Embed
Email

DASAR-DASAR NEGARA

Document Sample
DASAR-DASAR NEGARA
Shared by: HC11111708232
Categories
Tags
Stats
views:
74
posted:
11/17/2011
language:
Malay
pages:
73
DASAR-DASAR

NEGARA

Oleh

Azmi Bin Hassan

Ketua Unit Kaunseling Dan Kerjaya

Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar

Universiti Sains Malaysia

DASAR-DASAR NEGARA



PERJUANGAN

FASA II







WAWASAN NEGARA







MENCIPTA MASYARAKAT GEMILANG

KONSEP NEGARA

Tanah

Rakyat

Sempadan

Pentadbiran Kerajaan



DEFINISI DASAR NEGARA

Garis panduan pentadbiran yang

merangkumi segala arahan dan

peraturan untuk mencapai matlamat

kepimpinan negara ke arah sebuah

negara yang gemilang.

TUJUAN DASAR



MEMBANTU NEGARA

MENCAPAI

1. Matlamat keselamatan

negara.



2. Perpaduan dan kestabilan

negara.



3. Kesejahteraan sosial dan

ekonomi rakyat dan

masyarakat.

DEFINISI DASAR AWAM

 “Public Policy is Whatever Goverments choose to do or

not to do”.

(Thomas R. Dye-Understanding Public Policy, 1975)





 Usaha Kerajaan menghadapi/ mengatasi masalah yang

membebankan semua atau sebahagian masyarakat untuk

kebajikan umum.



“SESUATU DASAR KERAJAAN ADALAH PENGISTIHARAN

HASRAT DAN NILAI (VALUES) KERAJAAN TERHADAP

SESUATU FENOMENA, PERKARA, ISU, KEADAAN ATAU

MASALAH DI DALAM MASYARAKAT.”



Dr. Abdullah Ab. Rahman, Masalah dan Isu Dalam penggubalan dan

Pelaksanaan Dasar Awam.

ISU –ISU YANG MELIBATKAN ASPEK

DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN

PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS.



ISU EKONOMI

 Arah dan kadar pertumbuhan ekonomi negara.

 Masalah pengeluaran yang menurun dan

kekurangan tenaga buruh.

 Asas sektor pembuatan/perkilangan yang

sempit.(Tertumpu kepada industri elektronik, tekstil

dan beberapa jenis industri gantian inport).

 Kadar produktiviti yang secara relatifnya masih

rendah.

 Perbezaan pendapatan dan status sosio-ekonomi

rakyat antara kaum, wilayah dan kawasan bandar

dan luar bandar.

ISU-ISU YANG MELIBATKAN ASPEK

DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN

PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS.



ISU POLITIK DAN PENTADBIRAN

 Polarisasi kaum.

 Penyalahgunaan dasar dan pengedaran dadah

antarabangsa.

 Keperluan pembentukan budaya kerja dan sikap

yang positif untuk pembangunan.

 Masalah kemiskinan mutlak yang berterusan

walaupun menurun dari segi peratusnya.

 Saiz sektor awam yang masih besar beban

perbelanjaan yang tinggi.

 Isu pencemaran alam yang lahir daripada aktiviti

pembangunan yang tidak terkawal.

ISU-ISU YANG MELIBATKAN ASPEK

DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN

PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS.



ISU ANTARABANGSA

 Pergeseran politik kuasa-

kuasa besar di rantau ini.

 Masalah politik di rantau Asia.

 Pendatang tanpa izin.

 Kecenderungan kuasa besar

untuk menguasai dan

menentukan arus politik dan

sistem ekonomi antabangsa

dan lain-lain.

DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN



I. DASAR-DASAR EKONOMI



 Wawasan 2020

 RRJP (RM 6)/ DPN

 Dasar Perindustrian Negara

 Dasar Persyarikatan Malaysia

 Dasar Penswastaan

 Dasar pertanian Negara

 Dasar Halacara Baru Dalam Pembangunaan

Kampung Dan Luar Bandar

DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN

II. DASAR-DASAR

SOSIAL/ETIKA KERJA

 Dasar Pendidikan Kebangsaan

 Dasar Kebudayaan Kebangsaan III. DASAR-

DASAR LUAR

 Dasar/Program Pembaharuan NEGERI

Dan Peningkatan Produktiviti:-

 Kawasan

• Dasar Pandang Ke Timur

aman, bebas

• Dasar Bersih, Cekap Dan

dan berkecuali

Amanah

(ZOPFAN)

