Mutiara Hikmah &Doa - Iklaneka

Document Sample
Mutiara Hikmah &Doa - Iklaneka Powered By Docstoc
					Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu
penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu
bertambah bila dibelanjakan.
-Saidina Ali bin Abi Talib

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan
akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya
dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri aku binasa -
Saidina Ali bin Abi Talib

Jangan berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi
hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh
menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya .Janganlah berkawan dengan
orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan
jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk
menjualmu dengan harga yang sangat murah - Saidina Ali bin Abi Thalib

Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua
belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan
akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah -Khalifah Ali bin Abi Talib

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh
memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang
sebenarnya -Khalifah Umar al-Khattab

Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar
kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat
dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya -
Khalifah Ali bin Abi Talib
Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata
lemah-lembut
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-
bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani -Khalifah Ali bin Abi Talib

Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak
berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara -
Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal . Sepi yang sebenarnya
ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yg baik. - Saidina Ali
bin Abi Thalib

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka
janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya -Saidina Umar al-Khattab

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika
berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -
Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan - Saidina Ali
bin Abi Thalib

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat -Saidina Umar
bin Al-Khatab

Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad.
Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya
(yang berilmu juga) -Saidina Ali bin Abi Talib

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya. -
Saidina Umar bin Al-Khatab

Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya
terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak
tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya
sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang
mengajar dan memperelokkan manusia yang lain. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah-
Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya yang
mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas - Saidina Ali bin
Abi Thalib

Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada
orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan
hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan
dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus
kekal. -Saidina Ali bin Abi Thalib

Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan. - Saidina Ali bin Abi
Thalib

Peliharalah iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan
mengeluarkan zakat dan tolaklah gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada
Allah - Saidina Ali bin Abi Thalib

Orang-orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, cinta, dan rasa
hormat. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Keadilan itu syurga bagi orang yang dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka bagi orang-
orang yang bersifat zalim - Saidina Umar bin Al-Khatab

Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya -Khalifah Ali bin Abi Talib

Kalau engkau berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingatlah pula
bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya -Saidina Umar bin Al-Khatab

Saidina Ali berkata: “Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya erat-erat
dengan segala kesiapan sehingga kamu dapat melaksanakannya, kamu tidak akan dapat
keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah :
1.Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Tuhanmu.
2.Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.
3.Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu.
4.Hendaklah orang yang alim berkata : “Aku tidak tahu, “ apabila dia memang tidak tahu.

Saidina Abu Bakar r.a berkata : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah
satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati and hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada
tempatnya atau;
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat and akan dipergunakan untuk kejahatan pula
atau;
· Adakalanya harta itu akan dicuri and dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang
tidak berguna .

Saidina Umar bin Al-Khatab r.a. berkata :
· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Saidina Ali r.a berkata :
· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri & hati-
hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak
salahnya,maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak wara',
sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya mati.

Semua perangai tercela ditempatkan dalam sebuah rumah, dan kunci rumah itu adalah
ketidak jujuran.   -Imam Hasan Al-Askari

Islam memiliki dinding dan pintu yang kuat. Dinding Islam ialah kebenaran dan pintunya ialah
keadilan.
Islam akan tetap jaya, selama penguasa-penguasa bersikap keras dan tegas, tetapi itu
dilakukan tidak bererti mesti dengan pedang dan cemeti, melainkan dengan hak dan keadilan.
-Said bin Suwaid

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niyt yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.
-Al-Ahnaf bin Qais

Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah
(masalah) anggota tubuh daripada beribadah - Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya.
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur
hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan
membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Hatim Azzahid berkata : 4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan oleh 4 perkara
1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua
2) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang terkena
bala
3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang sakit
4) Hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah mati

Kamu menutup pintumu dan menurunkan tabirmu dan berasa malu kepada manusia tetapi tidak
malu kepada Al-Quran yang ada di dadamu dan tidak malu kepada Allah yang Maha Besar
yang tidak ada sesuatu yang dapat bersembunyi dariNya. - Al Fudhail bin Iyaadh

Orang yang tidur mesti dikejutkan, orang yang lupa mesti diperingatkan. Sesiapa yang tidak
pernah mendapat nasihat dan peringatan maka dia sebenarnya telah mati. Peringatan itu
begitu bermanfaat buat sesiapa yang menerima dengan hati yang mempunyai ciri-ciri " Dan
tidak diberi peringatan melainkan sesiapa yang segera bertaubat.-Imam Abdullah bin Alwi al-
Haddad al-Husaini

Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila
pada suatu ketika dia berkata "Aku sudah pintar", maka sesungguhnya dia sudah menjadi
bodoh dengan sendirinya. -Luqman Hakim

Siapa yang mengamalkan apa yang telah diketahui maka akan diberi taufiq untuk mencapai
apa yang belum diketahui - Al-Auzaa'i

Siapa yang mendamaikan dua orang yang sedang bersengketa Allah akan memberinya pahala
untuk tiap kalimat yang diucapkannya sama dengan memerdekakan budak - Anas r.a

Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari teman dan yang paling lemah
daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya -Imam Al-
Ghazali
Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi
kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih - Ibnu Maqaffa

Usaha yang halal itu lebih berat daripada memindah bukit ke atas bukit -Ibnu Abbas

Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi
dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah - Wahab Munabih

Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecuali melalui enam rintangan: menutup
pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintu
kesukaran, menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan, menutup pintu tidur dan
membuka pintu jaga, menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan, menutup pintu
harapan dan membuka pintu bersiap menghadapi maut -Ibrahim bin Adham

Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi,
sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu
sentiasa akan timbul kesenangan - Ibnu Abbas

Sesungguhnya yang lebih lama susahnya di dunia ialah lama gembiranya di akhirat dan lebih
lama kenyang di dunia akan lebih banyak lapar di akhirat - Ibnu Asahir

Tiga macam yang tidak diketahui kecuali pada tiga macam:
1. Orang yang sabar tidak diketahui kecuali ketika marah.
2. Orang yang berani tidak diketahui kecuali ketika perang
3. Saudara tidak diketahui kecuali ketika berhajat (ada kepentingan)
-Luqman Al-Hakim

Hendaklah engkau bergaul dengan para ulama' dan dengarlah (renunglah) kata-kata hukama'
kerana Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana ia
suburkan bumi dengan hujan
yang lebat- Al-Hukama'

Keadaan hamba ini hanya ada empat macam: Nikmat, bala, taat dan maksiat. Maka jika ada di
dalam nikmat, kewajipan hamba adalah bersyukur kepada Allah dan jika menerima bala harus
sabar. Dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasa mendapat taufik hidayat dari Allah.
Dan bila tergelincir dalam dosa maksiat, maka harus membaca istighfar -Abul -Abbas Al
Masri

Perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat, tetapi terlalu banyak
bercakap nescaya membunuh -Amru Al-As

Abu Laits berkata : "Awaslah kamu dari ketawa berlebih-lebihan kerana ketawa mengandung
8 bahaya.
· Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal.
· Memberanikan orang bodoh kepadamu
· Jika engkau bodoh nescaya betambah kebodohanmu dan bila engkau alim berkurang ilmumu
sebab ada riwayat: Seorang alim jika ketawa beerti telah memuntahkan ilmunya.
· Melupakan dosa-dosa yang lampau
· Memberanikan membuat dosa di masa depan, sebab bila ketawa terbahak membekukan
hatimu.
· Melupakan mati dan akhirat
· Engkau menanggung dosa orang yang ketawa kerana ketawamu
· Ketawa terbahak-bahak itu menyebabkan banyak menangis di akhirat.

