Embed
Email

Pengenalan

Document Sample
Pengenalan
Shared by: HC11111621533
Categories
Tags
Stats
views:
15
posted:
11/16/2011
language:
Malay
pages:
20
ISU PENDIDIKAN SENI



Ulasan dan kupasan hubungan antara Dasar Pendidikan Kebangsaan, matlamat

pendidikan seni sejagat dengan Kurikulum Pendidikan Seni di Malaysia – Isu

Perpaduan.





1. Pengenalan



Sejak selepas Perang Dunia Kedua dan yang lebih mendesak semasa kita



mencapai kemerdekaan ialah: Bagaimanakah sebaik-baik cara untuk melahirkan satu



masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni satu masyarakat majmuk Malaysia yang



mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun



dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat



Malaysia.



Satu cara yang paling penting bagi mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah



negara ialah menerusi pelajaran. Menurut Ho Seng Ong (1998) dalam bukunya yang



berjudul Education for unity in Malaya telah mencatat:



“It is accepted that educations is not the only means available in the taks of



achieving national unity and solidarity in the plural community of Malaya, but it remains



the most important single factor for integration in the racial, religious and cultural



complexof Malaya.”



Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan



bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah



perpaduan ini dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh



sebahagian besar rakyat.









Salsabila Tang Abdullah 1

Guru PSV SMKSR

Dari segi individu, perpaduan mempunyai ciri-ciri yang meliputi perasaan, emosi,



sentimen sikap dan nilai. Dalam persekolahan, apa yang diusahakan ialah supaya murid-



murid dibimbing dan dididik untuk memupuk sifat-sifat yang sihat dan membina yang



boleh membawa ke arah perpaduan negara.







2. Definisi masyarakat majmuk



Salah satu daripada naluri semulajadi manusia ialah ingin hidup berkelompok dan



bermasyarakat. Ibrahim Ahmad Bajunid (2000) dalam kertas kerjanya yang bertajuk



Perubahan dan Perkembangan Kurikulum ke Arah Pembinaan Negara telah mencatat



bahawa J.S. Furnivall mentakrifkan masyarakat majmuk sebagai masyarakat di mana:



Mereka bergaul tetapi tidak bersatu. Setiap kumpulan berpegang kepada



agamanya, budayanya, bahasanya idea-idea dan cara-cara hidupnya. Sebagai individu



mereka bertemu, tetapi hanya di pasar, membeli dan menjual. Inilah masyarakat



majmuk, di mana seksi-seksi yang berlainan dalam masyarakat hidup sebelah



menyebelah, tetapi berasingan………(terjemahan)



Dalam Ensiklopedia Dunia Melayu (hlm 145-146) telah mencatat beberapa



pandangan penyelidik terhadap masyarakat majmuk antaranya:



M.G. Smith menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang



mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan.



Van den Bergue juga menyenaraikan beberapa ciri masyarakat majmuk seperti



ketiadaan konsensus nilai, kepelbagaian kebudayaan, wujudnya konflik di antara



kelompok yang berlainan…..









Salsabila Tang Abdullah 2

Guru PSV SMKSR

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (hlm 865), perkataan „masyarakat majmuk‟



memberi maksud: masyarakat yang terdiri daripada beberapa bangsa. Malaysia



merupakan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai suku bangsa dan agama.



Dari suku bangsa, kita terdiri daripada Melayu, Cina, India, Serani, Orang Asli, Bajau,



Kadazan, Murut, Kadayan, Melanau dan Iban dengan pelbagai bahasa dan dialeknya.



Masyarakat majmuk ini bersatu di atas ikatan kerakyatan di bawah pemerintah demokrasi



beraja berperlembagaan dengan satu hidup yang telah dipersetujui bersama. Menjelang



kemerdekaan, matlamat yang terpenting adalah mencapai perpaduan di kalangan



kelompok-kelompok yang berlainan. Secara langsung dan tidak langsung, sistem



pendidikan diberi tugas untuk pembinaan negara.







3. Definisi perpaduan



Perkataan “perpaduan” ini asalnya dari perkataan “padu” iaitu “mampat”, “pejal”



dan “padat”. “Perpaduan” ialah “penggabungan”. Perihal bergabung menjadi satu atau



persatuan. Kata lawan bagi “perpaduan” ialah “permusuhan”, “kehancuran” dan



“perpecahan”.



