Embed
Email

Bahasa Jiwa sebagai Unsur Penentu Pembangunan Umat

Document Sample
Bahasa Jiwa sebagai Unsur Penentu Pembangunan Umat
Shared by: HC111117134227
Categories
Tags
Stats
views:
23
posted:
11/17/2011
language:
Malay
pages:
68
Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 169

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Salinan

BAHASA JIWA PEMAJU BANGSA: DARI

DESA KE KOTA, DARI PETANI KE

INDUSTRI, DARI SETEMPAT KE SEJAGAT



Profesor Dr. Shaharir bin Mohamad Zain

Profesor Jabatan Matematik Universiti Malaysia Terengganu





Abstrak

Bahasa Jiwa ditakrif sebagai bahasa yang paling dekat

dengan hati nurani seorang, iaitu bahasa sendiri atau

bahasa ibinda, bahasa komunikasi dengan ibu bapa dan

keluarga terdekat dan seluruh bangsa. Tesis “tidak

pentingnya bahasa jiwa yang belum mendukung ilmu dalam

arus pembangunan Negara” oleh Fishman pad tahun 1970-

an dan pendirian para sejagat Barat atau kebaratan sejak

tahun 1990-an yang membawa kepada kesimpulan

berakhirnya bahasa selain daripada bahasa sejagat kini

(Inggeris terutamanya) disangkal dengan hujah-hujah teori

dan empiris tentang pemahaman sains yang sudah mapan

dan dlam pengkaryaan sains sepanjang zaman. Isu-isu yang

diketengahkan ialah (1) hokum bahasa pembangunan

sehingga menyentuh wacana pembahagian bahasa kepada

bahasa bangsa, nasional dan bahasa jiwa; (2)bahasa jiwa

dalam pendemokrasian ilmu; (3)Pareto dan elitnya dasar

bahasa yang menyisih bahasa jiwa sesuatu bangsa;

(4)bahasa jiwa wahana sarjana bertaraf dunia sepanjang

zaman; (5) teori daya penciptaan dan hubungannya dengan

bahasa jiwa; (6)kedudukan bahasa jiwa dalam dunia tanpa

sempadan dan penerbitan akademik kini; (7) status bahasa

pembangunan alam Melayu







Wacana bahasa sebagai alat, pembentuk atau wadah

pengungkapan, pendidikan dan pembangunan bukan satu isu baru.

Pada Zaman Pertengahna Eropah, wacana bahasa yang wujud dan

berlanjutan hingga abad ke-18, dikatakan reda buat satu abad.

Kemudian pada abad ke-20, wacana ini muncul kembali dengan

berfokuskan isu epistemology dan daya pengkaryaan. Hal ini berlaku

ekoran beberapa karya falsafah baru sains tajaan Kuhn dan Nasr

dalam tahun 1960-an, yang berhujah terdapat paradigma dan

pengaruh doktrin kosmologi dalam sains (Kuhn, 1992; Nasr, 1992);

Lakatos dan Popper dalam tahun 1970-an dan tahun 1980-an

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 170

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



berhujah bahawa sains itu berkembang menerusi refutasi, pemalsuan,

penyahbuktian berasaskan pada atur cara tatakaedah yang dibina

oleh ahli saina berkenaan (Lakatos, 2003); Feyerabend (1975)

berhujah tiadanya tiada kaedah sains; manakala pada tahun 1980-an

al-Faruqi dan al-Attas (1978/1994, 1989/1995) pula berhujah

mengukuhkan dan untuk memperluaskan gagasan Nasr alm konteks

sains kentemporari dengan didasarkan pada pandangan alam Islam

yang menimbulkan “pengislaman ulmu” itu pada tahun 1980-an. I

Malaysia , pada tahun 1960-an hingga 1970-an, wacan bahasa

menjadi agenda massa dan ditumpukan pada isu kependidikan,

kepolitikan dan keekonomian (perpadan kaum, perpaduan Negara

dan pembangunan). Hujah utamanya, bahsa kebangsaan sendiri perlu

untuk perpaduan dan identiti bangsa dan Negara serta peningkatan

penyertaan bumiputera dan pribumi negara berkenaaan dalam

pendidikan dan sekaligus dalam perekonomian. Mulai 1995, wacana

bahasa di Malaysiamuncul kembali apabila kerajaan Malaysia

menampakkan hasratnya untuk mngubah dasasr bahasa negara. Hal

ini ekoran daripada ucapan bersejarah Mahathir Muhammad

(Perdana Menteri Malaysia ketika itu) yang menggalakkan

pemakaian bahasa Inggeris dalam kursus-kursus sains dan teknologi

di universiti dan tidak lama selepas itu pewujudan Akta Institus

Pengajian Tingi SWasta (IPTS) 1995 yang memeberi laluan mudah

penggunaan bahasa Inggeris di kolej/universiti swasta. Wacana di

pusingan kedua ini berada di dalam kalanagan segelintir

cendekiawan sahaja kerana sebahagian besar rakyat

(peribumi/bumiputera terutamanya) tidak Nampak kerelevanannya

dengan kelangsungan hidup setelah nikmat tuntutan generasi

pertamadahulu sudah dirasai atau kerana feudalisme. Makalah ini

ditulis dengan hasrat untuk memeberi sumbangan kepada wacana

bahasa pusingan kedua ini dengan tumpuan pada pembangunan.

Dalam makalah ini pembangunan dipadankan dengan

pendidikan dan pencapaian dalam sains. Pemadanan ini bukan baru,

malah serasi dengan sebahagian besar aripada indeks-indeks

pembangunan tajaan Sen (1999) yang dibicarakan dalam makalah

ini. Oleh itu, hokum pembangunan Negara bangsa yang ingin

diutarakan ialah yang berhubung dengan hukum pembangunan

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 171

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



masyarakat berknaan dalam pendidikan sains dan sumbangan mereka

dalam sains.







Hukum Bahasa Pembangunan

Sejarah pembangunan bangsa yang maju di dunia memperlihatkan

pola penghayatan bahasa dalam pembangunan yang menarik. Bahasa

pembangunan ditakrifkan sebagai bahasa yang digunakan secara

dominan di ranah awam, terutamanya dalam pendidikan. Pertamanya,

gambaran kebanyakan penulis Barat bahawa tamadun Yunani itu

seolah-olah muncul tidak semenan-mena di Greek sekarang adalah

tidak benar, sedangkan pusat-pusat tamadunnya ialah Macedoniayang,

asalnya dipimpin oleh pemimpin agung Yunani, Iskandar Dzul

Qarnain atau nama yang di Inggeriskan, Alexandre the Great/Iskandar

Akbar, Turki (Troy dan Sparta) dan Mesir (Iskandariah). Oleh itu

sewajarnyalah tamadun Yunani juga merupakan tamadun Mesir dan

Turki; dan sekaligus pandangan bahwa tamadun Yunani membangun

tanpa pemindahan ilmu dari tamadun-tamadun lain yang lebih maju

daripadanya pada awal abad kemajuan Yunani itu (abad ke-4SM

hingga abad ke-4M) tidak begitu tepat. Adi Setia (2001), yang

mengumpul segala tulisan sarjana Barat sejak tahun 1930-an tentang

asal-usul tamadun Yunani, membuktikan Yunani memindah ilmu

daripada tamadun Mesir, Syria, Iraq, dan Parsi ke dalam bahasa dan

kebudayaan berbahasa baru, bahasa Greek.

Tamadun Eropah terkenal dengan percubaannya memindah ilmu

daripada Tamadun Islam (dalam bahasa Arab) kepada bahasa yang

hampir dengan jiwa mereka (menerusi agama Kristian Eropah), iaitu

Latin, sejak mula mereka mengimpikan menjadi bangsa besar pada

Zaman Pertengahannya (kurun ke-12M hingga ke-16M) sehingga

wujudlah pusat-pusat terjemahan yang terkenal di Sepanyol (Toledo),

Perancis, Itali, Turki (Konstantinopol, yang sejak 1423 ditukar oleh

kerajaan „Uthmaniah sebagai Islambol (=Islam semuanya) dan sejak

era Atarturk menjadi Istanbul), dan Sisilia (diInggeriskan menjadi

Sicily) (Ayoob, 1984). Sejarah membuktikan bahawa pemindahan ilmu

ke bahasa Latin ternyata bersifat sementara sahaja (walaupun dapat

bertahan ratusan tahun ). Mulai abad ke-17M hampir setiap negara di

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 172

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Eropah insaf akan kepentingan bahasa yang lebih dekat dengan jiwa,

iaitu bahasanya sendiri, dalam pembangunan jasmani dan rohaninya,

iaitu mustahaknya mereka memindahkan ilmu dalam bahasa Latin itu

ke dalam bahasa jiwa mereka sebenar, dan sekaligus membangun

bahasa masing-masing menjadi bahasa yang maju dan sekaligus bahasa

pembangunannya. Hasilnya, Eropah (dan bahasa-bahasa peribuminya

yang mulanya bertaraf rendah itu) membangun dengan pesat, seperti

bahasa Perancis, Jerman, dan bahasa Inggeris.

Dalam makalah ini, bahasa jiwa digunakan untuk bahasa ibunda

seseorang, iaitu bahasa yang digunakannya untuk berkomunikasi

dengan ibu bapa dan keluarga terdekat , bahasa natif atau bahasa

sendiri. Kebiasaannya, atau hamper pasti bahasa jiwa seseorang itu

ialah bahasa bangsanya. Ada orang yang dilahirkan sebagai bangsa A

secara antropologinya, tetapi bahasa jiwanya bukan bahasa A kerana

ibu bapanya dan keluarganya tidak menggunakan bahasa tersebu

kerana mahu menjiwai kebudayaan Byang dianggapnya lebih mulia.

Inilah yang berlaku pada orang-orang Yahudi di merika (tidak

mengetahui bahasa Yahudi, bahasa Ibrani/Hebrew), sebahagian besar

orang Wales, Scotland dan Ireland (tidak mengetahui bahasa nenk

moyangnya bahasa Galik/Seltik), sekitar 40% orang Cina di Singapura

(hanya tahu Inggeris atau Singlish), dan mungkin sekitar 10% oran

Malaysia (hanya selesa dalam bahasa Inggeris atau campuran bahasa

Inggeris dengan bahasa natif yang dinamakan Manglish, walaupun

dirumah).Bahasa jiwa bagi segelintir bangsa di Eropah pada Zaman

Pertengahan dahulu, yang bertanggungjawab mengangkat martabat

mereka, ialah bahasa Latin bagi orang-orang Itali, ahli gereja, dan

segelintir golongan elit Eropah. Sebahagian besar ilmuwan Eropah

pada masa itu sehingga abad ke-16 terdiri daripada orang-orang Itali,

ahli gereja dan elitis daripada berbagai-bagai bangsa di Eropah itu.

Keadaan ini berubah apabila bangsa-bangsa di Eropah itu sedar

kepentingan menghayati bahasa jiwa bermula dengan Perancis dan

Jerman, diikuti oleh Sepanyol, Portugis, Belanda, Rusia, Inggeris dan

lain-lainnya. Bahasa jiwa inilah yang mengangkat martabat bangsa-

bangsa ini lebih hebat lagi daripada sebelumnya dan seterusnya

menjadi negara maju sekurang-kurang mulai abad ke abad ke-20. Kini

hampir semua negara di Eropah mencapai taraf “negara maju”

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 173

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



(kecuali negara-negara di bawah naungan Rusia dahulu, iaitu blok

komunis, yang baru bebas) sebahagiannya kerana sumbangannya

dalam pembangunan sains, dan kecuali Ireland, semuanya maju dalam

acuannya sendiri yang semestinya terbentuk daripada bahasa jiwanya.

Jepun juga memulakan pemindahan ilmu daripada tamadun

asing menerusi bahasa yang hampir dengan jiwa bangsa, iaitu China,

walaupun tidaklah setegas Eropah dengan bahasa Latinnya, kerana

Jepun juga mencuba menjadikan bahasa-bahasa Eropah (Perancis,

Jerman, Rusia dan Inggeris, mengikut bidang-bidang ilmu yang

difikirkannya menjadi bahasa yang sarat dengan ilmu) sebagai wahana

pemindahan ilmu-ilmu itu kepada bangsa Jepun (Abdullah, 1996).

Ternyata kaedah ini tidak berjaya sehingga pada abad ke-19, ketika

Jepun di bawah pemerintahan Emperor Meiji, satu anjakan paradigma

dilakukan dalam kaedah pemindahan ilmu dari pelosok dunia ke dalam

hati sanubari bangsa Jepun, iaitu dilakukan dalam bahasa jiwanya,

bahasanya sendiri, bahasa Jepun (yang pada masa itu masih menjadi

bahasa petani).

Tamadun Islam terkenal dengan program pembinaan khazanah

keilmuwannya dengan pemindahan ilmu dari pelosok dunia menerusi

bahasa jiwa Islam iaitu bahasa Arab. Maka lahirlah pusat terjemahan

besar tamadun Islam, Wisma Hikmah (Bait al-Hikmat). Tentunya,

pemerintah Islam itu beroleh dasar pembangunan ilmu ini daripada

ajaran Islam seperti disebut di dalam Surah Ibrahim, Ayat 4, dan Surah

Ali „Imran, Ayat 164 yang bermaksud Allah tidak mengutuskan

seorang rasul pun melainkan daripada kalangan bangsanya sendiri agar

mereka mudah memahami pengajaran hikmah (yang sering ditafsirkan

sebagai sains dan falsafah sebagaimana yang dihuraikan dalam

bahagian Muqaddimah terjemahan al-Quran oleh sekumpulan sarjana

Indonesia yang diketuai oleh Prof. Soenarjo dengan judul “al-Quraan

dan Terjemahnya” dan pertama kali diterbitkan oleh Yayasan

Penyelenggara Peterjemah/Pentafsir Al Quraan Indonesia pada 1974

dan sejak itu menjadi terjemahan yang paling popular di Alam

Melayu). Jelas ayat-ayat al-Quran itu menggesa supaya ilmu diajar

kepada sesuatu kaum itu dalam bahasa jiwanya, bahasa sendiri.

Contoh-contoh sejarah tamadun besar di atas jelas menunjukkan

bahawa bahasa jiwa sesuatu bangsa itu, pada mulanya memang bahasa

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 174

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



yang lemah dan merupakan bahasa petani, apabila dibangunkan

dengan pendukungan ilmu, terbukti berjaya menjadi bahasa besar dan,

bahasa pembangunan bangsa tersebut. Inilah sebenarnya manifestasi

Al-Attas, (1989/1995) tentang ilmu pada seseorang pelajar atau

sarjana, iaitu “sampainya ilmu pada diri” dan “sampainya diri pada

ilmu” yang kami tafsirkan hanya berlaku apabila kena dengan bahasa

jiwanya. Inilah hukum pembangunan ilmu yang harus diterima oleh

para pemimpin sesebuah negara. Cogan kata “bahasa jiwa bangsa” itu

perlu diberi kesedaran nilai, nafas dan pengertian baru iaitu “bahasa

jiwalah penentu bangsa”.

Dengan sejarah tamadun besar yang dihuraikan secara ringkas

ini, jelaslah teori Fishman (1968, 19730 yang membezakan antara

peranan bahasa negara (bahasa peribumi yang relative mundur) dengan

bahasa nasional (bahasa maju semasa), tidak dapat dipertahankan.

Teori ini menegaskan bahasa peribumi hanya sesuai untuk simbol

identiti/jati diri bangsa sahaja tetapi bukan bahasa pembangunan

Negara bangsa tersebut. Bahasa maju semasa (seperti Inggeris) sahaja

yang layak memajukan sesebuah Negara itu diistilahkan sebagai

bahasa untuk keperluan fungsi nasional, sedangkan bahasa peribumi,

seperti bahasa Melayu, hanya untuk keperluan fungsi negara sahaja).

Teori bahasa yang kontra dengan teori Fishman ini ialah teori bahasa

Heidegger dengan intipati falsafahnya “bahasalah pembentuk dan tuan

bangsa” (Gregory, 2004). Sejarah tamadun bangsa di atas

membuktikan teori bahasa Heidegger lebih boleh diterima daripada

teori Fishman itu.

Bahasa-bahasa Eropah yang kini mencapai taraf bahasa berilmu

itu adalah fenomenon baru abad ke-19 dan awal ke-20. Bahasa-bahasa

itu bertaraf bahasa-bahasa peribumi yang mundur yang bertaraf bahasa

negara (mengikut istilah Fishman) sehingga abad ke-18M, malah

simbol kemunduran dan kenegaraan bahasa Inggeris menjangkau pada

abad ke-20. Mengikut Barnard (1968), bahasa Inggeris digunakan

dalam pendidikan sains sekolah (di United Kingdom) hanya mulai

pertengahan abad ke-19 sahaja. Namun, sebelum itu, orang Inggeris

sama juga dengan bangsa-bangsa lain di Eropah tidak pernah

mendukung dasar bahasa yang sejajar dengan teori Fishman itu, tetapi

terus menggunakan bahasa yang hampir dengan jiwa mereka (menerusi

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 175

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Kristian Eropah) sebagai bahasa pembangunannya, iaitu bahasa Latin,

sebelum mereka menukar kepada bahasa yang lebih dekat lagi dengan

jiwanya, bahasa sendiri. Terjemahan buku ilmu kepada Latin dan

seterusnya kepada bahasa jiwa daripada bahasa ilmu semasa, iaitu

Arab, termasuklah al-Quran dilakukan oleh orang-orang Eropah sejak

mereka mengimpikan kemajuannya, iaitu Zaman Pertengahannya lagi

(abad ke-12M). Bahasa-bahasa Eropah yang sudah menjadi bahasa

nasional dan negara memang dahulunya bahasa desa, petani dan

setempat sahaja sebelum menjadi bahasa kota, industri dan seterusnya

bahasa sejagat. Dalam abad ke-20 juga teori Fishman ini terbukti

meleset apabila dipertimbangkan negara-bangsa di Asia Pasifik dan

Asia Tenggara yang banyak memilih bahasa sendiri sebagai bahasa

nasionalnya (yang berfungsi sebagai bahasa pembangunannya),

sebahagiannya kerana mereka tidak pernah dijajah Barat, dan

sebahagian lagi kerana pemimpinnya belum/tidak lagi terjajah minda.

Yang paling berjaya ialah Jepun dan Korea, tetapi yang agak

berjayanya juga ialah bahasa Mandarin dan bahasa Thai. Bahasa

Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan sebelum 1990-an

(atau dengan jelasnya tahun 2003) itu, dan kejayaan dasar itu

termanifestasi dengan tercapai tahap kemajuan Malaysia yang ingin

dicontohi oleh negara-negara lain yang membangun.





Kejayaan dalam Pendemokrasian Sains menerusi Bahasa Jiwa

Sesuatu Bangsa: Kasus Malaysia

Sesuatu bangsa yang ingin maju semestinyalah memastikan dasar

pendidikan sains bangsa itu tidak menyusahkannya menjangkau ilmu

tersebut di peringkat mana sekali pun. Inilah pendemokrasian ilmu.

Negara bagi bangsa yang telah mencapai tahap kemajuan sains yang

membanggakan telah membuktikan pendemokrasian sains tercapai

menerusi dasar pendidikan dalam bahasa jiwa bangsa

berkenaan.Negara-negara itu telah Berjaya mewujudkan sebanyak

60% kohort pelajarnya berminat kepada sains dan dalam setiap sejuta

penduduk bangsa itu terdapat sekuarng-kurangnya 600 orang ahli

sains. Persoalannya, adakah Malaysia juga sedang membuktikan

hukum pendemokrasian sains ini kerana Malaysia selama ini memang

menggunakan bahasa jiwa bangsa dominannya, iaitu bahasa Melayu.

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 176

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Pendidikan dalam aliran Melayu telah meningkat tahap

jangkauan rakyat Malaysia kepada peluang berilmu dalam atau luar

negara. Dahulu bidang sains dan matematik dianggap tabu dan fobia

dalam kalangan orang Melayu. Setelah 30 tahun pendidikan dalam

bahsa jiwa Melayu, keadaanya amat berubah. Seak tahun 1980-an

sehinggalah kegawatan ekonomi tahun 1998, setiap tahun ribuan orang

pelajar Melayu memperoleh ijazah dalam dalam aliran pelbagai bahasa

di seberang laut, selepas mereka belajar sains dan matematik sehingga

ke peringkat SijilPelajaran Malaysia (SPM) dalam bahasa jiwa mreka

terutamanya bhasa Melayu. Puluhan ribu lagi setiap tahun memperoleh

ijazah sains dalam pelbagai bidang menenrusi bahasa Melayu.