Buku adalah: Teman bicara yang tidak mendahuluimu. Teman bicara yang tidak memanggilmu
ketika kamu bekerja. Teman bicara yang tidak memaksamu berdandan ketika menghadapinya.
Teman hidup yang tidak menyanjungmu. Kawan yang tidak membosankan. Penasihat yang tidak
mencari-cari kesalahan.
-Ahmad bin Ismail

Adakalanya seseorang melepas satu kalimat untuk mentertawakan orang-orang di sekitarnya,
maka Allah murka padanya. Lalu murka Allah itu merata kepada orang-orang disekitarnya.
Dan adakalanya seseorang berkata kalimat yang diredai Allah maka ia mendapat rahmat dan
rahmat Allah itu merata kepada orang-orang disekitarnya. - Ibrahim Annakha'i

Di antara fitnah orang yang berilmu (orang alim) ialah berkata-kata lebih disukai daripada
mendengar. Padahal mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana dalam
berkata-kata orang cenderung untuk mengisi, menambah dan mengurangi -Yazid bin Abi
Habib

Solat itu menghantarmu setengah jalan, puasa itu menghantarmu ke pintu kerajaan dan
sedekah itu membawamu masuk ke dalamnya -Sahl bin Abdullah At-Tusturi

Ketika Haatim al-Asham datang berkunjung kepada Imam Ahmad, Imam
bertanya,"Beritahukan kepadaku,bagaimana caranya mencari selamat dari manusia ?" Haatim
menjawab, "Dengan tiga hal:
1. Anda memberi harta kepada mereka, dan jangan mengambil harta mereka.
2. Berikan hak-hak mereka dan janganlah menuntut hak Anda dari mereka
3. Bersabarlah menghadapi gangguan mereka dan jangan mengganggu mereka

Siapa yang berasa senang dengan pujian orang terhadap dirinya, bererti ia telah mengizinkan
syaitan untuk masuk ke dalam perutnya -Ahmad Athaillah

Berhati-hatilah kamu. Jangan sampai menulis masalah apapun dari ahlul ahwa` sedikit
ataupun banyak. Dan berpeganglah dengan ahli atsar dan sunnah. -Imam Ahmad

Kunci amal-amal dunia ialah kenyang manakala kunci akhirat pula adalah lapar - Syeikh Abu
Sulaiman ad-Darani

Allah mengasihani kaum yang menganggap dunia sebagai barang simpanan. Lalu mereka
menyerahkannya kepada orang yang sanggup memegang amanah mereka terhadap barang
simpanan tersebut. Kemudian, mereka merasa senang dengan ringannya beban -Al-Hassan Al-
Bashri

Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi, walaupun
amal dan ibadahnya sedikit, iaitu sifat-sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi
pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan iman -Abul Qasim Al-Junaid

Kaum muda membuat sejarah dengan hati mereka. Cendikiawan membuat sejarah dengan akal
pikiran mereka.
Orang arif membuat sejarah dengan jiwa mereka. Apabila hati, akal dan jiwa saling
menunjang untuk membuat sejarah, pasti sejarah tak akan pudar sinarnya dan tak akan
padam obornya.
-Dr. Mustafa Assiba'i

Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz semata-
mata-Imam Syafi'e

Barangsiapa berilmu dan beramal serta mengajar, maka orang itu pantas disebut orang besar
di segala petala langit -Nabi Isa A.S

Orang kaya itu tetap tempatnya di bawah orang yang miskin baik di syurga atau neraka
kecuali yang selalu bersedekah. Namun sedikit sekali yang berbuat demikian kerana syaitan
merintangi mereka untuk bersedekah. - Abu Laits

Muliakanlah rakanmu dengan kemuliaan yang mampu engkau lakukannya secara berterusan.
Jika tidak maka kemuliaanmu itu akan membawa kepada perkara yang memutuskan
persahabatan. -Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini

Apabila adanya sahabat engkau datang menziarahi engkau maka jangan kamu bertanya
kepadanya : Adakah engaku sudah makan? atau : Bolehkah aku menyediakan untuk engkau
makanan?. Tetapi hendaklah engkau menghidangkan makanan samada dia akan makan atau jika
tidak maka angkatlah makanan itu. -Imam Sufian ath-Thauri

Syaitan lebih suka untuk menyesatkan orang yang alim daripada orang jahil kerana orang alim
apabila sesat maka dia akan turut menyesatkan orang lain dengan kejahilannya sedangkan
orang jahil tidak begitu -Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini

Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau
ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah
selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang
mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar,
memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap
bertanggungjawabnya terhadap engkau. -Imam Umar bin Abdul Aziz

Musibah itu hanya satu bala tetapi jika orangnya mengeluh maka menjadi dua bala. Yang satu
bala musibah dan yang kedua hilangnya pahala musibah itu - Abdullah bin Almubarak
Gantunglah cita-citamu di tempat yang tinggi supaya ia tidak dapat dimusnahkan oleh orang
lain kerana cita-cita itu adalah sumber kekuatan perjuangan yang tidak terhingga dari segi
zahir dan batinnya - Imam Abu Hanifah

Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan
sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia
seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada
perintahNya -Imam Syafi'e

Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada
menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan
menyakini segala kekuasan Allah.-Imam Syafi'

Aku tidak pernah melihat kezuhudan yang lebih sulit daripada kezuhudan terhadap
kekuasaan. Kita banyak menemui orang-orang yang zuhud dalam masalah makanan, minuman,
harta dan pakaian. Namun ketika diberikan kekuasaan kepadanya maka ia pun akan
mempertahankan dan berani bermusuhan demi membelanya - Sufyan Ats-Tsauri

Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu maka mereka akan
melarikan diri daripada keduanya sebagaimana mereka melarikan diri dari harimau -Imam
Syafi'

Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum
diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat
menimba ilmu yang belum diketahui.Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima
pelajaran dan berhenti daripada belajar -Imam Syafi'