• Kepimpinan Melalui Teladan

 Antartika

• Program-program Pembaharuan

dan Peningkatan Produktiviti

Dalam Perkhidmatan Awam

 Dasar Penerapan Nilai-Nilai

Murni Dalam Pentadbiran

 Dasar Wanita Negara

 Dasar Sosial Negara

PENERANGAN DASAR-DASAR UTAMA

KERAJAAN

1. DASAR EKONOMI BARU

• Dilancarkan ekoran peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Ia

merupakan Rancangan Pembangunan Ekonomi secara

berperingkat selama 20 tahun. (1979-1990)

• Objektif DEB ialah membasmi kemiskinan dan

penyusunan semula masyarakat.

• Strategi perlaksanaan DEB ialah Serapang Dua Mata

iaitu:-

i. Membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan

memperbanyakkan peluang pekerjaan, mengadakan

perkhidmatan sosial percuma atau dibantu tanpa mengira

kaum.

ii. Menyusun semula masyarakat untuk akhirnya

menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi

ekonomi.

iii. Pencapaian matlamat DEB haruslah dalam kontek

perkembangan ekonomi negara yang berterusan.

PROGRAM PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT

MELIPUTI:-



• Usaha meninggikan pengeluaran pendapatan dan mutu

kehidupan golongan miskin di mana 64.8% adalah Melayu,

26.2% Cina dan 38.2% India. (86% berada di luar bandar)

• Usaha menseimbangkan struktur gunatenaga supaya

menjelang 1990 ianya mencerminkan susunan penduduk

mengikut etnik.

• Usaha menambahkan pemilikan modal rakyat Malaysia

khususnya Bumiputra dalam Syarikat Berhad. (Bumiputra

2.4%, bukan Bumiputra 34.3% dan pelabur asing 63.3%)

• Usaha membentuk satu masyarakat perdagangan dan

perindustrian di kalangan Bumiputra supaya pada 1990

mereka akan memiliki dan menguruskan sekurang-kurangnya

30% daripada kegiatan dagangan dan perindustrian.

• Usaha memajukan negeri dan kawasan yang mundur melalui

Program Pembangunan Wilayah.

“SUNGGUHPUN TEMPOH DEB TAMAT

PADA TAHUN 1990, MENGIKUT YAB

PERDANA MENTERI USAHA MENCAPAI

MATLAMATNYA AKAN DITERUSKAN

DALAM RANCANGAN PEMBANGUNAN

JANGKA PANJANG MALAYSIA KEDUA

1991-2020”.

DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA



1. LATAR BELAKANG (SEJARAH)

• Diperkenalkan oleh YAB PM, pada thn 1983 sbg

pendekatan asas bagi pembangunan negara.

• 1984, Surat Pekeliling Am Bil 2 Tahun 1984

dikeluarkan oleh KSN mengarahkan semua

Kementerian, Jabatan dan Pejabat Kerajaan

menubuhkan Panel Perunding bertujuan

memperbaiki perkhidmatan yg diberi kpd sektor

swasta.

• Julai 1991, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran

Awam Bil. 9 Tahun 1991 dikeluarkan bg

memberi panduan Mengenai Pelaksanaan

Dasar Persyarikatan Malaysia.

DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA



TANGGUNGJAWAB SEKTOR SWASTA

• Merupakan penggerak pertumbuhan

ekonomi.



• Perlu lebih kuat, dinamik, berdaya saing,

cekap dan tangkas dlm menghadapi

cabaran-cabaran saingan di pasaran luar

negeri.



• Barangan yg dihasilkan mampu

mengekalkan persaingan & berbagai

barangan utk pasaran yg berbagai.



• Perlu bersatu bagi menembusi pasaran

baru spt di Asia, Afrika & Amerika Latin.

DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA



KAITAN DASAR DENGAN WAWASAN 2020 &

RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG II

(RRJP 11)



Sektor awam berperanan sbg perancang,

fasilitator & pelaksana program-program

kerajaan:



• Sbg fasilitator – perlu menyediakan suasana yg

“conductive” bg merangsang pertumbuhan

ekonomi yg pesat; selagi dibenarkan oleh

undang-undang.

• Sbg perancang - mesti peka & responsif

kpd perubahan-perubahan dlm persekitan dunia

semasa merancang arah tujuan & strategi

pertumbuhan; proaktif, menyediakan maklumat

yg betul; aktiviti galakan pasaran yg lebih baik

melalui perwakilan seberang laut.