Pencapaian peribumi/bumiputera Malaysia (selepas ini dirujuk

Melayu sahaja) berbanding dengan bukan suku kaum tersebut di semua

peringkat jauh meningkat berbanding dengan zaman pendidikan bukan

dalam aliran Melayu dahulu, walaupun jurangnya masih luas kerana

ada faktor lain lagi yang perlu ditangani dengan bijaksana. Sejak

kebelakangan ini sudah ramai anak Melayu berada di Amerika

Syarikat, di United Kingdom, Jepun dan di Eropah, dan mereka yang

beroleh ijazah kelas pertama di sana jauh lebih ramai daripada yang di

Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan. Bilangan pelajar Melayu

mendapat ijazah kelas pertama setiap tahun dalam bidang SAKTI

(sains, sains kesihatan dan kedoktoran, sains kejurutraan dan

teknologi) di IPT tempatannya semakin meningkat sehingga ke ratusan

orang jumlahnya.Data ini elas menyangkal tuduhn sesetengah pihak

yang mengatakan bahawa pendidikan dalam aliran Melayu menjadikan

orang Melayu semakin lemah kerana kerana tidak menghiraukan

bahasa Inggeris, bahasa yang dianggap kunci kecemerlangan

pendidikan di pelbagai peringkat. Orang Mlayu dikatakan masih jauh

ketinggalan pencapaiannya berbanding dengan orang Cina. Penulis

menganggarkan pelajar yng menapat 8A SPM umpamanya sekitar satu

orsng pelajar Melayu dengan Sembilan orang pelajar bukan Melayu;

manakla pencapaian di peringkat Sarjana Muda Kepujian Kelas I di

IPT juga di sekitar nisbah yang sama.

Ilmu lebih berharga daripada harta dan kuasa, demikian intipati

sebuah hadis riwayat al-Dailami. Pengagihan ilmu kepada rakyat

dengan cara adil adalah penting dan Malaysia hanya membuktikan

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 177

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



hokum yang telah terbukti sepanjang zaman, iaitu pendidikan dalam

bahsa jiwa bangsa berkenaan sahaja yang mampu melakukannya.

(Jadual 2.1)

Pemimpin-pemimpin persatuan berasaskan SAKTI kini pun

terdiri daripada kira-kira 50% orang Melayu (tiaa data tahun 1970

dahulu, tetapi tentunya tidak lebih daripada angka 4%-7% itu sahaja

juga. Hal ini benar-benar menunjukkan “kehadiran” Melayu di bidang

terebut kerana pemimpin persatuan berkenaan berasaskan pada

pemilihan dalam kalangan komuniti. Dalam dunia akademik dan

penyelidikan SAKTI, pengagihannya sudah berubah ekuiti daripada

bukan Melayu dahulu kepad milik Melayu secara mutlak, iaitu

melebihi daripada komposisi kaum kini, kecuali kesihatan dan geologi.

Benar kejayaan penyempitan jurang perbezaan Melayu dengan

bukan Melayu dalam SAKTI lebih merupakan kejayaan Dasar

Ekonomi Baru (DEB) yang antara lainnya memberi peluang yang luas

kepada orang Melayu mempelajari ilmu-ilmu itu. Tetapi jika DEB

dalam sektor pendidikan dilakukan dalam bahasa Inggeris, hasil yang

mengubah wajah penyertaan Melayu dalam sector-sektor keilmuan itu

pastinya tidak akan berlaku. Pengalaman pada zaman awal1970

mungkin sekali dapat dijadikan iktibar, takala sistem dual (aliran

Inggeris dan Melayu wujud serentak) dalam pendidikan sekolah masih

berlaku. Pada masa itu pelajar Melayu didapati lebih banyak memilih

untuk belajar sains dan matematik menerusi aliran Melayu. Pada tahun

1967 umpamanya, terdapat hanya sekitar 40 orang sahaja pelajar

Melayu aliran Inggeris seluruh Malaysia yang “mungkin layak” belajar

sains di tingkatan 6 khas di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur setelah

mereka ini gagal dalam Peperiksaan Khas Masuk Tingkatan 6 Sains

saluran biasa (aliran Inggeris), sedangkan menerusi aliran Melayu

bilangannya berganda-ganda. Melayu yang berjaya masuk belajar

kursus ijazah sains dalam bahasa Inggeris di Universiti Malaya amat

tinggi kegagalannya. Fobia orang Melayu terhadap SAKTI

kemudiannya ternyata dapat dihakiskan dengan pantas menerusi

pendidikan ilmu dalam bahasa Melayu.

Kajian yang menyokong dasar belajar sains dan matematik

(SAMA) di sekolah lebih baik dalam bahasa kedua pelajar agak

melucukan kerana jika benar-benar terbukti kukuh hal ini, maka orang

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 178

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Inggeris akan menghantar anaknya ke sekolah aliran Perancis dan

sebaliknya, dan orang jepun pula menghantar anaknya belajar di aliran

Korea dan sebaliknya. Kajian ini, jika berguna, hanya mampu

menunjukkan seseorang pelajar berbahasa ibunda B, yang ingin diajar

sains dan matematik dalam bahasa asingnya A, tiadalah masalah yang

mungkin lebih daripada masalah pelajar yang belajar dalam bahasa

ibunda jika bahasa A itu terlebih dahulu dapat dikuasai pada suatu

tahap yang secukupnya. Persoalan yang timbul ialah berapa ramaikah

yang tidak memenuhi syarat perlu ini dan sejauh manakah tahap daya

cipta bakal ahli SAKTI yang belajar dalam bukan dalam bahasa jiwa

mereka ini?

Kajian yang dibuat di Singapura beberapa tahun dahulu pun

(internet 2) membuktikan bahawa dasar pelajar berbahasa ibunda Cina

yang dipaksa belajar dalam aliran Inggeris itu tidak berjaya seperti

yang diharap-harapkan oleh kerajaan. Malah pelajar sekolah Cina di

Malaysia masih mengatasi prestasi pelajar Cina Singapura itu sehingga

setiap tahun kerajaan Singapura menawarkan berbagai-bagai insentif

kepada pelajar Cina Malaysia lulusan sains Sekolah Menengah aliran

Melayu, setelah melalui aliran bahasa ibundanya di sekolah rendah,

(hanya sekitar 3% sahaja ibu bapa Cina Malaysia menghantar anaknya

ke sekolah rendah aliran Melayu), supaya menyambung pelajarannya

di Singapura. Ekoran daripada itu jugalah Singapura menghidupkan

kembali beberapa buah sekolah aliran Cina dahulu yang telah ditukar

kepada aliran Inggeris puluhan tahun kembali kepada aliran Cina,

kerana mereka berpendapt adalah salah mengandaikan kebanyakan

rakyat Singapura boleh cemerlang menerusi bahasa Inggeris sahaja.

Fakta bahawa pelajar dalam aliran bahasa jiwa seseorang pelajar

sekurang-kurangnya sehingga tamat sekolah Rendah seperti yang

berlaku pada Cina Malaysia amnya, memang mengatasi pelajar dalam

aliran bahasa asing nampaknya sudah menjadi hukum empiris

menerusi data-data ini dan data-data daripada pertandingan demi

pertandingan yang disebut sebelum ini. Para pemimpin Cina dan

India Malaysia sentiasa mahu mengekalkan pendidikan anak bangsa

dalam bahasa sendiri sekurang-kurangnya di peringkat sekolah, selain

daripada mahu anak bangsa tidak mengabaikan budaya bangsa.

Hakikat kelemahan orang Melayu Singapura dan Brunei dalam SAMA

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 179

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



yang terpaksa belajar subjek tersebut dalam bahasa Inggeris sejak lebih

daripada 30 tahun dahulu lagi juga tidak dijadikan iktibar. Keanihan

sikap pemimpin yang mengabaikan bahasanya sendiri berlaku

sekurang-kurangnya pada zaman Abdullah Munsyi lagi (awal abad ke-

19) seperti yang dirakamkannya dalam buku Hikayat Pelarana

Abdullah yang trerkenal itu, Cuma reda suaranya antara tahun 1970-an

hingga tahun 1980-an sahaja.

Fail 3



Mengikut teori pengagihan kekayaan Negara atau

pengoptimuman yajaan sarjana Barat yang serasi dengan dasar

liberalisme dan ekonomi laissez-faire dan elitisme, pengagihan yang

terbaik ialah yang mewujudkan suasana adanya kumpulan yang

beroleh manfaat yang maksimum dan tiada pihak (sebahagian besar)

yang beroleh yang beroleh manfaat kurang daripada sebelumnya.

Prinsip Pareto yang terkenal dalam ekonomi dan matematik, juga

terkenal dengan elitisme, dan oleh itu tidak dipersetujui ramai teruama

yang mementingkan ekonomi kebajikan dan pendemokrasian

pendidikan, dan sebagainya. Umpamanya, pendidikan dalam bidang

berprestij sekarang kerana pulangan ekonominya seperti perubatan,

kejuruteraan, undang-undang dan perakaunan dijangka amat sukar

dijangkau oleh mereka yang bukan daripada golongan elitis kini. Hal

yang sama berlaku pada jawatan-jawatan atau kerjaya-kerjaya penting

yang berpengaruh. Tentunya dasar ini sesuai dengan model

pembangunan yang berasaskan liberalisme Barat, modalisme laissez-

faire dan elitisme itu.

Setakat ini tiada kajian yang membuktiikan bahasa asing

(Inggeris) itu akan meningkat dalam kalangan pelajar menerusi dasar

sebegini seperti yang dibuktikan oleh para penyelidik di beberapa buah

negara lain termasuk di Hongkong, Nigeria, Amerika Syarikat dan

Belanda. Malah hampir semua kajian berhubung dengan hal ini

(Internet 1 dan 2), Cocking dan Mastre (1988), Marsh et al. (2000).

Kajian ini menunjukkan pada amnya pelajar yang belajar SAMA di

sekolah bukan dalam bahasanya sendiri memang merosot prestasinya

dan tidak pula menunjukkan peningkatan dalam bahasa pengantar

baharu ilmu yang dipelajarinya itu. Kajian-kajian ini hanya

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 180

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



mengesahkan intuisi dan juga menambah sokongan kepada hasil kajian

pada puluhan tahun dahulu, iaitu sekurang-kurangnya sejak 1960-an

lagi yang menunjukkan adanya korelasi positif antara perkembangan

sains sesebuah negara dengan penggunaan bahasa jiwa bagi bangsa

negara berkenaan seperti kajian Ferguson (1962), Halliday (1979) dan

Davies (1991). Tegasnya, pengajaran yang bukan dalam bahasa jiwa

pelajar berkenaan menjadikan “yang dikejar tidak dapat dan yang

dikendong berciciran” atau “tiada beban batu digalas” sahaja.

Tidak ada sebab seseorang tidak mahu mempercayai kajian atau

kesimpulan ini semata-mata adanya satu dua hasil penyelidikan lain

seperti di Kanada umpamanya (Internet 1) yang menunjukkan pelajar

berbahasa ibunda Perancis kononnya ada tanda-tanda mereka ini lebih

baik prestasinya apabila belajar menerusi bahasa Inggeris; dan kajian

Kementerian Pendidikan Malaysia yang dimuatkan dalam akhbar

Utusan Malaysia dan Berita Harian pada 8 September 2003, pelajar

sekolah di Malaysia lebih bersemangat belajar SAMA dalam bahasa

Inggeris, dan pencapaian mereka meningkat dalam ketiga-tiga mata

pelajaran berkenaan (sains, matematik dan bahasa Inggeris). Hasil

kajian di Kanada itu tentunya tidak lengkap kerana tiada pula kajian

dilakukan kepada pelajar berbahasa ibunda Inggeris yang dipaksa

belajar SAMA dalam bahasa Perancis. Rasanya kedua-dua

penyelidikan ini tidak objektif. Selain daripada itu, hasil kajian lain

yang dibuat oleh beberapa orang sarjana di Malaysia seperti oleh Nor

Hashimah (2003), Lim (2003), dan Zul Kepli (2004) mendapati hasil

yang bertentangan dengan kedua-dua hasil penyelidikan yang terpencil

itu. Hasil peperiksaan PMR 2004 (PMR pertama pertama selepas 3

tahun pelaksanaan dasar pengajaran SAMA sekolah dalam bahasa

Inggeris) membuktikan lagi kebenaran penyelidikan-penyelidikan di

atas. Dalam peperiksaan itu soalan dibuat dalam bahas Inggeris (BI)

dan bahasa Melayu (BM), dan pelajar boleh menjawab dalam mana-

mana dua bahasa itu. Iaitu bahasa Rojsak (BR). Hanya 30% sahaja

yang menjawab dalam BI dan kebanyakannya dari sekolah bandar.

Selebihnya menjawab dalam BM atau BR; dan yang menjawab dalam

BM banyak menggunakan istilah dalam BI. Hal ini menunjukkan

pendidikan SAMA menerusi BI tidak berjaya tetapi sebaliknya telah

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 181

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



menghilangkan segala istilah dalam BM, malah BR semakin

berleluasa di peringkat formal sekalipun.

Pelajar yang menjawab dalam BI lebih ramai peratusan gagalnya

berbanding dengan pelajar yang menjawab dalam BM atau BR itu.

Dong Jiao Zhong (dalam Siasah 20 Januari-2 Feb 2006) telah

membuktikan hal ini: sekitar 26% pelajar yang menjawab dalam BI

gagal, manakala hanya sekitar 8% yang menjawab dalam BM itu

gagal. Hal ini mengukuhkan kajian yang telah dibuat di seberang laut

beberapa tahun yang lepas yang menunjukkan pelajar yang belajar

SAMA dalam bahasa bukan bahasa ibundanya merosot prestasinya.





Pencapaian Sains dan Matematik (SAMA) Sekolah

Seluruh Dunia

Satu bukti yang konkrit tentang berkesannya pendidikan SAMA

sekolah dalam bahasa jiwa pelajar berkenaan ialah dengan melihat

pencapaian pelajar sekolah seluruh dunia menerusi satu siri

pertandingan sains dan matematik, yang terkenal sebagai olimpiad

antarabangsa subjek tersebut yang diadakan setiap tahun sejak puluhan

dahulu, dan satu ujian khas penta-tahunan yang dilakukan oleh

sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat yang dikomisyenkan oleh

kerajaan Amerika Syarikat. Secara amnya, keputusan olimpiad tersebut

menunjukkan pelajar yang belajar SAMA dalam bahasa jiwa pelajar

tersebut (dan oleh itu bangsa/negara berkenaan) berada dalam senarai

10 teratas, kecuali satu-dua negara sahaja (kes terpencil)

Keputusan Olimpiad Antarabangsa 10 tahun yang lepas

(sehingga 2003) dalam matematik, fizik, kimia, biologi dan

maklumatik (informatik) menunjukkan negara-negara yang berada

pada kedudukan 1 hingga 10 teratas itu (berjumlah tidak kurang

daripada 47 buah Negara, kerana tidak engkapsepenuhnya dan banyak

yang sama prestasinya, lihat Lampiran) hamper semuanya mmpunyai

dasar pendidikan SAMA dalam bahasanya sendiri, kecuali enam buah

Negara: Afrika Selatan (maklumatik sekali), Argntina (biologi sekali),

Mexico (biologi sekali), India (biologi 3 kali, fizik 4 kali, kimia 3 kali,

matemtik 3 kali), Ireland (maklumatik sekali) dan Singapura (biologi 3

kali, kimia 2 kali, maklumatik 2 kali). [Jadual 1.3(a) dan 1.3(b)]. Itu

pun negara-negara yang terkecuali daripada hokum bahasa

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 182

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



pembangunan ini berada pada kedudukan dalam 10 atas dalam tempoh

tahun itu sekali sahaja kecuali India dan Singapura.

Walaupun dua buah Negara, Indi dan Singapura, seolah-olah

terkeluar daripada kebaikan teori belajar menerusi bahasa sendiri itu,

namun kedudukan India dan Singapura tidak dapat mengatasi Negara

dalam kedudukan 10 atas itu yang tidak membelakangi bahasa jiwa

anak bangsanya termasuklah Thailand dan Vietnam. Jadual 3.1(a)].

Pendidikan sekolah di India bersistem dual (bahasa Inggeris dan

bahasa jiwanya yang besar: bahasa Hindusntani (Urdu) dan bahasa

Tamil dan oleh itu kemungkinan calon dari India itu juga ada dari

sekolah bukan aliran Inggeris. Singapura sahaja yang jelas agak

berjaya dalam system pendidikan aliran bukan bahasa jiwa bagi

bangsanya yang dominant, Cina (Mandarin); sebaliknya bahasa

Inggeris sepenuhnya. Banyak pihak yang Inggerisofili (cita budaya

Inggeris) di Malaysia sentiasa menggunakan Singapura sebagai

contohmodel negara bangsa impiannya. Tetapi besar kemungkinananya

calon Singapura itu ialah Cina yang berbahasa ibunda Inggeris, iaitu

bahasa jiwanya memang Inggeris, sesuai dengan fakta dalam laporan

kajian pendidikan Singapura tahun 1990-an yang dirunguti oleh Lee

Hsien Leong, Presiden Singapura kini (yang telah disebut sebelum ini),

bahawa 40% rakyat Singapura sudah hilang identity kecinaan kerana

mereka hanya berbahasa Inggeris atau Singlish sahaja. Jadi Singapura

juga tidak wajar dijadikan model pembangunan sains di negara lain.

Ireland lebih bitara lagi kerana Negara ini meninggalkan langsung

bahasa Seltik dengan mengambil bahasa Inggeris sebagai bahasa

negara yang baru yang juga bahasa nasionalnya, sehingga bahasanya

sendiri hamper pupus sekarang (Ireland menjadi contoh terpencil

tentang benarnya teori Fishman itu). Tetapi Ireland hanya menempa

nama dalam Pertandingan Olimpiad ini sekali sahaja dalam

maklumatik dalam masa 10 tahun kebelakangan ini, dan mungkin

pesertanya bukan keturunan penduduk asal Ireland. Oleh itu, Ireland

tidak dibanggakan sebagai model pembangunan sains di Negara lain.

Hukum dalam sains sosial dan kemanusiaan yang diutarakan

dalam makalah ini, bahawa bahasa jiwa penentu kejyaan pendidikan

sains dan matematik sekolah masih boleh dipertahankan meskipun

dengan kehadiran enam buah negarayang menjadi contoh sangkal itu.

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 183

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Terutamanya dengan fakta bahawa negara-negara yang paling kerap

mendapat tempat 1 hingga 10 memang semuanya Negara yang dasar

pendidikan SAMA sekolahnya dalam bahasa negara, dan sekaligus

bahasa itu menjadi bahasa nasional, bahasa pembangunannya. [Jadual

3.1(a)].

Umpamanya dalam Olimpiad Matematik Antarabangsa yang

menang lebih drp 5 kali dalam masa 10 tahun (sehingga 2003) ialah

China dan Vietnam (10/10), diikuti oleh Bulgaria (9/10), dan Iran,

Korea Selatan dan Romania (8/10) dan Amerika Syarikat (AS),

Hungary dan Jepun (7/10).

Dalam Olimpiad Biologi Antarabangsa, yang menang lebih drp 5

kali dalam masa 10 tahun yang sama ialah Belarus, China,

KoreaSelatan, Taiwan, Vietnam dan Rusia (5/10) , dan dikuti oleh

Australia, Jerman, Thailand, Ukraine dan United Kingdom (4/10).

Dalam Fizik, yang paling kerap itu ialah AS, Iran dan Rusia

(7/10), diikuti oleh China (6/10) dan KoreaSelatan danTaiwan (5/10).

Dalam Kimia nampaknya (data tidak begitu mencukupi) ialah

China, Korea Selatan, Iran dan Rusia (lebih daripada 4 kali), diikuti

oleh AS, Austria, Hungary, India, Jerman, Poland, Taiwan dan

Thailand (lebih daripada 3 kali).

Dalam Maklumatik (atau Informatik), negara yang paling kerap

(lebih daripada 5 kali ) memenangi kedudukan 1-10 dalam bidang

tersebut dalam masa 10 tahun kebelakangan ini (sehingga 2003) ialah

China (10/10), diikuti oleh Rusia (9/10), Poland, Romania dan

Slovakia (8/10), Czekoslovakia, KoreaSelatan dan Sweden (7/10).

Kesimpulannya, dalam semua subjek SAMA sekolah, negara

yang pendidikan SAMA dalam bahasa jiwa bangsa berkenaan sahaja

yang berprestasi baik (kecuali mungkin India), dan hampir semuanya

bukan yang berpendidikan menerusi bahasa Inggeris. [Jadual 3.1(a)

dan 3.1(b)]

Prestasi Negara-negara di Afrika dan Amerika Selatan adalah

rendah sedangkan benua ini terkenal dengan penyisihan bahasa-bahasa

jiwa bangsa dalam sistem pendidikan mereka.

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 184

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Kelahiran Sarjana Aliran Melayu yang Bertaraf

Dunia

Dalam dunia akademik di Malaysia, selain drpd kelahiran sulung

ijazah Sarjana Muda Sains (S.M.Sn) aliran Melayu pada tahun 1974,

Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri (S.M. Peru. S) pada tahun 1976,

Sarjana Muda Kejuruteraan (S.M.Kej.) pada tahun 1979 (di UTM),

Sarjana Sains (S.Sn) pada tahun 1980 dan Doktor Falsafah (sains) pada

tahun 1985 (kedua-duanya di UKM) kini mungkin tidak dianggap

perkara penting kerana yang dipentingkan kini mutu bukan kuantiti.

Sebenarnya, semua bidang SAKTI ada siswazah dalam aliran Melayu.

