Masalah Vena Dan Tulang

Shared by: xXLVYE
Categories
Tags
-
Stats
views:
86
posted:
11/16/2011
language:
Malay
pages:
10
Document Sample
scope of work template
							                         Masalah Vena Dan Tulang
VENA VARIKOS

APAKAH ITU VENA VARIKOS?

      Vena verikos ialah sejenis salur darah vena yang besar membenjol dan berliku-
       liku (ia kelihatan berbelit-belit, bengkak dan membonjol).
      Tempat yang lazimnya terjadi ialah di kaki dan di bahagian belakang labu betis.
       Ia jelas kelihatan di permukaan kulit tempat-tempat tersebut.
      Vena verikos ini juga berlaku di bahagian-bahagian badan yang lain dalam
       bentuk:
           o Buasir
           o Varises Esofagus
           o Varikosel (dalam saluran sperma - skrotum)
      Ia disebabkan oleh sama ada pengaliran darah yang perlahan di dalam vena
       yang menyebabkan darah terkumpul di dalamnya atau injap di dalam vena tidak
       berfungsi dengan baik menyebabkan darah yang mengalir turun mengikut graviti
       terkumpul dalam vena kaki.
      Hampir 15% dari orang dewasa menghadapi masalah ini.
      Kaum wanita lebih mudah mendapatnya berbanding dengan kaum lelaki.

KENAPA SAYA MENDAPAT VENA VARIKOS DI KAKI SAYA?

Vena varikos terjadi atau menjadi lebih teruk ketika mengandung disebabkan oleh
pembesaran janin yang menekan ke atas vena di bahagian pelvik dan vena kava
bawah (inferior) (iaitu vena yang besar, terletak di bahagian kanan badan yang
menerima darah dari bahagian kaki dan sebahagian besarnya dari bahagian pelvis dan
organ-organ abdomen). Keadaan ini akan meningkatkan tekanan darah dalam vena di
kaki dan menyebabkan pembentukan vena varikos.

Di samping itu, peningkatan hormon progesteron menyebabkan dinding saluran darah
mengendur. Apabila anak dalam kandungan membesar, rahim juga turut membesar,
menjadikan vena-vena tersebut semakin jelas kelihatan.

Ketika mengandung, anda akan lebih mudah mendapat vena varikos di kaki - walaupun
ianya boleh terjadi di mana-mana sahaja bahagian badan, seperti di leher. (Buasir,
sebenarnya ialah vena varikos yang terjadi di bahagian dubur). Anda akan dapat
melihat vena-vena yang berwarna biru di bawah kulit dengan jelas atau ia mungkin
membonjol. Anda mungkin merasa sakit atau langsung tidak mengalami apa-apa
masalah.

Vena varikos ini akan beransur-ansur hilang selepas bersalin. Ada beberapa faktor
yang menyumbang kepada kejadian ini seperti sejarah keluarga yang pernah
mengalami vena varikos dan berat badan berlebihan.
BOLEHKAH SAYA MENCEGAH VENA VARIKOS INI?

      Anda mungkin tidak dapat mencegahnya, tetapi anda boleh mengurangkan
       masalah ini dari terjadi. Elakkan diri anda dari mengenakan terlalu banyak
       tekanan ke bahagian kaki anda terutamanya ketika mengandung. Amalkan
       petua-petua berikut dalam amalan cara hidup anda sebelum timbulnya masalah
       ini:
      Bersenam selalu - cukup hanya dengan berjalan-jalan secara pantas di sekitar
       kawasan rumah anda.
      Angkat kaki anda sekerap yang boleh. Letakkan bangku kecil atau kotak di
       bawah meja anda ketika di pejabat. Ketika di rumah, anda boleh baring
       mengiring ke kiri dengan meletakkan kaki anda di atas bantal. Oleh kerana vena
       kava bawah terletak di bahagian kanan badan anda, berehat dengan mengiring
       ke sebelah kiri akan dapat mengurangkan tekanan ke bahagian kaki.
      Cuba tidur mengiring ke sebelah kiri dengan meletakkan kaki anda di atas bantal.
       Letakkan sebiji lagi bantal di belakang anda untuk menyokong badan anda
       supaya terus mengiring ke kiri.
      Sebelum bangun dari tidur waktu pagi, sarungkan pantihos yang dapat
       menyokong bahagian kaki anda. Dengan memakai sarung tersebut sebelum
       anda berdiri ia boleh mengelakkan darah yang berlebihan dari terkumpul di
       bahagian kaki. Terdapat sejenis stoking khas untuk menangani masalah ini yang
       boleh dibeli di mana-mana kedai farmasi. Stoking ini tebal, setebal dua lapis
       pantihos biasa. Ianya ketat di bahagian buku lali dan agar longgar sedikit di
       bahagian atasnya. Ia akan mencengkam darah di bahagian labu betis dan
       menyokong vena permukaan (yang berada betul-betul di bawah kulit). Jika anda
       memakainya semasa mengandung ia akan membantu mengatasi masalah vena
       bengkak. Malangnya ia tidak boleh menghilangkan vena varikos yang telah
       terjadi tetapi ia boleh mencegahnya dari menjadi teruk. Walau bagaimanapun,
       hos/stoking ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa kepada anda terutama
       ketika cuaca panas.
      Jangan berdiri terlalu lama.
      Jangan menyilang kaki anda ketika duduk.
      Cuba kekalkan berat badan anda pada sekitar julat yang disyorkan sewaktu
       mengandung.