Tiada bekal yang lebih utama daripada takwa. Tiada sesuatu yang lebih baik daripada diam.
Tiada musuh yang lebih berbahaya daripada kebodohan. Tiada penyakit yang lebih parah
daripada berbohong. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq

Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan
sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia
seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada
perintahNya -Imam Syafi'

Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka
sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara
terang maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya. Dan bila tidak berguna nasihat secara
sembunyi , maka minta tolonglah orang-orang yang baik untuk mencegahnya dari perbuatan
maksiat. Maka jika tidak dikerjakan yang demikian, pasti perbuatan maksiat itu akan
menjalar dan bermaharajalela sehingga menghancurkan semua - Abu Dardaa' r.a

Satu dirham disedekahkan ketika masa sihat dan bakhil lebih afdal (baik) dari seratus
dirham diwasiatkan ketika akan mati. - Ibnu Mas'ud
Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang
tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat
kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya -Imam Syafi'

Jika engkau mendengar suatu kalimat dari seorang muslim, maka bawalah kalimat itu pada
sebaik-baiknya tempat yang engkau temui. Jika engkau tak mampu untuk mendapatkan wadah
tempat kalimat tersebut, maka celalah dirimu sendiri. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq

Jika engkau berbuat dosa, maka memohon ampunlah, karena sesungguhnya dosa-dosa itu
telah dibebankan di leher-leher manusia sebelum ia diciptakan. Dan sesungguhnya kebinasaan
yang dahsyat itu adalah terletak pada melakukan dosa secara terus-menerus. -Al-Imam
Ja'far Ash-Shodiq"

Barangsiapa yang rizkinya lambat, maka perbanyaklah istighfar. Barangsiapa yang dibuat
kagum oleh sesuatu dan menginginkannya demikian terus, maka perbanyaklah ucapan maa
syaa-allah laa quwwata illa billah -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq

Allah telah memerintahkan kepada dunia, 'Berkhidmatlah kepada orang yang berkhidmat
kepadaku, dan buatlah payah orang yang berkhidmat kepadamu. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq

Tidaklah kebaikan itu sempurna kecuali dengan tiga hal : menganggapnya rendah (tidak
bererti apa-apa), menutupinya dan mempercepatnya. Sesungguhnya jika engkau
merendahkannya, ia akan menjadi agung. Jika engkau menutupinya, engkau telah
menyempurnakannya. Jika engkau mempercepatnya, engkau akan dibahagiakannya. -Al-Imam
Ja'far Ash-Shodiq

Fugaha itu orang yang memegang amanah para rasul, selama tidak masuk ke dalam pintu-pintu
penguasa. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq

Jika engkau menjumpai sesuatu yang tidak engkau sukai dari perbuatan saudaramu, maka
carilah satu, atau bahkan sampai tujuh puluh alasan, untuk membenarkan perbuatan
saudaramu itu. Jika engkau masih belum mendapatkannya, maka katakanlah, 'Semoga ia
mempunyai alasan tertentu (kenapa berbuat demikian) yang aku tidak mengetahuinya. -Al-
Imam Ja'far Ash-Shodiq

Empat hal yang tidak seharusnya bagi seorang yang mulia untuk memandang rendah :
bangunnya dia dari tempat duduknya untuk menemui ayahnya, berkhidmatnya dia kepada
tamunya, bangunnya dia dari atas binatang tunggangannya, dan berkhidmatnya dia kepada
seorang yang menuntut ilmu kepadanya. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq

Barangsiapa yang masuk ke dalam tempat-tempat orang-orang bodoh, maka ia akan dipandang
rendah. Barangsiapa yang bergaul dengan ulama, ia akan dipandang mulia. Barangsiapa yang
masuk ke dalam tempat-tempat kejelekan, maka ia akan dituduh melakukan kejelekan itu.-Al-
Imam Ja'far Ash-Shodiq
Barangsiapa yang membuka kesalahan orang lain, maka akan dibukakanlah kesalahan-
kesalahan keturunannya. Barangsiapa yang menghunuskan pedang kezaliman, maka ia akan
terbunuh dengannya. Barangsiapa yang menggali sumur agar saudaranya masuk ke dalamnya,
maka ia sendirilah yang nanti akan jatuh ke dalamnya.- Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq

Ibrahim bin Adham berkata. " Ada sepuluh hal yang membuat do'a tidak dikabulkan : "
1. Kalian telah mengenal Allah tetapi tidak menunaikan hak-haknya.
2. Kalian telah membaca Al Qur'an tetapi tidak mengamalkan isinya.
3. Kalian mengaku cinta kepada Rasulullah tetapi meninggalkan sunnahnya.
4. Kalian mengaku benci kepada syaitan tetapi tetap memenuhi ajakannya.
5. Kalian mengaku ingin masuk surga tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
6. Kelian menginginkan selamat dari api neraka tetapi kalian menjerumuskan diri kepadanya.
7. Kalian menyakini kematian merupakan suatu kepastian tetapi tidak pernah mempersiapkan
diri menghadapinya.
8. Kalian sibuk mengurusi aib orang lain tetapi mengabaikan aib sendiri.
9. Setiap waktu kalian menguburkan orang yang wafat tetapi setiap itu pula kalian tak pernah
mengambil pelajaran daripadanya.
10.Kalian telah menikmati kurniaan Allah tetapi kalian tidak pernah mensyukurinya.

Aku dapati bahawa manusia yang paling lama mengalami kesusahan ialah pendengki. Yang
paling tenang hidupnya, orang yang qana'ah. Yang paling rendah kehidupannya, mereka yang
menolak dunia. Dan yang paling besar penyesalannya, orang yang berilmu yang melampaui
batas -Ahli Hikmah

Sesungguhnya modal dunia ialah hawa nafsu dan keuntungannya ialah api neraka -Ahli Hikmah

Musibah manusia di dunia:
· Sakit pada waktu mengembara
· Miskin di hari tua
· Maut pada waktu masih muda
· Buta setelah melihat
· Dilupakan orang setelah disanjung-sanjung -Ahli Hikmah

Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang tidak lekas marah, yang pemalu, yang merasa
cukup, yang menjaga diri dari meminta, bapa keluarga yang bertaqwa dan Allah marah pada
orang yang keji perbuatannya, buruk lidahnya, suka meminta, yang memaksa dan yang kurang
cerdik -Ahli Hikmah

Ada tiga hal yang meningkatkan kemuliaan seseorang:
· memaafkan orang lain dan menghilangkan bekas-bekas kesalahannya;
· memberi sesuatu kepada orang lain yang tidak memberi sesuatu kepadanya;
· menghubungkan silaturahmi dengan orang yang memutuskannya.

