Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
TEMA 1 (MANUSIA DAN MASYARAKAT)
1. Pelbagai agama dan kepercayaan telah wujud di Semenanjung Tanah Arab sebelum kerasulan
Nabi Muhammad S.A.W. Jelaskan penyataan ini.
Pendahuluan
a. definisi jahiliah
b. tempoh 300M-610M
c. Ciri-ciri Jahiliah
d. Kedudukan Semenanjung Tanah Arab
Isi ;
1. Agama Hanif-diturunkan kepada nabi Ibrahim.Ajarannya terkandung dalam suhuf. Asas utama
berkaitan agama Islam-agama ini masih mengekalkan ciri-ciri ketauhi dannya dan masih
suci.Pengamalnya nabi Muhammad s.a.w.
2. Agama Yahudi-dibawa oleh nabi Musa khasnya bagi masyarakat Yahudi yang menetap di sekitar
Yathribseperti bani Nadhir, bani Qairuzah dan Bani yang diwarisi Bani Israel. Ajaran Taurat
diseleweng kan pendeta.
3. Agama Nasrani- dibawa nabi Isa berdasarkan ktab Injil. Kemudiannya telah
diselewengkan.Antara penganutnya Waraqah bin Naufal.
4. Agama ciptaan-Agama Wathani/berhala-Mekah merupakan ibu kota agama. Jemaah haji akan
melakukan tawaf di sekeliling Kaabah yang dipenuhi kira-kira 360 buah patung. Patung yang
dipandang mulia seperti al-Manat dan Uzza.
5. Agama majusi/api/Zoroaster –agama menyembah api berasal daripada kuasa besar Parsi.
Percaya api berperanan sebagai penerang dan pemusnah kepada segala Makhluk. Tuhan api
mempunyai sikap baik dan sikap buruk.
6. Sembah Cakerawala
7. Sembah malaikat/jin/dewa
8. Kepercayaan karut/tahyul
lelaki pakai cincin tembaga
iii. bunuh anak perempuan
tilik nasib
iv. arah burung terbang
Kesimpulan
Apa-apa sahaja yang berkaitan
1
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
2. Bandingkan antara ajaran Nabi Muhammad S.A.W di Mekah dengan ajaran Nabi di Madinah
Pendahuluan
a. Dakwah nabi di Mekah selama selama 13 tahun
b. Peringkat dakwah-sulit dan terang-terangan
c. Dakwah di Madinah selama 10 tahun
d. Aqabah merintis hijrah ke Madinah pada 622M
e. Ajaran nabi berdasarkan 93 surah yang diturunkan di Mekah dan 21 surah yang diturunkan di
Madinah.
ISI
1. Ajaran di Mekah menekankan aspek Aqidah(pegangan) iaitu mempercayai Allah itu esa(satu).
Aspek tauhid dan rukun iman.
2. Ajaran di Madinah diteruskan dengan aspek Aqidah dan diajar tentang rukun Islam yang
lengkap seperti berpuasa, zakat, memunaikan Haji dan sebagainya.
3. Aspek Syariah diajar di Mekah dengan memperkenalkan undang-undang asas Islam/tatacara
hidup di dunia. spek syariah diperluas di Madinah merangkumi aspek kehidupan dalam bidang
sosial,politik, ekonomi, jenayah,muamalat dan kekeluargaan.
4. Aspek akhlak diberi keutamaan di Mekah disebabkan masyarakat Mekah hidup dalam keadaan
jahil/rosak akhlak dan mengamalkan semangat assabiyah.
5. Aspek akhlak di Madinah menyentuh soal perpaduan ummah di kalangan penduduk Madinah
berbilang kaum dan ukhuwah Islamiyah.
6. Aspek ibadat menjadi ajaran utama di Mekah iaitu hanya ibadat solat lima waktu sehari
semalam. Ibadat sembahyang dikekalkan amalannya di Mekah secara lebih tersusun dengan
adanya institusi masjid. Selain ibadat sembahyang, nabi mengajar ibadat lain seperti
berpuasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji.
7. Ajaran mengenai hari kiamat diajar di Mekah membangkitkan kesedaran orang-orang Jahiliah
tentang dosa dan pahala.Nabi meneruskan ajaran mengenai hari Kiamat dan hari akhirat
berdasarkan ayat Al-Quran yang diturunkan kepada nabi.
8. Di Madinah, nabi mengasaskan ekonomi Islam berkaitan sumber yang dihalal / haramkan.
Harta perlu diuruskan mengikut Sistem Ekonomi Islam. Kewajipan zakat diperkenalkan.
Kesimpulan
Apa-apa sahaja yang berkaitan.
2
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
3. Bandingkan konsep kejadian dan peranan manusia mengikut pandangan Islam dengan pandangan
Barat.
Pendahuluan
Kejadian manusia menurut Islam bersandarkan keterangan dalam Al-Quran sebagai kitab wahyu
Allah diturunkan kepada nabi Muhammad dan isi kandungannya tidak berubah. Kejadian manusia
dari sudut pandangan Barat bersandarkan teori Charles Darwin iaitu manusia berasal daripada
monyet. Diperkenalkan pada abad ke-4 s.m dan disokong oleh tokoh falsafah seperti Aristotle,
Anazimander, dan Empeidocles.
Isi
1. Pandangan
Istilah manusia dari sudut Islam /bahasa bermaksud al-Ins, al-Insan, al-nas dan al-Basyar yang
merujuk manusia itu diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi. -5 elemen kejadian manusia
untuk menggerakkan tubuh iaitu jasad, roh, akal, nafsu dan hati.
Manakala pandangan Barat menyebut manusia sebagai homospiens (bahasa Latin) yang bermaksud
mamalia peringkat tertinggi.
dianggap mamalia peringkat tertinggi
diklasifikasikan sebagai haiwan pwringkat tertinggi.
dipercayai wujud 5oo ribu tahun dahulu
manusia awal dijumpai di Neanderthal, Jerman.
2. Asal-usul kejadian
manusia menurut pandangan Islam- Adam berasal daripada tanah(al-tin,al-turab, al-salsal).
Manusia biasa selain hawa dan nabi Isa, dijadikan daripada tujuh peringkat iaitu air mani,segumpal
darah, seketul daging, pembentukan tulang, tulang dibalut daging, lembaga yang lengkap, ditiupkan
roh.
Pandangan Barat-
Teori evolusi yang dibawa oleh Charles Darwin (1802-1889) seorang Atheis(anti tuhan) yang
mengatakan kejadian manusai daripada monyet. mula-mula tinggal di atas pokok turun tanah
berjalan menggunakan kaki dan tangan. mula berdiri tegak berjalan menggunakan kedua-dua kaki.
3. Peranan Manusia
Pandangan Islam
Matlamat kejadaian manusia- untuk beriman dan bertakwa kepada Allah.
Menjadi khalifah di muka bumi.
3
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
Mengabdikan diri kepada Allah.
Menuntut keredhaan Allah sebagai “khaliq” supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.
Mengwujudkan perpaduan antara satu sama lain.
Pandangan Barat
Tiada penjelasan atau undang-undang atau peraturan yang jelas.
Berlandaskan akal manusia semata-mata tanpa merujuk kepada hokum yang jelas.
Boleh dipertikaikan khasnya dari sudut unsur roh yang tidak dapat dijawab oleh
masyarakat Barat.
4. Fungsi Manusia
Pandangan Islam :
beriman/patuh kepada suruhan tuhan dan meninggalkan larangan.
memakmurkan muka bumi.
mengagihkan kekayaan sama rata.
memelihara bumi daripada kerosakan akibat rakus, tamak.
Pandangan Barat
masyarakat Barat mengutamakan unsur materialistik iaitu keuntungan kebendaan semata-
mata.
Mengutamakan”survival” sendiri yang mengenepikan aspek moral untuk mencapai
kekayaan/kepuasan duniawi.
5. Tujuan Kelahiran Manusia
Pandangan Islam
Peranan /tanggungjawab manusia – “amal makruf” dan “nahi mungkar”
Menggunakan akal berlandaskan panduan al-Quran dan mengekang nafsu daripada
kesesatan.
Menjalikan ukhuwah Islamiyyah/ persaudaraan sejagat, konsep persamaan taraf tanpa
mengenal warna kulit atau darjat/ kedudukan seseorang.
Ketinggian darjat seseorang diukur melalui ketakwaan dan keimanan kepada
Allah.Berdasarkan surah Adz-Dzaariyat ayat 56 “ Aku tidak ciptakan jin dan manusia
melainkan supaya menyembah Aku .
Pandangan Barat
Persaingan berlandaskan kekuasaan , penindasan golongan lemah dan bawahan.
undang-undang berlandaskan akal semata-mata.
mengwujudkan konsep ras, perbezaan warna kulit, status quo masyarakat/ dasar apartheid
sehingga mewujudkan pertelingkatan/peperangan dan penjajahan yang berterusan.
mencipta konsep-konsep kapitalisme, sosialisme untuk mencapai kepuasan masyarakat
Barat.
Kesimpulan
Konsep manusia sebagaimana yang disebut dalam al_Quran sangat berbeza dengan fahaman dan
pegangan secular dari Barat.
4
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
4. Masyarakat yang terdapat pada Zaman Bani Umayyah terdiri daripada pelbagai golongan. .
Pendahuluan
1. Kerajaan bani Umayyah memerintah selepas zaman khulafa‟ al-Rasyidin.Nama Bani Umayyah
2. bersempena dengan nama pemimpin Quraisy terkenal pada zaman Jahiliyah iaitu Umayyah bin
Abd.Syam binAbd.Manaf.
3. -perlantikan Saidina Uthman bin Affan merupakan permulaan pengasasan kerajaan Bani
Umayyah.Pemecatan membawa kepada perang Siffin seterusnya ditamatkan dengan Majlis Tahkim,
yang membuka ruang kepada Bani Umayyah memerintah Negara Islam.
4. -Zaman pemerintahan bani Umayyah boleh dibahagikan kepada Zaman Kelahiran, Zaman
Kemakmuran/Pembangunan dan Zaman kehancuran.
Isi
1. Golongan pemerintah-
golongan ilmu terdiri daripada khalifah dan pembesar-pembesar Arab berbeza dengan
pemerintahan khulafa‟ al-Rasyidin , kerajaan Bani Umayyah menggunakan sistem pewarisan dalam
perlantikan khalifah-khalifah baru . jawatan khalifah telah menjadi hak milik keturunan Umayyah
dari keluarga Abu Sufyan dan Marwan. Amalan ini telah melahirkan masyarakat pemerintah. -sanak
saudara dan kaum kerabat, keturunan Umayyah pula menjadi kelompok Bangsawan dan mempunyai
beberapa kelebihan sosial dan politik.
2. Golongan Mawali
ialah hamba yang telah memeluk Islam.Dianggap sebagai masyarakat kelas kedua. Namun begitu
ada beberapa orang golongan Mawali berjaya menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan bani
Umayyah seperti maymun bin Mihran (Pengarah Jabatan Cukai di Mesopotamia) Hanya layak
bekerja sebagai buruh kasar dan petani. Tidak dibenarkan berkahwin dengan orang Arab. Tidak
boleh solat jemaah dengan orang Arab.
3. Golongan Zimmi
Golongan bukan Islam yang tinggal di Negara Islam dan hidup aman damai seperti golongan islam
yang lain. Kerajaan tidak menjalankan dasar paksaan dalam agama. Golongan ini juga menikmati
hak-hak kerakyatan umat Islam yang lain. Mereka tidak perlu membayar zakat tetapi perlu
membayar jizyah.
4. Golongan Hamba
perubahan taraf sosial dan corak kehidupan keluarga bangsawan dan pemerintah Umayyah yang
hidup mewah telah menyebabkan mereka memerlukan ramai hamba.
Gologan hamba ini terdiri daripada pelbagai bangsa seperti orang Afrika, Monggol dan Goth dari
Eropah.
5. Golongan Azariqah
berpusat di Iraq mempunyai kepercayaan agama yang berbeza. Bagi mereka orang Islam yang
melakukan dosa besar seperti berzina dianggap kafir dan kekal dalam neraka. Mereka juga telah
5
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
mengkafirkan Saidina Uthman, Ali dan sesiapa yang menyertai perang jamal/P.Siffin. Mereka
menganggap pemerintah yang zalim seperti Kerajaan umayyah perlu ditentang.