ADAKAH VENA VARIKOS INI SERIUS?

Vena varikos boleh menimbulkan kesakitan atau terasa gatal. Ia jarang sekali
menyebabkan berlakunya masalah peredaran darah yang kronik ataupun darah beku.
Cuma kira-kira 5% dari mereka yang kurang bernasib baik mendapat vena varikos ini
akan menghadapi masalah darah beku dalam vena mereka.

Jika terdapat bahagian yang kelihatan lembut, merah di permukaan vena varikos, diikuti
dengan demam dan sakit kaki serta nadi anda berdenyut dengan pantas, berjumpalah
doktor atau jururawat dengan segera. Dalam beberapa kes kecil di mana pesakit terasa
nadinya berdenyut dengan pantas/sesak nafas, ia mungkin merupakan tanda-tanda
embolisma pulmonari (darah beku di dalam paru-paru). Jika anda mengalami gejala-
gejala tersebut di atas segeralah ke klinik atau hospital berdekatan.

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENGHILANGKANNYA?

Kadangkala vena varikos ini hilang dengan sendirinya dalam masa 3 atau 4 bulan
selepas bersalin. Tetapi jika vena yang membonjol itu sering menyiksakan hidup anda,
rawatan pembedahan mungkin boleh dilakukan. Jika anda merasakan perlu
mendapatkan pembedahan tersebut, anda terpaksa menunggu sehingga telah
mendapat bilangan anak yang anda inginkan. Kemudian barulah menjalani
pembedahan tersebut. Ini kerana, masalah vena varikos akan menjadi semakin teruk
setiap kali mengandung.

Anda mempunyai beberapa pilihan sekiranya anda memilih untuk menghapuskan vena-
vena yang bengkak tersebut, seperti:

      Lurutan kecil (mini stripping) atau flebektomi ambulatori - satu turisan kecil dibuat
       di sepanjang vena yang terlibat. Sejenis pencangkuk kecil digunakan untuk
       mengeluarkan beberapa bahagian atau seksyen kecil vena. Prosedur ini
       dilakukan di bawah pengaruh bius setempat dan pesakit hanya dirawat sebagai
       pesakit luar sahaja. Melalui prosedur ini, pesakit terpaksa menghadapi beberapa
       risiko kecil pembedahan seperti kemungkinan berlakunya jangkitan dan
       terjadinya parut.
      Skleroterapi - menggunakan jarum. Larutan salina atau sejenis larutan seperti
       bahan cuci disuntik ke dalam vena yang membonjol itu. Larutan ini akan
       mengganggu/merengsa lapisan membran vena dan saluran darah akan runtuh
       serta merta sepanjang lebih kurang 7.5 sm. Skleroterapi boleh dilakukan di
       waktu makan tengah hari dan selepas itu jika anda mahu, anda boleh pergi ke
       gimnasium untuk melakukan senaman.