Perpaduan dilihat dari tuntutan Islam adalah satu perkara yang baik iaitu “ma‟rof”



manakala perpecahan pula satu perkara yang keji atau tidak baik iaitu “mungkar”. Dalam



al-Qur‟an Allah mengingatkan umat Islam dengan Firman-Nya yang bermaksud:



Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu puak yang menyeru kepada



kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,



serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang



bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya.







Salsabila Tang Abdullah 3

Guru PSV SMKSR

(Surah Ali Imran : 104)







Prof. Mohd. Kamal Hasan, Timbalan Rektor, UIA dalam satu forum perpaduan



kaum berkata “kita juga berpandu kepada ayat Al-Quran yang menyeru semua orang



yang beriman, yang bermaksud:



Hendaklah kamu bertolong menolong, berbaik-baik dan berkerjasama dalam



perkara yang membawa kepada kebaikan, kebajikan dan ketaqwaan kepada Tuhan. Dan



jangan kamu berkerjasama, tolong menolong dalam perkara yang mengikut dosa dan



permusuhan.”



Jadi di situ kita dapat lihat penekanan agama Islam itu kepada kenyataan



kepelbagaian kaum dan diseru umat Islam mencari kesempatan untuk bekerjasama dalam



perkara-perkara yang membawa kebaikan bersama.







4. Dasar Pendidikan Kebangsan dalam isu perpaduan



Dalam meninjau sejarah perkembangan pendidikan, Dasar Pendidikan dibentuk



atas kesedaran pemimpin dan rakyat Malaysia yang sensitif terhadap keperluan



pembinaan negara. Melalui Penyataan Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan



Pelajaran, 1957, Dasar Pendidikan telah disemak semula dalam tahun 1960 yang



menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan



dalam Akta Pelajaran, 1961.



Pada tahun 1974, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji



semula dan memperbaiki pelaksanaannya dalam mencapai matlamat melahirkan satu



masyarakat yang bersatupadu dan berdisplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat







Salsabila Tang Abdullah 4

Guru PSV SMKSR

yang terlatih bagi pembangunan negara. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbit dalam



tahun 1979.



Dasar bagi sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepada falsafah.



Biasanya falsafah inilah menjadi teras pendidikan kita. Ia mengandungi matlamat, corak



dan kaedah pendidikan secara kasar, ciri-ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu



yang hendak menerima pendidikan tadi serta skop yang merangkumi oleh proses



pendidikan itu sendiri. Dalam kertas kerja Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi yang



berjudul „Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan‟ telah mencatat dapatan



seorang penyelidik terkemuka Howard D. Mehlinger (1995) dalam bukunya School



Reform in the Information Age mengenalpasti masalah ketiadaan falsafah dan dasar



memberi dua bentuk kesukaran iaitu pendidikan guru dan pembaharuan pendidikan.



Jelas dilihat Dasar Pendidikan merupakan tunggak utama dalam pembentukan



sistem pendidikan kebangsaan. Ia amat penting dalam memberi panduan untuk



melaksanakan sistem yang dirancangkan. Tanpa dasar yang jelas, sudah tentu sistem dan



pelaksanaannya juga tidak sistematik dan tidak mempunyai hala tuju yang tetap.



Justeru, Dasar Pelajaran Kebangsaan yang ada kini lebih menjurus kepada usaha



kerajaan menyatupadukan semua kaum:



Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ialah bermaksud hendak



menyatupadukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan



menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang utama, walaupun



perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan sera-merta melainkan hendaklah diperbuat



dengan beransur-ansur.



(Penyata Razak, Perenggan 12)







Salsabila Tang Abdullah 5

Guru PSV SMKSR

5. Kurikulum Pendidikan Seni dalam tujuan perpaduan



Dalam usaha menyediakan generasi abad ke-21, kesesuaian kurikulum pendidikan



seni berasaskan konsep four pillars of learning umpamanya perlu diteruskan iaitu belajar



untuk menguasai ilmu (learning to know); belajar untuk menguasai kemahiran (learning



to do); belajar untuk menjadi insan berguna (learning to be); belajar untuk harmoni dan



bekerjasama (learning to live together). (dalam Abu Bakar Nordin Dan Ikhsan Othman, 2003)



Kurikulum Pendidikan Seni telah direncana dan selaras dengan keadaan semasa



dan akan datang bagi mencapai matlamat pendidikan berdasarkan kehendak FPK. Ini



kerana usaha kurikulum bermula dengan ramalan (Ornstein and Hunkins, 1993 dalam



Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2003) Perancangan perlu bersifat strategik,



dinamik, mudah lentur dan futuristik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan



profil bangsa seterusnya.



