pengenalan - USM by xXLVYE

VIEWS: 45 PAGES: 12

									PENGENALAN PROGRAM DIPLOMA KEJURURAWATAN
1. PENGENALAN

  Universiti Sains Malaysia (USM) ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1969,
  merupakan salah satu institusi pengajian tinggi awam yang tertua di Malaysia.
  Pada tahun 1971, kampus induk USM telah didirikan di Bukit Minden, lebih kurang
  10km dari Bandaraya Georgetown. Suasana kampus yang nyaman dan harmoni
  ini menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran.

  USM mempunyai tiga kampus cawangan: Kampus Kejuruteraan bertempat di Seri
  Ampangan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Manakala Kampus Kesihatan
  bertempat di Kubang Kerian, Kelantan.

  Sejak ditubuhkan, USM telah diberikan mandat untuk memberi dan memajukan
  pengajian tinggi dalam bidang sains dan teknologi yang meliputi Sains Tulen, Sains
  Gunaan, Perubatan, Kejuruteraan, Pembangunan dan juga bidang Sains
  Kemasyarakatan, Kemanusiaan dan Pendidikan. USM merupakan institusi yang
  menyediakan arena untuk penyelidikan, pemajuan dan penyebaran ilmu intelek
  sains dan kemanusiaan.

2. MISI

  Memimpin dan menginovasi untuk mencapai kecemerlangan pada peringkat
  antarabangsa    melalui    pemajuan       dan   penyebaran       ilmu    dan
  kebenaran,pemupukan kualiti-kualiti yang menekankan kepada kecemerlangan
  akademik dan professional, perkembangan individu yang menyeluruh dan
  komitmen yang kukuh terhadap aspirasi masyarakat, aspirasi negara dan aspirasi
  universal.

3. UNIVERSITI DALAM TAMAN

  Konsep „Universiti Di Dalam Taman‟ yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan
  hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian
  tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-
  ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan
  selanjutnya. Konsep ini mengajak kita untuk mengekalkan kehijauan kampus
  sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan dunia intelek. Kita perlu
  semarakkan semangat dan amalan dalam menjaga persekitaran kampus, malah
  terus menyayangi dan menghargai alam semulajadi dan ekologi yang
  dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran pada setiap warga kampus.
  Untuk menyedarkan semua pihak terhadap usaha ini, pelbagai unsur perlu
  diberikan perhatian. Unsur-unsur ini adalah nisbah di dalam pemajuan tanah yang
  ada, keindahan flora dan fauna, tasek dan keindahan yang berkaitan, rekabentuk
  dan seni bina serta amalan seluruh warga kampus. Usaha murni ini memberikan
  keindahan yang tiada taranya, menggambarkan kampus yang sungguh menarik,
  nyaman dan kaya dengan semangat kemanusiaannya. USM menjadi model
  kehidupan universiti dalam taman yang patut dicontohi dan dicemburui. Ianya
  merupakan gabungan harmoni persekitaran kampus dalam taman yang
  menyediakan medan wacana intelek dalam menerokai akal budi – siapa kita,
  bagaimana kita mengetahui dan bagaimana kita patut meneruskan kehidupan
  selanjutnya.


                                        1
4. KEDUDUKAN USM

  Pada masa ini Universiti Sains Malaysia mempunyai 24 buah Pusat Pengajian dan
  13 buah Pusat Kecemerlangan yang menjalankan pelbagai aktiviti pengajaran
  pembelajaran dan penyelidikan. Sebanyak 111 program pengajian ditawarkan
  secara penuhmasa dan 13 program pengajian ditawarkan secara Jarak Jauh.
  Pengajaran dijalankan oleh 1,205 orang staf akademik dan dibantu oleh lebih
  4,000 staf eksekutif dan sokongan. Universiti Sains Malaysia kini mempunyai
  populasi pelajar sarjana, sarjana muda sepenuh masa dan separuh masa
  sebanyak 27,981 orang.