Selepas beberapa minggu dinding vena akan melakur. Vena tersebut kemudiannya
akan menjadi kering dan diserap balik ke dalam badan. Ini kerana vena-vena yang
terdapat di permukaan kulit biasanya membawa sedikit sahaja darah, badan kita
dengan mudah boleh melencongkan darah ke vena-vena yang lebih dalam. Anda
mungkin memerlukan beberapa sesi rawatan bergantung kepada jumlah dan saiz vena
yang terlibat. Setiap sesi mengandungi 10 hingga 40 suntikan. Selepas itu anda perlu
memakai stoking atau sarung kaki yang mampat untuk beberapa jam hingga ke
beberapa minggu untuk menahan vena yang telah kecut dari diisi semula dengan darah.

Skleroterapi berpotensi menimbulkan bahaya terutamanya dari segi jangkitan dan
meninggalkan parut di sekitar tempat suntikan, tindak balas terhadap larutan ubat yang
mengecutkan vena, lebam dan bintik-bintik darah seperti jagat yang terdapat di bawah
kulit. Ia boleh kekal sehingga hampir setahun. Jika vena varikos ini terjadi hanya di
belakang lutut atau di bahagian labu betis kanan anda, maka kaedah skleroterapi ini
merupakan pilihan yang paling cepat, murah dan selamat. Tetapi jika terdapat lebih
banyak vena varikos dan keadaannya lebih meluas, maka gabungan antara kaedah
lurutan kecil dengan skleroterapi akan dapat memberi kesan yang lebih baik.

Jika anda masih bimbang mengenai vena anda selepas bersalin, berjumpalah doktor
anda. Beliau mungkin dapat membantu anda memilih pakar masalah vaskular (salur
darah) untuk membantu anda menangani masalah ini. Cuma anda perlu ingat bahawa
ini hanyalah penyelesaian sementara. Jika sekali anda mendapat vena varikos, anda
mungkin mendapatnya lagi.

PENGURUSAN SENDIRI...

      Anda perlu mengatasi masalah berat badan dan sembelit yang dialami.
      Amalkan senaman secara tekal seperti berjalan kaki, melompat tali, senamrobik
       atau yoga. LAKUKAN senaman yang dapat membantu menegangkan otot kaki
       anda. Atau anda boleh memusingkan buku lali beberapa kali atau
       menggerakkannya ke atas dan ke bawah secara perlahan-lahan atau melakukan
       apa sahaja yang dapat mengerakkan otot.
      Berlatih bernafas dengan lebih berkesan. Dapatkan nasihat jurupulih anggota.
      Berhenti menggunakan pil perancang keluarga dan dapatkan nasihat doktor.
      Jangan memakai pakaian yang ketat terutamanya di bahagian pinggang dan
       jangan memakai kasut bertumit tinggi kerana biasanya ia akan menghentikan
      pengecutan otot di kaki yang akan memberi kesan kepada peredaran darah.
      Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa berdiri, atau ketika mengandung
       atau jika anda mempunyai berat badan berlebihan, pakailah hos atau stoking
       panjang. Stoking ini bukan sahaja dapat meliputi bahagian labu betis tetapi juga
       keseluruhan paha. Anda perlu mengenakannya di waktu pagi sebelum turun dari
       katil.
      Angkat kaki katil setinggi 6 inci (dengan meletakkan batu bata atau buku). Ini
       sepatutnya memberi keselesan pada anda dan membantu pengaliran balik darah
       dalam vena pada waktu malam.
      Jangan berdiri terlalu lama. Tukarkan dari satu kaki ke kaki sebelah lagi atau
       angkatkannya perlahan-lahan ke atas dan ke bawah untuk memastikan otot kaki
       anda terus bergerak.
      Apabila duduk, jangan menyilangkan kaki kerana ini akan menyekat peredaran
       darah. Cuba alaskan kaki anda dengan sesuatu supaya ketinggiannya selaras
       dengan paras pinggang ataupun, tinggi sedikit.
      Elakkan dari mandi dengan air panas. Jika anda menggunakan air suam
       bilaskan dengan air sejuk atau menggunakan pancutan (shower) ke bahagian
       kaki.
      Gunakan krim vitamin E jika anda mendapat kerengsaan kulit.
      Teh herba seperti Mullien dan Buckwheat adalah baik. Bawang putih merupakan
       bahan yang sangat mujarab untuk mengurangkan tahap kelikatan darah dan ia
       sangat disyorkan untuk diambil sama ada secara mentah ataupun dalam bentuk
       kapsul (dua atau tiga kali sehari).
SOALAN YANG PERU DITANYA
Adakah vena varikos terasa bengkak,
                                    Jika
merah dan sangat lembut atau panas
                                    YA BERJUMPA DOKTOR
apabila disentuh?
Jika TIDAK
Adakah vena varikos tersebut diikuti
dengan ruam atau kudis di bahagian
kaki atau berdekatan dengan buku lali Jika
atau adakah ia menimbulkan masalah YA BERJUMPA DOKTOR
peredaran darah di bahagian kaki
anda?
Jika TIDAK
BERI RAWATAN SENDIRI
                             SAKIT BELAKANG
Kira-kira 80% penduduk dunia mengalami sakit belakang yang kebanyakannya
melibatkan mereka yang berusia antara 30 - 40 tahun.