• Sbg pelaksana - perlu menyediakan kemudahan

& perkhidmatan sosial yg penting kpd semua

rakyat; bukan sahaja kemudahan &

perkhidmatan yg meluas tetapi standardnya

harus lebih baik.

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA



OBJEKTIF

1. Menjadikan sektor perkilangan

sbg pertumbuhan perindustrian

negara & ekonomi

keseluruhannya.

2. Menggalakkan penggunaan

sepenuhnya sumber-sumber

asli negara.

3. Meninggikan tahap

penyelidikan & pembangunan

(R&D) teknologi tempatan sbg

asas bg Malaysia menjadi

sebuah negara perindustrian.

KENAPA PERLU DASAR PERINDUSTRIAN



1. Kemelesetan ekonomi 7. Ke arah modenisasi

era 80-an 8. Penyumbang utama

2. Kelemahan sektor sektor ekonomi masa

perindustrian hadapan

3. Menyahut cabaran DEB 9. Persaingan

4. Peluang pekerjaan & antarabangsa

tenaga mahir 10. Rantaian huluan &

5. Pertumbuhan ekonomi hiliran industri

seimbang 11. Pertumbuhan

6. Pertumbuhan industri bandar-bandar baru

kecil & sederhana 12. Ke arah negara maju

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA



KELEMAHAN SEKTOR INDUSTRI (70AN & 80AN)



1. Pertumbuhan sektor eksport kurang memuaskan



2. Eksport terlalu bergantung kpd industri elektrik, elektronik &

tekstil sahaja



3. Mutu keluaran tidak dapat bersaing dgn keluaran luar negeri



4. Tidak ada rantaian antara sektor industri dgn lain-lain sektor



5. Industri-industri yg ditubuhkan kurang mempunyai „nilai

tambah‟ (Value Added)

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA

STRATEGI

1. Dasar perindustrian yg berpandangkan

keluar bg mengekalkan kadar

pertumbuhan perindustrian yg tinggi.



2. Memajukan secara intensif industri

berasaskan sumber untuk eksport &

mempelbagaikan industri.



3. Memajukan industri berat terpilih utk

menyokong industri eksport.



4. Memaju & menggunakan sistem

perkhidmatan maklumat yg bersepadu



5. Membangunkan teknologi & tenaga

rakyat

STRATEGI PERINDUSTRIAN DI BAWAH DPN

RRJP 2 (1991-2000)



1. Mempelbagaikan industri tempatan.



2. Rantaian antara sektor.



3. Kurangkan pergantungan kpd tekstil, elektronik &

elektrik.



4. Sumber-sumber pertumbuhan baru.



5. Mempelbagaikan keluaran & pasaran sektor

pembuatan.

STRATEGI PERINDUSTRIAN DI BAWAH DPN

RRJP 2 (1991-2000)





6. Meningkatkan kemahiran tenaga kerja.



7. Pembangunan teknologi.



8. Kemudahan infrastruktur.



9. Value added.



10. Galakan IKS.

STRATEGI PERINDUSTRIAN DI BAWAH DPN

RRJP 2 (1991-2000)





11. Menyelerakkan tapak.



12. Menyusun semula sektor-sektor pembuatan.



13. Tembusi pasaran baru.



14. Pemasaran yang agresif.

DASAR PENSWASTAAN





PEMINDAHAN PEMILIKAN & KUASA

KAWALAN KERAJAAN KE ATAS

PERKHIDMATAN & AKTIVITI

EKONOMI KEPADA PIHAK-PIHAK

SWASTA.

DASAR PENSWASTAAN



OBJEKTIF DASAR PENSWASTAAN



• Mengurangkan beban kewangan kerajaan.



• Meninggikan kecekapan & penghasilan kerja.



• Menggalakkan pertumbuhan ekonomi.



• Pengagihan sumber secara cekap.



• Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB.

DASAR PENSWASTAAN



MEKANISME/BENTUK PENSWASTAAN



i. Penjualan aset atau penswastaan.



ii. Pajakan.



iii. Kontrak Pengurusan.



iv. „Bina – Kendali – Pindah‟ (BKP) atau „Build –

Operate – Transfer‟ (Bot) & „Bina – Kendali‟ (BK)

atau „Build – Operate‟ (BO).

DASAR PERTANIAN NEGARA



• Dilancarkan oleh Y.A.B. Timb.