5. PUSAT-PUSAT PENGAJIAN DI USM
  5.1.   Kampus Induk USM, Pulau Pinang
         a.   Pusat Pengajian Pengurusan
         b.   Pusat Pengajian Sains Komputer
         c.   Pusat Pengajian Komunikasi
         d.   Pusat Pengajian Seni
         e.   Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
         f.   Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
         g.   Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
         h.   Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan
         i.   Pusat Pengajian Teknologi Industri
         j.   Pusat Pengajian Sains Farmasi
         k.   Pusat Pengajian Sains Kajihayat
         l.   Pusat Pengajian Sains Kimia
         m. Pusat Pengajian Sains Fizik
         n.   Pusat Pengajian Sains Matematik
         o.   Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

  5.2.   Kampus Kejuruteraan Sri Ampangan, Nibong Tebal, Pulau Pinang
         a.   Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam
         b.   Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
         c.   Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa
         d.   Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik
         e.   Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia
         f.   Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral

  5.3.   Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan

         a.   Pusat Pengajian Sains Kesihatan
         b.   Pusat Pengajian Sains Perubatan
         c.   Pusat Pengajian Sains Pergigian




                                            2
6. PUSAT PENYELIDIKAN DAN KECEMERLANGAN

  6.1.   Pusat Bahasa dan Terjemahan
  6.2. Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi
  6.3. Pusat Penyelidikan Dasar
  6.4. Pusat Kawalan Doping Negara
  6.5. Pusat Racun Negara
  6.6. Pusat Pengajian Samudera dan Pantai
  6.7.   Pusat Penyelidikan Arkeologi Negara
  6.8.   Pusat Penyelidikan Dasar dan Ubatan
  6.9.   Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Pendamaian
  6.10. Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Wanita
  6.11. Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar
  6.12. Institut Perubatan dan Pergigian
  6.13. Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara

7. USM PILIHAN UTAMA

  7.1    Diiktiraf sebagai “Universiti Penyelidikan‟ yang sentiasa menggalakkan aktiviti
         kajian dan penyelidikan.
  7.2    Hasil penyelidikan USM terbukti bertaraf internasional dengan kemenangan
         pelbagai anugerah di pertandingan penyelidikan antarabangsa.
  7.3.   Suasana kampus yang harmoni, kondusif yang mengamalkan konsep
         ‘Universiti dalam Taman’ dan Kampus Sejahtera.
  7.4.   Program-program pengajian multi-disiplin yang diiktiraf dunia.
  7.5    Interaksi rapat antara pusat pengajian dan industrialis serta syarikat-syarikat
         korporat telah mendedahkan para pelajar tentang perkembangan terkini
         yang berkaitan dengan bidang pelajaran mereka.

8. PENCAPAIAN USM

  Keunggulan USM dalam bidang penyelidikan di iktiraf dunia melalui
  penganugerahan projek-projek penyelidikan di luar negara. Eksplorasi para saintis
  kita ke benua Antartika turut mengukuhkan lagi persepsi mata dunia terhadap
  tahap dan mutu penyelidikan di USM. Telah berjaya merangkul pelbagai
  anugerah kecemerlangan di symposium penyelidikan dalam dan luar negara
  antaranya;

  8.1.   Ekspo Sains & Teknologi di Malaysia
  8.2.   ITEX Malaysia, MOSTE di Malaysia
  8.3.   Seoul International Inventation di Korea Selatan
  8.4.   International News Product Exposition (INPEX) di Amerika Syarikat
  8.5.   International New Products Exposition (INPEX) di Geneva


                                           3
  8.6.   Penemuan „Perak Man‟ di Kota Tampan, Perak oleh Pusat Penyelidikan
         Arkeologi USM merupakan eksplorasi persejarahan yang paling bernilai di
         Asia Tenggara.
  8.7.   Ekspedisi sekumpulan saintis USM ke benua Antartika merupakan antara
         eksplorasi sains yang terulung di Malaysia dan dunia.
  8.8.   Sehingga 2004, USM telah berjaya menghasilkan seramai 60,000 graduan
         sarjana muda dan 7,000 graduan sarjana.