Mereka yang mudah mendapat sakit belakang

      Ibu yang mempunyai anak kecil dan bayi - sendi di bahagian bawah tulang
       belakang menjadi renggang akibat tindakan hormon semasa menyediakan
       badan bagi sesuatu proses kelahiran. Ini diburukkan lagi apabila ibu mengurus
       serta mengangkat bayi dan peralatannya seperti bakul bayi, besen mandi dan
       lain-lain.
      Mereka yang mempunyai tulang belakang yang panjang dan kurus dan leher
       panjang seperti leher angsa atau bongkok.
      Mereka yang bekerja mengangkat barang-barang yang berat dan selalu
       membongkokkan badan.
      Mereka yang duduk membongkok terlalu lama di dalam persekitaran tempat
       kerja yang tidak selesa.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada sakit belakang

      Rasa tidak puas hati terhadap kerja
      Mengangkat barang secara berulang-ulang.
      Getaran berfrekuensi rendah.
      Tahap pendidikan yang rendah.
      Merokok.
      Masalah sosial.

Kebanyakan punca-punca sakit belakang tidak akan menyebabkan penyakit-penyakit
lain. Lebih separuh dari pesakit yang mengalami masalah ini akan sembuh dalam masa
7 hari. Pesakit yang mengalami sakit belakang yang dikaitkan dengan penyakit siatik,
pada umumnya akan pulih dalam masa 4 minggu.

Apakah itu sakit belakang yang kronik?

Sakit belakang yang kronik selalunya ditafsirkan sebagai sakit belakang yang terjadi
sekurang-kurangnya selama 6 bulan dan tidak dapat disembuhkan dengan rawatan
perubatan tanpa pembedahan. Ini merupakan golongan pesakit belakang yang paling
sukar dihadapi oleh doktor.

Pengurusan sendiri

      Tuam dengan ais atau benda sejuk di bahagian yang sakit untuk selama 15 minit.
       Jika ini tidak mendatangkan kesan, balutkan botol air panas dengan tuala dan
       tuamkan ke bahagian yang sakit. Jangan menggunakan haba di hari pertama
       anda terseliuh atau tegang otot.
      Berehat di atas tilam yang padat dan agak keras yang diletak di atas lantai untuk
       selama 24 jam. Baring mendatar dengan mengampu lutut di atas bantal.
      Jangan mengangkat barang yang berat dan elak dari duduk, membongkok dan
       memandu terlalu lama.
      Dapatkan nasihat dari mereka yang terlatih dalam bidang penjagaan belakang
       mengenai senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.
      Dapatkan khidmat jurupulih anggota dan ahli kiropraktor untuk membantu anda
       mencegah kecederaan dari berulang lagi.

Amalan baik yang perlu dilakukan untuk mengelakkan dari mendapat sakit
belakang.

      Tidur di atas tilam berspring; letakkan papan di atas dasar tilam.
      Elakkan diri dari ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
      Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.
      Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut
       sahaja. Rapatkan barang tersebut ke badan anda.
      Pelajarilah senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk
       badan anda.
      Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta
       setiap 90 minit.
      Bagi wanita, pakailah kasut bertumit rendah.
      Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan dari terlalu banyak membuat
       kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
      Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.
      Apabila duduk di atas kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu
       seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai
       atau bangku kecil dengan selesa.