Malah dalam bidang teknologi maklumat (TM), bidang yang dianggap

sebagai bidang yang menjadi penghalang besar kepada kesesuaian

bahasa Melayu menjadi perantaraannya, ijazah pertama dianugerahkan

pada tahun 1979 lagi dan Sarjana ditawarkan di UTM sejak tahun 1983

lagi. Di UKM (lihat risalah Intisari, UKM tahun 1995), sehingga

tahun 1994 seramai 247 orang beroleh ijazah Sarjana (pelbagai bidang

S & T) dan 25 orang Doktor Falsafah (pelbagai bidang S & T). Malah

sejak sejak tahun 1995 hingga kini bilangan ini berganda sehinggakan

pada majlis penyampaian ijazah pada tahun 2001 umpamanya, UKM

melahirkan 230 orang Sarjana S & T dan 30 orang Doktor Falsafah.

Dalam bidang TM sahaja pada konvokesyen 2001, UKM melahirkan

68 orang Sarjana dan 8 orang Doktor Falsafah. Dalam bidang

perubatan sejak 10 tahun yang lepas, UKM melahirkan Sarjana

kepakaran perubatan kira-kira 150 orang setahun, yang tesisnya dalam

bahasa Melayu. Dianggarkan kini sudah ribuan siswazah yang mendapt

mendaptat ijazah Sarjana dan ribuan orang yang memperoleh Doktor

Falsafah (setara dgnnya) dalam bidang SAKTI (sains, kesihatan,

kejuruteraan dan teknologi) dalam aliran Melayu. Hasil-hasil

penyelidikan mereka ini bertaraf dunia kerana sudah pun dibentangkan

(dalam bahasa Inggeris/Melayu) di forum-forum antarabangsa

(seminar dan penerbitan). Tidak syak lagi ada tesis-tesis atau makalah

dalam bahasa Melayu itu yang dirujuk oleh para sarjana antarabangsa,

sebagaimana sarjana lain yang merujuk tesis/makalah dalam bahasa

Inggeris dan bukan Inggeris. (Data-data dalam para ini dan juga di

bawah ini adalah tambahan kepada data-data yang dipaparkan oleh

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 185

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Shaharir 1996). Ringkasan data penting yang dibicarakan di atas dalam

Jadual 2.2 (Lampiran).

Sarjana “bertaraf dunia” ialah sarjana yang karyanya dirujuk

oleh komuniti sarjana dan bakal sarjana di dunia sehingga namanya

tertinta dalam karya tersebut; atau sarjana yang diiktiraf

kesarjanaannya oleh negara maju kerana penerbitannya dalam jurnal-

jurnal terbitan negara maju itu. Lalu beroleh status Felo atau Zamali

kepada sesebuah persatuan ilmuwan berkenaan di sesebuah negara

maju; beroleh bantuan kewangan penyelidikan antarabangsa; atau

beroleh anugerah atau hadiah dalam pertandingan karya antarabangsa

di negara maju. Sebenarnya, dengan kriterium ini dan contoh-contoh

pencapaian sarjana Malaysia yang disebut sebelum ini, sudah ramai

sarjana kita yang mencapai “taraf dunia”. Sudah tentu Malaysia masih

belum melahirkan sarjana akhbar seperti pemenang anugerah Nobel

yang paling berprestij. Tetapi menidakkan pencapaian yang masih

boleh dibanggakan setakat ini berbanding dengan usia kita dalam

persaingan ini adalah tidak adil.

Satu contoh kejayaan besar pendidikan sains aliran Melayu

Malaysia ialah melahirkan para ahli sains yang berfikir nasional

(Malaysia) tetapi tetap mendapat pengiktirafan internasional juga.

Mereka ini terpanggil untuk mengantarabangsakan bahasa jiwanya

menerusi penciptaan istilah baru dalam bidang. Mereka adalah sarjana

setempat (setempat dan sejagat) yang biasa dilahirkan oleh negara-

negara maju, iaitu “sarjana bertaraf internasional yang berakarkan

nasional”. Dalam bidang zoologi umpamanya, kini sudah lebih

daripada 300 istilah haiwan dalam bentuk L Y dengan L bahasa Latin

dan Y bahasa Melayu daripada warna seperti hijau, jalur, tompok, dan

sebagainya (contohnya, Arthrotus hijau, Atrachya hitam, Dercetina

bopeng, Itylus biru, Ophrida kuning, Monolepta merah, Sphenoraia

tompok), kata sifat seperti ajaib, cantik, lawa, indah dan sebagainya

(contohnya, Sarawakiola ajaib, Monolepta cantik, Nadrana dwiwarna,

Podontia jalur, Pseudosastra indah, Paleosepharia lawa, Metrioidea

molek), nama tempat di Malaysia seperti pahangi (drp Pahang dalam

istilah Aplosonyx pahangi), nama orang Melayu seperti ismaili (drp

Ismail dalam istilah Arcartes ismaili), nombor Melayu seperti Xenoda

lapan, dan beberapa perkataan Melayu lain seperti dalam istilah

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 186

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Medythia bukit, Monolepta kenit, Trichomimastra kurnia, dan

Liroetiella warisan. Hal ini berlaku dalam masa kurang daripada 15

tahun universiti di Malaysia dalam aliran Melayu mulai tahun 1970

(UKM) hingga semua universiti dalam aliran Melayu pada tahun 1986

dan besar kemungkinan dapat berlanjutan hingga hanya 2008 apabila

semua universiti di Malaysia kembali kepada bahasa Inggeris

sepenuhnya. Sebaliknya untuk selama 30 tahun universiti di Malaysia

dalam aliran Inggeris mulai 1957-1986 prestasi sebegini nol tarafnya.

Perincian lanjutnya dapat dilihat dalam Mohammad Salleh (2002),

seorang sarjana Melayu (Profesor Zoologi) yang berpendidikan aliran

Melayu sehingga ke ijazah pertamanya dalam bidang biologi.

Karya-karya asli dalam bahasa Melayu sudah terbit dalam

abstrak ilmu berkenaan yang dikeluarkan di Amerika Syarikat dan/atau

Eropah, walaupun bilangannya masih belum lagi sampai tahap genting.

Isu penerbitan ilmiah ini dibicarakan lagi dalam seksyen khususnya.

Namun semua ini berupa kemajuan bangsa Malaysia dengan bahasa

jiwanya yang patut dibanggakan dan dipupuk. Bahasa Melayu

Malaysia yang dianggap bahasa desa dan setempat 30 tahun dahulu

kini digunakan di kota dan sedang merantau di antarabangsa dan

sejagat.

Malaysia juga mempunyai puluhan orang sarjana dalam setiap

bidang sains asas (sains fizik, sains kimia, sains hayat dan sains

matematik) yang mencipta teori (seperti konjektur Razak, splin Said,

kaedah Abdullah, batas Darus, rumus mudarabah Maheran); dan tidak

kurang daripada puluhan orang setahun sarjana Malaysia yang

memenangi pingat emas dalam pertandingan reka cipta sains di

Eropah; puluhan sarjana Malaysia yang beroleh taraf Felo atau Zamali

dari persatuan ilmuwan di negara-negara maju. Sebahagain besar

mereka berpendidikan SAMA aliran Melayu, sekurang-kurangnya

hingga ke peringkat SPM dan, ijazah pertama dan kedua. Contohnya,

pada tahun 2002, empat orang sarjana sains fizis dan seorang ahli

sains kejuruteraan dari UKM (Muhamad Mat Salleh, Muhammad

Yahya, Sahrim Ahmad, Sarani Zakaria dan Mohd Sabri Takrif)

memenangi Pingat Emas dan Perak di International Exhibition of

Invention di Geneva, tiga orang sarjana perubatan (Hapizah Mohd

Nawawi, Khalid Abdul Kadir dan Khalid Yusof) memenangi Anugerah

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 187

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Ahli Sains Cemerlang di International Clinical Chemistry and

Laboratory Medical Congress Kyoto, dan seorang sarjana biokimia

(Azimahtol Hawariah Lope Pihie) memenangi Pingat Emas di Seoul

International Invention Fair. Kecuali 4 daripada mereka ini (2 ahli

sains fizis dan dua pakar perubatan), semuanya yang lain itu adalah

sarjana yang berupa lulusan sains dalam aliran Melayu sehingga ijazah

pertama. Dan dua daripada empat orang sarjana yang mendapat ijazah

pertama dalam aliran Inggeris (di seberang laut) sebenarnya

perpendidikan SAMA sekolah dalam aliran Melayu. Pendeknya

sebahagian besar sarjana Malaysia di UKM yang “bertaraf dunia” itu

berpendikan aliran Melayu. Sarjana-sarjana dari universiti lain (di

Malaysia) juga ada yang berprestasi seperti ini, yang latar belakangnya

sekurang-kurang belajar SAMA dalam bahasa Melayu sehingga

peringkat SPM.

Para akademik bidang SAKTI universiti di Malaysia, sekurang-

kurangnya sejak tahun 1994 lagi, peratusan pemegang ijazah

pertamanya dalam aliran bahasa Melayu dari UKM cukup ramai, iaitu

melebihi 30% (UKM 44% bidang S & T dan 29% bidang kesihatan,

UPM 24% , UTM kira-kira 46%). Kini dianggarkan lebih daripada

50% ahli akademik universiti di Malaysia terdiri daripada mereka

yang sekurang-kurangnya berijazah pertamanya dalam aliran Melayu.





Bahasa Asal Sains dan Matematik

Hakikatnya, SAMA sekolah bukannya ilmu ciptaan Inggeris. Inggeris

sendiri menterjemah ilmu itu dari bahasa Latin, Perancis dan Jerman

(dan sebelum itu dari bahasa Arab) mulai pertengahan abad ke-19

sahaja. Ambil sahaja asas-asas penting dan asas fizik universiti, asanya

fizik klasik hampir semuanya dalam bahasa Arab, Latin, Perancis atau

Jerman. Satu daripada unsur fizik klasik yang besar ialah fizik

Newton, sempena nama ahli sains agung Inggeris, juga asalnya

daripada bahasa Latin. Unsur fizik klasik yang berasalnya dalam

bahasa Inggeris hanyalah fizik elektromagnet klasik kerana jaguhnya

Maxwell berkarya dalam bahasa Inggeris kerana sudah abad ke-19

dengan menyatukan karya sarjana Perancis dan Jerman. Fizik moden

yang terdiri daripada teori kenisbian, dan teori kuantum berasal

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 188

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



daripada bahasa Perancis atau Jerman. Tokoh yang diagungkan abad

ke-20, Einstein, menghasilkan karya besarnya dalam bahasa Jerman.

Teori-teori besar dalam matematik seperti teori set, teori fungsi,

analisis, analisis fungsian, teori pengoperasi, homotopi, dan topologi.

Semuanya bukan ciptaan/binaan/karya dalam bahasa Inggeris tetapi

Perancis, Jerman, Rusia, Belanda dan Poland.

Malah pengajaran SAMA dalam bahasa Inggeris di United

Kingdom pun hanya dilakukan pada pertengahan abad ke-19 sahaja

kerana sebelum itu pengajaran ilmu di England sekalipun diajar dalam

bahasa Latin.(Barnard 1968). Jadi jika benarlah “mengajar dalam

bahasa asal ilmu itu lebih baik lagi”, yang lebih baik ialah SAMA

sekolah itu diajar dalam bahasa Latin, Perancis atau Arab sahaja. Jika

benar, tentunya Eropah dahulu mengajar SAMA dalam bahasa Arab

sahaja.

Salah satu daripada kejayaan besar bangsa Inggeris dalam

pemindahan ilmu menerusi terjemahan ke dalam bahasanya sendiri

ialah pemindahan itu dilakukannya dengan baiknya sehingga pembaca

SAMA dalam bahasa Inggeris tidak merasai ilmu itu bukan asalnya

dalam bahasa Inggeris. Dalam tulisan lain, penulis merujuk keadaan ini

sebagai satu daripada tahap “pemeribumian ilmu” (Shaharir 2003a)

yang awal yang perlu dilakukan oleh sesuatu bangsa yang ingin

kemajuan, sebelum bangsa itu mampu memberi sumbangan sendiri

kepada ilmu itu.

Kejayaan pemeribumian sains bagi Inggeris begitu ketara dalam

peristilahan sains itu sendiri sehingga kini amat sedikit sekali yang

menyedari istilah/perkataan itu bukan asalnya Inggeris. Umpamanya,

siapalah yang merasai zero itu daripada sifr (Arab), algebra itu

daripada al-jabr (Arab), algorithm daripada al-Khawarizmi (seorang

ahli sains zaman Tamadun Islam), sine daripada sinus (Latin) yang

berupa terjemahan jayb (Arab), mile daripada mil (Arab), carat

daripada qirat (Arab), chemistry drp al-kimiya (Arab), alkali, alcohol,

aldehyde dan naphthalene semuanya daripada bahasa Arab, force

daripada Perancis yang diambil drp fortis (Latin) yang berupa

terjemahan quwat (Arab), mortal daripada mortalis, mortum (Latin)

yang diambil daripada mauta (Arab), buy daripada bai‟ (Arab), cheque

daripada syeikh (Arab), dan ratusan yang lain lagi. Walau

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 189

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



bagaimanapun bukannya Inggeris sahaja yang berjaya dalam

pemeribumian ilmu. Setiap bangsa yang berjaya dalam pembangunan

sainsnya bertaraf demikian. Bangsa Malaysia sedang menuju ke arah

itu, sehingga suatu hakikat yang perlu disedari bahawa sumber SAMA

sekolah sejak 1970-an lagi banyak di dalam bahasa Melayu sehingga

kebanyakan guru dan orang awam sudah merasai SAMA peringkat itu

memang asalnya dalam bahasa Melayu sahaja. Inggeris memang

mencapai taraf ini pada akhir abad ke-19 dahulu apabila terjemahan

besar-besaran dilakukan pada pertengahan abad ke-19.

Satu lagi bukti besar yang menunjukkan bahasa Inggeris

bukannya bahasa asal ilmu SAMA boleh juga dilihat pada sarjana-

sarjana besar dunia sejak ribuan tahun hingga kini, dan buku-buku

besar yang mempengaruhi tamadun Inggeris. Daripada 44 orang

sarjana sains besar dunia (Jadual 5.1) yang dipilih oleh penulis Barat

seperti Hart (1999), hanya empat daripada ahli sains besar dan

berpengaruh itu berkarya dalam bahasa asingnya; dan hanya 19 orang

daripadanya terdiri daripada orang Inggeris (Anglo-Saxon) dan

berkarya dalam bahasanya sendiri, manakala yang lainnya sarjana

bangsa lain yang juga berkarya dalam bahasa jiwa. Sementara itu,

antara 33 buah karya agung (Jadual 5.2) yang disenarai oleh Adler

(1997), hanya lima buah karya sahaja yang ditulis dalam bahasa asing

ahli sains berkenaan, dan sembilan buah karya agung sahaja yang

ditulis oleh sarjana Inggeris (Anglo-Saxon) dan dalam bahasa Inggeris.

Semua karya dalam bahasa asing itu sudah lama diterjemah ke dalam

bahasa Inggeris. Sebahagian besar penerima Hadiah Nobel Fizik

(sejak Hadiah itu diwujudkan pada 1931) terdiri daripada sarjana yang

berkarya bukan dalam bahasa Inggeris tetapi yang dihasilkan dalam

bahasanya sendiri. Sebahagian besar Pemenang Pingat Field dalam

matematik (yang setara dengan Hadiah Nobel) juga berupa karya

dalam bahasa bukan Inggeris (terutamanya Perancis, Jerman dan

Rusia). Perinciannya dalam seksyen 6 di bawah ini.





Teori Daya Cipta Baru

Minat sarjana dalam tabii daya inovasi dan daya cipta memang wujud

ratusan tahun dahulu. Berbagai-bagai teori diutarakan tetapi yang

terkenal kini ialah teori pemikiran menyisi de Bono (sarjana Malta

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 190

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



yang berkarya tahun 1960-an lagi, dan diperbaikinya hingga tahun

1980-an), dan teori epistemologi (sejak tahun 1960-an) oleh sarjana

Amerika Syarikat, Kuhn dengan karya agungnya “Struktur Revolusi

Sains” dan sarjana Iran, Syed Hossein Nasr dengan karya agungnya

“Doktrin Kosmologi Islam”; sarjana Austria-Jerman, Popper sejak

1930-an dengan karya agungnya dalam bahasa Jerman, “Logik der

Forchung” yang diterjemah dalam bahaa Inggeris tahun 1959, “The

Logic of Discovery” (“Mantik Penemuan Sains”) dan “Conjectures and

Refutations” (“Konjektur dan Refutasi”); sarjana Hungary-Jerman,

Lakatos agungnya dalam bahasa Jerman tahun 1950-an yang

diinggeriskan pada tahun 1960-an sebagi “Proof and Refutation”

(“Bukti dan Refutasi”) dan dan karya agung Inggerisnya pada tahun

1970-an yang telah diterjemah dalam bahasa Melayu pada tahun 2003

“Tata Kaedah dan Atur Cara Penyelidikan Sains” terbitan UKM; dan

sajana Jerman, Feyerabend dalam Jerman dan Inggeris sejak 1970-an

dengan karya agungnya “Against Method” (“Kaedah Tentangan”).

Sementara itu, dalam matematik, muncul teori sistem dinamik tidak

linear tahun 1968 oleh Thom (sarjana Perancis) menerusi teori

malapetakanya (dalam bahasa Perancis dan diterjemahkan kepada

Inggeris 1972), dan dikembangkan 1980-an oleh beberapa orang

sarjana daripada pelbagai bangsa sehingga menerbitkan teori

dwicabangan, kekalutan dan sistem terswa-oraganisasi dalam pelbagai

bahasa, sebahagian kecilnya termasuklah bahasa Melayu. Teori-teori

ini ternyata dapat memberi kefahaman baru tentang fenomenon lama,

iaitu alam pemikiran dan daya pengaryaan, yang kami fikir inilah buat

pertama kalinya dilaporkan di sini. Pada penulis semua teori ini saling

melengkapi sehingga teori-teori itu dapat disimpulkan seperti berikut:

Daya cipta terbit tidak bermula dengan mantik tetapi daripada

intuisi (gerak hati, indera ke-6, wijdan), dan pemikiran boleh

dibayangkan sebagai suatu sistem dinamik tidak linear (selanjar dx/dt =

f(x, p) atau diskret x(n) = f(x(n-1), p)) yang mengandungi banyak

parameternya, p = (p1,p2,..,pn) yang berubah-ubah serta terswa-

organisasi mengikut persekitaran sehingga tabii keadaan pemikiran x

=(x1, x2,…xn) itu membentuk trajektori yang bitara (iaitu trajektori

yang secara topologinya tidak homeomorfimsa dengan orbit-orbit lain

sebelumnya). Cetusan idea berlaku menerusi intuisi apabila berlakunya

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 191

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



malapetaka, dwicabagan; atau kekalutan itu. Hal keadaan ini boleh

berlaku tidak terhingga kalinya apabila parameter-parameter sistem

dinamik minda itu melebihi empat parameter (bagi teori Thom dalam

matematik itu), dan dengan hanya satu parameter sekalipun (mengikut

teori dwicabangan dan kekalutan itu). Persoalannya, situasi pendidikan

yang bagaimanakah yang boleh membekalkan input-input kepada

sistem dinamik pemikiran seseorang itu? Salah satu daripada faktornya

ialah pertembungan input pengalaman kebudayaan yang pelbagai dan

bahasa adala satu daripadanya, kerana itulah yang paling bersahaja

boleh berlaku antara bahasa jiwa dengan bahasa lain menerusi ilmu.

Tetapi bahasa-jiwa seseorang itu hanya mudah diuja atau teruja (tidak

dorman) apabila pengucapnya pernah menggunakannya dengan

giatnya dalam suatu tempoh yang genting (seperti zaman

persekolahannya). Jika tidak, bahasa jiwa seseorang itu semakin malap

diganti oleh bahasa jiwanya yang baru (yang jarang bertaraf sama

dengan bahasa jiwa tabiinya) atau tercemar sehingga kurang berfungsi,

atau menjadi begitu stabil tanpa kejadian pemikiran langsung. Bahasa

sendiri yang memberi perbezaan bentuk sistem dinamik pemikiran

dalam minda seseorang itu.

Hal inilah yang diperkatakan oleh para ahli falsafah sains

matematik Eropah sejak abad ke-17 lagi (Leibniz, seorang bangsa

Jerman tetapi berkarya dalam bahasa Perancis, dan terkenal dengan

gesaannya kepada bangsa Jerman agar menjadikan bahasa Jerman juga

sebagai bahasa ilmu, sama seperti bahasa Perancis pada masa itu, jika

Jerman mahu maju), dan diartikulasikan dengan lebih baik lagi pada

abad ke-19 oleh ahli falsafah bahasa Jerman, Herder dan Humboldt,

dengan menegaskan bahawa pengucapan sesuatu bangsa dalam

bahasanya sendiri itu adalah setara dengan rohani bangsa itu (Hashim

1994); dan oleh itu perbezaan bahasa membawa kepada perbezaan

intuisi, fahaman dan tafsiran tentang perkara-perkara yang dicerapinya/

diperhatikannya/ diminatinya. Hal ini juga serasi dengan pandangan

Kuhn dan Nasr yang menekankan pada peranan kosmologi atau

pandangan alam ahli sains dalam membentuk paradigma ilmu. Malah

Heidegger (ahli falsafah besar Jerman pertengahan abad ke-20 yang

banyak berkarya dalam bahasanya sendiri sehingga usaha

penterjemahan karya-karyanya ke dalam bahasa Inggeris yang bermula

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 192

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



pada tahun 1980-an masih belum dapat disiapkan) berhujah bahawa

bahasa itulah pembentuk dan tuan manusia, dan bukannya “alat”

pemikiran (Gregory 2004). Mungkin dalam konteks inilah de Bono

(1991) berani membuat kesimpulan bahawa bahasa Inggeris bukannya

bahasa yang berdaya karya yang hebat.