Hati itu adalah tempat rahsia dan bibir itu kuncinya sementara lidah adalah anak kuncinya.
Oleh itu hendaklah setiap orang menjaga anak kunci rahsianya
Waktu adalah kehidupan manusia. Jika digunakan untuk membaca akan menjadi sumber
kebijaksanaan. Jika digunakan untuk berfikir akan menjadi kekuatan. Jika digunakan untuk
berdoa akan menjadi keberkahan dan rahmat. Jika digunakan untuk bekerja akan menjadi
keberhasilan. Jika digunakan untuk beramal akan menghantarkan menuju syurga. Semua itu
adalah kewajiban seorang hamba terhadap Tuhannya. Gunakanlah waktu untuk kehidupan yang
sebenarnya. Sesungguhnya kewajipan-kewajipan hamba didunia lebih banyak daripada waktu
yang tersedia.

Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan malihat sinar mata seseorang,
kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta, tetapi pancaran mata seseorang
akan mengatakan yang sebenarnya memantulkan kata hati yang sesungguhnya.

Barangsiapa yang meremehkan penguasa, dia akan kehilangan dunianya. Barangsiapa yang
meremehkan ulama, dia akan kehilangan agamanya. Dan barangsiapa yang meremehkan
kawannya, dia akan kehilangan kemanusiannya.

Bohong, orang yang berpendapat bahwa kejahatan harus diredam dengan kejahatan, Apabila
dia benar, silakan dia menyalakan dua api. Apakah api yang satu dapat memadamkan api yang
lain? Yang dapat meredam kejahatan adalah kebaikan,sebagaimana air dapat memadamkan
api.

Seorang alim harus mengajar dirinya sebelum mengajar orang lain, dan hendaknya mengajar
dengan perilakunya sebelum mengajar dengan ucapan-ucapannya

Ibrahim bin Adham terkenal sebagai seorang yang zahid. Kata-katanya penuh dengan hikmah
dan selalu dijadikan pedoman orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah. Pernah suatu
ketika seorang muslim datang kepadanya meminta kepada beliau, "Wahai Ibrahim, berilah
kami wasiat agar seluruh kehidupan kami bermanfaat !". Maka Ibrahim Al Adham menjawab :
1. Jika engkau melihat orang-orang sibuk dengan dunia, maka sibukkanlah dirimu dengan
akhirat.
2. Jika engkau melihat orang-orang sibuk dengan memperindah penampilan fizik maka
sibukkanlah dirimu dengan memperindah dan mempercantikkan batinmu.
3. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengurus perkebunan maka sibukkanlah dirimu
dengan memakmurkan kuburan.
4. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengabdikan diri kepada sesama manusia, maka
sibukkanlah dirimu dengan mengabdikan diri kepada Rabbul Alamin.
5. Jika engkau melihat orang-orang sibuk mengatakan aib orang lain, maka sibukkanlah dirimu
dengan keburukan dirimu sendiri.
6. Jadikanlah kehidupan di dunia ini sebagai taman pertanian yang akan menghantarkan
engkau ke pohon raya di akhirat kelak.

Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya
tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya
(iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang
kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah
orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya. -Luqman Hakim
TIGA wali Allah terkenal selepas zaman Rasulullah meninggalkan pesanan dan peringatan
kepada umat Islam mengenai cara terbaik menjalani kehidupan di dunia. Mereka ialah Abu
Muhammad Royam, Al-Syibli dan Hasan al-Basri.

Pesanan Abu Royam:
– Ingatlah bahawa Allah menjadikan manusia untuk memperhambakan diri kepada-Nya, bukan
untuk tujuan lain.
– Semakin kaya orang itu, semakin jauh dia daripada Allah.
– Ketika berseorangan, menangislah sambil berdoa kepada Allah agar hati menjadi bersih.

Pesanan Al-Syibli:
– Sesuatu yang Allah takdirkan untukmu, pasti akan dapat walaupun terpaksa melalui seribu
halangan.
– Orang yang tidur satu jam pada waktu malam dengan melupakan Allah, adalah tertinggal
seribu tahun ke belakang dalam perlumbaan kerohanian.
– Waktu sekarang yang sedang kamu lalui lebih berharga daripada seribu tahun lalu dan
seribu tahun akan datang. Untuk itu jangan terpedaya dengan kebendaan.

Pesanan Hasan:
– Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan membina bangunan akhirat di atasnya adalah
orang yang bijak.
– Kawan yang jahat suka merosakkan orang yang sedang menuju ke jalan Allah.
– Barang siapa yang terlalu menyintai emas dan perak, dia akan dihina Allah.

10 Wasiat Luqman Hakim

1. Kamu hendaklah sentiasa berada dalam majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para
hukama'(orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat
sebagaimana Dia menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.

2. Berkawan dan hampirilah ulama' serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar kamu akan
menjadi seumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama mereka dan tumpanglah kebaikan
mereka. Kemungkinan besar apabila Allah menurunkan kebaikan kepada mereka, kamu turut
merasai nikmat itu.

3. Sekiranya engkau seorang yang soleh, jauhilah dirimu daripada orang yang buruk budi
pekerti dan keras kepala kerana ditakuti apabila diturunkan bala Allah, engkau turut menjadi
mangsanya. -Luqman Hakim

4. Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada
waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.

5. Jangan sekali-kali engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang
bila-bila masa sahaja.
6. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam yang mana sudah ramai mereka yang sudah
ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya dan iman pula sebagai air
yang menyirami tanaman.

7. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air yang menyirami tanaman.

8. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan iaitu:
a. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah.
b. Orang yang berani melainkan ketika berperang.
c. Saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripada
mereka.

9. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan keseluruhan umurmu lebih sedikit
daripada itu. Manakala umurmu yang masih lagi berbaki amat sedikit daripada yang lebih
sedikit tadi.

10. Tanda-tanda seorang pendengki itu ada tiga iaitu:
a. Mengumpat kawannya apabila ketiadaan kawan mereka.
b. Memuji-muji kawannya apabila berada berasama mereka.
c. Merasa gembira jika kawannya ditimpa bala.



Wasiat Nabi junjungan kepada Saidina Ali R.A

Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya :
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri

Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali,
Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya
Wahai Ali,
Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

10 Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah untuk bersolat pada waktunya walau
bagaimana keadaan sekalipun.

2) Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara
yang baik ataupun amalkanlah Zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa
walau sedikit pun dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah.

3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul (Fusha),
kerana bahasa Arab yg betul itu adalah merupakan syiar-syiar Islam.

4) Janganlah banyak berselisih dalam apa-apa perkara sekalipun kerana perselisihan kosong
itu tidak memberi sebarang apa kebaikan jua pun.

5) Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu, sentiasa
tenang lagi tenteram.

6) Jangnlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikhendaki oleh para
pendengar, kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu tabiat yang sia-sia malah
menyakiti hati orang lain.

8) Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan
lain, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara seAqidah yang saudara bertemu dengannya
sekalipun ia tidak meminta saudara mengenalinya; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah
berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu,
bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dgn
berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka segerakanlah perlaksanaannya.