PM pada 12 Januari 1984.

• Usaha Kerajaan utk

membangunkan sektor

pertanian (tanaman,

ternakan, perikanan &

perhutanan).

• Dapat menyediakan peluang

pekerjaan, membekal sumber

bahan mentah sektor

perindustrian, menyedia

sumber makanan &

meningkatkan eksport

negara.

OBJEKTIF



• Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian melalui

penggemblengan sumber-sumber negara secara cekap &

berkesan spy sumbangan sektor pertanian kpd pertumbuhan

ekonomi dpt dipergiatkan semula;



• Memaksimumkan pendapatan pengusaha/pekebun kecil

melalui peningkatan daya pengeluaran spy kadar kemiskinan

dpt dikurangkan & kualiti hidup keluarga diperbaiki;



• Memaju & meningkatkan hasil & mutu komoditi-komoditi yg

mempunyai potensi besar utk eksport @ bahan gantian

import serta komoditi-komoditi terpilih utk bhn makanan &

perindustrian.

STRATEGI-STRATEGI



a) Pembukaan Tanah Baru

• Dijalankan oleh FELDA, pihak-pihak berkuasa

pembangunan wilayah & Kerajaan Negeri.

• Menekankan tanaman utk eksport, membolehkan

pemilikan tanah yg ekonomik bg mereka yg tiada

bertanah @ mempunyai tanah yg bersaiz kecil.



b) Pembangunan “In-Situ”

• Pembangunan di kawasan yg mempunyai daya

pengeluaran yg rendah akibat drpd masalah struktur &

institusi.

• Cth: Projek-projek Pembangunan Pertanian Bersepadu,

MADA, KADA, FELCRA, RISDA & Perbadanan-perbadanan

Pembangunan Wilayah.

STRATEGI-STRATEGI



c) Perkhidmatan Sokongan Pertanian

• Cth: penyelidikan, pengembangan & pemasaran yg

cekap disamping galakan @ intensif tertentu.

• PORIM, RRI, MARDI, RISDA, Jabatan Pertanian, Jabatan

Perikanan, FAMA & LPP.



d) Pembangunan Sosial & Institusi



e) Penswastaan & Penyertaan Pihak Swasta



f) Pembangunan Komoditi

• Eksport perindustrian – kelapa sawit, getah koko.

• Beras(sara diri) akan ditingkatkan.

• Pembangunan hutan dihadkan spy ekologi dipelihara.

STRATEGI-STRATEGI



g) Program Halacara Baru dlm Pembangunan Kampung

& Luar Bandar



• Mengurangkan kemiskinan luar bandar dgn cara

meningkatkan pendapatan petani & pekebun kecil

melalui:-

i. Pengelompokan Kampung-Kampung



ii. Penyatuan Tanah & Pengurusan Aktiviti

Pertanian Secara Komersil



iii. Pembangunan Industri Kampung

PENCAPAIAN SEMASA



• Boleh dilihat kpd beberapa langkah yg diperkenalkan

termasuklah:

i. Cara estet mini tanaman saka oleh RISDA di Kg. Parit

Seraya & Kg. Parit Selangor;

ii. Projek Pembangunan Kg. Tradisional oleh FELCRA di Kg.

Kok, Kedah, Teratak Batu, K‟tan & Ulu Berang, T‟ganu;

iii. Projek Blok Tanaman Koko oleh Jab. Pertanian & MARDI

iv. Projek Cth. Tanaman Kontan spt Projek Tembakau di

Alor Ketitir, T‟ganu & Kandis, K‟tan serta projek sayur-

sayuran di bwh Skim Penanaman Berkelompok;

v. Estet mini/tanaman berkelompok oleh Lembaga

Pertubuhan Peladang di Tjg. Karang, Selangor & sykt.

kerjasama di K‟tan, Perak & Pulau Pinang.

vi. Subsidi tanaman selain dr padi, lada hitam & sagu serta

ternakan & pertanian dikurangkan. Tiada benih

percuma.

vii. Projek diswastakan spt Projek Akuakultur, Puchong,

Selangor.

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN



Bergantung kepada:-



a. Harga komoditi d. Pekerja pertanian



b. Sekatan perdagangan e. Sambutan petani

oleh negara-negara

pengimport komoditi



c. Penyertaan pelabur

swasta dlm sektor

pertanian

DASAR HALA CARA BARU

DASAR PENDIDIKAN



• Dasar Pendidikan (Pelajaran)

Kebangsaan melalui Penyata Razak

1956 & dimaktubkan dlm Ordinan

Pelajaran, 1957.