9. KEMUDAHAN AWAM DI USM

  9.1.   Kemudahan Bank
         a. Bank Simpanan Nasional
         b. Bank Bumiputra Commerce
         c. Bank Islam Berhad (Perbankan Elektronik)
         d. Bank Muamalat
  9.2.   Kemudahan Kedai
         a. Kedai Mahasiswa
         b. Kedai Buku
         c. Kedai Farmasi
  9.3.   Kafetaria
  9.4.   Masjid
  9.5.   Pusat Kesihatan
  9.6.   Rumah Tetamu
  9.7.   Kemudahan-kemudahan Sukan
         a. Stadium Hoki
         b. Stadium Bolasepak & Olahraga
         c. Kolam Renang
         d. Kompleks Sukan
             Badminton  Squash  Gymnasium
         e. Padang Golf
         f.   Tenis
         g. Bola jaring
         h. Bola keranjang

10. MAKLUMAT LANJUT

   Sebarang maklumat lanjut tentang Kemasukan, sila hubungi :-

   Puan Mazula Sabudin
   Ketua Penolong Pendaftar
   Unit Kemasukan & Pengambilan
   Aras 2, Bahagian Pengurusan Akademik
   Jabatan Pendaftar
   Universiti Sains Malaysia
   11800 USM, Pulau Pinang.


                                         4
   Tel:  04-6532688, 6533059, 6533072, 6533073, 6533141, 6533327, 6533329,
         6533478, 6533196
   Faks: 04-6533328
   email: admissions@notes.usm.my
   email: mazula@notes.usm.my

   Laman Web: http://registry.usm.my/portal/reg/bpa/kemasukan.htm
   Laman Web: http://www.usm.my

11. PUSAT PENGAJIAN SAINS KESIHATAN

    Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains   Malaysia telah ditubuhkan
    pada 1 November 1999 sebagai usaha mengembangkan Sains Kesihatan secara
    menyeluruh dan merangkumi bidang seperti Bioperubatan, Dietetik,
    Kejururawatan, Sains Forensik, Sinaran Perubatan, Audologi, Patologi Pertuturan
    serta Sains Senaman dan Sukan. Siswazah pertama dianugerahkan Ijazah Sarjana
    Muda Sains Kesihatan pada tahun 2003. Tujuan utama penubuhan Pusat
    Pengajian Sains Kesihatan adalah untuk membantu negara memenuhi keperluan
    gunatenaga manusia dalam bidang-bidang kesihatan dan para-perubatan
    yang belum mencukupi.

12. PENGENALAN PROGRAM

    Program Diploma Kejururawatan merupakan salah satu pengajian yang mula
    ditawarkan oleh Pusat Pengajian Sains Kesihatan untuk sesi 2007/2008. Program
    ini ditawarkan berikutan implikasi daripada perkembangan pesat teknologi
    perubatan, pertambahan hospital kerajaan dan swasta, di mana permintaan
    terhadap keperluan jururawat meningkat pada tahap yang kritikal. Kekurangan
    bilangan jururawat ini memberi kesan terhadap kualiti perkhidmatan kesihatan.

    Program Diploma Kejururawatan memerlukan 3 tahun pengajian yang
    merangkumi teori dan komponen latihan kemahiran kejururawatan. Program ini
    mengandungi aspek-aspek sains biologi, sains tingkahlaku, sains kejururawatan
    dan kemahiran teknikal. Pelajar perlu mengumpul 98 kredit unit untuk berijazah.

    12.1 MATLAMAT PENGAJIAN PROGRAM DIPLOMA KEJURURAWATAN

          Bagi melahirkan graduan kejururawatan yang mempunyai ilmu akademik
          yang tinggi juga kemahiran klinikal yang mantap demi mencapai aspirasi
          negara untuk masyarakat yang sihat.