Imam al-Ghazali pernah berwasiat agar ditinggalkan 4 perkara bagi menjaga keelokan akhlak
iaitu :
1. Janganlah kamu suka berbahas dengan seseorang mengenai sesuatu perkara seboleh yang
mungkin kerana ia lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Ia adalah
punca akhlak buruk seperti riya', hasad dengki, bermusuhan, bangga diri dan sebagainya. Jika
terpaksa juga berbahas maka kamu mesti mempunyai 2 tanda pada niat dalam hatimu iaitu :

a. Kamu mengakui sesuatu kebenaran tidak kira ia berada di sebelah kamu atau pihak lain
b. Kamu lebih suka mencari kelemahan dirimu daripada mencari kelemahan orang lain

2. Elakkan dirimu daripada menjadi pendakwah yang mengajak kepada kebaikan sekiranya
kamu sendiri belum melaksanakannya

3. Jangan bergaul dengan pemimpin atau pembesar yang zalim malah jika boleh jangan
berjumpa dengan mereka kerana lebih banyak padahnya daripada faedah

4. Jangan menerima sebarang pemberian daripada golongan pembesar walau pun kamu tahu
pemberian itu adalah daripada sumber yang halal kerana dibimbangi kamu akan terhutang
budi sehingga takut untuk menegur kesalahannya

Imam al-Ghazali pernah berpesan agar dilakukan 4 perkara berikut agar dapat cantikkan
akhlak iaitu :

1. Bermu'amalat atau berurusanlah dengan Allah sebagaimana kamu suka orang bawahanmu
berurusan denganmu. Kami tidak berasa bingung atau marah dengannya. Apa yang kamu tidak
suka dilakukan oleh orang bawahanmu maka Allah juga tidak suka perlakuan sedemikian
kerana Allah itu adalah Tuhanmu yang hakiki

2. Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain maka perbuatlah sebagaimana kamu mahu
diperbuat ke atas dirimu kerana tidak sempurna keimanan seseorang itu selagi dia tidak suka
orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya

3. Sekiranya kamu hendak mempelajari sesuatu maka pilihlah ilmu yang dapat memperbaiki
hati dan menghidupkan jiwamu. Sekiranya kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja
lagi nescaya kamu hanya mempelajari ilmu untuk mengawasi hatimu dan berusaha melepaskan
diri daripada belenggu dunia

4. Jangan mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk tempoh setahun kerana
Rasulullah s.a.w sendiri hanya menyediakan bekalan terhadap isteri-isteri baginda untuk
tempoh sehari setengah sahaja.

10 Pesanan Untuk Nabi Musa

ABUL-LAITS Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya daripada Jabir bin Abdillah
berkata, Rasulullah bersabda bermaksud: “Allah telah memberikan kepada Nabi Musa bin
Imran pesanan dalam 10 perkara:
1. Wahai Musa jangan menyekutukan Aku dengan suatu apa pun bahawa Aku telah
memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang Musyrikin.

2. Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu daripada sebarang
bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang
baik.

3. Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan
menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali
engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.

4. Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan
membersihkan orang yang tidak menyucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.

5. Jangan hasad dengki dan iri hati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang lain, sebab
penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang
Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan itu,
maka bukan daripada-Ku.

6. Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan
engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan
teliti atas persaksian mereka.

7. Jangan mencuri dan jangan berzina dengan isteri jiran tetangga sebab nescaya Aku tutup
wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.

8. Jangan menyembelih korban untuk selain daripada-Ku sebab Aku tidak menerima korban
kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.

9. Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu
sendiri.

10. Jadikan Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu.
Kemudian Rasulullah bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah menjadikan hari Sabtu itu hari raya
untuk Nabi Musa dan Allah memilih hari Jumaat sebagai hari raya untukku.”




                 12 WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA
Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada
waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya
ialah:-

1. Semasa Lailatul-Qadar.
2. Ketika hujan turun.
3. Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4. Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5. Di tengah malam.
6. Di antara azan dan iqamah.
7. Ketika sujud dalam solat.
8. Ketika iktidal akhir dalam solat.
9. Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11. Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat
ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari
pada hari Jumaat.
12. Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu laillahhaillah.




                             DOA PILIHAN


Doa Untuk Mendapat Rezeki Yang Halal




Maksudnya : "Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Kaya, wahai Zat Yang Maha Terpuji,
wahai Zat Yang Memulai, wahai Zat Yang Mengembalikan, wahai Zat Yang Maha
Penyayang, wahai Zat Yang Maha Pengasih. Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu
dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain-Mu Semoga
Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kita Nabi
Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat beliau."

Penjelasan :
Telah diceritakan bahawa sebahagian Ulama berkata: " Sesiapa yang membiasakan
membaca doa tersebut sesudah solat fardu minimum satu kali, maka Allah
menjadikan kaya kepadanya. Atau barangsiapa yang membaca doa tersebut
sesudah solat Jumaat maka hutangnya akan lekas berbayar dan dirinya akan merasa
kaya dari orang yang kaya lainnya. Sehingga dengan demikian hidupnya akan
menjadi tenteram, mensyukuri apa yg diberikan Allah kepadanya.


Doa memohon ilmu yang baik , Rezeki dan Kesihatan




"Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang berguna, rezeki yang luas dan
kesembuhan dari segala rupa penyakit."


Doa Pemikat




"Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang
yang beriman sangat mencintai Allah."

Doa Pembuka Rezeki




 "Ya Allah, cukupilah aku dengan kehalalanMu dari keharamanMu dan cukupilah aku
dengan kurniaMu dari selainMu !"

Penjelasan:
Telah diriwayatkan, bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda: " Barangsiapa
yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak seratus kali sesudah solat Jumaat,
kemudian membaca doa tersebut sebanyak tujuh puluh kali, maka baginya tidak
akan mengalami kefakiran"

Sebahagian riwayat mengatakan: " Barangsiapa yg membaca doa di atas, maka
Allah akan mengabulkan kepadanya seratus macam hajat, tujuh puluh hajat akhirat
dan yang tiga puluh lagi hajat di dunia.


Doa Untuk Mendapat Cahayamata




" Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku bersendirian (tanpa meninggalkan
zuriat) dan Engkau adalah waris yang paling baik"
(Surah Al-Anbiyaa', Ayat 89).

Penjelasan: Doa tersebut adalah doa Nabi Zakaria a.s yang amat ingin memiliki
anak. Lalu Allah memperkenankan doa Nabi Zakaria dengan lahirnya seorang anak,
Nabi Yahya as.


Doa Ketika Bercermin




"Ya Allah! Engkaulah memperindahkan kejadian, maka indahkanlah budi pekertiku
serta haramkan wajahku dari api neraka. Segala puji bagi Allah yang telah
menciptakan keseimbangan pada kejadianku, memuliakan rupa wajahku lalu
diindahkannya dan yang telah memasukkan aku ke golongan muslimin.