• Dilaksanakan utk mengganti sistem

pendidikan penjajah.



• Disemak semula pada thn 1960 yg

menghasilkan Laporan Rahman Talib

& dimaktubkan dlm Akta Pelajaran,

1961.

OBJEKTIF







“BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yg

diisytiharkan dlm Ordinan Pelajaran, 1957 ialah utk

menubuhkan satu sistem pendidikan yg akan dapat

memenuhi keperluan negara & menggalakkan

perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, &

politiknya…”

STRATEGI PELAKSANAAN



1. Menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa

pengantar yg utama;



2. Mengadakan kurikulum yg sama & berorientasikan

Malaysia bagi semua jenis sekolah;



3. Mewujudkan sistem peperiksaan yg sama bagi

semua;



4. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;

STRATEGI PELAKSANAAN



5. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya

dgn menyediakan pendidikan yg menyeluruh,

seimbang & bersepadu;



6. Mengadakan peluang pendidikan asas selama

sembilan tahun;



7. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang &

mutu dgn mengagihkan peruntukan secara adil &

memberi perhatian khas kpd kumpulan yg kurang

bernasib baik & kawasan luar bandar @

pedalaman;

STRATEGI PELAKSANAAN



8. Menyediakan pendidikan rendah mengikut KBSR

yg berasaskan 3M pada thn 1983 yg nenjurus kpd

KBSM pada thn 1989;



9. Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik

melalui penyusunan semula kurikulum sek.

vokasional pada tahun 1978;



10. Mempelbagai & memperbanyakkan kemudahan

pendidikan di peringkat universiti terutama dlm

bidang sastera gunaan & sains gunaan

STRATEGI PELAKSANAAN



11. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral

& disiplin;



12. Menjadikan Bahasa Kebangsaan & Bahasa

Inggeris sbg mata pelajaran yg wajib diajar di

sekolah-sekolah & memberi peluang sempurna

bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain spt Bahasa

Cina & Bahasa Tamil;



13. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yg memupuk

disiplin, spt pasukan-pasukan kadet tentera, kadet

polis, pengakap, puteri islam dll.

PENCAPAIAN SEMASA



• Hasil Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan,

tenaga rakyat yg dihasilkan pada keseluruhannya

dapat memenuhi keperluan gunatenaga negara

kecuali di beberapa bidang tertentu.



• Dapat merapatkan jurang pengenalan bidang

pekerjaan mengikut kaum sama ada di sektor awam

@ swasta.



• Mengurangkan kemiskinan terutamanya kaum

bumiputra yg berpendidikan.

PENDIDIKAN DAN LATIHAN DI BAWAH

RANCANGAN MALAYSIA KE- 9



• Pendidikan Prasekolah dan Rendah meningkat kepada 702,897

pada 2005. Pendidikan Menengah meningkat kepada 2.1 juta

pada 2005.

• Melahirkan tenaga kerja yg berpendidikan, mahir & terlatih.

• Melahirkan warganegara yg bertanggungjawab & mempunyai

nilai-nilai moral & etika yg kukuh.

• Membantu kpd pencapaian Dasar pembangunan Nasional

(DPN) – utk membasmi kemiskinan & penyusunan semula

masyarakat.

• Bagi peluang pendidikan & latihan kpd golongan

berpendapatan rendah – tingkatkan pendapatan & mudah

dapat kerja seterusnya menyumbangkan peningkatan agihan

pendapatan.

• Enrolmen peringkat pengajian di Institusi pendidikan tertiari

awam dan swasta meningkat 731,698 pada 2005.

DASAR KEBUDAYAAN





• Merupakan keseluruhan

cara hidup manusia.



• Memerlukan perancangan

yg teliti & rapi spy dapat

melahirkan cara hidup yg

bersifat keMalaysiaan.

PRINSIP-PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN





1. Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat

Asal Rantau ini



2. Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai

dan Wajar boleh diterima



3. Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam

Pembentukkan Kebudayaan Kebangsaan

OBJEKTIF



I. Mengukuhkan perpaduan

bangsa & negara melalui

Kebudayaan;



II. Memupuk & memelihara

keperibadian kebangsaan yg

tumbuh drpd Kebudayaan

Kebangsaan;



III. Memperkayakan &

mempertingkatkan kualiti

kehidupan kemanusiaan &

kerohanian yg seimbang dgn

pembangunan sosioekonomi.