          Objektif program adalah:

              menampung keperluan          gunatenaga   jururawat   yang    belum
               mencukupi dalam negara

              melahirkan jururawat terlatih yang mampu memberi perkhidmatan
               yang cekap dan berkesan kepada individu dan juga masyarakat

              menyediakan pendidikan asas kejururawatan sejajar dengan
               keperluan semasa yang membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran
               ke peringkat ijazah

                                        5
12.2 PROGRAM KURSUS

Kursus Teras

DGN 101/2      -   Kejururawatan Profesional I
DGN 102/3      -   Kemahiran Kejururawatan (Aktiviti Kehidupan Harian)
DGN 103/2      -   Kejururawatan Profesional II
DGN 104/2      -   Komunikasi Kesihatan
DGN 105/3      -   Sosiologi Kesihatan
DGN 106/2      -   Biologi untuk Kejururawatan
DGN 107/3      -   Praktikum Kejururawatan I
DGN 108/3      -   Penilaian Kesihatan
DGN 109/3      -   Intervensi Terapeutik
DGN 110/2      -   Perawatan Perubatan-Surgeri I
DGN 111/2      -   Biologi Manusia I
DGN 112/3      -   Praktikum Kejururawatan II

Kursus Teras

DGN 201/3      -   Perawatan Perubatan-Surgeri II
DGN 202/2      -   Biologi Manusia II
DGN 203/3      -   Psikologi Kejururawatan
DGN 204/3      -   Praktikum Kejururawatan III
DGN 205/3      -   Perawatan Perubatan-Surgeri III
DGN 206/2      -   Perawatan Psikiatrik
DGN 207/2      -   Biologi Manusia III
DGN 208/3      -   Praktikum Kejururawatan IV
DGN 301/3      -   Kejururawatan Profesional III
DGN 302/2      -   Perawatan Ibu dan Bayi
DGN 303/3      -   Perawatan Perubatan-Surgeri IV
DGN 304/7      -   Praktikum Kejururawatan V
DGN 305/2      -   Kejururawatan Profesional IV
DGN 306/3      -   Perawatan Neonat dan Pediatrik
DGN 307/2      -   Perawatan Ginekologi
DGN 308/3      -   Perawatan Komuniti
DGN 309/7      -   Praktikum Kejururawatan VI

(Keperluan penganugerahan Diploma Kejururawatan ialah 98 unit)

12.3 SINOPSIS KURSUS

     DGN 101 - Kejururawatan Profesional I

     Merupakan pengenalan tentang sejarah kejururawatan, perkembangan
     profesion kejururawatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,
     sistem penjagaan kesihatan di Malaysia dan skim insuran kesihatan. Kursus
     ini juga memberi pengenalan kepada konsep asas dan amalan serta
     peranan seorang jururawat.

     DGN 102 – Kemahiran Kejururawatan: Aktiviti Hidup Harian

     Kursus ini merangkumi komponen teori dan amali asas kejururawatan. Ia
     dibentuk untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran
     kejururawatan asas sebagai tapak permulaan kukuh sebagai jururawat.
                                        6
Pelajar akan didedahkan dengan aktiviti hidup harian merangkumi
keperluan asas manusia seperti bernafas, makan dan minum, tidur dan
rehat, persekitaran yang selamat, mobilisasi, kebersihan diri dan
perkumuhan berdasarkan keperluan asas Virginia Henderson.

DGN 103 - Kejururawatan Profesional II

Memberi pengenalan tentang isu undang-undang dan etika dalam
amalan kejururawatan. Penekanan juga diberikan kepada penggunaan
proses kejururawatan bagi memenuhi keperluan pesakit.

DGN 104 - Komunikasi Kesihatan

Memperkenalkan teori dan kemahiran berkomunikasi secara interpersonal,
kumpulan dan masyarakat amnya. Pelajar mengambil bahagian dalam
pembentangan kertas kerja/tugasan supaya mereka lebih yakin untuk
berinteraksi.

DGN 105 - Sosiologi Kejururawatan

Kursus ini memberikan pendedahan kepada pelajar tentang peranan
sosiologi dalam penjagaan kesihatan serta kesan dan pengaruhnya
kepada tingkah laku dan tindakbalas terhadap penyakit atau gangguan
kesihatan .