Kesedaran terhadap kebergantungan kosmologi (kebudayaan

atau nilai) sesuatu bangsa dalam sains berjaya dilakukan dengan

bergaya dan lebih berdaya saing oleh sarjana Barat dan Muslim mulai

1960-an sahaja. Antara para penyumbang yang terkenal ialah Thomas

Kuhn dengan istilah paradigma-nya, Popper, Lakatos dan Feyerabend

(tiga orang ahli falsafah sains Barat yang terkenal pada abad ini, dan

semuanya tidak berpendidikan dalam aliran Inggeris) yang

meruntuhkan falsafah sains tradisi yang berkisar pada keneutralan

sains, dan Seyyed Hossein Nasr, Ismail al-Faruqi dan Muhammad

Naquib al-Attas (tiga orang ahli falsafah sains Islam, dua yang terawal

itu tidak terdidik dalam aliran Inggeris sepenuhnya, dan yang ketiga itu

berpendidikan awal sekolah agama rakyat aliran Melayu Indonesia, di

Pesantren). Seyyed Hossein Nasr agak bitara kerana beliau terdidik

sepenuhnya dalam aliran Inggeris di Amerika hingga ke peringkat

Doktor Falsafah tetapi dalam tempohnya berkhidmat di negara

bangsanya Iran antara 1963-1979 beliau mendalami khazanah ilmu

dalam bahasa Iran dan Arab, khususnya dalam tasawuf dan sufisme.

Beliau tidak menjadi komprador atau “Si Tenggang” Barat kerana

beliau kembali kepada tamadun bangsanya sehingga menjadikan

tamadun bangsanya sebagai persamaan asas system dinamik

pemikirannya).

Mereka ini secara tidak langsungnya memberi bukti betapag

tidak neutralnya pemilihan atau pengecaman persoalan, matlamat

penyelesaian sesuatu persoalan, pembinaan model kepada persolan itu,

penilaian kepada model itu, dan akhirnya cara pelaksanaan atau amalan

ilmu yang diperoleh itu.

Seperti kajian ahli-ahli sosiologi ilmu pengetahuan yang diwakili

oleh Ravetz (bukan berpendidikan dalam aliran Inggeris) pada tahun

1970-an itu, bahasa sesuatu kaum itu memang berperanan positif bagi

memajukan kaum tersebut bukan sebaliknya. Bahasa seseorang itu,

jika digunakan sebagai bahasa pengantarnya, bukan sahaja

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 193

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



memudahkan lagi dia menguasai ilmu yang sedia ada, tetapi memberi

fahaman baru kepadanya, menghayatinya, dan mencetuskan inovasi

atau idea baru terhadap ilmu itu lalu mejiwai dengan kebudayaan dan

akhirnya kebudayaan itu diantarabangsakan menerusi ilmu itu. Kuhn

(dalam buku agungnya, “Struktur Revolusi Sains” 1992) banyak

memberi contoh berlakunya perkara sebegini dalam fizik dan kimia

yang menggemparkan dunia ilmuwan dan kecendekiawanan sejak

1962.

Etika dan budaya kerja sendiri tidak akan diterapkan atau diserap

sebaik mungkin dalam amalan ilmu yang asalnya dibina dalam acuan

asing dan diamalkan dalam acuan (termasuk bahasa asing). Sesuatu

karya baru sukar dilahir atau terlahir menerusi kaedah ini kerana terikat

dengan cara asing itu.

Sistem dinamik pemikiran juga terangsang secara tabiinya untuk

berubah parameternya dalam proses pemindahan ilmu apabila

seseorang guru, pensyarah atau sarjana cuba memindahkan ilmu

daripada bahasa Inggeris umpamanya, oleh itu seseorang itu perlu

mengetahui bahasa Inggeris dengan baik. Tetapi jika seseorang

memindahkan ilmu itu dengan bahasa Inggeris sahaja, hilang satu

peluang mindanya menerima input dan perujaan yang mengubah

parameter sistem dinamik pemikiran. Akibatnya orang tersebut tidak

terfikir dan menjadi wahana pasif kepada laluan ilmu kepada

pelajarnya itu. Hal ini menyebabkan mereka tidak terlintasnya untuk

menyesuaikan ilmu yang dicedok daripada bahasa Inggeris itu kepada

kebudayaan bangsanya, apatah lagi mengenovasinya (di peringkat

sekolah) atau mencipta yang baru (di peringkat universiti). Perkara

inilah yang menerangkan sebahagian daripada hakikatnya sebab

tiadanya penyesuaian, pengubah-suaian, inovasi atau penciptaan yang

bermakna di negara-negara yang membangun dengan tidak menerusi

bahasanya sendiri. Mereka hanya menjadi pengagum ilmu bangsa dan

bahasa yang dijadikan bahasa perantaraan ilmu yang diajarkan kepada

anak bangsanya itu. Sebaliknya, apabila seseorang cuba

menyampaikan ilmu daripada bahasa lain (Inggeris bagi kita) kepada

bahasa bangsanya sendiri, maka penterjemahan akan berlaku dan

penterjemahan hampir pasti melibatkan pentafsiran (yang mungkin

salah, atau mungkin baru), kedua-duanya akan mengubah parameter

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 194

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



sistem dinamik pemikiran orang berkenaan itu. Salah atau baru tidak

menjadi hal kerana itulah yang positifnya, malah mengikut teori

penciptaan Feyerabend yang terkenal pada abad ke-20 (menerusi

bukunya Against Methods (Kaedah Penentangan) 1975, satu daripada

unsur penting dalam pengaryaan ilmu ialah membuat percubaan

dengan pemikiran yang bukan-bukan. Tidak hairanlah, begitu banyak

kajian dibuat terhadap peranan bahasa (bahasa-jiwa bagi seseorang

sarjana) sejak 1970-an itu membukti betapa positifnya korelasi antara

perkembangan sains di sesebuah negara yang tidak mengabaikan

bahasa jiwa bagi bangsa negara berkenaan dalam dunia pendidikan dan

pemikirannya seperti yang ditunjukkan oleh para sarjana yang telah

disebut sebelum ini.

Teori ini juga menerangkan mengapa seseorang yang memupuk

budaya sendiri lebih mampu menerbitkan idea tersendiri menerusi

pertembungan sesebuah budaya dengan budaya lain yang dipelajarinya

dan cuba diserap ke dalam kebudayaannya atau mewujudkan keadaan

“sampainya makna pada diri” atau “sampainya diri kepada makna” (al-

Attas 1995). Tidak hairanlah Ismail al-Faruqi (1982/1984) merujuk

kepada mereka yang meninggalkan kebudayaan sendiri (tentunya

termasuk bahasa) hanya mewujudkan sarjana karikatur daripada

karikatur sahaja, dan sarjana yang lain lagi seperti Constantino sebagai

“inteligensia komprador” (Constantino1996), yang penulis ini sering

juga merujuknya sebagai “Si Tenggang” (daripada cerita penglipur lara

Melayu terkenal, Si Tenggang), atau sebagai bangsa Kreol sahaja.

Kelainan penghayatan bahasa dan sekaligus kebudayaan itulah yang

mampu melahirkan kelainan persoalan, karya, idea, prinsip dan

sebagainya. Contoh terdekatnya dalam hal ini dapat dilihat pada

sarjana atau bakal sarjana di UKM, sebuah universiti yang sebahagaian

besar sarjananya boleh dikatakan berendam dalam kebudayaan sendiri,

kerana komunikasi rasminya (pengajaran dan pentadbiran) hampir

semuanya dalam bahasanya sendiri (bahasa Melayu) seperti yang

dihuraikan secara amnya sahaja di bawah ini.

Beberapa orang pelajar Sarjana dan Dr. Fal. dalam bidang sains

komputer di UKM memperoleh kemajuan bertaraf dunia dalam

penciptaan al-Khawarizmi yang berhubung dengan leksikografi

muncul kerana mereka dicabar oleh tabii nahu bahasa Melayu yang

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 195

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



lain daripada lain itu dan ingin mewarnai dan menjiwai ilmu menerusi

bahasa Melayu. Pelajar penulis makalah ini pula berjaya mencetuskan

konsep optimum yang baru yang berbeza daripada optimum dalam

matematik dunia selama ini, dan pelajarnya yang lain mendapat model

matematik pengurusan kewangan yang baru sejak beberapa tahun ini

memberi satu lagi bukti yang nyata betapanya kepercayaan yang kuat

kepada sesuatu sistem nilai daripada cara hidup (bahasa dan

kebudayaan) yang berbeza mampu memberi ilmu yang baru yang

boleh bersaing dengan ilmu semasa.

Contoh-contoh di atas, dan perbincangan amnya dalam seksyen

ini menunjukkan bahasa jiwa menjadi penghimbau tabii terbaik kepada

keinsafan penyesuaian, penginovasian atau perevolusian ilmu semasa,

dan seterusnya menjadi sarjana di baris hadapan dunia, atau sarjana

malim dunia, dan seterusnya penentu agenda ilmu dunia.

Pendeknya, teori daya pengkaryaan menegaskan bahawa yang

cuba menjadikan cara hidupnya menerusi pendidikan yang terserkap

dengan bahasa dan pemikiran masyarakat lain, tidak mungkin menjadi

umat yang lebih berdaya karya daripada masyarakat tersebut.

Sementara itu, memang ada kecenderungan seseorang untuk

berpendapat bahawa seseorang yang petah bercakap mampu menjana

idea sehingga timbullah teori hubungan percakapan dengan penulisan,

atau simbol dengan idea. Derrida (1967/1973) ialah seorang sarjana

yang terkenal (seorang sarjana Aljazair-Perancis dan berbahasa

jiwanya bahasa Perancis lalu berkarya dalam bahasa tersebut sahaja)

dalam mengartikulasikan teori yang menghuraikan antara lainnya,

ketiadaan hubungan antara penjanaan idea dengan percakapan, atau

dengan simbol. Hal ini bermakna antara lainnya, sesuatu bangsa yang

boleh berbahasa Inggeris dengan agak petahnya, tidak menjamin

melahirkan mereka yang berdaya karya yang tinggi. Bangsa Inggeris

sendiri (sebagai bahasa jiwa kebanyakan bangsa di United Kingdom,

Ireland, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand, yang

diringkaskan sebagai bagsa Anglo-Saxon) bukan bangsa yang paling

berdaya karya dalam sains. Mungkin inilah juga yang mendorong de

Bono (1991) mengatakan pandangan yang sama.

Sebagai bukti empiris yang besar tentang peranan positifnya

bahasa jiwa dalam pembangunan sains, dapat disimpulkan menerusi

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 196

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



wajah-wajah pemenang hadiah unggul dalam SAMA, iaitu Hadiah

Nobel (bukan dalam matematik) dan Pingat Field (dalam matematik)

kerana hampir semua pemenang Hadiah Nobel dalam fizik dan Pingat

Field dalam matematik itu terdiri daripada mereka yang berpendidikan

dalam bahasa jiwa.

Bersadarkan Nobel diadakan 1900 hingga 2003 seramai 138

orang ahli fizik dunia menerima hadiah ini (Jadual 6.1) dan hanya kira-

kira setengah (63 orang) daripadanya sahaja secara rasminya dikatakan

dari Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK). Sungguhpun

paling ramainya dari AS, iaitu 43 orang tetapi bukan semuanya

berbahasa ibunda Inggeris malah ramai yang berupa pehijrah (dari

Eropah, Timur Tengah, India, dan Asia Timur) dan sekaligus yang

belajar sains dan matematik dalam bahasanya sendiri, sebahagian

besarnya hingga ke peringkat Doktor Falsafah. Statistik lengkapnya

daripada 43 orang itu penerima Hadiah Nobel dari AS itu sebenarnya

24 orang pehijrah: tujuh orang pehijrah dari Jerman (memang

semuanya berijazah Doktor Falsafah dalam bahasa Jerman dan banyak

berkarya dalam bahasa tersebut yang kemudaiannya diterjemah oleh

orang lain ke bahasa Inggeris); tiga orang dari China (seorang drpnya,

Chu yang beroleh Hadiah Nobel 1997, berhijrah ke AS ketika berumur

20 tahun dan tidak tahu berbahasa Inggeris, dan seorang lagi Tsui yang

beroleh Hadiah Nobel 1998 beroleh ijazah pertama dalam fizik di

Negeri China sebelum berhijrah ke AS); tiga orang pehijrah dari Rusia;

seorang dari Austria (tidak termasuk Einstein yang beroleh Hadiah

Nobel atas nama Austria) dan dua orang lagi dari Norway; dan seorang

dari Belanda, Denmark, India, Italia, Poland, Rumania, Sweden dan

Switzerland. Seorang pemenang dari India itu pun (tetapi Hadish atas

nama Amerika Syarikat), Chandrashekhar namanya, belajar SAMA di

Sekolah Hindu” di India yang bahsa pengantarnya dalam bahasa

Inggeris dan bahasa Tamil kerana pada masa itu sekolah tersebut

dalam peringkat peralihan dari aliran Tamil ke Inggeris; dan sesuai

dianggap sebagai kes terpencil. Pemenang yang kedua terbanyak ialah

dari Jerman, iaitu 24 orang diikuti oleh UK 20 orang (termasuk

seorang dari Pakistan yang belajar SAMA sekolah di Punjab (dalam

India, Pakistan belum wujud) yang bahasa pengantar berkemungkinan

dalam bahasa Inggeris atau Punjabi (dianggap kes terpencil sahaja),

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 197

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



dan seorang dari Hungary yang berijazah Doktor Falsafah dalam

bahasanya sendiri), Russia Sembilan orang, Perancis lapan orang,

Belanda tujuh orang, Itali lima orang, Sweden, Switzerland dan Jepun

4 orang, China dan Denmark tiga orang, Austria dua, India (namanya

Raman, pemenang Hadiah Nobel 1922, belajar SAMA di “Sekolah

Hindu” sama seperti anak saudaranya Chanderashekar, yang alirannya

tidak dapat dipastikan (Inggeris atau Tamil) tetapi beliau belajar

dengan seorang tutor yang mengajar dalam bahasa Tamil, dan isterinya

serang novelis Tamil yang Berjaya; dan kecintaan beliau kepada

bahasa dan bangsa Tamil amat mendalam sehingga beliau tidak mau

berhijrah ke Barat (yang menjanjikan lebih kejayaan dalam kerjayanya

sebagai ahli sains), dan Ireland masing-masingnya satu orang.

Pemilihan pemenang Hadiah Nobel memang terkenal memihak kepada

AS dan Yahudi, tetapi kerana kehebatan sarjana bukan Yahudi dan

bukan dari AS itu agak luar biasa, mereka tidak boleh diabaikan

sehingga munculnya statistik pemenang Hadiah itu. Daripada aspek

lainnya lagi, sarjana Amerika-Yahudi (yang bukan pehijrah) itu

dilahirkan di Amerika Syarikat dan bahasa ibundanya bukanlah bahasa

Yahudi lagi. Oleh itu, ia tidak boleh dijadikan bukti keayaan seseorang

dalam sains kerana belajar ilmu itu dalam bahasa asing.

Mulai 1931, ahli matematik Kanada bernama Field menaja

hadiah kepada ahli matematik yang berkarya besar dalam bidang

matematik tulen/murni yang diberi nama Pingat Field dan komuniti

ahli matematik dunia menganggap Pingat ini setara dengan Hadiah

Nobel itu. Hadiah ini dianugerah setiap empat tahun kepada tidak

lebih daripada 4 orang sarjana. Sehingga 2002 seramai 42 orang ahli

matematik seluruh dunia telah dianugerahi Pingat ini dan tidak kurang

daripada 24 orang daripadanya bukan berbahasa ibunda Inggeris dan

beroleh pendidikan matematik dalam bahasa ibunda sahaja (bukan

bahasa Inggeris), termasuklah 11 orang sarjana Perancis, lima orang

Rusia dan tiga orang Jepun. Kesemua 42 orang pemenang Pingat Field

ini belajar matematik dalam bahasa ibundanya, sekurang-kurangnya

sehingga peringkat ijazah pertama. Dalam tahun 2002 hanya dua orang

ahli matematik yang menerima Pingat ini dan mereka itu terdiri

daripada sarjana Perancis dan sarjana Rusia; tahun 1998 pemenangnya

dua orang sarjana Perancis, seorang Rusia dan seorang Amerika. Hal

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 198

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



ini membuktikan bahasa sendiri juga yang memajukan matematik

dunia. (Jadual 6.2).

Hart (1999), seorang ahli matematik AS) menyenaraikan 44

orang ahli sains dan teknologi yang dianggapnya paling berpengaruh

pada Barat Walaupun senarainya itu jelas pincang ke arah bangsanya,

Anglo-Saxon, dan tentunya ramai yang tidak bersetuju, namun yang

menariknya di sini adalah kesemua terdidik dalam bahasanya sendiri

kecuali empat orang, iaitu dua orang sarjana Inggeris, iaitu Roger

Bacon (terdidik dalam bahasa Arab dan Latin dalam abad ke-13), dan

Newton (terdidik dalam bahasa Latin dalam abad ke-17), dan dua

orang sarjana Eropah abad ke-16, Kopernigk/Copernicus dan Kepler

(bangsa Poland dan Jerman yang terdidik dalam bahasa Latin).

Perincian ahli sains pilihan Hart itu terdiri daripada seorang

China (T‟sai Lun sebagai pencipta kertas), seorang Rusia (Mendel

dengan teori genetik), seorang Poland (Kopernigk dengan model alam

berpusatkan syamsi), seorang Belanda (Leeuwenhoek), tiga orang

sarjana Yunani (Aristoteles, Euklid dan Plato), lima orang Perancis

(Darguerre, Descartes, Euler, Lavoisier dan Pasteur), enam orang Itali

(Aquinas, Galileo, Fermi, Michelangelo, Marconi, dan Pincus), tujuh

orang Jerman (Gutenberg, Einstein, Kepler, Otto, Planck Roentgen dan

Heisenberg), dan 19 orang Anglo-Saxon U.K-AS. (Roger Bacon,

Babbage, Bell, Dalton, Darwin, Edison, Faraday, Flemming, Ford,

Harvey, Jenner, Lister, Maxwell, Morton, Newton, Olliver & Wright,

Rutherford, dan Watt). (Jadual 5,1).

Satu lagi bukti empiris yang menunjukkan bahasa-bahasa jiwa

sesuatu bangsa yang berdaya karya yang tinggi yang dapat dilihat

dalam kajian Barat terhadap karya agung sains. Mereka mendapati

karya agung sains mengikut kaca mata penilaiannya majority berupa

karya yang asalnya bukan dalam Bahasa Inggeris.

Sekumpulan sarjana Barat (Anglo-Saxon) yang diketuai oleh

Adler telah menyenaraikan karya (buku) agung dunia (Barat) pertama

kalinya pada 1993 dan suntingan keduanya 1997 (Lihat Internet

dengan manaip “Adler‟s Great Books”). Karya mereka ini memanglah

kontroversi dan pincang kepada karya bangsa Anglo-Saxon, tetapi

amat relevan dengan perkara yang dibincang di sini. Mereka

menyenaraikan Bible dan al-Quran sebagai buku/kitab agung, di

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 199

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



samping karya yang ditulis oleh lebih daripada 120 orang pengarang

(cendekiawan/sarjana) agung antaranya termasuklah 33 orang ahli

sains. (Jadual 5.2)

Daripada 33 orang ahli sains yang dikatakan menghasilkan karya

agung dunia itu hanya hanya lima orang sahaja ahli sains yang

karyanya ditulis bukan dalam bahasa ibunda, iaitu Huygens (bangsa

Belanda abad ke-17 menulis dalam Latin), Kepler (bangsa Jerman

abad ke-16 menulis dalam Latin), Kopernigk/Copernicus (bangsa

Poland abad ke-16 menulis dalam Latin), Leibnitz (bangsa Jerman

abad ke-17 menulis dalam Perancis), dan Newton (bangsa Inggeris

abad ke-17 menulis dalam Latin). Hal ini menunjukkan karya agung

dalam sains biasanya dalam bahsa sendiri atau bahasa jiwa seorang ahli

sains itu.