Dalam Dasar pendidikan kebangsaan semua pelajar berhak menikmati pendidikan



yang kaya dari seni tanpa mengira latar belakang dan kebolehan. Smith (1982) mendapati



bahawa telah pun muncul sekarang seperti apa yang dikatakan sebagai satu



kecenderungan yang menuntut kepada pemikiran baru dari kalangan pendidik seni.



Kurikulum seni visual juga dikenali sebagai „pendidikan kemanusian‟, „pendidikan



pelbagai budaya‟. Menurut Chapman (1997), walaupun terdapat golongan pendidik seni



yang berpendapat seni lebih kepada ekspresi individu, namun pengaruh teori ilmiah serta



penyelidikan baru akan memaksa mereka berfikir semula bagi menserasi idea sendiri



dengan fungsi seni dalam bentuk-bentuk pendidikan baru yang muncul. MacFee (1977)







Salsabila Tang Abdullah 6

Guru PSV SMKSR

menganggap seni dalam budaya sebagai topik pembelajaran, Felman (1970) pula



menegaskan budaya, seni dan kehidupan tidak boleh dipisahkan. Walaupun pendekatan



mereka berbeza, tetapi bersetuju bahawa pendidikan seni perlu pendidikan yang lebih



liberal.



Menurut Abd. Shukor Hashim (1998), (dalam Mohd Johari Ab. Hamid, 2000)



Pendidikan Seni sewajarnya menepati objektif pendidikan negara yang mementingkan



pembangunan individu, pembangunan dan intergrasi sosial menyalurkan budaya dan



warisan negara. Perpaduan negara wujud setelah generasi muda dididik dan dibimbing



sempurna dari segi perkembangan JERIS.



Iberahim Hassan (2000), telah banyak menulis tentang Kurikulum Pendidikan



Seni dalam buku yang berjudul Pendidikan Seni dan Muzik. Matlamat dan kepentingan



Pendidikan Seni jelas digubah untuk melahirkan individu yang berbudaya, iaitu



sekurang-kurangnya dapat mengurus kehidupan harian dengan sempurna dan menjadi



penghayat seni, seterusnya dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,



masyarakat dan negara. Melalui aktiviti-aktiviti seni, seseorang pelajar bukan sahaja



dididik dan dibimbing dalam kesempurnaan dari segi JERIS tetapi juga dilatih



memperolehi keyakinan diri dalam berkomunikasi melalui seni, memahami warisan



bangsa dan identiti bangsa.



Schiller, (1967) (dalam Abu Talib Putih, 2001) memikirkan seni sebagai penyalur



kesinambungan kemanusian. Seni berupaya menghubung satu generasi ke satu generasi



yang lain. Seni diperlukan dalam tugas mempersiapkan ahli baru menghadapi hidup



dalam usaha mencari erti tentang diri, penglibatan, halatuju masyarakat. Seni dapat



menyediakan benih cabaran yang membawa perubahan seperti menuntut kita melihat







Salsabila Tang Abdullah 7

Guru PSV SMKSR

sesuatu yang lama dari sudut pandangan atau perspektif yang baru. Begitu juga dalam



soal perpaduan masyarakat di negara kita, ia perlu satu perubahan paradigma tentang



budaya ke Malaysiaan.



Seni sebagai disiplin. Seni membenarkan manusia berfikir dan berikhtiar dalam



cara yang tersendiri, ia merupakan satu anugerah kepada masyarakat kerana ciri



kesediaannya yang boleh mengkaitkan harapan kepada ingatan, menjulang keberanian,



memasyurkan keraian, atau juga membendung tragedi hidup manusia. Dalam menuju ke



arah masyarakat aman damai, sejarah telah mencatatkan bahawa dengan adanya



kerjasama dan keberanian semua kaum negara yang aman dan merdeka dapat diperolehi



dan dinikmati bersama.



Seni merupakan sumber kegembiraan dan kecerian. Dengan adanya unsur



kegembiraan dalam sanubari semua rakyat Malaysia, sifat benci dan syak wasangka dapat



dielakan, tragedi 13 Mei 1969 menyedari semua warga Malaysia betapa pentingnya sifat



memahami antara satu sama lain.



Seni adalah nadi dalam hayat perjalanan ke arah melengkapkan sifat kemanusiaan



kita walaupun sekadar sebagai penghayat seni tetapi perkembangan minda dan rohaniah



turut dibina dengan sempurna.