6. Golongan Najdiyah
yang berpusat di Yamamah juga berjuang untuk menjatuhkan bani Umayyah. Mereka berpendapat
orang yang menyokong pihak lain akan melakukan dosa besar, tidak boleh dihukum kafir tetapi
hanya bertaraf munafik. Golongan ini tidak mewajibkan adanya khalifah,asalkan komuniti
mematuhi ajaran Al-Quran.Banyak terbabit dalam bidang politik dan tentera daripada bidang
agama.
7. Kaum Syiah
Golongan yang ingin menuntut bela atas pembunuhan Hussain putera kepada Saidina Ali di Karbala.
Mereka ingin menebus dosa kerana tidak menjaga keselamatan
Hussain sehingga dibunuh oleh tentera Bani Umayyah.
Kesimpulan.
Apa-apa sahaja yang berkaitan.
6
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
5. Berdasarkan kehidupan masyarakat, bincangkan situasi masyarakat di Tanah Arab sebelum
dan selepas kedatangan Islam.
Pendahuluan
1. 1.Bangsa Arab berasal dari bangsa Semitik yg tinggal di Lenbah Sg Dajlah dan Furat di Iraq.Dari
bangsa semitik ini lahirlah bangsa Asyur yg menetap di Iraq,bangsa Aramik dan bangsa Phonecia di
Syria, bangsa Ibrani di Palestin ,bangsa Ethiopia di Habsyah dan bangsa Arab di Semenanjung
Tanah Arab.
2. 2.Bangsa Arab suka berpindah-randah.Sebahagian drp mrk menetap di kaw. persisiran pantai dan
membina beberapa buah kota dan kerajaan.Mereka ini di namakan Arab Hadari .Sementara yg
tinggal di kaw. padang pasir dan pendalaman serta hidup berpindah-randah dikenali sebagai Arab
Badwi.
3. Zaman sebelum kedatangan Islam dipanggil Zaman Jahiliah yang bermula selepas berakhirnya era
kerajaan Sabak (300M) dan berakhir setelah turunnya wahyu dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w
(610 M )
4. Pada masa tersebut tidak ada nabi yg diutuskan dan tiada kitab suci utk di jadikan panduan
Masyarakat Jahiliah pada amnya mengalami zaman ke morosotan dan keruntuhan bukan sahaja dari
segi agama/ akhlak tetapi juga dari segi politik, ekonomi,sosial dan ilmu pengetahuan.
Isi
A. Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam
1. 1.Masyarakat Arab Jahiliah tidak terangkum sebagai sebuah umat. Mereka hidup secara terpisah
dalam kabilah masing-masing.Dalam setiap kabilah terdapat beberapa kaum atau bani.beberapa
hay,beberapa keluarga dan akhirnya individu.
2. Dari sosial,masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan pelbagai amalan buruk seperti minum
arak,berzina bergaduh dan sebagainya .Mereka mengamalkan sisitem berkabilah,iaituunit sosial
yang bertanggungjawab mengawal keseluruhan kehidupan masyarakat Arab.Sistem ini berasakan
pertalian darah dan perhubungan(assabiyah),iaitu berbangga d4engan kabilah sendiri dan
memandang rendah pada kabilah lain .Keadaan ini menyebabkan sering kali berlaku peperangan
antara kabilah.Selain itu mereka juga mengamalkan kehidupan berasaskan kelas-kelas
tertentu.Misalnya golongan hamba mempunyai status yang paling rendah dan mereka akan
dipergunakan sesuka hati.Mereka juga memandang rendah kepada kaum wanita dan oleh itu mereka
menanam bayi perempuan hidup-hidup.
3. Dari segi kepercayaan ,agama menyembah berhala adalah agama yang paling utama diamalkan oleh
masyarakat Arab Jahiliah.Antara berhala tersebut adalah al-latta ,al-uzza,al-masnat ,dan
hubal.Agama Majusi yang berasal dari Parsi dianuti oleh penduduk Oman ,Yaman dan Bahrain .
selain itu masyarakat Arab juga mengamalkan tilik nasib .
7
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
4. Politik masyarakat Arab berdasarkan kepada kabulah Syeikh kabilahmeruypakan ketua yang
bertanggung jawab ke atas segala yang berkaitan dengan kabilah .Masyarakat Arab yng tinggal
berhampiran dengan kuasa-kuasa asing seperti Rom dan Parsi sering dijajah.Hanya kota Mekah
sahaja yang bebas dari sebarang penjajahan .Masyarakat Arab Jahiliah tidak mempunyai system
politik yang seragam. Secara umumnya perbezaan ini berlaku kerana kedudukan daerah ,keturunan
yang memerintah atau kuasa –kuasa asing yang menjajah .Kawasan padang pasir yang didiami oleh
masyarakatBadwi mempunyai system politik yang primitif sesuai dengan saiz kecil organisasi
mereka.Sistem pemerintahan mereka hanya tertakluk dengan kabilah mereka sendiri.
5. Keadaan ekonomi pula agak terjejas akibat daripada penjajahan kuasa asing dan peperangan sesama
sendiri.Keruntuhan empangan Maarib diYaman telah menyebabakan kegiatan pertanian terjejas
.Walau pun kegiatanperdagangan masih lagi berjalan ,namun amalan riba dan penipuan di amalkan
secara berleluasa.Bagi orang badwi yang hidup secara nomad,mereka banyak bergantung kepada
penternakan kambing biri-biri .Walau bagaimana pun kerana tekanan hidup mereka tururt
menjalankan aktiviti merompak kafilah-kafilah perdagangan .
B. Masyarakat Arab selepas kedatangan Islam
1. Dalam masyarakat Islam,semua individu terangkum dalam ummah islamiah.Unit-unit kecil yang
dibahagikan mengikut kabilah atau bani masih wujud sebagai cirri keturunan tetapi bukan sebagai
asas pembahagian masyarakat.
2. Islam membawa perubahan yang besar kepada masyarakat Arab .Dari aspek sosial,Islam sangat
menekankan perkara-perkara seperti hak untuk hidup ,hak untuk bebas, pemeliharaan maruah dan
peribadi ,hak berfikir dan mengeluarkan pendapat ,hak samarata dan hak untuk mendapat
keadilan.Misalnya,dari segi hak untuk hidup,seseorang manusia tidak boleh m,embunuh sesuka
hati.Lebih penting lagi,Islam telah menghapuskan hak assabiyah dan ditukar dengan konsep ukhwah
Islamiah.perhambaan di hapuskan dan kedudukan wanita di pertingkatkan .Ini membantu kearah
pembentukan imej masyarakat yang bertamadun .Tanggungjawab individu bukan sahaja kepada
dirinya, keluarganya,tetapi juga kepada jirannya walau pun jirannya itu berlainan bangsa atau agama
.
3. Dari segi politik ,politik Islam berasaskan kerpada konsep khalifah.Seseorang khalifah bukan hanya
diamanahkan untuk memerintah dan memimpin rakyat bahkan mentadbir alam dan menegakkan
keadilan.Pemerintah bertanggungjawab menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.Kerajaan
Islam Madinah adalah berasaskan kepada Perlembagaan Madinah.Segala keputusan negara
diputuskan dan dilaksanakan melalui konsep syura.Undang-andang utama yang digunakan untuk
menjalankan pemerintahan negara adalah berasaskan undang-undang Al-quran.
4. Dari segi ekonomi,Islam menjalankan ekonomi berasaskan syariah bagi melindunga rakyat daripada
peninidasan dan ketidak adilan .Aktiuviti ekonomi menjadi jambatan antara kebahagiaan di dunia
dan akhirat .Keadaan ini membolehkan aktiviti ekonomi di jalankan dengan baik dan harmoniis
kerana manusia takkut akan balasan Allah di akhirat nanti jika mereka melakukan penipuan dan
amalan riba dalam perniagaan mereka .Penerapan nilai ekonomi Islam di Madinah pada zaman nabi
se4hingga menjadikan kota tersebut sebagai pusat perdagangan yang penting.Perlaksanaan ekonomi
Islam yang bebas daripada riba dan penipuan itu telah menarik pedagang –pedagang luar untuk
dating berniaga di Madinah.
8
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
5. Dari segi agama,agama Islam juga telah berjaya membentuk satu masyarakat yang berasaskan satu
kepercayaan dan satu cara hidup yang meliputi segala aspek kehidupan.Daripada konsep tauhid lahir
sifat ta‟abbud iaitu penyerahan diri kepada allah melalui konsep ibadah.Kepercayaan karut yang
menjadi unsure peraturan tradisi masyarakat jahiliah tidak lagi wujud .Apa yang digunakan sebagai
asas panduan peraturan dalam semua aspek kehidupan ialah undang-undang Allah yang disyariatkan
melalui wahyu.
Kesimpulan
Kehidupan masyarakat arab sebelum dan sesudah kedatangan agama Islam jelas sangat jauh
berbeza. Kedatangan Islam sebenarnya membawa rahmat kepada semua
manusia.sesungguhnya kedatangan Islam telah mengubah corak hidup masyarakat arab
daripada kejahilan kepada kebenaran yang setyerusnya menjadi kepada kewujudan sebuah
masyarakatv yang benar-benar bertamadun.
9
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
6. Bincangkan struktur dan komposisi masyarakat Arab Mekah dan Madinah sebelum kedatangan
Islam.
Pendahuluan
1. Masyarakat merujuk kepada sekumpulan masyarakat kecil atau besar yang membentuk satu unit
sosial.
2. Sebelum kedatangan Islam,masyarakat Arab di Mekah/Madinah hidup dalam kelompoknya yang
tersendiri
3. Struktur dan komposisi masyarakat Mekah dan Madinah sebelum kedatangan Islam tidak banyak
perbezaannya. Mereka hidup dalam beberapa kelompok berasaskan suku dan puak masing-masing.
Isi
A)Struktur dan komposisi masyarakat Arab Mekah
Kota Mekah mula di duduki oleh manusia sejak kira-kira 2400 tahun yang lain. Penduduk terawal
ialah puak Amaliqah diikuti oleh puak Jurhum,Bani Khuzaah dan kaum Quraish.Kaum Quraish
merupakan kelompok terbesar yang mendiami kota Mekah di bawah kepimpinan Quraisy Bin
Kilab.Puak Quraisy yang termasyur terdiri daripada Bani Hasyim,Bani Umaiyyah,Bani Yaqzah,Bani
Adi dan Bani Tayim W.M.Watt dalam bukunya „Muhammad at Mecca‟telah membahagikan kaum
Quraisy Mekah kepada 3 kelompok yang mempunyi sikap dan kedudukan yang berbeza dari segi
social,politik dan ekonomi. Kumpulan pertama terdiri daripada keturunan Bani Hasyim merupakan
kumpulan yang kurang berada tetapi memegang tampuk pemerintahan kota Mekah. Kumpulan kedua
terdiri daripada keturunan Abd Syam merupakan golongan berada dan sering menentang kumpulan
pertama. Kumpulan ketiga terdiri daripada keturunan Makhzum juga merupakan golongan berada
yang sering berpakat dengan kumpulan kedua menentang kumpulan pertama .Setiap kumpulan hidup
secara berpuak mengikut suku masing-masing(sistem kabilah)yang diketuai oleh seorang syeikh
kabilah. Struktur dan komposisi penduduk Mekah di atas amat penting dalam melihat keadaan
masyarakat sebelum Islam kerana penduduk mekah merupakan masyarakat yang pertama menerima
pengaruh Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
B)Struktur dan komposisi masyarakat Madinah
Kota Madinah merupakan sebuah Wadi yang terletak dipertengahan jalan perdagangan di antara
Syam di Utara dengan Mekah di Selatan .Kedudukannya yang strategik dari segi perdagangan di
samping tanah yang subur itu menyebabkan ramai yang berhijrah dan tinggal di situ. Pada amnya
masyarakat madinah terdiri daripada bangsa Arab dan Yahudi dan setiap kelompok ini terbahagi
kepada beberapa puak, suku dan sub suku.