Senarai penuh ahli sains yang dianggap oleh kumpulan yang

diketuai oleh Adler (1997) sebagai karyawan agung itu diperincikan

dalam Jadual 5.2, ialah Sembilan ahli sains Anglo-Saxon (Darwin,

Eddington, Faraday, FitzGerald, Hamilton, Hardy, Newton, Russell

dan Whitehead), lapan orang ahli sains Perancis (Bergson, Descartes,

Fourier, Kant, Leibnitz, Pascal, Poincare dan Proust), enam orang ahli

sains Yunani (Ptolemeus/Batlamiyus/Ptolemy, Appollonius,

Arkhimedes/ Archimedes, Aristoteles/ Aristotle,

Euklid/Euclid/Eukledes dan Plato/Aflatun), lima orang ahli sains

Jerman (Kepler, Planck, Schroedinger, Veblen, dan Wittgenstein),

seorang Poland (Kopernigk/Copernicus), seorang ahli sains Syiria-

Jordan abad ke-2 M yang nama Latinnya Nicomachus, seorang ahli

sains Denmark (Bohr), seorang ahli sains Austria-Jerman (Einstein),

dan seorang ahli sains Belanda (Huygens). Perhatikanlah bagaimana,

selain daripada Inggeris, bahasa Yunani, Syiria, Latin, Perancis,

Jerman, Denmark, dan Belanda mampu melahirkan sains yang hebat

menerusi karya agung berdasarkan kekuatan bahasa jiwa. Semua karya

agung ini telah diterjemah dalam bahasa Inggeris dalam usaha

pemeribumian ilmu oleh bangsa Anglo-Saxon itu (Jadual 5.2).

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 200

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Tahap Indeks Kemajuan Bangsa yang diidami

Berlaku di Negara-negara yang Pendidikan SAMA

dalam Bahasa Jiwa Bangsa

Indeks kemajuan bangsa yang ditonjolkan ialah pendapatan per kapita,

pertumbuhan ekonomi, taburan pendapatan (indeks Gini), keummian

(tahap membaca), tahap kesihatan rakyat (termasuk nisbah bilangan

doktor , kejangkaan hidup dewasa dan kematian bayi di bawah 5

tahun), tahap kemewahan rakyat (telefon, kereta dan sebagainya),

bilangan pelajar di universiti dan peratusan aliran sainsnya, bilangan

ahli sains, peruntukan penyelidikan dan pembangunan, dan daya

pengeluaran sarjana (penerbitan makalah, buku dan reka cipta), mutu

ahli sains, dan tahap reka cipta dan pembuatan asli negara. Indeks

terbaru, iaitu tahap kebebasan tajaan Sen (1999) juga dibincangkan.

Indeks-indeks ini dipaparkan dengan memfokuskan kepada

hubungannya dengan dasar pendidikan sesebuah negara. Alasan beliau

ialah semua indeks ini bergantung pada pendidikan dan ilmu sehingga

kini dikatakan zaman ekonomi-i (ekonomi berasaskan ilmu, walaupun

istilah popularnya, k-ekonomi, yang penulis anggap istilah yang salah).

Kebanyakan negara dunia ketiga memang telah pun memilih

bahasa asingnya (Inggeris, atau bahasa-bahasa penjajahnya yang

tersendiri seperti Perancis, Portugis, Sepanyol dan sebagainya) sejak

negara-negara ini merdeka lagi. Sebahagian besarnya di sekitar tahun

1950-60-an, dan hanya segelintir daripadanya memilih bahasa jiwa

bangsa sebagai bahasa pendidikan sainsnya, umpamanya bagi

Malaysia sehingga 2003. Kajian indeks pembangunan di negara-negara

inilah yang menarik perhatian penulis.

Abdullah Hassan (1996) telah menonjolkan laporan Bank Dunia

1993 tentang perkembangan ekonomi Asia-Pasifik yang menunjukkan

Filipina (negara yang tidak menjadikan bahasa jiwa bangsanya dalam

pendidikan sains dan matematik bangsanya) berada ditahap yang yang

paling lembap kadar pertumbuhan pengeluaran per kapita bangsanya,

dan pertumbuhan ekonomi negara-negara di Asia-Pasifik yang

berbahasa jiwa bangsa dalam pendidikan sains dan matematik anak

bangsanya adalah paling tinggi kadarnya. Berdasarkan statistik Bank

Dunia dan United Nations Development Programme (UNDP) tahun

1990-an, Abdul Rahman (2003) menonjolkan prestasi ekonomi Negara

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 201

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Industri Baru (NIB) Generasi Pertama (NIB terdiri daripada Taiwan,

Korea Selatan, Hongkong dan Singapura) yang pernah mendapat

jolokan “Harimau Berkepala Naga” dan NIB Generasi Kedua

(Malaysia, Thailand dan Indonesia yang tidak pernah mendapat

sebarang nama jolokan) adalah paling tinggi dalam tempoh 1965-1990

berbanding dengan negara-negara lain dalam tempoh yang sama, iaitu

purata 6% setahun bagi NIB, 2.4% bagi negara Asia Timur lain dan

Organisasi Pembangunan Ekonomi dan Budaya (OPBEB), 1.9% Asia

Selatan, 1.8% bagi Negara-negara Timur Tengah dan Mediterranean,

Amerika Latin dan Kepulauan Caribbean, 0.3% bagi negara-negara

Afrika Sub-Sahara. Ekonomi NIB tumbuh dua kali ganda lebih pesat

daripada ekonomi kelompok negara lain di rantau yang sama kecuali

China; tiga kali ganda lebih pesat daripada ekonomi Amerika Latin dan

Asia Selatan, dan 25 kali ganda lebih pesat daripada ekonomi Afrika

Sub-Sahara. Sejak beberapa tahun ini pula negara Cina menunjukkan

pertumbuhan ekonomi yang mengagumkan dunia iaitu antara 8-10%

setahun yang mungkin layak digelar NIB Generasi Ketiga. Semua

berupa indeks kemajuan yang ada hubungan dengan bahasa pengantar

pendidikan sains dan matematik.

Dari segi pengagihan pendapatan, pengurangan kadar

kemiskinan, dan peningkatan jangka hayat. Abdul Rahman (2003)

juga menonjolkan data-data yang dipetik daripada laporan Bank Dunia

1993 seperti berikut. Negara yang menjadikan bahasa jiwa bangsa

sendiri sebagai bahasa pembangunan pendidikan anak bangsanya

mencatatkan kadar keuumian yang rendah, pengagihan pendapatan

yang lebih rata (adil), pengurangan kemiskinan yang lebih pesat dan

peningkatan jangkaan hayat yang lebih tinggi. Keadaan ini masih

berlaku apabila didasarkan pada statistik yang terbaru dari Bank Dunia

dan UNDP 2000-2003, walaupun indeks prestasi berkenaan itu lebih

rendah akibat kemelsetan ekonomi 1997-1998 itu. Malah mengikut

laporan UNDP 2004 kawasan Asia Timur dan Pasifik (yang

merangkumi NIB dan China) berupa rantau yang paling pesat

pertumbuhan ekonominya di negara membangun dengan kadar KDNK

5.8%, di samping kadar penurunan kemiskinan yang terpantas di dunia,

dan rantau yang menjuarai eksport barang buatan berteknologi tinggi

(32% ). Sedangkan, Asia Selatan (India) dan Afrika Sub-Sahara (tidak

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 202

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



termasuk Afrika Utara), kedua-duanya terkenal dengan dasar

pendidikan dalam bahasa asing bangsanya, mencatatkan juga kadar

celik celik huru golongan muda (62% dan 70%), kejangkaan hayat

yang terendah (63 tahun dan 46 tahun), pengeksportan barang buatan

berteknologi tinggi yang rendah (4% sahaja), dan kadar kematian bayi

yang tertinggi (95 dan 174 orang per seribu orang bayi) dalam

kalangan negara-negara membangun. (Jadual 7.1 dan 7.2). Menarik

juga diperhatikan aras kemiskinan dan taburan pendapatan rakyat di

negara-negara membangun yang dasar pendidikannya membelakangi

bahasa jiwa rakyat paling banyak.. Kebanyakan negara-negara ini

tinggi aras kemiskinan dan faktor Gini kurang daripada 50 (maksimum

faktor ini ialah 100 dan terendahnya 0). Perbandingan China dengan

India dan Filipina dengan Indonesia atau Thailand begitu agak kontras

sifatnya.

Mengikut teori Sen (1999), indeks pembangunan bangsa ialah

kebebasan politik yang diertikan sebagai kemudahan ekonomi,

kebebasan sosial yang disekutukan dengan peluang sosial, kebebasan

berkira-bicara yang dihuraikannya sebagai jaminan ketelusan, dan

kebebasan malapetaka yang diertikan sebagai keledar perlindungan.

Beliau banyak menurunkan isu ini kepada isu pendidikan dan secara

tidak langsung isu ini membawa kepada akses/jangkauan rakyat

kepada pendidikan. Data-data yang ditunjukkan menyokong teori yang

dipaparkan, iaitu sistem pendidikan yang tidak menyisih bahasa jiwa

bangsa berkenaan yang menjamin tingginya indeks-indeks ini.

Umpamanya, beliau memberi contoh sebab pelaksanaan dasar ekonomi

terbuka, dan peningkatan kejangkaan usia di China lebih berjaya

daripada di India ; pengembangan ekonomi yang luar biasa di

Thailand berbanding dengan negara dunia ketiga yang lain yang tidak

menjadikan bahasa jiwanya sebagai bahasa pembangunan; setiap

satunya dikaitkannya dengan pendidikan yang meluas khususnya

dalam kecelikan angka, dan celik huruf amnya.

Sejarah Tamadun Melayu dan Keperluan

Kesinambungan

Sejarah Tamadun Melayu di sini dipetik dari tulisan penulis iniyang

terdahulu (Shaharir 2000, 2003c). Secara generiknya, bangsa Melayu

ialah pribumi Tenggara Asia ini yang sejak pertengahan abad ke-19M

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 203

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



(sekurang-kurangnya tahun 1840-an) dikenali sebagai Kepulauan

Melayu, terjemahan “the Malay Archipelego” yang dipopularkan oleh

seorang ahli kejadiaan tabii Inggeris, Alfred Wallace menerusi

bukunya yang diulang cetak puluhan kali (ada ulangan cetak 2005);

ada tidakkurang daripada 15 suntingan dan setiap suntingan itu ada

pula bebebrapa ulangan cetak oleh tidak kurang daripada Sembilan

penerbit besar dan terbitan percuma di Internet oleh EleccBook

Classics 2005) sejak terbitan pertamanya 1869 dengan judul “The

Malay Archipelego: The Land of Orang-Utan and the Bird of

Paradise: A Narative of Travel, with Studies of Man and Nature”.

Kemasyhuran Kepulauan Melayu bukan sahaja kerana biokepelbagaian

yang dibuktikan oleh Wallace itu, dan rempah yang digembar-

gemburkan oleh ahli sejarah Eropah itu, mengatasi tujuan sebenar

kerana kewujudan tamadun rumpun Melayu yang keislamannya yang

dianggap hebat berbanding dengan tamadun Islam di Sepanyol Oleh

itu, perlu dihapuskan; dan setelah mereka (terutamanya Portugis,

Sepanyol, Belanda, Perancis dan Inggeris tetapi tidak ketinggalan

Siam/Thailand dan Vietnam) datang mereka mendapati bangsa

rumpunMelayu ini kaya pula dengan ilmu lisan (ilmu tasit dalam

perkapalan, perumahan, persenjataan dan lain-lain) dan ilmu tulisan

(ribuan manuskrip Melayu Jawi dan ratusan prasasti rumpun Melayu).

Bahasa Melayu yang telah pun menjadi bahasa utama Asia (kerana

Buddha) dan Timur Tengah (kerana Islam), segera menjadi bahasa

yang amat disanjungi di Eropah mulai abad ke-16M bagi keperluan

ilmu, perniagaan dan diplomasi di Kepualauan Melayu.

Sebelum nama Kepulauan Melayu (the Malay Archipelego) itu,

kawsan ini dikenali dalam susastera Hindia sebagai

Suvarnabhumi/Swarnabumi atau b(h)umi diganti dengan dvipa

(tercatat dalam Janata; al-Biruni menjadikannya Arab sebagai

Swarandhib; sekarang nama lapangan terbang Thailand) dan

Yavadvip/Javadvipa (dalam Ramayana karya Valmiki sekitar 1000SM

yang diterjemahkan kepada bahasa Jawa Kuno sekitar 1000M dan

dalam bahasa Melayu Jawi “Hikayat Sri Rama” sekitar abad ke-18M)

yang bermaksud Bumi Emas dan Pepulau Emas dan Perak. Yavadvipa

itu dalam catatan China dahulu ialah Ye Diao yang wujud sejak 65SM,

dan setengahnya Kin-lin. Satu lagi nama kawasan ini oleh orang

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 204

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Hindia ialah Dvipantara (Susastera Hindia dalam abad ke-4M dank e-

5M) yang diterjemahkan sebagai Nusantara pada zaman Majapahit

(dengan perubahan maknanya: tidak termasuk Pulau Jawa) tetapi

dipopularkan semula pada tahun 1920 oleh para pejuang kebebasan

kawasan ini daripada penajah Eropah dengan makna yang sama

dengan Dvipantara itu. Selain daqripada Nusantara, nama Nusa

Kencana atau Nosa Koncana (kedua-duanya perkataan Sanskrit yang

sudah menjadi perkataan Melayu dengan nusa – tanah air, kencana –

emas) juga dipakai oleh sarjana-sarjana tempatan sebelum nama

kerajaan besar rumpun Melayu di Asia Tenggara ini muncul seperti

Langkasuka dan Sriwiaya itu. Nama Nusa Kencana sama makna

dengan Suvarnabhumi, walaupun nama ini berpusat pada kawasan

yang kini dikenali sebagai Semenanjung Malaysia dan Selatan

Thailand kerana pada zaman itu (sebelum abad ke-8M) di situ pusat

Tamadun Asia Tenggara ini iaitu Langkasuka.

Sebelum nama the Malay Archipelego orang Eropah juga

merujuk kawasan ini degan pelbagai nama lain. Nama terawalnya oleh

sarjana Yunani: sejak abad 1M merujuk kawasan Nusa Kencana itu

sebagai Chry Insula; abad ke-2M, Chry Cheresonese/Chryse

Chersonesos oleh Batlamiyus/Ptolameus/Ptolemy; dilatinkan pada

abad ke-12M sebagai Aurium Chorsenesis dan diinggeriskan

sebagaiGolden Khersonene/Korsenes/Chorsenes hingga abad ke-15M

(ditukar kepada Malaccae). Semua ini boleh dianggap terjemahan

Nusa Kencana atau nama oleh Hindu itu (Ahmad „Umar 2002). Pada

tahun 1906, kawasan daripadaMadagaskar hingga Fiji (merangkumi

sebahagian besar alam Melayu, digelar oleh P.W.Schmidt sebagai

Austronesia, tetapi nama ini kekal hingga kini sebagai satu rumpun

bahasa dalam linguistiksahaja yang mempunyai hubungan rapat

dengan rumpun bahasa Polynesia yang dianggotai oleh bahasa Melayu

itu.

Nama kawasan Asia Tenggara yang lain oleh orang-orang

Eropah sejak abad ke-19 ialah Indian Archipelego (Kepulauan Hindia)

oleh John Crawford, sarjana Inggeris dalam tahun 1820, sebagai

terjemahan-tafsirannya kepada Dvipantara itu dalam buku sejarahnya

“History of the Indian Archipelego”, Asiatic Archipelego, Eastern

Archipelego, East Indies, Insulinde (daripada Belanda: inseln yang

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 205

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



bermaksud “pepulau” dan Indie daripada Hindia/Indus/India itu), dan

Indo-Australian Archipelego. Nama East Indies atau versi Melayunya

Hindia Timur paling terkenal dalam kalangan ahli sejarah dan politik

Asia Tenggara kerana adanya nama syaraikat perniagaan Belanda dan

Inggeris, Dutch East Indies (Hindia Timur Belanda) dan British East

Indies (Hindia Timur British), yang cukup berpengaruh sehingga

syarikat ini muflis pada akhir abad ke-19 dan diambilalih oleh kerajaan

Belanda dan Inggeris dn sekaligus terus menjajah kawasan yang

sekarang ini dikenali sebaga Indonesia dan Malaysia. Nama Indonesia

(ejaan lebih awal Indunesia) dan Malaysia serta Melayunesia itu

sendiri sebenarnya diperkenalkan oleh sarjana Eropah juga bagi

merujuk kawasanAsia Tenggara ini: Indunesia dan Malayunesia

diperkenalkan oleh ahli etnografi Inggeris, George Earl pada tahun

1850. Ejaan Indonesia itu oleh ahli etnografi Inggeris James Logan an

dipopularkan oleh ahli etnografi Jerman, Bastion pada tahun 1884

sehingga memenangi hati nurani para pejuang kebebsan Hindia Timur

Belanda (Soekarno dan Muhammad Hatta) untuk menjadi nama

Negara bangsa idamannay, Indonesia kini mulai tahun 1945, walaupun

maknanya sudah disempitkan wilayahnya. Nama-nama lain bagi

kawasan Asia Tenggara ini ialah Malaysian Archipelego (Kepulauan

Malaysia) iaitu terjemahan Inggeris kepaa Oceania et Malasia (awal

kurun ke-19M) oleh ahli-ahli sains Perancis). Malaysia diperkenalkan

pada tahun 1929 oleh sarjana etnografi dalsm makalah “ A Sacred

Mountains: Exploration of Mount Kinabalu” dalam The British North

Borneo Herald July 1,929:125 terbitan Singapore Free Press (tetapi

“Malaysia” sebagai sebuah Negara Asia Tenggara ini pertama kali

disyorkan oleh Pengarah “The North Borneo Chartered Company”,

Lord Brassey 1887, bagi menyatukan semua jajahan takluk Inggeris di

Asia Tenggara: Sabah, Sarawak, Brunei, Malaya dan Singapura)

walaupun Malaysia sebagai kawasan geografi yang lebih luas yang

ditakrifkan oleh ahli etnografi sebelum itu dipakai hingga 1940-an

(dalam akhbar The Straits Times 13 September 1945, di Singapura

yang melaporkan penyerahan “Malaysia” (yang merujuk kawasan yang

meliputi Malaya dan Hindia Timur Belanda) oleh Jepun kepada tentera

Inggeris dan sekutunya. Demikian sepintas lalu bagaimana bangsa

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 206

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Eropah, dan bangsa-bangsa terawal meminati alam Melayu ini kerana

keistimewaannya.

Tamadun Melayu mulai wujud sekitar abad ke-2M, silih berganti

pusatnya walaupun terdapat yang wujud serentak. Pusat pertamanya

dikenali, mengikut catatan China, sebagai Funan di Kemboja dengan

jajahan takluknya menjangkau Thailand dan Semenanjung Malaysia.

Kerajaan ini kukuh sehingga abd ke-6M dan disambung oleh seorang

putera raja Funan yang memberontak dan bergabung dengan keraaan

kecil Mon-Khmer (di bawah Funan) bagi menubuhkan kerajaan baru

yang diberi nama Chenla dengan tekad untuk menghilangkan

pengaruh kebudayaan Funan yang kini dianggap dengan rasminya oleh

kerajaan Kemboja sebagai erajaan Purba Khmer yang dinastinya

mewujudkan nama Kemvujadesa dan seterusnya kerajaan Angkor

(yang terkenal dengan tinggalan Wat Angkor itu). Hampir serentak

dengan kerajaan Funan itu wujud sebuah lagi kersjaan Melayu Purba

yang berpusat di Vietnam iitu kerajaan Campa; dan kerajaan ini wujud

hingga abd ke-15 walaupun saki baki wujud hingga sekarang dan

menuntu kuasa autonomi disebah kawasan pergunungan di Vietnam

yang pernah diiktiraf Perancis dahulu. Kesamaan daerah dan

keserentakan masa mewujudkan kerajaan Funan, Mon (Pendduk asal

Indo-China), Chenla, Angkor, dan Campa di Indo-China menyebabkan

sukar mmbezakan hasil karya ilmu dan teknologi zaman sebelum abad

ke-15M.

Ramai orang Melayu kini tidak mengetahui bahawa Tamadun

Melayu sebelum Islam memang kaya dengan ilmu termasuk ilmu sains

dan teknologi, sebahagianbesarnya kerana baru diketahui (yang

dipersembahkan semula oleh Muhammad Alinor, 2004, 2005).

Umpamanya tamadun ini mempunyai system angka perpuluhan (sejak

abad ke-6M), besar kemungkinan tertua di dunia (Shaharir, 2000),

system penombiran angka besar yang mendahului bahasa bangsa

Eropah (Shaharir, 2004a), dan system sukatan yang komprehensif

sejak zaman kerajaan Campa abad ke-5M (Maespero, 2002), ilmu

kepemiminan dan kepengurusan yang trertua di Asia, menerusi konsep

cakravantin di prasasti Campa bertarikh abad ke-10 (Shaharir , 2005a)

dan menjadi pusat pengajian agama Buddha dan pakar rujuk dunia

Asia dalam pelbagai bidang (Shaharir, 2000, 2003a; Muhammad

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 207

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Alinor, 2004, 2005). Apabila Islam didukung oleh orang Melayu,

tamadun Melonjak dan meneruskan peranan sebagai pusat

pengembangan ilmu dan agama di Asia dengan menggantikan Buddha

dengan Iaslam sehingga tamadun Melayu Islam meninggalkan banyak

manuskrip (berbahasa Melayu) di dunia dalam pelbagai bidang ilmu

warisan Tamadun Islam dan asli Melayu sekitar abad ke-16M hingga

ke 20M (Shaharir, 2003b) yang sebahagian besarnya menunggu dikaji

kandungannya. Sehingga kini status sains dan teknologi tamadun

Melayu dapat dibayangkan menerusi ringkasan di bawah ini.





