Aqidah teras kehidupan

Document Sample
Aqidah teras kehidupan Powered By Docstoc
					                            AQIDAH TERAS KEHIDUPAN
                          MANUSIA BERTANGGUNGJAWAB.
                             Surah Al-An’am ayat 161 - 165
Bahagian                            Tajuk kecil                           Cadangan
                                                                           Soalan
 AL-                        Surah al-Anam ayat 161 - 165
QURAN
  5
           -   Menyatakan maksud keseluruhan ayat
           -   Mengetahui perkara utama dalam kenhidupan seperti;
           -   Islam agama lurus (benar)
           -   Ajaran Nabi Muhammad kekal hingga akhir zaman
           -   Manusia dijadikan untuk beribadat kepada Allah swt
           -   Manusia dilarang mensyirikkan Allah
           -   Manusia adalah khalifajh di muka bumi
           -   Setiap amalan akan dinilai
           -   Peranan pelajar dalam membentuk iklim dini di sekolah
           -   Peranan/tugas manusia sebagai khalifah
           -   Kesan buruk tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai
               khalifah
           -   Pengertian islam sebagai ad-Din
           -   Kumpulan manusia yang diredahai Allah;
           -   Para ulama’Sahabat Rasul
           -   Al-Auliya’
           -   Iktibar dari kumpulan yang dimurkai Allah;
           -   Kaum Thamud
           -   Nabi Palsu
           -   Balasan Allah bagi setiap perbuatan manusia
           -   Sifat manusia yang menderhakai Allah berdasarkan surah
               ar-Rum ayat 41
           -   Implikasi apabila ingkar melaksanakan perintah Allah swt
           -   Tugas seorang muslim
Maksud
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah
diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang
betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu ugama
Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang
musyrik".

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku,
hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja
aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku)
adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri
kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".



Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah
diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah,
padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu?




Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap
seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung
dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan
memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya
sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu
kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang
kamu berselisihan padanya.
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan
meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain
beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa
yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya
Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya
Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Umat Nabi                                                               Allah memberi
Muhammad                                       Umat Islam juga          peringatan bahawa
                         INTISARI AYAT
telah diberi                                   hendaklah                setiap individu
petunjuk                                       berpegangn teguh         bertanggungjawab
(hidayat) oleh           Umat Islam            pada ajaran Islam        terhadap
kejadian yang            dituntut              dengan mematuhi          perbuatannya
                         mengerjakan           segala yang
benar dan                                                               semasa di dunia dan
                         ibadat solat &        diperintah dan
diredai oleh-Nya                                                        di akhirat
iaitu agama Islam        ibadat lain yg        meninggalkan segala
                         ditentukan oleh       larangan-Nya
                         syarak sebagai
                         menunaikan
                         perintah Allah           Orang yang
                                                  teguh imannya
                                                  tidak akan
                                                  mensyirikkan
                                                  Allah dan sesuatu
                                                  yang lain




                                       MATLAMAT HIDUP MUKMIN



                                     Nikmat Utama: Islam dan Iman
                                          [Insan yang mulia]

                        Hendaklah memelihara Iman dan Islam dgn sentiasa berdoa
                          dan melakukan ibadat semata-mata kerana Allah swt

                    Menyerahkan semua urusan hidup kerana Allah swt sebagaimana
                    yg kita lafazkan dalam solat

                    Semua kerja yang dilakukan hendaklah berlandaskan keimanan
                    [jujur dan khlas]


                    Untuk menjadi Insan yang mulia, kita hendaklah bertqwa.
                    Kemewahan dan kesempurnaan fisikal juga penting dalam
                    menentukan taraf seseorang.
          -   Semua rasul, [Nabi Muhammad sebagai rasul terakhir]] dgn tujuan yg
              sama mengajak manusia ke jalan yg lurus, menyembah Allah swt dan
              menekankan aqidah tauhid[hubungan dgn Allah dan hubungan dgn
              manusia]
          -   Hubungan Allah seperti solat, puasa, haji, membaca al-Quran dan berzikir
          -   Hubungan dgn mausia sedekah,[hubungan dgn Allah dan hubungan dgn
              manusia]
          -   Hubungan Allah seperti solat, puasa, haji, membaca al-Quran dan berzikir
          -   Hubungan dgn manusia seperti bersedekah,berjual beli dan amalan
              berjiran

