Embed
Email

BAHASA MELAYU

Document Sample
BAHASA MELAYU
Shared by: HC111117062349
Categories
Tags
Stats
views:
27
posted:
11/16/2011
language:
Malay
pages:
7
BAHASA MELAYU

MEI



MENENGAH: 3 NORMAL MASA: 1 1/2 JAM



ARAHAN: Jawab SEMUA soalan.



BAHAGIAN A

SOALAN 1 (5 markah)



ARAHAN: Dalam potongan karangan di bawah ini terdapat 10 tempat kosong.

Penuhkan tiap-tiap tempat kosong itu dengan sepatah perkataan yang

sesuai mengikut jalan ceritanya.



Pada cuti penggal pertama 1.______________ lalu saya dan kawan-kawan saya

2.______________melawat Kota Tinggi, satu tempat berkelah yang menarik

3._____________ ada di kawasan Kota Tinggi. Tiap-tiap pagi 4._____________ ini

menjadi tumpuan 5.____________ ramai. Pagi-pagi lagi kami 6._____________

berada di kawasan air terjun itu 7.________ riang gembira. Kami pergi dengan bas. Di

kawasan air terjun pada 8.____________ itu sungguh meriah. Di sana kelihatan

9._____________orang berkeliaran, ada sesetengahnya berkejar-kejaran

10.______________gembiranya.







SOALAN 2 (10 markah)



ARAHAN: Di bawah ini terdapat 10 perkataan dalam tanda kurung. Gunakan

imbuhan-imbuhan yang sesuai pada perkataan itu. Tuliskan perkataan-

perkataan yang berimbuhan itu di tempat-tempat kosong yang disediakan.





Usaha untuk 1.(atas) ______________ masalah kelewatan dan 2.(baris)

___________ panjang serta lama 3.(tunggu) ______________giliran membeli setem di

Pejabat Pos, kini 4.(nampak) _____________ telah mula dilaksanakan di Tokyo, Jepun.

Tidak ada perkara yang boleh 5.(jadi) _____________ sebab dan tidak akan ada orang

yang merungut-rungut kerana lambat atau rimas serta penat. Kalau ada masalah yang

akan timbul pun mungkin hanya apabila berlaku sesuatu 6.(rusak) ______________.









1

Begitulah 7.(ada) ______________ apabila tangan manusia tidak begitu 8.(perlu)

______________. Mesin-mesin automatik kini 9.(ganti) ______________ kerani-kerani

pos yang selama ini 10.(jalan) ______________oleh manusia.







SOALAN 3 (5 markah)



ARAHAN: 5 daripada 10 patah perkataan di bawah ini adalah perkataan-perkataan

seerti atau seiras yang boleh menggantikan perkataan-perkataan yang

bergaris bawah dalam potongan karangan berikut. Tuliskan nombor

perkataan-perkataan seerti atau seiras yang sesuai dengan perkataan-

perkataan yang bergaris bawah itu dalam tanda kurung ( ) yang

disediakan.



1 mahasiswa 2 melahirkan 3 bercampur

4 rakyat 5 setakat 6 berpisah

7 peringkat 8 masa 9 matlamat

10 faedah



Kempen berbudi bahasa sudah menjadi aktiviti kebangsaan bagai

1.warganegara ( ) Singapura. Kempen itu dilancarkan setiap bulan Julai bagi semua

2.lapisan ( ) masyarakat. 3.Tujuan ( ) kempen itu ialah untuk 4.mewujudkan ( )

sebuah masyarakat Singapura yang lebih berbudi bahasa, bersopan santun dan

bertimbang rasa. Berbudi bahasa bukanlah 5.hanya ( ) menunjukkan sifat peramah,

suka bergaul dan menghormati orang, tetapi juga melibatkan sikap menghormati harta

benda orang lain dan awam.







SOALAN 4 (5 markah)



ARAHAN: Dalam potongan karangan di bawah ini terdapat 5 tempat kosong.

Penuhkan tempat kosong yang disediakan itu dengan Penjodoh Bilangan

yang sesuai.



Di kebun bunga itu ada lima 1._____________tukang kebun, di tepi jalan kebun

itu di kiri dan kanannya ditanam dengan tiga puluh 2._____________serai disamping

sepuluh 3._____________ tiang lampu dipasang di kiri dan kanan jalan itu. Dimusim

bunga beribu 4._____________ bunga yang kembang mengindahkan lagi pandangan

di kebun itu. Pada masa itu juga beribu-ribu 5._____________ lebah dan kumbang

datang menyeri bunga di kebun tersebut.