Elakkan tabiat buruk yang boleh menyebabkan sakit belakang

      Membongkok ke hadapan dan berpusing terutamanya ketika mengangkat atau
       menarik sesuatu.
      Membongkok ke hadapan dan ke bawah ketika bekerja.
      Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.
      Berdiri terlalu lama.
      Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.
      Duduk membongkok di atas kerusi.
      Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.
      Memakai kasut bertumit tinggi.
                                  Osteoporosis
Apakah yang dimaksudkan dengan osteoporosis?

Osteoporosis ialah kehilangan atau pengurangan ketumpatan, jisim (kepadatan) dan
kekuatan tulang. Untuk mengetahui bagaimana proses ini berlaku, kita terlebih dahulu
perlu memahami mengenai fisiologi tulang.

Apakah itu tulang?

Tulang merupakan struktur yang hidup. Kekerasan dan kualiti mineralnya terhasil dari
tindakan sel-sel tulang. Sel-sel tulang ini akan mengenapkan (memendapkan) kalsium
dan fosforus dalam matriks tulang (tisu di mana terlekatnya sel-sel tulang) dan juga
mengeluarkannya dari matriks ini secara berterusan. Ketumpatan tulang yang normal
terbentuk hasil dari keseimbangan antara kadar enapan dan kadar pengeluaran kedua-
dua ion tersebut. Proses ini dikawal oleh hormon dan faktor-faktor lain yang akan
dibincangkan kemudian nanti.

Seperti yang telah dinyatakan, pengurangan kekuatan dan ketumpatan tulang inilah
yang menyebabkan osteoporosis. Dalam kes osteoporosis, kadar penyerapan semula
tulang adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar enapan. Fenomena ini
menyebabkan tulang menjadi berliang, tidak kuat dan mudah retak/patah walaupun dari
kesan kecederaaan yang kecil dan ringan.

Siapa yang mudah mendapat osteoporosis?

Anda mungkin menganggap bahawa hanya wanita yang tua, yang putus haid atau
mereka yang telah membuang ovari merupakan sasaran keadaan ini. Memang ada
kebenarannya. Tidak dapat kita nafikan bahawa hormon merupakan penyebab penting
dan wanita yang berumur 35 tahun ke atas merupakan golongan yang berisiko tinggi,
tetapi banyak faktor lain juga menyumbang kepada kejadian osteoporosis ini.

Di bawah ini disenaraikan faktor-faktor yang perlu anda ketahui:

      Kekurangan kalsium yang berpanjangan atau sindrom kurang keupayaan
       penyerapan (gastrektomi).
      Paras estrogen yang rendah selepas putus haid atau selepas pembuangan ovari.
      Tidak melakukan senaman atau tidak aktif.
      Merokok.
      Pengambilan alkohol yang banyak.
      Pengambilan kafein yang banyak.
      Mengguna ubat kortison untuk jangka waktu yang sangat lama.
      Faktor ras/bangsa: keturunan Caucasian dan Asia dengan bentuk rangka tubuh
       yang kecil.
      Pengeluaran hormon adrenal atau tiroid yang berlebihan.
Catatan: Ini dengan sendirinya menjelaskan bahawa kaum lelaki juga boleh mengalami
osteoporosis walaupun insidennya lebih rendah berbanding dengan kaum wanita.

Tanda-tanda dan Gejala

Osteoporosis merupakan penyakit yang berlaku secara senyap. Ia mungkin tidak
menunjukkan sebarang gejala sehinggalah tulang tersebut patah dan keadaan ini
hanya diketahui selepas pengambilan x-ray. Tulang belakang (vertebra) yang lemah
tidak mampu untuk mengampu berat badan dan akan runtuh hanya dengan kecederaan
yang kecil.

Jika wujudnya gejala, seseorang itu akan mengalami sakit pinggang atau sakit
belakang di bahagian bawah. Jika keadaan bertambah teruk, mereka akan kelihatan
lebih rendah dan menjadi bongkok dan bahu kelihatan berbentuk bulat.