Pendidikan seni berfaedah kepada pelajar kerana ia memufuk peribadi yang



lengkap, yang beransur membina berbagai bentuk literasi bagi menajamkan intuisi,



takulan, imagianasi dan kemahiran dalam berekspresi dan berkomunikasi. Pelajar



dibimbing pelbagai cara, membuat persepsi, menyatakan pemikiran dan menyelesaikan



masalah antara rakan sekelas atau kerja kursus yang diberi.









Salsabila Tang Abdullah 8

Guru PSV SMKSR

Seni membantu pelajar memahami pengalaman manusia, dari yang lampau hingga



masa kini. Belajar untuk menyesuai dan menghormati orang lain dari segi cara berfikir,



cara berkerja dan berekspresi yang berbeza. Pendekatan kemanusiaan seperti yang



dicadangkan oleh Micheal (1983) dan Feldman (1970) (dalam Iberahim Hassan, 2001)



membolehkan pelajar mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan



kehidupannya.



MacFee, (1993) (dalam Iberahim Hassan, 2000) menyatakan bahawa objektif seni



bersandar kepada fungsi seni dalam masyarakat yang perlu disemai kepada pelajar iaitu:



a. Seni untuk memperkayaan kualiti sesuatu perayaan atau upacara ritual bagi



sesuatu peristiwa.



b. Berfungsi sebagai indeks untuk membezakan sesuatu identiti.



c. Seni sebagai alat komunikasi yang merakam, menyimpan dan menjana idea.



d. Seni berperanan untuk mengstabilkan sesuatu budaya dalam menghadapi arus



perubahan.



e. Seni sebagai alat untuk perkembangan sesuatu budaya.







6. Nilai-nilai asas perpaduan yang dapat dipupuk melalui pendidikan



… usaha membina satu semangat identiti bersama dan berkongsi tujuan di



kalangan semua rakyat Malaysia sangatlah penting dalam pembangunan nusa bangsa



dan membentuk bangsa Malaysia. Bagi mencapai hasrat tersebut perlulah dipupuk



perasaan bangga terhadap warisan, kejayaan, dan potensi negara bagi menyemai



semangat kekitaan…



(Malaysia, 1996, hlm.31)







Salsabila Tang Abdullah 9

Guru PSV SMKSR

Berhubung dengan petikan di atas, penerapan nilai-nilai murni dilakukan dengan



menyeluruh dalam semua mata pelajaran KBSM. Pendekatan ini dikenali sebagai nilai



merentasi kurikulum. Sebanyak 16 nilai disenaraikan dan secara khusus terkandung



dalam mata pelajaran pendidikan Islam dan pendidikan Moral



(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991; hlm.6)



7. Usaha-usaha kerajaan dalam menangani isu perpaduan



Bagi mencapai hasrat membina bangsa Malaysia yang bersatu padu, terdapat



petikan yang diberi oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad iaitu:



“Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, kita telah



memperkenalkan pelbagai dasar dan program dalam tempoh tiga puluh tahun lalu selain



Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Dasar-dasar tersebut termasuk



Dasar Pendidikan, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan,



Perpaduan negara dan sebagainya adalah matlamat penting dalam dasar dan program



berkenaan. Kemudian dasar dan program ini boleh menyumbang ke arah hubungan



sosial yang sihat di kalangann masyarakat majumuk, perkongsian nilai dan persepsi,



persamaan identiti sebagai rakyat Malaysia dan kebudayaan yang mengekalkan warisan



bangsa.”



Kerajaan Malaysia mengenalpasti budaya dan kesenian sebagai elemen sama



penting dengan perkembangan ekonomi. Maka, Kebudayaan Kebangsaan telah dirangka



pada tahun 1971 yang bertujuan menjalankan program kebudayaan yang



mengembangkan identiti kebangsaan, mempromosi integrasi kebangsaan dan



keharmonian pelbagai kaum dan budaya Melayu sebagai asas budaya kebangsaan. Dato



Seri Dr. Abdul Shukur Abduulah mengatakan kepentingan seni visual dapat







Salsabila Tang Abdullah 10

Guru PSV SMKSR

menyumbangkan pertumbuhan ekonomi, sosial dan pendidikan di nagara. Melalui



pendidikan seni visual, kita akan bergerak ke arah mencapai satu warisan bangsa yuang



unggul.



Selain daripada itu, semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28



Februari 1991, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membentangkan satu kertas kerja yang



bertajuk “Malaysia – Melangkah ke Hadapan” yang mengandungi satu pemikiran dan



rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.