1)Bangsa Arab
Terdiri daripada suku Aus dan Khazraj(Bani Qailah).Berasal dari selatan Semenanjung
Arab.Mereka menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan lama kelamaan menjadi maju dan kuat
10
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
sehingga akhirnya berjaya menguasai kota Madinah yang sebelum ini diperintah oleh orang Yahudi.
Kejayaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati kaum Yahudi,lalu melaga-lagakan suku Aus dan
Khazraj sehingga berlaku perbalahan dan peperangan sesama mereka. Keadaan ini berlaku
sehinggalah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke kota Madinah pada 622 M.
2)Bangsa Yahudi
Berasal dari Palestin dan berhijrah ke Madinah selepas tersebarnya agama Nasrani di Palestin.
Mengandungi 20 suku,yang terbesar ialah :
a)Bani Qainuqa’
Kumpulan pertama tiba di Madinah dan merupakan puak terbesar serta paling berpengaruh di
Madinah. Mereka membuka petempatan di kawasan barat daya Madinah berhampiran dengan
Musalla. Pekerjaan mereka ialah berdagang, berniaga atau bertukang. Mempunyai angkatan tentera
yang kuat serta memihak kepada kaum Khazraj.
b)Bani Nadhir
Kumpulan kedua tiba di Madinah. Berpindah ke Madinah akibat tekanan tentera Rom yang menganut
agama kristian di Palestin. Mereka membuka petempatan di bukit Al-Nadir, pekerjaan mereka ialah
bertukang, bertani, dan berniaga. Mereka memihak kepada suku Aus.
c) Bani Quraizah
Kumpulan terakhir tiba di Madinah dan membuka petempatan di luar kota Madinah(Wadi Mahzur).
Mereka bergiat dalam sektor pertanian serta memiliki senjata dan makanan yang mencukupi.
Mereka memihak kepada suku Aus
Kesimpulan
Apa-apa yang berkaitan
TEMA 1 -(MANUSIA DAN MASYARAKAT )
1. Alam sekitar amat mempengaruhi kehidupan dan pembentukan masyarakat berkebudayaan
pada zaman prasejarah. Bincangkan kenyataan ini dengan merujuk contoh-contoh yang sesuai.
Pengenalan
11
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
1. Ahli kaji purba telah mengenalpasti beberapa tapak pra-sejarah di benua Afrika ( kebudayaan
Sangoans di Afrika Tengah dan Selatan kebudayaan Fauresmith di Afrika Timur, Rhodesia dan
Afrika Selatan ), Eropah Barat ( Perancis dan Sepanyol Utara ), Asia ( Choukoutien, China Utara –
Pithecanthropus Pekinensis ) dan Jawa. Bekas fosil manusia serta alat perkakas, tempat kediaman,
sumber makanan, lukisan, organisasi sosial dan kepercayaan agama dikaji dan menjadi asas corak
kehidupan yang berbeza antara zaman Paleolitik Awal dan Akhir, Mesolitik dan Neolitik. Homo
sapiens dikatakan muncul pada zaman geologi Pleistocene.
2 Zaman prasejarah dikatakan sebagai sebahagian masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam
bentuk tulisan iaitu sebelum sejarah ataupun sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod-rekod
bertulis. Bukti-bukti zaman prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil
yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi.
3. Zaman Paleolitik merupakan zaman prasejarah awal manakala zaman Neolitik adalah zaman
prasejarah akhir. Zaman Paleolitik dikatakan bermula sekitar tahun 500,000 SM hingga 10000 SM
dan dibahagikan kepada dua iaitu Zaman Paleolitik Awal dan Zaman Paleolitik Akhir. Empat spesies
manusia yang penting pada zaman ini ialah Pithecanthropus Erectus ( Jawa Man ), Sinanthropus
Pekinensis ( Peking Man ), Fontechevade dan Homo Neanderthalensis. Zaman Neolitik pula
dianggarkan bermula sekitar tahun 7000 SM apabila manusia mula bergantung kepada pertanian
sebagai sumber makanan utama.
Isi
1. Pengaruh alam sekitar kepada petempatan masyarakat Paleolitik. Mereka berpindah randah/
nomad disebabkan pada tahap Plestosen dimana muka bumi dilitupi ais/air batu. Ini membolehkan
manusia berpindah randah dalan lingkungan yang luas. Apabila berlaku pencairan air batu, beberapa
kawasan daratan telah ditenggelami air. Cara hidup nomad juga disebabkan oleh keperluan mencari
bahan makanan.Dalam masa yang sama kewujudan gua-gua dan sungai-sungai turut mempengaruhi
pembinaan petempatan. Pada zaman Neolitik manusia mula membina petempatan yang tetap dan
seterusnya wujud kampung-kampung sebagai petempatan awal.
2. Pengaruh alam sekitar dalam menghasilkan peralatan seharian. Pada zaman paleolitik manusia
menggunakan batu-batu dan tulang-tulang haiwan sebagai peralatan seharian. Pada zaman logam
mereka mula menggunakan logam untuk membuat senjata. Perkembangan dalam bidang pertanian
pula membawa kepada penciptaan teknologi pertanian seperti cangkul.
3. Pengaruh alam sekitar dalam aktiviti ekonomi. Pada zaman Paleolitik manusia memperoleh bahan-
bahan makanan berdasarkan sumber alam semata-mata seperti menerusi kegiatan berburu,
menangkap ikan dan memungut hasil hasil hutan. Pada zaman neolitik manusia mula menghasilkan
bahan-bahan makanan menerusi kegiatan pertanian dan penternakan.
4. Pengaruh fenomena alam
suhu yang sejuk mempengaruhi pembuatan pakaian dengan menggunakanbkulit/bulu haiwan
Pengalaman kebakaran dari kejadian petir mendorong penciptaan alat untuk menghasilkan
api.
12
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
5. Alam mempengaruhi lahirnya satu bentuk kepercayaan dalam diri manusia. Kehidupan berlegar di
sekeliling alam sekitar bergantung kepada sumber tersebut menyebabkan percaya benda di
sekeliling mereka mempunyai semangat yang harus dihormati. Hutan,pokok gunung matahari, laut
angin dan sebagainya mempunyai semngat atau penjaga yang harus dihormati dan dipelihara agar
tidak merasa marah. Jika sebaliknya kehidupan mereka akan menjadi sukar atau ditimpa bencana.
Lahirlah upacara-upacara pemujaan, tarian atau persembahan agar semangat baik kekal melindungi
mereka.
6. Pengaruh dalam sistem perhubungan. Pemilihan tempat tinggal yang berdekatan dengan sungai dan
laut dipengaruhi oleh keperluan perhubungan.
Kesimpulan
Apa sahaja yang berkaitan
2. Tamadun Mesopotamia,Tamadun Mesir,Tamadun Indus dan Tamadun Hwang Ho
merupakan tamadun terawal manusia. Jelaskan konsep tamadun dan huraikan
ciri-ciri utama tamadun dunia.
Pengenalan
Latar belakang tamadun awal
13
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
-mula berkembang selepas wujud bahasa dan tulisan bincangkan pendapat Gordon Childe.
-sebelum tamadun manusia hidup berselerak dalam kelompok2 kecil di tempat berlainan
-ciri-ciri kebudayaan,kebendaan dan kerohanian berbeza antara mereka
Isi
A Konsep tamadun
- merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi kemajuan,pemikiran,kebendaan,politik,ekonomi
dan social
- kebanyakan sejarawan menyimpulkan tamadun sebagai satu kumpulan manusia yang hidup
bermasyarakat dalam keadaan aman,tetap dan tersusun
- Beaty dan Johnson(1971)-tamadun ada kaitan dengan kebudayaan kota dan tulisan
Redfield (1969)-tamadun cara hidup yang dapat dikritiriakan
- Ringkasnya-tamadun ada kaitan dengan pencapaian manusia dalam pelbagai aspek seperti yang
terdapat dalam Tamadun Mesir,Mesopotamia,Hwng Hwo,Yunani,Rom dan Indus
B Ciri-ciri Tamadun
1 Urbanisasi
- hidup tetap disesuatu tempat
- Pertanian,penternakan dan perdagangan
- penempatan kekal dibantu oleh Revolusi Pertanian membawa kemunculan Bandar-bandar seperti
Memphis,Thebes dan Dhilkah
2 Pengkhususan kerja
- anggota masyarakat punyai tugas/peranan masing-masing seperti petani,askar dan artisan
- mempercepatkan proses urbanisasi
3 Organisasi sosial
- struktur tersusun membuktikan masyarakat dan capai tamadun
- wujud golongan pemerintah dan diperintah membantu pentadbiran berjalan lancar
- biasanya raja paling atas diikuti bangsawan (pentadbir) ahli agama/pendeta(upacara
keagamaan),rakyat biasa (kegiatan ekonomi masing-masing) dan paling bawah hamba
- kewujudan organisasi mewujudkan system perundangan untuk disiplinkan masyarakat
contohnya Mesopotamia masa Raja Hammurabi
4 Sistem tulisan
- peringkat awal tulisan walaupun dalam bentuk symbol banyak digunakan untuk merekodkan sesuatu
- contoh,tulisan Hieroglif[Mesir] digunakan untuk rekod upacara keagamaan dan harta kuil
5 Agama dan kepercayaan
14
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
- amalan politeisme (sembah dewa / dewi )
- dewa/dewi dipercayai mempengaruhi kehidupan dan jika tidak disembah akan berlaku malapetaka
- contoh; tamadun Indus sembah dewi bermuka tiga
6 Kemajuan sains dan teknologi
- pandai cipta alatan seperti roda ,layar kapal,terusan dan tembok
- kesemua alatan ini banyak tinggalkan kesan terhadap pertanian, pengangkutan dan perdagangan
- biasanya rajalah yang m,emainkan peranan penting dalam pembentukan dan kemajuan dalam bidang
ini
7 Estetika
- dapat dilihat dari segi seni bina,seni ukur dan sastera
- contoh : Mesopotamia (Epik gilyamesh-tentang Illiad dan Odyssey oleh Homer)
Kesimpulan
- terdapat banyak ciri tamadun meliputi ciri social,ekonomi dan politik yang mengambarkan
kewujudan dan perkembangan tamadun
- ciri-ciri ini membawa peningkatan tamadunb seterusnya
3. Jelaskan konsep tamadun . Huraikan bagaimana ahli ahli arkeologi membuktikan wujudnya
sesebuah tamadun awal manusia yang terdapat di lembah lembah utama di dunia
Pengenalan
- Sebelum munculnya tamadun awal manusia terdapat kelompok kelompok masyarakat yang berselerak
dimerata rata tempat , menunjukkaqn bentuk – bentuk kebudayaan , kebendaan dan kerohanian yang
berbeza . Semasa zaman neolitik terdapat perbezaan – perbezaan yang di sebabkan oleh percubaan
manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka ndengan unsure unsure kehidupan .
15
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
- Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusia
pada tahap neolotik . Ini memberikan suatu asas perkembangan suatu corak masyarakat yang jauh lebih
kompleks daripada perkampungan sebelumnya
Isi
A). Konsep Tamadun
- Tiada satu konsep dan takrifan yang muktamad . Salah satunya takrifnya oleh Gordon Childe , seorang
ahli arkeologi Australia mengaitkan tamadun dengan proses perbandaran. Menurutnya , tamadun
melambangkan suatu tahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian dari dan persekitarannya .