STRATEGI & PELAKSANAAN

i. Pemulihan, pemeliharaan & pembangunan kebudayaan ke

arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan

melalui usahasama penyelidikan, pembangunan,

pendidikan, pengembangan & perhubungan budaya;



ii. Meningkat & mengukuhkan kepimpinan budaya melalui

usaha-usaha membimbing & melatih peminat, mendokong

& menggerak kebudayaan seluas-luasnya sbg jentera

pembangunan yg berkesan;



iii. Mewujudkan komunikasi yg berkesan ke arah kesedaran

kebangsaan, kenegaraan & nasionalisme Malaysia;



iv. Memenuhi keperluan sosiobudaya;



v. Meninggikan taraf & mutu kesenian

DASAR PANDANG KE TIMUR

• Diumumkan oleh Y.A.B. PM pada 8 Februari 1982 semasa “5th

Joint Annual Conference Of Majeca/Jameca” di K.L.



• Fokus Jepun & Korsel.



• Program Latihan:

 Latihan perindustrian & Teknikal.

 Pengajian Akademik.

 Kemajuan Eksekutif.

 Hubungan antara institusi.

 Mencontohi sesuatu yg baik drpd kedua-dua negara &

mengurangkan pergantungan/hubungan dgn rakan-rakan

tradisi.

 Tujuan: Meninggikan prestasi pengurusan &

pembangunan berdasarkan pendekatan/pengalaman/ciri-

ciri positif yg diamalkan oleh Jepun dan Korsel.

DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI

DALAM PENTADBIRAN



1. LATAR BELAKANG/ RASIONAL

• Islam adalah agama rasmi - Perlembagaan

Negara., Penganut-penganut agama lain bebas

mengamalkan agama masing-masing.



• Kebangkitan semula Islam sejak awal 1970-an

di Seantero Dunia.



• Menerapkan nilai-nilai positif & murni yg

terdapat dlm Islam itu utk diterapkan &

dijadikan amalan masyarakat di M„sia.

2. OBJEKTIF





• Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yg

BERAMANAH, BERIDENTITIi & DISEGANI oleh

masyarakat lain.



• Menubuhkan sebuah negara yg bahagia.



• Menghapuskan sikap yg negatif dlm menjalankan

tugas yg dipertanggungjawabkan.



• Menghasilkan perkhidmatan yg bermutu.

3. NILAI-NILAI YANG DISEGANI





• Ada 11 nilai yg disarankan iaitu AMANAH,

BERTANGGUNGJAWAB, IKHLAS, DEDIKASI,

SEDERHANA, TEKUN, BERSIH, BERDISIPLIN,

BEKERJASAMA, BERBUDI MULIA &

BERSYUKUR.



* Huraikan/bincangkan secara mendalam semua nilai

ini satu persatu.

DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH



KONSEP BCA



I. BERSIH

• Bersih dari segi fizikal

• Bersih dari segi moral



II. CEKAP

• Hasil kerja yg tinggi

• Mutu kerja yg tinggi

• Menepati objektif kerja

DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH



KONSEP BCA



III. AMANAH

• Rela & cuba menjalankan tugas &

tanggungjawab yg diamanahkan dlm batas

kuasa yg ditentukan dgn penuh gigih & ikhlas

bagi mencapai objektif yg ditetapkan.



• Mempunyai sifat luhur & murni, jujur kpd diri

sendiri, rakan & organisasi.

B. BERSIH, CEKAP DAN AMANAH







• Dilancarkan pada pertengahan April 1982 oleh

Y.A.B. PM.



• Tiga sifat unsur yg perlu diamalkan.



• Tujuannya : mewujudkan satu etika kerja & sikap

berkhidmat yg baru.

C. KEPIMPINAN MELALUI TELADAN





• Dilancarkan oleh Y.A.B. PM pada 19 Mac 1983.



• Tujuan: Memupuk/menanam ciri-ciri kepimpinan yg

berkesan utk dicontohi, dihayati & diamalkan oleh

segenap lapisan anggota Kerajaan/orang awam.

