus/kaedah
yang diterima dalam latihan/maktab.
9. Mengisi butir-butir dalam buku kemajuan murid.
10. Mengisi dan menyimpan kad rekod persekolahan murid.
11. Mengurus sebarang pubgutan yuran persekolahan/mengeluar resit penerimaan wang dan
menyerahkan wang kepada Guru Besar/Penolong Kanan dengan segera.
12. Mengurus pembahagian buku teks dan memungut pada akhir tahun.
13. Mengeluarkan notis/surat kepada ibubapa yang murid-murid tidak datang belajar.
14. Mengawas dan melaporkan kesalahan muridnya kepada Guru Besar/Guru Disiplin sekolah.
15. Merumus dan merekod keputusan ujian/peperiksaan darjahnya.
16. Menyediakan sijil tamat sekolah/rekod PKBS dan lain bagi kelasnya.
17. Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh Guru Besar.
SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN.
1. Mengajar mata-mata pelajaran yang telah ditetapkan untuknya mengikut kaedah-kaedah,
peraturan-peraturan dan pekeliling yang ada.
2. Memahami dan mematuhi kehendak-kehendak yang terkandung di dalam Pekeliling
Kementerian Pendidikan bilangan 256.
3. Sentiasa mengemaskini buku persediaan mengajar/ buku rekod guru.
4. Memiliki, memahami dan boleh mentafsir/ menghuraikan kandungan dan hasrat sukatan
pelajaran yang sah dan berkuat-kuasa.
5. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan-arahan yang berkaitan dengan
mata-mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus
dicapai di akhir dan tiap-tiap penggal bagi setiap kelas.
6. Berusaha untuk mengetahui aspek-aspek penting berhubung dengan mata pelajaran yang
diajar.
7. Menghadiri kursus, seminar, pameran, taklimat dan mesyuarat berkaitan dengan mata-mata
pelajaran yang diajar dan kemudian memberi taklimat kepada guru-guru mata pelajaran yang
lain, guru kanan mata pelajaran atau Guru Besar sekembalinya dari kursus dan sebagainya.
8. Memberi bantuan dan sokongan sewajarnya kepada unit-unit lain.
9. Mengadakan kelas-kelas tambahan adalah digalakkan.
10. Kerja rumah pelajar haruslah diberi dan disemak.
11. Menjalani kerja pemulihan (apabila perlu) setelahkelemahan dikenalpasti menggunakan
pendekatan dan kaedah pengajaran yang lebih berkesan.
12. Melaksanakan tugas yang lain yang berkaitan yang diamanahkan oleh Guru Besar dari
semasa ke semasa.
BIDANG TUGAS PANITIA MATA PELAJARAN
1. Menentukan penggunaan sukatan pelajaran yang dikemaskini.
2. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang kemaskini.
3. Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran tahunan dan mingguan.
4. Memberi bimbingan kepada guru-guru baru atau kurang pengalaman, khususnya dari segi
memahami kehendak, pendekatan dan semangat sukatan pelajaran dan juga aspek lain yang
perlu.
5. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalam format-format jawapan dan
pemeriksaan kertas jawapan.
6. Menganalisis keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengkaji serta
mencari jalan untuk memajukan taraf pencapaian dari semasa ke semasa.
7. Mencadangkan jenis-jenis buku yang perlu diadakan oleh sekolah untuk perpustakaan atau
rujukan guru.
8. Mengkaji dan menilai buku-buku teks yang baru untuk dipilih dan digunakan oleh sekolah.
9. Memberi kerjasama kepada guru SPBT untuk menjaga keselamaan buku-buku teks yang
digunakan.
10. Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat- alat untuk pameran, jika perlu.
11. Mengkaji dan menentukan jenis buku latihan kerja bagi setiap kelas, jika perlu.
12. Mengumpulkan sekurang-kurangnya dua salinan soalan-soalan peperiksaan dalam dan luar
untuk semkan da rujukan di perpustakaan sekolah.
13. Membuat anggaran perbelanjaan tahunan untuk persetujuan pihak sekolah.
14. Mengadakan tindak balas pada setiap perubahan baru yang diperlukan.
15. Mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya sekali dalam sepenggal atau leih kerap
lagi jika berkeperluan.
16. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar semasa ke
semasa
BIDANG TUGAS PENGERUSI PANITIA MATA PELAJARAN.
1. Mendapatkan sukatan pelajaran semasa bagi mata pelajaran yang berkenaan.
2. Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa mata pelajaran/ panitia mata pelajaran.
3. Menyelaras rancangan pelajaran tahunan bagi mata pelajaran berkenaan untuk semua kelas.
4. Bekerjasama dengan guru-guru mata pelajaran lain untuk menyimpankan nota-nota atau
latihan-latihan.
5. Menyediakan soalan peperiksaan/ ujian dalaman dengan kerjasama guru-guru mata pelajaran
tersebut.
6. Mengumpul data-data markah ujian/peperiksaan untuk dibuat kajian atau simpanan rekod.
7. Menetukan buku-buku kerja yang hendak digunakan/ berbincang mesyuarat dengan guru-
guru lainnya.
8. Sentiasa menyemak buku-buku latihan murid jika ada arahan Guru Besar/ Penolong Kanan.
9. Menyelaras/ menyemak kertas-kertas ujian soalan yang disediakan oleh guru kelas/ guru
mata pelajaran.