Pada tahap itulah manusia berkumpul di sesuatu pusat yang dapat memenuhi kehendak mereka iaitu
untuk memperbaiki tahap kehidupan , interaksi yang berlaku menghasilkan pertambahan pengetahuan
dan pengalaman yang dapat melengkapi diri mereka dengan cultural poteitial untuk kehidupan yang lebih
sempurna , pengkhususan kerja berlaku dengan pengeluaran berlebihan , kegiatan pertanian serta
pertumbuhan seni , sains dan teknologi
- Contohnya masyarakat Mesir dan Sumeria menjadi lebih teratur apabila suatu bentuk kerajaan timbul
dengan munculnya golongan paderi yang dianggap sebagai pelindung masyarakatnay manakala agama di
gunakan sebagai kuasa untuk mengawal golongan ramai dan perkembangan corak ekonomi
- Selain itu , terdapat pula ahli arkeologi menjelaskan konsep tamadun melalui pembinaan bangunan -
bangunan untuk memenuhi fungsi agama , sosial , politik dan ekonomi dan tulisan untuk merekod
pengalamannya untuk kegunaan jangkamasa panjang . Proses perbandaran membolehkan manusia
maenghadapi cabaran cabaran fizikal dengan lebih berkesan dan menggunakan kebolehannya
untuk menentukan takdir mereka
B). Cara ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal manusia
1. Melalui kaedah cari gali
Ahli arkeologi dapat membuktikan kewujudan tamadun tamadun awal melalui kaedah cari gali atau
eskavasi ( Excavation) . Ini dapat dilihat melalui kaedah tinjauan dan kaedah cari gali di tapak tapak
yang di kenalpasti sebagai tapak arkeologi . Kaedah carigali ini adalah melalui plot atau trench 2 x 2
meter , penggunaan alat seperti scraper , penapuis , berus ,dan sebagainya
Melalui kaedah carigali ahli arkeologi dapat menemui artifek artifek seperti serpihan tembikar ,
tulang binatang , rangka manusia , bangunan lama dan sebagainya . Bagi menentukan usia atau tempoh
artifek sebagai bukti kewujudan tamadun , ahli arakeologi menggunakan kaedah atau sejenis alat yang
dikenali sebagai radio carbon dating atau “ C14”
2. Penemuan arkeologi
Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tingglan – tinggalan
arkeologi . Penemuan arkeologi ini adalah bukti yang paling penting dan jelas dapat menentukan di satu
satu tempat itu pernah wujud . Penemuan arkeologi dapat dibahagikan kepada 3 jenis seperti artifek ,
inskripsi dan monument
Artifek merupakan tinggalan sejarah yang kecil atau halus yang di temui di tapak arkeologi seperti
serpihan tembikar , manik – manik , fosil – fosil , kapak batu dan lain lain . Inskripsi pula merupakan
16
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
tinggalan arkeologi yang bersifat sederhana besar dan mempunyai catatan yang tertentu seperti batu
nisa , perkuburan , batu bersurat dan sebagainya . Monumen pula merujuk kepada tinggalan sejarah
yang berbentuk bangunan seperti runtuhan istana , kuil atau rumah berhala , tugu peringatan dan
sebagainya.
Contohnya kewujudan tamadun Mesir melalui penemuan artifek dan monument purba seperti
pyramid , kuil – kuil , istana firaun , spinx dan sebagainya
3. Penemuan sains dan teknologi
Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun awal adalah melalui tinggalan – tinggalan
sains dan teknologi yang di capai oleh masyarakat lampau . Kebanyakkan masyarakat lampau sudah
menguasai ilmu Sains tinggi seperti dalam bidang kejuruteraan bangunan , perubatan , matematik ,
astronomi , fizik ,kimia dan sebagainya
Ini secara tidak langsung mereka berjaya menghasilkan ciptaan – ciptaan sains dan teknologi untuk
meningkatkan tamadun mereka yang kemudian menjadi lambang atau simbol kehebatan sesebuah
tamadun
Misalnya Orang Mesir terkenal dalam kimia , perubatan , kejuruteraan dan astronomi yang
membolehkan ahli sejarah menemui tinggalan seperti pyramid , spinx dan “mumia” .Tamadun Hwang Ho
di buktikan melalui pernemuan sains dan teknologi seperti tinggalan bangunan purba , kerta , jade ,
kompas dan sebagainya
4. Penemuan tapak – tapak kota atau bandar purba
Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tapak tapak kota atau
bandar purba yang mempunyai pelbagai kemudahan dan kelengkapan . Antaranya seperti Istana , Rumah
ibadat , kubu pertahanan , bangunan perntadbiran , tugu peringatan dan sebagainya .Tapak tapak kota
ini adalah berbentuk monument yang lengkap .Bahkan penemuan inin, mengikut ahli arkeologi sebagai
lambang keagungan sesebuah tamadun awal seperti Mesir , Sumeria , Indus dan lain lain
Contohnya arkeologi menemui tapak kokota purba Harappa dan Mohenjo daro sebagai bukti
wujudnya tamadun Indus di Lembah Sungai Indus pada tahun 300sm .Tamadun Sumeria melalui tapak
kota purba Babylon di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates
5. Sistem tulisan
Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal juga melalui penemuan sisitem tulisan yang
terdapat pada tinggalan arkeologi seperti batu bersurat , tugu peringatan , istana ,kuil , surat
perjanjian dan sebagainya . Tulisan mengikut Darcy Riberio adalah lambang dan menifestasi sesuatu
bangsa.
Bentuk tulisan yang terawal adalah dari bentuk simbol – simbol atau lambang yang di cantumkan
menjadi maksud tertentu .Antaranya tulisan yang terawal seperti hiegolif (Mesir) Ideogram ( Sumeria)
17
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
Ideogram(Hwang Ho) Phoenicia (Yunani) dan sebagainya . Bentuk tulisan purba ini ditemui pada batu
batu bersurat , tugu peringatan , rumah rumah ibadat , kubur , bangunan dan sebagainya .
Contohnya ahli arkeologi dapat mengkaji perkembangan tamadun Mesir melalui penemuan batu
bersurat yang dikenali sebagai “Rosseta Inskription” dan tulisan tulisan yang terdapat pada dinding
pyramid
6. Aktiviti Ekonomi
Ahli arkeologi dapat juga membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tingalan
tingalan yang berkaitan dengan ekonomi masyarakat purba .Antaranya melalui sistem pertanian ,
perdagangan , matawang , pengangkutan dan sebagainya
Contohnya tamadun Sumeria sering dikaitkan dengan aktiviti perindustrian tekstil dan senjata ,
kejayaan mencipta kenderaan beroda yang dikenali “chariot” , penggunaan kapal layar dan lail lain
.Tamadun Rom dapat di kesan melalui penemuan artifek yang ada kaitan dengan ekonomi seperti wanf
syiling emas dan perak dan sebagainya
7. Agama dan Kepercayaan
Ahli arkeologi membultikan kewujudan tamadun melalui agama dan kepercayaan . Ini kerana setiap
tamadun atau masyarakat awal mempunyai agama masing masing . Biasanya mereka juga akan
meninggalkan kesan kesan ekonomi yang dapat menjadi bahan kajian kewujudan tamadun mereka
.Antaranya seperti tinggalan rumah ibadat seperti kuil , berhala , patung dewa atau tuhan , tempat
pemujaan dan penyembahan , alat alat penyembahan dan sebagainya . Kebanyakkan bukti bukti dijadikan
bahan rujukan utama kepada ahli arkeologi untuk mengkaji pemikiran budaya , cara hidup , nilai sosial ,
adapt dan sebagainya
Contohnya Tamadun Sumeria dapat di kaji penemuan rumah berhala yang dikenali sebagai
“ziggurat” yang merupakan bangunan berbentuk pyramid tujuh tingkat , tamadun Mesir melalui
penemuan kompleks kuil dan patung dewan di bandar keagamaan purba Mesir di Kurnak dan Memphis
dan sebagainya
Kesimpulan : Apa-apa yang berkaitan
4. Faktor persekitaran telah memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat zaman
prasejarah. Bincangkan.
Pengenalan
- Berikan maksud tamadun.
- Berikan maksud masyarakat pra sejarah,tahap dan bukti kewujudan
- Contoh2 masyarakat pra sejarah yang wujud di merata tempat.
- Manusia dan alam sekitar memang tdk dapat dipisahkan
18
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
- Faktor Persekitaran mempengaruhi pembentukan tamadun masyarakat pra sejarah.
Isi
a) Cara hidup
- Mengamalkan cara hidup nomad,bergerak dlm kump kecil mencari bekalan makanan,tempat
tinggal(atas pokok,gua) dan sebagainya untuk meneruskan hidup.
- Masyarakat memungut.Bergantung kepada unsure alam untuk mendapatkan sumber
makanan,minuman dan pakaian.Contoh memungut buah-buahan hutan,pucuk-pucuk kayu,menangkap
ikan,dan memburu binatang.
- Masyarakat pra sejarah mengalami perubahan dari nomad kepada hidup menetap,menjalankan
penternakan,bercucuk tanam ,sistem sosial,budaya dan sebagainya.
b) Tempat tinggal
- Masyarakat pra sejarah bergantung kepada alam sekitar untuk tujuan perlindungan dan tempat
tinggal seperti dalam gua-gua batu (Gua Cha di Kelantan,Gua Niah di Sarawak,Kota Tampan di
Perak)
- Bagi masyarakat pra sejarah akhir lebih kreatif dan inovatif membina petempatan kekal di lembah-
lembah sungai (Lembah Sg Nil,Lembah Sg Indus dan lain2.
c) Peralatan
- Masyarakat pra sejarah menggunakan sumber-sumber alam untuk menghasilkan peralatan seharian
mereka(kajian arkeologi di tapak-tapak penempatan awal manusia)menjumpai batu-batu pipih yang
tumpul,tulang-tulang binatang,dan kayu keras seperti kapak batu,beliung dan sebagainya untuk
memudahkan pekerjaan mereka.
- Masyarakat pra sejarah akhir sudah memperlihatkan perubahan dalam teknologi pembuatan
seperti kapak batu ,lembing yang sudah halus,licin dan ditajamkan.
- Mereka juga sudah pandai menggunakan tanah liat untuk menhasilkan pinggan mangkok,tempayan
dan sebagainya.
d) Kepercayaan dan agama.
- Kepercayaan dan amalan masyarakat pra sejarah jelas dipengaruhi oleh unsure alam.Kepercayaan
animisme seperti adanya kuasa ghaib ,objek tumbuhan,sungai,cakerawala dan lain-lain.
- Kejadian gempa bumi,banjir besar dan sebagainya dikaitkan dengan kuasa ghaib
- Mereka mencipta berbagai cara untuk menghindar perkara tersebut (upacara puja semangat
,membuat pengorbanan manusia ,binatang dan lain-lain.)
e) Tulisan dan bahasa
- Sistem tulisan dan bahasa berkembang seiring dengan perkembangan masyarakat pra sejarah
sebagai media perhubungan.Manusia memerhati fenomena alam sekeliling dan dirakamkan dalam
bentuk lukisan ,titik ,objek,symbol atau lambing di dinding-dinding gua tempat tinggal mereka.
19
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
- Sistem tulisan yang muncul dalam perkembangan masyarakat selanjutnya jelas dipengaruhi oleh
alam seperti tulisan pepaku dalam tulisan Mesir
Kesimpulan
-Apa sahaja yang berkaitan
5. Bincangkan ciri-ciri utama sistem pembandaran dalam Tamadun Mohenjo Daro – Harappa dan
Tamadun Rom.
Pengenalan
1. Bandar adalah satu unit politik, satu pertempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau
suatu kelompok rumah tempat kediaman atau lain-lain struktur.
2. Pembandaran merujuk kepada proses pertumbuhan dan pembinaan bandar.
20
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
3. Setiap bandar di tamadun manusia mempunyai ciri-ciri tersendiri.
4. Terdapat bandar terancang seperti di dalam Tamadun Indus yang dianggap sebagai dua bandar
terancang yang terawal di dunia.
Isi
Ciri-ciri Pembandaran Tamadun Mohenjo Daro dan Harappa.
1. Keadaan Ekologi
- Keadaan ekologi yang sesuai dengan keadaan tanah yang suburdan iklim yang sesuai adalah
penting dan merupakan faktor kewujudan bandar dengan ciri-cirinya yang tersendiri. Ciri-
ciri bandar dipengaruhi oleh kemajuan dalam bidang teknologi seperti pengairan, seni bina
dan lain-lain.
2. Keadaan Bangunan
- Binaan yang biasa dibina terdiri daripada binaan bermutu tinggi. Kebanyakannya mempunyai
saiz 11 x 5.5 x 2.5 atau 9.2 x 4.5 x 2.2 inci. Ia didirikan dalam blok-blok empat persegi.
3. Rumah
- Kebanyakan rumah dibina mengikut pelan dan menggunakan batu yang bermutu.
4. Kemudahan Infrastruktur
- Didirikan dewan perhimpunan dan tempat mandi
- Mempunyai tempat atau kolam mandi awam „ Great Bath ‟ yang berukuran 39 kaki panjang,
23 kaki lebar dan 8 kaki dalam.