DGN 106 - Biologi Kejururawatan

Membincangkan aspek-aspek penting biokimia asas, fungsi dan
kepentingannya dalam tubuh. Perbincangan juga merangkumi prinsip asas
mikrobiologi, parasitologi dan imunologi dan kesannya ke atas tubuh
manusia.

DGN 107 - Praktikum Kejururawatan I

Kursus praktikum ini meliputi konsep asas kemahiran dan teori kejururawatan
seperti keperluan asas Virginia Henderson, kemahiran komunikasi yang
dipelajari semasa dalam makmal kejururawatan. Pelajar dijangka
membangunkan kemahiran mereka semasa penempatan klinikal.

DGN 108 - Penilaian Kesihatan

Kursus teori beramali ini memberi tumpuan kepada aspek amali asas
kejururawatan termasuk proses kejururawatan, objektif dan kaedah
penilaian kesihatan, pengambilan sejarah pesakit, kaedah melakukan
pemeriksaan klinikal, menilai dan mentafsir tanda dan gejala penyakit.

DGN 109 - Intervensi Terapeutik

Tujuan kursus ini adalah memberi pengetahuan kepada pelajar berkaitan
intervensi terapeutik. Ini amat penting semasa mengurus pesakit di wad.
Pelajar akan mempelajari konsep dan teknik aseptik, penjagaan luka,
farmakokinetik, farmakodinamik, interaksi ubat, administrasi ubat
berdasarkan konsep 6R, dan kepentingan aspek diet terapeutik,

                                  7
pengurusan sakit, teknik kaunseling serta pengenalan kepada teknik
alternatif dalam penjagaan pesakit.

DGN 110 - Perawatan Perubatan-Surgeri I

Merupakan pengenalan kepada kejururawatan klinikal di hospital iaitu
kejururawatan perubatan-surgeri. Penekanan adalah dari segi peranan dan
tanggungjawab jururawat dalam pengurusan pesakit.

DGN 111 - Biologi Manusia I

Membincangkan struktur dan fisiologi sistem gastrousus, renal, urologi,
respiratori dan kardiovaskular. Kursus ini akan menjadi pengetahuan pre
rekuisit kepada Perawatan Perubatan-Sugeri.

DGN 112 - Praktikum Kejururawatan II

Praktikum ini meliputi konsep asas kemahiran dan teori kejururawatan
perubatan dan surgeri seperti perawatan peri-operatif, penafsiran fizikal
dan proses kejururawatan serta pesakit yang dipelajari semasa dalam
makmal kejururawatan. Pelajar dijangka membangunkan kemahiran
mereka semasa penempatan klinikal.

DGN 201 - Perawatan Perubatan–Surgeri II

Kursus ini memberi pengenalan kepada konsep asas dan amalan
kejururawatan.  Penekanan    diberi   kepada   penggunaan proses
kejururawatan bagi memenuhi keperluan pesakit.

DGN 202 - Biologi Manusia II

Membincangkan aspek-aspek penting struktur sistem endokrin, imun,
limfatik, darah dan homeostasis badan. Kursus ini akan menjadi
pengetahuan pre rekuisit kepada Perawatan Perubatan-Sugeri.

DGN 203 - Psikologi Kejururawatan

Untuk membina pemahaman konsep serta teori penting dalam sains
tingkahlaku dan proses mental. Ia juga menjelaskan perkaitan sosial
saraf/biologi dan tingkahlaku serta proses mental (contohnya:
pembelajaran, persepsi, sosialiti, kognitif dan psikopatologi). Penekanan
juga diberi kepada prinsip psikologi perkembangan (contohnya: peringkat
perinatal hingga ke usia tua dan pengaruh persekitaran seperti sosial, fizikal,
sosialiti, sosial dan kognitif).

DGN 204 - Praktikum Kejururawatan III

Praktikum ini meliputi perkembangan kemahiran kejururawatan mengikut
masalah berkaitan dengan sistem urinari, gastrousus, respiratori dan
kardiovaskular.