10. Mengkaji kelemahan-kelemahan murid/ cara mengatasinya.
11. Menjadi bahan perantaraan di antara Guru Besar/ Penolong Kanan/ Jawatankuasa
Perancangan dengan guru-guru mata pelajaran.
12. Merancang/ mengelola aktiviti kegiatan mata pelajaran seperti mengadakan majlis bahas,
kuiz, ceramah dan lain-lain.
13. Merancang penyebaran teknik mengajar, penggunaan bahan/ alat bantu mengajar
sepenuhnya.
14. Memilih buku bacaan tambahan/ buku kerja/ buku rujukan yang seauai untuk para pelajar.
15. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran di tiap-tiap kelas dengan mempamerkan carta/
alatan/ bahan sumber yang berkaitan. Selalu tukar ganti bahan di sudut berkenaan.
16. Menjalankan arahan-arahan Guru Besar semasa ke semasa.
BIDANG TUGAS SETIAUSAHA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN DALAMAN.
1. Mengendalikan peperiksaan percubaan dan setara zon bersama-sama dengan guru
peperiksaan.
2. Membantu menyusun dan membuat takwim atau jadual peperiksaan dalaman.
3. Menentukan melalui ketua-ketua panitia, soalan-soalan disiapkan dan diserahkan pada waktu
yang ditetapkan kepada pejabat untuk dicetak.
4. Menentukan guru darjah mengatur kerusi meja mengikut kehendak peperiksaan sebenar.
5. Memastikan tempat-tempat termasuk tandas tidak digunakan oleh murid dengan tujuan
menipu.
6. Memberi taklmat kepada guru-guru dan murid-murid sebelum bermula peperiksaan.
7. Mengawas keselamatan kertas soalan semasa mencetak dan menyimpan.
8. Menentukan borang markah dan buku laporan diselaras, disedia dan diserahkan kepada Guru
Besar pada tarikh yang dtetapkan.
9. Memastikan guru menyemak, mengumpul semula buku-buku pelaporan selepas
ditandatangani oleh ibubapa/ penjaga.
10. Memastikan setiap kelas mempunyai guru pengawas peperiksaan.
11. Membantu mengumpul soalan-soalan untuk Bank Soalan dan pertukaran soalan-soalan
dengan sekolah lain.
12. Menjalankan lain-lain tugas dari semasa ke semasa seperti yang diarahkan oleh Guru Besar.
BIDANG TUGAS SETIAUSAHA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN AWAM.
1. Peka terhadap pengurusan tarikh-tarikh penting.
2. Menguruskan segala arahan dan kehendak yang berkaitan dengan peperiksaaan PMR, SPM
DAN STPM dari pihak Lembaga Peperiksaan dari awal dan akhir.
3. Menyediakan pelan susunatur kerusi dan meja mengikut angka giliran dan menentukan
kerusi meja disusun di bilik peperiksaan serta menampalkan slip-slip meja calon.
4. Menyediakan keperluan bilik–bilik peperiksaan dan papan tanda di tempat-tempat tertentu
serta menentukan adanya alat tulis secukupnya sewaktu peperiksaan dijalankan.
5. Memberi taklmat peperiksaan kepada murid-murid sebelum peperiksaan bermula.
6. Bersama-sama guru bertugas bagi memastikan pelajar tidak melanggar mana-mana peraturan
yang telah dimaklumkan.
7. Membantu menyediakan soalan-soalan percubaan setara di peringkat zon/ daerah dan ujian
SMKKJ
8. Membuat analisa keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STPM dan menghantar borang-
borang yang berkaitan kepada pihak-pihak yang berkenaan.
9. Mengemaskini carta-carta analisa peperiksaan di dalam bilik gerakan.
10. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
BIDANG TUGAS GURU PUSAT SUMBER.
1. Menentukan bilik-bilik perpustakaan yang sempurna dan menarik dengan alat-alat perkakas
dan bahan-bahan/ buku bacaan yang tersusun dengan baik.
2. Berusaha menambah bahan-bahan bacaan dari semasa ke semasa dan menarik minat murid-
murid kepada suka membaca.
3. Menyelanggarakan buku-buku bacaan dengan kaedah-kaedah perpustakaan yang betul.
4. Mengadakan stor perpustakaan, kad-kad pinjaman/ pulangan dan lain-lain dengan betul dan
kemaskini.
5. Menyediakan jadual waktu perpustakaan bagi kegunaan darjah.
6. Menetukan akhbar-akhbar, majalah, risalah langganan yang sesuai dan terjamin mutu
penggunaanya.
7. Menentukan buku-buku dan bahan-bahan bacaan adalah sesuai dengan murid-murid.
8. Mengawasi keselamatan setiap bahan bacaan dengan diawasi oleh pengawas perpustakaan/
pengawas.
9. Menghadiri kursus-kursus/ mesyuarat-mesyuarat perpustakaan yang dianjurkan oleh pihak
berkenaan.
10. mengumpul dan mempamir/ jilid/ fail keratan-keratan kahbar yang difikirkan berkenaan dan
berguna kepada murid..