Penjelasan: Diriwayatkan ketika Rasullullah S.A.W bercermin, beliau selalu berdoa
seperti doa di atas.


Doa Mohon Dijauhkan Daripada Empat Macam Keburukan

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, Ya Allah,
sesungguhnya aku berlindung padaMu dari hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak
didengar, jiwa yang tidak merasa puas, dan ilmu yang tidak bermanfaat. Aku
memohon perlindunganMu daripada empat macam keburukan ini.

Penjelasan:
Doa ini baik diamalkan selepas menunaikan solat fardu dan pada waktu pagi
sebelum memulakan aktiviti harian.


Doa Ketika Hendak Berjimak




"Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan
jauhkanlah syaitan dari rezeki (bayi) yang akan Engkau anugerahkan pada kami."
(H.R Bukhari)

Penjelasan :
Doa ini dibaca ketika pasangan suami isteri akan berjimak.. Al-Bukhârî menjelaskan,
Nabi SAW bersabda: "Sekiranya salah seorang kamu mendekati isterinya
(bersetubuh dgn isterinya) dan membaca doa ini, lalu berhasillah dengan jimak itu
seorang anak, nescaya anak itu tidak dapat dimudaratkan syaitan."


Untuk Memudah Sebarang Urusan

" Ya Allah! Lembutkan bagi kami pada memudahkan setiap urusan yg sukar. Maka
sesungguhnya memudahkan setiap yg sukar itu amatlah mudah di sisiMu. Ya Allah!
Mudahkanlah bagi kami segala urusan kami serta ketenangan hati kami,
keselamatan dan kesihatan pada agama kami dan dunia kami"


Doa Mendengar Petir




"Maha Sucilah Allah ! Sesungguhnya petir dan para malaikat bertasbih memujiNya
kerana tunduk kepadaNya"
Doa Mohon Terhindar dari Syirik




Maksudnya: "Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari menyekutukan sesuatu
terhadap-Mu yang aku mengetahuinya, dan aku memohon ampunan kepada-Mu dari
perbuatan syirik yang aku tidak mengetahuinya. "


Doa Panjang Umur

" Wahai Tuhanku! Panjangkanlah umurku dalam mentaatiMu dan mentaati RasulMu,
serta jadikanlah kami daripada kumpulan hamba-hambamu yg soleh (baik)"


Doa Agar Dikasihi Masyarakat

"Ya Allah! Jadikanlah aku dicintai (dikasihi) pada hati orang-orang mukmin, dan
jadikanlah serta sampaikanlah sehingga 120 tahun, maka Allah adalah sebaik-baik
Pemelihara dan Dia Maha Pengasih dan Penyayang, segala puja dan puji bagi Allah,
Tuhan Sekalian Alam"

Penjelasan:
Bacalah doa dibawah setiap kali selesai solat fardu . Insyaallah anda dikasihi dan
dicintai masyarakat.


Doa Memohon Perlindungan dari Kesulitan




"Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku
adalah termasuk orang-orang yang zalim." (Surah Al-Anbiyâ':Ayat 87).

Penjelasan:
Doa diatas hendaknya diamalkan selalu agar terlepas dari kesulitan.
Pengajaran tersebut terdapat dari kisah Nabi Yunus ketika beliau pergi dalam
keadaan marah disebabkan umatnya yg tidak mendengar dakwahnya. Nabi Yunus
dipertemukan Allah dengan kesengsaraan di laut dan ditelan ikan besar. Dalam perut
ikan tersebutlah Nabi Yunus berasa menyesal dan berdoa kepada Allah.Doanya
dimakbulkan Allah dan dia diselamatkan Allah, ikan besar itu terdampar di pantai.
Doa Memohon Keampunan




"Ya Tuhanku,! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau sesuatu yang aku tiada
mengetahui . Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak)
menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang
rugi". (QS. 11:47)


Doa Selamat dari Fitnah




"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari siksa neraka Jahanam. Aku berlindung
kepadaMu dari siksa kubur. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah Dajjal yang
pembohong. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah hidup dan fitnah mati. Aku
berlindung kepadaMu dari banyaknya dosa dan hutang. Aku berlindung kepadaMu
dari kejelekan fitnah kaya dan kejelekan fitnah fakir. Aku berlindung kepadaMu dari
kejelekan pendengaran, penglihatan, lisan dan hatiku. Aku berlindung kepadaMu dari
dikembalikan kepada umur yang terlalu tua. Dan aku berlindung kepadaMu dari mati
dalam keadaan ingkar kepada agamaMu."


Doa Memohon Pertolongan
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami
lupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami! Jangan bebankan kami dengan bebanan yang
berat sebagaimana Engkau telah bebankan orang-orang terdahulu dari kami. Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak terdaya kami
memikulnya.Dan maafkan kesalahan kami serta ampunkan dosa kami dan berilah
rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk
mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yg kafir.
( Surah Al-Baqarah, ayat 286)

Penjelasan:
Diriwayatkan dari sahabat Abdullah bin Mas'ûd, bahawa Nabi Saw. telah bersabda:
"Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir surah Al-Baqarah (ayat 285-286)
setiap malam, maka dia akan mendapat keselamatan dari segala bencana dan
dijauhi dari gangguan syaitan.


Doa Memohon Rezeki Dari Setiap Penjuru




Maksudnya :"Wahai Allah limpahkanlah rahmat atas junjungan kami Nabi
Muhammad SAW; sebanyak aneka rupa rezeki. Wahai Zat Yang Maha Meluaskan
rezeki kepada orang yang dikehendakiNya tanpa hisab. Luaskan dan banyakanlah
rezekiku dari segenap setiap penjuru dan perbendaharaan rezekiMu tanpa pemberian
dari makhluk, berkat kemurahanMu jua. Dan limpahkanlah pula rahmat dan salam
atas nabi dan para sahabat beliau. "

Penjelasan :
Doa ini dibaca setiap kali selepas menunaikan solat fardu sebanyak 7 kali.
Khasiatnya, untuk menarik rezeki agar tetap mengalir pada kita.




Doa Untuk Melembutkan Hati Yang Marah
Pada orang yang marah kepada kita, agar lembut hatinya, bacalah dihadapannya
ayat Al-Quran Surah An'Nisaa Ayat 84.

Maksudnya: " Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang
lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha
Pemberi Keselamatan."


Ayat Seribu Dinar




Maksudnya:
"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan
keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa
yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya
Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah
mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."




Doa Ketika Hilang Barang




Doa Selamat Dari Perasaan Dengki
 "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami
yang telah mendahului kami dengan membawa iman, dan janganlah Engkau
membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya
Tuhan kami, sungguh Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (QS. Al-
Hasyr: 10).