Pengurusan sendiri

Jika anda atau mana-mana ahli keluarga anda disyaki menghidap osteoporosis, di sini
diturunkan beberapa petua untuk dimanfaatkkan:

      Orang dewasa perlu dididik untuk mengamalkan pengambilan makanan yang
       seimbang, melakukan aktiviti fisikal dan mewujudkan kawasan rumah yang
       bebas dari kemalangan.
      Jauhkan segala keadaan yang boleh membawa kecederaan seperti lantai yang
       basah dan licin.
      Pegang galang/susuran tangga dan pastikan ia kukuh bila naik-turun tangga
       rumah.
      Tuam dengan ais atau haba untuk meredakan sebarang kesakitan.
      Tidur di atas tilam yang padat dan agak keras.
      Gunakan kedudukan/bentuk badan yang betul seperti membengkokkan lutut bila
       mengangkat barang yang berat.
      Sekiranya anda diberikan hormon estrogen, selalulah berjumpa doktor untuk
       pemeriksaan pelvis, ujian PAP Smear, dan khidmat nasihat yang lain.

"Redakan sakit belakang anda dengan senaman"

Terdapat beberapa jenis senaman untuk mereka yang mengalami sakit belakang. Ia
mudah diikuti dan dilakukan. Anda boleh melakukannya ketika berbaring melentang.

Ikutilah langkah-langkah berikut:

   1. Rapatkan sebelah lutut ke dada. Turunkannya perlahan-lahan tetapi jangan
      meluruskan kaki. Rehat. Ulangi sebanyak 10 kali setiap sebelah kaki.
   2. Rapatkan kedua-dua lutut perlahan-lahan ke dada. Tegangkan otot abdominal
      dan tekan belakang anda rapat ke katil. Pegang lutut ke dada selama 20 saat.
      Kemudian turunkannya perlahan-lahan. Rehat. Ulangi sebanyak 5 kali.
   3. Peluk kedua-dua lutut dan bawa ke dada. Pada masa yang sama cuba duduk.

Senaman ini akan meregangkan otot pendek di bahagian bawah belakang badan
secara perlahan-lahan sambil ia meregangkan otot abdomen.

Bolehkah kita menghentikan osteoporosis?

Malangnya kita tidak dapat menghentikan osteoporosis. Ia merupakan satu proses yang
dinamik. Ia akan merosakkan tulang secara berterusan walaupun doktor memberikan
terapi penggantian hormon ataupun menggunakan ubat-ubatan tertentu untuk
menanganinya. TETAPI anda masih boleh mencegah pengalaman yang menakutkan ini
dari berlaku.

"Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan"

      Mula membina tulang yang kuat sejak kecil lagi. Dapatkan bekalan kalsium yang
       banyak dalam makanan anda. Pengambilan kalsium yang disyorkan ialah
       1.5g/hari.
      Mengubah tabiat sosial dan diet.
          o Kurangkan pengambilan kafein dengan meminum kopi kurang daripada 2-
             5                            cawan                               sehari.
             - Kafein akan meningkatkan pembuangan kalsium dalam air kencing.
          o Berhenti merokok kerana ia dikaitkan dengan jisim tulang yang rendah
             dan       peningkatan      kadar       keretakan/kepatahan       tulang.
             - Merokok menyebabkan putus haid lebih awal dan meningkatkan
             metabolisma hormon seks endogenus dan eksogenus.
                   Berhenti/kurangkan pengambilan alkohol.

             - Alkohol menyebabkan kekurangan nutrien tertentu seperti kalsium,
             vitamin D dan magnesium.

      Bersenamlah secara tekal seperti berjalan kaki. Senaman dapat mencegah
       kehilangan jisim tulang dan otot menjadi lebih kuat. Ini akan mengelakkan anda
       dari mudah terjatuh.
      Dapatkan nasihat doktor berhubung dengan pengambilan hormon estrogen dan
       kalsium tambahan selepas putus haid atau selepas pembedahan membuang
       ovari.

						
Related docs
Other docs by xXLVYE
Polisi Keselamatan Di Dalam Kawasan Sekolah
Views: 278  |  Downloads: 2
AP/ HONORS GOVERNMENT
Views: 3  |  Downloads: 0
LPJ Pengurus 08-09 ALL - Yimg
Views: 286  |  Downloads: 0
GlobalJustice Syllabus
Views: 3  |  Downloads: 0
Name:
Views: 3  |  Downloads: 0
No Slide Title
Views: 0  |  Downloads: 0
Legal Environment: Equal Employment Opportunity
Views: 21  |  Downloads: 0
Simatic List - Download Now Excel
Views: 122  |  Downloads: 0
Pressure Groups
Views: 39  |  Downloads: 1
081certification faq
Views: 4  |  Downloads: 0