11. Melibatkan semua murid dari kelas 1 hingga 6 dengan perpustakaan.
12. Adakan tayangan filem yang berkaitan dengan perpustakaan projek bacaan/ akademik
dengan kerjasama guru kanan matapelajaran.
13. Mengemaskini/ merancang/ menjalankan aktiviti bagi pertandingan perpustakaan.
14. Menjalankan arahan-arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.
BIDANG TUGAS UNIT BANK DATA MURID.
1. Memastikan unit pendaftaran telah merekod semua butiran pelajar baru ke dalam buku
pendaftaran induk di pejabat.
2. Merekod pertukaran keluar/ masuk di dalam buku Daftar Kedatangan dan Buku Pendaftaran
Sekolah.
3. Memastikan guru-guru kelas merekod semua butiran murid ke dalam Buku Daftar
Kedatangan dengan lengkap mengikut kehendak peraturan yang terdapat pada kulit buku
daftar kedatangan tersebut (bahagian dalam).
4. Memastikan alamat kediaman pelajar adalah yang terkini.
5. Memastikan maklumat diri dan sekolah diperolehi secara sistematik.
6. Memastikan data murid sekolah tersimpan rapi dan mudah dikemaskinikan.
7. Membolehkan perolehan meklumat dengan kadar segera untuk sebarang tindakan.
BIDANG TUGAS UNIT PENDAFTARAN.
1. Mengenal pasti kewarganegaraan pelajar yang hendak didaftar. Bagi pelajar warga asing
perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negara (melengkapkan borang
ASR yang boleh didapati di sekolah). Setelah mendapat kelulusan daripada JPN, barulah
pihak sekolah boleh mendaftarkan pelajar ini.
2. Mengemaskini maklumat murid.
3. Merekod butiran mengikut ras dan jantina.
4. Merekod semua butiran murid ke dalam buku pendaftaran induk di pejabat sekolah.
5. Merekod pertukaran keluar/ masuk murid di dalam Buku Pendaftaran Sekolah.
6. Mengemaskini sistem pendaftaran sekolah setiap tahun.
7. Menentukan supaya pendaftaran semua murid dilaksanakan dengan sistematik.
8. Memudahkan penyemakan data dan maklumat murid dari semasa ke semasa.
BIDANG TUGAS LEMBAGA DISIPLIN
1. Merangka dan menentukan dasar disiplin serta sekolah berpandukan pekeliling disiplin dan
peraturan sekolah oleh Kemeterian Pendidikan Dan Jabatan Pendidikan Negeri.
2. Memastikan penglibatan semua guru dalam menjamin mutu disiplin yang tinggi di kalangan
murid.
3. Membantu menyelesaikan masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas.
4. Mengesan dan mengesahkan kesalahan berat yang membawa kepada hukuman
penggantungan sementara atau hukuman berhenti sekolah berpandukan surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 9/75. Setiausaha Lembaga Disiplin atas nasihat Guru Besar boleh memanggil
mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes berat.
5. mengurus kawalan disiplin sekolah dengan kerjasama Lembaga Pengawas.
6. Mewujudkan system rekod disiplin murid bagi membolehkan pemantauan berkesan
dilaksanakan.
7. Berusaha menanamkan semangat cintakan sekolah dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun
Negara.
8. Menerima laporan pengawas dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.
9. Menanam semangat kekitaan melalui slogan “SEKOLAHKU RUMAHKU” supaya
kepatuhan terhadap peraturan sekolah menjadi budaya.
10. Melaksanakan hukuman disiplin dengan izin Guru Besar.
11. Memantau disiplin melalui pengawasan dan pengamatan.
12. Menyedia dan membekalkan data serta maklumat disiplin kepada Kementerian Pendidikan
atau Jabatan Pendidikan Negeri dari semasa ke semasa.
13. Merancang dan melaksanakan program peningkatan kesedaran dan penghayatan disiplin
dikalangan murid
14. Membantu ibu bapa melalui kegiatan perantaraan dalam menangani masalah disiplin murid.
15. Memotivasi murid ke arah peningkatan disiplin melalui hebahan dalaman.
16. Membimbing pengawas dalam melaksanakan tugas mengawasi dan memantau disiplin murid
semasa di sekolah.
17. Merancang dan melaksanakan kursus kepimpinan dan kesedaran untuk pengawas sekolah.
BIDANG TUGAS UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
1. Mengedarkan borang SPBT 1/1A kepada murid dan seterusnya memastikan murid yang
layak dan tidak layak untuk menerima buku teks pada setiap tahun.
2. Mengisi borang SPBT G pada awal tahun bagi murid yang meminjam buku teks.
Menyediakan rekod penerimaan dan pemulangan buku teks.
3. Membahagi dan mengagihkan buku teks kepada murid yang layak pada awal tahun.
4. Menyimpan buku-buku teks di tempat yang selamat.
5. Menjaga dan mengemaskini bilik SPBT.
6. Bertanggungjawab menerima bekalan buku teks dari pembekal.
7. Mengecop semua buku teks yang diterima dari pembekal dan memastikan bilangannya
mencukupi.
8. Memastikan buku teks yang rosak digantikan oleh murid.
9. Menyediakan dan mengisi borang buku teks dan mengemaskini fail SPBT.
10. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa SPBT.