Ianya dikenali sebagai “Wawasan 2020”



Dalam sembilan cabaran wawasan, isu perpaduan dalam pembentukan bangsa



Malaysia menduduki tempat pertama yang secara tidak langsung telah mengambarkan



kepentingannya dalam usaha mencapai matlamat sebagai negara maju yang tercatat



seperti berikut:



Membangunkan bangsa Malaysia yang bersatupadu dengan matlamat yang sama



bagi membentuk bangsa Malaysia yang setia dan taat kepada negara.



Bangsa Malaysia yang bersatupadu bermakna setiap rakyat perlu komited untuk



menjayakan cita-cita negara. Lain kata matlamat negara perlu dikongsi bersama oleh



setiap orang. Setiap rakyat dengan rasa bangsa mengidentifikasikan diri mereka sebagai



warga Malaysia.







Strategi dan kaedah pengajaran Pendidikan seni Visual dalam usaha mencapai



perpaduan.



Musa Hitam dalam ucapan di Perasmian Himpunan Tetap Balai Seni Lukis



Negara pada 29hb Januari 1985 pernah mengata: “Kesenian mencerminkan kematangan







Salsabila Tang Abdullah 11

Guru PSV SMKSR

perasaan dan pemikiran sesuatu bangsa atau masyarakat” keesahan kenyataan ini tidak



dapat dipastikan tetapi apa yang boleh dipastinya ialah sesuatu bangsa atau masyarakat



yang tidak mempunyai kesenian diibaratkan sebagai golongan orang-orang yang kurang



sempurna hidupnya. Masyarakat yang sebegini adalah masyarakat yang kurang lengkap,



kehidupan mereka tak ubah seperti lagu tanpa irama.” Jelaslah bahawa kedudukan fungsi



dan peranan Pendidikan Seni Visual di sekolah dalam menangani Wawasan 2020



khasnya dalam cabaran pertama yang berkait dengan perpaduan haruslah dilihat dengan



keperihatinan yang serius terutama oleh golongan intelektual pendidikan juga oleh



masyarakat keseluruhannya.







I. Pengabungjalinan mata pelajaran



Pengabungjalinan mata pelajaran seperti Bahasa Malaysia, Sejarah, geografi dan



lain-lain dapat meningkatkan nilai kewarganegaraan. Ini merupakan salahsatu langkah



penting dalam isu perpaduan kaum. Sebagai contoh guru seni ingin mengajar catan atau



arca, beliau telah meminta pelajar mengkaji sejarah Pasir Salak. Pelajar menjalankan



penyelidikan mengumpul, mentafsir dan membuat hubungkait antara catatan dengan



gambar lukisan atau fotografi sejarah. Melalui apresiasi seni segala dokumentasi dan



mencatat sejarah detik perjuangan kemerdekaan akan mendidik pelajar perlu wujudnya



nilai cintakan negara. Tambahan pula, dengan satu bahasa yang dapat difahami oleh



semua pelajar, secara tak langsung pelajar dapat berinteraksi dan berkomunikasi antara



satu sama lain. Kes-kes pergaduhan antara pelajar berlainan bangsa yang disebabkan



perselisihan faham dapat dielakkan dan dikurangkan.









Salsabila Tang Abdullah 12

Guru PSV SMKSR

II Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Seni dalam tujuan perpaduan



Bagi menghadapi cabaran yang datang secara bertalu-talu, generasi yang hidup



dalam abad ke-21 perlu memperoleh nilai-nilai murni dan luhur yang bersifat sarwajagat;



kaya dengan maklumat, termasuk dalam bidang sains dan teknologi (objektif ke-6);



mempunyai semangat jati diri (objektif Ke-10), jaya diri dan keusahawaan yang tinggi;



mempunyai ketrampilan yang tinggi; dan mempunyai kekuatan minda yang kreatif, kritis,



inovasi , analitis dan futuristik (objektif ke-3). Dalam kurikulum pendidikan seni visual



selain mementingkan proses penghasilan atau proses artistik, produk juga diminta



mencapai tahap persembahan yang memuaskan. Barangan kraf seperti barangan



anyaman, tembikar, perabut ukiran, barang hiasan gangsa melambangkan identiti budaya



di Malaysia. Nilai patriotik (objektif 1, 7 dan 9) boleh dipupuk dengan meningkatkan rasa



kebanggaan rakyat terhadap barangan Malaysia dan seterusnya mencapai perpaduan di



kalangan rakyat majmuk. Semangat patriotik dan nasionalisme penting bagi



membolehkan Malaysia lebih bersifat kompetitif di peringkat antarabangsa.