2

SOALAN 5 (5 markah)



ARAHAN: Di bawah ini terdapat 5 ayat yang mempunyai beberapa kesalahan. Sama

ada kesalahan susunan ayat, penggunaan perkataan atau imbuhan. Baiki

ayat-ayat itu mengikut tatabahasa yang betul, kemudian tuliskan aya-ayat

tersebut di tempat yang telah disediakan.



1 Buah durian itu sangat menggemari orang.



_________________________________________________________________



_________________________________________________________________



2 Buah itu mempunyai wangi yang bau dan rasanya sekali enak.



_________________________________________________________________



_________________________________________________________________



3 Tetapi ada orang sangat sukakan tidak buah ini.



_________________________________________________________________



_________________________________________________________________



4 Mereka tidak boleh dicium bau buah tersebut.



_________________________________________________________________



_________________________________________________________________



5 Mereka akan muntah dan ada yang menjadi kepalanya pening juga.



_________________________________________________________________



_________________________________________________________________





SOALAN 6 (5 markah)



ARAHAN: Baca petikan berikut dengan teliti. Dalam tiap-tiap tanda kurung yang

disediakan, isikan tanda-tanda baca yang sesuai.



Kem Seng dan Ali sampai di sebuah sungai. “Eh 1.( ) mana jambatannya

2.( )” Kata Ali. Jambatannya sudah patah 3.( ) 4.( ) Mesti ada sesuatu yang

menyebabkan jambatan itu patah, 5.( ) kata Ali.







3

BAHAGIAN B

SOALAN 7 (10 markah)



ARAHAN: Baca dengan cermat potongan karangan di bawah ini, kemudian pilih

jawapan yang betul dan tuliskan nombor jawapannya di dalam tanda kurung

( ) disebelah kanan.





Ada beberapa petua yang mustahak bagaimana boleh menjaga kesihatan kita.

Antara yang penting ialah; makanan, kebersihan, latihan jasmani atau bersenam dan

berehat.



Sebuah motokar tidak akan berjalan jika tangki minyaknya kosong. Serupalah

juga dengan manusia. Tubuh seseorang manusia tidak akan sempurna jika tidak dapat

makanan yang cukup dengan jenis-jenis yang sesuai. Kurang makanan akan

menyebabkan badan kita tidak bertenaga dan berasa letih. Terlalu lebih makan atau

jenis-jenis makanan yang tidak sesuai pula akan merosakkan fungsi penghadaman

makanan kita. Ia juga menyebabkan beberapa kerosakan di dalam tubuh kita.

Kekotoran adalah punca penyakit. Penyakit akan merosakkan tubuh kita. Adalah

mustahak sekali kita menjaga kesihatan dengan membersihkan badan daripada

kekotoran. Ini boleh kita lakukan dengan mandi beberapa kali dalam sehari.



Latihan jasmani adalah satu faktor penting bagi menjaga kesihatan kita. Ia boleh

merupakan senaman atau sukan seperti badminton, sepak takraw, bola sepak dan lain-

lain jenis permainan. Setelah kita letih bekerja di sebelah pagi dan tengahari, dengan

melakukan sedikit sukan di sebelah petang akan menjadikan badan kita cergas semula.

Ia juga menolong membetulkan sistem penghadaman kita. Tanpa latihan jasmani,

tubuh kita akan kelihatan lesu dan lemah.



Tubuh manusia tidak boleh di samakan dengan jentera. Jika jentera boleh

berjalan tanpa berhenti-henti, kita tidak boleh berbuat demikian. Tubuh kita perlukan

rehat. Setengah-setengah pekerja mengambil cuti tahunan. Dalam masa cuti itu

mereka berpeluang berehat atau melancung kesesuatu tempat peranginan. Jika kita

sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan tubuh, makan dengan cukup dan mengikut

masanya, selalu bersenam, berehat dan fikiran kita tidak terganggu maka ia boleh

melanjutkan usia serta kelihatan lebih muda.





A Apakah petua yang mustahak bagi menjaga kesihatan?



1 latihan jasmani, rehat, makanan dan kebersihan

2 makanan, kebersihan, rehat dan melancung

3 makanan, kebersihan dan latihan jasmani

4 makan, kebersihan, rehat dan udara bersih ( )









4

B Apakah yang serupa dengan manusia?



1 sebuah rumah 3 sebuah lori

2 sebuah kereta 4 sebuah jentera ( )



C Kurang makan akan menyebabkan badan kita……….



1 tiada bertenaga 3 berasa penat dan sakit

2 berpenyakit 4 berasa sakit otak ( )



D Untuk mengelakkan badan kita dari kekotoran…….



1 kita boleh tukar pakaian

2 kita boleh mandi beberapa kali dalam sehari

3 kita boleh mandi beberapa kali dalam sebulan

4 kita boleh pakai pakaian yang tebal ( )



E Mengapa fungsi penghadaman kita boleh rosak?