11. Membuat pelupusan bagi setiap tahun bagi buku BLA.
12. Memastikan murid tahun 6 menerima borang pinjaman buku teks untuk urusan ke sekolah
menengah.
13. Menerima arahan yang tertentu mengenai buku teks pinjaman dari Guru Besar.
14. Membuat pesanan buku teks dengan mengisi borang komputer BTBTR 460 bagi setiap
tahun.
15. Memproses borang SPBT 1/1A pada setiap tahun dan mengedarkan surat kelayakan kepada
ibu bapa.
16. Merawat buku teks (mambaik pulih)
BIDANG TUGAS UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Menyediakan khidmat bimbingan dan kaunseling yang meliputi :
2. Menyediakan perancangan tahunan melalui perancangan strategik.
3. Mengelola program yang berkaitan mengikut program yang dirancang.
4. Mengelola dan mengurus bilik bimbingan dan kaunseling.
5. Membentuk dan membimbing pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
6. Membimbing Kelab Kerjaya Sekolah.
7. Mneyelaras segala hubungan luar yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling.
8. Menyediakan kemudahan kajian keperluan, kaji selidik dan mengelola untuk kaji selidik.
9. Mengurus dan mengelola program khas kumpulan bermasalah (berisiko tinggi).
10. Mengurus dan mengelola program Pencegahan Dadah dan AIDS.
BIDANG TUGAS LEMBAGA KEBAJIKAN SEKOLAH
1. Mengenalpasti murid yang memerlukan bantuan.
2. Menghulur bantuan/sumbangan kepada murid yang kurang bernasib baik.
3. Menyemai perasaan kasih sayang dan saling bantu membantu.
4. Mengenengahkan Bakau dan kreativiti murid terutama ketika menyertai pertandingan
anjuran sekolah dan badan kebajikan.
BIDANG TUGAS UNIT KEBAKARAN DAN KECEMASAN
1. KEBAKARAN
Memastikan alat pencegahan kebakaran dalam keadaan sedia pakai.
Memastikan alat pencegahan kebakaran berada di tempat yang strategik.
Merancang, mengendali latihan kecemasan dari semasa ke semasa dengan bantuan pihak
berkuasa terbabit.
Menyediakan pelan laluan untuk tindakan warga sekolah semasa menghadapi kecemasan.
Melatih petugas kecemasan untuk menghadapi sebarang kecemasan.
Menghubungi pihak berkuasa untuk latihan, ceramah, dan penerangan mengenai pencegahan
kebakaran dan kecemasan.
2. KESELAMATAN JALAN RAYA
Mengadakan ceramah keselamatan jalan raya dengan bantuan pihak polis
Melatih murid tentang keselamatan jalan raya.
Membuat laporan polis jika berlaku kemalangan jalan raya di persekitaran sekolah.
Memaklumkan kepada ibu bapa murid yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Membantu mangsa kemalangan mendapat rawatan segera.
Mencatatkan kes kemalangan yang berlaku di persekitaran sekolah atau yang melibatkan
murid dan guru semasa persekolahan.
3. LAIN-LAIN BENTUK KECEMASAN
Mengadakan sesi penerangan mengenai kecemasan yang sering berlaku
Menggalakan murid untuk bersiap sedia menghadapi kecemasan
Memastikan terdapat kawalan keselamatan untuk berlindung semasa kecemasan
Menyediakan pelan tindakan seluruh warga sekolah jika berlaku sebarang kecemasan
Menyediakan laporan lengkap mengenai kecemasan yang berlaku.
Berhubung dengan pihak berkuasa berkenaan jika berlaku kecemasan.
BIDANG TUGAS UNIT RAWATAN DAN KESIHATAN
1. Menyediakan maklumat mengenai penjagaan diri.
2. Mendapatkan bahan mengenai penjagaan kesihatan diri untuk paparan.
3. Berhubung dengan Jabatan Kesihatan / Pusat Kesihatan Setempat untuk memberi penerangan
mengenai penjagaan kesihatan diri.
4. Melatih murid bertanggungjawab untuk memberi rawatan kecemasan.
5. Melapor kepada Guru Penolong Kanan HEM mengenai sebarang kes sakit dalam kalangan
murid.
6. Melatih murid untuk menjaga bilik rawatan dan memberi rawatan kecemasan.
7. Memastikan peti ubat kecemasan sentiasa berada dalam keadaan sempurna.
8. Memastikan peti ubat kecemasan tidak mengandungi ubat berbahaya.
9. Menguruskan kes sakit yang memerlukan rawatan lanjut ke Pusat Kesihatan atau Hospital.
10. Memaklumkan kepada ibu bapa murid terbabit kes sakit di sekolah.
11. Mengendalikan pameran dan ceramah penjagaan kesihatan diri.
BIDANG TUGAS PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
1. Menentukan supaya murid-murid di sekolah memperoleh faedah maksimum daripada
kemudahan-kemudahan pelajaran mereka.
2. Menentukan murid mempunyai sumber yang diperlukan untuk membuat kerja-kerja sekolah
sama ada di sekolah atau pun di rumah.
3. Membantu mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi sekolah untuk
membolehkan murid mencapai perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi.