Dalam usaha menuju perpaduan, pendidik mesti memahami kandungan seni



visual dengan sebenar-benarnya. Pelajar perlu disedari kepentingan dalam memahami



serta wujud perasaan hormat budaya orang lain. Budaya Malaysia yang dibentuk



merupakan identiti yang dapat mengeratkan lagi hubungan kesemua kaum melalui



transformasi soaial melalui aktiviti pendidikan seni. Feldman (1972) mencadangkan



pendekatan humanistik dalam pencapaian pengajian kognitif, pengajian Linguistik



Visual, Pengajian Media dan Pengajian Kritikan Seni. Tujuan kurikulum beliau adalah



meningkatkan kualiti individu dan mengenali individu yang lain. (dalam Iberahim



Hassan, 2000)







Salsabila Tang Abdullah 13

Guru PSV SMKSR

Dalam melaksanakan kandungan kurikulum, pendidik merancang aktiviti seperti



pertandingan melukis poster selain bertujuan mencungkil potensi pelajar, slogan-slogan



seperti, “Bersatu padu kita teguh, bercerai berai kita runtuh.” , “Bagai aur dengan tebing,



saling penuh memenuhi”, “Tak kenal maka tak cinta”, “Perpaduan pemangkin kemajuan



negara”, Rakyat bersatu padu, negara gemilang” dan lain-lain telah digunakan sebagai



tajuk. Sebelum menentukan tema pertandingan, sesi perbincangan diadakan agar semua



pelajar benar-benar faham matlamat, tujuan, objektif dan kehendak tema yang berkaitan



dengan perpaduan. Pelajar diminta memberi pandangan bagaimana hendak



mengambarkan perasaan cinta kepada negara melalui seni visual. Aktiviti pertandingan



melukis poster dapat memupuk semangat perpaduan dan menyedari kepentingan



perpaduan di peringkat awal sebelum pelajar menunjukkan kemahiran melukis masing-



masing.







III. Aktiviti kumpulan



Al Huswitz, Michael Day dalam buku mereka yang berjudul Children and Their



Art methods for the Elementacy School dalam issues Multi-Cultural, hlm.:122-124 telah



menyarankan bahawa aktiviti kumpulan merupakan satu cara untuk mengeratkan lagi



hubungan antara pelajar yang berbilang kaum. Pelajar dapat bertukar-tukar fikiran,



pandangan dan pengalaman serta bercerita tentang budaya sendiri.



Apabila menjalankan aktiviti-aktiviti seni dalam kumpulan, guru hendaklah



memastikan pelajar yang mengambil bahagian terdiri daripada pelbagai kaum. Menurut



Ee Ah Meng (1988) dalam bukunya yang berjudul Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru



Pelatih mengatakan amalan seperti ini akan menjauhkan perasaan benci dan iri hati







Salsabila Tang Abdullah 14

Guru PSV SMKSR

dikalangan pelajar berbilang kaum. Semasa menyiapkan sesuatu projek seni, semangat



kekitaan dan persefahaman dapat dipupuk dalam situasi yang mesra.



Kata Mumama: “Jiran dan rakan-rakan bersepakat ke arah kemasyarakatan akan



membawa kebajikan dan keberkatan.”







IV. Pembelajaran Koperatif



Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pembelajaran yang digunakan oleh



guru bagi membantu meningkatkan hubungan dan kemahiran sosial pelajar di samping



mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pelajar akan bekerjasama dalam satu



kumpulan kecil, membantu satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan individu



atau kumpulan sebagai yang diminta oleh guru melalui perhubungan yang saling



bergantung secara positif, bertanggungjawab, interaksi bersemuka yang sihat dan



penglibatan yanga saksama.



Kaedah pembelajaran secara koperatif penting dalam pembentukan perpaduan



kaum dapat dibuktikan melalui pendapat yang dikemukakan oleh William Ragan and C.



B. Stendler dalam penulisan mereka yang bertajuk The Social Dimension telah



mengatakan strategi pengajaran melalui koperatif dapat mengalakkan pelajar menetapkan



perancangan bersama, menetukan matlamat, membahagikan tanggungjawab dalam



melaksanakan segala aktiviti seni yang diminta. Secara tidak langsung, ia dapat



mengeratkan lagi persahabatan antara pelajar yang berbilang kaum.