                                 8
DGN 205 - Perawatan Perubatan-Surgeri III

Kursus ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu masalah endokrin,
imunologi, onkologi dan hematologi. Ia memberi pendedahan kepada
pelajar tentang pengurusan perawatan yang holistik terhadap pesakit
dengan masalah endokrin, imunologi, onkologi dan hematologi yang
memerlukan rawatan pengubatan dan pembedahan. Untuk setiap
bahagian pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan yang diperlukan
untuk diaplikasi semasa melakukan pengurusan perawatan kepada
masalah tersebut.

DGN 206 - Perawatan Psikiatrik

Mendedahkan pelajar kepada penyakit mental dan pengkelasan klinikal.
Pelajar akan memahami faktor penyebab dan pencetus penyakit serta
masalah kesihatan mental juga penjelasan tentang isu legal dan etika
berkaitan dengan penyakit mental secara umum. Pelajar akan didedahkan
kepada perkhidmatan penyakit mental di Malaysia; hospital dan komuniti,
peranan jururawat dan ahli kumpulan kesihatan mental serta pengurusan
dan perawatan pesakit dengan masalah mental.

DGN 207 - Biologi Manusia III

Kursus ini membincangkan aspek-aspek penting struktur sistem saraf, telinga,
hidung dan leher, mata, kulit, otot dan sistem reproduktif. Kursus ini akan
menjadi pengetahuan pre rekuisit kepada Perawatan Perubatan-Sugeri.

DGN 208 - Praktikum Kejururawatan IV

Mengaplikasi kemahiran kejururawatan mengikut masalah             endokrin,
imunologi, onkologi, hematologi serta psikiatrik. Pelajar         dijangka
membangunkan kemahiran semasa penempatan klinikal.

DGN 301- Kejururawatan Profesional lll

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang teori, prinsip dan penilaian
kaedah pengurusan dan pendidikan, serta aspek dan prinsip etika dalam
pengurusan kejururawatan pelbagai disiplin pesakit di hospital dan komuniti.
Latihan amali akan mendedahkan pelajar kepada kemahiran merancang,
mengurus pentadbiran wad serta amalan etika yang berkaitan.

DGN 302 - Perawatan Ibu dan Bayi

Memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai perawatan ibu dan
anak, jagaan ibu mengandung sehingga kelahiran. Pelajar juga
mempelajari aspek pengurusan neonat yang baru lahir dan jagaan pos
natal serta puerperium dan kepentingan pendidikan kesihatan.

DGN 303 - Perawatan Perubatan–Surgeri lV

Kursus ini memberi fokus kepada pengurusan perubatan dan surgeri serta
pengurusan perawatan holistik pesakit yang mengalami masalah neurologi,
deria khusus, kulit dan disfungsi otot skeletal. Penekanan diberikan pada
aspek etiologi, patofisiologi, manifestasi klinikal, rawatan perubatan,
                                 9
pembedahan dan komplikasi serta pengurusan perawatan holistik.
Pengetahuan teori yang dipelajari seterusnya akan diaplikasikan semasa
menguruskan pesakit di penempatan klinikal.

DGN 304 - Praktikum Kejururawatan V

Praktikum ini meliputi konsep asas kemahiran dan teori kejururawatan
obstetrik dan bayi baru lahir serta orthopedik, neurologi, oftalmologi, telinga
& tekak. Pelajar dijangka membangunkan kemahiran mereka semasa di
penempatan klinikal.

DGN 305 - Kejururawatan Profesional lV

Modul ini membincangkan aspek-aspek penyelidikan kejururawatan, proses
penyelidikan, isu etika penyelidikan, penggunaan statistik dalam
penyelidikan kejururawatan dan penggunaan teknologi maklumat yang
bersesuaian.

DGN 306 - Perawatan Neonat dan Pediatrik

Membincangkan pengurusan kejururawatan kepada pesakit neonat dan
kanak-kanak. Isi kandungan kursus ini merangkumi aspek pengurusan
medikal, surgeri, kajian diagnostik, komplikasi dan kejururawatan secara
holistik. Kemahiran klinikal kejururawatan akan diberi melalui sesi amali di
makmal kejururawatan dan praktikal di kawasan klinikal.