BIDANG TUGAS GURU-GURU PENASIHAT KELAB DAN PERSATUAN
1. Mengadakan Mesyuarat Agong Kelab / Persatuan pada awal tahun.
2. Menentukan objektif / matlamat, peraturan, undang-undang, perlembagaan kelab/ persatuan.
3. Merancang kegiatan kelab / persatuan untuk setahun.
4. Menyerahkan perkara-perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Agong kepada GPK
Kokurikulum.
5. Mengesahkan dan menyerahkan buku laporan aktiviti mingguan setiap hari Isnin kepada
GPK Kokurikulum / penyelaras untuk semakan.
6. Menghadiri setiap perjumpaan, mesyuarat, kegiatan kelab/ persatuan.
7. Memastikan setiap aktiviti itu dijalankan mengikut jadualnya dan berjalan dengan lancar.
8. Bertanggungjawab terhadap bilik-bilik atau bilik yang digunakan/ pondok-pondok/ taman-
taman/ peralatan dan sebagainya.
9. Menjaga, mengawal, mengemaskini papan kenyataan kelab/ persatuan dan mengelakkannya
di salah guna.
10. Mengiringi setiap rombongan yang dianjurkan oleh persatuannya dan mengambil langkah-
langkah keselamatan murid. Mendapatkan kebenaran GB dan ibu bapa/ penjaga terlebih
dahulu.
11. Memilih dan menguruskan penyertaan ahli kelab/ persatuan dalam kegiatan/ pertandingan di
peringkat zon/ daerah/ negeri.
12. Bertanggungjawab mencatatkan penglibatan setiap murid di dalam pertandingan dan
kedudukannya ke dalm buku rekod penyertaan.
13. Bertanggungjawab menguruskan surat kebenaran penjaga/ pengecualian sekolah agama jika
terpaksa dan tuntutan jika perlu.
14. Menjaga kewangan persatuan (adakan rekod kewangan dan penyata kewangan)
15. Menjalankan lain-lain tugasan yang diarahkan oleh pnyelaras, ketua unit/ GPK Kokurikulum/
Guru Besar.
BIDANG TUGAS GURU PENASIHAT BADAN BERUNIFORM
1. Memastikan setiap ahli berdisiplin.
2. Menjaga kebajikan murid.
3. Mengiringi setiap persembahan / gerak kerja luar.
4. Menguruskan surat menyurat dan hal-hal lain yang berkaitan agar persembahan/ aktiviti-
aktiviti berjalan dengan lancar.
5. Memastikan bilik-bilik khas/ almari stok/ buku stok, buku laporan sentiasa kemas, ceria dan
selamat.
6. Menjalankan lain-lain tugasan yang diarahkan oleh Guru Besar, GPK Kokurikulum dan
penyelaras dari semasa ke semasa.
BIDANG TUGAS GURU PERMAINAN
1. Menentukan jadual latihan yang kemas dan berkesan bagi murid/ pasukan.
2. Merancang bersama-sama dengan guru-guru terlibat mengenai program/ aktiviti tahunan.
3. Memajukan kemahiran dan minat murid-murid dalam pasukan serta berusaha untuk
merekodkan prestasi pasukan.
4. Memilih, membentuk, membimbing serta melatih murid-murid mengikut jadual masing-
masing.
5. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dalam bidang terlibat
jika perlu.
6. Menentukan keperluan-keperluan seperti gelanggang-gelanggang, alat permainan, pakaian,
kenderaan, ubatan, peruntukan kegunaan pasukan ada dan mencukupi.
7. Menentukan dan mengambil langkah-langkah keselamatan murid/ ahli.
8. Menentukan undang-undang dan borang-borang bidang terlibat untuk pertandingan yang
dianjurkan atau disertai.
9. Menguruskan borang kemasukan pertandingan, borang kebenaran penjaga, pengangkutan
serta mengiringi pasukan ke pertandingan luar.
10. Melaporkan kepada GPK Kokurikulum dan Setiausaha Majlis Sukan untuk disampaikan
kepada Guru Besar keputusan pertandingan di peringkat sekolah dan luar sekolah. Merekod
penyertaan ke dalam buku „Rekod Penyertaan‟.
11. Menilai dan membuat laporan prestasi pencapaian pasukan dalam sesuatu pertandingan/
aktiviti-aktiviti yang dirancang bagi tahun semasa, di akhir tahun. Menyerahkan satu salinan
kepada GPK Kokurikulum.
12. Menjalankan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Unit/ Penyelaras/
GPK Kokurikulum/ Guru Besar.
BIDANG TUGAS KETUA GURU RUMAH PASUKAN
1. Mempengerusikan mesyuarat dengan guru-guru rumah.
2. Memainkan peranan sebagai penasihat dan pembimbing kepada guru-guru dan murid-murid.
3. Mneyenaraikan ahli rumah.
4. Mengenal pasti murid-murid untuk acara-acara sukan yang ditetapkan.
5. Menentu dan menetapkan tugasan guru rumahnya.
6. Memastikan perjalanan aktiviti / latihan mengikut jadual yang dirancangkan.
7. Mencadangkan peralatan-peralatan yang patut dibeli kepada Setiausaha Sukan /
Kokurikulum.
8. Menyerahkan laporan kegiatan rumah kepada GPK Kokurikulum untuk disemak.
9. Mengagihkan pemain-pemain kepada jenis permainan yang disediakan.
10. Memilih dan menentukan ahli pasukan rumah untuk menyertai kegiatan-kegiatan pada
peringkat sekolah.