D. PROGRAM-PROGRAM PEMBAHARUAN

YANG LAIN



• Etika Perkhidmatan Awam (1979: Buku Panduan

Perkhidmatan Cemerlang)



• Pemakaian tanda nama (Pekeliling 8/83: 14.10.83



• Penggunaan kad perakam waktu (Pekeliling Am

11/81)



• Manual prosedur kerja/fail meja (Surat BTH. 6.4.83)

D. PROGRAM-PROGRAM PEMBAHARUAN

YANG LAIN



• KMK



• Pelan Pejabat Terbuka (PA 4/83)



• Konsep Pejabat Daerah Contoh. (Keputusan

mesyuarat MB/KM 22/23.2.80)



• Arahan pengisytiharan harta



• Pusat-pusat pembayaran bil setempat (KL/PJ

1.10.82 Tempat-tempat Lain 1.1.83)

DASAR WANITA NEGARA



DIGUBAL DENGAN HARAPAN

AGAR SEGALA HALANGAN DAN

SEKATAN KEPADA

PENGINTERGRASIAN WANITA

SEPENUHNYA DALAM PROSES

PEMBANGUNAN DAPAT DI

ATASI

RASIONAL

 Menyedari pelbagai peranan wanita dalam keluarga, masyarakat,

ekonomi dan politik negara, kerajaan mengakui bahawa strategi-

strategi yang khusus perlu dibentuk bagi melibatkan wanita secara

berkesan dalam proses pembangunan supaya potensi wanita dapat

dioptimumkan. Usaha gigih perlu diambil untuk membantu wanita

melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial dan ekonomi yang

utama. Ini memerlukan satu dasar bagi memberi panduan serta arah

haluan dalam segala usaha pembangunan supaya kepentingan dan

penyertaan wanita tidak terabai dan diintegrasikan sumbangan

mereka dalam proses pembangunan negara. Menyedari hakikat inilah

kerajaan telah menggubal Dasar Wanita Negara (DWN) dalam tahun

1989. Penggubalan dasar ini memperjelaskan kesungguhan kerajaan

ke arah membantu penyertaan wanita dalam arus pembangunan

negara dengan lebih bermakna. DWN menyediakan garis panduan

bagi mengintegrasikan sumbangan wanita dalam proses

pembangunan negara.

MATLAMAT

DASAR WANITA NEGARA

 MENJAMIN PERKONGSIAN SAKSAMA DALAM

MEMPEROLEHI KEMUDAHAN SUMBER,

MAKLUMAT, PELUANG PENYERTAAN DAN

MANFAAT PEMBANGUNAN KEPADA LELAKI

DAN WANITA. MATLAMAT PERSAMAAN DAN

KESAKSAMAAN DIJADIKAN TERAS DASAR

PEMBANGUNAN YANG BERORIENTASIKAN

RAKYAT, AGAR WANITA YANG MERUPAKAN

50% PENDUDUK NEGARA DAPAT

MENYUMBANG.

MATLAMAT

DASAR WANITA NEGARA

 MENGINTERGRASIKAN WANITA DALAM

SEMUA SEKTOR PEMBANGUNAN

NEGARA SELARAS DENGAN

KEMAMPUAN DAN KEHENDAK WANITA

BAGI MEMPERTINGKATKAN MUTU

KEHIDUPAN, MEMBASMI KEMISKINAN,

MENGHAPUS KEJAHILAN DAN BUTA

HURUF

DASAR SOSIAL NEGARA



 Dasar Sosial Negara (DSN) adalah

satu dasar pembangunan sosial yang

berteraskan nilai-nilai murni dan

peningkatan keupayaan insan bagi

mencapai kesepaduan dan kestabilan

sosial, ketahanan nasional dan

kesejahteraan hidup masyarakat

Malaysia yang maju dan mantap.

MATLAMAT

 Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari

2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia

yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan

teknologi.

Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk

memperkembangkan potensi diri secara optimum di

dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri

bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral,

bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama

selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

OBJEKTIF

 Objektif Umum

1. Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira

kumpulan etnik, agama,budaya,gender dan fahaman politik serta

wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus

pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara

berterusan.



Objektif Khusus

1. Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial

Negara menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi

dengan menerapkan nilai-nilai murni di setiap peringkat

pelaksanaannya:



a. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat

dipenuhi;

b. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat;

c. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan

perkhidmatan sosial; dan

d. Menjana sinergi multisektor.

DASAR LUAR

SENARIO DASAR LUAR NEGARA



“Malaysia hari ini adalah pejuang utama kepentingan

negara membangun dan pembela hak asasi manusia.”