Salsabila Tang Abdullah 15

Guru PSV SMKSR

V. Semasa Pengajaran dan pembelajaran



Dalam tugas melaksanakan isi kandungan yang telah dirancang, selain daripada



memberi ilmu pengetahuan, objektif pengajaran perlu sejajar dengan kehendak FPK yang



bermatlamat mewujudkan sebuah negara yang maju dengan cara yang tersendiri. Maka,



sebagai seorang pendidik yang profesiohal, segala bimbingan dan bantuan yang diberi



kepada pelajar hendaklah menunjukkan keadilan dan kesaksamaan. Tindakan



diskriminasi perlu dielakkan agar pelajar merasa seronok dan selesa belajar. Dalam sesi



kritikan seni, selain melatih dalam penggunaan bahasa tampak, sifat rasional dan



mempunyai hati terbuka turut menyumbang dalam usaha memupuk semangat perpaduan



di kalangan pelajar. Sesi ini membolehkan pelajar bertukar-tukar pendapat dan memberi



pandangan yang membina. Pelajar juga mempelajari menerima pendapat dan kritikan dari



bangsa yang berlainan.







VI. Pengurusan bilik darjah



Penyusunan meja kerusi dalam bilik atau studio seni seharusnya dalam bentuk



kumpulan. Ia memudahkan pelajar berbincang dan menjalankan aktiviti kumpulan.



Penyusunan meja kerusi yang berasingan seolah-olah mengasingkan dan mengelakkan



setiap individu berinteraksi antara satu sama lain. Pengurusan bilik seni merupakan satu



aspek penting dalam memberi daya tarikan dan menjadi sumber ilham kepada pelajar.



Suasana bilik darjah yang ceria mencerminkan sikap tanggungjawab dan kerjasama



antara pelajar yang menuju ke arah perpaduan.









Salsabila Tang Abdullah 16

Guru PSV SMKSR

VII. Sejarah seni



Bidang Sejarah Seni yang ada dalam kandungan kurikulum pendidikan seni juga



memainkan peranan yang penting dalam membentuk sikap perpaduan. Menurut Md.



Nasir Iberahim dan Prof. Madya Iberahim Hassan (2003) dalam buku mereka yang



berjudul Pendidikan Seni Daripada Sudut Sosial mengatakan wujudnya pelbagai



kontroversi dalam memperkenalkan „multikulturisme‟, tetapi apa yang penting ialah



peranan guru sebagai pembudaya. Walaupun budaya orang Melayu lebih diutamakan



dalam kurikulum pendidikan seni tetapi guru seni perlu memperkenalkan budaya bangsa



lain kepada pelajar agar mereka memahami dan menghormati serta boleh berkomunikasi



dengan orang lain. Seni bersifat sejagat.







Kesimpulan



Dalam menangani masalah perpaduan antara kaum, jelaslah Kurikulum



Pendidikan Seni yang ada sekarang dapat memberi sumbangan yang mengalakkan



berdasarkan ciri-ciri pendidikan seni yang telah dinyatakan di atas. Tidak dapat dinafikan



bahawa pendidik merupakan agen yang penting sekali dalam usaha merancang



pengajaran dan pembelajaran yang menjurus ke arah perpaduan. Sebagai seorang



pendidik, ilmu kandungan kurikulum harus dikuasai dan dilaksanakan.



Perkembangan dunia kian semakin pesat. Bidang pendidikan perlu sentiasa



membuat “enviromental scanning” bagi mengenalpasti keperluan-keperluan negara



semasa. Sebagai contoh komplas sekolah wawasan pertama di USJ15 Subang Jaya



merupakan sekolah wawasan pertama bagi mengeratkan lagi perpaduan kaum di negara









Salsabila Tang Abdullah 17

Guru PSV SMKSR

kita. Perluasan pelaksanaan konsep sekolah wawasan ke seluruh negara pada abad ke-21



akan dapat memastikan perpaduan kaum yang terdapat di negara terjamin.



Tanpa perpaduan nasional, wawasan 2020 akan menghadapi risiko yang berat dan



mungkin gagal. Jadi, tanamkan pada jiwa anak-anak muda kita dan tiupkan semangat



perpaduan nasional. Sesungguhpun, memupuk perpaduan adalah satu usaha yang begitu



komplaks yang boleh membangkitkan perasaan dan emosi. Namun dengan adanya



kefahaman, penjelasan, dan persetujuan semua pihak terhadap konsep, rasional dan



langkah-langkah tindakan yang dimajukan. “Satu Negara Satu Bangsa (Malaysia)” bukan



sesuatu impian yang mustahir.