11. Bekerjasama dengan Guru Besar / GPK Kokurikulum / Setiausaha Sukan / Penyelaras
Permainan dalam segala aspek hal peningkatan untuk gerak kerja Kokurikulum.
12. Membantu menyediakan trek di padang menjelang hari sukan / pertandingan permainan
mengikut keperluan.
13. Merancang dan menyediakan jenis-jenis acara Sukaneka untuk Tahun Satu.
14. Memberi nama-nama murid yang berpotensi kepada Setiausaha untuk mewakili sekolah.
15. Menjalankan lain-lain tugasan yang diarahkan oleh GPK Kokurikulum / Guru Besar dari
semasa ke semasa.
LATAR BELAKANG
KAKITANGAN SEK.
KEB. TMN. MOUNT
AUSTIN, JOHOR
BAHRU.
GURU BESAR
NAMA:
PN. NORSIAH BINTI ISMAIL
ASAL:
KOTA TINGGI, JOHOR
TARIKH LAHIR:
25 JANUARI 1954
PENGALAMAN MENGAJAR:
PERNAH MENGAJAR DI SEKOLAH MENENGAH MAJIDEE, JOHOR BAHRU
(1972-1975), SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUSYHI ABDULLAH
(1978-1994), SEKOLAH KEBANGSAAN SINAR BAHGIA (1995-1999), SEKOLAH
KEBANGSAAN KULAI (2002), SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI (1) (2003),
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUHIBBAH (2004-2005) DAN AKHIRNYA
MENGAJAR DI SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI KAMPUNG MELAYU
SEMULA (2006-KINI).
PENCAPAIAN:
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (1994 & 2004)
GURU PENOLONG KANAN 1
NAMA:
PN. ROHAYA Bt. WAGIMAN
ASAL:
MUAR, JOHOR
TARIKH LAHIR:
11 OKTOBER 1951
PENGALAMAN MENGAJAR:
PENCAPAIAN:
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (2002 & 2006)
GURU PENOLONG KANAN HEM
NAMA:
PUAN CHUAH CHAI LAN
ASAL:
TAIPING, PERAK
TARIKH LAHIR:
PENGALAMAN MENGAJAR:
PERNAH MENGAJAR DI SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT BESAR,
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DATO‟ HARUN PETALING JAYA SEKSYEN
16 SHAH ALAM, SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA SINAR BAHAGIA,
SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKAR PULAI, SEKOLAH KEBANGSAAN
TAMAN SRI PULAI DAN KINI DI SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI KAMPUNG
MELAYU.
PENCAPAIAN:
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (1996 & 2002)
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
GURUGGU
NAMA:
PN. OI GEOK NGO
ASAL:
PONTIAN, JOHOR
TARIKH LAHIR:
10 FEBRUARI 1959
PENGALAMAN MENGAJAR:
PERNAH MENGAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAHMAN
PUTRA (1985-2002), SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JEMENTA
SEGAMAT (2002) DAN KINI DI SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI KAMPUNG
MELAYU.
PENCAPAIAN:
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (1996 & 2003)
GURU PEMBIMBING
NAMA:
PN. HAYATI BINTI ABDULLAH
ASAL:
KUALA LUMPUR
TARIKH LAHIR:
26 SEPTEMBER 1990
PENGALAMAN MENGAJAR:
GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN
MOUNT AUSTIN SEJAK 3 JANUARI 2005 HINGGA KINI
PENCAPAIAN:
ANUGERAH GURU PALING POPULAR PERINGKAT
SEKOLAH TAH UN 2007 DAN 2008
2.5 BUDAYA SEKOLAH
2.5.1 Budaya Memberi Salam
Guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari ini telah berjaya menerapkan
nilai-nilai murni dalam budaya sekolah. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu „Melentur
Buluh Biar Dari Rebungnya‟ yang membawa maksud, sesuatu ilmu atau pengajaran itu sekiranya
disampai atau diterapkan kepada pelajar bermula dari peringkat tingkatan satu lagi sememangnya
dapat diserap. Pada usia ini mereka mudah menerima sesuatu yang di ajar. Amalan memberi
salam ataupun ucapan salam selamat sejahtera adalah amat sinonim dengan budaya sekolah ini.
Budaya memberi salam ini juga sentiasa diperingati oleh guru yang bertugas pada waktu
perhimpunan agar ia tetap di dalam peringatan pelajar-pelajar.
Setiap awal perhimpunan pelajar-pelajar dinasihatkan supaya memberi salam dan
bertanya khabar kepada para guru dan pelawat yang datang ke sekolah. Dengan penerapan nilai
ini, pengukuhan pendidikan tidak formal dapat dilakukan dengan semupurna dan berkesan. Pada
masa yang sama, moral dan keperibadian dalam diri pelajar dapat dipertingkatkan dan
diperkukuhkan. Lantaran itu, setiap pelajar diwajibkan memberi salam dan rasa hormat apabila
mereka berjumpa dengan guru dan pelawat.
Saya dapat perhatikan, budaya yang diamalkan ini sedikit sebanyak memberikan impak
kepadapelajar-pelajar. Antaranya dalam aspek menghormati orang yang lebih tua, dan aspek
bersopan santun. Secara tidak langsung, pembudayaan yang dilakukan seharian ini seterusnya
dapat diamalkan di luar kawasan sekolah.