                                  ISLAM AGAMA LURUS



                        Manusia bertanggungjawab atas semua perbuatan

 Manusia bertanggungjawab meliputin3 bidang utama
- Khalifah Allah di atas muka bumi ini.
- Dianugerahkan pelbagai kelebihan berbanding makhluk lain seperti akal, imu
pengetahuan
-Tujuannya adalah untuk makluman pelbagai suruhan-Nya di samping tidak melanggar
larangan yang disyariatkan.
-Orang Islam hendaklah melakukan amalan salih dan amal kebaikan disamping
menjauhkan diri daripada perbuatan yang dilarang oleh Allah
Setiap individu bertanggungjawab terhadap segala perbuatan yang dilakukannya semasa di dunia sama
ada baik, jahat, kecil oleh Allah
Allah akan memberi balasan kepada hamba-Nya dengan adil
Terhadap Allah-taat     Terhadap diri-         Terhadap masyarakat-         Terhadap alam
pada perintahnya        beribadat dan          tolong-menolong dan          sekitar-memulihara
dan menjauhi            menuntut ilmu          berakhlak mulia              dan memelihara
larangan-Nya                                                                alam ini



                                   Manusia dicipta utk mengabdikan kepada Allah swt. Ibadat
           Al-Ibadah               merangkumi ibadat umum contohnya;mempelajari ilmu dan
                                   kemahiran terkini dan ibadat khusus seperti solat

                                   Membina kekusaan di uka bumi untuk menjalankan perintah
           Al-Khilafah             Allah swt dan system hidup yang berteraskan pengabdian diri
           [pemerintah]            kepada Allah. Contohnya empayar Khulafa’ al-Rasyidin


                                   Membina prasarana dalam pelbagai bidang pembangunan
           Al-‘Imarah
                                   spritual danmaterial utk membentuk negara maju, hidup
                                   dalam kemakmuran dan selamat
                   manusia hidup dalam      menjatuhkan maruah
 Mengapa           keadaan yang tidak       dan mengaibkan
 dilarangan        tenang                   seseorang
Buruk Sangka                                                        mengelakkan orang
                                                                    yang tidak bersalah
                                                                    menderita
                    mengelakkan fitnah      mewujudkan
                     dan pergaduhan         masyarakat yang
                                            berpecah belah




e. Kesan Hidayah
1. Setiap orang Islam hendaklah sentiasa berdoa memohon petunjuk dan hidayat kepada
    Allah supaya ditunjukkan jalan yang benar
2. Seseorang yang mendapat hidayat daripada Allah akan berubah daripada seorang
    yang tidak baik kepada seorang yang baik dan taat pada agama Allah.Hal ini
    demikian kerana dirinya sentiasa diberi petunjuk oleh Allah sama ada pemikiran,
    tindakan, percakapan atau perbuatan
3. Jiwa dan perasaan mereka yang mendapat hidayat daripada Allah sentiasa berada
    dalam keadaan tenang, tenteram dan bahagia.
4. Dalam melakukan sesuatu perkara, mereka yang mendapat hidayat daripada Allah
    selalu melakukan perkara-perkara yang baik dan mengajak orang lain supaya
    melakukan kebaikan
5. Orang-orang mukmin hendaklah sentiasa melakukan amal-amal kebaikan dan
    menunaikan perintah Allah, menjaga kebersihan zahir dan batin dan menjauhi
    perkara-perkara maksiat agar sentiasa mendapat taufik dan hidayah daripada Allah


d. Kelebihan Darjat Sebagai Ujian Allah
1. Allah menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza dan berlainan antara satu
    dengan yang lian. Perbezaan tersebut dapat dilihat sama ada pada bentuk fizikal, rupa
    paras, harta, kedudukan, kekuatan dan sebagai
2. Segala keadaan ini Allah jadikan untuk menguji keimanan dan ketabahan hamba-Nya
    dalam menjalani kehidupan
3. Segala harta kekayaan yang dianugerahkan kepada seseorang merupakan dugaan dan
      ujian daripada Allah.Pada hari akhirat akan bertanya tentang bagaimana harta itu
      dapat?, bagaimana harta itu dijaga ? dan ke mana harta tersebut dibelanjakan?
4. Ketinggian darjat atau kedudukan yang dianugerahkan kepada seseorang adalah untuk
      menguji dirinya dalam menggunakan kedudukan yang dimilikinya
5. Allah menyuruh manusia berusaha untuk memperoleh kejayaan dahulu dengan
      menggunakan akal fikiran dan kebijaksanaan yang dianugerahkan oleh-Nya