Penjelasan:
Dalam Al-Quran dikisahkan, bahawa doa di atas dibaca oleh orang-orang beriman
yang mengikuti perjuangan salaf as-Shalih dari kalangan Muhajirin dan Ansar.
Mereka memohon agar tetap melanjutkan serta meneladani kesalihan, semangat
jihad dan kesucian hati mereka.


Doa Memohon Ampun Untuk Ibu Bapa




"Ya Allah! Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, rahmatilah keduanya sebagaimana
mereka telah memeliharaku di masa kecilku. Ya Allah! Ampunilah sekalian orang
Muslimin dan Muslimat, begitu juga sekalian orang mukminin dan mukminat, berilah
kami (waktu berada) di dunia ini kebaikan (kesenangan), ketika di akhirat juga
kebaikan (kesenangan) dan peliharalah kami dari azab neraka."


Doa Ketika Bermimpi Yg Tidak Baik

Allaahumma innii a;uudzu bika min 'amalisy syaythaani, wa sayyi'aatil ahlaami

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari perbuatan syaitan dan dari
mimpi-mimpi yang buruk "(HR. Ibn as-Sani)


Doa Memohon Kesembuhan
"(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Yang
Maha Penyayang di antara semua penyayang". (QS. 21:83)


Doa Kelapangan Hati




"Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah
kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku." (QS. Thâha: 27)

Penjelasan:
Al-Quran mengisahkan, bahawa doa tersebut dibaca oleh Nabi Musa a.s. ketika
mendapat perintah dari Allah Swt. agar menyampaikan risalah kepada Fir'aun. Dan
akhirnya Allah Swt. mengabulkan permintaan Nabi Musa a.s.


Doa Memohon Perlindungan Dari Banyak Hutang




 "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung
kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat
pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan
kezaliman manusia."

Penjelasan:
Rasulullah S.A.W berasa hiba mendengar rintihan Abu Umamah yg hidup dalam
kemiskinan dan banyak hutang, lalu berkata " "Mahukah kamu kuberikan beberapa
kalimat dan mulakan dengan baik kepada setiap hari, nescaya Allah akan
melenyapkan kegelisahan dan memberi kelonggaran kepadamu" Kemudian
Rasulullah S.A.W membaca kalimat doa di atas dan diamalkan oleh Abu Humamah.


Doa Selepas Solat Fardu

“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut, Tiada
tuhan melainkan Allah, tuhan „arash yang mulia, segala puji bagi Allah, tuhan
sekalian alam. Ya Allah, aku bermohon berilah ketetapan rahmatMu, ketetapan
pengampunanMu, aku bermohon habuan segala kebaikan, kesejahteraan dan segala
dosa. Ya Allah, jangan biarkan dosaku melainkan Engkau ampuninya, jangan biarkan
kepayahanku melainkan Engkau lapangkan, jangan biarkan sakitku melainkan
Engkau sembuhkan, jangan Kau biarkan keaiban melainkan Engkau tutupinya,
jangan biarkan rezeki melainkan Engkau luaskannya, jangan Engkau biarkan
ketakutan melainkan Engkau amankannya, jangan Engkau biarkan keburukan
melainkan Engkau hilangkannya, jangan Engkau biarkan hajat yang Engkau
redhainya dan ada kebaikan untukku melainkan Engkau tunaikannya, wahai Yang
Maha Pengasih, perkenankanlah wahai tuhan sekelian alam.”


Doa Perlindungan Dari Sifat Malas




Doa Penerang Hati




"Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah
rahmatMu,wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Wahai Tuhanku,
tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.Wahai Tuhanku, lapangkanlah
dadaku dan mudahkanlah urusanku"




Doa Untuk Mempelai




Baarakallaahu laka, wa baaraka 'alaika, wa jama'a bainakumaa fii khairin.
"Semoga Allah memberikan restu kepadamu dan semoga kamu berdua hidup rukun
dan bahagia"




Doa Memohon Agar Sentiasa Bersyukur




"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang
engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap
mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan
meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat
kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh
kepadamu)".
( Surah Al Ahqaaf ayat 15.)


Doa Ketetapan Iman




"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami setelah Engkau
memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu.
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang sangat banyak pemberianNya
(Surah Al Imran ayat 8)


Doa Menuntut Ilmu
Doa Dilindungi Dari Keaiban Diri

Rasulullah (SAW) bersabda, “Barangsiapa yang menghendaki Allah tidak
membongkar keburukan amalannya di hari kiamat dan tidak membuka
kesalahannya, hendaklah ia berdoa setiap kali selepas sembahyang,

“Ya Allah, sesungguhnya pengampunanMu lebih aku harapkan daripada amalanku,
sesungguhnya rahmatMu lebih luas dan dosaku. Ya Allah sekiranya dosaku besar di
sisiMu maka pengampunanMu lebih besar dan dosaku. Ya Allah sekiranya aku tidak
layak untuk mencapai rahmatMu maka rahmatMu layak untuk sampai kepadaku dan
melapangkan aku kerana ia meliputi segala sesuatu dengan rahmatMu wahai Yang
Maha Pengasih.”


Ruqayyah Jibril




Doa Menuntut Rezeki

“Ya Allah, sesungguhnya aku tidak mengetahui tempat rezeki. Aku menuntutnya
dengan lintasan hatiku maka aku merantau ke seluruh negeri untuk mencari dan
ketika aku mencarinya aku berada di dalam kehairanan. Aku tidak tahu adakah dia
ada di tanah lapang atau di gunung sama ada di bumi atau di langit, di daratan atau
di lautan. Di tangan siapakah dan dan siapakah. Aku tahu sesungguhnya
pengetahuan itu hanya di sisimu dan sebab-sebab ada di tanganMu. Engkaulah yang
membahagikannya dengan kelembutanMu dan rahmatMu menjadi penyebabnya. Ya
Allah berselawatlah ke atas Muhammad dan keluarganya. Jadikanlah rezekiku luas,
mudah menuntutnya, dekat tempat ambilannya. Jangan Engkau beratkan aku
menuntut rezeki yang aku tidak mampu mendapatkannya. Sesungguhnya Engkau
Maha Kaya untuk menghindari kesukaranku. Aku amat faqir terhadap rahmatMu.
Selawatlah kepada Muhammad dan keluarga Muhammad. Limpahilah kurniaMu
kepada hambaMu dengan kelebihanMu. Sesungguhnya Engkau mempunyai
kelebihan yang agung.”

Doa Memohon Perlindungan Dari Ilmu Yang Tak Bermanfaat




"Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau dari ilmu yang tidak bermanfaat dan tidak
berguna. Dan dari hati yang tidak kusyuk.Dan dari doa yang tidak diendahkan dan
dari nafsu yang tidak puas-puas dan tiada kenyang-kenyangnya.Ya Allah, kami
berlindung dengan Engkau dari syak wasangka dan dari kemusyrikan dan dari
munafiq dan dari keburukan akhlak dan budi pekerti.