2.5.2 Budaya membaca buku dan bercerita
Amalan membaca buku sememangnya digalakkan untuk memperoleh ilmu pengetahuan.
Hal ini terbukti apabila ramai pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari ini telah
mengaplikasikan budaya membaca buku menjadi amalan atau aktiviti harian mereka di sekolah.
Senario ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat mereka untuk memperoleh ilmu
pengetahuan di samping dapat menjalankan amalan yang mulia. Ramai pelajar SMKKJ telah
mengunjungi perpustakaan terutamanya pada waktu rehat untuk meminjam dan membaca buku.
murid juga banyak mengunjungi sudut bacaan dan taman mini untuk mengulang kaji murid.
Guru juga banyak menggalakan pelajar-pelajar mengamalkan budaya membaca buku
sewaktu p&p dijalankan. Guru meminta pelajar-pelajar membaca buku dan memantau aktiviti
pembacaan yang dilakukan di perpustakaan.
Di samping itu, sekolah ini juga mengamalkan budaya bercerita dan bersajak dalam
melahirkan murid yang bijak berkomunikasi serta mengunakan masa terluang mereka ke arah
yang lebih positif. Budaya ini juga berlanjutan sehingga budaya bercerita dan sajak ini di
perkembangkan ketika majlis perhimpunan dan sewaktu majlis-msljis tertentu seperti majlis
perpisahaan guru besar En. Jamaludin Bin Idris. Bahan-bahan bercerita dan sajak juga bukan
sekadar buku-buku fiksyen malahan murid juga boleh berucap atau bersyarahan atau menyanyi
lagu-lagu rakyat serta berpuisi sama ada diambil dari buku mahupun hasil pena kreatif mereka.
2.5.3 Budaya membaca sifir
Amalan membaca sifir sememangnya menjadi aktiviti yang wajib di sekolah ini. Amalan ini
biasanya dilakukan kepada pelajar supaya mereka lebih mudah untuk mempelajari mata
pelajaran Matematik. Mengikut pengalaman guru yang mengajar, aktiviti ini telah banyak
membantu pelajar yang lemah dalam subjek tersebut untuk memahami pengiraan dan secara
tidak langsung memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p). Setiap sekolah
seharusnya mengamalkan budaya ini supaya pelajar yang lemah dapat memperbaiki mutu
pelajaran mereka dan seterusnya dapat menjadikan subjek Matematik sebagai rakan karib
mereka.
Pelajar-pelajar diminta mencari guru-guru lain supaya membaca salah satu sifir dan
apabila sifir yang dibacakan tepat dan betul, guru tersebut akan menurunkan tandatangan di
dalam kad yang khusus disediakan untuk aktiviti ini. Saya sendiri telah didatangi oleh 3 orang
murid untuk menguji bacaan sifir mereka dan telah menurunkan tandatangan apabila jawapan
yang diberikan adalah betul.
2.5.4 Budaya etika pemakaian
Pemakaian yang kemas sememangnya menjadi amalan yang mulia yang seharusnya
diamalkan oleh setiap pelajar. Pelajar-pelajar lelaki khususnya di SMKKJ telah mengamalkan
budaya pemakaian yang kemas seperti pemakaian tali leher. Pemakaian tali leher ini merupakan
kewajipan bagi setiap murid lelaki supaya mereka nampak kemas dan lebih tersusun. Selain itu,
setiap hari Rabu ada juga badan beruniform yang mewajibkan murid-murid SMKKJ memakai
pakaian badan beruniform seperti Pengakap, Tunas Puteri dan sebagainya. Hal ini demikian
kerana untuk membiasakan diri mereka dengan kehidupan yang lebih mencabar pada masa akan
datang.
2.5.6 Budaya menjaga kebersihan dan kesihatan
Selaras dengan perkembangan budaya sihat, sekolah juga beupaya melatih pelajar untuk
mengamalkan kehidupan yang sihat seperti melaksanakan budaya mengutip sampah pada
sebelum permulaan sesi p&p dijalankan. Hal ini dapat dibuktikan apabila setiap kelas di SMKKJ
diwajibkan mengutip sampah berhampiran kawasan kelas mereka untuk menjadikan suasana
sekolah lebih ceria dan sihat. Selain itu, pihak sekolah cuba mewujudkan budaya seperti ini
adalah untuk bekerjasama dengan pusat kesihatan dalam melaksanakan kempen “ Pendidikan
Pencegahan Denggi ”. oleh itu, pelajar akan terbawa-bawa budaya mengamalkan kebersihan di
sekitar kawasan sekolah diterapkan di kawasan rumah mereka. Justeru sekolah berupaya
mendidik pelajar untuk mengamalkan kehidupan yang sihat dan ceria.