- Mempunyai bilik mandi untuk para paderi / golongan agama.
- Mempunyai sistem saluran najis
- Mempunyai sistem perparitan ( longkang tertutup )
- Mempunyai pasar
- Mempunyai rumah kongsi.
Ciri-ciri Pembandaran Rom
1. Keadaan Bangunan
- Dibina daripada bahan tidak mudah terbakar.
- Dikelilingi oleh anjung yang bertiang yang cantik/ berseni
21
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
2. Keadaan Rumah
- Dibina mengikut pelan.
- Menggunakan batu kapur yang dikenali sebagai House of Sallust.
3. Kemudahan Infrastruktur
Dibina :
- Dewan awam dan pejabat
- Tempat mandi awam
- Tandas awam
- Tempat bekalan air
- Sistem saluran najis
- Rumah berhala
- Sistem perparitan.
- Pasar-pasar
- Pusat teater
- Sarkas
- Panggung
- Istana.
Kesimpulan
- Tamadun Mohenjo Daro – Harappa dan Rom telah mencapai kemajuan dalam pembandaran. ( Apa-
apa kesimpulan yang sesuai ).
6. Jelaskan tentang ciri-ciri pembandaran Tamadun Rom yang berasaskan kemewahan dan
keagungan.
Pendahuluan
22
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
1. Bandar ialah satu unit politik,satu petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau satu
kelompok rumah tempat kediaman atau lain-lain struktur binaan.-menurut Detwyler dan Marcus
dalam Pembandaran dan Persekitaran: Geografi Fizikal Bandar.
2. Masyarakat Rom adalah satu masyarakat yang mementingkan sifat praktikal . ini dapat dilihat
berdasarkan bandar-bandar yang dibangunkan dengan begitu unik dan dilengkapi dengan segala
kemudahan.Rom terkenal dengan rumah berhala, ampiteater, sarkas ,koliseum, forum dan lain-lain.
3. Pembinaan bandar-bandar di Rom adalah dipengaruhi oleh pertambahan penduduk,undang-undang
yang mewajibkan bahan-bahan binaan yang tidak mudah terbakar, kesungguhan dan kemewahan
golongan menengah atas yang bebas mencantikkan dan menaikkan imej bandar serta pengawasan
Majlis Perbandaran. Secara umunnya , proses pembandaran Rom banyak dipengaruhi faktor
politik, sosial dan kebudayaan .
Isi
1. Masyarakat Rom sangat mementingkan soal keselesaan dalam proses pembentukan bandar iaitu
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Biasanya bandar-bandar di Rom mempunyai badan
pentadbiran masing-masing iaituMajlis pembandaran. Pembangunan bandar mendapat sokongan dan
bantuan daripada golongan kelas menengah yang memiliki kekayaan bagi mencantikkan dan
menceriakan bandar mereka. Pada umumnya setiap bandar mempunyai beberapa gedung khusus
seperti rumah berhala, istana, dewan teater, sarkas, forum dan kolam mandi awam.
2. Di kawasan tengah bandar terdapat pasar, pejabat, dan dewan awam yang digunakan untuk tempat
perjumpaan sekaligus berfungsi sebagai mahkamah, perpustakaan, rumah berhala dan forum.
Bangunan kedai dibina di kawasan yang berasingan untuk para penianga menjalankan aktiviti
perniagaan. Pembangunan bandar tidak mengetapikan prasarana untuk hiburan dan riadah
wargakota. Terdapat beberapa cobtoh seperti Colosseum yang siap dibina pada tahun 80 masihi.
Bangunan ini mempunyai cirri-ciri istimewa yang berbentuk melengkung seperti gelanggang.
Colosseum boleh memuatkan kira-kira 50,000 orang penonton pada satu-satu masa. Biasnya di
Colosseum diadakan pertandingan antara pahlawan ( Gladiator ). Di samping itu banduan daripada
penjaga dipanggil untuk bertanding sesame mereka denganmenggunakan senjata dan pemenang akan
ditentukan setelah lawan mati.
3. Pembangunan bandar begitu terancang termasuk soal pemilihan bahan binaan. Contohnya pada
tahun 64 masihi, terdapat undang-undang yang mewajibkan semua bangunan dibina menggunakan
bahan-bahan yang tidak mudah terbakar. Mereka juga menggunakan beberapa nahan khas seperti
simen dan batu marmar untuk mengukuhkan dan mencantikkan lagi bangunan-bangunan. Contohnya
di Bandar Pompeii, bangunan dibina dengan menggunakan batu kapur.
4. Kawasan bandar akan dihibungi oleh jalan raya yang lurus, lebar dan berturap. Di samping itu jalan
raya yang dibina untuk memudahkan perhubungan dengan seluruh empayar yang luas. Pasukan
tentera boleh dikerahkan ke mana-mana wilayah dalam empayar Rom dengan menggunakan
jalanraya.
5. Sistem bekalan air di bandar Rom merupakan yang termoden di dunia.saliaran air yang dinamakan
Aquaduct dibina merentasi kawasan pergunungan. Terdapat lebih kurang 10 buah Aquaduct di Rom.
Salah satu yang terkenal ialah Aqua Claudia yang wujud hingga kini. Air dialirkan melalui paip-paip
23
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
ke rumah dari tangki-tangki pembekal. 14 saluran air yang panjangnya 265 batu dengan
membekalkan 1000 juta air untuk menampung keperluan penduduk Bandar Rom. Air juga akan
disalurkan ke kolam mandi dan pancuran awam. Contohnya kolam mandi awam di Caracalla yang
mempunyai keluasan 11 hektar dan boleh memuatkan 1500 orang sekali mandi. Penduduk juga
menggunakan air untuk mengisar bijirin.
6. Setiap bangunan di bandar mempunyai ciri-ciri khas seperti kuil dewan Pantheon yang mempunyai
bumbung berbentuk kubah. Bangunan akan diserikan lagi dengan tiang-tiang yang mempunyai ukiran
indah dan patung manusia yang akan menghiasi pintu masuk kebandar. Pintu gerbang biasanya dibuat
empat haluan untuk memudahkan pergerakan keluar dan masuk ditambah bentuk kubah di bahagian
atas pintu gerbang.
Kesimpulan
Pembangunan bandar Rom begitu terancang untuk menimbulkan kesan keselesaan
kepada para penduduknya. Oleh yang demikian segala kelengkapan dan kemudahan akan dibina
demi mewujudkan keharmonian warganya. Keindahan bandar akan lebih terserlah dengan adanya
teknologi dan kemahiran khususnya senibina yang indah dan halus. Dasar pemerintahan Rom amat
mempengaruhi proses urbanisasinya . Apapun, pembandaran Rom begitu unik kerana semua yang
dibina pasti mempunyai kegunaan dan bebas digunakan oleh semua lapisan warga kotanya.
7. ‘Pembandaran adalah salah satu ciri masyarakat bertamadun’.Huraikan faktor-faktor yangg
membawa kepada perkembangan perbandaran dengan merujuk kepada Mesir,Mesopotamia dan
Indus.
Pengenalan
- Terdapat banyak definisi yang dikemukakan oleh sejarawan bagi istilah bandar dan pembandaran. Bagi
Detwyler dan Marcus menyatakan bandar adalah suatu unit politik , suatu penempatan yang didiami
24
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
oleh sejumlah penduduk atau satu kelompok rumah kediaman lain-lain struktur.Beliau menegaskan
bahawa bandar meliputi elemen semulajadi , sosial dan buatan manusia yg berkelompok dalam kawasan
yang mempunyai ramai penduduk.
- Bagi MAJ Beg dalam bukunya, “ Historic Cities of Asia ” menjelaskan bahawa bandar sebagai suatu
kawasan yang dihuni oleh penduduk yang ramai dan sebahagian besarnya boleh membaca dan menulis
dan mereka terlibat dalam aktiviti ekonomi bukan pertanian.
- Pembandaran pula merujuk proses pertumbuhan dan pembinaan bandar berlaku disebabkan oleh
pertambahan penduduk di bandar ekoran dari migrasi dan perkembangan yang berlaku dalam bandar.
Bagi Raja Mohd. Afandi, menjelaskan bahawa pembandaran adalah proses di mana terdapatnya orang-
orang tinggal dan berkerja seperti perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan awam.
- Dalam sejarah tamadun awal manusia seperti Mesopotamia, Mesir dan Indus, pembandaran merupakan
asas yang penting dalam pembinaan tamadun. Ini kerana bandar menjadi pusat pentadbiran dan
pertahanan seperti raja membina istana, pusat agama, kubu-kubu pertahanan, dan sebagainya.Selain
dari itu, ia berfungsi sebagai pusat politik keagamaan,pengangkutan,pendidikan dan perindustrian.
Isi
A) Faktor Perkembangan Perbandaran Di Mesir ,Sumeria dan Indus
- Bagi MAJ BEG dalam bukunya historic Cities Of Asia menggariskan tiga factor kemunculan bandar
dalam tamadun tersebut iaitu ekologi yang sesuai ,teknologi dan organisasi social :
1 Ekologi yang sesuai
- Penting utk pertanian/penternakan.Dipengaruhi olh tanah yang subur/iklim yg sesuai .Penting ntuk
menghasilkan makanan keperluan asas bagi kemunculan tamadun.
- Cth Mesir,bandar seperti Menphis dan Kernak dan lain2 wujud di sungai Nil krn faktor I
klim/tanah subur utk kemudahan org Mesir bercucuk tanam sejak zaman neolitik lagi.
- SUMERIA, factor ekologi dan alam semula jadi di kawasan lembah sungai tigris dan euphraters
menjelang tahun 4000 sblm masihi penduduk di selatan tlh berjaya mengeluarkan hasil prtanian
yang banyak dan mencukupi kperluan penduduk.. Ini menjadi faktor muncul lahir bandar sepert
akkadia,Babylon,Lagash dan lain2.
2. Kemajuan teknologi
- Berkait rapat dgn kemajuan teknologi yang dikuasai oleh masyarakat. Teknologi terawal ialah
system pengairan ,penternakan dan pertukangan .Sarjana barat sprt Gideon,Adams dan Braid
Wood yang berpendapat bahawa teknologi pengairan mnmjadi factor loncatan dalm bidang
pertanian yang menjadi mendorong pembinaan bandar di pinggir sungai .Perkembangan teknologi
pertanian merintis jalan kepada kepada teknolog yang seperti logam,tenunan,tekstil,dan tembikar.
25
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
- Cth seperti Sumeria wujud sistem pengairan yag baik telah yag menyebabkan kekurangan bekalan
air dan masalah banjir turut dapat diatasi.Kesannya kawasan pertanian semakin meluas di
lembangan sungai Tigris dan Euphrates dan membawa kemunculan bandar 2 baru di kawasan
tersebut.
- Kemunculan Bandar Harappa dan Mohenjo Daro adalah berkaitan rapat dgn teknologi .Ini kerana
kedua2 bandar tersebut berjaya dibina dgn sempurna mengikut pelan yang tersusun ,menggunakan
sistem garisan lurus disamping sistem peparitan dan saluran najis yg sempurna.
3. Organisasi sosial.
- Perbandaran di sebabkan oleh terdapatnya OS yang kompleks . Kemunculan kampong berasas
pertanian mewujudkan sistem sosial baru dibawah ketua atau raja
- Perkembangan pertanian yang maju memerlukan organisasi yang sisitematik unutk mengawalnya
.Oleh itu lahirlah bandar yang bertindak sebagai pengawal kegiatan tersebut dan bertindak sebagai
unit politik dalam menguruskan kerja kerja ekonomi seperti pembinaan pengairan , terusan , cukai
dan sebagainya
- Contohnya di Sumeria , bandar merupakan agen yang mengawal kegiatan pertanian dan sistem
pengairan seperti Lagash , Babylon ,Uruk , Huttusa dan lain lain . Berfungsi sebagai bandar satelit
kepada kegiatan pertanian .
- Dalam Tamadun Indus ,pengaruh sistem sosial dalam pembentukan bandar Harrapa dan Mohenjo
daro dapat dilihat melalui penyusunan penempatan kepada golongan pemerintah , pentadbiran ,
rakyat di samping kemudahan awam yang berbeza seperti seni bina bangunan , taman , tempat
mandi dan sebagainya .