DGN 307 - Perawatan Ginekologi

Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran dalam
pengurusan pesakit dengan masalah seks dan pembiakan.

DGN 308 - Perawatan Komuniti

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pengurusan kejururawatan
berkaitan dengan keluarga dan masyarakat. Kemahiran klinikal akan dibina
melalui sesi praktikum di komuniti.

DGN 309 - Praktikum Kejururawatan Vl

Praktikum ini meliputi konsep asas kemahiran dan teori kejururawatan serta
kemahiran spesifik ginekologi, neonatal, pediatrik, unit kritikal, dewan bedah
dan perawatan komuniti. Pelajar dijangka membangunkan kemahiran
mereka semasa penempatan klinikal.




                                 10
13.   YURAN PENGAJIAN

      13.1 Yuran Tidak Berulang
          Yuran Tidak Berulang hanya perlu dibayar sekali sahaja iaitu pada tahun
          pertama pengajian.
                                                                          (RM)
          Penginapan Minggu Suaikenal                                        30.00
          Pendaftaran                                                       100.00
          Suaikenal                                                         100.00
          Yuran Pemeriksaan Kesihatan                                        50.00
          Kad Pintar Pelajar                                                 60.00
          Kegiatan Pemajuan Pelajar                                         200.00
          Alumni                                                            100.00
                                                             JUMLAH         640.00

      13.2 Yuran Berulang
          Yuran berulang perlu dibayar setiap semester pengajian (kecuali yuran
          kesihatan yang dibayar setahun sekali). Yuran Desasiswa hanya dibayar
          sekiranya pelajar menginap di Desasiswa. Walau bagaimanapun, pelajar
          adalah diwajibkan tinggal di desasiswa.

          Yuran Pengajian                                                   400.00
          Yuran Kesihatan Pelajar                                            30.00
          Tabung Kebajikan Pelajar                                           10.00
          Yuran Perpustakaan                                                 25.00
          Aktiviti Desasiswa                                                 10.00
          Yuran Penginapan Desasiswa                                        292.60
                                                             JUMLAH         767.60
                                                          JUMLAH BESAR     1407.60

      13.3 ELAUN (bagi calon yang ditaja oleh USM sahaja)

          Elaun Sara Hidup               :        RM600.21     sebulan
          Elaun Buku                     :        RM250.00     setahun
          Elaun Kertas Projek            :        RM 90.00     setahun
          Elaun Alat Perkakas            :        RM 25.00     sepanjang pengajian
          Subsidi Pakaian Seragam        :        RM195.00     setahun

      13.4 Kadar Yuran adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak Universiti bila
           perlu.

14.   SENARAI SEMAK PERMOHONAN

      14.1 Sila semak dan pastikan maklumat-maklumat berikut disertakan bersama-
           sama dengan Borang Permohonan anda:-

          a. Salinan-salinan Sijil yang telah disahkan.

                                             11
    b. Bayaran memproses permohonan kiriman Wang Pos Malaysia sebanyak
       RM60.00 atas nama “UNIVERSITI SAINS MALAYSIA”.
    c. Surat persetujuan Majikan (jika berkaitan)

14.2 Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar kepada:
      Unit Kemasukan & Pengambilan
      Aras 2, Bahagian Pengurusan Akademik
      Jabatan Pendaftar
      Universiti Sains Malaysia
      11800 USM, Pulau Pinang

14.3 TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 MAC 2007

14.4 KEMASUKAN: 1 JULAI 2007

14.5 Borang permohonan yang TIDAK LENGKAP tidak akan diproses.

14.6 UNTUK KETERANGAN LANJUT, sila hubungi :

    TALIAN: 04- 6532688/6533059/6533072 /6533073 /6533141/
            6533327/6533478/6533198

    FAKSIMILI: 04- 6533328, WEBSITE: http://www.usm.my
    E-MEL: admissions@notes.usm.my, mazula@notes.usm.my




                                    12

								
To top