Sains Melayu Zaman PraIslam

Tamadun Funan membahagikan ilmu mereka kepada delapan bidang

kepustakaannya: Slapat (agama,sasteram sains dan puisi), Gran

(perubatan), Prakuih (astrologi, tatabahasa, sejarah, Vedas,

Abhidhamma, pertukangan, perikanan, penjinakan gajah, dan lain-

lain), Traai (keagamaan yang mengandungi unsur sains bidang

falsafah dan mantik/lojik/nyaya), Dvak/Grak (puisi dan doa), Likh

(puisi yang tidak berbentuk doa), Kativat (sejarah), dan Skemi (yang

bertindan dengan Kativat). Satu daripada tinggalan ilmu mereka (pada

batu bersurat bertarikh 531 Syaka, tahun Melayu Purba yang bermula

pada tahun 78M) yang terkenal ialah sistem angka perpuluhan yang

ada simbol sifar (yang sama sistem seperti angka sekarang) dan telah

diiktiraf dunia (walaupun belum meluas) sebagai karya angka

perpuluhan yang tertua di dunia (lebih tua daripada sistem perpuluhan

Hindia atau Muslim, yang biasa dianggap “tertua” itu). Dalam bidang

keagamaan (Buddha), pada pada pertengahan abad ke-6M terdapat

ratusan buah kitab Buddha yang sebahagian berupa terjemahan sarana

Melayu Funan ke dalam bahasa Meelayu Funan; malah 240 buah

daripadanya pernah dihadiahkan kepada kerajaan China atas

permintaan maharaja China untuk diterjemah oleh sarjana China pula.

Unsur sains yang ada dalam kitab-kitabagama ini ialah falsafah

(termasuk falsafah ilmu) dan mantik/lojik terutamanya dalam bidang

falsafah ( satu daripada mazhab falsafah Buddha) yang terkenal

sebagai nyaya. Ini menunjukkan dalam bidang falsafah ilmu dan

mantic (yang sentiasa bersekali dengan agama hingga Barat Berjaya

mengubahnya menjadi sains moden yang menyisih agama) tamadun

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 208

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Melayu lebih maju daripada China dan malah pada abad ke-7M

mengatasi Hindia (sumber asal agama Buddha) sekalipun. Satu

daripada bukti banyak dan keprihatinan Melayu Funan terhadap ilmu

dan mutu dapat disimpulakn menerusi ada jawatan pustakarakshaka

(Ketua Pustakawan Negara) dan Gunadosaparikshaka (Inspektor Mutu

dan Cact Negara) yang dikenali unsure-unsur perkataan Melayu kinji

dalam istilah itu.

Sebelum abad ke-8M, Melayu Campa ada mencatakan di

prasastinya tentang kemahiran mereka dalam pelbagai bidang ilmu

dengan engelaskan ilmu yang ada pada mereka itu kepada enam bidang

ilmu termasuk bidang sains yang diistilahkan sebagai horasastera

(astronomi, astrologi, kosmologi dan yang berhubung dengan seperti

matematik dan fizik), bidang falsafah Buddha (termasuk falsafah ilmu

dan mantik), catursasti kalvidya (ilmu tentang 64 kala) yang

mengandungi satu daripada cabang falsafah sains, iaitu ontologi.

Dalam bidang sains pengurusan dan sains politik(yang mungkin

termasuk dalam satu daripada enam pengelasan ilmu itu yang dinamai

dharmasastra), tamadun Campa ini pasti mendahului tamadun lain di

dunia apabila sarjana membicarakan 32 nilai yang perlu bagi seseorang

“pemimpin sejagat”, atau istilah asalnya cakravantin yang masih boleh

dikenali perkataan Melayu kini iaitu cakra dan vantin (versi sekarang

batin dalam ungkapan “Tok Batin” itu). Ilmu sebgini di Eropah baru

dibicarakan dalam kurun ke-16M sahaja, menerusi sarjana sarjana Itali

bernama Machiavelli yang sangat disanjung itu; manakala Inggeris

mula menghasilkan ilmu seperti ini hanaya dalam abad ke-18M.

Unit-unit sukatan asasi ciptaan orang-orang Melayu Campa

dahulu cukup komprehensif, bersistem dan piawai, iaitu unit

panjang/jarakdinamakan lid dan chang (kira-kira 10 kaki, unit

Inggeris-Melayu yang berasal dari Inggeris berasaskan panjang kaki

seorang raja England abad ke-16 dan kini hanya dipakai di Amerika

Syarikat; atau lira-kira tiga meter, unit antarabangsa sejak 1970-an

yang berasasl daripada Perancis abad ke-13M); unit sukatan banyaknya

beras dan sebagainya dinamakan jak; unit sukatan luas dinamakan

sinjol, makik, malau, dan satam; unit sukatan berat am dalam unit tael

(ejaan Melayu kini ialah “tahil”, dan dipakai hingga kini walaupun

sudah semakin tidak dikenali kerana penggunaan sistem metrik, gm

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 209

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



dan kg itu, sejak tahun 1970-an dahulu), thil atau tei untuk emas dan

logam-logam yang berharga yang lain (yang juga masih dipakai

sekurang-kurangnya di Malaysia ini dengan ejaan “tahil” juga; pada

ZamanKesultanan Melaka abad ke-15M dahulu unitnya 1 tahil = 16

mas), kasa untuk benda lain, dan unit-unit berat yang lebih tinggi lagi:

dram=12 thil; pala=4 karsa, tula=100 pala dan bhara=20 tula (ejaan

Melayu sekarang “bahara” yang dirumikan daripada tuisan Jawi

dahulu; dan pada Zaman Kesultanan Melaka dahulu unit “bahara”

juga digunakan untuk menyukat rempah-ratus). Yang menariknya

Inggeris mengambol istilah dram atau dramma (Sanskrit) menjadi satu

daripada istilah unit isipadunya, drum, ribuan tahun kemudian. Unit-

unit lain yang belum diketahui kuantitinya mengikut sukatan moden

ialah panda, kattika dan pana.

Melayu zaman kerajaan Sriwijaya melahirkan ratusan

terjemahan kitab agung Buddha dalam bahasa Melayu. Srajana China

I-Ching pada masa itu mengatakan kumpulan buku agama di Sriwijaya

dalam bahasa Melayu itu mngatasi bilangan dan mutunya draipada

yang ada di Hindia sehingga beliau tidak lagi memperaku bakal sarjana

China pada zamannya belajar di Hindia. Beliau sendiri berada di

Sriwijaya selama tujuh tahun untuk mengumpul dan menyalin ratusan

buku dalam bahasa Kun-lun untuk di bawa pulang ke China. Malah

catatan sejarah Hindia purba juga mencatatkan ada sarjana Buddha

Hindia yang datang belajar dengan sarjana Melayu Sriwiaya sejak

abad ke-7M. Dalam buku-buku agama ini terdapat falsafah ilmu dan

mantik/lojik yang tinggi mengatasi tamadun lain di dunia pada masa

itu. Sumbangan sains lain daripada tamadun ini ialah pembaikan sistem

perpuluhan warisan Melayu Funan dan Campa itu dengan

memperkenalkan unit-unit bilangan yang lengkap mendahului tamadun

lain, khususnya tamadun Eropah.

Dalam tamadun Melayu juga wujud imbuhan unit bilangan yang

berikut (sekurang-kurangnya sebahagiannya sudah ada dalam abad ke-

7M lagi dan lengkap sepenuhnya tidak lebih baharu daripada abad ke-

19): eka- (contoh: ekadasa –11 , ekabhasa /ekabahasa – satu bahasa),

dvi-/dwi-/bhi-/bi- (dvimatra. Dwinmatra – dua dimensi, bhneka – dua

aneka, bilion – 10 9 ), tri- (contoh: tribuana – tiga alam nyata, trilion –

1012 ), catur/kater- (contoh: katerlion -- 1015 ) , panca-/sanki- (contoh:

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 210

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



sankilion -- 1018 ) dan pancaindera – lima deria), sisi- (sisilion – 10 21 ),

siti-/sita-/septa- (contoh: septami – minggu ketujuh, sitilion – 10 24 ),

witi-/asta- (contoh: astadasa -- 18, witilion – 10 27 ), nuka-/nuki-

(contoh: nukalion – 10 30 ), wisyi-/dasa- (contoh: wisyilion – 10 33 ),

dwidasa-/patanga-, polok/pulu/puluh, ratus, rivu/riwu/ribu, laksa (10

ribu), keti (100 ribu), dan ayuta/juta (pencatat Sepanyol bersama

pengembaranya terkenal, Magellan, awal abad ke-16M mencatat

perkataan Melayu ini sebagai “iouta”). Di barat Inggeris, sebahagian

daripada unit yang setara dengan unit Melayu di atas itu wujud hanya

mulai abad ke-13M sahaja dan sebahagian lagi dicipta dalam abad

selepasnya hingga ada yang baru dicipta pada abad ke-20M ini sahaja,

dan itu pun tiada unit yang sepadan dengan “keti” itu. Walaupun

banyak istilah Melayu purba itu berasal daripada Sanskrit tetapi

banyak yang berbeza maknanya, dan ada yang tiada dalam Sanskrit,

yang menunjukkan semua istilah itu adalah ciptaan sarjana Melayu

tulen. .

Ketinggian sains dan teknologi Melayu diakui dunia menerusi

candi Buddha zaman kerajaan Funan dan Campa (sebelum abad ke-

8M). Candi Borobudur fi Yogyakarta (binaan abad ke-8M zaman

Melayu Sriwijaya-Sailendra) yang diakui sebagai satu daripada benda

ajaib di dunia; malah Angkor Wat di Kemboja yang dibina pada abad

ke-12M (dianggap satu daripada benda ajaib di dunia) adalah warisan

empayar Melayu Funan. Kehebatan teknologi perkapalan Melayu

dapat disaksikan pada pujian sejarawan China yang memuji kehebatan

jong Melayu, bahtera Malam Berahi yang digambarkan dalam buku

Sejarah Melayu (sebuah karya agung Melayu karya Tun Sri Lanang,

1612). Gambar bahtera Melayu di dinding candi Borobudur itu yang

sebenarnya lebih hebat daripada kapal Alfonso De Albuqarque. Ada

catatn China sejak abad ke-9Myang menunjukkan maharaja China

mengundang tukang para arkitek dan jurutera Melayu Sriwijaya

membina atau membaiki candid an kuil di negeri China. Pada abad ke-

13 terdapat pegawai kastam China yang menulis tentang kehebatan

pentadbiran dan teknologi di pelabuhan kerajaan Sriwijaya.

Tamadun rumpun Melayu-Hindu, seperti kerajaan Majapahit

atau Mataram (Jawa Tengah) dan kerajaan Airlangga (Iawa Timur),

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 211

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



meninggalkan pelbagai ilmu seperti karya agung, Hayam Wuruk dan

Perdana Menteri agungnya Pateh Gajah Mada, bernama Prapanca

dengan karyanya Nagarakritigma 1365. Satu daripada ilmu yang

terkenal dalam buku ini ialah bidang sains kepemimpinan dan

kepengurusan yang menyenaraikan 18 (astadasa) nilai pemimpin atau

pengurus yang unggul yang masih relevan dengan zaman ini dan

mendahului tamadun-tamadun moden ini.

Muhammad Alinor (2005b) mengumpul khazanah ilmu warisan

kerajaan jawa Purba (Hindu-Buddha) pada abad ke-10 hingga ke-15M,

iaitu kerajaan Sailendra, kerajaan Mataram, kerajaan Airlangga,

kerajaan Kadiri, kerajaan Singhasari dan kerajaan Majapahit. Sebanyak

26 buah karya diperoleh termasuk karya asli Prapanca dan yang tertua

(setakat ini) karya terjmahan kepada epik Hindu itu, Ramayana, sekitar

ahun 930M. Kandungan sebenar semua karya yang ditemui itu masih

perlu dikaji.





Sains Melayu-Islam

Manuskrip dan buku atau itab Melayu selepas kedatangan Islam ke

Alam Melayu pada abad ke-14M terkenal seluruh dunia. Karya-karya

tersebut di Malaysia, Indonesia dan Patani (Seatan Thailand) sahaj

menjangkau 4000 buah, dan rubuan yang lain masih berada di

perpustakaan di Eropah seperti Belanda, Perancis, Jerman, Rusia,

United Kingdom dan di Amerika Syarika. Yang kurang diketahui ilmu

daripada manuskrip ini ialah banyak manuskrip itu berkenaan dengan

ilmu SAKTI (sains, kesihatan, kejuruteraan dan teknologi), selain

daripada ilmu sakti biasa (ilmu sihir dan ajaib), sehingga istilah

manuskrip Melayu hamper sinonim dengan manuskrip bidang sastera

sahaja.

Manuskrip Melayu-Islam tertua yang dijumpai pada tahun 1590

berjudul Aqa„id al-Nasafi itu pun berupa terjemahan ilmu falsafah

sains yang tidak dapat difahami jika seseorang tidak mempunyai

pengetahuan fizik pada zaman tamadun Islam dahulu dan fizik itu

masih ada unsur yang diwarisi dalam fizik moden ini iaitu fizik atom.

Manuskrip bidang perubatan dan bioteknologi menjadi manuskrip

Melayu paling banyak tetapi bidang ini dikenali sebagai tib atau

mujarabat dan ahlinya tabib. Sebahagian besar masih belum dikaji

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 212

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



oleh ahli biokimia, bioteknologi, bioperubatan dan perubatan kita kini

dan oleh itu dalam konteks sains moden, ilmu yang ada dlam ribuan

manuskrip ini banyak yang bersifat hipotesis; dan sesuatu hipotesis

dalam sesuatu bidang ilmu sangat diperlukan dan mahal harganya

kerana semua sains bermula dengan hipotesis.

Satu lagi bidang kekuatan orang Melayu ialah bidang ilmu

mantik, kosmologi, astrologi atau ilmu nujum, kosmogeni, dan falak

atau astronomi. Karya yang tertua (dalam bentuk sebuah manuskrip

lengkap) yang dijumpai setakat ini ialah “Kitab Abi Ma „syar al-

Falaki” oleh Ahmad Abdul Qadir Ibni Abdul Rahman pada

1209H/1794M yang terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia, yang

berupa buku teremahan bidang astrologi/(ilmu nujum) Arab terkenal,

Abi Ma„syar. Manuskrip Melayu-Islam dalam ilmu falak (bukan

astrologi, tetapi tidak lengkap) ialah pada tahun 1761 di Perpustakaan

Bodlein UK dan bidang matematik , “Ilmu Hitungan” pada 1826 di

Leyden. Manuskrip ilmu falak yang lengkap dan tertua ini pada 1828,

karya Abdul Rahman Kelantan bin Muhammad Samar al-Battul.

Ratusan manuskrip astronomi/falak yang lain tiada nama pengarang

dan tahunnya.

Pengelasan seluruh manuskrip Melayu yang dilakukan oleh

penulis ini pasa 2003, yang bersifat sains atau yang terdapat hipotesis

sains ialah manuskrip Melayu oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan

di Sumatera sahaja (yang berjumlah 3 ribu buah manuskrip) sekali

imbas didapati bidang SAKTI yang jelas hanya 124 buah manuskrip

di Malaysia (sekitar 6%) iaitu sains hayat (36 buah termasuk pertanian,

asal kejadian manusia dan beberapa makhluk lain), astronomi (9 huah

ilmu falak, kosmogeni, kosmologi dan ilmu bintang), perubatan (70

buat tib dan mujarobat/mujarrabat), sains fizis (4 buah)dan teknologi

(5 buah persenjataan dan pertukangan), dan 11 buah manuskrip SAKTI

lagi di Sumatera (sekitar 1%). Tetapi unsur-unsur SAKTI juga sudah

terbukti ada dalam puluhan kitab atau ratusan manuskrip fara„id dan

ratusan lagi dalam manuskrip yang berjudul tasawuf (mengandungi

kosmologi, kosmogeni, sal-usul kejadian makhluk, epistemologi, dan

falsafah berbagai-bagai ilmu), dan dalam ratusan manuskrip berjudul

petua, azimat, firasat, himat, ramalan, ilmu nujum, dan

ketika/katika/kutika (kebanyakannya bersifat hipotesis sains);

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 213

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



manakala ilmu mantic atau lojik sering terdapat dalam puluhan

manuskrip tauhid, dan ilmu matematik pecahan pasti terdapat dalam

puluhan manuskrip fara„id . mengikut pengelasan Wan Mohd Soghir

pda tahun 2000, karya-karya sarjana di alam Melayu aman Islamnya

hingga awal abad ke-20 terdiri daripada bidang agama („aqidah ahl

Sunnah wal Jama „ah, fiqh mazghab Shafi „ . tashawuf dan thariqaht,

ilmu-ilmu Hadith, terjemahan dn tafsir al-Quran), bahasa (nahwu dan

sharaf, balaghah/retorika, puisi Meayu, bahasa Melayu), sejarah,

keterampilan (sains terutamanya kimia, kaji logam dan teknologi

daripadanya), politik (korban jihad fi sabillillah), pentashihana, hidab

dan falak, dan perubatan; dan beliau mencatatkan buku falak yang

terawal yang ada dalam simpanannnya ialah kerya Syeikh „Abbas

Kutukatrang, di Aceh 1849, “Siraj al-Zhalam”. Namun manuskrip

ilmu falak ini bukanlah yang tertua seperti yang dibuktikan oleh

manuskrip lain yang disebut sebelum ini.

Warisan sains Melayu sejak abad ke-2M itu mula disedari

kewujudannya dan dimasukkan dalam kurikulum pendidikan sains atau

wacana sains di Malaysia sejak 1990-an dahulu menenrusi gagasan

pemeribumian ilmu dan pengislaman ilmu. Tidak syak lagi satu

daripada pencetus pencungkilan warisan sains Melayu ini terbit

daripada kegiatan sains dan pendidikan sains dalam bahasa

Melayu.Jika ahasa Melayu tidak dikembalikan semula sebagai bahasa

pengantar ilmu sains di Malaysia mulai 1959 hingga 2003 mustahil

usaha pemelayuan sains ini berlaku. Pengisian memperibumikan dan

pengislaman sains ini jauh daripada selesai/ pendidikan sains dalam

bahasa Inggeris sudah dbuktikan di Malaysia semasa sains diajar

dalam bahasa Inggeris sejak Inggeris bertapak di Malaysia pada awal

abad ke-19 hingga than 1983, menjadikan para guru dan pensyarah

sains dalam tempoh itu begitu taasub kepada tulisan sains dalam

bahasa Inggeris sahaja dan oleh itu mengabaikan (terabailah) penulisan

dalam bahas Melayu dan tidak terpanggil mencungkil warisan sains

Melayu. Malah mereka menjadi rendah diri dan berjiwa hamba

Inggeris sahaja. Kini apabila bahasa Inggeris mula bertapak kembali

dengan menjaikan bahasa pengantar sains dan matematik sekolah

sepenuhnya mulai tahun 2002 dan pengajaran SAKTI di universiti

awam mulai tahun 2005, maka sejarah pasti akan berulang lagi:

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 214

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



kebudayaan Melayu semakin terabai dan khususnya sains Melayu akan

tesisih lagi dan seterusnya jiwa Melayu akan menuju kepada jiwa

perhambaan pemilikan ilmu seperti zaman penjajahan Inggeris dahulu,

malah kali ini akan lebih dahsyat kerana kuasa besar dunia kini (yang

sinonim dengan SAKTI) memang mencengkam hati nurani manusia

seluruh dunia menerusi sejagatisme yang sedang melanda dunia

kini.Bangsa-bangsa yang rata-rata masih lemah seperti Melayu

tentunya mudah sahaja menerima pandangan popular kini bahawa tiada

lagi kebudayaan lain, khususnya SAKTI Barat-Inggeris-Amerika

Syarikat. Manuskrip Melayu yang bernilai sains akan terus terbiar

tanpa sarjana sains Melayu yang mencapai taraf setegat (glokal) lagi.





Suatu Keinsafan dan Keperluan Taubat

Namun Tamadun Melayu ini tidak sehebat tamadun Islam dan

tamadun Eropah moden (selepas abad ke-17M) dalam pembangunan

ilmu kerana sejarah tamadun yang mencabar itu (mulai abad ke-2M),

belum ada bukti yang menunjukkan berlaku pemindahan ilmu sains

dari pelbagai tamadun asing (seperti tamadun Hindu, tamadun Islam,

dan tamadun Eropah) yang dilakukan secara terancang seperti yang

berlaku dalam tamadun-tamadun yang telah disebut di atas (seksyen 1).