SOALAN
1. Matlamat hidup mukmin
Tandakan ‘Ya’ pada perkataan yang etul dan ‘Tidak’ bagi yang salah.




       a) Mulia disisi manusia
       b) Bebas melakukan apa saja
       c) Bertaqwa kepada Allag swt
       d) Dihormati oleh masyarakat
       e) Mendapat keredaan Allah swt
       f) Beribadat supaya dipuji oleh orang ramai




2. Islam agama yang lurus
Isikan tempat yang kosong
i. Sejak Nabi Adam a.s. hingga Nabi Muhammad saw, ajaran Islam menegakkan prinsip
hidup yang berteraskan……………….iaitu : [aqidah]
-……………….[hablu minallah] yang bermaksud hubungan dengan Allah dan yang
bermaksud hubungan sesama manusia.
ii.


1. Apakah pengertian Hidayah
Pengertian Hidayah ialah;
Petunjuk daripada Allah SWT atau penyuluh hidup seseorang pada jalan yang benar bagi
mencapai kebahagiaan yang hakiki di dunia dan akhirat.


2. Bagaimanakah cara untuk memperoleh hidayah Allah SWT:-
- Bertafakur menggunakan fikiran dengan cermat berlandaskan wahyu Allah.
- Bergaul dengan para cendekiawan dan ulama yang alimin (beramal dengan ilmunya)
- Menjaga hubungan baik sesame manusia
- Meningkatkan ibadat
- Sentiasa berdoa kepada Allah swt
- Menyelidik dan mendalami ilmu pengetahuan.
- Berdoa kepada Allah memohon hidayah.
- Niat kerana hendak mendapat petunjuk Allah.


3. Contoh orang/mereka yang mendapat hidayah Allah:-
Orang yang mati dalam beriman seperti ASiah isteri Firaun, Saidina Abu Bakar dan Saidina
Umar.


4. Nyatakan ciri orang yang tidak mendapat hidayah Allah:-
- Individu itu sentiasa berada dalam kesesatan dan kejahilan
- Individu itu lebih gemar mengamalkan akhlak yang tidak baik.
- Individu itu benci kepada kebaikan dan suka kejahatan.
 - Individu itu sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah, takut dan kecewa.
 - Individu itu akan ingkar pada perintah Allah swt.
5. Contoh orang yang tidak mendapat hidayah Allah SWT:-
  Orang yang mati dalam kekafiran seperti anak Nabi Nuh, isteri Nabi Nuh dan Abu
Jahal.


6. Bagaimanakah hidayah berperanan dalam kehidupan umat Islam.
Peranan hidayah dalam kehidupan umat Islam:-
        Memperolehi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
        Mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT atas setiap apa-apa yang
         dilakukan di dunia.
        Mendapat keredaan Allah SWT di dunia dan di akhirat.
        Mendorong seseorang melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
        Menyebabkan seseorang itu sentiasa sabar dan tenang dalam menghadapi dugaan
         hidup.


7. Mengapakah manusia perlu bertanggungjawab?
Manusia perlu bertanggungjawab kerana:-
        Menusia dianugerahkan pelbagai kelebihan berbanding makhluk lain seperti akal,
         ilmu pengetahuan dan lain-lain untuk melakukan pelbagai suruhan-Nya disamping
         tidak melanggar larangan yang disyariatkan.
        Setiap individu bertanggungjawab terhadap semua perbuatan yang dilakukan di
         dunia sama ada yang baik ataupun yang sebaliknya.
        Setiap balasan yang Allah SWT turunkan setimpal dengan kesalahan yang
         dilakukan oleh hamba-Nya di dunia.


8. Nyatakan hikmat Allah manjadikan manusia kaya, miskin, tinggi, rendah
Hikmat Allah manjadikan manusia kaya, miskin, tinggi, rendah dan sebagainya:-
- Untuk menguji keimanan dan ketabahan manusia dalam menjalani kehidupan di dunia.
- Sebagai dugaan kepada hamba-Nya.
- Untuk menguji dirinya dalam menggunakan kedudukan yang dimiliki-Nya itu.
- Allah SWT menyuruh manusia berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
memperolehi kejayaan dalam hidup.