1 kerana kurang makan 3 kerana jenis makanan tidak sesuai

2 kerana makan tidak tentu masa 4 kerana makanan yang kotor ( )



F Apa yang boleh menyebabkan badan kita cergas semula?



1 melakukan sedikit latihan di sebelah petang

2 melakukan sedikit sukan di belah petang

3 melakukan sedikit tidur di sebelah petang

4 melakukan sedikit lari di sebelah petang ( )



G Tanpa latihan jasmani, tubuh kita akan………..



1 kelihatan lesu dan sakit 3 kelihatan lesu dan lemah

2 kelihatan lesu dan pening 4 kelihatan lesu dan sengal ( )



H Apa yang tidak boleh disamakan dengan tubuh manusia?



1 dengan sebuah basikal 3 dengan sebuah kereta

2 dengan sebuah lori 4 dengan sebuah jentera ( )



I Tubuh kita memerlukan apa?



1 memerlukan rehat 3 memerlukan rehat dan tidur

2 memerlukan rehat dan hiburan 4 memerlukan banyak rehat dan banyak

makan ( )









5

J Apa tujuan seseorang itu bercuti?



1 kerana ia sakit 3 kerana boleh berehat dan melawat

sesuatu tempat

2 kerana masa cuti boleh berehat 4 kerana masa itu ialah cutinya ( )







BAHAGIAN C

SOALAN 8 (10 markah)



ARAHAN: Baca dengan teliti potongan karangan di bawah ini, kemudian jawab

soalan-soalan yang mengikutinya.





Kementerian Pelajaran telah berusaha menjadikan diri para pelajar supaya tahan

lasak, cergas dan sentiasa mengamalkan semangat berkumpul. Untuk menjayakan

usaha-usaha ini, sekolah-sekolah digalakkan menubuhkan pasukan-pasukan

beruniform, menganjurkan perkhemahan dan pengembaraan. Beberapa ratus orang

guru telah mengikuti bengkel perkhemahan yang dianjurkan oleh Kementerian

Pelajaran. Guru-guru itu kelak akan menjadi pemimpin bagi perkhemahan yang akan

dianjurkan.



Di negara kita terdapat beberapa pusat perkhemahan yang mendapat sambutan

yang baik daripada sekolah-sekolah. Pusat-pusat perkhemahan itu ialah Pulau Ubin,

Pulau St John, Sekolah Melayu Ponggol, Sarimbun, kawasan perkhemahan Persatuan

Rakyat dan di sekolah masing-masing. Di antara pusat-pusat perkhemahan itu, Pulau

Ubin merupakan pusat perkhemahan yang paling berat bagi pelajar-pelajar. Pusat itu

menyediakan kursus pengembaraan yang lasak dan sukar. Kursus ini merupakan satu

persediaan kepada para pelajar itu untuk menyemai sifat-sifat tahan lasak, cergas dan

sedia menghadapi segala kesukaran.



Sementara itu, beberapa buah sekolah menengah dan sebuah sekolah rendah

telah menganjurkan pengembaraan mendaki gunung. Gunung yang mereka daki itu

ialah Gunung Tahan dan Gunung Ledang di Malaysia. Pengembaraan ini juga adalah

merupakan satu kegiatan yang sukar. Mereka terpaksa menghadapi berbagai-bagai

kesukaran dan rintangan.





1 Apakah usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran terhadap para pelajar?



__________________________________________________________________



__________________________________________________________________









6

2 Apakah langkah-langkah yang telah dijalankan untuk menjayakan usaha-usaha

ini?



__________________________________________________________________



__________________________________________________________________





3 Nyatakan pusat-pusat perkhemahan yang terdapat di Singapura?



__________________________________________________________________



__________________________________________________________________





4 Apakah yang boleh diharapkan daripada kursus-kursus yang diadakan di Pulau

Ubin?



__________________________________________________________________



__________________________________________________________________





5 Mengapakah sekolah-sekolah memilih Gunung Tahan dan Gunung Ledang kalau

hendak mengadakan pengembaraan mendaki gunung?



__________________________________________________________________



__________________________________________________________________









3N-Mei









7


Related docs
Other docs by HC111117062349
N0025910T0421 aaa
Views: 0  |  Downloads: 0
Sheet1
Views: 8  |  Downloads: 0
r_b205_tot
Views: 2  |  Downloads: 0
Clinic Policy
Views: 1  |  Downloads: 0
Di Sebalik Wajah
Views: 0  |  Downloads: 0
07 08 consolidated application
Views: 1  |  Downloads: 0
The Good Neighbor Policy
Views: 1  |  Downloads: 0
(Settembre 2002)
Views: 37  |  Downloads: 0
Fashion Law
Views: 0  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!