Pemindahan ilmu ke dalam bahasa Melayu (dirujuk oleh China sebagai

bahasa Kun-lun pada sekitar abad ke-2 hingga ke-13M itu) pada zaman

dahulu hanya dilakukan oleh sarjana perseorangan sahaja dan banyak

di dalam bidang keagamaan sahaja seperti yang dihuraikan oleh

Shaharir (2005b) yang diketahui menerusi sumber India (Sastri, 1949

dan Chatterji, 1967 umpamanya) dan buku catatan I-Tsing (terjemahan

Takakusu, 1966) dari China yang menetap selama tujuh tahun di pusat

Sriwijaya di Palembang itu, di samping para pengkaji prasasti Melayu

(Maspero, 2002; Coedes & Damais, 1992; de Casparis 1975; Coedes,

1968 dan Chi, 1969), dan sarjana baru China, Liang Liji (1996).

Indonesia yang memulakan lebih awal daripada Malaysia untuk

meletakkan bahasa Melayu, bahasa yang paling dekat dengan jiwa

bangsa Indonesia, sebagai bahasa pembangunan juga tidak

mewujudkan institusi penterjemahan sehingga sekarang. Malaya

(Semenanjung Tanah Melayu setelah merdeka pada tahun 1957 yang

bertukar kepada Semenanjung Malaysia pada tahun 1963) memulakan

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 215

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



pemindahan ilmu ke dam bahasa jiwa bangsa, di Sultan Idris Teachers

Training College (kini Universiti Perguruan Sultan Idris) pada tahun

1952 menerusi penubuhan “Pejabat karang Mengarang” di bawah

Pedeta Za„ba. Tetapi pejabat ini terkubur dengan cepat apabila Za„ba

berpindah ke Universiti Malaya pada tahun 1959, tanpa peninggalan

sebarang karya terjemahan SAMA dari karya agung tamadun Inggeris.

Kemudian setelah bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar ilmu

sekolah menengah pada 1959, bermulalah era terjemahan buku

sekolah dengan insentifnya oleh DBP . Apabila Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) diwujudkan pada 1970, DBP dengan kerja sama

sarjana daripada UKM memulakan projek besar meterjemah atau

menerbitkan “karya asli” buku-buku sains peringkat universiti (yang

sedia ada atau yang baru ditubuhkan) menjadi pendidikan dalam

bahasa jiwa sebahagaian besar orang Malaysia, bahasa Melayu mulai

tahun 1983. Syor mewujudkan sebuah institusi terjemahan negara

berkumandang tetapi lambat dibangunkan. Hanya pada tahun 1995

barulah Instutut Terjemahan Negara diwujudkan, tetapi pada masa itu

kerajaan Malaysia telah mengubah dasar bahasanya pembangunan

bangsa untuk kembali kepada bahasa asing, bahasa Inggeris atas

berbagai-bagai alas dan yang dibahaskan di dalam makalah ini. Hingga

kini tiada sebuah buku SAMA universiti yang dihasilkan oleh institute

terjemahan ini.

Sementara itu Syarikat Renong pada tahun 1995 itu,

mewujudkan projek terjemahan buku peringkat universiti secar besar-

besaran dengan peruntukan jutaan ringgit setahun. Pada dua tahun

pertamanya, syarikat ini berjaya menerbitkan puluhan buah buku

daripada projek itu. Tetapi kejayaan ini tidak bertahan kerana dengan

kemelesetan ekonomi pada tahun 1997-1998 itu dan dasar bahasa

nasional (pembangunan) Malaysia jelas berubah.

Kini ramai yang berpendirian bahawa kewujudan kegiatan

penterjemahan sudah tidak relevan kerana pada tahun 2002 apabila

pendidikan SAMA srkolah dijalankan dalam bahasa Inggeris sahaja,

dan semua universiti menyusul menjadi pendidikan dalam bidang

“sains dan matematik” (iaitu lebih daripada 60% bidang yang

ditawarkan) dalam aliran Inggeris menjelang tahun 2005 ini.

Kebanyakan para “sarjana” dan “cendekiawan” Malaysian pada amnya

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 216

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



“senyap tipuh” dan menjadi “pokko” sahaja (dua ungkapan daripada

bahasa Kelantan yang membawa makna, senyap sunyi dan

mengangguk sahaja).

Satu daripada sebab mudahnya dasar bahasa di Malaysia berubah

atau diubah, ialah kegagalan penterjemahan, pengadaptasian,

penyaduran, atau “penulisan asli” buku sains dalam bahasa Melayu, di

samping tiada kinsafan kepada sejarah tamadun bangsa yang perlu

dipertahankan dan dimanjukan. Malaysia mememerlukan sebanyak

2000 buah buku teks klasik/piawai (yang boleh bertahan lama) bagi

pendidikan sains peringkat universiti, dan sebanyak 1600 buah buku

rujukan/teks baru setiap tahun. Bilangan ini kecil sahaja berbanding

dengan hakikat kemampuan penghasilan buku dalam bahasa Melayu

oleh sarjana di Malaysia, iaitu sebanyak 1000 buah setahun. Implikasi

kewangan juga kecil berbanding dengan kemampuan membiayaai

pembangunan Malaysia selama ini, iaitu sekitar hanya RM25juta

sahaja. Jika kerajaan benar-benar beriltizam membangun tamadun

Malaysia dalam acuannya sendiri, seperti yang ditintakan dalam

“Wawasan 2020” itu, peruntukan penerbitan buku ilmiah sebanyak

RM25 juta (dalam masa setahun) tidak menadi masalah langsung

kerana peruntukan penyelidikan negara dalam Rancangan Malaysia

Kelapan (RMK-8) sudah menjangkau RM200juta setahun dan dalam

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) diperuntukkan sebanyak

RM500juta. Selepas wujudnya 2000 buah buku asas ini, kerajaan boleh

mengurangkan peruntukan buku tahunan kepada kadar yang ebih

rendah.

Sudah tentu jika bahasa Inggeris menjadibahsa pengantar ilmu di

Malaysia, pengeluaran buku ilmiah (dalam bahasa Inggeris dan bahasa

Melayu) akan mrosot kerana tiada motivasi atau tujuan para sarjana

menulis buku dalam bahasa Inggeris yang banyak di pasaran itu. Para

sarjana dan bangsa Malaysia amnya akan menjadi pengagum setia

bahasa dan kebudayaan Inggeris sahaja.Ini telah dibuktikan oleh

sarjana Universiti Malaya pada masa universiti itu menggnakan bahasa

Inggeris sebagai bahasa pengantar ilmu pada tahun 1957-1983. Rekod

menunjukkan hamper tiada buku teks besar sesuatu bidang sains

terbitan universiti tersebut dalam tempoh tersebut kerana pada tahun

1966-1971 hanya ada sebuah buku teks dalam sains hayat berjaya

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 217

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



diterbitkan (Shaharir , 1997) sedangkan UKM dalam tempoh tahun

1980-1985 berjaya menghasilkan 27 buah buku teks dalam pelbagai

bidang sains asas.

Ilmu sains yang diajar di sekolah dan di universiti peringkat

ijazah pertama merupakan ilmu yang dicipta pada setengah abad,

malah berabad-abad dahulu. Buku yang mengandungi bahan ilmu ini

yang perlu diterjemahkan.Tidak timbul soal tidak terkejar dengan

terjemahan buku asas ini. Buku rujukan yang baru tidak banyak yang

perlu diterjemah.

Sarjana Inggeris masih melakukan terjemahan bidang sains

daripada bahasa-bahasa lain seperti Jepun, Jerman. Perancis dan lain-

lain, sepanjang masa dengan cara ini. Sebenarnya kita perlu belajar

daripada Inggeris tentang terjemahan sains kerana Inggeris berjaya

melakukan terjemahan secara besar-besaran dalam masa yang singkat

sahaja, iaitu kurang daripada 60 tahun (bermula tahun 1842 itu) hampir

semua buku sains penting daripada bahasa Latin, Perancis, dan Jerman

diterjemah dalam bahasa Inggeris sehingga sejak tahun 1900. Bahasa

Inggeris seolah-olah telah menjadi “bahasa asal” ilmu sains yang

diterjemahkan.

Karya dalam jurnal yang ribuan judul dan gandaan ribuan jumlah

bilangan makalah setiap bulan. Sebahagian besar dalam bahasa

Inggeris bukan untuk umum, tetapi untuk para penyelidik atau sarjana

berkenaan sahaja (mereka ini memang boleh membaca dalam bahasa

karya tersebut, walaupun sistem pendidikan yang dilalui oleh sarjana

itu bukan dalam bahasa pengantar Inggeris). Bilangan jurnal atau

makalah ilmu memang banyak dalam pelbagai bidang (ratusan bidang:

umpamanya mengikut pengelasan MASTIC 2003, bidang sins

matematik berumlah 88 buah sub-bidang pengkhususan). Shaharir

(2005b) telah membuat anggaran bahawa jumlah jurnal yang relevan

untuk setiap ahli sains tidak lebih daripada 20 buah jurnal sahaja, dan

dalam setiap keluaran jurnal yang relevan itu hanya satu atau dua

makalah sahaja yang berkaitan dengan penyelidikan. Makalah ilmu

semasa paling banyak yang biasa dirujuk oleh seseorang sarjana hanya

sebanyak 80 buah makalah sahaja setahun (dianggarkan setiap jurnal

itu dikeluarkan dua kali setahun). Ini bukan bilangan yang “tidak

terkejarkan” oleh seseorang sarjana seperti yang digembar-gemburkan

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 218

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



oleh para pemimpin di negara ketiga atau negara membangun

rancangan penterjemahan kepada makalah itu. Tambahan pula,

bilangan “makalah agung” yang perlu diterjemah itu sangat kecil, iaitu

makalah yang beberapa tahun kemudianny didiapati merupakan karya

yang berpengaruh seperti karya Einstein dan Heisenberg, sekadar

menyebut dua orng sarjana yang karya besar dan berpengaruh ditulis

dalam jurnal dan dalam bahasa Jerman, dan diterjemah dalam bahasa

Inggeris dalam tahun 1960-an, iaitu 30 tahun selepas penerbitannya.

Shaharir (2005b) juga telah menganggarkan adanya kira-kira 650

ribu buah makalah per tahun di seluruh dunia ini. Dianggarkan juga

wujud kira-kira 650 buah makalah setahun per jurusan pengkhususan;

sesebuah negara memerlukan sekurang-kurang lapan orang ahli sains

dalam setiap jurusan untuk berkemungkinan membaca semua makalah

berkenaan, atau sekurang-kurangnya 8000 orang ahli sains yang

merangkumi semua bidang dan jurusan sains itu; dan Malaysia kini

dianggarkan ada sekitar 4000 orang (400 orang per bidang, atau sekitar

200 orang ahli sains per satu juta penduduk, suatu nisbah yang jauh

kurang daripada yang berlaku di negara maju, iaitu 600 per sejuta

penduduk), kurang 4000 orang yang diperlukan itu. Tetapi

mengenangkan sedikit makalah yang perlu diterjemahkan seperti yang

berlaku di negara maju itu, kemampuan Malaysia menterjemah

“makalah agung” dari masa ke masa tidak boleh dikatakan “tidak

terkejar kita”, lebih lagi kita bukan mahu menjadi negara yang

terkehadapan dalam semua bidang sains: tiada negara dalam dunia

yang terkehadapan dalam semua bidang sains. Sasaran kita yang baik

mungkin hanya 10% daripada 1000 bidang penghususan itu, iaitu kira-

kira 100 buah jurusan sahaja. Ini telah dibincangkan dengan

terperincinya dalam Shaharir (2005b).





Berakhirnya Bahasa Jiwa Sesuatu Bangsa Negara

Dunia Ketiga?

Ahli sains hayat dan ahli sains sekitaran amnya begitu perihatin kepada

kepupusan sesuatu spesies haiwan atau tumbuhan. Tetapi mereka ini

tidak mempedulikan kepada pupusnya sesuatu bahasa dan kebudyaan

bangsa. Apatah lagi ahli politik dan pemimpin bangsa yang terserkap

mindanya tidak mahu ketinggalan bersama manusia yang dianggap

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 219

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



maju. Atas nama sejagatisme (globalisme), mereka ini mudah akur

memberi laluan mati bahasa jiwa bangsa, malah turut memberi

sumbangan ke arah mempercepatkan lagi proses itu. Sepatutnya

mereka ini lebih waras lagi dengan bertindak sekurang-kurangnya

sama dengan kumpulan penggiat alam sekitar dan ekologi itu.

Kebanyakan orang awam dan pemimpin negara dunia ketiga

memang menganggap sejagatisme itu sebagai suatu fenomenon baru

akibat teknologi maklumat (TM) atau maklumatik dan pengaruh Barat

(Amerika Syarikat dan sekutunya), sehingga seluruh manusia terpaksa

berubah kepada, antara lainnya, sikap mendukung bahasa Inggeris

dalam segala aspeknya. Memang Barat mahu menjadi satu-satunya

model syurgaloka, tetapi negara dunia ketiga tidak bersetuju dengan

perkara ini. Memang sebahagian besar rakyat negara dunia ketiga,

khususnya Muslim, tidak akur dengannya, walaupun “pemimpinnya”

mungkin sebaliknya, demi kemandiriannya sahaja. Contohnya,

runtuhan Tembok Besar Berlin dan komunisme hanya memberi

peluang negara yang dahulunya di bawah kongkongan Rusia, kini

merdeka dan menonjolkan kebudayaannya tersendiri sahaja, bukannya

menggantikan dengan kebudayaan Rusia, atau Inggeris. Kekalahan

teruk Arab (muslim) dalam ketenteraan tidak menjadikan Arab/Muslim

bersikap keinggerisan, malah muslim bertekad untuk memilihara Islam

dan membina kemajuan tersendiri mengikut acuan sendiri. Malah, ada

sumber yang mengatakan bahawa satu sebab orang Malaysia kurang

berminat belajar perubatan di Mesir adalah kerana penekanan kepada

bahasa Arab dan Islam dalam kursus itu yang meningkat.

Bahasa rasmi Kesatuan Eropah yang kini berjumlah 20 buah

negara adalah bahasa negara ahli itu, walaupun dijangka dapat

dikurangkan kepada lima hingga enam bahasa daripadanya sahaja demi

kepraktisannya. Walaupun sekitar 50% daripada bangsa-bangsa di

Eropah mengetahui bahasa Inggeris dengan baiknya, namun mereka

tidak meninggalkan bahasa jiwa dalam sistem pendidikan sains dan

matematik. Pemimpin Eropah (seperti Perancis, Jerman, Itali,

Sepanyol, Rusia) tetap menggunakan bahasa jiwa bangsa dalam

komunikasi rasmi. Di United Kingdom sendiri, bahasa Wales dan

Skotland (berasaskan bahasa peribumi daerah itu, iaitu Seltik)

digunakan dalam kehidupan harian dan sistem pendidikan di peringkat

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 220

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



tadika dan sekolah. Mereka mulai sedar tentang nasib bahasa yang

dihimpit oleh dasar penginggerisan United Kingdom selama ini.

Rakyat Ireland menyokong tindakan saudaranya di Wales dan Skotland

itu. Bahasa sains dunia tidak berubah ke arah bahasa Inggeris sahaja

sehingga terjemahan buku dan makalah daripada bahasa sains lain

kepada bahasa Inggeris dilakukan dengan bantuan teknologi maklumat.

Punca sikap sebahagian besar dunia tidak berubah terhadap

bahasa dilihat pada bahasa rasmi Bangsa-Bangsa Bersatu yang masih

kekal seperti pada asal penubuhannya dahulu, malah dijangka akan

bertambah. Negara maju yang taasub dengan bahasa utama Amerika

Syarikat dan United Kingdom menggalakkan rakyatnya menguasai

bahasa lain seperti Arab, China, malah Melayu dan Tamil, bagi tujuan

mengetahui perihal bangsa ini untuk tujuan ekonomi dan politik. Dasar

pendidikan di negara ini membenarkan pendidikan menerusi

kebudayaan sekurang-kurangnya di peringkat tadika dan sekolah

rendah. Negara Singapura, bukan sahaja semakin mengakomodasikan

pendidikan sekolah dalam bahasa Cina (atas alasan yang dihuraikan

dalam makalah ini sebelum ini) tetapi telah juga menawarkan kursus

Sarjana Sains Pengurusan dalam bahasa Cina atas alasan sejagatisme.

Syarikat Microsoft giat menterjemah segala keluaran/produk dalam

pelbagai bahasa di dunia atas alasan sejagatisme. Reaksi pemimpin

Malaysia kepada sejagatisme dan kemajuan teknologi maklumat

berlainan daripada reaksi banyak pemimpin negara lain (termasuk

negara maju) yang semakin menuju ke arah multi-budaya dan

menonjol budaya sendiri. Malaysia semakin merendah budaya sendiri

dan menuju ke arah eka-budaya, budaya Inggeris. Pseudo-teori bahasa

muncul seperti perpaduan bangsa lebih mudah berlaku jika sesebuah

negara memilih bahasa asing menjadi bahasa nasional negara tersebut,

lalu diberi contoh bagaimana Indonesia tidak berjaya dengan bahasa

nasionalnya. Peribumi Malaysia lebih maju dalam segala aspek

kehidupannya jika berbahasa Inggeris. Mereka juga berhujah kosong

bahawa bahasa (dan jati diri) sendiri tidak akan hilang semata-mata

kerana negara berkenaan menggunakan bahasa asing sebagai bahasa

perantaraan ilmu, seolah-olah menyangkal kaitan rapat ilmu dengan

bahasa yang telah dijelaskan sebelum ini. Seterusnya, pemimpin

bangsa ini berhujah sesuatu bahasa tidak akan maju jika bangsa itu

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 221

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



tidak maju dahulu: Maju bangsa majulah bahasa, seolah-olah

menegaskan semua bahasa maju sekarang melalui proses ini.

Singapura, India dan Ireland menjadi model, sedangkan India dan

Singapura masih belum menjadi negara maju, malah dalam banyak hal,

India masih terkebelakang daripada Malaysia; manakala Ireland sudah

hilang bahasanya (Seltik), dan sedang berusaha menyelamatkannya,

dan pada masa yang sama kemajuan peribuminya masih dipertikaikan.





Penerbitan dalam Bahasa Jiwa Tidak Relevan

Sekarang?

Pandangan kini yang mengatakan jurnal sains antarabangsa kini sering

dikatakan “semuanya dalam bahasa Inggeris” memang benar jika kita

melihat sumber-sumber penerbitan atau kajian bibliometri dari negara

Anglo-Saxon. Pandangan ini yang mempengaruhi sistem penilaian

sarjana di Negara dunia ketiga/membangun termasuk Malaysia.

Kajian pemartabatan dan penarafan jurnal oleh Universiti Vienna

(Internet 4) menunjukkan sekurang-kurangnya 36% daripada kira-kira

1200 buah jurnal sains (termasuk sains sosial) “seluruh dunia” pilihan

(dalam bahasa-bahasa Eropah) adalah jurnal berbahasa jiwa (bukan

Inggeris) sahaja atau dwibahasa (bahasa jiwa bangsa dan bahasa

Inggeris) yang taraf tidak kurang tingginya dengan martabat atau taraf

jurnal dalam bahasa Inggeris sahaja (selepas penyelidiknya membuat

ketetapan bahawa hanya jurnal dalam bahasa Inggeris yang baik, atas

keluasan sebarannya sahaja). Di antara 1200 buah jurnal pilihan itu

terdapat hanya 13 buah jurnal dari negara dunia ketiga, dan tiada satu

pun dalam bidang sains wajar, dan tiada satu pun yang mendapat

kedudukan yang tinggi tarafnya, walaupun bukan dalam bahasa

sendiri. Jurnal dari negara dunia ketiga itu ialah sebuah dari Brazil

(statistik & kebarangkalian, dalam. Sepanyol), China (ekonomi, dalam

bahasa Inggeris), Kolombia (niaga, dalam. Inggeris), Hungary (sains

dan matematik, dalam. Hungary dan Jerman), Indonesia (ekonomi,

dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris), Mesir (statistik, dalam

bahasa Inggeris), Poland (sains sosial, dalam bahasa Poland dan

Jerman), Singapura (sains aktuari, dalam bahasa. Inggeris), dua buah

jurnal dari Afrika Selatan (ekonomi dan statistik, dalam. Bahasa

Inggeris), dan India (statistik, dalam Inggeris). Jurnal dalam satu

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 222

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



daripada bahasa Eropah dari Negara dunia ketiga berjumlah ribuan

kerana Malaysia sahaja lebih daripada 40 judul jurnal dan hampir

semuanya dalam bahasa Inggeris.

Kajian Bruner (1991) pula menunjukan penerbitan sarjana dari

negaradunia ketiga dalam bahasa Eropah (bahasa yang dianggap oleh

Megara duniaa ketiga sebagai bahasa komunikasi sains yang wajar

sehingga didapatinya 92% sarjana sains dari negara dunia ketiga

menulis dalam bahasa Inggeris) sangat sedikit iaitu tidak sampai satu

makalah seorang setahun, dan dampaknya pula (iaitu disukat mengikut

kekerapan orang merujuknya dalam sesuatu tempoh piawai, biasanya 5

tahun) juga sangat rendah iaitu sekitar dua (yang bermakna tiada orang

membacanya), sedangkan penerbitan yang ada dampak dianggap

bernilai lebih daripada empat. Kajian MASTIC (2004) memaparkan

negara dunia ketiga hanya menyumbang sebanyak 10% kepada

pembangunan sains seluruh dunia (berdasarkan bilangan makalah yang

ditulis oleh ahli sains mereka dalam bahasa negara maju kini

terutamanya bahasa Inggeris), kebanyakannya tidak sampai 1% per

negara (Malaysia hanya 0.1 %) kecuali India (2.4%) dan China (2%).