- Di Mesir – kemunculan bandar seperti Akhetaton dan Netep membuktikan pengaruh elemen faktor
sosial dimana bandar bandar ini mempunyai tembok yangmembahagikan bandar mengikut zon iaitu
kawasan miskin dan kawasan kaya .Zon orang miskin mempunyai jalan raya yang padat , sempit dan
rumah yang rapat manakala zon golongan kaya terdapat banyak kemudahan awam , jalanraya yang
luas , rumah yang tersusun dan sebagainya
4. Peperangan
- Mengikut Robert M Adams , berpendapat kemunculan bandar bandar dalam tamadun awal adalah
berkaitan dengan peperangan yang sering berlaku . Peperangan menyebabkan pendudukan terpaksa
mendapat perlindungan dari ketua ketua tempatan yang kuat dan berpengaruh . Ketua atau Raja ini
mendiami kawasan yang strategik , selamat dan membina kubu pertahanan yang kukuh
- Penduduk juga tinggal di kawasan persekitaran yang diserapkan secara paksa kedalam bandar untuk
tujuan keselamatan , kawalan sosial , tingkatan undang undang dan sebagainya . Apabila penduduk
berpindah atau tinggal di kota kota tersebut , ia akan berkembang menjadi sebuah bandar
- Contoh di Sumeria , perkembangan pengairan di sekitar Sungai Tigris dan Euphrates telah
menimbulkan konfilk di kalangan komuniti yang tinggal di kawasan tersebut . Peperangan antara
Orang Sumeria dengan Semitik sering berlaku kerana punca air dan kawasan yang subur Kesannya
mendorong penduduk berpindah dan tinggal di kawasan sama untuk bagi mempertahankan diri dari
serangan musuh.
- Di Mesir perkembangan bandar Avaris di Selatan Mesir adalah lebih di pengaruhi oleh faktor
kententeraan .Mengikut Piere Montet , bandar tersebut mempunyai kem2 tentera dan kubu
pertahanan yg kukuh utk tujuan mempertahankan serangan drp Orang Mesir .
5. Ekonomi
26
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
- Mengikut Oppenheim ( 1964) menjelaskan bahawa perkembangan bandar adalah disebabkan oleh
kegiatan ekonomi kerana menjadi pelabuhan utama kawasan tersebut . Mempunyai banyak
kemudahan seperti pusat pentadbiran , tempat penginapan pedagang asing ,stor menyimpan barang
di samping mempunyai kedai kedai dan pasar pasar
- Di Mesir bandar Memphis merupakan bandar utama yang terletak di pinggir Sungai Nil yang
menjadi pusat pengumpul barang barang dari kawasan persekitaran dan pendalaman Mesir .
6. Keagamaan
- Kemunculan bandar bandar purba adalah disebabkan oleh faktor agama . Mengikut MAJ Berg (
1985) kebanyakkan bandar dalam tamadun awal adalah di pengaruhi oleh aktiviti keagamaan seperti
pusat ritual, bandar kelahiran diraja, bandar pemujaan dan sebagainya.
- Di Mesir misalnya kebanyakkan bandar dibina di tepi sungai Nil yang ada kaitan dengan agama yang
dianuti oleh Firaun .Antara ciri ciri bandar spt mempunyai rumah berhala , patung dewa , makan
Firaun dan sebagainya .Bandar Nekhen dan Nekheb di Selatan Mesir merupakan bandar spiritual
dan tempat asal raja raja Mesir . Bandar Memphis berkait rapat dengan tuhan Ptah .Bandar Abydos
sbg makam pengebumian tuhan Osiris
- Di India , bandar Harappa dan Mohenjo Daro mempunyai ciri ciri perkembangan keagamaan seperti
mempunyai kuil kuil , patung dewa dan sebagainya
Kesimpulan :
Apa apa sahaja yang berkaitan
8. Pembandaran adalah proses di mana penduduk tinggal dan bekerja di kawasan yang kecil dan
menjalankan kerja-kerja seperti perdagangan, perindustrian dan perkidmatan. Merujuk kepada
contoh-contoh yang sesuai, huraikan cirri-ciri utama perbandaran Tamadun awal manusia.
Pendahuluan
- Jelas takrif pembandaran
- Nyatakan faktor2 kemunculan Bandar secara keseluruhan
27
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
Isi
1) Ciri-ciri Pembandaran Mesopotamia
- Terdapat 2 jenis bandar – bandar berkubu dan bandar bukit
- Bandar-bandar meliputi kawasan pinggir bandar, bandar setelite dan kampung2 termasuk kawasan
pertanian. Bandar2nya mempunyai keluasan yang berbeza.
- Zaman Dinasti Awal terdapat 13 bandar di Mesopotamia. Antara bandar2 di Mesopotamia adalah
Lagash, Babylon, Uruk, Assur.
- Kawasan bandar terbahagi kepada 3 bahagian :
a) Pusat Bandar- bahagian tertua dalam bandar. Terdapat istana, rumah berhala,tempat tinggal,
pegawai istana dan petampatan awam. Pintu masuk berfungsi sebagai tempat perhimpunan.
b) Kawasan Luar Bandar- terdiri drp tanah pertanian dan penternakan. Tembok dibina melindungi
kawasan luar bandar- kubu2 dikenali sebagai Kidunu dibina untuk mempertahankan kawasan luar
bandar.
c) Pelabuhan- pusat kegiatan perdagangan. Sistem pentadbiran dan perundangan di pelabuhan
adalah berasingan. Terdapat kemudahan2 seperti tempat penginapan dan stor untuk menyimpan
barangan bagi pedagang.
- Pembinaan kubu pertahanan dalam bandar. Bandar2 lama mempunyai kubu2 di bahagian tengah.
Bandar2 baru mempunyai kubu di luar bandar- Calah, Nineveh.
- Mempunyai tradisi pembinaan tembok pertahanan- untuk tujuan tahanan semasa peperangan dan
juga berfungsi sebagai sempadan yang memisah kawasan bandar dan luar bandar- terdapat tembok
pelbagai bentuk seperti bulat, bujur, segi empat sama dll
- Di bandar 2 lama tembok dibina untuk memisahkan rumah berhala dan istana
- Pintu gerbang dibina sebagai lambing kekeyaan bandar, untuk menarik pelancong, berperanan
sebagai pusat sivik. Di Babylon terdapat 8 pintu gerbang – pintu Ishtar pitu gerbang utama
- Pasar- senarai harga dipamerkan dan terdapat kedai menjual barangan mewah
- Jalan raya dibina untuk menghubungkan pintu gerbang utama dengan tempat2lain di bandar.Jalan
dibina berukuran lebar yang standard dan bersilang pada sudut tepat.
- Jalan suci (Jalan Perarakan ) dibina di Babylon,assur,hattusa dan Uruk-untuk perarakan semasa
perayaan tahun baru.
2). Ciri2 Pembandaran Arab
- Sebelum kedatangan Islam orang Arab telah mendirikan beratus bandar di
Hijaz,Najd,Hadramaut,Oman,Bahrain dll.Bandar2 yang dibina mempunyai istana
tempat pemujaan dan rumah kediaman orang awam.
- Bandar Ma‟rib berbentuk bulat,berkeluasan 1 kilometer persegi,dikelilingi tembok
dan terdapat 3 pintu masuk.
- Bandar Qarm dikelilingi tembok 15 meter,mempunyai pintu masuk dan sebuah pintu
keluar.
- bandar Palmyra sebagai pusat perdagangan dan penyembahan berhala orang Badwi.
- orang Yaman mempunyai kemahiran dalam pembinaan empangan,rumah berhala
tempat menakung dan menyimpan air serta menghias bangunan dengan ukiran dan
lukisan
- Lima cirri bandar2 yang didirikan oleh orang Arab jahiliah
a) Bandar dipagari dengan tembok dan terdapat loceng pada pintu
28
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
b) Bandar2 dan kota2 berkubu dibina dengan kepingan2 berbetuk segiempat/bujur
untuk lantai
c) Terdapat ukiran patung dalam rumah,istana dan tempat penyembahan.
d) Rumah dihiasi dengan cat dinding dan batu batan yang dibakar
e) air hujan disalur ke wadi untuk menghindarkan banjir
- Bandar madinah paling maju dalam zaman islam-dikelilingi oleh tembok dan di
tengah-tengah bandar masjid nabi dan pasar Baqi al Kail
- Zaman Abbasiyah terdapat bandar2 terkenal seperti Baghdad ,Hashimiyyah al-Kufah
,Mulayah,Adanah,al-muhammadiyyah dan dll-bandar tersebut memainkan peranan
penting sebagai pusat kajian islam,pusat kesusasteraan Arab,pesat perdagangan
antarabangsa,pusat kajian serta penyelidikan sains dan pusat dakwah.
3). Ciri-ciri pembandaran India
- masyarakat mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam perancangan dan pembinaan
bandar.
- Mohenjo-Daro dan Harappa merupakan bandar terancang tertua di dunia-kedua2nya mempunyai
pelan yang sama.Ia terbahagi kepada 2 bahagin iaitu kubu dan bandar.
- kubu didirikan di bahagian timur untuk mengelakan serangan musuh dan masalah banjir
- batu2 yang digunakan bermutu tinggi dan mempunyai 2 saiz yang standard iaitu 11x 5.5x2.5 inci dan
9.2x 4.5x 2.2 inci.
- bangunan dibina dalam bentuk blok 2 empat persegi di sepanjang jalan2 dan lorong2.Jalan 2 utama
dibina secara lurus berukuran 30 kaki lebar.jalan dari utara ke selatan disilang oleh jalan-jalan lain
pada sudut tepat dan membentuk blok berukuran 130 kaki x 65 kaki
- pembinaan longkoang dan sistem pembuangan air,longkang tertutup dan dilengkapi dengan lubang
pemeriksaan untuk kerja2 pembersihan.air dari rumah dialirkan ke dalam longkang besar.
- kemudahan2 awam spt tempat mandi dan tandas awam berhampiran dengan jalan2 utama untuk
kegunaan buruh dan hamba.pembinaan kolam mandi –Greatbath (39 kaki panjang dan 23 kaki lebar
dan 8 kaki dalam)-kemajuan teknologi pembinaan .(ciri2 kolam boleh diulas
- rumah2 dibina dengan batu bermutu tinggi samaada 2 tingkat atau lebih.pelan2 rumah adalah sama
ttp saiznya berbeza.rumah mempunyai bilik tidur,serambi,bilik mandi dan perigi.rumah dibina dalam
deretan disepanjang jalan utama dan terdapat ruang diantararumah bagi menjamin peredaran udara
- rumah2 kongsi utk buruh dan hamba dibina dalam satu deretan dan mengandungi 2 bilik dengan
keluasan 20x12 kaki persegi.jelapang besar berukuran 150x200 kaki dibina utk menyimpan bijirin
Kesimpulan
Apa-apa yang berkaitan
9. Organisasi Sosial merupakan ciri utama dalam Tamadun awal manusia. Bandingkan sistem
organisasi sosial Tamadun Mesopotamia dengan Tamadun Mes
Pendahuluan
a. Organisasi sosial-ciri masyarakat bertamadun.
b. Tamadun Mesir bermula sekitar tahun 3,500s.m di lembah Sg.Tigris-Eupharates.
c. Masyarakat Mesopotamia dibahagikan kepada empat lapis manakala
d. masyarakat Mesir terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah.
29
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
Isi
1. Raja –lapisan/hairaki sosial tertinggi bagi Mesopotamia,
Mesopotamia -raja berkuasa dan berkedudukan tertinggi. merupakan wakil tuhan dan harus
mentadbir dengan adil dan saksama. Institusi beraja barasal daripada jawatan ensi(gabnor) dan
ngal/raja yang dianggap mendapat mandat daripada tuhan. merupakan ketua pentadbir, tentera
dan agama.
Raja Mesir - kedudukan tertinggi, dianggap sebagai tuhan yang melindungi rakyat. peranan raja
sebagai ketua pendeta, ketua pentadbir dan ketua hakim. bergelar Firaun yang dianggap jelmaan
tuhan Horus dan anak tuhan matahari.