9. Nyatakan 2 kelebihan golongan yang mendapat hidayah Allah SWT
a) Dijamin mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan diakhirat.
b) Mendapat keredaan-Nya


10. Mengapakah setiap orang bertanggungjawab di atas apa yang dilakukan semasa di
dunia?
a) Manusia telah dibimbing oleh Rasulullah SAW
b) Manusia mempunyai pedoman Al-Quran
c) Manusia mempunyai kuasa berfikir untuk memilih yang mana baik dan sebaliknya.
11. Bagaimanakah peranan akal membawa kebaikan kepada manusia?
Peranan akal untuk membawa kebaikan kepada manusia ialah:-
 a) Berfikir perkara-perkara yang baik dan berfaedah.
 b)   Berfikir yang berlandaskan wahyu Ilahi.
 c)   Berfikir melakukan sesuatu untuk kebaikan ramai.


12. Apakah kesan bertindak mengikut akal fikiran tanpa berpandukan Al-Quran?
Kesan bertindak mengikut akal fikiran tanpa berpandukan Al-Quran ialah:
a) Membawa kepada kegagalan.
b)    Tidak diredai Allah SWT
c)    Banyak dipengaruhi oleh kepentingan diri.
d) Didorong oleh hawa nafsu.


13. Bagaimanakah anda memanfaatkan akal fikiran untuk memperolehi kebahagiaan
hidup di dunia dan akhirat?
Saya memanfaatkan akal fikiran untuk memperolehi kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat dengan:-
 a) Memastikan bahawa sesuatu perkara yang dilakukan tidak bertentangan dengan
      syariat Islam.
 b)   Sentiasa mencari jalan yang dibenarkan dalam Islam untuk mendapatkan rezeki.
 c)   Sentiasa berikhtiar untuk mendapatkan keredaan Allah terhadap segala usaha yang
      dilakukan.




14. Mengapakah manusia disuruh berpandukan Al-Quran dalam melaksanakan sesuatu
perkara:-
Manusia disuruh berpandukan Al-Quran dalam melaksanakan sesuatu perkara kerana:-
 a) Akan mendapat keredhaan Allah.
 b)   Untuk menemui jalan yang benar bagi mencapai keberkatan Allah.
 c)   Supaya tidak berlaku penyelewengan terhadap tindakan yang dilakukan yang akan
      mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai.
15. Surah Al-An’am, ayat 161-162 merupakan ikrar setiap muslim dalam solat bahawa
hidup dan mati kerana Allah SWT semata-mata.
Apakah kesan ikrar tersebut terhadap kepatuhan seseorang pada perintah Allah SWT?
Kesan ikrar tersebut terhadap kepatuhan seseorang pada perintah Allah SWT ialah:-
a) Mendorong seseorang supaya mentaati/mengingati Allah SWT
b) Melakukan ibadat dengan sempurna
c) Menjauhi perkara mungkar berakhlak mulia menjaga hubungan baik sesame manusia
d) Melaksanakan segala perintah Allah SWT dengan bersungguh-sungguh.
e)        Merasakan dirinya seorang hamba yg lemah yang mesti patuh dan taat pada
     perintah-Nya.


16. Nyatakan pengakuan Nabi Muhammad SAW yang diperintah oleh Allah SWT
menyatakannya kepada kaumnya:-
Pengakuan Nabi Muhammad SAW:
     a) Allah memberi hidayah mengikut jalan yang lurus.
     b)     Solat, ibadat, hidup, dan mati untuk Allah.
     c)     Tiada sekutu bagi Allah.
     d) Setiap orang menanggung dosanya masing-masing.


17. Apakah yang dimaksudkan dengan jalan yang lurus dalam ayat di atas?
Maksud jalan yang lurus ialah agama Allah (Islam) seperti agama yang diturunkan kepada
nabi-nabi terdahulu.




18. Hidayah itu anugerah Allah,
Bagaimanakah memelihara hidayah itu agar sentiasa kekal?
a) berdoa memohon terus dipelihara hidayah.
b)    Berdisiplin dan beramal.
c)    Istiqamah melakukan kebaikan.
d) Reda dengan ujian Allah


19. Beri beberapa bukti menunjukkan Islam itu agama lurus.
Bukti Islam adalah agama yang lurus kerana
 a) Islam mengajar manusia ikhlas melakukan sesuatu yang benar kerana Allah
 b)   Islam mengajar manusia berkasih sayang dan saling nasihat-menasihati
 c) Segala larangan dan suruhan yang ada dalam Islam semuanya dengan fitrah naluri
      manusia
 d) Islam memelihara hak manusia
 e)   Islam sesuai dipraktikkan bagi semua zaman
 f)   Islam mewajibkan umatnya menghormati dan menunaikan hak orang lain yang
      menjadi kewajipan bersama

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:29
posted:11/16/2011
language:Malay
pages:11