2.5.7 Budaya Sekolah Selamat
Sekolah selamat merupakan sebuah infrastruktur yang mampu merangsang kepercayaan
menyeluruh kepada ibu bapa terhadap pihak sekolah. Maka dengan itu, pihak Sekolah dan PIBG
sekolah bergabung tenaga dalam mengadakan budaya sekolah selamat. Dalam budaya ini, Ibu
bapa dan murid telah diberikan panduan buku keselamatan secara menyeluruh yang meliputi
aspek keselamatan diri, keselamatan harta benda, jenayah dan juga keselamatan terhadap
gangguan seksual terhadap pelajar. Dengan terlunasnya dan kesedaran budaya ini terhadap ibu
bapa khususnya sering menghantar anak-anak mereka dengan selamat malah berdasarkan
pemerhatian saya ketika menjalani ROS di SMKKJ, saya mendapati guru pengiring kami iaitu
En. Azizan B. Abd Hamid mengambil gambar bumbung bangunan yang rosak akibat hujan lebat.
Gambar yang diambil itu akan dijadikan bukti kepada PPD dan meminta pihat PPD Sungai
Petani supaya mengambil tindakan lanjut untuk memperbaiki bangunan yang telah rosak.
Perkara ini menunjukkan keselamatan murid amat dititkberatkan dan budaya
mewujudkan sekolah selamat menjadi perkara penting oleh setiap guru di sekolahMenengah
Kebangsaan Khir Johari.
BUDAYA ETIKA PAKAIAN
BUDAYA KECERIAAN KELAS
BUDAYA KEBERSIHAN
BUDAYA MEMBACA
2.6 HUBUNGAN ANTARA ORGANISASI INDUK SEKOLAH DENGAN PIHAK PPD
DAN JPN.
Setiap organisasi induk sekolah sudah semestinya mempunyai hubungan yang erat dengan pihak
PPD mahupun JPN. Begitu juga halnya dengan organisasi induk di Sekolah Menengah
Kebangsaan Khir Johari. Hubungan yang erat antara pihak sekolah dengan PPD dan JPN Kedah
memudahkan segala urusan pentadbiran sekolah dijalankan.
En. Azizan B. Abd Hamid selaku Pengetua sekolah memberitahu bahawa pegawai-
pegawai dari PPD Sungai Petani mahupun daripada JPN Kedah sentiasa melakukan pemantauan
terhadap Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari dari semasa ke semasa. Tujuannya adalah
untuk memastikan segala urusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan dengan
sempurna tanpa sebarang penyelewengan berlaku.
2.6.1 Antara lawatan pihak PPD dan JPN khususnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan
Khir Johari ialah:
Lawatan PPD dan JPN bermulanya sesi persekolahan (minggu 1)
Tujuannya adalah untuk melihat persediaan sekolah dalam menghadapi sesi persekolahan
iaitu daripada segi bilik darjah yang mencukupi, jadual waktu, kemudahan sekolah dan
persediaan guru-guru.
Lawatan lima bintang dari PPD dan JPN
Lawatan frasa pertama oleh pihak PPD dengan memantau aktiviti persekolahan, disiplin
pelajar dan 3k ( keceriaan, keselamatan dan kemudahan)
Lawatan frasa kedua oleh JPN dengan memantau pencapaian pelajar dalam akademik dan
ko-kurikulum.
Semua ini adalah bertujuan untuk menentukan tahap kedudukan sekolah dalam peringkat
daerah dan negeri.
Lawatan pelaksanaan pemantauan kurikulum berkualiti.
Memantau aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dijalankan oleh guru-guru
adalah berkesan.
Memastikan guru-guru merekod aktiviti P&P dalam buku rekod mengajar.
Pemantauan pretasi pelajar melalui guru-guru panitia.
Lawatan pemantauan bersepadu
Melihat aktiviti pentadbiran sekolah daripada segi pengurusan akaun sekolah sama ada
sekolah menguruskan wang yang diperuntukkan dengan sewajarnya ataupun tidak.
Selain itu, pihak PPD Sungai Petani juga ada mengadakan kursus bagi
mempertingkatkan kemahiran guru-guru. Contohnya seperti kursus kemahiran bahasa Inggeris
bagi guru Matematik dan Sains, kemahiran menggunakan komputer riba dan sebagainya. Bagi
menerangkan tentang hubungan antara induk sekolah dengan pihak PPD dan JPN, saya
mengambil satu polisi iaitu mengenai kertas soalan peperiksaan. Bagi kertas soalan ujian tahun
1, 2, 3, 4 dan 5, pihak JPN akan meminta pihak PPD untuk mengusulkan kepada pihak Majlis
Guru Besar Sungai Petani untuk membuat soalan.
Di samping itu, bantuan biasiswa atau kewangan terhadap pelajar menerusi program
KWAPM turut melibatkan kerjasama antara pihak sekolah dan pihak PPD mahupun JPN itu
sendiri. Bantuan ini biasanya diberi kepada pelajar miskin ataupun cemerlang dalam pelajaran.
Bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga pelajar yang miskin dan secara tidak
langsung dapat meringankan beban keluarga. Bagi bantuan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
pula, turut melibatkan kerjasama antara pihak sekolah dengan pihak JPN khususnya. JPN
biasanya yang menguatkuasakan skim pinjaman ini supaya buku-buku teks dapat dipinjam
kepada golongan yang benar-benar berada dalam kesusahan. Senario ini sememangnya dapat
memberi kepercayaan kepada pihak sekolah untuk menjadi lebih unggul dan lebih tersusun
organisasinya seperti mana yang terdapat dalam matlamat setiap sekolah di Malaysia.