Dato‟ Onn Jaafar pernah berkata: “Saya ini pro Islam dan pro Melayu, tetapi tidak



membenci kepada bangsa-bangsa yang lain, kita harus ingat bahawa perpaduan nasional



harus diutamakan.”









Salsabila Tang Abdullah 18

Guru PSV SMKSR

Biliografi







--------. (1998). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.



--------. (2000). Kumpulan Esei Pilihan: Pendidikan Seni dan Muzik. Perak: Fakulti

Sains Sosial dan Kesenian UPSI.



Abd Rahim Abd Rashid. (2000). Wawasan Pembangunan: Isu dan Cabaran. Kuala

Lumpur: Utusan Publication & Distributors.



Abd Rahim Abd Rashid. (2001). Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan: Menghadapi

Perubahan dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributors.



Abu Bakar Nordin Dan Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum.

Perak: Quantum Books.



Abu Talib Putih (2001). Soal Pemikiran Dalam Pendidikan Seni: Asas Pertimbangan

Untuk Praktis Pengajaran Di Sekolah-sekolah dalam Seminar Pedagogi Pendidikan

Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI.



Al Hurwitz, Michael Day. (1995). Children and their art: Methods for Elementary

School. United States of America.



Alias Aliana. Dasar Kebudayaan Kebangsaan: Satu Persoalan. [On-line]

file:///A/db08fokf.html



Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan Ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif

Sejarah. Selangor: Fajar Bakti.



Ee Ah Meng. (1991). Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih. Selangor: Fajar

Bakti.



Ensiklopedia Dunia Melayu, 4. Kuala Lumpur: Piramid Perdanan Sdn. Bhd.



Freedman & Feenam d. Hernandez. (1998). Curriculum, Culture and Art Education

Comparative Perspectives. State University of New York: Press Albary.



Haji Mohd. Shahir B. Haji Abdu. Perpaduan Kearah Pengukuhan Kepimpinan

Ummah. [On-line] file:///A/perpaduan.html



Iberahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan

Kenyataan dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim,

UPSI.



Salsabila Tang Abdullah 19

Guru PSV SMKSR

Jakob Sumardjo. (2000). Filsafat Seni. Bandung: ITB.



Jasiman Bin Ahmad & Nora Binti Samat. (2000). Wawasan Pemangkin Negara Maju.

Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise.



Kassim Ahmad. (1998). Esei-esei Politik. Selangor: Fajar Bakti.



Malaysia, (1991). Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991 – 2000. Kuala

lumpur: Percetakan Negara.



Malaysia, (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996 – 2000. Kuala lumpur:

Percetakan Negara.



Md. Nasir Iberahim, Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk

Maktab & Universiti. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.



Mohd. Manshur B. Kiyai Masyhadi. (1993). Sumbangan Kami Terhadap Wawasan

2020. Selangor: Perniagaan Al Wathaniyah.



Musa Hitam. (1986). Nasionalisme Krisis dan Kematangan. Selangor: Pelanduk

Publications.



Omar Mohd. Hashim. (1999). Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.



Pusat Perkembangan Kurikulum, (1990). Falsafah Pendidikan Negara. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.



Rod Taylor. (1986). Educating For Art: Critical Response and Development. UK

Limited England: Longman Group.



Shahril @ Charil Marzuki, Habib Mat Som, (1999). Isu Pendidikan Di Malaysia:

Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.



Siti Fatimah Abdul Rahman, penyunting (1993). Ke Arah Negara Maju Berdasarkan

Sistem Nilai. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.



Syed Othman Alhabshi. (2001). Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan

Kebangsaan. [On-line]



Tajul Ariffin Noordin. (1990). Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.



Wan Abdul Kader & Yap Beng Liang. (1997). Seni Dan Pendidikan Insan Madani.

Kuala Lumpur: Universiti Malaya.







Salsabila Tang Abdullah 20

Guru PSV SMKSR


Related docs
Other docs by HC11111621533
esb0405/1
Views: 0  |  Downloads: 0
Monmouth County Board of Chosen Freeholders
Views: 2  |  Downloads: 0
Rancangan dan Implementasi
Views: 3  |  Downloads: 0
enaminoct07
Views: 0  |  Downloads: 0
Sites
Views: 4  |  Downloads: 0
RUMAH IDAMAN SYURGA IMPIAN "
Views: 14  |  Downloads: 0
????? 1***
Views: 2  |  Downloads: 0
Projects
Views: 9  |  Downloads: 0
KERTAS 2
Views: 6  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!