2. Golongan bangsawan
Mesopotamia-hairaki kedua tertinggi selepas raja . Dikenali sebagai marbanuti, iaitu akan
membantu raja dalam pentadbir. Berkuasa memilih pewaris tahta. Terdiri daripada pegawai
kerajaan seperti panglima tentera, ketua pendeta dan gabnor yang dilantik oleh raja. Mereka
tinggal di rumah sendiri dan memiliki ramai pekerja. Sumber kekayaan mereka daripada rampasan
perang dan cukai daripada rakyat.
Tamadun Mesir- kedua tertinggi selepas raja . Terdiri daripada pegawai tinggi yang dilantik raja
contoh pendeta, penguasa dan pentadbir. Memegang jawatan sebagai wazir dalam pentadbiran.
Juga memegang jawatan sebagai wazir dalam pentadbiran. Turut memegang jawatan pendeta yang
menjaga rumah ibadat, kuil, mengutip cukai dan penulis salasilah raja. Berperanan dalam
perlantikan raja dan kedudukan pendeta sangat penting dalam masyarakat. Orang Mesir percaya
hanya pendeta yang boleh mententeramkan tuhan yang menguasai alam sekitar.
3. Golongan professional/tentera
Mesopotamia -golongan professional merupakan hairaki yang ketiga. dikenali sebagai ummane yang
terdiri daripada pengusaha bank, pedagang, doctor, artis dan jurutulis. Mempunyai persatuan
menjaga kepentingan mereka. Berperanan penting dalam ekonomi kerajaan dan mewariskan
pekerjaan kepada anak masing-masing.
Mesir - Golongan ketiga terdiri daripada kalangan tentera, tukang-tukang, petani dan artisan.
Tentera yang berjaya dalam peperangan boleh memiliki pembantu rumah, harta rampasan perang,
ganjaran, pangkat dan tanah daripada estet di raja. Buruh raja terdiri daripada pelombong emas,
kuari, pekerja binaan, membuat tembikar, membina piramid dan istana raja/firaun. Golongan petani
ditindas dan terikat dengan tuan tanah. Tiada kebebasan dan menjadi buruh paksa dalam
pembinaan candi.
4. Hiraki terbawah rakyat biasa dan hamba.
30
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
Mesopotamia - rakyat biasa dan hamba merupakan hairaki terbawah. rakyat biasa dikenali
sebagai Hupsi- terdiri daripada petani, askar dan hamba. Hamba terdiri daripada mereka yang
boleh dijual, tawanan perang dan orang berhutang. Dilayan baik dan mempelajari kemahiran serta
memiliki harta. Semasa Babylon, kelas sosial mushkennum ialah rakyat biasa yang miskin yang yang
tiada keistimewaan.
Mesir - golongan hamba tiada kebebasan, terdiri daripada tawanan perang. Bekerja di ladang raja
dan rumah berhala/kuil. Zaman Ramses 11 tawanan perang dari Syria yang dipaksa kerja di sekitar
pembinaan.
Kesimpulan
- Jelaslah di sini organisasi sosial ialah kemajuan masyarakat yang terdiri daripada peringkat-
peringkat tertentu. Susunan organisasi sosial adalah petunjuk kemajuan tamadun tersebut.
10. Bincangkan peranan sungai dalam pembentukan dan perkembangan tamadun awal dengan
memberikan contoh-cohtoh yang sesuai daripada tamadun awal.
Pendahuluan
- Tamadun-tamadun awal yang muncul di dunia adalah terletak di lembah-lembah sungai seperti
Tamadun Semeria, T.mesir, T. Hwang Ho, T.Indus. Latar belakang tamadun awal seperti T.Sumeria
wujud di lembah Sg.tigris dan Euprites, T.mesir di lembah Sg.Nil. Sungai merupakan persekitaran
asas dalam perubahan kehidupan manusai yang menjadi faktor penting dalam pembentukan
tamadun.
31
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
Isi
1. Sungai sebagai sumber bekalan air.
- Manusia membina petempatan di Lembah sungai kerana mereka memerlukan bekalan air untuk
kegunaan sendiri, binatang ternakan dan tanaman. Contoh Sg.tigris, Sg.Nil, Sg.Hwang Ho. Sungai
juga membekalkan sumber protein kepada mereka.
2. Kawasan Yang Subur
- Sungai mewujudkan kawasan yang subur untuk aktiviti pertanian dan penternakan seperti Lembah
Sungai Hwang-Ho membekalkan tanah loes yang subur. Hasil pertanian merupakan sumber makanan
yang utama justeru kawasan-kawasan lembah sungai menjadi tumpuan manusia.
3. Petempatan
- Lembah sungai merupakan lokasi yang paling sesuai untuk untuk dibina petempatan. Ini disebabkan
bentuk mula buni dasar lembah sungai tanahnya rendah, luas, rata dan beralun.
4. Sumber Alam
- Kawasan lembah sungai sebagai sumber alam semula jadi yang membekalkan tanah lanar yang subur
untuk tanaman. Tanah liat berpasir untuk pembinaan rumah seperti masyarakat Indus yang
membina rumah di Bandar Mohenjo-daro dan Harappa dan untuk membina tembok di Jericho dan
Catal Huyuk. Lembah sungai juga membekalkan sumber kayu untuk binaan rumah di alam Melayu.
5. Iklim
- Iklim Lembah sungai disederhanakan oleh faktor penyejukan suhu permukaan air . Biasanya di
kawasan sungai, iklimnya lebih stabil dengan kelembapan yang tinggi sesuai dengan aktiviti manusia.
Kelembapan suhu 24 C-28 C.
6. Agama
- Agama masyarakat Mesir percaya sungai sebagai tempat tinggal tuhan mereka.(Sg.Nil) sehingga
Mesir mendapat jolokan Hadiah Sg.Nil. Masyarakat Indus menjadikan Sg. Indus dan Sg.Ganges
sebagai tempat suci agama Hindu.
7. Perhubungan
- Sungai sebagai alat perhubungan dan pengangkutan. Contoh sg. Hwang Ho dan Sg.Nil alat
perhubungan ke kawasan pedalaman cina dan Mesir. Sg. Tigris/Euprhates alat perhubungan dan
perkembangan Bandar pelabuhan seperti Bandar Urech, Ur di Babylon. -perkembangan Bandar dan
taman seperti pelabuhan di sungai Indus. Selain daripada itu taman tergantung di Babylon mula
dibina di kawasan sungai. Di Asia Tenggara sungai sebagai sumber pengangkutan hasil hutan
seperti kayu balak, rotan, damar dari pedalaman ke pelabuhan utama seperti Srivijaya dan
Majapahit.
32
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
8. Sempadan
- Sungai sebagai sempadan,pertahanan daerah dan negeri
Kesimpulan
- Apa-apa sahaja yang berkaitan
11. Takrifkan konsep pra-sejarah.Bincangkan peranan alam sekitar dalam mempengaruhi cara
hidup masyarakat berkebudayaan paleolitik dan neolitik
Pendahuluan
- masyarakatkat zaman pra-sejarah banyak dipengaruhi oleh faktor alam sekitar dalam kehidupan
seharian mereka.
-mereka banyak bergantung kpd sumber alam sekitar.cthnya:sungai,tanah,hutan dll
33
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
Isi
A. Konsep Pra Sejarah
- maksud pra-sj:sbhgn masa silam manusia yg tdk dicatatkan dlm btk tulisan iaitu sblm sj
- zaman pra-sj tdk mempunyai rekod bertulis @ bukti2 sj diperolehi melalui kajian terhadap artifak
dan fosil2 yg dijalankan oleh ahli arkeologi
- perkembangan manusia dibahagikan kpd 2 zaman iaitu zaman batu dan zaman logam .zaman batu
dibahagikan kpd 3 peringkat iaitu batu awal(paleolitik),pertengahan(mesolitik),dan akhir(neolitik)
- pra-sj awal merujuk kpd zaman paleolitik dan mesolitik dan pra-sj akhir merujuk kpd zaman neolitik
dan logam
- perkembangan tamadun msyrkt pra-sj berkembang diseluruh dunia walaubagaimanapun tahap
perkembanagan tamadun ini adalah berbeza-beza
B. Peranan alam sekitar
1) Tempat tinggal
- manusia berpindah-randah utk mencari bahan mknan dgn cara memburu dan memungut hasil hutan
drp tumbhan liar
- persekitaran zmn paleolitik(yg diliputi ais)menyebabkan msykt tinggal didlm gua2 yg dianggap
selamat dari cuaca sejuk
- pencairan ais batu mengubah cara hidup msykt zmn neolitik .mereka mula membentuk penempatan
kekal dan wujudnya kg2 dan seterusnya mempengaruhi urbanisasi
- pencairan ais menyebabkan wujudnya sg2 dan tasik2.oleh itu petempatan zmn neolitik lebih
tertumpu kpd lembah2 sungai sbb kpntngan sg sbg sumber bekalan air
2) Kegiatan ekonomi
- persekitaran mempengaruhi kegiatan ekon. Cthnya zmn paleolitik yg diliputi ais menyebabkan
manusia zmn tersebut memperolehi bahan2 drpd sumber alam sekitar melalui kegiatan memburu
hasil hutan dan menangkap ikan.dilakukan secara sara diri
- apb persekitaran mula berubah kesan pencairan ais yg mana kwsan darat mula ditenggelami
air.kegiatan ekon yg dijalankan turut berubah spt manusia mula menghasilkan makanan dgn
bercucuk tanam dan menternak.
(zaman paleolitik)
3) Peralatan yang digunakan
- zmn paleolitik bergantung kpd alam sekitar utk mendpatkan makanan maka peralatannya adalah
mudah dan ringan menggunakan tulang dan batu sbg peralatan @ senjata.perubahan alam sekitar
membawa kpd perubahan kegiatan ekonomi dan mempengaruhi peralatan yg digunakan,mereka
menggunakn peralatan batu dan logam dan peralatan baru mula diciptakan contohnya ialah
cangkul,tajak dan bajak
- zmn neolitik manusia mencipta pakaian yg diperbuat drp gentian tanaman
34
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
- keadaan tmpt tinggal yg sejuk menyebabkan manusia mencari bahan panas spt penemuan api melalui
kejadian petir yg menyambar pokok menghasilakn api drp geseran
4) Agama dan kepercayaan
- petir dan kilat yg sering berlaku mendorong mereka percaya kpd kuasa ghaib yg dianggap
mengganggu mereka jika tdk disembah.jadi manusia melukis gambar2 berbentuk binatang didinding
gua dan menganggap gambar yg dilukis mempunyai kuasa ghaib dan boleh menolong mereka dlm
memburu
- kegiatan pertanian bergantung kpd alam sekitar,banjir dan kemarau yg sering berlaku pd zmn
neolitik membawa kepercayaan ttg tuhan dan semangat tanaman bermulanya upacara keagamaan
dan pemujaan
Penutup
- perubahan kebudayaan paleoltik kpd neolitik banyak dipengaruhi oleh alam sekitar juga disebabkan
oleh kedua2 manusia utk memperbaharui kehdpn mrk
12. Kewujudan Organisasi Sosial di Lembah Indus dan China agak unik berbanding dengan
tamadun-tamadun lain.Bincangkan ciri-ciri Organisasi Sosial kedua-dua tamadun berkenaan
bagi membuktikan pencapaian ketamadunan masyarakat tersebut.
Pengenalan
Definisi Organisasi Sosial
35
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
- Organisasi sosial merujuk kepada pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan
sosial yang mempunyai perbezaan dari segi kuasa kekayaan ,gaya hidup, pekerjaan ,dan sebagainya.
Melvin Tumin menyatakan organisasi sosial merujuk kepada penyusunan kelompok masyarakat dalam
satu lapisan kedudukan yang berbeza dari segi kuasa,harta ,penilaian sosial, dan kepuasan rohani.
- Kewujudan organisasi sosial sememangnya dapat dikesan sejak Zaman Neolitik berikutan
berlakunya perubahan cara hidup masyarakat yang mula melibatkan diri dalam kegiatan pertanian
yang telah menimbulkan pelbagai kelas dalam masyarakat sama ada pemerintah dan paderi yang
menggunakan autoriti dan kuasa agama untuk menguasai hasil ekonomi negara diikuti munculnya
golongan tentera untuk melindungi kekayaan dan kepentingan negara serta kelas yang paling bawah
biasanya petani dan hamba yang bertanggungjawab mengeluarkan hasil hasil ekonomi negara.