Doa Minta Dipertemukan Dengan Yang Dinanti

Surah Yusuf : Ayat 83 :

Terjemahnya :
"Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka semuanya kepadaku, sesungguhnya
Dialah yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana"




                DOA PENDINDING DIRI


                              AYAT KURSI
Maksudnya: "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap
hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak
mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di
bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan
dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang
ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari
(kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu
kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan
bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara
keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar
(kekuasaanNya)"
[255]

Penjelasan: Ayatul Kursi terkandung di dalam di dalam Surah A-Baqarah ayat 255.
Rasulullah SAW menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat
ini telah diterangkan di dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk
kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping
itu kita diberi pahala.


                  AL-BAQARAH AYAT 285-286




Maksudnya: "Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari
Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah,
dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka
berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-
rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan)
keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali"
[285]




Maksudnya: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa
kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan
kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat
sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa
yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta
ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong
kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum
yang kafir".[286]

Penjelasan: Diriwayatkan dari sahabat Abdullah bin Mas'ûd, bahawa Nabi Saw. telah
bersabda: "Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir surah Al-Baqarah (ayat
285-286) setiap malam, maka dia akan mendapat keselamatan dari segala bencana
dan dijauhi dari gangguan syaitan




             DOA MENGHILANGKAN AMARAH


Ada beberapa cara yang perlu kita ambil apabila kita berhadapan dengan orang yang
panas baran atau pemarah.

1. Kita perlu lakukan dengan penuh kesabaran dan menegur secara berhikmah dan
bukan dengan amarah juga.
2. Jika sukar atau tidak sampai hati menegur suami yang buat perangai, gunakan
orang tengah sebagai jalan penyelesaian. Orang tengah yang dipilih itu mestilah
boleh dipercayai, adil, dihormati masyarakat atau suami serta yakin dengan cara
penyampaian orang tengah itu adalah betul dan kena caranya sehingga suami tidak
menyalahkankita nanti.
3. Di samping itu berdoa kepada Illahi dengan penuh kesabaran dan tanpa rasa jemu
agar suami kita menjadi tenang hatinya, insyaallah. Bacalah Surah Ali-Imran, ayat
83 di bawah ini:




Maksudnya: "Apakah selain daripada agama Allah mereka cari, dan baginya,
menyerahlah sesiapa yang di langit dan yang di bumi, secara sukarela dan terpaksa
dan kepada-Nya jua mereka dikembalikan."

Ayat tersebut hendaklah dibaca sebanyak 1,000 kali sehari. Apabila hendak
digunakan baca tiga kali dan tiup kepada orang yang berkenaan atau ditiupkan ke
dalam air untuk diminum oleh orang tersebut. Insyaallah, berkat doa dan air itu
akan lembut hatinya.




                       ZIKIR HARIAN


Amalkan membaca zikir dalam kehidupan kita sehari-hari. Di bawah ini adalah zikir
yang dibaca mengikut hari:


Isnin




Selasa
Rabu




Khamis




Jumaat




Sabtu




Ahad
HIKMAH MEMBACA DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

        Barangsiapa yang membaca doa akhir
        tahun ini (3 kali pada waktu Asar),
        maka syaitan akan berkata:"Hampalah
        kami di sepanjang tahun ini".


                DOA AKHIR TAHUN




                     Bismillahirrahmanirrahim


  Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami
  Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan
  kesejahteraan ke atas mereka.


  Ya Allah, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada
  perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya
  dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak
  redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di
  dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku,
  tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas
  keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya
  aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah
  aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau
  redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang
  sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.


  Ya Allah! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung
  dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu
  dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku
  kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke
 atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan
 sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas
 mereka.



HIKMAH MEMBACA DOA AWALTAHUN HIJRAH

      Barangsiapa yang membaca doa awal
      tahun ini (3 kali pada waktu Maghrib)
      InsyaAllah dirinya akan terpelihara
      daripada gangguan dan godaan syaitan
      di sepanjang tahun tersebut.


                 DOA AWAL TAHUN




                     Bismillahirrahmanirrahim


 Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami
 Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan
 kesejahteraan ke atas mereka.


 Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan
 ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang
 melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di
 hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang
 tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-
 tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan
 melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu
 Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.


 Ya Allah Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan
 Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang
 ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan
 kesejahteraan ke atas mereka.
                              DOA KESEJAHTERAAN




Ya Allah, kami memohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan
hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat
kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk
merehatkan diri dari segala keburukan.

Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan
yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami
daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi. Ya Allah, limpahkan
keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak kami,
sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa kepada kami.
           Doa Jodoh

                        Ya Allah
         Seandainya telah engkau catatkan
              Dia milikku tercipta buatku
          Satukanlah hatinya dengan hatiku
         Titipkanlah kebahagian antara kami
               Agar kemesraan itu abadi

   Dan Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
       Seiringkanlah kami melayari hidup ini
         Ketepian yang sejahtera dan abadi

                  Tetapi Ya Allah
         Seandainya telah engkau takdirkan
                 Dia bukan milikku
         Bawalah ia jauh dari pandanganku
           Luputkanlah ia dari ingatanku
        Dan peliharalah aku dari kekecewaan

    Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti
               Berikanlah aku kekuatan
      Melontar bayangannya jauh ke dada langit
           Hilang bersama senja nan merah
                  Agarku bisa bahagia
         Walaupun tanpa bersama dengannya

             Dan Ya Allah Yang Tercinta
            Gantikanlah yang telah hilang
       Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
         Walaupun tidak sama dengan dirinya

               Ya Allah Ya Tuhanku
        Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
   Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
            Adalah yang terbaik buatku
         Kerana Engkau Maha Mengetahui
       Segala yang terbaik buat hambaMu ini

                        Ya Allah
 Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
               Di dunia dan di akhirat
    Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
        Jangan Engkau biarkan aku sendirian
           Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
      Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
                   Ke jalan yang Engkau redhai
         Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh


                              AMIN




               Ya Allah, kalau dia memang jodohku
                            dekatkanlah

                    Tapi kalau bukan jodohku
                           Jodohkanlah

                 Jika dia tidak berjodoh denganku
                    maka jadikanlah kami jodoh
                      Kalau dia bukan jodohku
        jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku

            Kalau dia tidak bisa dijodohkan denganku
             Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain
          Biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku
              Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh
                    Jodohkanlah kami kembali

                      Kalau dia jodoh orang lain
                 Putuskanlah! Jodohkanlah denganku
               Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain
   Biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain dan kemudian
                   jodohkan kembali dia denganku

                              Amin

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:86
posted:11/16/2011
language:Indonesian
pages:40