 Pepatah yg mengatakan bhw „persahabatan baru perlu dicari,

kwn lama tidak wajar dilupakan‟ ternyata benar dlm dasar luar

Malaysia. Asas yg dijadikan panduan dlm pelaksanaan dasar

luar negara pada masa lampau semuanya masih dikekalkan,

seperti kerjasama serantau ASEAN, pembabitan Malaysia utk

mengukuhkan lagi masyarakat Islam sedunia melalui OIC &

sokongannya terhadap Komanwel. Asean menjadi satu forum

yg penting di mana melaluinya, Malaysia berusaha

melanjutkan lagi kerjasama di bidang ekonomi serantau & utk

mencari jln penyelesaian terhadap tragedi yg sedang menimpa

Kemboja.

 Pembabitannya yg cergas dlm diplomasi

antarabangsa & serantau menaikkan imej Malaysia

sbg salah sebuah negara yg dinamik dlm sistem

politik anatrabangsa. Pembabitan yg dimaksudkan,

termasuk Persidangan Antabangsa Mengenai Dadah

(Jun 1987) telah dipengerusikan oleh PM,

perlantikan Malaysia sbg ahli Majlis Keselamatan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Persidangan

Agung Unesco yg dipengerusikan oleh Menteri

Pendidikan, En. Anwar Ibrahim, Mesyuarat Ketua-

ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada Oktober

1989 & seterusnya pembabitan Malaysia dlm

kegiatan mengekalkan keamanan di bwh naungan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sbg cthnya

UNTAG (United Nations Transition Group In

Namibia) & UNIMOG (United Nations Mission

Observer Group).

 Sejak 1981, Malaysia mengambil pendirian tegas

mengenai beberapa isu yg secara langsung

membuka mata dunia kpd Malaysia:-

• Penyertaan Malaysia dlm pergerakan berkecuali,

penyertaan aktif dlm mencari keamanan (di bwh

PBB), pendirian tegas mengenai isu Afrika

Selatan, sistem aparteid dan perdagangan „najis

dadah‟ di peringkat antarabangsa serta

cadangannya utk mewujudkan pemerintahan

bercorak antarabangsa ke atas Benua Antartika.

 Dlm dunia Islam, Malaysia menjalin persahabatan

yg erat dgn ahli „Islamic Community‟ walaupun

terdapat pertelingkahan antara beberapa ahli.

 Komitmen Malaysia adalah teguh, jelas & berterusan

mengenai isu Palestin & perjuangan rakyatnya.

 Dibuktikan sewaktu lawatan Yasser Arafat ke

Malaysia di mana beliau menyampaikan

penghargaannya yg amat mendalam terhadap

sokongan kuat Malaysia yg berterusan terhadap

perjuangan rakyat Palestin.

 “The South Commission”, sebuah pertubuhan di

mana Malaysia memainkan fungsi utama dlm

penubuhannya, buat masa ini diketuai oleh Julius

Nyerere, bekas Presiden Tanzania.

HALANGAN PERLAKSANAAN DASAR-DASAR

NEGARA



1. SIKAP

A. Kurang cekap



B. Tidak dedikasi



C. Tidak bersemangat



D. Kurang inovasi



E. Tidak jujur



F. Tidak ikhlas



G. Cepat puas hati

2. ILMU PENGETAHUAN









Ilmu pengetahuan

moden, sains &

teknologi,

penyelidikan &

pembangunan yang

tidak kemas kini.

3. TAFSIRAN AGAMA 4. ANCAMAN DALAM

DAN LUAR

Kefahaman & tafsiran NEGARA

agama yg singkat

& sempit yg Tomahan drpd

menolak kumpulan

pembangunan pendesak dlm

menyebabkan negeri & luar

dasar-dasar negara yg

Kerajaan kurang menyebabkan

mendapat rakyat ragu-ragu.

sambutan rakyat.


Related docs
Other docs by HC11111708232
Traditional Clothing
Views: 4  |  Downloads: 0
Differential Equations
Views: 1  |  Downloads: 0
bill
Views: 1  |  Downloads: 0
PRICE LIST
Views: 3  |  Downloads: 0
ORDINARY DIFFERENTIAL EQUATIONS
Views: 0  |  Downloads: 0
SIUS Monthly Tuition
Views: 0  |  Downloads: 0
Chapter 14 Differential Equations
Views: 1  |  Downloads: 0
Molten Volleyball Club Apparel
Views: 0  |  Downloads: 0
questions2010
Views: 4  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!