- Pendek kata, dengan wujudnya organisasi sosial dalam sesebuah masyarakat amalan pengkhususan
kerja dapat diamalkan seterusnya pasti membawa kepada kelancaran melaksanakan sesuatu aktiviti
termasuk kegitan ekonomi
- Lokasi Tamadun Indus dan China boleh dikemukakan.
Isi
A) Organisasi sosial di Lembah Indus dan kepentingannya
1. Golongan Pendeta
- Disebabkan tidak adanya sistem pemerintahan beraja,maka tugas-tugas pemerintahan dan
pentadbiran negara dipikul atau diamanahkan kepada golongan paderi yang dianggap golongan yang
suci serta mempunyai hubungan yang paling rapat denhgan tuhan ataupun dewa.
- Dari segi pentadbiran dan perundangan misalnya, golongan pendeta bertanggungjawab menggubal
serata melaksanakan peraturan dan undang –undang yang pada amnya lebih bersifat keagamaan
berdasarkan kitab-kitab suci mereka.
- Golongan ini juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang ekonomi,kerana institusi
agama(kuil)mempunyai tanah-tanah pertanian yang luas akan dikerjakan oleh golongan petani
ataupun hamba.
- Golongan ini juga bertanggungjawab mengagihkan hasil-hasil pertanian yang dikumpulkan dalam
jelapang.
- Dari segi sosial pula,tanggungjawab kebajikan yang dipikul oleh golongan ini ialah menyediakan
kemudahan infrastruktur seperti pembianan jalan raya.
2. Golongan Pedagang
- Merupakan satu lagi kelas yang diletakkan dalam kategori kelas atasan dalam masyarakat di lembah
Indus.Golongan ini sebagaimana golongan pendeta hidup dalam keadaan mewah dan mempunyai
pekerja-pekerja yang terdiri samada golongan buruh yang merdeka atau hamba.
- Golongan ini dapat menjalani kehidupan yasng mewah keramna urusan perdaganagn yang djalankan
oleh mereka adalh bebas , iaitu tiada campur tangan golongan pendeta serta dikecualikan daripada
membayar cukai.
36
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
- Para pedagang ini juga mempunyaai cop-cop mohor yang mempunyai lambing bercorak keagamaan
yang menandakan kekayaan yang dimiliki serta dipercayai menjadi azimat yang ada kuasa sakti
3 Golongan bawahan
- Sebagaimana yang dinyatakan diawal tadi,golongan bawahan masyarakat dilembah Indus terdiri
daripada golongan petani,buruh dan hamba
- Golongan petani biasanya tinggal dirumah-rumah keci lataupun yang disediakan oleh golongan
pedagang,biasanya rumah tersebut hanya mempunyai 2 buah bilik.
- Segala kerja pertanian yang dijalankan oleh golongan petani akan diawasi oleh para pendeta.
- Sementara golongan buruh pula biasanya akan menjalani tugas-tugas seperti menghantar
bijirin,membina tembok,dan menenun kain.
- Manakala kerja-kerja yang lebih keas seperti mengumpul,menyimpan bijirin yang dihasilkan oleh
petani dijalankab oleh hamba
4. Kedudukan Organisasi Sosial selepas ketnagn orang-orang Aryan
- Dengan kedatangan orang-orang Aryan sistem sosial masyarakat di sini kini dipengaruhi olh sistem
kasta.Sistem ini menklasifikasikan prnduduk mengikut pekerjaan mereka.
- Golongan yang paling tinggi dalam masyarakat dikenali sebagai Brhman yang berurusan dalm soal
keagamaan serta spiritualdan mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang politik dan
pemerintahan
- Golongan kedua pula khastriya yang bertanggungjawab pula menjalankan tugas-tugas ketenteraan
seperti memberikan perlindungan kepada Brahman dan menghadapi musuh tatkala diancam
- Seterusnya pula golongan Vasya yang biasanya dirujuk kepada golongan yang memounyai kekayaan
khasnya golongan pedagang
- Manakala kasta yang paling rendah diantara 4 kelas ialah sudra iaitu biasanya merujuk kepada
golongan petani
- Kasta- kasta yang diamalkan disini amat rigid,menyebabkan pergaulan antara kelas atasan dan
bawahan adalah amat terbatas
B) Organisasi sosial masyarakat China
1. Golongan raja
- Merupakan kelas tertinggi dalam masyarakat China,merupakan sumber kekasan dan mempunyai
supreme authority sebagaimana perana firaun di mesir
- Antara tugas raja di China ialah menjadi sumber undang-undang negara;segakla arahan dan
perintah raja mesti dilaksanakan ,menjadi ketua agama,ketua kerajaan dfan hakim ,mengetuai
upacara agama,melantik ketua pelbagai jenis agama dan kepercayan,dan juga melantik pegawai
pentadbir untuk melicinkan struktur pentadbiran
- Seseorang yang dilantik menjadi raja dipercayai mendapat mandat dari tuhan atau syurga
seandainya berlaku bencana alam seseorang raja itu harus ditukar samada secara baik atauupn
melalui pemberontakan
- Pun begitu kebanyakan tugas raja dijalankan oleh wakil-wakilnya atas nama baginda,biasanya
golongan aristokrat atau bangsawan dalam masayarakat China.
2 .Golongan Aristokrat
37
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
- Merupakan pembantu utama raja,dan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam sistem politik
dan sosial masayarakat China
- Dizaman dinasti Shang,golongan ini memonopoli penggunaan gangsa dalam bentuk alat2 ritual dan s
enjata
- Sesuai dengan tarafnya,golongan ini membna rumah kediaman berhampiran rumah ibadat yang
biasanya dikelilingi oleh tembok sebagai langkah keselamatan
- Dizaman Dinasti Chao golngan ini amat berpengaruh,mempunyai banyak pengikut serta tanah-tanah
yang dikerjakan oleh petani sesuai dengan sistem feudal yang diamalkan pada masa itu
3. Golongan yang diperintah
- Dari segi pekerjaan masyarakat China dapat dibahagikan kepada 4 kelas,kelas yang tinggi darjatnya
ialah golongan cerdik pandai yang berperanan memberi nasihat kepada raja dan masyarakat
berhubung dengan pentadbiran serta tingkah laku
- Sesuai dengan penguasaannya dalam ilmu-ilmu tertentu,maka tidak hairanlah golongan ini terlalu
dipuja oleh masyarakat
- Golongan inilah yang bertnggungjawab memperkenalkan pelbagai aliran pemikiran di China seperti
confuciunisme,taoisme, legalisme moisme, dan monciusme.
- Golongan yang kedua terpenting dalam masyarakat china yang menjadikan organisasi di sini agak
unik ialah petani,mereka dianggap kumpulan mulia kerana membekalkan makanan yang merupakan
asas kepada kehidupan manusia.
- Kelas seterusnya ialah golongan artis @ tukang-tukang yang mahir yang bertanggungjawab
menghasilkan monumen – monumen tertentu.
- Akhir sekali dalam kelas masyarakat ini ialah golongan pedagang yang diletakkan di tangga
terbawah kerana mereka di anggap penipu serta mengaut keuntungan daripada rakyat,tidak seperti
kawasan lain tetapi tidak dipandang tinggi oleh masyarakat.
- Bagi masyarakat china selain pedagang dipandang rendah satu lagi kumpulan yang lebih hina
kedudukannya iaitu terdiri daripada pelakon,pelacur serta hamba tidak mempunyai tempat di sisi
masyarakat.
- Ditinjau dari aspek kekeluargaan pula golongan pembesar dan kerabat diraja pula tidak dibenarkan
berkahwin lebih dari seorang perempuan.Golongan wanita mempunyai kedudukan yang lebih rendah
daripada lelaki, hanya lelaki mempunyai kuasa menceraikan isteri
Kesimpulan : Apa-apa yang berkaitan
- Mana- mana yang sesuai.
13. Organisasi Sosial Masyarakat serta Agama dan Kepercayaan merupakan cirri penting dalam
perkembangan tamadun manusia.Bincangkan tentang organisasi Sosial masyarakat di China
serta jelaskan tentang agama dan kepercayaan yang diamalkan di Mesir.
Pendahuluan
- maksud/pengertian organisasi social serta agama dan kepercayaan.
- Agama dan kepercayaan:merujuk kepada segala aktiviti atau upacara yang diadakan
samada dalam bentuk keagamaan ataupun social dalam sesuatu masyarakat.
38
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
- Organisasi social:merujuk kepada pembahagian anggota masayarkat kepada beberapa lapisan social
berdasarkan kuasa,harta kekayaan,cara hidup,pekerjaan dan kerohanian.
- Kewujudan kedua2 perkara ini merupakan cirri penting dalam tamadun awal manusia.
Isi
A) Organisasi sosial Masyarakat di China berbentuk piramid susunan.
1) Raja
- berkedudukan paling tinggi dan dianggap sumber kekuasaan/dapat mandat syurga.
- menjalankan pemerintahan dengan bantuan awam.
- bertindak sebagai ketua agama.
- boleh digulingkan oleh rakyat jika hilang mandat syurga.
- malapetaka spt. banjir,ribut,kemarau dan wabak penyakit sbg. tanda raja hilang mandat.
2) Bangsawan
- kelas amat berpengaruh.
- bertindak sebagai pegawai kerajaan dan membantu raja dalam pentadbiran.
- mereka biana rumah berhampiran rumah ibadat.
- galongan ini memonopoli alat gangsa seperti senjata dan alat ritual.
3) Golongan cerdik pandai
- mempunyai kedudukan penting dalm masyarakat.
- mereka sentiasa beri nasihat dalam hal pentadbiran dan tingkah laku manusia
- kebanyakan mereka bekerja sebagai guru seperti Kung Fu Tze,Lao Tze dan Mencius
4) Petani
- kumpulan terbesar dan paling ramai
- dianggap golongan paling mulia kerana hasil kegiatan mereka bekalkan makanan
- kehidupan mereka miskin
mereka tinggal dalam rumah yang dibina bawah tanah
5) Artisan,Peniaga dan Askar
- ketiga-tiga sama taraf
- artisan mahir dalam pembinaan
- peniaga sering dianggap penipu dan dipandang rendah kerana mengaut keuntungan dan menyusahkan
masyarakat
- askar bertanggungjawab jaga keselamatan tempat mreka
- ketiga-tiga golongan ini berada di bawah perlindungan bangsawan
6) Hamba
39
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
- menghuni lapisan paling rendah
- biasanya terdiri daripada anak perempuan yang dijual masa kecil
- terdapat juga hamba yang gagal jelaskan hutang
- biasanya mereka dijadikan pembantu rumah,pelakon dan pelacur
B) Agama dan kepercayaan di Mesir
1) Dewa-dewi
- mempunyai kepercayaan berbentuk Poytheisme iaitu sembah dewa-dewi yang punyai fungsi yang
berlainan Re,(Tuhan Matahari),Osiris(sungai),Isis(Bulan),Nut(langit),dan Shu(udara)
- mereka percaya alam semesta dipengaruhi dewa-dewi
- upacara penyembahan diadakan untuk elakkan malapetaka
2) Kematian
- kepercayaan ada kehidupan lepas mati orang mati di akhirat(penuh kebahagiaan)
- mayat diawet jadi mumia
- upacara pengkebumian disertakan makanan,pakaian,perkakas dan barabg kemas untuk kegunaan du
akhirat
- adakalanya ahli keluarga/pengikut dibunuh untuk membantu si mati di akhirat
3) Animisme
- menyembah unsur-unsur alam
- sembah kucing dan kerbau kerana dianggap suci
- mengadakan upacara pemujaan semangat tanaman agar hasil meningkat
4) Sembah raja
- anggap raja/Firaun tuhan(Amon Re@anak tuhan matahari)
Kesimpulan
- Agama dan Kepercayaan serta organisasi social masyarakat merupakan ciri pentingdalam
perkembangan tamadun awal manusia.
40
Modul Soalan Sejarah 1-STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman
41