Kesimpulan

Tiada pilihan selain daripada menjadikan bahasa jiwa sesuatu bangsa

itu dominant dalam pembangunan bangsa tersebut, khususnya dlam

pendidikan dan pembangunan ilmu. Pengabaian bahsa sendiri ialah

bahasa jiwa bangsa dan sekaligus penyisihan kebudayaan sendiri. Ini

boleh menghapuskan wahan kefahaman yang mendalam terhadap

sesuatu ilmu yang ingin dikuasai oleh bangsa yang kurang ilmu sendiri

itu. Dalam pada itu, hilangnya nilai-nilai zahir dan batin yang

berpotensi mencabar nilai dalam ilmu yang diimpot itu; sedangkan

nilai zahir dan batin terbukti sepanjang zaman yang bertindak menjadi

sumber penjanaan ilmu baru yang terbukti ampuh.

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 223

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Lampiran



Jadual 2.1: Perkembangan Agihan Kekayaan Ilmu Rakyat Malaysia



Bidang ilmu/ % Bumiputera % Bumiputera

pekerjaan tahun 1970 tahun 1999

Arkitek 4% 29%

Doktor gigi 3% 35%

Doktor haiwan 4% 43%

Doktor perubatan 4% 37%

Juru ukur Sekitar 4% 45%

Jurutera 7% 27%



Pemimpin badan- Tiada data, tetapi Sekitar 50%

badan persatuan dipercayai kurang

ikhtisas drp 7%



Ahli akademik S & T kurang daripada Lebih drp 80%

(kecuali bidang 5%

geologi, kesihatan,

dan farmasi)



Ahli akademik geologi kurang drp 5% 60%

Ahli akademik kurang drp 5% 50%

kesihatan

Ahli akademik farmasi tiada bidang ini 70%



Jadual 2.2: Kurniaan Ijazah Menerusi Perantaraan Bahasa Melayu



Nama ijazah Tahun pertama kurniaan (contoh kini)

menerusi BM

S.M.Sn 1974 (kini UKM sahaja pun ribuan setahun)

S.M. Kej. 1979 (sejak 1990, UKM sahaja ratusan setahun)

S.M.TM 1979 (sejak 1994, UKM sahaja ratusan setahun)

S.TM 1980 (2001, UKM sahaja 68 org)

S.Sn 1983 (2001, UKM sahaja 230 org)

S.Perub. 1990 (sejak 1994, UKM sahaja ratusan setahun)

S.Kej. 1988 (2001, UKM sahaja 12 org

D.Fal. 1985 (2001, UKM sahaja 8 org TM dan

30 S&T lain, tidak termasuk kejuruteraan)

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 224

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Jadual 3.1(a): Kekerapan beberapa buah negara berada di kedudukan 10 atas dalam

olimpiad sains dan matematik antarabangsa 1994-2003 [Jadual 3.1(b)]

Bidang Negara yg berada pada kedudukan 10 atas dalam pertandingan

Olimpiad 1994-2003 sebanyak 5 kali atau lebih

10 kali 9 kali 8 kali 7 kali 6 kali 5 kali

Biologi tiada tiada tiada tiada tiada Belarus

China

Kor.Sel.

Rusia

Taiwan

Vietnam





Fizik tiada tiada tiada Am.Sya. China Kor. Sel.

Iran Taiwan

Rusia

Kimia* China Am.S

Kor.Sel. Austria

Iran Hunga.

Rusia India

Jerman

Poland

Taiwan

Thai

Matema- China Bulgaria Iran Am.S. tiada Tiada

tik Vietnam Kor. Sel. Hunga.

Rumnia Jepun

Mak- China Rusia Poland Czekos tiada tiada

lumatik Rumnia Kor. Sel.

Slovakia Swed

* Ini hanya jangkaan sahaja kerana data tidak lengkap, tetapi Negara-negara yang

disenaraikan itu dijangka mencapai tahap itu kerana setakat ini negara-negara ini

masing-masingnya telah berada pada kedudukan 10 atas sebanyak 4 dan 3 kali.

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 225

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Jadual 3.1(b) Prestasi pelajar sekolah dalam sains dan matematik seluruh dunia menerusi

olimpiad antarabangsa tahunan. Negara bertanda* berpendidikan sains dan matematik (SAMA)

dalam bahasa asing



Kedudukan Biologi Fizik Kimia Matematik TM

Afrika tiada tiada tiada tiada *AfS 1×

Amerika Utara AS 1× AS 7× AS 3× AS 7× AS5×

Kd 1× Kd 1× Kd 3×

Amerika Selatan *Arg 1× *Arg 1× *Arg 1×

*Mex 1×

tiada tiada

Asia Barat Iran 3× Iran 7× Iran 4× Iran 6× Iran 6×

(Timur Tengah Isr 1× Isr 1×

Asia Tengah Kyrg 3× Kyrg 1×

Ukr 4× Ukr 1× Ukr 2× Ukr 6× Ukr 1×

Uzb 1×

Asia Timur Ch 5× Ch 6× Ch 4× Ch 10× Ch 10×

HK 1×

Jep 1× Jep 7×

KS 5× KS 5× KS 4× KS 8× KS 8×

Tw 5× Tw 5× Tw 3× Tw 4×

Asean/Asia Indo 1× Indo 1× Indo 1×

Tenggara *Sing 3× *Sing 2× *Sing 2×

Th 4× Th 1× Th 3× Th 2×

Viet 5× Viet 4× Viet 1× Viet 10× Viet 4×

Australia- Aust 4× Aust 2× Aust 2× Aust 1×

New Zealand tiada

Benua India *India 3× *India 4× *India 3× *India 3×

SL 1×

Eropah Aus 3× Aus 2×

Belanda 2× Belanda 2×

Belar 5× Belar 1× Belar 2× Belar 2× Belar 1×

Bosnia 1×

Bulg 1× Bulg 4× Bulg 1× Bulg 9× Bulg 5×

Crot 1× Crot 1×

Czek 3× Czek 2× Czek 1× Czek 7×

Den 2×

Est 1× Est 1× Est 5×

Fin 5×

Hung 4× Hung 3× Hung 7× Hung 3×

Itali 1×

*Irla 1×

Jer 4× Jer 2× Jer 3× Jer 3× Jer 4×

Ltv 2× Latv 2×

Lith 1×

Norw 1×

Pol 2× Pol 2× Pol 3× Pol 8×

Rmnia 1× Rmnia 8×

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 226

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Rus 5× Rmnia 2× Rmnia 8× Rus 9×

Rus 7× Rus 4× Rus 4× Slov 8×

Slov 2× Slov 1× Swed 7×



Turk 3× Switz 1×

UK 4× Turk 2× Turk 2× Turk 2× UK 4×

UK 3× UK 4× Yug 1×

Yug 2× Yug 1×





Senarai penuh 47 buah Negara yang menapat kedudukan 1-10 dalamolimpiad 10 tahun

yang lepas (sehingga tahun 2003) yang terdapat dalam jadual di atas ialah Negara yang

berikut:

Afrika : afrika Selatan (AfS) sahaja;



Amerika Utara: Amerika Syarikat (AS)danKanada (Kd);



Amerika Selatan: Agentina (Arg) dan Mexico (Mex) sahaja;



Asia Barat (Timur Tengah): Iran dan Israel (Isr) sahaja;



Asia Tengah : Kyrgystan (Kyrg), Ukraine (Ukr) dan Uzbekistan (Uzb) (Bekas jajahan

Rusia) sahaja;



Asia Timur : China (Ch), Hong Kong (HK), Jepun (Jep), Korea Selatan (KS), dan Taiwan

(Tw);



Asean/Asia Tenggara:Indonesia (Indo), Singapura (Sing), Thailand (Th), dan Vietnam

(Viet);



Australia-New Zealand : Australia (Aust) sahaja;



Benua India: India dan Sri Lanka (SL) sahaja;



Eropah: Austria (Aus), Belanda, Belarus (Belar), Bosnia-Herzegovinia (Bosnia), Bulgaria

(Bulg), Croatia (Crot), Czekoslovakia (Czek), Denmark (Den), Estonia

(Est), Finland (Fin), Hungary (Hung), Ireland (Irla), Itali, Jerman (Jer),

Latvania (Latv), Lithuania (Lith), Norway (Norw), Poland (pol), Romania

(Rmnia), Rusia, Rus), Slovakia (Slov), Sweden (Swed), Switzerland

(Switz), Turki (Turk), United Kingdom (UK), Uzbekistan (Uzb),

Yugoslavia (Yug).

Sumber: Internet “Interntational X Olympiad “ X= Mathematics dan sebagainya itu.

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 227

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Jadual 5.1: Asal bangsa dan bahasa ahli sains yang paling berpengaruh pilihan Hart (1999)



Negara/Bangsa Penyumbang Ahli Sains Agung Bilangan Ahli Sains Paling Berpengaruh

Pilihan Hart (1999) Pilihan Hart (1999)

ASyarikat-UKingdom (berbahasa 19 (hanya 2 orang yang berkarya dalam bahasa

Inggeris) asingnya, iaitu Latin)



Belanda 1

China 1

Itali 6

Jerman 7 (hanya seorang yang berkarya dalam bahasa

asingnya, Latin)



Perancis 5

Poland 1 (berkarya dalam bahasa asingnya, Latin)





Rusia 1

Yunani 3



Jumlah 44 org ahli sains yang paling berpengaruh di Barat





Jadual 5.2: Asal-usul bangsa dan bahasa dalam karya agung sains pilihan kumpulan Adler (1997)





Negara/Bangsa Penyumbang Karya Agung Bilangan Karya Agung Pilihan Adler

Sains Pilihan Adler et al. (1997) et al. (1997)

ASyarikat-UKingdom 9 (sebuah karya sahaja dalam bahasa asingnya,

Latin)





Austria-Jerman 1

Belanda 1 (dalam bahasa asing, Latin)

Denmark 1

Jerman 5 (Dua buah karya sahaja dalam bahasa asingnya,

Latin dan Perancis )

Perancis 8

Poland 1 (dalam bahasa asing, Latin)

Syria-Jordan 1

Yunani 6

Jumlah 33 buah karya agung sains penilaian Barat

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 228

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Jadual 6.1: Status dan Profil Pemenang Hadiah Nobel Fizik Sehingga 2003



Negara mengikut Bilangan Bilangan Bilangan berpendidikan sekolah dalam

Tertib bilangan penuh Pehijrah bukan bahasa jiwanya

pemenang

Amerika Syarikat 43 24 Tiada, walaupun ramai daripada pemenang

Jerman 24 - Hadiah Nobel itu terdiri daripada bangsa

United Kingdom 20 2 Yahudi, terutamanya Yahudi-Amerika dan

Rusia 9 - Yahudi-Jerman, dan Yahudi-Yahudi ini tidak

Perancis 8 - lagi berbahasa ibundanya dalam bahasa

Belanda 7 - Yahudi (Ibrani/Hebrew). Yang patut

Itali 5 - menariknya juga, hanya 37 orang (drp 138

Jepun 4 - orang) penerima Hadiah Nobel Fizik itu

Sweden 4 - yang bahasa ibundanya bahasa Inggeris dan

Switzerland 4 - belajar sains dan matematik sekolah dalam

China 3 - bahasa tersebut.

Denmark 3 -

Austria 2 -

India 1 -

Ireland 1 -

Jumlah 138 26







Jadual 6.2: Asal Negara dan Latar Belakang Pendidikan Pemenang Pingat Field



Negara Ahli Matematik Pingat Field Bilangan pemenang Pingat Field*

Amerika Syarikat 23 orang

Perancis 11 orang

Rusia 5 orang

Jepun 3 orang

*Semuanya belajar Matematik dalam bahasanya

sendiri sekurang-kurangnya sehinggaijazah

pertamanya, dan ada pemenang pingat ini dari

Amerika Syarikat itu yang berijazah kedua dari

Eropah yang bukan dalam bahasa Inggeris.

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 229

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Jadual 7.1 Indeks-indeks pembangunan penting pilihan daripada laporan UNDP tahun

2004 untuk beberapa rantau dan Negara pilihan



Rantau Jangka KMBayi %KDK Eksport %TUMMI (%Mis.,

Hayat Per 1000 2001-2002 (TT,BS) 15-24 thn Gini)

AT&P 69 42 5.8(7.3)* (32%,690j) 95 (32,40)

AL&K 71 34 -2.2(2.9) (16%,403j) 94 (34,50)

AsiaS 63 95 2.6(5.4) (4%,104j) 63 (40,35)

AfSubS 46 174 0.5(2.6) (4%,112j) 71 (46,45)

TT&AU 69 54 1.0(3.2) (2%,211j) 74 (17,35)

Negara

Pilihan

China 71 38 6.5(9.7) (6,30)

India 63 90 2.7(5.8) (41,39)



AT& P-- Asia Timur danPasifik (termasuk NIB dan China)



AL&C – Amerika Latin dan Carribean



AsiaS – Asia Selatan – Benua India



Af SubS – Afrrika Sub-Sahara



TT& AU – Timut Tengah dan Afrika Utara – Negara Arab, Iran dan Israel



Jangka Hayat – Kejangkaan hayat pada kelahiran pada tahun 2002



KMBayi – Kadar kematian bayi di bawah 5 tahun pada tahun 2002



%KDK – Kadar pertumbuhankeluaran Domestik Kasar pada tahun 2001-2002; angka

dalamkurungan ialah pertumbuhan 1990-2002



Eksport (TT,BS) – Eksport pembuatan (teknologi tinggi dalam %eksport, barang dan

servis dalam juta Dolar Amerika



%TUMMI -- Peratusan ketakummian penduduk berumur 15-24 tahun



(%Mis., Gini) – pasangan (% penduduk di bawah paras kemiskinan nasional, indeks Gini

yang mewakili taburan pendapatan negara)

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 230

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Jadula 7.2. Aras kemiskinan nasional dan factor Gini bagi setiap Negara membangun

mengikut laporan UNDP tahun 2000/2001



Rantau dan Negara % Kemiskinan Nasional Faktor Gini

AFRIKA SUB-SAHARA 24% 2/19/2004. 20 Februari 2004

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 234

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Halliday, M.A.K., 1979. Language as Social Semiotic. London:

Edward Arnold.



Hart, M.H.,1999. A View From the Year 3000. A Ranking of the

100 Most Influences Persons of All Time. NewYork:

Poseidon Press



Hashim Musa, 1994. Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



internett 1. 12 Ogos 2002.



Internet 2. Review of Language, Siciety and Education in

Singapore.



Internet 3. Taip International X Olympiad, X= Mathematics,

Physics, Chemistry dan Biology. 10 Januari 2003

Internet 4.Taip “Wu Wein Ranking Journal”. 12 Mei 2004.

Internet 5. Taip “Adler‟s Great Books”. 12 Mei 2004

Intisari UKM. 1995. Bil 4. Oktober/November



Kuhn, T.1992. Struktur Revolusi Sains. K. Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka



Lakatos, I. 2003. Atur Cara Tatakaedah Penyelidikan Sains.

Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia



Liang Liji, 1996. Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming

Abad ke-15. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia



Lim, C.S. 2003. Teaching Mathematics in English: Are Our

Mathematics Teachers Ready? International Conference on

Sciences and Mathematics Education. Universiti Malaya,

14-16 Oktober 2003



Mahathir Muhamad, 1991. Wawasan 2020. Teks Ucapan Dr.

Mahathir Muhamad di Persidangan Pertama Majlis

Perdagangan Malaysia Kuala Lumpur, Biro Tatanegara

Jabatn Perdana Menteri Malaysia, 28 Februari 1991



Marsh, H.W., Hau, K-T. dan Kong, C-K., 2000. “Late Immersion

and Language of Instruction in Hongkong High Schools:

Achievement Growth inLanguage and Nonlanguage

Subjects” dlm. Harvard Educational Rev. Fall Issue: 302-

346

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 235

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



MASTIC (Malaysian Science and Technology Information

Centre). 2004. Science and Technology Knowledge

Productivity in Malaysia. Bibliometric Study 2003.



Mohammad Alinor Abdul Kadir, 2005a, “Khazanah ilmu

RumpunMelayu sejak Pra-Islam hingga Abad ke-19M dlm.

Kesturi 15 (1&2): 59-70



Mohammad Alinor Abdul Kadir, 2005b. “Kesusateraan

epistemology Tamadun Melayu Terawal” dlm. Kesturi 15

(1&2): 71-87

Mohammad Alinor Abdul Kadir, 2004. “Dialog peradaban

Melayu di analisis Menerusi Sebaran Kesusasteraan” dlm.

Kesturi 14 (1&2): 35-44



Mohammad Salleh Mohammad Said. 2002. Quo Vadis

Taksonomi Serangga. Syarahan Perdana Universiti

Kebangsaan Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia



Nasr S.H.,1992. Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka



Nor Hashimah Jalaluddin. 2003. Penerimaan Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris. Laporan Penyelidikaan

ATMA, Universiti Kebangsaan Malaysia.



Sastri, N.K.A., 1949. Histry of Srivijaya. Madras: University of

Madras



Sen, A.,1999. Development as Freedom. New York: Anchor

Books



Shaharir Mohamad Zain, 1996. “Pembangunan Sains dan

Teknologi di Malaysia Menerusi Bahasa Melayu”.

Syarahan Raja Ali Haji 1996. Persatuan Linguistik

Malaysia.

Shaharir Mohamad Zain, 2000. “Sistem Angka Melayu Sebelum

Kedatangan Islam” dlm. Bulletine of the Malaysian

Mathematical Society 23(1):1-34.

Shaharir Mohamad Zain, 2002. “Penulisan Buku Pengajian Tinggi

di bidang Sains dan Teknologi. Masalah dan Strategi

Penyelesaiannya”dlm. Halimah Haji Ahmad et al. Prosiding

Seminar Cabaran Penulisan Sains dan Teknologi dalam Alaf

Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 107-119

Shaharir Mohamad Zain, 2003a. “Penyebaran Orang Rumpun

Melayu PraIslam dan Perkembangan Tulisan Bahasa Melayu”,

dlm. Sari 21: 129-151

Shaharir Mohamad Zain: Bahasa Jiwa Pemaju Bangsa: 236

Dari Desa ke Kota Dari Petani ke Industri, Dari Setempat

ke Sejagat

Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2006, 5 (2): 169-236



Shaharir Mohamad Zain, 2003b. “Sains dan Teknologi Melayu

Sebelum dikuasai Penjajah Eropah: dlm. Jurnal Antarabangsa

Dunia Melayu. 1(2): 157-204

Shaharir Mohamad Zain, 2003c. Kaedah Pemeribumian Sains,

Teknologi dan Perubatan. Bangi: Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia

Shaharir Mohamad Zain, 2004a. “Penjodoh Bilangan Kuantitatif

dalam Bahasa Melayu Klasik” dlm. Warkah Berita

PERSAMA: 68-70

Shaharir Mohamad Zain, 2004b. “Beberapa Isu dalam

Penterjemahan Sains Matematik” dlm. Warkah Berita

PERSAMA: 78-89

Shaharir Mohamad Zain, 2005a. “Teori Kepemimpinan Melayu

Campa”. Seminar Antarabangsa Sehari Kajian Campa II,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 30 November 2005.

Shaharir Mohamad Zain,2005b. “Terjemahan dan Pemindahan

Ilmu, alan ke Puncak, dlm. Abdullah Hassan (ed.)

Terjemahan dan Pengglobalan Ilmu. Kertas Kerja

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-10. 2-4 Ogos

2005. Kuala Lumpur: PTS Professional Pub. Sdn Bhd.,

hlm. 41-49



Syed Muhammad Naquib Al-Attas , 1995. Islam & Filsafat

Sains. Bandung: Al-Mizan



Syed Muhammad Naquib Al-Attas , 1995. Islam and Secularism.

Edisi ke-2. Kuala Lumpur:ISTAC



Takakusu, 1966. A Record of Buddhist Religion as Practiced in

India and the malay Archipelego (AD671-695)



Thom, R. 1972. Structural and Mathematical Morphogenesis.

New York: J.Wiley



Walsh, R.J. 1963. Kesah Pengembaraan Marco Polo. Kuala

Lumpur: Sharikat B. Penerbitan & Perdaganagan Malaysia.



Zul Kepli Desa, 2004. Sola Selidik Isu Prestasi Pelajar

matematik Tahun 1 Universiti Kebangsaan Malaysia.



12 Ogos 2002


Related docs
Other docs by HC111117134227
Taul1
Views: 248  |  Downloads: 0
BREAST CANCER IN IDAHO 1997-2001
Views: 0  |  Downloads: 0
The Gas Giants
Views: 0  |  Downloads: 0
Efficacy review of allergenic products
Views: 0  |  Downloads: 0
Country
Views: 3  |  Downloads: 0
Vocabulary, Statistics, Time and Geography
Views: 1  |  Downloads: 0
C V2008
Views: 2  |  Downloads: 0
Juan Manuel De la Fuente
Views: 0  |  Downloads: 0
preface
Views: 0  |  Downloads: 0
L00896
Views: 3  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!